Ujian Diagnostik KEMAHIRAN Mendengar & Bertutur Dan Kemahiran Pemahaman
Kemahiran Snorkeling
-
Upload
shanthana-arun -
Category
Documents
-
view
280 -
download
5
description
Transcript of Kemahiran Snorkeling
KEMAHIRAN SNORKELING
PENGENALAN
Snorkeling merupakan satu aktiviti yang dapat dikelaskan sebagai satu
tahap yang lebih tinggi daripada aktiviti renang biasa. Penggunaan peralatan
yang lengkap dan sempurna membolehkan manusia dapat menerokai satu
suasana yang berbeza iaitu persekitaran di dalam air serta membolehkan
individu berenang dan bernafas dengan selesa .
1. PERALATAN SNORKELING
Sebelum melakukan sesuatu aktiviti snorkeling, individu seharusnya mahir
dan yakin dalam penggunaan peralatan seperti topeng selam, fins, snorkel, tali
pinggan pemberat, alat apungan dan jaket keselamatan.
1.1 Topeng Selam (Masks)
Topeng selam digunakan semasa snorkeling agar penyelam dapat
melihat persekitaran dengan jelas di dalam air. Ia juga direka sedemikian agar
mata tidak menyentuh air dan membolehkan mata berfungsi dengan baik dan
penyelam merasa selesa melakukan aktiviti tersebut.
Goggles – sepasang cermin permukaan kecil yang mewujudkan ruang udara
yang dapat memulihkan penglihatan dalam. Goggles boleh digunakan oleh ahli
renang tapi tidak sesuai untuk menyelam kerana ruang udara yang kecil tidak
berupaya menandingi tekanan air yang meningkat apabila penyelam menyelam
lebih dalam. Keadaan tersebut boleh menyakitkan dan mencederakan mata.
Pada tahun 1865, topeng yang terdiri dari sekeping lensa besar yang menutupi
hidung membolehkan penyelam menghembus keluar udara melalui hidung ke
dalam topeng dan ini dapat seimbangkan kadar tekanan dari luar dan didapati
lebih selamat.
Rajah 1 : Topeng Penyelam
1.2 Pemilihan Topeng
3 jenis topeng yang ada di pasaran adalah:
a) Isipadu Rendah. Topeng yang ‘isipadu rendah’ sesuai untuk penyelam
permukaan yang mempunyai bekalan udara yang terhad. Mereka tidak
mampu menghembus isipadu udara yang banyak ke dalam ruang udara.
Topeng yang besar pula ialah untuk mengimbangi tekanan.
b) Sudut Luas. Topeng yang bersudut luas sesuai untuk penyelam dasar
laut (scuba). Selain daripada bekalan udara yang banyak, permukaan
kaca yang bersudut luas membantu penglihatan di dasar laut dari segi
‘peripheral’ sisi.
c) Serba Guna. Topeng ini mempunyai ciri-ciri yang sederhana dari aspek
isipadu dan juga penglihatan.
1.3 Ciri-ciri Topeng
Berikut adalah beberapa panduan untuk mengenal pasti ciri-ciri topeng
snorkeling yang berkualiti:
a) Kualiti bahan dan pembuatan: Topeng yang diperbuat dari getah hitam
didapati tahan lebih lama bila dijaga dengan baik. Silikon mempunyai
daya tahan yang lebih tinggi kepada ozon. Ia juga ‘hypoallergernic’ dan
membolehkan lebih banyak cahaya ditapis masuk ke dalam topeng.
b) Pastikan lensa itu jenis ‘tempered’ atau ‘safety glass’ biasanya dicetak di
permukaan lensa. Lensa plastic mudah retak, tercalar, pecah dan mudah
‘berkabus’.
c) Bahan pengikat lensa juga harus dibuat dari bahan tidak mudah cair
seperti plastik kelas tinggi, besi tahan karat dan mudah pula diganti.
d) ‘Strap’ juga harus mudah diubahsuai dengan ‘buckle’ dan pembalut
pengunci yang baik. Strap juga harus terdiri dari dua lapis di sebelah
belakang.
e)
1.4 Fins dan Footwear (Sirip/ Kaki itik)
Fins dan footwear berfungsi untuk meningkatkan mobility dan kadar kelajuan
pergerakan di dalam air.
Jenis-jenis Fins.
Fins boleh dibahagikan kepada dua kelas/ kumpulan:
I) Fins yang menutup penuh bahagian kaki seperti sepasang kasut getah
(Full foot Fins)
II) Fins yang terbuka di bahagian tumit (Open Hell Fins)
Fins yang menutup penuh bahagian kaki mempunyai saiz yang berbeza-beza
sama seperti saiz kasut biasa manakala fins yang terbuka bahagian tumit pula
mempunyai 4 saiz standard: kecil, sederhana, besar dan XL.
