Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama - umexpert.um.edu.my · dan Tafsir Quran Marbawi. Semoga karya...
Transcript of Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama - umexpert.um.edu.my · dan Tafsir Quran Marbawi. Semoga karya...
KAR
YA T
AFS
IRNUS
ANTA
RA
KARYA TAFSIR NUSANTARA
Sega
la p
uji b
agi A
llah
SWT,
sel
awat
dan
sal
am k
epad
a ju
njun
gan
besa
r Nab
i M
uham
mad
SAW
, kel
uarg
a se
rta
saha
bat-s
ahab
at b
agin
da s
elur
uhny
a.K
eber
adaa
n ka
rya
tafs
ir nu
sant
ara
men
ggam
bark
an b
ahaw
a da
erah
nus
an-
tara
ini k
aya
deng
an u
lam
a se
rta
mam
pu m
elah
irkan
muf
asir
yang
set
andi
ng
deng
an b
angs
a-ba
ngsa
lai
n. I
a ju
ga m
embu
ktik
an b
ahaw
a pe
rkem
bang
an
ilmu
tafs
ir itu
ber
sifa
t uni
vers
al s
erta
mam
pu d
ikec
api o
leh
selu
ruh
penc
inta
ilm
u se
lagi
mer
eka
bers
ungg
uh-s
ungg
uh d
alam
dis
iplin
ilm
u ya
ng d
itunt
ut.
Dal
am b
uku
ini p
enyu
sun
men
yajik
an d
enga
n be
bera
pa k
arya
ula
ma
nusa
n-ta
ra s
ebag
ai p
enge
nala
m a
sas
terh
adap
kar
ya ta
fsir
nusa
ntar
a. A
ntar
a ka
rya
yang
dib
inca
ngka
n ia
lah
Al-F
urqa
n Fi
Taf
sir
Al-Q
uran
, Taf
sir
Al-I
briz
, Taf
sir
Al-A
zhar
, Taf
sir A
l-Qur
n A
l-Maj
d A
n-N
r, T
afsi
r Tur
jum
n A
l-Mus
tafd
, Taf
sr
Al-Q
ur
n A
l-ak
m, T
afsi
r A
br A
l-Ath
ir, T
afsi
r R
ahm
at, T
afsi
r Q
uran
Kar
im
dan
Tafs
ir Q
uran
Mar
baw
i.Se
mog
a ka
rya
ini d
apat
mem
beri
man
faat
kep
ada
sem
ua y
ang
mem
baca
nya.
D
ipoh
on ju
ga a
gar
dapa
t m
embe
ri pe
nam
bahb
aika
n da
lam
sus
unan
, fak
ta,
data
dan
idea
yan
g di
kete
ngah
kan
sert
a ke
khila
fan
yang
ber
laku
.
Siri P
erta
ma
C M Y CM MY
CY CMY
K
FIN
AL
KULI
T 6X
9..p
df
1 2
1/4/
2017
4:
19:3
7 PM
Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama
KARYA TAFSIR N USANTARA
SEDEK ARIFFIN
Penulis Bersama
Muhammad E lman Bin Ahmad Nazri Siti Azwanie Binti Che Omar Ubaidah Binti Abdul Kadir
Suriyani Binti Jamil Aizuddin Bin Omar Siti Atiqah Ismail Aisyah Abdullah Dodi Irawan Dhia Uddin Mufarihah Isna Mutia
Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya 2017
Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama
Cetakan Pertama 2017 -Quran dan Al-Hadith
Hak Cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Dr. Sedek Ariffin, Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur. ISBN 978-967-5534-70-6
Diterbit oleh Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith
Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur Malaysia
Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama
KANDUNGAN
Prakata Penyusun v
Penghargaan vi
1 Elemen Nusantara Dalam Karya Al-Furqan Fi Tafsir Al-Quran: 1 Karya A. Hassan Bandung
2 Metodologi K.H Bisri Mustofa Dalam Pentafsiran Al-Quran: 21 Analisis Terhadap Karya Tafsir Al- -Quran Al-Aziz
3 Metodologi Hamka Dalam Pentafsiran Al-Quran: Analisis 41 Terhadap Tafsir Al-Azhar
4 Metodologi Teungku Muhammad Hasbi Ash Shiddieqy Dalam 63 Penafsiran Al- -
-
5 - Karakteriti Metode Dan Corak 93 Penafsiran Syeikh Abdul Rauf Al-Singkili
6 Metodologi Mustafa Abdul Rahman Dalam Pentafsiran Al- 103 -
Al-
7 Metodologi Ahmad Sonhadji Dalam Pentafsiran Al-Quran: 129 Analisis Terhadap Karya Tafsir Abru Al-Athir
8 Elemen Nusantara: Penelitian Terhadap Metodologi Tafsir Quran 149
