Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran...
description
Transcript of Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Mata Pelajaran...
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI
SEKOLAH.
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan
dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu
Gajah, Perak. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berlapis. Sampel kajian
terdiri daripada 40 responden yang dipilih dari 1 buah sekolah menengah di Daerah Batu
Gajah. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang mengandungi 36
item soalan. Perisian SPSS telah digunakan untuk menjalankan analisis statistik. Data
analisis menggunakan statistik deskriptif yang meliputi min, peratusan dan sistem piawai.
Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup aspek
penggunaan alatan tangan dalam kalangan guru Sekolah Menengah kebangsaan Toh Indera
Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak adalah berada pada tahap yang sederhana.
(katakunci: keberkesanan, pengajaran dan pembelajaran, penggunaan alatan tangan)
ABSTRACT: The purpose of this research is to evaluate the effectiveness of using hand
equipments in teaching and learning in Sekolah Menengah Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu
Gajah, Perak. . This research is using stratified sampling procedure. A total of 40 samples of
Form Two students involving as respondents. Instrument that is used in this research is a
questionnaire which contains 36 items. The SPSS software was used to perform the statistical
analysis required. Descriptive statistical method (mean, percentage, frequency and standard
deviation) were used to perform the analysis required. The findings showed that the
effectiveness of teaching and learning Living Skills aspects using hand equipments among
secondary schools in Batu Gajah, Perak is at moderate level .
(Keywords: effectiveness, teaching and learning, using hand equipments)
Bab 1
Pengenalan
Menurut Sufean (2004) pendidikan dari segi semantiknya adalah merangkumi didikan
latihan. Didikan adalah komponen akliah atau intelek dan latihan yang merangkumi gerak
laku perbuatan. Didikan lebih tertumpu kepada pembentukkan kemahiran motor atau gerakan
seperti kemahiran melakukan kerja dan aktiviti. Sufean (2004) juga menerangkan education
(pendidikan) dari segi etimologi adalah berasal dari perkataan Latin iaitu educere dan
educare. Educere member definisi to lead out iaitu menzahirkan keupayaan diri mengenai
pembelajaran untuk membina manusia supaya mencapai tahap sedar kendiri tentang
kewujudan diri dalam hubungan kweujudan makhluk-makhluk lain, alam dan Yang Maha
Pencipta. Educare pula bermaksud to train mengenai keperluan seperti keperluan hidup,
keperluan sosial, keperluan pembangunan ekonomi dan sebagainya.
Pendidikan Kemahiran Hidup merupakan salah satu daripada beberapa mata pelajaran
yang mengutamakan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di sekolah. Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup adalah untuk
melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif,
berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan
seharian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003). mata pelajaran ini telah digubal kea rah
membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi
serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana kerja.
Tanggungjawab yang diberikan oleh sektor pendidikan dalam membentuk generasi
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang dalam kehidupan
seharian. Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran provokasional yang
bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran asa secara teori dan juga
praktikal bagi melancarkan kehidupan seharian dengan lebih bersistematik dan terancang.
Kementerian Pendidikan pada tahun 1991 telah memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran
Hidup kepasa pelajar sekolah menengah di seluruh negara yang terdiri daripada dua bahagian
iaitu Teras dan Elektif. Bahagian Teras mempunyai tiga komponen yang merangkumi tajuk
Reka Bentuk dan Teknologi, Perdagangan dan Keusahawanan serta Kekeluargaan manakala
komponen bagi Elektif pula terdiri daripada Kemahiran teknikal, Ekonomi Rumah Tangga,
Pertanian serta Perdagangan dan Keusahawanan. Bahagian Teras adalah diwajibkan kepada
semua pelajar manakala dalan komponen Elektif pulan, pelajar hanya diwajibkan mengambil
salah satu daripada empat komponen yang ditawarkan. Bagi bahagian Elektif ini, komponen
pilihan ditentukan oleh pihak sekolah kepada semua pelajar bermula daripada tingkatan satu
dan akan dikekalkan dengan komponen pilihan tersebut sehingga pelajar ke tingkatan tiga
dan seterusnya menduduki peperiksaan PMR. Keseluruhan komponen mata pelajaran
Kemahiran Hidup ini melibatkan proses pengajaran teori dan disusuli dengan kerja amali.
Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah
menengah harian biasa bagi tahap menengah rendah kebiasaannya merangkumi dua bahagian
iaitu penguasaan dari aspek teori sesuatu topik dan juga amali yang dijalankan selepas
pengajaran teori di dalam kelas. Lazimnya, guru diberikan peruntukan sebanyak 3 waktu
yang bersamaan dengan 135 minit bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran
termasuklah kelas teori dan amali selama seminggu bagi setiap kelas tingkatan 1, tingkatan 2
mahupun tingkatan 3 sekolah menengah harian biasa.
Berbeza dengan subjek lain, Kemahiran Hidup Bersepadu memberi tumpuan kepada
pembelajaran melalui pengalaman. Oleh yang demikian, mata pelajaran ini harus dijalankan
secara tidak langsung semasa mengendalikan amali. Semasa kelas amali dijalankan,
penggabungan antara kaedah amali dan kaedah teori akan berlangsung sama ada di dalam
atau di luar bilik darjah. Kemahiran hidup juga merupakan salah satu subjek yang
menggalakkan para pelajar berfikir secara kritis dan kreatif kerana semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan, pelajar akan menjana pemikiran mereka untuk lebih
berimaginasi dan kreatif.
Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Negara (FPN), generasi muda perlu mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi dengan
memperolehi kemahiran-kemahiran tertentu bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi
tetapi juga dalam bidang vokasional dan teknologi sama ada di sekolah-sekolah biasa atau
pun di sekolah-sekolah vokasional dan teknik. Pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah-sekolah biasa untuk peringkat menengah rendah juga merupakan salah
satu usaha jangka masa panjang untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang berkemahiran
dan berketrampilan dalam setiap bidang pekerjaan yang diceburi di samping dapat memenuhi
keperluan Wawasan 2020.
1.1 Latar Belakang Kajian
Dalam usaha untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Negara (FPN), generasi muda perlu mempunyai daya ketahanan diri yang tinggi dengan
memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu bukan sahaja dalam bidang sains dan teknologi
tetapi juga dalam bidang vokasional dan teknologi sama ada di sekolah-sekolah biasa atau
pun di sekolah-sekolah vokasional dan teknik. Pengenalan mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah menengah biasa untuk peringkat menengah rendah juga merupakan
salah satu usaha jangka masa panjang untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang
berkemahiran dan berketrampilan dalam setiap bidang pekerjaan yang diceburi di samping
dapat memenuhi keperluan Wawasan 2020.
Menurut Hunter, 1995 dalam Esah, 2003, Pengajaran berkesan boleh dilihat sebagai
suatu proses penyampaian maklumat dan memberikan pengalaman yang dapat mengubah
tingkah laku seseorang pelajar secara kekal dari segi kefahaman mahu pun kemahiran yang
mereka perolehi semasa sesi pengajaran berlaku atau pun semasa menjalankan latihan amali
yang diberikan oleh guru. Maka pengajaran berkesan boleh ditakrifkan sebagai pengajaran
yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar.
Kajian yang dijalankan ialah berkaitan dengan keupayaan pelajar mempraktikkan
kemahiran dalam penggunaan alatan tangan yang telah dipelajari di sekolah dalam kehidupan
seharian mereka. Radzali (1981) berpendapat bahawa peralatan di dalam bengkel setiap
satunya mempunyai jangka hayat yang tertentu. Pengurusan dan penyenggaraan alatan
tersebut perlulah secara berkala mengikut aktiviti amali yang telah dijalankan dengan
menggunalan peralatan tersebut. Justeru, guru harus menjelaskan peraturan keselamatan
menggunakan alatan tangan kepada pelajar sebelum kelas amali dilakukan. Selain daripada
guru, pihak sekolah juga turut sama bertanggungjawab memastikan aspek keselamatan
pelajar menggunakan segala peralatan tangan yang terdapat di dalam bengkel.
Guru Kemahiran Hidup seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran berdasarkan
aspek pedagogi yang telah dipelajari sebelum menjadi guru lagi. Kaedah seperti demonstrasi,
kaedah projek, kaedah simulasi, kaedah penyelesaian masalah, kaedah inquiri penemuan dan
kaedah perbincangan harus digunakan dengan menyeluruh agar pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas tidak tertumpu kepada satu kaedah sahaja yang akan menyebabkan pelajar
mudah berasa bosan dan tidak fokus dengan apa yang dipelajari pada hari tersebut.
Cooper(1977) dalam Lee (1997) berpendapat, keberkesanan pengajaran bergantung kepada
kebolehan dan sikap mengajar guru sendiri. Kaedah pengajaran yang diguna pakai oleh guru
di dalam kelas akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran. Lee (1980) pula menyatakan
bahawa sesetengah daripada amalan pedagogi yang dijalankan dalam pendidikan adalah
membimbangkan kerana semakin banyak guru yang menggunakan kaedah pengajaran yang
menjadikan pelajar semakin pasif. Pelajar menjadi pasif apabila guru hanya menggunakan
one way communication iaitu penerangan sahaja di dalam kelas dan seterusnya menyebabkan
pelajar berasa bosan dan tidak fokus dalam kelas. Kaedah penerangan ini mungkin sesuai
digunakan di dalam kelas teori akan tetapi tidak sesuai digunakan bagi kelas amali.
Seharusnya kelas amali menjadi medan untuk pelajar bertanya dengan lebih lanjut mengenai
teori yang telah dipelajari di dalam kelas dan mengaplikasikannya semasa proses kerja amali
dijalankan. Kaedah penerangan ini jika berpanjangan di dalam kelas amali kemungkinan
besar objektif pengajaran tidak akan tercapai seratus peratus malah keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran menggunakan alatan tangan juga menghadapi cabaran.
Oleh itu, kaedah yang digunakan oleh guru dalam proses pengajaran terutamanya
ketika aspek penggunaan alatan tangan seharusnya sesuai dan tidak membosankan. Namun
begitu, disebabkan oleh perbezaan individu maka kesesuaian kaedah pengajaran yang
digunakan oleh guru dalam proses pengajaran kerja amali penggunaan alatan tangan dan
kesesuaian kepada pelajar juga trurut dipengaruhi oleh sifat individu pelajar itu sendiri.
