KENYATAAN SEBUTHARGA B - polipd.edu.my PPD-SH-B-13-2017... · borang pematuhan kadar sewa bulanan...
Transcript of KENYATAAN SEBUTHARGA B - polipd.edu.my PPD-SH-B-13-2017... · borang pematuhan kadar sewa bulanan...
KENYATAAN SEBUTHARGA B
Sebutharga adalah dipelawa daripada Pengusaha - Pengusaha yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 040103 (Makanan Bermasak Islam) dibenarkan menyertai sebutharga berikut :-
NO SEBUTHARGA PPD/SH(B)/13/2017
TAJUK SEBUTHARGA Perkhidmatan Menyewa dan Menguruskan Kantin di Politeknik Port Dickson
TARIKH BUKA/ IKLAN 17 Oktober 2017 (Selasa)
TARIKH TUTUP 27 Oktober 2017 (Jumaat)
SYARAT – SYARAT
SEBUTHARGA
- Berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia/ Perbadanan
- Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia – Negeri Sembilan
Sahaja (040103 – Makanan Bermasak Islam)
Dokumen Sebutharga boleh diperoleh mulai 20 Oktober 2017 (Jumaat) dengan memuat turun dalam laman sesawang Politeknik atau semasa lawatan tapak dijalankan atau di Unit Perolehan, Politeknik Port Dickson . Dokumen sebutharga yang dihantar secara manual perlulah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikembalikan dengan sampul berlakri melibatkan cadangan tawaran teknikal dan harga termasuk dokumen sokongan kepada:
Bahagian Pentadbiran Politeknik Port Dickson KM 14, Jalan Pantai 71050 Si Rusa, Port Dickson Negeri Sembilan
Syarikat-syarikat yang berminat menyertai sebutharga ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri TAKLIMAT & LAWATAN TAPAK PENYEBUTHARGA yang dijadualkan seperti berikut :
Tarikh : 20 Oktober 2017 (Khamis) Jam : 09.00 pagi Tempat : Kantin , Politeknik Port Dickson.
Kegagalan menghadiri sesi tersebut akan menyebabkan tawaran sebutharga tidak akan dipertimbangkan. Sijil Kehadiran Taklimat & Lawatan Tapak Sebutharga akan dikeluarkan kepada syarikat yang hadir sahaja. Syarikat hendaklah membawa bersama SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN & COP SYARIKAT. Wakil Adalah tidak dibenarkan semasa sesi taklimat dan lawatan tapak dijalankan. Pihak Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana sebutharga yang dikemukakan melalui pos. . Peringatan : Pihak kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana sebutharga yang dikemukakan melalui pos. Penjelasan lanjut hubungi pegawai berikut :
1) Encik Ahmad Shukri bin Endut : 06-6622021 2) Cik Nurul Huda binti Mohd Shahrudin : 06-6622018 3) Urusetia Sebutharga PPD/SH(B)/13/2017 : 06-6628006
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
1
KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
DOKUMEN TAWARAN
PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENGURUSKAN
KANTIN DI POLITEKNIK PORT DICKSON
KOD SEBUTHARGA : PPD/SH(B)/13/2017
PERINGATAN PENTING PENYEBUTHARGA YANG TIDAK HADIR TAKLIMAT ATAU LAWATAN
TAPAK ATAU SILAP MENGISI BORANG ATAU MELANGGAR MANA-
MANA ARAHAN DAN SYARAT-SYARAT DALAM DOKUMEN
SEBUTHARGA INI TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
2
KANDUNGAN DOKUMEN SEBUT HARGA B
Dokumen Sebut harga ini hendaklah mengandungi perkara-perkara berikut:
Bil. Perkara/Dokumen
1. Kenyataan Tawaran Sebutharga
2. Arahan Kepada Penyebutharga
3. Peraturan Am dan Syarat Sebutharga
4. Keterangan Penyebutharga (Lampiran A)
5 Pengalaman Penyebutharga (Lampiran B)
6 Harga Tawaran Sewaan (Lampiran C)
7 Harga Tawaran Makanan dan Minuman (Lampiran D)
8 Senarai Peralatan (Lampiran E)
9 Surat Akuan Penyebutharga (Lampiran F)
10 Surat Akuan Pembida (Lampiran G)
11 Senarai Semak Teknikal dan Kewangan
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
3
KENYATAAN SEBUTHARGA KOD SEBUTHARGA : PPD/SH(B)/13/2017
Sebutharga adalah dipelawa daripada pengusaha – pengusaha yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah Kod Bidang 040103 (Makanan Bermasak Islam) dibenarkan menyertai sebutharga berikut:-
PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENGURUSKAN KANTIN POLITEKNIK PORT DICKSON
Dokumen Sebutharga boleh didapati semasa sesi taklimat dan lawatan tapak dijalankan atau secara terus di Unit Pentadbiran, Politeknik Port Dickson mulai 20 Oktober 2017 (Jumaat) hingga 27 Oktober 2017 (Jumaat). Dokumen Sebutharga yang telah lengkap diisi perlu hendaklah dihantar ke:
Unit Pentadbiran Politeknik Port Dickson
KM 14, Jalan Pantai 71050 Si Rusa, Port Dickson Negeri Sembilan
Tarikh Tutup : 27 Oktober 2017 (Jumaat) Jam : 12.00 tengahari No.Kod Peti Sebutharga : PPD/SH(B)/13/2017 Peringatan : Syarikat-syarikat yang berminat menyertai tawaran ini adalah DIWAJIBKAN menghadiri TAKLIMAT DAN LAWATAN TAPAK yang dijadualkan seperti berikut : Tarikh : 20 Oktober 2017 (Khamis)
Jam : 09.00 pagi
Tempat : Kantin, Politeknik Port Dickson
Kegagalan menghadiri sesi tersebut akan menyebabkan tawaran sebutharganya tidak akan dipertimbangkan. Pihak kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kelewatan atau kehilangan mana-mana sebutharga yang dikemukakan melalui pos.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
4
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
1. Penyebutharga perlu menyediakan cadangan tawaran teknikal/kewangan dengan
lengkap. Keperluan bagi setiap cadangan adalah seperti berikut:
a) Cadangan Dokumen
A - Keterangan Mengenai Penyebutharga
B - Pengalaman Mengenai Penyebutharga
C - Tawaran Harga Sewaan
D - Jadual Pecahan Harga Makanan & Minuman
E - Keterangan Mengenai Peralatan Digunakan
F - Surat Akuan Pembida
G - Surat Akuan Penyebutharga
2. Penyebutharga juga perlu menyediakan dokumen sokongan dengan lengkap dan
menghantarnya secara manual
a) Cadangan Tawaran mestilah dihantar secara manual sebelum atau pada 27
Oktober 2017 (Jumaat). Cadangan tawaran yang lewat tidak akan diterima oleh
pihak Politeknik Port Dickson.
