Kata Baharu Atau Baru Digunakan Dalam Konteks Rumah Baharu

download Kata Baharu Atau Baru Digunakan Dalam Konteks Rumah Baharu

of 5

Transcript of Kata Baharu Atau Baru Digunakan Dalam Konteks Rumah Baharu

  • 7/22/2019 Kata Baharu Atau Baru Digunakan Dalam Konteks Rumah Baharu

    1/5

    Kata baharuatau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharudsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4,hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalamkonteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

    Soalan JawapanJenis

    Soalan

    Tarikh

    Soalan1. Yang manakah frasa yang betul dan diterimapakai? 'Pelan Bertindak Panitia Bahasa Melayu 'atau 'Pelan Tindakan Paniia Bahasa Melayu'2.Adakah frasa 'baru-baru ini' boleh ditukarmenjadi 'baharu-baharuini'?

    1. Frasa yang betul ialah Pelan Tindakan PanitiaBahasa Melayu

    2. Frasa "baru-baru ini" tidak boleh ditukarmenjadi "baharu-baharuini".

    Ejaan 03.04.2012

    saya ingin bertanya, mana yang betul? baju baruatau baju baharu? Satu lagi soalan saya,manayang betul? baru-baru ini atau baharu-baharuini. Berikan sebab. Sekian, terima kasih.

    Baju baru dan baju baharukedua-duanya bolehdigunakan kerana membawa makna yang sama,iaitu belum (tidak) ada sebelumnya. Manakala'baru-baru ini' adalah betul yang maksudnyabelum berapa lama lagi.

    Makna 25.11.2007

    assalamualiakum Saya keliru denganpenggunaan perkataan baharuatau baru.Contoh: Tahun Baru atau BaharuKereta Baru

    atau Baharuketua Perkhidmatan baharuAdakah perkataan baru telah di tukarkandengan ejaan baharu. sekian, terima kasih.

    Kata baharuatau baru digunakan dalam konteksrumah baharu, kasut baharu, tahun baharudsb.Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama

    wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new.Kata baru digunakan dalam konteks baru datang,baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb.Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

    Tatabahasa 07.07.2010

    Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataanbaharupadanannya 'new' Bagaimana pulaterbaru @ terbaharu . Umum mulamenggunakan TERBAHARU kerana beranggapanperkataan BARU sudah ditukar ejaannyamenjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INImenjadi BAHARU-BAHARUINI.. Bukankahperkataan yang berkaitan dengan masamenggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialahejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohonpenjelasan.

    Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkannewkepada baru dan baharu. Oleh itu, dalamkamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbarudan terbaharu bagi menandai latestdalambahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudaraakan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan,memperbaharu dan kebaharuan.

    Tatabahasa 26.09.2012

    antara baharudan baru tahun baharuatautahun baharuberita terbaharu atau berita baru

    Baharuditerjemahkan daripada new manakalabaru diterjemahkan daripada just. Penggunaanyang betul ialah tahun baharudan beritaterbaharu.

    Tatabahasa 24.01.2007

    Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentangpenggunaan perkataan 'baru' dan 'baharu'.Dalam kamus dewan, 'baru' boleh diguna untukmaksud 'just atau new', tetapi ada pihak yangpernah memberi teguran bahawa 'new'sepatutnya diguna perkataan 'baharu',contohnya 'Selamat Tahun Baharu', 'SelamatPengantin Baharu' 'rakan sejawat baharu'.Bolehkah 'baharu' dalam ungkapan di atasdigantikan dengan 'baru'? Terima kasih keranamembantu.

    Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, hal. 105, ejaanbaharuhendaklah merujuk entri baru. Terdapatperbezaan makna bagi baru selain bermaksud"yang belum ada" dan sebagainya, makna lainialah "baru sahaja berlaku" seperti " baru tiba","baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya, barumempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum adadan (ii) baru berlaku. Kata baharudigunakansecara baku dan sesuai untuk kata sepertipembaharuan.

    Makna 12.06.2008

    "Hi dbp. saye keliru baharuatau baru? konteksayat mana yang boleh digunakan untuk siswazahbaharuatau baru? baharudilantik atau barulantik? dsbnya."

    Baharuialah kata adjektif yang lazimnyadigunakan bagi padanan new dalam bahasaMelayu seperti buku edisi baharudan siswazahbaharu, dan baru ialah kata bantu. Kata barulazimnya digunakan seperti dalam konteks diabaru sampai dan baru sebentar tadi.

    Tatabahasa 03.01.2014

    Saya terasa keliru dengan penggunaanperkataan "baru" dengan "baharu" di mana padaSambutan Tahun Baru Cina Tahun ini sayamendapati iklan di televisyen menggunakanayat "Selamat Menyambut Tahun BaharuCina".

