Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)
-
Upload
dennisalap -
Category
Documents
-
view
159 -
download
12
description
Transcript of Kecederaan Dan Asas Rawatan Dalam Sukan (Nota)
KECEDERAAN DAN ASAS RAWATAN DALAM SUKAN
Dalam kehidupan seharian, kecelakaan atau kecederaan kepada tubuh
badan sering berlaku. Seperti kata pepatah Melayu yang tidak asing lagi,
“Malang Tidak Berbau”. Kecelakaan ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja
termasuklah ketika bersukan. Apabila berlakunya kecederaan, beberapa
langkah dapat dilakukan untuk memberi bantuan atau pertolongan mangsa yang
tercedera. Kadangkala, pertolongan cemas yang diberikan itu akan mencegah
kecederaan daripada menjadi lebih serius. Sistem otot rangka manusia
merangkumi tulang belakang, sendi, ligamen dan otot. Fungsi utama sistem ini
ialah menampung tubuh badan manusia serta membolehkan manusia bergerak.
Di samping itu, sistem otot rangka juga melindungi organ-organ penting seperti
jantung, paru-paru, otak, ginjal dan hepar. Kecederaan pada sistem otot rangka
lazimnya berlaku dalam keadaan berikut: kemalangan jalan raya, kecederaan
semasa bersukan, kemalangan sewaktu bekerja (kemalangan perusahaan atau
cara kerja) dan kemalangan domestik.
Kecederaaan
Sebagai contoh, seorang mangsa kemalangan jalan raya mungkin
mengalami kecederaan pelbagai ke atas sistem otot rangkanya. Sekiranya
kecederaan melibatkan tulang tengkorak atau tulang vertebrata yang melindungi
sistem saraf, mangsa kemalangan berkemungkinan menjadi lumpuh atau
menemui ajal di tempat kemalangan. Biasanya korda spina tercedera dalam
sesuatu perlanggaran kereta-motor di jalan raya; bergantung kepada darjah
kecederaan, mangsa mungkin mengalami kehilangan fungsi saraf secara
sementara ataupun kekal. Kecederaan yang melibatkan patah tulang femur
boleh mengakibatkan perdarahan yang banyak sehingga berlakunya renjatan.
Sekiranya kecederaan melibatkan luka pada bahagian yang tercedera, ini
memberi kesempatan untuk kemasukan serta pembiakan kuman bakteria yang
akhirnya membawa kepada masalah sepsis yang teruk. Dan sekiranya bantuan
perubatan atau pertolongan cemas tidak diperolehi dengan segera, keadaan
mangsa mungkin menjadi lebih parah.
Bagi mereka yang berminat untuk bersukan, pastikan keselamatan diri
dengan memakai peralatan sukan yang sesuai dan selamat serta tidak melebihi
kemampuan diri sendiri. Sebelum memulakan sesuatu permainan sukan adalah
dinasihatkan supaya membuat beberapa latihan regangan (stretching) untuk
mengelakkan dari kecederaan sukan yang serius. Latihan penyejukan (cooling
down) juga mustahak untuk membekalkan semula oksigen yang telah digunakan
dan untuk mengelak anggota badan dari kecederaan apabila selesai menjalani
sesuatu latihan fizikal, beriadah atau bersukan.
Jenis kecederaan
Terdapat beberapa kecederaan antaranya
i. kecederaan tulang,
ii. sendi,
iii. ligamen,
iv. otot-otot
v. abdomen.
Beberapa istilah yang lazim digunakan dalam perbincangan membabitkan
kecederaan dalam sistem otot rangka tubuh manusia, termasuklah apabila
berlaku kecederaan semasa bersukan.
Antaranya:-
1. Fraktur iaitu tulang yang patah atau retak. Fraktur boleh disebabkan
oleh dua keadaan iaitu:
i. hentakan langsung (direct force) - apabila tulang patah
atau retak di bahagian yang menerima hentakan seperti
sepakan atau pukuan kuat
ii. hentakan tidak langsung (indirect force) -
a. apabila tulang patah atau retak beberapa jarak dari
bahagian yang menerima hentakan (contohnya: fraktur
tulang kolar akibat jatuh tertiarap dengan kedua-dua
tangan menopang badan)
b. apabila berlakunya kontraksi otot-otot secara mengejut
boleh mengakibatkan fraktur (contohnya, fraktur tulang
tempurung lutut (knee cap) akibat kontraksi otot kuadriseps
femoris secara mengejut).
