KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN...
Transcript of KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN...
1
KERAJAAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
TENDER BAGI MENERBIT, MENCETAK DAN MEMBEKAL
BUKU TEKS KSSR KEGUNAAN MULAI TAHUN 2012 HINGGA 2014
KOD TENDER : 22/2010 – 30/2010 TEMPOH KONTRAK : TIGA (3) TAHUN
TARIKH TUTUP TENDER :
28 MAC 2011 (ISNIN)
MASA TUTUP TENDER:
12.00 TENGAH HARI
HARGA DOKUMEN TENDER :
PERCUMA MELALUI ePEROLEHAN
PERINGATAN :
1. Petender dikehendaki membaca dan memahami keseluruhan butir-butir dokumen tender sebelum mengemukakan tawaran.
2. Petender adalah diwajibkan untuk memastikan dokumen tender adalah lengkap kesemua muka surat dan sekiranya terdapat maklumat lanjut yang diperlukan adalah menjadi tanggungjawab Petender untuk mendapatkan penjelasan daripada KPM.
2
KENYATAAN TENDER TERBUKA (Secara ePerolehan)
1. Tawaran adalah dipelawa kepada Petender tempatan yang berwibawa dan berkeupayaan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 010100 (Bahan Bacaan) yang masih berkuat kuasa sekurang-kurangnya sehingga enam (6) bulan dari tarikh tutup tawaran ini bagi tender berikut :
TENDER BAGI MENERBIT, MENCETAK DAN MEMBEKAL
PAKEJ BUKU TEKS KSSR KEGUNAAN MULAI TAHUN 2012 HINGGA 2014
KOD TENDER JUDUL BUKU
TARIKH DAN MASA TUTUP TENDER
22/2010 Matematik Tahun 2 SJKC
28 Mac 2011 (Isnin)
Tepat Jam 12.00
Tengah Hari
23/2010 Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2 SJKC
24/2010 Pendidikan Moral Tahun 2 SJKC
25/2010 Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 SJKC
26/2010 Matematik Tahun 2 SJKT
27/2010 Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2 SJKT
28/2010 Bahasa Cina Tahun 2 SJKC
29/2010 Bahasa Tamil Tahun 2 SJKT
30/2010 Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Tahun 2
2. Petender hendaklah mempunyai medium akses ePerolehan.
3. Dokumen pelawaan tender boleh diperoleh secara PERCUMA dengan memuat turun di laman web http://www.eperolehan.gov.my mulai 10 November 2010 sehingga 28 Mac 2011.
4. Tawaran tender akan ditutup pada hari Isnin, 28 Mac 2011, tepat jam 12.00 tengah hari.
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
3
5. Petender yang ingin mengemukakan tawaran tender melalui sistem ePerolehan hendaklah terlebih dahulu membuat pengesahan penyertaan tender bagi mendapatkan nombor rujukan tender ePerolehan dengan mengemukakan salinan Sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor, Kementerian Kewangan Malaysia dan Sijil Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (jika berkenaan) yang sah dan masih berkuatkuasa pendaftarannya dengan memfakskan ke nombor 03-88886840.
6. Sekiranya Petender tidak mempunyai Sijil Pendaftaran Kontraktor tetapi mempunyai Sijil Virtual, Petender hendaklah mengemukakan Nombor Pendaftaran Syarikat dengan Kementerian Kewangan kepada Bahagian Buku Teks bagi penyemakan dan pengesahan status pendaftaran syarikat dengan memfakskan ke nombor 03-88886840.
7. Petender hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran tender sahaja bagi setiap judul buku.
8. Cadangan Tawaran Harga hendaklah dikunci masuk (key-in) ke dalam sistem ePerolehan sebelum atau pada tarikh tutup tender. Tawaran yang tidak melalui ePerolehan tidak akan diterima dan tidak akan dipertimbangkan. Petender boleh menghubungi Khidmat Pelanggan ePerolehan di talian 03-79857777.
9. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender di Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia,Aras 1, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya. Tawaran dan dokumen yang lewat diterima sama ada melalui sistem ePerolehan atau manual selepas tarikh dan masa tender ditutup adalah dikategorikan sebagai Tender Lewat dan tidak akan dipertimbangkan.
10. Taklimat kepada Petender akan diadakan pada 23 November (Selasa) dan 24 November 2010 (Rabu), jam 9.00 pagi bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 16, Jalan P 16, 62150 Putrajaya. Kehadiran pengurus petender, penulis, editor mata pelajaran, editor am, ilustrator, dan pereka grafik untuk taklimat ini adalah diwajibkan.
11. Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima tender dengan harga yang terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab atas penolakan sesuatu tender. Keputusan tender adalah muktamad.
