KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ... -...

14
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM 05604 ALOR SETAR KEDAH DAR UL AMAN "MUAFAKAT KEDAH" Telefon : 04-7404000 Faks : 04-7 40 4342 Laman Web : www.moe.gov.my Ruj. Kami: JPK.SPP600-7/l 1(7) Tarikh : 26 Disember 20 17 Semua Pen getu a dan Guru Besar, Seko lah Menengah dan Seko lah Rendah , Kerajaan / Swasta Neger i Kedah Darul Aman. Tuan, PEMUTIHAN KOHORT UMUR MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Dimaklumkan bahawa Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah masih menerima permohonan Pendaftaran Peperiksaan dan Pentaksiran Pusat (U PSR, PT3 dan SPM) yang tidak memenuhi kohort umur yang ditetapkan bagi tahun 2017. Proses penetapan kohort umur persekolahan telah dilaksanakan sejak tahun 1998 melalui Surat Pekeliling Ikhtisa s bil.10 / 1998 bertarikh 7 Mei 1998. 3. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan / puan untuk memastikan se mua murid ditempatkan mengikut kohort yang betul mulai 1.1.2018 agar tidak timbul isu se waktu pendaftaran peperiksaan atau pentaksiran pusat. Sebarang rayuan pendaftaran di luar kohort umur tidak akan dipertimbangkan kecuali mendapat kebenaran khusus daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. 4. Berikut adalah kohort umur yang dibenarkan untuk Pendaftaran Peperiksaan dan Pentaksiran Pusat tahun 2018: Jenis Peperiksaan / Kohort Umur Pentaksiran UPSR 02.0 1.2006 - 0 1.0 1.2007 Telah mencapai umur I I tahun pada I.1.20 18 PT3 02.01.2003 - 01.01.2004 Telah mencapai umur 14 tahun pada I.1.2018 SPM 02.01.2001 - 01.01.2002 Telah mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2018 "1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan " Si/a catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung HSISO/II CCl 702t :2011 QS02121999C80 1 CERTIFIEDTO ISO 9001:2008 CERT.NO.:AR 4166 CERTIFIED TO ISO 9001 :2008 CERT. NO.: AR 4166

Transcript of KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ... -...

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH KOMPLEKS PENDIDIKAN, JALAN STADIUM 05604 ALOR SETAR KEDAH DAR UL AMAN

"MUAFAKAT KEDAH"

Telefon : 04-7404000 F aks : 04-7 40 4342

Laman Web : www.moe.gov.my

Ruj. Kami: JPK.SPP600-7/l 1(7) Tarikh : 26 Disember 20 17

Semua Pen getu a dan Guru Besar, Seko lah Menengah dan Seko lah Rendah , Kerajaan / Swasta Neger i Kedah Darul Aman.

Tuan,

PEMUTIHAN KOHORT UMUR MURID SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah masih menerima permohonan Pendaftaran Peperiksaan dan Pentaksiran Pusat (U PSR, PT3 dan SPM) yang tidak memenuhi kohort umur yang ditetapkan bagi tahun 2017. Proses penetapan kohort umur persekolahan telah dilaksanakan sejak tahun 1998 melalui Surat Pekeliling Ikhtisa s bil.10 /1998 bertarikh 7 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan /puan untuk memastikan se mua murid ditempatkan mengikut kohort yang betul mulai 1.1.2018 agar tidak timbul isu sewaktu pendaftaran peperiksaan atau pentaksiran pusat. Sebarang rayuan pendaftaran di luar kohort umur tidak akan dipertimbangkan kecuali mendapat kebenaran khusus daripada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

4. Berikut adalah kohort umur yang dibenarkan untuk Pendaftaran Peperiksaan dan Pentaksiran Pusat tahun 2018:

Jenis Peperiksaan / Kohort Umur Pentaksiran

UPSR 02.0 1.2006 - 0 1.0 1.2007 Telah mencapai umur I I tahun pada I. 1.20 18

PT3 02.01.2003 - 01.01.2004 Telah mencapai umur 14 tahun pada I. 1.20 18

SPM 02.01.2001 - 01.0 1.2002 Telah mencapai umur 16 tahun pada 1.1.2018

"1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan " Si/a catatkan rujukan Jabatan ini apabila berhubung