Vented Fins (fins yang mempunyai liang udara) adalah satu bentuk fins yang
boleh melorongkan laluan air di sepanjang bahagian tepi kea rah hujung fins. Ini
akan memberi daya yang maksimum semasa melakukan ‘back stroke’. Manakala
fins yang tertutup/ tanpa liang udara memerlukan usaha yang keras dalam
menghasilkan daya yang tinggi.
Rajah 2 : Fins
1.5 Ciri-ciri Fins Yang Baik
Fins yang mempunyai sirip yang besar dan lebih tegar memberikan
kemampuan populasi yang lebih jiak dibandingkan dengan fins yang lebig kecil
dan fleksibel. Walau bagaimanapun, dengan fins yang besar dan tegar
memerlukan otot kaki yang kuat untuk bertahan dalam jangka masa yang lebih
lama. Seperti topeng, memilih fins juga mempunyai ciri-ciri umum yang penting
dan perlu diambil kira. Antaranya ialah:
Bahan – kualiti getah dan cara membuat. Getah hitam atau silicon
mempunyai daya ketahanan yang tinggi jiak dijaga dengan baik. Sesetengah fins
diperbuat bahan perencat ozon dan cahaya ultra-ungu (ultra violet) untuk
memberi ketahanan yang lebih daripada air masin dan klorin.
Apungan – terdapat 3 jenis daya apungan fins iaitu sama ada tenggelam,
terapung atau pun neutral (tidak timbul dan tidak tenggelam). Fins yang terapung
lebih sesuai digunakan di kawasan selaman yang dalam serta visibiliti yang
rendah. Sebaliknya bila selaman dilakukan di kawasan air cetek dan jernih
adalah lebih mudah menggunkan fins yangmudah tenggelam.
‘Fit’/ Kesesuaian saiz – pengikat tumit yang boleh diubah mengikut saiz kaki
mempunyai kelebihan dalam pemilihan fins. Fins yang terlalu ketat tidak akan
memberi keselesaan kepada pemakai kerana boleh mengganggu perjalanan
darah ke kaki dan boleh menyebabkan berlakunya kekejangan otot kaki.
Sebaliknya fins yang terlalu longgor boleh terlucut dari kaki menyebabkan
melecet kerana berlaku geseran antara kulit kaki dengan getah. Kekejangan otot
boleh berlaku dalam usaha untuk mengekalkan fins di kaki.
1.6 Fin Fit
Dalam mencuba fins, basahkan ‘wet boots’ terlebih dahulu. Kemudian
sesuaikan tali pengikat diikuti dengan membuat sepakan ke udara untuk
memastikan fins tidak tercabut keluar.
Wet boot: ‘boot’ diperbuat dari bahan ‘wet suit’ dan adalah penting
sebagai melindungi dari kesejukan terutama jika selaman di dalam air yang
dingin. Walau bagaimanapun penyelam air suam juga menggunakan boots untuk
mengelakan kecederaan kaki akibat tergeser dengan batu karang dan batu-batu
di dasar laut.
Kasut-kasut yang biasa digunakan seharian tidak menjamin keselamatan
kaki kerana ia boleh menyebabkan kaki melecet dan juga tidak melindungi kaki
dari kesejukkan dan kekejangan otot.
1.7 ‘Snorkel’
Snorkel atau ‘J-tube’ berfungsi membantu individu bernafas dengan selesa
semasa berada di permukaan air. Ia mempunyai saiz yang tidak melebihi 17 inci
panjang dan berdiameter lebih kurang 2 inci iaitu sebesar syiling 20 sen.
Dengan bantuan topeng selaman, penyelam permukaan boleh menjalankan
aktivitinya dengan lebih selesa. Ini kerana snorkel dengan tiub pernafasan
berbentuk ‘J’ membolehkan penyelam memberikan tumpuan kepada keadaan di
bawah permukaan air tanpa perlu mendongak untuk bernafas. Muka penyelam
boleh berada di bawah permukaan air selama mana dikehendaki. Keadaan
selesa ini membantu apungan badan penyelam. Snorkel digunakan oleh kedua-
dua kategori penyelam iaitu penyelam permukaan dan penyelam dasar. Walau
bagaimanapun, snorkel digunakan sepenuhnya oleh penyelam permukaan.
Penyelam dasar laut memerlukan snorkel dengan tujuan menjimatkan oksigen
sewaktu menyelam di permukaan atau semasa aktiviti menyelidik dan menyiasat
kawasan selaman.