4
ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT TENDER
1. PENDAHULUAN
1.1 Kementerian Pelajaran Malaysia akan menerbit, mencetak dan membekal pakej
Buku Teks KSSR untuk sekolah rendah kegunaan mulai Tahun 2012 hingga 2014
untuk judul seperti berikut :
BIL
JUDUL
KOD
TENDER
PAKEJ BUKU
BUKU TEKS
BUKU AKTIVITI
1. Matematik Tahun 2 SJKC 22/2010 √ √
2. Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2 SJKC 23/2010 √ √
3. Pendidikan Moral Tahun 2 SJKC 24/2010 √ -
4. Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan Tahun 2 SJKC 25/2010 √ -
5. Matematik Tahun 2 SJKT 26/2010 √ √
6. Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2 SJKT 27/2010 √ √
7. Bahasa Cina Tahun 2 SJKC 28/2010 √ √
8. Bahasa Tamil Tahun 2 SJKT 29/2010 √ √
9. Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan Tahun 2 30/2010 √ √
2. ARAHAN TENDER
2.1 Tawaran adalah dipelawa kepada semua Petender yang berwibawa dan berkeupayaan untuk kerja menerbit, mencetak dan membekal buku teks ke sekolah.
2.2 Petender mesti mampu menyiapkan kerja-kerja penerbitan, pencetakan dan
pembekalan dalam tempoh yang ditetapkan. 2.3 Petender yang tidak mempunyai prestasi baik dalam penerbitan, pencetakan dan
pembekalan buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak digalakkan memohon.
2.4 Petender mestilah diperbolehkan dengan sistem ePerolehan (eP ENABLED),
Kementerian Kewangan Malaysia bagi tujuan membuat tawaran harga secara atas talian (online).
5
2.5 Kerajaan akan hanya memesan buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks. Petender juga hendaklah memastikan bekalan buku teks mencukupi di pasaran terbuka.
2.6 Petender hendaklah mempunyai jaringan pembekalan yang mantap dan efisien
di semua negeri/daerah. 2.7 Keutamaan akan diberi kepada Petender yang mempunyai agen/wakil pembekal
sah di semua negeri khususnya di Sabah dan Sarawak. 2.8 Petender yang telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah tidak layak menyertai
Tender ini. 2.9 Pelawaan adalah terikat kepada Arahan Am dan Syarat-syarat Tender serta
syarat-syarat yang lain yang dikembarkan bersama-sama dokumen tender ini. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat yang telah ditetapkan akan menyebabkan pelawaan tender tersebut tidak akan dipertimbangkan dan ditolak.
2.10 Petender mestilah memastikan bahawa semua pencetak berdaftar di bawah kod
bidang 221003 (bagi petender Bumiputera) dan mempunyai Lesen Mesin Cetak Kementerian Dalam Negeri (KDN).
2.11 Petender mestilah bersedia untuk bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam semua urusan penerbitan, pencetakan dan pembekalan buku teks.
2.12 Hanya Petender yang dapat menyediakan Bon Pelaksanaan/Jaminan Bank
apabila dikehendaki, digalakkan memohon. 2.13 Hanya Petender yang sanggup membayar royalti buku sahaja digalakkan
memohon. Petender yang berjaya tidak dibenarkan untuk menarik balik tawaran royalti buku bagi buku tersebut yang telah dipersetujui/dirunding.
2.14 Temuduga/lawatan ke premis Petender akan diadakan untuk menilai
kemampuan Petender menangani penerbitan, pencetakan dan pembekalan, jika perlu.
2.15 Petender hendaklah membuat pengakuan yang sebenar tentang status Petender
semasa mengemukakan tawaran. Mana-mana Petender yang didapati tidak membuat pengakuan yang sebenar akan membolehkan tindakan undang-undang diambil serta Kerajaan berhak untuk menolak semua tawaran tender yang telah dibuat.
2.16 Hanya tender yang dikemukakan oleh Petender dengan menggunakan Dokumen
Tender yang diakui sahaja, diterima untuk menyertai tawaran tender ini. 2.17 Pelawaan tender ini tertakluk kepada syarat-syarat yang terkandung dalam
Arahan dan Syarat-Syarat Tender.
6
2.18 Kerajaan Malaysia tidak terikat untuk menerima tender terendah atau mana-mana tender. Keputusan tender adalah muktamad.
2.19 Sekiranya Petender tidak menerima sebarang jawapan, sama ada melalui surat
atau telefon, tawaran Petender secara automatik adalah dianggap gagal. 2.20 Keputusan muktamad tentang tawaran Petender bolehlah dirujuk di papan
kenyataan Bahagian Buku Teks Aras 1, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya atau dengan melayari laman web Bahagian Buku Teks iaitu http://www.moe.gov.my/bbt
3. PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH 3.1 Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan
S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 26 SK. 7 (3) bertarikh 28 Februari 2009. 3.1.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) ;
3.1.2
Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa–apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) ;
3.1.3
Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau Petender boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) ; dan
3.1.4 Mana-mana Kontraktor atau Petender yang membuat tuntutan
pembayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
4. INTEGRITY PACT DALAM PEROLEHAN KERAJAAN 4.1 Merujuk kepada Surat Arahan Perbendaharaan rujukan
S/K.Kew/PK/PP/1100/000000/10/31 Jld 29 SK. 2 (13) bertarikh 1 April 2010.
