KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

6
8/7/2019 KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR http://slidepdf.com/reader/full/kempen-kesedaran-jalur-lebar 1/6 KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR 1. APAKAH JALUR LEBAR 2. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN JALUR LEBAR 3. APAKAH KELEBIHAN JALUR LEBAR 4. KEBAIKAN JALUR LEBAR- RUMAH/ PERNIAGAAN 5. MEMAHAMI ISTILAH BERKAITAN JALUR LEBAR 6. APAKAH KOS UNTUK SAYA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN JALUR LEBAR? 7. BAGAIMANA SAYA MEMILIH ISP? 8. PANDUAN KEPADA KOS INTERNET 1. APAKAH JALUR LEBAR? Jalur lebar bermakna perkhidmatan Internet yang sentiasa ada, laju (melebihi 256 kilobit sesaat (kbps) tidak kira walau dari mana dan meliputi hampir kesemua kandungan digital. Semuanya boleh dimuatturun dengan cepat, samaada emel ataupun data (gambar, video, mp3) ataupun memainkan filem dan juga siaran tv dan radio melalui Internet. 2. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN JALUR LEBAR? Terdapat pelbagai cara untuk mengakses jalur lebar. Ramai yang sudah biasa dengan sambungan jalur lebar menggunakan talian telefon tetap, anda juga boleh memperolehi akses kepada jalur lebar dengan menggunakan teknologi lain seperti satelit, teknologi tanpa wayar dan teknologi pasang siap atau kabel. 3. APAKAH KELEBIHAN MENGGUNAKAN JALUR LEBAR SELAIN BERSIFAT LAJU? Perkhidmatan Jalur Lebar adalah bersifat sentiasa ada (always-on). Ini bermaksud jalur lebar mempunyai sambungan tetap kepada Internet. Sambungan Jalur Lebar membolehkan anda terus mempunyai akses kepada Internet di saat anda memasang komputer anda. Tiada lagi keperluan untuk terus dial kepada Internet dengan menggunakan modem, atau log keluar setelah anda selesai melayari Internet. 4. KEBAIKAN JALUR LEBAR Keupayaan mengakses perkhidmatan Internet sentiasa ada dapat menjimatkan masa anda dan ini dapat memberi keselesaan kerana anda tidak perlu lagi untuk dail terus bagi mendapat sambungan Internet ataupun mendail terus berulang kali bagi mendapat sambungan disebabkan talian sibuk. Dengan jalur lebar, anda berupaya menggunakan kemudahan emel dan  aplikasi sembang dan pesanan segera untuk berhubung terus dengan rakan-rakan, saudara- mara, rakan kerja, pelanggan dan rakan niaga pada bila-bila masa dengan hanya satu klik. 1

Transcript of KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

Page 1: KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

8/7/2019 KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

http://slidepdf.com/reader/full/kempen-kesedaran-jalur-lebar 1/6

KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR 

1. APAKAH JALUR LEBAR 

2. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN JALUR LEBAR 

3. APAKAH KELEBIHAN JALUR LEBAR 

4. KEBAIKAN JALUR LEBAR- RUMAH/ PERNIAGAAN

5. MEMAHAMI ISTILAH BERKAITAN JALUR LEBAR 

6. APAKAH KOS UNTUK SAYA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN JALUR 

LEBAR?

7. BAGAIMANA SAYA MEMILIH ISP?8. PANDUAN KEPADA KOS INTERNET

1. APAKAH JALUR LEBAR?

Jalur lebar bermakna perkhidmatan Internet yang sentiasa ada, laju (melebihi 256

kilobit sesaat (kbps) tidak kira walau dari mana dan meliputi hampir kesemuakandungan digital.

Semuanya boleh dimuatturun dengan cepat, samaada emel ataupun data (gambar,video, mp3) ataupun memainkan filem dan juga siaran tv dan radio melalui Internet.

2. BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN JALUR LEBAR?

Terdapat pelbagai cara untuk mengakses jalur lebar. Ramai yang sudah biasa

dengan sambungan jalur lebar menggunakan talian telefon tetap, anda juga bolehmemperolehi akses kepada jalur lebar dengan menggunakan teknologi lain seperti

satelit, teknologi tanpa wayar dan teknologi pasang siap atau kabel.

3. APAKAH KELEBIHAN MENGGUNAKAN JALUR LEBAR SELAIN BERSIFAT

LAJU?

Perkhidmatan Jalur Lebar adalah bersifat sentiasa ada (always-on). Ini bermaksud

jalur lebar mempunyai sambungan tetap kepada Internet. Sambungan Jalur Lebarmembolehkan anda terus mempunyai akses kepada Internet di saat anda memasang

komputer anda. Tiada lagi keperluan untuk terus dial kepada Internet denganmenggunakan modem, atau log keluar setelah anda selesai melayari Internet.

