kandungan - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/2017LKAN_s1ri2/negeri/aktivit1/2 AK KDH.pdf ·...
-
Upload
trinhhuong -
Category
Documents
-
view
245 -
download
0
Transcript of kandungan - intosaiitaudit.orgintosaiitaudit.org/2017LKAN_s1ri2/negeri/aktivit1/2 AK KDH.pdf ·...
P
PENGURPENGU
KET
RUSANURUSA
N
Jab
LATUA A
TAH
N AKTIVAN SYA
NEGES
atan Aud
APORAAUDIT HUN 2
VITI JABRIKAT
ERI KSIRI 2
dit Nega
AN NEGA
2017
BATAN KERAJ
EDAH2
ara Mala
ARA
N/AGENJAAN N
H
ysia
NSI DANEGER
AN I
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │iii
KANDUNGAN
vii PENDAHULUAN
xi INTI SARI LAPORAN
AKTIVITI JABATAN/AGENSI DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
3 JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
Pengurusan Hasil Pembalakan
45 JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH
Pengurusan Skim Bantuan Am
74 MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Pengurusan Cukai Taksiran
104 PERBADANAN MENTERI BESAR KEDAH
Kedah Agro Holdings Berhad
133 PENUTUP
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │vii
PENDAHULUAN
1. Perkara 106 dan 107 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957
menghendaki Ketua Audit Negara mengaudit Penyata Kewangan Kerajaan Negeri,
Pengurusan Kewangan dan Aktiviti Jabatan/Agensi Negeri. Seksyen 5(1)(d) Akta Audit
1957 serta Perintah Audit (Akaun Syarikat) 2017 pula memberi kuasa kepada Ketua
Audit Negara untuk mengaudit sesebuah syarikat yang didaftarkan di bawah Akta
Syarikat 1965 yang menerima geran/pinjaman/jaminan daripada Kerajaan Persekutuan
atau Kerajaan Negeri dan sesebuah syarikat di mana lebih daripada 50% modal saham
berbayar dipegang oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau Agensi Kerajaan
Persekutuan/Negeri.
2. Pengauditan prestasi telah dijalankan selaras dengan Seksyen 6(d), Akta Audit
1957 serta berpandukan kepada piawaian pengauditan antarabangsa yang dikeluarkan
oleh International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI). Laporan saya
ini mengandungi Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri
Kedah bagi tahun 2017 Siri 2 mengenai perkara yang telah diperhatikan hasil daripada
pengauditan yang telah dijalankan terhadap aktiviti di dua (2) Jabatan, satu (1) Agensi
dan satu (1) Syarikat Kerajaan Negeri.
3. Pemerhatian Audit daripada pengauditan tersebut telah dikemukakan kepada
Ketua Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri berkenaan. Ketua-ketua
Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri juga telah dimaklumkan mengenai isu-isu
berkaitan semasa Exit Conference yang diadakan sebelum laporan ini disediakan.
Sehubungan itu, hanya penemuan Audit yang penting sahaja yang dilaporkan dalam
laporan ini. Laporan berkenaan juga telah dikemukakan kepada Setiausaha Kerajaan
Negeri Kedah. Bagi menambah baik kelemahan yang dibangkitkan atau bagi
mengelakkan kelemahan yang sama berulang, saya telah mengemukakan sebanyak
22 syor untuk diambil tindakan oleh Ketua Jabatan/Agensi/Syarikat Kerajaan Negeri
berkenaan.
4. Auditor General’s Dashboard yang mula dilaksanakan pada 31 Mei 2013
memaparkan isu dan status terkini tindakan Laporan Ketua Audit Negara. Mekanisme
ini berjaya membantu Jabatan/Agensi Kerajaan untuk menyalurkan maklum balas
dengan cepat dan pantas. Ini membuktikan komitmen dan keprihatinan Kerajaan dalam
menjelaskan kedudukan terkini isu Laporan Ketua Audit Negara serta menyalurkan
status tindakan yang telah diambil kepada pihak awam.
5. Saya berharap laporan ini akan digunakan sebagai asas untuk memperbaiki
segala kelemahan, memantapkan usaha penambahbaikan, meningkatkan akauntabiliti
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │viii
dan integriti serta mendapat value for money bagi setiap perbelanjaan yang dibuat
seperti mana yang dihasratkan oleh Kerajaan.
6. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pegawai
Jabatan/Agensi dan Syarikat Kerajaan Negeri yang telah memberikan kerjasama
kepada pegawai saya sepanjang pengauditan dijalankan. Saya juga ingin menzahirkan
penghargaan dan terima kasih kepada pegawai saya yang telah berusaha gigih serta
memberikan sepenuh komitmen untuk menyiapkan laporan ini.
Putrajaya
2 November 2018
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xi
INTI SARI LAPORAN
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
1. Pengurusan Hasil Pembalakan
a. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) bertanggungjawab memberi nasihat
kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berkaitan pentadbiran sumber hutan Negeri
untuk penghasilan pendapatan yang optimum kepada Kerajaan. JPNK bertindak
sebagai agensi pelaksana terhadap dasar dan penguatkuasaan undang-undang
perhutanan serta mengurus sumber hutan selaras dengan Dasar Perhutanan
Negara (DPN). Objektif DPN menghendaki hutan diurus berdasarkan kepada prinsip
pengurusan hutan secara berkekalan iaitu melindungi alam sekitar dan memelihara
kepelbagaian hayat, sumber-sumber genetik dan meningkatkan penyelidikan dan
pendidikan. Akta Perhutanan Negara 1984 (APN 1984) telah diwartakan pada
31 Disember 1984 manakala APN 1984 (Pindaan 1993) diterima pakai pada
3 Disember 1994. Ia digubal bagi memperkukuh serta melicinkan objektif yang
digariskan dalam DPN. Bagi pemakaian di peringkat negeri, APN 1984 telah
diterima pakai sebagai Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 (Enakmen)
pada 19 November 1985. Berasaskan Seksyen 111 Akta ini, Kaedah-Kaedah Hutan
1989 Negeri Kedah telah diwujudkan. Seksyen 3 APN 1984 membenarkan Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) melantik Pengarah Perhutanan Negeri dan pegawai
Jabatan Perhutanan untuk mengurus hutan negeri. Pelaksanaan pengurusan hasil
pembalakan di Negeri Kedah berdasarkan Kaedah-Kaedah Hutan (KKH) 1989
Negeri Kedah mengikut kadar yang ditetapkan. Antara hasil hutan seperti bayaran
royalti, premium dan caj lain bagi setiap pokok sama ada yang ditebang, digergaji,
ditukar bentuk, dipungut atau dipindahkan di bawah sesuatu lesen mengikut kadar
yang ditetapkan. Seksyen 60 (1) APN 1984 pula menetapkan bayaran ses
pembangunan dikenakan ke atas hasil balak yang dikeluarkan daripada Hutan
Simpan Kekal (HSK) dan Tanah Kerajaan (TK) mengikut kadar yang dinyatakan
dalam Jadual Ketiga APN 1984 bagi tujuan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan.
Hasil hutan Negeri Kedah bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 ialah sejumlah
RM144.24 juta. Manakala peruntukan dan perbelanjaa pula dalam tempoh yang
sama ialah sejumlah RM48.71 juta dan RM42.62 juta masing-masing. Pada akhir
tahun 2016, keluasan HSK adalah 341,976 hektar di mana sebanyak
335,775 hektar merupakan kawasan hutan darat dan 6,201 hektar merupakan hutan
paya laut. Kawasan HSK meliputi 36.2% daripada 943,468 hektar keluasan
keseluruhan Negeri Kedah.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xii
b. Pengauditan yang dijalankan pada bulan November 2017 hingga
Februari 2018 merumuskan perkara berikut:
i. Prestasi Aktiviti Pembalakan
Prestasi pencapaian keluasan kawasan usahasil yang dilaksanakan oleh JPNK
adalah baik di mana jumlah kawasan hutan yang diusahasilkan adalah
mematuhi jumlah keluasan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan
oleh Majlis Tanah Negara. Pencapaian keluasan CTT dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) adalah 99.9% dan 40.2% bagi dua (2) tahun
pertama Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) (2016 hingga 2017)
berbanding dengan sasaran. Pengeluaran lesen pembalakan untuk tempoh tiga
(3) tahun mencatatkan penurunan pada tahun 2017 berbanding tahun 2016 dan
2015. Prestasi kutipan hasil hutan bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 adalah
baik di mana sejumlah RM144.24 juta berjaya dikutip berbanding dengan
anggaran yang ditetapkan iaitu RM135.42 juta (106.5%). Kutipan hasil hutan ini
menyumbang 8.8% daripada jumlah keseluruhan hasil negeri yang berjumlah
RM1,645.36 juta.
ii. Pengurusan Aktiviti Pembalakan
Pengurusan aktiviti pembalakan belum mencapai tahap kecekapan yang
optimum kerana terdapat penyimpangan di mana berlaku kelewatan untuk
menyelesaikan pewartaan pindaan dan ketidakseragaman kadar premium yang
dikenakan kepada pengusaha serta perbezaan pemberian kawasan
pembalakan yang sebenar berbanding yang dluluskan boleh menjejaskan
prestasi dan pengurusan kutipan hasil Kerajaan. Selain itu, ketidakpatuhan
terhadap peraturan Kerajaan berkaitan pelupusan barang rampasan, kelewatan
kutipan hasil premium serta ketidakpatuhan terhadap syarat pelesenan juga
memberi implikasi kepada pengurusan hasil.
c. Penemuan Audit utama yang perlu diambil perhatian oleh pihak JPNK adalah
seperti berikut:
i. pindaan Kadar-kadar Kaedah-Kaedah Hutan 1989 Negeri Kedah yang
diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sejak tahun 2014
belum diwartakan;
ii. kadar premium yang diluluskan oleh JKTHB tidak mengikut kadar yang
ditetapkan seperti di Jadual Ketiga KKH 1989 Negeri Kedah yang telah
diluluskan oleh MMK pada 26 Mac 2014;
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xiii
iii. tawaran kawasan pembalakan tiada kelulusan dan tawaran berbeza dengan
kawasan yang diluluskan Pihak Berkuasa Negeri;
iv. kelewatan membayar premium oleh pengusaha yang telah dan yang belum
dikeluarkan lesen;
v. tiada had kawalan kuat kuasa lesen dan Laporan Penutup Pengusahasilan
Hutan lewat disediakan; dan
vi. pelupusan barang rampasan kenderaan dan jentera lewat dilaksanakan
menyebabkan barang rampasan mengalami rosot nilai.
d. Bagi memastikan pengurusan hasil pembalakan dapat diurus dengan lebih cekap,
berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan, adalah disyorkan JPNK
mengambil tindakan penambahbaikan seperti berikut:
i. pindaan kadar baharu Kaedah-Kaedah Hutan (Pindaan) 2016 perlu segera
dilaksanakan bagi mempraktikkan tadbir urus yang baik Jabatan Perhutanan
Negeri Kedah kepada pelanggan;
ii. memastikan kelulusan kadar premium kawasan pembalakan berdasarkan kadar
yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Hutan 1989 Negeri Kedah;
iii. memastikan kadar baharu kutipan ses yang telah diluluskan Majlis Mesyuarat
Kerajaan pada tahun 2014 dilaksanakan selepas diwartakan;
iv. memastikan kawasan pembalakan yang ditawarkan kepada pengusaha adalah
seperti mana yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi;
v. menetapkan dan mematuhi norma kerja atau piagam pelanggan Jabatan bagi
tempoh masa pembayaran premium, pengeluaran lesen dan penyediaan
Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan;
vi. mempertingkatkan penggunaan Forest Monitoring System Using Remote
Sensing (FMRS) dan pemantauan dari udara menggunakan dron dan helikopter
bagi mengesan aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan; dan
vii. memastikan kehendak Seksyen 94 Akta Perhutanan Negara 1984 berkaitan
pelucutan hak barang yang disita dibuat pelupusan segera dan dapat memberi
hasil kepada Kerajaan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xiv
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH
2. Pengurusan Skim Bantuan Am
a. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah (JKMNK) adalah salah
satu (1) cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), sebuah agensi
di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Ia berperanan untuk melaksana dan mentadbir perkhidmatan kepada golongan
kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan kewangan bagi mengurangkan
beban yang ditanggung. Antara tanggungjawab JKMNK adalah meningkatkan
kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan
sosial serta perkongsian tanggungjawab yang dilaksanakan menerusi pemberian
bantuan kebajikan. Jenis bantuan yang diberikan adalah bantuan am bulanan,
latihan sambil belajar, geran pelancaran dan lain-lain. Unit Kebajikan Produktif,
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di Negeri Kedah bertanggungjawab
untuk menguruskan bantuan kebajikan yang melibatkan empat (4) proses kerja
utama iaitu siasatan dan kelulusan permohonan, agihan bayaran bantuan, kajian
semula kes dan penamatan bantuan. Skim Bantuan Am (SBA) yang dilaksanakan
oleh JKMNK adalah bertujuan membantu individu atau keluarga yang tidak
berkemampuan dan memerlukan bantuan memperoleh keperluan asas untuk
meneruskan kelangsungan hidup bagi diri atau keluarga mereka. Bantuan yang
diberikan adalah bersifat sementara dan diberikan kepada yang berkelayakan
sahaja iaitu sehingga mereka dapat hidup berdikari. Kriteria yang ditetapkan
termasuklah taraf kewarganegaraan, umur, pendapatan keluarga kurang daripada
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan bilangan tanggungan. Selain itu, aspek
kesihatan atau kecacatan, keadaan dan tempat kediaman pemohon serta
persekitaran juga diberi perhatian. Proses pemberian bantuan kebajikan juga
mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih
produktif ke arah mencapai taraf hidup yang lebih baik dan mampu berdikari.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengguna pakai data e-Kasih yang
diselenggara oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri bagi
mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang pemohon SBA seperti pekerjaan,
pendidikan, kediaman dan lain-lain. Pihak JKM telah membangunkan Sistem
Pengurusan Bantuan Kewangan (SPBK) v.2.0 atau dikenali sebagai Sistem
e-Bantuan dan mula digunakan di JKMNK pada tahun 2012. Sistem ini
memudahkan proses pendaftaran permohonan, penyiasatan, kelulusan, proses
bayaran, penjanaan surat dan penyediaan laporan. Bagi memastikan bayaran
bantuan tidak dibayar kepada penerima yang telah meninggal dunia, pihak JKMNK
telah mengguna pakai sistem myIDENTITY yang diselenggara oleh Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyemak status kewujudan penerima bantuan.
Permohonan SBA perlu dikemukakan secara terus kepada PKMD. Selain itu, PKMD
juga menerima rujukan daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri, orang
awam, keluarga, penjaga atau agensi lain. Syarat kelayakan dan kadar bantuan
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xv
yang diluluskan adalah bergantung kepada dasar dan peruntukan Kerajaan Negeri.
Bagi tempoh dari tahun 2011 hingga 2017, kadar bantuan SBA yang telah
diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) pada 19 Oktober
2010 adalah antara RM150 hingga RM350 sebulan. Kadar bantuan minimum telah
dinaikkan kepada RM200 sebulan berkuat kuasa mulai bulan Januari 2018 telah
diluluskan oleh MMK pada 3 Januari 2018. Skim Bantuan Am dibiayai oleh
peruntukan tahunan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada JKMNK. Peruntukan
berkenaan dikawal dan diagihkan kepada PKMD berdasarkan jumlah permohonan
daripada PKMD. Bagi tempoh dari tahun 2015 hingga bulan Mei 2018, JKMNK telah
menerima peruntukan kewangan bagi SBA berjumlah RM77.64 juta dan sejumlah
RM61 juta telah diagihkan kepada penerima SBA. Sehingga bulan Mei 2018,
penerima SBA di Negeri Kedah adalah seramai 7,725 orang.
b. Pengauditan yang dijalankan pada bulan Jun hingga Ogos 2018 merumuskan
perkara berikut:
i. Prestasi Skim Bantuan Am
Skim Bantuan Am yang dijalankan oleh JKMNK telah mencapai objektif dengan
berkesan bagi membantu individu atau keluarga yang tidak berkemampuan
serta mengurangkan kesempitan kewangan penerima bantuan bagi
mendapatkan keperluan asas mereka. Bagi tempoh tahun 2015 hingga bulan
Mei 2018, sejumlah RM61 juta (78.6%) daripada peruntukan yang berjumlah
RM77.64 juta telah diagihkan kepada 7,725 penerima SBA. Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Kedah telah berjaya mencapai sasaran bilangan penerima
bantuan tahunan di antara 95.3% hingga 96.9% daripada jumlah yang
disasarkan. Prestasi program 2YEP yang bermula pada tahun 2016 melibatkan
20 penerima SBA belum mencapai objektif program kerana hanya dua (2) (10%)
peserta berjaya dan ditamatkan bantuan bulanan, 12 (60%) peserta masih
berpendapatan di bawah PGK, dua (2) (10%) peserta berpendapatan melebihi
PGK dan baki empat (4) (20%) peserta tidak meneruskan projek walaupun
tempoh pelaksanaan dua (2) tahun hampir tamat. Manakala 32 peserta program
tahun 2017 dan 2018 belum boleh dinilai kerana masih di peringkat permulaan
dan pertengahan tempoh.
ii. Pengurusan Skim Bantuan Am
Pengurusan aktiviti SBA belum mencapai tahap kecekapan yang optimum
kerana berlaku kelewatan memaklumkan status permohonan kepada pemohon
bantuan, kajian semula kes dan penamatan SBA kepada penerima yang
meninggal dunia telah menjejaskan imej kerajaan. Selain itu, wujud kelemahan
sistem e-Bantuan menyebabkan proses perekodan dan pelaporan maklumat
bantuan tidak lengkap dan kemas kini. Bagaimanapun, mulai tahun 2017 dan
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xvi
2018 JKMNK berjaya mengurangkan kes ketidakpatuhan terhadap proses
siasatan permohonan, kelulusan permohonan, kajian semula kes dan
penamatan bantuan bagi penerima yang meninggal dunia selaras dengan
penambahbaikan yang dilakukan melalui sistem e-Bantuan dan pemantauan
berkala terhadap PKMD.
c. Penemuan Audit utama yang perlu diberi perhatian dalam kajian ini adalah seperti
berikut:
i. sebanyak 64 (22.9%) daripada 280 permohonan bantuan yang telah diluluskan
lewat dimaklumkan kepada pemohon dan sebanyak 309 (50.7%) daripada 609
bilangan kajian semula lewat dilaksanakan;
ii. sebanyak empat (4) kelulusan bantuan SBA dikeluarkan selepas pemohon
meninggal dunia;
iii. sebanyak 37 (25.5%) daripada 145 sampel kes penerima meninggal dunia lewat
diberhentikan bayaran bantuan SBA antara satu (1) hingga enam (6) bulan
dengan lebihan bayaran berjumlah RM11,260; dan
iv. status bayaran bantuan SBA melalui Sistem Perakaunan Berkomputer Standad
Kerajaan Negeri (eSPEKS) atau Sistem Perakaunan Akruan Kerajaan Negeri
(iSPEKS) tidak dapat dikemas kini secara automatik dalam sistem e-Bantuan.
d. Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan
dan kerajaan mendapat best value for money atas perbelanjaan dilakukan, adalah
disyorkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk mengambil tindakan
seperti berikut:
i. mempercepatkan proses siasatan dan kelulusan permohonan SBA selaras
dengan tempoh masa yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan;
ii. menambah baik tempoh kajian semula kes SBA selaras dengan tempoh yang
ditetapkan dalam Kertas Dasar Skim Bantuan Negeri;
iii. penamatan segera bayaran bantuan kepada penerima SBA yang meninggal
dunia ataupun penerima yang tidak mematuhi syarat kelayakan;
iv. mengenalpasti masalah sistem e-Bantuan supaya dapat meningkatkan integriti
dan kesahihan data; dan
v. mewujudkan integrasi data antara sistem iSPEKS dengan sistem e-Bantuan
bagi memudahkan proses penjanaan bayaran bulanan serta mengurangkan
risiko kesilapan mengunci masuk dalam sistem.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xvii
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
3. Pengurusan Cukai Taksiran
a. Sistem Kerajaan Tempatan Majlis Perbandaran Sungai Petani (Majlis) telah bermula
pada tahun 50-an berikutan Ordinan Majlis Tempatan 1952 yang diluluskan. Sistem
ini telah melalui beberapa evolusi dan berkuat kuasa pada 2 Julai 1994, Majlis telah
dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 3,
Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kawasan pentadbiran Majlis meliputi
922.6 km persegi yang terdiri daripada lima (5) zon atau cawangan kecil iaitu
Cawangan Gurun, Cawangan Bedong dan Tanjung Dawai, Cawangan Jeniang,
Cawangan Bukit Selambau dan Cawangan Tikam Batu/Pantai Merdeka. Objektif
utama Majlis adalah memastikan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan yang
cekap dan dinamik ke arah mewujudkan perbandaran yang selesa dan sempurna
serta mempunyai daya maju sosio ekonomi yang mantap. Salah satu fungsi Majlis
adalah pengurusan cukai taksiran yang merupakan sumber pendapatan utama
kepada Majlis. Pungutan hasil ini adalah selaras dengan Seksyen 127, Akta
Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukkan kuasa kepada Majlis
untuk mengutip cukai taksiran terhadap semua pegangan atau hartanah seperti
bangunan kediaman, komersial, industri dan lain-lain. Selain itu, Majlis juga
mempunyai sumber pendapatan lain seperti bayaran lesen, bayaran perkhidmatan,
bayaran pelan, sewaan, notis, denda dan hukuman. Kutipan cukai taksiran adalah
bagi membiayai urusan pentadbiran, pembangunan, penyenggaraan dan
pengindahan di kawasan pentadbiran Majlis. Ia melibatkan kemudahan awam dan
infrastruktur asas iaitu dewan orang ramai, perhentian bas, taman rekreasi, ruang
niaga, padang permainan, tandas awam, jalan, parit, longkang, lampu jalan dan
pembersihan kawasan awam, taman perumahan serta kawasan
perniagaan/perusahaan/industri. Jenis pegangan yang dikenakan cukai taksiran
oleh Majlis terdiri daripada bangunan kediaman, perniagaan dan kilang/industri serta
tanah kosong. Sehingga tahun 2017, bilangan pegangan yang dikenakan cukai
taksiran oleh Majlis adalah sebanyak 170,834 pegangan. Kutipan cukai taksiran
semasa bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 berjumlah RM80.51 juta mengikut
kadar yang telah diluluskan. Bagi tujuan perekodan cukai taksiran, Majlis mengguna
pakai Sistem Bersepadu Pihak Berkuasa Tempatan (SBPBT) mulai tahun 2003.
b. Pengauditan yang dijalankan pada bulan Jun hingga Ogos 2018 merumuskan
perkara berikut:
i. Prestasi Aktiviti
Prestasi kutipan cukai taksiran bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 tidak
mencapai sasaran jumlah kutipan yang ditetapkan walaupun nilai kutipan cukai
meningkat pada setiap tahun. Manakala prestasi perbelanjaan bagi tempoh
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xviii
tahun 2015 hingga 2017 menurun pada setiap tahun. Bagaimanapun, kutipan
cukai taksiran perlu ditingkatkan agar dapat menampung keperluan kos
perbelanjaan. Selain itu, kutipan tunggakan sebenar adalah rendah kerana tidak
mencapai sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan sebenar.
ii. Pengurusan Aktiviti
Pihak Audit mendapati Majlis telah mempunyai sistem SBPBT yang baik, namun
terdapat kelemahan dalam sistem yang menyebabkan bilangan pegangan
sentiasa berubah setiap tahun apabila terdapat pertambahan bilangan
pegangan baru dan akaun pegangan yang dibatalkan. Selain itu, pengurusan
cukai taksiran telah diuruskan secara efektif namun masih terdapat ruang untuk
penambahbaikan terutama dalam aspek penilaian kadar kutipan cukai taksiran
berbanding kos nilai sewaan semasa, penilaian semula terhadap pegangan
yang membuat tambahan bangunan, tindakan penguatkuasaan yang tidak tegas
terhadap pemilik pegangan yang mempunyai jumlah tunggakan tinggi dan tidak
pernah membayar cukai taksiran.
c. Penemuan Audit utama yang perlu diberikan perhatian dalam kajian ini adalah
seperti berikut:
i. prestasi pencapaian sasaran kutipan cukai taksiran pada tahun 2016 menurun
berbanding tahun 2015 sebanyak 1.5% dan meningkat sebanyak 0.2% sahaja
pada tahun 2017;
ii. prestasi kutipan tunggakan berbanding tunggakan sebenar menunjukkan
pencapaian yang rendah iaitu antara 21.5% hingga 33.1% bagi tempoh tahun
2015 hingga 2017;
iii. berlaku perbezaan jumlah pegangan di antara 1,658 hingga 4,702 pegangan
selepas mengambil kira bilangan pertambahan pegangan baru dan yang telah
dibatalkan bagi tahun 2015 hingga 2017;
iv. penilaian semula kadar cukai taksiran oleh Majlis ditangguhkan, tiada penilaian
semula penentuan kadar sewa sejak tahun 1984 dan penilaian semula terhadap
tambahan bangunan tidak dibuat dalam tempoh yang agak lama;
v. pemilik pegangan tidak pernah membayar cukai taksiran di antara tempoh dua
(2) hingga 35 tahun; dan
vi. tindakan menyita harta alih pemilik yang mempunyai tunggakan melebihi
RM1,000 tidak dilaksanakan dalam tempoh tahun 2015 hingga 2017.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xix
d. Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama
tidak berulang dalam pelaksanaan Pengurusan Cukai Taksiran pada masa
hadapan, adalah disyorkan supaya pihak Majlis mengambil tindakan
penambahbaikan terhadap perkara berikut:
i. memastikan laporan dan maklumat pegangan di antara jabatan adalah sama
dan disahkan oleh jabatan yang berkenaan sebelum laporan dimuktamadkan
serta membuat penambahbaikan terhadap sistem;
ii. memastikan pegangan yang perlu dirobohkan bagi tujuan pembangunan bandar
atau negeri mendapat kerjasama daripada jabatan/agensi seperti Jabatan Kerja
Raya, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri bagi memastikan status pegangan dapat
dikemas kini;
iii. meningkatkan usaha untuk mengutip cukai taksiran semasa dan tunggakan
dengan mempelbagaikan aktiviti ke arah memberi kesedaran kepada pembayar
cukai; dan
iv. mengambil tindakan yang lebih berkesan dan proaktif termasuk tindakan
menguatkuasakan undang-undang seperti sitaan dan lelongan terhadap
pegangan yang mempunyai tunggakan tinggi dan mewujudkan Standard
Operating Procedure bagi pengurusan cukai taksiran.
PERBADANAN MENTERI BESAR KEDAH
4. Kedah Agro Holdings Berhad
a. Kedah Agro Holdings Berhad (Kedah Agro Holdings) ditubuhkan pada
24 Ogos 2008 di bawah Akta Syarikat 1967 dengan modal dibenarkan berjumlah
RM5 juta dan modal berbayar berjumlah RM1.5 juta. Kedah Agro Holdings
merupakan Syarikat Berhad Menurut Syer milikan penuh Perbadanan Menteri Besar
Kedah (MBI). Aktiviti utama Kedah Agro Holdings adalah perniagaan dalam bidang
pertanian seperti perladangan dan penternakan serta memantau aktiviti syarikat
subsidiarinya. Objektif penubuhan Kedah Agro Holdings ialah membantu kerajaan
negeri Kedah menerajui pelaburan dan penglibatan dalam industri berkaitan
pertanian bagi merealisasikan rancangan pembangunan moden secara komersial
dan membantu mempercepatkan pembangunan sosioekonomi negeri Kedah. Selain
itu, visi Kedah Agro Holdings adalah menjadi sebuah anak syarikat kerajaan negeri
Kedah yang berimejkan sebuah organisasi korporat yang teguh, dinamik dan
berdaya maju melalui pembangunan pertanian moden serta meningkatkan nilai
rantaian bagi industri pertanian berskala komersial dengan memanfaatkan
penggunaan teknologi. Kedah Agro Holdings melaksanakan tujuh (7) aktiviti
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xx
melibatkan enam (6) projek usaha sama dan satu (1) pajakan tanah dalam bidang
pertanian bagi menjana pendapatan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti projek
pengurusan ladang MBI, ternakan ikan sangkar, pemasaran beras, rangkaian
peruncitan D’Aman Mart, ternakan lembu fidlot, tanaman betik, pisang dan kelapa
serta perjanjian pajakan tanah. Di samping itu, Kedah Agro Holdings mempunyai
enam (6) syarikat subsidiari. Tiga (3) syarikat subsidiari telah ditutup pada bulan
Januari 2018. Manakala tiga (3) lagi syarikat subsidiari dalam proses penutupan.
Komposisi Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings terdiri daripada dua (2) orang
Pengarah iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai Kewangan MBI.
Pengurusan Kedah Agro Holdings diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan
dibantu oleh 30 orang kakitangan. Kedah Agro Holdings adalah tertakluk kepada
Akta Syarikat 2016, Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat (M&A) dan
Standard Operating Procedures (SOP) syarikat serta peraturan lain yang berkaitan
yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
b. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga Ogos 2018 merumuskan
perkara berikut:
i. Kedudukan Kewangan
Kedudukan kewangan Kedah Agro Holdings adalah kurang stabil kerana
mencatatkan kerugian sebelum cukai untuk dua (2) tahun berturut-turut iaitu
pada tahun 2015 dan 2016 masing-masing berjumlah RM0.56 juta dan
RM0.67 juta. Kerugian sebelum cukai bagi tempoh dua (2) tahun ini memberi
kesan kepada penurunan keuntungan terkumpul syarikat daripada RM0.71 juta
pada tahun 2015 kepada RM47,481 bagi tahun 2016. Selain itu, tahap kecairan
syarikat ini pada kadar 1.16:1 menunjukkan syarikat kurang berupaya
membayar obligasi jangka pendek pada tahun 2016.
ii. Pengurusan Aktiviti
Pengurusan aktiviti Kedah Agro Holdings adalah kurang cekap dan berkesan
kerana pengurusan aktiviti syarikat usaha sama dan kedudukan kewangan
syarikat subsidiari kurang memuaskan. Selain itu, pendapatan tidak disasarkan
oleh Kedah Agro Holdings.
iii. Amalan Tadbir Urus
Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus Kedah Agro Holdings adalah kurang
memuaskan. Wujud keperluan untuk syarikat ini memperkemaskan fungsi dan
keberkesanan Lembaga Pengarah, menambah baik struktur pengurusan
syarikat dengan menyediakan Rancangan Korporat, Petunjuk Prestasi Utama
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 │xxi
dan Standard Operating Procedure (SOP) serta mewujudkan mekanisme
pemantauan melalui Jawatankuasa Audit dan Audit Dalaman.
c. Penemuan Audit utama yang perlu diberikan perhatian dalam pengauditan ini
adalah seperti berikut:
i. Kedah Agro Holdings telah mengalami kerugian dua (2) tahun berturut-turut
pada tahun 2015 dan 2016 yang menyebabkan keuntungan terkumpul
berkurangan;
ii. Sasaran pendapatan tidak disediakan menyebabkan prestasi pendapatan tidak
dapat diukur bagi tempoh tahun 2014 sehingga 2016;
iii. Tiga (3) daripada lima (5) syarikat usaha sama tidak menyumbang kepada
pendapatan Kedah Agro Holdings dalam tempoh tahun 2014 sehingga 2016;
dan
iv. Amalan tadbir urus tidak dilaksanakan sepenuhnya.
d. Bagi meningkatkan prestasi syarikat selaras dengan objektif penubuhan
Kedah Agro Holdings, adalah disyorkan pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah
Kedah Agro Holdings mengambil langkah berikut:
i. memastikan bajet disediakan bagi setiap tahun serta diluluskan di dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah;
ii. memastikan kajian terperinci dilaksanakan sebelum sesuatu projek usaha sama
dijalankan;
iii. memastikan pemantauan yang berkesan dilaksanakan bagi mencapai objektif
projek usaha sama;
iv. menyediakan Rancangan Korporat dan Petunjuk Prestasi Utama bagi
memastikan hala tuju lebih jelas dalam meningkatkan pendapatan dan
keuntungan Kedah Agro Holdings;
v. memperkemas dan mengamalkan tadbir urus syarikat dengan menjadikan
Pekeliling Kerajaan dan Malaysian Code on Corporate Governance sebagai
amalan terbaik syarikat; dan
vi. menyegerakan penubuhan Jawatankuasa Audit dan Audit Dalaman bagi
membolehkan pemantauan dilaksanakan ke atas syarikat subsidiarinya.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 3
JABATAN PERHUTANAN NEGERI KEDAH
1. PENGURUSAN HASIL PEMBALAKAN
1.1. LATAR BELAKANG
1.1.1. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) bertanggungjawab memberi
nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) berkaitan pentadbiran sumber hutan
Negeri untuk penghasilan pendapatan yang optimum kepada Kerajaan. JPNK
bertindak sebagai agensi pelaksana terhadap dasar dan penguatkuasaan
undang-undang perhutanan serta mengurus sumber hutan selaras dengan Dasar
Perhutanan Negara (DPN). Objektif DPN menghendaki hutan diurus berdasarkan
kepada prinsip pengurusan hutan secara berkekalan iaitu melindungi alam sekitar
dan memelihara kepelbagaian hayat, sumber-sumber genetik dan meningkatkan
penyelidikan dan pendidikan.
1.1.2. Akta Perhutanan Negara 1984 (APN 1984) telah diwartakan pada
31 Disember 1984 manakala APN 1984 (Pindaan 1993) diterima pakai pada
3 Disember 1994. Ia digubal bagi memperkukuh serta melicinkan objektif yang
digariskan dalam DPN. Bagi pemakaian di peringkat negeri, APN 1984 telah diterima
pakai sebagai Enakmen (Pemakaian) Perhutanan Negara 1985 (Enakmen) pada
19 November 1985. Berasaskan Seksyen 111 Akta ini, Kaedah-Kaedah Hutan 1989
Negeri Kedah telah diwujudkan. Seksyen 3 APN 1984 membenarkan Pihak
Berkuasa Negeri (PBN) melantik Pengarah Perhutanan Negeri dan pegawai Jabatan
Perhutanan untuk mengurus hutan negeri.
1.1.3. Pelaksanaan pengurusan hasil pembalakan di Negeri Kedah berdasarkan
Kaedah-Kaedah Hutan (KKH) 1989 Negeri Kedah mengikut kadar yang ditetapkan.
Antara hasil hutan seperti bayaran royalti, premium dan caj lain bagi setiap pokok
sama ada yang ditebang, digergaji, ditukar bentuk, dipungut atau dipindahkan
di bawah sesuatu lesen mengikut kadar yang ditetapkan. Seksyen 60 (1) APN 1984
pula menetapkan bayaran ses pembangunan dikenakan ke atas hasil balak yang
dikeluarkan daripada Hutan Simpan Kekal (HSK) dan Tanah Kerajaan (TK) mengikut
kadar yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga APN 1984 bagi tujuan Kumpulan Wang
Pembangunan Hutan. Hasil hutan Negeri Kedah bagi tempoh tahun 2015 hingga
2017 ialah sejumlah RM144.24 juta. Manakala peruntukan dan perbelanjaan
pula dalam tempoh yang sama ialah sejumlah RM48.71 juta dan RM42.62 juta
masing-masing.
1.1.4. Pada akhir tahun 2016, keluasan HSK adalah 341,976 hektar di mana
sebanyak 335,775 hektar merupakan kawasan hutan darat dan 6,201 hektar
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 4
merupakan hutan paya laut. Kawasan HSK meliputi 36.2% daripada 943,468 hektar
keluasan keseluruhan Negeri Kedah seperti Rajah 1.1.
RAJAH 1.1
PELAN HUTAN SIMPANAN KEKAL NEGERI KEDAH
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
1.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan dijalankan bertujuan untuk menilai sama ada:
i. Pengurusan pembalakan telah dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai
objektif yang ditetapkan iaitu pengurusan hutan secara berkekalan untuk
melindungi alam sekitar; dan
ii. pengurusan hasil pembalakan diurus dan dilaksanakan dengan cekap dan
berhemat.
1.3. SKOP PENGAUDITAN
Pengauditan ini meliputi dua (2) bidang Audit utama iaitu prestasi aktiviti dan
pengurusan aktiviti. Prestasi aktiviti dinilai berdasarkan pencapaian keluasan kawasan
usahasil, prestasi pengeluaran lesen dan kutipan hasil hutan. Pengurusan aktiviti pula
meliputi prestasi kewangan, pewartaan KKH 1989 Negeri Kedah, kelulusan kadar hasil
hutan dan kawasan usahasil, penguatkuasaan dan pengurusan barang rampasan.
PETUNJUK Sempadan Negeri ------
Sempadan Daerah Hutan Simpan ------ Sempadan Hutan Simpan ------ Empangan
Kawasan Hutan Simpan
PULAU LANGKAWI
KEDAH UTARA
KEDAH TENGAH
KEDAH SELATAN
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 5
Skop pengauditan meliputi pengurusan hasil pembalakan bagi tempoh tahun 2015
hingga 2017 melibatkan kutipan premium, royalti, deposit, ses dan penguatkuasaan.
Pengauditan dijalankan di Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK), Balai
Pemeriksaan Hutan (BPH) Sementara Weng Baling, BPH Sementara Bukit Enggang,
Sik serta stor simpanan barang rampasan di Jeniang. Sebanyak 45 (28.1%) daripada
160 lesen pengeluaran hasil hutan dan 24 daripada 194 (12.4%) fail permohonan
kawasan pembalakan yang diluluskan bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 telah
disemak.
1.4. METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod dan dokumen yang berkaitan
dengan hasil hutan. Perbincangan dan temu bual telah diadakan dengan pegawai yang
terlibat bagi mendapatkan maklumat tambahan. Pemeriksaan bersama pegawai JPNK
terhadap lori balak yang melalui Jalan Batu 5, Sik ke Jeniang dan di Matau Utama
Kompartmen 6, Hutan Simpan Ulu Muda juga dibuat bagi tujuan pengesahan
pengeluaran balak. Selain itu, sebanyak 20 atau 25% aduan telah disemak berbanding
80 aduan yang diterima. Di samping itu, sebanyak 12 lesen pembalakan telah disemak
menggunakan perkhidmatan Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) bagi
memastikan aktiviti usahasil hanya dijalankan di kawasan yang diluluskan. Pihak Audit
juga mendapatkan khidmat nasihat dari Bahagian Teknikal Jabatan Audit Negara.
1.5. RUMUSAN AUDIT
1.5.1. Pengauditan yang dijalankan pada bulan November 2017 hingga
Februari 2018 merumuskan perkara berikut:
a. Prestasi Aktiviti Pembalakan
Prestasi pencapaian keluasan kawasan usahasil yang dilaksanakan oleh JPNK
adalah baik di mana jumlah kawasan hutan yang diusahasilkan adalah
mematuhi jumlah keluasan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan
oleh Majlis Tanah Negara. Pencapaian keluasan CTT dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) adalah 99.9% dan 40.2% bagi dua (2) tahun
pertama Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11) (2016 hingga 2017)
berbanding dengan sasaran. Pengeluaran lesen pembalakan untuk tempoh
tiga (3) tahun mencatatkan penurunan pada tahun 2017 berbanding tahun 2016
dan 2015. Prestasi kutipan hasil hutan bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017
adalah baik di mana sejumlah RM144.24 juta berjaya dikutip berbanding dengan
anggaran yang ditetapkan iaitu RM135.42 juta (106.5%). Kutipan hasil hutan ini
menyumbang 8.8% daripada jumlah keseluruhan hasil negeri yang berjumlah
RM1,645.36 juta.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 6
b. Pengurusan Aktiviti Pembalakan
Pengurusan aktiviti pembalakan belum mencapai tahap kecekapan yang
optimum kerana terdapat penyimpangan di mana berlaku kelewatan untuk
menyelesaikan pewartaan pindaan dan ketidakseragaman kadar premium yang
dikenakan kepada pengusaha serta perbezaan pemberian kawasan
pembalakan yang sebenar berbanding yang dluluskan boleh menjejaskan
prestasi dan pengurusan kutipan hasil Kerajaan. Selain itu, ketidakpatuhan
terhadap peraturan Kerajaan berkaitan pelupusan barang rampasan, kelewatan
kutipan hasil premium serta ketidakpatuhan terhadap syarat pelesenan juga
memberi implikasi kepada pengurusan hasil.
1.5.2. Penemuan Audit utama yang perlu diambil perhatian oleh pihak JPNK
adalah seperti berikut:
i. pindaan Kadar-kadar Kaedah-Kaedah Hutan 1989 Negeri Kedah yang
diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sejak tahun 2014
belum diwartakan;
ii. kadar premium yang diluluskan oleh JKTHB tidak mengikut kadar yang
ditetapkan seperti di Jadual Ketiga KKH 1989 Negeri Kedah yang telah
diluluskan oleh MMK pada 26 Mac 2014;
iii. tawaran kawasan pembalakan tiada kelulusan dan tawaran berbeza dengan
kawasan yang diluluskan Pihak Berkuasa Negeri;
iv. kelewatan membayar premium oleh pengusaha yang telah dan yang belum
dikeluarkan lesen;
v. tiada had kawalan kuat kuasa lesen dan Laporan Penutup Pengusahasilan
Hutan lewat disediakan; dan
vi. pelupusan barang rampasan kenderaan dan jentera lewat dilaksanakan
menyebabkan barang rampasan mengalami rosot nilai.
1.6. PENEMUAN AUDIT TERPERINCI
Pemerhatian Audit dan maklum balas JPNK telah dibincangkan dalam
Exit Conference pada 26 Mac 2018. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan yang
dinyatakan dalam rumusan Audit adalah seperti di perenggan berikut:
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 7
1.6.1. Prestasi Output dan Outcome Bagi Usahasil Pembalakan serta Kutipan
Hasil
1.6.1.1. Pencapaian Keluasan Kawasan Usahasil
a. Seksyen 4(b) APN 1984 menghendaki Pengarah Perhutanan Negeri
menyediakan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri dengan menyatakan
kebenaran menebang sama ada dalam bentuk isi padu atau luas kawasan
mengikut prinsip perolehan hutan secara berkekalan. Di samping itu,
Majlis Tanah Negara (MTN) telah menetapkan luas kawasan Catuan
Tebangan Tahunan (CTT) bagi Negeri Kedah untuk RMKe-10 (Tahun
2011 - 2015) adalah seluas 2,850 hektar setahun atau 14,250 hektar
manakala seluas 3,122 hektar setahun atau 15,610 hektar untuk RMKe-11
(Tahun 2016 - 2020). Catuan Tebangan Tahunan yang ditetapkan bagi setiap
negeri adalah bertujuan untuk memastikan perancangan pengurusan hutan
yang teratur dan berkesan bagi mengimbangi kadar pengusahasilan dengan
keluasan hutan pengeluaran dalam HSK. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
mengamalkan kaedah penebangan hasil hutan mengikut CTT seperti mana
ditetapkan oleh MTN. Prestasi pencapaian keluasan kawasan usahasil bagi
tempoh tahun 2015 hingga 2017 adalah dinilai berdasarkan pencapaian bagi
tempoh RMKe-10 dan RMKe-11.
b. Semakan Audit mendapati prestasi pencapaian keluasan kawasan usahasil
bagi RMKe-10 adalah baik di mana CTT yang dilaksanakan adalah seluas
14,238.7 hektar berbanding sasaran 14,250 hektar iaitu pencapaian 99.9%.
Sasaran bagi RMKe-11 berjumlah 15,610 hektar dan pencapaian sehingga
tahun 2017 ialah 6,275.23 hektar (40.2%). Bagi tempoh dua (2) tahun
pertama RMKe-11, kawasan usahasil yang telah diluluskan adalah berjumlah
6,275.23 (100.5%) hektar berbanding CTT yang dibenarkan iaitu
6,244 hektar. Bagaimanapun, kawasan penebangan melebihi sasaran pada
tahun 2016 telah dibuat pelarasan ke atas keluasan kawasan pengusahasilan
tahun-tahun berikutnya dan dimaklumkan kepada Ketua Pengarah
Perhutanan Semenanjung Malaysia (KPPSM).
c. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 1.1.
