KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP PERUBATAN ISLAM MELALUI AYAT … · kefahaman terhadap konsep perubatan...
Transcript of KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP PERUBATAN ISLAM MELALUI AYAT … · kefahaman terhadap konsep perubatan...
KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP PERUBATAN ISLAM MELALUI
AYAT-AYAT AL-SHIFA’ DALAM AL-QURAN DI KALANGAN
MAHASISWA SPI UTM SKUDAI
YASSIR BIN ANANG
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/9?)
TJNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISO
JUDUL : TiEFAHAMAN TERI{ADAP KON.SEP PERUBATAN ISLAMMEr/ALtrr AYAT-AYAT AL-SHIFA' DALATI4,ALOURANDI KALANGAN IT,TAHASISWA SP,I UTM SKUDAI
SESI PENGAJIAN z?J{4.!X[&,
Saya - YASSIR BIN ANANG
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana / Dokor Falsafrh) t ini disimpan di PerprstahanUuiversitiTeknologi lvlalaysia dengm syamt-syarat keguman seperti berikut :
l. Tesis adalah hakmilik Univemiti Te.lurologi l,Ialaysia.2. Perpusalsam Universiti Teknologi Ivlalaysia dibenarkan membuat salinan untuk qiuan
p€ngnjiil *ahdl3. PerpuSakaan dibenar*an membuat salinan tesis ini s$agai baban pertukaran antara institusi
pengajian tinegi.4. ** Silatmdalmn( { )
SLILIT (lvlengardrmgi maklumm yangberdarjah keselamman markepentingan Ivlalaysia seperti yang t€rmaltub di dalamAKTA RArrSrA RASMr le72)
TERHAD (MengadungimakhrmatTERHADlangtelahdit€Nrfiftanoleh organisasirbadan di mnna penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
[]
flE]
AlamatTetap:KG. TAJAU89208 TUARAN,SABAII
Tarikh: 20 APRIL 2010
ZUI{KITLEE BIN HARONNamaPenvelia
rarittu 20 APRIL 2010
CATATAITI: ** l t
Potong yang mana tidak berkenaan.Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampir*an surat daripada pihakborkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatrkan sekali sebab dantempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SIJLIT atau TERHAD.Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi ljazah Doktor Falsa&h dan Sarjanasecara penyelidikan, atau diserhsi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikau, atru Laporan hojek Sarjana Muda @SM)
r l
"Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai
dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengaj ian I slam). "
Nama Penyelia : ZULKIFLEE BIN HARO,N
Tarfth : 20 APFJL 2010
KEFAHAMAN TERHADAP KONSEP PERUBATAN ISLAM MELALUI AYAT-
AYAT AL-SHIFA’ DALAM AL-QURAN DI KALANGAN MAHASISWA SPI
UTM SKUDAI
YASSIR BIN ANANG
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ll
"Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan oleh diri saya
sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya."
Tandatangan
Narna Penulis
Tarikh
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian hanya pada Mu Ya Allah
Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w
Khas buat semua yang tersayang
Kepada Ayahanda Anang bin Ating dan
Bonda Siti Ramlah bte Hj. Sulaiman
yang amat disayangi dan disanjungi. Terima kasih yang tidak terhingga dari anakandamu ini.
Segala jasa dan pengorbananmu tidak akan anakanda
lupakan hingga ke akhir hayat.
Adinda-adindaku,
Masyitah, Lokman, Sufian, Ghazali, Shaffie, Syuib & Kaisarah
Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini. Tuntutlah ilmu demi masa
depanmu. Semoga kita menjadi kebanggaan Ayahanda dan Bonda tercinta.
Tidak lupa buat Pensyarah dan Guru sekalian
Khasnya buat Ustaz Zulkiflee bin Haron
yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.