2. Kecederaan Otot (strain) - otot telah diregang secara
berlebihan. Keadaan ini berlaku pada individu-individu yang
menggunakan otot secara mengejut dan berlebihan sehingga
berlakunya kekejangan otot. Biasanya seseorang yang
bermain/bersukan melakukan aktiviti fizikal tanpa membuat
‘warming up’ terlebih dahulu, boleh menyebabkan terjadinya
kekejangan otot.
3. Terseliuh (sprain) - kecederaan berlaku pada sendi akibat
rentapan yang kuat dan mengejut sehingga mengoyakkan
ligamen dan tisu yang berhubungkait dengan sendi berkenaan.
Keadaan ini boleh berlaku sekiranya individu berkenaan
membuat pergerakan mengejut seperti berpusing sewaktu
berlari atau sewaktu mengejar bola.
4. Dislokasi (dislocation) - berlaku apabila hujung tulang sendi
terkeluar dari kedudukan normal. Sekiranya tulang sendi
terkeluar sebahagian sahaja, keadaan ini disebut sebagai
dislokasi separa (partial dislocation atau subluxation). Sendi-
sendi yang lazim terlibat ialah bahu, siku, ibu jari, jari tangan
dan rahang bawah.
5. Lutut terkunci (locked knee) - keadaan di mana tulang rawan
sendi lutut terkoyak atau terkeluar dari kedudukan normalnya.
Kecederaan ini berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:-
sepakan kencang yang tidak mengena sasaran (bola sepak),
jatuh tangga dan berpusing secara mengejut ketika berdiri di
atas satu kaki.
Simpton-simpton kecederaan tulang, sendi, ligamen dan otot
Sekiranya salah satu atau lebih simpton dan tanda seperti mana di
bawah berlaku, maka sewajarnyalah kita mengesyaki kecederaan tulang, sendi,
ligamen dan otot:
1. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi, ligamen atau otot.
2. Mangsa mendengar bunyi atau merasa ‘tulang patah’.
3. Ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota yang tercedera.
4. Merasa kebas, parestesia atau anestesia, atau hilang denyutan
nadi pada anggota yang tercedera.
5. Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal
6. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi,
ligamen atau otot.
7. Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang
tidak normal.
Penilaian Terhadap Kecederaan.
Apabila berlaku kecederaan, prosedur berikut boleh kita gunakan : TOTAPS.
T (Talk) - Bercakap dengan atlit yang cedera.
Bertanya – bagaimana ia belaku?
Di mana sakitnya?
Adakah ia bertambah, berkurang atau tidak berubah?
O (Observe) - Memerhati keadaan orang yang cedera.
Memerhati tempat yang cedera, lebam, bengkak dan
lain-lain tanda
T (Touch) - Menyentuh tempat ang cedera.
A (Active Move) - Pergerakan aktif. Menyuruh atlit bergerak tanpa
memberi
bantuan kepadanya. Pergerakan terhad dan rasa
sakit yang amat sangat menggambarkan keperluan
rawatan perubatan.
P (Passive Move) - Pergerakan pasif. Jika kecederaan kurang jelas,
Aplikasikan regangan otot secara perlahan. Jika
masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan
rawatan.
S (Stand) - Berdiri. Atlit yang cedera disuruh berdiri dan
seterusnya melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan,
berlari, melompat dan menendang. Ulang aktiviti jika
cedera masih tidak dikenal pasti.
Rawatan Kecederaan Ringan.
Cryotherapy – RICE. Tindakan awal ke atas kecederaan tisu lembut.
R (Rest) - Merehatkan bahagian yang cedera. Atlit tidak
dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.
I (Ice) - Menggunakan ais ada bahagian yang cedera.
Aplikasikan ais selama 5 – 10 minit dan ulang setiap 3 jam
atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.
Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam pertama
untuk mengelakkan bengkak kerana pengumpulan cecair di
tempat yang cedera. Penggunaan ais boleh diteruskan
sehingga 72 jam.
