KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI … · 2.4 Strategi Pendekatan Inkuiri 17 2.4.1...
Transcript of KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI … · 2.4 Strategi Pendekatan Inkuiri 17 2.4.1...
KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN
INKUIRI DI SEKOLAH MENENGAH
TEKNIK
MARSILA BTE MINHAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2009/ 2010
SAYA MARSILA BTE MINHAT
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Nama Penyelia
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
(HURUF BESAR)
PM. Dr. MOHAMMAD YUSOF B. ARSHAD
T 217 BT. 14 KG. PANCHOR,
76100 DURIAN TUNGGAL,
MELAKA.
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ( Kimia )”
Tandatangan : ………………………………….............
Nama Penyelia : PM.Dr. MOHAMMAD YUSOF B.ARSHAD
Tarikh : ………………………………….............
KEFAHAMAN GURU SAINS TENTANG PENDEKATAN INKUIRI
DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
MARSILA BTE MINHAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2010
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : MARSILA BTE MINHAT
Tarikh :
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah….
Ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi memberi aku kekuatan
hingga ke penghujung.
Terima kasih jua ku ucapkan buat keluarga tercinta
yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ku..
Untuk pensyarah yang dihormati terima kasih atas ilmu yang
diberikan..Semoga Allah membalas segala jasa
dan bakti yang dicurahkan
Terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang sentiasa
diingati..Pahit manis yang kita harungi bersama akan kusemat
di hati selamanya..Semoga kejayaan milik kita bersama..
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat ALLAH s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayah-Nya penyelidikan ini mampu disempurnakan seperti yang dirancang.
Sekalung penghargaan kepada penyelia penyelidikan, PM. Dr. Mohammad
Yusof bin Hj. Arshad yang banyak membantu, membimbing, memberi tunjuk ajar,
panduan dan nasihat tanpa kenal erti jemu.
Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih ini ditujukan kepada guru dan pelajar
sekolah menengah teknik yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan ini.
Terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sentiasa
memberikan kerjasama dalam menyempurnakan kajian ini. Ingatlah teman hanya
Tuhan yang mampu membalas jasamu itu.
Penghargaan khas ini ditujukan khas buat bonda tercinta Maimunah bte Jani
yang tanpa jemu mendoakan kejayaan anaknya. Buat Allahyarham Minhat bin
Omar, ayahanda yang dihormati, semoga ayahanda bersemadi dengan aman di dunia
sana. Terima kasih yang tidak terhingga di atas segala dorongan, pengorbanan dan
kasih sayang yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kefahaman guru, status pelaksanaan
serta masalah dalam pendekatan inkuiri di sekolah menengah teknik. Sampel terdiri
daripada 115 orang pelajar dan 30 orang guru sains daripada empat buah sekolah
menengah teknik di Negeri Johor dan Melaka. Dua set soal selidik digunakan
sebagai instrumen kajian. Set soal selidik pertama dijalankan ke atas guru sains
untuk menguji kefahaman guru sains terhadap pendekatan inkuiri. Set soal selidik
kedua dijalankan ke atas pelajar untuk menguji pelaksanaan guru sains terhadap
pendekatan inkuiri. Data dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office Excel
2007. Dapatan kajian mendapati guru kurang memahami dan kurang melaksanakan
pendekatan inkuri. Pelaksanaan pendekatan inkuiri ini adalah hasil respon pelajar
yang lemah dalam menjalankan penyiasatan. Selain itu, terdapat juga beberapa
masalah yang menjadi penghalang untuk melaksanakan pendekatan inkuiri ini.
Implikasinya, guru sains dapat meningkatkan kefahaman mereka terhadap
pendekatan inkuiri dan meningkatkan keberkesanan pengajaran
vi
ABSTRACT
The purposes of this study are to investigate teacher understanding,
implementation status and problems aroused from using inquiry approach at
technical school. As sample, 115 students and 30 teachers from 4 technical schools
in Malacca and Johor are participating. Two sets of questionnaire were prepared as
the research instrument. The set of first questionnaire was given to teachers to
investigate teacher understanding in inquiry approach. The second set of
questionnaire was given to students to investigate the implementation status of
inquiry approach. The data were analyzed by using Microsoft Office Excel 2007.
