KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional...
Transcript of KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN · PDF file2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional...
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN FORUM DALAM
SISTEM E-LEARNING: KAJIAN KES PELAJAR TAHUN 4SPI
HASIFAH BINTI ABDUL AZIZ
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN FORUM DALAM
SISTEM E-LEARNING: KAJIAN KES PELAJAR TAHUN 4SPI
HASIFAH BINTI ABDUL AZIZ
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
MEI 2011
ii
iii
DEDIKASI
Sekalung penghargaan ku iringkan khas buat Ayahanda dan Bonda tercinta…
Haji Abdul Aziz bin Saidi dan Hajah Fatimah binti Mahfor
Ayahanda dan Bonda adalah sumber kekuatan anakanda selama ini. Kasih yang
dicurah tidak sekali anakanda sia-siakan. Pasti takkan dilupa hingga ke akhir hayat.
Untuk suami tercinta Abdul Jalil bin Jamar
Terima kasih kerana sentiasa memberi dorongan di kala diri ini hampir berputus asa.
Moga kita sentiasa di bawah rahmat dan kasihNya.
Abang-abang, kakak-kakak serta adik-adik yang kusayangi
Semoga hubungan ukhuwah adik beradik yang terpatri antara kita bertambah erat
Kalian sangat bermakna dalam hidupku
Tidak lupa buat pensyarahku
Terima kasih di atas segala tunjuk ajar dan nasihat
Halalkan segala ilmu yang telah kupelajari
Sahabat-sahabat perjuangan
Teruskan perjuangan di mana sahaja kalian berada.
Memori bersama kalian tetap berpaut dalam ingatan sampai bila-bila
Akhir sekali
Terima kasih pada semua…
Terima kasih atas sokongan dan kasih sayang yang diberikan…
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah dan
rahmat kasihNya dapatlah penyelidik menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang
diutuskan membawa risalah ke sekalian alam ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada yang
berbahagia Dr Abdul Rahman bin Hamzah selaku penyelia dan pembimbing
penyelidik kerana sudi meluangkan masa selama 2 semester serta memberi
tunjuk ajar di dalam menyiapkan projek sarjana muda ini.
Di kesempatan ini juga penyelidik ingin mengucapkan terima kasih yang
tidak terhingga kepada kedua ibu bapa yang banyak memberikan nasihat serta
tunjuk ajar sepanjang kehidupan penyelidik. Tidak lupa setinggi penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat di dalam membantu penyelidik
memperolehi maklumat sehingga penyelidik dapat menyiapkan projek sarjana
muda ini dengan jayanya. Terima kasih juga penyelidik tujukan kepada
sahabat-sahabat perjuangan yang sentiasa berada bersama-sama penyelidik
sewaktu susah dan senang di dalam menuntut ilmu. Semoga kalian berada
sentiasa di bawah lindungan rahmat dan kasihNya.
Akhir sekali, penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
kepada pensyarah-pensyarah dan semua pihak yang terlibat secara langsung
atau pun tidak. Sekalung budi yang dihulurkan hanya Allah yang dapat
membalas semua itu. Semoga kita sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan
akhirat.
Sekian, Wassalam
v
ABSTRAK
E-learning pada peringkat pendidikan tinggi sama ada di peringkat awam dan
swasta telah menjadi kaedah pembelajaran pada masa kini. Ia berupaya
mempercepatkan pengajaran dan menjadikan proses pembelajaran berlangsung
dengan lebih efektif. Penerimaan e-learning bukan sahaja mampu menukarkan
modul tradisional, kos program dan bilik darjah dalam bentuk versi atas talian,
bahkan penggunaan teknologi di dalam e-learning boleh menyumbang kepada
persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sangat fleksibel. Oleh yang
demikian, satu kajian telah dijalankan di kalangan pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Pendidikan Islam), Universiti Teknologi Malaysia
berkenaan keberkesanan pembelajaran menggunakan forum di dalam sistem e-
learning. Analisis deskriptif yang dijalankan memfokuskan kepada tahap
pengetahuan pelajar terhadap penggunaan forum, kekerapan penglibatan pelajar di
dalam forum dan tahap kefahaman terhadap topik yang dibincangkan. Analisis
kualitatif yang dilakukan ini juga mengaitkan tentang faktor-faktor yang mendorong
pelajar menggunakan forum sebagai medium pembelajaran dan masalah-masalah
yang timbul di dalam penggunaan forum e-learning. Walau bagaimanapun terdapat
beberapa cadangan yang diberikan oleh pengkaji terhadap kesimpulan yang dibuat
untuk memperincikan lagi hasil kajian ini.
vi
ABSTRACT
E-learning in higher education level in public and private sectors has become the
trends of the present study. It can help to accelerate in learning and at the same time
make the process becomes more effective. Now, E-learning is able to switch the
traditional module, the cost of programme and classroom into a different way; which
is online version. On top of that the use of fast phase technology of e-learning also
can contribute the learning and teaching environment flexible. Prior to that, a study
was conducted among the students in year 4, Bachelor of Science with education
(Islamic Education), Universiti Teknologi Malaysia on the effectiveness of study
method by having forum in the e-learning systems. Description analysis has been
conducted to focus on the students’ levels of knowledge towards the use of forum,
the frequency of students’ involvements as well as the level of understanding on the
top discussed. On the other way, another qualitative analysis has been conducted to
deal with the fact that leads students to use forum as a discussed on problems or
matters arise while using forum as a platform of e-learning. However, there were
some suggestions made by the researcher towards the conclusion made to discuss
further on the details of this study.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI GAMBARAJAH xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Skop Kajian 5
1.7 Definisi Istilah 6
1.7.1 Keberkesanan 6
1.7.2 Pembelajaran 6
1.7.3 Pengajaran
1.7.4 E-Learning 6
viii
1.7.5 Forum 7
1.8 Penutup 7
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 8
2.2 Penggunaan Teknologi Maklumat Sebagai
Medium Dakwah Islamiyyah 10
2.3 Kepentingan E-Learning 13
2.4 Perbezaan antara Pembelajaran Tradisional 14
dan E-Learning
2.5 Kepelbagaian Strategi Penggunaan 16
2.4.1 Murah 17
2.4.2 Kandungan Bahan Terkini 17
2.4.3 Perkongsian Maklumat 17
2.4.4 Maklumat di akses secara Serentak 18
2.4.5 Interaktif 18
2.6 Forum dalam sistem E-Learning 19
2.7 Perbezaan di antara Synchronous dan Asynchronous 21
di dalam E-Learning
2.8 Struktur Forum dalam E-Learning 22
2.9 Kajian Lepas 24
2.10 Penutup 28
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29
3.2 Rekabentuk Kajian 30
3.3 Tempat Kajian 30
3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 31
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 31
3.6.1 Kajian Perpustakaan 31
3.6.2 Kajian Lapangan 32
3.6.2.1 Kaedah pemerhatian 32
3.6.2.2 Kaedah Dokumentasi 32
3.7 Kaedah Analisis Data 33
3.8 Penutup 35
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 36
4.2 Forum dalam E-Learning UTM 37
4.3 Latar Belakang Kursus Kajian 38
4.4 Kekerapan Penglibatan Pelajar 40
4.4.1 Analisis perbincangan Tajuk 42
4.5 Gaya Bahasa dan Gaya Penulisan dalam Forum 52
4.5.1 Penggunaan Bahasa Melayu 53
4.5.2 Penggunaan Singkatan Perkataan 54
4.5.3 Penggunaan Emoticon 56
4.5.4 Penggunaan Dialek Kenegerian 58
4.5.5 Penggunaan Istilah Asing 60
4.6 Kesimpulan 61
x
BAB V KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Kesimpulan 63
5.2.1 Kekerapan Penglibatan Pelajar dalam
Forum E-Learning 64
5.2.2 Forum E-Learning membantu pemahaman
pelajar terhadap topik Perbincangan 65
5.2.3 Penggunaan Gaya Bahasa dan Gaya Penulisan dalam
menggunakan Forum di kalangan pelajar 4SPI 67
5.2.4 Kelebihan Pembahagian Kumpulan Perbincangan 68
5.3 Cadangan dan Saranan 69
5.3.1 Saranan kepada Individu 70
5.3.2 Saranan kepada Pensyarah 70
5.3.3 Saranan kepada Pihak Universiti 71
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 71
5.5 Penutup 72
RUJUKAN 73
LAMPIRAN
xi
SENARAI GAMBARAJAH
NO. GAMBARAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 E-Learning UTM 37
2 Nama-nama pelajar untuk setiap kumpulan 39
3 Markah penilaian aktiviti e-learning 40
4 Penglibatan pelajar dalam forum SPM4722 41
5 Pelajar memberi mula melakukan perberbincangan 42
6 Pelajar memberi cadangan berdasarkan tajuk 44
7 Perbincangan yang dilakukan pada hujung minggu 45
8 Pelajar melakukan perbincangan walaupun lewat 46
9 Pelajar menambah maklumat setiap topik 46
10 Pelajar menghuraikan fakta berkaitan topik 47
11 Pelajar membahagikan tugas berkaitan tugasan 48
12 Pelajar mencadangkan tajuk bagi tugasan dua 49
13 Tempoh balasan kiriman oleh pelajar 50
14 Pelajar membalas perbincangan sekaligus 51
15 Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perbincangan 54
16 Penggunaan singkatan perkataan 55
17 Penggunaan emoticon 56
18 Pelajar menggunakan dialek negeri 59
xii
19 Penggunaan istilah asing 60
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKASURAT
1 Contoh penggunaan singkatan perkataan
yang sering digunakan pelajar 55
2 Contoh ekspresi pelajar di dalam perbincangan
menggunakan emoticon 57
3 Kekerapan pelajar menggunakan emoticon 57
4 Contoh ekspresi pelajar melalui penggunaan emosi perkataan 58
5 Kekerapan pelajar menggunakan emosi melalui perkataan 58
xiv
SENARAI SINGKATAN
P&P - Pengajaran dan pembelajaran
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
IT - Teknologi maklumat
CD-ROM - Compact Disc Read Only Memory
LAN - Local Area Network
WAN - World Area Network
BBS - Bulletin Board System
S.W.T - Subhana wa Taala
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
DVD - Digital Video Device
E-Learning - electronic learning
ICT - Informasi Teknologi dan Komunikasi
SMS - Perkhidmtan pesanan ringkas
WIFI - Wireless Fidelity
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Jadual hits penglibatan pelajar di dalam e-elearning mengikut
masa
B Jadual kekerapan penglibatan di dalam forum
C Contoh penglibatan individu di dalam e-learning
D Contoh penglibatan pelajar di dalam forum perbincangan
E Surat Kebenaran mendapatkan maklumat Fakulti Pendidikan
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Ismail (2003), perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
menjadikan dunia pada hari ini menjadi semakin sempit. Ia sebenarnya membawa
maksud bahawa segala maklumat yang ingin diperolehi mudah untuk diakses pada
bila-bila masa sahaja. Hanya dengan menekan papan kekunci sahaja segala
maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan mudah.
Kehangatan perkembangan teknologi maklumat ini bukan sahaja dapat dirasai di
kalangan pakar-pakar komputer sahaja bahkan ianya terus melebarkan sayap
2
sehingga ke bidang pendidikan. Dalam bidang pendidikan, inovasi ini telah menemui
hasilnya dengan kemunculan aplikasi teknologi berasaskan pembelajaran secara on-
line atau lebih dikenali sebagai e-learning. Pendedahan yang diketengahkan oleh e-
learning dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadikan pelajar lebih
bersedia dan berminat untuk menerima pelajaran yang diajarkan oleh guru.
1.2 Latar belakang masalah
Secara amnya, penggunaan e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran
merupakan alternatif kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran sedia ada yang
berasaskan papan putih dan pen marker atau pun kaedah tradisional yang
menggunakan papan hitam dan kapur tulis. Walaubagaimanapun, sebahagian guru-
guru di sekolah menghadapi masalah apabila hendak menggunakan bahan bantu
mengajar selain dari kaedah tradisional.
Dalam pembelajaran seharian, pelajar tahun 4SPI juga tidak terkecuali dari
menggunakan perkhidmatan belajar secara maya melalui e-learning. Penggunaan e-
learning sangat mudah kerana pelajar hanya perlu mengakses dengan menggunakan
perisian pelayar web iaitu www.elearning.utm.my. Penggunaan pelajar terhadap e-
learning agak terbatas apabila beberapa masalah seperti ketiadaan talian WIFI yang
menjadi faktor utama ketika melayari e-learning.
E-learning menyediakan forum untuk pelajar memberikan pandangan mengenai
topik-topik yang diberikan oleh pensyarah dan rakan-rakan yang lain. Walau
bagaimanapun, penglibatan pelajar sangat berkurangan walaupun pensyarah telah
menggariskan markah yang sesuai dan dianggap sebagai markah bonus untuk pelajar.
3
Penggunaan gaya bahasa dan gaya penulisan yang pelbagai dalam penggunaan
forum mungkin menjadi kesukaran kepada sebahagian pelajar yang tidak mahir.
Pelajar menggunakan bahasa yang menjadi kebiasaan mereka ketika berada di luar
forum.
1.3 Penyataan masalah
Melalui pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, penglibatan
pelajar serta interaksi dua hala di antara guru dan pelajar menjadi kayu ukur untuk
dinilai. Pada amnya, forum dilihat sebagai satu elemen di dalam sistem e-learning
yang melibatkan pelajar berkomunikasi secara alam maya menggunakan ruangan
yang disediakan.
Ketika berforum pelajar memberikan pendapat masing-masing berdasarkan
pemahaman mereka terhadap tajuk perbincangan. Penggunaan gaya bahasa dan gaya
penulisan yang pelbagai ketika berforum menjadikan aktiviti perbincangan lebih
efektif dan berkesan. Walaubagaimanapun, ada pelajar yang menggunakan gaya
bahasa dan gaya penulisan yang menjadikan rakan-rakan lain kurang faham dengan
maklumat yang hendak disampaikan.
Selain itu, kekerapan penglibatan pelajar secara aktif juga menjadi kayu ukur
terhadap keberkesanan penggunaan e-learning di dalam P&P. Walaupun pensyarah
telah menyediakan markah yang sesuai untuk diberikan kepada pelajar di atas
penglibatan di dalam e-learning, adakalanya pelajar tidak menggunakan forum
dalam sistem e-learning sepenuhnya untuk melakukan perbincangan. Ada juga
pelajar yang tidak aktif secara langsung dalam forum e-learning.
4
Bukan itu sahaja, malahan pelajar tahun 4SPI adalah merupakan pelajar-pelajar
kursus Pendidikan Islam. Apabila bergelar graduan nanti, mereka akan berkhidmat
sebagai guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Penguasaan terhadap teknologi
maklumat sangat perlu apabila mereka bergelar ustaz dan ustazah. Kebanyakan ustaz
dan ustazah di peringkat sekolah seringkali menghadapi masalah apabila hendak
menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan komputer. Mereka perlu celik IT di
samping menyampaikan risalah dakwah seiring dengan teknologi maklumat yang
terkini.
1.4 Objektif kajian
Antara objektif kajian adalah seperti berikut :
1.4.1 mengenalpasti kekerapan penglibatan pelajar menggunakan forum dalam e-
learning di kalangan pelajar 4SPI.
1.4.2 mengenalpasti sejauh mana forum sistem e-learning dapat membantu pelajar
4SPI memahami topik yang dibincangkan.
1.4.3 mengkaji penggunaan gaya bahasa dan gaya penulisan di kalangan pelajar
4SPI dalam menggunakan forum e-learning.