7
4.1.1 Kesemua Petender yang menghantar dokumen tender hendaklah menandatangani Surat Akuan Pembida (Lampiran B1) bahawa ia tidak akan menawar atau memberi rasuah sebagai sogokan untuk mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida hendaklah melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran B2) menandatangani bagi pihak syarikat.
4.1.2 Petender yang berjaya juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan
Pembida Berjaya (Lampiran B3) bahawa ia tidak akan memberi rasuah sebagai ganjaran kerana mendapatkan kontrak. Wakil syarikat yang menandatangani Surat Akuan Pembida Berjaya (Lampiran B3) hendaklah juga melampirkan Surat Perwakilan Kuasa (Lampiran B2) menandatangani bagi pihak syarikat.
5. SYARAT-SYARAT TENDER 5.1 Kelayakan i. Semua Petender yang hendak menyertai tender ini mestilah terlebih dahulu
berdaftar dengan : (a) Kementerian Kewangan Malaysia ; Kod Bidang : 010100 (Bahan Bacaan) 221003 (Mencetak Buku, Majalah, Laporan dan Akhbar) - bagi Petender Bumiputera yang mempunyai kemudahan
pencetakan sendiri sahaja. (b) Lesen Mesin Cetak Kementerian Dalam Negeri ; bagi Petender yang mempunyai peralatan pencetakan sendiri. ii. Petender yang menyertai tender ini hendaklah mempunyai modal berbayar
sekurang-kurangnya RM200,000.00. iii. Petender dikehendaki mengemukakan penyata akaun bank bagi tempoh
tiga (3) bulan terakhir. 5.2 Borang Tender i. Hanya borang rasmi yang dimuat turun melalui laman web
http://www.eperolehan.gov.my akan diterima bagi maksud tender ini. Borang-borang selain borang ini tidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang asal. Borang-borang tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-ruang yang sama dan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK.
8
ii. Setiap helaian borang tender yang digunakan termasuk borang tambahan, mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap borang mestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan.
iii. Petender dikehendaki mengisi borang Lampiran A (Keterangan Mengenai
Petender), Lampiran A1 (Keterangan Mengenai Kewangan Petender), Lampiran A2 (Keterangan Mengenai Panel Penerbitan), Lampiran B1 (Surat Akuan Pembida), Lampiran B2 (Surat Perwakilan Kuasa), Lampiran B3 (Surat Akuan Pembida Berjaya), Lampiran D (Tawaran Harga dan Kadar Royalti Pemerakuan Buku), Lampiran D1 (Perincian Anggaran Kos Penerbitan), Lampiran E (Jadual Anggaran Pesanan Buku Skim Pinjaman Buku Teks), dalam dua (2) salinan (ASAL dan SALINAN) dengan lengkap dan terang. Lampiran-lampiran ini mesti bertaip. Lampiran B (Surat Akuan Petender) hanya perlu diisi satu (1) sahaja iaitu ASAL dan bertaip.
iv.
Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong, ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat. Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.
5.3 Spesifikasi Buku Teks i. Spesifikasi buku teks adalah seperti yang dinyatakan dalam Lampiran C :
Spesifikasi Buku Teks. Untuk keterangan lanjut, Petender boleh merujuk kepada Sektor Teknikal Penerbitan (STP), Bahagian Buku Teks.
ii. Petender yang berjaya tidak dibenarkan untuk menarik balik tawaran
spesifikasi yang telah dikemukakan. 5.4 Bantahan Ke Atas Spesifikasi Buku Teks i. Petender boleh membuat bantahan ke atas spesifikasi buku teks sekiranya
didapati spesifikasi buku teks menjurus kepada sesuatu sahaja. Bantahan boleh dibuat secara bertulis kepada Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mengemukakan bukti-bukti yang jelas.
ii. Surat bantahan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh iklan tender. iii. Sebarang keraguan terhadapnya hendaklah dirujuk kepada pegawai Sektor
Teknikal Penerbitan (STP), Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia dan keputusan adalah muktamad.
5.5 Cadangan Tawaran Harga i. Pada peringkat penyediaan cadangan kewangan, Petender dikehendaki
mengunci masuk (key-in) tawaran harga ke dalam ePerolehan dan menyerahkan cadangan tersebut secara atas talian (on-line).
9
ii. Petender juga perlu mencetak Satu (1) Set JADUAL CADANGAN HARGA yang dibuat melalui ePerolehan untuk dimasukkan sebagai dokumen sokongan bersama dengan Lampiran D.