Based on research finding teachers’ understanding and implementation on inquiry
approach are poor. The implementations of inquiry approach among students are
also poor. Furthermore, there are some weaknesses in inquiry approach at schools.
So, teachers should improve their understanding on inquiry approach to improve
inquiry teaching implementation at school.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap
Pendekatan Inkuiri 4
1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam
Pendekatan Inkuiri 5
1.3 Pernyataan Masalah 10
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Kepentingan Kajian 11
1.7 Skop kajian 12
viii
1.8 Definisi Istilah 13
1.8.1 Masalah 13
1.8.2 Inkuiri. 13
1.9 Penutup 13
2 SOROTAN KAJIAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Definisi Inkuiri 14
2.3 Model pembelajaran inkuiri 15
2.4 Strategi Pendekatan Inkuiri 17
2.4.1 Penyoalan 17
2.4.2 Perbincangan 18
2.4.3 Tunjuk cara 19
2.4.4 Mengeksperimen 19
2.5 Matlamat Pendekatan Inkuiri 19
2.6 Ciri-ciri Pelajar yang Mengamalkan
Pendekatan Inkuiri 20
2.7 Kebaikan Pendekatan Inkuiri 21
2.8 Keburukan Pendekatan Inkuiri. 22
2.9 Kefahaman terhadap Pendekatan
Inkuiri 23
2.10 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri 24
2.11 Masalah Pelaksanaan Inkuiri dalam
Pengajaran Sains 26
2.12 Penutup 27
3 METODOLOGI KAJIAN 28
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Lokasi Kajian 29
3.4 Persampelan Kajian 30
3.4.1 Guru Sains 30
ix
3.4.2 Pelajar 30
3.5 Instrumen Kajian 31
3.5.1 Soal Selidik 31
3.5.1.1 Set Soal Selidik Guru Sains 31
3.5.1.2 Set Soal Selidik Pelajar 32
3.6 Analisis Data 34
3.6.1 Soal Selidik Guru Sains 34
3.6.2 Soal Selidik Pelajar 34
3.7 Kajian Rintis 35
3.8 Prosedur Kajian 35
3.9 Penutup 36
4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 37
4.1 Pengenalan 37
4.2 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan
Inkuiri 37
4.2.1 Definisi Pendekatan Inkuiri 38
4.2.2 Konsep Pendekatan Inkuiri 39
4.2.3 Strategi Pembelajaran Inkuiri 39
4.2.3.1 Penyoalan 40
4.2.3.2 Perbincangan 40
4.2.3.3 Tunjuk Cara 41
4.2.3.4 Mengeksperimen 41
4.2.4 Ciri-Ciri Pendekatan Inkuiri 42
4.2.5 Kemahiran Guru dalam Pembelajaran
Inkuiri 42
4.2.6 Langkah-Langkah dalam Pembelajaran
Inkuiri 43
4.3 Analisa Keseluruhan Kefahaman Guru
Sains dalam Pendekatan Inkuiri 43
4.4 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran 44
4.4.1 Item Objektif 44
x
4.4.2 Item Penyataan Masalah 45
4.4.3 Item Menghipotesis 47
4.4.4 Item Mengenalpasti Pembolehubah 49
4.4.4.1 Dimanipulasi 49
4.4.4.2 Bergerak balas 50
4.4.4.3 Dimalarkan 51
4.4.5 Item Bahan dan Alat Radas 52
4.4.6 Item Susun Alat Radas 54
4.4.7 Item Merangka Langkah kerja 55
4.4.8 Item Merangka Keputusan 56
4.4.9 Item Membuat Kesimpulan 58
4.4.10 Pelaksanaan Pendekatan Inkuiri
4.5 Masalah Pendekatan Inkuiri 60
4.6 Penutup 63
5 KESIMPULAN 64
5.1 Pengenalan 64
5.2 Kefahaman Guru Sains Terhadap Pendekatan
Inkuiri. 65
5.3 Pelaksanaan Pendekatan Inkuri 65
5.4 Masalah Pendekatan Inkuiri 66
5.5 Implikasi Kajian 68
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 69
5.7 Penutup 70
RUJUKAN 71-77
LAMPIRAN A-D 78-92
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Nama sekolah yang terlibat dalam kajian 29
3.2 Nama sekolah dan bilangan guru sains 30
3.3 Nama sekolah dan bilangan pelajar 31
3.4 Jadual item kefahaman guru dalam pendekatan
inkuiri
32
3.5 Kemahiran merangka eksperimen 33
3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan
Peratusan
34
4.1 Kefahaman guru terhadap pendekatan inkuiri 38
4.2 Julat peratusan guru sains tentang kefahaman