Kebiasaannya, semua guru yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup akan
diberi buku-buku panduan untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan selain daripada buku
teks untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Kebanyakkan
buku-buku panduan ini dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia. Aspek-aspek seperti kaedah pengajaran, keselamatan mengenai diri
sendiri, orang lain dan alatan turut dinyatakan. Dengan ini secara tidak langsung dapat
memberi pendedahan tentang kemahiran menggunakan alatan tangan pada peringkat awal
iaitu secara teori. Lazimnya dari segi aspek amali pula, guru akan mengaitkan pengetahuan
yang dipelajari daripada buku panduan dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam
kelas amali seperti pengajaran tentang aspek penggunaan alatan tangan. Selain daripada buku
panduan, seminar dan juga kursus-kursus juga perlu diadakan agar dapat meningkatkan
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran guru (Abd Karim,1994). Kemahiran guru adalah
penting dalam kerja amali terutama sekali dalam aspek penggunaan alatan tangan kerana guru
yang tidak mempunyai kemahiran asa berkaitan dengan alatan tangan hanya mampu
mengajar teori sahaja dan tidak mampu untuk menjalankan amali dengan sempurna. Hal ini
kerana, guru akan dijadikan tempat rujukan pelajar apabila menghadapi masalah menguasai
kemahiran menggunakan alatan tanga. Sekiranya pelajar tidak mempunyai tempat rujukan
ataupun kemahiran guru diragui oleh pelajar dari segi persepsi pelajar maka nescaya proses
pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Hal ini disebabkan kerja-kerja praktikal dan
amali adalah komponen yang penting dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup ( Newable &
Cannon, 1989).
1.2 Penyataan Masalah
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tidak hanya melibatkan pembelajaran secara
teori sahaja tetapi juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Sebagaimana yang kita
sedia maklum, subjek ini lebih kepada pembelajaran berbentuk amali yang dijalankan di
dalam bengkel kerana kelengkapan dan kemudahan yang ada dapat membantu pembelajaran
amali dilakukan dengan baik. Namun, ia bergantung kepada pengetahuan dan bagaimana
guru tersebut mengendalikan peralatan tangan dengan baik semasa kelas amali dijalankan.
Aspek yang penting di dalam kelas amali ialah penggunaan alatan tangan. Hal ini kerana
dalam Dokumen Pentaksiran Kerja Kursus yang diperkenalkan oleh Lembaga Peperiksaan
Malaysia untuk Penilaian Menengah Rendah mulai 2005, aspek ini diuji secara langsung
dalam modul dua (tingkatan dua) di bawah sub tajuk menggunakan alatan tangan. Sementara
dalam modul empat (tingkatan tiga), penggunaan alatan tangan adalah secara tidak langsung
dalam sub tajuk pembinaan projek.
Oleh itu, kajian mengenai kaedah pengajaran guru dan juga kemahiran guru dalam
penggunaan alatan tangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan perlu
diselidik dan diambil kira dari segi persepsi pelajar untuk mengkaji keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran aspek penggunaan alatan tangan. Kaedah pengajaran yang tidak sesuai dan
kemahiran guru yang tidak mencukupi dari persepsi pelajar tidak dapat memenuhi kepuasan
pelajar dalam proses pembelajaran.
Keupayaan pelajar mempraktikkan kemahiran penggunaan alatan tangan yang dipelajari
di sekolah dalam kehidupan sehari-harian adalah berbeza berdasarkan persepsi pelajar
masing-masing. Masalah proses belajar merupakan masalah yang kompleks sifatnya
(Ad.Rajjakkers, 1980).
Penyelidik mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah menengah harian biasa. Dalam kajian ini, pelajar yang menjadi
penilai dan aspek kajian ialah melibatkan kaedah pengajaran guru, keupayaan pelajar
mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan, kemahiran guru menggunakan alatan
tangan dan juga pengetahuan pelajar dari segi peraturan keselamatan menggunakan alatan
tangan.
1.3 Kerangka Konseptual Kajian
Teori Konstruktivisme
ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar
dalam bentuk yang serba sempurna.
Pelajar perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman
masing-masing.
Kaedah pengajaran guru dalam kelas
amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan
yang telah dipelajari
Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di
Sekolah
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan alatan tangan
dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah.
Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk:
i. Mengenalpasti kaedah pengajaran guru yang paling dominan dalam penggunaan
alatan tangan di sekolah menengah.
ii. Mengenalpasti amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan
tangan yang telah dipelajari di sekolah semasa kelas amali.
iii. Mengenalpasti sama ada guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan
tangan sewaktu kelas amali dijalankan di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan dengan memberi tumpuan kepada persoalan-persoalan berikut:
i. Apakah tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup.
ii. Apakah tahap kesediaan guru mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan
ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
iii. Apakah tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang
dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian
pelajar.
1.6 Persoalan Kajian
1.7
Penyelidik akan mengemukakan 4 aspek persoalan yang berkaitan untuk dijawab oleh
responden. Antara aspek-aspek kajian yang akan difokuskan adalah seperti berikut:-
I. Apakah kaedah pengajaran guru yang paling dominon dalam penggunaan alatan
tangan di sekolah.
II. Apakah amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan
tangan yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan harian.
III. Apakah guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu
kelas amali di sekolah.
IV. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kaedah pengajaran guru yang
dominan, pengetahuan pelajar dari segi penggunaan alatan tangan, amalan pelajar
dalam mempraktikkan kemahiran dan kemahiran guru dalam menggunakan alatan
tangan di sekolah bandar dan sekolah luar bandar.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad,
Batu Gajah, Perak. Sekolah ini adalah merupakan salah sebuah sekolah harian biasa yang
terletak di daerah Batu Gajah, Perak. Subjek kajian terdiri daripada 40 orang pelajar
Tingkatan 2 dalam pelbagai kecerdasan. Pemilihan sampel adalah bersifat ‘purposif’, yakni
sampel diambil dari kelompok pelajar yang berada di Tingkatan 2. Sehubungan dengan itu,
hasil kajian yang diperoleh tidak dapat digeneralisasikan kepada semua pelajar lain yang
mempelajari mata pelajaran ini.
Kajian ini juga hanya dibataskan kepada pelajar tingkatan 2 sahaja kerana skopnya
lebih pravokasional dan pelajar tingkatan 1 masih baru dalam mengikuti mata pelajaran
Kemahiran Hidup ini manakala bagi pelajar tingkatan 3 pula mereka berada si sesi yang
berlainan dengan pelajar tingkatan 1 dan 2. Kekekangan masa menghadkan kajian yang
dilakukan. Justeru itu, memandangkan banyak jenis alatan tangan yang digunakan oleh
pelajar dalam kerja amali, penyelidik hanya memilih tiga jenis alatan tangan sahaja dalam
kajian ini.
1.9 Definisi Konsep
Perbincangan berikut adalah tentang beberapa konsep yang digunakan dalam kajian
ini. Antara konsep-konsep tersebut termasuklah:
Perbincangan berikut adalah tentang beberapa konsep yang digunakan dalam kajian ini.
Antara konsep-konsep tersebut termasuklah:
1.8.1 Keberkesanan
Menurut Kamus Dewan (Edisi Ke-empat, 2007), maksud keberkesanan ialah
menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada
sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh
kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan
dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan sesuatu kecenderungan atau
perasaan dan sebagainya).
1.8.2 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran pravokasional yang bertujuan
untuk melengkapkan pelajar-pelajar dengan kemahiran-kemahiran asas secara teori
dan juga praktikal yang diperlukan untuk mengendalikan kehidupan seharian dengan
penuh sistematik. Mata pelajaran ini ditawarkan kepada semua pelajar di tingkatan 1
hingga 3. Matlamat perlaksanaan mata pelajaran ini adalah untuk mempertingkatkan
produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan
produktif. Mata pelajaran ini juga digubal untuk membekalkan tenaga kerja yang
berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan ekonomi serta sanggup bekerjasama
dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam suasana bekerja. Tenaga kerja yang
sedemikian rupa dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluan negara yang
sedang membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi
komunikasi maklumat.
Jadual 1.1: Organisasi Kandungan Mata Pelajaran KHB
BAHAGIAN TERAS BAHAGIAN PILIHAN
Reka Bentuk dan Teknologi
1. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek
2. Elektronik
3. Lukisan Teknik
4. Masakan
5. Tanaman Hiasan
Pilihan 1
Kemahiran Teknikal
Pilihan 2
Ekonomi Rumah Tangga (ERT)
Pilihan 3
Pertanian
Pilihan 4
Perdagangan dan Keusahawanan
Sumber: Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 3 (2002)
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3
(2002), mata pelajaran ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian teras dan
pilihan. Bahagian Teras adalah bahagian yang wajib dipelajari oleh semua pelajar,
manakala bahagian pilihan terdiri daripada Pilihan Kemahiran Teknikal, Ekonomi
Rumah Tangga (ERT), Pertanian dan juga Perdagangan dan Keusahawanan. Dalam
bahagian pilihan, pelajar perlu mempelajari salah satu daripada empat komponen
pilihan. Jadual 1.1 di atas menunjukkan organisasi kandungan mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) Tingkatan 2.
1.8.3 Alatan Tangan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), takrifan alat ialah sebagai
barang apa yang diperlukan atau digunakan untuk membuat sesuatu. Manakala
peralatan pula ialah bermacam-macam alat. Tangan ialah anggota tubuh dari kepala,
bahu sehingga ke hujung jari. Oleh yang demikian, alatan tangan boleh disimpulkan
sebagai barang-barang yang diperlukan untuk membuat atau menghasilkan sesuatu
objek dengan menggunakan tenaga daripada tangan.
1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran
Pengajaran dan pembelajaran (P&P), merujuk kepada proses pengajaran
yang memerlukan komunikasi antara guru dan murid. Guru sebagai orang yang
bertindak memberikan ilmu. Strategi pengajaran yang terbaik dapat memberikan
pengalaman yang bermakna dalam diri pelajar. Seels & Richey (1994), berpendapat
strategi pengajaran ialah spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan
aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran.
