Kepercayaan Dan Perhiasan Iban

3
Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Chief Paramount" dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda- petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka. Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa. Kaum Iban dahulunya percaya kepada animisme iaitu penyembahan terhadap alam dan selepas itu diikuti oleh agama hindu-buddha. Selepas sekian lama, kebanyakan masyarakat iban pada hari ini lebih cenderung ke arah kristian dan islam. Mereka mempunyai banyak perayaan yang disambut setiap tahun ataupun berlaku sesuatu perkara. Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti : · Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai) · Gawai Burung (untuk membaiki petanda yang tidak baik) · Gawai Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya)

description

iban

Transcript of Kepercayaan Dan Perhiasan Iban

Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau "Chief Paramount" dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.Kaum Iban dahulunya percaya kepada animisme iaitu penyembahan terhadap alam dan selepas itu diikuti oleh agama hindu-buddha. Selepas sekian lama, kebanyakan masyarakat iban pada hari ini lebih cenderung ke arah kristian dan islam. Mereka mempunyai banyak perayaan yang disambut setiap tahun ataupun berlaku sesuatu perkara.Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti:Gawai Dayak(Pesta Kehasilan Menuai)Gawai Burung(untuk membaiki petanda yang tidak baik)Gawai Kenyalang(untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya)Gawai Umai(seperti Gawai Panggul semasa mencari tapak umai, Gawai Batu semasa menebang, Gawai Bersimpan selepas menuai)Gawai Pangkong Tiang, Gawai Tuah(untuk mencari nasib baik)Gawai Lelabi(Melah Pinang / Maljis Nikah)Gawai SakitdanGawai Antu( untuk perkara yang tidak baik berlaku)

Lelaki masyarakat Iban terkenal dengan lanjang atau topi yang dihiasi dengan bulu burung iaitu burung merak atau ruai. Lelaki juga sinonim dengan kain dandong atau kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Panjang dandong adalah tidak tetap kerana kain dandong ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong ini diperbuat daripada tenunan secara ikat. Kain dandong tidak lagi digunakan pada zaman sekarang,melainkan digunakan untuk perhiasan sahaja.Pakaian wanita Iban dapat dilihat daripada bahagian kepala sehinggalah ke bahagian kaki. Bahagian kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi, yang merupakan hiasan yang diperbuat daripada logam timah. Bahagian bahu pula akan dihiasi dengan marik empang,yang diperbuat daripada manik-manik yang disusun mengikut corak. Bahagian pinggang pula akan dililit dengan ngepan yang diperbuat daripada timah dan kelihatannya seperti syiling yang disusun berjuntai-juntai. Kaki juga mempunyai perhiasan yang cantik dan setiap gelang kaki akan diletakkan gerunung yang mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik perhatian sesiapa yang mendengarnya.