Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5
description
Transcript of Kajian Tindakan Penulisan Bm Th 5
KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN) YANG SAYA HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA JALANKAN.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAM
BAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5
MENGGUNAKAN MODUL “JELMAAN”
Oleh:Pn.Faridah bt.Doya
Guru Cemerlang Bahasa MelayuSekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid
Tahun 5 Bestari, yang lemah membuat ulasan dalam
Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat
adalah seramai 18 orang..Dalam Bahagian ini,murid-
murid dikehendaki membuat ulasan tentang petikan
yang diberi tidak melebihi 50 patah
perkataan.Markah penuh yang diperuntukkan untuk
bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah
keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012).
Untuk menghasilkan ulasan,murid-
murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat
dalam setiap pernyataan yang diberi terlebih dahulu
dan nilai tersebut kemudiannya perlu dihuraikan
dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan
atau cerita yang terdapat dalam petikan sahaja.
Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro
yang saya adakan pada 4 Oktober 2012 yang lalu,
menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh
markah penuh dalam bahagian ini melalui latihan
secara individu walaupun saya telah mengajar murid
saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil
inovasi saya sendiri yang diberi nama“Teknik
SSDA”.Saya berasa amat kecewa kerana target saya
untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat
markah penuh -20/20 atau sekurang-kurangnya 19/20
masih belum tercapai walaupun kelas ini merupakan
kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang
pandai dan bakal mengharumkan nama sekolah
dalam pencapaian UPSR pada tahun akan datang.
Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat
pula,saya dapati punca utama murid kehilangan
markah adalah kerana mereka tidak dapat
menentukan nilai yang tepat berdasarkan pernyataan
yang diberi.Hal ini membuatkan saya rasa terpanggil
untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang
berlaku.Untuk itu saya telah menghasilkan modul
yang saya beri nama modul” JELMAAN”di mana
modul ini mula saya jalankan pada 10 Oktober
2012.Saya memilih nama ini kerana latihan yang
saya fokuskan dalam modul ini ialah latihan di mana
memerlukan murid menjelmakan nilai-nilai tersirat di
sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi seperti di
lampiran 1.Disebabkan sekolah hanya ada beberapa
minggu sebelum bercuti ,maka saya dapat
mempraktikkan modul ini sebanyak enam kali sahaja
namun pencapaiannya amat memberangsangkan
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN LALU
Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5 Bestari di sekolah
saya.Kelas 5 Bestari ini merupakan kelas yang baik
dan murid-muridnya
pandai,aktif ,kreatif,berketrampilan dan berpotensi
untuk mendapat gred A dalam kesemua mata
pelajaran khasnya Bahasa Melayu Pemahaman dan
Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras
dalam UPSR..Bagi sekolah saya yang sentiasa ingin
mengekalkan kecemerlangannya ,kelas ini
merupakan kelas harapan untuk pencapaian
cemerlang UPSR pada tahun hadapan.Bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Penulisan(Kertas
2),terkandung 3 soalan yang harus dijawab oleh
murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A(Membina
Ayat),Bahagian B (Karangan Berformat dan Tidak
Berformat) dan Bahagian C(Membuat Ulasan).Untuk
mendapatkan markah yang cemerlang,murid-murid
haruslah mendapat markah yang baik dalam setiap
bahagian tersebut.
Pada setiap minggu saya akan memastikan ketiga-
tiga bahagian ini saya ajar dengan penuh
minat,semangat dan rasa tanggungjawab apatah lagi
saya mengajar anak-anak kampung saya
sendiri.Sebagai guru cemerlang,saya lebih
memberatkan teknik pengajaran saya bagi
memudahkan murid saya menerima apa yang saya
sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan
saya ialah murid-murid saya masih tidak mencapai
markah penuh atau sekurang-kurangnya 19/20 dalam
bahagian C seperti yang saya targetkan pada hal
mereka merupakan murid elit.Seringkali saya
termenung sendirian memikirkan apakah masalah
murid saya sebenarnya.Kadang-kadang saya
meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu yang
lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang
saya terima tidak banyak membantu.Antara ayat
yang saya terima:
-….tak payah la susah hati sangat,bila dah tahun
6 nanti tahulah dia orang buat
ulasan tu..
