Kemaraan British Di Tanah Melayu
Click here to load reader
description
Transcript of Kemaraan British Di Tanah Melayu
BAB 1
PENGENALAN
1.1 KEADAAN DI TANAH MELAYU SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
Sebelum mencapai kemerdekaan, negara kita dahulu pernah diterokai dan
dijajah oleh kuasa asing dari Eropah khususnya di Tanah Melayu yang sekarang
ini lebih dikenali sebagai Semenanjung Malaysia. Tanah Melayu dahulu telahpun
mempunyai sistem pentadbirannya yang tersendiri yang dikenali sebagai
pentadbiran tradisional sebelum kuasa asing ini mula datang ke Tanah Melayu
untuk membuat dasar-dasar politik mereka yang sekaligus telah menyebabkan
sistem pentadbiran di Tanah melayu telah mengalami proses perubahan akibat
daripada campurtangan kuasa asing.1 Pengislaman juga telah berlaku di Tanah
Melayu sejak kurun ke Sembilan Masihi dan selewat-lewatnya pada kurun ke-12
dan ke-13 Masihi dan bukannya seperti yang didakwa oleh pihak sejarawan
barat, iaitu pada kurun ke-15 Masihi.2
Dengan kedatangan pengaruh Islam pada ketika itu ke Tanah Melayu,
banyak perubahan telah berlaku di Tanah Melayu iaitu dari segi corak
pemerintahan, kehidupan bermasyarakat, dan dari segi ekonomi. Perkembangan
dan perubahan ini tidak terhenti di sana sahaja, bahkan Tanah Melayu juga yang
dikenali sebagai Semenanjung Malaysia yang ada pada hari ini telah menjadi
tumpuan oleh pedagang-pedagang Islam dan juga seluruh masyarakat di
kawasan Nusantara. Hal ini kerana, kegiatan agama Islam pada ketika itu telah
mula berkembang. Namun begitu, keamanan yang dirasai oleh masyarakat
sebelum itu di Tanah Melayu telah mula tergugat apabila kuasa asing dari
Portugis telah menjajah ke negeri Melaka pada 1511 dan mengakibatkan Melaka
jatuh ke tangan pihak Portugis. Peristiwa ini telah membuka sejarah baru di
Tanah Melayu apabila pertama kalinya empayar Melaka tumpas ke tangan
Portugis. Kuasa asing merujuk kepada kuasa luar yang menjajah di bumi Tanah
Melayu sering kali merujuk kepada kuasa-kuasa Barat, seperti Portugis, Belanda,
1 Mohd. Isa Othman, Sejarah Malaysia (1800-1963), Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2002, hlm. 3.
2 “Penjajahan British Telah Merubah Wajah Islam Di Malaysia. Perihal Keadaan Yang Berlaku” (atas talian), dalam http://pbmum.tripod.com/sejarah/39.html, dicetak pada 18 September 2011.
1
dan juga British. Ketiga-tiga kuasa Eropah ini pernah datang ke Tanah Melayu
untuk menjajah.
1.2 PERMULAAN PENJAJAHAN BARAT
Penjajahan di Tanah Melayu bermula apabila Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke
tangan kuasa Portugis pada abad ke-14 iaitu pada tahun 1511. Peringkat kedua
Tanah Melayu jatuh ke tangan kuasa Barat apabila Melaka jatuh kepada kuasa
Barat dari Belanda dan seterusnya barulah diikuti pula dengan kedatangan
kuasa British ke Tanah Melayu yang menyebabkan kawasan Tanah Melayu telah
ditakbir sepenuhnya oleh pihak British melalui beberapa dasar yang telah
dilakukan termasuklah dari segi pentadbiran. Walau bagaimanapun adat istiadat
orang Melayu dan hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam tidaklah diubah
oleh pihak British.
Pada peringkat awal, Tanah Melayu telah jatuh ke tangan kuasa Portugis
pada tahun 1511. Antara faktor Melaka jatuh ke tangan empayer Portugis ini
adalah disebabkan oleh faktor luaran dan juga dalaman. Faktor dalaman yang
menyebabkan Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis ini disebebkan oleh faktor
kepimpinan yang lemah dalam menjalankan pentadbiran di Kota Melaka pada
ketika itu. Terdapat pemimpin Melaka yang tidak cekap dalam menguruskan
urusan pentadbiran negeri tersebut yang mengakibatkan rakyat dan pedagang-
pedagang luar berasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan yang dibuat oleh
pemimpin di Melaka pada ketika itu. Antara dasar yang dilakukan oleh pihak
pemerintah pada ketika itu yang tidak disenangi oleh pedagang-pedagang ialah
mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka. Akibatnya mereka tidak berpuas
hati terhadap pucuk pimpinan Melaka pada ketika itu. Hal ini seterusnya
membawa kepada anti-kerajaan Melaka pada ketika itu. Antara pemimpin yang
dimaksudkan ialah Sultan Mahmud Shah yang tidak berkaliber, pendendam,
suka mengumpul harta kekayaan peribadi dan mengabaikan rakyat, pilih kasih
dalam soal pentadbiran, melaksanakan cukai yang tidak sepatutnya kepada
rakyat dan pedagang-pedagang dengan mengenakan kadar cukai yang tinggi.3
Buktinya Sultan Mahmud telah menghukum bunuh terhadap bendahara
Melaka iaitu Tun Mutahir tanpa memeriksa dahulu kesalahan yang dilakukan
3 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., Malaysia Warisan dan Perkembangan: Edisi Kedua, Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, hlm. 74.
2
oleh Tun Mutahir. Tun Mutahir sebenarnya telah difitnah oleh Laksamana Khoja
Hassan, kononnya Tun Mutahir ingin memberontak dan ingin merampas takhta
kerajaan daripada Sultan Mahmud.4 Peristiwa ini bermula dengan para saudagar
iaitu Nina Sura Dewana dan Rajamudalir. Mereka telah datang menemui Tun
Mutahir untuk dibicarakan tetapi oleh kerana hari sudah lewat petang, maka
Bendahara Tun Mutahir telah menyuruh mereka pulang dahulu namun begitu
Nina Sura Dewana telah datang menemui Tun Mutahir pada sebelah malamnya
dan menghadiahkan emas kepada beliau dengan harapan bahawa beliau akan
memihak kepadanya apabila putus perbicaraan nanti. Bendahara menerima
pemberian tersebut tanpa menyedari niat sebenar Nina Sura Dewana itu yang
mengakibatkan perbuatannya telah dilihat oleh Kitul iaitu ahli keluarganya
sendiri. Disebabkan Kitul mempunyai hutang dengan Rajamudalir, Kitul telah
memberitahu perkara ini kepada Rajamudalir dengan harapan bahawa hutang
beliau akan dilunaskan oleh Rajamudalir. Selepas itulah mereka berdua
bermuafakat untuk memberi rasuah kepada Laksamana Khoja Hassan supaya
menyampaikan kepada Sultan Mahmud bahawa Bendahara Tun Mutahir sedang
bersiap sedia untuk memberontak dan mengambil alih kuasa di Melaka.5
Manakala faktor luaran pula dikaitkan dengan kekuatan angkatan tentera
perang Portugis yang mempunyai senjata moden seperti meriam dan senapang,
tentera laut yang ramai, dan strategi peperangan yang lebih teratur, jauh
ketinggalan berbanding dengan tentera Melaka pada ketika itu yang hanya
menggunakan senjata berupa keris, lembing, pedang, tombok dan panah
sebahagian besar tentera Melaka. Disebabkan pengkhianatan saudagar-
saudagar asing dan juga hilangnya semangat askar upahan Melaka, maka
kesempatan ini telah diambil sebaik-baiknya oleh tentera Portugis untuk
menyerang Kota Melaka. Kehebatan senjata api yang digunakan oleh Tentera
Portugis ini telah melemahkan semangat tentera upahan Melaka yang tidak
bermaya lagi hendak mempertahankan Kota Melaka dari serangan pihak
Portugis. Kesannya, mereka ini telah lari dari medan peperangan dan hanya
tinggal sedikit sahaja lagi bilangan tentera Melayu yang mampu bertahan tetapi
akhirnya mereka tewas juga ditambahkan lagi tiada pemimpin tentera yang
handal dan bijaksana pada masa itu.
4 Ibid., hlm. 75.5 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 76.
3
Rentetan daripada peristiwa inilah kerajaan empayer Melaka yang pada
ketika dahulu terkenal dengan kekuatan ketenteraannya seperti yang telah
dinyatakan oleh tome pires “Sesiapa yang dapat menakluki kota Melaka, maka
dapatlah ia menakluki vinace”, telah tumpas ke tangan Portugis pada tahun
1511. Sebelum negeri Melaka jatuh ke tangan Portugis, kesultanan Melayu
Melaka pada ketika itu merupakan sebuah kerajaan yang kuat di Gugusan
Kepulauan Melayu terutamanya semasa pucuk pimpinan Sultan Alaudian Riayat
Syah. Pada zaman kegemilangannya, kesultanan Melayu Melaka telah membina
satu tradisi budaya, politik dan ekonomi yang kekal diwarisi sehingga kini.
Melaka yang telah mencapai kegemilangan dan kemakmuran di Tanah Melayu
pada ketika itu, telah menarik kuasa asing pertama dari Eropah iaitu Portugis
pada tahun 1511 yang memaksa waris Kesultanan Melayu Melaka berpindah ke
Johor dan Perak bagi mengelak ancaman Portugis dan bermula dari situlah
mereka meneruskan sisa-sisa perjuangan mereka hendak menegakkan semula
kedaulatan kota Melaka.6
Portugis menakluki Melaka atas dasar kepentingan ekonomi yang juga
merupakan faktor dominan untuk mendapatkan rempah ratus yang dikatakan
sungguh bernilai pada ketika itu di Eropah kerana Portugis menginginkan
kepentingan ekonomi mereka berkembang dengan pesat dan berhasrat ingin
menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan utama untuk mengawal
kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Selain itu, faktor lain yang
mendorong Portugis ini menjajah di bumi Melaka ialah ingin menyebarkan
pengaruh agama Kristian kepada rakyat di Melaka dan memecahkan monopoli
perdagangan yang selama ini dikusai oleh Pedagang-pedagang orang Islam
ditambah lagi dengan perasaan anti-Islam portugis terhadap penganut Islam
sama ada yang berdagang atau masyarakat peribumi di Melaka. Pada tahun
1510, Raja Portugal telah menghantar angkatan tentera ke Melaka di bawah
pimpinan Diego Mendes de Vasconcellos tetapi angakatan itu telah dialihkan
tujuannya oleh Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Goa di India.7
Orang yang terpenting dan bertanggungjawab pada ketika itu untuk
mengatur strategi menawan di kota Melaka ialah Alfonso d’ Albuquerque. Beliau
telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan tempat kekuasaan
(perancang serangan) dan gerakan-gerakan tentera Portugis di Timur. Selepas
6 Mohd. Isa Othman, op. cit., hlm. 5.
7 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 86.
4
itu barulah Albuquerque memberi parhatian kepada usaha untuk menawan
Melaka. Pada tahun 1509 Diogo Lopez de Sequeira telah di hantar ke Melaka
untuk berurusan dengan sultan untuk memulakan hubungan dagang. Apabila
setibanya rombongan Lopez de Sequeira ke Melaka, mereka telah ditahan.
Walau bagaimanapun, Sequira telah Berjaya melarikan diri dan beliau segera
melaporkan kejadian ini kepada Alfonso. Penahanan rombongan tersebut
mengakibatkan Alfonso menghantar angkatan tenteranya ke Melaka dan
serangan telah dilancarkan oleh pihak Portugis pada 1 Julai 1511, yang
mengakibatkan Melaka jatuh ke tangan Portugis pada bulan Ogos 1511.
Kesultanan Melaka ini kekal selama lebih kurang satu abad iaitu dari tahun 1400
sehingga 1511 di Melaka, tetapi sistem kesultanan yang digunakan ini tidak
terhenti setakat itu sahaja kerana Johor telah mewarisi tradisi tersebut di
samping beberapa kerajaan takhluk Melaka yang lain.8 Portugis menjajah selama
130 tahun tetapi hanya menakluki Kota Melaka di Tanah Melayu sahaja dengan
membina sebuah kubu pertahanan yang dikenali sebagai Kota A Formosa kubu
kuat pertahanan mereka untuk menghadapi musuh pada ketika itu.
8 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia, 1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
5
6
Rajah di atas menunjukkan kubu pertahanan A Formosa milik Portugis semasa menakluki Kota Melaka. Kubu ini telah menjadikan pertahanan mereka dari segi ketenteraan di Melaka menjadi semakin kuat.
7
1.2.1 Kejatuhan Melaka ke Tangan Belanda
Belanda telah mula memberi perhatian kepada gugusan Kepulauan Melayu pada
hujung kurun ke-17. Kuasa Belanda telah menjajah Kota Melaka bermula pada
tahun 1641 hingga 1824. Kuasa-kuasa asing ini menyedari bahawa kawasan Asia
Tenggara memiliki kekayaan bahan mentah yang semulajadi, khususnya pusat
pengeluaran rempah yang pada masa itu menjadi barangan dagangan yang
paling berharga.9 Hal ini menyebabkan kuasa Barat mula berlumba-lumba
menjelajah dan menerokai kawasan Asia Tenggara dengan bermotifkan ekonomi
seterusnya memonopoli barangan dagangan rempah secara langsung dari Timur
dan bukannya melalui orang Portugis. Dengan cara ini, mereka dapat meluaskan
pasaran di samping mengembangkan pengaruh politiknya. Masyarakat Eropah
pada ketika itu telah merantau dan melawat dunia Tanah Melayu sejak awal
abad ke-16 lagi.
Penaklukan Belanda juga ke atas Melaka pada tahun 1641 hingga 1824
telah memulakan era baru penjajahan kuasa British di Tanah Melayu. Tekanan
yang dihadapi oleh Belanda di Eropah pada abad ke-16 telah menguatkan lagi
azam Belanda untuk menjadi sebuah bangsa yang merdeka, berkuasa, ingin
disegani oleh negara lain dan berdaulat. Dalam usaha Belanda menyatukan
kekuasaannya di Timur, seluruh kapal perniagaan Belanda yang berdagang di
Timur telah digabungkan dan dikenali sebagai Syarikat Perdagangan Hindia
Timur Belanda (VOC). Pada abad ke-18, kuasa Belanda diwakili oleh syarikat
perdagangannya VOC (1602-1799) ingin menguasai perdagangan rempah ratus
di Selat Melaka.10 Bagi membelot pernigaan di kawasan Kepulauan Melayu,
mereka harus menguasai Selat Melaka yang menjadi tempat strategik. Pada
tahun 1606, Belanda telah membuat perjanjian dengan Johor untuk membuat
pakatan bersama-sama bagi melancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka.
Pada permulaannya adalah amat sukar bagi Belanda mendapatkan Melaka dari
Portugis.
Percubaan Belanda untuk mendapatkan Melaka pada tahun 1606, tahun
1608 dan antara tahun 1623 hingga tahun 1627 telah mengalami kegagalan,
walaupun mereka mendapat pertolongan daripada pihak kerajaan Negeri Johor.
9 Zainal Abidin Abdul Wahid, et al., op. cit., hlm. 95.
10 Kobkua Suwannathat, Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 196.
8
Belanda sekali lagi telah menyerang Melaka pada pertengahan tahun 1640.11
Rentetan daripada peristiwa ini, orang Belanda hanya dapat menewaskan orang
Portugis di Melaka selepas enam bulan melalui peperangan. Pada bulan Januari
1641, Portugis menyerah kalah dan Belanda menguasai Melaka. Setelah Belanda
menakluki Melaka, Belanda memonopoli seluruh perdagangan di Kepulauan
Melayu. Kerjasama antara Belanda dan Melaka ini menyebabkan Portugis telah
menyerahkan Melaka tanpa syarat kepada pihak Belanda pada 16 Januari 1641.
1.2.2 Melaka Jatuh ke Tangan British
British atau lebih dikenali sebagai Great Britian merupakan salah sebuah negara
Eropah yang pernah datang ke Tanah Melayu selain daripada kuasa Portugis dan
juga Belanda bagi tujuan tertentu sama ada dari segi ekonomi, sosial dan juga
politik pada awal abad ke-17. Jika kita sekali imbas, sudah pasti kita
beranggapan bahawa British merupakan kuasa Eropah yang memang cukup
mengagumkan kerana mereka memiliki empayar yang paling besar dalam
sejarah dunia, yang meliputi tanah seluas dua belas juta batu persegi dan
mengandungi suku yang ramai daripada jumlah penduduk di dunia.12 British juga
terkenal dengan angkatan tenteranya yang cukup hebat untuk membantu
mereka menjelajahi sesebuah kawasan atau negara tanpa berasa takut. Hal ini
disebabkan terdapatnya angkatan Tentera Laut Diraja British yang menyemai
kekuatan dua buah angkatan laut terbesar yang lain. Selain itu juga, British
mempunyai rangkaian pangkalan Tentera Laut dan stesen-stesen perhubungan
yang bertaburan di seluruh dunia yang tidak ada tolak bandingnya.13
Penyerahan Melaka kepada kuasa Inggeris (Syarikat Hindia Timur) berlaku
pada tahun 1795. Menjelang berlakunya revolusi Perancis, Britian dan Belanda
telah membuat satu perjanjian persahabatan yang memberi hak ke mana-mana
negara tersebut untuk menduduki tanah jajahan mereka sekirannya negara-
negara tersebut terlibat dalam peperangan dan gagal mengawal tanah jajahan
tersebut. Rentetan dengan perjanjian tersebut, maka Negara Belanda telah
11 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 96.12 Mohd. Nor Long, et. al., (Paul Kennedy), Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-Kuasa Besar:
Perusahaan Ekonomi dan Konflik Ketenteraan tahun 1500 ke 2000, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, hlm. 229.
13 Ibid., hlm. 300.
9
membenarkan Inggeris mengambil alih tanah jajahan Belanda, apabila Belanda
ditewaskan oleh negara Perancis pada tahun 1795. Dengan perjanjian tersebut
Syarikat Hindia Timur Inggeris telah mengambil alih tanah jajahan Belanda di
Timur dan pada 1795 Belanda telah menyerahkan Melaka kepada kuasa Inggeris
di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun apabila perang Napoleon telah tamat
pada 1815, Melaka telah dikembalikan semula ke tangan Belanda dan keadaan
ini adalah kekal sehinggalah termeterainya perjanjian persahabatan antara
Inggeris-Belanda pada tahun 1824 yang telah menyerahkan negeri Melaka
kepada pemerintahan kuasa Inggeris.
Selain itu juga, kedatangan kuasa asing di Tanah Melayu ini khususnya
British berlaku akibat daripada aktiviti penjelajahan dan penerokan kawasan-
kawasan baru sejak abad ke-16 dan ke-17. Antara faktor kuasa eropah ini untuk
datang ke Tanah Melayu adalah disebabkan oleh kemajuan yang mereka telah
kecapi khususnya dalam perkembangan ilmu pelayaran dan perhubungan,
keperluan dari segi bahan mentah, meluaskan ekonominya melalui
perdagangan, pembukaan Terusan Suez yang memendekkan jarak perjalan ke
Asia Tenggara dan sebagainya. British telah muncul sebagai salah satu daripada
negara mekanisme pada permulaan abad ke-17 apabila kerajaan British telah
menghantar ekspedisi-ekspedisi ke Timur pada akhir abad ke-16 dan pada awal
abad ke-17.
Kemunculan pertama kuasa British ke Tanah Melayu adalah dengan
melalui aktiviti pelayaran yang pertama mereka iaitu melalui Syarikat Hindia
Timur yang berpangkalan di Sumatera dan seterusnya melakukan expidisi
menuju jalan dari Melaka ke daratan.14 Kemaraan kuasa British ke Tanah Melayu
bermula apabila pembukaan Pulau Pinang pada tahun 1789. Walaupun Syarikat
Hindia Timur yang terdiri daripada anggota dari British telah memperolehi Pulau
Pinang pada tahun 1786, tetapi tempat tersebut tidak membuktikan bahawa
British mempunyai urusan yang amat penting di Pulau Pinang dan selepas itu
Singapura menjadi medan terpenting untuk British memulakan perkembangan
ideologinya di Tanah Melayu.15 Singapura pada ketika itu menjadi tempat yang
strategik buat British di kawasan Tanah Melayu.
14 Williamson J.A, The British Empire and Commonwealth (Sixth Edition), London: Macmillan and Company Limited, 1967, hlm. 362.
15 Ibid.
10
Imperialisme British di Tanah Melayu bermula apabila British bertapak di
Pulau Pinang, Singapura dan Melaka antara tahun 1786 dengan tahun 1824.
Ketiga-tiga koloni itu kemudiannya digabungkan menjadi Negeri-Negeri Selat
pada tahun 1826 dan di kawal dan ditadbir secara langsung oleh Syarikat Hindia
Timur Inggeris di India.16 Dalam jangka masa yang begitu singkat, tanah jajahan
British di Asia Tenggara sudah merangkumi kawasan yang dianggap strategik
bagi mempertahankan kepentingan British di benua India, memperlindungkan
jalan perdagangan di antara India dengan China bagi kepentingan perdagangan
candu dan teh seterusnya berhasrat untuk memperluaskan peluang komersial di
Kepulauan Melayu di mana pada masa itu dimonopoli oleh pihak Belanda.
1.3 PEMBUKAAN PULAU PINANG
Pembukaan Pulau Pinang oleh Francis Light untuk membuat petempatan di
negeri tersebut sebenarnya telah memberi ruang kepada pihak British untuk
menetap di Tanah Melayu. British yang mula-mula datang ke Tanah Melayu telah
mengambil Pulau Pinang daripada tangan sultan Kedah pada tahun 1786 dan
mendiami di negeri Melaka buat sementara waktu pada tahun 1795 hingga
tahun 1818. Walaupun tiada perjanjian ditandatangani antara sultan Kedah dan
Francis Light pada 29 Jun 1786, Francis Light telah membuat petempatan di
Pulau Pinang dan mendudukinya atas nama Raja George III.17 Pada tahun 1791,
sultan Kedah cuba mendapatkan semula Pulau Pinang tetapi Francis Light telah
bertindak lebih awal dan menyerang kawasan Perai. Akibatnya, tentera Kedah
telah ditewaskan oleh pihak British.
1.4 PEMBUKAAN SINGAPURA
Pembukaan Singapura pada 1819 juga merupakan salah satu faktor kemaraan
British ke kawasan Tanah Melayu. Selepas berakhirnya perang Napoleon di
Eropah, Belanda telah kembali berkuasa di Timur khususnya di kepulauan
Melayu. Selaras dengan konvensyen London pada 13 Ogos 1814, British
16 Abdul Rahman Haji Ismail, Sejarah Kenegaraan dan Politik, dlm. (Leong Yee Fong-Zaman Penjajahan dan Munculnya Susunan Politik Baharu di Tanah Melayu), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm. 229.
17 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit, hlm., 107.
11
bersetuju untuk memulangkan kesemua tanah jajahan mereka di Hindia Timur.
Pada masa yang sama, Belanda juga telah kembali berkuasa untuk mengawal
jalan perdagangan melalui Selat Melaka dan Selat Sunda. Keadaan ini telah
menyebabkan kuasa British terpaksa mencari jalan lain dalam usaha
menemukan kawasan baru yang lebih strategik bagi meneruskan
perdagangannya. Bagi memastikan kepentingan perdagangan British dengan
China terus terjalin, British memerlukan kawasan baru di kepulauan Melayu
untuk melindungi perdagangannya dengan negeri China. Bagi menjayakan
hasrat tersebut, Stamford Raffles telah mendapat kepercayaan untuk mencari
petempatan baru.
Pada bulan Ogos 1818 Raffles telah mengemukakan cadangan untuk
membuka pelabuhan baru di Selat Melaka. Pada bulan Januari 1819 Raffles dan
William Farguhar telah tiba di Singapura dan mengambil keputusan untuk
mengkaji petempatan British di pulau tersebut.18 Akhirnya Raffles telah
mengambil keputusan untuk mendirikan kawasan petempatan baru di Singapura
dan Melaka dijadikan sebagai pusat perdagangan dan ibu pejabat bagi Negeri-
Negeri Selat. Pembukaan petempatan baru ini disebabkan ia dapat menyediakan
kemudahan kapal British untuk berlabuh dan meneruskan pelayaran ke Negara
India dan British terletak di tengah-tengah jalan perdagangan bagi kepulauan
Melayu. Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan kemajuan Singapura ini
ialah kedudukan geografinya yang strategik, taraf pelabuhan yang bebas, dan
kemajuan teknologi yang dimiliki oleh Barat untuk menakluki Selat Melaka.19
1.5 KEMARAAN BRITISH
1.5.1 Perjanjian Inggeris-Belanda
Selain daripada itu, faktor tercetusnya perjanjian Inggeris-Belanda pada pada 17
Mac 1824 sedikit sebanyak telah membuka ruang kepada kuasa British untuk
menjajah di kawasan Tanah Melayu. Pada 200 tahun lalu, hubungan antara
kedua-dua pihak ini di Timur saling bermusuhan antara satu sama lain.