    Kata baharu/baru sebagai kata sifat sepertidalam tahun baru/baharucina, rumahbaru/baharu. Kata baharubukan menggantikankata baru tetapi ialah variasi kepada katatersebut. Kata baru sebagai kata bantu seperti

    Tatabahasa 23.03.2008

  • 7/22/2019 Kata Baharu Atau Baru Digunakan Dalam Konteks Rumah Baharu

    2/5

    Adakah perkataan "baharu" sudahpunmenggantikan perkataan "baru"? Terima kasih.

    dalam baru tiba,baru-baru ini.

    Assalamualaikum. Tuan, saya memohon Tuandapat memberi penjelasan mengenai duaperkataan di bawah ini kerana saya agak kelirudengan penggunaannya; (i) baru (ii) baharuMelalui pembacaan saya sebelum ini; baru

    merujuk kepada 'just'. contoh penggunaan: barusampai, dia baru tersedar, baru sahaja habis.manakala; baharumerujuk kepada 'new'.contoh penggunaan: baju baharu, pengantinbaharu, tahun baharu, adik baharuNamunbegitu timbul kekeliruan pada saya keranalazimnya 'baharu' tetap juga ditulis dengan'baru' seperti yang biasa ditemui: baju baru,pengantin baru, tahun baru, adik baru. Sayamohon Tuan dapat membantu tentangketepatan penggunaan perkataan 'baru' &'baharu'. Terima kasih, Tuan.

    Pendapat saudara memang benar, kita biasamelihat frasa 'kereta baru' atau 'kereta baharu'dan 'buku baru' atau 'buku baharu'. Oleh itu, katanewskerap diterjemahkan kepada baru ataubaharu. Namun begitu berbeza dengan kata justyang lazimnya diterjemahkan kepada baru sepertibaru sampai dan baru sebentar tadi.

    Tatabahasa 07.12.2011

    tolong jelaskan penggunaaan perkataan baru,baharudan bahru.

    Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalampenggunaan tempat baharu/baru,tahunbaharu/baru. Baru sebagai kata bantu sepertidalam baru-baru ini,baru tiba.

    Makna 04.02.2008

    Soalan JawapanJenis

    Soalan

    Tarikh

    Soalan

    Tuan/Puan Apakah perbezaan perkataanBAHARUdan BARU? Sebagai contoh:-Pelajar baharuatau pelajar baru Silabusbaharuatau silabus baru SkimPemarkahan baharuatau SkimPemarkahan baru Terima kasih di atasperhatian tuan/puan

    Kamus Dewan memberi makna baharusama denganbaru. Buku Tatabahasa Dewan membezakan fungsikedua-dua kata tersebut. Baharuialah kata adjektifyang lazim kita temui dalam ayat rumah baharudanpelajar baharu, manakala baru ialah kata bantu sepertidalam ayat dia baru sampai dari Terengganu. Untukgolongan pelajar, kami nasihatkan mengambil panduanyang ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan keranaKamus Dewan lebih kepada mengungkapkan maknasesuatu kata bukannya panduan dalam berbahasa.

    Tatabahasa 29.01.2013

    Tuan, Saya ingin menanyakan soalan iaituapakah perbezaan antara perkataan'baru', 'baharu',dan 'bahru'

    Menurut Kamus Dewan baru dan baharusebagai kataadjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumahbaru/baharu, kawan baru/baharudan keretabaru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantuperkataan baru sahaj digunakan seperti baru sampaidan baru sebentar tadi. Manakala perkataan bahruhanya ditemukan dalam penamaan tempat, iaitu JohorBahru. Dan satu lagi bentuk ejaan yang ada bagi namatempat ialah Kota Bahru. Hal ini tidak dapatdiselaraskan kerana nama-nama tempat tersebut telahdiwartakan.

    Ejaan 11.07.2012

    Sesetengah "pakar bahasa' mengatakanbahawa "baharu"membawa maksud "new'dan "baru" pula bermaksud "just,justnow',oleh itu,hanya "Tahun Baharu' bolehdigunakan dan "Tahun Baru" adalah tidakbaku.Betulkah kenyataan ini? sekianterima kasih. Lui Lep Ming

    Kata baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalamtahun baru/baharucina, rumah baru/baharu. Katabaharubukan menggantikan kata baru tetapi ialahvariasi kepada kata tersebut. Kata baru sebagai katabantu seperti dalam baru tiba,baru-baru ini. Oleh yangdemikian penggunaan 'Tahun Baharu' dan 'Tahun Baru'kedua-duanya boleh digunakan.

    Tatabahasa 19.02.2011

    antara baharudan baru tahun baharuatau tahun baru berita terbaharu atauberita baru

    Baharuditerjemahkan daripada new manakala baruditerjemahkan daripada just. Penggunaan yang betulialah tahun baharudan berita terbaharu.