Sahabat-sahabat Seperjuangan serta Insan Teristimewa
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian. Memori
kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku
buat selama-lamanya…
iv
PENGHARGAAN
الرحيم الرمحن اهللا بسم
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta
selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, akhirnya laporan Projek Sarjana Muda
(PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang
dihormati, Ustaz Zulkiflee bin Haron di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan
serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang proses pembikinan laporan ini.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam dan
Pembangunan Sosial (PPIPS) di atas tunjuk ajar yang diberikan membantu melengkapkan
lagi laporan ini. Tidak dilupakan juga kepada staf PPIPS yang banyak terlibat dengan
pengurusan tesis ini.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan kursus Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Pengajian Islam), terima kasih diucapkan kerana sudi memberi tunjuk
ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada pengkaji dalam usaha menyiapkan
projek ini. Semoga segala usaha dan cita-cita diberkati Allah S.W.T.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian
seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.
Sekian, Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi mahasiswa SPI terhadap konsep
perubatan Islam, mengenal pasti kefahaman mahasiswa SPI terhadap konsep
penyembuhan menerusi ayat-ayat al-Shifa’ dalam al-Quran dan kefahaman mereka
terhadap terapi penyembuhan menurut al-Quran dan al-Sunnah. Seramai 136 orang
responden terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat yang
mengambil kursus Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) di Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor telah dipilih sebagai sampel.
Satu set soal selidik mengandungi 45 item telah diedarkan kepada responden dan
dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min
dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science Version 15.0 for
Windows’ (SPSS version 15.0). Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah α = 0.955.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan mahasiswa SPI memiliki
pengetahuan yang baik terhadap konsep perubatan Islam. Selain itu, hasil kajian juga
turut mencatatkan bahawa kefahaman mahasiswa SPI terhadap konsep penyembuhan
menerusi ayat-ayat al-Shifa’ dan terapi menurut al-Quran dan al-Sunnah berada di tahap
tinggi. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak
tertentu untuk diberi perhatian terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga turut
dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study is to identify the SPI students’ perceptions on the Islamic medication
concept as well as their understanding on the remedial concept of al-Shifa’ through the
usage of Al-Quran verse. In addition, the study also looks on the SPI students’
understanding on the remedial therapy using the al-Quran and al-Sunnah. Samples of the
study involves 136 respondents from the first, second, third and fourth year students who
did a course in Bachelor of Science and Education (Islamic Studies) from the Faculty of
Education, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. A set of questionnaire
containing 45 items were distributed to the respondents and were analyzed descriptively
to obtain the frequency, percentage and mean for each item using the Statistical Package
for Social Science Version 15.0 for Windows’ (SPSS version 15.0). Reliability value of
the instrument was α = 0.955. Overall, the findings of the study show that the SPI
