Kelahiran (EDU)
-
Upload
fitri-ibrahim -
Category
Education
-
view
676 -
download
6
Transcript of Kelahiran (EDU)
KELAHIRAN
Ahli Kumpulan:Nor Azila binti Abiden
Rodhiah binti Md RodhiFitri Norlida binti IbrahimFarah Fazriyana binti Basri
Nor Azrina binti Mohd ZainolNurzawani binti Mohd Fakhruddin
PISMP SEM 5 BAHASA MELAYU C
PENGENALAN
• Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri.
• Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam,adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing.
• Justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini,masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun.
3 PERINGKAT KELAHIRAN
SEWAKTU MENGANDUNG
BERSALIN
SELEPAS LAHIR
SEWAKTU MENGANDUNG
Melenggang Perut
SELEPAS LAHIR
Tanggal Pusat/Cuci Lantai
Memberi Nama
Cukur Rambut/Potong
Jambul
Naik Buai
Jejak Tanak/Turun
TanahBersunat
/Berkhatan
MELENGGANG PERUT
• Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
• Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan.
• Ia dijalankan oleh seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.
MELENGGANG PERUT
Peralatan untuk Upacara Melenggang Perut
Segantang Beras
Beberapa urat benang mentah
Damar
Lilin
Tujuh Helai Kain dengan Warna yang Berbeza
Peralatan untuk Upacara Melenggang Perut
Minyak Kelapa atau Minyak
Urut
Sebiji Kelapa
Tepak Sireh yang Lengkap
Isinya
Pengeras RM 1.25
Langkah Upacara Melenggang Perut
1. Bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.
2. Adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa bersama.
3. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu ditambat seekor ayam.
4. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita tadi bersalin.
Langkah Upacara Melenggang Perut
5. Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik.
6. Setelah acara itu selesai, bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di atas sehelai yang lain.
7. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut.
8. Bidan akan mengurut ibu yang yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau minyak urut.
9. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak tujuh kali.
Langkah Upacara Melenggang Perut
10.Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.
11.Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita hamil itu.
12.Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan pakaian baru.
Kepercayaan Upacara Adat Melenggang Perut
• Memudahkan wanita menjalani proses bersalin.
• Mengetahui jantina anak.• Membetulkan kedudukan bayi sebelum
bersalin.• Dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur
budaya Hindu.
POTONG TALI PUSAT
POTONG TALI PUSATSejurus dilahirkan, bidan akan menyambut bayi dengan membaca jampi dan serapah lalu disemburkan dengan
daun sireh
Selepas dibersihkan, tali pusatnya dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan dialas di atas sekeping
wang perak satu ringgit
Ada di sesetengah tempat , tali pusat dipotong dengan menggunakan cincin emas
Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sireh yang telah dilayukan di atas bara api sehinggalah tali pusat itu
tanggal sendiri
AZAN/IQAMAT
AZAN / IQAMAT
Bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya
Bayi perempuan akan diiqamatkan
Bapa atau datuk kepada bayi tersebut yang akan melakukannya
Ia juga merupakan simbolik kepada singkatnya hidup di dunia ini : sesingkat masa yang diambil
antara iqamat dan solat yang akan didirikan
Maksudnya: ketika dilahirkan kita diazankan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita
disolatkan dengan solat jenazah
Merupakan tuntutan dalam Islam, untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan
dengan kalimat yang mulia
MEMBELAH MULUT @ TAHNIK
Tahnik adalah memasukkan sesuatu
yang manis seperti manisan madu lebah
atau buah tamar yang dihancurkan dan
memalitkannya ke lelangit bayi.
APA ITU
TAHNIK
@
MEMBEL
AH
MULUT
1. Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar diatas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan2 digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi.
2. Dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya.
3. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya.
4. Lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya.
CARA MELAKUKAN
TUJUAN DILAKUKAN
a)Menguatkan anggota mulut bayi supaya lebih mampu
untuk menghisap susu ibunya. b)Memohon kepada allah s.W.T
supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yg fasih dan
terkawal lidahnya dari menyebut perkara-perkara yg
tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat.
c) Semoga dilimpahkan dengan rezeki yang halal
BERPANTANG
Wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang yang bermaksud larangan.
