Kekuatan Dan Kelemahan Program Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi

7
KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM PERKHEMAHAN SUKAN DAN REKREASI KEKUATAN Kekuatan program sukan dan rekreasi yang berlangsung di Khersonese Base camp, Kuala Kubu Bharu Selangor Darul Ehsan selama empat hari ini adalah dapat memupuk sikap jati diri para guru pelatih supaya lebih berkeyakinan diri. Ini dapat dilihat dengan dengan berjalannya aktiviti keyakinan diri dalam air. Disamping itu,ia juga dapat membina kecergasan para guru dengan aktiviti yang dijalankan. Contoh aktiviti yang dijalankan untuk membina kecergasan para guru ialah berkayak dan juga orienteering. Selain itu, para guru pelatih juga mendapat pengatahuan yang lebih kerana telah di dedahkan dengan aktiviti yang lasak seperti berkayak,repelling dan juga orientering. Selain itu juga, kekuatan program ini ialah dapat memberikan ketenangan dan lari daripada kesibukan dan kesesakan kota. Para guru pelatih dapat menghilangkan tekanan belajar dengan adanya program seperti ini. Program ini juga pada akhirnya berjaya dari segi matlamat serta objektifnya kerana telah memberikan pendedahan yang sangat berguna kepada semua bakal guru.

description

sje2

Transcript of Kekuatan Dan Kelemahan Program Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi

Page 1: Kekuatan Dan Kelemahan Program Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi

KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM PERKHEMAHAN SUKAN DAN

REKREASI

KEKUATAN

Kekuatan program sukan dan rekreasi yang berlangsung di Khersonese

Base camp, Kua la Kubu Bharu Se langor Daru l Ehsan selama

empat hari ini adalah dapat memupuk sikap jati diri para guru pelatih supaya

lebih berkeyakinan diri. Ini dapat dilihat dengan dengan berjalannya aktiviti

keyakinan diri dalam air. Disamping itu,ia juga dapat membina kecergasan para

guru dengan aktiviti yang dijalankan. Contoh aktiviti yang dijalankan untuk

membina kecergasan para guru ialah berkayak dan juga orienteering. Selain itu,

para guru pelatih juga mendapat pengatahuan yang lebih kerana telah di

dedahkan dengan aktiviti yang lasak seperti berkayak,repelling dan juga

orientering. Selain itu juga, kekuatan program ini ialah dapat memberikan

ketenangan dan lari daripada kesibukan dan kesesakan kota. Para guru pelatih

dapat menghilangkan tekanan belajar dengan adanya program seperti ini.

Program ini juga pada akhirnya berjaya dari segi matlamat serta

objektifnya kerana telah memberikan pendedahan yang sangat berguna kepada

semua bakal guru. Kekuatan lain yang dapat dilihat ialah perancangan aktiviti

untuk perjalanan aktiviti ini berjalan dengan lancar sekali. Selain itu juga

kekuatannya ialah dapat membentuk semangat tolong menolong antara para

pelatih guru serta sikap toleransi antara kami semua. Selain itu,ia juga ia telah

merapatkan perhubungan antara kami semua dan juga para pensyarah

pendidikan jasmani mahupun pensyarah iringan.

Page 2: Kekuatan Dan Kelemahan Program Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi

Kekuatan program perkhemahan yang dapat kita lihat ialah kecekapan

pensyarah yang mengikuti program ini dari pengalaman serta ilmunya. Para

pensyarah tidak kekok untuk memberikan ilmu yang baru kepada para pelatih

guru yang mengikuti program perkhemahan ni. Kekuatan program ini juga adalah

kesemua aktiviti yang dirancang dapat dijalankan walaupun terdapat hari yang

cuacanya tidak menentu.

Page 3: Kekuatan Dan Kelemahan Program Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi

KELEMAHAN

Kelemahan yang dapat dilihat hasil daripada berlangsungnya program

perkhemahan sukan dan rekreasi ini ialah tempoh masa yang singkat. Masa

yang diperuntukkan adalah pendek sekali. Selain itu kelemahan program ini ialah

aktiviti yang dijalankan tidak banyak. Contohnya aktiviti pada malam hari hanya

diselitkan dengan taklimat dan refleksi. Kelemahan lain yang dapat dilihat ialah

peruntukkan kurang dari segi kewangan dan juga barang-barang. Disebabkan

masalah kewangan ini,ia telah menganggu perjalanan aktiviti kerana program ini

hampir terbatal kerana masalah ini namun dengan inisiatif pensyarah,program ini

dapat diteruskan juga. namun menyebabkan berlakunya kelewatan untuk kami

bertolak ke kem perkhemahan sekali gus merencatkan sedikit perancangan dari

segi masa.