students have a good knowledge on the Islamic medication concept. Besides, the study
also tells that the SPI students understanding on the remedial concept through the words
al-Shifa' and the therapy according to the al-Quran and al-Sunnah were at the high levels.
At the end of the study, the researcher had proposed several suggestions to the related
parties to ensure full attention was paid towards the studied problems. Suggestions for
further research were also been proposed for further research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
BORANG PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xvi
xviii
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1
2
4
6
6
7
viii
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Mahasiswa SPI
1.8.2 Konsep Perubatan Islam
1.8.3 Ayat-ayat al-Shifa’
1.8.4 Al-Quran
1.9 Kesimpulan
8
8
8
9
10
12
13
BAB II SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan
2.2 Pengertian
2.3 Ilmu Perubatan Islam
2.4 Ciri-ciri Perubatan Islam
2.5 Matlamat Perubatan Islam
2.6 Prinsip-prinsip Perubatan Islam
2.7 Kepentingan Ilmu Perubatan di dalam Islam
2.8 Konsep Penyembuhan Menerusi Ayat-ayat al-Shifa’
2.8.1 Ayat-ayat al-Shifa’
2.8.1.1 Ayat Pertama
2.8.1.2 Ayat Kedua
2.8.1.3 Ayat Ketiga
2.8.1.4 Ayat Keempat
2.8.1.5 Ayat Kelima
2.8.1.6 Ayat Keenam
2.9 Terapi Penyembuhan Menurut al-Quran dan al-Sunnah
2.9.1 Penyakit Rohani
2.9.2 Penyakit Jasmani
2.9.2.1 Pengubatan Tabiiyyah
14
14
15
17
17
18
20
24
24
26
32
37
40
41
42
44
44
46
48
ix
2.9.2.2 Pengubatan Ilahiyyah
2.9.3 Rawatan Penyakit Menurut al-Quran
2.9.4 Rawatan Penyakit Menurut al-Sunnah
2.9.5 Berubat dengan Jampi Serapah
2.9.6 Berubat dengan Doa
2.10 Kajian Lepas
2.11 Kesimpulan
50
51
53
54
57
60
63
BAB III METODOLOGI KAJIAN 64
3.1 Pengenalan
3.2 Reka bentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Pengumpulan Data sekunder
3.6 Prosuder Kajian
3.7 Kajian Rintis
3.8 Analisis Data
3.9 Jangka Masa Kajian
3.10 Kesimpulan
64
64
65
65
67
69
70
71
72
73
73
BAB IV ANALISIS DATA 74
4.1 Pendahuluan
4.2 Analisis Soal Selidik
74
75
x
4.2.1 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang
Responden
4.2.2 Bahagian B, C dan D: Ananlisis Data Maklum
Balas Responden
4.2.2.1 Ananlisis Data Bahagian B: Persepsi
Mahasiswa SPI Terhadap Konsep
Perubatan Islam
4.2.2.2 Analisis Data Bahagian C: Kefahaman
Mahasiswa SPI Terhadap Konsep
Penyembuhan Menerusi Ayat-Ayat al-
Shifa’ Dalam al-Quran
4.2.2.3 Analisis Data Bahagian D: Kefahaman
Mahasiswa SPI Terhadap Terapi
Penyembuhan Menurut al-Quran dan
al-Sunnah
4.3 Analisis Keseluruhan dan Rumusan Min Dapatan
Kajian
4.3.1 Bahagian B: Dapatan Kajian Persepsi
Mahasiswa SPI Terhadap Konsep Perubatan
Islam
4.3.2 Bahagian C: Dapatan Kajian Kefahaman
Mahasiswa SPI Terhadap Konsep
Penyembuhan Menerusi Ayat-Ayat al-Shifa’
Dalam al-Quran
4.3.3 Bahagian D: Dapatan Kajian Kefahaman
Mahasiswa SPI Terhadap Terapi Penyembuhan
Menurut al-Quran dan al-Sunnah
4.4 Kesimpulan
75
77
78
84
89
95
95
97
99
100
xi
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 101
5.1 Pendahuluan
5.2 Ringkasan Kajian
5.3 Perbincangan Hasil Dapatan
5.3.1 Maklumat Latar Belakang Pelajar
5.3.2 Persepsi Mahasiswa SPI Terhadap Konsep
Perubatan Islam
5.3.3 Kefahaman Mahasiswa SPI Terhadap Konsep
Penyembuhan Menerusi Ayat-Ayat al-Shifa’
Dalam al-Quran
5.3.4 Kefahaman Mahasiswa SPI Terhadap Terapi
Penyembuhan Menurut al-Quran dan al-
Sunnah
5.4 Rumusan
5.5 Cadangan
5.5.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
5.5.2 Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
5.5.3 Majlis Agama Islam Negeri
5.5.4 Pusat Rawatan Islam
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