JIKA MELANGGAR PANTANG : akan mengalami bentan atau sakit sampingan.
TEMPOH BERPANTANG : lazimnya berlangsung selama empat puluh empat hari dikira dari hari mula bersalin dan ada juga yang berpantang selama seratus hari.
PERKARA DILARANG
Makan sebarang makananmakanan yang dilarang keras ialah
yang boleh mengakibatkan kegatalan diseluruh anggota badan seperti udang, kerang, ketam dan
ikan pari serta memakan ikan yang mempunyai sengat seperti ikan keli,
sembilang dan baung kerana ia boleh menyebabkan bisa-bisa pada
badan.
Melakukan kerja yang guna banyak pergerakan
Setelah tujuh hari bersalin, barulah ibu itu dibenarkan bergerak sedikit-
sedikit di dalam rumah tetapi dilarang sama sekali memijak tanah
DIGALAKKAN
Bertungku dipercayai dapat membantu perut wanita bersalin kembali
normal. Biasanya tungku diperbuat dari batu yang dipanaskan di atas bara. Kemudian tungku itu dibalut dengan kain yang dilapik dengan beberapa helai daun yang tebal seperti daun
lengkuas yang dipercayai dapat mengimbangi kepanasan tungku di samping berfungsi sebagai ubat.
Tungku akan dituam pada bahagian perut dan bahagian lain bertujuan
untuk mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Selesai bertungku, si
ibu akan menyapu perutnya dengan air limau yang dicampur dengan kapur
sebelum memakai bengkung. Amalan berbengkung ini bertujuan untuk
mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin di samping
memberi keselesaan kepada wanita selepas bersalin.
TANGGAL PUSAT/CUCI LANTAI
Tanggal Pusat / Cuci Pantai
• Lazimnya bayi yg baru lahir akan tanggal pusatnya dlm
tempoh seminggu. Dalam tempoh tersebut, adat cuci
lantai akan diadakan.
• Sesetengah tempat, adat ini juga dipanggil adat naik
buai kerana selagi bayi itu belum tanggal pusatnya, dia
tidak boleh dibuaikan & akan tidur di samping ibunya.
• Ada ini seelok-eloknya dilakukan pd hari Isnin & Khamis.
Bahan-bahan Adat Cuci Lantai
• Bahan-bahan yang digunakan utk adat cuci
lantai :
– Nasi kunyit & lauk-pauk
– Seekor ayam hidup
– Paku, buah keras, asam, garam & sirih pinang
– Hadiah utk bidan sepersalinan pakaian
Upacara Tanggal Pusat / Cuci Lantai
• Kenduri selamat akan diadakan pd permulaan adat ini.
• Selepas itu, bidan akan memulakan jampi serapahnya
sambil memegang ayam dgn cara mengais-ngaiskan
kaki ayam ke atas lantai tempat wanita itu bersalin.
• Seterusnya, lantai itu akan dibersihkan.
• Mak bidan akan menjalankan keseluruhan upacara ini.
• Sebelum itu, si ibu & si bayi akan dimandikan,
diurut & dibedak.
• Selesai upacara tersebut, bahan yg digunakan
tadi beserta sedikit wang akan dihadiahkan
kpd bidan tersebut.
MEMBERI NAMA
Memberi Nama
• Mengikut agama Islam, adalah sunat memberi
nama yg mempunyai maksud yg baik kpd bayi.
• Kebiasaannya, jika bayi itu lelaki, nama akan
diberi mengikut nama para nabi dan para
sahabat nabi manakala utk perempuan pula,
nama isteri-isteri @ anak-anak nabi akan dipilih.
CUKUR RAMBUT/ POTONG JAMBUL
• Cukur Rambut dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan.
• Adat ini juga dikenali sebagai adat potong jambul.
• Kenduri nasi kunyit dan doa selamat turut diadakan pada hari tersebut.
Cukur Rambut / Potong Jambul
Kelengkapan untuk upacara adat cukur rambut
• Sebuah dulang berisi tiga mangkuk atau piring yang berisi air tepung tawar, beras kunyit dan bertih.
• Sebiji kelapa muda :– Kelapa muda dipotong bahagian kepalanya dengan
potongan berkelok-kelok siku seluang untuk dijadikan penutup.