Rajah 3 : J -Tube
1.8 Klasifikasi Snorkel
Snorkel terbahagi kepada 2 jenis:
a) Snorkel untuk penyelam permukaan (skin diving)
b) Snorkel untuk penyelam dasar (scuba diving)
1.9 Ciri-ciri Snorkel Yang Baik
Dua perkara penting untuk memilih snorkel ialah:
a) Kuasa pernafasan – Snorkel yang bersih mempunyai lohong udara yang
luas dan tiub ‘J’ yang licin dipercayai akan memudahkan pernafasan.
Snorkel yang mempunyai injap yang sehala di bahagian atas tiub ‘J’ akan
meningkatkan rintangan-ringtangan kepada pengaliran udara dan
mewujudkan keadaan yang tidak selamat.
b) Keselesaan – ‘Mouth piece’ yang tidak sesaiz dengan mulut pemakai
akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengguna. Ujilah ‘mouth
piece’ yang sesuai sebelum digunakan.
1.10 Tali Pinggang Pemberat (Weight Belt)
Telah diketahui dengan jelas bahawa manusia mempunyai daya apungan yang
agak tinggi kerana 70 peratus dari komposisi badan manusia terdiri daripada air.
Oleh itu, tentulah menjadi satu kesukaran untuk kita berada di dalam air,
khasnya bagi tujuan menikmati keindahan di dasar laut. Ini menyebabkan
penyelam perlu menggunakan tali pinggang pemberat. ‘Weight belt’ hendaklah
digunakan dengan kadar berat yang bersesuaian dengan berat badan kita.
‘Weight belt’ yang terlalu berat akan menyebabkan kita terus tenggelam tetapi
jika terlalu ringan akan menyebabkan kita tetap timbul di permukaan air.
1.11 Flotation Device (alat apungan) – Untuk kegunaan berehat atau
kecemasan
Alat apungan ini boleh dibuat dari pelampung jarring nelayan yang diikat dengan
tali panjang 10 meter agar ini dapat memastikan yang kita menyelam tidak
melebihi 30 meter dari permukaan air. Tali yang terikat pada alat apungan juga
dapat membantu kita naik ke permukaan semasa kecemasan atau bagi tujuan
berehat.
1.12 Jaket Keselamatan
Jaket keselamatan atau ‘life jacket’ adalah amat penting dalam aktiviti snorkeling
terutamanya kepada sesiapa yang tidak pandai berenang. Ianya berguna untuk
membantu individu mengapungkan dirinya semasa melakukan aktiviti snorkeling.
Pastikan jaket dipakai dan diikat dengan sempurna.
2. PROSEDUR KESELAMATAN
Jalankan aktiviti snorkeling secara berpasangan (buddy system)
Tentukan faktor-faktor luaran seperti cuaca yang elok, keadaan laut yang
tidak berombak dan arus laut yang tidak terlalu deras.
Pastikan aktiviti snorkeling dijalankan mengikut perancangan seperti
jangka masa dan luas kawasan.
Sebelum membuat snorkeling secara terbuka di laut, pastikan peserta
sudah mendapat pendedahan secukupnya melalui teori dan amali.
Pastikan semua peralatan snorkeling berada di dalam keadaan yang baik.
Pilih peralatan snorkeling mengikut kesesuaian dan keselesaan individu.
Melambai dan menjerit untuk menarik perhatian sekiranya anda benar-
benar memerlukan pertolongan.
Elakkan berenang berdekatan jeti, kawasan laluan bot atau skuter
air,selepas makan, cuaca terlalu panas atau semasa petir.
3. KEYAKINAN DI AIR (WATER CONFIDENT)
Sebelum memulakan aktiviti snorkeling, setiap individu hendaklah
bersedia untuk membiasakan diri dengan air. Bagi individu yang tidak pernah
berenang atau akan memasuki air buat kali pertama, pengalaman baru ini
haruslah dimulakan dengan aktiviti yang membantu pengubahsuaian fizikal dan
mental. Proses pengubahsuaian ini meliputi aktiviti keyakinan di air (water
confidence) dan kemahiran melakukan apungan.
Aktiviti-aktiviti tersebut perlu dijalankan bagi mengatasi rasa takut dan
meningkatkan keyakinan diri seseorang semasa berada di dalam air. Aktiviti ini
hendaklah dikendalikan oleh seorang jurulatih yang terlatih bagi memberi
panduan dan pengawasan bagaimana hendak melakukan pengubahsuian diri
terhadap kesan suhu, tekanan dan daya apungan. Sesi latihan tersebut adalaj
penting kerana snorkeling adalah suatu aktiviti melihat hidupan laut dan terumbu
kerang daripada permukaan laut. Ini bermakan, keyakinan di air dan kebolehan
melakukan apungan diri yang betul adalah amat penting dan membantu individu
mencapai kepuasan dalam melaksanakan aktiviti snorkeling.