18 Mohamad Idris Salleh, et. al., Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publicatian & Distributors Sdn. Bhd, hlm. 35.
19 Ibid., hlm. 35.
12
Tambahan pula, Raffles yang telah membuka Melaka pada tahun 1819 telah
menaikkan lagi kemarahan pihak Belanda ke atas pemerintahan Inggeris itu di
Tanah Melayu. Oleh itu, langkah baik untuk mewujudkan perdamaian antara
kedua-dua kuasa Eropah ini adalah dengan melalui perjanjian damai antara
pihak Inggeris dan Belanda yang dikenali sebagai perjanjian London.
Dengan termeterainya perjanjian ini, maka pihak Belanda telah
mengiktiraf kuasa British untuk menakluki Tanah Melayu di negeri Melaka dan di
Singapura apabila Belanda mengiktiraf kedudukan Singapura sebagai pelabuhan
British.20 Selain itu juga, Belanda berjanji tidak akan membuka sebarang tempat
kawsasan di Tanah Melayu untuk tujuan menjajah atau membuat sebarang
perjanjian dengan mana-mana pemerintah di Negeri-negeri Melayu. Hal ini jelas
kelihatan bahawa, kesetiaan pihak Belanda telah membenarkan pihak British
mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu dan sebaliknya.
1.5.2 Perjanjian Burney
Melalui perjanjian Burney atau Bangkok pada bulan Jun 1826, pengaruh British
dapat diperluaskan lagi di kawasan Tanah Melayu. Perjanjian ini dibuat antara
Kapten Burney dengan kerajaan Siam. Kapten Burney telah diutuskan oleh pihak
berkuasa Inggeris di Calcutta untuk mengemukakan kepada kerajaan Siam
mengenai dengan kedudukan warganegara British di Tanah Melayu. Kapten
Burney dengan diringi oleh Raja Ligor telah sampai ke Bangkok pada akhir tahun
1825, diminta supaya membincangkan hal-hal berkenaan dengan kedudukan
Negeri-negeri Melayu yang diminta daripada pihak berkuasa Pulau Pinang.21
Pada mulanya perjanjian ini diragui oleh pihak Siam kerana mereka berasa
curiga dengan tindakan British untuk bertapak di Kawasan Tanah Melayu.
Keadaan ini menjadikan perundingan berjalan dengan tidak lancar, dan pada
bulan Jun 1826 barulah perjanjian Burney ditandatangani antara kedua-dua
belah pihak.
Antara syarat-syarat perjanjian itu ialah Kedah akan kekal sebagai sebuah
jajahan takhluk Siam, tetapi rakyat British dibenarkan berdagang di sana tanpa
gangguan daripada pegawai Siam dan hanya dikehendaki membayar cukai
20 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 112.21 Ensiklopedia Malaysiana (Jilid 10), Selangor: Anzagain Sdn. Bhd, 1995, hlm. 235.
13
kastam yang adil. Perak bebas untuk menentukan sama ada akan menghantar
Bunga Emas atau tidak kepada kerajaan Siam dan Siam boleh menghantar
rombongan diplomatik yang mengandungi 40 hingga 50 orang tetapi Siam tidak
dibenarkan mencabul, menyerang atau mengacau Perak atau Selangor. Pihak
British juga bersetuju untuk tidak masuk campur tangan dalam hal-hal kerajaan
Negeri Perak dan Selangor tetapi akan menghalang Selangor daripada
menyerang Perak. Selain itu, perjanjian ini juga termasuklah Siam tidak akan
menghalang atau menganggu perdagangan British di Kelantan dan Terengganu.
Saudagar British akan berdagang di negeri-negeri itu seperti biasa tetapi mereka
tidak dibenarkan mencabul, menyerang atau mengacau negeri-negeri tersebut.
Hal ini jelas membuktikan bahawa, secara tidak langsung ia akan membawa
kepada pembukaan kuasa British di kawasan Tanah Melayu.
1.5.3 Perjanjian Pangkor
Perjanjian Pangkor turut menyebabkan campur tangan British secara langsung di
Tanah Melayu. Campur tangan kuasa British di Tanah Melayu secara rasminya
bermula pada 20 Januari 1874 apabila termeterainya perjanjian Pangkor.
Menerusi perjanjian Pangkor ini, pihak British telah mula campur tangan dalam
urusan pentadbiran di negeri Perak.22 Antara syarat perjanjian Pangkor ialah
sultan Perak akan menerima perlantikan seorang Residen British yang akan
menasihati sultan dalam semua aspek kecuali dalam hal-hal yang bersangkutan
dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. Semua pentadbiran negeri
termasuk pungutan dan kawalan cukai akan dijalankan atas nama sultan tetapi
disusun dan diatur menurut nasihat Residen. Residen ini akan dibayar gaji dan
elaun sara hidup oleh sultan dan bukannya oleh kerajaan British. Hal ini jelas
menggambarkan betapa kuatnya pengaruh British dalam urusan pentadbiran di
negeri tersebut yang telah memaksa sultan membayar gaji atau elaun kepada
Residen British. Tindakan British ini yang menyebabkan sultan terpaksa
menanggung beban untuk membayar elaun kepada Residen, telah
menghilangkan kuasa sultan untuk memungut cukai dan tindakan British ini juga
sebenarnya telah memalukan kerajaan negeri pada ketika itu.
22 Zainal Abidin Abdul Wahid, et al., op. cit., hlm. 121.
14
Penggunaan Residen merupakan satu tipu helah penjajah British untuk
mengadakan pentadbiran dan pemerintahan secara tidak langsung di Perak dan
seterusnya di Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Sistem Residen
bererti bahawa pengawasan penjajah British akan dilaksanakan melalui institusi
politik yang sedia, yang akan dipelihara dan dipergunakannya untuk mentadbir
ke atas negeri tersebut.23 Terdapat tiga matlamat utama sistem Residen ini
pertama, pihak British ingin menegakkan keamanan di Tanah Melayu melalui
undang-undang, kedua ingin mewujudkan satu sistem pentadbiran awam dan
sistem pungutan cukai yang teratur, dan yang ketiga British hendak memajukan
ekonominya melalui eksploitasi sumber semulajadi di negeri-negeri Melayu
berkenaan.
Residen ini akan dilantik oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat dengan
persetujuan Setiausaha Negara tanah jajahan Inggeris di London. Tugas yang
diberikan kepada Residen merupakan tanggungjawab yang diarahkan oleh
kerajaan British dan bukannya sultan Negeri-negeri Melayu. Sesungguhnya,
Negeri-negeri Melayu telahpun mempunyai tradisi sistem pemerintahan dan
pentadbiran yang tersendiri, iaitu sistem yang telah diwarisi secara turun-
temurun daripada Kesultanan Melayu Melaka. Namun tradisi ini telah cuba
diubah dan diperbaharui melalui sistem Residen British.
23 Ibid., hlm. 121.
15
BAB 2
PEMBUKAAN NEGERI-NEGERI SELAT (NNS):
KEMARAAN BRITISH DI PULAU PINANG
2.1 PENGENALAN
Pulau Pinang dan Seberang Perai pada awalnya adalah dua buah kawasan yang
ditakluk dan dibawah tampuk kerajaan Kedah. Pada ketika itu, Kerajaan Kedah
merupakan sebuah kerajaan yang kuat sebelum kedatangan pihak Inggeris.
Pada masa pemerintahan kerajaan Kedah, sebelum kedatangan penjajah
Inggeris di Pulau Pinang dan Seberang Perai, Pulau Pinang dan Seberang Perai
pada ketika itu tidaklah begitu menonjol. Hal ini dapat dijelaskan bahawa pada
ketika itu Pulau Pinang hanyalah sebuah tempat persinggahan nakhoda dan
kapal-kapal kecil para pedagang-pedagang terutamanya daripada Eropah yang
berdagang ke negeri China, manakala Seberang Perai merupakan sebuah
kawasan hutan yang tidak mempunyai penduduk pada ketika itu.24
Setelah kedatangan pihak Inggeris, Pulau Pinang telah menjadi sebuah
pelabuhan penting terhadap kepentingan ekonomi Inggeris dan Seberang Perai
menjadi nadi kepada kegiatan aktiviti pertanian Inggeris. Kenyataan yang pasti
dalam menjelaskan penyerahan dan pengambilan Pulau Pinang dan Seberang
Perai oleh pihak Inggeris adalah disebabkan oleh tipu helah yang telah dilakukan
oleh seorang kapten Inggeris pada masa itu iaitu Francis light.
Tipu helah yang dilakukan oleh Francis Light menjadi titik tolak kepada
pengambilan dan penyerahan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada Inggeris
yang dimonopoli oleh sebuah syarikat berpengaruh Inggeris iaitu Syarikat Hindia
Timur Inggeris. Sehubungan dengan itu, dalam bab ini akan diperjelaskan
bagaimana kronologi dan membincangkan apakah faktor utama penyerahan dan
pengambilan Pulau Pinang yang diserahkan kepada kuasa Eropah pada tahun
1786 dan Seberang Perai pada tahun 1800.
24 Muhamad Haji Salleh, Sejarah Awal Pulau Pinang, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2008, hlm. 20.
16
2.2 FAKTOR PEMBUKAAN PULAU PINANG
2.2.1 Faktor Muslihat Dalam Peperangan
Memang tidak dapat dinafikan, Pulau Pinang merupakan suatu aset yang penting
bagi mana-mana negara penjajah sekalipun. Hal ini disebabkan suatu ketika
dahulu sebelum kedatangan penjajah, Pulau Pinang menjadi sebuah pusat
perdagangan yang sangat penting sehingga menyebabkan negara-negara
penjajah berebut-rebut untuk menguasai Pulau Pinang. Umpamanya British dan
Perancis masing-masing ingin mencari sebuah petempatan baru untuk dijadikan
sebagai pusat ekonomi terpenting mereka. Oleh kerana itu, pembukaan Pulau
Pinang oleh pihak British di bawah Syarikat Hindia Timur British dalam tahun
1876 adalah didorong oleh tipu muslihat peperangan yang berlaku di laut. Dalam
hal ini, usaha pihak penjajah untuk mencari pasaran baru terutamanya di
seberang laut menyebabkan mereka seringkali bersaing antara satu sama lain
sehingga menyebabkan berlakunya peperangan. Namun demikian menurut
Tregonning, peperangan bukanlah faktor utama yang mendorong pembukaaan
Pulau Pinang, sebaliknya faktor muslihat perdagangan menjadi faktor utama
pembukaan Pulau Pinang.25
Kemajuan dalam ilmu pelayaran membolehkan negara-negara Eropah
memperluaskan wilayah hingga melintasi sempadan negara. Keadaan ini berlaku
akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah. Negara-negara
Eropah terpaksa mencari pasaran baru untuk menjaga kepentingan ekonomi
masing-masing. Atas sebab itu, berlatarbelakangkan untuk menjaga kepentingan
ekonomi negara-negara Eropah yang kuat terutamanya dalam bidang
ketenteraan seperti British, Sepanyol, Jerman mahupun Perancis masing-masing
mencari peluang untuk meluaskan wilayah mereka untuk kepentingan sendiri.
Pada awal kurun ke-18, kuasa besar British dan Perancis lebih menumpukan
perhatian mereka terhadap wilayah di bahagian Pantai Coromandel. Natijah
daripada itu, pertengahan kurun ke-18 telah menyebabkan hubungan antara
pihak Inggeris dan Perancis telah menjadi tegang.
25 Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm. 74.
? Ibid., hlm. 74.
17
Pada awal kedatangan pihak Inggeris, iaitu dalam kurun ke-17 dan
permulaan awal kurun ke-18, hakikat sebenarnya mereka telahpun berjaya
menguasai wilayah bahagian Bombay dan Pantai Barat India.26 Penguasan
terhadap wilayah di bahagian India adalah dipelopori oleh sebuah syarikat
Inggeris iaitu Syarikat India Timur Inggeris (SHTI). Namun demikian, pihak British
terpaksa mengalihkan pusat pangkalan mereka ke Teluk Benggala kerana
menyedari keadaan tidak begitu selamat disebabkan seringkali bertembung
dengan tentera Perancis apabila berlakunya peralihan angin monsun. Dalam
tahun 1758, angkatan tentera Perancis telah membantu Comte De Lally dalam
usaha mengepung bandar Madras yang pada ketika itu dikuasai oleh pihak
Inggeris.27 Dalam tahun 1782, sekali lagi angkatan tentera Perancis di bawah
pimpinan laksamana de Suffren bersama-sama angkatan tentera Aceh yang
diketuai oleh Haider Ali telah mengepung bandar Madras.28
Walhal sebenarnya, penguasaan Perancis terhadap Pantai Coromandel
telah memberi satu peluang kepada kuasa besar tersebut untuk mengancam
dan menguasai Madras dan Calcuta. Menyedari keadaan ini, pihak Inggeris
terpaksa mengalihkan perhatian mereka terhadap pasaran yang baru di kawasan
Asia Tenggara. Hal ini adalah untuk menjaga kepentingan monopoli ekonomi dan
hubungan perdagangan mereka dengan China pada ketika itu. Apa tidaknya,
pihak Inggeris memerlukan keluaran barangan daripada kerajaan China ketika
itu untuk keperluan mereka di Eropah.
2.2.2 Faktor Muslihat Perdagangan British
Pengambilan Pulau Pinang oleh pihak Inggeris adalah disebabkan oleh jaringan
perdagangan yang telah wujud sejak sekian lama. Perjalanan ekonomi yang
kukuh menjadikan negara-negara Eropah bersaing sesama sendiri untuk
merentasi sempadan negara masing-masing untuk meluaskan jajahan takluk.
Semua ini dilakukan adalah untuk menjaga kepentingan ekonomi, lebih-lebih lagi
setelah berlakunya Revolusi Perindustrian di Eropah. Kuasa Inggeris telah
26
27 Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm. 75.28
? Ibid.
18
membuktikan bagaimana koloni mereka telah berjaya meluaskan pengaruh
hingga sampai ke kawasan zon Asia.
Sebelum menguasai Pulau Pinang, koloni ini telah berjaya meluaskan
jajahan mereka hingga ke India. Hal ini terbukti apabila banyak loji-loji Inggeris
yang dibuka terutamanya sebuah pelabuhan di Bombay mahupun loji di Surat
India.29 Peluasan wilayah Inggeris ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan
hubungan perdagangan mereka dengan negeri China yang terjalin sejak tahun
1605.30
Selain itu, pihak Inggeris juga cuba untuk membuka loji di kepulauan
Indonesia terutamanya di Bentam, namun usaha tersebut tidak berhasil apabila
Belanda menghalang pembukaan loji Inggeris di wilayah berkenaan. Hal ini
kerana, pada ketika itu Indonesia berada di bawah jajahan Belanda. Sekiranya
Inggeris tidak mengundurkan diri dari Indonesia, sudah tentu akan menimbulkan
perbalahan antara dua kuasa besar Inggeris dan Belanda sekaligus akan
mencetuskan peperangan. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak Inggeris
untuk membuka pelabuhan yang strategik untuk kepentingan ekonomi mereka.
Dalam tahun 1762, Inggeris cuba beralih arah untuk membuka sebuah
pelabuhan di Manila dan Mindanao di Filipina, namun usaha ini juga menemui
kegagalan.31 Hal ini disebabkan pada ketika itu kuasa besar Sepanyol telah
menakluki Filipina.
Kegagalan ini telah membawa Inggeris yang diterajui sebuah syarikat
yang dinamakan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk membuka sebuah lagi
pelabuhan di Labuan dalam tahun 1775, namun terpaksa ditutup atas arahan
pemerintah tanah jajahan Inggeris di London. Akhirnya, menyedari akan hakikat
ini, terdapatnya sebuah kawasan yang berhampiran dengan Teluk Benggala,
Inggeris cuba untuk menyelongkar dan akhirnya menjadi titik tolak pembukaan
Pulau Pinang oleh pihak Inggeris dalam tahun 1786.
29 Ibid.30
? Joginder Singh Jessy, Sejarah Tanah Melayu (1400-1959), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, hlm. 75.
31
? Ibid., hlm. 77.
19
2.3 PULAU PINANG
Sebelum British bertapak di Pulau Pinang, Pulau Pinang bukanlah sebuah pulau
yang ternama. Hal ini demikian kerana hakikat sebenarnya Pulau Pinang pada
asalnya adalah hak milik dan di bawah pengaruh Kesultanan Kedah, iaitu pada
abad ke-18. Pada masa di bawah jajahan kerajaan Kedah, Pulau Pinang hanyalah
dijadikan sebagai tempat persinggahan nakhoda-nakhoda kecil dari Sumatera
dan para pedagang British yang berulang alik daripada ekspedisi perdagangan
ke Asia terutamanya hubungan perdagangan pihak Inggeris dengan negeri
China.32 Menurut Cullin dan Zehnder, semasa kedatangan para pedagang dan
kapten-kapten kapal terutamanya yang berbangsa Inggeris, pada ketika itu
Pulau Pinang tidak berpenghuni dan hanya merupakan sebuah kawasan hutan.33
Hal ini sebenarnya menunjukkan Pulau Pinang pada ketika itu adalah sebagai
tempat persinggahan sahaja oleh para pedagang dan bukanlah sebuah pusat
pelabuhan yang terkenal.
Francis Light merupakan orang berbangsa Inggeris yang bertanggungjawab
dalam pengambilan Pulau Pinang. Pengambilan Pulau Pinang oleh beliau yang
merupakan wakil daripada pihak Inggeris mempunyai kaitan dengan kegagalan
British mendapatkan sebuah pelabuhan baru. Kejayaan Light membuka dan
mengangkat Pulau Pinang menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal menjadi titik
tolak terhadap perubahan perkembangan terutamanya dalam aspek ekonomi
pulau ini.
Sejarah telah membuktikan, pengambilan Pulau Pinang daripada
Kesultanan Kedah adalah berunsurkan tipu helah Francis Light yang tidak
mengikut lunas-lunas yang sah dalam memporak-porandakan kekuasaan jajahan
pemerintahan Kedah sekaligus berjaya menakluki Pulau Pinang. Menurut
Tregonning, Francis Light hanyalah bercita-cita untuk memenuhi impian Syarikat
Hindia Timur Inggeris dan kerajaan British sahaja dengan berusaha sedaya
upaya untuk mencari sebuah pangkalan pelabuhan yang strategik untuk
menjaga hubungan perdagangan mereka bersama kerajaan China yang sudah
32 Muhammad Haji Salleh, op. cit., hlm. 20.33
? Ibid.
20
sekian lama terjalin.34 Hal ini sekaligus akan menguntungkan Francis Light
sendiri.
Dalam menyelusuri sejarah pengambilan Pulau Pinang oleh pihak British
yang diketuai oleh Francis Light, pengambilan Pulau Pinang bukan sahaja
disebabkan keghairahan Francis Light untuk mengaut segala keuntungan yang
terdapat pada Pulau Pinang, tetapi juga hakikatnya adalah disebabkan kecuaian
sultan Kedah pada ketika. Kelakuan sultan Kedah, iaitu Sultan Muhammad Jiwa
pada ketika itu telah memakan diri sendiri. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk
mengukuhkan kedudukan sultan pada ketika itu demi mempertahankan
kemerdekaan Kedah daripada dikuasai oleh kuasa asing terutamanya Siam pada
ketika itu.35 Namun demikian, tindakan sultan-sultan Kedah telah menjadi
penyebab kepada pengambilan Pulau Pinang oleh Francis Light.
Selain itu, pengambilan Pulau Pinang sebenarnya mempunyai perkaitan
dengan tiadanya pelabuhan yang dicari oleh pihak Inggeris. Hanya pada tahun
1685 sahaja, sebuah loji telah dibuka di Bangkahulu Indonesia yang telah
menjadi kawasan utama yang menghubungkan antara kawasan jajahan takluk
Inggeris di India dengan negeri China. Namun demikian, pelabuhan Inggeris di
Bangkahulu terpaksa ditutup. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor
termasuklah Bangkahulu terletak jauh dengan perjalanan pergi ke China,
merupakan sebuah tempat terpencil yang jauh daripada tempat perusahaan bijih
timah.36
Kesan daripada penutupan pelabuhan Inggeris di Bangkahulu telah
menjadi titik tolak kepada peluasan wilayah jajahan Inggeris hingga ke Asia
Tenggara. Pihak Inggeris telah berjaya membuktikan koloni mereka berjaya
menakluki Pulau Pinang yang pada ketika itu merupakan salah sebuah
pelabuhan yang boleh menghubungkan jalan perdagangan koloni Inggeris
dengan Tanah Besar China. Keadan ini berlaku setelah koloni Inggeris berjaya
menguasai Pulau Pinang yang diambil pada tahun 1786 kesan daripada kecuaian
sultan-sultan Kedah pada ketika itu.
34
? Ibid.
35 Muhammad Haji Salleh, op. cit., hlm. 20.
36 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm., 77.
21
Sikap pentingkan kedudukan sultan-sultan Kedah menjadi sebab Pulau
Pinang terpaksa diserahkan kepada pihak Inggeris. Dalam turutan peristiwa
Pulau Pinang diambil oleh Francis Light menunjukkan sultan Kedah telah
meminta bantuan daripada kuasa luar pada ketika itu untuk mengukuhkan kuasa
dan kemerdekaan Kedah daripada ancaman Siam. Menyedari kekuatan
ketenteraan Syarikat Hindia Timur Inggeris di India, sultan Kedah pada ketika itu
ialah Sultan Muhammad Jiwa berhasrat untuk menjadikan SHTI sebagai
pelindung Kedah. Sultan Muhammad Jiwa telah menghantar rombongan ke
Acheh untuk berunding dengan Francis Light. Pada April tahun 1771,
termeterailah satu perjanjian awal dalam sejarah kerajaan Melayu dengan
British37 yang ditandatangani oleh sultan Kedah bersama-sama dengan Francis
Light. Dalam perjanjian ini, selain untuk kepentingan ekonomi Inggeris, Francis
Light berjanji akan melindungi Kedah daripada ancaman musuh, manakala
Sultan Muhamad menawarkan kawasan di sepanjang perairan Kuala Kedah
hingga ke Pulau Pinang.38
Namun demikian, perjanjian ini telah dilanggar oleh Francis Light apabila
Sultan Muhammad Jiwa menyedari akan balasan yang tidak begitu jelas yang
pernah dijanjikan sewaktu menandatangani perjanjian. Pada tahun 1785, sekali
lagi sewaktu pemerintahan Sultan Abdullah, tawaran terhadap pemajakan Pulau
Pinang telah diperbaharui.39 British sekali lagi mengemukakan tawaran yang
ternyata hanya menguntungkan pihak mereka.
Apa yang mengecewakan Sultan Abdullah adalah motif di sebalik
perjanjian tersebut adalah sama, iaitu untuk tujuan melindungi Kedah daripada
ancaman musuh terutamanya Siam dan Burma. Akhirnya dalam bulan Jun 1788,
Sultan Abdullah menyedari kesilapan baginda yang tidak menemui jalan
penyelesaian berhubung hak terhadap ketuanan di Pulau Pinang. SHTI tidak
membantu Kedah apabila diserang oleh Siam menyebabkan Sultan Abdullah
marah dan cuba mengusir Francis Light dari Pulau pinang.40 Namun semuanya
sudah terlambat apabila Francis Light menyerang Sultan Abdullah.
37 Muhammad Haji Ali, op. cit., hlm 21.38
? Muhammad Haji Ali, op. cit., hlm 21.
39 Ibid.40
? Nadzan Harun, Rozeman Abu Hasan, Malaysia Melangkah ke Hadapan, Selangor: Multimedia Sdn. Bhd, 2010, hlm. 10.
22
Dasar berbaik-baik semula dengan Francis Light oleh Sultan Abdullah telah
menyebabkan baginda menandatangani Perjanjian Damai pada 1 Mei 1791.41
Sultan Abdullah pada ketika itu tidak dapat berbuat apa-apa termasuklah tidak
boleh mengenakan cukai terhadap pedagang Briitish. Dalam Perjanjian Damai
tersebut ,sebarang kuasa Eropah tidak dibenarkan membuka petempatan dan
secara rasminya mengiktiraf pendudukan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau
Pinang. Pulau Pinang telah diserahkan kepada pihak Inggeris pada 11 Ogos
1786.42 Penyerahan Pulau Pinang kepada koloni Inggeris menjadi titik tolak
kepada terbentuknya Negeri-Negeri Selat yang melibatkan Pulau Pinang, Melaka
dan Singapura.