5
1.5 Persoalan kajian
Antara persoalan kajian adalah seperti berikut :
1.5.1 Sejauh manakah kekerapan penglibatan pelajar 4SPI menggunakan forum
dalam sistem e-learning?
1.5.2 Sejauh manakah forum perbincangan e-learning membantu pemahaman
pelajar 4SPI terhadap topik yang dibincangkan?
1.5.3 Bagaimanakah penggunaan gaya bahasa dan gaya penulisan yang digunakan
oleh pelajar tahun 4SPI dalam forum e-learning?
1.6 Skop kajian
Bagi kajian yang akan di lakukan, penyelidik memilih untuk melaksanakan kajian
ke atas pelajar tahun 4SPI Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM). Pelajar-pelajar ini merupakan penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains serta
Pendidikan (Pengajian Islam). Skop kajian penyelidik hanya tertumpu pada pelajar
tahun 4 SPI Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
6
Penyelidik memilih pelajar tahun 4 SPI berdasarkan kepada faktor tahap
penggunaan mereka terhadap forum dalam sistem e-learning. Selain itu, pemilihan
subjek adalah berdasarkan faktor masa yang agak terhad.
1.7 Definisi istilah
1.7.1 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007), keberkesanan ialah perihal
berkesan, berkesannya ( sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya ).
1.7.2 Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007), pembelajaran ditakrifkan
sebagai proses kegiatan belajar.
1.7.3 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2007), pengajaran ditakrifkan sebagai
perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar.
1.7.4 E-learning
Menurut Jamaludin Mohaiadin (2000), e-learning ataupun e-pembelajaran ialah
suatu konsep pembelajaran, latihan atau program pendidikan yang dilakukan
menggunakan media elektronik sebagai pengantaraan untuk keseluruhan pergerakan
data dan maklumat pengajaran daripada pensyarah kepada pelajar dan sebaliknya.
Oleh itu, pastinya sebahagian besar konsep E-learning akan melibatkan penggunaan
komputer dan internet; selain peralatan elektronik lain yang bersesuaian dalam
pengajaran dan pembelajaran.
7
Definisi e-learning ini seringkali berubah-ubah selaras dengan kemajuan
teknologi pada masa kini. la juga seringkali disalah tafsirkan dalam iklan-iklan
promosi pendidikan. Bagaimanapun secara umumnya, e-learning adalah sebarang
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN
atau Internet) untuk penyampaian isi kandungan, interaksi ataupun pemudahcara.
Internet, Intranet, satelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah
sebahagian dari media elektronik yang dimaksudkan di dalarn kategori ini.
1.7.5 Forum
Menurut Computer Desktop Encyclopedia (2009), forum ditakrifkan sebagai
pertukaran maklumat atau perbincangan yang dilakukan atas talian di antara individu
tentang topik-topik tertentu.
Menurut Mason et. al (2006) pula, forum juga ditakrifkan sebagai
kepelbagaian dari sistem papan bulletin atau pun lebih dikenali sebagai bulletin
board system (BBS) yang membolehkan pelajar dan pengajar terlibat di dalam sesi
dialog yang berstruktur tentang topik-topik yang berkaitan dengan program
pengajian.
1.8 Penutup
Secara keseluruhannya, penyelidik akan menjalankan kajian berkenaan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan forum dalam sistem e-
learning. Kajian ini akan di lakukan terhadap pelajar tahun 4SPI Fakulti Tamadun
Islam, UTM Skudai, Johor.
8
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Kemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu
punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengagumkan pernah dicapai oleh akal
fikiran manusia yang dikurniakan Allah s.w.t. selama ini. Penggunaan komputer
untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam
internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini.
Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah s.w.t. maka pencapaian
manusia dalam teknologi maklumat adalah merupakan satu petanda pencapaian ilmu
yang seharusnya digunakan untuk mencari kebenaran.
9
Firman Allah s.w.t.:
Maksudnya:''Kami akan tunjukkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami
di sekitar jagat dan di dalam diri mereka sendiri sehingga ternyatalah bagi mereka
bahawa (Islam) itu benar.'' (Surah Fussilat : 53)
Proses globalisasi dan pensejagatan ilmu merupakan satu proses yang dapat
menyerlahkan kebenaran dan memupuk nilai-nilai kemanusiaan yang positif sesuai
dengan tuntutan agama sendiri (http://ptdbnet.ukm.my,2010). Manusia harus
menggunakan peluang yang diberikan untuk memberi penambah baikkan selaras
dengan kecanggihan teknologi pada masa kini.
Dalam dunia siber pada hari ini, setiap maklumat mampu diperolehi hanya di
hujung jari sahaja. Ini bermakna setiap maklumat mudah dan cepat diperolehi
melalui internet. Oleh yang demikian, e-learning adalah salah satu strategi dan
saluran yang inovatif untuk mendapatkan maklumat. Menurut Saadon (2006),
pengajaran berelektronik (e-learning) adalah satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang baru di dalam dunia pendidikan. Perkembangan e-learning
menjadi semakin luas pada sekitar penghujung tahun 1990an.
10
Pada ketika itu e-learning dijadikan sebagai mod pengajaran bagi kedua-dua
pendekatan pengajaran dan pembelajaran sepenuh masa dan sambilan. Melalui
kaedah ini fail-fail pengajaran boleh dibuka oleh tenaga pengajar dan para pelajar.
Mereka boleh berinteraksi dengan cara membuat capaian melalui internet ke laman-
laman web tenaga pengajar berkenaan. Bagi sesetengah institusi pengajian tinggi ,
selain daripada tutorial. Mereka juga boleh mengendalikan ujian dan peperiksaan
secara e-learning.
2.2 Penggunaan teknologi maklumat sebagai medium dakwah Islamiyyah
Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi baru yang
berkembang dengan begitu pesat dan mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam
perubahan tamadun kemanusiaan. Kehadiran teknologi ini bukan sekadar berhubung
dengan perubahan yang bersifat teknikal malah ianya merubah tatacara kehidupan
harian manusia .
Menurut Abu Bakar Yang dalam tulisan artikelnya “Cabaran teknologi maklumat
dan agenda umat Islam”, kemunculan teknologi maklumat beserta dengan internet
ini juga telah banyak merubah cara hidup manusia (www.ikim.gov.my : 11 April
2011). Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri
bertambah pantas, sistem pendidikan yang bertambah canggih, malah cara manusia
berinteraksi sesamanya juga turut berubah. Dunia sekarang seolah-olah kelihatan
bertambah kecil, di mana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya.
Sebenarnya jauh lebih dari itu, ia berupaya mendominasi arah pembangunan masa
hadapan.Teknologi ini bukan saja membantu kecekapan dan keberkesanan kita
11
bekerja, bahkan ia telah menjadi sumber yang strategik yang memudahkan
perubahan utama dalam melakukan urusan kita seharian.
Firman Allah Taala di dalam surah An-Nahl ayat 125:
Maksudnya: “Dakwahlah(Serulah) mereka ke jalan Tuhanmu (wahai
Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik,
dan berbahaslah(berbincanglah) dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat(menyeleweng) dari jalanNya, dan Dia lah
jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk.”
Ayat Al-Quran tersebut menjelaskan tentang kepentingan untuk manusia
menyampaikan pengajaran walau dengan pelbagai cara dan kaedah termasuk kaedah
bijaksana, melalui nasihat di dalam pengajaran serta melakukan perbincangan
terhadap ilmu yang dipelajari.
Teknologi ini amat terkenal khususnya dalam bidang komunikasi iaitu sebagai
alat perhubungan, memproses dan menyampaikan maklumat. Secara personal, ia
12
membantu dalam mempercepatkan dan memudahkan komunikasi dan urusan
kehidupan seharian. Begitu juga dalam proses pembelajaran dan pengajaran
menggunakan forum e-learning, setiap perbincangan yang dilakukan dapat
berlangsung dengan cepat dan mudah tanpa perlu bersemuka pada satu masa tertentu
dan tempat tertentu.
Menurut Abu Bakar Yang lagi, pada peringkat permulaan ini, mereka inilah yang
akan menjadi pemangkin atau penggerak kepada wawasan yang dicita-citakan.
Dalam peringkat inilah juga, setiap individu Muslim yang sedar terhadap perubahan
dan cabaran teknologi ini, perlu menjadikan dirinya seorang yang celik dan peka
terhadap penggunaan teknologi maklumat dan internet. Tanpa ilmu pengetahuan
yang cukup di bidang ini, maka orang Islam tidak akan mampu untuk menghadapi
cabaran serta menangani perubahan besar yang akan berlaku. Bahkan kita akan
ketinggalan di dalam persaingan dengan negara-negara lain. Usaha untuk
memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan adalah merupakan sebahagian
daripada tuntutan agama, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam sebuah hadis
Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
"Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang Muslim, lelaki dan
perempuan." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pada peringkat berikutnya pula, kita perlulah memahirkan diri dengan
penggunaan teknologi ini. Pengetahuan teknologi yang harus dimiliki oleh umat
Islam bukan hanya sekadar memiliki sebuah komputer, dan kemudian hanya pandai
untuk menaip surat, kertas-kertas kerja, atau bermain video-games. Tahap
pengetahuan teknologi yang mesti dikuasai oleh orang Islam haruslah selaras dengan
teknologi yang ada sekarang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
13
Setiap individu Muslim perlu memperlengkapkan diri menghadapi kecanggihan
teknologi maklumat pada masa akan datang secara maksimum. Agama Islam sendiri
menuntut supaya setiap pekerjaan yang kita lakukan itu hendaklah menjadi satu
pekerjaan yang terbaik, sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Rasullullah s.a.w.
yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah menyukai apabila seorang melakukan pekerjaannya,
dia akan memperbaikinya (iaitu melakukan dengan sebaik-baiknya.)" (Riwayat
At Thabrani).
Menurut Jamaluddin Harun (2005) menyatakan perbincangan dalam kumpulan
atau news group merupakan sumber yang popular masa kini seiring dengan
teknologi, multimedia kerana ianya dapat menyediakan berita-berita hangat,
informasi dan perbincangan terus dari satu pengguna lain melalui sebuah newsreader
yang berkomunikasi dengan pelayan-pelayan tersebut.
Menurut Norasmawati (2006), perbincangan dalam kumpulan atau news group
juga boleh digunakan di dalam penyebaran dakwah Islamiyyah. Sebagai contoh,
pendakwah menyebarkan risalah dakwahnya melalui perbincangan dalam kumpulan
dengan memberi pendapat tentang topik keagamaan yang dibincangkan. Oleh yang
demikian, rakan-rakan yang lain akan membalas kiriman pendakwah tesebut
sepertimana proses perbincangan menggunakan forum dalam e-learning.
2.3 Kepentingan e-learning
Menurut Ismail (2003), e-learning ataupun e-pembelajaran mampu membawa
satu perubahan dalam proses pembelajaran secara lebih berkesan daripada pelbagai
aspek. Terdapat pelbagai kepentingan e-learning dalam proses pembelajaran dan
pengajaran.
14
Di antara kepentingan e-learning adalah membolehkan pembelajaran kendiri
dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh memilih masa, kandungan serta
hala tuju pembelajaran mereka. Pelajar juga berpeluang belajar tajuk yang susah
berulang kali sehingga pemahaman dicapai. Mereka juga dapat belajar di dalam
suasana yang „selamat‟ tanpa merasa malu untuk bertanya.
Pertanyaan juga boleh dibuat di dalam talian. Perbincangan kumpulan yang lebih
terancang dan teratur juga boleh dicapai dengan menggunakan teknologi yang sedia
ada. E-learning yang diuruskan dengan baik dapat menyimpan rekod pembelajaran
yang berkesan dan sistematik untuk rujukan pelajar dan juga untuk guru, pensyarah,
mentor atau fasilitator.
Dalam pembelajaran e-learning fokus utamanya adalah pelajar. Pelajar perlu
berdikari pada masa-masa tertentu dan bertanggung-jawab untuk pembelajarannya.
Suasana pembelajaran e-learning akan menjadikan pelajar memainkan peranan yang
lebih aktif dalam pembelajarannya. Pelajar membuat perancangan dan mencari bahan
atau maklumat dengan daya usaha, dan inisiatif sendiri.
2.4 Perbezaan antara pembelajaran tradisional dan e-learning
Berdasarkan sebarang bentuk pembelajaran, kejayaannya banyak bergantung
kepada usaha guru dan juga pelajar. Bagaimana pun untuk tujuan perbandingan
diberikan perbezaan antara pembelajaran tradisional dan e-learning secara
menyeluruh.
15
Melalui pembelajaran tradisional, guru dianggap sebagai orang yang paling arif di
atas pentas. Guru dianggap sebagai orang yang serba tahu dan ditugaskan untuk
menyalurkan ilmu pengetahuan beliau kepada pelajarnya. Sebarang perancangan
pada kebiasaannya adalah berpusatkan kepada guru.
Bahan pengajaran dan pembelajaran tradisional lebih menggunakan buku-buku
teks, rujukan-rujukan serta nota-nota yang disediakan oleh guru. Pada kebiasaannya,
bahan tersebut bercetak atau pelajar menyalin nota yang ditulis oleh guru di papan
putih atau hitam. Bahkan perbincangan tentang pelajaran atau berkaitan tugasan yang
diberikan biasanya perlu bersemuka dengan guru atau rakan-rakan yang lain.
Bagi pembelajaran menggunakan e-learning, penggunaan persekitaran
menggunakan laman sesawang sebagai perkara asas. Guru atau pensyarah
berperanan sebagai moderator atau pemudah cara di dalam perbincangan maya.
Pelajar boleh bersemuka dengan moderator mereka tidak kira masa dan tempat.
Perbincangan secara berforum boleh diadakan sepanjang tempoh masa yang telah
ditetapkan.
Bahan pengajaran dan pembelajaran e-learning yang telah dirancang dan
disediakan secara profesional serta baik akan menggunakan ciri-ciri multimedia
untuk menyampaikan isi pelajaran dengan berkesan dan menarik. Pada masa kini
terdapat pelbagai ciri-ciri multimedia yang mampu menarik minat pelajar terhadap
subjek yang diajar.
Secara umumnya, setiap IPTA di Malaysia sudah mula menggunakan internet
sebagai sumber maklumat yang penting. Mereka juga sudah didedahkan kepada
bahan e-learning yang sedia ada. Menurut Tan di dalam Jurnal Alam Pendidikan
Bulletin Boards (2001), ada juga pelajar yang sudah mula mencari penyelesaian
16
kepada masalah yang dihadapi oleh mereka melalui rakan sebaya di dalam chat
groups atau bulletin boards.
Dengan ciri-ciri menarik yang ada pada e-learning pada masa sekarang serta
minat pelajar terhadap fungsi-fungsi di dalam internet, maka sudah tiba masanya
ianya digunakan dengan meluas untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Setiap
pelajar boleh memperolehi manfaat dengan cara yang berfaedah dan aplikasi lain di
dalam e-learning boleh dipraktikkan.
2.5 Kepelbagaian strategi penggunaan.
Menurut Ismail (2003), di dalam mempelbagaikan strategi penggunaan, pelajar
dapat mengakses bahan serta mempelajarinya mengikut tahap dan masa sendiri.
Setiap maklumat atau bahan yang diakses boleh menggunakan samada secara atas
talian atau di luar talian.
Penulisan dan penghasilan bahan-bahan kandungan untuk e-pembelajaran ini
kebiasaannya disampaikan dalam bentuk disket, CD, DVD, video, audio atau melalui
internet dan intranet. Sesi perbincangan secara maya melalui forum, discussion
board, chatting, atau email-group membolehkan percambahan ilmu berlaku tidak
kira masa.
