Kayu
-
Upload
sherly-jewinly -
Category
Education
-
view
237 -
download
2
Transcript of Kayu
ASAS BAHAN DAN PEMBUATAN (RBT1044)NAMA AHLI KUMPULAN :
- EDALYIA ANAK AMIE- SYAFIYAH ‘ALIYAH BINTI
AZHAR- VENESSA PHANG IYWON
NAMA PENSYARAH :
PN ASMA BINTI MUDA
-2 PPISMP RBT-
(A) SIFAT UTAMA KAYU
Sifat utama kayu
Kekuatan Ketahanlasakan Kemasan rupa
Kekuatan
Faktor yang mempengaruhi kekuatan kayu
Ketumpatan
Struktur ira kayu
Kecacatan
Modulus keanjalan
KEKUATAN KAYU(1) KETUMPATAN• Jisim /isipadu.• Kayu yang berketumpatan tinggi lebih kuat daripada kayu yang
berketumpatan rendah.• Ketumpatan tinggi dinding sel kayu itu tebal• Kekuatan kayu amat bergantung pada ketebalan dinding sel kayu.
(2) STRUKTUR IRA KAYU• Mempengaruhi kekuatan kayu.• Kekuatan lenturan akan bertambah jika kecerunan ira kayu
berkurangan.• Jika ira kayu menghampiri atau selari dengan tepi kayu, kayu akan
mempunyai tegasan lentur terizin dan tegasan ricih terizin yang lebih tinggi.
(3) KECACATAN• Disebabkan oleh keadaan semula jadi – suasana tumbesaran
yang tidak normal, tiupan angin yang kuat dan kesan panahan petir.• Boleh berlaku ketika proses menebang, menggergaji dan
mengeringkan kayu.• Disebabkan oleh tindakan parasit, serangga dan cendawan.
(4) MODULUS KEANJALAN• Ialah tegasan dibahagi dengan terikan yang dialami oleh kayu.• Kayu yang kuat akan mengalami terikan yang kecil.• Menunjukkan modulus keanjalan adalah berkadar terus
dengan kekuatan kayu.
KETAHANLASAKANBanyak bergantung pada kandungan lembapan yang terdapat dalam kayu.
Kandungan lembapan• Kandungan air yang tinggi dalam kayu menggalakkan
pertumbuhan kulat dan menarik serangga perosak menyebabkan kayu rosak dengan cepat.• Kandungan lembapan balak yang baru ditebang adalah
antara 30% hingga 200%.• Pengeringan hendaklah dilakukan dengan sempurna
mengelakkan berlakunya kecacatan pada kayu.
KEMASAN RUPA• Balak yang ditebang dan dipotong mungkin mengalami kecacatan
semula jadi atau kecacatan akibat pengeringan.
• Boleh mencantikkan kemasan rupa, terutama apabila disapu dengan bahan kemasan lutsinar untuk menimbulkan rupa bentuk ira.
Kecacatan semula jadi
• Contoh: Rekah, pecah, terpiuh, menggeleding dan melengkung. (boleh mempengaruhi kemasan rupa kayu
Kecacatan akibat
pengeringan
(B) KEKUATAN TEGANGAN, KEKUATAN MAMPATAN, KEKUATAN RICIH DAN KEKUATAN LENTURAN STATIK (SIFAT-SIFAT KEKUATAN KAYU)Kekuatan• Kriteria utama menentukan kesesuaian penggunaan kayu
sebagai bahan binaan.• Keupayaan bahan ini melawan beban atau daya luar yang
dikenakan kepadanya, yang cuba menukar saiz atau mengubah bentuknya.• Sifat-sifat kekuatan kayu:(a) Kekuatan tegangan(b) Kekuatan mampatan(c) Kekuatan ricih(d) Kekuatan lenturan
(1) Kekuatan Tegangan
Merupakan sifat rintangan terhadap daya tegangan yang menarik kayu itu.
Dinyatakan dalam bentuk tegasan yang boleh ditanggung olehnya.