2.4 PEMBUKAAN SEBERANG PERAI
Dalam mengkaji tentang penyerahan Seberang Perai kepada koloni Inggeris,
memang tidak dapat dinafikan bahawa Seberang Perai merupakan nadi kepeda
perkembangan ekonomi koloni Inggeris. Pengambilan Seberang Perai pada tahun
1800 mempunyai perkaitan dengan peristiwa pengambilan Pulau Pinang oleh
Francis Light. Seberang Perai merupakan sebuah kawasan di Semenanjung
Tanah Melayu yang pada ketika itu di bawah jajahan takluk Kesultanan Kedah.
Seberang Perai ataupun Province Wellesley merupakan sebuah kawasan
yang menghubungkan beberapa sungai utama seperti sungai Krian, Sungai
Perai, hingga sampai ke Kuala Sungai Kedah. Catatan mengenai pengambilan
Seberang Perai oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris tidaklah begitu menonjol
mengenai penulisannya oleh para sarjana terutamanya sarjana Barat. Namun
dalam sejarah salasilah negeri Kedah yang dikarang oleh Muhammad Hassan To,
kerani Mohd. Arsad mencatatkan bahawa peristiwa penyerahan Seberang Perai
dikatakan berlaku semasa pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah
(1798-1803) bersama pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diwakili oleh
Gabenor Sir George Leith.43
41 Muhammad Haji Ali, op. cit., hlm. 22.42
? Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 81.43 Muhamad Haji Ali, op. cit., hlm. 43.
23
Peristiwa penyerahan Seberang Perai mempunyai perkaitannya dengan
Perjanjian Damai yang ditandatangani oleh Sultan Kedah pada ketika itu, iaitu
Sultan Abdullah bersama-sama dengan Francis Light pada tahun 1971. Dalam
perjanjian tersebut, Sultan Abdullah sempat mengatakan bahawa mereka akan
menyerahkan sebahagian wilayah yang meliputi perairan di sepanjang Kuala
Kedah hingga ke Pulau Pinang sekiranya koloni Inggeris melindungi Kedah
daripada ancaman musuh. Namun tipu helah yang dilakukan oleh Francis Light
menyebabkan dengan mudah mereka dapat mengambil wilayah Seberang Perai
daripada kerajaan Kedah. Apa yang pasti, terdapat beberapa faktor penting yang
menyebabkan Seberang Perai beralih arah kepada penguasaan Syarikat Hindia
Timur Inggeris sebagaimana yang berlaku terhadap pengambilan Pulau Pinang
oleh syarikat berkenaan.
Sarjana-sarjana Barat telah membuat kajian terhadap faktor-faktor yang
menyebabkan Seberang Perai diambil oleh pihak Inggeris. Antaranya adalah
seperti Low yang menyatakan terdapat lima faktor utama koloni Inggeris
mengambil Seberang Perai, antara lain termasuklah untuk tujuan menghapuskan
lanun di kawasan perairan Pulau Pinang dan Seberang Perai, menghapuskan
kebergantungan hasil bekalan pertanian kepada Kedah, menjadikan Seberang
Perai sebagai tempat perlindungan kepada orang Melayu yang teraniaya,
menghalang banduan yang lari daripada Pulau Pinang dan menghalang
kemunculan pelabuhan yang dapat memberi saingan kepada pelabuhan Pulau
Pinang pada ketika itu.44
Kenyataan yang dibuat oleh sarjana Barat ini sebenarnya tidak jauh
bezanya dengan apa yang diketengahkan oleh tiga orang sarjana yang
terkemudian seperti Winstedt (1986), Mills (1961) dan Tregonning (1964).45
Ketiga-tiga sarjana ini melihat bahawa, pengambilan Seberang Perai oleh
Syarikat Hindia Timur Inggeris adalah disebabkan faktor ekonomi. Hal ini
sebenarnya jelas apabila pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris menggalakkan
aktiviti pertanian padi di Seberang Perai. Kepentingan ekonomi inilah yang
mendorong Inggeris mengambil Seberang Perai untuk tidak bergantung bekalan
makanan lagi daripada kerajaan Kedah pada ketika itu. Atas sebab itu, dalam
Perjanjian Damai yang dibuat oleh Sultan Abdullah bersama Francis Light,
44 Muhamad Haji Ali, op. cit., hlm. 44.
45 Ibid.
24
perkara itulah yang menjadi dasar kepada penyerahan Seberang Perai yang
kemudiannya diberi nama sebagai Province Wellesley oleh koloni Inggeris.
Selain daripada untuk aktiviti pertanian padi, menurut Winstedt dan
Tregonning, faktor yang mendesak Syarikat Hindia Timur mengambil Seberang
Perai adalah disebabkan oleh kegiatan perlanunan. Aktiviti lanun ini dikatakan
bermaharajalela di kawasan perairan Pulau Pinang dan Seberang Perai. Para
pedagang yang datang daripada pelbagai rantau yang berdagang di Pulau
Pinang terjejas akibat serangan lanun. Keadaan ini menyebabkan pihak Syarikat
Hindia Timur Inggeris untuk campur tangan dan sekaligus dapat mengambil dan
menguasai Seberang Perai. Semua yang dilakukan oleh syarikat tersebut adalah
bermotifkan tujuan asal mereka, iaitu untuk menjaga kepentingan ekonomi
sebagai landasan dan sasaran utama.
Kenyataaannya, pengambilan dan pennyerahan Seberang Perai kepada
Syarikat Hindia Timur Inggeris adalah tipu muslihat yang sama sebagaimana
yang dilakukan oleh Francis Light terhadap Pulau Pinang. Harapan yang sama
terhadap kepentingan kerajaan Kedah agar dapat dilindungi kepentingan
daripada ancaman musuh semasa menyerahkan Seberang Perai hanyalah
sebagai suatu janji yang tidak sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak Syarikat
Hindia Timur Inggeris. Akhirnya Seberang Perai menjadi mangsa monopoli
Inggeris yang begitu penting sebagai nadi penggerak bekalan dan keselamatan
pihak Inggeris pada ketika itu.46
Peristiwa penyerahan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur
Inggeris telah memberi kesan yang mendalam terhadap kerajaan Kedah pada
masa tersebut. Kesan yang paling ketara adalah bagaimana dengan sekelip
mata sahaja Kedah telah kehilangan dua wilayah yang cukup penting, iaitu Pulau
Pinang dan Seberang Perai. Penyerahan Seberang Perai juga mempuyai
hubungannya setelah Siam menyerang Kedah pada tahun 1821. Apa yang pasti,
Kedah meminta bantuan daripada pihak Inggeris, namun Syarikat Hindia Timur
Inggeris telah mungkir janji sebagaimana yang pernah dilakukan oleh mereka
semasa ingin menguasai Pulau Pinang. Atas kepentingan monopoli ekonomi
Inggeris terhadap Seberang Perai yang dilihat sebagai tempat yang strategik
untuk menggalakkan aktiviti pertanian, Inggeris cuba untuk mengambil
Seberang Perai daripada kerajaan Kedah pada ketika itu yang menyaksikan
46 Muhamad Haji Ali, op. cit., hlm. 46.
25
akhirnya Kedah terpaksa menyerahkan Seberang Perai kepada Syarikat Hindia
Timur Inggeris Pada tahun 1800.
2.5 KESIMPULAN
Pengambilan dan penyerahan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada Syarikat
Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Francis Light adalah disebabkan tipu
helah yang dilakukan oleh Francis Light dalam menghuru-harakan tampuk
kerajaan Kedah. Tipu helah Francis Light akhirnya berjaya membuatkan sultan-
sultan Kedah terpaksa menyerahkan Pulau Pinang pada tahun 1786 dan
Seberang Perai pada tahun 1800 kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris.
Walaupun ada usaha yang dilakukan oleh Sultan-sultan Kedah untuk mengambil
semula wilayah Pulau Pinang dan Seberang Perai, namun semua usaha tersebut
tidak mendatangkan sebarang kesan kepada kerajaan Inggeris pada ketika itu.
Ekoran daripada penyerahan Pulau Pinang dan Seberang Perai kepada
pihak Inggeris telah memberikan kesan yang cukup mendalam terutamanya
kawasan-kawasan lain di Tanah Melayu. Pengambilan Pulau Pinang dan
Seberang Perai menyebabkan pihak Inggeris telah meluaskan wilayah dan kuasa
monopoli ekonomi mereka di wilayah-wilayah Tanah Melayu yang lain
terutamanya di Singapura dan Melaka yang akhirnya telah membentuk tiga
gabungan pemerintahan kerajaan Inggeris, iaitu pembentukan Negeri-Negeri
Selat yang menggabungkan Pulau Pinang, Melaka dan juga Singapura.
26
BAB 3
KEMARAAN PENJAJAHAN BRITISH
DI NEGERI-NEGERI SELAT (NNS)
3.1 KEMARAAN DI MELAKA
Melaka merupakan sebuah pelabuhan dan pusat perdagangan yang paling
terkenal di rantau Asia pada suatu ketika dahulu. Melaka juga menjadi pusat
“perdagangan tiga jurusan”, iaitu antara negeri India, China dan Asia Tenggara.47
Pelabuhan Melaka sentiasa disinggahi oleh kapal-kapal pedagang dari beberapa
negeri yang membawa barang dagangan dari India, Timur Tengah, bandar-
bandar pelabuhan Laut Mediteranean, Eropah, China dan negeri-negeri yang
berjiran dengannya di Asia Tenggara. Sebagai contoh, saudagar India membawa
kain benang kapas daripada Kembayat, Pulikat, dan Benggala. Saudagar-
saudagar ini kemudiannya akan mengeksport semula barang-barang dari
kawasan Laut Tengah dan Mediterranean seperti gincu, senjata, wangian,
tembaga merah, raksa, dan kain Arab.
Terdapat banyak faktor yang mendorong Melaka menjadi sebuah bandar
pelabuhan yang maju dan membangun. Antaranya ialah kedudukan Melaka yang
strategik, iaitu terletak di tempat pertemuan semula jadi angin monsun. Dengan
demikian, ia dapat menjadi tempat persinggahan yang sangat dikehendaki oleh
saudagar China dan India. Bukan sahaja China dan India malah saudagar yang
ingin ke India dan China juga turut singgah ke pelabuhan Melaka. Oleh itu,
Melaka memainkan peranan sebagai pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang
melalui Selat Melaka.48 Selain itu, faktor lain ialah pelabuhan Melaka mempunyai
kemudahan-kemudahan yang elok dan juga keselamatan yang terjamin untuk
para saudagar melawatinya. Di samping itu, faktor lain yang menggalakkan
perkembangannya ialah dengan berkat pengaruh agama Islam. Hal ini kerana
setelah Parameswara memeluk agama Islam, banyak saudagar Islam tertarik
melawati Melaka terutamanya saudagar dari Tanah Arab. Dalam beberapa tahun
sahaja perniagaan dan kekayaan mereka telah mengubah Melaka menjadi
47 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 7.
48 Muhammad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1989, hlm. 236.
27
sebuah pusat perdagangan yang utama dan kemahsyurannya telah tersebar
luas.
Kemahsyuran Melaka menyebabkan banyak kuasa besar lain yang ingin
menguasai Melaka. Kuasa Eropah yang terdahulu menguasai Melaka ialah
Portugis. Portugis sampai ke Tanah Melayu sekitar abad ke-16 Masihi dan
berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.49 Pada 1 Julai 1511, kapal laksamana
kepunyaan seorang tokoh Portugis yang amat terkenal, iaitu Alfonso
d’Albuquerque, bersama kapalnya yang bernama Flor De La Mar telah
mengepalai satu angkatan laut yang terdiri daripada 16 buah kapal masuk ke
pelabuhan Melaka.50 Da’ Araujo yang sedang dalam tahanan oleh sultan telah
sempat menghantar laporan kepada Albuquerque berkenaan dengan kekuatan
pertahanan dan bala tentera Melaka. Apabila laporan itu diterima, Albuquerque
meminta agar Sultan Mahmud membebaskan orang Portugis yang ditawan
dalam tahun 1509 itu, tetapi permintaannya itu tidak diendahkan.
Albuquerque mengugut akan melancarkan serangan ke atas Melaka
sekiranya Melaka masih berdegil berbuat demikian, tetapi sultan masih tetap
berkeras tidak mahu melepaskan tawanan Portugis seperti yang diminta oleh
Albuquerque. Sekali lagi Albuquerque mendesak sultan dengan melepaskan
tawanan dan juga meminta kebebasan untuk mendirikan kota di Melaka, tetapi
permintaan kedua ini juga ditolak. Albuquerque terus menjalankan tindakan ke
atas saudagar Gujerat yang disyaki bersubahat dengan sultan. Albuquerque
telah membakar kapal-kapal saudagar tersebut yang sedang berlabuh di
pelabuhan dan juga sebahagian rumah mereka di darat. Selepas daripada
tindakan itu, orang tawanan Portugis akhirnya dibebaskan tetapi persiapan-
persiapan untuk berperang terus dijalankan.
Pada 25 Julai, Albuquerque melancarkan serangan dan menawan
jambatan di Sungai Melaka. Selepas dua minggu, Portugis melancarkan serangan
kedua dan berjaya menawan bandar Melaka.51 Sultan Mahmud terpaksa
meninggalkan ibu negeri baginda buat selama-lamanya. Di situlah bermulanya
era penaklukan penjajahan Barat di Tanah Melayu.
49 M. Osborne, Southeast Asia An Introductory History, London: George Allen & Unwin Australia Pty. Ltd., 1979, hlm. 69.
50 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 32.
51 Ibid., hlm. 33.
28
Dalam bulan April 1595, angkatan perniagaan Belanda yang pertama
berlayar keluar dengan diketuai oleh oleh Cornelius de Houtman.52 Setahun
kemudian, beliau telah sampai di Acheh dan belayar ke Bentam dan di sana
mereka disambut dengan baik. Dalam tahun 1598, dua buah kapal Belanda cuba
untuk berlayar ke India Timur melalui jalan Tanjung Pengharapan. Di antara
tahun 1595 dan tahun 1601, hampir 60 buah kapal Belanda telah sampai ke
negeri Timur. Loji-loji Belanda telah didirikan di seluruh Asia Tenggara; Patani,
Gerisik, Johor, Bentam, Banda, Amboyan, Acheh dan Ternate. Belanda juga turut
ingin menguasai Melaka yang pada ketika itu berada dalam kekuasaan Portugis.
Terdapat beberapa percubaan untuk menguasai Melaka yang
dilaksanakan oleh pihak Belanda. Contohnya serangan Van Der Hagen pada
tahun 1602 dan Matelieff pada tahun 1606, tetapi kedua-dua serangan ini
membawa kegagalan.53 Walaupun orang Portugis dapat mempertahankan diri
menentang musuh yang kuat seperti Belanda, namun perniagaan di Melaka
mengalami kesan yang teruk. Ditambah pula dengan tertubuhnya bandar Betawi
pada tahun 1619, keadaan Melaka menjadi lebih teruk. Belanda berasa takut
sekiranya satu kuasa Eropah yang bermusuh dengan mereka akan dapat
menawan dan menggunakan pelabuhan ini sebagai pangkalan untuk
menghalang percubaan orang Belanda hendak menguasai dan memonopoli
kawasan tersebut.
Oleh itu, Belanda telah berazam untuk menawan Melaka dan dalam tahun
1639, satu perjanjian telah dibuat dengan Johor untuk melancarkan satu
serangan baru. Pada bulan Ogos, segala persiapan perang telah disiapkan.
Tetapi kekacauan telah berlaku di Ceylon. Pada masa itu orang Belanda sedang
bertempur dengan orang Portugis. Angkatan laut Belanda terpaksa dihantar ke
sana. Akhirnya pada 5 Mei 1640, kerajaan Betawi telah memutuskan hendak
membuat keputusan penting, iaitu sama ada hendak mengambil Melaka dengan
kekerasan ataupun berbaik-baik sahaja dengan membuat perjanjian dengan
orang Portugis.
Gabenor-Jeneral Van Dieman yang dianggap sebagai seorang ahli politik,
pahlawan, laksamana dan juga ahli perniagaan telah merangka rancangan
52 Ibid., hlm. 51.53 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 57.
29
terakhir untuk menakluki Melaka.54 Serangan telah dimulakan dengan bedilan-
bedilan hebat daripada 12 buah kapal dan enam buah geliung. 900 orang
Belanda dan 600 orang Melayu telah mendarat di sebelah utara bandar Melaka
dan di sana mereka berjaya menduduki bahagian darat. Pertempuran merebut
Melaka berlaku dengan hebatnya sehingga dalam bulan Januari 1641, hampir
semua pahlawan kanan Belanda terbunuh. Askar Belanda akhirnya melantik
Kapitan Caertekoe menjadi panglima mereka. Di bawah pimpinannya, pada 14
Januari 1641, askar Belanda yang termasuklah orang Melayu dan orang Belanda
sendiri telah melaksanakan serangan terakhir. Kubu Portugis yang sudah lemah
itu akhirnya dapat dikalahkan. Dua hari kemudiannya Gabenor Portugis
menyerah diri. Akhirnya Melaka telah jatuh dalam jajahan Belanda setelah 129
tahun berada dalam penjajahan Portugis.
Penyerahan Melaka dengan sah kepada pihak Inggeris berlaku apabila
termeterainya perjanjian antara Inggeris dengan Belanda, iaitu perjanjian
Inggeris-Belanda 1824.55 Kedatangan orang Inggeris ke Tanah Melayu telah
mengeruhkan lagi keadaan dan hubungan antara kedua-dua kuasa besar Eropah
ini. Beberapa perundingan telah dijalankan antara pihak Inggeris dan pihak
Belanda berbincang mengenai kedudukan mereka di kepulauan Melayu. Sebagai
contoh, pada tahun 1820, perundingan telah dibuat. Sungguhpun telah tercapai
beberapa persetujuan di atas, tetapi beberapa perkara lain yang dibincangkan
tidak mencapai kata sepakat, contohnya soal mengenai Singapura.
Sehingga tahun 1823, belum dimulakan perundingan antara kedua-dua
pihak. Akhirnya pada 17 Mac 1824, bagi mencari jalan terakhir dan untuk
menyelesaikan masalah antara kedua-dua kuasa besar Eropah ini yang semakin
melarat, satu perjanjian telah ditandatangani antara kedua-dua belah pihak, iaitu
British dan Belanda. Perjanjian ini dinamakan perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Dalam kandungan perjanjian tersebut, pihak Belanda mengaku akan
menyerahkan Melaka serta jajahan takluknya kepada kerajaan Inggeris dan
mereka mengaku tidak akan membuka tempat di semenanjung Melaka, ataupun
menandatangani sebarang perjanjian dengan mana-mana raja, penghulu
ataupun sebarang negeri di dalamnya, dan memasukkan segala tuntutan ke atas
54 Ibid., hlm. 58.55 J.G. Butcher, The British In Malaya (The Social History Of a European Community In
Colonial South-East Asia), Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979, hlm. 4.
30
semenanjung Tanah Melayu.56 Hal ini bermakna pihak Belanda akan
menyerahkan sepenuhnya hak milik Melaka kepada pihak Inggeris. Kesan
daripada perjanjian 1824 ini, Melaka telah jatuh sepenuhnya ke dalam tangan
Syarikat Hindia Timur Inggeris. Kesan daripada perjanjian itu juga, telah
tertubuhnya Negeri-Negeri Selat yang telah menggabungkan kesemua negeri
Melaka, Pulau Pinang dan Singapura dalam satu pentadbiran dengan tujuan
menyeragamkan pentadbiran antara semua negeri ini.
3.2 KEMARAAN DI PULAU PINANG
Pulau Pinang menjadi tempat yang sangat penting kepada kuasa British. Selain
dijadikan sebagai muslihat perniagaan, Pulau Pinang juga amat penting dalam
aspek muslihat peperangan. Hal ini dapat dilihat melalui kenyataan ahli sejarah
Professer Hall iaitu “pengambilan Pulau Pinang oleh Syarikat Hindia Timur
Inggeris dalam tahun 1786 didorong oleh muslihat peperangan di laut.”57
Profesor Tregonning menyatakan pula bahawa Pulau Pinang dibuka bertujuan
untuk muslihat perniagaan. Sama seperti kedudukan Melaka, Pulau Pinang
mempunyai kelebihan sebagai sebuah pelabuhan yang berguna kepada kapal-
kapal perang untuk mengawasi Teluk Benggala dan pelabuhan kepada kapal-
kapal pedagang ke China.58 Penempatan British di Pulau Pinang turut dapat
menghalang kuasa Belanda di Selat Melaka di samping dapat mendirikan sebuah
pangkalan pertahanan di Pulau Pinang.
Sepanjang kurun ke-17 dan kurun ke-18, syarikat Inggeris lebih tertumpu
kepada kerja-kerja di Bombay dan Pantai Barat Tanah India. Keadaan pelabuhan
di Madras sangat membimbangkan dengan laut yang bergelora dalam musim
Monsun Timur Laut. Keadaan ini menghalang tentera British daripada balik ke
pangkalannya sebelum bulan April untuk melengkapkan pertahanan di Teluk
Benggala, sedangkan musuh sudah bersiap sedia dengan lengkap di pelabuhan
Trincomalee atau di salah sebuah pelabuhan di sebelah timur dan bekerjasama
56 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 102.57 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 74.
58 Ibid., hlm. 75.
31
dengan angkatan di darat. Selain itu, pada pertengahan kurun ke-18, hubungan
antara orang Inggeris dan Perancis dalam keadaan yang kurang baik.
Orang Perancis mempunyai sebuah pangkalan di Pulau Mauritius yang
terletak di sebelah timur yang menjadi laluan tentera lautnya ke Teluk Benggala
semasa angin Monsun Barat Daya. Perancis mempunyai hubungan yang baik
dengan Acheh dan Burma pada ketika itu. Orang Acheh membenarkan orang
Perancis untuk melengkapkan kelengkapan perang mereka sebelum kembali
pulang dengan mengikuti angin Monsun Timur Laut. Pada tahun 1758, angkatan
tentera laut Perancis telah membantu Comte De Lally mengepung Madras
selama 60 hari, dan pada tahun 1782, Laksamana Perancis De Suffren pula
membantu Haider Ali mengepung bandar Madras.59 Kesedaran akan bahaya ini
telah memaksa syarikat Inggeris untuk mencari sebuah pangkalan laut di Pantai
Timur Teluk Benggala bagi menjaga loji-loji mereka di Teluk Benggala.
Pada pertengahan kurun ke-18, barang dagangan negeri China bertambah
laris di benua Eropah, contohnya teh yang telah menjadi minuman kesukaan di
negara Eropah. Ditambah pula dengan adanya Undang-Undang Pemotongan
Cukai tahun 1784. Selain itu, barangan negeri China ditukarkan dengan perak,
bijih timah dan lain-lain. Barang-barang ini sangat laku sekiranya dijual di negara
Eropah dengan harga yang lumayan. British berasa sukar kerana tidak
mempunyai pelabuhan di antara India dan China untuk persediaan kelengkapan
bekalan serta turut sentiasa terancam oleh Belanda. Pihak Inggeris mempunyai
Loji di Bengkulen tetapi tidak membawa keuntungan, malah tidak sesuai
dijadikan pusat pertahanan dan sebagai pelabuhan kerana sangat jauh daripada
tempat lalu perniagaan antara China dan India. Bengkulen dijadikan tempat
untuk menyimpan barang-barang dari Asia Tenggara yang dikehendaki oleh
orang Cina. Bagi menyelesaikan masalah ini, iaitu mencari sebuah pelabuhan
yang sesuai dijadikan untuk tujuan pertahanan dan juga perdagangan serta
menguasai laluan antara China dan India dan hampir dengan daerah-daerah Bijih
Timah, maka Syarikat Inggeris telah memilih Pulau Pinang untuk memenuhi
keperluan tersebut.
Pada awal tahun 1772, seorang kapitan bernama Francis Light
memberitahu syarikat Inggeris bahawa sultan Kedah yang sedang dalam
pembuangan di negeri Perlis akan mengurniakan sebuah pangkalan di Sungai 59
? Ibid.
32
Kedah, dengan syarat orang Inggeris akan menolong mempertahankan negeri
Kedah daripada serangan orang Bugis yang pada masa itu diketuai oleh Raja
Haji.60 Francis Light telah menghantar surat kepada syarikatnya pada 18 Ogos
1771 untuk memaklumkan bahawa Raja Queda atau sultan Kedah, memberi
kebenaran kepada syarikat Inggeris menduduki Qualla atau pelabuhan Queda,
tetapi sebagai balasan syarikat Inggeris akan menolong baginda daripada
serangan orang Selangor. Surat tersebut tidak mendapat balasan.