JADUAL 1.1
PRESTASI KELUASAN KAWASAN PENGELUARAN HASIL PEMBALAKAN NEGERI KEDAH BAGI TEMPOH RMKe-10 DAN RMKe-11
RMK TAHUN
CATUAN TEBANGAN TAHUNAN (HEKTAR)
PERATUS PENCAPAIAN
SASARAN PENCAPAIAN LEBIHAN /
(KURANGAN) %
RMKe-10
2011 2,850 2,028.00 (822.00) 71.2
2012 2,850 1,800.00 (1,050.00) 63.2
2013 2,850 3,826.00 976.00 134.2
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 8
RMK TAHUN
CATUAN TEBANGAN TAHUNAN (HEKTAR)
PERATUS PENCAPAIAN
SASARAN PENCAPAIAN LEBIHAN /
(KURANGAN) %
2014 2,850 3,281.00 431.00 115.1
2015 2,850 3,303.70 453.70 115.9
JUMLAH 14,250 14,238.70 (14.30) 99.9
RMKe-11
2016 3,122 3,338.00 216.00 106.9
2017 3,122 2,937.23 (184.77) 94.1
JUMLAH 6,244 6,275.23 31.23 100.5
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018 dan 1 April 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memaklumkan pindaan terhadap CTT
dibuat setiap lima (5) tahun. Ia dipantau oleh Bahagian Pengurusan Ibu
Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) setiap bulan
dan dilaporkan dalam Persidangan Pengarah Perhutanan Negeri.
Pemantauan ini adalah bagi memastikan CTT dipatuhi dan tebangan dibuat
tidak melebihi had pengeluaran yang ditetapkan.
Pada pendapat Audit, kawasan usahasil telah diuruskan dengan cekap
kerana luas kawasan yang diusahasil dikawal berdasarkan Catuan
Tebangan Tahunan yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara.
1.6.1.2. Prestasi Pengeluaran Lesen Mengambil Hasil Hutan
(Lesen Pembalakan)
a. Seksyen 15 (1) APN 1984 menyatakan tiada seorang pun boleh mengambil
hasil hutan daripada Hutan Simpan Kekal (HSK) dan Tanah Kerajaan (TK)
kecuali di bawah kuasa lesen, permit penggunaan atau mengikut mana-mana
undang-undang bertulis. Begitu juga pemindahan apa jua hasil hutan
hendaklah mendapat kebenaran daripada pegawai hutan melalui pas
pemindahan hasil hutan. Seksyen 16 Akta yang sama memberi kuasa kepada
PBN untuk membenarkan pengambilan hasil hutan daripada HSK dan TK
dengan cara lesen atau lesen kecil. Rancangan Pengurusan Hutan Negeri
Kedah (2016 hingga 2025) menetapkan keluasan hutan yang dilesenkan
untuk pengusahasilan adalah berdasarkan sumber kawasan hutan seperti
HSK, Hutan Tanah Kerajaan (HTK) dan Tanah Bermilik (TB). Bagi HSK
terdapat tiga (3) sumber bekalan iaitu dari CTT, Ladang Hutan dan lain-lain
sumber. Berdasarkan proses kerja pengeluaran lesen mengeluarkan kayu
balak daripada HSK, pengusaha perlu menjelaskan keseluruhan bayaran
yang dikenakan dan menyediakan Rancangan Mengusaha Hasil Hutan.
Pegawai Hutan Daerah menyediakan dokumen lesen, permit jalan dan permit
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 9
penggunaan. Lesen Mengambil Hasil Hutan dikeluarkan setelah bayaran
yang berkaitan dijelaskan, pengesahan terhadap Sijil Akuan Pembersihan
dan Pengesahan Sempadan dibuat serta semua dokumen berkaitan disedia
dan diluluskan oleh Pengarah Perhutanan Negeri.
b. Bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017, jumlah lesen yang dikeluarkan adalah
berjumlah 160 lesen. Lesen berkenaan meliputi kawasan seluas 19,275.95
hektar dan jumlah isi padu kayu yang telah dikeluarkan dari HSK dan tanah
milik adalah berjumlah 1.19 juta meter padu. Jumlah lesen yang dikeluarkan
pada tahun 2017 berbanding tahun 2015 telah mencatatkan penurunan
sebanyak 42.4% iaitu pengurangan sebanyak 28 lesen. Ini adalah
disebabkan oleh penurunan bilangan lesen bagi CTT, ladang hutan dan tanah
bermilik. Keluasan kawasan pembalakan yang diluluskan pada tahun 2015
adalah 5,772.70 hektar dan meningkat kepada 7,850.05 hektar pada
tahun 2016 dan berkurang kepada 5,653.20 hektar pada tahun 2017. Butiran
lanjut adalah seperti Jadual 1.2.
JADUAL 1.2
PENGELUARAN LESEN PEMBALAKAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN
HUTAN SIMPAN KEKAL TANAH MILIK
JUMLAH LESEN
LUAS KAWASAN (HEKTAR)
JUMLAH ISI PADU
(M3)
CATUAN TEBANGAN TAHUNAN (CTT)
LADANG HUTAN BIL.
LESEN LUAS
(HEKTAR) BIL. LESEN
LUAS (HEKTAR)
BIL. LESEN
LUAS (HEKTAR)
2015 31 3,303.70 16 1,652 19 776.41 66 5,772.70 324,459.83
2016 25 3,338.00 23 3,716 8 796.05 56 7,850.05 418,377.89
2017 21 2,937.23 10 1,538 7 1,177.97 38 5,653.20 449,825.41
JUMLAH 77 9,578.93 49 6,906 34 2,750.43 160 19,275.95 1,192,663.13
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
1.6.1.3. Prestasi Kutipan Hasil Hutan
a. Berdasarkan Pekeliling Pejabat Perbendaharaan Negeri (Garis Panduan Bagi
Penyediaan Cadangan Anggaran Bajet Negeri) yang dikeluarkan pada setiap
tahun, JPNK hendaklah menyediakan anggaran dan menyasarkan kutipan
hasil pada setiap tahun bagi tujuan penyediaan bajet Kerajaan Negeri.
Anggaran hasil yang disediakan hendaklah mengambil kira kutipan sebenar
hasil bagi tiga (3) ke belakang sebagai asas anggaran, perubahan dasar atau
peraturan dan kemampuan mengutip hasil.
b. Semakan Audit mendapati JPNK menyediakan anggaran hasil setiap tahun
dan mengemukakan kepada Pejabat Perbendaharaan Negeri. Berdasarkan
anggaran hasil yang disediakan, anggaran keseluruhan hasil hutan bagi
tempoh tahun 2015 hingga 2017 adalah berjumlah RM135.41 juta. Manakala
kutipan hasil hutan sebenar mengikut laporan Penyata Akaun Hasil Mengikut
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 10
Jabatan bagi tempoh tahun tersebut adalah berjumlah RM144.24 juta.
Analisis Audit terhadap prestasi kutipan sebenar hasil hutan mendapati
kutipan hasil sebenar pada tahun 2015 dan 2017 melebihi sasaran kutipan
yang ditetapkan iaitu sebanyak 108.6% dan 119.7%. Manakala pada
tahun 2016, JPNK hanya mencapai sasaran kutipan hasil sebanyak 91.7%
berbanding sasaran yang ditetapkan. Prestasi kutipan hasil hutan berbanding
anggaran bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 adalah seperti Jadual 1.3.
JADUAL 1.3
PERBANDINGAN ANGGARAN DAN KUTIPAN SEBENAR HASIL HUTAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN ANGGARAN HASIL
(RM Juta) HASIL SEBENAR
(RM Juta) PERATUSAN
(%)
2015 37.37 40.57 108.6
2016 48.83 44.75 91.7
2017 49.21 58.92 119.7
JUMLAH 135.41 144.24 106.5
Sumber: JPNK dan Penyata Akaun Hasil Mengikut Jabatan
c. Analisis Audit mendapati bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017, kutipan hasil
hutan sebenar menunjukkan peningkatan setiap tahun iaitu meningkat 10.3%
pada tahun 2016 dan 31.6% pada tahun 2017 berbanding tahun sebelumnya.
Berdasarkan kepada maklumat pembayaran hasil pembalakan, trend
peningkatan ini disebabkan oleh pembayaran hasil pembalakan yang
diluluskan pada tahun-tahun sebelumnya dan kutipan hasil pembalakan yang
diluluskan pada tahun semasa.
d. Semakan Audit terhadap Penyata Akaun Hasil Mengikut Jabatan mendapati
jenis hasil pembalakan yang dikutip oleh JPNK terdiri daripada premium,
royalti dan hasil hutan lain seperti bayaran pendaftaran, pampasan/ganti rugi
dan bayaran proses kelulusan. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 1.4.
JADUAL 1.4
HASIL HUTAN NEGERI KEDAH BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
BUTIRAN HASIL HUTAN 2015
(RM Juta) 2016
(RM Juta) 2017
(RM Juta) JUMLAH (RM Juta)
Premium Hutan 30.67 33.16 45.48 109.31
Royalti Pengeluaran Bahan Hutan 6.37 7.18 9.27 22.82
Bayaran Pejabat Hutan 0.90 1.11 1.18 3.19
Lain-Lain Bayaran Pendaftaran 1.53 0.68 0.73 2.94
Denda dan Hukuman - Bayaran Ganti @ Ganti Rosak Bangunan 0.29 0.47 1.39 2.15
Denda dan Hukuman - Tanpa Bicara 0.08 0.66 0.23 0.97
Lain-Lain Hasil 0.73 1.49 0.64 2.86
JUMLAH HASIL HUTAN SEBENAR (RM Juta) 40.57 44.75 58.92 144.24
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 11
a. Hasil analisis Audit terhadap Jadual 1.4 mendapati kutipan hasil tahun 2016
meningkat sejumlah RM4.18 juta (10.3%) kepada RM44.75 juta berbanding
tahun 2015 yang berjumlah RM40.57 juta. Pada tahun 2017, kutipan hasil
terus meningkat kepada RM58.92 juta iaitu peningkatan sejumlah
RM14.16 juta (31.6%) berbanding tahun sebelumnya. Kutipan hasil hutan
meningkat setiap tahun disebabkan peningkatan hasil premium dan royalti
pengeluaran bahan hutan (royalti). Peningkatan ketara hasil premium bagi
tahun 2017 adalah disebabkan oleh kutipan ansuran hasil premium bagi
kawasan pembalakan yang diluluskan pada tahun-tahun sebelumnya
di samping kutipan premium bagi kawasan yang diluluskan pada tahun 2017.
Kutipan royalti juga meningkat dengan ketara pada tahun 2017 disebabkan
pengeluaran kayu balak bagi pelesen yang diluluskan pada tahun 2016
di mana tempoh lesen adalah sehingga tahun 2017. Peningkatan hasil hutan
tahun 2017 berjumlah RM58.92 juta berbanding RM44.75 juta pada tahun
2016 telah membantu pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)
Negeri Kedah. Berdasarkan data KDNK yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia pada bulan Mei 2018 berkaitan Laporan Prestasi
Ekonomi Negeri tahun 2017, Negeri Kedah mencatatkan pertumbuhan
5% pada tahun 2017 berbanding 3.2% pada tahun 2016 disumbangkan oleh
sektor perkhidmatan dan pertanian di mana hasil pembalakan adalah
termasuk dalam sektor pertanian.
Pada pendapat Audit, prestasi kutipan hasil hutan telah diurus dengan
cekap kerana mencapai sasaran yang ditetapkan serta membantu
meningkatkan pendapatan Kerajaan Negeri dan menyumbang kepada
outcome bagi pertumbuhan KDNK Negeri Kedah.
1.6.2. Pengurusan Aktiviti Pengusahasilan
1.6.2.1. Prestasi Kewangan
Bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017, hasil hutan merupakan satu (1) daripada
sumber asli yang menyumbang antara 7.4% hingga 9.9% kepada hasil Kerajaan
Negeri. Untuk tempoh tersebut, hasil hutan yang dikutip adalah berjumlah
RM144.24 juta (8.8%) berbanding hasil negeri yang berjumlah RM1,645.36 juta.
Selain itu, kutipan ses berjumlah RM12.17 juta telah dipelaras ke Kumpulan
Wang Pembangunan Hutan. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 1.5.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 12
JADUAL 1.5 HASIL HUTAN DAN SES BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN HASIL HUTAN
(RM Juta) (A)
SES (RM Juta)
(B)
JUMLAH HASIL HUTAN DAN SES
(RM Juta) (C= A+B)
HASIL NEGERI
(RM Juta) (D)
PERATUS HASIL HUTAN BERBANDING HASIL
NEGERI (%)
(E = A/D X 100)
2015 40.57 3.46 44.03 411.05 9.9
2016 44.75 3.96 48.71 601.63 7.4
2017 58.92 4.75 63.67 632.68 9.3
JUMLAH 144.24 12.17 156.41 1,645.36 8.8
Sumber: Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Kedah dan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
1.6.2.2. Pindaan Kadar Kaedah-Kaedah Hutan 1989 Negeri Kedah Belum
Diwartakan
Seksyen 64 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah menetapkan sebarang cukai
atau bayaran tidak boleh dikenakan oleh Negeri bagi maksud Negeri kecuali
dengan atau menurut kuasa undang-undang. Kaedah-Kaedah Hutan (KKH) 1989
Negeri Kedah pula menetapkan bayaran royalti, premium dan caj lain bagi setiap
pokok sama ada yang ditebang, digergaji, ditukar bentuk, dipungut atau
dipindahkan di bawah sesuatu lesen hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan.
Seksyen 61 APN 1984 menyatakan royalti hendaklah dibayar kepada PBN
mengenai semua hasil hutan yang diambil mengikut kadar yang ditetapkan dalam
senarai kadar royalti sebagaimana disiarkan dalam warta oleh PBN. Semakan
Audit terhadap pewartaan pindaan kadar KKH 1989 Negeri Kedah mendapati
perkara berikut:
a. Mesyuarat JKTHB Bil. 1/2012 pada 26 Februari 2012 telah meneliti dan
bersetuju meluluskan kertas kerja permohonan meminda kadar KKH 1989
Negeri Kedah bagi Jadual Kedua (Senarai Kadar Royalti), Jadual Ketiga
(Senarai Kadar Premium dan Lesen), Jadual Keempat (Senarai Kadar
Fee Pelbagai) dan Jadual Kelima (Wang Pertaruhan/Deposit). Kertas kerja
berkenaan telah diangkat ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) dan
diluluskan pada 26 Mac 2014. Kadar baharu mula dikuatkuasakan mulai
3 Ogos 2014 walaupun belum diwartakan;
b. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengemukakan draf Warta Kerajaan bagi
pindaan kadar KKH 1989 Negeri Kedah yang diluluskan MMK kepada
Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah (PUU) pada 22 April 2015 untuk
semakan. Bagaimanapun, draf berkenaan dipulangkan kepada JPNK pada
4 Ogos 2015 untuk pindaan kadar bagi Jadual Kedua dan Jadual Kelima
kerana tidak merangkumi kadar bagi kayu yang “ditukar bentuk” dan
pengesahan kadar asal serta yang dicadangkan untuk dibuat pindaan;
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 13
c. Semakan Audit selanjutnya mendapati empat (4) pindaan terhadap draf
berkenaan yang kini dikenali sebagai draf Kaedah-Kaedah Hutan Negeri
Kedah (Pindaan) 2016 telah diselesaikan dan dikemukakan kepada PUU
masing-masing pada 15 Disember 2015, 2 Mac 2016, 5 April 2016 dan
3 Ogos 2016. Pihak PUU telah menyemak dan mengemas kini draf ini dan
dikemukakan kepada JPNK pada 8 September 2016 untuk menyediakan
kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan MMK; dan
d. Pihak Audit dimaklumkan oleh JPNK bahawa pindaan kadar KKH 1989
Negeri Kedah yang diluluskan MMK pada 26 Mac 2014 belum diwartakan
kerana terdapat tambahan pindaan kadar baharu kepada KKH Negeri Kedah
(Pindaan) 2016, yang telah dikaji semula bagi mengimbangi faktor perubahan
masa dan kenaikan kos semasa. Antara pindaan kadar-kadar sedia ada
seperti kadar premium pembalakan, ses dan fi menara pemancar. Selain itu,
pindaan dibuat bagi memasukkan kadar baharu seperti wang pertaruhan
kemajuan pembangunan ladang hutan dan sumber hasil baharu seperti kadar
royalti bagi kayu jaras (getah), kayu racik (karas dan getah) dan fi bagi sukan
lasak kenderaan pacuan 4 roda. Kelewatan pewartaan juga disebabkan oleh
penyediaan dwibahasa bagi KKH Negeri Kedah (Pindaan) 2016.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018 dan 1 April 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memaklumkan pindaan kadar KKH 1989
Negeri Kedah sedang dalam proses diangkat semula untuk pengesahan
Penasihat Undang-undang Negeri sebelum diangkat untuk kelulusan MMK bagi
tujuan siar warta. Pihak JPNK bertanggungjawab bagi memastikan draf
pindaan baru KKH 1989 Negeri Kedah disiar warta dalam tempoh
enam (6) bulan selepas diangkat dan diluluskan oleh MMK.
Maklum Balas PUU Negeri Kedah yang Diterima pada 24 April 2018
Pemakaian kadar dan caj baharu yang tidak diwartakan adalah sah di sisi
undang-undang kerana kadar baharu tersebut telah diluluskan oleh PBN
melalui MMK yang menurut Enakmen adalah pihak yang mempunyai kuasa
untuk membuat demikian. Namun begitu, ia bukanlah suatu tindakan yang
wajar memandangkan ia bukan suatu amalan good governance Jabatan
Kerajaan kerana kadar sebelum ini telah digubal dan diwartakan melalui
Kaedah-Kaedah Hutan. Bagaimanapun, tindakan mewartakan kadar baharu
melalui pindaan kepada KKH dan dikuatkuasakan secara kebelakang
berdasarkan tarikh yang diluluskan oleh MMK boleh dilaksanakan dan tidak
bercanggah dengan undang-undang dengan syarat tiada mana-mana orang
disabitkan kepada apa-apa penalti yang dibuat sebelum pewartaan pindaan
kadar baharu tersebut.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 14
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 12 September 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menyediakan kertas kerja untuk
diangkat ke MMK bagi tujuan kelulusan dan siar warta.
Pada pendapat Audit, pewartaan pindaan kadar Kaedah-Kaedah Hutan 1989
Negeri Kedah yang diluluskan oleh MMK pada 24 Mac 2014 adalah tidak cekap
kerana mengambil tempoh masa yang lama untuk diwartakan.
1.6.2.3. Hasil Premium
Hasil premium adalah bayaran yang dikenakan kepada pengusaha yang
diluluskan kawasan pembalakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) melalui
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi (JKTHB). Kelulusan yang diberikan
oleh JKTHB adalah berdasarkan lokasi kompartmen, keluasan kawasan
pengusahasilan hutan dan kadar premium yang dikenakan. Seksyen 23 (2) KKH
1989 Negeri Kedah menetapkan kadar premium hendaklah seperti dalam Jadual
Ketiga KKH 1989 Negeri Kedah. Jumlah premium yang dikenakan adalah
merujuk kepada kadar premium yang berkuatkuasa serta luas kawasan usahasil
yang diluluskan. Berdasarkan Jadual Ketiga KKH 1989 Negeri Kedah, kadar yang
dikenakan adalah RM10,000 sehektar bagi kategori Hutan Dara, RM8,000 bagi
kategori Hutan Sudah Kerja (KSK) dan RM6,000 bagi Hutan Tanah Kerajaan
(darat) manakala kadar premium bagi kategori Hutan Paya Laut adalah
RM1,000 sehektar. Pengarah Perhutanan Negeri akan mengeluarkan surat
tawaran kepada pengusaha berdasarkan kelulusan JKTHB. Semakan Audit
mendapati perkara seperti berikut:
a. Penetapan Kadar Premium
i. Semakan Audit terhadap 24 sampel pengusaha yang telah dikeluarkan
surat kelulusan kawasan usahasil bagi tempoh tahun 2015 hingga
tahun 2017 mendapati kadar premium yang diluluskan kepada
18 pengusaha tidak mengikut kadar yang ditetapkan seperti di Jadual
Ketiga KKH 1989 Negeri Kedah yang telah diluluskan oleh MMK pada
26 Mac 2014. Kadar premium yang diluluskan bagi Hutan Dara adalah
pada kadar RM14,000 sehektar manakala Hutan KSK pada kadar di antara
RM10,000 hingga RM12,000 sehektar. Manakala kadar premium Hutan
Dara bagi pengusaha berkaitan Agensi Kerajaan Negeri adalah pada
kadar RM3,000 sehektar. Kadar premium ini diluluskan melalui Mesyuarat
JKTHB yang bersidang bagi tempoh tiga (3) tahun tersebut.
ii. Semakan Audit selanjutnya mendapati kadar premium yang diluluskan
melalui mesyuarat JKTHB bagi tempoh tahun 2015 hingga tahun 2017
adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Khas JKTHB Kali Pertama
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 15
Tahun 2014 yang bermesyuarat pada 30 Oktober 2014. Mesyuarat Khas
JKTHB ini membuat keputusan meminda kadar premium sedia ada bagi
kelulusan kawasan pembalakan yang diluluskan pada tahun 2014 dan
tahun seterusnya kepada RM14,000 bagi Hutan Dara dan RM10,000 bagi
Hutan KSK. Bagaimanapun, pindaan kadar premium ini tidak diangkat
semula bagi kelulusan MMK dan diwartakan.
iii. Berdasarkan kadar premium yang diluluskan berbanding kadar baharu
Jadual Ketiga KKH 1989 Negeri Kedah, Kerajaan Negeri mampu dan
berpotensi memperoleh pertambahan hasil berjumlah RM8.25 juta. Butiran
lanjut adalah seperti Jadual 1.6.
JADUAL 1.6 KADAR PREMIUM YANG DILULUSKAN BERBANDING KADAR BAHARU
JADUAL KETIGA KKH 1989 NEGERI KEDAH BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. NO. FAIL
(a) LUAS (HA)
KOMPARTMEN / HUTAN SIMPAN
KATEGORI HUTAN
KADAR PREMIUM SEHEKTAR LEBIHAN / (KURANGAN)
(b) DILULUSKAN
JKTHB / SURAT
KELULUSAN JPNK (RM)
(c) KADAR BAHARU JADUAL KETIGA
KKH 1989 NEGERI KEDAH YANG
DILULUSKAN MMK (RM)
(b)-(c) = (d) KADAR
PREMIUM SEHEKTAR
(RM)
(d) x (a) KADAR
PREMIUM DILULUSKAN
(RM)
MINIT MESYUARAT JKTHB PADA 13 APRIL 2015
1. 031502 100 5 / Chebar Besar KSK 12,000 8,000 4,000 400,000
2. 032681 100 102 / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 400,000
3. 033819 70 56 / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 280,000
4. 033815 100 61 / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 400,000
MINIT MESYUARAT JKTHB PADA 30 JUN 2015
5. 033825 150 15 / Rimba Teloi KSK 10,000 8,000 2,000 300,000
6. 033844 100 61 / Ulu Muda Hutan Dara 3,000 10,000 (7,000) (700,000)
7. 033891 50 77 / Ulu Muda Hutan Dara 3,000 10,000 (7,000) (350,000)
MINIT MESYUARAT JKTHB PADA 12 NOVEMBER 2015
8. 033851 50 58 / Gunung Bongsu
KSK 10,000 8,000 2,000 100,000
9. 032697 140 90 / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 560,000
MINIT MESYUARAT JKTHB PADA 16 MEI 2016
10. 032725 250 136-B / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 1,000,000
11. 033874 300 21-C / Gunung Inas KSK 10,000 8,000 2,000 600,000
MINIT MESYUARAT JKTHB PADA 7 NOVEMBER 2016
12. 033899 145 51 / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 580,000
13. 033900 160 58 (B) / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 640,000
14. 033889 120 74 / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 480,000
MINIT MESYUARAT JKTHB PADA 1 OGOS 2017
15. 032766 360 125 / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 1,440,000
16. 032759 270 126 / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 1,080,000
BERDASARKAN SURAT KELULUSAN JPNK
17. 032756 200 150 -A / Ulu Muda Hutan Dara 14,000 10,000 4,000 800,000
18. 031521 120 5 / Bukit Perangin KSK 10,000 8,000 2,000 240,000
JUMLAH 8,250,000
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 16
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 4 April 2018
Semua kawasan usahasil yang diluluskan melalui Mesyuarat JKTHB adalah
berdasarkan kadar premium yang ditetapkan oleh Mesyuarat Khas JKTHB
kali pertama tahun 2014 yang bersidang pada 30 Oktober 2014.
Maklum Balas PUU Negeri Kedah yang Diterima pada 24 April 2018
Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah memaklumkan pindaan
kadar di bawah Enakmen hendaklah dibuat melalui pindaan kepada
Kaedah-Kaedah Hutan dan diwartakan.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 12 September 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah membuat pindaan kadar baharu
premium pembalakan selaras keputusan Mesyuarat Khas JKTHB kali
pertama tahun 2014 melalui kertas kerja KKH Negeri Kedah (Pindaan) 2016
untuk diangkat ke MMK bagi tujuan kelulusan dan siar warta.
Pada pendapat Audit, penetapan kadar premium oleh JKTHB melebihi kadar
Jadual Ketiga KKH 1989 Negeri Kedah berpotensi untuk meningkatkan
pendapatan Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, pindaan kadar premium
hendaklah dilakukan mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu mengangkat
semula pindaan kadar premium tersebut untuk kelulusan MMK dan
diwartakan.
b. Tawaran Kawasan Pembalakan
i. Kawasan Pembalakan Tiada Dalam Senarai Kawasan Yang Diluluskan
Semakan Audit terhadap surat kelulusan yang dikeluarkan JPNK kepada
dua (2) pengusaha yang ditawarkan kawasan pembalakan mendapati
surat berkenaan menyatakan kelulusan kawasan membalak adalah
berdasarkan keputusan mesyuarat JKTHB pada 16 Mei 2016 dan
1 Ogos 2017. Semakan Audit selanjutnya terhadap minit mesyuarat
JKTHB berkenaan menunjukkan tiada kelulusan dikeluarkan kepada
dua (2) pengusaha tersebut untuk diusahasil. Semakan seterusnya
mendapati kertas kerja permohonan kawasan usahasil bagi Pengusaha 2
telah diangkat dalam Agenda Mesyuarat JKTHB pada 23 April 2017.
Bagaimanapun, kelulusan permohonan tersebut tidak direkodkan dalam
keputusan minit mesyuarat JKTHB yang bersidang pada 1 Ogos 2017.
Butiran lanjut adalah seperti Jadual 1.7.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 17
JADUAL 1.7 TAWARAN KAWASAN PEMBALAKAN TIADA DALAM SENARAI KAWASAN
YANG DILULUSKAN JAWATANKUASA TETAP HASIL BUMI
PENGUSAHA NO. FAIL
CABUTAN MINIT MESYUARAT JKTHB
SURAT KELULUSAN KAWASAN MEMBALAK DARIPADA JPNK
PARA KOMPT. HSK LUAS (HA)
SURAT JPNK / TARIKH
KOMPT. HSK LUAS (HA)
PREMIUM (RM Juta)
MINIT MESYUARAT JKTHB PADA 16 MEI 2016
1 032756 Tiada Kelulusan PHNK 032756 / 14.09.2017
150-A Ulu Muda
200 2.80
MINIT MESYUARAT JKTHB PADA 1 OGOS 2017
2 031521 Tiada Kelulusan PHNK 031521
(1) / 05.10.2017 5
Bukit Perangin
120 1.20
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 24 Mei 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengeluarkan surat penangguhan
kerja ke atas pengusaha 1 dan 2 dan mengambil tindakan untuk
mengangkat semula ke JKTHB bagi tujuan pemakluman dan kelulusan.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 12 September 2018
Mesyuarat Khas JKTHB yang bersidang pada 30 Ogos 2018 telah bersetuju
dengan permohonan kawasan pembalakan bagi Pengusaha 1 dan 2 yang
telah diangkat semula oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.
ii. Kawasan Pembalakan Berbeza Dengan Kawasan Yang Diluluskan
Semakan Audit terhadap surat kelulusan JPNK kepada pengusaha
mendapati kawasan pembalakan yang diluluskan kepada dua (2)
pengusaha berbeza dengan kawasan yang diluluskan seperti mana minit
mesyuarat JKTHB pada 1 Ogos 2017. Surat kelulusan yang dikeluarkan
kepada Pengusaha 1 dan 2 menyatakan kawasan yang ditawarkan adalah
masing-masing di Kompartmen 126 dan 125 HSK Ulu Muda seperti mana
diluluskan dalam mesyuarat JKTHB pada 1 Ogos 2018. Bagaimanapun,
semakan terhadap minit mesyuarat JKTHB mendapati kawasan yang
diluluskan kepada Pengusaha 1 dan 2 adalah berbeza iaitu masing-masing
di Kompartmen 153 dan 154 HSK Ulu Muda serta Kompartmen 155 dan
71 HSK Ulu Muda. Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada
permohonan tukar kawasan direkodkan untuk diangkat semula bagi
kelulusan JKTHB. Butirannya adalah seperti Jadual 1.8.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 18
JADUAL 1.8 TAWARAN KAWASAN PEMBALAKAN BERBEZA DENGAN KAWASAN YANG
DILULUSKAN JAWATANKUASA TETAP HASIL BUMI
PENGUSAHA NO. FAIL
CABUTAN MINIT MESYUARAT JKTHB
SURAT KELULUSAN KAWASAN MEMBALAK DARIPADA JPNK (*)
PARA KOMPT. HSK LUAS (HA)
SURAT JPNK / TARIKH
KOMPT. HSK LUAS (HA)
PREMIUM (RM Juta)
MINIT MESYUARAT JKTHB PADA 1 OGOS 2017
1 032759 8.6 (v) 153 Ulu Muda 500 PHNK 032759
(1) / 05.10.2017 126
Ulu Muda
270 3.78 8.6 (vi) 154 Ulu Muda 500
2 032766 8.6 (i) 155 Ulu Muda 500 PHNK 032766
(1) / 05.10.2017 125
Ulu Muda
360 5.04 8.6 (ii) 71 Ulu Muda 500
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah Nota: (*) Jumlah keluasan Pengusaha 1 dan 2 merupakan sebahagian daripada 1,410 hektar dan 1,380 hektar
yang ditawarkan oleh JPNK.
iii. Pihak Audit juga mendapati fail permohonan yang diselenggara tidak
lengkap dan kemas kini di mana cabutan keputusan minit mesyuarat
JKTHB tidak difailkan bersekali dengan fail permohonan. Selain itu, JPNK
tidak menyelenggara daftar permohonan bagi merekodkan status terkini
sesuatu permohonan kawasan pembalakan.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 1 dan 4 April 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah akur dengan penemuan Audit.
Pengusaha telah menjelaskan separuh bayaran premium dan lain-lain
bayaran proses tetapi kawasan tersebut belum dilesenkan. Jabatan
Perhutanan Negeri Kedah telah mengeluarkan surat penangguhan proses
pelesenan ke atas pengusaha tersebut dan mengambil tindakan untuk
mengangkat semula ke JKTHB bagi tujuan pemakluman dan kelulusan.
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah menyediakan daftar permohonan
bagi mengemas kini maklumat permohonan kawasan pembalakan.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 12 September 2018
Mesyuarat Khas JKTHB yang bersidang pada 30 Ogos 2018 telah bersetuju
dengan permohonan pindaan kawasan pembalakan bagi Pengusaha
1 dan 2 yang telah diangkat semula oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
kepada JKTHB untuk kelulusan.
Pada pendapat Audit, setiap kawasan pembalakan yang ditawarkan kepada
pengusaha hendaklah seperti yang diluluskan dalam mesyuarat
Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi. Selain itu, daftar permohonan tidak
diselenggara menyebabkan tawaran kawasan pembalakan kepada
pengusaha berbeza dengan kelulusan Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 19
c. Hasil Premium Lewat Dibayar
Manual Perhutanan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia menyatakan
premium perlu dikutip sebelum penyediaan sesuatu lesen dimulakan
manakala mengikut syarat kelulusan membalak, bayaran premium, deposit,
fi lesen dan pelan hendaklah dijelaskan sekali gus dalam tempoh sebulan dari
surat kelulusan dikeluarkan. Seksyen 72 (3) APN 1984 menyatakan
Pengarah Perhutanan Negeri boleh mengeluarkan suatu taksiran semula
yang hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti taksiran asal.
Sekiranya pelesen gagal menjelaskan bayaran tersebut dalam tempoh yang
ditetapkan, maka tawaran tersebut akan ditarik balik dan dibatalkan. Apabila
tawaran dibatalkan, syarikat pengusahasilan tidak lagi berhak menyertai
mana-mana tawaran (disenarai hitam) atau memohon mana-mana kawasan
membalak daripada JPNK selama satu (1) tahun. Semakan Audit terhadap
45 fail lesen pembalakan dan 24 fail kelulusan kawasan pembalakan bagi
tempoh tahun 2015 hingga 2017 mendapati perkara seperti berikut:
i. Pelesen Lewat Membayar Premium
Semakan Audit terhadap 45 fail lesen pembalakan yang dikeluarkan bagi
tempoh tahun 2015 hingga 2017 mendapati sebanyak 12 pengusaha lewat
membayar premium antara satu (1) hingga 53 bulan. Surat peringatan
penyelesaian bayaran telah dikeluarkan kepada 12 pengusaha terbabit
tetapi tiada tindakan dikenakan terhadap 10 pengusaha yang lewat
membayar premium antara satu (1) hingga 46 bulan. Manakala dua (2)
pengusaha yang lewat membayar premium antara 25 dan 53 bulan telah
dirampas deposit berjumlah RM20,000. Bagaimanapun, JPNK tidak
membatalkan tawaran berkenaan dan semua pengusaha berkaitan juga
tidak disenarai hitam serta lesen membalak masih dikeluarkan setelah
premium selesai dibayar. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 1.9.
JADUAL 1.9
KELEWATAN PEMBAYARAN PREMIUM BAGI LESEN YANG DIKELUARKAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. NO.
LESEN
JUMLAH PREMIUM
DILULUSKAN (RM)
DEPOSIT (RM)
TARIKH BAYARAN
PERLU DIKEMUKA
TARIKH BAYARAN
DIBUAT
TEMPOH KELEWATAN
(BULAN)
TINDAKAN DIKENAKAN
SEBAB LEWAT
(*)
1. KT 01-10-2017 1,200,000 10,000 13.01.2016 13.11.2016 10 Tiada a
2. KT 01-09-2016 1,700,000 10,000 16.10.2011 16.03.2016 53 Deposit
dirampas a dan b
3. KU 01-09-2015 1,320,000 10,000 16.10.2011 24.08.2015 46 Tiada a, c dan
d
4. KU 01-07-2015 1,750,000 10,000 17.01.2014 27.02.2014 1 Tiada a dan d
5. KU 01-08-2015 1,320,000 10,000 17.01.2014 27.02.2014 1 Tiada d
6. KU 01-01-2016 1,300,000 10,000 17.01.2014 27.02.2014 1 Tiada a dan d
7. KU 01-10-2016 1,300,000 10,000 17.01.2014 27.02.2014 1 Tiada d
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 20
BIL. NO.
LESEN
JUMLAH PREMIUM
DILULUSKAN (RM)
DEPOSIT (RM)
TARIKH BAYARAN
PERLU DIKEMUKA
TARIKH BAYARAN
DIBUAT
TEMPOH KELEWATAN
(BULAN)
TINDAKAN DIKENAKAN
SEBAB LEWAT
(*)
8. KU 01-11-2016 990,000 10,000 17.01.2014 27.02.2014 1 Tiada d
9. KT 01-10-2015 2,040,000 10,000 16.10.2011 19.11.2015 25 Deposit
dirampas a
10. KU 01-01-2015 1,300,000 10,000 16.10.2011 21.02.2012 4 Tiada a dan d
11. KS 01-26-2015 3,712,500 10,000 16.06.2009 28.07.2009 1 Tiada d
12. KS 01-08-2017 49,000 10,000 13.09.2007 09.12.2007 2 Tiada c, d dan
e
JUMLAH 17,981,500 120,000
Nota *: Sebab-Sebab Kelewatan: a- Pengusaha mohon penangguhan bayar premium kerana kekangan kewangan b- Rampasan deposit dan bayaran semula deposit untuk kawasan sama c- Permohonan mengurangkan kadar premium / tukar kawasan / tebang habis d- Kekangan kakitangan bagi penyediaan kelarian jalan, pelan, sempadan dan penandaan pokok e- Pelesen gagal melengkapkan dokumen lesen
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
ii. Kelewatan Membayar Premium Bagi Pengusaha Yang Belum
Dikeluarkan Lesen
Semakan Audit terhadap 24 fail kelulusan kawasan pembalakan
mendapati sebanyak 18 pengusaha yang diluluskan kawasan pembalakan
pada tahun 2015 hingga 2017 lewat membayar premium antara satu (1)
hingga 35 bulan. Sehingga 31 Disember 2017, sebanyak 15 pengusaha
tidak dikenakan sebarang tindakan kerana lewat membayar premium
di antara satu (1) hingga 35 bulan. Manakala tiga (3) pengusaha yang
lewat membayar premium di antara 11 hingga 21 bulan telah dikenakan
rampasan deposit berjumlah RM30,000, penggantungan pendaftaran lesen
syarikat selama satu (1) tahun dan kelulusan kawasan pembalakan
dibatalkan. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 1.10.
JADUAL 1.10
KELEWATAN MEMBAYAR PREMIUM BAGI KELULUSAN TAHUN 2015 HINGGA 2017 DAN TINDAKAN YANG DIAMBIL
BIL. NO. FAIL
DEPOSIT (RM)
JUMLAH PREMIUM
DILULUSKAN (RM)
TARIKH BAYARAN
PERLU DIKEMUKA
BAYARAN SEHINGGA 31.12.2017
(RM)
BAKI BAYARAN SEHINGGA 31.12.2017
(RM)
TEMPOH KELEWATAN
(BULAN)
TINDAKAN DIKENAKAN
SEBAB LEWAT
(*)
1. 031502 10,000 1,400,000 21.06.2015 0.00 1,400,000 21 Deposit
dirampas a dan b
2. 032681 10,000 1,400,000 02.07.2015 560,000 840,000 29 Tiada c
3. 033819 10,000 1,500,000 02.07.2015 490,000 490,000 29 Tiada b dan g
4. 033825 10,000 1,500,000 14.08.2015 500,000 1,000,000 28 Tiada b dan g
5. 033891 10,000 150,000 05.01.2015 0.00 150,000 35 Tiada d
6. 033851 10,000 500,000 06.01.2016 0.00 500,000 13 Deposit
dirampas a
7. 032693 10,000 1,000,000 23.03.2016 0.00 1,000,000 11 Deposit
dirampas a dan d
8. 032697 10,000 1,400,000 12.01.2016 900,000 500,000 23 Tiada c
9. 032725 10,000 3,500,000 19.10.2016 50,000 3,450,000 14 Tiada a
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 21
BIL. NO. FAIL
DEPOSIT (RM)
JUMLAH PREMIUM
DILULUSKAN (RM)
TARIKH BAYARAN
PERLU DIKEMUKA
BAYARAN SEHINGGA 31.12.2017
(RM)
BAKI BAYARAN SEHINGGA 31.12.2017
(RM)
TEMPOH KELEWATAN
(BULAN)
TINDAKAN DIKENAKAN
SEBAB LEWAT
(*)
10. 033874 10,000 3,000,000 09.07.2016 100,000 2,900,000 17 Tiada a
11. 033878 10,000 2,100,000 12.07.2016 528,000 472,000 17 Tiada a
12. 033899 10,000 2,030,000 05.01.2017 755,000 1,275,000 11 Tiada c
13. 033900 10,000 2,240,000 05.01.2017 830,000 1,410,000 11 Tiada a
14. 033889 10,000 1,200,000 05.01.2017 120,000 1,080,000 11 Tiada a
15. 032756 10,000 2,800,000 15.10.2017 100,000 2,700,000 2 Tiada a dan e
16. 031513 10,000 1,750,000 20.11.2017 100,000 1,650,000 1 Tiada a
17. 032766 10,000 5,040,000 06.11.2017 3,030,000 2,010,000 1 Tiada c
18. 032759 10,000 3,780,000 06.11.2017 2,610,000 1,170,000 1 Tiada c
JUMLAH 180,000 36,290,000 10,673,000 23,997,000
Nota *: Sebab-Sebab Kelewatan: a- Permohonan penangguhan bayaran akibat kekangan kewangan oleh pengusaha b- Permohonan tukar kawasan c- Kekangan kakitangan bagi penyediaan sempadan d- Surat setuju terima tidak dikemukakan oleh pengusaha e- Kes rayuan mahkamah f- Pembatalan kawasan g- Kelulusan kawasan bertindih
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
iii. Semakan Audit terhadap fail pengusaha mendapati kelewatan bayaran
premium berlaku disebabkan JPNK meluluskan permohonan daripada
pengusaha bagi menangguhkan bayaran akibat kekangan kewangan dan
membuat bayaran secara ansuran. Kebenaran menangguhkan bayaran
premium dan bayaran secara ansuran daripada Pengarah Perhutanan
Negeri adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 72 (3) APN 1984.
Kelewatan juga disebabkan pengusaha membuat permohonan pertukaran
kawasan pembalakan kerana kawasan pernah diceroboh pembalak haram,
bertindih dan permohonan untuk mengurangkan kadar premium.
Permohonan ini perlu diangkat semula untuk kelulusan JKTHB. Selain itu,
kekangan kakitangan JPNK bagi penyediaan kelarian jalan, pelan,
sempadan dan penandaan pokok juga menyumbang kepada kelewatan
bayaran daripada pengusaha. Kelewatan bayaran berkenaan
menyebabkan hasil premium berjumlah RM24 juta tidak dapat dikutip
mengikut tempoh yang ditetapkan.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018 dan 1 April 2018 Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memaklumkan kelewatan pembayaran
premium adalah disebabkan oleh faktor kewangan pengusaha.
Ia diluluskan selepas pengusaha mengemukakan permohonan lanjutan
tempoh masa bayaran. Surat peringatan bagi menjelaskan tunggakan
premium telah dikeluarkan kepada enam (6) pengusaha manakala
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 22
sembilan (9) pengusaha lagi akan dikeluarkan selepas Laporan Sempadan
dikemukakan oleh pihak Pejabat Hutan Daerah.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 12 September 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengeluarkan surat ulangan pada
bulan September 2018 bagi memaklumkan wang deposit dirampas dan
menasihatkan pemohon membuat permohonan baharu.
Pada pendapat Audit, kelemahan pengurusan hasil terhadap kutipan
premium menyebabkan hasil premium berjumlah RM24 juta tidak dapat
dikutip mengikut tempoh yang ditetapkan. Selain itu, proses kerja
di lapangan sebelum pengeluaran lesen boleh dipercepatkan dengan
memperkasakan prestasi modal insan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah.
1.6.2.4. Kadar Royalti dan Ses
a. Kutipan Hasil Royalti dan Ses
Jadual Kedua Kaedah-Kaedah Hutan 1989 Negeri Kedah berkaitan senarai
kadar royalti menyatakan royalti hasil hutan adalah ditentukan mengikut
meter padu (m3) dan jenis kayu yang dikeluarkan. Pindaan kadar Jadual
Kedua yang diluluskan MMK pada tahun 2014 antaranya menetapkan kadar
royalti bagi kayu Cengal dan Merbau ialah RM30/m3, Jati RM23/m3, Medang
RM12/m3 dan Mempisang RM11.00/m3 manakala kadar ses adalah RM30/m3
bagi hasil hutan utama dan 15% daripada kutipan royalti hasil hutan lain.