-….jangan tention-tention,nanti darah tinggi naik
lagi
-….Dapat markah 17 pun kira ok la tu…dan lain-
lain lagi.
Setelah pengajaran makro saya jalankan keadaan
yang sama terus berlaku.Kertas latihan murid yang
semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa
kecewa,marah,sedih dan seribu satu macam
perasaan yang hanya Tuhan sahaja yang
mengetahui malah saya turut tercabar dengan
gelaran jawatan yang saya pegang.Kenapa masalah
terus berlaku sedangkan saya telah berusaha
memberi penerangan yang sebaik mungkin
menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai gambar
serta contoh.Namun,saya harus berpegang prinsip
hidup saya iaitu “Masalah hanya akan dapat
diselesaikan jika sesuatu dilakukan” Keazaman dan
semangat yang tinggi,ini telah mendorong saya
untuk menghasilkan kajian tindakan ini.
2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja
pengajaran makro dijalankan,saya mendapati tidak
ada seorang pun daripada 18 orang murid mendapat
markah penuh 20/20 dan hanya 1 orang mendapat
markah 19/20 .Melalui latihan tersebut,post-mortem
yang dibuat adalah seperti berikut:
PERKAR
A
MARKAH
20/2
0
19/2
0
18/2
0
17/2
0
16/2
0
15/2
0
14/2
0
13/2
0
12/2
0
11/2
0
Bwh
10/2
0
Bilangan
Murid
Capai
- 1/18 2/18 1/18 4/18 5/18 3/18 1/18 1/18 - -
Peratus - 5.5 11.1
1
5.5 22.2 27.7 16.6 5.5 5.5 - -
Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan
murid memperoleh markah sederhana
sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu
sahaja sedangkan markah bahagian ini amat
membantu murid mencapai gred A dalam subjek
Penulisan Bahasa Melayu.Kegagalan mereka dalam
mencapai gred yang baik ini sudah tentu akan
memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan
keseluruhan dan gred purata mata pelajaran
ini.Berdasarkan kertas-kertas UPSR yang saya
semak setiap tahun juga,menunjukkan murid
menghadapi masalah yang besar dalam bahagian
yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik
sekalipun dalam bahagian A dan B sedangkan
Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk
mereka mencapai gred A seperti yang
diharapkan .Ini menunjukkan betapa seriusnya
masalah ini.
Rumusannya,masalah yang saya kenal pasti di sini
ialah murid tidak tahu menentukan nilai yang tepat
atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang
diberi melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa
dibantu atau dibimbing oleh guru.Jika dilihat pada
skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid
tidak akan mendapat sebarang markah bagi setiap
nilai yang salah walaupun huraian yang dibuat
menepati pernyataan yang diberi.
Justeru,adalah satu kerugian besar,jika masalah ini
tidak saya selesaikan memandangkan murid-murid
saya mempunyai kualiti diri dalam
pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya
yakin jika murid saya diberi latih tubi yang
cukup,masalah ini dapat diselesaikan malah mereka
dengan mudah dapat menentukan nilai berdasarkan
pernyataan yang diberi.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan untuk
meningkatkan pencapaian murid dalam subjek
Penulisan Bahasa Melayu-Kertas 2 (012)di SK Astana
Raja.
3.2 Objektif Khusus
i) Memastikan sekurang-kurang 10 daripada 18 orang
murid 5B mendapat sekurang-kurangnya markah
19/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayu
semasa peperiksaan akhir tahun.
ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid
dalam menjelmakan nilai yang tersirat dalam
pernyataan.
iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu tahap 2
di SK Astana Raja mengajar bahagian C
menggunakan modul yang dihasilkan.
iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu SK Astana Raja dari
segi gred purata
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan 18 orang murid Tahun 5 Bestari
Sekolah Kebangsaan Astana Raja yang terdiri
daripada 9 lelaki dan 9 perempuan.6 daripada 18
orang murid ini merupakan murid elit yang aktif dan
berketrampilan manakala yang selebihnya berada
dalam kategori pandai.
5.0 METODOLOGI KAJIAN
5.1 Semakan Lembaran Kerja
Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara
tidak langsung dapat menilai tahap pencapaian
murid dalam menguasai kamahiran berkenaan
5.2 Pemerhatian Dalam P&P
Respon murid dilihat secara tidak langsung
sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab
diadakan.