5.7 Penutup
101
101
102
102
104
107
112
116
117
117
117
118
119
119
121
BIBLIOGRAFI 122
LAMPIRAN 127
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
Bilangan dan Populasi Responden Kajian Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian Skor Berdasarkan Likert Pengkelasan Maklum Balas Skala Pemeringkatan Likert dan Min
66
68
68
69
69
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Umur Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus Taburan Responden Mengikut Sekolah Terdahulu Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi Pengetahuan Umum Terhadap Pengertian Perubatan Islam Pengetahuan Terhadap Matlamat Perubatan Islam Pengetahuan Terhadap Ciri-ciri Perubatan Islam Pengetahuan Terhadap Ciri-ciri Perubatan Islam Pengetahuan Terhadap Prinsip: Berasaskan Bahan Dan Ubatan Yang Halal Pengetahuan Terhadap Prinsip: Berasaskan Bahan Dan Ubatan Yang Halal
75
76
76
76
77
78
78
79
79
80
80
xiii
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
4.19
4.20
4.21
4.22
4.23
4.24
4.25
4.26
Pengetahuan Umum Mengenai Kaedah Rawatan Dalam Perubatan Islam Pengetahuan Umum Terhadap Kaedah Rawatan Dalam Perubatan Islam Pengetahuan Umum Mengenai Kaedah Rawatan Dalam Perubatan Islam Pengetahuan Terhadap Kepentingan Perubatan Islam: Beriman Dan Bertakwa Pengetahuan Terhadap Kepentingan Perubatan Islam: Sebagai Medium Dakwah Pengetahuan Terhadap Kepentingan Perubatan Islam: Menjaga Hubungan Pengetahuan Terhadap Kepentingan Perubatan Islam: Merawat Gangguan Kerohanian Pengetahuan Terhadap Kepentingan Perubatan Islam: Mencegah Penyakit Sosial Dalam Masyarakat Pengetahuan Umum Mengenai Tokoh Perubatan Islam Pengetahuan Mengenai Ayat-ayat al-Quran Yang Mengandungi Perkataan al-Shifa’ Pengetahuan Mengenai Ayat-ayat al-Quran Yang Mengandungi Perkataan al-Shifa’ Kefahaman Mengenai Ayat Pertama: Surah al-Taubah, 9: 14-15 Kefahaman Mengenai Ayat Pertama: Surah al-Taubah, 9: 14-15 Kefahaman Mengenai Ayat Kedua: Surah Yunus, 10: 57 Kefahaman Mengenai Ayat Kedua: Surah Yunus, 10: 57
80
81
81
82
82
83
83
83
84
84
85
85
86
86
86
xiv
4.27
4.28
4.29
4.30
4.31
4.32
4.33
4.34
4.35
4.36
4.37
4.38
4.39
4.40
4.41
Kefahaman Mengenai Ayat Kedua: Surah Yunus, 10: 57 Kefahaman Mengenai Ayat Kedua: Surah Yunus, 10: 57 Kefahaman Mengenai Ayat Ketiga: Surah al-Nahl, 16: 69 Kefahaman Mengenai Ayat Keempat: Surah al-Isra’, 17: 82 Kefahaman Mengenai Ayat Kelima: Surah al-Syu’ara’, 26: 80 Kefahaman Mengenai Ayat Keenam: Surah Fusshilat, 41: 44 Kefahaman Mengenai Penyakit Rohani Bersifat Spiritual Pengetahuan Mengenai Terapi Whuduk dan Istighfar Dalam Merawat Penyakit Marah Kefahaman Mengenai Pengambilan Habbatu al-Sauda’ Dalam Perubatan Islam Kefahaman Mengenai Penggunaan Madu dan Air Dalam Perubatan Islam Pengetahuan Mengenai Doa dan Zikir Sebagai Medium Penyembuhan Penyakit Kefahaman Terhadap Konsep Doa Dalam Kehidupan Seharian Kefahaman Mengenai Pengamalan Doa dan Surah-surah Lazim Pengetahuan Umum Mengenai Kaedah Pengubatan Sihir Pengetahuan Umum Mengenai Sihir
87
87
88
88
88
89
89
90
90
91
91
91
92
92
93
xv
4.42
4.43
4.44
4.45
4.46
4.47
4.48
Pengetahuan Umum Mengenai Kaedah Jampi Dalam Perubatan Islam Kefahaman Mengenai Jampi Dengan Menggunakan Bahasa Arab Pengetahuan Mengenai Jampi Yang Mengandungi Syirik Pengetahuan Mengenai Jampi Yang Menyalahi Akidah Perubatan Islam Dapatan Kajian Persepsi Mahasiswa SPI Terhadap Konsep Perubatan Islam Dapatan Kajian Kefahaman Mahasiswa SPI Terhadap Konsep Penyembuhan Menerusi Ayat-Ayat al-Shifa’ Dalam al-Quran Dapatan Kajian Kefahaman Mahasiswa SPI Terhadap Terapi Penyembuhan Menurut al-Quran dan al-Sunnah
93
93
94
94
95
97
99
