Kenali Tokoh Berjasa

11
1.0 Pengenalan Kenali Tokoh Berjasa jilid 2 menampilkan 25 tokoh masyarakat daripada pelbagai kelompok masyarakat sama ada orang kecil ataupun orang besar dalam sesuatu bidang kehidupan di Malaysia dan Singpura. 25 orang tokoh masyarakat yang difokuskan dalam buku jilid 2 ini adalah tokoh-tokoh juruhebah dan penyair, sasterawan, pendidik, politik, sasterawan, pemikir, sejarawan dan tokoh-tokoh masyarakat negeri Perak dan negeri lain di Malaysia. Buku Kenali Tokoh Berjasa jilid 3 pula menceritakan 30 orang tokoh masyarakat dalam pelbagai bidang dalam mengangkat semula perjuangan tokoh-tokoh ini yang banyak menebur bakti dan sumbangan. 30 orang tokoh masyarakat pelbagai bidang kehidupan ini yang ditampilkan dalam penulisan buku ini adalah seperti tokoh penulis, sasterawan, tokoh bahasa, pejuang kemerdekaan, ulama, wartawan, penterjemah, genius matematik, usahawan dan sebagainya. Kedua-dua buku ini mempunyai isi kandungan perbezaan yang ketara dalam penulisannya. Dalam penulisan ini, perbezaan isi kandungan yang dikupaskan adalah dari segi perbezaan sumbangan dan bidang tokoh yang dipilih. Di bawah merupakan hasil kupasan perbezaan isi kandungan yang terdapat di dalam kedua- dua buku ini. 2.0 Kenali Tokoh Berjasa Jilid 2 2.1 Tun Ghazali Shafie dan sumbangannya kepada negaea Malaysia

description

Jilid 2 & 3

Transcript of Kenali Tokoh Berjasa

Page 1: Kenali Tokoh Berjasa

1.0 Pengenalan

Kenali Tokoh Berjasa jilid 2 menampilkan 25 tokoh masyarakat daripada pelbagai kelompok

masyarakat sama ada orang kecil ataupun orang besar dalam sesuatu bidang kehidupan di

Malaysia dan Singpura. 25 orang tokoh masyarakat yang difokuskan dalam buku jilid 2 ini

adalah tokoh-tokoh juruhebah dan penyair, sasterawan, pendidik, politik, sasterawan,

pemikir, sejarawan dan tokoh-tokoh masyarakat negeri Perak dan negeri lain di Malaysia.

Buku Kenali Tokoh Berjasa jilid 3 pula menceritakan 30 orang tokoh masyarakat

dalam pelbagai bidang dalam mengangkat semula perjuangan tokoh-tokoh ini yang banyak

menebur bakti dan sumbangan. 30 orang tokoh masyarakat pelbagai bidang kehidupan ini

yang ditampilkan dalam penulisan buku ini adalah seperti tokoh penulis, sasterawan, tokoh

bahasa, pejuang kemerdekaan, ulama, wartawan, penterjemah, genius matematik, usahawan

dan sebagainya.

Kedua-dua buku ini mempunyai isi kandungan perbezaan yang ketara dalam

penulisannya. Dalam penulisan ini, perbezaan isi kandungan yang dikupaskan adalah dari

segi perbezaan sumbangan dan bidang tokoh yang dipilih. Di bawah merupakan hasil

kupasan perbezaan isi kandungan yang terdapat di dalam kedua-dua buku ini.

2.0 Kenali Tokoh Berjasa Jilid 2

2.1 Tun Ghazali Shafie dan sumbangannya kepada negaea Malaysia

Tun Ghazali Shafie merupakan tokoh besar Rao dari negeri Pahang. Beliau dilahirkan pada

22 Mac 1922 di Kuala Lipis, Pahang dan meninggal dunia pada 24 Januari 2010 di

kediamannya di Subang Jaya, Selangor kerana sakit tua, iaitu ketika berusia 88 tahun. Tun

Ghazali Shafie mendapat pendidikan awal di beberapa buah sekolah Melayu dan Inggeris di

sekitar Raub, Kuala Lipis, Bentong dan Penjum sebelum melanjutkan pelajaran di Clifford

School, Kuala Lipis sekitar tahun 1939 hingga 1940. Yun Ghazali Sahfie tekah banyak

membrikan sumbangan kepada negara sama ada daro segi politik, perkembangan negara dan

dalam bidang pendidikan itu sendiri.