5.3 Peperiksaan Akhir Tahun
Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun
dijadikan bahan untuk mengukur pencapaian
murid dan keberkesanan modul yang dibuat.
5.4 Soal Selidek
Borang soal selidek disedia dan diedarkan kepada
murid untuk mendapatkan maklum balas murid
berkenaan Modul JELMAAN yang saya jalankan.
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN
6.2 TINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH
6.2.1 Semakan lembaran kerja
Untuk melihat sejauh mana kelemahan murid,saya
telah menyemak lembaran kerja murid dengan lebih
berhati-hati.Apa yang saya perhatikan pada
mulanya / sebelum kajian dijalankan murid
melakukan kesalahan yang banyak terutama dalam
menentukan nilai berbanding dengan selepas kajian
dijalankan.Selepas kajian dijalankan,saya berasa
hampir berpuas hati dengan hasil kerja murid
saya.Saya juga mula menarik nafas lega kerana apa
yang usahakan mula membuahkan hasil.
6.2.2 Pemerhatian dalam P&P
Saya telah membuat pemerhatian sepanjang p&p
dijalankan khususnya semasa sesi soaljawab
diadakan sebelum dan selepas kajian.Sebelum
kajian dijalankan ada murid yang kurang memberi
respon dan sering menyatakan nilai yang salah
berdasarkan pernyataan berbanding dengan selepas
kajian dan menggunakan set latihan dalam Modul
“JELMAAN” yang saya buat.Mereka nampak lebih
terjurus kepada jawapan sebenar atau nilai yang
tepat serta menjawab dengan penuh
keyakinan.Mereka juga mula berasa seronok dengan
bahagian C ini.
6.2.3 Peperiksaan Akhir Tahun
Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan amat
bermakna sekali buat saya kerana di sinilah saya
boleh mengukur sejauh mana keberkesanan modul
yang saya jalankan.Ternyata berlaku peningkatan
yang agak drastik pada keputusan peperiksaan
mereka dalam karangan bahagian C.Data pencapaian
adalah seperti berikut:
PERKARA MARKAH
20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20
MARKAH LATIHAN
SEMASA PENGAJARAN
MAKRO
(Penc.Sebelum Guna
Modul
-
-
1/18
5.5
%
2/18
11.11
%
1/18
5.5%
4/18
22.2%
5/18
27.7%
3/18
16.6%
MARKAH
PEP.AKHIR THN
2/18 8/18 2/18 3/18 1/18 2/18
(Penc.Selepas Guna
Modul
11.1% 55.5% 11.1% 16.6% 5.5
%
11.1%
Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun
menunjukkan petanda baik bahawa modul ini banyak
mempengaruhi tahap pemahaman murid dan telah
melonjakkan pencapaian dalam bahagian ini.
Saya mula berkongsi modul ini dengan guru-guru
Bahasa Melayu yang lain dan meminta mereka
mempraktikkan kepada murid masing-masing
selepas itu.Disebabkan masa yang begitu
terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali sahaja
dalam pengajaran mereka.
6.2.4 Soal Selidik
Borang soal selidek telah diberikan kepada murid
untuk mendapatkan maklum balas berkenaan modul
yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon
positif.Berikut adalah analisis soal selidik yang telah
dijawab oleh murid:
Skala Likert: 1.sangat tidak setuju
2.tidak setuju
3.kurang setuju
4,setuju
5,sangat setuju
Bil SKALA 1 2 3 4 5
Item (Bilangan
Murid)
1. Kemahiran membuat ulasan
dalam Penulisan Bahagian C
merupakan pelajaran yang
mudah
7 5 5 1 0
2. Penulisan Bahagian C mudah
dijawab tanpa teknik dari
Modul JELMAAN
9 7 2 0 0
3. Saya berasa lebih mudah
menjawab Penulisan Bahagian
C selepas guru melaksanakan
Modul JELMAAN
0 0 0 6 12
4. Saya berasa amat seronok
menjawab set-set latihan
dalam Modul JELMAAN
0 0 1 10 7
5. Setelah menjalani set-set
latihan dalam modul JELMAAN
saya mempunyai lebih
0 0 0 6 12
keyakinan untuk membuat
ulasan pada Bahagian C.