– Airnya dibuang dan diganti dengan sedikit air sejuk. – Kelapa itu diletakkan di dalam sebiji batil. Biasanya
kelapa itu dihias, umpamanya dengan melilitkan rantai emas atau perak di kelillingnya.
Hari Cukur Rambut• Bayi dipakaikan dengan pakaian cantik dan diletakkan di atas
talam yang dialas dengan tilam kecil atau didukung oleh bapa atau datuknya.
• Bayi dibawa ke tengah majlis dan disambut oleh hadirin lelaki sambil berselawat.
• Bayi ditepung tawar serta ditabur beras kunyit dan bertih kemudian hadirin bergilir-gilir akan menggunting sedikit rambut bayi tersebut dan dimasukkan ke dalam kelapa tadi dan bilangan yang menggunting rambut hendaklah bilangan ganjil.
• Rambut yang dicukur akan dimasukkan ke dalam kelapa dan di tanam di sekitar halaman rumah bersama sepohon anak kelapa atau seumpamanya sebagai memperingati masa anak itu dilahirkan.
AMALAN AKIKAH SEWAKTU CUKUR RAMBUT
• Akikah dari segi syarak• menyembelih ternakan pada hari ke tujuh selepas anak
dilahirkan.
• Disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau sebagai akikah anak yang baru lahir.
• Seorang anak disunatkan berakikah sekali sahaja seumur hidup.
• Syarat-syarat pemilihan haiwan untuk akikah dan jumlah ternakan untuk akikah:– Berbeza mengikut jantina bayi.– Bayi lelaki akikahnya ialah dua ekor
kambing. – Hanya seekor kambing bagi bayi
perempuan.• Hikmah akikah adalah:
– sebagai permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayi tersebut.
– sunat dilakukan pada hari ke 7, 14, 21 dan pada bila-bila berkemampuan.
NAIK BUAI
• Biasanya upacara ini dijalankan oleh sesebuah keluarga yang baru mendapat anak atau cucu sulung.
• Semasa upacara – bayi akan diletakkan di dalam buaian yang
menggunakan kain songket atau batik dan dihias indah dengan bunga-bungaan.
• Selendang akan diikat di kiri kanan buaian dan ditarik perlahan-lahan semasa upacara berlangsung.
• nazam atau marhaban akan dialunkan oleh sekumpulan lelaki atau wanita.
• bunga telur dan bunga rampai akan dihadiahkan kepada kumpulan nazam atau marhaban tersebut.
JEJAK TANAH / TURUN TANAH
• Jejak tanah atau adat memijak tanah adalah sebahagian daripada budaya bangsa Melayu.
• Meraikan anak yang baru pandai berjalan. • Turun tanah bermakna seorang anak kecil dilepaskan untuk
memijak tanah sebagai lambang meneruskan kehidupannya.
• Adat ini dijalankan secara berbeza-beza dari satu tempat dengan tempat yang lain baik dari segi cara mahupun barangan yang digunakan.
• Kenduri doa selamat diadakan untuk mengiringi upacara ini.
• Selepas kenduri selesai, tikar dibentang di hadapan tangga sebagai alas kanak-kanak berkenaan berjalan.
• Di atas tikar disediakan beberapa dulang yang berisi pelbagai jenis barang, termasuk makanan dan minuman
• Lazimnya jumlah barangan yang diletakkan adalah ganjil. • Kanak-kanak tersebut akan dibiarkan bergerak memilih
barang tersebut dan dihadkan mengambil tiga barangan sahaja.
• Menurut kepercayaan orang Melayu juga, adat ini dilakukan untuk meramal masa depan kanak-kanak itu berdasarkan barangan yang diambil.
• Umpamanya jika kanak-kanak itu mengambil gunting, kelak dia kuat bekerja atau pandai membuat kerja tangan. Adat ini juga boleh dilakukan secara sederhana iaitu dengan memijakkan kaki kanak-kanak itu ke piring-piring kecil yang berisi dengan padi, beras, tanah dan beberapa jenis daun.
• Seterusnya bayi itu dijejakkan ke tanah dan doa dibaca.
Upacara Jejak Tanah/ Turun Tanah
BERSUNAT /KHATAN
BERSUNAT /KHATAN• Adat bersunat bagi bayi perempuan lazimnya
dilakukan ketika bayi itu masih kecil iaitu beberapa hari selepas dilahirkan.