    Tatabahasa 24.01.2007

    MANA YANG BETUL AMANAT TAHUN BARUATAU AMANAT TAHUN BAHARU

    Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu"boleh digunakan. Perkataan baru atau baharudigunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumahbaru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini

    Tatabahasa 03.01.2013

  • 7/22/2019 Kata Baharu Atau Baru Digunakan Dalam Konteks Rumah Baharu

    3/5

    ialah kata sifat atau adjektif.Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba ataubaru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baruialah kata bantu.

    yang mana satu betul? 1. Tahun baharu2. Tahun baru Terima kasih.

    Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu"boleh digunakan. Perkataan baru atau baharudigunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah

    baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks iniialah kata sifat atau adjektif.Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba ataubaru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baruialah kata bantu.

    Tatabahasa 16.02.2013

    "Senarai Bahan Baru" dan "Senarai BahanBaharu". Mana yang betul. Sekian, terimakasih.

    Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu"boleh digunakan. Perkataan baru atau baharudigunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumahbaru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks iniialah kata sifat atau adjektif.Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba ataubaru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baruialah kata bantu.

    Lain-lain 05.02.2014

    tidak jelas akan penggunaan perkataan-perkataan berikut: 1. baru 2. baharu3.bahru

    Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal.105, ejaanbaharuhendaklah merujuk entri baru. Baharusebagaikata adjektif seperti dalam penggunaan "baju baharu","rumah baharu". Kata baru pula sebagai kata bantuseperti dalam penggunaan "baru sampai" dan "baru-baru ini". baharupula, adalah untuk ejaan JohorBaharusahaja. harap mkalum.

    Tatabahasa 02.01.2008

    Perbezaan antara perkataan baru danbaharu. Mohon pengesahan bagipenggunaan perkataan baru atau baharubagi permohonan atau borangpermohonan. Contoh permohonan baruatau permohonan baharu.

    Kedua-duanya betul, iaitu permohonan baru danpermohanan baharu, dan baru/baharudi sinimenunjukkan kata sifat.

    Tatabahasa 07.11.2013

    Bolehkah Tahun Baru Cina ditukar kepadaTahun BaharuCina spt yg digunakan dlmbuku teks baharuBahasa Malaysia Tahun1? Bagaimanakah hendak membezakan

    penggunaan baru dengan baharu? Terimakasih.

    Perkataan 'baharu' sebagai kata adjektif waktu yangmembawa pengertian konsep masa sebagai unsurketerangan seperti 'tahun baharu', 'rumah baharu'.Perkataan 'baru'sebagai kata bantu aspek digunakanuntuk menunjukkan suasana perbezaan masa seperti

    'barusampai', 'baru-baruini'. Oleh itu, frasa yangtepat ialah 'Tahun BaharuCina'.

    Lain-lain 05.01.2011

    Soalan JawapanJenis

    Soalan

    Tarikh

    Soalan

    Jika'baru'bermaksud' just', 'baharu' bermaksud'new'. Adakah untuk pelajar yang baru mendaftardigelar' pelajar baharu' atau 'pelajar baru' ? 'pensyarah baru' atau'pensyarah baharu'? Terimakasih

    Puan Wong,Kata "baharuatau baru" digunakan dalamkonteks rumah baharu, kasut baharu, tahunbaharu, pelajar baharudsb. Mengikut KamusDewan Edisi 4, bermaksud belum adasebelumnya, belum lama wujud.Padanan bahasaInggerisnya ialah new.Kata baru digunakandalam konteks baru datang, baru kelihatan,

    baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasaInggerisnya ialah just.

    Tatabahasa 26.02.2009

    saya kurang faham mengenai perkataanbaharu..sila jelaskan,terimah kasih..

    Baharuialah kata adjektif seperti Rumahbaharudan Kasut baharu.

    Tatabahasa 05.07.2012

    Saya ingin tahu perbezaan penggunakan kata'baru' dengan 'baharu' contoh Tahun BaharuatauTahun baru. Terima kasih

    Kata baharu/baru sebagai kata sifat sepertidalam penggunaan tahun baharu/baru. katabaru sebagai kata bantu seperti dalampenggunaan baru tiba, baru-baru ini.