17
Sehubungan dengan itu, e-learning dilihat sebagai salah satu medium
pengajaran dan pembelajaran yang sangat efektif untuk menarik minat pelajar di
dalam membincangkan sesuatu topik yang disediakan di dalam ruangan forum.
2.5.1 Murah
Menurut Ismail (2003), melalui sistem e-learning pelajar boleh
mendapatkan bahan pembelajaran dengan mudah dan murah. Berbanding
dengan kaedah pendidikan tradisional, pelajar perlu membeli buku atau
makalah yang mempunyai kos agak tinggi untuk diperolehi oleh pelajar.
2.5.2 Kandungan bahan terkini
Menurut Shiung (2007), sesi e-learning atas talian adalah sangat mudah
untuk dikemaskinikan kerana bahan kandungan yang terkini boleh dimuat-
naikkan ke komputer pelayan apabila perlu. Pada kebiasaannya, segala
maklumat yang terdapat dalam sistem e-learning dikemas kini sepanjang
masa. Pelajar akan dapat memperolehi bahan dengan cepat dan terkini.
2.5.3 Perkongsian maklumat
Setiap maklumat yang diakses melalui e-learning boleh dikongsi dengan
pelbagai cara. Pelajar boleh berkongsi maklumat yang diperolehi melalui
kemudahan seperti forum dalam talian, e-mel, telesidang video dan chatting.
18
Menurut Jamaludin Harun (2008), telesidang desktop atau desktop
conferencing adalah kaedah komunikasi yang melibatkan kombinasi audio
dan visual serta penggunaan komputer untuk menghasilkan suatu proses
komunikasi yang interaktif antara dua atau lebih individu. Contoh
penggunaannya adalah melalui perbincangan maya di antara individu dengan
sesorang yang pakar dalam bidang-bidang tertentu. Perbincangan ini tidak
memerlukan halangan jarak walau di mana seseorang individu tersebut
berada.
2.5.4 Maklumat diakses secara serentak
Menurut Shiung (2007), secara amnya, pelajar boleh mengakses segala
bahan maklumat pembelajaran secara serentak. Walau bagaimanapun,
kadangkala berlaku juga masalah teknikal menyebabkan proses mengakses
maklumat menjadi lambat.
Pelajar boleh mengakses dengan menggunakan kaedah pembelajaran
synchronous. Menurut Bendfield (2008), synchronous e-learning atau pun
pembelajaran yang berlaku pada masa yang sama. Secara umumnya,
synchronous e-learning dibantu oleh elemen multimedia seperti sidang
video, chatting. Pada kebiasaannya , ketika synchronous e-learning berlaku
ianya lebih bersifat sosial dan soalan yang dikemukakan juga agak terhad.
2.5.5 Interaktif
E-learning menyediakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan inovatif.
Ianya memudahkan pelajar untuk memahami setiap maklumat yang ingin
disampaikan terhadap setiap topik perbincangan.
19
2.6 Forum dalam sistem e-learning
Di dalam sistem e-learning, terdapat banyak kaedah penyampaian yang digunakan
untuk memperolehi maklumat. Salah satu kaedah penyampaian yang efektif dan
inovatif di dalam sistem e-learning adalah forum.
Menurut Benfield (2002), forum sebagai satu servis dalam talian yang
membenarkan mesej didokumenkan dalam bentuk tulisan serta membenarkan
penggunanya untuk menghantar soalan dan maklum balas atau respon kepada soalan
yang dihantar pengguna lain. Setiap respon yang diberikan di dalam forum
merupakan pendapat atau buah fikiran yang dihasilkan oleh pengguna ketika
perbincangan.
Menurut Juwah (2006), papan perbincangan (discussion board), forum atas talian
(online), papan buletin, dan papan mesej (message board) biasanya merujuk pada
jenis yang sama dari sistem e-learning. Walau penggunaannya pelbagai, namun
objektif pelaksanaan forum dalam e-learning adalah sama. Penggunaan forum atas
talian adalah tidak seperti yang dilakukan dalam kaedah pembelajaran tradisional
memerlukan bersemuka , malahan ianya sangat bermanfaat bagi penggunaan untuk
pembelajaran jarak jauh yang tidak memerlukan kepada bersemuka di antara pelajar
dan guru.
Menurut Azhan (2003), seperti namanya forum juga adalah satu tempat di mana
seseorang itu bebas untuk bertanya soalan, memberikan pendapat ulasan, kritikan,
informasi dan juga buah fikiran yang bersesuaian dengan tajuk yang dibahaskan atau
diperbincangkan. Dengan ini seseorang akan mendapat banyak manfaat dan juga
ilmu yang boleh digunakan pada masa-masa akan datang.
20
Pendapat Azhan itu merupakan kesinambungan daripada keterangan Zaidah
(2001) bahawa pada amnya, interaksi sesama manusia adalah penting di dalam
pembelajaran. Interaksi adalah di antara faktor yang menyebabkan sesi pembelajaran
menjadi lebih efektif dan pelajar lebih memahami setiap maklumat yang
disampaikan oleh guru. Internet juga telah membolehkan perkhidmatan dan program
latihan disalurkan melalui talian dan diakses secara jarak jauh. E- Learning atau
pembelajaran melalui online adalah pembelajaran yang pelaksanaanya didukung oleh
jasa teknologi seperti telefon, audio, videotape, transmisi satelit atau komputer.
Berdasarkan kajian Azhan juga mendapati staf akademik dan pelajar mendapati
pembelajaran secara talian merupakan satu kaedah yang menyenangkan
pembelajaran dan pengajaran. Oleh yang demikian, melalui kaedah pembelajaran ini
pelajar dapat belajar di mana sahaja dan pada masa yang dipilih oleh pelajar. Ini
membolehkan pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih efektif.
Pembelajaran secara maya ini juga melibatkan penggunaan kos secara efektif.
Pembelajaran secara interaktif secara talian membolehkan pelajar meneroka
maklumat baru menerusi perpustakaan digital atau laman web. Apabila semakin
banyak teknologi diperkenalkan dalam bidang pendidikan, pendidikan jarak jauh
menyediakan satu cara untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan secara global
melalui e-learning.
Bahkan menurut Mason et al (2006), sebuah forum perbincangan adalah sebuah
alat komunikasi asynchronous yang membolehkan seseorang individu untuk
menghantar komen, pendapat atau pertanyaan secara online. Individu lain yang
menjadi ahli forum perbincangan yang sama boleh membaca komen yang dinyatakan
dan pada masa yang sama boleh memberi respon terhadap sesuatu topik yang
dibincangkan dari masa ke masa.
21
2.7 Perbezaan di antara synchronous dan asynchronous di dalam e-learning
Berdasarkan kajian Mohd Fauzi Othman (2004) mengenai penggunaan e-
pembelajaran siswazah di Universiti Teknologi Malaysia, boleh dikatakan bahawa e-
pembelajaran telah diterima sebagai kaedah pembelajaran di UTM. Penggunaan
forum dalam sistem e-learning tidak dapat lari daripada membincangkan mengenai
synchronous e-learning ( e-pembelajaran pada masa yang sama) dan asynchronous
e-learning (e-pembelajaran masa berlainan).
Menurut Learnframe (http://www.elearningshowcase.com, 2001), pengajaran
boleh disampaikan secara synchronously iaitu pada waktu yang sama ataupun
asynchronously (pada waktu yang berbeza). Bahan pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks, grafik, animasi, simulasi,
audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk discussion group dan
bantuan profesional isi pelajaran secara dalam talian (on-line ).
Menurut Bendfield (2002), asynchronous e-learning pada amnya, dibantu oleh
elemen multimedia seperti e-mel dan forum. Ianya membantu di dalam komunikasi
di antara pelajar dan pensyarah. Ianya bersifat fleksibel kerana pelajar boleh
berkomunikasi jika tidak online pada masa yang sama. Asynchronous e-learning
membolehkan pembelajaran berlaku pada bila-bila masa dan setiap dokumen yang
diletakkan oleh pensyarah boleh dimuat turun.
Penggunaan forum sebagai asynchronous e-learning memberi kesan yang positif
terhadap perkembangan pembelajaran dan pengajaran secara maya. Pelajar lebih
mudah memahami setiap isi kandungan topik yang dibincangkan serta segala
masalah boleh dibincangkan di dalam forum. Setiap pendapat dan masalah terhadap
topik perbincangan bukan sahaja dibincangkan di antara pengajar bahkan dapat
dikongsi bersama rakan-rakan yang mempunyai pandangan mereka sendiri.
22
Penggunaan synchronous e-learning dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat
sebagai penambah baikan terhadap pendidikan masa kini. Walau bagaimna pun,
penggunaan canggih yang diadaptasi daripada synchronous e-learning tidak memberi
peluang kepada semua pengguna terutamanya pelajar. Ini disebabkan oleh
penggunaannya menggunakan kos yang agak mahal dan pada masa yang sama
perbincangan tidak akan mengambil masa lama kerana faktor-faktor sampingan.
2.8 Struktur forum di dalam sistem e-learning
Menurut Ismail (2003), secara umumnya, forum terdiri daripada struktur direktori
yang mengandungi pelbagai elemen yang penting. Gabungan setiap elemen tersebut
membentuk sebuah forum perbincangan yang efektif berdasarkan format paparan
yang dikawal oleh moderator.
Antara elemen yang perlu di dalam struktur direktori sesebuah forum adalah :
2.8.1 Pengguna kumpulan (user group)
Menurut Mason et al (2006), kebiasaannya forum menetapkan setiap pengguna
untuk mendaftar terlebih dahulu sebagai ahli dalam forum. Jika pengguna tidak
mendaftar dikenali sebagai tetamu atau pengunjung sahaja. Walau bagaimanapun,
pengguna forum yang tidak berdaftar hanya boleh melihat kandungan forum tetapi
23
kadang kala ada juga pentadbir forum yang tidak membenarkan pengguna yang tidak
berdaftar untuk membaca forum mereka.
2.8.2 Moderator
Menurut Mason dan Rennie (2006), moderator juga salah satu elemen penting di
dalam penstrukturan forum perbincangan. Kadangkala moderator juga dikenali
sebagai emoderator atau mod. Di dalam sistem e-learning, moderator juga dikenali
sebagai tutor.
Secara amnya, moderator diberikan akses terhadap individu tertentu untuk
memudah cara perbincangan di atas talian. Mereka juga bertanggungjawab untuk
memastikan forum bersih daripada virus ataupun serangan spam. Bagi memastikan
forum sentiasa mendapat kerjasama daripada pengguna, moderator mestilah memilih
topik yang sesuai. Ini perlu untuk menarik minat pengguna memberi respons
terhadap topik yang diberikan.
2.8.3 Posting
Menurut Mason et al (2006), setiap individu daripada ahli yang telah berdaftar
boleh menghantar mesej elektronik melalui forum perbincangan di atas talian dan
mesej tersebut dikenali sebagai posting. Dalam forum, pengguna boleh menghantar
komen terhadap topik yang dibincangkan. Bahkan pengguna juga boleh menyertakan
bahan-bahan tambahan seperti bahan dari luar dengan menggunakan attachment.
24
Setiap kali berlakunya penghantaran mesej atau pun pendapat, pengguna boleh
memberi tindak balas dengan membalas respon-respon tersebut dengan gaya
penyampaian pengguna sendiri.
2.8.4 Thread
Menurut Bendfield (2002), di dalam forum, thread adalah elemen yang
memastikan samada forum tersebut efektif atau tidak. Thread atau pun kadangkala
disebut sebagai topik perbincangan disusun pada kebiasaannya dari topik yang paling
lama hingga terbaharu. Walau bagaimanapun, pengguna juga boleh melihat dari
topik yang baharu kepada paling lama dengan mengkonfigurasi thread.
Thread yang terdapat dalam forum mengandungi jumlah posting yang telah
dihantar oleh pengguna. Perbincangan asynchronous berlaku di antara pengguna
yang berdaftar menerusi forum. Ketika itu setiap daripada pengguna bertindak balas
untuk membalas setiap pendapat yang diutarakan.
2.9 Kajian lepas
Melalui kajian yang di lakukan ini, penyelidik mengenalpasti beberapa kajian
lepas yang mengkaji tentang penggunaan forum di dalam e-learning. di antara kajian
yang diperolehi adalah hasil kajian daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
25
Menurut Anili Fasha Mahadi (2008) dalam kajiannya untuk mengenalpasti tahap
penggunaan forum e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Jabatan
Multimedia (SPK, SPP dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM serta masalah yang
dihadapi pelajar semasa menggunakan forum e-pembelajaran. Seramai 69 orang
responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP
dan SPT) Fakulti Pendidikan UTM telah terlibat dalam kajian ini. Dalam kajian
berkenaan, dapatan kajian diperolehi oleh pengkaji menunjukkan tahap penggunaan
forum e-pembelajaran di kalangan pelajar adalah pada tahap sederhana
.
Menurut Hamidah (2003) pula yang telah menjalankan kajian mengenai tahap
penggunaan forum dalam sistem e-learning di kalangan pelajar tahun tiga (Jabatan
Multimedia Pendidikan) bagi mata pelajaran Teknologi Grafik, Audio, Animasi Dan
Digital (SPM 2303) mendapati perbincangan forum di dalam e-learning merupakan
komunikasi asynchronous di mana komunikasi ini tidak berlaku pada masa yang
sama di antara tenaga pengajar dengan pelajar dan di antara pelajar dengan pelajar.
Pelajar boleh melihat topik-topik yang dibincangkan dalam forum dan menyertai
perbincangan tersebut contohnya memberikan pendapat dan berkongsi maklumat
bersama rakan-rakan. Forum juga dikenali sebagai bulletin board atau bilik
perbincangan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap penggunaan forum di
kalangan pelajar tahun tiga yang mengambil mata pelajaran Teknologi grafik, audio,
animasi dan digital (SPM2303) di Fakulti Pendidikan.
Pengkaji tesebut telah memilih seramai 63 orang pelajar sebagai responden dalam
kajian ini. Kajian dilakukan dari aspek penggunaan forum, faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan forum dan masalah yang dihadapi semasa menggunakan
forum. Hasil kajian menunjukkan tahap penggunaan forum di kalangan pelajar
adalah pada tahap tinggi.
26
Walau bagaimanapun terdapat beberapa cadangan lanjut diberikan pada pengkaji
yang ingin mengkaji dengan lebih terperinci berkaitan dengan forum dalam sistem e-
learning dari pelbagai sudut.
Menurut Nurhafiza (2007) di dalam kajiannya menunjukkan gaya kognitif telah
menjadi fokus utama dalam banyak kajian psikologi pendidikan kebelakangan ini.
Sehubungan itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenalpasti hubungan
gaya kognitif pelajar yang terdiri daripada proses penanggapan, proses penumpuan
dan proses ingatan terhadap penggunaan forum dalam e-pembelajaran.
Bagi memperolehi dapatan kajian, penyelidik telah mengedarkan soal selidik
kepada 94 pelajar tahun akhir kursus SPP, SPT dan SPK di Fakulti Pendidikan
berkaitan dengan tahap penggunaan forum dalam e-pembelajaran. Hasil daripada
kajian mendapati pelajar mempunyai tahap penggunaan yang sederhana terhadap
penggunaan forum dalam e-pembelajaran. Kajian ini juga mendapati bahawa
wujudnya hubungan yang kuat antara tahap penggunaan pelajar terhadap forum
dalam e-pembelajaran dengan gaya kognitif.