Bab 2
Kajian Literatur
2.1 Pengenalan
Kajian Literatur merupakan kajian-kajian lepas yang dijadikan panduan untuk
meneruskan kajian ini. Bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kajian.
Ia membincangkan beberapa persoalan kajian yang dibuat berkaitan dengan minat pelajar
Kajian-kajian ini mempunyai hubung rapat dengan pengajaran dan pembelajaran seperti
kaedah pengajaran guru, amalan pelajar di rumah dan kemahiran menggunakan alatan tangan.
2.2 Kerangka Teori
Pembelajaran adalah satu proses mengumpul maklumat dan pengalaman secara berterusan,
yang berlaku sejak lahir. Pembelajaran bermula dengan satu rangsangan dan rangsangan itu
ditadbir mengikut kecenderungan tertentu yang sebahagian besarnya ditentukan oleh
pengalaman yang sedia ada (Atan, 1982). Manakala, teori pembelajaran merujuk kepada
prinsip-prinsip dan hukum-hukum pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian ahli-ahli
psikologi pendidikan. Melalui teori-teori pembelajaran ini, guru akan memahami pelbagai
cara pelajar-pelajar belajar dan seterusnya menghubungkaitkan prinsip dan hukumnya dengan
kaedah dan teknik mengajar untuk mencapai objektif pembelajaran dengan berkesan (Mok
Soon Sang, 2002). Menurut Timothy J. Newby, Donald A. Stepich, James D. Lehman dan
James D. Russell (2000) pula, teori pembelajaran merupakan set prinsip-prinsip yang terurus
bagi menerangkan bagaimana seseorang individu itu belajar, iaitu bagaimana mereka
memperolehi kebolehan dan pengetahuan baru.
Mengikut Ragbir Kaur (2007) menjelaskan guru yang profesional adalah guru yang
dapat mengamalkan segala kemahiran profesional yang telah diterima semasa menjalani
latihan ikhtisas. Hal ini kerana guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan
yang diperakauntabilitikan untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru yang profesional
hendaklah mempunyai mutu personal yang sesuai dengan tugas dan status guru (Sufean,
2004). Mutu personal guru termasuklah sahsiah dan sikap, minat, kreativiti dan motivasi,
kemahiran berkomunikasi, keyakinan, sifat-sifat kepimpinan, pengetahuan am yang luas,
sikap positif dan pencapaian istimewa yang dapat meningkatkan profesionalisme perguruan.
Teori pembelajaran yang digunakan dalam Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah adalah
Teori Konstruktivisme.
2.2.1 Teori Konstruktivisme
Dekad ke-20 telah meletakkan Teori Pembelajaran Konstruktivisme sebagai asas
terhadap corak pembelajaran hari ini. Teori ini berasal daripada Teori Perkembangan
Kognitif Piaget dan Teori Zon Perkembangan Prokimal (ZPD) oleh Vygotsky. Teori
ini meletakkan anggapan bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda,
tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Mengikut kefahaman
konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada
pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu membina sesuatu
pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing.
Menurut Wittrock (1978 dalam sumber yang sama 2004) teori ini bermaksud
pembelajaran itu mesti generatif, iaitu mengambil tindakan bagi mencipta sesuatu
daripada pembelajaran mereka. Ia memandang realiti sebagai sesuatu yang
dikonstrukkan dan pengalaman menentukan realiti persepsi merupakan satu instrumen
untuk berfikir yang boleh menginterprestasikan adegan, objek dan persepsi daripada
hanya memahami dan mengingati pengetahuan secara objektif sahaja. Teori ini cuba
mencipta suasana yang diperlukan untuk mencetuskan idea-idea baru yang lebih
kreatif. Pembelajaran adalah aktif dan mendorong menyelesaikan masalah
berdasarkan kepada penemuan intrinsik. Faktor yang menentukan pembelajaran
terdiri daripada sifat-sifat pelajar itu, pengetahuan sedia ada, motivasi, dan pelbagai
tugasan pembelajaran.
Suasana pembelajaran menjadi lebih menarik dengan aktiviti-aktiviti ‘hands
on’ semasa menghasilkan projek di bengkel. Pelajar dapat menggunakan kemahiran
dan pengalaman yang sedia ada ketika menjalankan aktiviti pembinaan projek.
Pelajar boleh belajar pada tahap kemampuan dalam suasana yang sebenar. Pelajar
tidak lagi digalakkan menghafal tetapi digalakkan meningkatkan tahap pemikiran
tinggi bagi menyelesaikan masalah. Secara tidak langsung, kemahiran berkomunikasi
mereka dapat dipertingkatkan, iaitu tidak terkongkong kepada pembacaan secara
sendiri dan menghafal fakta daripada buku teks.
Berikut adalah beberapa pandangan tokoh pendidikan mengenai konsep dan
pengertian konstruktivisme yang dipetik Modul Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Pusat Perkembangan Kurikulum 2001 yang bertujuan untuk memperjelaskan lagi
konsep konstruktivisme yang berbeza daripada pelbagai ahli pendidikan tentang
konsep konstruktivisme berdasarkan kajian mereka yang terdahulu. Antara ahli
pendidikan yang mengamalkan pendekatan konstruktivisme dalam kajian mereka
ialah;
i. Briner, M, (1999) mengatakan “Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji
idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada,
mengaplikasikannya kepada situasi baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru
yang diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud”.
ii. McBrian & Brandt (1997) mengatakan “Konstruktivisme adalah satu pendekatan
pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar.
Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan
bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain”.
iii. Nik Aziz Nik Pa (1999) berpendapat “Konstruktivisme adalah tidak lebih daripada
satu komitmen terhadap pandangan bahawa manusia membina pengetahuan sendiri.
Hal ini bermakna bahawa sesuatu pengetahuan seseorang individu adalah hasil
daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat
atau pengajaran yang diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh
dipindahkan daripada seseorang individu kepada kepada individu yang lain.
Sebaliknya, setiap insan membantu pengetahuan sendiri dengan menggunakan
pengalamannya secara terpilih.
2.2.2 Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
(2001), pembelajaran konstruktivisme mempunyai ciri-ciri seperti berikut;
i. Menggalakkan soalan atau idea yang dimulakan oleh pelajar dan
menggunakannya sebagai panduan untuk guru merancang pengajaran;
ii. Menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan rakan pelajar dan
gurunya;
iii. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan
hasil pembelajaran;
iv. Mengambil kira kepercayaan dan perubahan sikap pelajar;
v. Mengambil kira dapatan kajian tentang cara pelajar mempelajari sesuatu
idea;
vi. Menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen;
vii. Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan
memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang
sebenar;
viii. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar; dan
seterusnya;
ix. Menyokong pembelajaran secara koperatif.
Kesimpulannya, seseorang guru perlu memiliki beberapa kemahiran yang tersenarai
di atas untuk menjadikan diri mereka seorang guru yang konstruktivisme dan seterusnya
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang konstruktivisme.
2.3 Kajian Literatur
2.3.1 Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengajaran dan Pembelajaran
Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor
Bahru
Kajian oleh : Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya, Gangagoury A/P Chinnapan
dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat tahap pelaksanaan mata pelajaran
Kemahiran Hidup dan faktor-faktor yang mempengaruhi guru dalam
pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup. Kajian ini dilakukan di 10
buah Sekolah Kebangssan Tamil di kawasan Johor Bharu dengan
memfokuskan kepada tahap pengetahuan, minat, beban tugas, kesesuaian
bengkel dan juga sokongan pihak pentadbiran. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa faktor pengetahuan dan minat guru berada pada tahap yang tinggi.
Manakala faktor kesesuaian bengkel,beban tugas dan sokongan pihak
pentadbir berada pada tahap sederhana.
2.3.2 Kesesuaian Isi Kandungan, Masa, Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah
Tunjuk Cara (Demonstrasi) Dalam Mata Pelajaran Kemahiran Teknikal
Dari Perspektif Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Di
Daerah Kuala Krai, Kelantan.
Kajian oleh : Abdul Rahim Bin Hamdan & Mohd Zawawi Bin Ismail dari
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesesuaian isi kandungan,
peruntukan masa, kemudahan dan alatan dan kaedah tunjuk cara (demonstrasi)
dalam matapelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru
Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah di Daerah Kuala Krai, Kelantan.
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
terhadap kesesuaian isi kandungan, peruntukan masa, kemudahan dan alatan
dan kesesuaian kaedah tunjuk cara (demonstrasi) antara pengalaman mengajar
guru-guru dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal peringkat Menengah
Rendah. Disarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pihak
Pentadbir Sekolah supaya mengkaji peruntukan masa yang dibekalkan untuk
pengajaran matapelajaran Kemahiran Teknikal.
2.3.3 Tahap Keyakinan Dan Sikap Guru Terhadap Pengajaran Kemahiran
Hidup Di Sekolah Menengah Zon Skudai Dan Nusajaya, Johor.
Kajian oleh : Wan Nur Izzati Binti Wan Ab Hamid dari Universiti
Teknologi Malaysia, Johor.
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap keyakinan dan sikap guru
terhadap pengajaran kemahiran hidup. Objektif khusus kajian adalah untuk
mengkaji tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali serta sikap guru
berdasarkan opsyen terhadap pengajaran kemahiran hidup. Hasil
kajian mendapati tahap keyakinan guru dalam aspek teori dan amali berada
pada
tahap sederhana dan sikap guru berada pada tahap tinggi terhadap pengajaran
kemahiran hidup. Kajian juga mendapati bahawa tahap keyakinan dalam aspek
teori
dan amali serta sikap guru opsyen lebih tinggi berbanding guru bukan opsyen
terhadap pengajaran kemahiran hidup. Oleh itu, tahap keyakinan dan sikap
guru yang mengajar kemahiran hidup amat penting bagi memastikan pelajar
mendapat
pendidikan yang sewajarnya.
2.3.4 Keberkesanan Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Di Sekolah Daerah Segamat, Johor.
Kajian oleh : Chu Siew Pang dari Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan alatan tangan
dalam pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Daerah Segamat,
Johor. Hasil kajian mendapati keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Kemahiran Hidup aspek penggunaan alatan tangan di kalangan guru Sekolah
Menengah di Daerah Segamat, Johor adalah berada pada tahap yang tinggi.