2 jenis kekuatan tegangan:(a) Kekuatan tegangan selari dengan ira(b) Kekuatan tegangan tegak kepada iraKekuatan tegangan selari dengan ira adalah jauh lebih tinggi
daripada kekuatan tegak kepada ira = mencapai 40 kali ganda pada keadaan kering udara.
Bergantung kepada kekuatan serat, panjang dan tentu-arahnya.
(2) Kekuatan mampatan
• Juga diperhatikan dalam arah selari dan arah tegak kepada ira.• Turut dinyatakan dalam bentuk tegasan.• Kayu lampung : Kekuatan mampatan selari dengan ira
adalah lebih kurang 1/3 hingga 1/2 kekuatan tegangan tegak dengan iranya.• Kayu keras: Kekuatan mampatan dan kekuatan tegangan
adalah hampir –hampir sama nilainya.• Kekuatan mampatan tegak kepada ira adalah antara 10%
hingga 30% daripada kekuatan maksimum selari dengan ira, dan mempunyai kaitan rapat dengan kekerasan kayu.
(3) Kekuatan ricih
• Merupakan sifat rintangan kayu itu terhadap daya yang cuba menggelangsarkan sebahagian daripada di atas bahagian yang lain.
Jenis ricihan
Ricihan selari
dengan ira
Ricihan tegak
kepada ira
Ricihan serong
Ricihan gelek
(A) RICIHAN SELARI DENGAN IRA• Dikenali juga sebagai ricihan ufuk.• Bagi kebanyakan kayu – kekuatan ricih selari dengan ira ( yang diambil
daripada purata nilai untuk satah jejari dan satah tangen) dalam lingkungan 10% hingga 15% daripada kekuatan tegangan selari dengan ira.
(B) RICIHAN TEGAK KEPADA IRA• Hanya berlaku kepada anggota kayu yang ditegaskan berlebihan dan
jarang diperhatikan secara berasingan(C) RICIHAN SERONG• Berlaku pada suatu satah lebih kurang 45˚ daripada satah memanjang.(D) RICIHAN GELEK• Disebabkan oleh beban yang melintangi kayu itu, di mana ricihan
terjadi pada satah-satah yang selari dan bersudut tegak dengan iranya, melalui tindakan serat-seratnya yang bergelek atas satu sama lain.• Hanya berlaku dalam bahan kayu yang dibuat daripada papan lapis.
(4) Kekuatan Lenturan Statik• Merupakan ukuran kekuatan bahan ini (sebagai sebatang rasuk) yang ditentukan melalui ujian lenturan statik.• Daripada ujian ini, dikirakan:(a) Tegasan serat atau tegasan lentur pada beban maksimum (modula patah)-Tegasan yang tebentuk dalam serat pada tepi contoh kayu ketika ia gagal atau patah(b) Modula kekenyalan(c) Kerja melentur• Jumlah kerja yang dilakukan untuk melentur contoh
rasuk kayu itu sehingga kepada peringkat tertentu.
PENGERINGAN KAYUKerja pembinaan kandungan lembapan kayu <
15%Merupakan 1 proses yang dijalankan sebelum kayu
digunakan
TUJUAN PENGERINGAN
Jadikan kayu lebih mudah
terbakar
Elak daripada serangan
serangga dan kulat
Kurangkan potensi kayu
daripada pecah, kecut, dan meleding
Tambah kekuatan,
ketahanlasakan dan senang dikerjakan
Memudahkan kerja
mengawet, menggilap, mengecat
Kurangkan berat kayu
PROSES PENGERINGAN
KAYU
JENIS KAYU
SAIZ KAYUKEADAAN
CUACA DAN LOKASI
CARA SUSUNAN
KAYU
KAEDAH PENGERINGA
N
KAEDAH PENGERINGAN
PENGERINGAN
TANUR
PROSES SEMULAJA
DI• Lambat, ambil masa yang panjang untuk kering
• Perlu susun secara teratur dan terlindung bawah bumbung
Kesan mutu kayu tidak sama• Proses ini bergantung kpd :
- Jenis kayu- Kandungan lembapan kayu- Cara susunan- Iklim semasa pengeringan
• masa yang singkat untuk kering
• kayu disusun secara semulajadi
Kesan hasilkan kayu kering secara seragam
• Stim dimasukkan dalam tanur di penghujung pengeringan untuk kurangkan keretakan & kawal mutu kayu
Jenis tanur :- tanur berbilik, tanur berperingkat, tanur jet stim, tanur berkipas luar, tanur berkipas dalam
KECACATAN KAYU
LUMUT
SERANGGA
SEMULAJADI
PEMPROSESAN
PENGERINGAN
SEMULAJADI SEMASA MENEBANG
KAYU
SELEPAS PENGERINGAN
- Gerigis- Parut- Buku
- Ira berpintal- Berongga
- Rekah cincin- Rekah bintang
- Rekah kipas- Rekah bulatan
- Pecah- Retak
- Terpiuh- Meleding
- Melengkung
KUMBANG PENGGEREK KAYU
REPUT KERING
Cacing kayu Kumbang perabot Kumbang lyctus Kumbang death
watch
Cendawan rosakkan kayu lembap.