4. PANDUAN PAKAIAN
Berpakaian gelap (biru tua, hitam) untuk menyerap haba semasa
menjalankan aktiviti.
Baju dimasukkan ke dalam seluar untuk mengelakkan baju terangkat
semasa selaman dibuat.
Kain tudung diikat kemas ke belakang dan dimasukkan ke dalam baju
melalui kolar.
Seluar trek yang dipakai hendaklah diikat kemas.
Kasut yang sesuai hendaklah sentiasa dipakai ketika melakukan aktiviti di
air untuk mengelakkan kecederaan dan sengatan hidupan berbisa.
Sebagai permulaan, aktiviti keyakinan di air ini boleh dilakukan di dalam kolam
renang ataupun di tepi pantai. Satu alatan yang penting di dalam aktiviti ini
adalah jaket keselamatan. Jaket keselamatan ini akan membantu sesiapa yang
tidak pandai berenang dalam proses mengapungkan diri. Di samping itu juga,
pastikan aktiviti ini dibuat secara berpasangan. Peringkat-peringkat di dalam
aktiviti keyakinan di air adalah seperti berikut:
I. Memasuki air: memasuki air pada paras lutut, membasahi badan
perlahan-lahan dari lengan ke dada, leher, muka dan seterusnya
membasahi seluruh badan.
II. Menahan nafas di dalam air: manarik nafas dan menutup mulut.
Menurunkan kepala secar perlahan-lahan ke dalam air. Tahan nafas
di dalam air untuk beberapa ketika.
III. Melihat atau membuka mata di dalam air: membuka mata semasa
berada di dalam air adalah diperlukan atas tujuan keselamatan dan
keseimbangan.
IV. Pernafasan beritma: latihan menarik nafas ketika muka berada di
luar air (sebelah kanan atau kiri mengikut kesesuaian sendiri) dan
menghembuskan nafas ketika muka berada di dalam air hendaklah
dilakukan. Latihan pernafasan di kedua-dua belah kiri dan kanan
muka hendaklah dilakukan bagi mengenal pasti bahagian mana yang
lebih sesuai untuk diri masing-masing. Latihan pernafasan ini juga
penting bagi memastikan kesinambungan aktiviti berenang.
5. TEKNIK APUNGAN
Terdapat 2 teknik apungan yang berguna dan perlu dibiasakan oleh setiap
individu yang ingin melakukan aktiviti snorkeling. Teknik apungan tersebut
adalah teknik apungan tanpa jaket keselamatan dan teknik apungan
menggunakan jaket keselamatan.
5.1 Tanpa menggunakan jaket keselamatan
Langkah pertama teknik apungan ini haruslah dilakukan tanpa
menggunakan jaket keselamatan kerana dengan cara ini individu akan belajar
bagaimana hendakla mengapungkan diri tanpa menggunakan jaket
keselamatan. Aktiviti secara berpasangan ini boleh dilakukan secara bergilir.
Langkah berikut boleh dilakukan secara bergilir-gilir.
I. Lakukan aktiviti latihan ini secara berpasangan
II. Kedua-duanya hendaklah berdiri di dalam air pada paras dada.
III. Salah seorang akan cuba untuk mengapungkan diri manakala seorang
lagi akan membantunya untuk mengimbangkan badan dengan cara
meletakkan tangan di belakang bahu atau di bawah pinggang.
IV. Semasa melakukan apungan, individu hendaklah menahan nafas dan
cuba untuk baring secara perlahan-lahan di atas permukaan air sehingga
telinga berada di bawah paras air. Pastikan badan dalam keadaan yang
lurus dan separuh daripada muka dan badan berada di dalam air.
V. Semasa hendak melakukan apungan ini, pastikan juga yang individu
tersebut berada di dalam keadaan yang tenang supaya dia boleh memberi
sepenuh konsentrasi kepada aktiviti tersebut.
VI. Pada masa yang sama rakan pembantu hendaklah memastikan rakannya
berada di permukaan air sehingga ia benar-benar bersedia untuk
dilepaskan.
VII. Lengan/ tangan direntangkan kiri dan kanan dan kaki anda hendaklah
diluruskan dalam keadaan relaks (tidak tegang) dan selesa. Untuk
membantu anda lebih tenang. Bayangkan yang anda sedang berbaring di
atas tilam air.
VIII. Lentikkan pinggan ke atas dan biarkan bahu berada di bawah permukaan
air.