C (Compression) - Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera
dengan dua cara :
Cara tidak langsung dengan membalut
bahagian cedera menggunakan bandej atau
pita pelekat kain.
Secara langsung iaitu dengan tekanan tangan.
E (Elevation) - Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari
paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkat kaki
atlit ke atas bangku sambil baring
Ubat anti-inflammatory - penggunaan ubat ini hendaklah ditentukan oleh pegawai
perubatan.
Rawatan fisioterapi - perlu diberi secepat mungkin iaitu selepas kecederaan.
Bantu diri, pergerakan bebas dan latihan pemulihan – senaman secara bebas.
Corticosteroid - ditentukan oleh pegawai perubatan. Dilakukan sekiranya
rawatan-rawatan lain tidak berjaya.
Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka
1. Terseliuh
Terseliuh adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan
tisu-tisunya terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan tangan dan kaki.
Tanda - Bengkak, lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang
cedera, menjadi biru kehitaman.
Simptom - Rasa kesakitan pada sendi itu.
Rawatan - a. Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk
mengurangkan bengkak dan melegakan kesakitan.
b. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan
segera.
c. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi
dalam keadaan paling selesa. Jika pergelangan tangan,
siku atau bahu terseliuh, ampu tangan sebelah bahagian
tercedera dengan anduh besar.
d. Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan
balutnya dengan pembalut krep mengikut angka lapan.
Bawa mangsa ke hospital.
Terkehel
Terkehel adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan
kedudukannya berubah.
Tanda - Berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak, lebam.
Simptom - Rasa amat sakit pada sendi.
Rawatan - a. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel.
b. Jangan gerakkan anggota yang cedera dan biarkan dalam
kedudukan paling selesa.
c. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.
Urat Daging Terkoyak
Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak disebabkan oleh
pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda berat
atau bermain.
Tanda - Bengkak, perubahan warna di bawah kulit atau lebam di bahagian
cedera.
Simptom - Rasa kesakitan ketika bergerak, mungkin menjadi kaku.
Rawatan - a. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang
paling selesa.
b. Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak
dan kesakitan dalam tempoh 24 jam.
c. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga.
d. Bawa mangsa ke hospital.
Kejang Otot
Kejang adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit
kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh kehilangan air akibat
perpeluhan yang berlebihan dan pengaliran darah ke otot yang kurang.
Biasanya berlaku di depan peha (quadriceps), belakang peha (hamstring) atau
betis Calves).
Tanda - Kejang otot.
Simptom - Letih, rasa sakit otot yang teruk.
Rawatan - a. Rehatkan pelajar / atlit.
b. Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan bahagian
otot (tangan, kaki atau peha) dan regang secara perlahan.
c. Beri minuman air sejuk.
Pedih Perut
Ketika bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi
yang tidak biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen dan akan
terasa sakit atau pedih pada abdomennya.
Rawatan - a. Rehatkan atlit secara baring terlentang.
b. Beri minuman air panas.
c. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.
Pencegahan Kecederaan.
Pencegahan harus menjadi keutamaan dalam sukan sama ada oleh guru,
jurulatih, atlit atau pentadbir sukan. Pencegahan bergantung kepada faktor-faktor
berikut:
Memanaskan Badan Dan Aktiviti Pemulihan
Memanaskan badan perlu untuk meregang otot tendon dan ligamen yang
akan digunakan selepas sesi itu. Bagi meningkatkan suhu badan, atlit perlu
bersedia secara mental dan fizikal untuk aktiviti yang diceburinya.
Sesi pemulihan juga penting kerana selepas melakukan aktiviti fizikal,
tubuh badan perlu dipulihkan beransur-ansur bagi mengelakkan pengumpulan
darah di otot-otot tertentu yang akan menyebabkan rasa sakit, tegang dan
kejang otot dalam kes-kes tertentu
Pencegahan Melalui Kecergasan Sukan
Daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular yang tinggi atau tahap
stamina yang tinggi mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan. Ini
disebabkan otot-otot, tendon dan sendi dikuatkan. Di samping itu peningkatan
stamina membolehkan atlit melibatkan diri dalam aktiviti tanpa merasa letih.
Keletihan merupakan salah satu punca kecederaan dalam sukan.