dalam pendekatan inkuiri
43
4.3 Respon pelajar tentang kemahiran membuat
objektif
45
4.4 Respon pelajar dalam kemahiran membuat
pernyataan masalah
46
4.5 Respon pelajar dalam membuat hipotesis 48
4.6 Respon pelajar terhadap pembolehubah
dimanipulasi
49
xii
4.7 Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah
bergerak balas
50
4.8 Respon pelajar dalam menyatakan pembolehubah
dimalarkan
51
4.9 Respon Pelajar dalam menyatakan bahan dan alat
radas
53
4.10 Respon pelajar dalam merangka susunan alat
radas
54
4.11 Respon pelajar merangka langkah kerja 55
4.12 Respon pelajar dalam merangka keputusan 57
4.13 Respon pelajar dalam membuat kesimpulan 58
4.14 Keseluruhan peratusan jawapan pelajar terhadap
item dalam merangka eksperimen.
60
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set soal selidik guru sains 78
B Set soal selidik pelajar 87
C Surat kebenaran daripada pihak Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 90
D Surat kebenaran daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia 91
E Surat kebenaran daripada Bahagian
Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Kementerian Pelajaran Malaysia 92
xv
SENARAI SINGKATAN
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SMT - Sekolah Menengah Teknik
DBP - Dewan Bahasa dan Pustaka
AAAS - American Association for the Advancement of Science
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KBSM - Kurikulum Bersatu Sekolah Menengah
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa kini sains dan teknologi adalah satu bidang yang tidak asing lagi di
Negara kita. Meskipun perkataan sains digunakan secara meluas dalam kehidupan
seharian tetapi persepsi sains yang dimaksudkan seringkali berbeza antara satu sama
lain. Ada yang menganggap bahawa sains seperti matematik, ada yang mengaitkan
sains dengan jubah putih dan makmal, ada yang terkeliru dengan teknologi, malahan
terdapat juga yang mengaitkan sains dengan kursus yang diikuti di sekolah atau di
institusi pengajian tinggi. Sebenarnya, sains bukan hanya terbatas kepada perkara ini
sahaja. Adalah sukar untuk menyatakan dengan jelas maksud sebenarnya sains
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum, (PPK) (2001), sains adalah satu
bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni.
Integrasi antara 3 elemen ini amat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains.
Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang
membolehkan para pelajar memahami alam sekeliling mereka. Menurut Sulaiman
(2000), sains merupakan suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai
inovasi dan penemuan- penemuan baru yang berlaku hampir setiap hari melalui
pembangunan dan penyelidikan.
2
Apabila memperkatakan tentang sains kita sering mengaitkan situasi bagaimana
sesuatu pengajaran ataupun proses pengajaran sains itu berlangsung. Proses pengajaran
adalah satu perkara yang sangat penting untuk memudahkan para pelajar memahami
kehendak guru dalam menyampaikan mata pelajaran sains tersebut. Pelajar berpendapat
sains merupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits dan
Anderson, 1992). Sebagai mata pelajaran yang penting, guru sains sewajarnya bijak
memilih kaedah dan teknik pengajaran yang mampu menarik minat pelajar. Pelajar
akan berminat untuk belajar sains sekiranya guru dapat menggunakan pendekatan yang
melibatkan pelajar dalam pembelajaran serta guru menggunakan aktiviti yang menarik
bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dengan kaedah yang sama setiap kali
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.