IX. Apabila rakan sudah bersedia merasa selesa, rakan pembantu bolehlah
melepaskan tangannya. Lakukan latihan ini berulang kali sehingga anda
mencapai tahap yang dikehendaki.
Apabila pengapungan diri sudah berjaya dilakukan, aktiviti seterusnya
adalah menyelam ke dasar air. Aktiviti ini dilakukan di kawasan yang cetek.
Paras air semasa latihan apungan tadi adalah sesuai. Dalam latihan ini, individu
dikehendaki menyelam sehingga menyentuh pasir dan menggenggam sedikit
untuk dibawa ke atas permukaan. Aktiviti ini dilakukan untuk membiasakan diri
menyelam ke dalam air supaya sekiranya berlaku kecemasan, peserta akan tahu
teknik untuk menyelam dan naik semula ke permukaan air.
5. 2 Menggunakan jaket keselamatan
Teknik yang sama juga akan dilakukan semasa menggunakan jaket
keselamatan. Peserta yang telah didedahkan dengan latihan apungan diri tanpa
jaket keselamatan akan lebih berkeyakinan di dalam aktiviti apungan dengan
menggunakan jaket keselamatan. Peserta yang belum pandai berenang
hendaklah menggunakan jaket keselamatan semasa aktiviti snorkeling sebagai
langkah awal keselamatan.
6. PERSEDIAAN SNORKELING
Cara Memakai Mask.
Salah satu daripada perkara penting dalam pemiliharaan mask yang betul
adalah memilih mask yang mempunyai saiz dan rupa bentuk yang sesuai
dengan raut muka. Getah lembut di sekeliling mask hendaklah berpadanan
dengan muka supaya penggunaan adalah selesa. Selain daripada itu, ada
beberapa perkara lagi yang kita perlu tahu sebelum turun ke air:
a) Cara Menghalang Mask Menjadi Kabur (fogged)
Sebelum turun ke air, cermin mask hendaklah disapu atau dikesat dengan
larutan anti kabut (anti-fogging solution). Jika tidak udara lembab yang
terperangkap di dalam cermin mask akan mengalami proses pemelewapan
apabila disejukkan oleh air di sekeliling, seterusnya akan mengkaburkan sermin
mask. Terdapat larutan kimia yang dapat menghalang cermin mask dari kabur
yang boleh didapati di pasaran. Alternatif lain yang boleh digunakan seperti
pencuci pinggan mangkuk dan air ludah. Dimana air ludah manusia mempunyai
sejenis cecair kimia yang dinamakan asid amino yang berupaya untuk
membersihkan cermin dan menghalang ia dari menjadi kabur. Namun demikian
bahan-bahan lain tidaklah sebaik seperti bahan kimia anti kabur. Jika cermin
mask menjadi kabur semasa dalam air, benarkan sedikit air masuk ke dalamnya
dan cermin yang kabur akan terbias.
b) Membetulkan Tali Getah Pencerut
Tali getah pencerut yang terdapat pada mask adalah bahagian yang sangat
penting kerana ia membolehkann mask melekat ke muka penggunanya. Tanpa
tali getah mask tidak akan dapat melekap pada muka dengan kuat untuk
mengelakkan air masuk ke dalam topeng mask. Untuk keselesaan pastikan tali
getah yang digunakan cukup anjal dan tahan lasak. Cara memakai mask yang
baik dan berkesan adalah dengan meletakkan mask ke muka dan kemudian
menarik tali getah mencerutnya ke belakang kepala. Kedudukan tali getah perlu
diberi perhatian kerana kedudukan tali yang terlalu rendah atau terlalu tinggi
akan menyebabkan tekanan mesk ke muka tidak seragam dan akan memberi
ruang kepada air untuk masuk ke dalam mask.
c) Mengeluarkan Air Dari Mask
Salah satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai dalam penggunaanmask
ialah (mask cleaning) semasa berada di dalam air. Kemahiran ini boleh dilakukan
semasa berada di dalam air iaitu dengan menekan bahagian atas mask dengan
pantas serta kuat, serta hembuskan udara melalui hidung. Kesan ini akan
menyebabkan tekanan udara dalam mask lebih tinggi daripada tekanan udara di
luar. Perbezaan tekanan ini akan mendesak air keluar dari topeng mask dan
digantikan dengan udara yang dihembuskan. Pembersihan topeng selaman juga
boleh dilakukan secara sisi asalkan menghembuskan udara.
d) Mengimbangi Tekanan Semasa Dalam Air
Penyelam hendaklah mengimbangi tekanan udara di dalam mask dan juga
dalam telinganya dengan tekanan air di luar. Cara mengimbangi tekanan udara
mask ialah dengan menghembus udara perlahan-lahan udara melalui hidung.