Pada 17 Januari 1772, sekali lagi Francis Light telah mengirim sepucuk
surat kepada Gabenor Jeneral, iaitu Warren Hastings yang menggesa Hastings
agar menerima tawaran yang telah diberikan itu. Sultan Kedah bersedia
memberi pelabuhan Kedah serta sebidang tanah di sebelah pantai mengarah ke
selatannya hingga ke Pulau Pinang. Hasil daripada surat ini, dua utusan telah
dihantar, iaitu satu utusan ke Acheh yang di bawah pimpinan Charles Desvoeux
dan satu lagi utusan ke Kedah di bawah pimpinan Edward Monkton. Kedua-dua
utusan ini tidak berjaya. Sultan Acheh tidak mahu membincangkan perkara itu,
manakala sultan Kedah pula menarik balik tawarannya apabila Monkton enggan
memberi jaminan pertahanan yang dikehendaki itu.
Kegagalan utusan yang telah dihantar menyebabkan cadangan Francis
Light tertinggal begitu sahaja. Walau bagaimanapun, beberapa faktor telah
menarik minat bagi pihak syarikat Inggeris untuk mendapatkan semula Kedah,
iaitu faktor pertama adalah disebabkan kegagalan utusannya yang dikirim ke
Acheh dan Riau dan faktor kedua, iaitu perhubungan antara sultan Kedah
dengan Siam dan faktor ketiga ialah sokongan Francis Light atas soal Pulau
Pinang di mana Francis Light menegaskan bahawa Pulau Pinang akan menjadi
sebuah pelabuhan tempat singgah kapal-kapal ke negeri China dan juga boleh
mengawasi kuasa Belanda di kawasan selat.61
Francis Light telah mendapat kurniaan daripada sultan untuk mendirikan
petempatan baharu di Pulau Pinang serta syarikat Inggeris diberi keizinan untuk
diberikan Pulau Pinang. Kebenaran sultan itu adalah kerana sultan mahukan
perlindungan daripada syarikat Inggeris dan sekiranya terdapat sebarang kuasa
yang hendak menyerang negeri Kedah, tentera syarikat Inggeris haruslah
menentang kuasa tersebut dengan serta merta. Seandainya pihak syarikat
60 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 79.61 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 80.
33
Inggeris tidak memenuhi kehendak sultan itu, maka Pulau Pinang akan diambil
semula. Kemudiannya, satu rombongan yang mengandungi 150 orang dengan
tiga buah kapal yang diketuai Francis Light tiba di Kedah. Rombongan ini
mempersembahkan hadiah-hadiah dan cendera mata kepada sultan Kedah.
Apabila ditanya tentang hal yang berkaitan perlindungan oleh sultan Kedah,
Francis Light tidak berapa pasti akan kedudukannya lalu mengambil sikap
melambat-lambatkan perkara itu.62
Francis Light memberi alasan bahawa perkara itu sedang diambil
pertimbangan oleh pihak berkuasa di London dan beliau memberi jaminan
bahawa permintaan baginda itu pasti akan diterima. Walaupun perkara itu
sengaja dilambatkan, tetapi lama kelamaan sultan Kedah memberi persetujuan
lalu dirangkanya sebuah perjanjian. Dalam kandungan perjanjian itu, tidak
disentuh perkara berkaitan perlindungan mahupun bayaran ganti rugi. Hal ini
demikian kerana sultan Kedah telah terlalu terpengaruh dengan janji-janji manis
Francis Light bahawa hal mengenai perlindungan telah dimaklumkan di London
dan pasti akan mendapat jawapan yang memuaskan.
Setelah berlakunya perjanjian antara Francis Light dan sultan Kedah itu,
maka Francis Light akhirnya berjaya membuka Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786.
Kepentingan Pulau Pinang tidaklah jelas sehingga pada tahun 1797, di mana
berlakunya Perang Napoleon. Pada masa itu, Pulau Pinang dijadikan oleh Kolonel
Wellesley (Duke Of Wellington) sebagai pangkalan angkatannya dalam
langkahnya hendak menawan Manila. Beliau telah melaporkan kepada Gabenor-
Gabenor India yang juga merupakan abangnya, bahawa Pulau Pinang itu ada
kemungkinan dijadikan sebagai pangkalan laut. Beliau juga telah mengesyorkan
agar membeli tanah yang berhadapan dengan Pulau Pinang, iaitu yang dikenali
sebagai Seberang Perai. Hal ini kerana, Seberang Perai penting untuk dijadikan
muslihat perang iaitu sebagai pertahanan. Selain itu, tanah itu juga boleh
digunakan untuk bercucuk tanam dan hasilnya boleh digunakan untuk makanan
penduduk pulau itu.
Setelah banyak siri peperangan di Siam mendapat tentangan daripada
Burma pada tahun 1759 dan 1767, akhirnya Siam bangkit semula menjadi kuat
pada tahun 1782 setelah Tak Sin berjaya menghalau Burma dari Siam.63 Siam
62 Ibid.63 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 82.
34
ingin mengambil balik jajahannya yang berpecah semasa Siam dalam keadaan
yang lemah dahulu. Orang Siam sedang bersedia hendak menyerang Kedah,
sedangkan sultan Kedah tidak mendapat apa-apa bantuan. Sultan Kedah
berharap bahawa British akan menolong baginda menghadapi serangan orang
Siam berdasarkan janji yang diberikan pihak Inggeris dahulu. Akan tetapi,
perjanjian yang ditandatangani oleh baginda hanyalah buat sementara kerana
tidak disebut tentang ganti rugi ataupun perkara tentang imbuhan. Syarat
berkenaan imbuhan seharusnya dimasukkan bersama dalam perjanjian itu
sekiranya sultan hendak menyerahkan Pulau Pinang dengan tidak mendapat
jaminan perlindungan.
Pada bulan Oktober 1786, Francis Light telah memberitahu tentang
perjanjian yang telah dibuat olehnya dengan sultan Kedah terutamanya
mengenai soal perlindungan. Jawapan yang diterima dari Calcutta menyatakan
bahawa Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak akan mengesahkan dan
menandatangani perjanjian tersebut kerana SHTI tidak terlibat dalam soal
perbincangan yang dibuat antara Francis Light dengan sultan Kedah itu. Pada
Januari 1788, Francis Light memberitahu sultan tentang keputusan itu. Sultan
berasa sangat kecewa dan menghadapi kerugian yang sangat besar kerana
bukan sahaja telah memberi sebuah pulau kepada syarikat Inggeris tanpa
mendapat apa-apa faedah, iaitu perlindungan seperti apa yang diharapkan
malah, menanggung kerugian oleh sebab perniagaan di negerinya merosot
disebabkan Pulau Pinang adalah sebuah pelabuhan bebas.64
Sultan Kedah telah menuntut semula Pulau Pinang daripada tangan pihak
Inggeris tetapi pihak Inggeris enggan menyerahkannya semula. Akhirnya sultan
Kedah membuat keputusan untuk mendapatkan semula Pulau Pinang dengan
cara kekerasan. Dengan meminta bantuan daripada lanun-lanun, baginda telah
menyediakan satu angkatan di Sungai Perai dalam tahun 1791 untuk bersedia
menyerang Pulau Pinang.65 Francis Light cuba menasihati sultan supaya bersabar
tetapi tidak berjaya. Oleh itu, Francis Light telah bertindak dengan menyerang
balik tindakan sultan Kedah itu. Angkatan sultan Kedah berjaya ditewaskan.
Akhirnya telah dibuat satu persidangan damai menyebabkan sultan Kedah
terpaksa menandatangani satu lagi perjanjian. Mengikut perjanjian tersebut,
sultan Kedah akan menyerahkan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur
64 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 84.65
? Ibid.
35
Inggeris dan mendapat bayaran enam ribu ringgit setahun serta diberikan
bayaran ganti rugi perniagaan. Dalam perjanjian ini juga tidak disebut tentang
jaminan perlindungan.
3.3 KEMARAAN DI SINGAPURA
Harapan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan pembukaan Pulau Pinang agar
orang British akan dapat berniaga dengan selamatnya, perniagaan dengan
negeri China terlindung serta jalan-jalan perniagaan ke negeri China akan
sentisa terbuka walaupun semasa peperangan dan Pulau Pinang dapat
digunakan sebagai pangkalan untuk melengkapkan semula kapal-kapal, namun
harapan ini tidak tercapai. Hal ini kerana, perniagaannya hanya terhad di sekitar
daerah-daerah sekelilingnya sahaja disebabkan oleh Pulau Pinang yang terletak
jauh ke utara kepulauan Melayu. Pulau Pinang juga susah untuk mengawasi Selat
Melaka dan menyekat perkembangan pengaruh Belanda di sana. Selain itu,
Pulau Pinang agak susah untuk dijadikan pangkalan angkatan laut disebabkan
kawasan itu kurang kayu-kayan dan tenaga kerja untuk memperbaiki kapal-
kapal. Kepulauan lain seperti gugusan pulau Riau-Lingga lebih maju berbanding
Pulau Pinang dan menjadi pusat pasaran barang-barang yang terkenal.
Dalam tahun 1810, Raffles pergi ke Calcutta dan berjumpa dengan
Gabenor-Jeneral, Lord Minto. Lord Minto telah tertarik kepada Raffles dan
melantik beliau menjadi seorang wakil Gabenor-Jeneral di Negeri-negeri Melayu.
Ibu pejabatnya adalah di Melaka yang berada di bawah takluk British hasil dari
“Surat-surat Kew” yang ditandatangani dalam bulan Februari 1795 antara
William V dengan Kerajaan British.66 Tanah jajahan Belanda akan diduduki oleh
tentera British, oleh itu hajat Napoleon untuk menjadikan tempat itu sebagai
pangkalan tertua Perancis akan menjadi hampa. Raffles juga telah diberi
perintah untuk bersiap melancarkan serangan yang dirancangkan ke atas Pulau
Jawa. Pada awal bulan Ogos 1811, satu angkatan tentera British mulai
menyerang Jawa. Akhirnya pada 7 September dalam tahun yang sama, pihak
Belanda telah menyerah dan Jawa menjadi jajahan takhluk British. Raffles
diangkat menjadi naib gabenornya. Walau bagaimanapun, pendudukan British di
66 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 93.
36
Jawa berakhir pada tahun 1816 dan Jawa diserahkan semula kepada Belanda.
Raffles pula telah dipindahkan ke Bengkulen.
Raffles berasa sangat hampa kerana penyerahan semula Jawa kepada
pihak Belanda ditambah pula dengan kedudukan Bengkulen yang tidak berguna
untuk dijadikan pusat pasaran perniagaan. Beliau berpendapat bahawa British
seharusnya mempunyai satu pangkalan pusat yang lebih utama. Semasa
menjadi naib-Gabenor Bengkulen, Raffles dapat melihat kemaraan Belanda di
gugusan pulau-pulau Riau dan beliau hendak menyekat perbuatan orang
Belanda itu demi kepentingan perniagaan British. Dalam bulan Ogos 1818,
Raffles pergi ke Calcutta dan mengemukakan rancangan hendak membuka
tempat di Riau, sama ada di Bentan ataupun di Singapura.
Raffles telah menyedari bahawa pelabuhan-pelabuhan terutamanya
Singapura akan menguasai jalan terusan air yang ditempuh oleh perniagaan
antara China dengan Eropah.67 Lord Hastings yang menjadi Gabenor-Jeneral
menyokong rancangan Raffles itu, tetapi beliau memberi satu syarat, iaitu
janganlah menimbulkan pergaduhan dengan pihak Belanda. Gabenor-Jeneral
memerintahkan Raffles agar mengelakkan perselisihan dengan Belanda, oleh itu
Raffles seharusnya menghentikan rancangannya. Tetapi Raffles tetap
meneruskan juga rancangnnya itu walaupun Kolonel Bennerman, iaitu naib-
Gabenor Pulau Pinang memerintahkan beliau supaya jangan meneruskan
rancangannya itu.
Pada 28 januari 1819, Raffles dan Farquhar dengan sebuah kapal besar telah
sampai di Singapura. Satu rombongan telah datang ke kapal. Raffles mendapat
tahu bahawa orang Belanda tidak pernah datang ke pulau yang di bawah jagaan
Temenggung Johor itu. Pada keesokannya, Raffles telah naik ke darat pulau itu
dan beliau disambut dengan baik. Temenggung menyatakan bahawa dia
bersedia bersahabat dengan British, tetapi mestilah mendapat persetujuan
terlebih dahulu daripda raja mereka, iaitu raja Riau dan Lingga. Johor, Riau,
Lingga dan Pahang merupakan sebahagian daripada jajahan takluk Sultan
Mahmud Johor. Raffles sedar bahawa untuk menguatkan kedudukannya di pulau
Singapura perlulah memperolehi tandatangan daripada sultan Johor.
67 Ibid., hlm. 99.
37
Sultan Mahmud, iaitu sultan Johor telah mangkat pada tahun 1812 dan
harus mencari pengganti sultan dengan segera. Kebetulan Tengku Husain,
putera yang sulung dan sepatutnya menjadi pengganti sultan berada di Pahang
kerana berkahwin. Oleh itu, Tengku Abdul Rahman, adinda Tengku Husain, yang
berada di Riau pada masa sultan mangkat telah dijadikan sebagai sultan Johor
menggantikan ayahandanya. Orang yang bergerak di belakang lantikan ini ialah
Raja Jaafar. Beliau menjadi Yam Tuan Muda pada tahun 1805 dan berharap
hendak memulihkan kuasanya sebagaimana semasa pemerintahan Raja Haji dan
raja-raja Bugis dahulu.68 Sewaktu Abdul Rahman berangkat ke Mekah untuk
menunaikan fardhu haji dan Raja Jaafar menjadi pemangku sultan, Tengku
Husain telah balik dari Pahang dan mendapati bahawa dia telah kehilangan
kedua-dua hak pesaka serta jawatannya. Raffles faham bahawa Tengku Abdul
Rahman yang sudah menaiki takhta itu bukanlah sultan yang berhak. Raffles
mengambil peluang ini untuk menempatkan kedudukan beliau di Singapura.
Disebabkan Raffles tidak mendapat persetujuan daripada Tengku Abdul
Rahman kerana baginda berada di bawah lingkungan pengaruh Belanda, Raffles
membuat keputusan dengan berusaha mengiktiraf Tengku Husain sebagai sultan
sebenar yang menggantikan sultan Johor yang telah mangkat.69 Raffles
menyuruh Kolonel Farquhar menjemput Tengku Husain dan pada masa itu beliau
merangka sebuah perjanjian sementara dengan Temenggung. Pada 13 Januari
1819 bendera British berkibar di Pulau Singapura. Perjanjian dengan Sultan
Husain ditandatangani pada 6 Februari dan ini mengesahkan pengambilan Pulau
Singapura mengikut undang-undang. Antara syarat-syarat perjanjian yang utama
antara Raffles dengan Sultan Husain ialah:
i. Tengku Husain diakui sebagai sultan Johor.
ii. Syarikat Inggeris diberi kebenaran mendirikan sebuah loji.
iii. Sultan dan Temenggung masing-masing akan mendapat $5,000 dan
$3,000 seorang pada tiap-tiap tahun dan juga membahagikan antara
mereka kedua setengah cukai yang dikenakan ke atas perahu-perahu
anak negeri di situ.
68 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 97.
69 Ibid.
38
iv. Sebarang kuasa luar tidak dibenarkan membuka tempat di Singapura.
v. Orang British tidak boleh mencampuri hal ehwal dalam negeri Singapura
dan juga tidak boleh menolong sultan dalam masa peperangan.
Pada tahun 1823, Sultan Husain dan Temenggung bersetuju menyerahkan
hak monopoli perniagaan dan cukai yang mereka terima. Sebagai ganti, mereka
akan mendapat bayaran pencen sebanyak $1,500 dan $800 masing-masing.
Kemudiannya dalam tahun 1824, Sultan Husain dan Temenggung menyerahkan
segala hak pangkat dan kuasa mereka ke atas Singapura dan semasa tinggal di
Singapura taraf mereka hanya sebagai rakyat biasa. Sebagai ganti rugi pula,
sultan akan menerima wang tunai sebanyak $33,000 wang tunai dan pencen
bulanan sebanyak $1,300 dan Temenggung menerima wang tunai sebanyak
$28,000 dan pencen setiap bulan $700 seumur hidup mereka. Sultan dan
Temenggung berjanji tidak akan mengikuti sebarang perjanjian dengan sebarang
kuasa lain. Sejak dari itu Singapura telah jatuh dalam tangan kuasa British
sepenuhnya. Residen pertama Singapura ialah Kolonel Farquhar. Daripada bulan
Oktober 1822 sehingga bulan Jun 1823, Raffles tinggal di Singapura bagi
merangka rancangan bagi bandar baharu ini dan menyelesaikan masalah-
masalah lain yang memerlukan arahannya.70 Dalam tahun 1823, pemerintahan
Singapura berpindah dari Bengkulen ke Calcutta dan Johor. Crawford
menggantikan Kolonel Farquhar menjadi Residen.
3.4 PERJANJIAN INGGERIS-BELANDA 1824
Kedatangan pihak British ke Tanah Melayu telah merenggangkan hubungan
antara British dan Belanda yang pada ketika itu sedang giat melancarkan dasar
membolot perniagaan Hindia Timur terutamanya di pulau-pulau Maluku dan
Inggeris pula berpendapat bahawa mereka turut mempunyai hak untuk berniaga
di kawasan sebelah Timur seperti Belanda.71 Pentadbiran Inggeris sebenarnya
70 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 98.71 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 100.
39
ingin memastikan hubungan baik antara kedua-dua negara ini terus kekal
memandangkan pantai negara Belanda amat penting kerana menjadi tempat
barisan pertahanan England yang pertama semasa berlakunya peperangan
Napoleon. Oleh itu, England telah bertindak dengan menyerahkan semula negeri
Melaka dan tanah jajahan Jawa kepada kerajaan Belanda kerana dasar
pertahanan England adalah bersahabat dengan nagara Belanda agar menjadi
lebih kuat.
Walau bagaimanapun, Syarikat Hindia Timur Inggeris enggan
menyerahkan semula Melaka kepada Belanda. Raffles yang telah sampai ke
Bengkulen telah melakukan gerakan anti-Belanda dan telah memberikan
cadangan agar membuka Singapura pada tahun 1819. Hal ini berlawanan
dengan perintah Gabenor-Jeneral India dan ditentang oleh pihak Belanda
sehingga Belanda menuntut agar Raffles dipecat daripada jawatannya. Tindakan
Raffles juga tidak mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa di India dan di
England kerana akan membangkitkan pergaduhan. Belanda juga ingin mengelak
daripada berlakunya pergaduhan dan bersetuju untuk melakukan perbincangan
penyelesaian. Akhirnya pada tahun 1820, perundingan pertama antara orang
Inggeris dan Belanda dilakukan tetapi tidak mendapat penyelesaian dalam soal
Singapura walaupun sesetengah perkara daripada persetujuan dapat dicapai.
Belanda telah membuat penyataan bahawa Singapura merupakan hak
milik pihak Belanda kerana Singapura berada di bawah jajahan takhluk Melaka.
Penyataan Belanda itu disangkal oleh pihak Inggeris dengan hujah bahawa
semasa pihak Inggeris mengambil Melaka daripada Belanda pada tahun 1795,
kerajaan Belanda tidak mempunyai tanah jajahan yang lain. Oleh itu, kenyataan
Belanda itu adalah tidak berasas sama sekali. Selain itu, sekiranya Singapura
berada di bawah jajahan takhluk Melaka, sepatutnya ia turut diduduki oleh
British sebagaimana Melaka. Pihak Inggeris telah menduduki Singapura selama
empat tahun dan telah banyak melakukan kemajuan di Singapura dengan
kemampuan hasil perbelanjaan sendiri, di samping pertambahan penduduk
berlaku dengan pesat. Bagi menyelesaikan kesulitan yang berlaku antara kedua-
dua kuasa ini, satu lagi perundingan telah diteruskan pada 17 Mac 1824.72
Perjanjian ini dinamakan sebagai Perjanjian British-Belanda 1824.
72 Joginder Singh Jessy, op. cit., hlm. 101.
40
Perjanjian antara Inggeris dan Belanda tersebut sebenarnya tidak diikuti
dengan sepenuhnya. Sebagai contohnya, orang Belanda masih mengenakan
cukai dan sekatan kepada pihak British untuk berniaga di Hindia Timur walaupun
dalam surat perjanjian telah menyatakan persetujuan untuk memberi kebebasan
kepada pihak British untuk melakukan perniagaan di Hindia Timur kecuali di
Maluku. Perselisihan faham yang kuat antara pihak Inggeris dan Belanda ini tidak
mendapat penyelesaian sehinggalah berlarutan sehingga 25 tahun.
Kesan yang nyata apabila berlakunya perjanjian Inggeris-Belanda pada
tahun 1824, ialah berlakunya dua bentuk kawasan pengaruh, iaitu Belanda
menguasai seluruh daerah Indonesia, manakala pihak Inggeris menguasai
kawasan yang merangkumi Singapura, Melaka dan daerah lain di Semenanjung
Tanah Melayu.73 Selepas perjanjian Inggeris-Belanda ini juga, Pulau Pinang telah
ditadbir oleh Leftenan Gabenor sementara Melaka dan Singapura ditadbir oleh
Residen.
3.5 PENTADBIRAN NEGERI-NEGERI SELAT
Selepas tahun 1824, Inggeris mempunyai tiga bentuk penempatan, iaitu Pulau
Pinang (1786), Singapura (1819), dan Melaka (1824).74 Penempatan pertama di
Pulau Pinang mempunyai seorang Gabenor sebagai ketua negara. Kedua, iaitu di
Singapura pula ditadbir oleh seorang Residen yang bertanggungjawab kepada
kerajaan India. Sebelumnya Singapura ditadbir oleh Raffles dan semua arahan
adalah secara langsung melalui Raffles yang berada di Bangkahulu dan
bukannya daripada Pulau Pinang iaitu antara tahun 1819-1823. Tetapi setelah
Raffles pulang ke England pada tahun 1824, Singapura terus diletakkan di bawah
pentadbiran India. Ketiga adalah Melaka yang diperoleh melalui pertukaran
dengan Bangkahulu dan diserahkan kepada Belanda mengikut perjajian Inggeris-
Belanda yang telah dipersetujui dan secara langsung Melaka diletakkan di bawah
pentadbiran kerajaan di India.75
73 Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie, Sejarah Pembangunan Bangsa & Negara, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd, 1994, hlm. 30.
74 M. Osborne, op. cit., hlm. 69.75 J.G.Butcher, op. cit., hlm. 4.
41
Menjelang tahun 1826, ketiga-tiga penempatan Inggeris ini telah
disatukan di bawah satu unit pentadbiran oleh kerajaan India dan telah diberi
taraf Presedensi Keempat daripada empat Presidensi yang lain iaitu Benggala,
Madras dan Bombay.76 Penyatuan penempatan ini dikenali sebagai Negeri-Negeri
Selat dengan ibu pejabat pertamanya adalah di Pulau Pinang. Penyatuan ini
dilakukan dengan alasan ingin mengurangkan perbelanjaan serta mahu
mengurangkan bilangan pegawai-pegawai kerajaan.
Bagi menguruskan pentadbiran Negeri-Negeri Selat ini, seorang Gabenor
telah dilantik untuk menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran Negeri-
Negeri Selat. Walau bagaimanapun, Gabenor tidak mempunyai kuasa yang
mutlak untuk membuat keputusan dalam sesuatu hal dan hanya tertakluk
kepada arahan-arahan dari kerajaan India. Pada tahun 1830, taraf Presidensi
Negeri-Negeri Selat ini telah diturunkan ke taraf Residensi dan jawatan Gabenor
telah dijadikan sebagai Residen.77 Kemudiannya dua orang Timbalan Residen
telah dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Menjelang tahun 1832, jawatan
Gabenor telah digunakan semula di Negeri-Negeri Selat dan pusat pentadbiran
Negeri-Negeri Selat juga telah dipindahkan ke Singapura.
Pada tahun 1867, Negeri-Negeri Selat telah dijadikan sebagai koloni
Mahkota British setelah pusat pentadbiran Negeri-Negeri Selat telah dipindahkan
dari Calcutta ke Pejabat Tanah jajahan di London pada 1 April.78 Pada 4 Februari
pula, penempatan telah diberikan “Latters Patent” sebagai perlembagaan koloni
Negeri-Negeri Selat. Bagi memberi kuasa yang lebih kepada Gabenor Negeri-
Negeri Selat yang mentadbir koloni, sebuah badan telah ditubuhkan bagi
membantu Gabenor, iaitu Majlis Eksekutif Negeri-Negeri Selat yang
mengandungi keseluruhan ahli-ahli majlis rasmi, dan sebuah badan perundangan
yang mengandungi ahli-ahli rasmi dan ahli-ahli yang dipilih. Jentera Pentadbiran
koloni Negeri-Negeri Selat telah dilaksanakan di bawah Majlis Perkhidmatan
Awam seperti juga Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Anggota-anggota majlis
perkhidmatan awam ini telan diberikan latihan dengan diberikan peperiksaan
dan ujian yang kompetitif yang dilaksanakan setiap tahun di London.