Dalam kajian Sufiah (2006), menyatakan bahawa salah satu objektif perubahan-
perubahan untuk memperbaiki mutu pendidikan sains di sekolah menengah adalah
menggunakan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan inkuiri penemuan iaitu
berpusatkan murid dan berorientasikan aktiviti. Aktiviti P&P yang berpusatkan pelajar
membawa kesan yang lebih positif seterusnya dapat melahirkan pelajar yang memenuhi
kehendak Kurikulum Bersatu Sekolah Menenngah (KBSM). Ini kerana dalam konteks
KBSM, pelajar dilihat sebagai seorang yang aktif membina konsep yang berteraskan
kepada kemahiran saintifik dan keupayaan berfikir.
Antara pendekatan P&P serta pembelajaran yang berpusatkan pelajar ialah
pendekatan inkuiri penemuan. Pendekatan ini berjaya menarik semangat pelajar untuk
memajukan diri dan ingin meneroka ilmu sebanyak yang mungkin. Petikan yang dibuat
oleh De Beor (1991) menunjukkan betapa pentingnya pendekatan inkuiri penemuan
dalam pengajaran dan pembelajaran sains iaitu:
“If single word had to be chosen to describe the goal of science educators
during the 30-years period that began in the late 1950s, it would have to be INQUIRY.”
(De Beor, 1991:206 )
3
Seperti yang kita sedia maklum, sekolah di Malaysia lebih cenderung
menggunakan kaedah P&P berpusatkan guru serta bergantung penuh pada buku teks
iaitu lebih dikenali sebagai kaedah tradisional. Guru kebiasaanya menggunakan kaedah
latih tubi yang mana guru hanya menyampaikan ilmu sepenuhnya kepada pelajar tanpa
penerangan konsep yang mencukupi. Implikasinya, melahirkan pelajar yang pasif,
pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pembelajaran sains. Seterusnya, pencapaian
sains pelajar tidak menggalakkan dan tiada peningkatan.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (KPM, 2001) telah memilih pendekatan inkuiri
sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di
negara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan
keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi
maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, „prescriber of
appropriate activities‟, „stimulator of curiosity‟, pencabar idea murid dan sumber
rujukan.
Pembelajaran sains secara inkuiri memerlukan guru sains yang mampu
merancang soalan secara sistematik dan berfokus serta boleh mencipta sesuatu situasi
yang mendorong pelajar menimbulkan pelbagai soalan daripada situasi yang dibinanya.
Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan
pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai peransang pembentukan
idea, penguji idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisma
mencapai tujuan tersebut. Pelajar berperanan penting bagi melaksanakan kurikulum
sains yang telah dibentuk supaya mencapai hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang
berketerampilan dalam sains dan teknologi selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara ringkasnya latar belakang masalah membincangkan kefahaman guru
sains, status pelaksanaan serta masalah dalam pendekatan inkuiri di SMT.
4
1.2.1 Kefahaman Guru Sains terhadap Pendekatan Inkuiri
Dalam menuju ke zaman era globalisasi dan maju dalam pendidikan, guru di
sekolah seharusnya berlumba-lumba untuk mengejar matlamat pengajaran sains iaitu
melahirkan guru yang berpengalaman, berpengetahun dan berkemahiran dalam
melaksanakan kurikulum sains dengan berkesan. Oleh itu guru haruslah mempunyai
semangat yang tinggi bagi mencapai matlamat ini dengan jayanya.
Dalam pembelajaran sains yang menggunakan pendekatan inkuiri, guru haruslah
memperolehi kefahaman yang tinggi tentang pendekatan inkuiri dan melaksanakannya.