Dalam bidang politik, beliau mula menceburkan diri pada tahun 1946 dengan

menyertai Persatuan Melayu Malaya. Pada mulanya, beliau hanya melakukan kerja-kerja

kebajiakn sebelum diserap memasuki UMNO. Pada tahun 1958, beliau dipilih untuk mejadi

Ahli Jawatankuasa Polotik UMNO sehingga tahun 1978. Beliau pernha dilantik sebagai

Senator pada tahu 1970 hingga 1972 dan juga pernah beberapa kali menjawat jawatan Ahli

Page 2: Kenali Tokoh Berjasa

Tertinggi UMNO serta Naib Presiden UNMO pada tahun 1981. Selain itu, Tun Ghazali Shfie

juga berkesempatan berkhidmat di bawah empat orang Perdana Menteri Malaysia, iaitu

Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dn Tun Mahathir Muhammad.

Menurut sumber, Tun Ghazali Sahfie terlah berkhidmat dalam kabinet agak lama,

iaitu bermula pada tahun 1970 apabila beliau dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas.

Kemudiannya, dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas merangkap Menteri Penerangan

Malaysia. Sebagai Menteri Penerangan, belaiu diberi tanggungjawab untuk membentuk,

merangka dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru serta merangka Rancangan Malaysia

Keuda 1970-1975. Beliau memegang jawatan ini selama 16 bulan dan setelah itu, Tun

Ghazali beri kepercayaan untuk untuk memegang jawatan Menteri Dalam negeri dan

Penerangan sehingga Julai 1981.

Sumbangan Tun Ghazali Shafie juga dapat dilihat apabila timbul masalah kebanjiran

pedatang haran Vietnam yang menjadi-jadi pada tahun 1975 yang ditangangi oleh Datuk Seri

Mahathir Mohamad dengan memberikan amaran menembak bot-bot pendatang Vietnam yang

cuba menghampiri pantai-pantai Malaysia sehingga menimbulkan kegemparan dunia

antarabangsa. Dengan kebijaksanaan Tun Ghazali Sahfie, masalah ini dapat ditangani dengan

baik. Beliau mengatakan bahawa Malaysia buakn menembak bot-bot pebdatang Vietnam

tersebut. Tembakan itu adalah sebagai amaran kepada bot-bot pendatang Vietnam dan

Malaysia hanya menghalau mereka daripada memasuki perairan Malaysia.

Kepakaran beliau dalam bidang perhubungan antarabangsa amat terserlah dan sangat

dihormati. Perkara ini dapat dibuktikan melalui jawatan-jawatan yang pernah beliau sandang

termasuklah Pengerusi Persidangan Asia mengenai persoalan Palestin tahun 1983, ahli

Suruhanjaya Selatan dan juga Pengerusi suruhanjaya yang ditubuhkan bagi membuat

cadangan mengenai rombakan dan pengangkutan mekanisne ASEAN. Selain itu, Tun Ghazali

jug menjadi penasihat tetap Surahjaya Colbbold bagi meninjau pendapat rakyat Sabah dan

Sarawak untuk menyertai Malaysia. Peranan beliau dalam pembentukan negara Malaysia

dengan penyertaan Sabah dan Sarawak cukup signifikan. Sewaktu era konfrontasi Indnesia ke

atas Malaysia, beliau membantu Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman serta kabinet-

kabinet Malaysia dalam menamatkan segera peperangan yang sia-sia itu.

Tun Ghazali Shafie juga mempunyai sumbangan yang cukup besar dalamdunia

antarabangsa sama ada semasa beliau masih berkhidmat dengan kerajaan mahupun sesudah

bersara. Pada tahun 1981, beliau telah terpilih untuk menjadi ahli dalam Pasukan Meminent

Page 3: Kenali Tokoh Berjasa

Persons Komanwel untuk Afrika Selatan untuk member sokongan kepada proses perundingan

pelbagai parti. Selai itu, beliau juga terlibat sebagai ahli Kumpulan Pemerhati Komanwel

untuk Pilihan Raya Umum Afrika Selatan. Setelah meletak jawatan daripada kabinet, beliau

menumpukan perhatian dalam bidang lain yang menyaksikan beliau menjawat jawatan

penting dalam sektor swasta dan pertubuhan antarabangsa. Dalam bidang sukan pula, Tun

Ghazali menjadi Presiden akehormat Seumur Hidup Kelas Penerbangan Diraja Selangor serta

Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (1962-1988) sehingga beliau diberi Anugerah

Tokoh Sukan tahun 2002.