4. KEBAIKAN JALUR LEBAR 

Keupayaan mengakses perkhidmatan Internet sentiasa ada dapat menjimatkan

masa anda dan ini dapat memberi keselesaan kerana anda tidak perlu lagi untuk dail

terus bagi mendapat sambungan Internet ataupun mendail terus berulang kali bagimendapat sambungan disebabkan talian sibuk.

Dengan jalur lebar, anda berupaya menggunakan kemudahan emel dan  aplikasi

sembang dan pesanan segera untuk berhubung terus dengan rakan-rakan, saudara-

mara, rakan kerja, pelanggan dan rakan niaga pada bila-bila masa dengan hanyasatu klik.

1

Page 2: KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

8/7/2019 KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

http://slidepdf.com/reader/full/kempen-kesedaran-jalur-lebar 2/6

Jalur Lebar dapat mengubah pengalaman menggunakan Internet anda daripadasesuatu   yang   kurang   menyeronokkan   kepada   sesuatu   yang   menarik   dan

menggembirakan. Melayari Internet memberi kepuasan kepada anda kerana lamanweb yang kompleks dan mempunyai rekaan grafik yang tinggi boleh dimuatturun

dengan pantas untuk tatapan.

Fail juga boleh dimuatturun dengan pantas. Anda boleh memuatturun muzik dananimasi dalam masa beberapa saat dan bukan minit serta video klip dalam masabeberapa minit dan bukan jam seperti yang sebelumnya.

Selain itu, anda berpeluang untuk bermain permainan interaktif dalam talian dengankelajuan yang tinggi bersama-sama dengan pemain lain dari serata dunia. Anda juga

mampu mendengar siaran radio dan melihat siaran tv melalui Internet secaralangsung tanpa gangguan. Bagi mereka yang bekerja dari rumah, keupayaan jalur

lebar memberi peluang anda berkomunikasi dengan rakan kerja dan berpeluangmengakses rangkaian korporat dengan cepat dan mudah.

Kebaikan Jalur Lebar di Rumah

• Akses kepada pelbagai sumber informasi dan hiburan, termasuk video danmuzik terkini, permainan dalam talian dan berkongsi gambar dengan keluarga

dan rakan-rakan.

• Anda boleh melayari dari satu laman web ke laman web yang lain dalammasa yang singkat

• Anda boleh berbual di telefon dan pada masa yang sama melayari Internet.

• Anda boleh memuatturun emel dalam masa sekelip mata.

• Kerana kos langganan yang tetap, anda boleh mengetahui  kos pembayaransewaan setiap bulan dan merancang perbelanjaan anda dengan lebih bijak.

Kebaikan Jalur Lebar Kepada Perniagaan

• Jalur   Lebar   boleh   mengurangkan   kos   perniagaan   bagi   mendapatkan

sambungan Internet yang sentiasa ada dan laju. Harga sewaan tetap setiapbulan memberikan ruang untuk anda menganggar kos bulanan yang perlu

dibayar.

• Jalur lebar boleh meningkatkan hubungan dengan pelanggan kerana andaberpeluang berurusan dengan pelanggan dan menerima tempahan dengan

segera.

• Pekerja mempunyai sambungan tetap kepada Internet dan membolehkanmereka mengakses emel dengan cepat.

• Pekerja berpeluang melakukan urusan kerja dari rumah kerana terdapat

sambungan Internet terus daripada rumah ke pejabat.

• Jalur  Lebar  boleh  meningkatkan  produktiviti  kerana   ia  membolehkan

penghantaran dan penerimaan maklumat daripada satu pejabat ke pejabatyang lain samaada di bandar yang sama, mahupun di luar negara.

• Peniaga  boleh  menggunakan   sambungan  jalur   lebar   untuk  menjejaki

penghantaran barangan melalui kapal dan mengintai peluang bagi pasaraneksport, sekaligus membolehkan mereka bersaing dengan syarikat lain di

pasaran antarabangsa.

• Jalur lebar membolehkan peniaga mengadakan mesyuarat melalui Internet

ataupun  secara  Internet   videoconferencing  untuk  membuat  keputusan

2

Page 3: KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

8/7/2019 KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

http://slidepdf.com/reader/full/kempen-kesedaran-jalur-lebar 3/6

perniagaan   yang   penting.   Ia   dapat   mengurangkan   kos   perjalanandibandingkan dengan mesyuarat yang diadakan secara bersemuka.