Ini akan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana
pelajar akan terlibat aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru sendiri kurang memahami konsep
pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini, maka pelaksanaanya di sekolah akan
menimbulkan pelbagai masalah. Contohnya, pelajar berasa bosan dengan aktiviti yang
dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar berasa kurang yakin
dengan kaedah pembelajaran yang digunakan oleh guru sehingga menyebabkan pelajar
kurang berminat dengan subjek yang diajar. Implikasinya, pelajar menganggap sains
merupakan mata pelajaran yang sukar difahami (Bou Juoude, 1992; Griffits dan
Anderson, 1992). Ini akan menyebabkan pencapaian sains pelajar masih tidak
memuaskan.
Menurut kajian Nadzamuddin (2005), tahap pengetahuan guru terhadap
pendekatan inkuiri dalam pembelajaran adalah tinggi tetapi dari segi kemahiran adalah
sederhana. Seperti yang kita sedia maklum bahawa pendekatan inkuiri ini adalah sesuai
dan guru digalakkan menggunakannya dalam proses pembelajaran sains di sekolah
terutamanya SMT. Kebanyakkan pelajar aliran teknik terdiri daripada golongan pelajar
yang aktif dalam melakukan aktiviti. Ia akan lebih mudah untuk mendapatkan
kerjasama daripada pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang aktif. Apabila
5
pendekatan inkuiri tidak digunakan, maka kemahiran guru dalam pendekatan inkuiri ini
tidak akan meningkat dan sukar untuk melaksanakannya di masa akan datang.
Guru sains yang mahir mampu memadankan pengalaman pembelajaran dengan
minat dan keperluan pelajar, mengetahui bila dan bagaimana membimbing, masa
memberi maklumat, menyediakan peralatan yang diperlukan, serta menghubungkan
pelajar dengan sumber rujukan yang releven. Guru sains yang berpengalaman dan
berpengetahuan tinggi akan menunjukkan prestasi pelajar meningkat dan akan
menanamkan minat terhadap mata pelajaran sains. Berdasarkan hasil kajian Siti
Musitah (2007) yang dilakukan di sekolah menunjukkan para pelajar tidak didedahkan
dengan kaedah pembelajaran inkuiri yang sebenar. Antara faktor kaedah ini tidak
dijalankan ialah guru yang kurang mahir dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri.
Menurut kajian Subahan dan Roof (1998), pihak KPM menyatakan bahawa guru
tidak mampu melaksanakan pendekatan pembelajaran kerana kurangnya pengetahuan
dan pengalaman perlaksanaan kecuali mereka telah mengalami atau melihat strategi itu
dilaksanakan dalam situasi yang sebenar. Guru akan mempunyai idea untuk
melaksanakan pendekatan inkuiri di sekolah. Oleh itu, guru perlu diberi kursus orientasi
kurikulum bagi meningkatkan pemahaman mereka tentang pendekatan pembelajaran
inkuiri dan meningkatkan lagi kefahaman terhadap pendekatan inkuiri.
1.2.2 Pelaksanaan dan Masalah dalam Pendekatan Inkuiri
Masa kini, guru lebih suka menggunakan pendekatan pembelajaran secara
tradisional berbanding menggunakan pendekatan inkuiri penemuan dalam pembelajaran
sains. Guru di seluruh dunia telah pun diberi pendedahan mengenai kebaikan
pendekatan inkuiri penemuan itu sendiri sejak mereka di maktab perguruan, Universiti
dan sebagainya, (De Boer, 1991). Guru pelatih juga digalakkan menggunakan
pendekatan inkuiri semasa latihan mengajar. Inikan pula guru yang telah lama
mengajar. Pada pendapat saya, guru lama lebih berpengalaman dalam melaksanakan
6
pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Mereka lebih mengetahui bahawa
pendekatan inkuiri lebih baik daripada kaedah tradisional. Seharusya mereka lebih
cekap menggunakan pendekatan inkuiri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru di SMT juga tidak terkecuali untuk melaksanakan pendekatan inkuiri
penemuan ini. Seperti yang kita sedia maklum pelajar di sekolah menengah teknik lebih
berminat dalam kerja atau aktiviti yang lebih kepada praktikal atau latih tubi.