Dapatan kajian juga mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan antara
kaedah pengajaran guru, pelajar mengetahui peraturan keselamatan, pelajar
mempraktikkan kemahiran dalam kehidupan harian dan guru mempunyai
kemahiran dalam menggunakan alatan tangan sewaktu kelas amali di sekolah
menengah kawasan bandar dan juga kawasan luar bandar, Daerah Segamat,
Johor.
2.3.5 Faktor-faktor Mempengaruhi Keberkesanan Dan Pembelajaran Di
Dalam Bengkel Kemahiran Hidup Bersepadu Bagi Pelajar Tingkatan
Tiga Di Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perak.
Kajian oleh :Tai Chen Hiung dan Supli Effendi Rahim dari Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
Penulisan ilmiah ini bertujuan untuk meninjau faktor yang mempengaruhi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel kemahiran hidup
bersepadu di Sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Perak. Faktor-faktor
yang dikaji adalah faktor peralatan dan kelengkapan, keselamatan, dan
pengurusan.
Dapatan kajian menjelaskan bahawa pelajar tingkatan 3 memberi kerjasama
yang baik kepada gurunya ketika menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran sama ada kelas atau amali dalam bengkel dengan mematuhi
peraturan dan arahan yang diberikan oleh guru kemahiran hidupnya. Secara
keseluruhannya tahap pengurusan merupakan faktor yang penting
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran dalam bengkel kemahiran hidup
bersepadu di kedua-dua Sekolah Menengah kebangsaan daerah perak ini.
2.3.6 Pengaplikasi Teori Konstruktivisme Dalam Proses Pengajaran Dan
Pembelajaran Mata Pelajaran Reka Cipta.
Kajian oleh : Noor Azizah Binti Ahmad dari Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor.
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan mengenalpasti pengaplikasian
Konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Reka Cipta di 4 (empat) buah daerah di Negeri Kedah. Tumpuan kajian
adalah kepada 5 (lima) aspek yang dinyatakan dalam Model Konstruktivisme
5-Fasa Needham. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek-aspek
konstruktivisme dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Reka Cipta. Walau bagaimanapun, fasa penggunaan idea didapati
berada pada tahap terendah. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan
juga telah dikemukakan untuk memastikan bahawa objektif pengajaran dan
pembelajaran Reka Cipta dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
2.4 Rumusan
Berdasarkan penelitian pengkaji terhadap kajian-kajian lepas yang dijalankan oleh
pengkaji terdahulu, dapatlah dirumuskan di sini bahawa kajian-kajian tersebut lebih
memberi tumpuan kepada penerapan kaedah pengajaran guru di dalam kelas dan
aplikasi pelajar terhadap kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan seharian
mereka. Kajian yang dijalankan termasuk dengan pengetahuan keselamatan bagi
penggunaan alatan tangan yang telah dipelajari dan penyelenggaraan alatan tersebut
secara berkala. Justeru, dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan kajian secara
lebih tertumpu kepada kaedah pengajaran yang dijalankan oleh guru dan kesannya
terhadap pelajar.
Bab 3
Metadologi Kajian
I.1 Pengenalan
Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai, metodologi merupakan
aspek yang perlu diberi perhatian. Ianya menjamin kaedah yang digunakan oleh penyelidik
dalam kajian ini bersesuian dengan pemboleh ubah yang hendak dikaji serta hipotesis-
hipotesis yang digunakan dalam kajian. Bab ini juga menjelaskan tentang metodologi yang
digunakan oleh penyelidik untuk menyempurnakan kajian ini yang terbahagi kepada tujuh
bahagian iaitu reka bentuk kajian, tempat kajian, subjek kajian dan instrumentasi.
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Majid (1998), penyelidikan
deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena
yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan. Kajian ini bertujuan untuk
melihat keberkesanaan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad,
Batu Gajah, Perak. Data yang diperoleh dengan menggunakan soal selidik yang telah
diedarkan kepada responden yang terpilih mewakili populasi iaitu seramai 40 orang pelajar
Tingkatan Dua. Setiap maklumat telah ditafsirkan secara kuantitatif kerana penilaian melalui
pendekatan ini lebih bersifat subjektif.
3.3 Populasi dan Sampel Kajian
Subjek kajian terdiri daripada 40 orang pelajar Tingkatan Dua di Sekolah Menengah
Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak yang mempelajari subjek
Kemahiran Hidup Bersepadu. Pelajar dipilih berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir
Tahun semasa mereka berada dalam Tingkatan Satu tahun 2011. Pelajar dibahagikan kepada
tiga kumpulan iaitu Kumpulan Cerdas, Kumpulan Sederhana dan Kumpulan Lemah. Rekod
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan Satu Tahun 2011 merupakan dokumen yang digunakan
dalam kajian ini untuk menentukan kumpulan pelajar.
Jadual 3.2 menunjukkan analisis Kertas Kemahiran Hidup Peperiksaan Akhir Tahun
Tingkatan 1 bagi tahun 2011. Jadual 3.3 menunjukkan pelajar tingkatan dua mengikut
kumpulan cerdas, sederhana dan lemah.
Jadual 3.1 : Analisis Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2 (2011)
Gred A B C D E Jumlah
Calon
Jumlah
Lulus
Jumlah
Gagal
PAT
2011
8 16 11 2 3 40 37 3
Jadual 3.2 : Taburan Sampel Kelas Tingkatan 2 Mengikut Kumpulan
Kumpulan Bilangan
Cerdas 8
Sederhana 27
Lemah 5
Jumlah 40
Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada
populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian, manakala menurut Portney dan Walkin (1993),
sampel adalah subset populasi yang dipilih untuk dikaji. Sampel kajian adalah terdiri
daripada pelajar-pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Toh Indera Wangsa
Ahmad, Batu Gajah, Perak. Penggunaan saiz sampel menurut Majid (1998) perlu digalakkan
melebihi 30 unit kerana anadaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz
sampel melebihi 30 unit. Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi dan
mengurangkan ralat persampelan. Seramai 40 orang pelajar dari keseluruhan kelas tingkatan
2 secara rawak yang terdiri daripada 20 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan
telah dipilih untuk menjadi bahan kajian.
3.4 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Instrumen berbentuk soal
selidik merupakan cara yang paling berkesan bagi mendapatkan maklumat daripada
responden (Tuckman, 1978). Cates (1980) pula berpendapat, pengunaan instrumen berbentuk
soal selidik adalah amat berkesan jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item-item
yang konsisten dan boleh dipercayai. Dalam keadaan masa dan kos yang terhad, ia
merupakan cara yang paling sesuai digunakan. Dengan menggunakan soal selidik juga
responden tidak perlu menulis nama dan ini memungkinkan mereka menjawab dengan jujur
(Cockburn, 1996).
Penggunaan soal selidik tertutup adalah baik kerana ia tidak memerlukan subjek
berfikir atau melahirkan idea-idea baru terhadap sesuatu soalan (Kerlinger, 1986). Data-data
yang diperolehi juga akan disusun secara teratur, jelas dan seterusnya dapatan dianalisis
daripada jawapan yang diberikan untuk ditafsirkan dengan lebih berkesan. Soal selidik dalam
bahagian ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu :
BAHAGIAN A : Latar belakang responden dan keluarga.
BAHAGIAN B : Soal selidik tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan
tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
.
BAHAGIAN C : Soal selidik mengenai tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai
kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku.
BAHAGIAN D : Soal selidik mengenai tahap penerapan amalan pelajar dalam
mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan
kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar.
Dalam kajian ini, Skala Likert digunakan bagi memudahkan responden menjawab.
Menurut Najib (1999), Skala Likert digunakan di mana responden dan subjek dikehendaki
menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu
ekstrem kepada ekstrem yang lain. Penyelidik telah menyediakan 4 kategori bagi Skali Likert
ini. Responden hanya perlu menandakan pilihan jawapan yang paling sesuai mengikut
pengetahuan dan pengalaman mereka. Jadual 3.1 menunjukkan skor dan simbol yang
digunakan bagi Skali Likert yang digunakan di dalam kajian ini.
Aras Persetujuan Singkatan Skor
Sangat Setuju SS 4
Setuju S 3
Tidak Setuju TS 2
Sangat Tidak Setuju STS 1
Jadual 3.1 Skala Likert
3.2 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif. Menurut Majid (1998), penyelidikan
deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena
yang sedang berlaku. Jenis penyelidikan ini adalah jenis tinjauan.
3.4.1 Bahagian A: Soal Selidik Latar Belakang Responden dan
Keluarga
Bahagian ini mengandungi item-item yang berkaitan dengan faktor demografi iaitu
jantina, prestasi akademik, lokasi sekolah, bilangan adik-beradik, taraf pendidikan ibu
bapa, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga. Responden perlu menjawab
dengan menandakan ( √ ) pada ruangan yang disediakan mengikut kesesuaian
maklumat yang ada dan menyatakan maklumat yang diperlukan. Kaedah ini mampu
memberikan maklumat tepat yang dikehendaki ( Borg dan Gall, 1983).
3.4.2 Bahagian B : Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan
tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Soalan dalam bahagian ini adalah bermula dengan item soalan 1 hingga 7. Responden
perlu menanda skala 1 hingga 5 yang menyatakan tahap persetujuan responden
terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Pernyataan yang diberikan adalah
mengenai tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup. Untuk memudahkan responden menjawab, penyelidik
menggunakan pemeringkatan skala lima mata seperti berikut :
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju
3.4.3 Bahagian C : Tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah
pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Soalan dalam bahagian ini adalah bermula dengan item soalan 1 hingga 5. Responden
perlu menanda skala 1 hingga 5 yang menyatakan tahap persetujuan responden
terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Pernyataan yang diberikan adalah
mengenai tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran yang sesuai
digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Untuk memudahkan
responden menjawab, penyelidik menggunakan pemeringkatan skala lima mata
seperti berikut :
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju
3.4.4 Bahagian D : Tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan
kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan
kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian pelajar.