Tun Ghazali Shafie juga mempunyai kepakaran dalam bidang perunding. Kepakaran

beliau dalam bidang ini sangat terserlah sehinggakan beliau digelar beliau digelar master

mind. Tun Ghazali Shafie Berjaya menyuraikan tragedi Tentera Merah Jepun yang menawan

bangunan AIA di Kuala Lumpur sekitar tahun 1970-an. Suasana peristiwa itu masih segar

lagi dalam ingatan TunGhazali Shafie. Beliau telah terselamat daripada nahas pasawat Cessna

yang telah menggemparkan negara pada tahun 1982.

Sumbangan besar Tu Ghazali Shafie mendapat pengiktirafan dan anugerah kehormat

daripada kerajaan asing termasuklah Singapura, Perancis, Republik Iran, Filipina, Jepun,

Tunisia, Thailand, Austria dan Korea Utara. Penghormatan tertinggi daripada kerajaan

Malaysia ialah pengurniaan gelaran Tun kepada beliau sebagai menghormati sumbangan

abadi yang tidak ternilai kepada negara dan bangsa. Kesimpulannya, Tun Ghazali Shafie

bukan sahaja tokoh Rao yang besar yang berasal daripada Kuala Lipis, Pahang tetapi juga

tokoh negara Malaysia yang sudah berkhidmat dengan empat orang Perdana Menteri

Malaysia. Tokoh-tokoh besar Rao seperti beliau sangat jarang ditemui lagi pada kehidupan

kini.

2.2 Awang Had Salleh Selaku Penulis dan Sasterawan

Allahyarham Prof. Emeritud Dr. Awang Had Salleh adalah di antara Pro-Canselor di UPSI

yang terawal dilantik dan sebelumnya banyak menabur khidmat bakti dan jasa di beberapa

university lain seperti UKM, UiTM, UM dan UUM. Awing Had Salleh dilahirkan pada 24

Jun 1934 di Kampung Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau merupakan tokoh

pendidik terkenal di Malaysia dan sering menjadi rujukan rakyat Malaysia semasa hayatnya.

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di pelbagai tempat. Peningkatan kerjaya

Page 4: Kenali Tokoh Berjasa

hidupnya dari masa ke masa dicatatkan oleh Penyusun buku Wajah Biografi iiu dari tahun

beliau menjawat tugas sebagai penolong pensyarah Maktab Latihan Kuala Lumpur.

Pengalaman hidupnya sebagai guru, pesyarah, pentadbir universiti dan institusi

pengajian tinggi tidak menghalang minatnya untukikut sama menghasilkan karya kreatif yang

menjadi salurunnya untuk menyampaikan gagasan, mesej dan kritikan sosialnya selaku insan

penulis dan sasterawan. Awang Had bermula dengan penulisan sajak yang tersiar dalam

majalah guru pada tahun 1954. Sesudah itu, beliau berjaya menunjukkan bakat dalam

lapangan penulisan cerpen, drama, esei dan novel. Awing Had Salleh banyak melahirkan

karya-karya kreatif sewaktu menuntut di Maktab Bahasa dan Universiti Malaya. Selain

daripada melibatkan diri dalam kerja-kerja penterjemahan seperti “Perbendaharaan kata Ilati-

Melayu yang pertama kali oleh Antonio Pigafetta”. Selain menulis esei dan novel, beliau

telah memperlihatkan bakatnya dalam penulisan cerpen.