Seharusnya guru di sekolah menengah teknik lebih mudah untuk melibatkan pelajar
dalam pelaksanaan pendekatan inkuiri di dalam proses pengajran dan pembelajaran.
Seharusnya guru mempraktikkan pendekatan ini semasa mengajar, tetapi apa yang kita
lihat kini, kebanyakkan guru tidak menggunakan pendekatan inkuiri ini. Perkara ini
dibuktikan oleh pihak KPM (1994), guru sains lebih cenderung menggunakan
pendekatan secara tradisional dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding
menggunakan pengajaran berbentuk inkuiri. Guru berpendapat kaedah pembelajaran
secara inkuiri akan menambahkan lagi beban pelajar.
Ramai dalam kalangan guru tidak berminat menggunakan pengajaran berbentuk
inkuri. Pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri ini akan merangsang pelajar
berfikir justeru akan meningkatkan lagi daya intelek dikalangan pelajar. Contohnya
aktiviti amali di dalam makmal, pelajar akan mampu menguasai teknik merancang dan
menjalankan penyiasatan dengan menggunakan kaedah mereka sendiri dengan
bimbingan guru.
Di SMT terdapat pelbagai jenis makmal untuk mempraktikkan pendekatan
inkuiri ini seperti makmal awam, makmal jentera, makmal elektronik dan sebagainya.
Guru di sekolah teknik seharusnya lebih mudah untuk menjalankan pendekatan inkuiri
kerana pelajar di sekolah menengah teknik aktif dari segi melibatkan diri dalam aktiviti
di dalam kelas. Namun, apa yang kita dapat lihat fenomena semasa melakukan aktiviti
amali pembelajaran guru adalah lebih berbentuk mengikut „buku resepi‟ bagi
mengesahkan teori atau menerangkan sesuatu konsep. Dalam kajian Deter (2005),
7
terhadap guru kimia di 571 sekolah menengah di United State dan mendapati 45.5%
guru tidak memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti amali dengan
kaedah mereka tersendiri.
Di Australia, Hackling et al. (2001) dalam kajiannya ke atas 2,802 orang pelajar
mendapati 33% pelajar tidak merancang aktiviti amali mereka sendiri ketika membuat
amali. Walaupun negara itu sebuah negara yang pesat membangun seperti United State
dan Australia, pembelajaran berbentuk inkuiri masih lagi tidak di gemari oleh guru. Ini
menunjukkan pelaksanaan pendekatan inkuiri ini juga tidak dipraktikkan di Negara maju
walaupun guru menyedari kebaikan pendekatan inkuiri ini.
Kajian TIMMS ( Trend in International Mathematics and Science Study) (1999)
melaporkan bahawa di dalam kelas sains aktiviti yang kerap dilakukan adalah guru
menunjukkan cara menyelesaikan masalah sains (89% Malaysia dan 80% antarabangsa),
membuat sendiri kerja dari lembaran kerja atau buku teks (56% Malaysia dan
Antarabangsa). Ini menunjukkan guru lebih cenderung menggunakan kaedah
pembelajaran berpusatkan guru daripada pengajaran berpusatkan pelajar. Ini adalah
tidak sejajar dengan matlamat utama pengajaran sains KBSM di sekolah iaitu untuk
mendidik pelajar menggunakan minda secara efektif. Implikasinya, prestasi pelajar di
sekolah teknik merundum kerana guru lebih mementingkan pembelajaran teori
berbanding dengan konsep dalam sesuatu topik.
Pada masa kini, silibus yang ditetapkan oleh kurikulum terlalu padat untuk
disampaikan kepada pelajar dalam jangka masa yang singkat. Seperti yang kita maklum
guru di sekolah bukanlah semata-semata mengajar sahaja, tetapi banyak tanggungjawab
yang perlu mereka laksanakan seperti menghadiri pelbagai kursus yang diberikan oleh
Kementerian Pendidikan seperti kursus semakan semula sukatan pelajaran, kursus
pembengkelan untuk aktiviti-aktiviti dalam P&P, kursus pemantapan sukatan
matapelajaran, kursus profesional guru untuk P&P dan sebagainya. Ini menyebabkan
perancangan pembelajaran guru menjadi tertangguh dan guru kurang bersedia dengan
8
aktiviti pembelajaran yang ingin disampaikan. Justeru itu, akan menyebabkan guru
kurang yakin menyampaikan sesuatu pembelajaran tersebut.