Semakan Audit mendapati perkara seperti berikut:
i. Isi padu balak dikira terlebih dahulu di matau iaitu tempat tual balak (balak
yang telah dipotong) dikumpul sebelum dibawa keluar ke Balai Pemeriksa
Hutan (BPH) atau BPH Sementara di setiap matau. Setiap tual balak
dipastikan mempunyai tag yang sah dan pengiraan semula isi padu
dijalankan oleh Renjer Hutan di BPH untuk menentukan jumlah royalti dan
ses yang dikenakan. Kayu balak yang telah dikira royalti dan ses dicap
dengan tukul hasil dan dikeluarkan pas pemindah. Penguatkuasaan
dijalankan terhadap pemindahan kayu balak bagi memastikan semua
kayu yang dipindah telah dicapkan dengan tukul hasil;
ii. Kadar royalti yang dikenakan terhadap kayu yang dikeluarkan adalah
mengikut kadar yang ditetapkan dan pengiraan isi padu juga mengikut
formula yang ditetapkan. Bagaimanapun, kadar baharu ses ditangguhkan
seperti mana diputuskan mesyuarat JKTHB pada 18 April 2014
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 23
disebabkan oleh harga kayu yang tidak stabil dan mengekalkan kadar
lama iaitu RM10/m3 bagi hasil hutan utama dan 10% daripada kutipan
royalti hasil hutan lain; dan
iii. Pemeriksaan Audit bersama Pegawai JPNK telah dilaksanakan di BPH
Sementara Weng, BPH Sementara Bukit Enggang dan Matau Utama
di Kompartmen enam (6) Hutan Simpan Ulu Muda serta sekatan jalan
raya dengan menahan lori balak yang membawa muatan kayu balak
di lokasi Batu 5, Sik. Pemeriksaan Audit mendapati tual balak di matau
mempunyai tag yang sah manakala dua (2) buah lori yang ditahan
membawa muatan tual balak menggunakan pas pemindah yang sah.
Pengiraan semula isi padu dan bilangan tual balak semasa pemeriksaan
adalah bersamaan dengan pas pemindah dan kadar royalti adalah
berdasarkan KKH 1989 Negeri Kedah yang telah diluluskan MMK. Butiran
lanjut adalah seperti Gambar 1.1 hingga Gambar 1.4.
GAMBAR 1.1 GAMBAR 1.2
Matau Utama Kompartmen 6, Hutan Simpan Ulu Muda - Sebahagian Tual Balak di Matau
(28.12.2017) Sumber: Jabatan Audit Negara
Balai Pemeriksaan Hutan Sementara Bukit Enggang -Pengiraan Isi Padu Oleh Renjer Hutan
(02.01.2018) Sumber: Jabatan Audit Negara
GAMBAR 1.3 GAMBAR 1.4
Sekatan Jalan Raya Di Batu 5, Sik
-Pengiraan Semula Isi Padu Tual Balak (02.01.2018)
Sumber: Jabatan Audit Negara
Sekatan Jalan Raya Di Batu 5, Sik
-Pengiraan Semula Isi Padu Tual Balak (02.01.2018)
Sumber: Jabatan Audit Negara
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 7 Mei 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah akur dengan penemuan Audit dan akan
mengangkat semula pelaksanaan kadar baru ses ke mesyuarat JKTHB pada
bulan November 2018 untuk kelulusan dan tindakan pelaksanaan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 24
Pada pendapat Audit, pengurusan kutipan hasil royalti adalah baik kerana
mengikut kadar yang telah ditetapkan seperti di Jadual Kedua KKH 1989.
1.6.2.5. Kelewatan Pengeluaran Lesen Membalak
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah akan mengeluarkan lesen bagi kawasan
pembalakan yang diluluskan oleh JKTHB setelah pemohon lesen menyelesaikan
semua bayaran yang ditetapkan. Menurut Piagam Pelanggan Jabatan, lesen
untuk mengeluarkan hasil hutan akan diproses tidak melebihi enam (6) bulan
daripada tarikh kelulusan diberi selepas semua syarat kelulusan dipatuhi.
a. Semakan Audit terhadap 45 lesen yang dikeluarkan pada tahun 2015 hingga
2017 mendapati 33 lesen dikeluarkan di antara sembilan (9) hingga 117 bulan
dari tarikh surat kelulusan. Surat kelulusan dikeluarkan selepas JKTHB
bersidang dan bersetuju meluluskan kawasan membalak tersebut. Butiran
lanjut adalah seperti Jadual 1.11.
JADUAL 1.11
KELEWATAN PENGELUARAN LESEN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. NO LESEN TARIKH SURAT KELULUSAN
DIKELUARKAN TARIKH LESEN DIKELUARKAN
TEMPOH PENGELUARAN
SEBAB LEWAT (*)
1. KS 01-08-2017 PHNK 033513/ 13.08.2007 12.06.2017 117 bulan e dan f
2. KS 01-16-2016 PHNK 033542/ 19.02.2008 21.04.2016 98 bulan e
3. KS 01-13-2016 PHNK 033572/ 14.07.2009 10.08.2016 84 bulan e
4. KS 01-22-2016 PHNK 033577/ 12.10.2009 28.06.2016 80 bulan e
5. KS 01-32-2015 PHNK 033561/ 13.04.2009 15.12.2015 80 bulan e
6. KS 01-26-2015 PHNK 033568/ 14.07.2009 13.12.2015 76 bulan e
7. KS 01-21-2016 PHNK 033612/ 11.11.2010 14.06.2016 67 bulan e
8. KS 01-01-2016 PHNK 033672/ 17.04.2011 17.03.2016 59 bulan e
9. KT 01-09-2016 PHNK 032561/ 14.09.2011 21.06.2016 57 bulan a,b dan c
10. KS 01-05-2017 PHNK 033767/ 23.12.2012 31.05.2017 53 bulan e
11. KT 01-02-2016 PHNK 032562/ 14.09.2011 03.02.2016 52 bulan d
12. KT 01-06-2017 PHNK 033769/ 01.01.2013 06.04.2017 51 bulan e
13. KS 01-04-2017 PHNK 033764/ 23.12.2012 21.03.2017 50 bulan g
14. KT 01-09-2015 PHNK 032543/PHDKT124/ 2011/ 15.05.2011
03.08.2015 50 bulan e
15. KS 01-02-2015 PHNK 033617/ 11.11.2010 27.01.2015 50 bulan e
16. KS 01-05-2015 PHNK 033616/ 11.11.2010 27.01.2015 50 bulan e
17. KS 01-01-2017 PHNK 033765/ 23.12.2012 12.02.2017 49 bulan e
18. KT 01-07-2015 PHNK 032543/ 15.05.2011 19.05.2015 48 bulan e
19. KS 01-04-2015 PHNK 033653/ 17.04.2011 21.04.2015 48 bulan e
20. KU 01-09-2015 PHNK 031446/ 14.09.2011 13.10.2015 48 bulan a,b,d dan e
21. KT 01-10-2015 PHNK 032560/ 14.09.2011 02.06.2015 44 bulan a dan b
22. KT 01-15-2015 PHNK 032599/ 13.03.2013 09.11.2016 43 bulan e
23. KU 01-01-2015 PHNK 031444/ 14.09.2011 16.02.2015 41 bulan e
24. KT 01-05-2016 PHNK 032599/ 13.03.2013 21.06.2016 39 bulan e
25. KS 01-25-2015 PHNK 033734/ 06.08.2012 18.10.2015 38 bulan e dan g
26. KT 01-01-2016 PHNK 032617/ 18.06.2013 10.01.2016 30 bulan e dan g
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 25
BIL. NO LESEN TARIKH SURAT KELULUSAN
DIKELUARKAN TARIKH LESEN DIKELUARKAN
TEMPOH PENGELUARAN
SEBAB LEWAT (*)
27. KU 01-11-2016 PHNK 031484/ 30.12.2013 14.07.2016 30 bulan e
28. KU 01-10-2016 PHNK 031483/ 30.12.2013 18.05.2016 28 bulan e
29. KU 01-01-2016 PHNK 031482/ 30.12.2013 23.02.2016 25 bulan a dan e
30. KU 01-06-2016 PHNK 031486/ 15.06.2014 14.07.2016 24 bulan e
31. KU 01-08-2015 PHNK 031481/ 30.12.2013 13.12.2015 23 bulan e
32. KU 01-07-2015 PHNK 031480/ 30.12.2013 29.09.2015 20 bulan a dan e
33. KT 01-08-2016 PHNK 032689 (1)/ 12.07.2015 26.04.2016 9 bulan a, d dan e
Nota* Sebab-Sebab Kelewatan: a- Kekangan kewangan oleh pengusaha b- Permohonan penangguhan bayar premium c- Rampasan deposit dan bayaran semula deposit untuk kawasan sama d- Permohonan mengurangkan kadar premium / tukar kawasan / tebang habis e- Kekangan kakitangan bagi penyediaan larian jalan hutan, pelan, sempadan dan penandaan pokok f- Pelesen gagal melengkapkan dokumen lesen. g-Pelanggaran syarat lesen dan kerja usahasil ditahan sehingga bayaran kompaun dijelaskan
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
b. Semakan terhadap fail pengusaha dan temu bual pegawai JPNK mendapati
tempoh pengeluaran lesen mengambil masa yang panjang adalah kerana
pengusaha membuat permohonan pertukaran kawasan pembalakan,
kawasan pembalakan bertindih, permohonan kawasan ganti, permohonan
mengurangkan kadar premium dan kelewatan bayaran premium oleh
pengusaha. Selain itu, kelewatan juga disebabkan oleh kerja-kerja
di lapangan berkaitan penyediaan kelarian jalan, pelan, sempadan dan
penandaan pokok memerlukan tenaga kerja yang mempunyai kemahiran
teknikal berkaitan hutan. Kelewatan mengeluarkan lesen pembalakan
menyebabkan kerja mengusahasilan hutan lewat dilaksanakan dan
seterusnya kutipan royalti serta ses lewat dikutip masing-masing berjumlah
RM4.80 juta dan RM2.64 juta.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 1 April 2018
Kelewatan melesenkan kawasan yang telah diluluskan adalah disebabkan
oleh penyediaan laporan dan pengesahan sempadan di peringkat daerah,
kelewatan pengusaha menjelaskan premium atas faktor kewangan, faktor
cuaca, tiada permohonan daripada pengusaha lesen untuk diangkat
ke Mesyuarat JKTHB bagi tujuan membuka jalan sekunder yang melebihi
10 km, kelewatan mendapatkan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam
Sekitar (EIA), kerja-kerja lapangan yang memerlukan kemahiran teknikal
dan kepakaran kakitangan Jabatan sendiri dan tidak boleh menggunakan
khidmat atau kepakaran tenaga luar. Faktor ini juga saling berkaitan dengan
kekurangan kakitangan di mana ketika ini 38 jawatan Pengawas Hutan dan
44 jawatan Pembantu Awam belum diisi. Selain itu, Ibu Pejabat JPSM
sedang dalam usaha pengemaskinian Piagam Pelanggan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 26
Pada pendapat Audit, tempoh pengeluaran lesen dalam Piagam Pelanggan
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah perlu disesuaikan dengan tempoh
sebenar Lesen Pengeluaran Hasil Hutan dapat dikeluarkan.
1.6.2.6. Pembatalan Lesen Tidak Dilaksanakan Terhadap Pelesen yang
Melakukan Kesalahan Hutan
Mengikut Seksyen 21 dan 22 APN 1984, Lesen Mengambil Hasil Hutan
(Borang 1) yang dikeluarkan adalah berkuatkuasa untuk tempoh sehingga
satu (1) tahun dan boleh diperbaharui tidak melebihi sehingga enam (6) bulan
untuk setiap tempoh lanjutan. Mengikut amalan JPNK, tempoh kuat kuasa lesen
yang pertama dikeluarkan adalah selama enam (6) bulan. Lanjutan pertama
yang diberi adalah selama enam (6) bulan atau tiga (3) bulan dan lanjutan
seterusnya adalah selama tiga (3) bulan berdasarkan anggaran yang diberikan
oleh Pegawai Hutan Daerah. Seksyen 27 (3) APN 1984, Pengarah Perhutanan
Negeri boleh membatalkan atau menggantungkan lesen bagi sesuatu tempoh jika
pelesen melakukan kesalahan hutan.
a. Semakan Audit terhadap pelesen KS 01-25-2015 dan KS 01-18-2015 yang
diberi tempoh lanjutan masa selama 12 bulan dan 18 bulan (sebanyak
empat (4) kali), mendapati pelesen tersebut melakukan beberapa kesalahan
pelanggaran syarat lesen di bawah Seksyen 15 APN 1984 dengan
melakukan kesalahan berat iaitu penebangan secara haram di luar kawasan
yang diluluskan. Denda yang dikenakan kepada dua (2) pelesen berkenaan
adalah berjumlah RM1.21 juta. Pelesen KS 01-25-2015 telah dikenakan
kompaun, ganti rugi dan tambahan wang pertaruhan jaminan berjumlah
RM0.71 juta di atas pelbagai kesalahan iaitu tebangan pokok melebihi Had
Batas Tebangan (HBT) tanpa tag, tebangan dalam Zon Penampan tanpa tag
dan tebangan pokok tanpa tag lesen membalak. Pelesen KS 01-18-2015 juga
dikenakan kompaun berjumlah RM0.50 juta atas kesalahan pelanggaran
lesen yang dilakukan semasa lesen masih berkuat kuasa iaitu pokok ditebang
di luar kawasan yang diluluskan. Bagaimanapun, kedua-dua pelesen telah
menjelaskan kompaun dan ganti rugi tersebut. Berdasarkan Seksyen 27
(3) (a) APN 1984, Pengarah Perhutanan Negeri sepatutnya menggantung
atau membatalkan lesen pengusaha yang melakukan kesalahan hutan
secara berulang kali. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 1.12.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 27
JADUAL 1.12 TEMPOH KUATKUASA DAN PEMBAHARUAN LESEN
SERTA JENIS KESALAHAN DAN GANTI RUGI BESERTA KOMPAUN
BIL. NO. LESEN TEMPOH LESEN &
PEMBAHARUAN LESEN TARIKH DAN JENIS KESALAHAN
JUMLAH GANTI RUGI &
KOMPAUN (RM)
1. KS
01-25-2015
18.10.2015 - 17.04.2016 (6 Bulan)
18.04.2016 - 17.07.2016 (3 Bulan)
18.07.2016 - 17.10.2016 (3 Bulan)
18.10.2016 -17.01.2017 (3 Bulan)
18.01.2017 - 17.4.2017 (3 Bulan)
(Tempoh Kuat Kuasa Lesen = 18 bulan)
20.03.2016 - Tebangan pokok di atas Had Batas Tebangan (HBT) tanpa tag
6,560
18.07.2016 - Tebangan dalam Zon Penampan dan tebangan pokok tanpa tag
52,739
27.02.2017 - Tambahan wang pertaruhan jaminan
70,000
27.02.2017 - Tebangan pokok tanpa tag lesen membalak 1,187 tual termasuk cukai dan ses
568,825
27.02.2017 - Kompaun kerana melanggar syarat lesen membalak
10,000
JUMLAH 708,124
2. KS
01-18-2015
3.08.2015 - 2.02.2016 (6 Bulan)
3.02.2016 - 2.08.2016 (6 Bulan)
3.8.2016 - 02.11.2016 (3 Bulan)
3.11.2016 - 2.05.2017 (6 Bulan)
3.05.2017 - 2.08.2017 (3 Bulan)
(Tempoh Kuat Kuasa Lesen = 24 bulan)
03.01.2016 - Tiada pendaftaran jentera 2,000
08.03.2016 - Kompaun gantirugi bagi pokok yang ditebang tanpa tag
14,000
24.03.2016 - Kompaun kesalahan Seksyen 15 bagi kesalahan tebangan pokok di luar kawasan diluluskan
484,997
JUMLAH 500,997
JUMLAH KESELURUHAN 1,209,121
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018 dan 1 April 2018
Pihak Jabatan tidak dapat menetapkan tempoh pembaharuan lesen kerana
operasi pengusahasilan tertakluk kepada faktor-faktor sekeliling seperti
cuaca, harga pasaran kayu dan lain-lain perkara luar jangka. Jabatan
Perhutanan Negeri Kedah telah mengambil tindakan menahan kerja-kerja
pengusahasilan dengan mengeluarkan Borang 2 terhadap pelesen yang
menjalankan kerja-kerja lapangan selaras dengan Seksyen 25 APN 1984
Borang 2, Perintah Memberhentikan Kerja-kerja Hutan.
Pada pendapat Audit, sebelum lanjutan lesen diluluskan, Jabatan
Perhutanan Negeri Kedah hendaklah memastikan pelesen tidak melakukan
kesalahan hutan seperti mana yang diperuntukan di bawah Seksyen 27
(3)(a) Akta Perhutanan Negara 1984. Tempoh pelanjutan kuat kuasa lesen
yang lebih lama telah membuka ruang kepada pelesen melakukan
kesalahan hutan tersebut.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 28
1.6.2.7. Kelewatan Penyediaan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan
Manual Perhutanan Perenggan 8.1 menggariskan Laporan Penutup
Pengusahasilan Hutan yang lengkap hendaklah disediakan apabila sesuatu
kawasan lesen telah selesai diusahasilkan. Laporan adalah disediakan bagi
tujuan penutupan dan pembatalan lesen. Pegawai Hutan Daerah perlu
mengambil tindakan menutup dan membatalkan lesen apabila menerima
permohonan daripada pelesen, had maksimum pengeluaran kayu telah dicapai,
pengusahasilan telah selesai dan tempoh kuat kuasa lesen telah luput. Selain itu,
Objektif Kualiti JPNK menyatakan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan
hendaklah disediakan dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tamat
tempoh lesen atau tarikh permohonan penutupan lesen daripada pelesen,
mengikut mana yang terdahulu.
a. Semakan Audit mendapati empat (4) daripada 20 lesen (20%) telah
disediakan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan di mana dua (2) laporan
disediakan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat tempoh lesen
manakala dua (2) lagi telah lewat disediakan iaitu tujuh (7) dan 12 bulan
selepas tamat tempoh lesen. Bagaimanapun, 16 daripada 20 lesen (80%)
masih belum disediakan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan walaupun
lesen telah tamat tempoh antara lapan (8) hingga 28 bulan. Butiran lanjut
adalah seperti Jadual 1.13 dan Jadual 1.14.
JADUAL 1.13
TEMPOH MASA PENYEDIAAN LAPORAN PENUTUP PENGUSAHASILAN HUTAN
BIL. NO. LESEN TARIKH TAMAT
LESEN
TARIKH LAPORAN PENUTUP PENGUSAHASILAN HUTAN
DIKELUARKAN
TEMPOH (BULAN)
1. KS 01-32-2015 14.06.2016 30.08.2016 2
2. KT 01-08-2016 25.10.2016 12.02.2017 3
3. KS 01-04-2015 20.10.2015 31.05.2016 7
4. KT 01-10-2015 28.06.2016 17.07.2017 12
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
JADUAL 1.14 LAPORAN PENUTUP PENGUSAHASILAN HUTAN TIDAK DISEDIAKAN
BIL. NO LESEN TARIKH TAMAT LESEN TEMPOH KELEWATAN SEHINGGA 31.12.2017
(BULAN)
1. KU 01-01-2015 15.08.2015 28
2. KT 01-09-2015 02.02.2016 22
3. KU 01-07-2015 28.03.2016 22
4. KU 01-09-2015 12.04.2016 20
5. KU 01-08-2015 12.06.2016 18
6. KS 01-05-2015 26.07.2016 17
7. KU 01-01-2016 22.08.2016 16
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 29
BIL. NO LESEN TARIKH TAMAT LESEN TEMPOH KELEWATAN SEHINGGA 31.12.2017
(BULAN)
8. KS 01-01-2016 19.09.2016 15
9. KS 01-16-2016 21.10.2016 14
10. KT 01-07-2015 18.11.2015 13
11. KU 01-10-2016 17.11.2016 13
12. KT 01-05-2016 08.11.2016 13
13. KT 01-15-2015 08.11.2016 13
14. KU 01-11-2016 13.01.2017 11
15. KT 01-02-2016 02.02.2017 10
16. KS 01-25-2015 17.04.2017 8
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
b. Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan lewat disediakan kerana tiada
suatu mekanisme diwujudkan untuk mengenal pasti lesen yang telah tamat
tempoh pengusahasilan dengan memaklumkan kepada pelesen supaya
mengemukakan permohonan penutupan kawasan pembalakan. Kelewatan
menjalankan proses penutupan akhir boleh menyebabkan kerosakan hutan
tidak dapat dikenal pasti lebih awal dan kelewatan pelarasan baki cukai dan
pemulangan deposit kepada pelesen. Pihak Audit dimaklumkan bebanan
tugas menjadi punca utama kelewatan penyediaan laporan penyata
penutupan lesen berkenaan.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018 dan 5 April 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memaklumkan kelewatan penyediaan
Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan adalah disebabkan oleh proses
penanaman semula anak pokok di jalan tuju yang bergantung pada faktor
cuaca dan bekalan anak benih. Surat akan dikeluarkan kepada pelesen
untuk mempercepatkan proses penyediaan laporan penutup. Perkara ini
telah dibincang dalam Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan Ibu Pejabat
JPSM untuk mengkaji semula Piagam Pelanggan.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 12 September 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah mengeluarkan surat arahan
kepada Pegawai Perhutanan Daerah untuk mengambil tindakan segera
mempercepatkan proses laporan penutup. Sebanyak empat (4) daripada
16 lesen yang tidak disediakan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan
telah diselesaikan. Faktor lain yang menyebabkan kelewatan penyediaan
laporan berkenaan adalah kekangan kewangan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 30
Pada pendapat Audit, prestasi pengurusan Laporan Penutup
Pengusahasilan Hutan tidak cekap kerana tidak dapat diselesaikan dalam
tempoh yang ditetapkan.
1.6.2.8. Penguatkuasaan
Aktiviti penguatkuasaan hutan oleh JPNK adalah di bawah tanggungjawab
Seksyen Penguatkuasaan yang diketuai oleh seorang Pemelihara Hutan
Gred G44. Penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah selaras dengan APN
1984. Ia dilaksanakan bagi memastikan tidak berlaku kes-kes kesalahan hutan
terutamanya pencerobohan ke atas HSK serta memantau aktiviti pemindahan
kayu dari tanah persendirian serta tanah Kerajaan. Seksyen ini juga
bertanggungjawab membuat semakan serta sukatan pengeluaran kayu,
menangani aduan awam, semakan kawasan lesen dan permit termasuk
mengawal dari segi penguatkuasaan ke atas permit penggunaan, permit air
masyarakat dan sawah padi.
a. Tindakan Penguatkuasaan
i. Seksyen 84 APN 1984 menetapkan mana-mana orang yang melakukan
suatu kesalahan hutan dan apabila disabitkan boleh didenda
sehingga RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima (5) tahun atau
kedua-duanya. Manakala Seksyen 87 menyatakan sesiapa yang
melakukan kesalahan di bawah Akta ini boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima (5) tahun atau
kedua-duanya sekali. Seksyen 101 pula menetapkan Pengarah
Perhutanan Negeri boleh mengenakan kompaun berjumlah tidak melebihi
denda maksimum bagi kesalahan hutan kecuali kesalahan di bawah
Seksyen 86 dan 107. Pengarah juga boleh meminta pesalah membayar
nilai hasil hutan serta nilai barang yang disita berkaitan kesalahan
tersebut. Tindakan kompaun dan ganti rugi dikenakan bagi kesalahan
hutan yang melibatkan pelesen dan pendakwaan di mahkamah bagi
kesalahan pencerobohan hutan oleh bukan pelesen.
ii. Semakan Audit mendapati JPNK ada menyediakan jadual perancangan
tahunan aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan oleh Seksyen
Penguatkuasaan di JPNK dan setiap Pejabat Hutan Daerah. Sepanjang
tempoh tahun 2015 hingga 2017, sebanyak 5,224 aktiviti penguatkuasaan
hutan telah dilaksanakan di seluruh negeri Kedah oleh JPNK.
Berdasarkan laporan penguatkuasaan JPNK, sebanyak 2,493 rondaan
dibuat di lokasi HSK dan laluan ke kilang haram, 1,067 pemeriksaan juga
dibuat di kawasan pengusahasilan hutan dan 703 pemeriksaan di Balai
Pemeriksaan Hutan. Rondaan dibuat berdasarkan perancangan JPNK
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 31
dan aduan penduduk sekitar serta pelesen. Selain itu, JPNK juga
menjalankan pemeriksaan terhadap industri berasaskan kayu,
pemeriksaan dalam transit dan operasi bersepadu dengan agensi lain
seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah dan Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia (APM). Aktiviti penguatkuasaan dan
pemantauan yang dilaksanakan adalah seperti Jadual 1.15.
JADUAL 1.15
AKTIVITI PENGUATKUASAAN HUTAN YANG DILAKSANAKAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. AKTIVITI PENGUATKUASAAN HUTAN BILANGAN AKTIVITI
2015 2016 2017 JUMLAH
1. Rondaan 840 955 698 2,493
2. Pemeriksaan Kawasan Lesen Pengusahasilan dan Permit Penggunaan
329 447 291 1,067
3. Pemeriksaan Balai Pemeriksa Hutan 247 258 198 703
4. Pemeriksaan Industri Berasaskan Kayu 202 216 174 592
5. Pengesanan Kes 44 66 25 135
6. Tangkapan 34 19 29 82
7. Pemeriksaan Dalam Transit 13 44 17 74
8. Aktiviti/Operasi Bersepadu Dengan Agensi Lain 18 12 37 67
9. Pemantauan Menggunakan Sistem FMRS - 11 - 0
JUMLAH 1,727 2,028 1,469 5,224
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
iii. Semakan Audit selanjutnya mendapati kutipan bayaran kompaun
dan ganti rugi terhadap kesalahan hutan hasil daripada aktiviti
penguatkuasaan bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 adalah berjumlah
RM3.10 juta. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM0.96 juta adalah
kutipan kompaun manakala RM2.14 juta adalah kutipan bayaran ganti
rugi. Butiran jumlah kompaun dan ganti rugi yang dikutip adalah seperti
Jadual 1.16.
JADUAL 1.16
NILAI KOMPAUN DAN GANTI RUGI KESALAHAN HUTAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN KOMPAUN
(RM) GANTI RUGI
(RM) JUMLAH
(RM)
2015 75,600 287,118 362,718
2016 658,735 465,127 1,123,862
2017 229,916 1,384,605 1,614,521
JUMLAH 964,251 2,136,850 3,101,101
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 32
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018
Jadual Perancangan Tahunan Aktiviti Penguatkuasaan ada disediakan oleh
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dan menjalankan pemantauan berkala
serta aktiviti penguatkuasaan bagi menangani berlakunya pencerobohan
dan kesalahan hutan. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah juga
mengutamakan aduan yang diterima untuk tindakan segera di mana semua
aduan akan dijawab dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh aduan
diterima.
Pada pendapat Audit, pelaksanaan aktiviti penguatkuasaan dan
pemantauan telah diuruskan secara efektif.
b. Pencerobohan Hutan Simpan Kekal
Semakan Audit terhadap maklumat Kawasan Pencerobohan Dalam HSK bagi
tempoh tahun 2015 hingga 2017 mendapati HSK yang telah diceroboh secara
haram adalah seluas 3,842.7 hektar atau 1.12% daripada jumlah keseluruhan
HSK negeri Kedah iaitu 341,976 hektar. HSK Daerah Kedah Tengah
mencatat kawasan pencerobohan tertinggi iaitu seluas 2,147.2 hektar atau
55.9%. HSK Daerah Kedah Utara pula mencatat pencerobohan seluas
1,023.2 hektar atau 26.6% dan diikuti HSK Daerah Kedah Selatan seluas
672.3 hektar atau 17.5%. Semakan Audit selanjutnya mendapati HSK Bukit
Perak di Daerah Kedah Tengah mencatatkan jumlah keluasan pencerobohan
tertinggi iaitu 603 hektar. Tanah HSK diceroboh bagi tujuan menjalankan
aktiviti pertanian, mengambil hasil hutan tanpa kebenaran dan lain-lain.
Lokasi HSK yang terletak berhampiran dengan kawasan tanah bermilik juga
menjadi penyebab kepada aktiviti pencerobohan. Pencerobohan HSK
akan mengecilkan kawasan berhutan dan menjejaskan biodiversiti HSK
Kedah seperti mana pembentangan kertas kerja “Pelaksanaan Aktiviti Pugar
(Usaha Tanah) Untuk Pertanian Dalam HSK di Negeri Kedah
Akan Menguncupkan Kawasan Berhutan dan Kehilangan Biodiversiti”
oleh Pengarah Perhutanan Negeri Kedah dalam Persidangan Pengarah
Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia ke-36 pada bulan November
2016. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah adalah bertanggungjawab untuk
mengenal pasti dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap
pencerobohan HSK. Butiran lokasi dan keluasan pencerobohan yang dikenal
pasti oleh JPNK adalah seperti Jadual 1.17.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 33
JADUAL 1.17 KELUASAN PENCEROBOHAN HUTAN SIMPANAN KEKAL MENGIKUT
DAERAH DI NEGERI KEDAH BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. DAERAH HUTAN SIMPAN KELUASAN DICEROBOH
(HEKTAR)
1. Kedah Utara
Bukit Perangin 86.0
Sungai Badak 6.8
Padang Terap 436.9
Koh Mui 1.0
Pedu 13.0
Chebar Besar 1.0
Gunung Raya 206.6
Gua Cherita 4.0
Pulau Tuba 2.0
Bukit Sawak 185.5
Selat Panchor 5.0
Bukit Malut 73.2
Gunung Machincang 1.4
Ayer Hangat 0.8
JUMLAH 1,023.2
2. Kedah Tengah
Terenas 111.5
Ulu Muda 33.7
Bukit Enggang 509.6
Rimba Teloi 451.8
Bukit Perak 603.0
Sungkop 182.0
Merbok 54.4
Gunung Jerai 201.2
JUMLAH 2,147.2
3. Kedah Selatan
Ulu Muda 182.7
Rimba Teloi 128.8
Bukit Relau 96.0
Gunung Inas 198.3
Gunung Bongsu 66.5
JUMLAH 672.3
JUMLAH KESELURUHAN 3,842.7
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018 dan 1 April 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memaklumkan pihaknya sentiasa
berusaha mengesan aktiviti pencerobohan Hutan Simpanan Kekal dengan
membuat pemantauan menggunakan dron, penubuhan JPSM Enforcement
Team (JET), Operasi Bersepadu (NBOS), pemantauan berkala dari Pejabat
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 34
Hutan Daerah dan Unit Penguatkuasaan JPNK serta aduan awam bagi
mengawal kes pencerobohan hutan ini.
Pada pendapat Audit, aktiviti pencerobohan HSK masih terkawal namun
pemantauan yang berkesan hendaklah dipertingkatkan bagi mencegah dan
membanteras aktiviti yang menyalahi peraturan dalam HSK.
c. Peningkatan Pengesanan Kesalahan Hutan
Mengikut APN 1984 (Pindaan 1993), kesalahan hutan boleh dikategorikan
kepada beberapa jenis kesalahan seperti memindahkan hasil hutan tanpa
Pas Pemindah, mengambil hasil hutan tanpa kebenaran dan lain-lain.
Semakan Audit terhadap Laporan Kes Kesalahan Hutan mendapati
jumlah kes kesalahan hutan menunjukkan peningkatan sebanyak
lapan (8) kes (44.4%) bagi tahun 2016 berbanding tahun 2015 dan
peningkatan sebanyak empat (4) kes (15.4%) pada tahun 2017. Peningkatan
pengesanan bilangan kes kesalahan hutan adalah kerana meningkatnya
aktiviti penguatkuasaan pada tahun 2016 berbanding tahun 2015 dan
pertambahan operasi bersepadu Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
yang dijalankan pada tahun 2017. Butiran lanjut kes kesalahan hutan yang
dikesan adalah seperti Jadual 1.18.
JADUAL 1.18
BILANGAN KES KESALAHAN HUTAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. JENIS KESALAHAN HUTAN APN 1984
(PINDAAN 1993)
BIL. KES
2015 2016 2017
1. Perbuatan Dilarang Di dalam Hutan Kekal Seksyen 81 4 10 14
2. Membawa Hasil Hutan Tanpa Pas Pemindah Seksyen 68 8 15 13
3. Memasuki Hutan Tanpa Kebenaran Seksyen 47(1) 3 0 1
4. Mengambil Hasil Hutan Tanpa Kebenaran Seksyen 15 1 1 1
5. Meroboh, Memindah, Merosakkan atau Memusnahkan Apa-apa Benda Yang Disita
Seksyen 84 2 0 1
JUMLAH 18 26 30
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
i. Kes Kesalahan Hutan Belum Diselesaikan
Pekeliling Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil. 1
Tahun 2011 menyatakan kertas siasatan yang dibuka hendaklah dirujuk
kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) selewat-lewatnya dalam masa
satu (1) minggu dari tarikh tamat tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh
laporan polis dibuat atau bila-bila masa yang diarahkan oleh TPR.
Semakan Audit mendapati JPNK telah mengesan 74 kes kesalahan hutan
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 35
pada tahun 2015 hingga 2017. Kes kesalahan tersebut dikesan melalui
aduan, pemeriksaan berkala dan operasi penguatkuasaan. Aduan yang
diterima oleh Unit Siasatan JPNK akan disemak dan jika didapati terdapat
kesalahan hutan yang dilakukan maka satu (1) laporan kesalahan hutan
akan diangkat untuk tindakan lanjut. Semakan Audit juga mendapati kes
kesalahan hutan pada tahun 2015 adalah 18 kes meningkat kepada
26 kes pada tahun 2016 dan 30 kes pada tahun 2017. Semakan Audit
selanjutnya mendapati 31 kes telah diselesaikan di mana 29 kes
dikenakan kompaun dan dua (2) kes tiada tindakan lanjut. Manakala
43 kes masih dalam siasatan antaranya disebabkan tertuduh dan
pengadu tidak hadir untuk dibuat rakaman percakapan, ringkasan
keterangan kes belum lengkap dan rampasan jentera tanpa tangkapan
penceroboh menyebabkan JPNK sukar menjalankan siasatan lanjut.
Selain itu, kelewatan siasatan juga disebabkan kekangan kakitangan
untuk menjalankan siasatan. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 1.19.
JADUAL 1.19
PRESTASI PENGURUSAN KES KESALAHAN HUTAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN KES DALAM SIASATAN
KES SELESAI
JUMLAH BILANGAN
KES
TIADA TINDAKAN
LANJUT (NFA)
KOMPAUN JUMLAH
2015 7 1 10 11 18
2016 17 1 8 9 26
2017 19 - 11 11 30
JUMLAH 43 2 29 31 74
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 5 April 2018
Bagi menambah baik, JPNK akan mengangkat kertas kerja permohonan
untuk menempatkan Pegawai Undang-undang yang berpengalaman
sekurang-kurangnya gred L36.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 12 September 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah telah melantik 7 Penolong Pemelihara
Hutan Gred G29 sebagai Pegawai Siasatan bagi menjalankan siasatan
segera terhadap kes siasatan baharu dan tertunggak. Pegawai Siasatan
juga telah menghadiri Kursus Asas Tatacara Siasatan, Bengkel Hands-on
Penyediaan Kertas Siasatan dan Kursus Pemantapan Kertas Siasatan
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Selain itu, pengisian jawatan
Penolong Pengarah Siasatan Gred G41 telah dibuat pada 17 Ogos 2018.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 36
Pada pendapat Audit, kelemahan proses penyediaan kertas siasatan yang
lengkap dan kemas dengan bukti dan fakta kes yang kukuh menyebabkan
kes tidak dapat diselesaikan segera.
ii. Pelanggaran Syarat Lesen Membalak
Seksyen 21 (2) APN 1984 menyatakan setiap lesen hendaklah berkuat
kuasa tertakluk kepada peruntukan yang terkandung di dalam Akta dan
tidak berlawanan dengannya serta mana-mana peruntukan lain yang
ditetapkan. Semakan Audit terhadap resit bayaran kompaun tahun 2015
hingga 2017 mendapati sejumlah RM0.81 juta telah dikutip terhadap
45 lesen bagi kesalahan melanggar syarat lesen pembalakan. Antara
kesalahan dilakukan ialah membina lorong penarik tanpa kebenaran, tidak
mendaftar jentera, tebangan bawah had, tebangan luar kawasan lesen.
Butiran jumlah pelesen dan jumlah kompaun yang dikutip bagi kesalahan
melanggar syarat lesen adalah seperti Jadual 1.20.
JADUAL 1.20
BILANGAN LESEN DAN JUMLAH KOMPAUN YANG DIKUTIP BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN BIL. LESEN JUMLAH KOMPAUN
(RM Juta)
2015 8 0.05
2016 18 0.63
2017 19 0.13
JUMLAH 45 0.81
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Seksyen 110A APN 1984 (Pindaan 1993) menyatakan kesalahan
hutan yang dilakukan oleh kontraktor, pekerja atau mana-mana orang
yang berhubung dengan apa-apa lesen atau permit, pelesen adalah
dipertanggungjawabkan bagi kesalahan tersebut. Semakan Audit
selanjutnya mendapati empat (4) daripada 45 pelesen telah
melanggar syarat lesen membalak berulang kali antaranya tebangan
luar kawasan lesen, tebangan tanpa tag, pembinaan lorong penarik
tidak mengikut spesifikasi dan tiada pendaftaran jentera. Kesalahan ini
dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh pelesen. Ia berlaku kerana
tiada pemantauan yang berkesan terhadap kontraktor oleh JPNK dan
pelesen tidak memantau aktiviti pembalakan yang dijalankan oleh
kontraktor yang dilantik. Butiran pelesen, jenis kesalahan dan
kompaun yang dikutip terhadap kesalahan melanggar syarat lesen
adalah seperti Jadual 1.21.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 37
JADUAL 1.21 PELESEN, JENIS KESALAHAN DAN KOMPAUN YANG DIKUTIP
PELESEN BIL. NO.LESEN JENIS KESALAHAN JUMLAH
KOMPAUN (RM)
Pelesen 1
1. KT 01-23-2014 Pembinaan infrastruktur tanpa kebenaran dan tebangan tanpa tag
4,000
2. KS 03-01-2014 Kesalahan penyelenggaraan stor dan pencemaran air 4,000
3. KS 01-18-2015 Tebangan luar kawasan lesen, tebangan tanpa tag dan tiada pendaftaran jentera
500,997
4. KS 01-30-2015 Tebangan tanpa tag, pembinaan lorong penarik tidak mengikut spesifikasi, sisa tebangan dalam zon penampan alur air dan tiada pendaftaran jentera
9,700
5. KT 01-01-2016 Kesalahan lorong penarik, jalan tuju, matau dan tolak matau tanpa kebenaran
3,000
6. KS 01-18-2016 Tebangan tanpa tag 1,000
7. KT 01 (P) 14-2016 Kesalahan jalan tuju, pencemaran zon penampan, pembinaan kongsi, bengkel dan penolakan tanah
8,000
8. KT 01-(P)-18-2016 Kesalahan tebang dalam zon penampan dan pencemaran alur air, kesalahan jalan tuju dan sistem perparitan dan kerosakan pada pokok rujukan sempadan
8,000
JUMLAH 538,697
Pelesen
2
1. KT 01-01-2017 Membina lorong penarik tanpa kebenaran 2,000
2. KT 01-02-2017
Lorong penarik dan matau dibina tanpa kebenaran, tolakkan tanah lebihan di jalan tuju dan matau sementara, sisa tebangan dalam zon penampan alur air, pokok ibu rosak/patah dan tiada pendaftaran jentera
12,000
3. KT 01-03-2017 Tebangan tanpa tag tebangan 2,000
JUMLAH 16,000
Pelesen 3
1. KS 01-25-2015 Tual balak tanpa tag tebangan dan tebangan di zon penampan dan tebangan pokok di atas had batas tebangan
16,560
2. KS 01 (P) 19-2017 Pembinaan lorong penarik di dalam zon penampan, tolakan tanah di zon penampan, pembinaan jalan diluar kawasan yang dibenarkan
4,000
JUMLAH 20,560
Pelesen 4
1. KS 01-06-2014 Tiada pendaftaran jentera 500
2. KT 01-07-2016 Kerosakan ibu pokok, lorong penarik, jalan tuju dan matau 4,128
JUMLAH 4,628
JUMLAH KESELURUHAN 579,885
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018 dan 1 April 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memaklumkan kesalahan hutan yang
dikesan adalah dilakukan oleh kontraktor berbeza yang dilantik oleh
pelesen. Bagaimanapun, tindakan awal bagi mencegah atau mengurangkan
kesalahan hutan atau syarat lesen adalah dengan mengadakan taklimat
buka kawasan, pemantauan berkala oleh Pejabat Hutan Daerah dan Unit
Penguatkuasaan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Tindakan
juga diambil terhadap kontraktor yang berkaitan iaitu menyenaraihitamkan
kepala hutan atau penyelia kerja lapangan yang pernah melakukan
kesalahan sebelum ini.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 38
Pada pendapat Audit, tiada tindakan tegas diambil terhadap pelesen oleh
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah seperti membatalkan lesen
menyebabkan berlaku pelanggaran syarat berulang kali.
d. Pembalakan Haram Merugikan Kerajaan
Pembalakan haram adalah aktiviti membalak tanpa lesen, pembalakan
di luar kawasan lesen dan pembinaan infrastruktur termasuk jalan hutan
tanpa kebenaran di dalam kawasan hutan berstatus HSK dan TK. Mengikut
Seksyen 15 APN 1984, tiada seorang pun boleh mengambil apa-apa hasil
hutan dari HSK atau TK kecuali di bawah kuasa suatu lesen, lesen kecil atau
permit penggunaan atau mengikut mana-mana undang-undang bertulis lain.
Sekiranya melakukan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM500,000 dan penjara tidak kurang daripada satu (1) tahun.
Seksyen 84 pula menyatakan mana-mana orang yang didapati memiliki,
menjaga atau mengawal apa-apa hasil hutan yang mana royalti, premium,
ses atau caj lain mengenai hasil hutan itu tidak dibayar telah melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-
duanya. Semakan Audit mendapati enam (6) kes pembalakan haram telah
dapat dikesan oleh JPNK dengan anggaran nilai rampasan berjumlah
RM1.09 juta. Tiga (3) kes pembalakan haram telah dikenakan kompaun serta
ganti rugi berjumlah RM0.92 juta manakala baki tiga (3) kes masih dalam
siasatan. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 1.22.
JADUAL 1.22
KES PEMBALAKAN HARAM DAN ANGGARAN NILAI RAMPASAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. TARIKH
PEMERIKSAAN LOKASI
BIL. TUAL
ISI PADU (M
3)
LUAS KAWASAN (HEKTAR)
STATUS KES
ANGGARAN NILAI
RAMPASAN (RM Juta)
1. 06.01.2015 Kompartmen 2, Hutan Simpan Gunung Inas
251 327.97 8.0 Dalam Siasatan
0.01
2. 27.05.2015 Carok Tebuan, Mukim Batang Tunggang
1,817 1,954.91 Tiada
Maklumat Selesai 0.08
3. 17.06.2015 Kompartmen 46 dan 47, Hutan Simpan Bukit Perangin
336 428.93 50 Dalam Siasatan
0.06
4. 23.03.2016 Kompartmen 17A, Hutan Simpan Ulu Muda
74 799.56 15 Selesai 0.35
5. 27.02.2017 Kompartmen 61,Hutan Simpan Ulu Muda
1,187 2,823.59 Tiada
Maklumat Selesai
0.49
6. 13.07.2017 Kompartmen 28, Hutan Simpan Gunung Bongsu
84 316.55 3 Dalam Siasatan
0.10
JUMLAH 1.09
Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Kedah
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 39
i. Lokasi Kompartmen 2, Hutan Simpan Gunung Inas
Seksyen 15 (1) APN 1984 menyatakan apa jua hasil tidak boleh
diambil dari HSK atau TK kecuali dengan kebenaran Kerajaan. Pada
6 Januari 2015, JPNK menerima aduan daripada pihak awam
berkaitan kes pencerobohan haram di Kompartmen 2 Hutan Simpan
Gunung Inas. Aduan berkenaan menyatakan berlakunya penebangan
balak secara haram. Siasatan yang dibuat menunjukkan sebanyak
157 pohon balak telah ditebang yang menghasilkan 251 tual balak.
