Keangkuhan Raja Namrud

download Keangkuhan Raja Namrud

of 5

description

kisah raja namrud

Transcript of Keangkuhan Raja Namrud

  • 5/27/2018 Keangkuhan Raja Namrud

    1/5

    Cerita isi

    Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

    Terima kasih pengerusi majlis, barisan hakim dan seterusnya hadirin yang

    dihormati.

    Keangkuhan raja namrud

    Solutasi

    Pantun

    Hadirin sekalian,

    wahai namrud raja yang zalim,

    Anak kanan datangbertandang

    Lawanmu nanti nabi Ibrahim

    Dalam berhujah engkau kecundang

    Ya kawan-kawan,

    Raja namrud adalah raja kerajaan babil yang hidup pada zaman dengan

    nabi Ibrahim a.s. Dia ini seorang yang sangat zalim dan suka pula

    menindas rakyat, bahkan dia juga mendakwa dirinya tuhan.

    Maka datanglah nabi Ibrahim a.s berdakwah kepadanya :

    Sampai masa dan ketika

    Ibrahim dipanggil raja.

    Datang dengan tujuan,

    Menyembah yang esa.

    Namrud pula menjawab akulah tuhannya !

    Ibrahim berkata, engkau hanyalah manusia biasa

    59. (Setelah melihat kejadian itu) mereka bertanya: Siapakah yang

    melakukan perbuatan yang demikian terhadap tuhan-tuhan kami?

    Sesungguhnya adalah dia dari orang-orang yang zalim.

    Namrud bertanya kepada nabi Ibrahim, siapakah yang telah

    Isi 1

    pantun

    Huraian

    Seloka

    Mark adam

    Al anbiya:

    59

  • 5/27/2018 Keangkuhan Raja Namrud

    2/5

    memusnahkan tuhan-tuhan kami ?

    Ibrahim menjawab, tanyalah tuhanmu?

    hahaha.. namrud tertawa dan berkata, mana mungkin batu boleh

    menjawab! Jangan kau perbodohkan aku wahai Ibrahim!

    kalau begitu kenapa kau sembah batu itu bahkan kau juga mendakwa

    dirimu juga tuhan. Sungguh kau berdusta ! jawab Ibrahim.

    Orang ramai terkesima mendengar hujah nabi Ibrahim yang tidak pernah

    langsung mereka terfikir.

    Isu semasa

    Berani

    kerana

    benar

    -

    Kawan-kawan ingin tahu apa yang terjadi seterusnya ?

    Namrud marah lalu berteriak, humbankan dia kedalam api !

    Api yang marak besar itu sangat menakutkan hadirin yang melihatnya.

    Walaupun jauh bahangnya masih terasa. Maka nabi dilontarkan ke dalam

    api dengan rasa benci yang membara.

    69. Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera

    kepada Ibrahim!.

    Masihkah rakan-rakan ingat, ketika tsunami melanda beberapa tahun yang

    lalu, terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan tentang kekuasaan

    Allah.

    Walaupun dibadai bah yang sangat besar namun begitu masjid AbdulRahman masih lagi berdiri megah di acheh. Hingga kini menjadi sebutan

    dan ingatan hadirin yang datang melihatnya.

    Begitu juga dengan nasib Nabi Ibarahim A.S.

    Membara api merah menyala

    Ibrahim dicampak oleh sang raja

    Api membeku tidak berhaba

    Itulah kekuasaan dari yang esa

    Isi 2

    Al anbiya:

    69

    Pengajaran :

    Ketabahan,

    ketaqwaan

    Isu semasa :

    Bukti

    kejaiban

    mangsa

    terselamat

    tsunami

  • 5/27/2018 Keangkuhan Raja Namrud

    3/5

    Bagi melindungi hambaNya

    Yang sabar penuh tabahnya

    Begitulah kawan-kawan ketabahan dan kesabaran nabi Allah Ibrahim

    dalam berdakwah kepada raja yang angkuh si namrud ini.