Kajian yang dilakukan oleh Fakhrur Razi Ahmad (2010) pula mendapati
pembelajaran berasaskan web semakin popular dikalangan guru dan pelajar lantaran
dari kemudahannya yang kian meluas. Pada masa kini, terdapat banyak portal
pendidikan yang mampu mewujudkan pembelajaran berpusatkan pelajar, terarah
kendiri, kadar kendiri dan akses kendiri. Untuk mencari pendekatan yang afektif
dalam melaksanakan e-Pembelajaran, projek ini memilih sistem pengurusan bahan,
Joomla! dan model rekabentuk instruksi bersistem ADDIE.
Sistem dan model rekabentuk ini sesuai, memandangkan rekabentuknya
menyokong prinsip konstruktivisme sosial yang menggalakkan pembelajaran secara
kolaboratif dan menekankan pembentukan pengetahuan melalui aktiviti sosial seperti
27
pebincangan dan pertukaran pendapat antara komuniti secara maya. Majalah web
yang merupakan satu format e-pembelajaran dibangunkan dengan menyediakan
ruangan fokus, kesenian, aplikasi, isu semasa, permainan, tokoh, sejarah, statistik,
kerjaya, kuiz, e-forum dan pelajari Matematik.
Namun begitu, penulisan ini hanya menumpukan kepada kesenian, isu semasa dan
e-forum Matematik. Bagi lima edisi yang pertama, ruangan kesenian
menghubungkaitkan matematik dengan senibina, fraktal, muzik, seni ukiran dan
rekabentuk serta proses menjubin.
Manakala isu semasa dan e-forum memberikan pendedahan kepada pendidikan,
aktiviti dan perbincangan matematik. Ruangan tersebut membenarkan pelajar atau
guru memberikan komen atas talian untuk tujuan perkongsian idea. Persekitaran
pembelajaran dimantapkan dengan grafik, audio dan video. Majalah web Dunia
Matematik, telah diuji keberkesannya di sekolah oleh pengkaji yang lain dan
hasilnya menunjukkan aspek sosial, pembelajaran, emosi dan persekitaran pada tahap
positif yang tinggi.
Menurut Norwati dan Zaini (2007) pula melalui kajian yang dilakukan
menunjukkan e-pembelajaran tidak kira secara sepenuhnya atau secara gabungan
(blending), memerlukan komitmen pelajar sebagai salah satu faktor dalam
memastikan bahawa objektif e-portal dapat dicapai. Saranan dunia-tanpa kertas
(paperless world) mungkin terlalu jauh untuk dicapai tetapi sebagai salah satu
kaedah penyampaian maklumat untuk memastikan e-masyarakat di kampus, e-forum
boleh menjadi gandingan yang sesuai dalam e-pembelajaran dan pengajaran kerana
penyertaan pelajar secara maya adakalanya lebih berkesan berbanding perbincangan
kelas secara kehadiran fizikal.
28
Kajian ini telah membuat analisis deskriptif satu e-forum di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pencapaian objektif perbincangan berdasarkan
tiga topik perbincangan e-forum kursus yang dipilih tersebut. Perbincangan
memfokus kepada kekerapan penyertaan pelajar, tahap keyakinan dan sumbangan
pelajar serta pencapaian objektif perbincangan. Analisis kualitatif ini telah
mengaitkan faktor-faktor seperti kemudahan dan kelebihan e-forum, kefahaman
pelajar tentang tajuk yang dibincangkan serta pencapaian matlamat perbincangan.
Secara keseluruhannya, kajian lepas menunjukkan bahawa tahap penggunaan
forum di dalam e-learning masih berada di tahap sederhana. Selain itu, kajian serta
dapatan lain menunjukkan bahawa isu dan cabaran dari aspek penyertaan pelajar
untuk mencapai matlamat e-learning menjadi faktor yang perlu ditangani. Sementara
itu, gaya kognitif juga menjadi ukuran samada tahap penggunaan forum berkesan
atau tidak.
2.10 Penutup
Bab ini telah membincangkan secara terperinci sorotan kajian serta kajian-
kajian lepas yang menghubung kait di antara kajian yang akan dilakukan oleh
penyelidik.
29
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan menghuraikan metodologi yang digunakan dalam
kajian ini. Metodologi kajian penting untuk memastikan kajian dijalankan dengan
tersusun dan lancar bagi menyumbang kepada kejayaan memperolehi data-data yang
diperlukan. Metodologi kajian merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian.
Metodologi meliputi beberapa perkara, iaitu reka bentuk kajian, populasi kajian,
sampel kajian, tempat kajian, prosedur menjalankan kajian, mengumpul data dan
cara menganalisis data.
30
3.2 Reka bentuk kajian
Reka bentuk sesuatu kajian adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi
maklumat yang diperlukan. Reka bentuk kajian adalah berfungsi sebagai panduan
untuk mencapai jawapan yang jelas terhadap persoalan kajian. Kajian ini merupakan
satu kajian deskriptif dengan menggunakan teknik triangulasi. Rekabentuk kajian ini
adalah berbentuk deskriptif di mana tinjauan dibuat bagi mendapatkan maklumat.
Menurut Mohd Majid Konting (1994), penyelidikan deskriptif merupakan suatu
jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang
berlaku. Data kajian akan dikutip daripada sampel melalui pemerhatian dan
dokumen. Pendekatan ini dipilih kerana cara ini dapat memperolehi data terpiawai
dengan berkesan dan mudah. Melalui kaedah ini ukuran kualitatif mudah diperolehi.
Oleh yang demikian, penyelidik menggunakan kaedah tersebut untuk bukan
sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada sumber dokumen bahkan
membantu mengesahkan maklumat yang diperolehi daripada dokumen dan
pemerhatian.
3.3 Tempat kajian
Bagi kajian yang akan dilakukan ini, penyelidik memilih untuk menjalankan
kajian di Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai
31
3.4 Populasi dan Sampel kajian
Populasi kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 4 Ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) (SPI), Fakulti Tamadun Islam,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Menurut statistik, pelajar tahun 4 SPI
mempunyai 63 orang. Maka jumlah sampel bagi kajian yang dilakukan adalah
seramai 63 orang. Sampel yang terlibat di dalam kajian ini terdiri daripada mereka
yang mempunyai latar belakang yang berbeza
3.5 Kaedah pengumpulan data
3.5.1 Kajian Perpustakaan
Melalui kajian perpustakaan ini, penyelidik telah melawat tiga buah perpustakaan
iaitu Perpustakaan Sultanah Zanariah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Pusat
Sumber Fakulti Pendidikan UTM, Kamar Hikmah Fakulti Tamadun Islam UTM bagi
mendapatkan maklumat. Pemilihan perpustakaan tersebut adalah kerana ianya
mempunyai koleksi yang berkaitan dengan penyelidikan yang dilakukan.
Selain itu, kajian perpustakaan merupakan antara kajian yang membantu pengkaji
untuk menambahkan pengetahuan pengkaji terhadap isu yang diketengahkan. Elemen
32
yang digunakan seperti pencarian buku-buku, jurnal, serta keratan-keratan akhbar
mampu mengukuhkan kesahihan kajian yang dilakukan.
3.5.2 Kajian Lapangan
3.5.2.1 Kaedah pemerhatian
Bagi kajian yang dilakukan, penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian
untuk mengumpul data. Melalui teknik ini, data dan maklumat yang diperolehi
melalui pemerhatian terhadap topik yang dibincangkan di dalam forum pelajar
tahun 4 SPI, penggunaan bahasa yang digunakan, respons antara pelajar
terhadap topik yang dibincangkan serta pemahaman pelajar terhadap topik
yang dibincangkan.
3.5.2.2 Kaedah Dokumentasi
Melalui kajian yang dijalankan, penyelidik menggunakan kaedah
dokumentasi untuk mengumpul bahan-bahan rujukan yang mempunyai
hubung kait dengan masalah yang hendak dikaji. Menurut Abdul Halim
(1987), kaedah dokumentasi merupakan satu cara pengumpulan data dengan
melakukan penyelidikan terhadap dokumen-dokumen yang ada hubung
kaitnya dengan masalah yang dikaji.
33
Oleh yang demikian, penyelidik telah mengumpulkan bahan-bahan ilmiah
yang kebanyakkannya di dalam bentuk penulisan yang berkaitan dengan
kajian. Setelah itu, bahan-bahan tersebut dikumpulkan untuk dijadikan bahan-
bahan rujukan dan sebagai sumber untuk menganalisis data.
3.6 Kaedah analisis data
Kaedah kualitatif yang dipraktikkan oleh penyelidik dalam kajian ini
menggunakan kaedah pengumpulan dokumen dan kajian di perpustakaan. Oleh yang
demikian, analisis terhadap penglibatan pelajar, penggunaan gaya bahasa dan gaya
penulisan dalam forum e-learning serta pemahaman terhadap tajuk perbincangan
dilakukan secara khusus. Manakala cara pelajar menggunakan forum e-learning
dianalisis secara keseluruhannya. Dalam kajian ini penyelidik menggunakan kaedah
induktif, deduktif dan komparatif untuk mendapatkan data analisis.
3.6.1 Kaedah Induktif
Kajian kualitatif yang dijalankan oleh penyelidik merupakan kajian secara
induktif iaitu penyelidik membina konsep, hipotesis dan teori untuk di
kembangkan, dinyatakan dan dijelaskan.
34
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah induktif untuk
menghuraikan latar belakang masalah yang terkandung di dalam bab 1,
menganalisis dapatan hasil kajian dan seterusnya membuat kesimpulan di
dalam bab yang terakhir. Di antara data yang dianalisis adalah data-data yang
diperolehi dari dokumen-dokumen yang telah dikumpul.
3.6.2 Kaedah Deduktif
Takrifan deduktif menurut Kamus Dewan (2007) ialah proses
membuatkesimpulan daripada keadaan yang umum kepada yang khusus.
Oleh yang demikian, kaedah deduktif bermaksud cara menganalisis dan
melakukan penulisan yang berdasarkan kepada 'pola berfikir' yang mencari
pembuktian dengan berpijak kepada dalil umum terhadap hal-hal khusus.
Penyelidik telah menggunakan metode ini untuk mengolah dan
menganalisis data yang berkaitan dengan kekerapan penglibatan pelajar
dalam menggunakan forum e-learning. Di samping itu juga, penyelidik
menggunakan kaedah ini dalam menganalisis data mengenai penggunaan
gaya bahasa dan gaya penulisan pelajar dalam forum.
3.6.3 Kaedah Komparatif
Menurut Kamus Dewan (2007), komparatif sebagai sesuatu yang
berkenaan perbandingan Manakala menurut Abdul Halim Mat Diah (1987),
metode komparatif bermaksud cara membuat kesimpulan dengan melakukan
perbandingan-perbandingan terhadap beberapa data yang diperolehi dalam
masa penelitian dan penganalisaan dilakukan.
35
Penyelidik menggunakan metode ini untuk membandingkan dan mencari
persamaan cara penggunaan gaya bahasa di kalangan pelajar dan gaya
penulisan yang biasa digunakan dalam penulisan respon di forum e-learning.
3.8 Penutup
Bab ini telah menerangkan secara terperinci mengenai kajian yang dilakukan.
Maklumat mengenai reka bentuk kajian, populasi, sampel, tempat, instrumen yang
digunakan, mengumpul data dan cara menganalisis data telah dibincangkan di dalam
bab ini.
36
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
E-learning merupakan medium penyampaian latihan dan pendidikan melalui
interaksi berangkaian dan pengumpulan serta penyebaran maklumat melalui
teknologi. Oleh yang demikian, dalam arus teknologi pada masa kini, e-learning
merupakan di antara medium pembelajaran yang sangat dikenali. Bukan sahaja
mempunyai elemen interaktif bahkan penggunaannya juga sangat fleksibel.
Menurut Rosenberg (2001), e-learning juga membantu perkongsian maklumat di
mana setiap pengguna akan mendapat maklumat dari serata dunia melalui kaedah
37
forum dalam talian, e-mel, video konferens dan chatting dalam talian. Pengguna e-
learning di kalangan pelajar institut pengajian tinggi memperolehi banyak kelebihan
di samping mampu mendapatkan maklumat tentang modul-modul pembelajaran
dengan cepat dan pantas.
4.2 Forum di dalam E-learning Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menyediakan satu medium
pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai E-Learning (gambarajah 1).
Seiring dengan perkembangan ICT yang begitu pesat pada masa sekarang,
penggunaan E-Learning sangat meluas untuk semua fakulti yang terdapat di UTM.
Di UTM, aplikasi ini menyediakan ruangan untuk para pelajar memperolehi
maklumat tentang garis panduan kursus, nota-nota kuliah, tajuk tugasan, soalan kuiz
atas talian yang disediakan oleh pensyarah serta forum perbincangan.
Gambarajah 1 : E-Learning UTM
38
4.3 Latar belakang kursus kajian
Bagi melaksanakan analisis deskriptif, satu kajian telah dilakukan dengan memilih
berdasarkan subjek yang telah didaftar oleh pelajar tahun 4SPI bagi sesi 2010/2011
untuk semester 2. Subjek yang telah dipilih adalah SPM 4722 Keusahawanan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kursus yang didaftar di bawah Fakulti
Pendidikan ini mempunyai beberapa seksyen dan salah satunya didaftar di bawah
pelajar tahun 4SPI iaitu seksyen 2 .
Seramai 63 orang pelajar yang terdaftar di bawah subjek ini memanfaatkan
sepenuhnya e-learning sebagai medium untuk mereka berforum selain dari
berkomunikasi ketika sesi pembelajaran di dalam kelas. Kursus ini bukan sahaja
untuk pelajar SPI bahkan dibuka kepada pelajar kursus lain. Ini kerana subjek SPM
4722 merupakan subjek elektif yang boleh disertai oleh mana-mana pelajar tahun
akhir.
Subjek ini antara lain memuat turun perancangan kursus, nota kuliah serta atas
inisiatif pensyarah turut meletakkan nama-nama untuk setiap kumpulan (Gambarajah
2). Forum yang disediakan pula menjadi medium integrasi untuk menilai
kemampuan pelajar di dalam perbincangan terhadap sesuatu topik yang diutarakan.
39
Gambarajah 2 : Nama-nama pelajar untuk setiap kumpulan
Bagi pelaksanaan tajuk perbincangan, pelajar diberi kelonggaran untuk melakukan
perbincangan di dalam kumpulan yang telah dibentuk. Akan tetapi setiap kumpulan
perlu membincangkan topik-topik berdasarkan kandungan kursus yang diberi garis
panduan oleh pensyarah yang terlibat.
Di antara tajuk perbincangan yang menjadi pilihan para pelajar adalah berkenaan
tajuk tugasan yang diberikan oleh pensyarah iaitu pemilihan portal internet, facebook
dan weblog yang sesuai untuk pembentangan serta kertas kerja perniagaan atas talian
yang dilaksanakan.
Setiap daripada pelajar dinilai berdasarkan penglibatan mereka di dalam forum e-
learning. Pensyarah telah menggariskan beberapa panduan untuk pelajar berforum
termasuklah perlu berbincang secara sistematik dan perbincangan tentang tugasan
yang diberikan.
Markah penilaian penglibatan pelajar di dalam e-learning juga turut digariskan
oleh pensyarah. Sebanyak 10 peratus markah diperuntukkan untuk forum dan
penulisan jurnal e-learning ( Gambarajah 3). Pelajar hanya perlu melakukan
40
perbincangan di forum atas talian bagi memperolehi markah yang diperuntukkan
oleh pensyarah di samping penulisan jurnal harian yang perlu ditulis oleh pelajar
sebagai penambahbaik untuk subjek SPM 4722 ini.
Gambarajah 3 : Markah penilaian aktiviti e-learning
Tanpa membincangkan dengan lebih terperinci tentang topik yang dibincangkan
oleh pelajar, kajian ini lebih memfokuskan kepada tahap pengetahuan pelajar
terhadap penggunaan forum, kekerapan penglibatan pelajar di dalam forum dan tahap
kefahaman terhadap topik yang dibincangkan serta pendekatan melalui gaya bahasa
yang digunakan oleh pelajar.