Idris Al-Marbawi
9 Metodologi Mahmud Yunus Dalam Pentafsiran Al-Quran: 169 Analisis Terha
10 195 Analisis Terhadap Kitab Tafsir Rahmat
11 Metodologi Prof. Dr. Muhammad Quraish Shihab Dalam 213 Pentafsiran Al- -Mi b
Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama
PRAKATA PENULIS
Sesungguhnya Kamilah yang menurukan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.(al-Hijr: 9)
Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda seluruhnya. Keberadaan karya tafsir nusantara menggambarkan bahawa daerah nusantara ini kaya dengan ulama serta mampu melahirkan mufasir yang setanding dengan bangsa-bangsa lain. Ia juga membuktikan bahawa perkembangan ilmu tafsir itu bersifat universal serta mampu dikecapi oleh seluruh pencinta ilmu selagi mereka bersungguh-sungguh dalam disiplin ilmu yang dituntut.. Dalam buku ini penyusun menyajikan dengan beberapa karya ulama nusantara sebagai pengenalam asas terhadap karya tafsir nusantara. Antara karya yang dibincangkan ialah Al-Furqan Fi Tafsir Al-Quran, Tafsir Al-Ibriz, Tafsir Al-Azhar, Tafsir Al- - , - , Al- - , Tafsir Abru Al-Athir, Tafsir Rahmat, Karim dan Tafsir Quran Marbawi. Semoga karya ini dapat memberi manafaat kepada semua yang membacanya. Dipohon juga agar dapat memberi penambahbaikan dalam susunan, fakta, data dan idea yang diketengahkan serta kekhilafan yang berlaku.
Dr. Sedek bin Ariffin Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur, Malaysia Hp: +6 019 270 6510 [email protected]
Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT dan selawat serta salam atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w Rasul pilihan yang membawa rahmat ke atas seluruh penghuni alam dan juga ke atas ahli keluarga baginda SAW serta kepada para sahabat dan para pejuang pencinta kebenaran. Rasa kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT atas nikmat yang tidak terhingga yang telah diberikannya sehingga dapat menyempurnakan penulisan buku ini. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga buat ayahanda dan bonda tercinta yang telah mendoakan kejayaan serta kebahagian penyusun. Sekalung kasih buat isteri tercinta Hajjah Siti Sarah Wahidah yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan serta tawa riang permata hati Abu Bakar, Uwais Al-Qarni, Muhammad 'Akasyah, Luqman Al-Hakim dan Siti Fatimah Az-Za . Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua komuniti Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur, iaitu
Fauzi Deraman, Profesor Madya Dr. Mustaffa Abdullah, Profesor Madya Dr. Ishak Suliaman, Dr. Khadher Ahmad, Dr Monika @ Munirah Abd Razzak, Dr Faisal Ahmad Shah, Dr. Thabet Ahmad Abdallah Abu Alhaj dan Puan Norlina Istar. Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada para sahabat yang turut serta memberikan galakan dan bantuan dalam menghasilkan buku ini. Semoga ianya bermanfaat kepada umat Islam dan menjadi hujjah kepada penulis di hadapan Allah SWT di hari akhirat nanti.
Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama
Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama
ELEMEN NUSANTARA DALAM KARYA AL -FURQAN FI TAFSIR AL-QURAN: KARYA A. HASSAN BANDUNG
1Muhammad Elman Bin Ahmad Nazri.
2Dr. Sedek Bin Ariffin.