b) Kandungan dokumen sokongan adalah seperti berikut :
Cadangan Tawaran Sebutharga :-
i. Dokumen teknikal/kewangan di para 1(a)
ii. 3 bulan Penyata Bank Terkini 2017 secara berturutan– (Julai,
Ogos & September 2017 ATAU Jun, Julai & Ogos 2017 ATAU
Mei, Jun & Julai 2017)
iii. 1 Salinan Sijil Kementerian Kewangan terkini di bawah kod bidang
040103 (Makanan Bermasak Islam) (berdaftar di Negeri
Sembilan sahaja)
i. 1 Salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
ii. Sijil Kehadiran Lawatan Tapak
iii. Profil Syarikat (jika ada)
iv. Salinan Bukti Pendaftaran GST syarikat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (sekiranya berdaftar)
v. Senarai Semak Tawaran Dokumen Teknikal/Kewangan
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
5
c) KEGAGALAN mematuhi mana – mana perkara di atas akan menyebabkan
CADANGAN DITOLAK.
i. Cadangan tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul surat
berlakri (sealed) dan ditandakan di bahagian kiri atas sampul surat itu
dengan :
No.Sebutharga : PPD/SH(B)/13/2017
dan dialamatkan kepada :
Pengarah
Politeknik Port Dickson
KM 14, Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan
d) Sebutharga yang dihantar dengan tangan hendaklah dimasukkan sendiri oleh
penyebutharga ke dalam peti sebutharga yang disediakan di alamat seperti di
atas pada waktu pejabat tidak lewat daripada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Sebutharga yang lewat tidak akan dipertimbangkan.
e) Politeknik tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan dokumen-dokumen
sebutharga yang dihantar :
i. Hantar Sendiri Dengan Tangan
Memasukkan dokumen dalam peti sebutharga yang salah
ii. Melalui Pos/Agen Penghantaran
Hilang semasa dalam perjalanan pos atau penghantaran
f) Kerajaan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan yang
ditanggung oleh mana-mana penyebutharga dalam penyediaan dan penyerahan
tawaran sebutharga ini tanpa mengambil kira sama ada hasil proses sebutharga
ini berjaya atau sebaliknya.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
6
g) Semua pertanyaan dan surat-menyurat berhubung dengan sebutharga ini
hendaklah dialamatkan kepada :
Unit Aset dan Perolehan
Bahagian Pentadbiran
KM 14 Jalan Pantai
Si Rusa
71050 Port Dickson
Telefon : 06-6622021 (Spesifikasi)
: 06-6622018/8006 (Unit Perolehan)
Faks : 06-662 2026
PENGARAH
POLITEKNIK PORT DICKSON
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
7
2. SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA
2.1 Sebutharga adalah dipelawa kepada pengusaha-pengusaha yang mahir dan
berpengalaman serta berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di
bawah Kod Bidang 040103 (Makanan Bermasak Islam) yang masih sah
laku untuk menguruskan Kantin di Politeknik Port Dickson bagi tempoh 24
(Dua Puluh Empat) bulan.
2.2 Sebutharga hendaklah menggunakan borang-borang yang telah disediakan.
Syarikat-syarikat yang layak dan berminat boleh mendapatkan dokumen
sebutharga mulai 20 Oktober 2017 (Jumaat) dan semasa sesi taklimat dan
lawatan tapak dijalankan atau di Unit Perolehan, Bahagian Pentadbiran,
Politeknik Port Dickson.
2.3 Sebutharga yang diterima dengan meminda butiran –butiran borang
berkenaan atau tidak mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan tidak akan
dipertimbangkan.
2.4 Politeknik Port Dickson akan mengadakan lawatan tapak dan taklimat khas
mengenai sebutharga ini pada 20 Oktober 2017 (Jumaat) jam 9.00 pagi di
Kantin, Politeknik Port Dickson. Syarikat yang berminat terhadap tawaran
sebutharga di atas dikehendaki hadir dan Sijil Taklimat akan diberi ketika
menghadiri taklimat tersebut.
2.5 Pihak Politeknik Port Dickson tidak akan terikat dengan faktor harga sahaja,
malah faktor – faktor lain juga akan diambilkira apabila menimbang
penerimaan permohonan tawaran.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
8
2.6 PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH
2.6.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau
memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah
kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini
merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan
Rasuah 1997;
2.6.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa
suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak
yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan
segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang
berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997;
2.6.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib
terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan
kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat
dengan kesalahan rasuah di bawah di bawah Akta Pencegahan
Rasuah 1997; dan
2.6.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan
bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada
barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada
perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam
yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan
di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997
-ruangan ini sengaja dibiarkan kosong-
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
9
3. CARA-CARA MENGISI BORANG SEBUTHARGA
3.1 Penyebutharga hendaklah membaca arahan-arahan dan syarat-syarat dalam
dokumen sebutharga serta menyemak kandungan dokumen-dokumen
sebutharga dengan teliti sebelum mengisi borang-borang sebutharga.
Kegagalan mematuhi mana-mana syarat di bawah ini menyebabkan
sebutharga tersebut tidak akan dipertimbangkan atau terus ditolak.