Warna bertukar menjdi coklat, ringan dan retak.
Kayu boleh pecah.
PENGELASAN KAYU
Kayu Lembut
Kayu Keras Sederhana
Kayu Keras Berat
Kayu Keras
Ringan
KAYU KERAS BERAT
Mempunyai ketumpatan melebihi 880 kg/m3 Mempunyai kandungan lembapan sekitar 15% dan
mempunyai ketahanan semula jadi. Ketahanan kayu tersebut disebabkan oleh kehadiran
bahan toksik dalam tisu yang menjadi penghalang kepada agen perosak kayu
Kumpulan Nama Ketumpatan (Berat)(kg/m3)
Kelasakan semula jadi
Kayu Keras Berat
BALAU 975 Amat lasak
Balau Merah 880 Sederhana lasak
Bitis 1105 Lasak
CENGAL 945 Lasak
Giam 975 Amat lasak
KEKATONG 975 Sederhana lasak
Keranji 960 Sederhana lasak
MERBAU 880
Lasak, tetapi senang diserang perosak
RESAK 945 Amat lasak
KAYU KERAS SEDERHANA
• Mempunyai ketumpatan antara 720-880 kg/m3 dengan kandungan lembapan 15%.
• Sederhana, tahan lasak dan digunakan dalam pembinaan sederhana berat.
• Ketahanan kayu berubah pada iklim yang berbeza.Cth : ketahanan kayu dalam keadaan tropika < keadaan iklim sederhana #iklim ini kurang sesuai untuk kegiatan agen perosak kayu
Kumpulan Nama Ketumpatan (Berat)(kg/m3)
Kelasakan semula jadi
Kayu keras sederhana
Kasai 800 sederhana lasak
Kalat 800 Sederhana lasak
Keledang 800 Tidak lasak
KEMPAS 880 Tidak lasak
KERUING 800 Sederhana lasak
kulim 830 Sederhana lasak
Mata Ulat 880 Sederhana lasak
Mengkulang 750 Tidak lasak
Merpauh 750 Tidak lasak
Punah 720 Sederhana lasak
Rengas 830 Sederhana lasak
Simpoh 735 Tidak lasak
TUALANG 830 Sederhana lasak
KAYU KERAS RINGAN
• Ketumpatan kurang dari 720 kg/m3. • Kandungan lembapan 15%.#Kayu ini tahan dalam keadaan iklim sederhana tapi tidak tahan dalam iklim tropika. • Sebagai langkah penjagaan untuk menghindari kulat dan
serangga, ia perlu dirawat dengan pengawet
Kumpulan Nama Ketumpatan (Berat)(kg/m3)
Kelasakan semula jadi
Kayu keras ringan
BINTANGOR 690 Sederhana lasakDurian 690 Tidak lasak
Geronggang 545 Tidak lasakGerutu 690 Tidak lasak
JELUTONG 465 Amat tidak lasakKedondong 575 Sederhana lasak
Melantai 530 Tidak lasakMelunah 655 Sederhana lasak
Mempisang 675 Tidak lasakMeranti Bakau 675 Sederhana lasak
MERANTI 705 Sederhana lasakMerawan 690 Sederhana lasakMersawa 640 Sederhana lasakNYATOH 720 Sederhana lasak
Penarahan 595 Amat tidak lasakRAMIN 625 Amat tidak lasakSEPETIR 675 Sederhana lasak
KAYU LEMBUT
• Ringan• Ketumpatan antara 385-735 kg/m3• Gentian kayu awal dalam kayu lembut adalah berdinding
nipis dan • Mempunyai diameter jejari yang lebar. • Apabila musim hujan berubah ke musim kemarau dinding
gentian semakin rapat dan tebal.• Pada masa yang sama diameter jejari semakin mengecil. • Perubahan yang berlaku mengakibatkan tisu kayu akhir
lebih tumpat dan lebih keras daripada kayu awal• Contohnya Kayu Damar Minyak
Struktur Kayu
Ira Kayu
Gelang Tumbesaran
Teras Muda dan Kayu
Teras
Sel-sel Kayu
SEL-SEL KAYUSel – sel untuk kayu lampung memanjang dalam arah paksi utamanya.