HSISO/II CCl 702t :2011 QS02121999C80 1

CERTIFIED TO ISO 9001:2008 CERT. NO.:AR 4166

CERTIFIED TO ISO 9001 :2008 CERT. NO.: AR 4166

5. Bersama-sama ini disertakan sekali lagi surat-surat berikut untuk rujukan dan punca kuasa.

i) Surat Pekeliling Tkhtisas bil.10/ 1998 bertarikh 7 Mei 1998 ii) Surat Pekeliling Ikhtisas bil.3/200lbertarikh 22 Mac 2001 iii) Surat Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun

be1iarikh 5 Mac 2003. iv) Surat Arahan Pematuhan bertarikh 23 Ogos 2011

6. Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan perkara di atas bolehlah menghubungi pegawai­pegawai meja di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah seperti berikut;

Jenis Peperiksaan / Nama Pegawai No. Telefon Pentaksiran

UPSR En Ahyat bin Abdul Khani 04-7404234 I 019-5753670

PT3 En Mohammad Shukri bin Osman 04-7404221 / 011-36273653

SPM Pn. Hasnani bt Mohammad 04-7404233 / 012-5717663

7. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

" BERKHIDMA T UNTUK NEGARA" "MUAFAKAT KEDAH" "PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG "

Saya yang menurut perintah,

Cf!r/d. (DATIN PADUKA DATO' RAJAH AZUYAH HASSAN, D.S.D.K., A.M.K.) Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman

sk: i) ii ) iii) iv)

Timbalan Pengarah Pendidikan Semua Ketua Sektor Semua Ketua PPD Fail

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Oamansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR

Semua Pengarah Pend idikan Negeri

Y .Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan ,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 10/1998:

Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591 /Jld. XIV (10) 7 Mei 1998

Panduan Tentang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta

Dengan berkuatkuasanya Akta Pendid ikan 1996 pada 31 Disember 1997, semua Guru Besar dan Pengetua Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta dikehendaki mematuhi peruntukan-peruntukan akta tersebut. Antara perkara yang perlu dipatuhi oleh Guru Besar dan Pengetua ialah tentang umur masuk sekolah rendah dan sekolah menengah serta urnur menduduki Peperiksaan Kebangsaan (PTS/ UPSR /PMRISPM(V) /SPM) bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta.

2. Mulai dari tahun 1998, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta dilarang menerima murid baru di bawah urnur, sama ada didaftar atau menumpang, tanpa didaftarkan. Murid yang diter ima belajar di sekolah rendah hendaklah dari umur 6 tahun ke atas. Pengiraan umur hendaklah dikira dari 1 Januari tahun persekolahan semasa. Sebagai contoh, murid tahun 1 pada tahun 1998 hendaklah dilahirkan di antara 2.1.1991 hingga 1.1 .1992 . lni bermakna bahawa murid yang genap berumur 6 tahun pada 1 Januari tahun yang berkenaan tidak perlu memohon kebenaran daripada Kementerian Pendidikan.

3. Murid sekolah rendah dan menengah swasta atau murid persendirian yang memohon masuk belajar ke Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan hendak lah ditempatkan ditahun atau tingkatan mengikut umur yang bersesuaian seperti yang dinyatakan di Jadual I dan Jadual II berlampir.

4 . Menduduki Peperiksaan Kebangsaan di Sekolah Rendah

4.1 Murid sekolah rendah yang ingin mengambil peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS ) mestilah terdiri daripada murid yang telah mengikuti 3 tahun y3elajaraA-dalam KBSR-dan berada-di -Tah on Jdi sekolah ·ren·dah. -

4.2 Bagi murid yang ingin mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR ), mereka hendaklah telah berada di tahun enam di sekolah rendah dan mengikuti KBSR serta berumur tidak kurang daripada 11 tahun, bagi mu rid biasa dan berumur tidak kurang dar ipada 10 tahun , bagi murid yang dibenarkan melangkau kelas pada 1 Januari tahun persekolahan berkenaan .

·,---· ...