3.2 Borang-Borang Yang Perlu Diisi.
3.2.1. Borang Pematuhan Harga Sewaan
3.2.1.1 Penyebutharga adalah dikehendaki melengkapkan
borang pematuhan kadar sewa bulanan yang yang
telah ditetapkan oleh Politeknik Port Dickson dan perlu
ditandatangani oleh pengusaha. Penetapan bagi
Penilaian Kadar Sewaan Premis Kantin ini telah dinilai
oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Seremban. (Lampiran C)
3.2.2 Senarai Harga Makanan Ditawarkan
3.2.2.1 Penyebutharga adalah dikehendaki mengisi dan
menandatangani borang ini. Sekiranya borang ini tidak
diisi dan ditandatangani tawaran Penyebutharga
menjadi tidak sah/laku dan dengan sendirinya akan
ditolak. (Lampiran D)
3.2.3 Senarai Peralatan dan Kenderaan
Perlu diisi oleh pengusaha dan menandatangani borang ini.
(Lampiran E)
3.2.4 Keterangan Mengenai Pengusaha
Pengusaha dikehendaki menerangkan secara terperinci mengenai
pengusaha, bilangan pekerja, pengalaman, cara memperolehi
bekalan, pengalaman masa lalu dan lain-lain perkara yang perlu diisi.
(Lampiran A)
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
10
3.2.5 Senarai Perkhidmatan Atau Pengalaman Syarikat
Pengusaha dikehendaki melengkapi senarai perkhidmatan atau
pengalaman syarikat yang lalu dan terkini sekiranya tidak mempunyai
pengalaman perlu menyatakan tiada pengalaman (Lampiran B)
3.2.6 Surat Akuan Pembida
Perlu ditandatangani oleh pihak pengusaha yang menyertai
sebutharga ini. (Lampiran F)
3.2.7 Pengakuan Pengusaha
Perlu ditandatangani oleh Pengusaha yang menyertai sebutharga ini.
(Lampiran G)
4. TARIKH TUTUP SEBUTHARGA
4.1 Sebutharga ini akan ditutup pada 27 Oktober 2017 (Khamis) jam 12.00
tengahari.
4.2 Dokumen sebutharga yang telah lengkap dan hendaklah dimasukkan dalam
sampul surat berlakri dan ditulis NO.SEBUTHARGA : PPD/SH(B)/13/2017
pada sudut atas sebelah kiri sampul tersebut.
4.3 Politeknik Port Dickson tidak terikat untuk menerima sebarang tawaran
sebutharga selepas tarikh dan masa sebutharga ditutup.
4.4 Sampul yang mengandungi borang sebutharga hendaklah dihantar melalui
pos atau hantar sendiri ke alamat seperti berikut :
Unit Pentadbiran
Politeknik Port Dickson
KM 14, Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Port Dickson
Negeri Sembilan
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
11
5. KELEWATAN DOKUMEN
Politeknik Port Dickson tidak bertanggungjawab di atas sebarang kelewatan atau
kehilangan borang sebutharga yang dihantar kepada kami. Sebutharga yang diterima
selepas masa dan tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
6. HARGA TAWARAN
Harga makanan dan minuman serta kadar sewa hendaklah mengambilkira segala
perbelanjaan termasuk :
i. Tenaga kerja, pengangkutan , alat kelengkapan memasak, kos bahan api dan
lain-lain perbelanjaan yang terlibat dalam menguruskan Kantin.
ii. Harga sebutharga sewaan Kantin dan bayaran bekalan dhendaklah dibuat
dalam Ringgit Malaysia (RM). Bayaran Sewa Bulanan Kantin hendaklah
dibayar sebulan sekali tidak lewat daripada 7 haribulan pada bulan
berkenaan (termasuk tempoh cuti)
iii. Penyebutharga adalah diingatkan bahawa harga makanan dan minuman,
saiz, berat, kuantiti serta kualiti makanan yang ditawarkan oleh pengusaha
hendaklah dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian kontrak berjalan. Sekiranya
terdapat rungutan daripada pihak pengguna mengenai harga jualan, berat,
saiz, kuantiti dan kualiti makanan dan minuman yang dijual berbeza dari harga
yang ditawarkan di dalam sebutharga, maka Kerajaan berhak menarik balik
tawaran yang telah dibuat pada bila-bila masa sahaja
7. BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR
7.1 Bayaran elektrik dan air adalah menjadi tanggungjawab pengusaha termasuk
deposit, sewaan dan lain-lain yang berkaitan.
7.2 Adalah menjadi tanggungjawab pengusaha mengambil tindakan sewajarnya
untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul ketika berlaku gangguan
bekalan air dan elektrik.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
12
8. MAKANAN DAN MINUMAN HALAL
8.1 Makanan dan minuman yang disediakan hendaklah dari jenis yang halal disisi
Agama Islam. Makanan dan minuman juga adalah dari jenis yang baik dan
segar serta mempunyai nilai makanan yang seimbang.
8.2 Senarai makanan dan minuman yang perlu disediakan hendaklah diisi
sepenuhnya, manakala senarai tambahan perlu diisi jika ingin membuat
makanan dan minuman tambahan dari senarai sebagaimana Lampiran D.
Senarai menu hendaklah ditunjukkan di tempat yang mudah dilihat oleh
pelanggan pada setiap masa perniagaan.
8.3 Pengusaha adalah dilarang menjual sebarang minuman keras atau rokok
yang boleh mengkhayalkan walau dengan apa cara sekalipun serta dilarang
mempamerkan apa-apa alat, benda atau gambar barangan tersebut.
9. TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA
9.1 Pengusaha Kantin adalah dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku
keracunan makanan yang disahkan oleh pihak berkuasa berpunca daripada
kantin tersebut.
9.2 Pengusaha Kantin adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan
pekerja yang mencukupi dan efisyen pada setiap masa bagi memastikan
perkhidmatan Kantin berjalan lancar
9.3 Pengusaha Kantin adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dan
mengadakan alat-alat memasak, bekalan gas, kenderaan, tenaga buruh dan
lain-lain yang berkaitan untuk mengurus kerja-kerja dibawah kontrak/
sebutharga ini.
9.4 Pengusaha adalah dikehendaki menggunakan ruang dapur yang disediakan
sahaja untuk membuat dan menyediakan makanan. Pembinaan ruang dapur
berasingan di luar atau di dalam bangunan Kantin adalah tidak dibenarkan.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
13
9.5 Pengusaha Kantin hendaklah menyediakan kemudahan yang mencukupi bagi
penyimpanan makanan yang sempurna dan selamat bagi bahan mentah dan
bahan yang sudah dimasak atau sedia untuk dimakan.