Jumlah cukai dan ses yang terlibat adalah berjumlah RM13,992.
Susulan itu, pihak JPNK telah menyita tiga (3) buah bulldozer,
dua (2) buah excavator, sebuah penyangga dan sebuah lori San Tai
Wong (lori pengangkut tual balak). Pencerobohan disyaki dilakukan
oleh pelesen yang diluluskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak
(JPNP) kerana lokasi pencerobohan haram adalah bersebelahan
kawasan pembalakan tanah bermilik yang dilesenkan oleh JPNP.
Pada 7 Januari 2015, semakan pengesahan sempadan yang
dijalankan oleh JPNK, JPNP dan Pejabat Tanah Daerah Pengkalan
Hulu mendapati kawasan pembalakan haram berada di dalam
Kompartmen 2, Hutan Simpan Gunung Inas. Semakan Audit
mendapati siasatan terhadap kes ini belum diselesaikan kerana
melibatkan pertikaian sempadan oleh pemilik tanah iaitu Koperasi
Daerah Kecil Kroh Berhad dan JPNK. Surat JPSM bertarikh
30 Januari 2015 kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar menyatakan JPNP telah memohon pengesahan
lanjut ke atas sempadan daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan pada
14 Januari 2015. Bagaimanapun, persempadanan tersebut belum
dimuktamadkan.
ii. Lokasi Kompartmen 46 dan 47, Hutan Simpan Bukit Perangin
Kes pencerobohan di Kompartmen 46 dan 47, HS Bukit Perangin
telah dikesan pada 14 Jun 2015 melalui aduan awam. Ia merupakan
kesalahan hutan di bawah seksyen 84(1) APN 1984 berkaitan
memiliki hasil hutan secara menyalahi undang-undang. Pencerobohan
berkenaan dikesan telah dilakukan oleh pelesen yang diluluskan
JPNK (KU-02-12-2014) untuk mengeluarkan balak dari TK yang
berkeluasan 30 hektar di Sabok, Padang Terap. Siasatan JPNK
mendapati pembinaan jalan hutan adalah bermula dari kawasan lesen
yang diluluskan hingga ke Kompartmen 47 HS Bukit Perangin telah
dibuat tanpa kebenaran. Laporan awal aduan lesen mendapati
kawasan pencerobohan adalah berkeluasan 50 hektar melibatkan
royalti dan ses berjumlah RM60,509.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 40
Pemeriksaan JPNK sehingga 15 Jun 2015 di Balai Pemeriksaan
Hutan Bergerak Kuala Nerang mendapati jumlah pengeluaran kayu
adalah sebanyak 12,600 m3 bersamaan 420 m3/ha. Pekeliling Ketua
Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Bil.1 Tahun 2010
menyatakan kawasan berhutan yang belum dibalak mempunyai
purata isi padu kasar 153 m3/ha. Berdasarkan pekeliling tersebut,
jumlah maksimum pengeluaran kayu bagi hutan berkeluasan
30 hektar adalah 4,590 m3 sahaja. Semakan Audit mendapati kertas
siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada
24 Mac 2016 untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, maklum balas
daripada TPR pada 31 Mac 2016 mendapati terdapat beberapa
keterangan dan bukti lanjut diperlukan bagi meneruskan tindakan
selanjutnya. Sehingga 15 Mei 2018 didapati tiada tindakan lanjut
diambil bagi menjawab pertanyaan TPR.
iii. Kompartmen 28, Hutan Simpan Gunung Bongsu
Pegawai Hutan Daerah Kedah Selatan menyatakan pihaknya
menerima aduan yang menyatakan berlaku aktiviti pembalakan
di kawasan Kompartmen 28, Hutan Simpan Gunung Bongsu
berhampiran Kampung Sungai Tengas. Hasil maklumat siasatan,
pihaknya telah menyita sebuah excavator, sebuah kenderaan Toyota
Hilux, sebuah lori Mitsubishi Canter dan satu (1) unit gergaji berantai
yang berada di dalam hutan simpan kerana disyaki digunakan untuk
aktiviti mengambil hasil hutan tanpa kebenaran.
Kesemua barang kes telah dibawa ke stor simpanan barang
rampasan. Hasil siasatan JPNK mendapati jalan pengeluaran
sepanjang 700 meter telah dibina secara haram dan pokok
di sepanjang jalan tersebut telah ditebang dengan anggaran nilai
kerugian adalah berjumlah RM96,230. Semakan Audit selanjutnya
mendapati jentera excavator, kenderaan Toyota Hilux dan lori
Mitsubishi Canter telah dilepaskan dengan dikenakan bon jaminan
berjumlah RM15,000 dan kes berkenaan masih dalam siasatan JPNK.
Lawatan Audit ke Kompartmen 28, HS Gunong Bongsu mendapati
terdapat kesan-kesan pencerobohan haram seperti tunggul balak,
pembinaan jalan untuk memasuki kawasan HSK dan tual balak haram
yang ditinggalkan. Butiran lanjut adalah seperti di Gambar 1.5 hingga
Gambar 1.8.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 41
GAMBAR 1.5 GAMBAR 1.6
Kompartmen 28, Hutan Simpan Gunung Bongsu - Tebangan Pokok Sepanjang Jalan Pengeluaran
(27.12.2017) Sumber: Jabatan Audit Negara
Kompartmen 28, Hutan Simpan Gunung Bongsu - Pembinaan Jalan Pengeluaran Di Kawasan
Pencerobohan (27.12.2017)
Sumber: Jabatan Audit Negara
GAMBAR 1.7 GAMBAR 1.8
Kompartmen 28, Hutan Simpan Gunung Bongsu - Tual Balak Haram Yang Ditinggalkan
(27.12.2017) Sumber: Jabatan Audit Negara
Kompartmen 28, Hutan Simpan Gunung Bongsu - Tual Balak Haram Yang Ditinggalkan
(27.12.2017) Sumber: Jabatan Audit Negara
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018 dan 1 April 2018
Bagi kes di Kompartmen 2 Hutan Simpan Gunung Inas, ia melibatkan isu
persempadanan antara negeri Kedah dan Perak yang belum selesai.
Satu (1) MOU berkenaan penandaan sempadan oleh pihak JUPEM negeri
Kedah dan JUPEM negeri Perak akan dilaksanakan. Pegawai Penyiasat
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah yang baru akan mengambil alih kes
tersebut. Manakala bagi kes Kompartmen 46 dan 47, Hutan Simpan Bukit
Perangin dan Kompartmen 28, Hutan Simpan Gunung Bongsu masih
dalam siasatan.
Pada pendapat Audit, kes pembalakan haram yang masih dalam siasatan
perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan kerugian kepada Kerajaan.
1.6.2.9. Pengurusan Barang Rampasan
a. Mengikut Seksyen 94 (1) APN 1984 menetapkan barang yang disita atas
kesalahan hutan boleh dilucutkan hak ke atas barang sitaan berkenaan dan
Seksyen 94 (3) menyatakan suatu perintah bagi melucuthak hendaklah dibuat
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 42
di mahkamah. Seksyen 94 (4) pula menjelaskan jika tidak ada pendakwaan
ke atas benda yang disita maka benda itu hendaklah diambil dan disifatkan
terlucut hak apabila tamat tempoh satu (1) bulan kalendar dari tarikh
penyitaan melainkan jika sebelum tarikh itu berlaku tuntutan daripada
pemunya benda dan arahan mahkamah. Seksyen 94 (6) Akta yang sama
menyatakan jika benda yang disita adalah jenis mudah rosak, cepat mereput
atau penjagaan benda yang disita melibatkan perbelanjaan dan kesulitan
yang tidak munasabah maka Pengarah boleh mengarahkan supaya benda itu
dijual pada bila-bila masa dan hasil jualan itu dipegang bagi mematuhi
keputusan apa-apa pendakwaan atas tuntutan kesalahan hutan.
b. Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mempunyai satu (1) stor simpanan barang
rampasan/barang kes di Jeniang. Stor ini digunakan untuk menyimpan
jentera, kenderaan, mesin dan lain-lain peralatan yang disita atas pelbagai
kesalahan hutan di seluruh Negeri Kedah. Semakan Audit mendapati
sebanyak 82 unit kenderaan dan jentera yang disyaki terlibat berkaitan aktiviti
kesalahan hutan ditempatkan di stor berkenaan. Jumlah tersebut melibatkan
49 buah motosikal, 23 buah lori, empat (4) buah kereta dan enam (6) buah
jentera telah disita pada tahun 2008 hingga 2017. Pihak JPNK menyatakan
standard operating procedures berkaitan tempoh masa siasatan adalah
tiga (3) bulan untuk sesuatu kes. Bagaimanapun, ia mengambil masa kerana
hanya seorang pegawai siasatan sahaja yang mengendalikan semua kes
sitaan. Lawatan fizikal Audit pada 27 Disember 2017 di stor simpanan barang
rampasan Jeniang mendapati kebanyakan lori, jentera, motosikal dan barang
rampasan mengalami rosot nilai yang ketara kerana keadaan fizikal yang
telah rosak dan usang. Pihak Audit dimaklumkan pelupusan tidak dapat
dibuat disebabkan kes rampasan tidak dapat diselesaikan dan berstatus
masih dalam siasatan. Butiran lanjut adalah seperti Gambar 1.9 hingga
Gambar 1.12.
GAMBAR 1.9 GAMBAR 1.10
Stor Simpanan Barang Rampasan Jeniang -Kenderaan Yang Terbiar
(27.12.2017) Sumber: Jabatan Audit Negara
Stor Simpanan Barang Rampasan Jeniang - Jentera Yang Terbiar
(27.27.2017) Sumber: Jabatan Audit Negara
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 43
GAMBAR 1.11 GAMBAR 1.12
Stor Simpanan Barang Rampasan Jeniang -Motosikal Yang Terbiar
(27.12.2017) Sumber: Jabatan Audit Negara
Stor Simpanan Barang Rampasan Jeniang -Longgokan Tual Balak
(27.12.2017) Sumber: Jabatan Audit Negara
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 26 Mac 2018 dan 1 April 2018
Jabatan Perhutanan Negeri Kedah dalam penyediaan dokumen untuk
tujuan proses pelucutan hak dan pelupusan benda yang disita. Dalam
Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri Ke-36 pada
26-30 November 2016 Bahagian Perundangan dan Pendakwaan (BPP), Ibu
Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah
membentangkan kertas kerja dan ahli mesyuarat telah memutuskan untuk
BPP memperhalusi dan memantapkan SOP.
Maklum Balas JPNK yang Diterima pada 12 September 2018
Draf akhir Garis Panduan Prosedur Pelucuthakan dan Pelupusan Benda
Yang Disita (Jentera dan Pengangkut Darat) telah disediakan oleh Bahagian
Perundangan dan Pendakwaan, IPJPSM dan satu (1) bengkel diadakan pada
15 hingga 16 Ogos 2018 bagi membincangkan garis panduan berkenaan.
JPNK juga telah menjalankan kerja-kerja inventori barang kes di Stor
Barang Sitaan Jeniang. Jabatan akan menjalankan proses pelupusan
barang sitaan setelah pemakaian Garis Panduan ini dikuatkuasakan.
Pada pendapat Audit, pengurusan barang rampasan tidak cekap kerana
tidak dibuat mengikut tempoh yang ditetapkan peraturan walaupun
barangan tersebut telah terlucut hak dan tiada tuntutan daripada tuan
punya ataupun arahan mahkamah yang menghalang pelupusan dibuat.
1.7. SYOR AUDIT
Bagi memastikan pengurusan hasil pembalakan dapat diurus dengan lebih cekap,
berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan, adalah disyorkan JPNK mengambil
tindakan penambahbaikan seperti berikut:
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 44
1.7.1. pindaan kadar baharu Kaedah-Kaedah Hutan (Pindaan) 2016 perlu segera
dilaksanakan bagi mempraktikkan tadbir urus yang baik Jabatan Perhutanan Negeri
Kedah kepada pelanggan;
1.7.2. memastikan kelulusan kadar premium kawasan pembalakan berdasarkan
kadar yang ditetapkan oleh Kaedah-Kaedah Hutan 1989 Negeri Kedah;
1.7.3 memastikan kadar baharu kutipan ses yang telah diluluskan Majlis
Mesyuarat Kerajaan pada tahun 2014 dilaksanakan selepas diwartakan;
1.7.4. memastikan kawasan pembalakan yang ditawarkan kepada pengusaha
adalah seperti mana yang diluluskan oleh Jawatankuasa Tetap Hasil Bumi;
1.7.5. menetapkan dan mematuhi norma kerja atau piagam pelanggan Jabatan
bagi tempoh masa pembayaran premium, pengeluaran lesen dan penyediaan
Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan;
1.7.6. mempertingkatkan penggunaan Forest Monitoring System Using Remote
Sensing (FMRS) dan pemantauan dari udara menggunakan dron dan helikopter
bagi mengesan aktiviti pencerobohan dan kesalahan hutan; dan
1.7.7. memastikan kehendak Seksyen 94 Akta Perhutanan Negara 1984 berkaitan
pelucutan hak barang yang disita dibuat pelupusan segera dan dapat memberi hasil
kepada Kerajaan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 45
JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI KEDAH
2. PENGURUSAN SKIM BANTUAN AM 2.1. LATAR BELAKANG
2.1.1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah (JKMNK) adalah salah
satu (1) cawangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), sebuah agensi
di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Ia berperanan untuk melaksana dan mentadbir perkhidmatan kepada golongan
kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan kewangan bagi mengurangkan
beban yang ditanggung. Antara tanggungjawab JKMNK adalah meningkatkan
kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan kebajikan dan pembangunan sosial
serta perkongsian tanggungjawab yang dilaksanakan menerusi pemberian bantuan
kebajikan. Jenis bantuan yang diberikan adalah bantuan am bulanan, latihan sambil
belajar, geran pelancaran dan lain-lain. Unit Kebajikan Produktif, Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah (PKMD) di Negeri Kedah bertanggungjawab untuk
menguruskan bantuan kebajikan yang melibatkan empat (4) proses kerja utama iaitu
siasatan dan kelulusan permohonan, agihan bayaran bantuan, kajian semula kes
dan penamatan bantuan.
2.1.2. Skim Bantuan Am (SBA) yang dilaksanakan oleh JKMNK adalah bertujuan
membantu individu atau keluarga yang tidak berkemampuan dan memerlukan
bantuan memperoleh keperluan asas untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi
diri atau keluarga mereka. Bantuan yang diberikan adalah bersifat sementara dan
diberikan kepada yang berkelayakan sahaja iaitu sehingga mereka dapat hidup
berdikari. Kriteria yang ditetapkan termasuklah taraf kewarganegaraan, umur,
pendapatan keluarga kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dan
bilangan tanggungan. Selain itu, aspek kesihatan atau kecacatan, keadaan dan
tempat kediaman pemohon serta persekitaran juga diberi perhatian. Proses
pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap
penerima bantuan yang masih produktif ke arah mencapai taraf hidup yang lebih
baik dan mampu berdikari.
2.1.3. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengguna pakai data e-Kasih yang
diselenggara oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri bagi
mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang pemohon SBA seperti pekerjaan,
pendidikan, kediaman dan lain-lain. Pihak JKM telah membangunkan Sistem
Pengurusan Bantuan Kewangan (SPBK) v.2.0 atau dikenali sebagai Sistem
e-Bantuan dan mula digunakan di JKMNK pada tahun 2012. Sistem ini
memudahkan proses pendaftaran permohonan, penyiasatan, kelulusan, proses
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 46
bayaran, penjanaan surat dan penyediaan laporan. Bagi memastikan bayaran
bantuan tidak dibayar kepada penerima yang telah meninggal dunia, pihak JKMNK
telah mengguna pakai sistem myIDENTITY yang diselenggara oleh Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyemak status kewujudan penerima bantuan.
2.1.4. Permohonan SBA perlu dikemukakan secara terus kepada PKMD.
Selain itu, PKMD juga menerima rujukan daripada Pegawai Kebajikan Masyarakat
Negeri, orang awam, keluarga, penjaga atau agensi lain. Syarat kelayakan dan
kadar bantuan yang diluluskan adalah bergantung kepada dasar dan peruntukan
Kerajaan Negeri. Bagi tempoh dari tahun 2011 hingga 2017, kadar bantuan SBA
yang telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (MMK) pada
19 Oktober 2010 adalah antara RM150 hingga RM350 sebulan. Kadar bantuan
minimum telah dinaikkan kepada RM200 sebulan berkuat kuasa mulai bulan Januari
2018 telah diluluskan oleh MMK pada 3 Januari 2018. Skim Bantuan Am dibiayai
oleh peruntukan tahunan Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada JKMNK.
Peruntukan berkenaan dikawal dan diagihkan kepada PKMD berdasarkan jumlah
permohonan daripada PKMD. Bagi tempoh dari tahun 2015 hingga bulan Mei 2018,
JKMNK telah menerima peruntukan kewangan bagi SBA berjumlah RM77.64 juta
dan sejumlah RM61 juta telah diagihkan kepada penerima SBA. Sehingga
bulan Mei 2018, penerima SBA di Negeri Kedah adalah seramai 7,725 orang.
2.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Objektif pengauditan dijalankan bertujuan untuk menilai sama ada:
i. Pengurusan SBA telah dilaksanakan dengan berkesan bagi mencapai objektif
yang ditetapkan iaitu bagi membantu individu atau keluarga yang tidak
berkemampuan serta mengurangkan kesempitan kewangan penerima bantuan;
dan
ii. Pengurusan SBA diurus dan dilaksanakan dengan cekap dan berhemat.
2.3. SKOP PENGAUDITAN
Skop pengauditan yang dijalankan adalah bagi tempoh dari tahun 2015 hingga bulan
Mei 2018. Prestasi aktiviti SBA dinilai berdasarkan pencapaian agihan bantuan dan
prestasi 2 Years Exit Programme (2YEP). Manakala pengurusan aktiviti SBA pula
dinilai berdasarkan prestasi pencapaian kewangan dan pelaksanaan empat (4) aktiviti
utama iaitu proses siasatan dan kelulusan permohonan, kajian semula kes, agihan
bantuan serta penamatan bantuan. Pengauditan melibatkan Ibu Pejabat JKMNK dan
tiga (3) PKMD iaitu Baling, Kulim dan Pendang. Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah
(PKMD) yang dipilih adalah berdasarkan bilangan penerima, nilai agihan bantuan serta
belum pernah diaudit. Sebanyak 280 (9.6%) daripada 2,916 fail individu penerima
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 47
bantuan yang aktif pada bulan Mei 2018 di tiga (3) daerah berkenaan telah dipilih bagi
menentukan prosedur siasatan dan kelulusan permohonan, pengurusan kajian semula
kes serta penamatan bantuan dipatuhi. Bagi mengesahkan status kewujudan penerima
bantuan, 280 sampel yang dipilih disemak silang dengan fail individu, sistem e-Bantuan
dan penyata bayaran yang telah dibuat. Sebanyak 52 penerima SBA yang menyertai
2 Years Exit Programme (2YEP) di PKMD Baling dan Pendang telah disemak dan
lima (5) sampel telah dibuat lawatan. Selain itu, 145 sampel penerima bantuan yang
telah meninggal dunia disemak daripada sistem e-Bantuan untuk menentukan sama
ada bayaran bantuan masih diteruskan atau telah dihentikan. Sebanyak 855 baucar
bayaran berjumlah RM17.75 juta bagi tempoh tahun 2015 hingga bulan Mei 2018 telah
dipilih sebagai sampel untuk mengesahkan bayaran wang bantuan yang diagihkan.
Manakala 62 penyata pemungut berjumlah RM52,980 disemak bagi menilai prosedur
pulangan wang bantuan SBA yang tidak dapat diagih telah dikembalikan kepada
Perbendaharaan Negeri. Selain itu, sebanyak 770 daripada 2,916 penerima SBA
(26%) dipilih bagi mengesahkan status kewujudan penerima bantuan berbanding data
JPN.
2.4. METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan SBA dijalankan dengan menyemak, mengkaji dan menganalisis
maklumat berdasarkan rekod, fail, data dalam sistem e-Bantuan dan dokumen yang
berkaitan pengurusan program SBA daripada proses permohonan hingga pembayaran.
Lawatan Audit juga telah dibuat ke rumah 30 penerima bantuan. Perbincangan dan
temu bual turut diadakan dengan pegawai yang terlibat bagi mendapatkan maklumat
tambahan. Selain itu, pihak Audit menggunakan perisian Audit Command Language
(ACL) bagi menentukan jumlah sebenar bayaran SBA yang dikreditkan ke akaun
penerima dan kutipan bayaran balik yang dikembalikan kepada Perbendaharaan
Negeri.
2.5. RUMUSAN AUDIT
2.5.1. Pengauditan yang dijalankan pada bulan Jun hingga Ogos 2018
merumuskan perkara berikut:
a. Prestasi Skim Bantuan Am
Skim Bantuan Am yang dijalankan oleh JKMNK telah mencapai objektif dengan
berkesan bagi membantu individu atau keluarga yang tidak berkemampuan
serta mengurangkan kesempitan kewangan penerima bantuan bagi
mendapatkan keperluan asas mereka. Bagi tempoh tahun 2015 hingga bulan
Mei 2018, sejumlah RM61 juta (78.6%) daripada peruntukan yang berjumlah
RM77.64 juta telah diagihkan kepada 7,725 penerima SBA. Jabatan Kebajikan
Masyarakat Negeri Kedah telah berjaya mencapai sasaran bilangan penerima
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 48
bantuan tahunan di antara 95.3% hingga 96.9% daripada jumlah yang
disasarkan. Prestasi program 2YEP yang bermula pada tahun 2016 melibatkan
20 penerima SBA belum mencapai objektif program kerana hanya dua (2) (10%)
peserta berjaya dan ditamatkan bantuan bulanan, 12 (60%) peserta masih
berpendapatan di bawah PGK, dua (2) (10%) peserta berpendapatan melebihi
PGK dan baki empat (4) (20%) peserta tidak meneruskan projek walaupun
tempoh pelaksanaan dua (2) tahun hampir tamat. Manakala 32 peserta program
tahun 2017 dan 2018 belum boleh dinilai kerana masih di peringkat permulaan
dan pertengahan tempoh.
b. Pengurusan Skim Bantuan Am
Pengurusan aktiviti SBA belum mencapai tahap kecekapan yang optimum
kerana berlaku kelewatan memaklumkan status permohonan kepada pemohon
bantuan, kajian semula kes dan penamatan SBA kepada penerima yang
meninggal dunia telah menjejaskan imej kerajaan. Selain itu, wujud kelemahan
sistem e-Bantuan menyebabkan proses perekodan dan pelaporan maklumat
bantuan tidak lengkap dan kemas kini. Bagaimanapun, mulai tahun 2017 dan
2018 JKMNK berjaya mengurangkan kes ketidakpatuhan terhadap proses
siasatan permohonan, kelulusan permohonan, kajian semula kes dan
penamatan bantuan bagi penerima yang meninggal dunia selaras dengan
penambahbaikan yang dilakukan melalui sistem e-Bantuan dan pemantauan
berkala terhadap PKMD.
2.5.2. Penemuan Audit utama yang perlu diberi perhatian dalam kajian ini adalah
seperti berikut:
i. sebanyak 64 (22.9%) daripada 280 permohonan bantuan yang telah
diluluskan lewat dimaklumkan kepada pemohon dan sebanyak 309 (50.7%)
daripada 609 bilangan kajian semula lewat dilaksanakan;
ii. sebanyak empat (4) kelulusan bantuan SBA dikeluarkan selepas pemohon
meninggal dunia;
iii. sebanyak 37 (25.5%) daripada 145 sampel kes penerima meninggal dunia
lewat diberhentikan bayaran bantuan SBA antara satu (1) hingga enam (6)
bulan dengan lebihan bayaran berjumlah RM11,260; dan
iv. status bayaran bantuan SBA melalui Sistem Perakaunan Berkomputer
Standad Kerajaan Negeri (eSPEKS) atau Sistem Perakaunan Akruan
Kerajaan Negeri (iSPEKS) tidak dapat dikemas kini secara automatik dalam
sistem e-Bantuan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 49
2.6. PENEMUAN AUDIT TERPERINCI
Perkara yang ditemui dan maklum balas JKMNK telah dibincangkan dalam
Exit Conference pada 20 September 2018. Penjelasan lanjut mengenainya adalah
seperti perenggan berikut:
2.6.1. Prestasi Skim Bantuan Am
2.6.1.1. Prestasi Output Agihan SBA
a. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah (JKMNK) menetapkan sasaran
bilangan penerima SBA berdasarkan unjuran keperluan skim bantuan
kewangan setiap tahun. Pada tahun 2015 hingga 2018, JKMNK telah
mensasarkan penerima bantuan SBA masing-masing sebanyak 8,263,
8,449, 8,056 dan 8,029 penerima.
b. Semakan Audit selanjutnya mendapati JKMNK telah memberi kelulusan dan
melanjutkan bantuan kepada penerima SBA antara 95.3% hingga 96.9%
daripada sasaran bilangan yang ditetapkan setiap tahun. Butiran lanjut
adalah seperti Jadual 2.1.
JADUAL 2.1
SASARAN BERBANDING BILANGAN SEBENAR PENERIMA SBA BAGI TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
TAHUN SASARAN BILANGAN
PENERIMA SBA BILANGAN SEBENAR
PENERIMA SBA PENCAPAIAN
(%)
2015 8,263 8,006 96.9
2016 8,449 8,055 95.3
2017 8,056 7,697 95.5
2018 8,029 7,725 96.2
JUMLAH 32,797 31,483 96.0
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
2.6.1.2. Prestasi Outcome 2 Years Exit Programme (2YEP) Penerima SBA
a. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) melalui Pelan Transformasi
JKMM telah memberi fokus dan penekanan kepada usaha membantu
penerima bantuan ke arah hidup berdikari melalui pelaksanaan Productive
Welfare. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2010 dengan mensasarkan
penerima bantuan supaya dapat terus hidup berdikari melalui pembelajaran
pelbagai kemahiran kehidupan (survival skills) agar tidak selamanya
bergantung kepada bantuan kerajaan. Seiring dengan perancangan
berkenaan, JKMM telah merangka “2 Years Exit Programme” (2YEP) bagi
tujuan tersebut.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 50
b. Berdasarkan Terma Rujukan Pengurusan Projek Rintis 2YEP, objektif
program adalah melibatkan aktiviti pembangunan penerima bantuan
produktif dalam tempoh dua (2) tahun, meningkatkan usaha ke arah hidup
berdikari, menjana pendapatan yang lebih produktif dan meningkatkan
jumlah penerima bantuan yang berjaya ditamatkan bantuan kerana telah
mampu berdikari dan keluar dari kepompong kemiskinan. Peserta program
2YEP akan diberikan bantuan geran pelancaran berjumlah RM2,700 sebagai
modal awal untuk memulakan perniagaan. Program ini boleh disertai oleh
penerima bantuan JKM yang produktif daripada Skim Bantuan AM (SBA),
Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK) dan Elaun Pekerja Cacat (EPC) dan
Bantuan Am (BA). Pihak JKMM melalui JKMNK akan sentiasa membuat
pemantauan terhadap peserta program yang terlibat sepanjang tempoh
dua (2) tahun untuk membimbing peserta ke arah berdikari. Dalam tempoh
berkenaan, setiap peserta produktif akan dipantau dan penilaian dilakukan
terhadap projek dan perkembangan peserta (perubahan sosioekonomi,
perkembangan minat kerjaya, potensi, kesejahteraan hidup keluarga dan
sebagainya) secara menyeluruh sebelum mereka ditamatkan bantuan.
Peserta yang diluluskan skim BKK, EPC dan BA akan terikat dengan
bantuan yang dimohon untuk tempoh maksimum dua (2) tahun sahaja.
c. Semakan Audit mendapati pihak JKMNK telah melaksanakan program 2YEP
bermula pada bulan Mac 2016. Bagi tempoh tahun 2016 hingga bulan
Mei 2018, sebanyak 52 penerima SBA dipilih menyertai program 2YEP bagi
tempoh dari tahun 2016 hingga bulan Mei 2018 masing-masing 20, 18 dan
14 peserta.
d. Berdasarkan terma rujukan Pengurusan Projek Rintis 2YEP, setiap peserta
produktif akan dikategorikan mengikut gred sebelum bantuan ditamatkan
dalam tempoh dua (2) tahun. Prestasi peserta akan dipantau dari segi
pendapatan dan diklasifikasikan mengikut gred warna. Gred warna merah
bagi peserta yang memperoleh pendapatan minimum RM300 hingga
RM700 sebulan, gred kuning mencapai tahap pendapatan RM800 hingga
RM1,100 sebulan dan gred hijau mencapai tahap pendapatan melebihi
RM1,200 sebulan. Peserta yang memperoleh pendapatan pada gred kuning
akan dicadang dalam senarai peserta yang berpotensi untuk diberhentikan
bantuan. Manakala peserta yang mencapai tahap gred hijau pula tersenarai
dalam senarai penerima bantuan yang ditamatkan bantuan bulanan. Bagi
menilai pencapaian outcome 2YEP ini, pihak Audit telah menyemak
keseluruhan maklumat peserta 2YEP di JKMNK manakala lawatan Audit
dilakukan di PKMD Pendang.
e. Semakan Audit mendapati JKMNK telah melaksanakan pemantauan
pendapatan peserta melalui Laporan Pemantauan Pendapatan Peserta
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 51
2YEP yang dibuat setiap bulan. Sehingga bulan Mei 2018, hanya
dua (2) peserta iaitu 10% daripada peserta tahun 2016 telah ditamatkan
bantuan SBA kerana telah berjaya mencapai objektif program 2YEP.
Manakala enam (6) peserta tidak meneruskan perniagaan, iaitu
masing-masing empat (4) peserta tahun 2016 dan dua (2) peserta
tahun 2017 kerana sakit, meninggal dunia dan berpindah ke negeri lain.
Sebanyak 30 peserta 2YEP tahun 2016 dan tahun 2017 masih aktif
meneruskan projek di mana pendapatan 12 peserta tahun 2016 dan
14 peserta tahun 2017 masih pada tahap gred merah. Ini disebabkan lokasi
projek yang tidak strategik, kurang memberi perhatian terhadap projek dan
masalah kesihatan peserta. Manakala hanya satu (1) peserta berada pada
gred kuning dan satu (1) peserta di gred hijau pada tahun 2016 dan 2017.
Peserta 2YEP tahun 2016 yang mencapai pendapatan gred kuning dan
hijau telah dicadangkan untuk ditamatkan bantuan pada akhir tahun 2018.
Bagaimanapun, prestasi program ini masih belum boleh dinilai
memandangkan perlaksanaannya yang bermula pada tahun 2016 dan
tempoh perlaksanaannya yang mengambil masa dua (2) tahun bagi setiap
peserta. Maklumat lanjut adalah seperti Jadual 2.2.
JADUAL 2.2
PRESTASI PENERIMA SBA YANG MENYERTAI PROGRAM 2YEP BAGI TAHUN 2016 HINGGA BULAN MEI 2018
TAHUN BILANGAN PESERTA
STATUS PROJEK / BILANGAN PESERTA PERATUS PESERTA
TELAH TAMAT/ MAMPU BERDIKARI
(%)
TELAH TAMAT/ MAMPU
BERDIKARI
TIDAK AKTIF MENERUSKAN
PROJEK
AKTIF MENERUSKAN PROJEK (PENCAPAIAN PENDAPATAN)
GRED MERAH
GRED KUNING
GRED HIJAU
2016 20 2 4 12 1 1 10
2017 18 - 2 14 1 1 -
2018 14 Masih Diperingkat Kelulusan dan Permulaan Projek -
JUMLAH 52 2 6 26 2 2
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
f. Lawatan Audit terhadap penerima SBA yang terpilih menyertai 2YEP bagi
PKMD Pendang di mana seorang peserta telah ditamatkan bantuan SBA
kerana telah berjaya mencapai matlamat program 2YEP dengan pendapatan
sebanyak RM2,300 sebulan, seorang peserta tidak meneruskan perniagaan
kerana mengalami masalah kesihatan dan dua (2) peserta meneruskan
projek dengan pendapatan antara RM300 hingga RM800 sebulan. Butiran
lanjut seperti Gambar 2.1 hingga Gambar 2.4.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 52
GAMBAR 2.1 GAMBAR 2.2
Kampung Paya Nedam, Pendang - Telah Ditamatkan Bantuan (Pendapatan RM2,300/bulan)
(19.08.2018)
Tanah Merah, Pendang -Tidak Meneruskan Projek Kerana Masalah Kesihatan
(19.08.2018)
GAMBAR 2.3 GAMBAR 2.4
Kampung Petani, Pendang - Aktif Meneruskan Projek (Pendapatan RM800/bulan)
(19.08.2018)
Kampung Kubang Jelai, Pendang - Aktif Meneruskan Projek (Pendapatan RM300/bulan)
(19.08.2018)
g. Pelaksanaan program ini membantu peserta menambah pendapatan
antara RM200 hingga RM2,300 sebulan antaranya seperti Jadual 2.3.
Bagaimanapun, suatu penilaian semula (post-mortem) perlu dilakukan
oleh satu (1) Jawatankuasa Penilaian 2YEP di peringkat negeri/daerah
untuk memastikan peserta yang terlibat dalam program 2YEP ini berjaya
dan ditamatkan bantuan mengikut masa yang ditetapkan. Sokongan
mantap daripada pegawai JKMNK yang terlibat dengan pengurusan
dan pelaksanaan 2YEP adalah amat diperlukan selain galakan,
bimbingan dan dorongan berterusan terutamanya kepada peserta yang
berpendapatan di bawah PGK ke arah berdikari dan seterusnya boleh
meningkatkan jumlah peserta yang berjaya ditamatkan bantuan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 53
JADUAL 2.3 PENDAPATAN BULAN MEI 2018
BAGI PENERIMA SBA YANG MENYERTAI 2YEP TAHUN 2016 DAN TAHUN 2017
BIL. NO. RUJUKAN FAIL PROJEK
BERMULA PROJEK
PENDAPATAN BULAN MEI
2018 (RM)
STATUS PROJEK
PESERTA 2YEP TAHUN 2016
1. PKMD.Ked.08/600/04/7/(0012/2016) Okt. 2016 Berniaga Kuih
200 Gred Merah
2. PKMD.Ked.12/600/04/7/(0001/2016) Julai 2016 Berniaga Kuih
500 Gred Merah
3. PKMD.Ked.04/600/04/7/(0002/2016) Julai 2016 Menjahit 700 Gred Merah
4. PKMD.Ked.11/600/04/7/(0005/2016) Ogos 2016 Berniaga Kuih Kering
1,000 Gred Kuning
5. PKMD.Ked.03/600/04/7/(0002/2016) Jun 2016 Berniaga Gerai Makanan
2,300 Bantuan bulanan telah ditamatkan / mampu berdikari
PESERTA 2YEP TAHUN 2017
1. PKMD.Ked.06/600/04/7/(0012/2017) Julai 2017 Kedai Runcit 280 Gred Merah
2. PKMD.Ked.11/600/04/7/(0005/2017) Julai 2017 Kedai Makan 550 Gred Merah
3. PKMD.Ked.11/600/04/7/(0005/2017) Julai 2017 Kedai Makan 650 Gred Merah
4. PKMD.Ked.04/600/04/7/(0005/2017) Ogos 2017 Perniagaan Keropok Lekor
700 Gred Merah
5. PKMD.Ked.03/600/04/7/(0012/2017) Sept. 2017 Bengkel Kereta
800 Gred Kuning
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Pemantauan pendapatan peserta 2YEP dibuat secara berkala dan
dikemukakan kepada Ibu Pejabat JKMM pada 25 hari bulan setiap bulan.
Empat (4) peserta 2YEP tahun 2016 dan seorang peserta tahun 2017
yang memperoleh pendapatan antara RM900 hingga RM1,200 sebulan
berpotensi untuk ditamatkan bantuan pada penghujung tahun 2018. Bagi
peserta tahun 2018, penilaian peningkatan pendapatan belum dapat dibuat
atas sebab kesemua peserta baru sahaja mendapat modal perniagaan dan
masih dalam proses memulakan perniagaan.
Pada pendapat Audit, program 2YEP merupakan satu (1) inisiatif yang baik
kerana melalui program ini peserta berpotensi untuk ditamatkan SBA.
Pelaksanaan program mampu memberi impak yang positif secara
berterusan bukan sahaja kepada peserta yang mampu berdikari malah
memberi impak jangka panjang ke atas sosioekonomi negara.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 54
2.6.2. Pengurusan Skim Bantuan Am
2.6.2.1. Prestasi Agihan SBA
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah menetapkan kriteria tertentu
berkaitan permohonan dan penamatan penerima bantuan SBA. Pemohon yang
berkelayakan sahaja boleh diberi bantuan. Kriteria yang ditetapkan termasuklah
taraf kewarganegaraan, umur, pendapatan keluarga tidak melebihi Pendapatan
Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 dan bilangan tanggungan. Selain
itu, aspek kesihatan atau kecacatan, keadaan dan tempat kediaman pemohon
serta persekitaran juga diberi perhatian. Bantuan akan ditamatkan apabila
penerima meninggal dunia, bantuan ditukar ke skim lain yang lebih sesuai,
penerima telah mampu berdikari dan memperoleh pendapatan isi rumah atau
sendiri melebihi PGK. Semua permohonan bantuan akan dipertimbangkan
berdasarkan kemampuan kewangan yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan
Negeri. Prestasi permohonan baharu dan penamatan bantuan SBA adalah
seperti berikut:
a. Prestasi Permohonan Baharu
Bagi tempoh dari tahun 2015 hingga bulan Mei 2018, sebanyak 32,399
permohonan telah diterima bagi semua jenis skim bantuan yang ditawarkan.
Hanya 7,710 permohonan layak dipertimbangkan bagi SBA berdasarkan
kriteria yang ditetapkan. Daripada 7,710 permohonan, sebanyak 4,989 atau
64.7% telah diluluskan SBA. Manakala bakinya sebanyak 2,721 atau 35.3%
yang tidak diluluskan telah dipertimbangkan kepada skim bantuan lain yang
lebih sesuai seperti Skim Bantuan Kanak-Kanak (BKK), Bantuan Orang
Tua (BOT) dan Elaun Pekerja Cacat (EPC). Butiran lanjut adalah seperti
Jadual 2.4.
JADUAL 2.4
BILANGAN PERMOHONAN BAHARU DITERIMA, LAYAK DAN DILULUSKAN SBA BAGI TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
TAHUN BILANGAN PERMOHONAN
PERATUS DILULUSKAN BERBANDING
YANG LAYAK SBA (%) DITERIMA
LAYAK SBA
DILULUSKAN SBA
2015 8,132 1,838 1,377 74.9
2016 9,030 2,307 1,558 67.5
2017 10,374 2,343 1,321 56.4
2018 4,863 1,222 733 60.0
JUMLAH 32,399 7,710 4,989 64.7
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 55
b. Prestasi Penamatan Bantuan SBA
i. Semakan Audit mendapati seramai 5,463 orang penerima SBA telah
ditamatkan bantuan bagi tempoh dari tahun 2015 hingga bulan Mei 2018.
Analisis Audit mendapati penerima SBA yang ditamatkan bantuan pada
tahun 2016 adalah sebanyak 1,509 penerima iaitu penurunan sebanyak
61 penerima berbanding 1,570 pada tahun 2015. Bagaimanapun, pada
tahun 2017 berlaku peningkatan sebanyak 170 penerima ditamatkan
bantuan berbanding tahun sebelumnya. Manakala sehingga bulan
Mei 2018, sebanyak 705 penerima telah ditamatkan bantuan. Butiran
lanjut adalah seperti Jadual 2.5.
JADUAL 2.5
BILANGAN PENERIMA SBA BAGI TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
TAHUN BILANGAN PENERIMA SBA
SEDIA ADA (A)
BARU (B)
TAMAT (C)
JUMLAH (A)+(B) – (C)
2015 8,199 1,377 1,570 8,006
2016 8,006 1,558 1,509 8,055
2017 8,055 1,321 1,679 7,697
2018 7,697 733 705 7,725
JUMLAH 31,957 4,989 5,463 31,483
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
ii. Faktor utama penamatan bantuan adalah disebabkan oleh penerima
meninggal dunia iaitu 31.6% diikuti bantuan ditukar ke skim lain yang
lebih bersesuaian (17.7%) serta penerima bantuan tidak lagi layak
(14.1%) dan telah mampu berdikari (14%) apabila pendapatan isi rumah
dan penerima sendiri melebihi PGK yang ditetapkan. Butiran lanjut
adalah seperti Jadual 2.6.
JADUAL 2.6
SEBAB PENAMATAN SBA BAGI TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
BIL. SEBAB PENAMATAN BILANGAN PENERIMA SBA PERATUS
PENAMATAN (%) 2015 2016 2017 2018 JUMLAH
1. Meninggal Dunia 483 530 518 197 1,728 31.6
2. Tukar Skim Bantuan 220 245 345 157 967 17.7
3. Tidak Layak 222 299 203 48 772 14.1
4. Telah Mampu Berdikari 199 248 265 50 762 14.0
5. Berpindah Ke Luar Daerah
154 142 144 54 494 9.1
6. Dirujuk Ke Agensi Lain 5 4 8 0 17 0.3
7. Lain-lain 287 41 196 199 723 13.2
JUMLAH 1,570 1,509 1,679 705 5,463 100
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 56
2.6.2.2. Prestasi Pencapaian Kewangan a. Bagi tempoh tahun 2015 hingga 2018 di bawah SBA, sejumlah
RM77.64 juta peruntukan telah diluluskan daripada Kerajaan Negeri
kepada JKMNK. Peruntukan ini seterusnya diagihkan kepada PKMD
bagi tujuan pembayaran kepada penerima bantuan di daerah. Sehingga
bulan Mei 2018, sejumlah RM61 juta (78.6%) daripada jumlah peruntukan
yang diterima telah diagihkan dan dibelanjakan kepada 7,725 penerima
SBA. Analisis Audit mendapati prestasi perbelanjaan bagi tempoh
tahun 2015 hingga 2017 menunjukkan peratus perbelanjaan antara 92.6%
hingga 94%. Sehingga bulan Mei 2018, sejumlah 38.9% peruntukan telah
dibelanjakan. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 2.7.
JADUAL 2.7
PRESTASI PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN SBA BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
TAHUN PERUNTUKAN
(RM Juta) PERBELANJAAN
(RM Juta)
PERATUS PERBELANJAAN BERBANDING PERUNTUKAN
(%)
2015 18.66 17.30 92.7
2016 19.23 17.81 92.6
2017 18.91 17.78 94.0
2018 20.84 8.11 38.9
JUMLAH 77.64 61.00 78.6
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Peruntukan untuk SBA diagihkan kepada PKMD setelah menerima unjuran
keperluan bagi tempoh 12 bulan. Semakan keperluan bajet SBA dibuat
setelah menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri bagi menentukan
keperluan sebenar setiap PKMD. Semakan dibuat sekurang-kurangnya
dua (2) kali setiap tahun.
Pada pendapat Audit, pengurusan kewangan SBA telah menunjukkan
tahap kecekapan yang tinggi berikutan peruntukan yang diterima telah
diagihkan melebihi 90% kepada penerima bantuan yang layak.