5 . Murid yang telah tama t pendidikan rendah boleh diter ima belajar di sekolah menengah . Walaupun begitu murid-murid yang menamat kan pelajaran di Sekcilah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil tetapi tidak mencapa i tahap minimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan hendaklah ditempatkan di Kelas Peralihan selama satu tahun di sekolah menengah yang ditetapkan oleh Kementerian Pend idikan. (Si/a rujuk surat siaran Kementerian Pendidikan, KP(BS/MEN)8 510/03/005/( 14) berta rikh 9 Disember 1997) .

6. Murid-murid yang telah belajar selama 3 tahun dalam KBSM di sekolah menengah rendah dibenarkan menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). (Si/a rujuk peraturan dan panduan Penilaian Menengah Rendah dan pekeliling berkaitan dari Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendid ikan Malays ia). Murid-murid dibenarkan menyambung pelajaran sekolah menengah atas setepas menamatkan pendidikan di peringkat menengah rendah dan mencapai tahap minimum dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang ditetapkan oleh Kementer ian Pendidikan , (sila rujuk surat Siaran Kementer ian Pendidikan , KP (BSIMEN)8510 / 03/ 008/Jld.ll (1) bertar ikh 2 Januiari 1998). Murid-murid dibenarkan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Pelajaran Malaysia (Vokasional ) setepas belajar selama 2 tahun di sekolah menengah atas .

7. Murid-murid yang tidak mencapai tahap minimum dalam Peperiksaan PMR dibenarkan mengulang sekali sahaja tingkatan 3 di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Murid di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan yang gaga! dalam peper iksaan SPM atau SPM (V) dibenarkan mengulang seka li sahaja di Tingkatan 5 dengan syarat tidak pernah mengulang di Tingkatan 3 sekolah menengah rendah .

8. Murid-murid di bawah umur di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan yang telah dibenarkan naik ke tahun/tingkatan seterusnya pada tahun 1998 berdasarkan surat siaran Kementer ian Pendidikan, KP(BS/PSR)8502/03/007 (65) bertar ikh 23 Disember 1997 adalah dikecual ikan daripada perenggan 4 dan perenggan 6 surat ini.

9 . Pekeliling ini adalah bertujuan untuk memastikan Sistem Pendidikan Kebangsaan dinikmati secara adil serta meme nuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara . Kerana itu, Y .Bhg. Dato'/Datin/ Tuan/Puan adalah bertanggungjawab memast ikan bahawa semua Guru Besar dan Pengetua menerima serta melaksanakan kandungan pekeliling ini.

10. Surat Pekeliling lkhtisas ini berkuatkuasa dengan serta merta , mulai pada tarikh ianya dikeluarkan .

Sekian, Terima kasih.

"BERKHID MAT UNTUK NEGARA "

OR ABD ULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malays ia

2

?,,-_

s .k. 1 .

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

11.

Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia

Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan

Y.B . Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendid ikan

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

Ketua-Ketua Sahagian Kementerian Pendidikan

Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia

Ketua Nazir Sekolah

Penasihat Undang-Undang

Pegawai Perhubungan Awam

3

Jadual I

KOHORT UMUR SEKOLAH RENDAH

Umur (pada 1 Januari tahun persekolahan )

Tahun

I Murid Dibenarkan Mengikut i Kelas

Murid Mengikut Kelas Biasa Melangkau (PTS )

1 6 tahun 6 tahun

2 7 tahun 7 tahun

3 8 tahun 8 tahun

4 9 ta hun -

5 10 tahun 9 tahun

6 11 tahun 10 tahun

Jadual II

KOHORT UMUR SEKOLAH MENENGAH

Umur (pada 1 Januari tahun persekolahan)

Tingkatan Melangkau Mengikut

Mengulang Mengulang

Kelas Di Mengikut Kelas Tingkatan 3 Tingkatan 3

Sekolah Kelas Biasa Peralihan/Pra Melalui Kelas Rendah Tingkatan 1 (Biasa)

Peralihan

Pera lihan - - 12 tahun

1 11 tahu n 12 tahun 13 tahun

2 12 tahu n 13 tahun 14 tahun

3 13 tahun 14 tahun 15tahun 15 tahun 16tahun

4 14 tahun 15 tahun 16 tahun 16 tahun 17 tahun

5 15 tahun 16 tahun 17 tahun 17 tahun 18tahun

4

...• ..-.