76
? Penang Past and Present 1786-1963, George Town, Penang: The City Council, 1966, hlm. 7.77
? Dr. Ismail Said, Perkembangan Sejarah Negara, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, 2010, hlm. 34.
78 Ibid., hlm. 35.
42
3.5.1 Pusat Pentadbiran
Pada masa Negeri-Negeri Selat berada di bawah pentadbiran kerajaan India,
kesemua Negeri-Negeri Selat telah diletakkan di bawah kawalan tiga bentuk
pentadbiran, iaitu ditadbir di bawah kerajaan Benggala (1831-1851), seterusnya
diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor Jeneral (1851-1858), akhir
sekali telah diserahkan kepada Pejabat India (1858-1867).79 Sejak Negeri-Negeri
Selat diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan British di India, banyak
berlakunya masalah yang dihadapi yang menyebabkan timbulnya pelbagai
sungutan dalam kalangan masyarakat Negeri-Negeri Selat dan golongan
saudagar.
Keadaan ini berlaku kerana ketidakmampuan kerajaan India untuk
mengawal keadaan di Negeri-Negeri Selat. Selain itu, mereka juga tidak suka
berada di bawah pengawalan kerajaan India kerana sikap tidak ambil peduli
terhadap hal ehwal Negeri-Negeri Selat yang akhirnya menyebabkan timbulnya
pelbagai masalah pentadbiran dan kemerosotan ekonomi, terutama di
Singapura. Keadaan ini telah menyebabkan isu desakan oleh rakyat tempatan
khususnya para pedagang Singapura supaya pentadbiran Negeri-Negeri Selat
dipindahkan ke London. Isu perpindahan pentadbiran Negeri-Negeri Selat telah
ditimbulkan oleh George Eari dan diteruskan oleh Anderson pada tahun 1840-an.
Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari Pejabat
India ke Pejabat Tanah Jajahan telah bertambah kuat setelah pengenalan Akta
Mata Wang dan cukai pelabuhan. Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India
pada masa itu terlibat dalam satu pemberontakan sepoi, iaitu Dahagi India
(1857), di mana sepoi-sepoi India bangkit menentang SHTI.80 Peristiwa Dahagi ini
jelas memperlihatkan ketidakmampuan dan kelemahan Pejabat India yang jelas
untuk memerintah India sendiri dan juga mentadbir Negeri-Negeri Selat yang
jauh.
Dalam rayuan yang telah dibuat itu, saudagar-saudagar Negeri-Negeri
Selat telah meminta Pejabat Tanah Jajahan di London supaya mengambil alih
79 Dr. Ismail Said, op. cit., hlm. 35.
80 Ibid.
43
kuasa Pentadbiran Negeri-Negeri Selat yang berada di bawah pentadbiran
Pejabat India. Selepas tamatnya peristiwa Dahagi India, iaitu pada tahun 1858,
SHTI telah dibubarkan. Pada 10 ogos 1866, parlimen telah meluluskan Akta
Perpindahan Pentadbiran Negeri-Negeri Selat dari India ke pejabat Tanah
Jajahan. Akhirnya pada 1 April 1867, akta tersebut telah dikuatkuasakan dan
pentadbiran Negeri-Negeri Selat telah dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di
London. Perpindahan ini memberikan Negeri-Negeri Selat mencapai taraf Tanah
Jajahan Mahkota.
3.5.2 Faktor Perpindahan Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Selat
Ketika Negeri-Negeri Selat berada di bawah pentadbiran Kerajaan India, timbul
beberapa masalah dan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat
terutamanya golongan saudagar yang merupakan golongan terpenting. Mereka
mengatakan bahawa kerajaan India tidak cuba untuk menyelesaikan masalah
dan memenuhi keperluan mereka serta cuai menjalankan tugas-tugas terhadap
Negeri-Negeri Selat.
Salah satu kesukaran dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan India yang
memang tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang jauh dari Negeri-
Negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan apabila sesuatu arahan yang hendak
disampaikan oleh kerajaan India ke Negeri-Negeri Selat akan mengambil masa
yang lama untuk diterima. Hal ini menjadi lebih bermasalah apabila tidak ada
pegawai-pegawai India yang benar-benar mengetahui kedudukan Negeri-Negeri
Selat. Pada masa yang sama, antara India dan Negeri-Negeri Selat mempunyai
perbezaan yang sangat besar sama ada daripada segi politik mahupun sosial.
Oleh itu, segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan India seringkali
bertentangan dengan kehendak-kehendak yang sebenarnya diperlukan oleh
penduduk Negeri-Negeri Selat.
Selain itu, sikap cuai kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-Negeri
Selat amat ketara dilihat apabila kerajaan India melaksanakan dasar
pengurangan pegawai-pegawai atas alasan untuk menjimatkan perbelanjaan
pentadbiran yang akhirnya menyebabkan berlakunya kemerosotan kecekapan
pentadbirannya.81 Negeri-Negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai
81 Dr. Ismail Said, op. cit., hlm. 36.
44
tidak mencukupi untuk melaksanakan tugas-tugas tambahan. Pegawai-pegawai
yang sedia ada juga kebanyakannya adalah masih muda dan kurang terlatih
dalam pentadbiran tempatan. Pegawai-pegawai ini juga tidak faham tentang
bahasa dan adat resam penduduk tempatan mengakibatkan kesukaran untuk
menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan. Mereka juga diberi gaji yang
rendah dan kenaikan pangkat yang tidak terjamin. Oleh itu, mereka tidak
berminat dengan tugas mereka serta dorongan untuk terdedah dengan
pengamalan rasuah.
Kerajaan India pula dilihat tidak mengambil tindakan yang tegas untuk
mengekalkan keamanan di Negeri-Negeri Selat. Bilangan anggota polis yang
ditugaskan di Negeri-Negeri Selat juga tidak mencukupi untuk menjaga
keamanan. Contohnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis yang
ditugaskan untuk menjaga penduduk yang seramai 16,000 orang di Singapura.
Di samping itu, sistem pengadilan juga tidak cekap di mana tidak mempunyai
hakim-hakim dan peguam yang terlatih selain kekurangan mahkamah untuk
membicarakan dan mengadili kes-kes jenayah dan awam. Malah hanya terdapat
seorang hakim di Negeri-Negeri Selat pada tahun 1857. Hal ini telah
menyebabkan banyak kes-kes tertangguh.
Kecuaian Kejajaan India juga jelas kelihatan dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh Negeri-Ngeri Selat seperi masalah lanun dan
ketidakupayaan dalam mengawal kegiatan kongsi gelap.82 Sikap kerajaan India
yang tidak bersungguh-sungguh dalam usaha membasmi lanun. Banyak berlaku
rompakan di Selat Melaka dan perairan Singapura. Kadang-kala lanun ini bukan
sahaja merompak malah membakar kapal-kapal perdagangan dan membunuh
anak-anak kapal serta segelintir daripada anak kapal itu dijadikan sebagai
hamba abdi. Kegiatan lanun ini dilakukan oleh puak seperti Ilkanon, Sikarna,
Melayu, Dayak dan lain-lain. Dalam tahun-tahun 1850, orang Cina turut terlibat
dalam kegiatan perlanunan.
Selain masalah lanun, kerajaan India turut tidak dapat menyelesaikan
masalah dalam kegiatan kongsi gelap. Dalam hubungan dengan kongsi gelap
Cina, Kerajaan India menggunakan sitem “inderect rule”, iaitu memberi
kebebasan kepada kongsi gelap menjalankan kegiatan mereka.83 Kerap kali
82 Dr. Ismail Said, op. cit., hlm. 36.
83 Ibid.
45
berlaku pergaduhan dan pembunuhan antara kongsi gelap yang pelbagai puak
ini menyebabkan kesan buruk terhadap perdagangan dalam kalangan saudagar.
Sekiranya kegiatan perlanunan dan kongsi gelap ini tidak dapat dikawal, cita-cita
untuk menjadikan Negeri-Negeri Selat sebagai pelabuhan dan pusat
perdagangan Inggeris yang penting di bahagian timur pasti akan terhalang.
Kelemahan dalam sistem perwakilan turut dapat dilihat dengan ketiadaan
perwakilan tempatan. Kerajaan Negeri-Negeri Selat tidak mempunyai Majlis
Perundangan untuk memilih wakil-wakil rakyat yang dalam menyuarakan
pendapat rakyat tempatan berkenaan pentadbiran Negeri-Negeri Selat.84 Oleh
itu, sebarang undang-undang akan digubal dan diluluskan di Majlis Perundangan
di Calcutta atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang jahil dan tidak
tahu mengenai keadaan di Negeri-Negeri Selat. Undang-undang yang diluluskan
tidak sesuai dengan keadaan di Negeri-Negeri Selat kerana keadaan ekonomi
mahupun sosial di Negeri-Negeri Selat jauh berbeza berbanding India dan
Britain. Malah undang-undang yang digubal itu tidak menghiraukan pandangan
pegawai-pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang tidak berpuas hati
dengan tindakan kerajaan India dan menuntut agar sebuah majlis perundangan
ditubuhkan dan akan diwakili oleh wakil tempatan untuk didengari pandangan
pegawai tempatan.
Kerajaan India telah membuat keputusan untuk menghantar dan
menempatkan banduan dari India ke Negeri-Negeri Selat. Pada tahun 1857,
seramai 4,000 orang banduan telah dihantar ke Negeri-Negeri Selat untuk
menjalani latihan hukuman.85 Tindakan ini dibantah kuat oleh saudagar-saudagar
yang diketuai oleh W.H Read yang menjadikan kawasan Negeri-Negeri Selat
tempat buangan banduan. Mereka menganggap tindakan menjadikan Negeri-
Negeri Selat tempat buangan banduan akan menjatuhkan imej Negeri-Negeri
Selat serta mengancam nyawa mereka. Selain itu, perdagangan Negeri-Negeri
Selat mungkin akan merosot kerana saudagar asing akan berasa bimbang untuk
melakukan aktiviti perdagangan. Negeri-Negeri Selat juga terpaksa membiayai
perbelanjaan untuk menanggung banduan-banduan itu dengan menggunakan
kewangan sendiri. Hal ini menambahkan lagi beban kewangan dan sosial Negeri-
Negeri Selat.
84 Dr. Ismail Said, op. cit., hlm. 36.
85 Ibid., hlm. 38.
46
Kerajaan India turut mengamalkan dasar tidak campur tangan di Negeri-
Negeri Selat yang akhirnya akan merugikan para saudagar.86 Saudagar
berpendapat bahawa sekiranya polisi tidak campur tangan di negeri-negeri
Melayu akan merugikan perdagangan dan mengurangkan pengaruh British.
Mereka inginkan kerajaan India campurtangan dan menamatkan keadaan huru-
hara seperti perang perebutan takhta dan kekacauan yang dilakukan oleh kongsi
gelap demi meluaskan pengaruh Inggeris di Tanah Melayu dan mengharapkan
agar keamanan di negeri-negeri Melayu khususnya Negeri-Negeri Selat dapat
dipulihkan untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Namun demikian,
kerajaan India enggan membuka dasar tidak campur tangan mereka. Sebaliknya
mereka mengamalkan dasar pro-Siam di mana dasar ini telah merugikan
kegiatan perdagangan saudagar British.
Pada tahun 1855, Kerajaan India telah meluluskan Akta Mata Wang
dengan menjadikan matawang Rupee dan Paisa sebagai mata wang yang sah
dan di Negeri-Negeri Selat bagi menggantikan mata wang ringgit perak dan
sen.87 Akta ini dibantah keras oleh saudagar-saudagar yang telah biasa dengan
penggunaan wang ringgit dan juga disebabkan nilai wang rupee adalah tidak
stabil berbanding dengan wang ringgit. Masalah ini menjadi kemaraan kemuncak
dan rasa tidak puas hati golongan saudagar terhadap pentadbiran India.
Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik pelaksanaan matawang rupee.
Selain itu, pada awal tahun 1856, kerajaan India meluluskan lagi sebuah
undang-undang, iaitu pengenaan cukai pelabuhan.88 Hal ini demikian kerana
kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi pada tahun 1830-an. Bagi
mengatasinya, kerajaan India telah mencadangkan cukai pelabuhan pada tahun
1833 dan telah meluluskan untuk mengenakan cukai pelabuhan ke atas Negeri-
Negeri Selat pada tahun 1856. Kutipan cukai ini digunakan untuk membiayai
pembinaan rumah-rumah api, pelampung-pelampung dan beberapa pangkalan.
Cukai ini amat dibantah oleh para saudagar kerana mereka berpendapat
bahawa kemakmuran yang dirasai dan keuntungan yang diperolehi adalah
bergantung kepada taraf pelabuhan bebasnya, terutamanya Singapura. Mereka
berasa bimbang seandainya cukai ini dilaksanakan kemungkinan kapal-kapal
86 Ibid., hlm. 36.
87 Dr. Ismail Said, op. cit., hlm. 39.
88 Ibid.
47
asing akan berkurangan. Seandainya keadaan ini berlaku, sudah pasti
kedudukan ekonomi saudagar di Negeri-Negeri Selat akan habis terjejas.
Disebabkan oleh keadaan tersebut, maka desakan untuk memindahkan
pusat pentadbiran Negeri-Negeri Selat kian meningkat untuk dipindahkan
kepada pejabat tanah jajahan di London. Isu perpindahan ini turut dimuatkan di
akhbar-akhbar dan menjadi isu hangat dalam kalangan saudagar. Pada bulan
April 1858, isu ini telah dibentangkan di Parlimen British. Golongan saudagar
yang diketuai oleh W.H. Read dan bekerjsama dengan John Crowford, iaitu bekas
Residen Singapura telah berusaha mempengaruhi menteri dan ahli parlimen
British untuk menyokong perpindahan pentadbiran Negeri-Negeri Selat. Kerajaan
British telah menghantar Sir Hewlee Robinson ke Negeri-Negeri Selat untuk
laporan peruntukan yang diperlukan. Akhirnya, pentadbiran Negeri-Negeri Selat
telah berjaya dipindahkan di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di
London pada 1 April 1867.
3.6 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kita dapat melihat dengan jelasnya kemaraan kuasa
Inggeris di negeri Melaka, Pulau Pinang dan Singapura sehingga tertubuhnya
Negeri-Negeri Selat. Keinginan orang Inggeris ke Kepulauan Melayu pada abad
ke-18 adalah bertujuan mencari sebuah pelabuhan baru untuk dijadikan
pangkalan untuk tujuan pertahanan dan perniagaan. Dengan motif-motif
tersebut, pihak Inggeris telah mendapatkan Pulau pinang melalui perjanjian
antara sultan Kedah dan Francis Light, Singapura melalui pengiktirafan Sultan
Husain dan Temenggung Abdul Rahman, serta Melaka yang diperolehi melalui
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.
Kedatangan orang Inggeris di kepulauan Melayu telah menyebabkan
hubungan mereka dengan pihak Belanda menjadi renggang. Kedua-dua kuasa
besar ini bersaing sesama sendiri untuk melebarkan sayapnya dan pengaruhnya
di kepulauan Melayu terutamanya di Tanah Melayu. Perbalahan mereka
membawa kepada berlakunya beberapa perjanjian untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Contohnya, semasa pendudukan Inggeris di Singapura
berlaku siri perjanjian dengan Belanda pada tahun 1820 untuk menyelesaikan
perbalahan mereka.
48
Pihak Inggeris juga sebenarnya ingin mengelakkan pergaduhan dengan
pihak Belanda. Sesetengah perkara dapat dicapai dalam rundingan tersebut
tetapi dalam soal Singapura, berlaku kemelut yang melibatkan pembahagian
kawasan yang bercelaru. Rundingan terus dijalankan yang akhirnya berlaku
perjanjian pada 17 Mac 1824 yang lebih dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824.
Perjanjian ini akhirnya menyebabkan British mempunyai tiga bentuk
penempatan yang kemudiannya disatukan di bawah satu pentadbiran yang
dinamakan Negeri-Negeri Selat. Negeri-Negeri Selat pada mulanya diletakkan di
bawah pentadbiran Kerajaan Inggeris di India. Disebabkan oleh berlakunya
beberapa masalah yang dihadapi oleh Negeri-Negeri Selat di bawah pentadbiran
kerajaan India serta kelemahan pentadbiran kerajaan India terhadap Negeri-
Negeri Selat, akhirnya Negeri-Negeri Selat telah diletakkan di bawah pentadbiran
kerajaan Inggeris di London.
49
BAB 4
KEMARAAN KUASA BRITISH
DI NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB)
4.1 PENGENALAN
Semenjak Melaka jatuh di tangan Portugis, keadaan Tanah Melayu amat kucar-
kacir. Pergolakan yang berlaku adalah diakibatkan oleh persaingan yang berlaku
di antara tiga kuasa atau kerajaan yang unggul iaitu pihak Portugis, kerajaan
Acheh dan Johor-Belanda. Semua kuasa besar ini masing-masing telah berperang
antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, Portugis dapat bertahan di Melaka
dalam lebih kurang 100 tahun lamanya. Kemasukan kuasa Portugis di Melaka
telah mendatangkan implikasi yang amat besar terhadap sosiopolitik, ekonomi
dan kebudayaan masyarakat Melayu di Melaka.
Kebangkitan kuasa lain seperti kesultanan Johor dan kerajaan Acheh
sedikit sebanyak telah menggugat kuasa Portugis di kawasan perairan Selat
Melaka khususnya dalam aspek perdagangan pelabuhan. Hal ini disebabkan
sikap Portugis sendiri yang menghalang kemasukan pedagang-pedagang Arab
yang beragama Islam untuk menjalankan perdagangan mereka di Melaka. Oleh
kerana dihalang oleh Portugis, mereka telah mengalihkan perhatian untuk
berdagang di pelabuhan Kerajaan Acheh. Pihak Portugis telah mengalami
kerugian yang amat besar akibat kemunculan pelabuhan kerajaan Acheh yang
menjadi perhatian pedagang bukan sahaja dari Arab, malahan daripada Gujerat
dan terdapat juga pedagang Cina yang beralih ke kawasan kerajaan Acheh.
Keadaan ini telah menyebabkan Portugis berhasrat untuk menggulingkan
kerajaan Acheh demi mengaut semula keuntungan yang sepatutnya menjadi
milik mereka sendiri. Beberapa siri peperangan telah tercetus antara Acheh dan
Portugis. Selain kedua-dua kuasa ini, kesultanan Johor yang didirikan oleh Sultan
Mahmud Syah (Bentan) juga sering memerangi Portugis untuk merampas semula
Melaka daripada Portugis. Begitu juga kerajaan Acheh sering memerangi Johor
kerana menghalang kapal-kapal pedagang daripada memasuki Selat Melaka. Hal
ini boleh menyebabkan aktiviti perdagangan di Acheh terbantut sama sekali.
Dalam sekitar abad ke-15 hingga abad ke-16, peperangan antara ketiga-tiga
50
kuasa ini sering berlaku sehingga Belanda menguasai Melaka pada tahun 1641.
Kemasukan kuasa Belanda di Melaka telah menyebabkan semakin banyak kuasa
luar khususnya daripada Barat ingin menguasai Tanah Melayu yang terkenal
dengan kekayaan bahan mentah.
Antara kuasa asing yang ingin menguasai Tanah Melayu ialah British.
Selepas termeterainya perjanjian Inggeris-Belanda, Tanah Melayu telah
diletakkan di bawah jajahan British. British telah membahagikan Tanah Melayu
kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pentadbiran mereka.
Pembahagian tersebut adalah Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu
Besekutu (NNMB) dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). Bab ini
akan membincangkan kemaraan kuasa British di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
4.2 KEMARAAN BRITISH DI PERAK
Seterusnya setelah Belanda menguasai Melaka, kuasa British mula datang ke
Tanah Melayu. Campur tangan kuasa British di Tanah Melayu bermula daripada
negeri Perak. Faktor yang menyebabkan campurtangan British di Perak adalah
disebabkan oleh huru-hara yang melibatkan dua kongsi gelap Cina di kawasan
perlombongan bijih timah yang mencetuskan beberapa siri peperangan di Larut
dan faktor perebutan takhta kerajaan Perak di kalangan pemimpin Perak. Setiap
ahli kongsi gelap Cina ini masing-masing mempertahankan puak masing-masing
kerana berebut kawasan pengaruh mereka di Larut. Sengketa yang berlaku di
antara kedua-dua puak kongsi gelap ini menyebabkan campur tangan British.
Sengketa yang berlaku ini telah menjejaskan pelabuhan di bawah kawalan
British iaitu pelabuhan Pulau Pinang dan Singapura. Hal ini kerana kongsi-kongsi
gelap di Perak mempunyai hubungan dengan kongsi-kongsi gelap di kedua-dua
pelabuhan tersebut.89
Semasa tercetusnya Perang Larut, anggota-anggota kongsi gelap yang
dikenali sebagai Hai San dan Ghee Hin telah menimbulkan kekecohan. Masing-
masing tidak mahu mengalah dan berusaha untuk menjatuhkan antara satu
sama yang lain. Kedua-dua puak ini telah bersaing untuk mendapatkan kuasa.
Menurut seorang penulis daripada anggota persatuan penerbit buku, kedua-dua
89 Mohd. Isa Othman, op. cit., hlm. 71.
51
kumpulan kongsi gelap ini sentiasa bersaing untuk mendapatkan kawasan
lombong yang terbaik.90 Persaingan inilah yang akhirnya mencetuskan Perang
Larut yang Pertama dari tahun 1861 hingga 1862.
4.2.1 Perang Larut Pertama (1861-1862)
Pada sekitar tahun 1861 hingga 1862, perang Larut pertama telah berlaku yang
melibatkan dua kumpulan kongsi gelap Cina yang terbesar iaitu di antara puak
Hai San dan Ghee Hin. Puak Hai San dan Ghee Hin telah bertelagah demi
mendapatkan kawasan pengaruh perlombongan di Larut. Puak Ghee Hin yang
merupakan puak minoriti di kawasan lombong terpaksa melarikan diri apabila
diserang. Semasa perang berlaku, banyak kerosakan yang berlaku. Puak Ghee
Hin di Pulau Pinang telah meminta Bitish menuntut ganti rugi kepada Sultan
Jaafar akibat kerosakan yang berlaku.
British telah menuntut ganti rugi kepada Sultan Jaafar dengan ancaman
untuk menyerang Perak sekiranya sultan enggan membayar ganti rugi. Keadaan
ini memaksa Menteri Larut, Ngah Ibrahim membayar ganti rugi demi menjaga
kepentingannya di Larut. Sultan begitu terhutang budi atas jasa yang dicurahkan
oleh Ngah Ibrahim. Bagi membalas jasa Ngah Ibahim, pada tahun 1864, Sultan
Perak mengurniakan gelaran Orang Kaya Menteri Larut kepada beliau.91
Walaupun perang Larut ini dapat diselesaikan, namun puak Ghee Hin masih
tidak berpuas hati dengan cara penyelesaian tersebut. Keadaan ini telah
mencetuskan perang Larut yang kedua pada tahun 1865.
4.2.2 Perang Larut Kedua (1865-1867)
Puak Ghee Hin sering mencari peluang untuk bersengketa dengan Hai San
kerana tidak berpuas hati dengan penyelesaian perang Larut yang pertama.
Ngah Ibrahim seolah-olah membela dan menyokong puak Hai San. Hal ini
menyebabkan puak Ghee Hin berasa iri hati dengan keistimewaan yang
90 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, Malaysia Kita, Petaling Jaya: Golden Book Centre Sdn. Bhd., 2000, hlm. 69.
91 Ibid., hlm. 70.
52
diberikan oleh Ngah Ibrahim terhadap puak Hai San. Hal ini kerana, Ngah
Ibrahim menaikkan cukai yang nampaknya lebih ditujukan kepada mereka. Puak
Hai San pula menerima layanan yang istimewa daripada Ngah Ibrahim.92 Puak
Ghee Hin amat marah dengan sikap Menteri Larut yang berat sebelah kepada
musuh mereka. Mereka telah mengambil keputusan untuk menghapuskan dan
menghalau puak Hai San daripada Larut. Peperangan yang berlaku
menyebabkan puak Ghee Hin yang mempunyai bilangan yang sedikit berbanding
Hai San tewas dan dihalau dari Klian Bharu di Larut. Keadaan peperangan
menjadi semakin rumit kerana Ngah Ibrahim menyokong Hai San manakala, Raja
Abdullah pula telah menyokong puak Ghee Hin.
Setelah Ghee Hin dihalau keluar daripada Larut, tempat mereka telah
digantikan oleh puak San Neng dari Pulau Pinang. Jumlah mereka dua ribu orang
berbanding dengan Hakka Chen Sang (Hai San) seramai 10 ribu orang.93 Jumlah
mereka yang sedikit ini menyebabkan mereka bergabung dengan puak Ghee
Hin. Gabungan kedua-dua puak ini telah menjadi jumlah yang besar dan hampir
sama dengan puak Hai San. Puak Hai San terpaksa berwaspada dengan
kumpulan ini. Walaubagaimanapun, perang Larut ketiga meletus lagi pada tahun
1871.