5. MEMAHAMI ISTILAH JALUR LEBAR 

Perkataan atau istilah-istilah yang berkaitan untuk anda mendapatkan Jalur Lebarbukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami. Dial-up , Jalur Lebar, megabytes,

modems dan ISP, apakah maksud semuanya?

Pemberi Perkhidmatan Internet (ISP)

Pemberi   Perkhidmatan   Internet adalah   merujuk   kepada   organisasi   yangmembekalkan  pengguna  dengan  capaian  Internet  dan  khidmat-khidmat  yang

berkaitan.

Sebuah ISP boleh memiliki rangkaian untuk membekalkan perkhidmatan Internetataupun menyewa rangkaian perkhidmatan daripada pembekal lain.

Muat turun

Muat turun (Inggeris: download ) dan muat naik (Inggeris: upload ) dalam teknologimaklumat ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan proses pengalihan fail

antara dua komputer atau sistem serupa lainnya.

Muat turun adalah proses menerima data dari sebuah sistem. Contohnya apabila

anda pegi ke satu laman web, data berkaitan laman web tersebut sebenarnyadimuatturun dari komputer lain. Memuat naik adalah proses mengirim data dari

komputer peribadi ke suatu sistem seperti pelayan web, pelayan FTP atau sistemserupa lainnya.

MegabyteMegabyte (MB) adalah satu istilah untuk menggambarkan satu unit data. MB adalah

satu data unit untuk 1,048,576 bytes, kadang-kadang dipanggil 1 juta bytes. 1Gigabyte (GB) pula bersamaan dengan 1,000 Megabytes.

Sebagai panduan:

• Anda boleh melihat sekurang-kurangnya 20 mukasurat di Internet untuksetiap 1MB yang dimuatturun

• Secara purata, fail muzik (MP3) adalah 4 MB

• Trailer filem selama 5 minit adalah sebanyak 30 MB

Kelajuan modemKelajuan  komunikasi digital diukur dengan jumlah kilobits atau megabits bagi

sesuatu data boleh dihantar dalam satu saat. Ia dipanggil kilobit per saat (Kbps).Lebih banyak KBps yang dihantar, lebih cepat anda boleh memuatturun laman web

ataupun muzik dan emel melalui Internet.

Modem biasa mempunyai kelajuan data maksima 56 Kbps. Ini adalah kadar maksima

apabila anda mendapatkan perkhidmatan Internet daipada ISP apabila menggunakansambungan dial-up. Untuk pengetahuan anda, ini adalah kadar maksima dan bukan

kelajuan yang dijamin untuk anda nikmati kerana kelajuan tersebut selalunyamungkin tidak dicapai disebabkan oleh isu-isu teknikal.

3

Page 4: KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

8/7/2019 KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

http://slidepdf.com/reader/full/kempen-kesedaran-jalur-lebar 4/6

Perkhidmatan jalur lebar yang biasa digunakan adalah dengan kelajuan data 256Kbps. perkhidmatan jalur lebar yang lebih laju juga ada disediakan dengan kelajuan

1,000 Kbps atau bersamaan dengan 1 Mbps (1 megabit per saat) ataupun lebih lajudari 1 Mbps.

Perlu diingatkan bahawa kelajuan yang diperolehi mungkin rendah daripada di aras

yang ditawarkan kerana sambungan Jalur Lebar mungkin dikongsi dengan penggunalain. Contohnya, kelajuan 256 Kbps mungkin digunakan oleh anda seorang dalamsatu masa ataupun dikongsi lebih dari satu pengguna pada satu-satu masa.

Sentiasa Ada (Always-On)

Perkhidmatan Internet boleh diklasifikasikan kepada dua iaitu dial-up atau sentiasa

ada (always on). Dial-up mengacu kepada akses Internet dengan menggunakantelefon tetap. Komputer melalui modem melakukan pemanggilan telepon (dial-up)

ke ISP. Setelah terhubung maka komputer dapat segera mengakses Internet dansambungan tamat apabila hubungan telefon putus.

Manakala perkhidmatan sentiasa ada (always-on) tidak memerlukan talian telefontetap.  Sambungan kepada Internet adalah sentiasa ada atau sambungan denganpantas dan segera. Jalur lebar memberi sambungan sentiasa ada.

6. APAKAH KOS UNTUK SAYA MEMPEROLEHI PERKHIDMATAN JALUR 

LEBAR?

Setelah anda memasang Jalur Lebar, anda hanya perlu membayar yuran langganan

tetap setiap bulan tanpa perlu membayar sebarang kos tambahan berdasarkanjumlah masa yang digunakan untuk perkhidmatan.