2.6.2.3. Pengurusan Siasatan Permohonan, Kelulusan Permohonan dan
Kajian Semula Kes SBA
Berdasarkan Prosedur Kualiti JKM Utama 17, permohonan SBA adalah
menggunakan Borang Permohonan Bantuan Kewangan (JKM 18). Setiap
permohonan yang diterima akan direkodkan di Buku Daftar Permohonan
Bantuan dan sistem e-Bantuan. Siasatan awal dijalankan oleh pegawai kes
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 57
untuk memastikan pemohon adalah berkelayakan dan menentukan jenis
bantuan yang boleh diberi. Siasatan terperinci dijalankan untuk menilai keadaan
sosio-ekonomi dan melihat keadaan kehidupan pemohon. Hasil siasatan
direkodkan dalam Borang Laporan Siasatan Permohonan (JKM 19) berserta
jumlah bantuan yang disyorkan untuk kelulusan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Daerah. Kelulusan permohonan seterusnya direkodkan di dalam Buku Daftar
Permohonan Bantuan, fail penerima bantuan dan keputusan permohonan
dimaklumkan kepada pemohon secara bersurat. Tempoh proses kelulusan
adalah bermula dari tarikh permohonan lengkap diterima sehingga keputusan
dimaklumkan dalam tempoh satu (1) bulan. Carta alir proses kerja permohonan,
penyiasatan dan kelulusan bantuan SBA adalah seperti Carta 2.1.
CARTA 2.1
PROSES KERJA PERMOHONAN, PENYIASATAN DAN KELULUSAN BANTUAN SBA
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
a. Siasatan Permohonan Lewat Dilaksanakan
i. Piagam Pelanggan JKMNK menetapkan semua permohonan hendaklah
siap disiasat dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan
lengkap diterima. Sejumlah 280 fail penerima bantuan meliputi 120 fail
di PKMD Baling, 120 fail di PKMD Kulim dan 40 fail di PKMD Pendang
telah disemak.
ii. Semakan Audit terhadap 280 fail permohonan yang telah diluluskan bagi
tempoh tahun 2015 hingga bulan Mei 2018 di PKMD Baling, Kulim dan
Pendang mendapati 13 (4.6%) fail telah mengambil masa melebihi
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 58
dua (2) minggu untuk siasatan dijalankan iaitu tiga (3) permohonan
di PKMD Baling, empat (4) di PKMD Kulim dan enam (6) di PKMD
Pendang dengan tempoh kelewatan antara tiga (3) hingga 87 hari.
Maklumat lanjut adalah seperti Jadual 2.8.
JADUAL 2.8
BILANGAN PERMOHONAN SBA YANG LEWAT DISIASAT
BAGI TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
PKMD BILANGAN SAMPEL TEMPOH KELEWATAN (HARI)
DISEMAK LEWAT DISIASAT 3 - 30 31 - 87
Baling 120 3 3 -
Kulim 120 4 4 -
Pendang 40 6 5 1
JUMLAH 280 13 12 1
Sumber: PKMD Baling, Kulim dan Pendang
iii. Semakan Audit selanjutnya terhadap fail permohonan dan temu bual
bersama pegawai JKMNK mendapati kelewatan siasatan adalah
disebabkan oleh alamat pemohon tidak lengkap, pemohon tidak dapat
dikesan dan dokumen sokongan seperti laporan perubatan, pengesahan
pendapatan, dokumen peribadi yang dikehendaki lewat dikemukakan
sedangkan permohonan telah didaftar dalam sistem e-Bantuan.
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah memaklumkan telah
menyediakan buku daftar bagi kes permohonan yang tidak lengkap dan
kes tidak akan dikunci masuk ke dalam sistem e-Bantuan sehingga
maklumat lengkap diterima.
Pada pendapat Audit, siasatan terhadap permohonan Skim Bantuan Am
(SBA) telah dilaksanakan dengan cekap. Bagaimanapun, sebanyak
13 (4.6%) permohonan telah didaftarkan dalam sistem e-Bantuan walaupun
dokumen sokongan tidak lengkap. Ini menyebabkan tempoh siasatan yang
ditetapkan Piagam Pelanggan tidak dipatuhi.
b. Kelulusan Permohonan Lewat Dimaklumkan Kepada Pemohon
i. Piagam Pelanggan JKM menetapkan keputusan permohonan SBA
hendaklah dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) bulan
atau 30 hari dari tarikh permohonan diterima. Semakan Audit mendapati
sebanyak 216 (77.1%) daripada 280 sampel fail kes permohonan yang
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 59
diluluskan berjaya dimaklumkan dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh
permohonan diterima. Manakala bakinya sebanyak 64 (22.9%) sampel
fail telah lewat dimaklumkan antara 11 hingga 346 hari. Maklumat lanjut
adalah seperti Jadual 2.9.
JADUAL 2.9
BILANGAN PERMOHONAN BANTUAN SBA YANG LEWAT DIMAKLUMKAN STATUS PERMOHONAN KEPADA PENERIMA BANTUAN
BAGI TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
Sumber: PKMD Baling, Kulim dan Pendang
ii. Kelewatan memaklumkan status permohonan kepada lapan (8) pemohon
adalah disebabkan oleh sistem e-Bantuan mengalami gangguan dan
surat tidak dapat dicetak pada tarikh kelulusan. Selain itu, kelewatan
memaklumkan kepada 56 pemohon disebabkan permohonan bantuan
lewat diluluskan antara sembilan (9) hingga 325 hari. Maklumat lanjut
adalah seperti Jadual 2.10.
JADUAL 2.10
BILANGAN PERMOHONAN BANTUAN SBA YANG LEWAT DILULUSKAN BAGI TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
Sumber: PKMD Baling, Kulim dan Pendang
iii. Semakan Audit selanjutnya terhadap fail permohonan dan temu bual
bersama pegawai JKMNK mendapati kelewatan kelulusan permohonan
berlaku disebabkan oleh kelewatan mengemukakan dokumen sokongan
khusus kepada pegawai pelulus bagi tujuan siasatan lanjut seperti
pengesahan pegawai perubatan dan majikan. Selain itu, terdapat 10 kes
kelewatan di peringkat proses siasatan yang turut memberi kesan
kepada proses kelulusan. Berdasarkan temu bual bersama pegawai
di tiga (3) PKMD yang dipilih berkaitan beban tugas mendapati beban
tugas pegawai kes yang tinggi turut menyumbang kepada kelewatan
PKMD
BILANGAN SAMPEL TEMPOH KELEWATAN (HARI)
DISEMAK LEWAT MAKLUM
KELULUSAN 11 - 30 31 - 100 101 - 346
Baling 120 35 9 16 10
Kulim 120 11 7 3 1
Pendang 40 18 1 12 5
JUMLAH 280 64 17 31 16
PKMD BILANGAN SAMPEL TEMPOH KELEWATAN (HARI)
DISEMAK LEWAT DILULUSKAN 9 - 30 31 - 100 101 - 325
Baling 120 34 13 14 7
Kulim 120 4 3 - 1
Pendang 40 18 2 12 4
JUMLAH 280 56 18 26 12
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 60
kelulusan. Nisbah bilangan pegawai berbanding kes yang disiasat
di PKMD Baling ialah 1:420 kes, PKMD Kulim 1:422 kes dan PKMD
Pendang 1:200 kes. Selain itu, pegawai kes juga terlibat menjalankan
siasatan bagi permohonan baharu, kajian semula kes sedia ada,
melaksanakan aktiviti peringkat jabatan serta tugasan bencana alam.
Keadaan ini mengakibatkan pemohon yang layak lewat menerima
bantuan antara 30 hingga 245 hari dan piagam pelanggan JKM tidak dapat
dicapai.
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah memaklumkan sistem
e-Bantuan telah ditambah baik dari semasa ke semasa. Surat
memaklumkan kelulusan diposkan secara manual apabila sistem
e-Bantuan menghadapi masalah cetakan. Selain itu, senarai semak khusus
kelulusan bantuan diwujudkan dan permohonan yang tidak lengkap tidak
akan diproses oleh PKMD.
Pada pendapat Audit, kelewatan proses siasatan dan kelulusan
permohonan mengakibatkan pemakluman kelulusan kepada pemohon
tidak mengikut ketetapan Piagam Pelanggan JKM.
iv. Kelulusan Bantuan Selepas Pemohon Meninggal Dunia
Semakan Audit mendapati permohonan bantuan SBA bagi
empat (4) pemohon diluluskan selepas pemohon meninggal dunia
iaitu tiga (3) kes di PKMD Baling dan satu (1) kes di PKMD Pendang.
Laporan siasatan dan syor daripada pegawai kes telah disediakan
dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan lengkap
diterima. Bagaimanapun, permohonan berkenaan lewat diluluskan
iaitu antara 27 hingga 383 hari selepas tamat tempoh 30 hari dari
tarikh permohonan.
Semakan Audit selanjutnya mendapati bayaran kepada seorang
pemohon dari PKMD Pendang dan dua (2) pemohon dari PKMD
Baling tidak diagihkan kerana pemohon telah meninggal dunia.
Manakala, wang bantuan berjumlah RM300 kepada seorang
pemohon di PKMD Baling telah diserahkan kepada waris pemohon.
Selepas teguran Audit, PKMD Baling telah membuat kutipan semula
bayaran yang telah dibuat. Semakan Audit seterusnya mendapati
wang bantuan yang tidak diagihkan dan wang yang dikutip semula
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 61
telah dikembalikan kepada Perbendaharaan Negeri. Butiran lanjut
adalah seperti Jadual 2.11.
JADUAL 2.11
KELULUSAN BANTUAN KEPADA PEMOHON YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
BIL. NO. RUJUKAN
FAIL
TARIKH
TEMPOH LULUS
KADAR BANTUAN SEBULAN
(RM)
LEWAT LULUS (HARI)
CATATAN MOHON SIASAT
MENINGGAL DUNIA
LULUS
PKMD PENDANG
1. PKMD.Ked.03/600/04/1/(0037/2017)
12.04.2017 12.04.2017 08.06.2017 08.06.2017 Jul. 2017 hingga
Jun 2018 200 27
Penama tidak sempat menerima bantuan. Wang bantuan telah dikembalikan kepada Perbendaharaan Negeri.
PKMD BALING
1. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0300/2014)
20.05.2014 20.05.2014 14.10.2014 30.12.2014 Feb. 2015
hingga Jan. 2016
150 193
Bayaran tunai bantuan bulan Feb. dan Mac 2015 telah di ambil oleh waris walaupun penerima telah meninggal dunia.
2. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0295/2014)
23.04.2014 23.04.2014 22.11.2014 29.12.2014 Feb. 2015
hingga Jan. 2016
150 220
Penama tidak sempat menerima bantuan. Wang bantuan telah dikembalikan kepada Perbendaharaan Negeri.
3. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0369/2014)
13.11.2013 13.11.2013 17.03.2014 31.12.2014 Feb. 2015
hingga Jan. 2016
150 383
Sumber: PKMD Pendang dan PKMD Baling
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Pendang memaklumkan punca
kelewatan meluluskan permohonan adalah kerana pemohon lewat
mengemukakan salinan akaun bank. Manakala, PKMD Baling telah
mengeluarkan surat kutipan semula bagi kes tersebut dan waris telah
mengembalikan wang bantuan berkenaan.
Pada pendapat Audit, tempoh kelulusan permohonan bantuan mengambil
masa yang lama menyebabkan pemohon tidak dapat menerima wang
bantuan kerana telah meninggal dunia.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 62
c. Kelewatan Menjalankan Kajian Semula Kes
i. Kajian semula kes dijalankan bertujuan menilai sama ada bantuan perlu
diteruskan atau ditamatkan. Ia juga untuk menentukan sama ada kadar
agihan bantuan masih relevan atau sebaliknya. Penerima bantuan perlu
mengisi Borang Kajian Semula Bantuan (JKM 20) dan menyerahkannya
kepada PKMD. Kajian semula kes dijalankan oleh Pembantu Kebajikan
Masyarakat di PKMD. Ulasan dan syor dikemukakan melalui Borang
Laporan Kajian Semula (JKM 21) kepada Penolong Pegawai Kebajikan
Masyarakat di PKMD untuk kelulusan.
ii. Kertas Dasar Skim Bantuan Negeri JKMNK menyatakan kajian semula
hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tempoh
bantuan tamat dan dilaksanakan setiap tahun. Sekiranya penerima
masih berkelayakan, bantuan akan diteruskan tanpa terputusnya tempoh
bayaran. Sistem e-Bantuan akan memberi peringatan kepada pegawai
kes secara atas talian sekiranya terdapat kes yang belum dibuat kajian
semula apabila telah sampai tempoh yang ditetapkan. Bagi tempoh
tahun 2015 hingga bulan Mei 2018, sebanyak 609 bilangan kajian
semula kes telah dilaksanakan terhadap 280 sampel fail penerima SBA
di mana setiap fail dibuat kajian semula kes antara satu (1) hingga
empat (4) kali. Semakan Audit mendapati sebanyak 308 (50.6%) kajian
semula kes lewat dilaksanakan terhadap 171 (61.1%) fail penerima
dengan kelewatan antara 11 hingga 84 hari. Bagaimanapun, semakan
Audit selanjutnya mendapati tiada kes bantuan terputus bayaran kerana
kajian semula diluluskan sebelum tamat tempoh bantuan. Butiran lanjut
adalah seperti Jadual 2.12.
JADUAL 2.12
KELEWATAN MENJALANKAN KAJIAN SEMULA KES BAGI TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
PKMD BILANGAN
FAIL PENERIMA
TAHUN JUMLAH KAJIAN
SEMULA KES
BILANGAN KAJIAN SEMULA KES
11 - 30 Hari 31 - 84 Hari
Baling 59
2015 15 6 9
2016 30 9 21
2017 26 5 21
2018 18 4 14
Kulim 100
2015 13 7 6
2016 61 25 36
2017 89 43 46
2018 40 23 17
Pendang 12 2015 - - -
2016 3 1 2
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 63
PKMD BILANGAN
FAIL PENERIMA
TAHUN JUMLAH KAJIAN
SEMULA KES
BILANGAN KAJIAN SEMULA KES
11 - 30 Hari 31 - 84 Hari
2017 9 3 6
2018 4 1 3
JUMLAH 171 308 127 181
Sumber: PKMD Baling, Kulim dan Pendang
iii. Temu bual bersama pegawai kes mendapati kelewatan menjalankan
kajian semula adalah kerana penerima bantuan tidak hadir, hadir selepas
tarikh temu janji dan penerima tidak dapat dihubungi untuk tujuan temu
janji.
iv. Pihak Audit dimaklumkan beban tugas yang tinggi antara faktor yang
menyumbang kepada kelewatan di mana pegawai kes juga terlibat
menjalankan siasatan permohonan baharu. Analisis Audit mendapati
nisbah bilangan pegawai kes berbanding kes yang disiasat di PKMD
Baling ialah 1:420 kes, PKMD Kulim 1:422 kes dan PKMD Pendang
1:200 kes. Selain itu, pegawai kes juga terlibat menjalankan siasatan
bagi permohonan baharu, kajian semula kes bantuan lain, melaksanakan
aktiviti peringkat jabatan serta tugasan bencana alam. Maklumat lanjut
adalah seperti Jadual 2.13.
JADUAL 2.13
NISBAH BILANGAN PEGAWAI KES BERBANDING KES DISIASAT BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
PKMD BIL. PEGAWAI KES NISBAH
Baling 11 1 : 420
Kulim 3 1 : 422
Pendang 8 1 : 200
Sumber: PKMD Baling, Kulim dan Pendang Da
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Bagi memastikan kajian semula dilaksanakan, PKMD diberi peringatan
dua (2) kali sebulan untuk menjalankan kajian semula terhadap kes yang
akan tamat tempoh bantuan. Sistem e-Bantuan juga akan memaparkan
status kaji semula semua negeri mengikut senarai tertinggi setiap
pertengahan bulan.
Pada pendapat Audit, kelewatan menjalankan kajian semula kes
sepatutnya tidak berlaku memandangkan pegawai kes telah diberi
peringatan melalui sistem e-Bantuan bagi melaksanakan kajian semula kes
berkaitan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 64
2.6.2.4. Pengurusan Agihan Bayaran SBA
a. Pengagihan Bayaran SBA Secara Tunai dan Bank
i. Surat Edaran Ketua Setiausaha KPWKM menetapkan mulai
1 September 2009 semua pembayaran bantuan hendaklah dibuat pada
1 haribulan setiap bulan. Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kebajikan
Masyarakat Malaysia Bilangan 1 Tahun 2010 pula menyatakan semua
bayaran bantuan bulanan hendaklah diuruskan melalui bank.
ii. Analisis Audit mendapati pengagihan wang SBA melalui bank meningkat
daripada 87.3% pada tahun 2015 kepada 99.9% pada bulan Mei 2018.
Agihan secara tunai mencatatkan penurunan ketara iaitu daripada
RM2.20 juta pada tahun 2015 kepada hanya RM3,000 pada bulan
Januari hingga Mei tahun 2018. Sehingga bulan Mei 2018, kesemua
agihan bantuan SBA telah dibuat melalui bank dan hanya
satu (1) penerima masing-masing di daerah Kubang Pasu dan Langkawi
masih menerima secara tunai. Ini disebabkan seorang penerima
berstatus muflis dan seorang lagi penerima ialah Orang Kelainan Upaya
(OKU) yang mempunyai masalah mental. Butiran lanjut adalah seperti
Jadual 2.14.
JADUAL 2.14
AGIHAN WANG BANTUAN SBA MELALUI BANK DAN TUNAI BAGI TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
KAEDAH BAYARAN
BANK TUNAI JUMLAH PERATUS BAYARAN
MELALUI BANK (%)
BILANGAN PENERIMA
JUMLAH (RM Juta)
BILANGAN PENERIMA
JUMLAH (RM)
BILANGAN PENERIMA
JUMLAH (RM Juta)
2015 7,856 15.10 417 2,198,530 8,273 17.30 87.3
2016 8,135 17.60 21 210,590 8,156 17.81 98.8
2017 7,696 17.75 3 27,600 7,699 17.78 99.8
2018 7,723 8.10 2 3,000 7,725 8.11 99.9
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Nota: Jumlah Bilangan Penerima Adalah Berdasarkan Bulan Disember Tahun 2015 Hingga 2017
b. Kelewatan Agihan
i. Kelewatan Agihan Secara Tunai
Arahan Perbendaharaan 96 (c) menghendaki wang tunai diagihkan
dalam tempoh 21 hari dari tarikh wang dikreditkan ke akaun
(tarikh EFT) dan memasukkannya semula ke bank dengan segera
apabila wujud lebihan tunai. Bagi tempoh tahun 2015 hingga
Mei 2018, sebanyak 60 baucar bayaran agihan tunai berjumlah
RM539,010 bagi tiga (3) PKMD terpilih iaitu PKMD Baling, Kulim dan
Pendang telah dibayar kepada 3,035 penerima. Semakan Audit
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 65
mendapati 43 baucar bayaran kepada 2,225 penerima bagi PKMD
Kulim dan Baling yang berjumlah RM404,800 mendapati pengagihan
wang tunai bantuan SBA telah dilaksanakan dengan teratur tanpa
kelewatan. Bagaimanapun, semakan Audit terhadap 17 baucar
bayaran berjumlah RM134,210 di PKMD Pendang mendapati
sejumlah RM3,850 agihan tunai bagi tiga (3) baucar bayaran lewat
diagihkan dengan tempoh kelewatan antara empat (4) hingga 20 hari
melibatkan 20 daripada 810 penerima.
Berdasarkan penjelasan pegawai PKMD Pendang, kelewatan
mengagihkan wang bantuan secara tunai disebabkan penerima
bantuan berada di luar kawasan ketika agihan dibuat, wang agihan
ditunaikan pada tarikh agihan dilaksanakan dan kesilapan
meletakkan tarikh sebenar agihan dilaksanakan. Butiran lanjut seperti
Jadual 2.15.
JADUAL 2.15
WANG SBA SECARA TUNAI LEWAT DIAGIHKAN KEPADA PENERIMA DI PKMD PENDANG BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
BIL. NO.
BAUCAR BAYARAN
TARIKH EFT (a)
TARIKH AKHIR WANG SBA
PATUT DIAGIHKAN
(b)
TARIKH SEBENAR
DIAGIHKAN (c)
BIL HARI KELEWATAN
(d) = c-b
BIL. KES
JUMLAH (RM)
SEBAB KELEWATAN
1. V0000040 27.04.2016 18.05.2016 31.05.2016 13 1 200 Penerima berada di luar daerah
2. V0000123 24.11.2016 15.12.2016
26.12.2012 11 4 800
Pegawai kes menerima tunai pada 14.12.2016
27.12.2017 12 1 300
01.01.2017 17 4 700
04.01.2017 20 1 200
3. V0000037 27.04.2017 18.05.2017 22.05.2017 4 9 1,650 Wang agihan ditunaikan pada 03.05.2017
JUMLAH 20 3,850
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
ii. Kelewatan Agihan Melalui Bank
Prosedur Kualiti JKM Utama No. 17 menetapkan pembayaran
wang bantuan hendaklah dibuat setiap awal bulan semasa. Surat Edaran Ketua Setiausaha KPWKM telah menetapkan mulai
1 September 2009, pembayaran bantuan hendaklah dibuat pada
1 haribulan setiap bulan.
Semakan Audit terhadap 255 sampel baucar bayaran bagi tempoh
tahun 2015 hingga bulan Mei 2018 mendapati wang berjumlah
RM4.76 juta telah terlewat diagihkan antara satu (1) hingga 77 hari
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 66
kepada 27,385 penerima termasuk penerima yang berulang di PKMD
Baling, Kulim dan Pendang. Maklumat lanjut seperti Jadual 2.16.
JADUAL 2.16
KELEWATAN WANG SBA DIKREDITKAN KE AKAUN PENERIMA BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA BULAN MEI 2018
TAHUN BILANGAN PENERIMA
LEWAT TERIMA BANTUAN
JUMLAH BANTUAN LEWAT DIAGIHKAN
(RM Juta)
BILANGAN KES
1-20 Hari
21-40 Hari
41-60 Hari
61-77 Hari
2015 8,656 1.45 12 1 2 2
2016 9,658 1.64 25 4 8 -
2017 7,639 1.38 18 29 24 -
2018 1,432 0.29 - 29 - -
JUMLAH 27,385 4.76 55 63 34 2
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
Semakan Audit selanjutnya mendapati kelewatan agihan bantuan
SBA disebabkan JKMNK lewat menerima peruntukan daripada
Kerajaan Negeri terutamanya pada awal tahun. Peruntukan hanya
diterima pada minggu ketiga serta minggu keempat bulan Januari
dan Februari menyebabkan bantuan bulan Januari lewat diagihkan.
Selain itu, kelewatan juga disebabkan terdapat baucar bayaran SBA
yang dikuiri di peringkat PKMD kerana kesilapan nombor kad
pengenalan dan nombor akaun bank penerima bantuan yang tidak
lengkap. Kesan daripada kelewatan agihan wang bantuan
menyebabkan penerima bantuan SBA sukar untuk menguruskan
kewangan bulanan mereka.
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah memaklumkan mulai tahun
2018 semua bayaran bantuan dibayar melalui akaun bank penerima. Selain
itu, pihaknya dalam proses perbincangan bersama Perbendaharaan Negeri
untuk mewujudkan Akaun Amanah seperti yang dilaksanakan kepada Skim
Bantuan Persekutuan.
Pada pendapat Audit, pengagihan wang bantuan melalui bank telah
diuruskan dengan efektif. Bagaimanapun, kelewatan agihan bayaran melalui
bank pada awal tahun menyebabkan penerima menghadapi kesukaran
untuk merancang perbelanjaan bagi meneruskan kehidupan mereka.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 67
iii. Kelewatan Agihan SBA Kepada Penerima Baharu dan Lanjutan
Bantuan
Panduan Pelaksanaan Penambahbaikan Pengurusan Bantuan
Kebajikan bertarikh 11 Julai 2008 menetapkan bayaran bantuan
SBA kepada penerima baharu hendaklah bermula pada bulan
yang sama selepas pemohonan bantuan diluluskan. Kertas Dasar
juga menjelaskan kajian semula bantuan hendaklah dibuat
sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tempoh sesuatu bantuan
itu tamat dan sekiranya didapati penerima layak diteruskan bantuan,
bayaran hendaklah disambung tanpa terputusnya tempoh bayaran.
Semakan Audit terhadap bantuan SBA yang dibayar melalui baucar
bayaran secara berasingan di PKMD Baling mendapati lapan (8) kes
penerima baharu lewat menerima agihan wang SBA dalam tempoh
satu (1) hingga tujuh (7) bulan pertama berjumlah RM5,300.
Justifikasi pegawai kes menyatakan keadaan ini berlaku disebabkan
maklumat kawasan pilihanraya dalam sistem e-Bantuan tidak diisi
menyebabkan penjanaan baucar tidak dapat dilakukan, maklumat
bayaran bantuan berstatus gagal, jadual pembayaran masih
berstatus belum bayar dan penerima bantuan tidak memaklumkan
amaun bantuan belum dikreditkan ke akaun bank. Bagaimanapun,
agihan SBA kepada penerima baharu bagi bulan berikutnya adalah
berdasarkan tempoh yang ditetapkan. Butiran lanjut adalah seperti
Jadual 2.17.
JADUAL 2.17
KELEWATAN AGIHAN SBA KEPADA PENERIMA BAHARU DI PKMD BALING
Sumber: PKMD Baling
BIL. NO. RUJUKAN FAIL TEMPOH
KELULUSAN
BAUCAR BAYARAN/
TARIKH
BULAN TERLIBAT
KELEWATAN (BULAN)
JUMLAH (RM)
1-2 2-4 7
1. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0068/2016)
Apr 2016 - Mac 2017
V0000258 19.05.2016
April - Mei 2016
√ 400
2. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0275/2017)
Okt 2017 - Sep 2018
17EBBB0400112 21.11.2017
Okt - Dis 2017 √ 600
3. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0222/2016)
Apr 2016 - Mac 2017
V0000389 25.07.2016
Apr 2016 - Jun 2016
√ 600
4. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0127/2016)
Jun 2016 - Mei 2017
17EBBB0400077 11.10.2017
Jan, Mac, April, Mei 2017
√ 800
5. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0093/2017)
Jun 2017 - Mei 2018
17EBBB0400016 22.08.2017
Jun - Ogos 2017
√ 450
6. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0087/2017)
Jan 2017 - Dis 207
V0000133 16.05.2017
Jan - Mac 2017
√ 450
7. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0044/2018)
Mac 2018 - Feb 2019
18EBBB0400138 21.05.2018
Mac - Mei 2018
√ 600
8. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0169/2017)
Jan 2017 - Dis 2017
17EBBB0400011 22.08.2017
Jan - Julai 2017
√ 1,400
JUMLAH 5,300
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 68
Semakan Audit seterusnya mendapati lima (5) kes lanjutan bantuan
berjumlah RM2,900 terputus bantuan untuk tempoh tiga (3) hingga
empat (4) bulan di PKMD Baling. Tiga (3) kes bayaran terputus
di pertengahan bulan dalam tempoh kelulusan dan dua (2) kes
terputus bayaran bantuan pada bulan pertama kelulusan lanjutan.
Semakan Audit selanjutnya terhadap lima (5) kes tersebut mendapati
empat (4) kes kajian semula dibuat dan diluluskan sebelum tempoh
bantuan tersebut tamat. Manakala satu (1) kes kelulusan bantuan
lewat dibuat pada bulan Februari 2016 sedangkan tempoh bantuan
tamat pada Januari 2016. Berdasarkan laporan justifikasi daripada
pegawai kes mendapati keadaan ini berlaku disebabkan oleh
masalah sistem e-Bantuan antaranya nama penerima bantuan hilang
daripada senarai penerima bantuan (AP96) yang dijana melalui
e-Bantuan, sistem menjana kelulusan untuk tahun sebelumnya dan
maklumat kaedah bayaran yang sepatutnya melalui bank telah
bertukar kepada tunai. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 2.18.
JADUAL 2.18
KELEWATAN AGIHAN SBA BAGI LANJUTAN BANTUAN
BIL. NO. RUJUKAN
FAIL TEMPOH
KELULUSAN
TARIKH KELULUSAN
KAJIAN SEMULA
BAUCAR BAYARAN/
TARIKH
BULAN TERLIBAT
KELEWATAN (BULAN) JUMLAH
(RM) 3 4
TERPUTUS BAYARAN BANTUAN PADA PERTENGAHAN TEMPOH KELULUSAN BANTUAN
1. 670-10 Julai 2015 - Jun 2016
23.05.2016 V0000259 19.05.2016
Mac - Mei 2016
√ 450
2. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0209/2014)
Okt. 2015 - Sept. 2016
05.09.2016 V0000275 15.06.2016
Mac - Jun 2016
√ 600
3. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0268/2014)
Feb. 2016 - Jan. 2017
01.02.2016 V0000386 21.07.2016
April - Jun 2016
√ 450
TERPUTUS BAYARAN BANTUAN PADA BULAN PERTAMA KELULUSAN LANJUTAN
4. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0347/2015)
Jan. 2018 - Dis. 2018
30.10.2017 18EBBB0400111
11.04.2018 Jan. - April
2018 √ 800
5. PKMD.Ked.02/600/04/1/(0019/2015)
Mac 2017 - Feb. 2018
15.01.2018 V0000213 14.06.2017
Mac - Jun 2018
√ 600
JUMLAH 2,900
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
Masalah kelewatan bayaran SBA bagi kes penerima baharu dan kes
penerima dilanjutkan bantuan hanya disedari setelah penerima
bantuan hadir ke pejabat untuk memaklumkan amaun bantuan tidak
dikreditkan ke akaun bank. Selain itu, pegawai kes tidak membuat
semakan silang di antara Penyata Bayaran Melalui Bank/Tunai
dengan senarai penama yang diluluskan menyebabkan masalah ini
gagal dikenal pasti.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 69
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah memaklumkan permohonan
mewujudkan integrasi data antara sistem e-Bantuan dengan sistem
iSPEKS telah dikemukakan kepada Perbendaharaan Negeri bagi tujuan
memudahkan proses penjanaan bayaran bulanan serta mengurangkan
risiko kesilapan kunci masuk dalam sistem.
Pada pendapat Audit, kelewatan agihan bayaran bantuan kepada
penerima baharu dan penerima yang dilanjutkan bantuan menyebabkan
penerima menghadapi kesukaran untuk merancang perbelanjaan harian.
2.6.2.5. Kelewatan Menamatkan Bayaran Kepada Penerima SBA Yang
Meninggal Dunia
a. Piagam Pelanggan JKM menetapkan penamatan pembayaran SBA
dilaksanakan sekiranya penerima meninggal dunia atau tidak lagi memenuhi
syarat kelayakan selepas kajian semula kes dijalankan. Sebelum
tahun 2017, status penerima bantuan disemak secara manual menggunakan
Agency Link Up System (ALIS) dan mulai tahun 2017 semakan secara
automatik melalui sistem e-Bantuan yang diintegrasikan dengan sistem
myIDENTITY.
b. Semakan Audit terhadap data sistem e-Bantuan bagi tempoh tahun 2015
hingga bulan Mei 2018 di tiga (3) PKMD yang dipilih mendapati
625 penerima SBA telah ditamatkan bantuan kerana meninggal dunia.
Ia melibatkan 288 kes di PKMD Baling, 260 kes di PKMD Kulim dan 77 kes
di PKMD Pendang. Semakan Audit terhadap 145 (23.2%) daripada sampel
kes mendapati 37 (25.5%) kes bayaran SBA lewat diberhentikan antara
satu (1) hingga enam (6) bulan. Kelewatan menghentikan bayaran
menyebabkan berlaku lebihan bayaran berjumlah RM11,260.
c. Analisis Audit mendapati sebanyak 13 (26%) daripada 50 penerima SBA
yang meninggal dunia di PKMD Baling lewat dihentikan bayaran berjumlah
RM3,150 dengan tempoh kelewatan antara satu (1) hingga tiga (3) bulan.
Bagi PKMD Kulim pula, sebanyak 18 (36%) daripada 50 penerima SBA juga
lewat diberhentikan bayaran dengan tempoh kelewatan antara satu (1)
hingga empat (4) bulan dan menyebabkan lebihan bayaran berjumlah
RM6,260. Manakala bagi PKMD Pendang, sebanyak enam (6) (13.3%)
daripada 45 orang penerima SBA juga lewat diberhentikan bayaran
berjumlah RM1,850 dengan tempoh kelewatan antara satu (1) hingga
enam (6) bulan. Maklumat lanjut seperti Jadual 2.19.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 70
JADUAL 2.19 KELEWATAN MENGHENTIKAN BAYARAN KEPADA
PENERIMA SBA YANG MENINGGAL DUNIA
PKMD
BIL. KES PENERIMA SBA YANG
MENINGGAL DUNIA
TEMPOH BAYARAN LEWAT DIHENTIKAN JUMLAH
1 - 3 Bulan 4 Bulan 6 Bulan
BIL. AMAUN
(RM) BIL.
AMAUN (RM)
BIL. AMAUN
(RM) BIL.
AMAUN (RM)
Baling 50 13 3,150 - - - - 13 3,150
Kulim 50 17 5,660 1 600 - - 18 6,260
Pendang 45 5 950 - - 1 900 6 1,850
JUMLAH 145 35 9,760 1 600 1 900 37 11,260
Sumber: Sistem e-Bantuan
d. Analisis Audit mendapati kelewatan menamatkan bantuan hanya berlaku
pada tahun 2015 hingga 2016 dan tiada kes berlaku pada tahun 2017 dan
2018. Kelewatan berlaku kerana pegawai bertanggungjawab perlu
menyemak status secara manual setiap bulan menggunakan sistem ALIS.
Ia berbeza pada tahun 2017 dan 2018 di mana penerima bantuan yang
meninggal dunia dikesan dan ditamatkan secara automatik melalui sistem
myIDENTITY. Pihak Audit juga mendapati nama penerima yang meninggal
dunia lewat dikeluarkan daripada senarai baucar bayaran disebabkan
kelewatan pegawai di PKMD meluluskan penamatan bantuan.
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah memaklumkan kelewatan
menamatkan bayaran kepada penerima SBA yang meninggal dunia pada
tahun 2016 dan tahun sebelumnya adalah disebabkan sistem e-Bantuan
yang digunakan tidak dapat mengemas kini maklumat kematian dengan
segera. Bagaimanapun, mulai tahun 2017 sistem e-Bantuan telah dapat
mengemas kini status kematian secara automatik menggunakan sistem
myIDENTITY. Selain itu, pihak waris juga lewat memaklumkan status
kematian kepada pihak JPN. Sehingga bulan Ogos 2018, sejumlah RM7,110
telah dikutip balik daripada 26 penerima bantuan yang meninggal dunia
dan amaun ini telah dikembalikan kepada Perbendaharaan Negeri.
Manakala baki sejumlah RM4,150 melibatkan 11 penerima melibatkan
PKMD Kulim dan Pendang telah dikeluarkan surat kutipan balik lebihan
bantuan.
Pada pendapat Audit, kelewatan penamatan bayaran SBA mengakibatkan
lebihan bayaran berjumlah RM11,260 dibayar kepada waris penerima
bantuan yang meninggal dunia.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 71
2.6.2.6. Kelemahan Sistem e-Bantuan
Sistem ini dibina bagi memudahkan tugas pendaftaran, permohonan, laporan
siasatan permohonan, kelulusan permohonan, pemprosesan pembayaran,
penjanaan surat, laporan kajian semula dan laporan kemajuan bagi bantuan
Geran Pelancaran. Objektif sistem e-Bantuan adalah untuk menyelenggara
rekod pembayaran bagi setiap penerima, mengenal pasti rekod bayaran secara
tunai, melalui bank dan melalui cek, dan memudahkan perekodan maklumat
yang dimasukkan berdasarkan pada Borang Penyiasatan dan Borang Kaji
Semula.
a. Tarikh Kelulusan JKM 21 Dikunci Masuk Sebelum Tarikh Laporan
Siasatan
i. Kertas Dasar dan Piagam Pelanggan JKMM menyatakan kajian semula
hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tempoh sesuatu
bantuan itu tamat. Prosedur Kualiti JKM Utama 17 menyatakan Laporan
Semakan Semula Bantuan Kewangan (JKM 21) hendaklah dikemukakan
kepada pegawai pelulus melalui sistem e-Bantuan untuk tujuan kelulusan
sama ada dilanjutkan atau ditamatkan.
ii. Semakan Audit mendapati tarikh kelulusan JKM 21 dikunci masuk
sebelum tarikh laporan siasatan. Sebanyak 87 (14.3%) daripada
609 bilangan JKM 21 yang dibuat siasatan melibatkan 280 fail PKMD
Baling dan Kulim pada tahun 2015 hingga bulan Mei 2018 telah
diluluskan bantuan sebelum siasatan kajian semula dijalankan. Tempoh
kelulusan terdahulu sebelum siasatan dibuat antara dua (2) hingga
90 hari. Perkara ini terjadi disebabkan sistem e-Bantuan membenarkan
tarikh kelulusan JKM 21 dikunci masuk ke dalam sistem sebelum
tarikh laporan siasatan JKM 21 dikemukakan untuk kelulusan. Ini
mengakibatkan kelulusan diberikan tanpa siasatan dibuat. Butiran lanjut
seperti Jadual 2.20.
JADUAL 2.20
TARIKH KELULUSAN JKM 21 DIKUNCI MASUK SEBELUM TARIKH LAPORAN SIASATAN
PKMD TAHUN BIL KES
Baling
2015 -
2016 1
2017 2
2018 -
Kulim
2015 15
2016 59
2017 9
2018 1
JUMLAH 87
Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 72
b. Status Bayaran Melalui iSPEKS Tidak Dapat Dikemas Kini Secara
Automatik Dalam Sistem e-Bantuan
i. Manual Panduan Pengguna Sistem e-Bantuan menyatakan kemas kini
status bayaran hanya boleh dilakukan oleh pengguna yang telah diberi
akses untuk mengemas kini dan seterusnya mencetak penyata bayaran
dari sistem untuk dikepilkan pada baucer bayaran.
ii. Semakan Audit mendapati status bayaran SBA tidak dikemas kini oleh
pegawai kes dalam sistem e-Bantuan selepas bayaran dibuat. Ini
disebabkan sistem e-Bantuan dan sistem iSPEKS belum diintegrasi
seperti sistem iGFMAS di mana bayaran dikemas kini secara automatik.
iii. Kesan daripada status pembayaran tidak dikemas kini menyebabkan
status bayaran di sistem e-Bantuan masih menunjukkan status belum
bayar. Sistem yang tidak digunakan secara optimum menambahkan
beban tugas pegawai kerana setiap bulan pegawai perlu mengemas kini
status bayaran secara manual bagi setiap kes. Selain itu, status bayaran
tidak dapat dimaklumkan dengan segera apabila mendapat pertanyaan
daripada penerima bantuan.
Maklum Balas JKMNK yang Diterima pada 10 Oktober 2018
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah memaklumkan tarikh
kelulusan JKM 21 dikunci masuk sebelum tarikh laporan siasatan kerana
sistem e-Bantuan tidak stabil sepenuhnya di mana tugasan kajian semula
diagihkan ketika tempoh bantuan hampir tamat kepada pegawai kes. Bagi
mengelakkan bantuan terputus, pegawai pelulus telah mengunci masuk
tarikh lebih awal dari tarikh sebenar kajian semula dibuat. Bagaimanapun,
pihak JKMNK tidak lagi membenarkan tarikh kelulusan dikunci masuk
sebelum tarikh laporan siasatan dibuat. Pihak JKMNK juga telah
mengemukakan permohonan kepada Perbendaharaan Negeri bagi
mewujudkan integrasi data antara sistem iSPEKS dan e-Bantuan.
Pada pendapat Audit, sistem yang tidak dapat digunakan secara optimum
adalah sangat merugikan serta menambah beban tugas pegawai.
2.7. SYOR AUDIT
Bagi memastikan kelemahan yang dibangkitkan tidak berulang pada masa hadapan
dan kerajaan mendapat best value for money atas perbelanjaan dilakukan, adalah
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 73
disyorkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah untuk mengambil tindakan
seperti berikut:
2.7.1. mempercepatkan proses siasatan dan kelulusan permohonan SBA selaras
dengan tempoh masa yang ditetapkan dalam Piagam Pelanggan;
2.7.2. menambah baik tempoh kajian semula kes SBA selaras dengan tempoh
yang ditetapkan dalam Kertas Dasar Skim Bantuan Negeri;
2.7.3. penamatan segera bayaran bantuan kepada penerima SBA yang
meninggal dunia ataupun penerima yang tidak mematuhi syarat kelayakan;
2.7.4. mengenalpasti masalah sistem e-Bantuan supaya dapat meningkatkan
integriti dan kesahihan data; dan
2.7.5. mewujudkan integrasi data antara sistem iSPEKS dengan sistem
e-Bantuan bagi memudahkan proses penjanaan bayaran bulanan serta
mengurangkan risiko kesilapan mengunci masuk dalam sistem.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 74
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
3. PENGURUSAN CUKAI TAKSIRAN
3.1. LATAR BELAKANG
3.1.1. Sistem Kerajaan Tempatan Majlis Perbandaran Sungai Petani (Majlis) telah
bermula pada tahun 50-an berikutan Ordinan Majlis Tempatan 1952 yang diluluskan.
Sistem ini telah melalui beberapa evolusi dan berkuat kuasa pada 2 Julai 1994,
Majlis telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran seperti diperuntukkan di bawah
Seksyen 3, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Kawasan pentadbiran Majlis
meliputi 922.6 km persegi yang terdiri daripada lima (5) zon atau cawangan kecil iaitu
Cawangan Gurun, Cawangan Bedong dan Tanjung Dawai, Cawangan Jeniang,
Cawangan Bukit Selambau dan Cawangan Tikam Batu/Pantai Merdeka.
3.1.2. Objektif utama Majlis adalah memastikan pengurusan pentadbiran dan
perkhidmatan yang cekap dan dinamik ke arah mewujudkan perbandaran yang
selesa dan sempurna serta mempunyai daya maju sosio ekonomi yang mantap.
Salah satu fungsi Majlis adalah pengurusan cukai taksiran yang merupakan sumber
pendapatan utama kepada Majlis. Pungutan hasil ini adalah selaras dengan Seksyen
127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang memperuntukkan kuasa kepada
Majlis untuk mengutip cukai taksiran terhadap semua pegangan atau hartanah
seperti bangunan kediaman, komersial, industri dan lain-lain. Selain itu, Majlis juga
mempunyai sumber pendapatan lain seperti bayaran lesen, bayaran perkhidmatan,
bayaran pelan, sewaan, notis, denda dan hukuman.
3.1.3. Kutipan cukai taksiran adalah bagi membiayai urusan pentadbiran,
pembangunan, penyenggaraan dan pengindahan di kawasan pentadbiran Majlis. Ia
melibatkan kemudahan awam dan infrastruktur asas iaitu dewan orang ramai,
perhentian bas, taman rekreasi, ruang niaga, padang permainan, tandas awam,
jalan, parit, longkang, lampu jalan dan pembersihan kawasan awam, taman
perumahan serta kawasan perniagaan/perusahaan/industri.
3.1.4. Jenis pegangan yang dikenakan cukai taksiran oleh Majlis terdiri daripada
bangunan kediaman, perniagaan dan kilang/industri serta tanah kosong. Sehingga
tahun 2017, bilangan pegangan yang dikenakan cukai taksiran oleh Majlis adalah
sebanyak 170,834 pegangan. Kutipan cukai taksiran semasa bagi tempoh tahun
2015 hingga 2017 berjumlah RM80.51 juta mengikut kadar yang telah diluluskan.
Bagi tujuan perekodan cukai taksiran, Majlis mengguna pakai Sistem Bersepadu
Pihak Berkuasa Tempatan (SBPBT) mulai tahun 2003. Kadar cukai taksiran yang
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 75
dikenakan oleh Majlis mengikut jenis pegangan berdasarkan kadar yang diwartakan
pada tahun 1984 seperti Jadual 3.1.