Pencegahan Melalui Kemahiran
Kemahiran bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga aspek
mental yang membolehkan atlit/pelajar menganalisa suasana permainan dan
mengenal simptom yang akan menyebabkan kecederaan.
Pencegahan Melalui Persekitaran
1. Tempat bermain
Pencahayaan, keadaan dan bahan padang/gelanggang, kawasan bebas
padang/gelanggang.
2. Pakaian dan peralatan
Alat pelindung badan seperti ‘shinguard’ untup menutup tulang betis, penutup
muka untuk bola lisut, penahan gigi untuk tinju.
Kasut – mengikut acara sukan dan memenuhi kriteria keseimbangan,
kelembutan, berat dan tapak.
Pakaian – bahan, keselesaan dan kesesuaian dengan cuaca.
Pencegahan Melalui Prosedur-Prosedur Terkawal
Kecederaan mungkin berlaku sekiranya salah satu yang berikut diabaikan:
Kawalan diri oleh pelajar/atlit.
Kawalan oleh pengadil.
Kawalan latihan/program pertandingan oleh jurulatih.
Prinsip asas pertolongan cemas
1. Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan-keadaan yang
boleh mengancam nyawa seperti gangguan saluran pernafasan
(air-ways obstruction), gangguan bernafas (breathing difficulties)
dan gangguan sirkulasi (circulatory difficulties)
2. Mengurangkan kesemua pergerakan mangsa dan bahagian yang
tercedera
3. Menghalang pergerakan bahagian yang tercedera dengan
menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat
4. Mencegah kontaminasi luka pada bahagian yang tercedera
5. Mencegah keadaan bengkak menjadi lebih serius
6. Merawat renjatan sekiranya berlaku
Penutup
Sebarang tindakan pertolongan cemas untuk merawat pesakit mestilah
berasaskan kepada prinsip-prinsip tertentu, jika sekiranya melakukan sesuatu
tindakan yang melampau kemampuan kemahiran seseorang penolong cemas,
sungguhpun bertujuan murni, boleh menjejaskan rawatan doktor. Kecederaan
seperti patah tulang atau pendarahan jika tidak diberi pertolongan cemas akan
menjadi lebih teruk. Patah tulang belakang boleh mencederakan korda spina
(saraf dalam tulang belakang) dan mengakibatkan kelumpuhan. Pendarahan jika
berterusan akan mengakibatkan kehilangan darah yang banyak. Begitu juga
sebarang luka yang dibalut dengan sempurna boleh dicegah daripada serangan
kuman, lukanya senang diberi rawatan selanjutnya dan akan lekas sembuh.
Apabila tulang yang patah dibalut dan dibelat, maka rasa kesakitan pun
berkurangan. Tindakan yang tenang dan cekap itu dengan sendirinya memberi
harapan kepada pesakit. Kata-kata nasihat juga boleh mententeramkan jiwa
yang resah. Kepada ahli-ahli sukan, sebelum melakukan latihan sukan, mereka
perlulah mempastikan kesihatan dan kemampuan diri sendiri terlebih dahulu.
Kemudian, memulakan latihan dengan mengadakan sesi ‘warming up’ atau
panaskan badan. Begitu juga apabila selesai sesuatu latihan, membuat sesi
‘cooling down’ atau menyejukkan badan adalah mustahak bagi mengelak
terjadinya kesakitan atau kecederaan pada anggota badan selepas latihan.
Memakai peralatan sukan yang sesuai dan selamat serta tidak melebihi
kemampuan sendiri juga adalah penting bagi mengelak berlakunya kecederaan
sukan. Begitu juga kepada orang yang memberikan pertolongan cemas;
memberi pertolongan hendaklah berfikir dan jangan panik. Justeru itu, langkah-
langkah pencegahan amatlah wajar difahami serta diamali supaya kecederaan
serius tidak berlaku. Kesan daripada kecederaan boleh mengakibatkan masalah
psikologi yang sementara atau kekal seperti tekanan perasaan (stress),
gangguan emosi dan mental. Oleh itu berhati-hati, beringat-ingat dan
berwaspadalah selalu untuk mengelakkan dari berlakunya kecederaan dan
berfikir sebelum mengambil satu-satu tindakan pertolongan kepada mangsa
yang mengalami kecederaan
KECEDERAAN TISU LEMBUT
Pendahuluan
Kemalangan dan kecederaan kerap berlaku apabila aspek-aspek
keselamatan tidak diutamakan. Kebanyakan kes yang berlaku adalah berpunca
daripada kecuaian, kelalaian, kekurangan keupayaan membuat keputusan yang
sesuai dan keadaan yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.