Kos  yang  perlu  anda  ketahui  adalah  seperti  berikut  dan  bergantung  kepad

perkhidmatan yang anda pilih:

• Kos pemasangan Jalur Lebar sekali sahaja

• Jumlah muat turun yang dibenarkan

• Jumlah langganan bulanan

7. BAGAIMANA SAYA MEMILIH ISP?

Untuk memilih ISP bergantung kepada kawasan tempat tinggal atau kawasan

perniagaan   anda.   Walaubagaimanapun   terdapat   sesetengah   tempat   yangmempunyai lebih dari satu ISP yang menawarkan liputan perkhidmatan jalur lebar.

Bagi satu ISP pula, terdepat pelbagai pilihan atau pakej perkhidmatan bergantung

kepada kelajuan yang diperlukan. Sebelum anda memilih ISP, adalah penting untukanda menilai pilihan yang terbaik mengikut kehendak dan keperluan anda.

Antara beberepa faktor yang perlu dipertimbang termasuk:

• Harga dan caj langganan

• Mutu perkhidmatan

• Pemasangan dan bantuan sokongan

• Keselamatan perkhidmatan

4

Page 5: KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

8/7/2019 KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

http://slidepdf.com/reader/full/kempen-kesedaran-jalur-lebar 5/6

Adalah mustahil terdapat mana-mana ISP yang boleh memenuhi kesemua faktor-faktor di atas dengan efisyen. Oleh itu, amat penting sekali sekiranya anda menilai

dan membuat pilihan di antara faktor-faktor di atas yang mana lebih penting kepadaanda.

8. PANDUAN KEPADA KOS INTERNET

Terdapat pelbagai elemen yang membolehkan sambungan kepada Internet berlaku.

Ini termasuk:

• Sebuah komputer

• Sebuah modem

• Akses kepada talian telefon, kabel atau satelit

• Pemberi perkhidmatan Internet (ISP)

Kos permulaan perkhidmatan

Sesetengah   ISP  mengenakan  caj  bayaran   bagi  mendapatkan  perkhidmatansambungan  Internet.  Caj  bayaran  ini  dikenakan  untuk  kos pemasangan  bagi

membuat sambungan daripada komputer anda ke internet.

Bagi pelanggan Jalur Lebar, juruteknikal yang berdaftar diperlukan untuk memasangperalatan tambahan atau anda boleh juga membuat pemasangan sendiri. Sila

rujukISP anda untuk mengetahui apakah pilihan bagi membuat pemasangan yangada untuk anda dipilih.

Berapakah jumlah data yang saya akan muat naik atau muat turun?

Setiap kali anda membaca emel, melihat laman web, mendengar fail muzik ataumenonton tayangan video dari Internet anda sebenarnya sedang memuat turun

data.

Setiap kali anda menghantar emel ataupun membuat permohonan laman web, andamemuat naik data. Ini adalah penting kerana cara anda menggunakan Internet akan

menentukan pilihan pakej ISP yang memenuhi kehendak anda sepenuhnya.

Maklumat  berikut  dapat  memberi  gambaran  dan  kepada  anda  dan  panduanbagaimana  hendak membuat anggaran jumlah data yang mungkin anda gunakan

untuk memuat turun dan naik:

• Aktiviti-aktiviti seperti menerima dan menghantar  emel berbentuk teks,

menerima dan menghantar dokumen daripada Micorosft Word dan membacalaman web Internet yang berbentuk teks akan menggunakan anggaran 0.02

ke 0.05 megabytes (MB) bagi setiap aktiviti.

• Menerima atau menghantar gambar atau imej akan menggunakan anggaranantara 0.05 hingga 0.25 MB setiap gambar

• Memuat turun fail muzik akan menggunakan anggaran 4 MB

• Memuat turun video muzik atau trailer filem yang mengandungi gambar

bergerak dan bunyi akan menggunakan anggaran 30MB

Jika anda ingin melayari banyak laman web dan memuat turun banyak muzik dan

video  adalah  lebih  berbaloi  sekiranya  anda  memilih  pakej  Jalur  Lebar  yan

5

Page 6: KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

8/7/2019 KEMPEN KESEDARAN JALUR LEBAR

http://slidepdf.com/reader/full/kempen-kesedaran-jalur-lebar 6/6

memberikan anda  kelajuan tinggi dan lebih masa penggunaan (atau penggunaanmaksima tanpa limit). Jika tidak, anda boleh dikenakan caj bagi penggunaan lebih.

Tetapi jika motif utama anda hanyalah untuk menghantar jumlah emel yangs edikit

kepada keluarga dan rakan-rakan, maka lebih baik sekiranya anda mengetahuitentang pakej standard perkhidmatan Jalur Lebar (contohnya 256 Kbps) atau pakej

penawaran perkhidmatan terhad.

6