5.6 Harga i. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap, harga bersih dan dalam Ringgit
Malaysia (RM) sahaja serta tidak boleh dipinda selepas penawaran ini ditutup dan berkuatkuasa selama tempoh sah laku penawaran dan kontrak. Walau apa-apa pun, Kerajaan berhak membuat perubahan pada bila-bila masa.
ii. Penilaian harga antara Petender adalah berasaskan kepada jumlah
senaskhah. Harga yang diserahkan haruslah mengikut mekanisme penggenapan harga yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia iaitu dalam dua (2) titik perpuluhan. Contoh: RMX.xx.
iii. Petender yang menawarkan harga dalam mata wang asing atau
mengikut kadar perubahan mata wang asing tidak akan dipertimbangkan.
iv. Harga tawaran Petender hendaklah juga diisi di dalam dokumen tender
Lampiran D : Tawaran Harga Buku Teks dan Kadar Royalti Pemerakuan Buku yang boleh dimuat turun daripada sistem ePerolehan. Lampiran ini mestilah bertaip. Kerajaan adalah berhak membuat keputusan berhubung harga buku dan kadar royalti pemerakuan buku bagi buku teks yang ditawarkan seperti dalam Lampiran D.
v. Harga yang ditawarkan hendaklah mengambil kira Fi perkhidmatan
yang dikenakan iaitu sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi RM1.2 juta kerana perolehan akan dilakukan dengan menggunakan ePerolehan. Fi yang dikenakan ini adalah seperti yang termaktub dalam Terma dan Syarat bagi Pendaftaran Pembekal di bawah sistem ePerolehan.
vi. Sekiranya wujud percanggahan maklumat daripada salinan hardcopy,
maklumat di dalam ePerolehan akan diguna pakai. vii. Kerajaan adalah berhak membuat keputusan berhubung harga buku bagi
buku teks yang ditawarkan seperti dalam sistem ePerolehan. 5.7 Kadar Royalti Pemerakuan Buku i. Kadar royalti yang ditawarkan adalah dalam peratus (%) sahaja serta tidak
boleh dipinda selepas penawaran ini ditutup dan berkuatkuasa selama tempoh sah laku penawaran dan kontrak. Walau apa-apa pun, Kerajaan berhak membuat perubahan pada bila-bila masa.
10
ii. Tawaran Kadar Royalti Pemerakuan Buku Petender hendaklah diisi di dalam dokumen tender iaitu Lampiran D : Tawaran Harga Buku Teks dan Kadar Royalti Pemerakuan Buku yang boleh dimuat turun daripada sistem ePerolehan.
iii. Kadar royalti pemerakuan buku yang ditetapkan untuk kontrak ini adalah
pada kadar minimum 5% atas harga buku tersebut. iv. Kerajaan adalah berhak membuat keputusan kadar royalti pemerakuan
buku bagi buku teks yang ditawarkan seperti dalam Lampiran D. 5.8 Perincian Anggaran Kos Penerbitan Maklumat Perincian Anggaran Kos Penerbitan seperti dalam Lampiran D1
hendaklah dilengkapkan oleh Petender. 5.9 Anggaran Keperluan / Kuantiti i. Kuantiti yang diperlukan bagi tujuan tender ini adalah seperti yang
dinyatakan dalam Lampiran E : Jadual Anggaran Pesanan Buku Skim Pinjaman Buku Teks. Lampiran ini perlu dilengkapkan oleh Petender berdasarkan tawaran harga senaskhah seperti yang ditawarkan di dalam sistem ePerolehan.
ii. Kerajaan tidak menjamin dalam apa cara sekalipun bahawa kuantiti yang
disebutkan dalam pelawaan tender ini akan dipesan kesemuanya tetapi Petender yang berjaya mestilah bersedia membekalkan semua pesanan tidak kira sama ada pesanan kurang/lebih daripada kuantiti yang dianggarkan dengan harga dan syarat-syarat yang sama.
5.10 Pasaran Terbuka Petender yang berjaya hendaklah memastikan dan menjamin bahawa dalam apa
cara sekalipun jumlah buku teks tersebut mudah diperoleh dan mencukupi untuk dijual di pasaran terbuka.
5.11 Tugas dan Tanggungjawab Kontraktor Petender yang dilantik untuk mengurus penerbitan, pencetakan dan pembekalan
buku teks ini perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti dalam Lampiran F: Tugas dan Tanggungjawab Kontraktor.
5.12 Bahan Tender Untuk Penilaian Kementerian Pelajaran Malaysia i. Penerbit hendaklah menyediakan PMS 100% Buku Teks dan Buku Aktiviti
mengikut keperluan seperti berikut : a) Lampiran C : Spesifikasi Buku Teks b) Lampiran J : Panduan Penulisan Buku Teks/Buku Aktiviti
11
c) Lampiran K : Panduan Penyediaan Pruf Muka Surat 100% d) Lampiran L : Dokumen Standard KSSR ii. Petender tidak dibenarkan mencatat nama syarikat atau sebarang tanda
pengenalan syarikat pada salinan PMS 100% Buku Teks dan Buku Aktiviti.
iii. Kos penyediaan semua bahan tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh
Petender. iv. Tawaran yang tidak disertakan dengan salinan PMS 100% Buku Teks
dan Buku Aktiviti tidak akan dipertimbangkan. v. Semua dokumen/bahan yang disediakan dan dikemukakan oleh Petender
bersama tawaran kepada Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan dikembalikan kepada Petender.