Tekanan air di luar boleh menekan mask ke muka dan menimbulkan rasa sakit
dan tidak selesa pada pengunaanya ketika di dalam air.
7. TEKNIK MENGGUNAKAN SNORKEL
Terdapat 2 perkara yang perlu dititik beratkan semasa memilih snorkel
(tiub pernafasan) iaitu keselesaan dan kesesuaiannya pada pengguna. Snorkel
yang membenarkan pernafasan yang mudah mempunyai laras yang besar dan
berkelok sederhana. Bahagian penyambung mulutnya hendaklah juga
bersesuaian dengan pengguna dari segi saiz, bentuk, tekstur dan keanjalannya.
Snorkel sentiasa dipakai di sebelah kiri bahu dan hendaklah dilekatkan
kepada tali getah pencerut mask dengan getah pengikat. Betulkan pengikat
snorkel bersesuaian dan selesa dengan mulut. Selain daripada itu kedudukan
snorkel hnedaklah hampir tegak dengan permukaan air semasa berenang
dengan kedudukan muka di bawah air. Apabila menyelam di baeah permukaan
air, udara akan tertekan dari tiub pernafasan (snorkel) dan air akan masuk. Air
yang masuk ke dalam tiub hendaklah dikeluarkan apabila naik semula ke
permukaan sebelum ia dapat digunakan semula. Terdapat 2 cara mengeluarkan
air dari tiub pernafasan:
I. Kaedah ‘Popping’ (Popping Method)
Kaedah popping ini merupakan cara yang paling biasa digunakan.
Dilakukan dengan cara meniup kuat dan pantas ke dalam snorkel. Selepas
mengeluarkan air dari snorkel, pernafasan yang pertama hendaklah perlahan
dan singkat supaya tidak tersedut sisa air yang mungkin masih terperangkap
dalam tiub.
II. Kaedah Mengembang (Expansion or Displacement Method)
Kaedah ini merupakan satu cara lagi untuk mengeluarkan air dari tiub
pernafasan. Cara ini dipercayai lebih senang dari kaedah ‘popping’. Tetapi
hanya boleh dilakukan semasa menarik ke permukaan air. Tindakan ini
akan menyebabkan mulut snorkel mengadap ke bawah. Apabila
berhampiran dengan permukaan air, hembus perlahan-lahan ke dalam
snorkel. Udara yang keluar akan mengembang dengan sendiri dan menolak
keluar air dari snorkel.
8. PENGGUNAAN FIN DAN TEKNIK FINNING YANG BETUL
Terdapat beberapa teknik menggunakan penggunaan fin yang mudah.
Pengguna hendaklah terlebih dahulu membasahkan kaki supaya fin mudah
disarung pada kaki. Jika fin yang digunakan dari jenis yang menutup penuh kaki,
lipatkan bahagian belakang fin dan tarik masuk ke tumit. Sebaliknya jika
menggunakan fin yang terbuka bahagian tumit, tarik getah pencerut fin supaya
melepasi tumit dan sangkutkan pada tumit.
Berjalan dengan memakai fin adalah satu perkara yang sukar. Oleh itu,
berjalan mengundur dengan fin adalah lebih senang dan selamat semasa berada
di atas pantai atau air cetek. Memanjat naik ke bot semasa berada di atas pantai
atau air cetek. Memanjant naik ke bot semasa memakai fin haruslah dielakkan.
Cara yang terbaik adalah dengan menanggalkan fin terlebih dahulu sebelum
memanjat naik bot atau menuruni tangga.
Penggunaan teknik finning yang betul membolehkan penggunanya
berenang dengan selesa dan menjimatkan tenaga. Terdapat beberapa cara
tendangan atau kayuhan fin yang biasa digunakan semasa aktiviti snorkeling.
a) Flutter Kick
Flutter kick adalah cara tendangan kaki yang penting digemari oleh penyelam.
Kaki diluruskan selurus yang boleh dan pergelangan kaki dihayunkan ke atas
dan ke bawah secara bersilang. Pergerakan kaki tidak terlalu pantas kerana
pergerakan kaki yang pantas akan menggunakan 4 kali ganda tenaga yang
diperlukan. Apabila melakukan flutter kick di permukaan air, pastikan kaki dan fin
berada di bawah permukaan air.
b) Scissors Kick
Scissors kick digunakan sebagai satu variasi kepada cara tendangan kaki.
Pergerakan kaki pertama dalam scissors kick adalah hamper sama dengan
pergerakan kaki flutter kick iaitu dihayun ke atas ke bawah secara bersilang.