Kayu awal mempunyai sel dinding yang nipis, manakala untuk kayu
akhir sel dindingnya tebal.
Kadang-kadang pada bahagian tertentu,sel-sel kecil yang dikenali
sebagai ruji empulur(medullary ray) menjalar di celah-celah trakeid
dari empulur hingga ke bahagian luar batang untuk menyalurkan
makanan arah berong.
IRA KAYU• Ialah arah serat-serat kayu dibandingkan dengan paksi utama sesuatu pokok atau sisi
memanjang sebatang kayu.
• Terdapat 6 jenis ira kayu iaitu ira lurus, lintang, serong, pusar, kait-punca dan ira
gelombang.
• Ira lurus – serat-seratnya selari dengan arah paksi pugak sesuatu balak.
• Ira lurus menyenangkan kerja gergaji.
• Ira lintang – serat kayu yang condong atau berubah – ubah arahnya daripada aksi pugak
balak.
• Keadaan ini akan berlaku apabila di kawasan buku kayu dan bengkak pokok.
• Ira serong – ialah kesan penggergajian di mana kayu berira lurus dipotong supaya
serat – seratnya tidak selari dengan paksi pugak balak.
• Ira pusar – terjadi apabila serat-serat mengikuti suatu laluan berlengkar sewaktu
pokok itu hidup(belum ditebang).
• Ira kait-punca – terjadi apabila serat-serat daripada gelan tumbesaran yang
berturutan berlawanan arahnya, ira jenis ini banyak terjadi kepada kayu-kayu tropika.
• Ira gelombong – apabila serat berubah-ubah secara tetap, di mana jika kita lukiskan
satu garis mengikutinya, garis jenis ini kelihatan seperti ombak.
Gelang Tumbesaran
• Ciri gelang tumbesaran adalah penting untuk mengenali atau
mengecam dan menentukan kualiti sesuatu kayu.
• Jumlah bilangan gelang tumbesaran bagi tiap satu sentimeter dalam
arah jejari keratan rentas balak menunjukkan kadar tumbesaran
pokok itu, yang dapat menggambarkan sifat – sifat kekuatan kayu
tersebut.
Teras muda dan kayu teras• Perbezaan warna antara teras muda dan kayu teras, iaitu teras muda mempunyai
warna yang lebih cerah, walaupun susah untuk dilihat bagi sesetengah jenis kayu.
• Bagi kayu lampung, teras muda adalah lebih lembap daripada kayu teras.
• Teras muda adalah lebih telap daripada kayu teras.
• Teras muda senang reput akibat dari diserang oleh perosak seperti cendawan dan
serangga kerana mempunyai sel-sel hidup yang mengandungi at-zat makanan
• Oleh itu, teras muda tidak sesuai untuk digunakan untuk binaan di luar bangunan
seperti landasan kereta api kecuali kayu ini diawet secukupnya.
PROSES PEMBUATANKAYU
PAPAN LAPIS
VENEER
PAPAN MDF
TERIMA
KASIH