KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3286/Manual...
Transcript of KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - Utamajpnperak.moe.gov.my/jpn/attachments/article/3286/Manual...
MANUAL PENGGUNA
PENGEMASKINIAN MAKLUMAT
AKADEMIK MURID
BAGI PERMOHONAN
SEKOLAH KAWALAN
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGGUNA : GURU KELAS TAHUN 6
1. PENDAHULUAN
Modul Pengemaskinian Maklumat Akademik Murid bagi
Permohonan ke Sekolah Kawalan adalah merupakan
aplikasi berasaskan web yang disediakan oleh Bahagian
Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Bahagian
Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pendidikan Islam
dan Jabatan Pendidikan Negeri, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Modul ini digunakan untuk guru kelas murid
Tahun 6 mengemaskini maklumat akademik murid yang
membuat permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah
Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. TUJUAN PANDUAN
Tujuan panduan ini disediakan adalah untuk memudah
dan membantu guru kelas Tahun 6 membuat permohonan
murid-murid beliau Sekolah Kawalan melalui Aplikasi
Permohonan ini.
3. CAPAIAN SISTEM
Aplikasi Permohonan ini boleh dicapai melalui mana-mana
komputer yang mempunyai kemudahan internet. Pautan
Aplikasi Permohonan ini diletakkan pada Portal
Kementerian Pendidikan Malaysia seperti di bawah:
http://apdm.moe.gov.my
4. PANDUAN PENGGUNA
4.1. Menu Utama
4.1.1. Muka Depan
Arahan:
Guru Kelas Tahun 6 memasukkan Id dan Katalaluan seperti
yang telah didaftarkan untuk Aplikasi Pangkalan Data
Murid.
4.1.2. Paparan Guru Kelas Tahun 6
Arahan :
Klik pada Menu Sekolah Kawalan dan senarai murid kelas
tersebut akan dipaparkan.
4.1.3 Paparan Permohonan baru
Arahan :
Bagi membuat permohonan baru untuk murid, cari nama
murid dan klik menu Permohonan pada baris nama murid.
4.1.4 Paparan Permohonan
Arahan :
Baca panduan permohonan dengan teliti SEBELUM
membuat permohonan. Sekiranya panduan telah
difahami, tandakan pada kotak yang disediakan
sebagai pengakuan panduan permohonan telah diteliti
dan difahami.
Klik pada butang Seterusnya bagi mula mengisi maklumat
permohonan.
Terdapat 5 segmentasi yang perlu diisi oleh pemohon
dalam permohonan sekolah kawalan ini :
4.1.4.1 Paparan Permohonan : Maklumat peribadi
murid
Arahan :
Isi atau kemaskini maklumat murid seperti yang
dikehendaki dalam permohonan.
Klik pada butang Seterusnya sekiranya semua
maklumat peribadi murid telah diisi dengan tepat.
4.1.4.2 Paparan Permohonan : Maklumat
kepimpinan dan kokurikulum murid
Arahan :
Isi atau kemaskini maklumat kepimpinan dan
kokurikulum murid seperti yang dikehendaki dalam
permohonan.
Klik pada butang Seterusnya sekiranya semua
maklumat kepimpinan dan kokurikulum murid telah
diisi dengan tepat.
4.1.4.3 Paparan Permohonan : Maklumat ibu
bapa/penjaga murid
Arahan :
Isi atau kemaskini maklumat ibu bapa/penjaga murid
seperti yang dikehendaki dalam permohonan.
Klik pada butang Seterusnya sekiranya semua
maklumat ibubapa/penjaga murid telah diisi dengan
tepat.
4.1.4.4 Paparan Permohonan : Maklumat pilihan
sekolah murid
Arahan :
Isi atau kemaskini maklumat pilihan sekolah murid
seperti yang dikehendaki dalam permohonan.
Pemohon boleh memilih jenis sekolah dan
keutamaan. Satu (1) pilihan sekolah bagi setiap jenis
sekolah yang dipohon.
Klik pada butang Seterusnya sekiranya semua
maklumat ibu bapa/penjaga murid telah diisi dengan
tepat.
4.1.4.5 Paparan Permohonan : Maklumat paparan
butiran permohonan
Arahan :
Paparan ini memaparkan butiran permohonan yang
telah dimasukkan oleh guru kelas bagi tujuan
semakan.