9.6 Semua alat untuk menyimpan makanan seperti almari dan rak hendaklah
dibuat dari bahan yang mudah dicuci dan juga terkawal daripada serangga
dan makhluk perosak yang lain
9.7 Pengusaha adalah bertanggungjawab di atas kebersihan ruang bangunan
yang digunakan dan kawasan sekelilingnya termasuk longkang di sekeliling
bangunan Kantin
9.7.1 Semua sisa makanan dan sisa bahan masakan hendaklah dibuang
dengan menggunakan karung/ bungkusan plastik ke dalam tong
sampah bertutup dan diletakkan di tempat yang tidak mengganggu
pengguna/ pelanggan dan Pengusaha Kantin diminta melupuskan
sendiri sisa bahan masakan dan sisa makanan tersebut di pusat
pelupusan sampah diluar kawasan Politeknik Port Dickson yang
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
9.7.2 Dewan makan/ kawasan dapur/ tandas/ stor basah atau stor
kering/ bilik-bilik di dalam bangunan Kantin hendaklah sentiasa
bersih. Lantai, longkang serta kawasan sekitarnya hendaklah dicuci
sekurang-kurangnya dua kali sehari dan ianya dibawah
tanggungjawab pengusaha.
9.7.3 Tandas hendaklah dijaga dan dibersihkan oleh pengusaha Kantin
untuk kegunaan pelanggan dan pekerja
9.8 Pengusaha juga dikehendaki untuk melaksanakan kawalan terhadap tikus dan
lipas dan memastikan langkah-langkah pencegahan dilaksanakan untuk
memastikan tikus dan lipas tiada di kawasan tersebut.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
14
9.9 Sekiranya berlaku kerosakan elektrik atau bangunan seperti kebocoran,
tingkap pecah serangan anai – anai atau mana – mana yang berkaitan dan
bukan disebabkan oleh kecuaian atau penggunaan pengusaha, ianya
hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Unit Pentadbiran Politeknik Port
Dickson.
10. PENGENDALI MAKANAN
10.1 Pekerja yang dilantik TIDAK DIBENARKAN dari PEKERJA ASING dan
Pengusaha bertanggungjawab terhadap pengambilan pekerja-pekerja bagi
memastikan bahawa semua peraturan-peraturan kerajaan yang berkuatkuasa
dipatuhi.
10.2 Pengusaha hendaklah mengemukakan butir-butir pekerja kepada Unit
Perolehan Politeknik Port Dickson selepas mendapat surat tawaran serta
menandatangani surat setuju terima.
10.3 Pengusaha hendaklah memastikan pekerja-pekerja lelaki dan perempuan
sentiasa menjaga kebersihan diri, berada dalam keadaan yang kemas, bersih,
bertatatertib dan tidak berambut panjang (bagi pekerja lelaki), berpakaian
seragam, dalam keadaan yang sihat dan tidak menghidap penyakit berjangkit.
Pekerja perempuan hendaklah sentiasa memakai penutup kepala.
10.4 Pengusaha hendaklah memastikan pekerja-pekerja menjalani pemeriksaan
kesihatan dan suntikan oleh Pegawai Perubatan/ Kesihatan Kerajaan dan
dan disahkan sesuai untuk mengendalikan makanan dan minuman.
10.5 Kos perbelanjaan perubatan ini adalah di bawah tanggungan pengusaha dan
mengemukakakan sijilnya kepada pihak politeknik.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
15
11. PERALATAN DAPUR DI KANTIN
11.1 Semua peralatan yang disediakan oleh pihak Politeknik Port Dickson adalah
tetap menjadi hakmilik Politeknik Port Dickson dan penggunaannya adalah
terhad kepada kerja-kerja di dalam kontrak ini sahaja.
11.2 Pengusaha dikehendaki memulangkan alat-alat tersebut dalam keadaan baik,
lengkap dan boleh digunakan setelah perkhidmatan kontrak itu tamat.
11.3 Pengusaha dikehendaki membayar gantirugi/ membaiki kerosakan jika
kerosakan peralatan tersebut berlaku. Segala urusan membaiki adalah
tanggungjawab pengusaha. Pihak Politeknik Port Dickson akan membuat
pemeriksaan terhadap alat di tempat memasak serta masakan dari masa ke
semasa.
12. PREMIS KANTIN
12.1 Apabila tamat tempoh perkhidmatan kontrak, pengusaha WAJIB
membersihkan semua kawasan yang digunakan. Dinding di ruang dapur yang
hitam disebabkan asap semasa memasak hendaklah dibersihkan dan disapu
cat seperti warna asal.
12.2 Pengusaha adalah dilarang membuat sebarang pindaan terhadap ruang di
Kantin termasuk juga dengan peralatan yang telah sedia terpasang kecuali
dengan kebenaran Pengarah Politeknik Port Dickson.
12.3 Pengusaha bertanggungjawab ke atas keselamatan perkakas yang
disediakan oleh Politeknik seperti peralatan dapur, bangku, kerusi, meja dan
meja makan.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
16
13. KECERIAAN
Pengusaha boleh menambah kemudahan dengan tujuan menarik pelanggan
dengan memasang apa-apa yang boleh menambah keceriaan mengikut daya
kreativiti atau sistem alat pandang dengar yang sesuai dengan syarat memaklumkan
kepada Pengarah Politeknik Port Dickson terlebih dahulu dan sedia menerima apa
juga teguran daripada pihak Politeknik Port Dickson.
14. PERJANJIAN
14.1 Pengusaha yang berjaya adalah dikehendaki menandatangi satu perjanjian
dengan Politeknik Port Dickson. Walaubagaimanapun, Politeknik Port Dickson
adalah berhak untuk menamatkan perjanjian tersebut dengan memberikan
satu (1) bulan notis tanpa memberi sebarang sebab kepada pengusaha. Pihak
Politeknik Port Dickson juga berhak menamatkan kontrak berkenaan dengan
serta merta tanpa memberi sebarang notis dan pihak pengusaha tidak berhak
mendapat sebarang pampasan sekiranya perjanjian yang dijalankan itu tidak
memuaskan dan melanggar peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.