JADUAL 3.1
KADAR CUKAI TAKSIRAN YANG DIKENAKAN OLEH MAJLIS MENGIKUT JENIS PEGANGAN DAN KAWASAN
BIL. JENIS PEGANGAN
KADAR CUKAI TAKSIRAN MENGIKUT KAWASAN (%)
SUNGAI PETANI, SUNGAI LALANG, BEDONG, GURUN DAN TIKAM BATU
JENIANG, SEMELING, PADANG LEMBU, MERBOK,
KOTA KUALA MUDA, BUKIT SELAMBAU, TANJUNG DAWAI
1. Kediaman 8 4
2. Kediaman di Kampung Baru - 5
3. Perniagaan 10 6
4. Kilang/Industri 12 10
5. Tanah Kosong Kediaman 2 2
6. Tanah Kosong Perniagaan 3 3
7. Tanah Kosong Kilang/Industri 4 4
8. Tanah Kosong Pertanian Dalam Bandar
1 1
9. Tanah Kosong Pertanian Luar Bandar
0.5 0.5
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
3.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan bertujuan untuk menilai sama ada pengurusan cukai taksiran
telah dilaksanakan dengan cekap, ekonomi dan berkesan bagi mencapai objektif yang
ditetapkan iaitu membiayai urusan pentadbiran, pembangunan, penyenggaraan dan
pengindahan kawasan pentadbiran Majlis bagi mewujudkan perbandaran yang selesa
dan sempurna.
3.3. SKOP PENGAUDITAN
3.3.1. Skop pengauditan merangkumi dua (2) bidang utama Audit iaitu prestasi dan
pengurusan cukai taksiran. Prestasi cukai taksiran dinilai melalui elemen pencapaian
output dan pencapaian outcome. Manakala pengurusan cukai taksiran pula meliputi
enam (6) perkara iaitu pengurusan pegangan, pengeluaran bil cukai dan Notis E,
kaedah kutipan, tunggakan cukai, perbelanjaan hasil cukai dan penilaian kadar cukai.
3.3.2. Pengauditan melibatkan empat (4) daripada sembilan (9) jenis pegangan
iaitu sebanyak 162,725 daripada 170,834 pegangan bagi kediaman, perniagaan,
kilang/industri dan tanah kosong kediaman yang menyumbang kepada 80% daripada
jumlah hasil cukai taksiran tahunan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 76
3.3.3. Semakan Audit terhadap rekod cukai taksiran meliputi tempoh tahun 2015
hingga 2017. Pengauditan yang dilaksanakan melibatkan enam (6) daripada
10 Jabatan Majlis iaitu Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan
Kewangan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Khidmat Pengurusan, Jabatan Bangunan
dan Jabatan Penguatkuasa.
3.4. METODOLOGI PENGAUDITAN
Pengauditan dijalankan dengan menyemak rekod di sistem SBPBT bagi semua
pegangan, dokumen dan fail berkaitan cukai taksiran. Temu bual dijalankan
bersama-sama pegawai yang bertanggungjawab dan lawatan tapak ke 11 daripada
560 taman perumahan, perniagaan dan kilang/industri turut dilaksanakan bagi
membuat pengesahan.
3.5. RUMUSAN AUDIT
3.5.1. Pengauditan yang dijalankan pada bulan Jun hingga Ogos 2018
merumuskan perkara berikut:
a. Prestasi Aktiviti
Prestasi kutipan cukai taksiran bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 tidak
mencapai sasaran jumlah kutipan yang ditetapkan walaupun nilai kutipan cukai
meningkat pada setiap tahun. Manakala prestasi perbelanjaan bagi tempoh
tahun 2015 hingga 2017 menurun pada setiap tahun. Bagaimanapun, kutipan
cukai taksiran perlu ditingkatkan agar dapat menampung keperluan kos
perbelanjaan. Selain itu, kutipan tunggakan sebenar adalah rendah kerana tidak
mencapai sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan sebenar.
b. Pengurusan Aktiviti
Pihak Audit mendapati Majlis telah mempunyai sistem SBPBT yang baik, namun
terdapat kelemahan dalam sistem yang menyebabkan bilangan pegangan
sentiasa berubah setiap tahun apabila terdapat pertambahan bilangan
pegangan baru dan akaun pegangan yang dibatalkan. Selain itu, pengurusan
cukai taksiran telah diuruskan secara efektif namun masih terdapat ruang untuk
penambahbaikan terutama dalam aspek penilaian kadar kutipan cukai taksiran
berbanding kos nilai sewaan semasa, penilaian semula terhadap pegangan
yang membuat tambahan bangunan, tindakan penguatkuasaan yang tidak tegas
terhadap pemilik pegangan yang mempunyai jumlah tunggakan tinggi dan tidak
pernah membayar cukai taksiran.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 77
3.5.2. Penemuan Audit utama yang perlu diberikan perhatian dalam kajian ini
adalah seperti berikut:
i. prestasi pencapaian sasaran kutipan cukai taksiran pada tahun 2016
menurun berbanding tahun 2015 sebanyak 1.5% dan meningkat sebanyak
0.2% sahaja pada tahun 2017;
ii. prestasi kutipan tunggakan berbanding tunggakan sebenar menunjukkan
pencapaian yang rendah iaitu antara 21.5% hingga 33.1% bagi tempoh
tahun 2015 hingga 2017;
iii. berlaku perbezaan jumlah pegangan di antara 1,658 hingga 4,702 pegangan
selepas mengambil kira bilangan pertambahan pegangan baru dan yang
telah dibatalkan bagi tahun 2015 hingga 2017;
iv. penilaian semula kadar cukai taksiran oleh Majlis ditangguhkan, tiada
penilaian semula penentuan kadar sewa sejak tahun 1984 dan penilaian
semula terhadap tambahan bangunan tidak dibuat dalam tempoh yang agak
lama;
v. pemilik pegangan tidak pernah membayar cukai taksiran di antara tempoh
dua (2) hingga 35 tahun; dan
vi. tindakan menyita harta alih pemilik yang mempunyai tunggakan melebihi
RM1,000 tidak dilaksanakan dalam tempoh tahun 2015 hingga 2017.
3.6. PENEMUAN AUDIT TERPERINCI
Perkara yang ditemui dan maklum balas Majlis telah dibincangkan dalam
Exit Conference pada 19 September 2018. Penjelasan lanjut bagi setiap penemuan
yang dinyatakan dalam rumusan Audit adalah seperti perenggan berikut:
3.6.1. Prestasi Aktiviti
Cukai taksiran merupakan sumber pendapatan utama kepada Majlis. Ia perlu dikutip
dengan cekap kerana Majlis memerlukan peruntukan untuk pentadbiran dan
pengurusan di kawasan pentadbiran Majlis. Prestasi pencapaian pengurusan cukai
taksiran ini digunakan sebagai asas untuk meneruskan pendekatan yang sesuai
kepada Majlis agar inisiatif meningkatkan hasil yang lebih tinggi dapat dilaksanakan
dan dapat memenuhi kehendak pembayar cukai dalam penyediaan perkhidmatan.
Analisis dibuat berdasarkan prestasi hasil cukai taksiran dan keperluan perbelanjaan
untuk menyediakan perkhidmatan kepada pembayar cukai.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 78
3.6.1.1. Pencapaian Output
a. Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) yang
memperuntukkan kuasa kepada Majlis untuk mengutip cukai taksiran
terhadap semua pegangan atau hartanah seperti bangunan kediaman,
komersial, industri dan lain-lain. Manakala, Seksyen 147(2) Akta 171
menyatakan jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya
masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga
akhir bulan Ogos dalam setiap tahun, mengikut mana-mana yang berkenaan,
jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh
dituntut sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 148. Berdasarkan Buku
Bajet Majlis dan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Hasil
bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017, Majlis telah menetapkan sasaran
kutipan cukai taksiran tahun semasa secara berasingan dengan sasaran
tunggakan bagi tempoh tahun tersebut. Penetapan sasaran adalah
berdasarkan prestasi kutipan tahun semasa dan dua (2) tahun sebelumnya,
pertambahan pegangan baru dan keupayaan Majlis daripada segi bilangan
kakitangan, penggunaan gadget dan kios.
b. Semakan Audit mendapati hasil cukai taksiran dan tunggakan yang diterima
bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 masing-masing berjumlah
RM33.13 juta, RM36.62 juta dan RM38.53 juta. Jumlah penerimaan bagi
tempoh tahun tersebut berjumlah RM108.28 juta. Butiran lanjut adalah seperti
Jadual 3.2.
JADUAL 3.2
PENERIMAAN KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN DAN TUNGGAKAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN KUTIPAN SEBENAR
HASIL SEMASA (RM Juta)
KUTIPAN SEBENAR TUNGGAKAN
(RM Juta)
JUMLAH PENERIMAAN (RM Juta)
2015 25.66 7.47 33.13
2016 26.65 9.97 36.62
2017 28.20 10.33 38.53
JUMLAH 80.51 27.77 108.28
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
c. Semakan Audit selanjutnya mendapati bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017
jumlah kutipan yang sepatutnya dikutip masing-masing berjumlah
RM36.27 juta, RM38.15 juta dan RM39.79 juta. Cukai taksiran yang telah
dikutip oleh Majlis bagi tempoh tahun tersebut adalah sejumlah RM80.51 juta.
Pada tahun 2015, daripada 159,125 bilangan pegangan, Majlis telah
menetapkan sasaran kutipan cukai sejumlah RM27.85 juta. Bagaimanapun,
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 79
kutipan sebenar yang dapat dikutip adalah sejumlah RM25.66 juta iaitu
92.1%. Kutipan tahun 2016 meningkat daripada nilai kutipan sebenar
tahun 2015 iaitu sejumlah RM0.99 juta namun menurun berbanding sasaran
yang ditetapkan berjumlah RM2.75 juta. Manakala, kutipan sebenar pada
tahun 2017 meningkat sebanyak 0.2% berbanding tahun 2016 tetapi tidak
mencapai sasaran. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 3.3.
JADUAL 3.3
PRESTASI KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN DAN PERBELANJAAN HASIL
TAHUN
KUTIPAN CUKAI TAKSIRAN
PATUT DIKUTIP (RM Juta)
(a)
SASARAN KUTIPAN (RM Juta)
(b)
KUTIPAN SEBENAR (RM Juta)
(c)
PERATUS (%) (d=c/b)
2015 36.27 27.85 25.66 92.1%
2016 38.15 29.40 26.65 90.7%
2017 39.79 31.00 28.20 90.9%
JUMLAH 114.21 88.25 80.51 91.2%
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
d. Temu bual dengan pegawai Majlis, punca berlakunya penurunan hasil kutipan
berbanding sasaran adalah disebabkan oleh bil tidak diterima oleh pemilik
pegangan dan berlaku pindah hak milik yang tidak diisytihar oleh pemilik asal
atau pemilik baru. Kutipan sebenar yang tidak dapat dikutip menyebabkan
tunggakan cukai taksiran semakin meningkat.
e. Analisis Audit selanjutnya mendapati tunggakan sebenar cukai taksiran
meningkat pada tahun 2016 berbanding tahun 2015 iaitu sejumlah
RM1.21 juta. Manakala pada tahun 2017 tunggakan sebenar menurun
sejumlah RM4.82 juta berbanding tahun 2016. Pencapaian kutipan tunggakan
cukai taksiran berbanding sasaran yang ditetapkan adalah rendah antara
69.8% hingga 88.3% bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017. Prestasi kutipan
sebenar tunggakan berbanding tunggakan sebenar juga menunjukkan
pencapaian antara 21.5% hingga 33.1% bagi tempoh tahun 2015 hingga
2017. Antara faktor menyebabkan prestasi kutipan tunggakan tidak mencapai
sasaran kerana kekurangan kakitangan di Seksyen Tunggakan, Jabatan
Kewangan dan kadar pusingan jadual kerja mengambil tempoh masa yang
lama untuk tindakan penguatkuasaan ke atas seluruh kawasan pentadbiran
Majlis. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 3.4.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 80
JADUAL 3.4 PRESTASI SASARAN DAN KUTIPAN TUNGGAKAN CUKAI TAKSIRAN
BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN TUNGGAKAN
SEBENAR (RM Juta)
SASARAN KUTIPAN
TUNGGAKAN (RM Juta)
KUTIPAN SEBENAR
TUNGGAKAN (RM Juta)
KUTIPAN BERBANDING TUNGGAKAN
SEBENAR (%)
KUTIPAN SEBENAR
BERBANDING SASARAN
(%)
2015 34.81 10.70 7.47 21.5% 69.8%
2016 36.02 11.50 9.97 27.7% 86.7%
2017 31.20 11.70 10.33 33.1% 88.3%
JUMLAH 102.03 33.90 27.77 27.2% 81.9%
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
Maklum Balas Majlis yang Diterima pada 18 September 2018
Majlis memaklumkan jumlah sasaran tahunan ditetapkan peningkatannya
sejumlah RM1.55 juta walaupun trend sebenar kutipan tidak
memberangsangkan. Ini membuktikan bahawa Majlis berusaha untuk
mencabar keupayaan kakitangan untuk membuat kutipan cukai yang lebih
baik dari tahun ke tahun. Walaupun peratus peningkatan adalah kecil pada
tahun 2017 berbanding tahun 2016 iaitu 0.2% tetapi peningkatan dari segi
jumlah kutipan sebenar adalah agak signifikan iaitu pertambahan
RM1.55 juta pada tahun 2017. Selain itu, Majlis memaklumkan pemilik
pegangan tidak memberi notis secara bertulis kepada pihak Majlis
berkenaan bangunan diruntuhkan atau dihapuskan. Sekiranya notis tidak
diberi, pemilik pegangan masih lagi bertanggungjawab untuk membayar
cukai taksiran tersebut. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta akan
membuat lawat siasat di tapak sekiranya menerima notis tersebut dan
sekiranya berpuas hati, maka cukai taksiran tersebut dikurangkan (bagi
sebahagian bangunan sahaja yang roboh) atau dibatalkan (sekiranya
keseluruhan bangunan roboh). Perkara ini juga diambil perhatian terhadap
laporan dari penemuan-penemuan di tapak oleh Penghantar Notis, Bailiff
dan Pembantu Penilaian semasa lawat periksa. Antara tindakan yang telah
diambil bagi meningkatkan kutipan tunggakan adalah ‘Road to 10 Million’,
Mesyuarat Penguatkuasaan Kutipan Hasil dan melancarkan Operasi
Gempur Tunggakan 2018.
Pada pendapat Audit, prestasi hasil kutipan cukai taksiran adalah baik
kerana peratus pencapaian kutipan hasil cukai taksiran melebihi 90% bagi
tempoh tahun 2015 hingga 2017. Manakala, tunggakan cukai taksiran bagi
tempoh tahun yang sama adalah memuaskan kerana prestasi kutipan
tunggakan semakin meningkat daripada 69.8% kepada 88.3%.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 81
3.6.1.2. Pencapaian Outcome
a. Kutipan cukai taksiran adalah bagi membiayai urusan pentadbiran,
pembangunan, penyenggaraan dan pengindahan di kawasan pentadbiran
Majlis. Majlis juga perlu membiayai pembinaan dan penyenggaraan
kemudahan awam dan infrastruktur asas iaitu dewan orang ramai, perhentian
bas, taman rekreasi, ruang niaga, padang permainan, tandas awam, jalan,
parit, longkang dan lampu jalan. Selain itu, Majlis turut menyediakan
perkhidmatan pembersihan di kawasan-kawasan awam, taman-taman
perumahan serta kawasan perniagaan/perusahaan/industri.
b. Semakan Audit mendapati perbelanjaan yang dirancang bagi tempoh tahun
2015 hingga 2017 masing-masing berjumlah RM32.76 juta, RM34.55 juta dan
RM41.48 juta. Perbelanjaan sebenar bagi tempoh tersebut adalah berjumlah
RM88.85 juta. Semakan Audit selanjutnya mendapati perbelanjaan sebenar
yang dibuat bagi tahun 2015 berjumlah RM29.82 juta iaitu 91.8% berbanding
bajet yang telah diluluskan. Manakala, pada tahun 2016 perbelanjaan
sebenar menurun sebanyak 5.4% berbanding tahun 2015. Perbelanjaan
sebenar bagi tahun 2017 pula meningkat sebanyak 0.5% berbanding
tahun 2016 adalah seperti Jadual 3.5.
JADUAL 3.5
PRESTASI PERBELANJAAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN
OUTCOME
PERBELANJAAN DARIPADA HASIL CUKAI
PERBELANJAAN YANG DIRANCANG
(RM Juta) (e)
BAJET YANG DILULUSKAN
(RM Juta) (f)
PERBELANJAAN SEBENAR (RM Juta)
(g)
PERATUS (%) (h=g/f)
2015 32.76 32.49 29.82 91.8%
2016 34.55 34.42 29.72 86.4%
2017 41.48 33.71 29.31 86.9%
JUMLAH 108.79 100.62 88.85 88.3%
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
c. Terdapat empat (4) jenis perbelanjaan utama yang menggunakan hasil cukai
taksiran antaranya ialah kebersihan bandar dan tapak pelupusan, kos elektrik
lampu jalan dan lampu isyarat, penyenggaraan infra dan pembaikan
kemudahan (jalan, parit, lampu dan kemudahan lain) serta penyenggaraan
landskap. Perbelanjaan terperinci yang dibuat oleh Majlis adalah seperti
Jadual 3.6.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 82
JADUAL 3.6 PERBELANJAAN TERPERINCI BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. JENIS PERBELANJAAN
PERBELANJAAN SEBENAR (RM Juta)
2015 2016 2017
1. Kebersihan Bandar dan Tapak Pelupusan 12.89 12.56 12.71
2. Kos Elektrik Lampu Jalan, Lampu Isyarat, Sewaan, Bahan-Bahan dan Kemudahan Awam Lain
9.61 10.14 10.23
3. Penyenggaraan Infra, Kemudahan dan Pembaikan Kemudahan (Jalan, Parit, Lampu dan Kemudahan Lain)
6.44 5.93 5.51
4. Penyenggaraan Landskap 0.88 1.09 0.86
JUMLAH 29.82 29.72 29.31
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
d. Semakan Audit selanjutnya mendapati prestasi perbelanjaan berbanding hasil
kutipan cukai taksiran adalah di antara 103.9% hingga 116.2% bagi tempoh
tahun 2015 hingga 2017. Analisis Audit mendapati perbelanjaan melebihi
hasil cukai taksiran bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 masing-masing
berjumlah RM4.16 juta, RM3.07 juta dan RM1.10 juta. Kekurangan hasil
daripada cukai taksiran diperolehi daripada sumber pendapatan lain seperti
bayaran lesen, bayaran perkhidmatan, bayaran pelan, sewaan, notis, denda
dan hukuman. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 3.7.
JADUAL 3.7
PERBELANJAAN YANG MENGGUNAKAN HASIL CUKAI TAKSIRAN BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN HASIL CUKAI
TAKSIRAN (RM Juta)
PERBELANJAAN (RM Juta)
KURANGAN HASIL (RM Juta)
PERATUS PERBELANJAAN
(%)
2015 25.66 29.82 -4.16 116.2
2016 26.65 29.72 -3.07 111.5
2017 28.20 29.31 -1.10 103.9
JUMLAH 80.51 88.85 -8.33 110.4
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
e. Majlis telah sedaya upaya berusaha mengoptimumkan penggunaan hasil
kutipan cukai taksiran untuk penyenggaraan dan penyediaan kemudahan
awam bagi memastikan keselesaan penduduk setempat. Antara
perkhidmatan yang telah dilaksanakan oleh Majlis adalah pengurusan kutipan
sampah, penyenggaraan longkang, memotong rumput, menurap jalan-jalan
rosak dan sebagainya adalah seperti Gambar 3.1 hingga Gambar 3.4.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 83
GAMBAR 3.1
Taman Gurun Jaya, Sungai Petani
- Pemasangan Penutup Longkang Untuk Keselamatan (28.08.2018)
GAMBAR 3.2 GAMBAR 3.3
Gurun, Sungai Petani
- Kerja Pembersihan Sampah dan Kutipan Sampah (28.08.2018)
GAMBAR 3.4
Taman Sejati, Sungai Petani
- Kerja Penurapan Jalan yang Rosak (27.08.2018)
Maklum Balas Majlis yang Diterima pada 18 September 2018
Dalam keadaan kutipan hasil cukai lebih rendah berbanding perbelanjaan,
Majlis tetap memberi keutamaan kepada bajet yang melibatkan keperluan
penduduk terutamanya untuk menyelesaikan aduan-aduan yang telah
dibangkitkan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 84
Pada pendapat Audit, pengurusan perbelanjaan yang dilaksanakan oleh
Majlis adalah baik walaupun hasil kutipan cukai taksiran kurang daripada
keperluan perbelanjaan sebenar.
3.6.2. Pengurusan Aktiviti
3.6.2.1. Pengurusan Pegangan
Cukai taksiran dikenakan kepada pemilik pegangan yang merangkumi bangunan
kediaman, perniagaan, bangunan perindustrian, tanah kosong dan hartanah
khas. Cukai taksiran wajib dibayar seperti yang diperuntukkan di bawah
seksyen 127 Akta 171 membolehkan Majlis mengenakan kadar ke atas
pegangan-pegangan yang terdapat di dalam kawasan Majlis. Bilangan pegangan
menjadi asas pengiraan bagi menentukan hasil cukai taksiran yang patut dikutip
dan menjadi sumber pendapatan utama Majlis. Berdasarkan Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Tetap Kewangan dan Hasil yang diadakan dalam tahun 2015
hingga 2017, bilangan pegangan di kawasan pentadbiran Majlis ialah antara
159,125 hingga 170,834 pegangan dengan peningkatan sebanyak 2% pada
tahun 2016 dan 4% pada tahun 2017. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 3.8.
JADUAL 3.8
BILANGAN PEGANGAN MENGIKUT JENIS BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN
PEGANGAN
JENIS JUMLAH JUMLAH
KESELURUHAN
2015
Kediaman 116,617
159,125
Perniagaan 14,349
Kilang/Industri 1,413
Hartanah Khas 383
Tanah Kosong 26,363
2016
Kediaman 119,335
163,130
Perniagaan 14,649
Kilang/Industri 1,492
Hartanah Khas 414
Tanah Kosong 27,240
2017
Kediaman 124,424
170,834
Perniagaan 15,010
Kilang/Industri 1,498
Hartanah Khas 430
Tanah Kosong 29,472
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 85
a. Semakan Audit selanjutnya mendapati wujud perbezaan jumlah pegangan
selepas mengambil kira bilangan pertambahan pegangan baru dan yang
telah dibatalkan bagi tahun 2015 hingga 2017. Semua pegangan telah dibuat
penilaian cukai dan telah didaftarkan untuk kenaan cukai. Berdasarkan
pengiraan Audit terhadap laporan yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian
dan Pengurusan Harta jumlah perbezaan bilangan pegangan bagi tahun 2015
hingga 2017 masing-masing berjumlah 3,386, 1,658 dan 4,702. Butiran lanjut
adalah seperti Jadual 3.9.
JADUAL 3.9
BILANGAN PEGANGAN MAJLIS BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN
BILANGAN PEGANGAN BERDASARKAN LAPORAN MAJLIS BILANGAN
PEGANGAN BERDASARKAN
PENGIRAAN AUDIT
PERBEZAAN BILANGAN PEGANGAN
PEGANGAN BARU
AKAUN DIBATALKAN
JUMLAH PEGANGAN
2015 6,421 4,181 159,125 155,739 3,386
2016 5,431 3,084 163,130 161,472 1,658
2017 8,199 5,197 170,834 166,132 4,702
JUMLAH 20,051 12,462 493,089 483,343 9,746
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
b. Peningkatan pegangan setiap tahun adalah disebabkan oleh berlakunya
pertambahan pembangunan di kawasan pentadbiran seperti taman
perumahan baru, perniagaan, kilang, industri dan tanah kosong. Kesan
penambahan pegangan baru dapat meningkatkan hasil kutipan cukai taksiran
Majlis. Bagaimanapun perbelanjaan perkhidmatan turut meningkat. Selain itu,
perbezaan jumlah pegangan yang dikemukakan oleh Jabatan Penilaian dan
Pengurusan Harta berbanding pengiraan Audit disebabkan oleh Sistem
SBPBT tidak dibuat penetapan lock data setiap tahun menyebabkan
maklumat pegangan sentiasa berubah apabila Pegawai Majlis membuat
pelarasan pada tahun berikutnya.
Maklum Balas Majlis yang Diterima pada 18 September 2018
Majlis memaklumkan perbezaan jumlah pegangan berlaku disebabkan oleh
pembatalan yang dibuat secara ‘backdated’ oleh Jabatan Penilaian dan
Pengurusan Harta bagi kes-kes tertentu. Data-data tersebut merupakan
data yang 'hidup' dan ianya boleh dikemas kini sekiranya perlu
pada bila-bila masa jika terdapat bukti yang jelas dan nyata. Di antara
sebab-sebab pembatalan ‘backdated’ dibuat adalah pertindihan akaun,
premis tiada di tapak dan wujud akaun baru. Kekangan sistem SBPBT
sedia ada yang diguna pakai tiada penetapan ‘lock’ data setiap tahun
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 86
menyebabkan jumlah pegangan berubah dari semasa ke semasa
disebabkan oleh pembatalan akaun 'backdated' yang dibuat kemudian.
Bahagian Teknologi Maklumat mengambil tindakan terhadap isu ini dengan
mewujudkan satu (1) 'table' baru untuk tujuan 'lock data' pegangan pada
setiap tahun. Laporan pegangan tahunan merujuk kepada 'table' tersebut
bagi mengatasi laporan pegangan yang sentiasa berubah.
Pada pendapat Audit, pengurusan pengesahan bilangan pegangan adalah
kurang memuaskan kerana jumlah pegangan setiap tahun sentiasa berubah
disebabkan oleh tiada penetapan ‘lock data’ dalam SBPBT.
3.6.2.2. Penilaian Cukai Taksiran
a. Penilaian Kadar Cukai Taksiran Ditangguh
Mengikut Seksyen 127 Akta 171 Pihak Berkuasa Tempatan boleh dengan
kelulusan Pihak Berkuasa Negeri dari semasa ke semasa sebagaimana
difikirkan perlu mengenakan sama ada secara berasingan atau sebagai suatu
kadar yang disatukan, kadar atau kadar-kadar tahunan dalam sesuatu
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan.
i. Semakan Audit mendapati Majlis telah mengenakan kadar cukai taksiran
terhadap pegangan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri sejak
tahun 1984 dan telah diwartakan. Kadar peratusan bagi setiap kategori
pegangan yang diguna pakai oleh Majlis tidak berubah sejak tahun 1984.
Kadar yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis dan kawasan
pegangan iaitu pada kadar antara 2% hingga 11% daripada nilaian
tahunan seperti Jadual 3.10.
JADUAL 3.10
KADAR CUKAI TAKSIRAN MENGIKUT JENIS DAN KAWASAN
KAWASAN KATEGORI JENIS PEGANGAN KADAR
(%)
Sungai Petani, Sungai Lalang, Bedong, Gurun, Tikam Batu
Bangunan
Kediaman 8
Perniagaan 10
Kilang/Industri 12
Tanah Kosong Dengan Syarat
Kediaman 2
Perniagaan 3
Kilang/Industri 4
Pertanian Dalam Bandar 1
Pertanian Luar Bandar 0.5
Bangunan Kediaman 4
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 87
KAWASAN KATEGORI JENIS PEGANGAN KADAR
(%)
Cawangan Kecil (Jeniang, Semeling, Padang Lembu, Merbok, Kota Kuala Muda, Bukit Selambau, Tanjung Dawai)
Kediaman di Kampung Baru 5
Perniagaan 6
Kilang/Industri 10
Tanah Kosong Dengan Syarat
Kediaman 2
Perniagaan 3
Kilang/Industri 4
Pertanian Dalam Bandar 1
Pertanian Luar Bandar 0.5
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
ii. Semakan Audit selanjutnya terhadap Minit Mesyuarat Jawatankuasa
Tetap Pentadbiran dan Kewangan Bilangan 3/2015 yang diadakan pada
23 Jun 2015 mendapati Majlis telah mencadangkan kenaikan kadar cukai
taksiran yang baru iaitu sebanyak 1% mengikut setiap kategori pegangan
dan telah disahkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis pada 28 Jun 2015.
Satu (1) mesyuarat turut diadakan di Majlis Perbandaran Kulim (MPKK)
pada 20 Ogos 2015 bersama-sama pegawai Jabatan Penilaian dan
Pengurusan Harta di setiap PBT Negeri Kedah bagi membincangkan
cadangan pelarasan tersebut. Mesyuarat yang diadakan telah bersetuju
bahawa MPKK menjadi penyelaras/urus setia bagi pengumpulan Kertas
Kerja Cadangan Pelarasan Kenaikan Kadar Cukai Taksiran untuk
dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Kedah.
Kertas kerja tersebut telah diangkat ke MMK pada 15 Oktober 2015.
iii. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang telah bersidang pada
9 Disember 2015 mengikut Kertas No. 6(F) 394/2015 telah bersetuju
dengan cadangan kenaikan kadar sebanyak 1% mengikut kategori
pegangan yang dinyatakan dan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016.
Bagaimanapun, berdasarkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu
Pengurusan Pembangunan dan Pentadbiran (Post Exco) Bilangan
2 Tahun 2016 telah menangguhkan kenaikan kadar cukai taksiran PBT
sebanyak 1% mulai tahun 2016. Bagaimanapun, tiada justifikasi sebab
penangguhan kenaikan kadar dinyatakan di dalam minit mesyuarat
tersebut. Penangguhan kenaikan kadar tersebut telah menyebabkan hasil
yang dikutip oleh Majlis berkurangan dan kadar tersebut tidak
bersesuaian dengan nilaian kadar sewa semasa.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 88
b. Penilaian Semula Nilai Sewa Hartanah Tidak Dibuat
Mengikut Perkara 1 Seksyen 130 Akta 171 menyatakan apa-apa kadar atau
kadar-kadar yang dikenakan di bawah Bahagian ini boleh ditaksirkan atas
dua (2) faktor iaitu nilai tahunan pegangan atau nilai tambahan pegangan
sebagaimana yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Manakala
menurut Perkara 3 Seksyen 137 Akta 171 memperuntukkan sesuatu senarai
nilaian baru yang mengandungi butir-butir yang sama seperti dalam Perkara 1
Seksyen 137 hendaklah disedia dan disiapkan sekali tiap-tiap lima (5) tahun
atau dalam tempoh yang dilanjutkan sebagaimana ditentukan oleh Pihak
Berkuasa Negeri.
i. Semakan Audit mendapati kaedah pengiraan cukai taksiran yang diguna
pakai Majlis adalah berdasarkan Nilaian Tahunan iaitu anggaran kasar
sewa tahunan. Melalui kaedah ini, penilaian dibuat dengan
membandingkan kadar sewa yang dikenakan di kawasan kediaman
berhampiran. Seterusnya analisis dibuat untuk menentukan jumlah Nilaian
Tahunan yang akan dikenakan. Nilaian kadar sewa yang digunakan oleh
Majlis adalah berdasarkan Senarai Nilaian yang berkuat kuasa sejak
tahun 1984.
ii. Sehingga tarikh pengauditan, tiada Senarai Nilaian kadar sewa yang
baharu disedia bagi menggantikan Senarai Nilaian yang lama. Pihak Audit
dimaklumkan oleh pegawai Majlis, penilaian semula terhadap Senarai
Nilaian kadar sewa di kawasan pentadbiran Majlis tidak dilaksanakan
sejak tahun 1984 kerana melibatkan kos yang tinggi untuk melantik penilai
swasta dan membebankan Majlis bagi membiayai kos penilaian tersebut.
Majlis terpaksa melantik penilai swasta untuk kerja-kerja penilaian
tersebut kerana kekurangan kakitangan. Asas nilaian cukai taksiran yang
tidak mengikut nilaian kadar sewa semasa menyebabkan hasil Majlis
dikutip rendah daripada kadar yang sepatutnya boleh dikutip. Ini kerana
perkiraan adalah berasaskan nilaian kadar sewa pada 34 tahun yang
lepas.
Maklum Balas Majlis yang Diterima pada 18 September 2018
Majlis memaklumkan sesi 'brainstorming' terhadap analisis perbandingan
melalui penilaian semula pegangan berkadar di kawasan PBT dan pelarasan
kadar peratus bagi kategori pegangan telah dibuat pada 8 hingga
9 Julai 2018 antara Bahagian Kerajaan Tempatan SUK Negeri Kedah
bersama PBT-PBT Negeri Kedah (Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
dan Jabatan Undang-Undang). Kiraan mengikut kadar sewa semasa
(Tone of the List) dan kenaikan kadar 1% telah dibuat di dalam sesi tersebut
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 89
di mana Majlis Perbandaran Sungai Petani dianggarkan boleh mendapat
tambahan cukai taksiran sebanyak RM5.81 juta sekiranya berlaku kenaikan
kadar 1% dan RM73.32 juta sekiranya penilaian semula dijalankan.
Pada pendapat Audit, penangguhan kenaikan kadar cukai taksiran atau
penilaian semula menyebabkan kadar tersebut tidak bersesuaian dengan
nilai kadar sewa semasa. Manakala penilaian semula nilai sewaan hartanah
adalah tidak memuaskan kerana Majlis tidak pernah menyediakan Senarai
Nilaian kadar sewa yang baharu bagi menggantikan Senarai Nilaian yang
lama.
c. Penilaian Semula ke Atas Nilai Tambahan Bangunan
Menurut Seksyen 144 (b) Akta 171 menetapkan apa-apa bangunan didirikan,
diubah suai, diubah, diruntuhkan atau dibina semula, atau kemajuan lain
dibuat pada sesuatu pegangan berkadar, nilainya telah dinaikkan.
i. Semakan Audit terhadap senarai tugas Pembantu Penilaian ialah
membantu membuat penilaian cukai taksiran, menjalankan siasatan
premis roboh, menjalankan siasatan pertukaran nombor rumah, membuat
siasatan kes-kes lapor kosong dan lain-lain tugas yang diarahkan.
Berdasarkan temu bual dengan pegawai Majlis memaklumkan sasaran
bagi kerja-kerja nilaian tambahan bangunan ditetapkan iaitu sebanyak
60 tambahan bangunan perlu dinilai oleh setiap Pembantu Penilaian bagi
setiap bulan. Analisis Audit mendapati, peratus pencapaian penilaian
semula tambahan bangunan berbanding sasaran yang telah ditetapkan
bagi tempoh tahun 2015 hingga 2017 masing-masing 99.4%, 83.2% dan
76.7%. Peratus pencapaian semakin menurun dan tidak mencapai
sasaran yang ditetapkan. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 3.11.
JADUAL 3.11
SASARAN NILAIAN TAMBAHAN BANGUNAN BAGI TEMPOH TAHUN 2015 HINGGA 2017
TAHUN SASARAN NILAIAN
TAMBAHAN BANGUNAN
NILAIAN TAMBAHAN BANGUNAN
PERATUS PENCAPAIAN
(%)
2015 4,860 4,833 99.4
2016 7,560 6,292 83.2
2017 4,800 3,681 76.7
JUMLAH 17,220 14,806 86.0
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 90
ii. Lawatan Audit yang dijalankan pada 23 dan 25 Julai 2018 ke tujuh (7)
taman perumahan di sekitar Sungai Petani mendapati 11 pemilik telah
membuat tambahan binaan bangunan tetapi nilaian tambahan bangunan
terhadap nilaian tahunan cukai belum dibuat. Berdasarkan anggaran
pengiraan Audit, Majlis mengalami kurangan cukai taksiran sejumlah
RM669.60 setahun bagi 11 pemilik tersebut. Butiran lanjut seperti Jadual
3.12. Pegangan masih dikenakan cukai taksiran dengan nilai tahunan
yang asal seperti Gambar 3.5 hingga Gambar 3.8.
JADUAL 3.12
PENILAIAN SEMULA TERHADAP NILAI TAMBAHAN BANGUNAN
BIL. NOMBOR AKAUN KATEGORI PEGANGAN
TAMAN
CUKAI TAKSIRAN SEMASA
(RM)
CUKAI TAKSIRAN
SEPATUTNYA (RM)
PERBEZAAN SETAHUN
(RM)
1. 101001/000000406 Kediaman Taman Intan, Sungai Petani 196.80 220.80 24.00
2. 103041/000004659 Kediaman Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani
268.80 283.20 14.40
3. 103041/000001629 Kediaman Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani
180.00 204.00 24.00
4. 103041/000001701 Kediaman Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani
180.00 186.00 6.00
5. 104001/000000480 Kediaman Taman Peruda, Sungai Petani 153.60 163.20 9.60
6. 104001/000000482 Kediaman Taman Peruda, Sungai Petani 163.20 211.20 48.00
7. 105040/000000288 Kediaman Taman Seroja, Sungai Petani 86.40 91.20 4.80
8. 106411/000001036 Perniagaan Taman Gurun Jaya, Gurun 240.00 510.00 270.00
9. 106411/000001020 Kediaman Taman Gurun Jaya, Gurun 192.00 244.80 52.80
10. 106411/000001019 Kediaman Taman Gurun Jaya, Gurun 96.00 244.80 148.80
11. 104027/000000096 Kediaman Taman Bandar Baru, Sungai Petani
96.00 163.20 67.20
JUMLAH 1,852.80 2,522.40 669.60
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
GAMBAR 3.5
Taman Peruda, Sungai Petani
- Penambahan Binaan Rumah Kediaman yang Tidak Dinilai Semula (23.07.2018)
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 91
GAMBAR 3.6
Taman Gurun Jaya, Sungai Petani
- Penambahan Binaan Rumah Kediaman yang Tidak Dinilai Semula (25.07.2018)
GAMBAR 3.7
Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani
- Penambahan Binaan Rumah Kediaman yang Tidak Dinilai Semula (25.07.2018)
GAMBAR 3.8
Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani
- Penambahan Binaan Rumah Kediaman yang Tidak Dinilai Semula (25.07.2018)
iii. Berdasarkan temu bual dengan pegawai Majlis, nilaian tambahan
bangunan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya terhadap semua
pegangan di seluruh kawasan pentadbiran Majlis kerana jadual pusingan
kerja bagi penilaian tambahan bangunan berbanding dengan bilangan
Pembantu Penilaian di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta adalah
tidak setara. Selain itu, tambahan binaan bangunan yang tidak dinilai
semula menyebabkan nilai tahunan cukai yang dikenakan kepada pemilik
pegangan tidak tepat di mana terdapat pemilik telah dikenakan kadar
yang kurang daripada yang sepatutnya.
Contoh Reka Bentuk Asal
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 92
Maklum Balas Majlis yang Diterima pada 18 September 2018
Majlis memaklumkan kerja-kerja untuk penilaian tambahan bangunan
adalah merupakan sebahagian daripada tugasan Pembantu Penilaian selain
daripada penilaian pegangan baru, lot kosong, caj pemajuan serta lawat
periksa ke atas aduan yang diterima. Oleh yang demikian, tempoh pusingan
lawat siasat semula setiap taman mengambil masa mengikut jumlah
pegangan di dalam sesuatu taman. Bagaimanapun, Jabatan Penilaian dan
Pengurusan Harta akan membuat lawat siasat untuk penilaian tambahan
sekiranya terdapat maklumat daripada pemilik, aduan orang awam
mahupun makluman daripada jabatan-jabatan dalaman Majlis.
Pada pendapat Audit, penilaian semula terhadap nilai tambahan bangunan
telah diuruskan secara efektif namun masih terdapat ruang menambah baik
kerana peratus pencapaian sasaran penilaian semula tersebut semakin
menurun.
3.6.2.3. Pemilik Pegangan Tidak Pernah Membayar Cukai Taksiran
Seksyen 147(2) Akta 171 menyatakan jika mana-mana jumlah wang itu atau
mana-mana bahagiannya masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan
Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam setiap tahun, mengikut mana-mana
yang berkenaan, jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan
dan boleh dituntut sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 148.
a. Semakan Audit mendapati sehingga 31 Disember 2017, sebanyak
2,101 pegangan bagi kediaman, perniagaan dan kilang/industri tidak pernah
membuat bayaran sejak dikenakan cukai yang berjumlah RM1.65 juta.
Tunggakan pegangan tersebut adalah di antara dua (2) hingga 35 tahun. Nilai
cukai taksiran tertinggi adalah berjumlah RM14,361, manakala yang terendah
adalah berjumlah RM52 seperti Jadual 3.13 dan Jadual 3.14.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 93
JADUAL 3.13 BILANGAN PEGANGAN YANG TIDAK PERNAH MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN
MENGIKUT USIA SEHINGGA 31 DISEMBER 2017
TEMPOH USIA (TAHUN)
BILANGAN PEGANGAN JUMLAH
(RM)
2 hingga 5 1,731 1,256,124
6 hingga 10 153 140,107
11 hingga 15 153 154,654
16 hingga 20 41 64,932
21 hingga 25 17 20,064
26 hingga 30 2 5,078
31 hingga 35 4 11,828
JUMLAH 2,101 1,652,787
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
JADUAL 3.14 BILANGAN PEGANGAN MENGIKUT NILAI CUKAI TAKSIRAN
YANG TIDAK PERNAH MEMBAYAR CUKAI TAKSIRAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2017
NILAI TUNGGAKAN CUKAI (RM)
BILANGAN PEGANGAN JUMLAH
(RM)
52 hingga 2,000 2,009 1,349,076
2,001 hingga 4,000 80 212,321
4,001 hingga 6,000 4 18,108
6,001 hingga 8,000 4 26,624
8,001 hingga 10,000 1 8,462
10,001 hingga 12,000 1 11,635
12,001 hingga 14,000 1 12,200
14,001 hingga 14,361 1 14,361
JUMLAH 2,101 1,652,787
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
b. Lawatan fizikal Audit pada 25 dan 28 Julai 2018 terhadap pegangan yang
tidak pernah membayar cukai di antara RM1,500 sehingga RM14,000 adalah
seperti Gambar 3.9 hingga Gambar 3.12.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 94
GAMBAR 3.9 GAMBAR 3.10
Taman Gurun Jaya
- Kediaman yang Tidak Pernah Membayar Cukai Selama 32 Tahun (25 Julai 2018)
Taman Gurun Jaya - Kediaman yang Tidak Pernah Membayar Cukai
Selama 34 Tahun (25 Julai 2018)
GAMBAR 3.11 GAMBAR 3.12
Jalan Raya Gurun, Sungai Petani
- Premis Perniagaan yang Tidak Pernah Membayar Cukai Selama 25 Tahun
(28 Julai 2018)
Taman Sejati Indah, Sungai Petani - Kilang/Industri yang Tidak Pernah Membayar Cukai Selama 16 Tahun
(28 Julai 2018)
c. Berdasarkan temu bual dengan pegawai Majlis, antara sebab pegangan yang
tidak pernah membayar cukai taksiran antara tempoh dua (2) hingga 35 tahun
yang berjumlah RM1.65 juta adalah seperti berikut:
i. Bil tetap dihantar ke premis yang tidak diduduki. Pemilik-pemilik premis
tidak memberi alamat terkini, justeru mereka tidak menerima bil cukai
taksiran daripada Majlis.
ii. Keadaan pegangan kebanyakannya rosak dan terbiar. Lapor kosong tidak
dilaksanakan untuk membatalkan akaun-akaun ini kerana pemilik tidak
dapat dihubungi.
Maklum Balas Majlis yang Diterima pada 18 September 2018
Majlis memaklumkan di antara tindakan yang telah diambil adalah
Majlis telah membuat rosot nilai penghutang sebanyak RM5.6 juta bagi
pegangan-pegangan yang tidak menjelaskan cukai taksiran di antara
tempoh enam (6) tahun iaitu sebanyak 12 kali pengeluaran bil di dalam
penyata kewangan 2017. Selain itu, pelbagai laporan telah dirangka
di dalam SBPBT antaranya Laporan Tunggakan mengikut zon, premis, nilai
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 95
dan lain-lain bagi memudahkan pengelasan akaun-akaun tertunggak untuk
dibuat tindakan selanjutnya.