Soalan dalam bahagian ini adalah bermula dengan item soalan 1 hingga 5. Responden
perlu menanda skala 1 hingga 5 yang menyatakan tahap persetujuan responden
terhadap setiap pernyataan yang diberikan. Pernyataan yang diberikan adalah
mengenai tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran yang
dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian
pelajar. Untuk memudahkan responden menjawab, penyelidik menggunakan
pemeringkatan skala lima mata seperti berikut :
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju
3.5 Prosedur Kajian
Kajian ini dijalankan melibatkan beberapa prosedur iaitu;
Prosedur Pertama
Meminta kebenaran dari Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional untuk membuat
penyelidikan di sekolah. Setelah sampai di sekolah, meminta kebenaran dari pengetua untuk
menjalankan penyelidikan yang melibatkan satu kelas Tingkatan 2 sahaja.
Prosedur Kedua
Penambahbaikan terhadap item-item soal selidik dilakukan mengikut kesesuaian tajuk, tujuan
dan objektif kajian selepas meneliti segala maklum balas yang diterima pihak-pihak yang
terlibat. Bagi memastikan alat ukur kajian ini sesuai dari segi isi dan formatnya, pengkaji
mendapatkan khidmat nasihat daripada pengetua, guru-guru lain yang mengajar mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah yang sama.
Selain itu, penyelidik juga menyerahkan satu salinan soal selidik kepada pengetua
sekolah. Tujuannya adalah sekadar makluman kepada pengetua tentang item-item soalan
yang diedarkan kepada pelajar atau sampel kajian dan juga untuk memenuhi peraturan bagi
melaksanakan kajian di sekolah ini. Penyelidik juga mendapatkan pandangan daripada guru-
guru lain yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Segala pandangan dan
cadangan responden diterima untuk disesuaikan dengan keperluan kajian.
Prosedur Ketiga
Kajian sebenar yang dijalankan adalah berbentuk soal selidik. Kajian ini dijalankan dengan
mengedarkan soal selidik pada waktu kelas tambahan pagi Selasa bertarikh 23hb April 2012
iaitu pada pukul 10.00 pagi di bengkel. Sebelum subjek kajian dibenarkan menjawab soalan-
soalan tersebut, mereka terlebih dahulu diberikan taklimat oleh pengkaji mengenai tujuan
kajian ini dibuat dan peraturan-peraturan semasa menjawabnya. Masa yang diperuntukkan
untuk menjawab soal selidik adalah selama 15 minit sahaja. Pengkaji juga mengingatkan
subjek kajian agar dapat memberikan jawapan dengan jujur semasa memberi respons kepada
setiap soalan yang dikemukakan. Pengkaji memungut instrumen kajian daripada semua
pelajar dan seterusnya, pengkaji meneliti instrumen tersebut dan membuat analisis.
3.6 Analisis Data
Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Analisis
deskriptif dan peratus digunakan untuk menentukan kekerapan tahap pengetahuan pelajar,
tahap persediaan pelajar dan tahap penerapan oleh guru terhadap keberkesanan penggunaan
alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup. Analisis
kekerapan dan peratusan digunakan untuk melihat taburan latar belakang responden seperti
jantina, tahap pencapaian akademik, kumpulan, bilangan adik beradik, tahap pendidikan ibu
bapa, jenis pekerjaan ibu bapa dan jumlah pendapatan bulan ibu bapa atau penjaga. Data-data
yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan adalah
“Statistical Package For The Social Science (SPSS) Versi 17.0.
Semua data mentah yang diperolehi akan disemak agar maklumat yang diberikan oleh
responden mengikut kehendak soalan. Data-data yang diperolehi akan dianalisis
menggunakan perisian SPSS. Kaedah yang akan digunakan bagi memproses data-data yang
diperolehi adalah berdasarkan kepada peratusan dan min.
Hasil analisis dalam Bahagian A akan ditunjukkan dalam bentuk peratusan dan
frekuensi, manakala hasil analisis dalam Bahagian B, Bahagian C dan Bahagaian D akan
ditunjukkan dalam jadual peratusan, min dan frekuensi serta carta bar peratusan dan
frekuensi. Peratus dan frekuensi digunakan bagi melihat pencapaian matlamat kajian ini.
3.7 Rumusan
Penggunaan ‘Statistical Package for The Social Science’ (SPSS) di dalam kajian ini amat
memudahkan penyelidik menilai data-data mentah daripada kajian rintis dan kajian sebenar.
Penyelidik menerangkan tentang cara serta kaedah yang digunakan berdasarkan kepada reka
bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur kajian.
Bab 4
Analisis dapatan kajian
4.1 Pengenalan
Bab ini mengemukakan analisis data secara deskriptif dan statistik. Perbincangan deskriptif
menumpukan kepada penghuraian latar belakang diri responden, manakala penganalisian
inferensi pula melibatkan kaedah statistik dan analisis min. Analisis yang dibuat juga akan
menjawab persoalan-persoalan yang telah dikemukakan dalam bab pertama.
4.2 Huraian Latar Belakang Responden
Responden kajian adalah terdiri daripada 40 orang pelajar daripada Sekolah Menengah
Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak yang terdiri daripada pelajar-
pelajar Tingkatan Dua. Latar belakang responden melibatkan aspek-aspek jantina, pencapaian
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1, jawatan di sekolah, tinggal bersama siapa, pekerjaan
ibu dan bapa.
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina.
Seramai 20 orang (50 peratus) terdiri daripada pelajar lelaki manakala 20 orang (50
peratus) adalah pelajar perempuan.
Jadual 4.1 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 20 50.0
Perempuan 20 50.0
Jumlah 40 100.0
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Tahap Pencapaian Akademik
Tahap pencapaian akademik responden diukur melalui keputusan Peperiksaan Akhir
Tahun yang diperolehi oleh mereka. Tahap pencapaian akademik responden
dibahagikan kepada dua kategori iaitu lulus atau gagal peperiksaan tersebut. Melalui
jawapan yang diberikan dalam borang soal selidik, penyelidik dapat mengenal pasti
sama ada mereka lulus iaitu lulus sekurang-kurangnya pangkat D dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup. Sekiranya mereka memperolehi pangkat E, mereka
dianggap gagal dalam mata pelajaran tersebut. Berdasarkan jadual 4.2, didapati
bahawa 37 orang (92.5 peratus) telah lulus dalam Peperiksaan Akhir Tahun
Kemahiran Hidup Tingkatan 1 manakala 10 orang (7.5 peratus) telah gagal.
Jadual 4.2 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Pencapaian Dalam Peperiksaan Akhir Tahun Kemahiran
Hidup Tingkatan 1 (2011)
Peperiksaan Akhir Tahun
Tingkatan 2 (2010)
Bilangan Peratus
Lulus 37 92.5
Gagal 3 7.5
Jumlah 40 100.0
4.2.3 Taburan Responden Berdasarkan Dengan Siapa Mereka Tinggal
Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden berdasarkan dengan siapa responden
tinggal. Hasil soal selidik, didapati 29 orang (72.5%) tinggal dengan ibu bapa, 8 orang
(20.0%) tinggal dengan ibu sahaja dan hanya 3 orang (7.5%) tinggal dengan bapa
sahaja. Secara keseluruhannya, respondan tidak ada yang tinggal dengan penjaga.
Jadual 4.3 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut
Dengan Siapa Mereka Tinggal
Tinggal Dengan Siapa Bilangan Peratus
Ibu dan Bapa 29 72.5
Ibu Sahaja 8 20.0
Bapa Sahaja 3 7.5
Penjaga 0 0
Jumlah 40 100.0
4.2.4 Jenis Pekerjaan Bapa
Pekerjaan bapa responden dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitu bekerja kerajaan,
swasta, kilang, buruh, bekerja sendiri, berniaga dan tidak bekerja. Jadual 4.7
menunjukkan taburan responden mengikut jenis pekerjaan bapa mereka. Bilangan
bapa responden yang bekerja kerajaan adalah seramai 8 orang (20%), bekerja swasta
seramai 9 orang (18%), bekerja kilang seramai 8 orang (16%), bekerja sebagai buruh
seramai 3 orang (7.5%), bekerja sendiri seramai 6 orang (15%), berniaga seramai 3
orang (6%) manakala selebihnya bapa yang tidak bekerja seramai 3 orang (7.5%).
Jadual 4.4 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut
Jenis Pekerjaan Bapa
Pekerjaan Bapa Bilangan Peratus
Kerajaan 8 20
Swasta 9 22.5
Kilang 6 15.00
Buruh 3 7.5
Bekerja sendiri 6 15.0
Berniaga 5 12.5
Tidak bekerja 3 7.5
Jumlah 40 100.0
4.2.5 Jenis Pekerjaan Ibu
Pekerjaan ibu responden pula dibahagikan kepada tujuh kategori, iaitu bekerja
kerajaan, swasta, kilang, buruh, bekerja sendiri, berniaga dan tidak bekerja. Jadual 4.5
menunjukkan taburan responden mengikut jenis pekerjaan ibu mereka. Bilangan ibu
responden yang bekerja kerajaan adalah seramai 6 orang (15%), bekerja swasta
seramai 5 orang (12.5%), bekerja kilang seramai 1 orang (2.5%), bekerja sebagai
buruh seramai 1 orang (2.5%), bekerja sendiri seramai 3 orang (7.5%), berniaga
seramai 5 orang (12.5%) manakala selebihnya ibu yang tidak bekerja seramai 19
orang (47.5%).
Jadual 4.5 : Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut
Jenis Pekerjaan Ibu
Pekerjaan Bapa Bilangan Peratus
Kerajaan 6 15.0
Swasta 5 12.5
Kilang 1 2.5
Buruh 1 2.5
Bekerja sendiri 3 7.5
Berniaga 5 12.5
Tidak bekerja 19 47.5
Jumlah 40 100.0
4.3 Analisis Dapatan Kajian Berdasarkan Persoalan Kajian
Berdasarkan soal selidik yang telah dikemukakan, item-item dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu Bahagian B, Bahagian C, dan Bahagian D. Bahagian B mengandungi 7 item
mengenai tahap pengetahuan pelajar terhadap kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
(KBKK) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Dalam Kursus Reka Cipta.
Bahagian C mengandungi 5 item mengenai tahap persediaan pelajar dalam penerimaan unsur
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK) dalam merancang projek reka cipta.