Setiap orang guru atau jurulatih haruslah mengetahui tahap kesihatan dan
tahap kecergasan para pelajar atau atlit di bawah jagaannya.
Klasifikasi Kecederaan
Semua kecederaan sukan boleh dikategorikan mengikut tempoh masa ia
wujud. Terdapat dua jenis kecederaan berasaskan masa iaitu :
a. Tenat (Acute) - kecederaan yang berlaku secara tiba-tiba seperti luka dan
lebam.
b. Kronik (Chronic)- kecederaan yang wujud berpanjangan seperti siku tenis
(tennis elbow).
Kecederaan tisu lembut melibatkan bahagian otot, ligamen, tendon dan
rawan. Ia boleh berlaku di bahagian tengah otot, antara otot dengan tendon,
tendon, di tempat melekat tendon (origin dan insertion) atau di tulang sendiri.
Jenis Kecederaan Tisu Lembut
Kecederaan tisu lembut dibahagikan kepada dua jenis kecederaan iaitu :
Kecederaan Tisu Lembut Tenat.
1. Luka kulit dalam (punctures).
Berlaku apabila kulit luar berpecah seperti terkena paku kasut (spike) atau
kuku tajam.
2. Lecur/Mengelupas.
Berlaku apabila kulit terkoyak kerana benda tajam seperti cincin atau jam
tangan.
3. Lebam/Kontusi.
Berlaku hasil daripada pukulan langsung. Tisu dan rerambut darah
tercedera menyebabkan kehilangan cecair dan darah. Rasa sakit,
bengkak dan kawasan tercedera berubah warna.
4. Seliuh (sprains).
Berlaku apabila ligamen diregang atau dikoyak. Disebabkan oleh pukulan
terus atau terpulas.
5. Rawan terkoyak.
Berlaku apabila tulang di sendi terpulas dan tertekan. Biasanya berlaku di
lutut.
6. Tergeliat(strains).
Berlaku apabila otot atau tendon dipendekkan atau diregang dengan kuat.
7. Dislokasi (dislocation).
Berlaku apabila tulang terkeluar dari kedudukan biasa.
Kecederaan Tisu Lembut Kronik
1. Tergeliat kronik otot.
Berlaku apabila otot dikerjakan berlebihan dan diregang berlebihan.
Wujud hasil daripada kecederaan berlarutan beberapa minggu atau bulan.
2. Tendinitis.
Berlaku apabila tendon diregang berlebihan atau digunakan berlebihan.
Kecederaan ini biasanya berlaku pada tendon lutut (patela), tumit
(achilles) apabila melakukan aktiviti melompat atau berlari yang
berlebihan. Kecederaan biceps dan rotator cuff (bahu) pula adalah kerana
individu membuat aktiviti balingan bahu yang lemah dan tidak fleksibel.
3. Bursitis.
Rongga sendi yang kecil dan penuh cecair yang terletak di antara tulang,
otot, tendon dan tisu-tisu lain. Berlaku apabila bahagian tertentu diasak.
Sering berlaku di siku dan lutut.
Pengelasan Kecederaan / Darjah Kecederaan
1. Sakit sedikit semasa cedera atau dalam tempoh 24 jam selepas
kecederaan, sakit setempat, atlit masih boleh meneruskan permainan.
2. Sakit sederhana. Sakit semasa melakukan pergerakan, atlit tidak dapat
meneruskan permainan.
3. Atlit mendengar bunyi putus ‘pop’, bengkak, sakit sangat, kejang otot,
berdarah, bentuk bahagian yang cedera berubah – cacat.
Penilaian Terhadap Kecederaan
Apabila berlaku kecederaan, prosedur berikut boleh kita gunakan : TOTAPS.
T (Talk) - Bercakap dengan atlit yang cedera.
Bertanya – bagaimana ia belaku?
Di mana sakitnya?
Adakah ia bertambah, berkurang atau tidak berubah?
