Keberkesanan Dan Kejayaan Program RMT
-
Upload
nana-fawzi -
Category
Documents
-
view
22 -
download
12
Transcript of Keberkesanan Dan Kejayaan Program RMT
Keberkesanan dan Kejayaan Program RMT
Program RMT yang dilaksanakan telah berjaya dan memberi kesan kepada mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program ini. Mereka yang terlibat dalam
program ini iaitu murid, guru, orang yang menyediakan makanan dan masyarakat telah
berubah dari segi penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan.
Mementingkan kebersihan makanan dan mengawas segala peraturan kebersihan terutama
sekali semasa menyedia dan menghidangkan makanan kepada murid-murid untuk
mengelakkan berlakunya keracunan makanan dan penyakit-penyakit yang berjangkit.
Pelajar mula mengamalkan membasuh tangan sebelum makan. Menjaga kebersihan gigi
dengan cara yang betul. Berkelakuan baik, bersopan santun di meja makan serta duduk
dengan cara yang betul dan mengunyah makanan dengan baiknya. Membuang sampah dan
menjaga kebersihan sekeliling dengan cara yang betul. Membawa balik pengetahuan, sikap
dan amalan yang dipelajari di sekolah kepada keluarga masing-masing dalam masyarakat.
Membincang dan memberi pandangan tentang kandungan zat makanan dalam makanan
yang seimbang.
3.1 Cadangan Penambahbaikan Program RMT
Penambahbaikan untuk program RMT adalah di antaranya mempelbagaikan menu
makanan setiap hari supaya murid-murid tidak berasa bosan dan jemu terhadap sesuatu
makanan serta memastikan murid-murid RMT makan pada setiap pagi. Selain itu, pihak
sekolah boleh memberi ganjaran kepada murid RMT yang hadir dan makan setiap hari.
Ceramah kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang turut boleh dijalankan. Ini adalah
untuk memberi kesedaran kepada murid-murid RMT dan dapat mengetahui tentang
kepentingan makanan berkhasiat dan seimbang. Program ceramah ini juga dapat
membantu melahirkan murid-murid yang cergas dan sihat. Penerapan tentang kepentingan
makanan berkhasiat pada waktu makan RMT turut boleh dilakukan oleh guru-guru RMT.
Selain itu, program penambahbaikan seperti demonstrasi mencuci tangan dengan cara
yang betul turut boleh dijalankan. Murid-murid dapat mengetahui tentang cara-cara
membasuh tangan dengan betul. Program seperti ini akan berjaya melahirkan murid-murid
yang sentiasa menjaga kebersihan tubuh badan. Guru-guru RMT juga boleh menunjukkan
demonstrasi mencuci tangan sebulan sekali.
Ceramah kepentingan tentang pentingnya pengambilan sarapan turut boleh disampaikan
kepada murid-murid khasnya kepada murid-murid RMT. Murid-murid dapat mengetahui
tentang pentingnya dan baiknya mengambil makanan pada waktu pagi. Ini akan melahirkan
murid-murid yang sentiasa cergas dan cerdas ketika belajar. Penerapan kepentingan
mengambil sarapan pagi pada setiap minggu turut boleh dijalankan oleh guru-guru RMT.
Program datang awal ke sekolah akan dapat memupuk dan menjadi amalan untuk murid-
murid datang awal ke sekolah. Program ini akan melahirkan murid-murid yang berdisiplin
dan menepati masa. Pihak pengurusan RMT juga boleh memberi keistimewaan kepada
murid RMT yang datang awal untuk membuat pilihan makanan serta makan terlebih dahulu
daripada mereka yang lewat sebagai ganjaran.
Program memberi penerangan dan galakan tentang kebaikan makan pada waktu awal pagi
kerana kurang kesedaran murid tentang pentingnya makan pada waktu pagi. Kajian
mendapati kebanyakan murid-murid tidak suka bersarapan pagi kerana tidak mendapat
kerjasama daripada ibu bapa, menu tidak sesuai dengan selera murid dan murid sendiri
yang tidak biasa makan pada waktu pagi. Program ini mampu meningkatkan 100 % murid
RMT untuk mengambil makanan pada waktu awal pagi.
Penerapan tentang pentingnya memakan sayur-sayuran kepada murid-murid yang tidak
gemar makan sayuran yang terdapat dalam makanan. Penerapan ini mampu meningkatkan
peratus murid untuk makan sayuran dan menggalakkan murid untuk makan sayur serta
menyatakan kebaikan pengambilan sayuran.