PEJABA T KETL\ l'E\'G.-\R\.H PE\'DlDlK.\S :\!ALA 't"SL\ 1 KD1E:'iTERL\..:\ PE:'\"DlDIK-\S >1ALA \-SI..\

PARAS i, IlLOK J PUSAT BAI\'DAR DAM..\NS..\R-\ 5060-'l KF -\LA LUi\IPl ;R

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan ,

SURAT PEKELIL!NG IKHTISAS BIL. 3/2001 :

Td: U3-2S86900 Fax: 03-2535/50

Lama Web: hrtp :i/lnn, .mc,e.go,·.my

KP(BS) 859'1/Jld .XVI I (3)

22 Mac 2001

Pindaan Bagi Para 2 Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 10/1998 Pandl!an Tent.ang Umur Masuk Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Serta Umur Menduduki Peperiksaan Bagi Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan Dan Sekolah Swasta

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sehubungan dengan itu, adalah dimaklumkan bahawa Y.B. Menleri Pendidikan telah mengarahkan supaya tarikh larangan menerima murid baru di bawah urnur. di Para 2 Pekeli ling lkhtisas 10/1998 diuba,h daripada 1.1.1998 ·kepada 1.1.2000. Oleh itu perenggan berkenaan heridaklah dibaca seperti berikut :-

~Mulai 1.1.2000, Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Swasta dillarang menerima murid baru di bawah umur, sama a.da didafiar atau menumpang tanpa didaftarkan . Murid yang diter ima belajar di sekolah _ rendah hendaklah dari uryiur 6 tahun ke alas. Pengiraan umur hendakJah dikira dari 1 Januari tahun pers·ekofahan semasa. Sebagai contoh , murid tahun 1 pada tahun 2000 hendaklah dilahi_rkan antara 2.1.1993 hingga 1.1.1994. lni bermakna bahawa murid yang genap b1frumur 6 tahun pada 1 Januari tahun yang berkenaan tidak perlu memohon kebe'naran daripada Kementerian Pendidikan· .

3. Oleh itu, semua murid di bawah umur yang sudah berada dan sedang belajar di sekolah rendah , sekolah menengah Kerajaan dan Swasta pada tahun persekolahan 1999 dibenarkan untuk naik ke Tahun/Tingkatan seterusnya pada tahun 2000 dan tahun-tahun berikutnya.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg . Dato'/Datuk/Tuan iPuan.

Sekian. Terima kasih .

"BERKHIDMA T UNTUK NEGARA"

. ~.0---(~

ABDUL RAFIE BIN MAHAT Katua Pengarah Pend idikan Malaysia

.,,,-.

s.k 1. Y.B. Tan Sri Dato' Seri Musa bin Mohamad Menteri Pelajaran Malaysia

2. Y.B. Dato' Abdul Aziz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim Timba!an Menteri Pendidikan Malaysia

4. Y .B. Dato' Mahadzir bin Mohd Khir Setiausaha Parliman, Kementerian Pendidikan Malaysia

5. Ketua Setiausaha , Kementerian Pendidikan Malaysia

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia

7. Timba lan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia

8. Ketua-Ketua Sahagian, Kementerian Pendidikan Malaysia

9. Pengarah Peperiksaan , Lembaga Peperiksaan Malaysia

10. Ketua Jeniaah Nazir Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia

11. Penasihat Undang-Undang . Kemenlerian Pendidikan Malaysia

12. Ketua Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan Malaysia

i'EJA BAT KETU A PENGAf<..Ali PENDi Di !-~AN MALAYSIA . KEM £NTERJAN fENDIDIK.AN /VlALAYS!A. PARAS 7, BLOK J, PUSAT BANDAR DAMANSAR.A, 50604 KUALA LUMPUR.

Te!efon: 03-2586900 Fa.r.: 03-2535150

Lam3r. Web: http ://www.moc.gov .m y

KP(BS/PSR)8502/03/005/Jld . '1-:l{ ·t O )

5 Mac 2003.

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y .Bhg. Datuk/Dato'/ Tuan/Puan,

Kelonggaran Syarat Kemasukan Kanak-Kanak Di Bawah Umur Ke Tahun 1

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas .

2 . Sukacita dimakiumkan bahawa Kementerian Pendidikan teiah rnenerima banyak permohonen daripada ibu bapa untuk memohon kemasukan awal anak­anek me reka yang di bawah umur ke Tahun 1 pada setiap tahun persekolahan. Berpandukan kepada Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 10/1998 bertarikh 7 Mei 1998 bahawa kemasukan murid ke Tahun 1 b~gi tahun 2003 adalah murid yang lahir pada 2.1.1996 hingga i .1 .1997. lni berm a kn a kanak-kanal<. yang lahir pad a 1 Januar i pada tahun berkenaan ada!ah genap 6 tahun .

3 . Waiau bagaimanapun, terdapat kes-kes permohonan yang melewati tarikh 1 Januari berkenaan . Sehubungan itu. Kementerian Pendidikan telah bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan kemasukan awal bagi kanak­kanak bawah umur yang lahir mulai 2 Januari hingga 15 Januari pada tahun persekolahan berkenaar1. Sebagai contoh , murid yang lahir pada 2 .1.1997 hingga 15.1 .1997 boleh diberi pertimbangan untuk berseko lah awal pada tahun persekolahan 2003 berdasarkan syarat-syarat beriku t:

3. ·,

3.3

telah mengikut i kelas tad ika;

mencapa i tahap '/cmg munasabah dari seg i 'mental and reading age ·;

menghadir i ses i temu duga yang d:ke nd ali ka!1 oleh pegawai d i jabatan Pendid ikan Neg eri bagi memast ikan kesahihan perkara 3.1 dan 3.2 .:

3.4 terdapat . kekosongan t.empat di sekolar1 yang Pertimbangan permohonan adai2h berdasarr :an mer it case '; dan

,

dipohon . ·case by

3.5 permohon2n hendaklah dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Nege :-i berkenaan dengan meny&rtak .on be,sama sijil I ah ir, surat pengasahan persekolahan tadika da.n laporan kernajuan rnurid yang te!ah disahkan.

4 . Jabatan - ·Penaidikari ---mgeri het@aRlal'l° memanjangkan semua permohonan termasuk perkara 3.3 dan perkara 3.5 serta sokongan daripada Y .Bhg. Datuk/Dato'/ Tuan/Puan kepada Pengarah Sahagian Sekolah, Jabatan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia ( u.p. Ketua Penolong Pengarah Unit Prasekolah dan Rendah) untuk tindakan selanjutnya .

5. Kerjasama daripada Y. Bhg. Datuk/Dato'fTuan/Puan ada~ah dipohon untuk mengambil maklum bahawa semua permohonan kemasukan murid di bawah umur ke Tahun 1 hendaklati diproses oleh Jabatan Pendidikan Negeri terlebih dahulu sebelum dipanjangkan ke Kementerian Pendidikan untuk pertimbangan . .

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMA T UNTUK NEGARA"

~~ r _.__., DATUK.A8DUL RAFIE BIN MAHAT Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

s.k. 1. · Y.B. Tan Sri Dato 1 Seri Musa bin Mohamad Ment~ri Pendidikan Malaysia. ·

2. Y.8. Dato' Abdul Az.iz bin Shamsuddin Timbalan Menteri Pendidikan.

3. Y.B . Dato ' Hon Choen Kim Timbalan Menteri Pendidikan .

4. Y.B. Dato' -Mahadzir bin Mohd . Khir Setiausaha . Parlimen, Kementerioi, ?c-;.did ikan .

5. Ketua Setiausar .a, Kementerian Pendidikan.

6, Timb~lan-Timbalan Ketua Se tiausaha , Kementerian Pendid ikan .

7.

e

9.

~ (i . .__.,

11 .

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendid ikan, f-<ementerian Pendidikan.

Ketua-l<etua Sahagian , Kementerian F'endidikan.

Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Keme~ter .ian Pendidikan.

Penasihat Undang-Undang , Kementerian Pendidikan.

Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Pendidikan.