6. Modul JELMAAN benar-benar
membantu saya.
0 0 0 5 13
Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini
juga turut memberi komen.Antara komen tersebut
adalah seperti berikut:
….Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan
dalam modul ini,saya dapat melihat pencapaian
yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi
….Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi
kerana murid-murid saya lebih mudah menentukan
nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam
Modul JELMAAN ini.
….Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul
Panitia BM di sekolah kita serta digunapakai oleh
semua murid tahap 2 di sekolah ini.
6.3 Tindakan yang diJalankan
1.Setelah saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat
Ulasan) yang saya beri sebagai kerja rumah
selepas pengajaran makro saya,saya terus mencari
idea untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh
murid saya sehinggalah saya terfikir untuk membuat
modul yang men gandungi set latih tubi menentukan
/menjelmakan nilai ini di mana modul itu saya
namakan Modul JELMAAN bagi menjadikannya lebih
sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C
2.Sebelum saya menggunakan set-set latih tubi
dalam modul tersebut,terlebih dahulu saya akan
menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini
kepada murid saya.
3.Saya menggunakan modul ini selang satu hari
dalam waktu pelajaran Bahasa Melayu Tahun5
Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini
adalah seperti berikut:
Tarikh Penggunaan Modul JELMAAN
TARIKH MASA SET LATIHAN
MODUL
10 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 1 & 2
12 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 3 & 4
15 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 5 & 6
17 OKTOBER 2012 8.40 – 9.10 pagi 7 & 8
19 OKTOBER 2012 7.40 – 8.10 pagi 8 &10
22 OKTOBER 2012 11.30 – 12.10 pagi 11 &12
4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk
mendapatkan maklum balas tentang keberkesanan
penggunaan modul melalui borang soal selidik yang
saya sediakan.
5.Murid-murid menjawab soalan dalam Peperiksaan
Akhir Tahun yang diadakan.
6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat
pencapaian murid dalam bahagian C.
6.4 Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan Penilaian
Kajian Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2
minggu sahaja.Hal ini adalah kerana hari
persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi
sebelum Peperiksaan Akhir Tahun diadakan.
Selepas Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya
telah membuat soal selidik tentang pandangan
mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh
manakah penerimaan mereka terhadap kaedah ini di
samping merekodkan markah pada bahagian ini
secara terperinci seperti pada Lampiran 2.
Berdasarkan pemerhatian saya,Modul JELMAAN
berjaya membantu murid meningkatkan pencapaian
dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana
secara tidak langsung telah meningkatkan
pencapaian murid secara keseluruhan dalam Subjek
Penulisan Bahasa Melayu amnya.Saya berpuas hati
kerana apa yang saya usahakan telah membuahkan
hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa
Melayu dengan disokong oleh guru-guru Bahasa
Melayu yang lain telah mencadangkan agar Modul ini
dibukukan untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah
saya.Perkara ini telah pun sampai ke
pengetahuan Guru Besar kami.Beliau
bangga malah turut memberi semangat kepada
guru-guru lain untuk mencontohi usaha
saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam
mesyuarat panitia pada bulan Disember 2012 nanti.
6.5 Refleksi Kajian
Pencapaian murid yang baik dan menunjukkan
perubahan drastik khasnya pada bahagian C ini amat
ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan
kaedah inovasi “SSDA” yang saya jalankan dan
“Modul JELMAAN” ini ternyata banyak membantu
murid dalam membuat ulasan seperti yang
diharapkan.Malah modul ini sentiasa menjadi
sebutan murid-murid saya.
Saya berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada
murid kelas 5 Bestari telah menghantar SMS
mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya
kerana telah berjaya melonjakkan prestasi anaknya
dalam mata pelajaran ini.Semasa Hari Anugerah
Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru ini ,ramai
ibu bapa yang berpuas hati serta menyatakan rasa
gembira atas lonjakan kejayaan anak mereka dalam
sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga
mengetahui tentang modul yang saya gunakan
melalui anak-anak mereka.