O (Observe) - Memerhati keadaan orang yang cedera.
Memerhati tempat yang cedera, lebam, bengkak dan
lain-lain tanda
T (Touch) - Menyentuh tempat ang cedera.
A (Active Move) - Pergerakan aktif. Menyuruh atlit bergerak tanpa
memberi bantuan kepadanya. Pergerakan terhad dan
rasa sakit yang amat sangat menggambarkan
keperluan rawatan perubatan.
P (Passive Move) - Pergerakan pasif. Jika kecederaan kurang jelas,
aplikasikan regangan otot secara perlahan. Jika
masih rasa sakit, atlit perlu direhatkan dan dapatkan
rawatan.
S (Stand) - Berdiri. Atlit yang cedera disuruh berdiri dan
Seterusnya melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan,
berlari, melompat dan menendang. Ulang aktiviti jika
cedera masih tidak dikenal pasti.
Rawatan Kecederaan Ringan
Cryotherapy – RICE. Tindakan awal ke atas kecederaan tisu lembut.
R (Rest) - Merehatkan bahagian yang cedera. Atlit tidak
dibenarkan meneruskan aktiviti fizikalnya.
I (Ice) - Menggunakan ais ada bahagian yang cedera.
Aplikasikan ais selama 5 – 10 minit dan ulang setiap
3 jam atau 4 kali sehari, jika boleh berbuat demikian.
Penggunaan ais perlu diadakan dalam 24 jam
pertama untuk mengelakkan bengkak kerana
pengumpulan cecair di tempat yang cedera.
Penggunaan ais boleh diteruskan sehingga 72 jam.
C (Compression) - Tekanan dikenakan pada bahagian yang cedera
dengan dua cara :
Cara tidak langsung dengan membalut bahagian cedera
menggunakan bandej atau pita pelekat kain.
Secara langsung iaitu dengan tekanan tangan.
E (Elevation) - Menaikkan bahagian yang cedera ke paras lebih tinggi dari
paras jantung. Ini boleh dilakukan dengan mengangkat kaki atlit ke atas bangku
sambil baring
Ubat anti-inflammatory - penggunaan ubat ini hendaklah ditentukan oleh pegawai
perubatan.
Rawatan fisioterapi - perlu diberi secepat mungkin iaitu selepas
kecederaan.
4. Bantu diri, pergerakan bebas dan latihan pemulihan – senaman secara
bebas.
5. Corticosteroid - ditentukan oleh pegawai perubatan. Dilakukan sekiranya
rawatan-rawatan lain tidak berjaya.
Rawatan Untuk Kecederaan Tidak Dijangka
Terseliuh.
Terseliuh adalah satu kecederaan pada persendian di mana ligamen dan
tisu-tisunya terpusing. Biasanya berlaku pada pergelangan tangan dan kaki.
Tanda - Bengkak, lebam atau perubahan warna di bawah kulit sendi yang
cedera, menjadi biru kehitaman.
Simptom - Rasa kesakitan pada sendi itu.
Rawatan - a. Letakkan ais pada sendi yang cedera untuk mengiurangkan
bengkak dan melegakan kesakitan.
b. Jika pergelangan kaki terseliuh, buka kasutnya dengan segera.
c. Tinggikan bahagian yang cedera dan letakkan sendi dalam keadaan paling
selesa. Jika pergelangan tangan, siku atau bahu terseliuh, ampu tangan sebelah
bahagian tercedera dengan anduh besar.
d. Lekapkan kapas yang tebal pada sendi yang cedera dan balutnya
dengan pembalut krep mengikut angka lapan.
Bawa mangsa ke hospital.
Terkehel.
Terkehel adalah satu keadaan di mana tulang terkeluar dari sendi dan
kedudukannya berubah.
Tanda - Berubah kedudukan sendi, berubah rupa, bengkak, lebam.
Simptom - Rasa amat sakit pada sendi.
Rawatan - a. Jangan cuba membetulkan tulang yang terkehel.
b. Jangan gerakkan anggota yang cedera dan biarkan dalam kedudukan
paling selesa.
c. Bawa mangsa berjumpa doktor dengan segera.
Urat Daging Terkoyak.
