Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf
-
Upload
abdul-ghani -
Category
Education
-
view
273 -
download
3
Transcript of Keperluan Kepada kebijaksanaan dan tahaluf
Keperluan Kebijaksanaan dan Permuafakatan Dalam Perjuangan
Ust Hj. Abdul Ghani Samsudin
Motto:
Allah Berfirman منهم عاديتم ذين ال وبين بينكم يجعل أن ه الل عسى
حيم ر غفور ه والل قدير ه والل مودة ولم الدين في يقاتلوكم لم ذين ال عن ه الل ينهاكم ال
إن إليهم وتقسطوا وهم تبر أن دياركم من يخرجوكمالمقسطين يحب ه الل
Maksudnya "Semoga Allah membibitkan rasa kasih sayang di
kalangan kamu dengan orang yang sebelumnya kamu musuhi, Allah memang Maha Berkuasa . Malah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
"Allah tidak melarang kamu berbuat baik terhadap orang yang tidak memerangi kamu tentang agama dan tidak pula mengeluarkan kamu dari kampong halaman kamu untuk kalian berbuat baik dan berlaku adil terhadap mereka. Sememangnya Allah suka kepada orang bersikap adil saksama."
( Maksud Surah Al-Mumtahanah Ayat 7-8 )
Pendahuluan Untuk mencapai sesuatu kejayaan dan
meraih kemenangan dalam perjuangan memang memerlukan berbagai persiapan di samping perlu memenuhi berbagai persyaratan . Sebab itu persiapan perlu disediakan dahulu; baik yang bersifat ilmu dan sifat sifat keruhanian seperti sabar, mahupun yang bersifat fizikal ; seperti organisasi, pasukan atau kumpulan, kelengkapan meterial dan sebagainya.
Sambungan Pendahuluan Semakin besar dan tinggi tujuan yang
hendak dicapai, semakin banyak dan rencam persiapan yang perlu disediakan . Sebab itu Allah menegaskan dalam surah Fussilat ayat 35 :
عظيم حظ ذو إال يلقاها وما صبروا ذين ال إال يلقاها وما Tidak akan meraihnya ( kemenangan itu )
kecuali orang yang sabar dan tidak akan menggapainya kecuali orang yang sangat beruntung.
Dalam Surah Al Qasas ayat 80 Allah berfirman: وعمل آمن من ل خير ه الل ثواب ويلكم العلم أوتوا ذين ال وقال
الصابرون إال يلقاها وال صالحا Maka berkata pula orang-orang yang diberi ilmu
(di kalangan mereka): "Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar".
Lebih jelas lagi Allah Berfirman dalam surah Al Anfal ayat 60:
ه الل عدو به ترهبون الخيل باط ر ومن قوة من استطعتم ما لهم وأعدواشيء من تنفقوا وما يعلمهم ه الل تعلمونهم ال دونهم من وآخرين وعدوكم
تظلمون ال وأنتم إليكم يوف ه الل سبيل في "Sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Memang, apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah, akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya."
Keperluan Berjamaah, Muafakat dan Tahaluf
Keperluan berjamaah dan berorganisasi merupakan suatu yang axioma . Keperluan organisasi yang baik dan cekap memang sudah lumrah. Hari ini, segala galanya bersifat institusi, kesatuan atau pakatan . Manusia merangka berbagai pakatan senegara, serantau dan malah sedunia. Ini adalah suatu kemestian. Sebab itu ramai kalangan yang berpakat dan mengatasi sifat keakuan masing masing untuk mencapai matlamat yang lebih besar; melalui pembentukan sesuatu pakatan yang boleh melonjakkan langkah mereka melakar kejayaan. Oleh kerana itu mereka tidak asyik berkhayal dengan kehebatan diri atau kehebatan parti mereka, tapi mereka terus mengemaskan jentera kesepakatan demi memastikan kejayaan perjuangan mereka.
Dalam Surah Al Saff Ayat :4 Allah berfirman : هم كأن صفا سبيله في يقاتلون ذين ال يحب ه الل إن
مرصوص بنيان Allah suka orang yang berjuang di jalan-
Nya dalam satu saff (barisan atau pakatan); laksana barisan bangunan yang tersusun kukuh dan mantap .
Prasyarat Jama'ah dan Pakatan Yang Kuat
Apakah prasyarat sesuatu pakatan pergerakkan yang kuat . Pakar dalam bidang ini menerangkan:
1. Perlulah ditanamkan keyakinan kepada
pemimpin dan pengikut tentang kemestian usaha atau amal secara berpasukan. Dengan lain-lain perkataan menobatkan nilai kesepakatan yang tertib , berpiagam dan terurus dengan baik dan bertamadun; demi meraih sesuatu matlamat dan kejayaan.