• Namun demikian, kebanyakan kanak-kanak perempuan akan menjalani upacara ini sekurang-kurangnya ketika berumur setahun atau lebih.
• Kanak-kanak perempuan disunatkan oleh bidan. • Bagi kanak-kanak lelaki, mereka akan menjalani
adat bersunat atau juga dipanggil berkhatan.
• Kanak-kanak akan mandi sebelum berkhatan ketika umur mereka dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun.
• Adat berkhatan akan dijalankan oleh Tok Mudim. • Di dalam ajaran Islam, bersunat atau berkhatan
adalah wajib kerana Islam menitikberatkan kesucian zahir dan batin.
• Baik dari segi kesihatan. • Majlis berkhatan kanak-kanak lelaki lebih meriah
majlis bersunat kanak-kanak perempuan.
• Menurut kepercayaan dan adat orang Melayu, jika kanak-kanak tidak khatam al-Quran, kuranglah kemuliaan kanak-kanak itu. Oleh itu, seboleh mungkin, upacara mengkhatam al-Quran turut diadakan.
• Upacara berkhatam al-Quran dijalankan sehari sebelum berkhatan. Pada sebelah petang atau malam sebelumnya, kanak-kanak tersebut akan dimandikan, diandam dan dipakaikan dengan pakaian baru.
• Keesokannya upacara khatam al-Quran akan dijalankan.
• Satu hidangan khas disediakan oleh keluarga kanak-kanak yang hendak dikhatankan.
• Kanak-kanak tersebut akan diberi layanan istimewa semasa makan adap-adapan itu.
• Kini berkhatan boleh dilakukan di klinik kerajaan atau klinik swasta. Tetapi berkhatan secara tradisional memerlukan seorang mudin.
PeralatanDi antara peralatan yang biasa digunakan oleh
Tok Mudim ialah:• 2 bilah pisau (1 digunakan dan 1 untuk
simpanan)• Sebilah gunting• 1 batang penyepit• Sebilah penjangka dan lain-lain alat-alat
sampingan yang diperlukan• Batang pisang
Kegunaannya:• Pisau biasanya ditempah khas oleh Tok Mudim dan
digunakan khusus untuk tujuan memotong.• Penjangka digunakan untuk menjarak bahagian yang
akan dipotong pada kemaluan kanak-kanak (biasanya diperbuat daripada tanduk kerbau atau tembaga).
• Pengapit digunakan untuk mengapit bahagian yang telah dijarakkan untuk dipotong (biasanya ia diperbuat daripada nibung atau tembaga).
• Batang pisang disediakan oleh ibubapa bertujuan untuk duduk di atas batang pisang dalam proses berkhatan.
Ubat-UbatanUbat yang digunakan pada masa dahulu dan
sekarang ialah:• Kulit pokok Pauh dan kapur makan (kulit pokok
Pauh diperah dan dicampur dengan kapur dan air)• Putih telur• Serbuk arang batu• Kapur• Penisilim• Iodine• Minyak ubat (ramuan daripada akar kayu)
PengerasBiasanya Tok Mudim akan mengenakan
pengeras (upah) bagi kerja yang telah dijalankan. Pengeras yang biasa diterimanya ialah:
• Sirih pinang berserta dengan duit pengeras yang tidak ditentukan jumlahnya
• Segantang beras• Dua biji kelapa• Sebatang damar
Pantang LarangDi antara pantang larang yang biasa diamalkan selepas berkhatan ialah:• Makanan yang gatal dilarang sama sekali seperti udang, sotong, telur,
ayam, pedal ayam, daging, ikan megkeroi dan ikan tudung tempayan.• Buah setoi dan buah seter.• Kuih buah melaka.(Makanan tersebut boleh memudaratkan dan mendatangkan kesan buruk
pada luka bekas berkhatan).
Menegah kanak-kanak daripada:• Minum air terlalu banyak• Melangkah bendul pintu• Melangkah tahi ayam• Melangkah kulit kerang dan lain-lain lagi• Pantang larang ini diberitahu supaya kanak-kanak tidak bangun
berjalan bertujuan untuk cepat sembuh.
TAMATSekian, terima kasih.