Pada pendapat Audit, pengurusan kutipan tunggakan terhadap pegangan
yang tidak pernah membayar cukai adalah tidak cekap kerana terdapat
tunggakan pegangan yang berusia melebihi 30 tahun.
3.6.2.4. Pengeluaran Bil Cukai Taksiran dan Notis E
Mengikut Seksyen 147 Akta 171 menetapkan cukai taksiran hendaklah dijelaskan
oleh pemilik pada akhir bulan Februari dan Ogos setiap tahun. Pemilik adalah
bertanggungjawab membayar jumlah cukai taksiran tersebut dengan apa-apa
bayaran yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Jika bil tersebut tidak
dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam setiap
tahun jumlah tersebut dianggap sebagai tunggakan dan boleh dituntut seperti
yang dinyatakan dalam Seksyen 148 Akta 171. Seksyen tersebut juga
menetapkan setiap Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengeluarkan Borang E iaitu
notis membayar tunggakan kepada pemilik yang gagal membuat bayaran
tunggakan cukai taksiran.
a. Semakan Audit mendapati Majlis telah melantik syarikat SR Express (M) Sdn.
Bhd. dan Inter-City MPC (M) Sdn. Bhd. untuk mencetak dan mengepos bil
cukai taksiran. Syarikat tersebut dilantik secara sebut harga dan bayaran
dibuat secara interim pada kadar harga seperti yang telah ditetapkan selepas
syarikat mengemukakan bil-bil dan dokumen kewangan yang berkaitan
dengan tuntutan bagi tujuan pembayaran. Bagi tempoh tahun 2015 hingga
2017, sebanyak 858,442 bil cukai taksiran seperti Jadual 3.15 dan
sebanyak 416,307 Notis E seperti Jadual 3.16 bagi Penggal 1 dan
Penggal 2 telah dicetak dan dipos oleh Syarikat yang dilantik.
JADUAL 3.15
BILANGAN BIL CUKAI TAKSIRAN SERTA BAYARAN PERKHIDMATAN KEPADA SYARIKAT PENCETAK BAGI TAHUN 2015 SEHINGGA 2017
BIL. TAHUN SYARIKAT PENCETAK
BILANGAN BIL CUKAI TAKSIRAN YANG DIKELUARKAN
PENGGAL 1 RM PENGGAL 2 RM
1. 2015 SR Express (M) Sdn. Bhd. 162,689 97,284 120,426 72,318
2. 2016 SR Express (M) Sdn. Bhd. 164,572 117,269 121,639 71,617
3. 2017 Inter-City MPC (M) Sdn. Bhd.
166,585 123,866 122,531 85,366
JUMLAH 493,846 338,419 364,596 229,301
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 96
JADUAL 3.16 BILANGAN NOTIS E DAN BAYARAN PERKHIDMATAN
KEPADA SYARIKAT PENCETAK BAGI TAHUN 2015 SEHINGGA 2017
BIL. TAHUN SYARIKAT PENCETAK
BILANGAN NOTIS E YANG DIKELUARKAN
PENGGAL 1 RM PENGGAL 2 RM
1. 2015 SR Express (M) Sdn. Bhd. 70,020 49,862 73,357 51,721
2. 2016 SR Express (M) Sdn. Bhd. 61,141 40,706 65,780 49,627
3. 2017 SR Express (M) Sdn. Bhd. Data One Services Sdn. Bhd.
70,761 55,747 75,248 61,203
JUMLAH 201,922 146,315 214,385 162,551
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
b. Semakan Audit selanjutnya mendapati sebanyak 3,140 daripada 289,116 bil
cukai taksiran atau 1.1% dan 1,296 daripada 146,009 Notis E atau 0.9% pada
tahun 2017 telah dikembalikan oleh pejabat pos. Bil cukai taksiran dan Notis
E ini dikembalikan oleh pemilik kerana nama pemilik pegangan masih di atas
nama pemaju dan pemilik sebenar belum membuat pertukaran nama hak
milik sebelum bil cukai taksiran dikeluarkan. Selain itu, bil cukai taksiran
dipulangkan disebabkan oleh pemilik pegangan telah berpindah, alamat tidak
lengkap dan lain-lain. Berdasarkan temu bual dengan pegawai Majlis,
tindakan telah diambil terhadap bil cukai taksiran dan Notis E yang
dikembalikan dengan menyemak semula bil cukai taksiran dan Notis E
sebelum dihantar semula oleh penghantar notis Majlis. Pihak Majlis juga telah
mengambil pelbagai inisiatif untuk mengenal pasti pemilik pegangan dengan
mendapatkan kerjasama daripada Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat
Tanah Dan Galian dan RAM Credit Information Sdn. Bhd. Bagaimanapun,
pihak Audit tidak dapat mengesahkan bilangan bil cukai taksiran dan Notis E
yang telah diambil tindakan kerana laporan pemantauan tidak dikemukakan.
Butiran lanjut adalah seperti Jadual 3.17.
JADUAL 3.17
BILANGAN BIL CUKAI TAKSIRAN DAN NOTIS E YANG DIKEMBALIKAN OLEH PEJABAT POS BAGI TAHUN 2017
BIL. SEBAB BIL DIKEMBALIKAN
BILANGAN BIL YANG DIKEMBALIKAN
CUKAI TAKSIRAN NOTIS E
1. Dikembalikan oleh Pemilik 900 327
2. Berpindah 794 478
3. Salah Alamat 315 19
4. Alamat Tidak Lengkap 482 166
5. Tidak Dituntut 7 14
6. Roboh 202 28
7. Alamat Tidak Wujud - 12
8. Tiada Nama dan Nombor Rumah - 55
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 97
BIL. SEBAB BIL DIKEMBALIKAN
BILANGAN BIL YANG DIKEMBALIKAN
CUKAI TAKSIRAN NOTIS E
9. Enggan Terima - 27
10. Lain-lain 440 168
11. Kosong - 2
JUMLAH 3,140 1,296
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
Pada pendapat Audit, prosedur dan proses pengeluaran bil cukai taksiran
dan Notis E telah diuruskan dengan baik kecuali tiada laporan pemantauan
terhadap bil yang dikembalikan semula.
3.6.2.5. Kaedah Kutipan Cukai Taksiran
Seksyen 101(ff) Akta 171 menyatakan bahawa selain daripada apa-apa kuasa
lain yang diberi kepada sesuatu Pihak Berkuasa Tempatan oleh Akta ini atau
oleh mana-mana undang-undang bertulis lain, sesuatu Pihak Berkuasa
Tempatan mempunyai kuasa bagi melakukan segala perkara yang perlu untuk
menjalankan segala peruntukan yang baginya atau berkenaan dengannya
Pihak Berkuasa Tempatan diberi kuasa dari semasa ke semasa membuat
undang-undang kecil, perintah tetap, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan,
dan untuk menguatkuasakan segala undang-undang kecil, perintah tetap dan
peraturan itu.
a. Semakan Audit mendapati terdapat 12 kaedah kutipan yang digunakan oleh
Majlis iaitu kaedah kaunter ibu pejabat, kaunter Urban Transformation Center
(UTC), kaunter pejabat cawangan, kios, kaunter bas, kaunter luar, ejen
kutipan, potongan gaji, pembayaran secara atas talian, kaunter pandu lalu,
rundingan dan pembukaan kaunter bersama program Majlis. Analisis Audit
terhadap enam (6) daripada 12 kaedah kutipan yang dilaksanakan oleh Majlis
mendapati kutipan tertinggi adalah di kaunter Ibu Pejabat Majlis bagi tahun
2015 hingga 2017 iaitu sejumlah RM62.66 juta. Manakala kutipan terendah
adalah melalui bas bergerak berjumlah RM346,090 bagi tempoh tahun 2015
hingga 2017. Kaedah kutipan melalui bas bergerak adalah yang terendah
di antara semua kaedah kutipan kerana bas bergerak hanya beroperasi pada
bulan-bulan tertentu dan penggunaan bas tersebut tidak digunakan untuk
kutipan cukai sahaja tetapi untuk kutipan sewaan gerai, sewa tapak serta
permit Ramadhan. Butiran lanjut mengenai hasil kutipan kaunter pembayaran
cukai taksiran bagi tahun 2015 hingga 2017 adalah seperti Jadual 3.18.
Perkhidmatan kaunter Majlis dan kios adalah seperti Gambar 3.13 dan
Gambar 3.14.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 98
GAMBAR 3.13 GAMBAR 3.14
Ibu Pejabat Majlis
-Kaunter Pembayaran Cukai Taksiran (23 Julai 2018)
Ibu Pejabat Majlis -Kios Pembayaran Cukai Taksiran
(23 Julai 2018)
JADUAL 3.18 HASIL KUTIPAN KAUNTER PEMBAYARAN CUKAI TAKSIRAN
BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. KAUNTER
PEMBAYARAN
TAHUN
JUMLAH (RM Juta) 2015
(RM Juta) 2016
(RM Juta ) 2017
(RM Juta)
1. Ibu Pejabat 19.62 20.66 22.38 62.66
2. Empat (4) Pejabat Cawangan
1.64 1.80 1.59 5.03
3. Bas Bergerak Majlis 0.08 0.07 0.19 0.34
4. Kios 1.53 1.70 0.90 4.13
5. Kaunter Luar 0.44 0.70 0.26 1.40
6. Kaunter Pandu Lalu 2.45 1.41 0.42 4.28
JUMLAH 26.51 27.01 27.44 80.96
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
Maklum Balas Majlis yang Diterima pada 18 September 2018
Majlis memaklumkan kaunter bas bergerak tidak dapat beroperasi secara
harian mengikut jadual yang ditetapkan disebabkan kekangan juruwang
yang bertugas. Ini kerana juruwang sedia ada yang ditempatkan di kaunter
ibu pejabat iaitu seramai enam (6) orang perlu bertugas secara giliran
di kaunter pandu lalu, kaunter Bas Bergerak dan kaunter UTC yang baru
dibuka pada Februari 2016 menjadikan seramai tiga (3) orang sahaja yang
berada di kaunter ibu pejabat. Bas bergerak terpaksa beroperasi pada
bulan-bulan tertentu sahaja iaitu bukan waktu kemuncak. Jabatan
Kewangan akan memohon tambahan kakitangan juruwang dalam Bajet
2019 bagi membolehkan bas beroperasi sepanjang tahun.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 99
Pada pendapat Audit, Majlis mempunyai potensi untuk meningkatkan
kecekapan pelaksanaan melalui pelbagai kaedah dan seterusnya membantu
meningkatkan hasil kutipan cukai taksiran.
3.6.2.6. Tindakan Mengutip Tunggakan Cukai Taksiran
Seksyen 148 Akta 171 menyatakan untuk menuntut sesuatu tunggakan, Pihak
Berkuasa Tempatan boleh mengeluarkan suatu waran tahanan dalam Borang F
di Jadual Pertama kepada Akta ini dan boleh menyita. Menurut waran itu apa-apa
harta alih kepunyaan pemilik atau penduduk yang bertanggungan membayarnya,
yang dijumpai dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan itu dan juga boleh
menyita apa-apa harta alih kepunyaan sesiapa jua yang dijumpai pada pegangan
yang mengenainya tunggakan itu kena dibayar.
a. Semakan Audit mendapati pelbagai tindakan yang diambil oleh Majlis
terhadap pemilik pegangan yang mempunyai tunggakan cukai taksiran seperti
mengeluarkan Borang E, surat tuntutan, surat merah@T-red Notis, lawatan
ke premis, notis peguam, mesyuarat penguatkuasaan hasil, pemakluman
di masjid-masjid, hebahan melalui media cetak, kenderaan operasi, telefon
dan sistem My SMS. Antara tindakan yang diambil oleh Majlis untuk mengutip
tunggakan cukai pintu adalah seperti Gambar 3.15 hingga Gambar 3.18.
GAMBAR 3.15 GAMBAR 3.16
Taman Seroja, Sungai Petani
-Tindakan Melalui Surat Merah (23 Julai 2018)
Taman Bandar Baru -Tindakan Melalui Waran Sticker
(24 Julai 2018)
GAMBAR 3.17 GAMBAR 3.18
Taman Gurun Jaya
-Tindakan Melalui Surat Tuntutan (24 Julai 2018)
Ibu Pejabat Majlis -Tindakan Melalui Kenderaan Operasi
(23 Julai 2018)
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 100
b. Bagi pegangan yang mempunyai tunggakan berjumlah RM1,000 ke atas
perlu dikenakan sitaan dengan syarat pihak Majlis telah mengeluarkan atau
menyerahkan Notis E ke atas premis dan tunggakan tersebut perlu dijelaskan
dalam tempoh 15 hari selepas Notis E diserahkan kepada pemilik pegangan.
Bagaimanapun, semakan Audit mendapati tindakan menyita harta alih pemilik
yang mempunyai tunggakan melebihi RM1,000 tidak dilaksanakan dalam
tempoh tahun 2015 hingga 2017. Berdasarkan Minit Mesyuarat
Jawatankuasa Kecil Tunggakan Taksiran MPSPK Bilangan 1 Tahun 2014,
cadangan daripada Ahli Majlis terhadap penyelesaian masalah tunggakan
cukai taksiran adalah disarankan supaya tindakan secara berhemah dapat
dilaksanakan dalam usaha mengutip tunggakan dan tidak terlalu banyak
meletakkan sasaran kepada tindakan melalui waran sitaan sahaja. Ini
mengakibatkan pemilik pegangan tidak mengambil serius terhadap
tanggungjawab membayar cukai semasa atau tunggakan. Di antara tindakan
yang telah diambil oleh Majlis adalah pengeluaran Notis E dan surat merah
bagi tahun 2015 hingga tahun 2017 adalah seperti Jadual 3.19 dan
Jadual 3.20.
JADUAL 3.19
PENGELUARAN NOTIS E BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. TAHUN
NOTIS E YANG DIKELUARKAN
PENGGAL 1 RM PENGGAL 2 RM
1. 2015 67,245 49,862 73,357 51,721
2. 2016 61,099 40,706 65,780 49,627
3. 2017 69,950 55,745 75,248 61,203
JUMLAH 198,294 146,313 214,385 162,551
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
JADUAL 3.20 PENGELUARAN SURAT MERAH BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL. ZON/KAWASAN BILANGAN PEGANGAN JUMLAH TUNGGAKAN
(RM Juta)
1. Zon A 1,838 1.69
2. Zon B 2,848 2.38
3. Zon C 5,012 4.09
4. Zon D 8,929 7.28
5. Zon E 1,251 1.36
6. Cawangan Sungai Lalang 2,350 2.07
7. Cawangan Bedong 1,164 0.98
8. Cawangan Gurun 1,853 1.97
9. Cawangan Tikam Batu 1,175 1.03
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 101
BIL. ZON/KAWASAN BILANGAN PEGANGAN JUMLAH TUNGGAKAN
(RM Juta)
10. Cawangan Merbok 599 0.32
11. Cawangan Jeniang 305 0.18
12. Cawangan Sidam 119 0.11
JUMLAH 27,443 23.46
Sumber: Majlis Perbandaran Sungai Petani
c. Lawatan Audit pada 23 hingga 25 Julai 2018 ke lokasi pegangan yang
mempunyai tunggakan tinggi mendapati ia tidak diduduki, semak samun dan
rosak seperti Gambar 3.19 hingga Gambar 3.23. Selain itu tunggakan juga
berlaku disebabkan oleh pegangan yang telah dirobohkan seperti
Gambar 3.24 dan Gambar 3.25 tetapi masih dikenakan cukai. Tunggakan
yang meningkat akan mengurangkan hasil cukai taksiran. Akibatnya,
peruntukan untuk penyediaan perkhidmatan bagi kemudahan awam juga
berkurangan.
GAMBAR 3.19 GAMBAR 3.20
Taman Intan, Sungai Petani
- Pegangan yang Mempunyai Tunggakan Tinggi (23.07.2018)
Taman Peruda, Sungai Petani - Pegangan yang Mempunyai Tunggakan Tinggi
(23.07.2018)
GAMBAR 3.21
Taman Bandar Baru, Sungai Petani
- Pegangan yang Mempunyai Tunggakan Tinggi (24.07.2018)
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 102
GAMBAR 3.22 GAMBAR 3.23
Taman Bandar Baru, Sungai Lalang
- Pegangan yang Mempunyai Tunggakan Tinggi (24.07.2018)
Bandar Perdana, Sungai Petani - Pegangan yang Mempunyai Tunggakan Tinggi
(25.07.2018)
GAMBAR 3.24 GAMBAR 3.25
Jalan Raya, Gurun
- Pegangan yang Telah Dirobohkan (28.08.2018)
Jalan Begia, Gurun - Pegangan yang Telah Dirobohkan
(28.08.2018)
Maklum Balas Majlis yang Diterima pada 18 September 2018
Majlis memaklumkan tindakan sitaan akan dicadangkan semula kepada
pihak pentadbiran terhadap premis yang telah berulang kali dibuat lawat
siasat dan diberi surat peringatan. Bagi memantapkan lagi kutipan
tunggakan cukai taksiran, Majlis perlu berbalik semula kepada kuasa yang
telah diberi melalui Seksyen 148 Akta 171, di mana waran tahanan boleh
dikeluarkan sekiranya tunggakan tidak dijelaskan.
Pada pendapat Audit, tindakan kutipan tunggakan cukai taksiran tidak
diuruskan secara efektif kerana wujud kelemahan dalam aspek
penguatkuasaan undang-undang seperti tidak menyita dan melelong
pegangan yang mempunyai tunggakan yang tinggi.
3.7. SYOR AUDIT
Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan perkara yang sama
tidak berulang dalam pelaksanaan Pengurusan Cukai Taksiran pada masa hadapan,
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 103
adalah disyorkan supaya pihak Majlis mengambil tindakan penambahbaikan terhadap
perkara berikut:
3.7.1. memastikan laporan dan maklumat pegangan di antara jabatan adalah
sama dan disahkan oleh jabatan yang berkenaan sebelum laporan dimuktamadkan
serta membuat penambahbaikan terhadap sistem;
3.7.2. memastikan pegangan yang perlu dirobohkan bagi tujuan pembangunan
bandar atau negeri mendapat kerjasama daripada jabatan/agensi seperti Jabatan
Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Perancang Bandar dan Desa dan
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri bagi memastikan status pegangan dapat
dikemas kini;
3.7.3. meningkatkan usaha untuk mengutip cukai taksiran semasa dan tunggakan
dengan mempelbagaikan aktiviti ke arah memberi kesedaran kepada pembayar
cukai; dan
3.7.4. mengambil tindakan yang lebih berkesan dan proaktif termasuk tindakan
menguatkuasakan undang-undang seperti sitaan dan lelongan terhadap pegangan
yang mempunyai tunggakan tinggi dan mewujudkan Standard Operating Procedure
bagi pengurusan cukai taksiran.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 104
PERBADANAN MENTERI BESAR KEDAH
4. KEDAH AGRO HOLDINGS BERHAD 4.1. LATAR BELAKANG
4.1.1. Kedah Agro Holdings Berhad (Kedah Agro Holdings) ditubuhkan pada
24 Ogos 2008 di bawah Akta Syarikat 1967 dengan modal dibenarkan berjumlah
RM5 juta dan modal berbayar berjumlah RM1.5 juta. Kedah Agro Holdings
merupakan Syarikat Berhad Menurut Syer milikan penuh Perbadanan Menteri Besar
Kedah (MBI). Aktiviti utama Kedah Agro Holdings adalah perniagaan dalam bidang
pertanian seperti perladangan dan penternakan serta memantau aktiviti syarikat
subsidiarinya.
4.1.2. Objektif penubuhan Kedah Agro Holdings ialah membantu kerajaan negeri
Kedah menerajui pelaburan dan penglibatan dalam industri berkaitan pertanian bagi
merealisasikan rancangan pembangunan moden secara komersial dan membantu
mempercepatkan pembangunan sosioekonomi negeri Kedah. Selain itu, visi Kedah
Agro Holdings adalah menjadi sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah yang
berimejkan sebuah organisasi korporat yang teguh, dinamik dan berdaya maju
melalui pembangunan pertanian moden serta meningkatkan nilai rantaian bagi
industri pertanian berskala komersial dengan memanfaatkan penggunaan teknologi.
4.1.3. Kedah Agro Holdings melaksanakan tujuh (7) aktiviti melibatkan enam (6)
projek usaha sama dan satu (1) pajakan tanah dalam bidang pertanian bagi menjana
pendapatan. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti projek pengurusan ladang MBI,
ternakan ikan sangkar, pemasaran beras, rangkaian peruncitan D’Aman Mart,
ternakan lembu fidlot, tanaman betik, pisang dan kelapa serta perjanjian pajakan
tanah.
4.1.4. Di samping itu, Kedah Agro Holdings mempunyai enam (6) syarikat
subsidiari. Tiga (3) syarikat subsidiari telah ditutup pada bulan Januari 2018.
Manakala tiga (3) lagi syarikat subsidiari dalam proses penutupan seperti Jadual 4.1.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 105
JADUAL 4.1 SENARAI SYARIKAT SUBSIDIARI MILIK KEDAH AGRO HOLDINGS
BIL. NAMA SYARIKAT TARIKH
DIPERBADANKAN JENIS AKTIVITI STATUS TERKINI
SUBSIDIARI YANG DITUTUP
1. Kedah Agro Aquaculture Sdn. Bhd. (KAASB)
26.08.2008
Perikanan air tawar /air masin
Dorman mulai bulan Januari 2017 dan telah ditutup pada bulan Januari 2018. Aktiviti diusahakan KAASB telah ditutup pada tahun 2015. Perjanjian usaha sama Kedah Agro Holdings dengan Huge Goals Sdn. Bhd. dibuat pada tahun 2016.
2. Kedah Agro Livestock Sdn. Bhd. (KALSB)
Penternakan
Dorman mulai bulan April 2011 dan telah ditutup pada bulan Januari 2018.
3. Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd. (KAPSB)
Perladangan
SUBSIDIARI DALAM PROSES PENUTUPAN
1. Kedah Agro Industries & Marketing Berhad (KAIMB)
08.08.2006 Jualan, pemasaran dan pengeluaran jus serta air mineral Dorman mulai bulan Januari 2017
dan dan dalam proses tutup syarikat.
2. Kedah Agro Cashcrop Sdn. Bhd. (KACSB)
27.08.2008 Tanaman kontan secara komersial
3. Kedah Agro Integrated Plantations Sdn. Bhd. (KAIPSB)
09.09.2008 Perladangan dan tanaman kontan
Dorman mulai bulan Januari 2017 dan dalam proses tutup syarikat. Aktiviti syarikat diambil alih oleh Kedah Agro Holdings.
Sumber : Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 3/2017 dan Bil. 4/2017
4.1.5. Komposisi Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings terdiri daripada
dua (2) orang Pengarah iaitu Ketua Pegawai Eksekutif MBI dan Ketua Pegawai
Kewangan MBI. Pengurusan Kedah Agro Holdings diketuai oleh Ketua Pegawai
Eksekutif dan dibantu oleh 30 orang kakitangan. Kedah Agro Holdings adalah
tertakluk kepada Akta Syarikat 2016, Memorandum dan Artikel Penubuhan Syarikat
(M&A) dan Standard Operating Procedures (SOP) syarikat serta peraturan lain
yang berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.
4.2. OBJEKTIF PENGAUDITAN
Pengauditan ini dijalankan untuk menilai sama ada kedudukan kewangan Kedah Agro
Holdings adalah kukuh, amalan tadbir urus adalah baik serta pengurusan aktiviti telah
dilaksanakan dengan cekap, berhemat dan berkesan selaras dengan objektif yang
ditetapkan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 106
4.3. SKOP PENGAUDITAN
Pengauditan ini meliputi aspek kedudukan kewangan bagi tahun 2014, 2015, dan
2016. Ini disebabkan sehingga ke tarikh pemerhatian Audit dikeluarkan, Penyata
Kewangan bagi tahun 2017 masih dalam peringkat penyediaan. Manakala bagi
pengurusan aktiviti dan amalan tadbir urus, skop pengauditan adalah bagi tahun 2015
hingga bulan Ogos 2018. Lima (5) daripada tujuh (7) aktiviti utama syarikat telah dipilih
untuk pengauditan terperinci. Pengauditan dijalankan di pejabat Kedah Agro Holdings.
4.4. METODOLOGI PENGAUDITAN
Penilaian kedudukan kewangan dilaksanakan berdasarkan penyata kewangan beraudit
Kedah Agro Holdings bagi tahun 2014 oleh Tetuan Nashuruddin Wong & Co..
Manakala bagi tahun 2015 dan 2016 pula telah diaudit oleh Tetuan Hisham & Co..
Ketiga-tiga Penyata Kewangan Kedah Agro Holdings telah diberikan laporan tanpa
teguran. Penilaian ini melibatkan empat (4) analisis iaitu analisis trend pendapatan,
perbelanjaan dan untung rugi, analisis trend aset dan liabiliti, analisis nisbah kewangan
serta analisis aliran tunai. Bagi pengurusan aktiviti dan amalan tadbir urus,
pengauditan dijalankan melalui semakan terhadap rekod, fail, minit mesyuarat dan
dokumen yang dikemukakan. Selain itu, pihak Audit menjalankan analisis terhadap
data kewangan syarikat dan menemu bual pegawai berkaitan bagi mendapatkan
penjelasan lanjut. Pemeriksaan fizikal turut dilakukan bagi menilai pelaksanaan aktiviti
yang dijalankan iaitu terhadap lima (5) projek usaha sama.
4.5. RUMUSAN AUDIT
4.5.1. Pengauditan yang dijalankan antara bulan Jun hingga Ogos 2018
merumuskan perkara berikut:
a. Kedudukan Kewangan
Kedudukan kewangan Kedah Agro Holdings adalah kurang stabil kerana
mencatatkan kerugian sebelum cukai untuk dua (2) tahun berturut-turut iaitu
pada tahun 2015 dan 2016 masing-masing berjumlah RM0.56 juta dan
RM0.67 juta. Kerugian sebelum cukai bagi tempoh dua (2) tahun ini memberi
kesan kepada penurunan keuntungan terkumpul syarikat daripada RM0.71 juta
pada tahun 2015 kepada RM47,481 bagi tahun 2016. Selain itu, tahap kecairan
syarikat ini pada kadar 1.16:1 menunjukkan syarikat kurang berupaya
membayar obligasi jangka pendek pada tahun 2016.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 107
b. Pengurusan Aktiviti
Pengurusan aktiviti Kedah Agro Holdings adalah kurang cekap dan berkesan
kerana pengurusan aktiviti syarikat usaha sama dan kedudukan kewangan
syarikat subsidiari kurang memuaskan. Selain itu, pendapatan tidak disasarkan
oleh Kedah Agro Holdings.
c. Amalan Tadbir Urus
Secara keseluruhannya, amalan tadbir urus Kedah Agro Holdings adalah kurang
memuaskan. Wujud keperluan untuk syarikat ini memperkemaskan fungsi dan
keberkesanan Lembaga Pengarah, menambah baik struktur pengurusan
syarikat dengan menyediakan Rancangan Korporat, Petunjuk Prestasi Utama
dan Standard Operating Procedure (SOP) serta mewujudkan mekanisme
pemantauan melalui Jawatankuasa Audit dan Audit Dalaman.
4.5.2. Penemuan Audit utama yang perlu diberikan perhatian dalam pengauditan
ini adalah seperti berikut:
i. Kedah Agro Holdings telah mengalami kerugian dua (2) tahun berturut-turut
pada tahun 2015 dan 2016 yang menyebabkan keuntungan terkumpul
berkurangan;
ii. Sasaran pendapatan tidak disediakan menyebabkan prestasi pendapatan
tidak dapat diukur bagi tempoh tahun 2014 sehingga 2016;
iii. Tiga (3) daripada lima (5) syarikat usaha sama tidak menyumbang kepada
pendapatan Kedah Agro Holdings dalam tempoh tahun 2014 sehingga 2016;
dan
iv. Amalan tadbir urus tidak dilaksanakan sepenuhnya.
4.6. PENEMUAN AUDIT TERPERINCI
Perkara yang ditemui dan maklum balas Kedah Agro Holdings telah dibincangkan
dalam Exit Conference pada 19 September 2018. Penjelasan lanjut bagi setiap
penemuan yang dinyatakan dalam rumusan Audit adalah seperti perenggan berikut:
4.6.1 Kedudukan Kewangan
Analisis terhadap kedudukan kewangan Kedah Agro Holdings bagi tahun 2014, 2015
dan 2016 telah dilaksanakan berdasarkan kedudukan kewangan syarikat ini yang
merangkumi pendapatan, perbelanjaan dan untung rugi, aset dan liabiliti serta tunai
dan kesetaraan tunai adalah seperti Jadual 4.2.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 108
JADUAL 4.2 KEDUDUKAN KEWANGAN BAGI TAHUN 2014, 2015 DAN 2016
BUTIRAN 2014 (RM)
2015 (RM)
2016 (RM)
Pendapatan 801,765 4,694 12,469,900
Lain-lain Pendapatan 0 0 1,297
JUMLAH PENDAPATAN 801,765 4,694 12,471,197
Kos Langsung/Jualan (1,405) (3,630) (12,285,000)
Perbelanjaan Pentadbiran (773,540) (549,384) (845,270)
Perbelanjaan Kewangan (5,382) (7,126) (6,985)
JUMLAH PERBELANJAAN (780,327) (560,140) (13,137,255)
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SEBELUM CUKAI 21,438 (555,446) (666,058)
Cukai (1,648) 0 0
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) SELEPAS CUKAI 19,790 (555,446) (666,058)
KEUNTUNGAN/(KERUGIAN) TERKUMPUL 1,268,985 713,539 47,481
JUMLAH ASET 7,981,372 8,015,622 20,201,962
JUMLAH LIABILITI 5,212,385 5,802,081 18,654,479
JUMLAH EKUITI 2,768,987 2,213,541 1,547,483
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI 7,981,372 8,015,622 20,201,962
TUNAI DAN KESETARAAN TUNAI PADA AKHIR TAHUN
18,063 44,911 29,107
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2014, 2015 dan 2016
4.6.1.1. Pendapatan utama Kedah Agro Holdings adalah daripada
pembahagian keuntungan projek usaha sama dengan syarikat dilantik. Pada
tahun 2016, pendapatan utama syarikat meningkat kepada RM12.47 juta
berbanding RM4,694 pada tahun 2015 hasil daripada projek usaha sama jualan
beras. Manakala pendapatan bagi tahun 2014 diperolehi daripada hasil
pembalakan di Gunung Inas. Trend pendapatan bagi tiga (3) tahun yang
berkaitan adalah seperti Jadual 4.2 dan Carta 4.1.
4.6.1.2. Perbelanjaan Kedah Agro Holdings meliputi kos langsung/jualan,
perbelanjaan pentadbiran dan perbelanjaan kewangan. Seterusnya analisis Audit
mendapati pada tahun 2016, belian beras berjumlah RM12.29 juta menyumbang
kepada peningkatan dalam kos langsung/jualan. Peningkatan perbelanjaan
pentadbiran bagi tahun 2016 berjumlah RM295,886 (53%) adalah disebabkan
oleh peningkatan gaji dan elaun pekerja berjumlah RM352,194 dan pertambahan
kadar bagi ganjaran, elaun bulanan Lembaga Pengarah dan saguhati
Hari Raya Lembaga Pengarah berjumlah RM240,000. Trend perbelanjaan bagi
tiga (3) tahun yang berkaitan adalah seperti Jadual 4.2 dan Carta 4.1.
4.6.1.3. Trend pendapatan dan perbelanjaan bagi tahun 2015 dan 2016 telah
memberi kesan terhadap kerugian sebelum cukai Kedah Agro Holdings untuk
dua (2) tahun berturut-turut. Pada tahun 2016, faktor utama yang menyumbang
kepada kerugian sebelum cukai adalah disebabkan oleh margin keuntungan yang
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 109
rendah iaitu 1.5% bagi projek usaha sama jualan beras. Pada tahun 2014 hasil
pembalakan di Gunung Inas menyumbang kepada keuntungan sebelum cukai
syarikat berjumlah RM21,438. Pada 31 Disember 2016, Kedah Agro Holdings
telah merekodkan penurunan dalam keuntungan terkumpul berjumlah
RM0.67 juta berbanding tahun 2015. Jadual 4.2 dan Carta 4.2 adalah berkaitan.
CARTA 4.1 TREND PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
BAGI TAHUN 2014, 2015 DAN 2016
CARTA 4.2 TREND KEUNTUNGAN/(KERUGIAN)SEBELUM
CUKAI DAN KEUNTUNGAN TERKUMPUL BAGI TAHUN 2014, 2015 DAN 2016
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2014, 2015 dan 2016
4.6.1.4. Keuntungan terkumpul Kedah Agro Holdings mengalami penurunan
selama tiga (3) tahun berturut-turut iaitu bagi tahun 2014, 2015 dan 2016
masing-masing berjumlah RM1.27 juta, RM0.71 juta dan RM47,481. Analisis
Audit mendapati kesan pengurangan tersebut menyebabkan Kedah Agro
Holdings terpaksa bergantung kepada pendahuluan daripada syarikat induk bagi
meneruskan kelangsungan syarikat. Ini dibuktikan dengan peningkatan jumlah
pendahuluan daripada syarikat induk atau MBI bagi tempoh tahun 2014 hingga
2015 masing-masing berjumlah RM2.73 juta, RM3.39 juta dan RM3.61 juta
seperti Jadual 4.3.
JADUAL 4.3
ANALISIS KEUNTUNGAN TERKUMPUL BERBANDING PENDAHULUAN SYARIKAT INDUK BAGI TAHUN 2014 HINGGA 2016
BIL. BUTIRAN 2014 (RM)
2015 (RM)
2016 (RM)
1. Keuntungan Terkumpul 1,268,985 713,539 47,481
2. Pendahuluan Daripada Syarikat Induk 2,731,987 3,389,079 3,614,401
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2014, 2015 dan 2016
0.80
0.005
12.47
0.78 0.56
13.14
0.00
2.00
4.00
6.00
8.00
10.00
12.00
14.00
2014 2015 2016
Pendapatan Perbelanjaan
RM Juta
0.02
(0.56)
(0.67)
1.27
0.71
0.05
-1.00
-0.50
0.00
0.50
1.00
1.50
2014 2015 2016
RM Juta
Keuntungan/(Kerugian) Sebelum Cukai
Keuntungan Terkumpul
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 110
4.6.1.5. Analisis Audit terhadap kedudukan aset dan liabiliti syarikat pada
tahun 2016 mendapati tahap kecairan adalah memuaskan iaitu pada kadar
1.16:1. Analisis Audit selanjutnya mendapati syarikat kurang berupaya membayar
obligasi jangka pendek pada tahun 2016 kerana aset syarikat yang berjumlah
RM20.20 juta disumbang oleh penghutang perdagangan berjumlah RM12.47 juta
atau 61.7%. Selain itu, Kedah Agro Holdings menjana pendapatan sejumlah
RM9.74 bagi setiap ringgit yang dilaburkan dalam aset bukan semasa. Kedah
Agro Holdings tidak menggunakan sepenuhnya asset yang dimiliki untuk
memaksimumkan keuntungan walaupun jumlah aset adalah RM20.20 juta
disebabkan jumlah penghutang perdagangan dan pelbagai penghutang adalah
tinggi. Bagi pengurusan hutang syarikat pula adalah kurang memuaskan kerana
tempoh penyelesaian hutang yang diambil terlalu lama iaitu 183 hari berbanding
polisi kredit syarikat iaitu 90 hari.
4.6.1.6. Analisis Audit juga telah dijalankan terhadap aliran tunai Kedah Agro
Holdings bagi menilai keupayaan syarikat menjana aliran tunai daripada operasi,
pelaburan dan pembiayaan untuk menampung keperluan perbelanjaan syarikat.
Pada akhir tahun 2016, baki tunai dan kesetaraan tunai telah mencatatkan
penurunan berjumlah RM15,804. Faktor yang menyumbang kepada kurangan
tunai dan kesetaraan tunai bagi tahun 2016 adalah disebabkan oleh tiada
terimaan daripada penghutang perdagangan berjumlah RM12.47 juta.
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September 2018
Kedah Agro Holdings bertindak sebagai ‘investment arm’ kepada syarikat
subsidiarinya dan tidak mengenakan sebarang yuran pengurusan kepada
syarikat subsidiarinya. Pada tahun 2014 banyak bisnes atau projek syarikat
subsidiarinya telah dihentikan kerana tidak mampu menjana pendapatan
seterusnya tidak dapat membayar dividen kepada Kedah Agro Holdings. Mulai
tahun 2014 juga, Kedah Agro Holdings giat melaksanakan inisiatif untuk
mencari pelabur-pelabur/projek-projek dari dalam dan luar negara bagi
memastikan Kedah Agro Holdings dapat menjana pulangan positif. Pada tahun
2016, Kedah Agro Holdings telah menjalankan perniagaan beras dalam usaha
menjana pendapatan. Kedah Agro Holdings telah mengambil inisiatif
dalam mengurangkan perbelanjaan dengan tidak menyambung kontrak
pekerja-pekerja yang mana jumlah terbesar perbelanjaan Kedah Agro Holdings
adalah daripada gaji, elaun dan caruman pekerja. Selain itu beberapa
pegawai pengurusan atasan juga ditempatkan dan digaji oleh pihak MBI.
Pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kali Ke-19 (Bil. 03/2017) pada
7 September 2017 dan Kali Ke-20 (Bil. 04/2017) pada 28 November 2017 telah
memfokuskan kepada cadangan penambahbaikan bagi projek-projek yang
dijalankan supaya Kedah Agro Holdings terus mencatat keuntungan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 111
Peningkatan ketara jumlah aset dan liabiliti daripada tahun 2015 dan 2016
kerana pada tahun 2016, Kedah Agro Holdings telah memulakan transaksi
jualan beras. Analisis nisbah yang ditunjukkan kurang memuaskan kerana
Kedah Agro Holdings sebelum ini tidak mempunyai sebarang projek
bagi menjana pendapatan dan keuntungan serta aliran tunai banyak
bergantung kepada pihak MBI. Pada tahun 2014, syarikat dalam proses
mencari projek-projek baru. Syarikat juga masih menyediakan suntikan modal
kepada syarikat subsidiari bagi melancarkan perjalanan operasi syarikat. Pada
tahun 2015, kebanyakan projek syarikat subsidiari telah diperkecilkan dan
ditutup operasi. Kedah Agro Holdings turut menerima bayaran daripada
syarikat subsidiari iaitu KAIPSB bagi sebahagian keuntungan yang diterima
bagi projek usaha sama yang dijalankan. Selain itu, Kedah Agro Holdings juga
mengambil langkah berjimat cermat bagi memastikan aliran tunai cukup bagi
menampung perbelanjaan Kedah Agro Holdings dan syarikat subsidiari.
Pada tahun 2016, pengurangan aliran tunai disebabkan aliran keluar yang
tinggi kerana pertambahan perbelanjaan dalam syarikat serta tempoh kredit
bayaran selama 90 hari bagi jualan beras. Kedah Agro Holdings telah membuat
penyemakan dan meneliti semula terma dan syarat-syarat perjanjian bersama
peguam bagi penambahbaikan perjanjian projek. Selain itu, pihak pengurusan
juga akan melakukan penambahbaikan dari segi pengurusan pentadbiran dan
pemantauan projek. Pada masa yang akan datang pihak pengurusan akan
melakukan ‘due diligent’ dan ‘feasibility study’ bagi memilih projek yang akan
memberi keuntungan kepada syarikat.
Pada pendapat Audit, berdasarkan analisis kewangan yang dijalankan, secara
keseluruhannya kedudukan kewangan Kedah Agro Holdings adalah kurang
stabil.
4.6.2. Pengurusan Aktiviti
Aktiviti utama Kedah Agro Holdings adalah terlibat dengan bidang pertanian seperti
perladangan, penternakan dan lain-lain agri bisnes serta memantau aktiviti syarikat
subsidiari. Pendapatan utama Kedah Agro Holdings adalah diperolehi daripada
pembahagian keuntungan projek usaha sama dengan syarikat yang dilantik bermula
pada tahun 2016 dan 2017. Manakala pada tahun 2014, Kedah Agro Holdings hanya
menguruskan aktiviti penjualan pisang secara terus kepada pelanggan pada tahun
tersebut.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 112
4.6.2.1. Sasaran Pendapatan Tidak Disediakan
a. Berdasarkan Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri
Kewangan (Diperbadankan) (MKD) Disember 2014 [Handbook] 3.33 (a)
menyatakan Lembaga Pengarah perlu memastikan semua syarikat MKD
menetapkan Petunjuk Prestasi Utama masing-masing berdasarkan elemen
yang sesuai dengan mandat dan operasi syarikat seperti petunjuk prestasi
kewangan melibatkan sasaran pendapatan, inisiatif pengurangan kos operasi
dan sebagainya. Selain itu, bajet tahunan perlu disediakan sebelum sesuatu
perbelanjaan dibuat berdasarkan sasaran pendapatan yang diterima.
b. Semakan Audit mendapati prestasi pendapatan bagi tahun 2014, 2015 dan
2016 tidak dapat diukur disebabkan tiada penetapan sasaran pendapatan
disediakan untuk tahun 2015 dan 2017. Manakala bagi tahun 2016
hanya anggaran perbelanjaan ditetapkan di dalam bajet yang diluluskan
berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 1/2015. Ini
menyebabkan prestasi pendapatan syarikat tidak dapat diukur dan syarikat
tidak mempunyai hala tuju yang jelas dalam menentukan pendapatan
syarikat.
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September 2018
Sasaran pendapatan pada tahun 2014, 2015 dan 2016 tidak disediakan
kerana mesyuarat Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings belum
memutuskan projek yang akan dilaksanakan.
Pada pendapat Audit, perancangan pendapatan Kedah Agro Holdings
kurang memuaskan kerana sasaran pendapatan tidak disediakan akibat
kelemahan pengurusan Lembaga Pengarah syarikat yang lewat membuat
keputusan untuk pelaksanaan projek.
4.6.2.2. Pengurusan Aktiviti Syarikat Usaha Sama
Aktiviti Kedah Agro Holdings adalah berkaitan pertanian seperti perladangan dan
penternakan. Bagi tujuan tersebut Kedah Agro Holdings telah melaksanakan
lima (5) projek usaha sama dalam bidang pertanian bagi menjana pendapatan
seperti berikut:
a. Pengurusan Ladang MBI di Mahang, Gunung Inas dan Bukit Kachi
Ladang MBI di Mahang, Gunung Inas dan Bukit Kachi dimiliki oleh MBI
melibatkan tanaman kelapa sawit dan getah dengan keluasan ladang
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 113
berjumlah 862.39 hektar di tiga (3) lokasi iaitu Mahang, Gunung Inas
dan Bukit Kachi seperti Jadual 4.4 dan Gambar 4.1 hingga Gambar 4.4.
Pengurusan Ladang MBI di Mahang, Gunung Inas dan Bukit Kachi diambil
alih oleh Kedah Agro Holdings daripada Kedah Agro Intergrated Plantations
Sdn. Bhd. (KAIPSB) berikutan penstrukturan semula syarikat subsidiari pada
tahun 2017. Proses mengambil alih pengurusan ladang tersebut oleh Kedah
Agro Holdings adalah selepas KAIPSB menjadi syarikat dorman. KAIPSB
dilantik sebagai agen mengurus ladang oleh MBI melalui perjanjian
yang telah ditandatangani pada 21 Jun 2012. Perjanjian ini antara lain
menetapkan pendapatan KAIPSB adalah sebanyak 6% dari hasil jualan
ladang iaitu hasil getah dan kelapa sawit. Manakala bagi ladang yang belum
mengeluarkan hasil, bayaran pengurusan sejumlah RM400 setiap hektar
setahun perlu dibayar oleh MBI kepada KAIPSB. Pada tahun 2017, Kedah
Agro Holdings telah memperolehi pendapatan berjumlah RM200,981
daripada aktiviti Ladang MBI. Semakan Audit terhadap aktiviti pengurusan
ladang mendapati:
i. Perjanjian Di Antara Kedah Agro Holdings Dengan MBI Tidak Dibuat
Akta Kontrak 1950 (Akta 136) menyatakan perjanjian perlu dibuat dengan
lengkap melibatkan dua (2) pihak atau lebih. Berdasarkan akta ini
perjanjian merupakan dokumen penting yang perlu disediakan bagi
memastikan Kedah Agro Holdings dan syarikat usaha sama mempunyai
ikatan perundangan yang jelas, lengkap dan melindungi kepentingan
syarikat kerajaan. Semakan Audit mendapati perjanjian di antara
Kedah Agro Holdings dengan MBI masih belum disediakan selepas
pengambilalihan daripada KAIPSB. Kegagalan menyediakan perjanjian
di antara kedua-dua belah pihak boleh menyebabkan tindakan
undang-undang tidak dapat diambil sekiranya berlaku pelanggaran
kontrak.