7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Melalui refleksi daripada kajian ini,beberapa
cadangan perlu dibuat untuk memperbaiki dan
meningkatkan penggunaan modul ini .Antara
cadangan tersebut adalah seperti berikut:
1.Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari
semasa ke semasa dan melengkapkan lagi modul
ini dengan grafik yang lebih menarik ,kreatif dan
mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta
minda ,aktiviti memadankan dan lain-lain lagi.
2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang
menggunakan modul ini dengan menyediakan
hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat
markah penuh / tertinggi / melepasi target dalam
setiap set latihan yang diberi.
3.Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan
membincangkan penggunaan modul ini secara
rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2
di sekolah saya
4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk
menambah set latihan bagi modul supaya dapat
dibukukan untuk menafaat bersama.
8.0 PENUTUP
Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan
dan rangsangan kepada pihak sekolah dan guru-
guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta
daerah saya amnya.Hasil kajian ini terdapat
perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran
guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini
akan dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses
p&p saya lebih menarik,berkesan dan
menyeronokkan.Sebagai guru kita seharusnya peka
dengan masalah dan keperluan murid dan
bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang
mereka hadapi.Kita juga haruslah mempunyai ilmu
pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi
menjayakan hasrat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan(FPK).
9.0 RUJUKAN
1.Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2,Penerbit UPSI
2.Ee Ah Meng(1992). Pedagogi satu Pengenalan,Siri Pendidikan Fajar Bakti,Kuala
Lumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.
3.Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM
4.Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.
5. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
6.Abd.Rahman Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai Penyelidik,ms 18,PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
7. researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html
8. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977
9. http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan
10. http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977
11. http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html
12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc=HP_ss
Lampiran 1
CONTOH SET LATIHAN 1- MODUL
JELMAAN (Bersama Contoh Jawapan)
BIL PENYATAAN
1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat
2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan
3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa
4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin
5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan
6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati
7 Membaca buku / mengulang kaji rajin,
8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah
9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas berhati-hati / berwaspada
10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan / kesihatan
11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan kesihatan
12 Sembahyang / solat taat
13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati
14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab
15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin
16 Memberi salam menghormati
17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa
18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa
19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang
20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi
21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga kasih sayang
22 Bergotong- royong kerjasama
23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih sayang
Lampiran 2
REKOD PENCAPAIAN PELAJAR
Bil
NAMA MURIDMARKAH
BAHAGIAN CSEBELUM
MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN
MARKAH BAHAGIAN C
SELEPAS MENGGUNAK
AN MODUL JELMAAN
1. M. ZAM ZUHAIRI B MOHD ZAMRI
19/20 20/20
2. M. AMIRUL ZAINI B Z.ABIDIN
15/20 19/20
3. M. AMIR HAFIZ B MOHD AZMI
18/20 19/20
4. NURFATIN SYAFIQAH BT AMRAN
16/20 19/20
5. M. HAKEEM HIRMI B M.AMIN
16/20 18/20
6. NUR MASATIKAF 16/20 19/20
BT AMRI
7. MUHAMMAD ANAS B AZAHARI
17/20 19/20
8. DAYANA BATRISYA BT SHAMSOL
18/20 20/20
9. MUHD. FIRDAUS B MAT JALIL
15/20 18/20
10. NURFATYMAH BALQIS BT RAZAK
15/20 19/20
11. MUHD. HAIKAL B MOHD AZREEN
14/20 17/20
12. IZZATUL WAFA BT MUSTAFA
16/20 19/20
13. M.JAZZRIEN NAZEEM B M.JEFRI
15/20 17/20
14. AIDA NAJWA BT ADNAN
14/20 19/20
15. SITI HAJAR BT ABDUL RAHIM
15/20 16/20
16. NUR KHAIRIAH SALWA BT SAHAK
14/20 17/20
17. MUHD.AMIRULLAH B K.NIZAM
12/20 15/20
18. SITI SOLEHAH BT MUHAMAD
13/20 15/20
http://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.html
Contoh Kajian Tindakan
MENINGKATKAN PENGUASAAN PEMAHAMAN BACAAN DAN MENULIS
KARANGAN DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK SUMBANGSARAN
ABSTRAK: Kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira merupakan suatu
keperluan asas di negara ini. Bagi mengajar subjek bahasa pula, kemahiran membaca dan
menulis merupakan tunjang utama dalam menguasai bahasa tersebut. Tanpa kemahiran-
kemahiran ini, penguasaan bahasa tidak akan dapat berjalan dengan jayanya. Oleh hal
yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal meningkatkan penguasaan membaca
dan menulis dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran dengan
menggunakan teknik sumbangsaran. Responden kajian terdiri daripada tujuh orang
murid yang merangkumi semua murid tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan
Ibrahim Fikri. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk pemerhatian sepanjang
proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung selain daripada Ujian Pra dan
Ujian Pos. Sehubungan itu, dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan murid-
murid atau responden ini mempunyai masalah dalam kemahiran membaca dan menulis
dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap kedua-dua kemahiran tersebut.