4.4 Kekerapan penglibatan pelajar
Pada umumnya e-learning adalah penyampaian latihan dan pendidikan melalui
interaksi berangkaian dan pengumpulan serta penyebaran maklumat melalui
teknologi. Oleh yang demikian, penglibatan pelajar di anggap sebagai salah satu
daripada elemen yang bergantung kepada interaksi berangkai di mana turut
41
menjadikan forum sebagai alat penyebaran maklumat yang berteknologi. Semakin
pelajar menggunakan forum dalam sistem e-learning semakin mahir pelajar terhadap
penggunaan elemen berteknologi.
Gambarajah 4 : Penglibatan pelajar di dalam forum SPM 4722
Dalam kursus SPM 4722 ini, setiap penglibatan pelajar dan kekerapan pelajar
melayari forum e-learning dicatat di ruangan “Participant” (Gambarajah 4). Oleh
yang demikian, pelajar dan pensyarah boleh melihat kekerapan penglibatan pelajar
berdasarkan hits (Lampiran A) yang tertera.
Walau bagaimanapun, hits yang terpapar merupakan aktiviti keseluruhan pelajar
di dalam forum dengan mengambil kira pelajar membalas topik perbincangan dan
melihat sahaja topik yang dibincangkan tanpa memberi tindak balas terhadap
perbincangan.
Bagi menganalisa kekerapan ini, penyelidik membuat jadual ( Lampiran B) untuk
melihat sejauh mana kekerapan pelajar di dalam penglibatan secara aktif melalui
membalas kiriman rakan-rakan pelajar yang lain. Walau bagaimanapun, penyelidik
42
mendapati sehingga tarikh 12 Mac 2011 pemerhatian dilakukan masih ada 3 orang
pelajar daripada keseluruhan pelajar tidak aktif di forum e-learning.
Secara umumnya, penglibatan pelajar dalam forum dilihat aktif bermula dari
minggu ke 5 pembelajaran. Ini dapat dilihat berdasarkan analisis yang dilakukan oleh
penyelidik di mana kiriman pertama di lakukan oleh pelajar pada 29 Januari
2011(gambarajah 5).
Pemilihan IP yang sesuai.. By PELAJAR C - Saturday, 29 January
2011, 10:38 AM
Assalamualaikum,Sahabat-sahabat,jom kita bincang pasal pencarian
IP yang sesuai utk Group kita...cuti2 pon, kerja jalan
Gambarajah 5 : Pelajar mula melakukan perbincangan.
4.4.1 Analisis perbincangan tajuk
Melalui kajian yang dilakukan, pengkaji telah menganalisis dua tajuk
perbincangan yang terdapat di dalam forum e-elearning subjek SPM 4722 ini.
Perbincangan telah dilakukan oleh 63 orang pelajar tahun 4SPI.
Walau bagaimanapun, pensyarah telah membahagikan pelajar mengikut
kumpulan bagi memudahkan penilaian terhadap penglibatan secara aktif di
dalam forum e-learning dapat dilakukan. Terdapat 14 kumpulan yang telah
43
dibahagikan bagi subjek SPM 4722 ini . Oleh yang demikian, pelajar
berforum berdasarkan kepada kumpulan yang sedia ada.
Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, didapati penggunaan
e-learning secara berkumpulan lebih efektif dan berkesan. Ini kerana pelajar
dapat berkongsi pandangan tanpa rasa ragu terhadap apa yang diutarakan.
Selain itu, ahli dalam kumpulan merupakan antara rakan-rakan yang sudah
biasa bersama-sama dalam menyelesaikan tugasan-tugasan kumpulan. Oleh
yang demikian, perbincangan yang dilakukan dapat dilaksanakan dengan
sempurna kerana pelajar-pelajar sudah biasa di antara satu sama lain.
Dalam forum e-learning ini, perbincangan pelajar berdasakan tajuk yang
telah digariskan oleh pensyarah kepada pelajar. Di antara tajuk perbincangan
adalah berdasarkan tajuk tugasan kumpulan.
1. Perbincangan tugasan pertama.
Bagi tajuk pemilihan portal internet, weblog atau facebook untuk
tugasan pertama, setiap pelajar membincangkan pemilihan tersebut
hampir di setiap forum mereka. Pelajar mengemukakan cadangan untuk
mereka berbincang bersama ahli kumpulan. Pada kebiasaannya
perbincangan dimulakan dengan golongan pelajar yang cuba memberi
galakan kepada rakan-rakan mereka supaya aktif dalam forum e-learning.
Walau bagaimanpun pada peringkat awal pelajar kurang memberikan
tindak balas terhadap topik yang dibincangkan bahkan tindak balas yang
diperolehi bukan dalam masa terdekat. Ada juga ahli kumpulan
mengambil masa yang agak lama untuk membalas perbincangan.
44
Tindak balas yang diberikan oleh ahli kumpulan yang lain lebih
berbentuk kepada cadangan dan perlu kepada tindak balas ahli kumpulan.
Akan tetapi pelajar masih mengekalkan konsep perbincangan di mana
mengajak rakan-rakan yang lain untuk membalas kiriman setiap topik
yang dibincangkan.
Pelajar cenderung untuk memberi cadangan di dalam perbincangan
untuk menarik perhatian rakan-rakan lain untuk turut serta di dalam
forum (Gambarajah 6). Melalui cara yang dipraktikkan ini, pelajar akan
dapat melakukan perbincangan secara efektif dan mampu memberi
pendapat yang bersesuaian dengan tajuk perbincangan. Perbincangan juga
akan berlangsung secara berfokus dan tidak menyimpang dari tajuk
perbincangan yang asal.
Re: WEBLOG..WEBLOG.. by PELAJAR B - Thursday, 17 March
2011, 04:03 AM
Assalam..sy ada juga jumpa weblog
ni...inspirasihaticantik.blogspot.com....ape kate kte bncang dulu
sesuai x... Show parent | Reply
Gambarajah 6: Pelajar memberi cadangan berdasarkan tajuk
perbincangan
Walaupun pelajar memulakan sesi perbincangan atas talian agak lewat
dan pensyarah terpaksa memberi peringatan di dalam sesi kuliah untuk
pelajar aktif di dalam forum e-learning, tindak balas yang diberikan agak
memberangsangkan dan pelajar bersedia untuk mengadakan perbincangan
terhadap topik yang disediakan.
45
Sebagai contoh, ada juga pelajar yang memilih untuk memulakan
perbincangan dalam forum mereka pada hari minggu (gambarajah 7). Ini
juga merupakan salah satu inisiatif pelajar untuk aktif perbincangan
sementelahan tiada kelas pada hari minggu iaitu hari Sabtu dan Ahad.
Perbincangan yang dilakukan lebih menjurus kepada mencari bahan yang
sesuai untuk tugasan.
Pemilihan IP yang sesuai.. By PELAJAR C - Saturday, 29 January
2011, 10:38 AM
Assalamualaikum,Sahabat-sahabatjom kita bincang pasal pencarian
IP yang sesuai utk Group kita...cuti2 pon, kerja jalan
Gambarajah 7: Perbincangan yang dilakukan pada hujung minggu
Pelajar tidak menjadikan hari minggu sebagai hari untuk tidak
melakukan perbincangan tentang tugasan. Perbincangan di dalam forum e-
learning lebih menarik dan berkesan kerana kolej kediaman pelajar terletak di
tempat yang berasingan di antara satu sama lain. Oleh yang demikian ruang
perbincangan yang sedia ada dimanfaatkan oleh pelajar ketika ketiadaan
kuliah.
Meskipun begitu, ada juga di antara pelajar yang memulakan
perbincangan agak lewat. Akan tetapi tindak balas pelajar menunjukkan
mereka bersedia mengadakan perbincangan dalam forum (Gambarajah 8).
Walaupun rakan-rakan sudah jauh ke hadapan melakukan perbincangan,
pelajar masih mampu mengambil bahagian di dalam perbincangan dengan
fakta yang bersesuaian serta contoh yang bertepatan.
46
Re: Pemilihan IP yang sesuai.. by PELAJAR D – Thursday, 10 March
2011, 12:32 PM
Assalamulaikum sahabat2 sekalian…
maaf lambat join group kita ni…
bagi saya banyak benda yang it adapt dalam web airasia kerana
banyk menyediakan maklumat dan cara tempahan yang betul kepada
pelangganya..
Gambarajah 8: Pelajar bersedia melakukan perbincangan walaupun
bermula lewat.
Tahap kesediaan pelajar dapat dilihat melalui cara mereka
mengeluarkan pandangan dan tindak balas pelajar terhadap setiap kiriman
berdasarkan tajuk perbincangan. Pemahaman pelajar menunjukkan pelajar
dapat menguasai perbincangan walaupun lambat sewaktu permulaan.
Seperkara yang menarik tentang perbincangan yang dilakukan oleh
pelajar ialah pelajar bebas berinteraksi sesama pelajar bagi menyatakan
pandangan serta pendapat mereka tajuk yang dibincangkan (Gambarajah 9).
Interaksi yang pelajar lakukan juga memberi kefahaman akibat daripada
ketidakfahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.
Re: cadangan penambahbaikan dalam internet portal.. by PELAJAR E -
Sunday, 10 April 2011, 08:28 PM
sesebuah perniagaan memerlukan maklum balas dari pengguna...oleh itu,laman
web memerlukan laman forum untuk pengguna memberi maklum balas
mengenai perkidmatan yg telah diberikan...setiap maklum balas hendaklah
diketahui oleh pengguna untuk memudahkan pengguna mengetahui
kelebihan perniagaan yang dijalankan.
Gambarajah 9 : Pelajar menambah maklumat terhadap topik
47
Melalui perbincangan pelajar terhadap topik yang diketengahkan,
tahap kefahaman pelajar sangat tinggi. Pelajar mampu untuk membuat
hubung kait terhadap satu-satu pendapat yang mereka utarakan ketika
perbincangan berlangsung. Pelajar juga tidak kekok untuk menggunakan
penggunaan bahasa yang tersusun dan mdah difahami oleh rakan-rakan yang
lain.
Pelajar juga dilihat semakin berkeyakinan di dalam melakukan
perbincangan yang menjurus kepada tajuk yang dibincangkan mengikut
kehendak sendiri disertakan dengan fakta-fakta yang menyokong kepada
perbincangan (Gambarajah 10). Malah dalam menghuraikan setiap fakta
juga pelajar dilihat tanpa ragu-ragu untuk menyatakan pendirian mereka.
Peningkatan yang dilakukan oleh pelajar memberi ruang kepada pensyarah
untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang dibincangkan
secara dalam kumpulan.
Re: Pemilihan IP yang sesuai.. by PELAJAR A - Thursday, 10 March
2011, 11:50 AM
Pelanggan untuk portal ini selalunya terdiri daripada orang-orang yang
berhasrat untuk travel dari satu tempat ke satu tempat sama ada
dalam mahupun luar negara. Jadi penyediaan link untuk penginapan
traveller memang bersesuaian danmenjadi satu kemudahan kerana
kadang2 orang yang first time travel ke luar negara tak tahu nak
menginap dimana.
Gambarajah 10: Pelajar menghuraikan fakta berdasarkan pemahaman dan
pembacaan
Oleh kerana prinsip kerja berkumpulan adalah “berat sama dipikul ringan sama
dijinjing”, setiap ahli kumpulan pasti mengetahui peranan dan tanggungjawab yang
perlu dijalankan. Ada juga kumpulan yang mengambil inisiatif memberi cadangan
48
untuk melakukan pembahagian tugas bagi menyiapkan laporan tersebut
(Gambarajah 11). Setiap ahli kumpulan perlu menyiapkan bahagian masing-masing
untuk dijadikan tugasan penuh. Pengagihan dilakukan oleh ketua kumpulan bagi
memastikan tugasan dapat dihanar tepat pada masanya.
Re: tugasan pertama by PELAJAR F– Saturday, 26 February 2011,
03:53 PM
pembahagian ini, saya serahkan pada ketua kumpulan yerk.. di sini saya
berikan cadangan
1. Pengenalan/Latar belakang/gambar rekabentuk fb
2. produk/jenis perniagaan & kumpulan sasaran.
3. strategi & bentuk pemasaran.
4. cadangan penambahbaikan perniagaan/rekabtk website.
5. cara pembayaran/kesimpulan.
Kan kita ada lima orang, jadi boleh la pilih di bahagiakn..
ini sekadar cadangan..mgkin byk lagu tertinggal hehhe
mcm nie yerk??
Gambarajah 11: Pelajar membahagikan tugas supaya hasil tugasan
lebih sistematik
2. Perbincangan tajuk tugasan kedua
Bagi tajuk perbincangan kedua iaitu kertas kerja perniagaan atas talian pula,
penglibatan pelajar semakin bertambah. Bilangan kiriman yang meningkat daripada
tajuk pertama perbincangan kepada tajuk yang kedua menunjukkan bahawa frekuensi
pelajar yang menyumbang melalui forum e-learning ini meningkat. Pelajar lebih
bersemangat untuk membuat perbincangan di atas talian bersama-sama ahli
kumpulan (Gambarajah 12).
49
Enterpreneurship ICT Proposal by PELAJAR A– Thursday, 10 March 2011,
12:05 PM
Assalamualaikum,
Sahabat2, sekarang dah sampai masa untuk menyiapkan proposal syarikat
kita pulak! Kita nak jual apa ya? Barangan ataupun Perkhidmatan?
Cadangan saya :
1. Perkhidmatan – Buka pusat tuitition.
- Perkhidmatan Logistik
- Perhotelan
- Kem Motivasi
- Sekolah swasta (Islam+sains)
2. Barangan – Buka Galeri buku
- Buka busana muslimah
- Barangan cenderamata / tourism
- Suplement Herbal
Macam mana? Sila pilih dan cdgkan yang lebih baik ya ^_^
Gambarajah 12 : Pelajar mencadangkan tajuk yang sesuai untuk
tugasan kedua
Pelajar semakin memahami tajuk perbincangan dan menggiat di antara ahli
kumpulan untuk sama-sama memberi pendapat di dalam perbincangan yang
dilakukan. Pelajar lebih berkeyakinan di dalam memberikan cadangan di dalam
forum e-learning.
Tempoh balasan kiriman bagi setiap komen dan perbincangan yang dijalankan
juga tidak terlalu lama di antara satu sama lain ( Gambarajah 13 ). Jika sekiranya
perbincangan dihantar pada 10 April 2011 jam 4.01 petang, akan pelajar dalam
kumpulan yang sama juga turut membalas pada hari yang sama walaupun masa yang
berlainan.