Selain masalah diatas, kelemahan program ini ialah kurangnya aktiviti

riadah seperti bola tampar yang boleh pada waktu petang. Kelemahan lain yang

dapat dilihat ialah kelembapan menjalankan tugas. Sesetengah peserta hanya

bersikap sambil lewa sahaja dari memastikan program ini berjalan dengan lebih

lancar lagi. Ini dapat merencatkan perancangan program dari segi masa

perjalanan dan juga pengurusan aktiviti. Pengurusan aktiviti serta pengurusan

perjalanan program juga berjalan dengan tidak terlalu baik. Ini kerana

jawatankuasa aktiviti sendiri pun tidak mengetahui aktiviti yang akan mereka

terangkan kepada peserta semua.

Page 4: Kekuatan Dan Kelemahan Program Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi

Selain itu,kelemahan yang ketara boleh dilihat dari pengurusan

keselamatan serta kesihatan oleh jawatankuasa yang bertugas menjaga

kebajikan peserta dan keselamatan. Kelemahan lain ialah susunan jadual tugas

yang mengelirukan kepada semua peserta program. Misalnya,susunan dari segi

tugas berjaga malam yang menterabutkan para peserta. Pembahagian kumpulan

juga berlaku dengan tidak sistematik seperti pemecahan kumpulan mengikut

negeri. Kelemahan lain yang dapat kita lihat ialah tiada jadual bertugas untuk

kebersihan. Jadual bertugas ini perlu untuk mengelakkan kekalutan dari berlaku

seperti yang berlaku pada hari pertama.

Page 5: Kekuatan Dan Kelemahan Program Perkhemahan Sukan Dan Rekreasi

SARANAN DAN JUGA CADANGAN

Saranan serta cadangan yang dapat kami buat ialah dengan

memanjangkan tempoh program perkhemahan sukan dan rekreasi ini dijalankan.

Dengan memanjangkan tempoh program ini,sekali gus aktiviti tambahan dapat

diselitkan lagi. Aktiviti yang dijalankan mestilah lebih lasak lagi dengan tambahan

aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental seperti berjalan malam,aktiviti

jungle trekking yang berunsurkan konsep pandu arah dan bukannya orienteering

yang lebih berunsurkan kepada pertandingan. Cadangan dan saranan saya yang

lain ialah dengan mendedahkan para guru dengan penggunaan senjata

pertahankan diri. Contohnya kita dapat menyelitkan satu slot untuk memberikan

pengetahuan mengenai cara menggunakan alatan serta aktiviti melibatkan

mempertahankan diri. Ini penting untuk para guru supaya mengetahui serba

sedikit untuk pelindungan diri dari ancaman.

Selain itu,peruntukan perlulah mencukupi dari segi kewangan supaya

tidak menjejaskan perjalanan aktiviti. Ini kerana kalau terdapat kekurangan boleh

diuruskan terlebih awal sepeti mencari sponsor untuk ptogram ini. Bilangan

pensyarah juga pada saya perlu ditingkatkan kerana tidak menimbulkan

kekalutan jikalau berlakunya kecemasan. Contohnya,bilangan pensyarah wanita

yang mengikuti program perkhemahan ini hanyalah seorang. Cadangan lain

yang dapat diusulkan ialah memperkemaskan pembahagian kumpulan serta

penyusunan jadual tugas serta jadual aktiviti. Selain memudahkan perjalanan

program ia sekali gus melancarkan perjalanan aktiviti dengan lebih baik.

Saranan saya kepada semua peserta yang terlibat juga ialah lebih

mengutamakan keselamatan kerana ada yang masih bersikap sambil lewa ketika

melakukan aktiviti. Selain itu kepada jawatankuasa yang menjaga kebajikan

peserta diharap lebih afektif lagi untuk menjalankan tugas seperti mengawasi

setiap masa keadaan peserta.