    Begitu juga keadaannya dengan guru-guru kita. Walau diserang pelbagai

    isu dan tanggapan nagetif mereka tetap tabah mendidik kita dengan

    penuh kesabaran. Hanya Allah sajalah yang membalas jasa merekakepada kita.

    46. dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati);Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

    Hadirin dan hadirat sekelian,

    Rentetan daripada peristiwa tadi namrud tidak pernah berpuas hati lalu

    mencabar nabi ibrahim.

    hei ibrahim, tunjukkan tuhanmu biar aku tusukkan panah agar dapat

    kubunuh tuhanmu itu wahai ibrahim. Ketahuilah aku juga tuhan, kata namrud

    dengan angkuhnya.

    Nabi ibrahim hanya mengeleng kepala, benarlah kata Allah :

    Dan sesungguhnya Allah tidak akan memberikan hidayah kepada kaum yang

    zalim.

    Kemudian namrud dengan angkuhnya mengajak agar dikumpulkan segala

    bala tentera daripada pihaknya dan pihak nabi ibrahim a.s.

    Namrud berkata, aku telah kumpulkan bala tenteraku di belah timur ini dan

    engkau di sebelah barat. Ayuh mari kita beradu kekuatan, agar kau tahu

    kekuatan kerajaan aku !

    Langit mulai gelap dari barat. Tentera namrud mulai gelisah kerana langit

    tidak pernah gelap secara tiba-tiba. bersedia! laungan kepala-kepala bala

    tentera mula kedengaran.

    Bunyi bising berdengung mengundang kebingungan. Tiba-tiba awan gelap

    Lagu ziana

    zain

    pengajaran

    dalil

    Al anfal : 46

    Ali imrah : 86

  • 5/27/2018 Keangkuhan Raja Namrud

    4/5

    tadi turun dan meluru laju kepada tentera-tentera namrud. Rupa-rupanya

    beribu-ribu nyamuk diutuskan oleh Allah taala bagi melawan bala tentera

    namrud yang angkuh tadi.

    dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dialah sahaja.

    Begitulah kawan-kawan sekiranya kita menderhakai Allah maka

    kemurkaan Allah tidak kira siapa sahaja yang mencabar kekuasaannya

    baik dari golongan raja, sultan atau rakyat biasa. Nyamuk yang kita

    anggap makhluk yang kerdil tetapi mampu membunuh manusia tidak taat

    pada perintahNya.

    Lantas, segala kesilapan dan kekhilafan kita hendaklah kita beristighfar

    dengan memohon taubat pada Allah secepatnya. Sekiranya kita ada

    berlaku salah pada ibu bapa atau guru-guru marilah kita bersama-sama

    memohon ampun dan maaf agar kemurkaan Allah tidak menjengah di

    dalam kehidupan kita

    Taat itu tanda kepatuhan

    Ingkar itu punca penderhakaan

    Balasan allah tidak tertahan

    Pada mereka yang tiada ketaqwaan

    Makhluk kecil di hantar tuhan

    Nyamuk sebagai bala tentera

    Menyerang musuh hancur semua

    Inilah kuasa dari yang esa

    Al

    muddatsir :

    31

    Pengajaran

    Isu

    Berakhirlah sudah kisah Nabi Ibrahim dan Raja Namrud yang angkuh.

    Ketabahan Nabi Ibrahim mengalahkan keangkuhan Raja Namrud yang

    mengaku berkuasa. Sesungguhnya orang yag angkuh itu termasuk di

    dalam orang yang rugi. Semoga kisah ini memberi manfaat kepada kita

    semua

    Cantik sekali si burung nuri

    Penutup

  • 5/27/2018 Keangkuhan Raja Namrud

    5/5

    Hinggap sebentar di atas atap

    Seikhlas hati menyusun jari

    Memohin maaf dan silap

    Wabbilahi taufiq wal hidayah sekian aptb