Sekiranya terdapat sebarang pengemaskinian, klik
pada menu kemaskini di setiap segmen.
Apabila selesai, tandakan pada kotak pengakuan.
Klik butang Cetak dan Serah Permohonan untuk
serahan dan cetakan permohonan. Sebarang
perubahan tidak boleh dilakukan selepas klik butang
ini. Cetakan permohonan beserta salinan sijil yang
diakui sah hendaklah diserahkan kepada sekolah
rendah asal murid untuk tujuan simpanan sekolah dan
pengesahan Guru Besar/PK HEM.
Klik butang Simpan Permohonan untuk maklumat
disimpan ke dalam pengkalan data. Ketika ini status
permohonan masih belum diserahkan, tidak boleh
dicetak dan masih boleh dikemaskini.
PERHATIAN :
Sila semak dengan teliti semua maklumat
yang telah dimasukkan adalah benar
dan tepat
Pengemaskinian permohonan tidak
boleh dibuat setelah serahan dan
cetakan permohonan dibuat
4.1.5 Paparan Maklumat Pengemaskinian Kokurikulum
Arahan :
Klik pada butang Kokurikulum.
Kemaskini ruangan Pencapaian Khas/Istimewa dan Islam
sekiranya ada berkenaan. Kemudian klik butang Maklumat
disahkan. Selepas itu klik Serah Pengesahan Kokurikulum dan
kemaskini
4.1.5 Paparan Maklumat Akademik
Arahan :
Bagi pengisian maklumat akademik oleh guru kelas untuk
murid yang membuat permohonan sekolah kawalan, cari
nama murid dan klik menu Akademik pada baris nama
murid. Menu Akademik ini hanya wujud sekiranya
permohonan telah Serah dan Cetak oleh ibubapa/
penjaga atau guru kelas.
4.1.5.1 Paparan Maklumat Akademik : Pilihan sekolah
oleh pemohon, menentukan kemasukan
maklumat akademik
Arahan :
Tandakan Tidak sekiranya murid tidak memohon ke jenis
sekolah SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama),
SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) atau KAA (Kelas
Aliran Agama) dalam permohonan ini. Oleh yang
demikian, guru kelas tidak perlu mengisi maklumat
akademik murid ini. Terus klik simpan dan serah
Tandakan Ya sekiranya murid ada memohon ke jenis
sekolah SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama),
SABK (Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) atau KAA (Kelas
Aliran Agama) dalam permohonan ini.
4.1.5.2 Paparan Maklumat Akademik : Pilihan sekolah
oleh pemohon, termasuk ke jenis sekolah SMKA
dan KAA
Arahan :
Apabila guru kelas menandakan Ya kerana murid
ada memohon ke jenis sekolah SMKA (Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama), atau KAA (Kelas
Aliran Agama) dalam permohonan ini, maka skrin ini
akan dipaparkan.
Isi atau kemaskini maklumat akademik murid
Pencapaian Sijil Pendidikan Islam Tahun 6 di ruangan
yang berkenaan seperti yang dikehendaki dalam
permohonan.
Klik pada butang Simpan sekiranya maklumat
akademik hanya mahu disimpan tanpa
melengkapkannya. Status akademik murid ini masih
belum lengkap.
Tandakan pada penyataan Maklumat Akademik
Murid Sudah Lengkap dan klik butang Serah
sekiranya semua maklumat akademik murid telah diisi
dengan lengkap dan tepat. Maklumat Permohonan
termasuk bahagian akademik tidak boleh dikemaskini
setelah klik butang Serah. Status akademik murid ini
sudah lengkap dan menunggu pengesahan dari
Guru Besar/PK HEM.
Guru kelas juga boleh melihat semula maklumat-maklumat
yang telah diisi oleh ibu bapa/penjaga atau guru kelas
dengan memilih tab-tab yang disediakan seperti di
bawah:
4.1.5.3 Paparan Maklumat Akademik : Tab Sekolah;
Paparan Pilihan Jenis Sekolah
4.1.6 Permohonan menunggu pengesahan dari Guru
Besar/PK HEM
Arahan :
Permohonan ini sudah lengkap dan hanya
menunggu pengesahan dari Guru Besar/PK HEM
untuk mula diproses. Butang pengesahan pada login
Guru Besar/PK HEM hanya wujud apabila
permohonan telah lengkap dan guru kelas telah
Serah maklumat akademik permohonan tersebut.
- TAMAT -