4.2.3 Perang Larut Ketiga (1871-1873)
Perang Larut ketiga berlaku akibat hubungan sulit pemimpin puak Ghee Hin
dengan isteri seorang ahli puak Hai San.94 Dalam peperangan ini, gabungan puak
San Neng dan Ghee Hin telah menewaskan puak Hai San dan menghalau mereka
hingga ke kubu Ngah Ibrahim di Matang dan akhirnya lari dari Larut. Dengan
kehilangan puak Hai San di Larut telah menyebabkan Ngah Ibrahim merasakan
kuasa beliau mula tergugat dengan kehadiran puak gabungan San Neng dan
Ghee Hin. Sekitar bulan Mac hingga Oktober 1872, gabungan puak San Neng dan
Ghee Hin ini telah menguasai Larut.
92 Mohd. Isa Othman, op. cit., hlm. 53.
93 Ibid.
94 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, op. cit., hlm. 70.
53
Walau bagaimanapun, pada bulan Oktober 1872 puak Hai San dari Pulau
Pinang telah membuat serangan balas terhadap gabungan puak tersebut. Puak
Hai San berjaya menghalau puak San Neng keluar daripada Larut. Namun, pada
bulan Disember 1872 pihak Ghee Hin dari Pulau Pinang menyerang kawasan
Pantai Larut dan menawan Matang.95 Memandangkan puak Hai San yang
merupakan puak kongsi gelap Cina yang terkuat tewas di tangan Ghee Hin, Ngah
Ibrahim telah meninggalkan Larut dan pergi ke Krian untuk membuat
perdamaian dengan Raja Abdullah tetapi usaha beliau menemui kegagalan.
Oleh kerana Raja Abdullah tidak mahu menerima rundingan damai dengan
Ngah Ibrahim, Ngah Ibrahim telah mengambil dan membawa Kapten Speedy dan
askar-askar Sepahi untuk mengukuhkan kuasanya di Larut. Raja Abdullah berasa
terancam dengan kedatangan Kapten Speedy dan askar-askar Sepahi yang
dibawa oleh Ngah Ibrahim. Raja Abdullah akhirnya pergi menemui seorang
saudagar British iaitu W.H. Read untuk mendapatkan bantuan. Namun, usaha
tersebut juga gagal. Walaupun begitu, W.H. Read menasihatkan Raja Abdullah
supaya menangguhkan tuntutan itu sehingga kedatangan Gabenor baru.96
Kehadiran Sir Andrew Clarke pada November 1873 telah membuka
peluang Raja Abdullah untuk mendapatkan takhta di Perak. Raja Abdullah
memberitahu British bahawa beliau akan memenuhi segala arahan British
asalkan beliau mendapat takhta Kerajaan Perak. Clarke telah mengambil
kesempatan ini untuk campur tangan di Perak. Clarke telah menghantar W.A.
Pickering iaitu seorang pegawai British yang pandai bertutur Cina untuk
menyelesaikan pertelingkahan di antara kongsi gelap di Larut dan masalah
perebutan takhta Kerajaan Perak. Semua pemimpin Melayu Kerajaan Perak dan
ketua-ketua kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San dijemput menghadiri satu
perjumpaan yang diadakan di Pangkor. Namun, Raja Ismail dan Raja Yusuf tidak
hadir dalam perjumpaan tersebut.
4.2.4 Perjanjian Pangkor 1874
Perjanjian Pangkor menandakan bermulanya penguasaan British terhadap Perak.
Dalam perjanjian ini, keuntungan banyak memihak kepada pihak British
95 Mohd. Isa Othman, op. cit., hlm. 54.96 Mohd. Isa Othman, op. cit., hlm. 71.
54
manakala kerugian pula terpaksa ditanggung oleh para sultan dan pembesar
Perak. Sultan atau raja-raja Perak dan juga para pembesar tidak menyedari
bahawa perjanjian yang mereka buat bersama British telah menyebabkan
mereka kehilangan kuasa di negeri sendiri. Hal ini kerana, hasil-hasil negeri telah
dimonopoli hampir keseluruhannya oleh British melalui pelantikan Residen-
Residen yang menggantikan atau mengawal kuasa Raja dan para pembesar.
Sehinggakan Ngah Ibrahim yang menjadi sebagai pemerintah dan sebagai
menteri Larut yang bebas, akhirnya kehilangan kuasa tersebut kerana dikawal
oleh seorang Residen British. Antara perkara yang ditentukan dalam perjanjian
ini adalah seperti berikut;
i. Raja Abdullah diiktiraf oleh British sebagai sultan Perak yang sah.
Sultan Ismail akan dilantik menjadi sebagai Sultan Muda dan
menerima wang pencen sebanyak $1,000.00 setiap bulan serta
mentadbir beberapa kawasan.
ii. Seorang Residen dilantik sebagai penasihat kepada sultan Perak
dan bertugas untuk menasihati sultan. Sultan mestilah mengikuti
nasihat Residen kecuali perkara berkaitan dengan agama Islam
dan adat istiadat Melayu.
iii. Semua perlantikan yang dilakukan oleh Sultan Ismail hendaklah
diiktiraf.
iv. Segala cukai dan hasil negeri dan perlantikan yang dibuat
hendaklah dibuat atas nama sultan tetapi hendaklah atas nasihat
Residen Inggeris. Gaji Residen hendaklah dibayar oleh sultan dan
pembesar, bukannya dari kerajaan Inggeris (British).
v. Kuasa yang diberikan oleh Almarhum sultan kepada Orang Kaya
Menteri Larut diiktiraf.
vi. Sempadan Pulau Dinding dan Pangkor yang diserahkan kepada
British dalam Perjanjian Low dipindahkan semula. Tindakan yang
sama juga dibuat ke atas sempadan Sungai Kerian.
55
vii. Pendapatan yang akan diterima oleh sultan dan para pembesar
akan diambil daripada hasil negeri Perak.
viii. Bagi mewujudkan keamanan di Perak satu peraturan segera akan
dibuat di bawah kawalan dan nasihat seorang atau lebih pegawai
British yang menentukan kedudukan lombong, jentera, bayaran
pampasan atau kerosakan atau sebagainya. Keputusan pegawai
tersebut adalah muktamad.
ix. Menteri Larut akan membiayai semua penyiasatan dan pemulihan
keamanan Perak.
Perkara-perkara di atas merupakan syarat-syarat yang perlu diterima oleh
sultan dan para pembesar Perak sekiranya ingin mendapatkan bantuan jaminan
keselamatan daripada kuasa British. Perjanjian Pangkor ini juga telah
membolehkan British memperkenalkan sistem Residen sebagai penasihat sultan
di Perak seperti yang dikatakan oleh D.G.E. Hall;
“The important document, which ushered in the new
order, provided for British intervention to protect Perak
and assist its rulers. Two clauses established the basic
principles of the Residential system.” 97
4.3 KEMARAAN BRITISH DI SELANGOR
Campur tangan British juga berlaku di Selangor pada awal tahun 1826. Masalah
penentuan kawasan sempadan di antara Selangor dan Perak menyebabkan
British campur tangan dalam pentadbiran Selangor. Sebagaimana yang tertulis
dalam buku berjudul Malaysia Kita, penglibatan pihak British di Selangor bermula
sejak tahun 1826, iaitu masalah pertikaian sempadan antara Selangor dan
Perak.98 Pertikaian antara Selangor dan Perak telah diselesaikan oleh British
pada tahun sebelum campur tangan mereka iaitu 1825. Namun, perjanjian
tersebut masih belum cukup memberi keamanan kepada kedua-dua belah pihak.
97 D.G.E. Hall, A History of South-East Asia, New York: ST. Martins Press Inc., 1958, hlm. 476.
98 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, op. cit., hlm. 73.
56
Perang Kelang yang meletus pada tahun 1867 menandakan masih ada
perkara yang belum selesai di antara Selangor dan Perak. Walhal ianya juga
merupakan masalah perebutan kuasa di satu kawasan yang maju iaitu tanah
Kelang. Kawasan Kelang pada asal, sebenarnya adalah tanah Raja Sulaiman iaitu
ayah kepada Raja Mahadi. Namun, kawasan tersebut merupakan kawasan yang
terbiar dan tidak diusahakan lagi oleh waris Raja Sulaiman seperti Raja Mahadi.
Oleh yang demikian, Sultan Selangor iaitu Sultan Abdul Samad telah
memberikan kawasan tersebut kepada Raja Abdullah untuk dibangunkan.
Kemajuan kawasan Kelang di bawah pentadbiran Raja Abdullah menyebabkan
Raja Mahadi berasa iri hati dan mula menuntut semula kawasan tersebut. Beliau
mendakwa bahawa kawasan tersebut merupakan harta peninggalan Raja
Sulaiman kepada beliau. Dakwaan Raja Mahadi mendatangkan kemarahan
kepada Raja Abdullah. Oleh kerana ingin mempertahankan Kelang, beliau
sanggup berperang dengan Raja Mahadi.
Perang di antara Raja Abdullah dengan Raja Mahadi menyebabkan huru-
hara di Selangor yang telah membimbangkan Sultan Abdul Samad. Beliau
akhirnya telah mengambil keputusan untuk menyelesaikan pertikaian yang
berlaku di antara Raja Abdullah dengan Raja Mahadi. Pada tahun 1867, Sultan
Selangor Sultan Abdul Samad telah melantik Tengku Kudin (menantu baginda)
untuk menyelesaikan perbalahan antara Raja Mahadi dan Raja Abdullah. Perang
ini mendatangkan kesan yang amat buruk di Selangor.99 Peperangan ini akhirnya
bertambah buruk keadaannya dengan penglibatan kongsi gelap Hai San dan
Ghee Hin dengan Hai San menyokong Raja Abdulah. Manakala, Ghee Hin
menyokong Raja Mahadi.
Serangan lanun di Kuala Langat telah menyebabkan kematian seramai
lapan orang Inggeris. Kematian orang Inggeris ini telah membuka peluang
Andrew Clarke untuk campur tangan dalam negeri Selangor. Dengan
campurtangan Clarke, maka telah menyebabkan kuasa British mula bertapak
sepenuhnya di Selangor. Penglibatan kuasa British ini telah mengakhiri Perang
Kelang dengan pengusiran Raja Mahadi daripada Selangor pada tahun 1873.
4.4 KEMARAAN BRITISH DI NEGERI SEMBILAN
99 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, op. cit., hlm. 73.
57
Kuasa British di Negeri Sembilan mula melebarkan sayapnya pada akhir abad ke-
19 selepas Selangor dikuasai oleh British. Campur tangan British di Negeri
Sembilan adalah diakibatkan oleh pertikaian yang berlaku di antara Datuk
Kelana dan Datuk bandar berkenaan kawasan pemungutan cukai hasil bijih
timah. Pergaduhan meletus di antara Datuk Bandar dan Datuk Kelana kerana
merebut kawasan bijih timah di Sungai Ujung.100 Pertikaian ini telah
menyebabkan hasil perlombongan di Sungai Ujung merosot. Kemerosotan hasil
bijih timah ini mendatangkan kerisauan pada Gabenor Singapura (Negeri-Negeri
Selat), iaitu Andrew Clarke kerana Negeri Sembilan adalah salah satu negeri di
bawah naungan Melaka yang merupakan kawasan naungan kuasa British pada
ketika itu. Hal ini kerana, Datuk Kelana yang mentadbir Sungai Ujung
mempunyai hubungan perniagaan bijih timah dengan orang Inggeris. Hal ini
dapat dibuktikan kerana, Datuk Kelana Sungai Ujung memberi kebenaran
Syarikat Perlombongan Sungai Ujung yang ditubuhkan oleh R.C. Woods, W.B.
Smitch dan S. Short.101
Oleh kerana Datuk Kelana tidak dapat menahan tentangan yang dibuat
oleh Datuk Bandar dan melihatkan keadaan hasil bijih timah yang merosot,
beliau akhirnya telah membuat keputusan untuk menemui Clarke di Singapura
bagi membantu menyelesaikan pertikaian tersebut. Clarke dan Datuk Kelana
telah menandatangani satu perjanjian. Dalam perjanjian tersebut, pihak British
telah mengiktiraf Datuk Kelana sebagai pemerintah sah kawasan Sungai Ujung
dengan syarat Datuk Kelana tidak mengenakan cukai yang tinggi kepada
saudagar-saudagar Inggeris yang berdagang di situ. Datuk Kelana juga mestilah
memberikan kawasan Simpang ke Permatang Pasir kepada British.
Datuk Bandar berasa marah dengan tindakan Datuk Kelana kerana telah
membuka peluang kepada British untuk campur tangan di Negeri Sembilan.
Kehadiran Raja Mahadi dan Raja Mahmud yang telah diusir daripada Selangor
telah merumitkan keadaan apabila mereka menyokong Datuk Bandar untuk
menentang Datuk Kelana dan British. Dengan sokongan Raja Mahadi dan Raja
Mahmud ini, maka semangat Datuk Bandar untuk menentang Datuk Kelana dan
pihak British semakin berkobar-kobar. Satu pemberontakan tercetus di Sungai
Ujung.102 Datuk Kelana yang berseorangan tidak dapat menghadapi
100 Ibid., hlm. 74.101 Mohd. Isa Othman, op. cit., hlm. 68.
102 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, op. cit., hlm. 75.
58
pemberontakan yang dilakukan oleh Datuk Bandar, Raja Mahadi dan Raja
Mahmud serta konco-konco mereka. Akhirnya Datuk Kelana telah meminta
bantuan daripada Andrew Clarke untuk menghentikan pemberontakan tersebut.
Andrew Clarke telah menghantar W.A. Pickering dan anggota polis ke
Sungai Ujung bagi membantu Datuk Kelana menghadapi musuh-musuh beliau.
British berjaya menumpaskan pemberontakan tersebut. Datuk Bandar terpaksa
menandatangani perjanjian dengan British yang mana beliau bersetuju untuk
menamatkan persengketaan di antara beliau dengan Datuk Kelana. Dengan
termaktubnya perjanjian ini pada 16 Disember 1874, Datuk Kelana telah
meletakkan Sungai Ujung di bawah perlindungan British. Seperti yang dikatakan
oleh D.G.E. Hall dalam catatannya, iaitu:
“Clarke intervened and persuaded the Chiefs of Sungei Ujong
and Linggi to sign a bond to abandon the practice and keep
the peace in return for British protection.” 103
Selepas British mendapatkan kawasan Sungai Ujung, Negeri Sembilan
akhirnya telah jatuh di tangan British. Pentadbiran di Negeri Sembilan telah
diambil alih oleh kuasa British. Para pembesar semakin hari semakin hilang
pengaruh mereka. Sultan pula hanya dijadikan sebagai boneka sahaja bagi
mengukuhkan pegaruh British di Negeri Sembilan. British telah memperkenalkan
sistem Residen di Negeri Sembilan seperti yang mereka lakukan di negeri-negeri
Melayu yang lain. Sistem residen ini dibuat bagi mengawal penguasaan orang-
orang Melayu dalam pentadbiran kerana Sultan dan para pembesar di Negeri
Sembilan terpaksa mengikuti nasihat Residen yang dilantik oleh British kecuali
hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat orang Melayu.
Menurut D.G.E Hall lagi;
“ Negri Sembilan under British protection, and to follow the
advice of a British Resident in all matters of administration
save those touching the Mohammedan religion.” 104
103 D.G.E. Hall, op. cit., 1958, hlm. 477.
104 Ibid.
59
Oleh hal yang demikian, kemaraan kuasa British di Negeri Sembilan adalah
berpunca daripada kelalaian para pembesar atau anak raja yang bertelingkah
dalam perebutan kawasan. Kelalaian dan kecuaian ini menyebabkan mentaliti
para pemimpin Negeri Sembilan khususnya pembesar-pembesar yang menjadi
pemimpin terhadap sesebuah kawasan menjadi rapuh kerana terlalu
mengharapkan pertolongan dan mempercayai kuasa luar seperti British dalam
menyelesaikan masalah atau pertikaian di Negeri Sembilan. Akibatnya, Negeri
Sembilan menjadi hadiah British dalam meluaskan pengaruh mereka. British
menganggap pelawaan pembesar terhadap British untuk campur tangan di
Negeri Sembilan adalah seperti, ‘pucuk di cita, ulam mendatang.’ Hal ini
demikian kerana ia telah memudahkan usaha British dalam meluaskan pengaruh
mereka ke keseluruhan Tanah Melayu.
4.5 KEMARAAN BRITISH DI PAHANG
Kuasa British terus mara daripada Negeri Sembilan menuju sampai ke
Pahang. Campurtangan kuasa British di Pahang adalah disebabkan oleh
pemberian konsesi terhadap pemodal-pemodal saham Inggeris oleh Sultan
Ahmad. Para pemodal Inggeris telah mengusahakan kawasan yang mana
konsesinya diberikan oleh Sultan Ahmad. Para pemodal atau saudagar Inggeris
menyedari akan kepentingan konsesi kawasan yang diberikan kepada mereka
kerana kawasan tersebut adalah kawasan yang kaya dengan hasil bumi
terutamanya emas. Contohnya, Davidson dan William Cameron memperoleh
daerah Telom yang dipercayai banyak emas.105 Walaubagaimanapun, para
saudagar Inggeris berasa tidak senang dengan sikap Sultan Ahmad yang telah
memberikan konsesi yang mereka telah usahakan kepada orang lain seperti
Sultan atau saudagar Melayu. Hal ini telah menyebabkan para saudagar Inggeris
meminta British campur tangan dalam negeri Pahang.
Selain itu, campur tangan British dalam negeri Pahang adalah juga
diakibatkan oleh sengketa dan perang saudara yang berebut jawatan Bendahara
Pahang selepas kemangkatan Bendahara Pahang Wan Ali. Perang saudara ini
melibatkan anak Bendahara Pahang Wan Ali iaitu Wan Mutahir dan Wan Ahmad.
Perang saudara ini berlaku sebelum Wan Ahmad melantik dirinya sendiri sebagai
105 Mohd. Isa Othman, op. cit., hlm. 69.
60
Sultan Pahang yang kemudiannya beliau menggelar dirinya sebagai Sultan
Ahmad. Sultan Ahmad kemudiannya telah melantik puteranya iaitu Tengku
Mahmud sebagai waris takhta negeri Pahang.
Tindakan Sultan Ahmad ini telah menyebabkan Wan Mansur begitu marah
dengan Sultan Ahmad. Beliau menganggap bahawa jawatan tersebut sepatutnya
diberikan kepada beliau. Wan Mansur seterusnya telah mempengaruhi rakyat
Pahang untuk menentang Sultan Ahmad. Wan Mansur telah membuat pakatan
dengan Selangor untuk menyerang Pahang. Pakatan tersebut telah diketahui
oleh Sultan Ahmad. Baginda telah mengadu terhadap Gabenor Negeri–Negeri
Selat. Sir Cecil Clementi Smith, pemangku Gabenor telah mengarahkan Frank
Swettenham, Residen British di Selangor supaya menghalang Wan Mansur
daripada menyerang Pahang.106
Usaha-usaha penentangan Wan Mansur tidak mencapai kejayaan malah
seringkali gagal dalam menentang penguasaan Sultan Ahmad di Pahang. Pihak
British berusaha untuk memperdayakan Sultan Ahmad agar meletakkan Pahang
di bawah perlindungan British. Namun, Sultan Ahmad tidak berminat untuk
membiarkan British untuk campur tangan dalam pentadbiran Pahang. Baginda
sering mengelak dari pengaruh British terhadap negeri Pahang. Pujukan yang
dilakukan oleh Maharaja Abu Bakar Johor akhirnya telah menyebabkan Sultan
Ahmad terpaksa menerima tawaran untuk meletakkan Pahang di bawah
perlindungan British dengan menandatangani perjanjian pada 8 Oktober1887.
Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah;
i. Kerajaan Pahang dan Kerajaan British berikrar untuk
bekerjasama menjaga keamanan negeri dan menentang musuh
dari luar.
ii. Pahang hendaklah memenuhi permintaan Kerajaan Negeri-
Negeri Selat bagi membina jalan yang dapat menghubungkan
Pahang dengan negeri-negeri jiran bagi kemudahan urusan
perdagangan.
iii. Pihak British hendaklah dibenarkan meletak seorang wakil yang
bertaraf pegawai konsul di Pahang.
106 Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia, op. cit., hlm. 75.
61
iv. Matawang Kerajaan Negeri-Negeri Selat hendaklah digunakan di
Pahang dengan nilai yang sama seperti Negeri-Negeri Melayu
lain yang di bawah naungan British.
v. Gabenor Negeri-Negeri Selat bertanggungjawab bagi menjaga
keamanan di Pahang. Bagi melaksanakan tugas ini seorang
pegawai British hendaklah diberi kebenaran dan kebebasan
meronda kawasan perairan negeri Pahang dalam lingkungan tiga
batu dari pantai.
vi. Semua urusan yang berkaitan dengan hal-ehwal luar negeri
Pahang hendaklah diletakkan di bawah kuasa British. Sultan
Pahang tidak dibenarkan membuat sebarang perjanjian,
campurtangan dalam hal-ehwal politik dan pentadbiran Negeri-
Negeri Melayu yang lain, memberi konsesi kepada orang lain
kecuali rakyat dan syarikat British, orang Melayu dan Cina.
Baginda juga tidak dibenarkan membuat hubungan dengan
Kerajaan asing tanpa kebenaran pihak British.
Dengan termeterainya perjanjian ini, maka kuasa British telah dapat
menguasai Negeri Pahang di Tanah Melayu keseluruhannya. Kuasa British
menjadi satu kuasa hagemoni yang amat disegani di Tanah Melayu oleh kuasa-
kuasa lain seperti Belanda, Perancis dan Jerman. Campur tangan kuasa British
telah mengukuhkan kuasa dan pengaruh mereka di Negeri-Negeri Tanah Melayu.
Penguasaan British ini menyebabkan kuasa lain tidak berpeluang untuk
menguasai Tanah Melayu.
4.6 RUMUSAN
Kesimpulannya, kuasa British telah menyebabkan pembahagian antara negeri-
negeri di Tanah Melayu yang terpisah daripada negeri-negeri lain, iaitu Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada negeri Perak, Pahang, Selangor
dan Negeri Sembilan. Pemisahan ini adalah bertujuan untuk memudahkan
pentadbiran British ke atas Tanah Melayu. Namun, kesannya pada masyarakat di
62
Tanah Melayu ialah pemisahan ini menyebabkan kesukaran bersatunya
semangat perpaduan dalam masyarakat Melayu.
Di samping itu, masyarakat Melayu juga tidak mempunyai peluang untuk
menjawat jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerana kuasa British telah
menempatkan wakil-wakil mereka untuk mentadbir dalam sesebuah negeri. Hal
ini telah menyebabkan orang-orang Melayu kehilangan kuasa di tanah air
sendiri. Perselisihan dan huru-hara yang dicetuskan sama ada oleh golongan
bawahan mahupun golongan atasan di Tanah Melayu sepatutnya menjadi
pengajaran pada kita agar kita tidak mengulangi kesalahan lalu. Sikap tamak
untuk menjadi pemimpin sepatutnya dikikis dari dalam diri kita agar tidak mudah
terpengaruh dengan kuasa asing yang ternyata hanya mengambil kesempatan
atas kesempitan orang lain.
63
BAB 5
KEMARAAN KUASA BRITISH
DI NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU (NNMTB)
5.1 PENGENALAN
Secara keseluruhannya, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada
lima buah negeri, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Negeri-
negeri ini dikenali dengan panggilan tersebut kerana tidak termasuk dalam
Persekutuan 1896.107 Namun, kumpulan ini tidak menggambarkan negeri-negeri
tersebut sebagai satu entiti tetapi hanyalah satu terma untuk menerangkan
tentang negeri-negeri Melayu berkenaan.108 Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu juga dikenali sebagai Siam’s Malay States. Hal ini tidak
menghairankan memandangkan wujud pertalian politik yang erat antara kelima-
lima negeri ini dengan Siam.109 Pertalian yang sudah sedia wujud ini
menunjukkan rakyat di negeri-negeri ini lebih mengakui Siam sebagai
“pelindung” berbanding tawaran untuk memasuki Persekutuan 1896. Tambahan
pula, pada masa itu kerajaan Siam merupakan salah sebuah kuasa berpengaruh
di Nusantara. Oleh itu, kekuasaan mereka lebih diperakui berbanding kuasa-
kuasa lain.