Awang Had Salleh kerap meneliti dan mengkaji puisi-puisi terutamanya dari sudut

pendidikan. Pada tahun 1966, beliau telah menghasilkan dua buah buku, iaitu Merah Kuning

Biru (kumpulan cerpen) dan Biru Warna (Novel. Kedua-dua karya kreatif beliau ini telah

diterbitkan pada tahun yang sama. Karya yang dihasilkan itu adalah karya yang menyentuh

soal hubungan antara kaum yang menjadi idu yang sering diperkatakan oleh masyarakat pada

ketika itu. Ketokohan Awang Had Salleh sebagai tokoh akademik diakui oleh semua pihak

sama ada pihak di dalam negara mahupun di luar negara. Beliau pernah menjawat tugar

sebagai setiausaha Kesenian Penunutu MPSI (1953), Presiden Persekutuan Bahasa Melayu

Universiti Malaya (1963-1964), Yang Dipertua Persatuan Suluh Budiman dari tahun 1974

hingga kini dan Naib Yang Dipertua Persatuan Pendidikan Malaysia sejak tahun 1976.

Kerjaya beliau selaku penulis dan sasterawan telah banyak menghasilkan buku-buku

dan karya sastera untuk bacaan umum dan juga rujukan masyarakat yang memerlukan buah

fikirannya. Antara buku-buku yang beliau telah hasilkan termasuklah Selindung Bulan Kedah

terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(1965) setebal 71 halaman, Pelajaran dan Perguruan

Melayu di Malaya (1974) setebal 184 halaman. Esei dan kritikan tulisannya dimuatkan dalam

buku bersama-sama dengan penulis lain seperti Kritik Sastera di Malaysia terbitan

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (1974), Penulisan Kreatif terbitan Dewan Bahasa

dan Pustaka (1980) dan Pendidikan Dalam Pemikiran terbitan Fajar Bakti Sdn. Bhd. (1980).

Page 5: Kenali Tokoh Berjasa

Novel Biru Warna mengambil tema hubungan antara kaum yang berlaku pada tahun

1960-an dengan menggunakan watak pelbagai kaum seperti Ramli, Swee Lan, Mahmud, Haji

Ahmad dan sebagainya. Berikut merupakan petikan menaik novel ini.

Lama mereka termenung.

“Apa yang kau menungkan, Ram: Swee Lan bertanya.

“Kekosongan,” kata Ramli.

“Kekosongan?,” Swee Lan kebimbangan.

“Kekacauan,” kata Ramli, pandangnya kesiling.

“Kekacauan?” Swee Lan lebih bersungguh-sungguh.

“Pengorbanan,” kata Ramli, pandangnya masih si siling.

“Pengorbanan kau?” Swee Lan bertanya lagi.

“Ya. Pengorbananku.”

“Tapi kau tak payah mengorbankan agama. Kau tak payah mengorbankan

ibu bapa kau?” Swee Lan cuba menenteramkan.

“bapa aku tidak mengakui aku jauh lebih dulu daripada bapa kau yang

membuang kau dari haknya,” Ramli memandang Swee Lan tepat.

“Ya,” kata Swee Lan yang serba salah sambil mengelakkan pandangan

Ramli. “Tapi kau tak perlu membuang agama kau.”

“Benar, saying. Aku tak perlu bertukar agama. Tapi aku telah bertukar sikap.

Aku bukan lagi seorang guru agama. Waktu dulu hatiku kacau. Tapi dalam

kekacauan aku masih mempunyai sikap seorang guru agama.”

“Tapi kau masih seorang guru agama sekarang, Ram. Pendirian kau masih

pendirian seorang Islam. Aku belum membuat kau lari dari agama kau.”

Swee Lan cuba membela dirinya.

( Biru Warna, 1974: 270-271)

Page 6: Kenali Tokoh Berjasa

Penggunaan watak dua kaum terbesar di Malaysia yang mempunyai hubungan cinta

di antara sesame mereka menghadapi cabaran dari segi perbezaan agama yang ketara dan

sukar untuk diselesaikan.