5.13 Jadual Penerbitan, Pencetakan dan Pembekalan Petender yang berjaya hendaklah bertanggungjawab memenuhi keperluan jadual
seperti dalam Lampiran H : Jadual Penerbitan, Pencetakan dan Pembekalan. 5.14 Kebenaran Mencetak Buku Teks i. Petender yang berjaya hendaklah mendapat kebenaran untuk mencetak
buku teks mengikut kualiti buku yang ditetapkan dan mengikut keperluan Kerajaan serta untuk dijual di pasaran terbuka.
ii. Petender yang berjaya hendaklah menerbit, mencetak dan membekal buku
teks ke sekolah-sekolah mengikut tempoh yang telah ditetapkan dalam Jadual Penerbitan, Pencetakan dan Pembekalan. Kerajaan berhak meminda tempoh tersebut dari semasa ke semasa dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
5.15 Setuju Terima Tender i. Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berhak untuk memilih lebih daripada
satu Petender untuk satu-satu kontrak jika difikirkan berfaedah kepada Kerajaan.
ii. Keputusan Jawatankuasa Lembaga Perolehan, Kementerian Pelajaran
Malaysia adalah muktamad. Sebarang pertanyaan oleh Petender mengenai tawaran tender yang tidak berjaya tidak akan dilayan.
5.16 Bon Pelaksanaan i. Hanya Petender yang boleh menyediakan Bon Pelaksanaan sahaja
digalakkan menyertai tawaran tender ini.
12
ii. Untuk memastikan kontrak dilaksanakan mengikut syarat-syarat dalam
kontrak, kontraktor yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank/Jaminan Insurans daripada mana-mana bank/syarikat insurans yang berdaftar di Malaysia.
iii. Bagi kontrak yang bernilai antara RM200,000.00 – RM500,000.00 setahun,
kontraktor yang berjaya dikehendaki mengemukakan Bon Pelaksanaan pada kadar dua setengah peratus (2.5%) daripada purata nilai kontrak. Bagi kontrak yang melebihi RM500,000.00 setahun, bon pelaksanaan adalah pada kadar lima peratus (5%). Bon Pelaksanaan hendaklah dalam bentuk Jaminan Bank/Jaminan Insurans daripada mana-mana bank/syarikat insurans yang berdaftar di Malaysia.
iv. Bon Pelaksanaan akan dikembalikan setelah kontrak dilaksanakan dengan
memuaskan. Sekiranya kontrak itu tidak dilaksanakan dengan memuaskan, maka bon pelaksanaan akan dirampas/dilelapkan.
v. Kerajaan berhak melelapkan Bon Pelaksanaan sekiranya kontrak
ditamatkan lebih awal atas sebab Kontraktor gagal mematuhi kontrak yang telah ditandatangani.
vi. Bon Pelaksanaan hendaklah dikemukakan dalam tempoh empat belas
(14) hari dari tarikh Surat Setuju Terima tawaran dikeluarkan. Tempoh sah laku Bon Pelaksanaan hendaklah tamat satu (1) tahun selepas kontrak tamat.
5.17 Perjanjian Kontrak i. Petender yang berjaya adalah diwajibkan mengikat kontrak dengan
Kementerian Pelajaran Malaysia. ii. Syarat-syarat dalam penentuan tender dan surat tawaran adalah menjadi
sebahagian daripada syarat-syarat kontrak. iii. Kontraktor yang berjaya dikehendaki menyediakan dua puluh lima (25)
salinan fotostat kontrak asal untuk edaran ke Jabatan dan pihak-pihak yang berkenaan. Perbelanjaan tersebut ditanggung oleh Petender yang berjaya.
iv. Kontraktor yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk membatalkan
Setem Hasil pada Perjanjian Kontrak. v. Pembelian Setem Hasil adalah di bawah tanggungjawab Kontraktor yang
berjaya. 5.18 Tempoh Kontrak Tempoh kontrak adalah untuk tiga (3) tahun bermula dari tarikh yang dinyatakan
dalam Surat Setuju Terima. Walau bagaimanapun, Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh kontrak yang sebenarnya.
13
5.19 Perubahan Syarat-Syarat i. Kerajaan sentiasa berhak mengubah dari semasa ke semasa syarat-syarat
yang terkandung dalam kontrak dan mulai dari tarikh yang dinyatakan oleh Kerajaan, buku tersebut yang diperlukan itu hendaklah mengikut perubahan-perubahan tersebut.
ii. Sekiranya sesuatu perubahan itu menyebabkan perubahan perbelanjaan
bagi pengeluaran atau tempoh pengeluaran, maka nilai kontrak dan masa penyerahan bagi buku tersebut boleh diubah dengan persetujuan kedua-dua pihak secara bertulis.