Walau bagaimanapun, Raja-raja Melayu di negeri-negeri tersebut tidak
pernah menganggap bahawa negeri mereka berada di bawah pemerintahan
kerajaan Siam.110 Sebaliknya mereka sedar akan ancaman Siam yang diakui
memiliki kekuatan ketenteraan yang begitu kuat dan mampu untuk memerangi
Negeri-negeri Melayu pada masa tersebut. Untuk mengelakkan serangan
daripada mereka di samping mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Siam,
raja-raja Melayu di bahagian utara Tanah Melayu telah menghantar ufti yang
berupa “bunga emas”. Secara logiknya, sesiapa sahaja yang memberikan hadiah
atau seumpama itu kepada kerajaan lain sememangnya dianggap memberikan
pengiktirafan kepada kerajaan tersebut. Oleh sebab itu, bukanlah sesuatu yang
107 Mohamad Idris Salleh, Che Su Mustaffa dan Fuziah Shaffie, op. cit., hlm. 45.
108 Dr. Ismail Said, op. cit., 2010, hlm. 48.109
? Mohamad Idris Salleh, Che Su Mustaffa dan Fuziah Shaffie, op. cit., hlm. 45.110
? Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 185.
64
mengejutkan apabila Siam menganggap Negeri-negeri Melayu utara adalah di
bawah kekuasaannya.
Tidak seperti unit-unit pentadbiran di Tanah Melayu, iaitu Negeri-Negeri
Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak
Bersekutu masih lagi berada di luar kekuasaan British. Keadaan ini bertahan
sehingga awal kurun ke-20. Seperti yang kita sedia maklum, Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu bukanlah satu entiti politik, sebaliknya boleh dikatakan
tidak memiliki hubungan yang khusus antara entiti politik yang lain (Negeri-
Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu). Mereka dikenali dengan
panggilan tersebut memandangkan sehingga suku akhir kurun ke-20, Negeri-
negeri Melayu lain sudah bersekutu di bawah satu Persekutuan sedangkan
mereka belum lagi terikat secara rasmi dengan mana-mana kuasa, khususnya
British.
Selepas berperang dengan Burma, Kemboja dan Laos selama lebih dari
satu abad, Siam dikatakan telah bersatu di bawah Jeneral Chakri dan telah
ditabalkan sebagai King Rama I dalam tahun 1782. King Rama dan penganti-
penggantinya mengambil dasar untuk mengetatkan kawalannya ke atas negeri
Kedah dan Kelantan. Keadaan ini sangat tidak disukai oleh pembesar-pembesar
Melayu.111 Siam menganggap negeri-negeri Melayu utara wajar dikekalkan dalam
penguasaan mereka biarpun negeri-negeri berkenaan berfikiran sebaliknya.
5.2 KEMARAAN BRITISH DI PERLIS
Perlis bergantung kepada pihak Siam untuk menyempurnakan rancangannya
berpisah daripada Kedah dan menubuhkan diri sebagai sebuah kerajaan yang
baru. Perlis memandang Maharaja Siam sebagai penyelamat kerana khuatir
dengan kemungkinan bahawa Kedah dapat pulih daripada malapetaka Perang
Kedah-Siam yang berakhir pada tahun 1842.112
Raja dan pembesar Perlis berlumba-lumba dan bersaing dengan sultan
Kedah dalam menyemai perasaan baik dan mesra Maharaja serta istana Siam 111 Tan Sri Mubin Sheppard, Tanah Melayu yang Bersejarah, Petaling Jaya: Eastern
Universities Press (M) Sdn. Bhd., 1982, hlm. 12.
112 Julie Tang Su Chin, Sejarah Kerajaan Perlis 1841-1957, Monograf 32, Kuala Lumpur: Council of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society (MBRAS), 2002, hlm. 94.
65
terhadap mereka. Begitu juga dalam soal bayaran “Bunga Emas”, mereka tidak
pernah ketinggalan dalam satu biarpun kepada Siam. Malahan, Perlis telah
menggunakan alasan ini untuk melancarkan serangan ke atas Kedah pada
1821.113 Dalam bayaran ini, mereka telah membelanjakan belanjawan yang
cukup besar sehingga menjejaskan ekonomi negeri. Justeru, tidak hairanlah
mereka hampir muflis menjelang permulaan abad ke-20.114
Terdapat pandangan bahawa kemunculan kerajaan Perlis adalah akibat
daripada perpecahan dalaman kerajaan Kedah sendiri sehingga menghasilkan
daerah-daerah Perlis, Sentul dan Kubang Pasu yang menyaksikan perebutan
semasa Sultan Muhammad Jiwa.115 Daerah-daerah yang semakin banyak
menunjukkan sokongan terhadap sultan semakin berbelah-bahagi.
Perkembangan di Perlis adalah seiring dengan perkembangan yang
berlaku di Kedah kerana Perlis muncul daripada kerajaan Kedah. Siam telah
menghantar penasihat kewangan berbangsa Inggeris ke negeri tersebut, iaitu
H.E. Duke. Perkara ini berlaku apabila Siam meluluskan pinjaman kewangannya.
Sama seperti di Kedah, ikatan ini telah menyebabkan Perlis dikuasai oleh pihak
British. Beliau kemudiannya digantikan oleh Kapten Meadows Frost yang
seterusnya menjadi Penasihat British setelah Perjanjian Bangkok ditandatangani
pada tahun 1909. Walaupun raja Perlis enggan, namun pihak British tetap
meneruskan rancangan mereka untuk menguasai Perlis.116 Hal ini demikian
kerana, British sememangnya sudah berhasrat untuk menguasai keseluruhan
Tanah Melayu.
Menjelang tahun 1918, pihak British telah menyambung landasan kereta
api dari Kedah hingga ke Padang Besar di samping membina sekolah-sekolah
serta penambahbaikan dalam sistem pentadbiran kewangan. Hal ini dilakukan
bagi memudahkan urusan British. Pada tahun 1930, Perlis akhirnya berjaya
menyelesaikan hutangnya dengan Siam. Pada tahun tersebut juga, raja Perlis,
Raja Syed Alwi bersetuju untuk membuat perjanjian dengan British. Dengan
113 Julie Tang Su Chin, op. cit., hlm. 95.
114 Ibid., hlm. 96.115
? Ibid., hlm. 10.116
? Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 193.
66
perjanjian itu, Perlis dengan rasminya telah menjadi naungan British dengan
penasihat kewangannya menjadi Penasihat British.117
5.3 KEMARAAN BRIRISH DI KEDAH
Sebelum 1409, Kedah berada di bawah pengaruh politik Siam. Corak hubungan
kedua negeri bersifat Pertuanan-Naungan dalam konteks hubungan tradisional
Asia Tenggara. Selepas 1842, campur tangan Siam dalam politik dan
pentadbiran tempatan agak minimum. Walau bagaimanapun, kerajaan Bangkok
tetap membuat percubaan bagi memastikan Kedah kekal di bawah lingkungan
pengaruhnya, terutama dalam menghadapi peluasan imperialisme Barat,
khususnya British.
Antara percubaan tersebut termasuklah melalui polisi pemusatan kuasa
yang bermula pada tahun 1882. Melalui pemusatan kuasa ini, beberapa daerah
disatukan ke dalam “Monthon” di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi (Khaluang
Thesaphiban). Dalam rancangan ini, Kedah, Perlis dan Setul disatukan sebagai
“Monthon Saibuji” dan Sultan Kedah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi.
Walaupun begitu, rancangan ini gagal kerana Siam tidak bersungguh-sungguh
selain mendapat tentangan hebat daripada kerabat diraja Perlis dan Setul.118
Sebaik sahaja mencapai kestabilan politik, Sultan Abdul Hamid Ibni Sultan
Zainal Rashid mengambil kesempatan mengemukakan sebuah petisyen kepada
Chulalongkorn untuk mendapatkan Perlis kembali, namun baginda menerima
khabar bahawa raja Siam hanya akan mengambil tindakan setelah raja Perlis
pada masa itu, iaitu Raja Syed Ahmad Ibni Rashid Ibni Raja Syed Hussein
mangkat. Mereka menganggap Raja-raja Perlis tidak mampu memerintah secara
berasingan kerana mereka bukanlah anggota kerabat diraja Kedah mahupun
berketurunan Melayu tulin. Hal ini dinyatakan dalam sepucuk surat kepada
“Krom Luang Teowong Priwit” pada tahun 1890 dalam percubaan mereka untuk
menuntut Perlis.119
117 Ibid.118 Mohd. Sukri Khalid, Rohana Yusof, et. al. (ed), Isu-Isu Politik dan Sosioekonomi Kedah 100
Tahun (1900-2000), Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia, 2002, hlm. 20.
119 Julie Tang Su Chin, op. cit., hlm. 99.
67
Gabenor Negeri-Negeri Selat, S.G. Bonham yang berkhidmat pada tahun
1837 hingga 1843 dilihat sebagai watak utama yang berjaya menekan Maharaja
Siam, Rama III untuk mengembalikan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ke
atas takhta Kedah pada tahun 1842 yang menamatkan Perang Kedah-Siam yang
berlangsung sejak 1821 lagi. Raja Siam, Rama III telah bertindak balas dengan
memecahkan Kedah dan mengasingkan beberapa wilayah daripadanya untuk
melemahkan kuasa sultan.120
Hubungan Kedah dengan British sebenarnya telah lama wujud sejak 1786
lagi semasa Francis Light mengambil Pulau Pinang. Menjelang akhir abad ke-19,
British mula menunjukkan minat untuk menguasai Kedah. Melalui Perjanjian
British-Siam tahun 1902, pihak British telah meminta Sultan Abdul Hamid agar
menerima seorang penasihat British yang bekerja dengan kerajaan Siam, namun
baginda telah menolak permintaan tersebut. Walau bagaimanapun, Kedah
menghadapi masalah kewangan yang serius menjelang tahun 1904. Pinjaman
daripada kerajaaan Siam terpaksa dilakukan. Siam sanggup memberikan
pinjaman dengan syarat Kedah mestilah menerima seorang penasihat kewangan
berbangsa Inggeris. Siam telah meluluskan pinjaman sebanyak dua juta ringgit
dan menghantar W.J.F. Williamson sebagai penasihat kewangan pertama.121
Kedah diletakkan di bawah naungan British selepas termeterainya
Perjanjian Bangkok 1909.122 Pada tahun 1912, pihak British telah menjalankan
projek membina landasan kereta api sehingga ke sempadan Siam untuk
memudahkan pergerakan ke situ. Kanun Tanah juga diperkenalkan pada tahun
1914. British akhirnya mencapai tujuan mereka untuk menguasai Kedah melalui
perjanjian pada tahun 1923 oleh Sultan Abdul Hamid dan pihak British. Melalui
perjanjian itu, secara rasminya Kedah telah menjadi sebahagian daripada tanah
naungan British. Walau bagaimanapun, campurtangan British dilihat telah
berlaku lebih awal lagi dan mempengaruhi corak pentadbiran tempatan pada
masa itu.
120 Julie Tang Su Chin, op. cit., hlm. 8.
121 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 192 .
122 Mohamad Sukeri Khalid, Rohana Yusof, et. al., op. cit., hlm. 21.
68
5.4 KEMARAAN BRITISH DI TERENGGANU
Secara umumnya, Terengganu dianggap sebagai negeri yang sukar sedikit untuk
menerima penguasaan British.123 Raja-raja yang memerintah negeri ini
menganggap negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang bebas daripada
penguasaan kuasa lain. Mereka dikatakan mempunyai hubungan yang baik dan
praktikal dengan kuasa-kuasa lain khususnya Siam.
Hal ini dapat dilihat semasa era pemerintahan Sultan Zainal Abidin III
(1881-1918). Baginda dianggap sebagai seorang raja yang bijaksana dan adil.
Bunga emas yang dihantar kepada Siam hanya menandakan persahabatan
antara kedua-dua buah kerajaan. Perkara ini dapat dibuktikan pada 1882, iaitu
semasa Kuala Terengganu dilanda kebakaran yang hampir memusnahkan
seluruh kawasan tersebut. Siam telah memberi bantuan sebanyak $2000 untuk
membangunkan semula bandar tersebut sementara pihak British juga telah
memberi bantuan dengan jumlah yang sama.124
Pada tahun 1887, Raja Siam telah melawat Terengganu dan seterusnya
menganugerahkan darjah kehormat negeri Siam kepada Sultan Zainal Abidin
III.125 Selain itu, baginda telah membuat lawatan ke Singapura pada tahun 1898
dengan menaiki kapal perang yang dipinjamkan oleh Raja Siam.126 Sultan
Muhammad IV, iaitu Sultan Kelantan turut serta dalam lawatan ke Terengganu
bersama-sama dengan rombongan baginda. Gabenor Negeri-Negeri Selat, Frank
Swettenham juga membuat lawatan ke Terengganu pada awal tahun 1902.
Kedatangan beliau adalah untuk menyampaikan hasrat British untuk meminta
sultan menerima pelantikan seorang Penasihat British mengikut syarat perjanjian
British-Siam 1902. Hal ini bermakna kekuasaan British akan diperluaskan lagi ke
seluruh negeri di Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun, hasrat Frank Swettenham tidak diterima oleh
Sultan Zainal Abidin memandangkan baginda sendiri tidak mengetahui akan isi
perjanjian pada 1902. Pada tahun 1909, sekali lagi pihak British meminta
persetujuan baginda agar menerima seorang Penasihat British sesuai dengan isi
123 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 185.124 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 197.
125 Ibid., hlm. 198.
126 Ibid.
69
Perjanjian Bangkok, namun baginda masih menolak. Malah, baginda telah pergi
sendiri ke Singapura untuk membuat bantahan terhadap tindak tanduk British
itu. Sultan Zainal Abidin menyedari bahawa tindakan British itu merupakan
ancaman terhadap kemerdekaan Terengganu. Oleh itu, baginda telah
mengadakan mesyuarat dengan pembesar bagi mencari jalan untuk
mengelakkan kemasukan kuasa British di samping meminta beberapa orang
alim ulama yang terkenal supaya mengadakan sembahyang hajat agar
Terengganu terhindar daripada penguasaan British.127 Walau bagaimanapun,
British sememangnya telah bertekad dari awal lagi untuk menguasai Terengganu
walau dengan apa cara sekalipun.
Satu perjanjian persahabatan antara British dengan Terengganu telah
ditandatangani pada 22 April 1910. Antara isi penting perjanjian ini ialah pihak
British akan membantu Terengganu sekiranya diserang, tetapi mereka tidak
boleh membuat hubungan dengan kuasa-kuasa lain tanpa kebenaran British.
Terengganu juga perlu menerima seorang wakil kerajaan British yang berpejabat
di Kuala Terengganu. Walaupun penerimaan tersebut terpaksa dilakukan dan
sultan masih menganggap negerinya merdeka, namun berdasarkan perjanjian
yang telah dilakukan, ia telah membawa British masuk ke Terengganu untuk
meluaskan lagi kekuasaan mereka.
5.5 KEMARAAN BRITISH DI KELANTAN
Pada tahun 1900, kerajaan Kelantan telah memberikan konsesi tanah seluas
3000 batu persegi kepada seorang Inggeris yang bernama Duff, untuk
ditadbirnya dengan segala hak perdagangan ke atasnya.128 Keluasan konsesi
tersebut hampir separuh daripada negeri Kelantan. Siam dilihat tidak mengiktiraf
konsesi ini, namun sultan Kelantan tidak mengendahkan pandangan Siam
kerana baginda menganggap negerinya tidak berada di bawah kekuasaan Siam.
Siam kemudiannya telah membuat bantahan kepada kerajaan British
dengan mengatakan bahawa tindakan sultan Kelantan itu sudah melanggar dua
perjanjian antara British dan Siam, iaitu Perjanjian Sulit 1897 dan Perjanjian
127 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 198.
128 Ibid., hlm. 188.
70
Sempadan 1899. Duff pula mengancam untuk mendapatkan bantuan daripada
kuasa Eropah yang lain jika British enggan membantunya dalam hal berkaitan
konsesi ini. Oleh itu, British harus memberikan respon secepatnya bagi
mengelakkan lebih banyak masalah timbul.
Sehubungan dengan itu, pihak British telah memberi cadangan kepada
Siam pada awal tahun 1902 supaya melantik pegawai British yang berkhidmat
dalam Perkhidmatan Tadbir Awam Siam sebagai penasihat atau Residen ke
Kelantan dan Terengganu. Siam telah menolak cadangan ini. Dalam masa yang
sama, sultan Kelantan telah meminta Frank Swettenham, iaitu Gabenor Negeri-
Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk
memberikan perlindungan kepada Kelantan dan menghantar seorang Residen
British sebagai penasihat baginda. Situasi ini memberi kelebihan kepada British
kerana hal ini telah memudahkan usaha mereka untuk meluaskan kuasanya ke
Kelantan. Justeru, pihak British telah memberi tempoh sehingga bulan
September 1902 kepada kerajaan Siam untuk mengiktiraf Kelantan dan
Terengganu sebagai negeri yang bebas. Dengan pengiktirafan tersebut, British
bolehlah membuat perjanjian berasingan dengan negeri Kelantan dan
Terengganu.
Dengan Perjanjian British-Siam pada tahun 1902, Kelantan bersetuju
untuk menerima seorang Penasihat British yang dilantik oleh kerajaan Siam
sementara kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pula telah menghantar
beberapa orang pegawainya untuk berkhidmat di Kelantan. Perjanjian Bangkok
pada tahun 1909 menandakan Kelantan telah bersetuju menerima Penasihat
British. Walaupun begitu, kuasa Penasihat British tidaklah sama dengan kuasa
Residen British yang kerap memaksa sultan-sultan dan meminta serta
melaksanakan nasihat mereka seperti yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu.129 Penasihat hanya boleh menasihati, namun sultan boleh memilih
sama ada hendak mengikut nasihat tersebut ataupun tidak.
Hal ini bermakna penguasaan British masih belum menyeluruh
memandangkan sultan di Negeri-Negeri Melayu Utara masih berkuasa di dalam
negerinya. Hal ini dapat dibuktikan melalui peranan sultan yang menjadi Yang
Dipertua Majlis Mesyuarat Negeri, manakala Penasihat British merupakan salah
129 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 193.
71
seorang ahli majlis itu sahaja. Dalam hal ehwal dalam negeri Kelantan, kerajaan
British tidak boleh campurtangan selagi sultan dan pembesar-pembesar baginda
menjalankan undang-undang dan menjaga keamanan serta ketenteraman
negeri.130
Walaupun begitu, hal ini tidak sedikitpun menghalang pihak British
daripada mengukuhkan kuasa mereka secara perlahan-lahan di Kelantan. Hal ini
demikian kerana walaupun memiliki kuasa, Penasihat British boleh
mempengaruhi sultan, contohnya dalam membentuk beberapa jabatan baru.
Dalam jabatan-jabatan tersebut, pegawai-pegawai British dicadangkan untuk
mengetuainya. Jabatan-jabatan inilah yang menjadi penggerak dalam
melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Oleh itu, kuasa sultan secara beransur-
ansur mula menjadi kecil dan hanya terhad dalam adat-istiadat dan hal ehwal
agama Islam sahaja.
5.6 KEMARAAN BRITISH DI JOHOR
Sepanjang tahun 1528-1885, Kesultanan Johor yang diasaskan oleh sultan
keturunan Kesultanan Melayu Melaka mengalami penerusan dan perubahan.
Pengasasan kerajaan Johor pada 1528 disebabkan oleh kejatuhan Melaka di
tangan Portugis pada 1511. Apabila Portugis menakluki Melaka, sultan Melaka
yang terakhir, Sultan Mahmud Syah bersama keluarga dan pembesarnya berjaya
mengundurkan diri. Semasa berundur di Bentan, baginda cuba melancarkan
beberapa serangan ke atas Portugis tetapi gagal.131
Pada tahun 1528, baginda mangkat di Kampar dan digantikan oleh putera
baginda dengan Tun Fatimah, iaitu Raja Ali. Raja Ali yang memakai gelaran
Sultan Alauddin Riayat Syah II mengasaskan kerajaan Johor pada tahun 1528.
Mereka terpaksa berhadapan dengan saingan daripada Portugis di Melaka dan
kerajaan Acheh di Sumatera. Pada tahun 1535, angkatan Portugis di bawah
pimpinan Estevao da Gama melancarkan serangan ke atas Johor. Sultan
terpaksa melarikan diri ke Sayong.
130 Ibid., hlm. 193.131 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Kesultanan Johor, 1528-1885, Johor Dahulu dan Sekarang,
Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1994, hlm. 19.
72
Baginda kemudiannya membuat pusat pemerintahan di Johor Lama yang
juga diberi gelaran Kota Batu pada 1540. Pada 1564, Acheh mengalahkan Aru
dan Johor. Sultan telah dibawa dan akhirnya mangkat di Acheh. Putera baginda,
Raja Muzaffar Syah dilantik menjadi sultan Johor yang baru. Kota Batu yang
rosak akibat serangan telah dibaiki semula. Apabila mangkat, takhta tersebut
diduduki oleh anak saudara baginda, Sultan Abdul Jalil Syah I. Tidak lama selepas
itu, baginda mangkat dan takhta tersebut digantikan oleh ayahanda baginda,
Raja Omar dengan gelaran Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Syah II.132
Kerajaan Johor-Pahang-Riau-Lingga yang wujud akibat banyak
perkahwinan campur mengalami kemerosotan sejak kurun ke-18 dan hampir
runtuh pada kurun ke-19. Apabila Sultan Mahmud II mangkat di Lingga pada 12
Januari 1812, takhta kerajaan mengalami masalah. Mengikut istiadat biasa,
takhta kerajaan pada masa itu sepatutnya diduduki oleh putera sulung baginda,
Tengku Long yang juga dikenali sebagai Tengku Husain. Sebaliknya, adindanya,
iaitu Tengku Rahman pula yang diangkat menjadi sultan kerana mendapat
sokongan kuat daripada Yamtuan Muda Johor, Raja Jaafar. Tengku Abdul Rahman
memakai gelaran Sultan Abdul Rahman dan menjalankan perniagaan di Lingga.
Pada masa tersebut, Tengku Husin berada di Pahang kerana berkahwin dengan
Che Wan Esah, iaitu adik kepada Bendahara Pahang, Tun Ali. Pelantikan ini telah
menimbulkan perselisihan faham antara penyokong Tengku Husain dengan
Yamtuan Muda Raja Jaafar serta pengikutnya.133
Sir Stamford Raffles kemudiannya mengambil kesempatan atas masalah
ini dan berjaya mempengaruhi Temenggung Johor, Abdul Rahman untuk
menerima Tengku Husain sebagai sultan Johor. Pada 6 Februari 1819, Tengku
Husain diisytiharkan sebagai Sultan Johor. Berkuatkuasa melalui perjanjian ini,
Syarikat Hindia Timur Inggeris akan membayar elaun tahunan sebanyak
$5,000.00 kepada Sultan Husain sementara Temenggung Abdul Rahman akan
menerima sebnyak $3,000.00 di samping perlindungan daripada pihak British
selagi kedua-duanya berada di Singapura.
Dalam perjanjian lain antara mereka bertiga yang ditandatangani pada 7
Jun 1823, pihak syarikat akan membayar elaun bulanan sebanyak $1500.00
kepada Sultan Husain dan $800.00 kepada Temenggung Abdul Rahman. Melalui
132 Ibid., hlm. 20.133 Abdullah Zakaria Bin Ghazali, op. cit., hlm. 25.
73
pembayaran ini, jelaslah British telah memperakui Sultan Husain sebagai Sultan
Johor yang sah. Selain itu, kedua-dua mereka akan melucutkan kuasa monopoli
ke atas hasil hutan di Singapura dan pulau-pulau sekitarnya.
Pada 17 Mac 1824, Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani.
Berdasarkan perjanjian ini, pihak Belanda tidak akan melibatkan diri dalam hal
ehwal atau menduduki Negeri-negeri di Tanah Melayu mahupun membuat
perjanjian dengan raja-rajanya.134 Pihak British pula tidak akan menduduki Pulau
Kerimun dan Kepulauan Riau-Lingga serta di bahagian lain di selatan Singapura.
Pembahagian ini telah membawa kepada perpecahan kerajaan Johor Lama.135
Kelebihan di pihak British kerana mereka bersifat lebih dominan dalam perjanjian
tersebut.
Pihak Belanda telah melantik Tengku Abdul Rahman memerintah Riau dan
Lingga, manakala Inggeris melantik Tengku Long menjadi sultan memerintah
Singapura dan Johor dengan gelaran Sultan Hussain Shah. Sultan Hussain
merupakan Raja Johor ke-16 yang memerintah dari tahun 1819 hingga 1835.
Setelah Sultan Hussain Shah mangkat, putera baginda yang sulung, iaitu
Tengku Ali menuntut haknya sebagai Sultan Johor tetapi tidak dipersetujui oleh
Inggeris. Sebagai akibatnya, berlaku perselisihan antara Tengku Ali dan
Temenggung Ibrahim.