Cuma yang membezakannya ialah pergerakan ini dihentikan seketika apabila
kedua-dua kaki bertemu dan dirapatkan. Setelah menggelongsor selama dua ke
tiga saat, pergerakan diulang semula dari mula. Scissors kick merupakan satu
lagi cara tendangan kaki yang digunakan dalam renang. Oleh kerana terdapat
sifat gelongsor, scissors kick dianggap sebagai satu cara relax dan berkesan
untuk aktiviti snorkeling. Pergerakan kaki awal dalam gaya scissors kick hampir
sama dengan pergerakan kaki ‘flutter’ iaitu dihayunkan ke atas dan ke bawah
secara bersilang.
c) Frog Kick
Gaya ini tidak banyak digunakan dalam aktiviti menyelam namun ia merupakan
gaya pergerakan kaki yang kuat dan fasa gelongsoran memberi peluang
penyelam untuk berehat. Gaya frog kick bermula dengan mengangkangkan kaki
secara perlahan dan kemudian rapatkan kaki dengan pantas dan kuat secara
meluruskan serentak dan berakhir dengan satu gelongsoran yang panjang dan
licin sehingga daya tolak depan (forward momentum) menjadi lemah.
Kebolehan menggunakan berbagai gaya tendangan kaki adalah penting
kerana ia boleh memberi peluang kepada otot-otot untuk berehat. Ini kerana otot
yang berlainan digunakan dalam gaya tendangan yang berlainan. Dengan
menukarkan gaya tendangan kaki akan merehatkan otot secara bergilir-gilir.
d) Dolphin Kick
Satu lagi pergerakkan kaki ialah dolphin kick. Gaya pergerakan ini lebih
susah tetapi ia merupakan satu variasi pergerakan kaki yang berguna. Dolphins
kick dimulakan dengan merapatkan kedua belah kaki dalam kedudukan
mendatar. Bawa fin ke atas dengan membengkokkan lutut kemudian bawa kaki
turun dengan meluruskan kaki secara kuat dan pantas sambil membengkokkan
penggang sedikit. Langkah seterusnya, bawa fin ke atas semula dengan
membengkokkan lutut sedikit pada masa yang sama luruskan pada pinggang
dan lentikkan belakang. Dengan meningkatkan kelajuan, badan akan bergerak
ke hadapan seperti pergerakan ombak atau ikan lumba-lumba.
Apa akan terjadi sekiranya secara tidak sengaja anad terhilang satu fin
semasa menyelam? Gaya tendangan kaki flutter, scissors dan frog memerlukan
kedua-dua belah fin untuk berfungsi. Oleh yang demikian dalam situasi
kehilangan fin, dolphin kick adalah amat penting kerana inilah satu kaedah yang
satu-satunya tidak memerlukan kedua-dua fin sekaligus.
9. KEADAAN LOKASI/ AIR
Sebelum melakukan aktiviti snorkeling, jurulatih hendaklah melakukan ‘site
visit’ atau lawatan ke tempat yang telah dipilih. Ini untuk memastikan bahawa
kawasan itu selamat dan mempunyai terumbu karang dan hidupan laut lain yang
boleh dilihat semasa aktiviti snorkeling dijalankan. Di dalam memilih lokasi atau
kawasan air untuk melakukan aktiviti snorkeling, ada beberapa perkara yang
perlu diambil berat iaitu:
a) Cuaca – Jangan lakukan aktiviti snorkeling semasa hujan, rebut dan
ombak besar kerana dikhutiri ia akan mengancam keselamatan peserta.
Sekiranya aktiviti snorkeling dilakukan pada waktu air pasang ataupun
cuaca mendung, peserta juga tidak akan dapat melihat dengan jelas
terumbu-terumbu karang dan hidupan laut.
b) Tebing/ Batu besar/ Batu kerang – Tempat yang bertebing tinggi atau
berbatu besar atau berbatu karang hendaklah dielakkan kerana dikhuatiri
sekiranya ada ombak besar, ia akan menghayutkan peserta kea rah batu
atau tebing tersebut. Sekiranya peserta terhempas ke arah batu atau
tebing tersebut, kebarangkalian untuk cedera adalah amt tinggi.
c) Kedalaman air – Pilih kawasan yang tidak terlalu dalam di mana terumbu
karang dan hidupan laut yang lain boleh dilihat oleh jangkauan mata dari
permukaan air.
d) Terumbu karang/ Hidupan laut – Pilih kawasan cetek/ tidak terlalu dalam
yang mempunyai banyak terumbu karang dan hidupan laut agar peserta
dapat melihat kepelbagaian hidupan laut.
e) Hidupan laut yang merbahaya – Pilih tempat yang elah dikenal pasti
sebagai tempat yang selamt daripada hidupan laut yang merbahaya
seperti ikan jerung atau ikan yu untuk melakukan aktiviti snorkeling.