5.20 Hak Penerbitan Bahan (Publishing Rights) Hak penerbitan bahan terletak hak kepada Kontraktor. 5.21 Iklan Tiada iklan mengenai kontrak boleh disiarkan di dalam sebarang akhbar, majalah
atau alat pengiklanan terkini melainkan jika pengiklanan itu telah pun dihantar kepada dan diluluskan oleh Kerajaan terlebih dahulu.
5.22 Penamatan Perjanjian a. Kerajaan boleh memberi notis bertulis kepada Kontraktor untuk menamatkan
Perjanjian ini jika : i. Kontraktor gagal atau tidak berupaya untuk menerbit, mencetak dan
membekal buku tersebut mengikut kehendak seperti yang termaktub dalam Perjanjian ini ; atau
ii. Kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat yang
terdapat dalam Perjanjian ini, dan gagal membaik pulih pelanggaran tersebut dalam masa tiga puluh (30) hari selepas menerima notis bertulis daripada Kerajaan memintanya berbuat demikian; atau
14
iii. Kontraktor itu sebagai orang perseorangan (atau, apabila Kontraktor itu adalah suatu firma, mana-mana perkongsian firma itu) pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah penghakiman dibuat terhadapnya, atau membuat suatu penyelesaian atau perkiraan dengan apa cara sekalipun bagi faedah dan kepentingan pemiutang-pemiutangnya atau membuat suatu pindah hak atau penyerah hak asetnya bagi faedah pemiutang-pemiutangnya atau jika Kontraktor adalah suatu syarikat, meluluskan suatu ketetapan, atau Mahkamah membuat suatu perintah bahawa syarikat itu digantung atau digulung (bukan suatu penggulungan bagi maksud penyusunan semula atau penyatuan) atau jika seseorang penerima atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang telah dilantik atau jika timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada Mahkamah atau seseorang pemiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada Mahkamah membuat sesuatu perintah penggulungan; atau
iv. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor atau
sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya (sama ada dengan atau di luar pengetahuan Kontraktor) melakukan sesuatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, dengan syarat sentiasanya bahawa penamatan Perjanjian ini tidaklah menjejas hak-hak Kerajaan untuk mendapatkan balik pampasan, ganti rugi dan lain-lain hak yang sedia ada terdahulu dari itu; atau
v. Kerajaan mempunyai sebab-sebab tertentu atau jika berlaku keadaan-
keadaan di luar kawalan Kerajaan dan atau di atas kepentingan awam dan atau keselamatan negara dan atau bagi maksud Dasar Kerajaan dan atau apabila buku-buku tersebut tidak lagi diperlukan dan tidak lagi sesuai bagi kegunaan murid-murid dalam Sistem Pendidikan Negara ; atau
vi. Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Kontraktor yang
mempunyai status Bumiputera telah digugurkan statusnya kepada Bukan Bumiputera.
DENGAN SYARAT SENTIASANYA bahawa penamatan Perjanjian ini tidak
menyentuh sebarang hak Kerajaan yang sedia ada di bawah Perjanjian dan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
b. Walau apa pun yang terkandung dalam subfasal (a) di atas, Kerajaan boleh
pada bila-bila masa menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari mengenai hasrat untuk berbuat demikian. Dengan syarat penamatan Perjanjian ini tidak akan menjejaskan sebarang hak yang telah sedia ada bagi kedua-dua pihak di bawah Perjanjian ini dan di bawah mana-mana Undang-Undang Bertulis.
15
c. Bagi maksud pelaksanaan subfasal 5.22(a)(v) di atas, maksud “kepentingan awam”, ”keselamatan negara” dan “Dasar Kerajaan” adalah ditentukan secara tunggal dan bersendirian oleh Kerajaan dan adalah muktamad serta tidak boleh dipertikaikan.
5.23 Cara Pesanan Bagi maksud tender ini, pesanan yang sebenar akan dibuat oleh Jabatan kepada
Kontraktor. Pesanan akan dibuat secara rasmi dengan bertulis, dan Kerajaan tidak akan menerima sebarang tanggungan atas apa-apa pesanan yang dibuat selain daripada bertulis.
5.24 Tempat, Cara dan Tempoh Penghantaran Buku tersebut yang akan dibekalkan ke sekolah hendaklah cukup dari segi
bilangannya, dibungkus dan diikat dengan sempurna, mengikut cara dan tempoh penyerahan seperti yang dinyatakan dalam kontrak.
5.25 Denda Lewat Pembekalan i. Kontraktor yang berjaya mestilah menyempurnakan kontrak pembekalan
buku tersebut dalam tempoh yang ditetapkan dalam kontrak. ii. Kontraktor yang berjaya akan dikenakan denda sekiranya gagal
menyempurnakan pembekalan buku dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam kontrak. Cara pengiraan denda tersebut mengikut formula berikut :
Formula Bagi Mengira Denda Lewat Pembekalan Denda =
V(T + D) x 5%
T V : Nilai bekalan yang lewat dibekalkan T : Tempoh penyerahan yang ditetapkan D : Bilangan hari bekalan lewat 5.26 Denda Lewat Tuntut Pembayaran i. Kontraktor hendaklah membuat tuntutan pembayaran kepada Kerajaan tidak
lewat daripada tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh tamat tempoh pembekalan buku tersebut .
ii. Sekiranya tuntutan pembayaran lewat dan melebihi tempoh yang ditetapkan,
Kontraktor boleh dikenakan denda beramaun 0.5% daripada jumlah tuntutan bagi setiap bilangan hari yang Kontraktor lewat tuntut.