Sambungan Prasyarat 2. Mengawal dan membatasi semangat ego
dan keakuan yang berlebihan; sehingga menghina rakan sepasukan dan mengkucar-kacirkan kesepakatan.
3. Mengukuh dan menyuburkan pengetahuan dan menambah kemahiran untk mengukuhkan kesepakatan pasukan.
4. Mengukuhkan kebijaksanaan dan kemahiran memimpin pakatan dan mengurus rakan sepasukan.
Sambungan Prasyarat 5. Memberi perhatian terhadap
pengembangan ilmu serta kemahiran asas demi mengukuhkan pasukan.
6. Mengujudkan mekanisme keilmuan , prosedur yang praktikal serta memanfaatkan kebijaksanaan untuk menangani krisis yang dihadapi oleh pasukan dan pakatan .
Sambungan Prasyarat 7. Mengadakan indikatur pengukuran
untuk menilai pencapaian pasukan dan pakatan dalam usaha mereka.
8. Menyediakan tatacara dan s.o.p menghadapi gejala penyakit atau krisis yang boleh memecahbelahkan pasukan dan pakatan.
Asas Dalil dan Hujah
Kesimpulan di atas disokong oleh dalil , hujah dan ayat ayat berikut:
a -Allah berfirman dalam Surah Ali Imran ayat 104 الخ�ير الى يدعون امة منكم ولتكن Hendaklah ada segolongan dari umat ini yang
menyeru kepada kebaikan Ali Imran 103: تفرقوا وال جميعا الله بحبل واعتصموا Berpegang teguhlah kalian semua dengan tali
( agama) Allah dan jangan kalian berpecah belah.
Sambungan Asas Dalil Dalam Surah Ali Imran 146 Allah
menegaskan: كثير ربيون معه قاتل نبي من وكأي "Berapa banyak para Nabi yang ikut
berjuang dengan mereka banyak para Ribbiyun. "
Ribiyun di sini ialah merujuk kepada mereka yang berjuang dalam pasukan atau pakatan
B - b - Berjuang dalam pasukan atau pakatan lebih
berkemungkinan mendapat rahmat Allah di samping lebih berkemungkinan mendapat kejayaan . Rasulullah menegaskan:
وابدانهم ديارهم تفرقت وان الجماعة اهل هم الله رحمة اهل "Mereka yang berkemungkinan mendapat rahmat
Allah adalah mereka yang berjamaah (bersepakat dalam pakatan) meskipun berjauhan kedudukan negara dan fizikal masing masing."
C- c. Semakin besar himpunan pakatan
maka semakin jauh mereka dari kemungkinan tersasar dalam kesesatan. Rasulullah menegaskan
ضاللة على تجتمع ان من امتي اجار قد الله .ان Bahawa Allah telah menghindarkan
umatku dari bersekongkol dan duduk berhimpun dalam kesesatan.
Sambungan Asas Dalil Baginda menjelaskan lagi: من وهو الواحد مع الشيطان فإن والفرقة واياكم بالجماعة عليكم
الجماعة فليلزم الجنة بحبوحة اراد ومن ابعد االثنين الخطاب ابن عمر رواه Kalian hendak berjamaah, awas jangan berpecah-
belah. Sesungguhnya syaitan bersama dengan orang yang bersendirian. Syaitan lebih jauh daripada orang yang berdua ( bersama orang lain). Siapa yang minat menikmati kesenangan di syurga maka dia perlu berjamaah ( berpakat dan bermuafakat)
D - d - Bersepakat dan berpasukan akan lebih mungkin
meraih rahmat pertolongan Allah . Dalam Surah al Maidah ayat 20 Allah berfirman:
والتقوى البر على وتعاونوا Berkerjasamalah untuk berbuat kebaikan dan ketakwaan Surah Al Anfal :46 ريحكم وتذهب فتفشلوا تنازعوا وال Jangan kalian berpecahbelah ( tidak mahu berpakat dan
bermuafakat) nanti kalian akan gagal dan hilang keharuman reputasi kalian.
Sambungan Asas Dalil Dalam hadith dinyatakan : الجماعة مع الله يد "Pertolongan Allah datang dengan berjamaah" Rasulullah memang mengalakkan umatnya
berjamaah; bersepakat secarat teratur menjayakan perjuangan. Baginda tidak suka umatnya bersikap egoistik dan hidup bernafsu nafsi tanpa mengindahkan jamaah.