Pembelajaran pendekatan inkuiri memerlukan guru tersebut merancang awal dan
memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakannya dengan lebih berkesan.
Kejadian yang berlaku di sekolah sekarang, guru sains terlalu mengejar masa untuk
menghabiskan silibus yang di tetapkan oleh kementerian. Ini menyebakan pelajar-
pelajar menjadi tertekan dengan cara penyampaian guru yang kurang efektif.
Disebabkan kesuntukan masa ini, pelajar tidak berpeluang terlibat secara
langsung untuk merancang sesuatu aktiviti terutamanya ketika membuat amali. Mereka
hanya perlu mencatat hasil akhir yang diperolehi dalam sesuatu eksperimen ke dalam
ruang kosong yang tersedia dalam buku kerja amali, tanpa diberi penekanan terhadap
proses sains dan inkuiri (Abu Hassan, 1998). Pelajar juga tidak berupaya untuk terlibat
dalam proses penyoalan, membina hipotesis, meramal, dan mengeksperimen kerana
guru terikat dengan sukatan pelajaran yang disediakan.
Di sekolah teknik juga terdapat pelbagai jenis projek yang seperti projek
rekacipta, projek autocad, projek membina replika ataupun model perlu diselia oleh guru
dan memerlukan komitmen yang tinggi daripada pelajar dan guru. Hal ini menyebabkan
pelajar dan guru mempunyai masa yang suntuk untuk melaksanakan pendekatan inkuiri
ini kerana memerlukan masa yang mencukupi dalam melaksanakannya.
Sesuatu kaedah pembelajaran yang dipilih oleh guru untuk disampaikan oleh
guru di sekolah perlulah mempunyai keberkesanan yang efektif terhadap pelajar. Antara
kaedah ataupun pendekatan pembelajaran yang sangat efektif digunakan di sekolah
adalah pendekatan pembelajaran berbentuk inkuiri. Pembelajaran berbentuk inkuiri
digalakkan semasa proses P&P. Masalah yang dihadapi oleh guru sekarang ialah, guru
sendiri tidak megetahui bagaimana pendekatan inkuiri ini dijalankan. Guru tidak
mengetahui maksud pembelajaran berbentuk inkuiri. Kurangnya pendedahan dan
9
kefahaman oleh guru terhadap pendekatan inkuiri menyebabkan guru tidak
menggunakan pendekatan inkuiri dalam proses P&P.
Menurut Costenson & Lawson (1986); Welch et al. (1981), sesetengah guru
kurang percaya terhadap kemampuan pelajarnya sendiri. Mereka beranggapan bahawa
pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi sahaja boleh menerima
pembelajaran berbentuk inkuiri dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Oleh itu, guru
hanya berpendapat tanggungjawab mereka hanyalah sekadar menyampaikan ilmu secara
teori sahaja kerana sukar mendapat pelajar yang ramai yang mempunyai pemikiran
tinggi dalam sesebuah kelas.(Welch et al., 1981).
Guru perlulah mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pelajarnya supaya
pelajar yakin terhadap diri mereka sendiri dalam melaksanakan pembelajaran berbentuk
inkuiri. Dengan adanya keyakinan yang diberikan oleh guru terhadap pelajar, ia akan
meningkatkan semangat pelajar untuk terlibat dalam aktiviti penyoalan dan
perbincangan terutamanya di dalam aktiviti amali yang melibatkan penglibatan pelajar
yang maksimum.