16
Formula Bagi Mengira Denda Lewat Tuntut Pembayaran Denda = 0.5 % (C) x (D) C = Jumlah Nilai Tuntutan D = Bilangan Hari Tuntutan Lewat 5.27 Bayaran Royalti Pemerakuan Buku Kepada Kerajaan i. Kontraktor yang berjaya hendaklah membayar royalti pemerakuan buku
kepada Kerajaan bagi edisi pertama dan edisi-edisi seterusnya buku tersebut yang terjual setiap tahun.
ii. Kadar royalti pemerakuan buku yang ditetapkan untuk kontrak ini adalah
pada kadar minimum 5% atas harga buku tersebut. iii. Bagi naskhah-naskhah buku tersebut yang dibeli oleh Kerajaan,
bayaran royalti pemerakuan buku akan dipotong terus oleh Kerajaan daripada bayaran-bayaran harga naskhah-naskhah buku tersebut mengikut kadar yang ditetapkan.
iv. Kontraktor yang berjaya tidak dibenarkan untuk menarik balik tawaran
royalti pemerakuan buku bagi buku tersebut yang telah dipersetujui / dirunding.
5.28 Tempoh Sah Laku i. Tawaran harga buku yang ditawarkan oleh Petender hendaklah sah laku
dalam tempoh tidak kurang daripada satu ratus lapan puluh (180) hari dari tarikh tender ditutup.
ii. Mana-mana Petender yang mengemukakan tempoh sah laku kurang
daripada masa yang ditetapkan satu ratus lapan puluh (180) hari tidak akan dipertimbangkan.
6. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISERTAKAN Dokumen Tender ini mengandungi lampiran-lampiran seperti berikut : Lampiran A : Keterangan Mengenai Petender
Lampiran A1 : Keterangan Mengenai Kewangan Petender
Lampiran A2 : Keterangan Mengenai Panel Penerbitan
Lampiran B : Surat Akuan Petender
Lampiran B1 : Surat Akuan Pembida
17
Lampiran B2 : Surat Perwakilan Kuasa
Lampiran B3 : Surat Akuan Pembida Berjaya
Lampiran C : Spesifikasi Buku Teks
Lampiran D : Tawaran Harga dan Kadar Royalti Pemerakuan Buku
Lampiran D1 : Perincian Anggaran Kos Penerbitan
Lampiran E : Jadual Anggaran Pesanan Buku Skim Pinjaman Buku Teks
Lampiran F : Tugas dan Tanggungjawab Kontraktor
Lampiran H : Jadual Penerbitan
Lampiran J : Panduan Penulisan Buku Teks
Lampiran K : Panduan Penyediaan Pruf Muka Surat 100%
Lampiran L : Dokumen Standard KSSR
7. BAHAN/DOKUMEN YANG MESTI DIKEMBALIKAN i. Hanya dokumen rasmi yang dimuat turun melalui laman web
http://www.eperolehan.gov.my akan diterima bagi maksud tender ini. Dokumen-dokumen selain dokumen ini tidak diterima kecuali sebagai tambahan kepada borang asal. Dokumen-dokumen tambahan yang hendak digunakan mestilah mempunyai ukuran yang sama dan mengandungi ruang-ruang yang sama dan serupa dengan borang asal. BORANG TIDAK BOLEH DIPINDAH MILIK.
ii. Setiap helaian dokumen tender yang digunakan termasuk dokumen tambahan,
mestilah ditandatangani di bahagian bawah dan setiap dokumen mestilah diberi nombor muka surat bersiri dan mengikut susunan.
iii. Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah dipotong,
ditandatangani ringkas serta dicatatkan tarikh dengan terang setentang dengan pindaan yang dibuat. Penggunaan cecair pemadam tidak dibenarkan.
iv. Dokumen-dokumen yang perlu diisi dan dikembalikan kepada Kementerian
Pelajaran adalah seperti berikut :
18
Bil
Bahan/Dokumen
Bilangan
Catatan
1.* Pruf Muka Surat 100% 17 Salinan (SJKC) 9 Salinan (SJKT)
Rujuk Lampiran K : Panduan Penyediaan Pruf Muka Surat 100%
Perlu disediakan dalam cetakan hitam putih.
Bersaiz A4
2.* Lampiran A
Keterangan Mengenai Keupayaan Petender
Asal dan 1 Salinan
Sertakan salinan dokumen sokongan
Dokumen-dokumen hendaklah ditaip.