Bahagian D mengandungi 5 item mengenai tahap penerapan unsur kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK) oleh guru kepada pelajar Kemahiran Hidup Bersepadu.
4.3.1 Tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan tangan
dalam mata pelajaran kemahiran hidup.
Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Item tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan alatan
tangan dalam mata pelajaran kemahiran hidup.
(n = 40)
Item
1
STS
%
2
TS
%
3
KS
%
4
S
%
5
SS
%
Min SP
1. Saya mampu menerangkan
definisi alatan tangan.
2.5 5.0 22.5 47.5 22.5 3.83 0.93
2. Saya mempunyai pengetahuan
yang sangat baik dalam penggunaan
alatan tangan.
5.0 7.5 70.0 10.0 7.5 3.1 0.83
3. Saya tahu membezakan antara
fungsi pembaris keluli dengan sesiku
L.
5.0 5.0 7.5 12.5 70.0 4.38 1.14
4. Saya menggunakan apit G untuk
mengapit kayu ketika proses
mengglukan dua kepingan kayu.
0.0 0.0 20.0 12.5 67.5 4.48 0.81
5. Saya telah didedahkan dengan
penggunaan alatan tangan sejak di
sekolah rendah lagi.
2.5 12.5 25.0 22.5 37.5 3.8 1.59
6. Saya dapat menyenaraikan 5 jenis
alatan tangan dengan baik.
20.0 5.0 37.5 17.5 20.0 3.12 1.36
7. Saya dapat mengenalpasti
kerosakan yang berlaku pada alatan
12.5 7.5 20.0 37.5 22.5 3.5 1.28
tangan yang hendak digunakan
8. Saya dapat membezakan alatan
tangan untuk kerja amali kayu dan
kerja amali perpaipan dengan baik.
5.0 7.5 25.0 40.0 22.5 3.7 1.07
9. Saya tahu menggunakan gergaji
tangan dengan baik.
0.0 0.0 12.5 5.0 82.5 4.7 0.68
10. Saya tahu membersihkan semula
alatan tangan selepas
menggunakannya.
12.5 10.0 47.5 17.5 12.5 3.1 1.14
Min Keseluruhan = 0.38 Sisihan Piawai = 0.99
Jadual 4.1 menunjukkan taburan tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan
alatan tangan dalam mata pelajaran kemahiran hidup.. Hasil kajian mendapati bahawa
pernyataan “Saya tahu menggunakan gergaji tangan dengan baik.” mencatat min paling tinggi
iaitu sebanyak 4.7 dan sisihan piawai sebanyak 0.68. Sebanyak 12.5 peratus responden
menjawab sangat tidak pasti, 5.0 peratus menjawab setuju, 82.5 peratus menjawab sangat
setuju manakala peratusan yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak setuju ialah tiada.
Manakala bagi hasil min paling rendah pula ialah pernyataan “Saya mempunyai
pengetahuan yang sangat baik dalam penggunaan alatan tangan” dan pernyataan “Saya tahu
membersihkan semula alatan tangan selepas menggunakannya” di mana masing-masing
mencatatkan min sebanyak 3.1 dan sisihan piawai 0.83 dan 1.14. sebanyak 5.0 peratus
menjawab sangat tidak setuju, 7.5 peratus menjawab tidak setuju, 70.0 menjawab tidak pasti
dan 10.0 peratus menjawab setuju dan 7.5 peratus lagi menjawab sangat setuju.
4.3.2 Tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai kaedah pengajaran
yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku
Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Item tahap tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai
kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku
(n = 40)
Item
1
STS
%
2
TS
%
3
KS
%
4
S
%
5
SS
%
Min SP
1. Guru akan menerangkan semula
tentang fungsi alatan tangan yang akan
digunakan semasa dalam kelas amali.
0 0 12.5 22.5 65.0 4.52 0.71
2. Guru dapat menerangkan dengan baik
tentang fungsi setiap alatan ketika
ditanya.
5.0 10.0 25.0 45.0 15.0 3.55 1.03
3. Guru akan menunjukkan tayangan
video kaedah penggunaan alatan tangan
dengan betul kepada pelajar sewaktu
kelas teori.
0 0 17.5 72.5 10.0 3.95 0.52
4. Sebelum memulakan amali, guru akan
mengimbas kembali tentang penggunaan
alatan tangan dalam kelas amali dan
menunjuk cara penggunaan alatan
tersebut di hadapan pelajar.
0 2.5 12.5 67.5 17.5 4.00 0.64
5. Guru ialah sebagai pemudah cara dan
menjadi tempat rujukan ketika di dalam
2.5 0 10.0 65.0 22.5 4.05 0.74
kelas amali.
6. Guru amat menitikberatkan tentang
peraturan keselamatan ketika
menggunakan alatan tangan.
7.5 5.9 22.5 20.0 45.0 3.90 1.25
7. Guru akan mendemonstrasi cara
penggunaan alatan tangan dengan betul
sebelum membenarkan pelajar
memulakan kelas amali.
0 0 15.0 45.0 40.0 4.25 0.70
8. Guru akan menegur sekiranya
terdapat kesalahan dalam penggunaan
alatan tangan dan menunjuk cara yang
betul kepada pelajar tersebut.
2.5 5.0 7.5 52.5 32.5 4.07 0.91
9. Kaedah guru menggunakan alatan
tangan dijadikan ’role model’ kepada
pelajar untuk meneruskan kerja-kerja
amali.
12.5 5.0 15.0 37.5 30.0 3.67 1.30
10. Guru boleh menggunakan kesemua
alatan tangan yang terdapat di dalam
bengkel dengan baik.
0 0 17.5 52.5 30.0 4.12 0.68
Min Keseluruhan = 0.40 Sisihan Piawai = 0.84
Jadual 4.2 menunjukkan taburan tahap tahap kesediaan guru dalam kelas mengenai
kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Hasil kajian mendapati bahawa pernyataan “guru akan menerangkan semula tentang
fungsi alatan tangan yang akan digunakan semasa dalam kelas amali” mencatat min paling
tinggi iaitu sebanyak 4.52 dan sisihan piawai sebanyak 0.71. Sebanyak 12.5 peratus
responden menjawab sangat tidak pasti, 22.5 peratus menjawab setuju, 65.0 peratus
menjawab sangat setuju manakala peratusan yang menjawab sangat tidak setuju dan tidak
setuju ialah tiada.
Manakala bagi hasil min paling rendah pula ialah pernyataan “Guru dapat
menerangkan dengan baik tentang fungsi setiap alatan ketika ditanya” mencatatkan min
sebanyak 3.55 dan sisihan piawai 1.14. Sebanyak 5.0 peratus menjawab sangat tidak setuju,
10.0 peratus menjawab tidak setuju, 25.0 menjawab tidak pasti dan 45.0 peratus menjawab
setuju dan 3.55 peratus lagi menjawab sangat setuju.
4.3.3 Tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran
yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam
kehidupan seharian pelajar.
Jadual 4.3 : Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan Piawai
Bagi Item Tahap Penerapan amalan pelajar dalam
mempraktikkan kemahiran yang dipelajari seterusnya
mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian
pelajar.
(n =40)
Item
1
STS
%
2
TS
%
3
KS
%
4
S
%
5
SS
%
Min SP
1. Saya memahami pengajaran yang
disampaikan oleh guru mengenai
penggunaan alatan tangan.
7.5 5.0 17.5 47.5 22.5 3.72 1.10
2. Saya mampu membuat kembali kerja
amali membuat kotak serbaguna di
rumah.
10.0 17.5 22.5 17.5 32.5 3.45 1.37
3. Saya mampu mengajar abang atau
bapa di rumah menggunakan gergaji
2.5 10.0 15.0 25.0 47.5 4.05 1.13
tangan dengan betul.
4. Saya boleh membantu bapa memaku
kerusi yang rosak di rumah.
12.5 17.5 15.0 22.5 32.5 3.45 1.43
5. Saya mampu menerangkan kembali
kepada ahli keluarga yang lain tentang
fungsi alatan tangan yang telah saya
pelajari.
10.0 10.0 22.5 20.0 87.5 3.65 1.35
6. Saya akan menggunakan kelebihan
saya menggunakan alatan tangan untuk
menghasilkan satu reka cipta yang baru
sebagai bahan hiasan untuk diletakkan di
rumah.
20.0 22.5 17.5 32.5 7.5 2.85 1.29
7. Saya akan mempraktikkan kemahiran
menggunakan alatan tangan di rumah
dengan sebaiknya.
12.5 17.5 32.5 20.0 17.5 3.12 1.26
8. Saya mampu untuk menukar sesendal
pili yang rosak di rumah tanpa bantuan
sesiapa.
22.5 20.0 35.0 10.0 12.5 2.70 1.28
9. Saya boleh membantu bapa membeli
alatan tangan yang betul sekiranya
terdapat kerosakan kecil pada barangan
di rumah.
12.5 10.0 25.0 17.5 35.0 3.52 1.39
10. Saya akan mengasingkan alatan
tangan untuk kerja kayu dan kerja paip
di rumah agar mudah untuk dikenalpasti
kegunaannya.
12.5 12.5 32.5 22.5 20.0 3.25 1.27
Min Keseluruhan = 0.33 Sisihan Piawai = 0.12
Jadual 4.3 menunjukkan tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan
kemahiran yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan
seharian pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa pernyataan “Saya mampu mengajar abang
atau bapa di rumah menggunakan gergaji tangan dengan betul” mencatat min paling tinggi
iaitu sebanyak 4.05 dan sisihan piawai sebanyak 1.13. Sebanyak 2.5 peratus responden
menjawab sangat setuju, 10.0 peratus menjawab tidak setuju, 15.0 peratus menjawab tidak
pasti, 25.0 peratus menjawab setuju, 65.0 peratus menjawab sangat setuju.
Manakala bagi hasil min paling rendah pula ialah pernyataan “Saya mampu untuk
menukar sesendal pili yang rosak di rumah tanpa bantuan sesiapa” mencatatkan min
sebanyak 2.70 dan sisihan piawai 1.28. Sebanyak 22.5 peratus menjawab sangat tidak setuju,
20.0 peratus menjawab tidak setuju, 35.0 menjawab tidak pasti dan 10.0 peratus menjawab
setuju dan 12.5 peratus lagi menjawab sangat setuju.