Pada 10 Mac 1855, Sultan Ali menandatangani perjanjian dengan
Temenggung Ibrahim. Dalam perjanjian ini, Temenggung Ibrahim mengakui
Tengku Ali sebagai sultan dan Sultan Ali serta warisnya tidak akan menuntut
kerajaan Johor, dan beliau akan terlebih dahulu memberitahu Temenggung
sekiranya hendak menetap di Johor. Hal ini kemudiannya disusuli dengan
pelantikan Tengku Ali menjadi sultan Johor pada tahun yang sama oleh pihak
British.
Selepas itu, perjanjian antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim
Johor dibuat. Setelah memperoleh kuasa penuh ke atas Johor, Temenggung
Ibrahim memulakan pemerintahannya. Antara tempat yang dibuka oleh baginda
termasuklah Tanjung Puteri. Baginda mangkat pada 1 Februari 1862 dan diganti
134 Ibid., hlm. 26.135
? Ibid., hlm. 27.
74
oleh puteranya, Wan Abu Bakar yang bergelar Temenggung Abu Bakar Seri
Maharaja Johor.
Pada 1 Januari 1866, bandar Tanjung Puteri diubah nama menjadi Johor
Bharu. Istiadat mengubah gelaran Temenggung Abu Bakar kepada Maharaja
Johor kemudiannya dilakukan. Tahun 1885 menyaksikan baginda dan
rombongannya telah menghadap Quenn Victoria di England.136 Perjanjian
tersebut adalah untuk mengukuhkan persahabatan antara Johor dan British dan
telah ditandatangani pada 11 Disember 1885.137 Perjanjian Persahabatan ini
bermakna British telah berjaya menguasai hal ehwal luar Johor. Johor juga
bersedia menerima seorang konsul British sebagai wakil kerajaan British di
negeri tersebut sekiranya Brtish perlu melantiknya nanti.
Selain itu, negeri Johor juga berjanji tidak akan membuat sebarang
perjanjian dengan kuasa-kuasa lain tanpa kebenaran British. Oleh itu, pihak
British akan membantu Johor jika diserang musuh dari luar mahupun dalam
negeri. Selain itu, Maharaja Abu Bakar dibenarkan menggunakan gelaran sultan
dan ia boleh diwarisi oleh pemerintah selepasnya.138 Perjanjian perlindungan ini
juga membawa kepada tekanan kepada Johor yang akhirnya menerima
penasihat British pada tahun 1904.139
Sebelum mangkat, Sultan Abu Bakar sebenarnya telah meluluskan
perlembagaan baru bagi negeri Johor yang secara tidak langsung dapat
menyekat serba sedikit kemaraan penjajahan British ke negeri Johor melalui
sistem Residen. Perlembagaan tersebut memperuntukkan sebuah Majlis Menteri-
menteri yang nasihatnya harus diminta oleh Menteri Besar dan juga sultan
dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.140 Ahli-ahli yang
menganggotai majlis ini mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja.
Perlembagaan baru yang telah diluluskan pada tahun 1895 ini
kemudiannya dipinda oleh Sultan Ibrahim pada 1912 dan 1914. Sultan telah
136 Mohamad Roselan Abd. Malek, Kesan Sejarah dan Tempat-Tempat Menarik Negeri Johor Darul Takzim, Kuala Lumpur: Oscar Book International, 1998, hlm. 11.
137 Ibid., hlm. 12.138
? Abdul Rahman Haji Ismail, op. cit., 2005, hlm. 31.
139 Dr. Ismail Said, op. cit., hlm. 48.140
? Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 181.
75
membenarkan orang luar dan bukan rakyat Johor serta orang Inggeris menjadi
ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Pada tahun 1914 juga, Sultan Ibrahim
bersetuju menerima seorang Penasihat British yang bertujuan menasihati
baginda dalam pemerintahan dan tugas Majlis Menteri-menteri. Kerajaan Johor
juga bersetuju menerima seorang pegawai British di negeri itu sebagai wakil
British pada 1917. Oleh itu, pengaruh British dilihat akhirnya “menembusi”
kekebalan Johor yang sebelum ini dapat mengelakkan campur tangan British
secara langsung.
5.7 HUBUNGAN BRITISH-SIAM
Berdasarkan Perjanjian Burney yang telah ditandatangani pada tahun 1826,
Siam tidak boleh menguasai mana-mana kawasan di Semenanjung Tanah
Melayu. Melalui perjanjian ini juga, British dapat mengukuhkan kedudukan dan
meluaskan kuasa mereka di Tanah Melayu.141 British sejak awal lagi memang
mengakui negeri Kedah sebagai sebahagian daripada Siam manakala Perlis yang
telah terpisah daripada Kedah diperintah oleh seorang pemerintah bebas yang
bergantung kepada Siam. Sementara itu, ketiga-tiga negeri lain seperti Kedah,
Perlis dan Patani (sebuah negeri di utara Kelantan) tidak syak lagi termasuk
dalam wilayah Siam kerana segala urusan pentadbiran sebenarnya dikawal dari
Bangkok.
Pihak British amat menjaga hubungannya dengan Siam demi kepentingan
mereka sendiri. Oleh sebab itulah British selalu memihak kepada Siam seperti
dalam Perjanjian Burney 1826. Melalui perjanjian penting ini, Kedah diakui
berada di bawah kuasa Siam, manakala Perlis pula diakui berada di bawah
pemerintahan seorang pembesar yang dilantik dan tunduk kepada Siam. Bagi
negeri Terengganu dan Kelantan, tidak dapat dilihat dengan jelas sama ada
mereka berada di bawah naungan Siam ataupun tidak.142 Atas sebab itulah
kedua-dua negeri ini beranggapan mereka masih bebas sedangkan Siam
mengatakan mereka adalah di bawah naungan Siam. Demi menjaga
kepentingan perdagangannya, pihak British terpaksa mengamalkan dasar
berbaik-baik dengan Siam.
141 Mohamad Idris Salleh, et. al., op. cit., hlm. 45.142 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 186.
76
Selain itu, British juga mempunyai motif lain, iaitu ingin mendapatkan
bekalan yang mencukupi bagi tanah jajahannya. Hal ini demikian kerana pada
masa itu, iaitu sebelum tahun 1886, British masih lagi belum dapat menguasai
Burma yang merupakan jelapang padi terpenting di Asia Tenggara.143 Dalam
masa yang sama, kuasa-kuasa Eropah lain seperti Perancis turut menyaingi
mereka dalam usaha meluaskan tanah jajahan di Asia Tenggara. Perancis telah
berjaya menjajah negeri-negeri di Indo-China menjelang tahun 1893 yang
membuktikan kesungguhan British dalam mencari tanah jajahan baru sekaligus
melebarkan sayap mereka ke kawasan lain pula. Pihak British telah mendengar
khabar angin yang menyatakan Perancis sedang berkira-kira untuk menguasai
Lembah Menam Chao Phraya yang subur. Dalam hal ini, British
mempertimbangkan untuk menguasai Siam, namun jika berjaya sekalipun,
mereka akan bersempadan dengan Perancis di Indo-China yang hanya akan
menimbulkan pertelagahan. Oleh itu, akhirnya British mengambil keputusan
untuk tidak menjajah Siam.
Dalam masa yang sama, Perancis juga tidak boleh dibiarkan menjajah
Siam kerana hal ini akan memberi kesan negatif kepada British. Untuk
mengekalkan Siam daripada diceroboh oleh Perancis, Siam harus dijadikan
sebuah negara penampan antara kerajaan British di Tanah Melayu dan Burma
dengan Perancis di Indo-China.144 Perkara ini kemudiannya membawa kepada
pengisytiharan antara British dan juga Perancis pada tahun 1896. Melalui
pengisytiharan ini, kebebasan Lembah Menam Chao Phraya adalah terjamin dan
British dapat menarik nafas lega, seterusnya mengalihkan perhatian terhadap
Negeri-negeri Melayu di utara Tanah Melayu. Di pihak yang lain pula,
pengisytiharan tersebut sepatutnya menjamin integriti Lembah Menam Chao
Phraya dan dilihat memastikan kemerdekaan Siam buat sementara waktu.
Namun, tidak lama selepas itu ia kemudiannnya menjadi bukti bahawa
pembentukan kerajaan yang stabil yang cuba diusahakan oleh Raja Siam di
kawasan pemerintahan serta sedang membangun terbabit rupa-rupanya masih
dianggap terbuka bagi peluasan kuasa kolonial.145
143 Ibid.
144 Ibid.145 Tom Marks, The British Acquisition of Siamese Malaya (1896-1909), Bangkok: White Lotus
Co. Ltd., 1997, hlm. 7.
77
Malahan, kelegaan British juga tidak lama apabila terdapat ura-ura yang
mengatakan bahawa Perancis bercadang untuk memotong Segenting Kra bagi
tujuan membina terusan yang dapat memudahkan perjalanan ke Indonesia
tanpa melalui Singapura di samping memendekkan masa perjalanan seperti
yang pernah dibuat di Terusan Suez. British sangat menitikberatkan perkara ini
kerana jika Terusan Segenting Kra dibina, perdagangan di Singapura sebagai
pelabuhan penting akan terancam. Selain Perancis, Jerman turut menaruh minat
ke atas Siam dan Negeri-Negeri Melayu Utara itu.
Hal ini mendorong pihak British mengadakan rundingan secara sulit
dengan Siam pada bulan April 1897. Antara isi perjanjian sulit ini ialah British
sekali lagi mengakui ketuanan Siam terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara dan
berjanji akan membantu Siam sekiranya mereka diserang oleh kuasa lain. Bagi
Siam pula, mereka tidak akan memberikan wilayahnya di selatan Muang Bao
Tapan kepada kuasa lain tanpa persetujuan bertulis daripada kerajaan British
terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, Negeri-negeri Melayu berkenaan terus
bertindak seperti negeri-negeri yang bebas daripada cengkaman mana-mana
kuasa. Hal ini berlaku kerana perjanjian tersebut hanya diketahui oleh pihak
British dan Siam sahaja.146
Mengambil kira perkara ini, pihak British telah membuat pula Perjanjian
Sempadan dengan Siam pada tahun 1899. Tujuan utama perjanjian ini adalah
untuk mengukuhkan lagi pengiktirafan British mengenai kekuasaan British
terhadap negeri-negeri di utara Tanah Melayu. Namun, sekali lagi mereka terus
bertindak mengikut kepentingan sendiri seperti negeri yang bebas daripada
mana-mana kuasa kerana mereka tidak dibawa berunding dalam perjanjian
tersebut.
5.7.1 Perjanjian Inggeris-Siam (1902-1909)
Melalui Perisytiharan Siam-British ini, sekali lagi British menyatakan
pengiktirafan pengaruh Siam terhadap Negeri-Negeri Melayu Utara, khususnya
Kelantan dan Terengganu. Siam dikehendaki melantik Penasihat dan Penolong
146 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 187.
78
Penasihat British di kedua-dua buah negeri tersebut, namun Siam tidak boleh
mencampuri hal ehwal dalam negeri-negeri tersebut, manakala hal ehwal luar
negeri pula diletakkan di bawah kawalan British.147
Siam hanya dibenarkan menerima pampasan sebanyak sepuluh peratus
jika hasil negeri-negeri berkenaan melebihi $100,000 setahun. Dengan
perjanjian ini, British dapat menguasai negeri-negeri tersebut dan dalam masa
yang sama menghalang kuasa-kuasa asing lain daripada menguasai negeri-
negeri berkenaan. Hal ini kemudiannya turut disertai dengan tindakan Frank
Swettenham yang telah pergi ke Kelantan dan Terengganu bagi mendapatkan
persetujuan sultan-sultannya untuk melantik Penasihat British. Hanya Sultan
Kelantan yang bersetuju dengan rancangan tersebut, manakala Terengganu
tidak bersetuju kerana rundingan antara British dan Siam langsung tidak
diketahui oleh mereka.
5.7.2 Perjanjian Bangkok 1909
Pakatan British-Perancis yang dibuat pada 1904 telah menamatkan permusuhan
dan persaingan antara mereka terutamanya dalam aspek meluaskan tanah
jajahan masing-masing. Apabila Perancis merampas beberapa buah kawasan di
sempadan Siam-Kampuchea, British tidak membantu Siam sebagaimana yang
dijanjikan oleh mereka sebelum ini.148 Hal ini bermakna Perjanjian Sulit yang
dibuat pada tahun 1897 dan 1899 tidak dipatuhi.
Oleh sebab itu, rundingan telah diadakan oleh Siam dengan pihak British
berhubung negeri-negeri Melayu utara. Rundingan ini akhirnya menghasilkan
Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada 9 Julai 1909. Antara syarat-syarat
tersebut ialah:
i. Keempat-empat negeri Melayu utara itu termasuklah pulau
berhampiran yang berada di bawah kuasa keempat-empat buah
negeri itu diserahkan kepada kekuasaan British.
147 Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al., op. cit., hlm. 189.
148 Ibid., hlm. 190.
79
ii. Siam bersetuju tidak akan menyewakan mana-mana
kawasannya kepada kuasa asing tanpa mendapatkan
kebenaran daripada kerajaan British. Siam juga tidak akan
membenarkan kuasa asing membina Terusan Segenting Kra.
iii. Pihak British menggunakan wang dari Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu menyelesaikan hutang-piutang Negeri-negeri utara
Tanah Melayu. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu juga akan
meminjamkan wang sejumlah empat juta paun kepada Siam
untuk pembinaan landasan kereta api di bahagian selatan Siam.
iv. Pihak British tidak akan campur tangan dalam hal ehwal tanah
jajahan Siam yang lain.
Perjanjian Sulit 1897 juga telah dimansuhkan, namun tidak membawa
sebarang perubahan yang ketara memandangkan Siam masih lagi terpaksa
mendapatkan kebenaran daripada pihak British dalam hal mengendalikan
wilayah mereka sendiri. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa rundingan ini masih
lagi memihak kepada British. Malahan, Siam terpaksa “melepaskan” Negeri-
negeri Melayu di bahagian utara kepada British melalui perjanjian-perjanjian
yang dimeterai satu-persatu.
5.8 KESIMPULAN
Kesimpulannya, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pada awalnya kelihatan
berjaya mengelakkan pengaruh British, tidak seperti Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu yang menerima kuasa British seawal 1874. Walau bagaimanapun,
mereka akhirnya terpaksa juga menerima seorang penasihat British walaupun
kuasa penasihat itu terbatas, tidak seperti kuasa yang ada pada Residen.
Nasihat daripada mereka tidak semestinya diminta dan diikuti. Oleh itu, kuasa
pentadbiran terhadap negeri terbabit masih lagi terletak dalam tangan sultan
dan para pembesar.
Soal kewangan juga masih diuruskan oleh sultan dan pembesar Melayu
manakala British hanya terlibat dalam bidang teknikal dan kejuruteraan. Hal ini
menunjukkan kekuasaan British menampakkan pengaruhnya di Negeri-Negeri
80
Melayu Tidak Bersekutu, tetapi tidaklah menyeluruh seperti yang berlaku di
Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Perjanjian London 1824 pula telah menetapkan sempadan Tanah Melayu
moden. Hal ini disusuli dengan Perjanjian Bangkok yang dengan jelas
menentukan sempadan Siam dengan Tanah Melayu di utara Semenanjung.
Negeri Johor yang berhubung rapat dengan Singapura juga terletak di bawah
naungan dan perlindungan British pada tahun 1914. Dengan ini, buat pertama
kalinya seluruh Tanah Melayu telah diletakkan di bawah penguasaan British.149
Oleh itu, kita dapat melihat walau bagaimana sekalipun usaha setiap sultan
mengekang kemaraan British, secara beransur-ansur British akhirnya berjaya
menjajah Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan keseluruhan Tanah Melayu
berdasarkan perjanjian-perjanjian dan rundingan yang banyak memihak kepada
mereka. Terlalu banyak peluang dibuka kepada British sehingga menyebabkan
negeri-negeri berkenaan hilang kedaulatannya.
149 Abdul Rahman Haji Ismail, op. cit., hlm. 248.
81
BAB 6
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, pengambilan dan penyerahan Pulau Pinang dan
Seberang Perai kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris yang diketuai oleh Francis
Light merupakan permulaan campur tangan dan kemaraan British di negeri-
negeri Melayu. Pulau Pinang dan Seberang Perai merupakan kawasan awal yang
menerima pengaruh British. Hal ini dibuktikan dengan terbentuknya tiga
gabungan pemerintahan dalam entiti yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat.
Dengan kemunculan entiti ini, British lebih mudah menjalankan pentadbiran
mereka di sampung dapat mengeksploitasi hasil kekayaan di kawasan terbabit.
Dalam masa yang sama, British dapat merancang usaha seterusnya untuk
menguasai Negeri-negeri Melayu yang lain.
Hal ini dapat dibuktikan dengan peluasan kuasa British di negeri Selangor,
Negeri Sembilan, Perak dan Pahang yang akhirnya disatukan dalam satu
persekutuan yang digelar sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. British
menggunakan alasan bahawa kekacauan yang berlaku di Perak dan Selangor
sebagai cara mereka mencampuri pemrintahan tempatan. Akhirnya, perjanjian
demi perjanjian yang dimeterai, antaranya Perjanjian Pangkor telah
membolehkan British semakin berkuasa di hampir keseluruhan Tanah Melayu.
Sultan dan pembesar-pembesar tempatan terpaksa akur biarpun cuba
melancarkan beberapa penentangan yang berjaya dipatahkan oleh pihak British.
Ketidakpuasan hati mereka dilihat tidak berjaya melemahkan British kerana
pada masa tersebut, hanya golongan kecil yang menentang, tidak seperti
semasa gagasan Malayan Union diperkenalkan di mana majoriti orang Melayu
menentang gagasan tersebut yang dilihat boleh menjatuhkan martabat mereka
selain tindakan British yang semakin melampaui batas.
Walau bagaimanapun, sementara masa tersebut tiba, British masih
sempat meneruskan usaha menguasai negeri-negeri lain dan menjalankan
pentadbiran mengikut cara yang menguntungkan mereka, khususnya dalam
aspek pentadbiran dan ekonomi. Sementara itu, Negeri-Negeri Melayu Tidak
bersekutu pula berjaya mengelakkan hal ehwal negeri mereka daripada
dicampuri secara langsung oleh British, namun sebenarnya Kedah merupakan
82
landasan pertama kemaraan British di Negeri-negeri Melayu memandangkan
Pulau Pinang yang diserahkan kepada British merupakan sebahagian daripada
Kesultanan Kedah. Negeri-negeri lain seperti Johor juga menerima kemasukan
British biarpun belum dijajah secara rasmi, disebabkan tidak termasuk dalam
persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Namun, Sir Stamford Raffles
merupakan antara pegawai British yang menjadi dalang kemaraan British.
Kelantan dan Terengganu pula walaupun menganggap mereka adalah merdeka,
namun sejak awal lagi Siam sudah menjadi ‘bayang’ bagi mereka dengan
penghantaran Bunga Emas. Malahan, mereka menganggap Siam sebagai
pelindung. Oleh sebab itu, British telah mengadakan beberapa perjanjian dengan
Siam bagi mendapatkan negeri-negeri tersebut secara licik. Siam yang pada
mulanya dianggap dominan akhirnya terpaksa akur dengan British yang akhirnya
terpaksa menyerahkan negeri-negeri khususnya di utara Tanah Melayu melalui
perjanjian-perjanjian yang dimeterai.
Oleh hal yang demikian, kita dapat melihat bagaimana kemaraan British
yang akhirnya telah berjaya menguasai keseluruhan negeri-negeri di Tanah
Melayu biarpun secara berperingkat. Kelemahan pemimpin tempatan di samping
kekuatan British yang dianggap sebagai negara teragung pada masa tersebut
menggalakkan lagi penguasaan British di Tanah Melayu. Namun begitu haruslah
diingat bahawa penjajahan British ini tidaklah memberi kesan yang negatif
semata-mata, tetapi kita juga haruslah melihat kesan positif terhadap dasar-
dasar yang telah dilakukan oleh British sewaktu mentadbir di Tanah Melayu. Hal
ini kerana, corak pentadbiran yang negara kita telah gunakan pada hari ini
merupakan pengaruh dan corak pentadbiran dan pemerintahan daripada British
semasa menjajah di Tanah Melayu.
Oleh itu, kita haruslah pandai menilai sejauhmana kesan yang telah
ditinggalkan oleh penjajahan kuasa British ini, walaupun memang tidak dapat
dinafikan bahawa ia membawa juga kepada kesan yang negatif suatu ketika
dahulu. Penguasaan pihak British ini bertahan agak lama sebelum Tanah Melayu
diberi kemerdekaan dan memberikan pengaruh yang begitu kuat dari pelbagai
aspek melalui dasar pemerintahan terhadap negeri dan rakyat yang hidup dalam
zaman penjajahan di bawah kekuasaan pihak British sehinggalah Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Selepas Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan, barulah kita mendirikan kerajaan sendiri yang bercorakkan
daripada sistem kerajaan British hasil daripada pengaruh yang kuat di Tanah
83
Melayu. Namun demikian, ini tidaklah bererti bahawa tanpa bimbingan dan
petunjuk daripada pihak British, negara kita tidak dapat mendirikan corak
pemerintahan yang lebih baik. Buktinya ialah sehingga ke hari ini, kita hidup
dengan suasana yang aman dan harmoni semenjak negara kita mencapai
kemerdekaan hasil daripada sistem pentadbiran yang kita telah gunakan
walaupun negara kita pada hari ini ialah terdiri daripada pelbagai kaum, budaya
dan agama tidak seperti negara-negara lain di dunia tetap hidup bersatu.
84
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Zakaria Bin Ghazali. 1994. Kesultanan Johor, 1528-1885, Johor Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia.
Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia. 2000. Malaysia Kita. Petaling Jaya: Golden Book Centre Sdn. Bhd.
Cheah Boon Kheng (penyusun) dan Abdul Rahman Haji Ismail (perumi). 1998. Sejarah Melayu. MS. Raffles No. 18 Edisi Rumi Baru. Malaysia: Council of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society (MBRAS).
D.G.E. Hall. 1958. A History of South-East Asia. New York: St. Martins Press Inc.
Dr. Ismail Said. 2010. Perkembangan Sejarah Negara. Kuala Lumpur: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Ensiklopedia Malaysiana (Jilid 10). 1995. Selangor: Anzagain Sdn. Bhd.
J.G. Butcher. 1979. The British In Malaya (The Social History Of a European Community In Colonial South-East Asia). Kuala Lumpur: Oxford University Press.
Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Julie Tang Su Chin. 2002. Sejarah Kerajaan Perlis 1841-1957. Monograf 32. Kuala Lumpur: Council of The Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society (MBRAS).
Kobkua Suwannathat. 1997. Asia Tenggara Hubungan Tradisional Serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
M. Osborne. 1979. Southeast Asia An Introductory History. London: George Allen & Unwin Australia Pty. Ltd.
Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd. Nor Long, et. al. (Paul Kennedy). 1994. Kebangkitan dan Kejatuhan Kuasa-
Kuasa Besar: Perusahaan Ekonomi dan Konflik Ketenteraan tahun 1500 ke 2000. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Sukri Khalid, Rohana Yusof, et. al. (ed). 2001. Isu-Isu Politik dan Sosioekonomi Kedah 100 Tahun (1900-2000). Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Mohamad Idris Salleh, Che Su Mustaffa dan Fuziah Shaffie. 1994. Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
85
Mohamad Roselan Abd. Malek. 1998. Kesan Sejarah dan Tempat-Tempat Menarik Negeri Johor Darul Takzim. Kuala Lumpur: Oscar Book International.
Muhamad Haji Salleh. 2008. Sejarah Awal Pulau Pinang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Muhammad Yusoff Hashim. 1989. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Nadzan Harun, Rozeman Abu Hasan. 2010. Malaysia Melangkah ke Hadapan. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd.
Nicholas Tarling. 1963. Piracy And Politics In The Malay World; A Study of British Imperialism In Nineteenth-Century-South-East Asia. Singapore: Donald Moore Galeries Limited.
Penang Past and Present 1786-1963. 1966. George Town, Penang: The City Council.
Shellabear W.G. 1967. Sejarah Melayu. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tan Sri Mubin Sheppard. 1982. Tanah Melayu yang Bersejarah. Petaling Jaya: Eastern Universities Press (M) Sdn. Bhd.
Tom Marks. 1997. The British Acquisition of Siamese Malaya (1896-1909). Bangkok: White Lotus Co. Ltd.
Williamson J.A. 1967. The British Empire and Commonwealth (Sixth Edition). London: Macmillan and Company Limited.
Zainal Abidin Abdul Wahid, et. al. 1996. Malaysia Warisan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
“Penjajahan British Telah Merubah Wajah Islam Di Malaysia. Perihal Keadaan Yang Berlaku” (atas talian) dalam http://pbmum.tripod.com/sejarah/39.html. Dicetak pada 18 September 2011.
86