14.2 Pengusaha tidak dibenarkan sama sekali menyewa atau membuat sub- kontrak
premis kepada pihak lain. Namun begitu, Pengusaha adalah dibenarkan
untuk menyediakan gerai – gerai kecil tambahan di dalam Kantin Sebarang
pertambahan gerai – gerai tambahan perlu mendapat kebenaran bertulis
daripada pihak Pengurusan Politeknik Port Dickson terlebih dahulu.
14.3 Sebelum menandatangani kontrak/ surat perjanjian, pengusaha yang berjaya
dikehendaki membayar Cagaran Keselamatan sebanyak TIGA ( 3 ) bulan dari
pada harga tawaran dan SATU ( 1 ) bulan pendahuluan sewaan sebagai
jaminan supaya pengusaha dapat menyelenggarakan semua kerja dengan
memuaskan seperti dalam syarat-syarat sebutharga ini. Wang ini boleh
dibayar dalam bentuk Cek atau Kiriman Wang atas nama Pengarah Politeknik
Port Dickson.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
17
14.4 Pengusaha Kantin adalah dikehendaki pada setiap masa mematuhi
kehendak-kehendak perjanjian sebutharga serta peraturan-peraturan yang
berkuatkuasa di Politeknik Port Dickson.
15. PELANGGAN
15.1 Pelanggan adalah terdiri daripada anggaran keseluruhan pelajar seramai
5000 orang yang turut melibatkan penghuni asrama seramai 1,500 orang dan
400 kakitangan Politeknik Port Dickson dalam satu satu masa.
16. WAKTU OPERASI
16.1 Kantin hendaklah dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap
hari dalam tempoh perjanjian.
16.2 Kantin juga hendaklah dibuka sekiranya diarah oleh Pengarah Politeknik Port
Dickson pada bila-bila masa dalam tempoh perjanjian.
16.3 Pengusaha Kantin perlu mendapatkan kelulusan pihak Pengurusan Politeknik
Port Dickson secara bertulis sekiranya terdapat perubahan waktu operasi.
Pengarah Politeknik Port Dickson Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
18
SENARAI BORANG / DOKUMEN
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
19
LAMPIRAN A
Kod Sebutharga : PPD/SH(B)/13/2017
KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA
A. BUTIRAN PENGUSAHA
1. Nama Syarikat : ………………………………………………………………… (Penyebutharga)
2. Alamat Syarikat :
Pejabat : …………………………………………………………
…………………………………………………………
…………………………………………………………
Telefon : …………………………………………………………
Emel Syarikat : ................................................................................
3. KETERANGAN
Pendaftaran Syarikat Dengan Kementerian Kewangan Malaysia
No. Pendaftaran : ………………………………………………………
Tarikh /Temph Pendaftaran : ………………………………………………………
4. No. Sijil Perniagaan (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) :
……………………………………………
Bentuk Perniagaan :
( Perkongsian / Tunggal / Bhd / Sdn Bhd )
……………………………………………………………………………………
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
20
5. Komposisi Pekerja :
Bahagian / Taraf
Bilangan
Jumlah
Pengurusan
Pengurusan Penyediaan
Makanan
1. Tukang Masak
2. Penyediaan Minuman
3. Lain – lain kerja
penyediaan makanan/
minuman
Lain – lain
6. CARA MEMPEROLEHI BEKALAN
( Kedai sendiri/ Setor/ Pasar dan sebagainya )
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………….......
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
................................................................................................................
................................................................................................................
................................................................................................................
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
21
7 ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB
a. ORANG PERTAMA BERTANGGUNGJAWAB
Nama Pengurus : ………………………………………………………….
No. Mykad : …………………………………………………………..
Jantina : …………………………………………………………..
No. telefon (pejabat) : …………………………………………………………..
No. telefon (bimbit) : …………………………………………………………..
Alamat Surat Menyurat: ……………………………………………………..
…………………………………………………….
…………………………………………………….
b. ORANG KEDUA BERTANGGUNGJAWAB
Nama Pengurus : ……………………………………………………….
No. Mykad : .……………………………………………………....
Jantina : ………………………………………………………
Alamat Surat Menyurat: ………………………………………………………
……………………………………………………….
………………………………………………………
No. Telefon Pejabat : ………………………………………………………
No. Telefon Bimbit : ……………………………………………………...
8 PERAKUAN PEMOHON
SAYA MEMPERAKUI BAHAWA SEGALA KETERANGAN DI ATAS ADALAH
BENAR.
…………………………..
TANDATANGAN PENGUSAHA/ COP SYARIKAT
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
22
LAMPIRAN B
SENARAI PERKHIDMATAN YANG SEDANG DAN TELAH DILAKSANAKAN
(Senaraikan pengalaman syarikat dalam PERKHIDMATAN KAFETARIA/ KATERING ATAU MASAKAN BERMASAK ISLAM sahaja. Boleh gunakan
helaian tambahan jika ruang tida mencukupi. Penyebutharga boleh menyertakan satu salinan surat tawaran bagi setiap kontrak yang disenaraikan dan juga
surat-surat kepujian mengenai prestasi yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan jika ada)
BIL NAMA PROJEK/
PEROLEHAN
KEMENTERIAN/
JABATAN/ SYARIKAT
DIBEKALKAN
TARIKH/TAHUN NAMA PEGAWAI & NO
TELEFON AGENSI UNTUK
DIRUJUK
……………………………………….
( Tandatangan Pihak Syarikat) Alamat & Cop Syarikat : Nama :
No. Kad Pengenalan :
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
23
LAMPIRAN C
PPD/SH(B)/13/2017
BORANG TAWARAN HARGA SEWAAN KANTIN
Pengarah
Politeknik Port Dickson
Tuan,
SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENGURUSKAN KANTIN DI POLITEKNIK PORT
DICKSON , (PPD/SH(B)/13/2017)
Bahawa saya, yang bertandatangan seperti dibawah ini menyatakan pematuhan harga
Kantin seperti yang telah ditetapkan oleh Politeknik Port Dickson untuk menyewa dan
menguruskan di Politeknik Port Dickson untuk tempoh DUA PULUH EMPAT BULAN
seperti berikut :
Tempoh Harga Pengurusan & Sewaan
(RM)
1 bulan
700.00
24 bulan
16,800.00
2. Saya yang bertandatangan di bawah bersetuju terlibat dan tertakluk kepada syarat-
syarat tawaran tersebut dan bersetuju bahawa harga-harga tersebut menjadi satu
dasar untuk nilaian bayaran bagi barang-barang seperti itu dari masa ke semasa sama
seperti yang diarahkan.