5.1 Purata Min Berdasarkan Persoalan Kajian 116
xvi
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
α - Alpha
AIDS - Acquired Immune Deficiency Syndrome
a.s - ’Alaihis Salam
Dr. - Doktor
FP - Fakulti Pendidikan
FTI - Fakulti Tamadun Islam
H1N1 - Influenza virus type A
HR - Hadith Riwayat
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
KS - Kurang Setuju
n - Bilangan Keseluruhan Responden
PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
PSM - Projek Sarjana Muda
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
r.a - Radhiallahu ‘anhu
r.ha - Radhiallahu ‘anha
S - Setuju
s.a.w - Sallallahu ‘alaihi wassalam
SBP - Sekolah Berasrama Penuh
SMAN - Sekolah Menengah Agama Negeri
SMAR - Sekolah Menengah Agama Rakyat
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SMKA - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SS - Sangat Setuju
xvii
SPSS - Statistical Packages For Social Sciences
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
Lampiran A Soal Selidik 128
Lampiran B Nilai Alpha Kajian Rintis 134
Lampiran C Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
Daripada Fakulti Pendidikan
135
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perubatan adalah amalan semua umat manusia dalam dunia ini tanpa mengira
bangsa, keturunan atau agama kerana sesiapa pun boleh diserang penyakit. Tamadun
dunia telah membawa perubahan di dalam bidang perubatan. Usaha untuk mendapatkan
ubat bagi sesuatu jenis penyakit telah dilakukan sejak zaman Nabi Allah Adam a.s
sehingga sekarang dan usaha ini masih berterusan. Jelasnya pada hari ini, jenis penyakit
kian bertambah dan lebih rumit lagi dengan perubahan cara, gaya hidup manusia dan
perubahan alam persekitaran. Antara penyakit-penyakit berjangkit yang baru muncul
pada hari ini seperti penyakit H1N1, selesema burung, AIDS, malaria, demam denggi,
batuk kering, pnemonia, hepatitis telah membantutkan aktiviti-aktiviti seharian manusia
lebih-lebih lagi di kalangan umat Islam di dalam mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.
Kesan daripada penyakit-penyakit ini telah menjadi penyebab utama kematian kepada
manusia dan ianya pasti akan melibatkan orang Islam. Faktor utama berlakunya penyakit
berjangkit ini adalah kerana kelalaian manusia itu sendiri dalam penjagaan kebersihan
dan kesihatan mereka. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap
satu jam lebih kurang 1,500 orang meninggal dunia akibat diserang penyakit berjangkit
dan setiap tahun, seramai 17 juta penduduk dunia mati akibat diserang penyakit
berjangkit (Abu Bakar Abdul Majeed, 1999:1). Oleh sebab itu, kepakaran dalam bidang
perubatan bagi mencari penawar untuk mengubati penyakit-penyakit ini adalah amat
diperlukan sejajar dengan kemunculannya.
2
Walaupun perubatan moden menjadi pilihan pertama namun tidak ketinggalan
juga bagi perubatan Islam turut mendapat tempat di mata masyarakat sebagai salah satu
alternatif yang lain bagi tujuan berubat. Konsep perubatan Islam yang dipelopori oleh
pengamal perubatan Islam sebenarnya banyak persamaannya dengan perubatan moden
yang wujud pada ketika ini. Salah satu daripadanya adalah kedua-dua jenis perubatan
tersebut mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk menjaga serta meningkatkan tahap
kesihatan individu dan masyarakat. Hal ini selaras dengan tuntutan al-Quran dan al-
Sunnah. Perbezaan antara kedua-duanya hanyalah dari segi prinsip dan metod yang
diguna pakai. Di dalam merawat sesuatu penyakit, perubatan Islam meletakkan dua
prinsip penting yang perlu dititik beratkan iaitu etika rawatan dan juga kesucian bahan
yang digunakan untuk mengubati penyakit. Kedua-duanya hendaklah menepati syariat
Islam.