ABSTRAK Al-Furqan Fi Tafsir Al-Quran karya A. Hassan Bandung merupakan salah satu tafsir yang terkenal dan masyhur di Nusantara khususnya di Negara Indonesia. Metode yang digunakan sepanjang kajian ini ialah metode pengumpulan data. Kajian Nusantara ini mendedahkan latar belakang dan biografi penulis tafsir secara terperinci agar dapat diambil manfaat daripada kisah kehidupan penulis tafsir ini, juga bagaimana beliau menghabiskan masa kehidupannya untuk ilmu, guru-guru, rakan-rakan, keluarga serta karya-karya yang sempat dikarang oleh beliau. Kajian ini mengfokuskan terhadap tafsir Al-Furqan Fi Tafsir Al-Quran bagi mengetahui apakah gaya atau metodologi pentafsiran yang digunakan oleh A. Hassan Bandung, serta mengenal pasti elemen kenusantaraan yang wujud di dalam tafsir A. Hassan Bandung, juga kelebihan dan kekurangan yang dapat dikenal pasti sepanjang meneliti tafsir ini. Hasil daripada dapatan kajian ini, penulis berharap agar Al-Quran dan As-Sunnah dapat disuburkan dan disebarkan di dalam masyarakat setempat dengan hikmah bijaksana serta dapat menghilangkan sikap taqlid dan kejumudan yang telah lama bersarang dalam masyarakat agar dapat melahirkan individu muslim kelas pertama. Kesimpulannya, tafsir ini merupakan salah satu tafsir terbaik yang perlu dikaji dan difahami agar dapat mengambil ibrah daripadanya. Kata Kunci : Tafsir, Al-Furqan, A. Hassan Bandung, PERSIS, Nusantara PENDAHULUAN Tafsir Al-Quran merupakan salah satu cabang ilmu yang semakin berkembang hari demi hari khususnya dalam dunia umat islam masa kini. Ilmu tafsir Al-Quran membincangkan secara terperinci ayat-ayat Al-Quran dari pelbagai sudut. Ilmu tafsir Al-
3 merupakan tafsir yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran, hadis Nabi s.a.w dan
1 Pelajar Sarjana Usuluddin, Jabatan Al-Quran dan Hadis, APIUM sesi 2016/2017 2 Pensyarah Kanan, Jabatan Al-Quran dan Hadis, APIUM sesi 2016/2017 3 Solah Al- -Darisin Bi Manahij Al-Mufassirin, Maktabah Dar Al-Qalam, Dimasyqi, hal 199
Karya Tafsir Nusantara Siri Pertama
METODOLOGI TEUNGKU MUHAMMAD HASBI ASH SHIDDIEQY DALAM PENAFSIRAN AL -
TERHADAP TAFSIR AL - -
86Siti Atiqah Binti Ismail 87Dr. Sedek Bin Ariffin
ABSTRAK
Tafsir Al- - -Teungku Muhammad Hasbi Ash-Shiddieqy merupakan salah satu tafsir yang terkenal di Nusantara khususnya di Indonesia. Metode yang digunakan dalam kajian ini adalah secara pengumpulanan data. Dalam kajian ini, penulis telah mengemukakan secara terperinci mengenai latar belakang penulis kitab, perjalanan beliau dalam menuntut ilmu, karya-karya yang telah ditinggalkan, pendapat-pendapat sarjana terhadap beliau serta mengetengahkan beberapa corak pemikiran modern yang diperkenalkan oleh T.M Hasbi dengan tujuan yang tertentu. Kajian juga lebih tertumpu kepada Tafsir An-mengetahui metode penulisan dan penafsiran T.M Hasbi sebagai bukti ianya tafsir Nusantara dengan ciri-ciri kenusanteraan yang dimasukkan dalam penafsiran kitab tafsirnya dari sudut pemerhatian dan pembacaan penulis. Hasil dapatan daripada kajian ini, penulis mencadangkan agar setiap individu perlu merasakan bahawa diri mereka memainkan peranan yang penting dalam penyebaran ilmu kepada masyarakat khususnya ilmu tafsir. Kesimpulannya, ilmu tafsir sangatlah penting dan perlu disampaikan supaya al-Quran yang diturunkan untuk manusia sekalian alam dapat melahirkan individu-individu yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik bahkan memiliki sahsiah yang terpuji. Kata kunci : Tafsir An-Tafsir Indonesia. PENDAHULUAN
Al-Quran merupakan sumber rujukan utama bagi umat Islam. Justeru, ianya sangat penting untuk dipelajari dan difahami oleh seluruh lapisan masyarakat. Bermulanya kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada kurun ke 15. Ianya telah menjadi titik tolak kepada pengajian al-Quran. Pengajian al-Quran telah mula diperkenalkan sejak agama Islam sampai dan diterima oleh penduduk disini. Amat tidak munasabah sekiranya para pendakwah yang menyampaikan seruan Islam, hanya menyampaikan Islam sahaja tanpa
86 Pelajar Sarjana Usuluddin, Jabatan al-Quran dan al-Hadis, APIUM sesi2016/2017 87 Pensyarah Kanan, Jabatan al-Quran dan al-Hadis, APIUM sesi 2016/2017