3. Saya yang bertandatangan di bawah ini bersetuju bahawa sebutharga ini akan
seterusnya laku dan tidak akan ditarik balik dalam masa Sembilan Puluh ( 90 ) hari dari
tarikh penyerahan sebutharga.
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
24
samb. LAMPIRAN C
4. Selanjutnya yang bertandatangan di bawah ini bersetuju pada penerimaan sebutharga
dan menandatangai perjanjian rasmi dan meletakkan cagaran dalm bentuk Bank
Cheque seperti tersyarat di Dokumen Sebutharga dalam masa Tujuh ( 7 ) hari dari
tarikh penghantaran atau penyerahan jika pemberitahuan penerimaan dibuat dengan
tangan.
Adalah dengan ini disahkan bahawa Cadangan Harga Sewaan bagi Sebutharga Untuk
Menyewa Dan Menguruskan Kantin Di Politeknik Port Dickson PPD/SH(B)/13/2017 yang
dipersetujui di LAMPIRAN C di atas adalah benar.
Cop Nama Syarikat:
Tandatangan Pembekal:
No. Kad Pengenalan:
Tarikh:
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
25
PPD/SH(B)/13/2017
LAMPIRAN D
SENARAI HARGA DAN MAKANAN DITAWARKAN
Saya/ kami sanggup menjalankan perniagaan di Kantin, Politeknik Port Dickson dengan menawarkan butiran seperti berikut : D1 MINUMAN PANAS ( Kosongkan bagi butiran yang tidak ditawarkan )
BIL
BUTIRAN
UNIT
( cawan / gelas
)
BERAT
(ml)
HARGA
SEUNIT
( RM / Sen )
HARGA
SEUNIT
(Bungkus)
(RM/ Sen)
1 Teh O 1 200
2 Teh 1 200
3 Kopi 1 200
4 Kopi O 1 200
5 Milo 1 200
6 Horlicks 1 200
7 Nescafe 1 200
8 Nescafe O 1 200
9 Neslo 1 200
10 Minuman Pracampuran
1 200
11 Air Kordial Berperisa
1 200
12 Air Limau ( Suam ) 1 200
13 Teh O Limau (Suam)
1 200
14 Air Kosong ( Suam ) 1 200
15 Lain-lain minuman :
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
26
D2 MINUMAN SEJUK ( Kosongkan bagi butiran yang tidak ditawarkan )
BIL
BUTIRAN
UNIT
( cawan / gelas
)
BERAT
(ml)
HARGA
SEUNIT
( RM / Sen )
HARGA
SEUNIT
(Bungkus)
(RM/ Sen)
1 Teh O Ais 1 300
2 Teh Ais 1 300
3 Kopi Susu Ais 1 300
4 Kopi O Ais 1 300
5 Milo Ais 1 300
6 Horlicks Ais 1 300
7 Nescafe Ais 1 300
8 Nescafe O Ais 1 300
9 Neslo Ais 1 300
10 Minuman
Pracampuran Ais
1 300
11 Air Kordial
Berperisa ( Ais )
1 300
12 Air Bandung (Ais ) 1 300
13 Air Limau Ais 1 300
14 Teh O Ais Limau 1 300
15 Air Kosong ( Ais ) 1 300
16 Jus Buah –
buahan Ais
1 300
17 Lain-lain minuman
:
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
27
D3 MINUMAN RINGAN ( Kosongkan bagi butiran yang tidak ditawarkan )
BIL
BUTIRAN
UNIT
( cawan / gelas )
BERAT
(ml)
HARGA SE UNIT
DITAWARKAN
( RM / Sen )
1 Air Dalam Tin Berperisa 1 280
2 Air Dalam Tin Bikarbonat 1 280
3 Air dalam Botol Berperisa 1 325
4 Air dalam Botol Bikarbonat 1 325
5 Air Dalam Kotak 1 250
6 Air Mineral 1 500
D4 MAKANAN SAMPINGAN ( Kosongkan bagi butiran yang tidak ditawarkan )
BIL
BUTIRAN
UNIT
(keping )
BERAT
gm
HARGA SE UNIT
DITAWARKAN
( RM / Sen )
1 Kuih Muih Tempatan (Aneka Jenis)
1 40-60
2 Kuih Popia Basah 1 50
3 Pisang Goreng 1 60
4 Keledek Goreng 1 60
5 Sardine Roll 1 70
6 Sandwich Telur 1 60
7 Sandwich Sardin 1 60
8 Nugget Goreng 3 ketul -
9 Sosej Goreng 1 -
10 Kentang Goreng - 80
11 Pau Kukus
i. Kacang
ii. Kaya
iii. Kelapa
iv. Ayam/ daging
1
1
1
1
80
12 Lain-lain makanan ringan :
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
28
D5 MAKANAN BERAT ( Kosongkan bagi butiran yang tidak ditawarkan )
BIL
BUTIRAN
UNIT
( pinggan /
mangkuk )
BERAT
( gm/ cc/ )
HARGA SE UNIT
DITAWARKAN
( RM / Sen )
a) SARAPAN PAGI
1 Mee Hoon Goreng Campur 1 200
2 Kueh Teow Goreng Campur
1 200
3 Mee Goreng Campur 1 200
4 Nasi Goreng Campur 1 200
5 Makaroni Goreng Campur 1 200
6 Mee Hoon Sup 1 320
7 Mee Sup 1 320
8 Mee Kari 1 320
9 Soto Ayam 1 350
10 Laksa Penang 1 250
11 Roti Canai Kosong 1 80
12 Roti Canai Telur 1 135
13 Roti Canai Sardin 1 135
14 Telur Mata Kerbau 1 70-75
15 Telur Rebus 1 65-70
16 Nasi Lemak (set lengkap
dengan nasi, ikan bilis,
timun dan sambal)