3.0 Kenali Tokoh Berjasa Jilid 3

3.1 Zulkifli Harun Usahawan Inovasi

Dalam usaha kerajaan untuk bergerak kea rah negara maju, kerajaan Malaysia sejak beberapa

orang Perdana mentari khususnya era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad sememangnya

menggalakkan masyarakat Malaysia menggalakkan sentiasa berfikir keratif dan menjadi

pereka cipta untuk menghasilkan pelbagai jenis barangan yang boleh diguna pakai oleh

rakyat. Zulkifli Haran natara rakyat Malaysia yang menyahut cabaran dan seruan kejaraan

untuk menjadi pereka kreatif dan usahawan inovasi. Hasil-hasil reka cipta yang dihasilkan

mendapat liputan yang meluas dari pelbagai media massa dan cetak di seluruh negera.

Zulkifli Haji Harun dilahirkan pada 2 Januari 1959 di Kelantan dan dibesarkan di

Kampung Sri Serendah, Rawang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah

Rendah Rawang dan seterusnya di Sekolah Menengah Rawang. Beliau meneruskan pengajian

di peringkat tinggi, iaitu di Institusi Kemahiran MARA (IKM), Johor Bahru yang

mendedahkannya kepada pelbagai teknik dan ilmu kemahiran di samping sifatnya yang

kreatif dalam mereka cipta sesuatu barangan.

Zulkifli Harun merupakan pengasas dan Pengarah urusan Syarikat Zull Design

Autotronic yang mula beroperasi pada penghujunh tahun 1980-an. Beliau mempunyai

kepakaran dan kemahiran dalam pelbagai bidang. Antara kejayaan yang telah dikecapai oleh

beliau ialah berjaya mencipta sebuah kereta yang dipasang dengan sistem automasi dan boleh

bergerak sendiri tanpa pemandu. Ciptaan beliau ini telah mendapat publisiti yang meluas di

selruh negara. Pada tahun 1992, beliau juga telah mereka cipta Sistem Rumah atau Pejabat

Pintar (LOT 2020) yang telah dirasmikan oleh Yang DIpertuan Agong DYMM Sultan Azlan

Shah ketika itu.

Beliau juga berjaya mencipta robot Pemusnah Bom untuk kegunaan Polis Diraja

Malaysia(PDRM). Selain itu, beliau juga mencipta Beca Elektrik (HPB) untuk kegunaan

kerajaan Terengganu. Kepakaran dan kemahiran yang dimilikinya membolehkan beliau

dilantik sebagai Penasihat di pelbagai jabatan kerajaan di negara ini. di antaranya

Page 7: Kenali Tokoh Berjasa

termasuklah dilantik sebagai penasihat untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam

Sistem Keselamatan Bahan Radioaktif, bahan letupan, senjata dan latihan. Beliau juag

dilantik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Unit Pemusnah Bom. Di samping itu,

beliau juga dilantik menjadi penasihat kepada Institusi Penyelidikan Teknologi Nuklear

Malaysia (MINT) iaitu aspek robotik, penasihat Unit Geoteknikal, Fakulti Kejuteraan,

Universiti Putra Malaysia dan penasihat Bahagian Rekacipta Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Sumbangannya yang cemerlang dalam penghasilan reka cipta mendapat pengiktirafan

daripada pelbagai pihak di dalam dan luar negara. Di antara anugerah yang diterimanya

termasuklah Toshiba Corporation, Japan 1983 kerana sumbangannya dalam bidang design.

Beliau juga menerima anugerah Guiness Efford Award 1989 di atas aspek “Innovative spirit

which should serve as an example to young inquisitive minds”.

4.0 Kesimpulan

Secara kesimpulannya, kedua-dua buku ini menampilkan tokoh-tokoh yang banyak menabur

jasa dlam bidang masing-masing dalam usaha membangunkan dan memajukan anak bangsa

dan megara sendiri. Walaupun sebahagian daripada tokoh-tokoh yang disenaraikan dalam

buku ini tidak kenali oleh masyarakat generasi kini, akan tetapi sumbungan nere dalam

membina jati diri bangsa perlu dihargai dan disanjungi.

Sebahagian daripada tokoh masyarakat yang dibincang dan dikupas dalam buku ini,

mungkin ada sebahagian yang masih hidup dan ada juga sebahagian daripadanya telah

kembali ke rahmatullah. Hanya budi, jasa dan pengorbanan mereka yang terus harum

mewangi di persada bangsa tercinta ini. sesungguhya tokoh-tokoh ini mempunyai jiwa yang

besar dan boleh dianggap sebagai pahlawan masyarakat.