Dijilid berasingan
3.* Lampiran A1
Keterangan Mengenai Kewangan Petender
Asal dan 1 Salinan
Sertakan salinan dokumen sokongan
Dokumen-dokumen hendaklah ditaip.
Dijilid berasingan
4.* Lampiran A2
Keterangan Mengenai Panel Penerbitan
Asal dan 1 Salinan
Sertakan salinan dokumen sokongan
Dokumen-dokumen hendaklah ditaip.
Dijilid berasingan
5. Lampiran B
Surat Akuan Petender
Asal
Lengkapkan dan ditandatangani.
6. Lampiran B1
Surat Akuan Pembida
Asal dan 1 Salinan
Lengkapkan dan ditandatangani.
Dokumen hendaklah ditaip.
7. Lampiran B2
Surat Perwakilan Kuasa
Asal dan 1 Salinan
Lengkapkan dan ditandatangani.
Dokumen hendaklah ditaip.
8. Lampiran C
Spesifikasi Buku Teks
Asal dan 1 Salinan
Sertakan salinan dokumen sokongan
Dokumen-dokumen hendaklah ditaip.
Dijilid berasingan
19
Bil
Perkara
Bilangan
Catatan
9. Lampiran D
Tawaran Harga dan Kadar Royalti Pemerakuan Buku
Asal dan 1 Salinan
Borang-borang hendaklah ditaip.
Lengkapkan.
10. Lampiran D1
Perincian Anggaran Kos Petender
Asal dan 1 Salinan
Borang-borang hendaklah ditaip.
Lengkapkan.
11. Lampiran E
Jadual Anggaran Pesanan Skim Pinjaman Buku Teks
Asal dan 1 Salinan
Borang-borang hendaklah ditaip.
Lengkapkan.
Bahan/dokumen yang bertanda (*) hendaklah dibinding secara berasingan. v. Petender yang tidak mengemukakan dokumen yang lengkap seperti yang
dinyatakan di atas akan menyebabkan tawarannya tidak akan dipertimbangkan dan ditolak sepenuhnya.
8. PENYERAHAN DOKUMEN TENDER i. Borang tender yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dibungkus kemas dan
dilakri dengan cap mohor syarikat. Setiap bungkusan hendaklah ditanda pada bahagian atas sebelah kiri (dalam saiz huruf 16 poin) seperti berikut :
TENDER MENERBIT, MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU TEKS KSSR
KEGUNAAN MULAI TAHUN 2012 HINGGA 2014 KOD TENDER : 22/2010 NO. TENDER : (X021122050110xxxx) NO. CADANGAN PETENDER : (Y021122050110xxxx) NAMA PETENDER (SYARIKAT) : ……................................................ JUDUL : MATEMATIK TAHUN 2 SJKC NAMA PETENDER (SYARIKAT) : ……................................................ NO. SIRI BUNGKUSAN : ……./………
20
ii. Semua dokumen tender hendaklah dialamatkan kepada : Pengarah
Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya iii. Semua dokumen tender mestilah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang
disediakan pada waktu pejabat di alamat seperti yang tersebut di atas tidak lewat dari tarikh dan masa yang ditetapkan. Ukuran setiap bungkusan dokumen tender mestilah tidak melebihi 30 cm x 24 cm x 11 cm.
iv. Kontraktor yang mengemukakan lebih daripada satu bungkusan dokumen
tender bagi sesuatu mata pelajaran dikehendaki melabel dan menomborkan bungkusan-bungkusan tersebut seperti berikut :
Sebagai contoh : Dokumen Tender dalam tiga (3) bungkusan No. Siri Bungkusan : 1/3, 2/3 dan 3/3. v. Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan
borang-borang penyertaan tender akibat daripada tidak memasukkan dokumen-dokumen tersebut ke dalam Peti Tender yang disediakan. Jika borang-borang tersebut dihantar melalui pos atau perkhidmatan courier, Petender dengan ini memberi amanah kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menerima dan memasukkannya ke dalam Peti Tender. Walau bagaimanapun, Kementerian Pelajaran Malaysia tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan borang-borang tersebut.
9. TARIKH TUTUP TAWARAN i. Tarikh tutup tender adalah seperti berikut : Kod Tender : 22/2010 – 30/2010 - 28 Mac 2011 (Isnin) - tepat jam 12.00 tengah hari ii. Semua Dokumen Tender hendaklah sampai ke Bahagian Buku Teks,
Kementerian Pelajaran Malaysia pada atau sebelum tarikh dan waktu tersebut. TENDER YANG LEWAT DITERIMA TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
iii. Bukti pengeposan bukan bukti penerimaan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
21
10. HAL-HAL LAIN Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai tender ini hendaklah dirujuk kepada
Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia di talian berikut : i. Aspek Umum Tender dan Kontrak : 03 – 8884 4445 (SDP) ii. Aspek Spesifikasi dan Penyediaan PMS : 03 – 8884 4525 (STP) iii. Aspek Penerbitan : 03 – 8884 4419 (SPSR) iv. Aspek Pembekalan Buku : 03 – 8884 4321 (SPBT)