Di negara kita masyarakat pada hari ini meletakkan perubatan Islam sebagai salah
satu alternatif perubatan selepas perubatan moden. Sepatutnya perubatan Islam menjadi
pilihan yang pertama dan menjadikan perubatan moden sebagai perubatan alternatif
untuk menyelesaikan masalah kesihatan khususnya bagi umat Islam di Malaysia. Ini
kerana, kurangnya maklumat dan masalah kekeliruan yang melanda umat Islam di
Malaysia khususnya telah menjadi penghalang dalam mengangkat martabat perubatan
Islam. Oleh yang demikian, pengkaji terpanggil untuk membuat kajian berkenaan dengan
perubatan Islam dan memperbetulkan fahaman serta kekeliruan masyarakat terhadap
perubatan Islam.
1.2 Latar Belakang Masalah
Al-Quran merupakan mukjizat daripada Allah S.W.T yang diturunkan kepada
nabi junjungan Muhammad s.a.w sebagai petunjuk dan panduan kepada manusia.
Kandungan al-Quran lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Ia
merupakan sumber perundangan Islam dan ilmu pengetahuan.
3
Menurut Amran Kasimin dan Haron Din (1987: viii), amalan merawat penyakit
dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa yang digunakan oleh para nabi,
merupakan satu bidang yang baru di Malaysia. Usaha membentuk rawatan melalui
kaedah ini amat sedikit sekali dilaksanakan di Malaysia.
Rawatan yang menggunakan kaedah ini tidak boleh dikategorikan dalam
perubatan Melayu tradisional. Ini kerana bacaan al-Quran yang dibaca itu, jelas
menunjukkan ayat-ayat al-Quran dan doa yang dipohon jelas maksudnya. Terdapat juga
rangkaian kata Melayu yang digunakan tetapi penggunaannya dapat difahami maknanya
dan tidak mengandungi unsur syirik seperti pemujaan.
Ramai di kalangan masyarakat Islam yang masih meragui kaedah perubatan
menggunakan ayat-ayat al-Quran dan al-Sunnah. Keraguan ini timbul lantaran kurangnya
pemahaman terhadap fungsi al-Quran itu sendiri. Sebagai contoh al-Quran ada
mengemukakan ungkapan yang membawa makna kesembuhan penyakit. Firman Allah
S.W.T:
Maksudnya: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran
ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) al-Quran tidak
menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka)
melainkan kerugian jua”.
(Surah al-Isra’, 17: 82)
Tidak dinafikan lagi bahawa perubatan moden yang ada pada hari ini merupakan
pilihan utama masyarakat untuk merawat penyakit. Dewasa ini, hospital kerajaan dan
swasta serta klinik-klinik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan teknologi moden.
Akan tetapi, satu perkara yang amat nyata bahawa tidak semua penyakit dapat
4
disembuhkan dengan cara tersebut (Amran Kasimin dan Haron Din, 1987: ix).
Contohnya seperti sakit rohani atau gila. Oleh yang demikian, tidak dapat disangkal, al-
Quran berperanan sebagai penawar segala penyakit lebih-lebih lagi sakit akibat gangguan
makhluk halus seperti jin dan syaitan.
Kaedah perubatan yang diusahakan ini, tidak bermaksud untuk mengambil alih
tugas hospital-hospital atau klinik-klinik. Ia merupakan suatu bentuk ikhtiar setelah
pesakit-pesakit berusaha, tetapi belum lagi disembuhkan oleh Allah S.W.T. Justeru itu,
pendedahan kandungan al-Quran berkaitan dengan perubatan dan kesembuhan juga boleh
memberikan satu kesedaran yang tinggi kepada umat Islam untuk menghayati dan
mengingati betapa agung dan besarnya peranan al-Quran.