4.4 Rumusan
Dalam bab ini, penyelidik telah mengemukakan analisis data maklumat yang telah dikumpul
hasil daripada soal selidik yang telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan yang
dikemukakan. Hasil dari keputusan analisis yang diperolehi akan dibincangkan dengan lebih
mendalam pada Bab 5.
Bab 5
Rumusan Dan Cadangan
Bab ini akan membincangkan dan merumuskan dapatan kajian berdasarkan persoalan-
persoalan kajian yang telah diutarakan. Tumpuan perbincangan adalah berkaitan dengan
persoalan-persoalan kajian secara keseluruhannya iaitu tahap pengetahuan pelajar terhadap
penggunaan alatan tangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup, tahap kesediaan guru
mengenai kaedah pengajaran yang sesuai digunakan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku dan tahap penerapan amalan pelajar dalam mempraktikkan kemahiran
yang dipelajari seterusnya mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam kehidupan seharian
pelajar.
Kesemua dapatan akan dihuraikan dengan jelas dan tepat agar dapat difahami dan
diinterpretasi oleh pengkaji-pengkaji lain dan seterusnya dapat digunakan sebagai sumber
bagi kajian-kajian akan datang. Hasil dari perbincangan, rumusan dan cadangan diharapkan
akan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak khususnya dalam usaha meningkatkan
kemahiran menggunakan alatan tangan secara lebih menyeluruh terutamanya dalam mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
5.2 Perbincangan Hasil Kajian
Secara keseluruhannya, analisis dalam bab ini menunjukkan aspek-aspek keberkesanan
penggunaan alatan tangan yang diukur mempunyai hubungkait yang agak sederhana.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, analisis menunjukkan minat pelajar dalam alatan tangan
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu mempunyai hubungan yang positif dengan gred
yang diperolehi. Menurut Mok Soon Sang (2002), minat dan sikap seseorang terhadap
pembelajaran boleh mempengaruhi kesediaan belajar yakni motivasi dalaman yang
membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu dalam proses pembelajaran.
Sebagaimana menurut Bruner (1966 dalam Mok Soon Sang, 2002), kanak-kanak yang baru
masuk sekolah mempunyai dua jenis motivasi dalaman iaitu Intrinsik ingin tahu dan
dorongan mencapai kecekapan. Kedua-dua intrinsik ini merupakan motivasi dalaman yang
kuat untuk menggerakkan dan meningkatkan kesediaan belajar di kalangan pelajar supaya
dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih aktif, mudah, seronok dan berkesan.
Modul Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif pula menyatakan pelajar perlu
bekerjasama dalam kumpulan bagi mengatasi sesuatu masalah, memberi maklum balas dan
berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain secara berstruktur. Slavin (1990)
berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia mempunyai tiga ciri
sepertimana berikut; ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan peluang yang sama
untuk berjaya. Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran
koperatif. Ciri-ciri tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran
berkumpulan dan penilaian kumpulan. Secara tidak langsung, dengan mengaplikasikan
kaedah pembelajaran ini, pelajar dari pelbagai kebolehan dapat bekerjasama dalam kumpulan
untuk mencapai satu matlamat yang sama. Sasaran adalah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Saling
bergantungan secara positif yang kuat di dalam sesuatu kumpulan akan menjadi motivasi
kepada setiap ahli untuk berjaya.
Walau bagaimanapun, hasil kajian ini mendapati terdapat hubungan yang positif
antara kaedah pengajaran guru yang konsisten dan berpengaruh menunjukkan tanda positif
pelajar memberi tindakbalas dengan apa yang telah diajar oleh guru berkenaan. Kesediaan
guru di dalam kelas turut mempengaruhi minat pelajar untuk menggunakan alatan tangan dan
kelak dapat menggunakan kemahiran yang telah di pelajari dalam kehidupan seharian
mereka. Keberkesanaan kaedah tunjuk cara, demonstrasi dan guru sebagai ‘role model’ di
dalam kelas membuatkan pelajar lebih berminat untuk belajar.
5.3 Implikasi penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran
terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah.
Menurut Vygotsky (1978 dalam Mok Soon Sang, 2002), Zone of Proximal Development
(ZPD) adalah bertujuan untuk mengekalkan kebolehan pelajar dengan bantuan orang dewasa
atau rakan yang lebih bijak daripadanya. Idea Vygotsky ini adalah berkaitan dengan ‘sosio-
cultural” yang mana menjelaskan tentang keberkesanan pembelajaran kooperatif antara
pelajar dengan guru dan rakan lain. Sokongan daripada guru akan membantu ke arah
kejayaan pelajar. Sokongan ini bukan bermakna menidakkan kebolehan pelajar tetapi sebagai
motivasi kepada pelajar agar mereka lebih yakin. Sokongan guru adalah satu langkah
mendahului pelajar dan sokongan tersebut adalah merupakan satu cabaran kepada pelajar.
Menurut Vygotsky (1978 dalam sumber yang sama), untuk menilai keberkesanan
pembelajaran, guru perlu berhati-hati tentang perbezaan peranan pelajar dan tanggapan guru
melalui proses pembelajaran kolaboratif. Guru dan pelajar perlu menghormati peranan
masing-masing dan suasana bilik darjah perlu disusun agar ianya bersesuaian dengan konteks
pembelajaran kolaboratif dan setiap pelajar dapat memainkan peranan masing-masing dalam
menguasai kemahiran belajar. Dalam penggunaan alatan tangan bagi setiap pelajar di dalam
kelas, pelajar perlu melihat diri mereka secara aktif dalam pembelajaran berlandaskan
konstruktivisme bukan menerimanya secara pasif. Di bawah konstruktivisme, ilmu
pengetahuan mempunyai ciri-ciri perkembangan dan evolusi yakni sering berubah-ubah
mengikut peredaran masa dan berlandaskan keperluan semasa. Ilmu pengetahuan ini tidak
digunakan untuk menjelaskan kebenaran, tetapi digunakan sebagai rasionalisasi tindakan dan
pengalaman yang dialami oleh seseorang individu. Justeru, ilmu pengetahuan yang dibina
adalah melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran terdahulu dengan
pembelajaran baru yang berkaitan.
Menurut Carl Rogers (Mok Song Sang, 2002), apabila pelajar mengambil inisiatif
sendiri dan melibatkan diri secara sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran, hasil yang
diperolehi adalah amat berkesan. Dengan cara ini, pelajar tersebut dapat meningkatkan aspek
kognitif dan afektif, mengatasi kesilapan berfikir secara terburu-buru, kabur dan sempit serta
dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dengan bijak. Hasilnya, pelajar dapat menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan
inovatif hasil daripada kemahiran menggunakan alatan tangan yang telah dipelajari di dalam
kelas. Dengan adanya penyebatian unsur-unsur kemahiran penggunaan alatan tangan ini,
pelajar dapat :
I. Mengenalpasti kaedah pengajaran guru yang paling dominan dalam penggunaan
alatan tangan di sekolah menengah.
II. Mengenalpasti amalan mereka dalam mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan
tangan yang telah dipelajari di sekolah.
III. Mengenalpasti sama ada guru mempunyai kemahiran dalam menggunakan alatan
tangan sewaktu kelas amali dijalankan di sekolah.
5.4.1 Cadangan Kajian Lanjut Penggunaan Alatan Tangan Dalam Pengajaran dan
pembelajaran mata pelajatan Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah.
Berdasarkan hasil kajian, penyelidik menyenaraikan beberapa cadangan iaitu;
5.4.2 Sikap pelajar
Menurut Mok Song Sang (2002), sikap terhadap sesuatu perkara adalah dibentuk daripada
kefahaman, perasaan dan tindakan. Sikap pelajar terhadap pembelajaran perlu dibentuk ke
arah yang lebih positif. Seseorang pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap
pembelajaran, akan mendorongkan motivasinya ke arah menjalankan aktiviti
pembelajaran secara aktif dan bermakna.
Guru perlu memupuk sikap pelajar untuk mempelajari kemahiran penggunaan
alatan tangan ini supaya mereka boleh mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian
mereka. Guru boleh mengaitkan kemahiran menggunakan alatan tangan ini dengan cita-
cita yang pelajar minati seperti aktitek, mekanik, jurutera yang kebanyakkannya
memerlukan kemahiran asas penggunaan alatan tangan. Guru juga boleh memberikan
contoh beberapa gambaran dan peristiwa dalam kehidupan mereka di mana penggunaan
alatan tangan itu sangta penting. Perkaitan kemahiran penggunaan alatan tangan dalam
kehidupan sekitar diharap dapat mempengaruhi sikap dan minat mereka untuk terus
mendalami kemahiran ini.
Selain itu, aspirasi atau keinginan seseorang pelajar juga turut mempengaruhi
motivasinya. Tahap aspirasi seseorang itu merujuk kepada penilaian yang subjektif iaitu
setakat mana hasil pencapaian yang diperolehi ke atas sesuatu kerja atau tugasan yang
dilakukan. Misalnya, untuk mencapai keputusan A bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), pelajar tersebut perlu
melaksanakan setiap tugasan dalam kerja kursus atau kerja projek dengan sebaik
mungkin.
5.4.3 Corak Pengajaran Guru
Menurut Edward De Bono (2001) ini, guru-guru merupakan watak yang penting dalam
usaha memperkembangkan daya intelek di kalangan pelajar. Justeru, kemahiran berfikir
yang telah dirancang di dalam pengajaran perlu diaplikasi dan dijalankan dengan
sempurna.
Dalam penggunaan alatan tangan ini, guru berperanan penting untuk mencorakkan
situasi pembelajaran yang berkesan untuk mewujudkan minat dan mempertingkatkan
motivasi untuk belajar. Adalah lebih praktikal sekiranya semua pelajar menghasilkan reka
cipta ini daripada set bahan-bahan kayu yang sama dan berdasarkan tema yang sama
tetapi pelbagai bentuk dan rupa. Set bahan-bahan kayu yang disediakan ini tidak perlu
daripada bahan yang telah siap dipotong tetapi pelajar perlu mengalami sendiri proses
menentukan ukuran, menggergaji, memotong dan membentuk. Biar pun proses ini
memakan masa yang lama, aspek kemahiran ini perlu diberikan perhatian dan disebatikan
dalam pembelajaran ini.