PEJA3AT TH'18ALAN K~TU A PENGA.0..AH ?ELAJARAN S:X:"OR CPE:RASI F::NJID IKAN KEM'=kia:R:AN PEL~.JARAN MALAYS IA !-.RAS 4 BLOK E2, KOMi'l ::.KS E, FU SAT P.ENTAD31RAN KER/,JAAN P.:RSfKUTUAN E2604 PUTRAJAYA

f<il · .-303-ijSi,4 S302 FeK · ... 503.ass~ esao Website · hnp:i/oiiv.w . .-noe.gov n·,y

'SEGERA' KP(8PSH-5PSR)401/03/001 Jld.2( /?..) 23 Ogos 2011

Semua Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato' /Tuan/Puan,

P~MATUHAN KEPADA SURAT PEKELILING IKHTISAS SIL.10/1998 DAN Bll.3/.Z00l BERKAITAN KOHORT UMUR BELAJAR DI SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH KERAJAAN/BANTUAN KERAJAAN DAN SEKOLAH SWASTA BAGI MURlD YANG LAHIR PADA 1 JANUARI

Dengan segala horm atnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dlmaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kernenterian Pelajaran Malaysia telah menerima beberapa isu berkaitan murid yang lahir pada 1 Januarl tP.tapi tidak berada di kelas yang sepatutnya menglkut kohort . umur sebenar persekolahan mere ka bermula di sekolah rendah.

3. Untuk rnakluman Y.Bhg. Datuk/Dato'(Tuan/Puan, berdasarkan Surat Pekeliling lkhtisas Bil.10/1998 bertarikh 07 Mei 1998 merujuk kepada perkara (2) adalah dengan jelas menyatakan;

'Mulai dari tahun 19981 Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekofah Swasta dilarang menerlma murld baru di bawah umur, sama ctda didaftar atau menumpang, tanpa didaftarkan. Murid yang diterlma be/ajar di seko/ah rendah hendaklah dari umur 6 tahun ke atas. Pengiraan umur hendaklafl dikira dari 1 Januarl tahun perseko!ahan semasa. Sebago/ contoh, mur/d tCJhun 1 pada tahun 1998 hendak!ah dilahfrkan di antara 2.1.1991 hingga 1.1.1992. lni bermakna bahawa murici yang genap berumur 5 tahun pada l Januari tahun yang berkenaan tidak perfu memohon kebenaran daripada Kementerian Pendldikan'.

4. Sehubungan dengan itu, ker]asama Y.Bhg. D;;tuk/ Dato'/Tuan/Puan adalah dipohon untuk . memaklumkan kepada semua Guru Besar sekolah di bawah pentadbira n Y.Bh.g. Datuk / Dato' /T uan/ Puan supaya mematuhi sepenuhnya perkara (2) dalam Surat Pekeliling lkhtlsas Bil.10/1998 bertarikh 07 Mei 1998 agar pada masa-masa yang akan datang murid­

murid yang lahir pad a 1 Januarl belajar mengikut kohort umur yang telah digar iskan oleh KPM. Bersama in i disertakan Lampiran A - Kohort Umur Masuk ke Sekolah Tahun 2012 sebaga i panduan pihak Y.Bhg. Datuk/Dato 1/Tuan/ Puan melaksanakan penempatan murid di Tahun 1.

Sekian, ter ima kasih .

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'1

Saya yang menu rut perintah,

/ OR. HAJI ZAHRI $IN AZIZ Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

s.k. 1. YAB Tan Sri oatuk Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin Timbalan Perdana Menteri rnerangkap Menteri Pelajaran Malaysia

2. YB Datuk Drlr. Wee Ka Siong ,imbalan Menteri Pelajaran Malaysia

3. Y8 Dr. Mohd Puad bin Zarkashi

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

4. Y.Bhg. Dato' Dr Rosll bin Mohamed Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

5. Y.Bhg. Dato' Abd. Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

' ·' . ·. -

( ··-'--.

I Lamp!ran A 1

KOHORT UMUR MASUK SEKOLAH

TAHUN 2012

Tarikh Kelahiran l(ohort Belajar

(2/1/2005 - 1/1/2006) - TAHUN 1

(2/1/2004 - 1/1/2005) .. TAHUN 2

(2/1/2003 - 1/1/2004) - TAHU.N 3

(2/1/2002 - 1/1/2003) TAHUN 4

(2/1/2001 - 1/1/2002) - TAHUN 5

(2/1/2000 - 1/1/2001} - TAHUN 6