50
Re: cadangan tajuk untuk proposal projek.. by PELAJAR G - Sunday, 10 April
2011, 04:01 PM
ade lg cadangan..
kalau perternakan kita buat ternak lembu, atau kambing atau keli..
kalau pertanian kita buat tanam sayu atau cendawan..
http://3.bp.blogspot.com/_diTWH9F-
nWc/TQsTMtUD_0I/AAAAAAAAFKE/YfeBNX36hVU/s320/ke_02.1.jpg
http://3.bp.blogspot.com/_E4Wpn3Ssoac/TKmn1vdRaHI/AAAAAAAAArM/6
G_giDp5eds/s1600/lembu.jpg
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQfKYmgW5yg5CGqU57E0FONM
r5Wjmgj1Pgo99qA8j082anSEhdmBA
http://images.devali.multiply.com/image/1/photos/upload/300x300/SOiy3QoKC
EoAAEIfCmI1/sayur1.JPG?et=TEB%2CAmq8xuOHtaRP%2CzTwKA&nmid=
0
Re: cadangan tajuk untuk proposal projek..
by PELAJAR B- Sunday, 10 April 2011, 08:23 PM
rasenye...kalau kite cube buat perniagaan mengenai penjualan kambing pun ok
gak...tapi nnti mcm mne nak wat penghantaraan?...tak kan nak pakai pos
Malaysia lak...huhuhuhu
Gambarajah 13 : Tempoh balasan kiriman yang dilakukan oleh pelajar
Jika di dalam kuliah semuka, pelajar mungkin mendiamkan diri dan tidak
menyertai perbincangan walaupun tajuk yang dibincangkan mungkin sama seperti di
dalam forum e-learning. Pada dasarnya forum atas talian memberi peluang kepada
untuk berdiskusi menyatakan pendapat pelajar tanpa perlu meragui dan merasa
bimbang terhadap fakta yang diberikan dan menjadi tumpuan rakan-rakan sekelas
yang lain.
Walau bagaimanapun, masih ada pelajar yang baru memulakan perbincangan di
dalam forum e-learning atas sebab teknikal yang berlaku terhadap e-learning sendiri.
51
Ini adalah salah satu kekangan yang harus pelajar lalui terhadap penggunaan e-
learning. Walaupun masih terlalu awal dalam perbincangan, pelajar juga sudah boleh
memahami tajuk perbincangan dan mengharapkan perbincangan dilakukan bukan
sahaja dalam forum bahkan ada perbincangan semuka.
Pandangan yang diberikan memperlihatkan pelajar matang di dalam melakukan
perbincangan dan tahap pengetahuan pelajar terhadap tajuk perbincangan juga sangat
tinggi. Penglibatan pelajar secara alam maya juga sepertimana mereka di dalam
perbincangan semuka dan di dalam kelas.
Re: Enterpreneurship ICT Proposal
by PELAJAR A- Saturday, 26 March 2011, 09:32 PM
Salam,
PELAJAR F : Saya pn berminat jauh kpd kem motivasi,,,lgpon kita kan
selalu dah juga terlibat,
PELAJAR D: a'ah..cuba cari tarikh y sesuai...maya utk mklumn ja
PELAJAR B : sesat mai mana lak ni....tp meja bulat ada kt dalam ballroom
KTF...meja 4 segi banyak arr kat Meranti..^_^
Gambarajah 14 : Membalas perbincangan sekaligus
Dalam gambarajah 14 di atas menunjukkan ada juga pelajar yang membalas
kiriman rakan-rakan pelajar mereka sekaligus di dalam satu kirimin Ini menunjukkan
pelajar sudah semakin memahami dan mengetahui cara menggunakan forum e-
learning secara efektif di samping balasan yang diberikan mengandungi sedikit unsur
humor dan gurauan untuk mengelakkan dari situasi yang terlalu serius sewaktu
perbincangan dilakukan.
52
4.5 Gaya bahasa dan gaya penulisan dalam forum e-elearning
Forum e-learning adalah tempat untuk pelajar membincangkan topik yang
diminati bersama-sama dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Seperti mana forum-
forum yang lain, e-learning berkonsepkan perbincangan secara 'online' yang
terkawal di mana skop perbincangan adalah tertumpu kepada perbincangan
akademik, tugasan yang diberikan oleh pensyarah serta pemahaman pelajar terhadap
topik yang dibincangkan. Oleh yang demikian, gaya penggunaan bahasa sangat
penting di dalam situasi memberi kefahaman dan memahami sesuatu isu atau topik
yang dibincangkan.
Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah
style. Sulaiman Masri et al (2006) menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara
menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan. Gaya bahasa
juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk
menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya.
Dalam penggunaan forum dalam sistem e-learning ini, penggunaan bahasa dilihat
memberi impak yang tinggi terhadap kefahaman sesuatu perkara yang ingin
disampaikan. Perbincangan yang dijalankan perlulah menggunakan bahasa yang
mudah difahami oleh semua pengguna agar tidak berlaku ketidakfahaman terhadap
topik perbincangan.
Menurut Zalila Isa dalam artikel “Bahasa Mendidik Rohani”
(www.yadim.gov.my , 2006), di Malaysia, terdapat pelbagai jenis dialek, loghat,
slanga, telor, dan gaya bahasa yang digunakan oleh pelbagai kaum yang mempunyai
latar belakang budaya yang berbeza. Oleh itu, tidak mustahil jika sesuatu perkataan
mempunyai pelbagai makna dan konotasi, bergantung pada pemikiran dan budaya
masyarakat penuturnya. Bagaimanapun, segala perbezaan luaran yang melingkungi
53
dunia bahasa tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk manusia sentiasa menggunakan
perkataan yang baik dan mempunyai kesan yang positif pada perlakuan, minda, dan
rohani.
Oleh itu, setiap ahli forum juga terikat dengan polisi yang telah ditetapkan oleh
pengendali forum e-learning (Administrator). Pelajar diseru agar sentiasa berhemah
dan mempamerkan nilai etika dan integriti yang tinggi semasa menulis dan
menghantar kiriman (posting) atau sebarang pandangan, komen, nasihat, tunjuk ajar
serta maklum balas dalam sesebuah topik yang dibincangkan.
4.5.1 Penggunaan Bahasa Melayu
Dalam perbincangan yang dilakukan oleh pelajar 4SPI terhadap dua topik
forum yang diberikan, terdapat pelbagai gaya bahasa yang digunakan untuk
memberi tindak balas terhadap kiriman pelajar-pelajar yang lain. Di antara
gaya penulisan yang cenderung digunakan oleh pelajar adalah Bahasa Melayu
sepertimana gaya bahasa yang sering digunakan apabila berkomunikasi
dengan rakan-rakan pelajar yang lain di luar perbincangan e-learning
(Gambarajah 15).
54
Re: ~kalau diberi peluang...~
by PELAJAR J- Tuesday, 1 March 2011, 09:58 PM
salam..klu di beri peluang la kan...saya nak berniaga goreng pisang..pelanggan
tetapnya dah ada...siapa lagi klu tidak cik nazifah kita...hehehe..lawak
je..insyaAllah klu di beri peluang n ada rezeki lebih, saya nak melebarkan n
meluaskan lagi perniagaan keluarga saya...iaitu menjual popia n serunding
ikan...
Show parent | Reply
Gambarajah 15 : Pelajar menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama
di dalam perbincangan
Pelajar lebih memahami gaya bahasa yang mudah untuk mendapat
kefahaman yang jelas terhadap topik yang dibincangkan walaupun dari segi
tata bahasa adalah kurang tepat. Gaya bahasa yang digunakan pelajar lebih
menjurus kepada penggunaan bahasa yang seringkali pelajar gunakan ketiaka
melakukan perbualan harian. Oleh yang demikian tidak menjadi masalah
kepada pelajar untuk memahami setiap perbincangan yang dilakukan.
4.5.2 Penggunaan singkatan perkataan
Di dalam perbincangan yang dijalankan pelajar juga cenderung
menggunakan gaya penulisan singkatan bagi perkataan-perkataan yang
mempunyai ejaan yang panjang (Gambarajah 16). Sebagai contoh perkataan
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh” menjadi assalam, salam,
asmekom, assalamualaikum WBT dan slm.
55
Business Proposal
by - Friday, 25 March 2011, 09:30 PM
Salam kwn2..
bla kta nk discuss utk buat proposal plk ni??
Gambarajah 16: Penggunaan singkatan perkataan
Selain itu pelajar juga cenderung untuk menggunakan singkatan perkataan
yang lain di dalam membalas kiriman rakan-rakan pengguna yang lain. Di
antara contoh singakatan perkataan yang digunakan adalah (Rajah 1).
Singkatan perkataan Perkataan penuh
X Tidak atau tak
Nak Hendak
Klu Kalau
Pe apa
N dan
Y atau yg yang
Rajah 1 : Penggunaan singkatan perkataan yang sering digunakan oleh pelajar
Walau bagaimanapun, penggunaan singkatan tidak menjejaskan
pemahaman rakan-rakan yang lain untuk memahami pendapat yang
diketengahkan. Malahan, penggunaan singkatan perkataan ini sudah diterima
oleh banyak pihak memandangkan ianya adalah bahasa yang sering
digunakan ketika membalas pesanan ringkas (SMS).
56
4.5.3 Penggunaan emoticon
Dalam gaya penulisa juga, pelajar mampu menarik perhatian pelajar-
pelajar yang lain dengan meletakkan emoticon ketika menulis perbincangan
(Gambarajah 17). Pada amnya emoticon mewakili ekspresi wajah pengguna
yang dibentuk oleh kombinasi aksara-aksara keyboard. Ianya digunakan
dalam komunikasi elektonik untuk menyampaikan perasaan penulis terhadap
penulisannya.
Grafik yang disertakan ini mampu memberi keceriaan dan menghidupkan
suasana ketika berforum dalam e-learning. Penggunaan emoticon ini juga
mampu memberi pemahaman terhadap perbincangan yang dilakukan. Bukan
sahaja pengguna lain boleh memahami bahasa yang diutarakan malahan dapat
mengetahui emosi rakan yang membalas setiap kiriman topik.
~kalau diberi peluang...~ by PELAJAR H - Tuesday, 1 March
2011, 09:16 PM
salam..suspen tak tajuk ..bukan pe..gimik jek
tuh..sebenarnyanak tanye kat kawan2 ...kalau diberi peluang nak
bukak bisnes..agak2 korang lah bisnes pe yang korang
impikan.. ..kongsi2 lah ek..^___^
Gambarajah 17: penggunaan emoticon
Setiap daripada emoticon yang digunakan oleh pelajar menggambarkan
ekspresi mareka tidak kira sama ada dalam keadaan sedih, tersenyum,
57
gembira, marah dan lain-lain lagi. Di antara contoh emoticon yang sering
digunakan oleh pelajar ketika melakukan perbincangan adalah (Rajah 2):
Emoticon Maksud emoticon
Tersenyum
Tersenyum sambil mengenyitkan mata
Terkejut
Menikmati aiskrim
Rajah 2 ; Ekspresi pelajar di dalam perbincangan menggunakan emoticon
Penyelidik juga mendapati pelajar kerap menggunakan emoticon
sebagaimana di rajah 3 dalam perbincangan mereka. Ini dapat membantu
kepada suasana yang lebih ceria dan dapat menarik perhatian rakan-rakan lain
untuk berbincang.
Emoticon Kekerapan penggunaan emoticon
25
5
3
6
Rajah 3 : Kekerapan pelajar menggunakan emoticon
Selain itu, pelajar juga didapati cenderung untuk menggunakan perkataan
yang menunjukkan kepada emosi. Di antara contoh yang penyelidik
maksudkan adalah „huhu‟, „hehe‟ dan „haha‟ (Rajah 4)
58
Emosi menggunakan perkataan Maksud emosi
„huhu‟ Dalam keadaan sedih atau terharu
„hehe‟ Dalam keadaan tersenyum atau suka
„haha‟ Dalam keadaan gembira
Rajah 4 : Ekspresi pelajar melalui penggunaan emosi perkataan
Setiap dari perkataan tersebut mempunyai maksud tertentu. Contohnya
perkataan „huhu‟ menunjukkan pengguna ataupun pelajar dalam keadaan
sedih atau terharu. „hehe‟ pula menjurus kepada bahasa badan yang
menunjukkan pengguna sedang di dalam emosi gembira atau suka. Bahasa
tubuh yang diguna pakai biasanya dalam keadaan senyum. Manakala
perkataan „haha‟ pula menunjukkan pengguna dalam keadaan terlalu gembira
dan pada kebiasaannya pengguna ketawa yang kuat.
Penyelidik juga mendapati pelajar kerap menggunakan ekspresi melalui
emosi perkataan (Rajah 5). Apabila emosi dizahirkan melalui perkataan,
pengguna dapat mengetahui situasi individu yang menghantar kiriman
terhadap topik perbincangan.
Emosi menggunakan perkataan Kekerapan penggunaan di dalam forum
„huhu‟ 20
„hehe‟ 35
„haha‟ 21
Rajah 5 : Kekerapan pelajar menggunakan emosi melalui perkataan
59
4.5.4 Penggunaan dialek kenegerian
Melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap penggunaan forum dalam
sistem e-learning yang didaftarkan di bawah pelajar 4SPI ini, penggunaan
dialek kenegerian juga digunakan sebagai medium perbincangan terhadap
topik. Kadang-kadang akan ditemui kata-kata tempatan Kelantan, Negeri
Sembilan, Perak dan lain-lain lagi. Dialek kenegerian juga merupakan antara
gaya bahasa yang kerap digunakan oleh pelajar. Pelajar menggunakan dialek
ketika berbincang dengan rakan-rakan yang senegeri untuk memudahkan lagi
pemahaman mereka terhadap topik perbincangan(Gambarajah 18).
Re: WEBLOG..WEBLOG..
by PELAJAR I - Thursday, 10 March 2011, 01:47 AM
syukran miss wey sbb sudi bertandang ke umoh ambo &
saing2 ambo yang len..
pahni kito nok gi jale umoh oghe laeng plop....
nok ikut dop???
Gambarajah 18: Pelajar menggunakan dialek negeri
Walau bagaimanapun, penggunaan dialek ini bukan satu kebiasaan di
dalam perbincangan forum bagi subjek yang dipilih ini. Pelajar sekadar
membuka ruang agar perbincangan mereka tidak terlalu serius sehingga
menyebabkan rakan lain ragu-ragu untuk berkongsi pendapat.
60
4.5.5 Penggunaan istilah asing
Selain itu, penggunaan kata asing di dalam membalas kiriman rakan-rakan
dalam forum merupakan kecenderungan pelajar yang dapat dilihat oleh
pengkaji. Istilah asing yang digunakan mampu memberi kesan terhadap
pemahaman pelajar melalui penggunaan forum dalam e-learning
(Gambarajah 19). Di antara penggunaan istilah asing yang digunakan oleh
pelajar adalah thank you, group, presentation, settle, lappy dan lain-lain lagi.
Final Proposal!
By PELAJAR K – Sunday, 13 March 2011, 06:45 PM
Assalamualaikum yaaaa ahli group!!
Ok sekarang tuk presentation dan report kite dah settle, boleh
tak discuss tuk wat proposal plak?? Hope yg lelaki dpt bg
kerjasama ye, yg sebelm nih kiteorg dah settlekan
Bagi idea dan cadangan ye, apa2 yg nak dibuat dlm proposal
kite tu.
TQ~
Reply
Gambarajah 19 : Penggunaan istilah asing
Sepanjang pemerhatian pengkaji terhadap penggunaan forum di kalangan
pelajar 4SPI terhadap tajuk perbincangan, pelajar tidak menggunakan kata-
kata yang sukar difahami oleh rakan-rakan lain. Walaupun terdapat gaya
bahasa yang menggunakan Bahasa Melayu standard, dialek kenegerian serta
61
istilah asing, pelajar mampu memahami dan mempunyai pengetahuan yang
bersesuaian dengan tajuk yang dibincangkan.
4.6 Kesimpulan
Di dalam bab ini telah membincangkan tentang analisis data yang diperolehi
pengkaji terhadap penggunaan forum di kalangan pelajar dan memfokuskan kepada
tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan forum, kekerapan penglibatan
pelajar dalam forum, tahap kefahaman terhadap topik yang dibincangkan serta gaya
bahasa yang digunakan oleh pelajar ketika melakukan perbincangan.