10. MENJALANKAN AKTIVITI SNORKELING
A. Faktor Keselamatan
1. Keselamatan tempat – sebelum melakukan aktiviti snorkeling, crilah
tempat yang sesuai dan selamat. Setelah mendapat tempat yang selamt,
pasangkan sempadan tempat untuk snorkeling. Seelok-eloknya gunakan
pelampung yang mudah dilihat bagi tujuan menandakan kawasan yang
digunakan.
2. ‘The Buddy System’ – bermaksud system berpasangan. Sentiasa
berpasangan semasa melakukan aktiviti snorkeling. Jangan sesekali cuba
menjauhkan diri dari pasangan anda. Sekiranya kehilangan pasangan
hendaklah segera mengeluarkan muka dalam air dan carilah pasangan
anda.
3. Jangan bergurau-gurau sambil menutup atau memasukkan air kepada
snorkel rakan yang sedang menjalankan aktiviti snorkeling. Keadaan ini
mungkin menyebabkan rakan anda terganggu pernafasannya atau
tercekik atau mungkin membawa bahaya.
4. Sekiranya anda di bawah pengawasan jurulatih atau orang yang
bertanggungjawab, mestilah mendengar dan mematuhi arahan dari
semasa ke semasa. Laporkan sebarang kejadian atau kecemasan yang
berlaku dengan serta merta.
B. Memakai Peralatan
1. Snorkel –Pasngkan snorkel pada sebelah kiri topeng menggunakan
‘snorkel keeper’. Sesuaikan snorkel supaya kemas apabila ‘mouthpiece’
dilekapkan pada mulut. Mula bernafas melalui mulut.
2. Topeng – Bersihkan topeng dengan air bersih sebelum digunakan.
Pastikan tali pengikatnya kemas dan selesa sebelum turun ke air.
Pastikan juga tiada kebocoran berlaku.
3. Fins – Tentukan fins yang padan dengan saiz kaki anda jika anda
menggunakan fins jenis ‘full foot’. Jika menggunakan fins jenis boleh
laras, pakailah kasut khas sebelum mengenakan fins. Laraskan tali
pengikai supaya kemas dan selesa.
4. Jaket keselamtan – Pakailah jaket keselamatan untuk memastikan anda
lebih selamat. Jaket keselamatan dapat membantu anda mengapung
sekiranya anda tidak mahir berenang. Jaket keselamatan juga dapat
mengurangkan tenaga yang akan digunakan semasa menjalankan aktiviti
snorkeling.
5. Pakaian – Memakai pakaian yang sesuai dapat membantu mengurangkan
risiko kecederaan. Biasanya kecederaan disebabkan oleh hidupan laut
atau batu karang. Pakaian yang sesuai dapat melindungi kulit daripada
‘terbakar’ akibat sinaran matahari yang lama dan berterusan.
C. Masuk Ke Dalam Air
1. Masuk dari tepi pantai – Anda hendaklah berjalan mengudur untuk
memasuki air sekiranya bermula dari tepi pantai. Berjalan begini lebih
mudah berbanding berjalan hadapan. Setelah berada ke dalaman yang
membolehkan berenang, mulalah membuat kajuhan dengan perlahan.
2. Masuk dari atas bot – Sekiranya bot agak tinggi dari permukaan air
masuklah dengan gaya ‘giant stride entry’, Manakala bot yang rendah
atau hamper dengan permukaan air masuklah dengan cara ‘controlled
seated entry’.
D. Kecemasan
1. Cedera atau luka – Jangan panik. Keluarkan dengan cepat dan berhati-
hati. Minta bantuan pasangan atau rakan sekumpulan. Berikan rawatan
awal. Kalau perlu dapatkan rawatan doktor.
2. Kejang otot kaki – Jangan panik dan jangan tanggalkan fins anda.
Tariklah hujung ‘blade’ sambil luruskan kaki yang mengalami kekejangan
reda, berenang ke tepian naik ke darat. Tanggalkan fins dan berehat
untuk beberapa waktu.
E. Jangan Masuk Jika
1. Anda tidak memakai peralatan dengan betul dan sempurna atau peralatan
anda rosak.
2. Anda terlalu lapar atau terlalu kenyang.
3. Anda mempunyai luka yang masih berdarah.
4. Anda tidak mendapat arahan sedangkan anda tidak pasti keadaan tempat
itu.
5. Anda bersendirian.