Otot-otot boleh menjadi lebih tegang atau koyak disebabkan oleh
pengecutan otot-otot secara tiba-tiba seperti ketika mengangkat benda berat
atau bermain.
Tanda - Bengkak, perubahan warna di bawah kulit atau lebam di bahagian
cedera.
Simptom - Rasa kesakitan ketika bergerak, mungkin menjadi kaku.
Rawatan - a. Letakkan bahagian yang cedera dalam keadaan yang paling
selesa.
b. Letakkan kompres sejuk untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan
dalam tempoh 24 jam.
c. Ampu bahagian yang cedera dengan anduh segitiga.
d. Bawa mangsa ke hospital.
Kejang Otot.
Kejang adalah satu keadaan yang berlaku secara tiba-tiba dan sakit
kerana otot-otot tertarik dan tersimpul. Ia disebabkan oleh kehilangan air akibat
perpeluhan yang berlebihan dan pengaliran darah ke otot yang kurang. Biasanya
berlaku di depan peha (quadriceps), belakang peha (hamstring) atau betis
Calves).
Tanda - Kejang otot.
Simptom - Letih, rasa sakit otot yang teruk.
Rawatan - a. Rehatkan pelajar / atlit.
b. Memanjangkan otot yang mengejang. Luruskan bahagian otot (tangan,
kaki atau peha) dan regang secara perlahan.
c. Beri minuman air sejuk.
Pedih Perut.
Ketika bermain, berlari atau melakukan aktiviti senaman, terutama bagi
yang tidak biasa berlatih, sering terjadi kekejangan pada otot abdomen dan akan
terasa sakit atau pedih pada abdomennya.
Rawatan - a. Rehatkan atlit secara baring terlentang.
b. Beri minuman air panas.
c. Gosokkan pada bahagian abdomen yang sakit itu.
Pencegahan Kecederaan.
Pencegahan harus menjadi keutamaan dalam sukan sama ada oleh guru,
jurulatih, atlit atau pentadbir sukan. Pencegahan bergantung kepada faktor-faktor
berikut:
Memanaskan Badan Dan Aktiviti Pemulihan.
Memanaskan badan perlu untuk meregang otot tendon dan ligamen yang
akan digunakan selepas sesi itu. Bagi meningkatkan suhu badan, atlit perlu
bersedia secara mental dan fizikal untuk aktiviti yang diceburinya.
Sesi pemulihan juga penting kerana selepas melakukan aktiviti fizikal,
tubuh badan perlu dipulihkan beransur-ansur bagi mengelakkan pengumpulan
darah di otot-otot tertentu yang akan menyebabkan rasa sakit, tegang dan
kejang otot dalam kes-kes tertentu
Pencegahan Melalui Kecergasan Sukan.
Daya tahan otot dan daya tahan kardiovaskular yang tinggi atau tahap
stamina yang tinggi mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan. Ini
disebabkan otot-otot, tendon dan sendi dikuatkan. Di samping itu peningkatan
stamina membolehkan atlit melibatkan diri dalam aktiviti tanpa merasa letih.
Keletihan merupakan salah satu punca kecederaan dalam sukan.
Pencegahan Melalui Kemahiran.
Kemahiran bukan sahaja melibatkan aspek fizikal tetapi juga aspek
mental yang membolehkan atlit/pelajar menganalisa suasana permainan dan
mengenal simptom yang akan menyebabkan kecederaan.
Pencegahan Melalui Persekitaran.
Tempat bermain.
Pencahayaan, keadaan dan bahan padang/gelanggang, kawasan bebas
padang/gelanggang.
Pakaian dan peralatan.
Alat pelindung badan seperti ‘shinguard’ untup menutup tulang betis, penutup
muka untuk bola lisut, penahan gigi untuk tinju.
Kasut – mengikut acara sukan dan memenuhi kriteria keseimbangan,
kelembutan, berat dan tapak.
Pakaian – bahan, keselesaan dan kesesuaian dengan cuaca.
Pencegahan Melalui Prosedur-Prosedur Terkawal.
Kecederaan mungkin berlaku sekiranya salah satu yang berikut diabaikan:
Kawalan diri oleh pelajar/atlit.
Kawalan oleh pengadil.
Kawalan latihan/program pertandingan oleh jurulatih.