62
BAB V
KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan
Bab yang terakhir ini membincangkan rumusan dan cadangan terhadap kajian yang
telah dijalankan. Bahagian ini akan memberikan gambaran menyeluruh secara
ringkas mengenai kajian yang dilakukan dan membuat kesimpulan tentang dapatan
hasil ditemui serta akan membuat beberapa saranan bagi keberkesanan terhadap
penggunaan forum dalam sistem e-learning di kalangan pelajar. Rumusan terhadap
hasil kajian yang dibuat perlu dinilai semula dengan merujuk kepada objektif kajian.
Ini adalah penting untuk menilai samada kajian yang dilakukan dapat mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Di bahagian yang terakhir cadangan bagi kajian
yang akan datang juga turut disediakan.
63
5.2 Kesimpulan
Pada asasnya kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sejauh mana keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan forum dalam sistem e-learning. Oleh
yang demikian, kajian ini telah dilakukan berdasarkan kaedah pemerhatian dan
analisis deskriptif terhadap penglibatan pelajar di dalam menggunakan forum e-
learning. Penyelidik telah menetapkan sebanyak tiga objektif untuk dicapai.
Penetapan objektif ini perlu bagi menjadikan kajian yang dilakukan tidak terpesong
dari tajuk yang asal.
Selain itu, kaedah-kaedah yang sesuai dikenalpasti dan dipraktikkan untuk
memenuhi objektif kajian yang disarankan. Di antara kaedah yang digunakan bagi
memperolehi maklumat ialah kajian literatur, pemerhatian dan analisis dokumen.
Dalam kajian literatur, pengumpulan maklumat diperolehi daripada bahan yang telah
tersedia seperti tesis, jurnal, buku-buku, keratan akhbar dan majalah-majalah. Selain
itu, pencarian bahan maklumat menerusi internet juga diguna pakai bagi
memperolehi perkembangan dari segi penambahan maklumat.
Menerusi kaedah pemerhatian dan dokumen, penyelidik memperolehi maklumat
berdasarkan penglibatan pelajar dalam forum e-learning. Data-data diperolehi
dengan menganalisis tahap pengetahuan pelajar terhadap penggunaan e-learning,
tahap pemahaman tentang topik perbincangan serta kekerapan penglibatan pelajar
dalam setiap perbincangan di dalam forum pada topik-topik tertentu.
Setelah data dikumpulkan, ia akan disusun dan dianalisis menggunakan analisis
deskriptif melalui kaedah kualitatif. Hasil kajian yang terperinci dihuraikan oleh
pengkaji di dalam Bab 4 dalam bentuk gambar rajah, rajah serta jadual. Bahagian
yang seterusnya akan membincangkan pencapaian dan kesimpulan kajian
berdasarkan objektif kajian.
64
5.2.1 Kekerapan penglibatan pelajar dalam forum e-learning
Menurut Zoraini Wati (2005), isu dan cabaran e-pembelajaran dapat dicapai jika
beberapa aspek dapat ditangani. Ini termasuk juga sumbangan dan penyertaan
pelajar, selain kemampuan Infrastruktur ICT, Landasan LMS/LCMS, Pedagogi
Dalam dan Luar Talian, Corak dan Pembangunan Kursus, Fakulti, Dasar, dan
Standard untuk memastikan kejayaan e-pembelajaran dan pengajaran. Kekerapan
penglibatan pelajar dilihat sebagai kayu ukur samada forum yang dilaksanakan
mampu memberi kesan yang positif kepada pelajar atau sebaliknya.
Pengkaji melihat secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam forum e-learning
bagi subjek SPM 4722 Keusahawanan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini
sangat baik. Ini kerana daripada 63 orang pelajar yang mendaftar di bawah subjek
ini, hanya 5 orang sahaja yang tidak aktif dalam forum. Walaupun pensyarah telah
memberikan peringatan di dalam kelas dan menggariskan peratusan markah yang
pelajar akan peroleh daripada berbincang secara aktif di dalam kelas, masih ada
pelajar yang tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Pengkaji berpendapat antara sebab pelajar tidak aktif dalam forum e-elearning
ialah sifat kursus tersebut yang mempunyai kekangan masa untuk perbincangan
lanjutan dalam kelas kerana pembelajaran lebih fokus kepada kesediaan untuk
menjalankan perniagaan secara atas talian. Analisis deskriptif yang dibuat juga
menunjukkan bahawa dalam konteks tertentu pelajar memerlukan masa senggang
dan lapang untuk memikirkan aspek-aspek perbincangan yang kadangkala perlu
difikirkan di luar konteks ruang dan waktu kelas.
Apabila sesuatu idea terlintas dalam fikiran mereka, pendapat pelajar masih boleh
dibincangkan melalui forum yang memperuntukkan tempoh masa tertentu yang
dibuka untuk perbincangan atas talian. Ini membolehkan pelajar membuat persediaan
65
pada bila-bila masa mengikut tempoh yang diberikan dan tidak terlepas peluang
menyertai perbincangan serta memberi pendapat. Menurut Zoraini Wati (2005) lagi,
kesediaan yang diberikan kepada pelajar mampu meningkatkan motivasi setiap
pelajar untuk lebih cenderung dan mesra e-portal dan diharap meningkatkan juga
minat mereka terhadap e-portal.
5.2.2 Sejauh mana forum sistem e-learning dapat membantu pelajar 4SPI
memahami topik yang dibincangkan.
Menurut Jamaluddin Harun (2005), beberapa strategi berkesan mengenai
penggunaan e-learning di kalangan pelajar UTM telah dikenalpasti iaitu e-learning
sepatutnya digunakan secara dinamik dan bukannya secara statik dalam
mengemaskinikan maklumat. Penggunaan e-learning sepatutnya melibatkan kedua-
dua perkakasan komunikasi secara serentak (seperti chatting) dan perkakasan
komunikasi secara tidak serentak (seperti forum dan journal).
Pensyarah sepatutnya menjadi orang yang pertama untuk memulakan komunikasi
dalam e-learning. Pensyarah perlu meletakkan maklumat terkini secara mingguan
untuk mendorong pelajar mengakses e-learning dan sesetengah emosi yang muncul
semasa komunikasi dalam e-learning tidak harus diambil kira dengan serius.
Oleh yang demikian, bagi memenuhi objektif kajian ini pengkaji menggunakan
kaedah analisis deskriptif tentang sejauh mana forum e-learning dapat membantu
pelajar 4SPI memahami topik yang dibincangkan. Pada amnya, pelajar telah
menggunakan e-learning dari tahun 1 hingga 4 untuk memuat turun nota kuliah,
soalan kuiz dan menggunakan forum sebagai medium perbincangan.
66
Penyelidik menilai dari pelbagai sudut seperti kesediaan pelajar ketika
perbincangan atas talian dijalankan, tahap pengetahuan pelajar tentang sesuatu topik
yang dibincangkan, gaya bahasa dan gaya penulisan yang digunakan pelajar serta
tahap keyakinan pelajar dalam memberikan pandangan terhadap topik yang
dibincangkan.
Penyeldik mendapati melalui kaedah pemerhatian dokumen, ada segelintir pelajar
yang bersedia untuk melibatkan diri secara aktif di dalam forum bila mana hanya
pelajar tersebut yang kerap kali menggunakan forum sebagai medium perbincangan.
Walau bagaimanapun, ada beberapa orang yang pelajar agak lewat menyertai rakan-
rakan pelajar yang lain walaupun telah diingatkan oleh pensyarah ketika dalam kelas.
Malahan ada juga pelajar yang tidak aktif langsung di dalam forum e-learning
walaupun pensyarah telah menggariskan peratusan markah yang diperuntukkan
untuk aktif menggunakan forum.
Bagi tahap pengetahuan pelajar terhadap sesuatu topik yang dibincangkan dalam
forum, pengkaji melihat pelajar mempunyai pengetahuan yang luas terhadap topik
tersebut. Penyelidik merasakan ini adalah mungkin hasil dari pembacaan mereka
serta pengetahuan yang sedia ada pada pelajar itu sendiri. Pelajar juga tidak ragu-
ragu untuk berkongsi maklumat di antara satu sama lain.
Penyelidik juga mendapati pelajar tidak menimbulkan sebarang masalah
menggunakan forum e-learning melalui penglibatan mereka dalam topik
perbincangan yang dijalankan. Ini disebabkan mereka sudah didedahkan tentang
penggunaan forum bermula dari tahun 1 sehingga tahun 4. Pendedahan awal yang
diterima oleh pelajar ketika berada di tahun 1 pengajian terhadap penggunaan e-
learning memberi kemudahan setiap kali pelajar hendak menggunakan e-learning.
67
Menurut Tan Piaw Hua (2006), e-learning berpontesi untuk membuat proses
belajar lebih efektif sebab peluang siswa untuk berinteraksi dengan pensyarah,
teman, mahupun bahan belajarnya terbuka lebih luas. Ini disebabkan pelajar boleh
bertukar-tukar pandangan di dalam perbincangan yang mereka jalankan melalui
setiap topik yang dibincangkan.
Turut menarik perhatian penyelidik adalah pelajar saling memberi kata-kata
semangat kepada rakan-rakan pelajar yang lain untuk aktif berforum dalam e-
learning. Melalui memberi galakan kepaa rakan-rakan yang lain, perbincangan
menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan. Bahkan galakan yang diberikan oleh
rakan-rakan juga membantu perkongsian buah fikiran yang lebih bernas.
5.2.3 Penggunaan gaya bahasa dan gaya penulisan dalam menggunakan
forum e-learning di kalangan pelajar 4SPI.
Gaya bahasa juga memainkan peranan dalam pemahaman sesuatu perkara yang
diterangkan. Melalui analisis yang dilakukan, pengkaji mendapati pelajar juga
cenderung menggunakan Bahasa Melayu yang digunakan setiap hari dalam
komunikasi daripada menggunakan Bahasa Melayu baku. Penyelidik mendapati
kecenderungan itu disebabkan gaya komunikasi harian lebih mempengaruhi daripada
penggunaan Bahasa Melayu baku.
Penggunaan perkataan juga dilihat diringkas-ringkaskan. Penggunaan bahasa
singkatan dilihat tidak menjejaskan pemahaman pelajar terhadap perbincangan.
Contohnya seperti nak=hendak, klu=kalau dan sbg=sebagai. Pengaruh tulisan gaya
bahasa pesanan ringkas(SMS) ini turut mempengaruhi pelajar dalam berforum.
68
Pelajar juga didapati menggunakan singkatan terhadap perkataan yang
mempunyai ejaan yang panjang. Di antara contohnya adalah perkataan
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh”. Ada beberapa orang pelajar
membuat singkatan menjadi assalam, salam, slm, asmekom, assalamualaikum WBT
dan lain-lain lagi.
Turut menarik perhatian penyelidik dalam melakukan analisis, pelajar juga sangat
cenderung menggunakan bahasa dialek kenegerian mereka terutama yang berasal
dari Pantai Timur. Kecenderungan ini mungkin memberikan kesan kepada pelajar
lain yang tidak memahami dialek mereka. Penyelidik mendapati pelajar yang
cenderung menggunakan dialek kenegerian ketika melakukan perbincangan bersama-
sama rakan pelajar yang berlatar belakang daripada negeri yang sama.
Selain itu, melalui kajian yang dijalankan penyelidik mendapati, pelajar
cenderung untuk menggunakan istilah bahasa asing di dalam topik perbincangan. Di
antara contoh istilah asing yang digunakan oleh pelajar adalah presentation, settle,
discuss, assignment dan lain-lain lagi. Penggunaan istilah yang dipraktikkan di dalam
forum perbincangan tidak menjejaskan pemahaman pelajar terhadap topik yang
dibincangkan.
5.2.4 Kelebihan pembahagian kumpulan perbincangan
Kajian yang dilakukan terhadap pelajar tahun 4SPI ini juga mendapati pensyarah
telah membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Oleh itu, perbincangan
yang dilakukan juga lebih menjurus kepada perbincangan bersama ahli kumpulan.
69
Berdasarkan kepada topik perbincangan yang telah digariskan oleh pensyarah dan
perbincangan yang di antara ahli dalam kumpulan, pengkaji mendapati perbincangan
yang dilakukan lebih efektif dan berkesan. Kolaboratif di antara ahli kumpulan
ketika perbincangan berjalan dengan baik. Setiap ahli kumpulan mampu untuk
memberi pendapat terhadap topik yang dibincangkan.
Perbincangan yang dilakukan juga lebih teratur dan fokus kepada tajuk yang
dibincangkan. Walaupun kadangkala perbincangan yang dilakukan keluar dari topic
perbincangan, pelajar masih mengalihkan situasi tersebut supaya rakan-rakan
kembali kepada tajuk perbincangan yang asal.
Selain itu, pembahagian pelajar dalam kumpulan memudahkan pensyarah untuk
menilai setiap penglibatan pelajar dalam forum perbincangan. Setiap kumpulan
mempunyai ahli di antara 3 hingga 6 orang pelajar. Oleh yang demikian, penilaian
yang dilakukan oleh pensyarah lebih terarah dan fokus terhadap penglibatan pelajar
secara aktif dalam forum e-learning.
5.3 Cadangan Dan Saranan
Secara umumnya, objektif perbincangan dapat dicapai kerana pemantauan dan
panduan berterusan dalam tempoh yang diberikan tidak terlalu mengekangkan
berbanding masa dan tempoh terhadap perbincangan besemuka dalam kelas.
Penyelidikan yang dilakukan oleh pengkaji ini juga adalah hasil daripada
pemerhatian dan analisis yang dilakukan terhadap penggunaan forum e-learning di
kalangan pelajar tahun 4SPI. Bagi menambah baik kajian ini pada masa-masa akan
datang, pengkaji memberi beberapa saranan untuk memberi manfaat kepada pihak
lain.
70
5.3.1 Saranan Kepada Individu
Kajian yang dijalankan terhadap pelajar tahun 4SPI ini seharusnya memberi
manfaat kepada pelajar itu sendiri. Pelajar dapat bertukar-tukar pendapat bukan
sekadar dengan bersemuka malahan di atas talian juga tidak terkecuali. Walau
bagaimanapun, penglibatan secara serius di dalam forum e-learning perlu diambil
berat. Walaupun pensyarah sudah menggariskan peratusan markah yang
diperuntukkan dan gesaan sudah dilakukan dalam kelas, masih ada lagi pelajar yang
bertindak untuk tidak aktif dalam e-learning. Ini menyebabkan pensyarah sukar
untuk menilai penglibatan pelajar di dalam e-learning khususnya. Pelajar seharusnya
menjadikan penglibatan dalam e-learning sebagai platform untuk mengupas topik
perbincangan di samping bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan yang lain.
5.3.2 Saranan Kepada Pensyarah
Pensyarah merupakan orang tengah yang menilai pelajar dari sudut keaktifan dan
cara pelajar menyampaikan pemahaman mereka. Kebolehan pelajar dalam
memahami sesuatu tajuk diukur oleh pensyarah. Jika berlaku kemusykilan pendapat
pelajar terpaksa berjumpa pensyarah dalam kelas atau di pejabat. Ini menyukarkan
pelajar bertukar-tukar pendapat jika sekiranya pelajar tersebut tergolong di antara
pelajar yang kurang bercakap dalam kelas. Penyelidik mendapati pensyarah perlu
sentiasa bersama-sama dengan pelajar dalam melakukan perbincangan sejajar dengan
tugas pensyarah sebagai moderator kepada pelajar. Perbincangan atas talian bersama
perlu dipertingkatkan untuk membantu pelajar yang kurang aktif dalam kelas.