1 200
17 Nasi Lemak Telur Mata 1 250
18 Nasi Lemak Ayam
1 250
19 Nasi Kerabu (set) – Ayam
Goreng
1 250
20 Nasi kerabu (set) - Ikan 1 250
21 Nasi Dagang (set) 1 260
22 Bubur Nasi
1
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
29
Lain-lain makanan yang
ditawarkan :
BIL
BUTIRAN
UNIT
( pinggan / ketul )
BERAT
( gm )
HARGA SE UNIT
DITAWARKAN
( RM / Sen )
b) MAKANAN TENGAHARI/ MALAM – NASI CAMPUR (SIAP BERMASAK)
1 Nasi Putih 1 pinggan 200
2 Nasi Separuh ½ pinggan 100
3 Nasi Putih Tambah ½ pinggan 100
4 Nasi Ayam (set) 1 pinggan 350
5 Nasi Tomato (set) 1 pinggan 350
6 Nasi Beriani (set) 1 pinggan 350
7 Kari Ikan 1 ketul/ ekor 150
8 Ikan Masak Lemak 1 ketul/ ekor 150
9 Ikan Masak Sweet Sour 1 ketul/ ekor 150
10 Ikan Sambal Tumis 1 ketul/ ekor 150
11 Ikan Asam Pedas 1 ketul/ ekor 150
12 Ikan Masak Kicap 1 ketul/ ekor 150
13 Ikan Cencaru Bakar 1 ketul/ ekor 150
14 Ikan Tenggiri Goreng 1 ketul/ ekor 150
15 Ikan Bawal Goreng 1 ketul/ ekor 150
16 Ikan Bawal Sambal 1 ketul/ ekor 150
17 Ikan Kembung Goreng 1 ketul/ ekor 150
18 Ikan Kembung Sambal 1 ketul/ ekor 150
19 Ikan Kembung Bakar 1 ketul/ ekor 150
20 Udang Sambal Tumis - 150
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
30
21 Udang Masak Lemak - 150
22 Sotong Sambal Tumis - 150
23 Sambal Tumis Telur 1 biji 70-80
24 Telur Masak Lemak 1 biji 70-80
25 Telur Dadar sepotong 60
26 Telur Masak Kicap 1 biji 70-80
27 Ayam Goreng 1 ketul 180
28 Ayam Masak Kicap 1 ketul 200
29 Ayam Masak Merah 1 ketul 200
30 Ayam Kurma 1 ketul 200
31 Kari Ayam 1 ketul 200
32 Sup Ayam 1 ketul 200
33 Rendang Ayam 1 ketul 200
34 Rendang Daging - 150
35 Kurma Daging - 150
36 Sup Daging - 170
37 Kari Daging - 170
38 Daging Masak Kicap - 150
39 Daging Masak Lada
Hitam
- 150
40 Sup tofu 200
41 Sayur – sayuran Goreng 1 senduk 40-50
42 Sup Sayuran 1 mangkuk 80-100
43 Tempe Goreng Bercili 1 100
44 Ikan Masin 1 80
45 Ulam - -
46 Sambal Belacan - -
Telur Asin Rebus ½ biji -
Telur Asin Rebus ½ biji -
Lain-lain makanan yang
ditawarkan :
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
31
Set Makanan (Nasi + Lauk + Air) – Ayam/ Ikan/ Daging
Bil Jenis Makanan Harga (RM)
1 Nasi putih + ayam + sayur + air
2 Nasi putih + ayam + sayur + air + ulam + sambal belacan
3 Nasi putih + ikan + sayur + air
4 Nasi putih + ikan + sayur + ulam + air + sambal belacan
5 Nasi putih + daging + sayur + air
6 Nasi putih + daging + sayur + ulam + air + sambal belacan
BIL
BUTIRAN
UNIT
(pinggan /
mangkuk)
BERAT
( gm )
HARGA SE UNIT
DITAWARKAN
( RM / Sen )
C) MENU ALA - CARTE
1 Nasi Goreng 1 200
2 Nasi Goreng Kampung 1 200
3 Nasi Goreng Cina 1 200
4 Nasi Goreng Ayam 1 350
5 Nasi Goreng Padprik 1 250
6 Nasi Padprik 1 250
7 Mee Hoon Goreng 1 200
8 Mee Hoon Sup 1 320
9 Mee Hoon Bandung 1 320
10 Mee Goreng 1 200
11 Mee Hailam 1 200
12 Maggi Goreng 1 200
13 Maggi Sup 1 320
14 Kueh Teow Goreng 1 200
15 Kueh Teow Sup 1 320
16 Char Kueh Teow 1 200
17 Burger Ayam (set) 1 -
18 Burger Daging (set) 1 -
19 Burger Special (set) 1 -
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
32
20
Lain-lain makanan yang
ditawarkan :
D6 DESSERT DAN BUAH-BUAHAN ( Kosongkan bagi butiran yang tidak ditawarkan )
BIL
BUTIRAN
UNIT
( dipotong/
mangkuk/
keping )
BERAT
( gm)
HARGA SE UNIT
DITAWARKAN
( RM / Sen )
1 Betik 1 60-80
2 Tembikai 1 60-80
3 Nenas 1 60-80
4 Bubur Manis
Nyatakan Jenis Bubur:
150
5 Nyatakan lain-lain dessert
dan buah-buahan yang
ditawarkan :
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
33
D5 LAIN-LAIN MAKANAN TAMBAHAN/ MENU ISTIMEWA/ PROMOSI MAKANAN ( Isi sekiranya perlu )
BIL
BUTIRAN
UNIT) BERAT
( gm/ cc/ )
HARGA SE UNIT
DITAWARKAN
( RM / Sen )
1
2
3
4
5
6
………………………………………………… (PENGUSAHA) NAMA : ………………………………………………………………………. ALAMAT : ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. TARIKH : …………………………………….