1.3 Pernyataan Masalah
Akibat daripada salah faham yang timbul, para golongan intelektual dan
cendekiawan juga turut mengalami situasi yang sama terutamanya pelajar-pelajar di
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) lebih terarah kepada perubatan moden yang lebih
diyakini keberkesanannya di dalam merawat sesuatu penyakit. Ini kerana, kaedah
perubatan Islam yang lebih cenderung kepada kaedah doa dan jampi dalam merawat
pesakit sebaliknya tidak dalam bentuk kajian dan penyelidikan sebagaimana perubatan
moden.
Para pelajar yang kurang memahami dan keliru dengan kaedah yang digunakan
dalam perubatan Islam menyebabkan prioriti ilmu perubatan Islam itu diletakkan di aras
yang paling bawah. Bukan itu sahaja, para pelajar juga khususnya yang mempelajari ilmu
tentang Islam adalah menjadi bahan rujukan kepada masyarakat. Sekiranya golongan ini
tidak dapat menjelaskan tentang konsep dan kaedah rawatan Islam yang sebenar kepada
masyarakat maka kekeliruan ini akan berterusan dan menyebabkan kepentingan
5
perubatan Islam semakin terpinggir dan kurang mendapat tempat dalam dunia perubatan
hari ini.
Selain itu, timbul juga andaian yang salah di kalangan pelajar terhadap metode
yang digunakan dalam rawatan Islam disamakan dengan kaedah perubatan yang
dilakukan oleh dukun, pawang dan juga bomoh. Mereka juga turut beranggapan bahawa
perubatan Islam sama seperti perubatan Melayu tradisional yang sering menjadi rahsia
daripada pengetahuan umum yang berselindung di sebalik prinsip ilmu kebatinan. Ini
adalah kerana maklumat mengenai rawatan Islam itu tidak difahami dengan betul.
Disamping itu, berlaku juga kekeliruan di kalangan pelajar mengenai skop perubatan
Islam yang penumpuannya hanya kepada aspek pembangunan yang bersifat kerohanian
semata-mata. Namun, hakikat sebenarnya skop perubatan Islam meliputi seluruh aspek
pembangunan kemanusiaan mencakupi (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Fahaman
sempit yang mengatakan bahawa perubatan Islam sesuatu yang telah ketinggalan zaman
juga merupakan faktor penyumbang kepada kurangnya pengamal perubatan Islam pada
masa kini.
Kesemua tanggapan negatif di kalangan pelajar mengenai perubatan Islam ini
perlu diperbetulkan. Justeru itu, kajian perlu dijalankan di kalangan pelajar SPI agar
dapat memastikan situasi sebenar atau cara hidup yang lazim mereka laksanakan dan
dalam pada masa yang sama dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang
pentingnya amalan perubatan Islam diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Oleh yang
demikian, berdasarkan faktor-faktor situasi seperti yang telah dinyatakan dalam latar
belakang masalah, maka kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah
kefahaman mahasiswa SPI terhadap konsep perubatan Islam melalui ayat-ayat al-Shifa’
dalam al-Quran di kalangan mahasiswa.
6
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut:
1.4.1 Mengetahui persepsi mahasiswa SPI terhadap konsep perubatan Islam.
1.4.2 Mengenal pasti kefahaman mahasiswa SPI terhadap konsep penyembuhan
menerusi ayat-ayat al-Shifa’ dalam al-Quran.
1.4.3 Mengenal pasti kefahaman mahasiswa SPI terhadap terapi penyembuhan menurut
al-Quran dan al-Sunnah.
1.5 Persoalan Kajian
Daripada kajian ini nanti, beberapa persoalan akan dapat dijawab dan diketahui,
antaranya:
1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa SPI terhadap konsep perubatan Islam?
1.5.2 Bagaimanakah kefahaman mahasiswa SPI terhadap konsep penyembuhan
menerusi ayat-ayat al-Shifa’ dalam Al-Quran?
1.5.3 Bagaimanakah kefahaman mahasiswa SPI terhadap terapi penyembuhan menurut
al-Quran dan al-Sunnah?