Kemuliaan Al Quran

9
KEMULIAAN AL-QURAN AYAT 21-24 SURAH AL-HASYR

description

Fiqh Ibadah

Transcript of Kemuliaan Al Quran

KEMULIAAN AL-QURAN

KEMULIAAN AL-QURANAYAT 21-24 SURAH AL-HASYR AYAT 21-24 SURAH AL-HASYRMaksud Ayat: Sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas gunung, nescaya engkau dapati gunung itu khusyu serta berkecai kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), contoh-contoh perbandingan ini kami kemukakan kepada umat manusia supaya mereka memikirkannya. Dialah Allah yang tidak ada tuhan selain Dia, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Dia Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dialah Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang menguasai (sekalian alam) yang Maha Suci, yang Maha Selamat Sejahtera (daripada segala kekuranga). Sambungan.Dan melimpahkan keamanan, yang maha melengkapi segala kebesaranNya. Maha Suci Allah daripada segala yang mereka sekutukan denganNya. Dialah Allah yang mencipta sekalian makhluk, yang mengadakan (daripada tiada kepada ada) yang membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya) bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-muliaNya. Bertasbih kepadaNya segala yang dilangit dan dibumi. Dan Dialah yang tidak ada tolak bandingnya, lagi Maha Bijaksana.Surah al-Hasyr: ayat 21-24Intisari AyatAllah s.w.t menyatakan sekiranya al-Quran diturunkan ke gunung-ganang yang teguh lagi kuat, nescaya akan pecahlah gunung tersebut.Perumpamaan ini adalah supaya manusia berfikir tentang sejauh mana penghayatan mereka terhadap al-Quran.Allah s.w.t mempunyai nama-nama yang indah (asma-alhusna) dan sifat-sifat yang sempurna.Semua makhluk yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepadanya.Keistimewaan Al-QuranMakhluk selain manusia tunduk dan patuh kepada Allah s.w.tSemua makhluk tunduk dan patuh kepada Allah s.w.tAntara kepatuhan mereka kepada Allah ialah sentiasa bertasbih kepadanya.Makhluk ini juga tunduk kepada Allah s.w.t dengan mengikut semua ketentuan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah kepada mereka.Contohnya matahari dan bulan sentiasa beredar mengikut paksinya.Oleh yang demikian, sebagai manusia yang mempunyai akal, kita tidak sepatutnya menderhaka kepada Allah yang mencipta kita.Cara-cara menghayati al-Quran Perbandingan antara bukit dan orang yang ingkar kepada Allah s.w.tAllah membandingkan keingkaran manusia menerima al-Quran dengan sifat bukit yang hancur berkecai apabila diturunkan ke atasnya al-Quran. Allah membuat perbandingan ini sebagai peringatan kepada orang kafir yang keras hati dan bersikap kasar.Allah juga memberi peringatan kepada orang yang tidak khusyuk membaca al-Quran. Sekiranya bukit mendengar ayat-ayat Allah nescaya akan hancur berkecai kerana takut kepada Allah.Mengapa manusia tidak takut kepada azab Allah sedangkan mereka mendengar dan memahami ayat-ayat Allah.Dalam ayat di atas juga Allah menyatakan sebahagian nama dan sifatnya yang mulia dan sempurna. Ini membuktikan al-Quran adalah sebuah kitab yang agung kerana ia merupakan kalam Allah yang memiliki segala sifat kesempurnaan tersebut.