5.4.4 Peranan Sekolah
Panitia Kemahiran Hidup di setiap sekolah juga perlu mengenal pasti masalah yang
dihadapi oleh guru-guru dalam menerapkan kemahiran penggunaan alatan tangan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran serta mengambil langkah-langkah berkesan untuk
mengatasinya. Contohnya, peruntukan masa yang mencukupi untuk menyiapkan projek
ini dan juga penyediaan kelengkapan dan prasarana yang lengkap untuk memenuhi
keperluan dalam penghasilan projek ini. Kursus dan bengkel penggunaan alatan tangan
juga perlu dianjurkan dari masa ke semasa untuk menghasilkan modul-modul yang
berunsurkan Kemahiran Berfikir dalam semua mata pelajaran yang terlibat.
5.5 Rumusan
Kemahiran penggunaan alatan tangan bukanlah satu tugasan yang mudah untuk dilaksanakan.
Biarpun, terdapat pelajar yang mempunyai pengalaman asas pertukangan atau pernah
mengunakan alat-alat pertukangan di rumah, penghasilan reka cipta ini bukanlah satu tugasan
yang dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat. Proses pembinaannya melibatkan
pelbagai langkah yang memerlukan penelitian dan kesungguhan pelajar agar output yang
diperolehi itu dapat memenuhi kriteria pentaksiran yang diperlukan dan hasil pembelajaran
yang diharapkan. Jikalau mereka tidak mempunyai kemahiran yang betul, mereka pasti tidak
mampu untuk menyiapkan segala tugasan kerja projek dan amali dalam tempoh masa dan
mengikut jalan kerja projek yang tepat dan sempurna.
RUJUKAN
Atan Long (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.
Johnson, D.W., & Johnson,F.P. (1994). Joining Together. Massachussetts: Allyn and Bacon.
Kamaros Zaman M. Affendi dan Sanif Sapaat (2008). Buku Rujukan KHB PMR. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Kamarulzaman Kamaruddin. (2008). Psikologi Perkembangan: Panduan untuk Guru. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Pelan Induk Mata pelajaran Vokasional Sekolah Menengah Akademik bagi tahun 2002-2005. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Koleksi Pusat Sumber. Skudai: Fakulti Pendidikan, UTM. Muat turun daripada http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/login.asp.
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang, (2002). Ilmu pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Selangor: Kumpulan Budiman.
Nik Aziz Nik Pa (1999). Penggunaan Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Fizik. Kuala Lumpur.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000b). Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif . Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000c). Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2000d). Pembelajaran secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
LAMPIRAN A
BORANG SOAL SELIDIK
KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI
SEKOLAH.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TOH INDERA WANGSA AHMAD, BATU GAJAH, PERAK
Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang keberkesanan penggunaan alatan tangan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kemahiran hidup di sekolah.
Soalan ini mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A, B, C, dan D. Jawab semua bahagian dengan memilih skala jawapan yang sesuai.
BAHAGIAN A – LATAR BELAKANG RESPONDEN
Arahan : Sila tandakan ( √ ) berkaitan maklumat anda pada ruang yang disediakan.
1. Jantina
Lelaki
Perempuan
2. Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun Kemahiran Hidup Tingkatan 1
Markah
100 – 80
(cerdas)
79 – 60
(sederhana)
59 – 40
(lemah)
39 – 20
(gagal)
19 – 0
(gagal)
3. Jawatan yang disandang di sekolah
i. Pengawas sekolah
ii. Pengawas perpustakaan
iii. Ketua kelas
iv. Bendahari atau setiausaha persatuan/kelab
4. Tinggal bersama siapa ?
Ibu bapa
Ibu sahaja
Bapa sahaja
Lain-lain (Nyatakan)
5. Pekerjaan Ibu Bapa
Pekerjaan Bapa (√) Ibu (√)
Kerajaan
Swasta
Kilang
Buruh
Kerja Sendiri
Berniaga
Tidak Bekerja
BAHAGIAN B - TAHAP PENGETAHUAN PELAJAR TERHADAP
PENGGUNAAN ALATAN TANGAN DALAM MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP.
Tuliskan skala jawapan anda; sama ada dari 1 – sangat tidak setuju atau 5 – sangat setuju atau skala di antaranya, berdasarkan tahap persetujuan anda terhadap setiap pernyataan di sebelah:
NO PERNYATAAN SKALA JAWAPAN
1. Saya pernah menggunakan definisi alatan tangan. 1 2 3 4 5
2. Saya mempunyai pengetahuan yang sangat baik dalam penggunaan
alatan tangan.
1 2 3 4 5
3. Saya tahu membezakan antara fungsi pembaris keluli dengan sesiku 1 2 3 4 5
PENCAPAIAN 1 2 3 4 5
SKALA Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Tidak pasti
Setuju Sangat setuju
L.
4. Saya menggunakan apit G untuk mengapit kayu ketika proses
mengglukan dua kepingan kayu.
1 2 3 4 5
5. Saya telah didedahkan dengan penggunaan alatan tangan sejak di
sekolah rendah lagi.
1 2 3 4 5
6. Saya dapat menyenaraikan 5 jenis alatan tangan dengan baik. 1 2 3 4 5
7. Saya dapat mengenalpasti kerosakan yang berlaku pada alatan
tangan yang hendak digunakan.
1 2 3 4 5
8. Saya dapat membezakan alatan tangan untuk kerja amali kayu dan
kerja amali perpaipan dengan baik.
1 3 4 5 6
9. Saya tahu menggunakan gergaji tangan dengan baik. 1 2 3 4 5
10. Saya tahu membersihkan semula alatan tangan selepas
menggunakannya.
1 2 3 4 5
BAHAGIAN C - TAHAP TAHAP KESEDIAAN GURU DALAM KELAS MENGENAI KAEDAH PENGAJARAN YANG SESUAI DIGUNAKAN KETIKA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERLAKU
Tuliskan skala jawapan anda; sama ada dari 1 – sangat tidak setuju atau 5 – sangat setuju atau skala di antaranya, berdasarkan tahap persetujuan anda terhadap setiap pernyataan di sebelah:
NO PERNYATAAN SKALA JAWAPAN
1. Guru akan menerangkan semula tentang fungsi alatan tangan yang 1 2 3 4 5
PENCAPAIAN 1 2 3 4 5
SKALA Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Kurang Setuju
Setuju Sangat setuju
akan digunakan semasa dalam kelas amali.
2. Guru dapat menerangkan dengan baik tentang fungsi setiap alatan
ketika ditanya.
1 2 3 4 5
3. Guru akan menunjukkan tayangan video kaedah penggunaan alatan
tangan dengan betul kepada pelajar sewaktu kelas teori.
1 2 3 4 5
4. Sebelum memulakan amali, guru akan mengimbas kembali tentang
penggunaan alatan tangan dalam kelas amali dan menunjuk cara
penggunaan alatan tersebut di hadapan pelajar.
1 2 3 4 5
5. Guru ialah sebagai pemudah cara dan menjadi tempat rujukan
ketika di dalam kelas amali.
1 2 3 4 5
6. Guru amat menitikberatkan tentang peraturan keselamatan ketika
menggunakan alatan tangan.
1 2 3 4 5
7. Guru akan mendemonstrasi cara penggunaan alatan tangan dengan
betul sebelum membenarkan pelajar memulakan kelas amali.
1 2 3 4 5
8. Guru akan menegur sekiranya terdapat kesalahan dalam
penggunaan alatan tangan dan menunjuk cara yang betul kepada
pelajar tersebut.
1 2 3 4 5
9. Kaedah guru menggunakan alatan tangan dijadikan ’role model’
kepada pelajar untuk meneruskan kerja-kerja amali.
1 2 3 4 5
10. Guru boleh menggunakan kesemua alatan tangan yang terdapat di
dalam bengkel dengan baik.
1 2 3 4 5
BAHAGIAN D - TAHAP PENERAPAN AMALAN PELAJAR DALAM
MEMPRAKTIKKAN KEMAHIRAN YANG DIPELAJARI
SETERUSNYA MENGAPLIKASIKAN KEMAHIRAN
TERSEBUT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN PELAJAR.
PENCAPAIAN 1 2 3 4 5
SKALA Sangat tidak setuju
Tidak setuju
Tidak pasti
Setuju Sangat setuju
Tuliskan skala jawapan anda; sama ada dari 1 – sangat tidak setuju atau 5 – sangat setuju atau skala di antaranya, berdasarkan tahap persetujuan anda terhadap setiap pernyataan di sebelah:
NO PERNYATAAN SKALA JAWAPAN
1. Saya memahami pengajaran yang disampaikan oleh guru mengenai
penggunaan alatan tangan.
1 2 3 4 5
2. Saya mampu membuat kembali kerja amali membuat kotak
serbaguna di rumah.
1 2 3 4 5
3. Saya mampu mengajar abang atau bapa di rumah menggunakan
gergaji tangan dengan betul.
1 2 3 4 5
4. Saya boleh membantu ayah menyelesaikan masalah kecil dalam
membaiki perabut yang rosak.
1 2 3 4 5
5. Saya mampu menerangkan kembali kepada rakan-rakan yang lain
tentang fungsi alatan tangan yang telah saya pelajari.
1 2 3 4 5
6. Saya akan menggunakan kelebihan saya menggunakan alatan
tangan untuk menghasilkan satu reka cipta yang baru sebagai
bahan hiasan untuk diletakkan di rumah.
1 2 3 4 5
7. Saya akan mempraktikkan kemahiran menggunakan alatan tangan
di rumah dengan sebaiknya.
1 2 3 4 5
8. Saya mampu untuk menukat sesendal pili yang rosak di rumah
tanpa bantuan sesiapa.
1 2 3 4 5
9. Saya boleh membantu bapa membeli alatan tangan yang betul
sekiranya terdapat kerosakan kecil pada barangan di rumah.
1 2 3 4 5
10. Saya akan mengasingkan alatan tangan untuk kerja kayu dan kerja
paip di rumah agar mudah untuk dikenalpasti kegunaannya.
1 2 3 4 5