E - e - Berjuang dengan pendekatan bersepakat dan
bertahaluf ini memang selaras dengan bimbingan prinsip , kaedah syara' dan Qawa'id Usul Fiqh. Ia selaras dengan kaedah :
واجب فهو االبه الواجب يتم ال ما "Apa yang tidak sempurna wajib kecuali dengannya
maka perkara itu menjadi wajib ." Ini kerana banyak fungsi dan tugas tugas khusus
memerlukan kepakaran dan takhassus. Sebab itu dengan adanya kerja berpasukan maka perkara berkenaan dapat ditangani dengan jitu dan berkesan.
F - f. Kaedah logik menegaskan bahawa
bersendirian adalah lemah dan mempunyai keupayaan yang terhad. Sebab itu berpakat dan berpasukan akan menggandakan kekuatan dan keupayaan menentang kebatilan dan menegakkan kebenaran. Parkara ini juga benar dalam kontek perjuangan politik. Sebab itu kita lihat BN mempunyai banyak parti pakatannya untuk menerajui politik negara Malaysia, oleh itu parti pembangkang pun amat perlu kepada kesepakatan.
G - & H - g. Berusaha melalui kesepakatan dan amal jama'i adalah
sunnah alam . Ini ditegaskan oleh ayat ayat Allah tentang kerajaan lebah , kumpulan semut, burung burung di angkasa dan malah ikan ikan di lautan. Demikian juga kumpulan binatang di hutan dan malah gugusan bintang bintang di langit.
h- Kerja berpasukan dan kesepakatan akan memungkinkan
kejayaan yang lebih cemerlang dicapai dan puncak prestasi yang lebih gemilang dapat digapai . Malah spektrum kejayaan yang lebih luas dapat diperlolehi dengan kualiti yang lebih baik. Khasnya bila matlamat dan objektif yang hendak dicapai lebih rencam dan pelbagai.
I- & J- i. Kesepaduan dan kekompakan masyakat akan
lebih terjelma dalam pelbagai program kerjasama. Rasa kasih sayang, mahabbah, kepedulian dan sifat terbuka akan lebih subur di kalangan rakyat yang bersepakat dan berkerja sebagai satu pasukan.
j. Dengan demikian keupayaan dan mutu kerja
dan pencapaian individu akan meningkat; serentak dengan peningkatan jati diri dan syakhsiah mereka melalui:
Kesan positifnya ialah: -- adanya peluang yang lebih luas untuk meledakkan
daya upaya mereka menghasilkan karya dan usaha mencapai prestasi secara individu dalam pasukan.
-- pertukaran pengalaman dan penambahannya dalam masa yang relatif singkat.
-- kebijaksanaan memanfaatkan kebolehan seseorang individu yang terlibat.
-- peluang memuaskan kehendak individu dan orang ramai dari sudut emosi dan semangat; iaitu keperluan kepada penghargaan, kasih sayang , kedamaian dan keamanan.
Kesan positifnya ialah: -- peluang meningkatkan keupayaan berfikir,
meluaskan wawasan melalui pembelajaran, daya berfikir kritis, mempelbagaikan alternatif penyelesaian dan saling menyempurnakan kekurangan masing-masing demi meraih kejayaan.
-- boleh mengukuhkan semangat bergerak melalui pakatan, institusi dan pasukan sebagai menjelmakan semangat persaudaraan kemanusiaan, ketamadunan pada masa kini.
Kesan positifnya ialah: -- dapat menggalakkan semangat saling
berlumba , berusaha dan berkurban serta berdedikasi dalam masyarakat.
-- Akhirnya mengukuhkan kesediaan untuk menerima pembaharuan, meningkatkan diri dan berkembang dalam setiap lapangan kehidupan.
Kebaikan Berpakat dan Bertahaluf
Inilah kebaikan berkerja secara bersepakat serta berjuang untuk menumpaskan kebatilan , menentang kezaliman, membela nasib rakyat yang semakin terhimpit dengan berbagai penderitaan melalui pelbagai parti politik pembangkang yang sealiran dan mempunyai banyak persamaan; berbanding perbedaan. Ini jika kalangan yang terlibat terus beristiqamah dan ingin terus berjuang .
Penutup Jika mereka enggan bersepakat maka
mereka memang tidak akan ada harapan untuk memenangi pertarungan politik yang mereka harungi kini. Kecualilah mereka sudah bosan dan hanya mahu jadi penasihat, maka ketika itu mereka bolehlah berkecuali dan menikmati apa jua habuan yang mereka dapat capai. Oleh itu tinggalkanlah perjuangan kepada Pakatan Harapan untuk meneruskan perjuangan membela rakyat.
Wallah A’lam (Untuk pengetahuan lebih lanjut tentang
tema ini rujuk kitab " Usus Wa Maharat Al 'Amal Al Jama'i " Oleh Ibrahim Al Dieb Cetakan Pertama Dar al Wafa' Mansurah Mesir 2005)
Gambar Kitab Rujukan