Dalam pembelajaran sains contohnya mata pelajaran kimia, waktu pembelajaran
didalam kelas selama seminggu adalah empat waktu pembelajaran iaitu satu waktu
bersamaan 40 minit. Menurut kajian yang dilakukan di Hong Kong (Cheung, 2006a)
pembelajaran inkuiri tidak dapat dilaksanakan kerana bilangan pelajar dalam sebuah
kelas terlalu ramai iaitu 40 orang. Masa yang diperlukan untuk melibatkan semua
pelajar terlibat dalam aktiviti pembelajaran berbentuk inkuiri tidak mencukupi.
Bilangan pelajar yang ramai dalam sebuah kelas akan menyebabkan kelengkapan
ataupun alat bantu mengajar kurang mencukupi dalam satu masa yang sama terutamanya
dalam menjalankan aktiviti amali di sekolah. Di United States, (Reeve et al., 2004),
mendapati bilangan pelajar yang ramai menghalang pendekatan inkuiri dijalankan di
sekolah kerana kekurangan kemudahan di dalam bilik darjah terutamanya ketika
membuat aktiviti amali di makmal.
10
1.3 Pernyataan Masalah
Guru kurang menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Walaupun KBSM telah menyarankan proses pengajaran
inkuiri di setiap sekolah di Malaysia tetapi guru di Malaysia masih menggunakan
kaedah tradisional iaitu berpusatkan kepada guru. Cheung (2006b), mendapati faktor-
faktor guru tidak menggunakan kaedah inkuiri dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah kurang efektif untuk mengajar pelajar yang ramai. Selain itu,
pembelajaran inkuiri memerlukan kemudahan yang lengkap seperti alat bantu mengajar,
makmal yang lengkap dan suasana pembelajaran yang baik. Masa yang diperlukan
untuk melaksanakan pembelajaran inkuiri juga perlulah optimum.
Secara teorinya pendekatan inkuiri dapat merangsang pelajar dalam proses
pembelajaran dan pengajaran. Ini bergantung kepada guru, iaitu guru perlu memberi
komitmen sepenuhnya untuk memahami dan melaksanakan pendekatan ini dengan yakin
supaya pelajar yakin dan memberi tindak balas yang positif dalam bilik darjah. Kajian
yang melibatkan perlaksanaan inkuiri penemuan dan masalah perlaksanan inkuiri telah
dijalankan di luar negara. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti masalah
perlaksanaan inkuiri di Malaysia. Memandangkan kaedah inkuiri penting bagi
meningkatkan kemahiran berfikir pelajar untuk melahirkan pelajar yang aktif dan kreatif
maka kajian ini juga mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap
pendekatan inkuiri penemuan, mengenalpasti sama ada guru-guru di sekolah menengah
teknik mengaplikasikan pendekatan ini dalam pengajaran sains, dan juga masalah
pelaksanaannya.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
11
(i) Mengenalpasti kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan
inkuiri.
(ii) Mengkaji status perlaksanaan dan permasalahan pendekatan inkuiri di sekolah
menengah teknik.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada ojektif kajian, beberapa persoalan kajian boleh dikaji iaitu:
(i) Sejauh manakah kefahaman guru sekolah menengah teknik terhadap pendekatan
inkuiri?
(ii) Adakah guru melaksanakan pendekatan inkuiri semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dan masalah yang dihadapi oleh guru dalam proses pelaksanaanya?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti pelaksanaan dan permasalahan
guru dalam pembelajaran secara inkuiri di sekolah menengah teknik. Selain daripada itu
kajian ini juga dilakukan terhadap pelajar mengenai faktor yang mempengaruhi
penerimaan pelajar di sekolah menengah teknik terhadap pendekatan inkuiri. Kajian ini
akan membantu pengkaji untuk mengetahui sejauhmana penggunaan pembelajaran
secara inkuiri ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah teknik dan juga tindakbalas
pelajar-pelajar sekolah-sekolah menengah teknik terhadap pendekatan secara inkuiri.
Selain itu, secara tidak langsung pengkaji sendiri mendapat kelebihan iaitu mengetahui
dengan lebih mendalam tentang pengajaran pendekatan inkuiri ini supaya dapat
mengamalkannya apabila menjadi guru kelak.