JADUAL 4.4
SENARAI LADANG BAGI PENGURUSAN LADANG MBI
BIL. LOKASI JENIS TANAMAN KELUASAN (HEKTAR)
1. Mahang, Kulim Kelapa Sawit 40.00
2. Gunung Inas, Baling Getah 477.00
3. Bukit Kachi, Bukit Kayu Hitam Kelapa Sawit dan Getah 345.39
JUMLAH KESELURUHAN 862.39
Sumber: Kedah Agro Holdings
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 114
GAMBAR 4.1 GAMBAR 4.2
Mahang, Kulim
- Ladang Kelapa Sawit (16.07.2018)
Mahang, Kulim - Ladang Kelapa Sawit
(16.07.2018)
GAMBAR 4.3 GAMBAR 4.4
Gunung Inas, Baling
- Ladang Getah (15.07.2018)
Bukit Kachi, Bukit Kayu Hitam - Ladang Kelapa Sawit
(17.07.2018)
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September
2018 dan 26 September 2018
Perjanjian pengurusan ladang di antara Kedah Agro Holdings dengan
pihak MBI sedang disediakan dengan menggunakan terma dan syarat
yang sama seperti sebelum ini di antara Kedah Agro Integrated
Plantations Sdn. Bhd. dengan pihak MBI. Perjanjian ini akan
ditandatangani apabila Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah dilantik
pada bulan Oktober 2018.
Pada pendapat Audit, pengurusan Ladang MBI adalah memuaskan
kerana telah memberi pendapatan kepada Kedah Agro Holdings.
Bagaimanapun, perjanjian di antara Kedah Agro Holdings dengan MBI
masih belum disediakan.
b. Ternakan Ikan Sangkar di Sungai Menghulu, Langkawi
Kedah Agro Holdings menjalankan aktiviti ternakan ikan sangkar secara
usaha sama dengan syarikat operator yang dilantik melibatkan operasi
187 sangkar mulai tahun 2016. Ikan yang diternak adalah dari jenis kerapu
hibrid. Berdasarkan surat persetujuan tawaran, caj pengurusan projek
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 115
berjumlah RM100,000 perlu dibayar oleh syarikat operator kepada Kedah
Agro Holdings dan pembahagian keuntungan antara Kedah Agro Holdings
dan syarikat operator adalah masing-masing sebanyak 30% dan 70%.
Manakala mengikut surat perjanjian, kos penyenggaraan projek
perlu ditanggung oleh syarikat operator. Gambar 4.5 dan Gambar 4.6
menunjukkan rumah sangkar dan sangkar ikan. Semakan Audit terhadap
aktiviti ternakan ikan sangkar mendapati perkara-perkara berikut:
GAMBAR 4.5 GAMBAR 4.6
Sungai Menghulu, Langkawi
-Rumah Sangkar Ikan (18.07.2018)
Sungai Menghulu, Langkawi -Sangkar Ikan Yang Masih Boleh Digunakan
(18.07.2018)
i. Perjanjian Di Antara Kedah Agro Holdings Dengan Syarikat Operator
Sangkar Ikan Tidak Lengkap
Akta Kontrak 1950 (Akta 136) menyatakan perjanjian perlu dibuat dengan
lengkap melibatkan dua (2) pihak atau lebih. Perjanjian merupakan
dokumen penting yang perlu disediakan untuk memastikan Kedah Agro
Holdings dan syarikat usaha sama mempunyai ikatan perundangan yang
jelas, lengkap dan melindungi kepentingan syarikat. Semakan Audit
mendapati perjanjian di antara Kedah Agro Holdings dengan syarikat
operator ternakan ikan dalam sangkar tidak disediakan dengan lengkap
di mana tarikh perjanjian, yuran pengurusan dan kadar pembahagian
keuntungan tidak dinyatakan. Kadar pembahagian keuntungan hanya
dinyatakan di dalam surat persetujuan tawaran.
ii. Tiada Pendapatan Diterima Daripada Projek yang Dijalankan
Setiap projek usaha sama yang dijalankan adalah bertujuan untuk
memberi pulangan kepada syarikat. Semakan Audit mendapati projek
ternakan ikan sangkar Sungai Menghulu, Langkawi tidak menjana
sebarang pendapatan semenjak usaha sama dijalankan pada tahun 2016.
Berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings
Bil. 4/2017, kali terakhir anak ikan kerapu hibrid dibawa masuk adalah
pada 27 Oktober 2017 sebanyak 5,000 ekor. Lawatan Audit pada
18 Julai 2018 mendapati tiada ikan di dalam sangkar. Pihak Audit
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 116
dimaklumkan oleh pekerja syarikat operator, ikan tersebut telah dijual
dua (2) bulan sebelum tarikh lawatan Audit. Bagaimanapun, tiada
dokumen penjualan ikan tersebut dikemukakan untuk pengesahan.
iii. Pemantauan Terhadap Aktiviti Projek Tidak Dilaksanakan Dengan
Memuaskan
Pemantauan bertujuan memastikan projek telah dilaksanakan oleh pihak
pengurusan mengikut objektif yang telah ditetapkan. Semakan Audit
mendapati pegawai penyelia projek tidak dilantik bagi memantau
pengurusan aktiviti projek. Laporan berkala prestasi projek dan laporan
pendapatan bulanan juga tidak disediakan oleh syarikat operator. Selain
itu, lawatan Audit di Sungai Menghulu, Langkawi pada 18 Julai 2018
mendapati sebanyak 138 daripada 187 sangkar ikan masih boleh
digunakan, enam (6) sangkar ikan telah rosak manakala 43 sangkar ikan
tidak dapat dikesan. Butiran lanjut seperti Gambar 4.7 dan Gambar 4.8.
Pemantauan yang gagal dilaksanakan dengan berkesan boleh
menyebabkan kehilangan hasil kepada Kedah Agro Holdings.
GAMBAR 4.7 GAMBAR 4.8
Sungai Menghulu, Langkawi
- Sangkar Ikan Yang Masih Boleh Digunakan (18.07.2018)
Sungai Menghulu, Langkawi - Sangkar Ikan Yang Telah Rosak
(18.07.2018)
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September 2018
dan 26 September 2018
Pihak pengurusan sedang menambahbaik perjanjian tersebut dan telah
memajukan kepada syarikat operator bertarikh 1 Februari 2018 bagi
meminta laporan perkembangan projek bagi mengenal pasti tindakan
selanjutnya yang perlu diambil oleh pihak syarikat. Tetapi sehingga kini
tiada maklum balas daripada syarikat operator tersebut. Makluman awal
melalui percakapan Ketua Pegawai Operasi dengan pihak syarikat operator,
sangkar tersebut telah rosak dan dibawa ke darat untuk dibaiki. Pihak
Kedah Agro Holdings akan membuat tindakan susulan dengan membuat
lawatan tinjauan bagi mengesahkan perkara tersebut.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 117
Pada pendapat Audit, pengurusan ternakan ikan sangkar tidak memuaskan
kerana perjanjian yang disediakan tidak lengkap, tiada pendapatan diterima
dan tiada pemantauan yang berkesan oleh Kedah Agro Holdings.
c. Pemasaran Beras Agro
Kedah Agro Holdings menjalankan projek pemasaran beras keluaran Kedah
Agro Holdings yang melibatkan tiga (3) jenis beras iaitu Beras Agro Super
Spesial Tempatan, Beras Agro Super Spesial Import dan Beras Agro Sona
Mahsuri dalam pek berkapasiti 5 kg dan 10 kg seperti Gambar 4.9 dan
Gambar 4.10. Satu (1) perjanjian dinamakan sebagai Contract Manufacturing
& Supply Agreement ditandatangani pada 2 Mac 2016 di antara Kedah Agro
Holdings dengan syarikat pembekal. Beras tersebut kemudiannya dijual terus
oleh syarikat pembekal kepada syarikat pemasaran yang dilantik oleh Kedah
Agro Holdings. Mengikut Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 3/2017,
Kedah Agro Holdings memperolehi margin keuntungan kasar sebanyak 1.5%
daripada harga jualan. Berdasarkan Penyata Kewangan beraudit Kedah Agro
Holdings tahun 2016, pendapatan daripada jualan beras berjumlah
RM12.47 juta. Sebahagian pendapatan tahun 2016 hanya diterima pada
tahun 2017 berjumlah RM10.96 juta. Mengikut rekod kewangan tahun 2017,
jumlah pendapatan dari jualan beras tahun 2016 yang belum diterima adalah
berjumlah RM1.51 juta. Manakala pendapatan jualan beras tahun 2017
berjumlah RM42.43 juta masih belum diterima sehingga tarikh pengauditan
dijalankan. Semakan Audit selanjutnya juga mendapati perkara-perkara
berikut.
i. Perjanjian Dengan Syarikat Pemasaran Tidak Dibuat dan Perjanjian
Dengan Syarikat Pembekal Tidak Lengkap
Akta Kontrak 1950 (Akta 136) menyatakan perjanjian perlu dibuat dengan
lengkap melibatkan dua (2) pihak atau lebih. Perjanjian pula merupakan
dokumen penting yang perlu disediakan untuk memastikan Kedah Agro
Holdings dan syarikat usaha sama mempunyai ikatan perundangan yang
jelas, lengkap dan melindungi kepentingan syarikat. Semakan Audit
mendapati perjanjian antara Kedah Agro Holdings dengan syarikat
pemasaran tidak dibuat. Manakala, perjanjian dengan syarikat pembekal
tidak disediakan dengan lengkap di mana klausa pembahagian
keuntungan tidak dinyatakan. Perkara ini berlaku kerana pihak
pengurusan tidak jelas dengan kepentingan menyediakan perjanjian
dengan lengkap. Ini boleh menyebabkan tindakan undang-undang tidak
dapat diambil sekiranya berlaku pelanggaran kontrak.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 118
GAMBAR 4.9 GAMBAR 4.10
D’Aman Mart, Alor Setar
-Beras Agro Super Spesial Tempatan (19.07.2018)
D’Aman Mart, Alor Setar -Beras Agro Sona Mahsuri
(19.07.2018)
ii. Pemantauan Terhadap Aktiviti Tidak Dilaksanakan Dengan
Memuaskan
Pemantauan bertujuan memastikan projek telah dilaksanakan oleh pihak
pengurusan mengikut objektif yang telah ditetapkan. Semakan Audit
mendapati laporan berkala prestasi projek dan laporan pendapatan
bulanan tidak disediakan bagi projek pemasaran beras. Ini menyebabkan
Kedah Agro Holdings tidak dapat memastikan pendapatan bulanan yang
sepatutnya diterima daripada keuntungan jualan. `
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September 2018
dan 26 September 2018
Kedah Agro Holdings akan mewujudkan perjanjian dengan syarikat
pemasaran beras. Pihak peguam sedang meneliti semula perjanjian
tersebut untuk menentukan syarat dan terma yang adil bagi kedua-dua
belah pihak. Rangka perjanjian akan dibentangkan setelah lantikan
Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah. Bagaimanapun Kedah Agro
Holdings telah mengenal pasti kelemahan-kelemahan bagi projek yang
dijalankan. Mesyuarat Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings Berhad
Kali ke-20 (Bil. 04/2017) menyatakan cadangan penambahbaikan kepada
Ahli Lembaga Pengarah.
Pada pendapat Audit, aktiviti pemasaran beras adalah tidak memuaskan
kerana perjanjian dengan Syarikat Pemasaran tidak dibuat dan perjanjian
dengan Syarikat Pembekal tidak lengkap, pendapatan jualan beras lewat
diterima serta pemantauan tidak dilaksanakan dengan berkesan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 119
d. Rangkaian Peruncitan D’Aman Mart
Objektif penubuhan D’ Aman Mart adalah untuk mewujudkan rangkaian kedai
runcit tempatan yang menawarkan barangan keperluan asas harian dengan
harga berpatutan. Mengikut perjanjian yang ditandatangani 23 Januari 2017,
projek usaha sama rangkaian peruncitan D’Aman Mart melibatkan agihan
keuntungan berasaskan keuntungan kasar 20% bagi Kedah Agro Holdings
dan 80% bagi syarikat operator yang dilantik. D’Aman Mart mula beroperasi
pada 29 Ogos 2017 serta semua kos operasi ditanggung sepenuhnya oleh
syarikat operator tersebut. D’Aman Mart dan sebahagian barangan yang
dijual seperti Gambar 4.11 dan Gambar 4.12. Semakan Audit mendapati:
GAMBAR 4.11 GAMBAR 4.12
D’Aman Mart, Alor Setar
-Kedai D’Aman Mart (19.07.2018)
D’Aman Mart, Alor Setar - Sebahagian Barang Yang Dijual
(19.07.2018)
i. Tiada Pendapatan Diterima Daripada Projek Usaha Sama yang
Dijalankan
Setiap projek usaha sama hendaklah memberi pulangan kepada syarikat.
Semakan Audit mendapati projek usaha sama rangkaian peruncitan
D’Aman Mart tidak memberi sebarang pendapatan semenjak usaha sama
dijalankan pada tahun 2017. Semakan Audit selanjutnya mendapati tiada
kajian terperinci dijalankan bagi mengambil kira prospek berdaya saing
dan seterusnya memberi pulangan kepada Kedah Agro Holdings.
ii. Pemantauan Tidak Dilaksanakan Dengan Memuaskan
Pemantauan bertujuan memastikan projek telah dilaksanakan oleh pihak
pengurusan mengikut objektif yang telah ditetapkan. Semakan Audit
mendapati laporan berkala prestasi projek dan laporan pendapatan
bulanan tidak disediakan bagi rangkaian peruncitan D’Aman Mart.
Ketiadaan laporan tersebut menyebabkan prestasi rangkaian peruncitan
D’Aman Mart tidak dapat diukur oleh Kedah Agro Holdings.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 120
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang diterima pada
18 September 2018 dan 26 September 2018
Kedah Agro Holdings telah menghantar surat tuntutan keuntungan outlet
D’Aman Mart bertarikh 25 April 2018, tetapi sehingga kini Kedah Agro
Holdings belum menerima surat maklum balas daripada pihak syarikat
operator rangkaian peruncitan tersebut. Perbincangan di antara Ahli
Lembaga Pengarah bersama Ketua Eksekutif Operasi dengan pemilik
D’Aman Mart pada 5 Julai 2018 di Kuala Lumpur bagi membincangkan
pengambil alihan D’Aman Mart kepada Kedah Agro Holdings. Pihak syarikat
operator telah mengemukakan senarai aset yang hendak dijual kepada
Kedah Agro Holdings. Bagaimanapun Kedah Agro Holdings telah mengenal
pasti kelemahan-kelemahan bagi projek yang dijalankan. Mesyuarat
Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings Berhad Kali ke-20 (Bil. 04/2017)
menyatakan cadangan penambahbaikan kepada Ahli Lembaga Pengarah.
Pada pendapat Audit, aktiviti rangkaian peruncitan D’Aman Mart tidak
memuaskan kerana tidak memberi pulangan kepada Kedah Agro Holdings
dan pemantauan tidak dijalankan dengan berkesan.
e. Ternakan Lembu Fidlot di Sungai Laka, Bukit Kayu Hitam
Projek ternakan lembu fidlot adalah bertujuan memenuhi permintaan
domestik bekalan daging dan tenusu secara konsisten serta menjana
pendapatan kasar sejumlah RM13.5 juta bagi tempoh masa tiga (3) tahun.
Perjanjian usaha sama di antara Kedah Agro Holdings dengan syarikat
operator yang dilantik telah ditandatangani pada 18 Oktober 2016. Untuk
tujuan projek ternakan ini, Kedah Agro Holdings telah mengenal pasti satu (1)
kawasan yang sesuai iaitu Ladang Satelit Sungai Laka, Bukit Kayu Hitam.
Ladang ini mempunyai keluasan 248 ekar dilengkapi empat (4) unit kandang
dan bangunan/infrastruktur yang dimiliki oleh Jabatan Perkhidmatan
Veterinar. Kedah Agro Holdings mula menyewa ladang tersebut mulai
1 September 2017 hingga 31 Ogos 2020 sejumlah RM9,820 sebulan.
Kapasiti bagi satu (1) kandang adalah sebanyak 300 ekor lembu di mana
kapasiti maksimum boleh menampung 1,200 ekor lembu bagi empat (4) buah
kandang. Semakan Audit terhadap aktiviti ternakan ini mendapati perkara
berikut:
i. Dokumen Perjanjian Tidak Lengkap
Akta Kontrak 1950 (Akta 136) menyatakan perjanjian perlu dibuat dengan
lengkap melibatkan dua (2) pihak atau lebih. Perjanjian merupakan
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 121
dokumen penting yang perlu disediakan untuk memastikan Kedah Agro
Holdings dan syarikat usaha sama mempunyai ikatan perundangan yang
jelas, lengkap dan melindungi kepentingan syarikat. Semakan Audit
mendapati perjanjian antara Kedah Agro Holdings dengan syarikat
operator bagi ternakan lembu fidlot telah ditandatangani pada 18 Oktober
2016. Bagaimanapun, dokumen perjanjian ini tidak lengkap di mana kadar
pembahagian keuntungan, penetapan tarikh permulaan operasi ternakan
dan kadar bayaran sewaan ladang oleh syarikat operator tidak
dinyatakan dalam perjanjian.
ii. Tiada Pendapatan Diterima Daripada Projek Usaha Sama yang
Dijalankan
Setiap projek usaha sama hendaklah memberi pulangan kepada syarikat.
Semakan Audit mendapati projek ternakan lembu fidlot ini tidak memberi
sebarang pendapatan semenjak usaha sama dijalankan. Lawatan Audit
pada 19 Julai 2018 ke tapak mendapati kandang lembu masih kosong
kerana jalan masuk ke kandang tidak boleh dilalui oleh kenderaan berat
seperti lori treler kerana laluan sempit dan tidak diturap seperti Gambar
4.13 dan Gambar 4.14. Ini adalah disebabkan kajian terperinci tidak
dijalankan dengan mengambil kira prospek sama ada ianya berdaya saing
dan dapat memberi pulangan kepada Kedah Agro Holdings.
GAMBAR 4.13 GAMBAR 4.14
Kandang Lembu Fidlot,Bukit Kayu Hitam
- Kandang Lembu Kosong (19.07.2018)
Kandang Lembu Fidlot,Bukit Kayu Hitam - Laluan Ke Kandang Lembu Yang Sempit
(19.07.2018)
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September 2018
dan 26 September 2018
Kedah Agro Holdings telah mengeluarkan notis pemberitahuan kepada
syarikat operator untuk memaklumkan tiada sebarang aktiviti dijalankan
di tapak fidlot di Sg. Laka seperti termaktub dalam perjanjian. Pihak
pengurusan sedang menambah baik perjanjian tersebut. Kedah Agro
Holdings telah mengenal pasti pelabur lain di mana Kedah Agro Holdings
telah berhubung dengan beberapa syarikat yang berminat dan berpotensi
8 kaki
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 122
untuk melabur disebabkan syarikat operator sedia ada tidak dapat memberi
komitmen di mana tiada sebarang aktiviti/operasi dijalankan sehingga kini.
Aktiviti masih belum dilaksanakan oleh syarikat operator terlibat kerana
infrastruktur seperti jalan dan utiliti (bekalan air dan elektrik) di tapak projek
masih belum berfungsi dengan baik. Laluan ke ladang ternakan adalah
sempit dan ditenggelami air apabila hujan lebat. Sistem pendawaian
dan perpaipan air perlu diperbaiki sebelum syarikat operator memulakan
operasi. Kedah Agro Holdings telah memajukan laporan kemajuan kepada
Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan seterusnya memajukan surat
naik taraf jalan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia. Bagaimanapun Kedah Agro Holdings telah mengenal pasti
kelemahan-kelemahan bagi projek yang dijalankan. Mesyuarat Lembaga
Pengarah Kedah Agro Holdings Berhad Kali ke-20 (Bil. 04/2017) menyatakan
cadangan penambahbaikan kepada Ahli Lembaga Pengarah.
Pada pendapat Audit, aktiviti ternakan lembu fidlot adalah tidak memuaskan
kerana dokumen perjanjian tidak lengkap dan tidak memberi pulangan
pendapatan kepada Kedah Agro Holdings semenjak usaha sama dijalankan.
4.6.2.3. Prestasi Syarikat Subsidiari
a. Berdasarkan Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri
Kewangan (Diperbadankan) Disember 2014 [Handbook] 3.46 menyatakan
Lembaga Pengarah syarikat induk harus memastikan laporan prestasi
syarikat subsidiari dibentangkan dari semasa ke semasa dalam mesyuarat
Lembaga Pengarah syarikat induk bagi tujuan pemantauan. Kedah Agro
Holding mempunyai enam (6) syarikat subsidiari iaitu Kedah Agro Industries
& Marketing Berhad, Kedah Agro Integrated Plantations Sdn. Bhd., Kedah
Agro Cashcrop Sdn. Bhd., Kedah Agro Aquaculture Sdn. Bhd., Kedah Agro
Livestock Sdn. Bhd. dan Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd. di mana
tiga (3) syarikat dorman yang dalam proses penutupan dan tiga (3) syarikat
telah ditutup seperti Jadual 4.5.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 123
JADUAL 4.5 SENARAI SYARIKAT SUBSIDIARI SETAKAT 31 JULAI 2018
BIL. NAMA SYARIKAT TARIKH
DIPERBADANKAN JENIS AKTIVITI STATUS TERKINI
1. Kedah Agro Integrated Plantations Sdn. Bhd. (KAIPSB)
9 September 2008 Perladangan dan tanaman kontan
Dorman mulai bulan Januari 2017 dan dalam proses tutup syarikat. Aktiviti syarikat diambil alih oleh Kedah Agro Holdings.
2. Kedah Agro Aquaculture Sdn. Bhd. (KAASB)
26 Ogos 2008 Perikanan air tawar /air masin
Dorman mulai bulan Januari 2017 dan telah ditutup pada bulan Januari 2018. Aktiviti diusahakan KAASB telah ditutup pada tahun 2015. Perjanjian usaha sama Kedah Agro Holdings dengan Huge Goals Sdn. Bhd. dibuat pada tahun 2016.
3. Kedah Agro Industries & Marketing Berhad (KAIMB)
8 Ogos 2006 Jualan, pemasaran dan pengeluaran jus serta air mineral Dorman mulai bulan Januari 2018
dan dalam proses tutup yarikat.
4. Kedah Agro Cashcrop Sdn. Bhd. (KACSB)
27 Ogos 2008 Tanaman kontan secara komersial
5. Kedah Agro Livestock Sdn. Bhd. (KALSB)
26 Ogos 2008 Penternakan Dorman mulai bulan April 2011 dan telah ditutup pada bulan Januari 2018.
6. Kedah Agro Plantations Sdn. Bhd. (KAPSB)
26 Ogos 2008 Perladangan
Sumber: Rekod Kedah Agro Holdings
b. Kedudukan kewangan syarikat subsidiari bagi tahun 2015 hingga 2016
menunjukkan hanya satu (1) daripada enam (6) syarikat subsidiari iaitu
Kedah Agro Integrated Plantations Sdn. Bhd. (KAIPSB) beroleh keuntungan
sebelum cukai bagi dua (2) tahun berturut-turut. Manakala lima (5) syarikat
subsidiari mengalami kerugian sebelum cukai.
c. Dua (2) syarikat subsidiari telah dorman sejak bulan April 2011 dan
empat (4) syarikat subsidiari telah dorman sejak bulan Januari 2017. Pada
tahun 2017, penstrukturan syarikat telah dibuat di mana KAIPSB telah
dorman dan pendapatan tersebut telah disatukan dengan Kedah Agro
Holdings. Butiran lanjut adalah seperti Jadual 4.6.
d. Berdasarkan Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Bil. 3/2017 ada dinyatakan
kedudukan kewangan syarikat subsidiari kurang memuaskan, projek yang
dilaksanakan tidak diuruskan dengan baik dan tiada pemantauan dibuat
daripada Kedah Agro Holdings ke atas projek yang dijalankan.
Bagaimanapun, KAIPSB telah menguruskan aktiviti projek pengurusan
ladang MBI dengan baik. Ini menyebabkan Kedah Agro Holdings
melaksanakan penstrukturan semula keseluruhan syarikat subsidiari dengan
mendormankan dan seterusnya menutup semua syarikat subsidiarinya
secara berperingkat kerana Kedah Agro Holdings tidak memperolehi
keuntungan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 124
JADUAL 4.6 KEDUDUKAN KEWANGAN SYARIKAT SUBSIDIARI KEDAH AGRO HOLDINGS
BAGI TAHUN 2015 HINGGA 2017
BIL.
PENDAPATAN (RM)
PERBELANJAAN (RM)
UNTUNG/(RUGI) SEBELUM CUKAI
(RM)
2015 2016 2017 2015 2016 2017 2015 2016 2017
KEDAH AGRO INDUSTRIES & MARKETING BERHAD (KAIMB)
1. 341,285 425 TM 560,930 346,753 TM (738,970) (346,328) TM
KEDAH AGRO INTEGRATED PLANTATIONS SDN. BHD. (KAIPSB)
2. 285,514 1,072,789 TM 235,967 320,316 TM 49,547 752,473 TM
KEDAH AGRO CASHCROP SDN. BHD. (KACSB)
3. 132 48 TM 313,724 316,178 TM (313,592) (316,130) TM
KEDAH AGRO AQUACULTURE SDN. BHD. (KAASB)
4. 0 156,094 0 232,258 580,808 0 (544,206) (827,542) 0
KEDAH AGRO LIVESTOCK SDN. BHD. (KALSB)
5. 0 0 0 18,660 10,049 0 (18,660) (7,793) 0
KEDAH AGRO PLANTATIONS SDN. BHD. (KAPSB)
6. 0 0 0 2,736 3,727 0 (2,736) (3,727) 0
Sumber: Penyata Kewangan Beraudit Tahun 2015 dan 2016 Nota : TM – Tiada Maklumat
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada
18 September 2018 dan 26 September 2018
Minit Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings Kali ke-19
(Bil.3/2017) telah membincangkan cadangan penstrukturan korporat
kumpulan Kedah Agro Holdings yang baru. Ini bagi memastikan Kedah
Agro Holdings dapat melakukan pemantauan ke atas setiap projek dengan
lebih berkesan. Aktiviti syarikat KAIPSB melibatkan peladangan diambil alih
oleh Kedah Agro Holdings. Manakala KAASB mengusahakan ternakan ikan
siakap tetapi tidak mampu bersaing di pasaran dari segi harga yang jauh
lebih murah menyebabkan hasil jualan tidak dapat menampung kos
pengeluaran yang tinggi. Pada tahun 2015, KAASB telah menutup projek
tersebut. Manakala KAIMB pula mengusahakan projek nanas di mana
bekalan bahan mentah sukar diperolehi menyebabkan sasaran tidak dapat
dicapai. Projek tanaman betik melibatkan KACSB pula tidak dapat
diteruskan kerana diserang penyakit ‘papaya dieback’ menyebabkan projek
ini dihentikan. Selain itu, KALSB dan KAPSB telah dorman mulai April 2011
dan ditutup pada bulan Januari 2018. Syarikat subsidiarinya tersebut tidak
menjalankan sebarang aktiviti sejak tahun 2012. Empat (4) anak syarikat
iaitu KAIPSB, KAASB, KAIMB dan KACSB telah didormankan mulai bulan
Januari 2017 dan satu (1) anak syarikat iaitu KAASB telah ditutup pada
bulan Januari 2018 manakala tiga (3) anak syarikat dalam proses
penutupan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 125
Pada pendapat Audit, pengurusan syarikat subsidiari adalah tidak
memuaskan kerana lima (5) syarikat subsidiari mengalami kerugian
sebelum cukai. Bagaimanapun, Kedah Agro Holdings telah mengambil
tindakan dengan melaksanakan penstrukturan semula keseluruhan syarikat
subsidiari dengan mendormankan dan menutup syarikat subsidiarinya
secara berperingkat.
4.6.3. TADBIR URUS
4.6.3.1. Tadbir urus merujuk kepada proses yang digunakan untuk mentadbir,
mengurus dan mengawal syarikat. Tadbir urus yang baik dapat membantu
syarikat mempertingkatkan kecekapan dalam mencapai objektifnya serta
membolehkan syarikat diurus dengan lebih sempurna, telus dan
bertanggungjawab. Pihak Audit telah menilai amalan tadbir urus syarikat
berdasarkan Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG), The Green
Book - Enhancing Board Effectiveness April 2006 dan Garis Panduan Ahli
Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadankan)
Disember 2014 [Handbook MKD] dan panduan tadbir urus daripada Chartered
Institute of Internal Auditor.
4.6.3.2. Secara keseluruhannya amalan tadbir urus Kedah Agro Holdings
adalah kurang memuaskan kerana daripada kesemua lapan (8) amalan terbaik,
tujuh (7) tidak diamalkan sepenuhnya.
4.6.3.3. Aspek tadbir urus yang tidak diamalkan oleh Kedah Agro Holdings
adalah seperti penemuan Audit berikut:
a. Lembaga Pengarah
i. MCCG 2017 practice 4.1 menyatakan sekurang-kurangnya separuh
daripada komposisi Lembaga Pengarah adalah Pengarah berstatus
bebas. Semakan Audit mendapati dua (2) orang ahli Lembaga Pengarah
adalah berstatus tidak bebas. Komposisi bilangan Lembaga Pengarah
yang tidak berasaskan amalan terbaik ini boleh menyebabkan keputusan
yang dibuat tidak efektif dan memberikan kesan kepada hala tuju syarikat.
ii. MCCG 2017 practice 3.1 menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah
mewujudkan Kod Tatalaku dan Etika untuk syarikat. Semakan Audit
mendapati Lembaga Pengarah tidak mewujudkan Kod Tatalaku dan Etika
untuk Kedah Agro Holdings. Ini boleh menyebabkan risiko berlakunya
konflik kepentingan, penyalahgunaan kuasa dan tingkah laku tidak
beretika dalam persekitaran budaya syarikat.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 126
iii. MCCG 2017 practice 2.1 guidance 2.1 menyatakan Lembaga Pengarah
hendaklah mempunyai piagam Lembaga Pengarah yang jelas
menyatakan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah dan
Jawatankuasa serta isu dan keputusan yang dipertanggungjawabkan
kepada Lembaga Pengarah. Semakan Audit mendapati Lembaga
Pengarah Kedah Agro Holdings tidak mewujudkan piagam Lembaga
Pengarah menyebabkan peranan dan tanggungjawab Lembaga Pengarah
tidak jelas.
iv. Green Book, perenggan 2.1 menyatakan Lembaga Pengarah hendaklah
memastikan ahlinya mempunyai akses kepada program pembelajaran
yang berterusan bagi memperkasakan diri dalam pembangunan
perniagaan yang dinamik dan kompleks serta mengekalkan penyertaan
yang aktif semasa mesyuarat. Semakan Audit mendapati Lembaga
Pengarah tidak menghadiri sebarang program pembelajaran yang
berterusan disebabkan oleh kekangan masa dan jadual tugas ahli
Lembaga Pengarah.
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September 2018
dan 26 September 2018
Kedah Agro Holdings sedang mengenal pasti calon yang akan dilantik
menjadi Ahli Lembaga Pengarah bebas Kedah Agro Holdings dan lantikan
akan dibuat pada 1 Oktober 2018. Selain itu, Kedah Agro Holdings masih
meneliti kod dan etika yang boleh diguna pakai seiring dengan misi dan visi
syarikat serta bidang perniagaan yang dilaksanakan oleh syarikat. Pihak
Kedah Agro Holdings juga sedang meneliti Piagam Lembaga Pengarah,
Jawatankuasa Lembaga Pengarah, Ahli Lembaga Pengarah dan
pengurusan syarikat di mana keputusan adalah tertakluk kepada Ahli
Lembaga Pengarah. Pegawai Pengurusan dan Pengarah telah menghadiri
Kursus Leadership Tranformation Program yang telah diadakan pada
14 hingga 16 September 2018 dan akan menyertai Program Panel Diskusi
PLWS Zon Utara bagi tahun 2018 pada 10 Oktober 2018. Senarai Ahli
Lembaga Pengarah yang baru masih dalam proses dimuktamadkan.
Pada pendapat Audit, tindakan yang diambil oleh pengurusan Kedah Agro
Holdings bagi memperkemaskan fungsi dan keberkesanan Lembaga
Pengarah adalah selaras dengan amalan terbaik.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 127
b. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
i. Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dilantik oleh pemegang
saham/Menteri/agensi. Pelantikan dan syarat perkhidmatan CEO
hendaklah dinyatakan dengan jelas serta dipatuhi seperti mana surat
pelantikan/kontrak perkhidmatan.
ii. Semakan Audit mendapati tiada pelantikan CEO dibuat selepas peletakan
jawatan CEO pada bulan Mei 2018. Sehingga tarikh pengauditan, tugas
CEO dijalankan oleh seorang pegawai MBI yang juga merupakan salah
seorang ahli Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings. Semakan Audit
selanjutnya mendapati tiada surat pelantikan untuk menjalankan tugas
dan tanggungjawab CEO bagi menguruskan syarikat. Ini boleh
menyebabkan keputusan yang dibuat di luar bidang kuasa pengurusan.
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September 2018
dan 26 September 2018
Lantikan CEO yang baru sedang diuruskan oleh pihak MBI dan Setiausaha
Syarikat. Lantikan akan dibuat seawalnya pada 1 Oktober 2018. Pihak
Kedah Agro Holdings akan memastikan lantikan tersebut disertakan
dengan dokumen yang lengkap.
Pada pendapat Audit, pelantikan CEO hendaklah disegerakan untuk
memastikan pengurusan syarikat dapat diurus dengan baik.
c. Standard Operating Procedures (SOP)
i. Berdasarkan Handbook – perenggan 1.9(c), perenggan 2.2 (f), perenggan
3.25 hingga 3.28 menyatakan syarikat perlu mempunyai Standard
Operating Procedures (SOP) yang lengkap dan menyeluruh merangkumi
urusan kewangan dan aktiviti syarikat yang diluluskan oleh Lembaga
Pengarah. Pematuhan SOP yang telah diluluskan hendaklah merangkumi
pengurusan kewangan dan aktiviti syarikat.
ii. Semakan Audit mendapati Kedah Agro Holdings mempunyai SOP
Kewangan dan Operasi yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah
pada 3 Mac 2011. Manakala SOP Perkhidmatan pula diluluskan oleh
Lembaga Pengarah pada 6 Mac 2009. Semakan Audit selanjutnya
mendapati SOP berkaitan aktiviti perladangan telah disediakan dengan
lengkap. Bagaimanapun SOP tersebut tidak diluluskan oleh Lembaga
Pengarah. Manakala SOP berkaitan aktiviti lain iaitu ternakan ikan
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 128
sangkar, pemasaran beras, rangkaian peruncitan D’Aman Mart dan
ternakan lembu fidlot tidak disediakan. Ini menyebabkan kelemahan
dalam pemantauan aktiviti Kedah Agro Holdings kerana tiada proses kerja
yang teratur disediakan.
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang diterima pada 18 September 2018
dan 26 September 2018
Standard Operating Procedures (SOP) bagi aktiviti ladang telah disediakan
dan masih belum diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah. Manakala SOP
bagi aktiviti lain masih di peringkat penyediaan dan akan dibentangkan
kepada Ahli Lembaga Pengarah untuk mendapatkan kelulusan.
Pada pendapat Audit, penyediaan SOP syarikat tidak selaras dengan
amalan terbaik tadbir urus dan boleh menjejaskan operasi aktiviti syarikat.
d. Rancangan Korporat dan Petunjuk Prestasi Utama
Berdasarkan amalan terbaik MCCG 2017 practice 1.1, guidance 1.1 dan
Handbook perenggan 2.2(b) menyarankan Rancangan Korporat diluluskan
dan pelaksanaannya dipantau oleh Lembaga Pengarah. Manakala amalan
terbaik Greenbook Bahagian 1, perenggan 3.2 dan Handbook perenggan
3.33 hingga 3.35 menyatakan Petunjuk Prestasi Utama perlu disedia dan
diluluskan oleh Lembaga Pengarah. Semakan Audit mendapati Kedah Agro
Holdings tidak menyediakan Rancangan Korporat bagi memperincikan
strategi jangka pendek dan jangka panjangnya. Syarikat juga tidak
menyediakan Petunjuk Prestasi Utama bagi mengukur pencapaian aktiviti
syarikat. Ketiadaan Rancangan Korporat dan Petunjuk Prestasi Utama
menyebabkan Kedah Agro Holdings tidak dapat membuat penilaian prestasi
terhadap aktiviti yang sedang dijalankan serta tiada hala tuju yang jelas
dalam mencapai matlamatnya.
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang diterima pada 26 September 2018
Rancangan Korporat bagi lima (5) tahun telah dirangka yang akan
dibentangkan setelah Ahli Lembaga Pengarah yang baru dilantik. Tumpuan
utama syarikat adalah untuk mendapatkan keuntungan dan mempunyai
lebihan aliran tunai bagi tempoh lima (5) tahun pertama dengan memastikan
projek-projek yang akan dijalankan dapat menjana pendapatan kepada
syarikat.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 129
Pada pendapat Audit, penyediaan Rancangan Korporat dan Petunjuk
Prestasi Utama adalah penting bagi memastikan pengurusan syarikat
mempunyai hala tuju yang jelas dan mencapai matlamat penubuhannya.
e. Jawatankuasa Audit
Berdasarkan amalan terbaik MCCG 2017 intended outcome 8.0 dan
Greenbook perenggan 1.1.2 menyatakan bahawa Jawatankuasa Audit (JKA)
hendaklah ditubuhkan. Semakan Audit mendapati Kedah Agro Holdings tidak
menubuhkan Jawatankuasa Audit walaupun cadangan untuk menubuhkan
Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan telah dibentang dan diterima oleh ahli
Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings dalam Mesyuarat Lembaga
Pengarah Bil. 1/2014.
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September 2018
dan 26 September 2018
Pihak Kedah Agro Holdings telah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa
Audit. Cadangan nama dan penubuhan telah dimajukan kepada pihak MBI
pada tahun 2014. Cadangan ini turut dipersetujui pada Mesyuarat Ahli
Lembaga Pengarah Kedah Agro Holdings bertarikh 12 Jun 2014.
Jawatankuasa Audit akan ditubuhkan dan bermesyuarat apabila Unit Audit
Dalaman mula beroperasi di syarikat Kedah Agro Holdings.
Pada pendapat Audit, Jawatankuasa Audit penting bagi mewujudkan
mekanisme pemantauan dan kawalan dalaman terhadap urusan kewangan
syarikat.
f. Audit Dalaman
Berdasarkan amalan terbaik MCCG 2017 practice 10.1 menyatakan
Jawatankuasa Audit hendaklah memastikan Audit Dalaman berfungsi secara
bebas. Semakan Audit mendapati Audit Dalaman tidak diwujudkan atau
melantik perunding bagi menjalankan fungsi check and balance. Ketiadaan
Audit Dalaman menyebabkan pemantauan ke atas prestasi Kedah Agro
Holdings dan syarikat subsidiari tidak dapat dilaksanakan.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 | 130
Maklum Balas Kedah Agro Holdings yang Diterima pada 18 September 2018
dan 26 September 2018
Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Kali Ke-3 (Bil. 2/2009) pada
30 Ogos 2009 telah mencadangkan supaya Audit Dalaman diwujudkan.
Bagaimanapun, ia tidak dilaksanakan dan hasil penemuan Audit ini
menyebabkan pihak MBI bersetuju menubuhkan Audit Dalaman di peringkat
Kedah Agro Holdings dan nama pegawai sedang dikenalpasti untuk dilantik
dalam masa terdekat ini.
Pada pendapat Audit, Audit Dalaman di peringkat Kedah Agro Holdings
sewajarnya diwujudkan bagi menjalankan fungsi check and balance dan
juga membolehkan pihak pengurusan syarikat membuat pemantauan
terhadap setiap aktiviti syarikat subsidiari miliknya.
4.7. SYOR AUDIT Bagi meningkatkan prestasi syarikat selaras dengan objektif penubuhan
Kedah Agro Holdings, adalah disyorkan pihak pengurusan dan Lembaga Pengarah
Kedah Agro Holdings mengambil langkah berikut:
4.7.1. memastikan bajet disediakan bagi setiap tahun serta diluluskan di dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah;
4.7.2. memastikan kajian terperinci dilaksanakan sebelum sesuatu projek usaha
sama dijalankan;
4.7.3. memastikan pemantauan yang berkesan dilaksanakan bagi mencapai
objektif projek usaha sama;
4.7.4. menyediakan Rancangan Korporat dan Petunjuk Prestasi Utama bagi
memastikan hala tuju lebih jelas dalam meningkatkan pendapatan dan keuntungan
Kedah Agro Holdings;
4.7.5. memperkemas dan mengamalkan tadbir urus syarikat dengan menjadikan
Pekeliling Kerajaan dan Malaysian Code on Corporate Governance sebagai amalan
terbaik syarikat; dan
4.7.6. menyegerakan penubuhan Jawatankuasa Audit dan Audit Dalaman bagi
membolehkan pemantauan dilaksanakan ke atas syarikat subsidiarinya.
LKAN NEGERI KEDAH 2017 SIRI 2 I 133
PENUTUP
Secara keseluruhannya, pengauditan yang dijalankan mendapati wujud beberapa
kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti dari segi perancangan, pelaksanaan dan
pemantauan. Antara faktor utama yang menyebabkan wujudnya kelemahan adalah
tidak ada mekanisme pemantauan yang kurang berkesan dalam memastikan
undang-undang dan peraturan dikuatkuasakan, serta tidak ada penyeliaan yang
berkesan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh kakitangan bawahan. Jika
kelemahan tersebut tidak diberi perhatian yang serius dan tidak diperbetulkan, ia boleh
menjejaskan pencapaian objektif aktiviti/program berkenaan serta menjejaskan imej
Kerajaan Negeri dan perkhidmatan awam.
Sehubungan itu, Jabatan/Agensi Negeri yang terlibat bukan sahaja perlu mengambil
tindakan selepas mendapat teguran daripada pihak Audit, malah perlu bertindak
dengan cepat sebaik sahaja masalah atau kelemahan itu dikenal pasti. Pegawai
Pengawal yang terlibat juga perlu mengatur supaya pemeriksaan secara menyeluruh
dijalankan untuk menentukan sama ada kelemahan yang sama juga berlaku dalam
projek/program lain yang tidak diaudit dan seterusnya mengambil tindakan pembetulan
yang sewajarnya.
Agensi Kerajaan Negeri juga perlu memantau aktiviti syarikat miliknya untuk
memastikan syarikat mewujudkan tadbir urus korporat yang baik, mematuhi
undang-undang dan peraturan Kerajaan, berdaya saing serta bagi memastikan objektif
penubuhan syarikat tercapai sepenuhnya.
Jabatan Audit Negara
Putrajaya
2 November 2018
DICETAK OLEHPERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHADKUALA LUMPUR, 2018www.printnasional.com.myemail: [email protected].: 03-92366895 Faks: 03-92224773