    Ejaan 09.02.2008

    Saya ada satu soalan untuk diutarakan berkaitan Pengguna atau penutur bahasa Melayu kadang- Makna 29.10.2008

  • 7/22/2019 Kata Baharu Atau Baru Digunakan Dalam Konteks Rumah Baharu

    4/5

    penggunaan perkataan BARU dan BAHARU. Sayadapati terdapat banyak iklan-iklan di televisyensekarang menggunakan perkataan BAHARU.Adakah penggunaanya betul? Setahu sayaBAHARUmeruapakan perkataan lama yang sudahdigantikan dengan perkataan BARU dan BAHARUdigunakan untuk ibu negeri Johor iaitu JohorBaharu. Saya harap pihak DBP dapat menjawab

    soalan yang saya utarakan ini. Terima Kasih.

    kadang terkeliru tentang penggunaan katabaharudan baru. Untuk makluman, baharuialah kata adjektif manakala baru merujukkepada kata bantuuntuk masa. Sebagaiperbandingan, kata barudalam bahasa Melayudapat disamakan dengan kata justdalam bahasaIngeris. Manakala kata baharudapat disamakandengan kata newdalam bahasa Inggeris.

    Sebagai contoh perbandingan penggunaankedua-dua kata ini seperti yang berikut: 1.Surat itu baru sahaja diterima oleh emak pagitadi. 2. Baru-baruini harga petrol telah naiksecara mendadak. 3. Barusahaja Aminmembuka pintu, kedengaran seseorangmemanggilnya dari luar pagar rumahnya. 4.Kami mengucapkan selamat tahun baharukepada keluarga Ah Chew. 5. Ali kelihatanbergaya apabila memandu kereta baharuyangdibelinya semalam. 6. Kami sekeluarga sedangmenonton drama kesukaan ramai, Dunia BaharuAnita. Setiap penutur boleh sahaja memberikantafsiran tentang asal usul sesuatu perkataan itu.Mungkin dalam hal ini, saudara bolehmendapatkan Kamus Etimologi dan Kamus yang

    ditulis oleh Wilkinson untuk melihat tentangpembinaan sesuatu perkataan atau ejaan itu.Ejaan untuk Johor Baharuyang diguna pakaisekarang ini ialah Johor Bahru. Terima kasih.

    nak tanya maksud " media baharu".harap dapatdijelaskan. terima kasih

    Maklumat tentang "media baharu" tidak adadalam pangkalan data kami. Media baharuialahkonsep baharudalam bidang komunikasi. Olehitu, sila rujuk Jabatan Media dan Komunikasi diIPTA untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    Istilah 17.04.2012

    as-salam.tuan,tolong jelaskan perbezaan antara'baru' dengan 'baharu' .

    Kamus Dewan memberi makna baharusamadengan baru. Buku Tatabahasa Dewanmembezakan fungsi kedua-dua kata tersebut.Baharuialah kata adjektif yang lazim kitatemui dalam ayat rumah baharudan pelajarbaharu, manakala baru ialah kata bantu sepertidalam ayat dia baru sampai dari Terengganu.

    Tatabahasa 23.07.2013

    Saya ingin mendapatkan kepastian mengenaipenggunaan perkataan "baharu". Adakahperkataan baharuadalah sama makna denganbaru?

    Menurut Kamus Dewan, baharuatau barubermaksud membaharui, memperbaharui,membaiki semula (melakukan sesuatu,mengubah, dll). Bagi menjawab pertanyaansaudara, "baru" kebiasaannya merujuk kepadamasa, bagi membantu, dalam bahasa Inggeris,kata "just" digunakan untuk mempamerkanpenggunaan kata ini. Contoh ayatnya, Dia barutiba dari Kuala Lumpur. Kata "baharu" pulamerujuk kepada sesuatu yang baru. Terjemahandalam bahasa inggerisnya, "new" , termasukdigunakan untuk barang-barang. Contoh , BukuTatabahasa Dewan Edisi Baharu.

    Makna 24.04.2009

    Penggunaan perkataan bau dan baharu

    Kata baharuatau baru digunakan dalam konteksrumah baharu, kasut baharu, tahun baharu

    dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131bermaksud belum ada sebelumnya,belum lamawujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new.Kata baru digunakan dalam konteks barudatang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baruini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just.

    Tatabahasa 20.07.2010

    apa perbezaan antara perkataan 'baru' dan'baharu'? A) baju baru B) baju baharu, yang manasatu betul?

    Kedua-duanya betul, iaitu baju baru dan bajubaharu, dan baru/baharudi sini menunjukkankata sifat.

    Ejaan 17.06.2009

    APAKAH PERBEZAAN PERKATAAN BAHARU, BARU Perkataan baharuatau baru sebagai kata sifat Tatabahasa 31.12.2008

  • 7/22/2019 Kata Baharu Atau Baru Digunakan Dalam Konteks Rumah Baharu

    5/5

    DAN BAHRU? JELASKAN JUGA CONTOHPENGGUNAAN AYAT.

    digunakan dalam konteks tahun baharuatautahun baru, kereta baharuatau kereta baru,orang baharuatau orang baru. Perkataan bahrudigunakan bagi nama bandar Johor Bahru.Walau bagaimanapun perkataan baru hanyadigunakan dalam konteks baru tiba, baru selesaiatau baru-baru ini.