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
34
LAMPIRAN E SENARAI PERALATAN DAN KENDERAAN
E1 PERALATAN PENYEDIAAN MAKANAN DAN DAPUR YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK PENGUSAHA BAGI PENGURUSAN KANTIN
BIL BUTIRAN JENAMA KUANTITI
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
E2 KENDERAAN YANG DIGUNAKAN BAGI PENGURUSAN KANTIN
BIL BUTIRAN JENAMA KUANTITI
1
2
3
4
5
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
35
E3 CADANGAN PERALATAN KECERIAAN KANTIN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK PENGUSAHA
BIL BUTIRAN BILANGAN PENEMPATAN
1
2
3
4
5
………………………………………………… (PENGUSAHA) NAMA : ………………………………………………………………………. ALAMAT : ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. ………………………………………………………………………. TARIKH : …………………………………….
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
36
LAMPIRAN F
SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA
PPD/SH(B)/13/2017
Pengarah,
Politeknik Port Dickson
KM14, Jalan Pantai
71050 SiRusa
Port Dickson
Negeri Sembilan.
Tuan,
NO.SEBUTHARGA : PPD/SH(B)/13/2017
PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENGURUSKAN KANTIN DI POLITEKNIK PORT DICKSON
Saya/ Kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi
Perkhidmatan Menyewa Dan Menguruskan Kantin di Politeknik Port Dickson yang telah
disebuthargakan dengan harga – harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran C –
Tawaran Harga Sewaan dan Lampiran D - Senarai Harga Makanan dan Minuman. Tawaran
ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama 90 hari dari tarikh sebutharga ini di tutup.
2. Saya/ Kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :
a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan
tawaran kami;
b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima sebutharga dengan harga yang
terendah atau tertinggi bagi mana – mana sebutharga yang memberi apa – apa
sebab di atas penolakan sesuatu sebutharga;
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
37
c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian
daripada tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang
sama lebih daripada satu (1) Penyebutharga;
d) Bahawa keputusan Jawatankuasa Sebutharga Politeknik Port Dickson adalah
muktamad;
e) Bahawa sekiranya tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu,
Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebutharga yang diberikan dan
membawa kes ini ke Mahkamah; dan
f) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat seperti mana yang telah ditetapkan
di dalam dokumen sebutharga PPD/SH(B)/13/2017
Bagi Pihak Penyebutharga :
Tandatangan Penyebutharga : ......................................................................
Nama Penuh Penyebutharga : ......................................................................
No Kad Pengenalan : ......................................................................
Alamat dan Cop Syarikat :
Dihadapan Saksi :
Tandatangan Saksi : ......................................................................
Nama Penuh Saksi : ......................................................................
No Kad Pengenalan Saksi : ......................................................................
Alamat dan Cop Syarikat :
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
38
Lampiran G
SURAT AKUAN PEMBIDA
Bagi PERKHIDMATAN MENYEWA DAN MENGURUSKAN KANTIN
POLITEKNIK PORT DICKSON – PPD/SH(B)/13/2017
Saya,……………………………………………. Nombor K/P………………………………………..
Yang mewakili ……………………………………………………… nombor Pendaftaran
………………………………dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu
yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana
individu dalam POLITEKNIK PORT DICKSON, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
MALAYSIA atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam sebutharga
seperti diatas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili
syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat perisytiharaan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah
menawar atau memberi rasuah kepada individu dalam POLITEKNIK PORT DICKSON,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA atau mana-mana individu lain sebagai
sogokan untuk dipilih dalam sebutharga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat
bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil :
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi sebutharga di atas
2.2 penamatan kontrak bagi sebutharga di atas; dan
2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau
mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam
sebut harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan
tersebut kepada Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Balai Polis
yang berhampiran.
Yang Benar, Cop Syarikat :
..........................................
Nama :
No.Kad Pengenalan :
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
39
SENARAI SEMAK TAWARAN TEKNIKAL/KEWANGAN
( Pengesahan Penghantaran Dokumen )
Kod Sebutharga : PPD/SH(B)/13/2017
ID Pembekal : 357- ...........................
Tandakan ( √ ) di tempat yang berkenaan dan masukkan lampiran-lampiran yang berkenaan dalam sampul tawaran yang betul mengikt turutan senarai semak.
SAMPUL TAWARAN
PERKARA
LAMPIRAN
SERAHAN OLEH SYARIKAT ( √ )
JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUTHARGA ( √ )
MANUAL MANUAL
DOKUMEN ASAS
TAWARAN
TEKNIKAL
/KEWANGAN
(Keterangan
Mengenai
Penyebutharga)
Keterangan
Pengusaha
Lampiran A
Pengalaman
Pengusaha
Lampiran B
Borang
Sebutharga
Lampiran C
Jadual Pecahan
Harga (Senarai
Harga Makanan)
Lampiran D
Keterangan
Peralatan
Lampiran E
Surat Akuan
Penyebutharga
Lampiran F
Surat Akuan
Pembida
Lampiran G
Salinan Sijil
Kementerian
Kewangan
Sub Kepala
040301
Salinan Sijil
Suruhanjaya
Syarikat Malaysia
Salinan Sijil
Kementerian
Kesihatan
Sijil Kehadiran
Lawatan Tapak
Penyata Bank 3 bulan terkini (Julai, Ogos & September 2017 ATAU Jun, Julai & Ogos 2017
Wajib
SEBUTHARGA PPD – PPD/SH(B)/13/2017
40
ATAU Mei, Jun & Julai 2017)
Profil Syarikat Tidak Wajib
Bukti pendaftaran GST syarikat daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
(Sekiranya berdaftar)
Arahan :
1) Dokumen perlu diisi dengan lengkap 2) Setiap dokumen hendaklah ditandatangani dan dicop oleh penyebutharga. 3) Sila kepilkan senarai semak ini di bersama dokumen cadangan
PENYEBUTHARGA : ( diisi oleh penyebutharga )
JAWATANKUASA PEMBUKA SEBUTHARGA : ( diisi oleh Jawatankuasa berkenaan )
Dengan ini saya mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami semua syarat-syarat dan terma yang dinyatakan dalam dokumen sebutharga PPD/SH(B)/13/2017. Semua maklumat yang dikemukakan adalah benar. …………………………………. Nama : No.K/P : Cop Syarikat : ( SILA PENUHKAN RUANG INI )
Jawatankuasa Pembuka Sebutharga mengesahkan penerimaan dokumen seperti yang ditandakan. Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan : Nama : Jawatan : Tarikh : Tandatangan :