71
5.3.3 Saranan Kepada Universiti
Pihak universiti telah menyediakan platform untuk pelajar bergerak aktif di
dalam forum perbincangan. Walau bagaimanapun, penyelidik mendapati penambah
baikkan perlu dilakukan terhadap sistem e-learning yang sedia ada bagi memastikan
ianya lebih mesra pengguna dan memberi manfaat kepada pelajar dan pensyarah.
Malahan, bagi melicinkan penggunaan e-learning pihak universiti perlu
menambah baik talian internet sedia ada iaitu WIFI di seluruh UTM supaya pelajar
lebih mudah melayari e-learning walau ketika hujung minggu dan berada di kolej
kediaman.
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
Penyelidikan yang terhad ini memang tidak mencukupi untuk mngulas lebih
lanjut tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan forum
dalam sistem e-learning. Oleh yang demikian, kajian lanjut yang seterusnya perlu
dijalankan dari masa ke masa.
Bagi melaksanakan kajian tentang pada masa akan datang, setiap pihak yang
berkaitan perlu mengambil inisiatif untuk menambah baik sistem e-learning yang
sedia ada. Pihak-pihak yang berkenaan perlu menjadikan forum e-learning sebagai
medium yang terbaik agar pelajar tidak hanya bersemuka di dalam kelas dan lebih
tertarik kepada rangkaian interaksi yang lain seperti Facebook, Friendster dan Skype
yang lebih bersifat mesra pengguna serta elemen-elemen yang menarik perhatian
pelajar.
72
Di antara kajian yang dicadangkan adalah :
i. kajian akan datang boleh dijalankan dengan menambahkan instrumen
kajian seperti temubual dengan pelajar dan pensyarah yang terlibat
untuk mendapatkan maklumat kajian. Ini meningkatkan
kebolehpercayaan hasil dapatan kajian.
ii. Kajian ini juga boleh diluaskan skopnya memandangkan kebanyakkan
IPT di Malaysia menggunakan e-learning sebagai medium
pembelajaran pada masa kini.
5.5 Penutup
Secara umumnya, objektif perbincangan dapat dicapai kerana pemantauan
dan panduan berterusan dalam tempoh yang diberikan tidak terlalu mengekangkan
berbanding masa dan tempoh terhadap perbincangan besemuka dalam kelas
beradasarkan kepada kaedah-kaedah kajian yang digunapakai. Pada asasnya
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan forum dalam sistem e-
learning amat dipengaruhi oleh peranan setiap pihak yang terlibat. Dengan
perbincangan yang lebih aktif dan efektif, pelajar mampu memahami dan mengetahui
setiap topic yang dibincangkan dengan jelas dan mudah.
.
Rujukan
Abu Bakar bin Yang. Artikel “Cabaran teknologi maklumat dan agenda
umat Islam”. [Dalam talian]. www.ikim.gov.my . Tarikh akses: 11
April 2011 : 2.30PM
Abdul Halim bin Mat Diah. 1987. Suatu Contoh Tentang Huraian
Metodologi. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Alam Pendidikan Bulletin Board. (2001). [Dalam talian].
http://www.ppk.kpm.my/wwwboard/multipageboard.htm. Tarikh
akses : 25 September 2010: 8.30PM
Al-Quran dan Terjemahannya. Indonesia: PT Syaamil Cipta Media.
Anili Fasha Mahadi. (2008). Tahap penggunaan forum E-Pembelajaran
di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPP
dan SPT) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia. Projek Sarjana Muda
Fakhrur Razi Ahmad. (2010). Pembangunan Majalah Web: Kesenian, Isu
Semasa Dan E-Forum Matematik. Projek Sarjana Muda. Universiti
Teknologi Malaysia
Freedman, Alan. (1996). Computer Desktop Encyclopedia. New York:
Amacom
Greg Benfield. (2002). Designing and Managing Effective Online
Discussions. [Dalam talian]. www.brookes.ac.uk/services/ocsd/2_. Tarikh
akses : 18 November 2010 : 2.30PM
Hajah Noresah Baharom.(2007). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hamidah Abdul Razak. (2007). Tahap Penggunaan Forum Di Dalam
Sistem e-learning Di Kalangan Pelajar Tahun Tiga (jabatan
Multimedia Pendidikan) Bagi Mata Pelajaran Teknologi Grafik,
Audio, Animasi Dan Digital (spm 2303). Universiti Teknologi
Malaysia: Projek Sarjana Muda
http://ptdbnet.ukm.my/bpr2/islam-dan-teknologi-maklumat.htm. Tarikh
Akses : 8Mac 2011 : 6.30PM
http://www.jisc .ac.uk/uploaded_documents/ACF500.pdf. Tarikh akses :
23 Oktober 2010 : 9.05AM
http://www.spokane.wsu.edu/spit/help/content/BBdocs/onlineLearningBe
nefits.pdf. Tarikh akses : 25 Mac 2011: 4.30PM
Ismail Zain. (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Jamaludin Mohaiadin. (2000). Isu dan Implikasi E-learning terhadap
sistem Pendidikan. Prosiding Konvensyen Persatuan Teknologi
Pendidikan Malaysia kali ke-13. September 19-21. Perak: Hotel Hill
City. 245-252
Jamaluddin Harun. (2005). Multimedia : Konsep dan Praktis. Selangor:
Venton Publisher
Jamaluddin Harun. (2008). Inovasi Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Berasaskan Komputer. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia
Juwah, Charles. (2006). Interactions in online education: Implications for
Theory and Practice. New York,NY:Routledge
Learnframe (2001). [Dalam talian].
http://www.elearningshowcase.com/elearnfaq. Tarikh akses : 5
Februari 2011 : 8.30 PM
Mason, Robin. (2008). E-learning and Social Networking Handbook:
Resources for Higher Education. London: Taylor and Francis
Mason, Robin. (2006). E-learning : The Key Concepts. New York, NY:
Routledge
Mohd Fauzi Othman. (2004). Tahap persediaan pelajar dalam
menggunakan pembelajaran elektronik atau e-learning sebagai
alat pembelajaran : satu kajian di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai. Projek Sarjana Muda: Universiti Teknologi Malaysia
Mohd Khairil Azhan Zakaria. (2003). Forum Perbincangan berasaskan
Web. Universiti Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda
Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Norwati Md Yusof dan Zaini Amir. (2007). Analisis Deskriptif e-Forum
dalam Pembelajaran Kursus Terjemahan di Universiti Kebangsaan
Malaysia. Gema Online Journal of Language Studies UKM. 79-80
Noorasmawati Sulaiman. (2006). Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam penyebaran dakwah islamiah. Satu kajian di
kalangan pensyarah Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan
Sosial, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi
Malaysia. Projek Sarjana Muda.
Nurhafiza Md Husin. (2007). Hubungan gaya kognitif pelajar Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan terhadap penggunaan
forum dalam e-pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia:
Projek Sarjana Muda
Perkembangan e-learning UTM. [Dalam talian].
www.ctl.utm.my/downloads. tarikh akses : 25 September 2010:
2.30PM
Rosenberg, M. J. (2001). E-learning: Strategies for delivering knowledge
in the digital age. New York, NY : McGraw-Hill.
Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Ra’in Shaari. (2006). Bahasa
Melayu : Dimensi Penagajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur
: Utusan Publications
Tan Piaw Hua. (2006). Persepsi Pelajar Fakulti Pendidikan Terhadap E-
Learning Di Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi
Malaysia. Projek Sarjana Muda
Ting Kung Shiung. (2007). Kajian Mengenai Penggunaan E-
pembelajaran (e-learning) Di kalangan Pelajar Jurusan
Pendidikan Teknik danVvokasional Di Institusi Pengajian Tinggi
(IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Projek
Sarjana Muda
Wong Ming Ming. (2006). Kajian Mengenai Penggunaan e-learning
Utm Di Kalangan pelajar Tahun 5 Sarjana Muda Sains Dan
Komputer Serta pendidikan (spt, Spp Dan Spk). Universiti
Teknologi Malaysia: Projek Sarjana Muda
Zalila Isa. (2006). Artikel ‘ Bahasa Mendidik Jiwa’.
http://www.yadim.com.my/Komentar. Tarikh akses : 23 Mac 2011:
430 PM
Zoraini Wati Abas (2005) E-Learning: Potential and Challenges for
Malaysian Institutions dalam E-Learning: Issues and Challenges
Universiti Malaysia Sabah. www.ums.edu.my. Tarikh akses : 23
Mac 2011
.
.
LAMPIRAN
LAMPIRAN A
SPM4722-02 KEUSAHAWANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY ENTREPRENUERSHIP)
Participants
Users with the role "Student": 63 POSTING
PELAJAR A SKUDAI Malaysia 31 secs 233
PELAJAR B SKUDAI Malaysia 2 hours 54 mins 131
PELAJAR C SKUDAI Malaysia 7 hours 1 min 61
PELAJAR D SKUDAI Malaysia 12 hours 38 mins 114
PELAJAR E SKUDAI Malaysia 1 day 11 hours 116
PELAJAR F SKUDAI Malaysia 2 days 4 hours 81
PELAJAR G SKUDAI Malaysia 2 days 12 hours 16
PELAJAR H SKUDAI Malaysia 2 days 13 hours 77
PELAJAR I SKUDAI Malaysia 3 days 3 hours 94
PELAJAR J SKUDAI Malaysia 3 days 9 hours 95
PELAJAR K SKUDAI Malaysia 3 days 10 hours 117
PELAJAR L SKUDAI Malaysia 3 days 11 hours 91
PELAJAR M SKUDAI Malaysia 3 days 19 hours 89
PELAJAR N SKUDAI Malaysia 4 days 3 hours 40
PELAJAR O SKUDAI Malaysia 4 days 5 hours 90
PELAJAR P SKUDAI Malaysia 4 days 11 hours 105
PELAJAR Q SKUDAI Malaysia 5 days 1 hour 115
PELAJAR R SKUDAI Malaysia 5 days 2 hours 40
PELAJAR S SKUDAI Malaysia 5 days 7 hours 172
PELAJAR T SKUDAI Malaysia 5 days 11 hours 35
PELAJAR U SKUDAI Malaysia 5 days 17 hours 21
PELAJAR V SKUDAI Malaysia 6 days 1 hour 173
PELAJAR W SKUDAI Malaysia 6 days 6 hours 39
PELAJAR X SKUDAI Malaysia 6 days 12 hours 65
PELAJAR Y SKUDAI Malaysia 6 days 15 hours 128
PELAJAR Z SKUDAI Malaysia 6 days 22 hours 393
PELAJAR A1 SKUDAI Malaysia 6 days 23 hours 164
PELAJAR B1 SKUDAI Malaysia 6 days 23 hours 76
PELAJAR C1 SKUDAI Malaysia 7 days 9 hours 86
PELAJAR D1 SKUDAI Malaysia 7 days 15 hours 107
PELAJAR E1 SKUDAI Malaysia 8 days 34
PELAJAR F1 SKUDAI Malaysia 8 days 23 hours 17
PELAJAR G1 SKUDAI Malaysia 10 days 21 hours 261
PELAJAR H1 SKUDAI Malaysia 11 days 4 hours 109
PELAJAR I1 SKUDAI Malaysia 12 days 7 hours 73
PELAJAR J1 SKUDAI Malaysia 13 days 4 hours 13
PELAJAR K1 SKUDAI Malaysia 17 days 10 hours 26
PELAJAR L1 SKUDAI Malaysia 17 days 19 hours 4
PELAJAR M1 SKUDAI Malaysia 17 days 22 hours 1
PELAJAR N1 SKUDAI Malaysia 19 days 4 hours 6
PELAJAR O1 SKUDAI Malaysia 19 days 9 hours 5
PELAJAR P1 SKUDAI Malaysia 19 days 15 hours 46
PELAJAR Q1 SKUDAI Malaysia 19 days 15 hours 15
PELAJAR R1 SKUDAI Malaysia 24 days 23 hours 31
PELAJAR S1 SKUDAI Malaysia 27 days 13 hours 44
PELAJAR T1 SKUDAI Malaysia 27 days 14 hours 156
PELAJAR U1 SKUDAI Malaysia 29 days 10 hours 28
PELAJAR V1 SKUDAI Malaysia 30 days 22 hours 30
PELAJAR W1 SKUDAI Malaysia 32 days 7 hours 40
PELAJAR X1 SKUDAI Malaysia 33 days 44
PELAJAR Y1 SKUDAI Malaysia 34 days 9 hours 49
PELAJAR Z1 SKUDAI Malaysia 34 days 15 hours 42
PELAJAR A2 SKUDAI Malaysia 35 days 9
PELAJAR B2 SKUDAI Malaysia 35 days 2 hours 21
PELAJAR C2 SKUDAI Malaysia 36 days 22 hours 9
PELAJAR D2 SKUDAI Malaysia 37 days 17
PELAJAR E2 SKUDAI Malaysia 37 days 1 hour 8
PELAJAR F2 SKUDAI Malaysia 37 days 12 hours 13
PELAJAR G2 SKUDAI Malaysia 37 days 23 hours 13
PELAJAR H2 SKUDAI Malaysia 42 days 82
PELAJAR I2 SKUDAI Malaysia 44 days 3 hours 32
PELAJAR J2 SKUDAI Malaysia 58 days 4 hours 23
PELAJAR K2 SKUDAI Malaysia 66 days 15 hours 8
PELAJAR L2 SKUDAI Malaysia 68 days 5 hours 3
PELAJAR M2 SKUDAI Malaysia 69 days 4 hours 1
PELAJAR N2 SKUDAI Malaysia 76 days 11 hours 1
PELAJAR O2 SKUDAI Malaysia 78 days 10 hours 3
PELAJAR P2 SKUDAI Malaysia Never 0
PELAJAR Q2 SKUDAI Malaysia Never 0
PELAJAR R2 SKUDAI Malaysia Never 0
Bil Responden Kekerapan penglibatan
1. Pelajar A 183
2. Pelajar B 115
3. Pelajar C 75
4. Pelajar D 114
5. Pelajar E 101
6. Pelajar F 81
7. Pelajar G 16
8. Pelajar H 56
9. Pelajar I 94
10. Pelajar J 95
11. Pelajar K 234
12. Pelajar L 91
13. Pelajar M 132
14. Pelajar N 40
15. Pelajar O 90
16. Pelajar P 105
17. Pelajar Q 115
18. Pelajar R 40
19. Pelajar S 172
20. Pelajar T 67
21. Pelajar U 21
22. Pelajar V 173
23. Pelajar W 39
24. Pelajar X 87
25. Pelajar Y 128
26. Pelajar Z 393
27. Pelajar A1 164
28. Pelajar B1 76
LAMPIRAN B
JADUAL KEKERAPAN PELAJAR MENGGUNAKAN FORUM
29. Pelajar C1 132
30. Pelajar D1 107
31. Pelajar E1 34
32. Pelajar F1 17
33. Pelajar G1 115
34. Pelajar H1 109
35. Pelajar I1 73
36. Pelajar J1 13
37. Pelajar K1 13
38. Pelajar L1 26
39. Pelajar M1 4
40. Pelajar N1 1
41. Pelajar O1 6
42. Pelajar P1 46
43. Pelajar Q1 15
44. Pelajar R1 31
45. Pelajar S1 44
46. Pelajar T1 156
47. Pelajar U1 28
48. Pelajar V1 30
49. Pelajar W1 40
50. Pelajar X1 44
51. Pelajar Y1 49
52. Pelajar Z1 42
53. Pelajar A2 9
54. Pelajar B2 21
55. Pelajar C2 9
56. Pelajar D2 8
57. Pelajar E2 3
58. Pelajar F2 1
59. Pelajar G2 1
60. Pelajar H2 3
61. Pelajar I2 0
62. Pelajar J2 0
63. Pelajar K2 0
LAMPIRAN C
LAMPIRAN D
LAMPIRAN E