Kesimpulannya, bagi mengatasi masalah ini, satu kaedah atau pendekatan pemulihan
amat penting bagi membantu responden menguasai kemahiran membaca dan menulis
untuk kepentingan mereka di masa akan datang.
1.0 PENGENALAN
Membaca dan menulis merupakan satu asas yang penting dalam mempelajari sesuatu
perkara. Tanpa bacaan, seseorang itu tidak akan mendapat sesuatu maklumat dan
keadaan ini akan menyebabkan daya fikiran otak mereka tidak dapat berfungsi dengan
baik. Menurut Yahya ( 2005 ) tujuan membaca adalah bagi memahami teks yang dibaca
dan kandungan teks yang dibaca memberi makna kepada pembacanya. Keupayaan
membaca merupakan satu kemahiran yang unik dan dinamik dan keadaan ini perlu ada
bagi setiap individu ketika mereka membaca kerana pada masa ini, keupayaan kognitif
mereka secara tidak langsung akan aktif dan dapat memproses sesuatu perkara yang baru.
Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk
visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta
pembaca juga berupaya untuk mentafsirkan maksud yang dibacanya. Pemahaman bacaan
bergantung kepada gabungan dari segi pengetahuan bahasa, gaya kognitif, dan
pengalaman membaca.
Sementara itu, kemahiran menulis juga merupakan satu aspek penting dalam
pembelajaran bahasa. Kemahiran menulis dan membaca tidak dapt dipisahkan jika
mempelajari sesuatu bahasa. Kemahiran ini merupakan suatu budaya intelek yang saling
melengkapi antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan
satu proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan keupayaan ini disalurkan
secara bersistem atau berperingkat iaitu mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa,
audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membaca dan menulis
merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai bidang di sekolah. Pencapaian dan kebolehan
yang tinggi dalam kemahiran membaca dan menulis pasti dapat meningkatkan
penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran bahasa yang
lain.
Seperti yang kita sedia maklum, bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu
sama lain iaitu dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan mereka
masing-masing. Oleh yang demikian, guru yang mengajar subjek bahasa seharusnya cuba
memahami keperluan konsep pemulihan atau kaedah lain yang dapat membantu murid-
murid di dalam bilik darjah bagi mengatasi permasalahan menguasai kemahiran
membaca dan menulis dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Selain mampu
untuk membantu mereka menguasai kemahiran membaca dan menulis, murid-murid juga
sekali gus akan dapat membantu meningkatkan kemahiran kendiri mereka.
Pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama
Jabatan Pelajaran Negeri dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka dan
menghasilkan program kecemerlangan murid contohnya Kelas Intervensi Awalan
Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Program
Bimbingan Membaca dan Menulis (PROBIM). Usaha-usaha seperti inilah yang akan
membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, peranan
guru-guru yang mengajar subjek bahasa dan bukan bahasa amatlah penting supaya
murid-murid mereka dapat menguasai kemahiran-kemahiran ini seperti murid-murid
yang lain. Perhatian guru yang serius dalam memenuhi tuntutan murid ini dapat
membantu mengembangkan potensi dan meningkatkan keyakinan murid tersebut untuk
bersaing dengan rakan-rakan mereka yang normal.
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Secara keseluruhannya, para pelajar bagi kelas tingkatan empat ini agak lemah dalam
menguasai isi pelajaran yang berkaitan dengan kemahiran membaca dan menulis semasa
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dalam kelas. Salah satu puncanya ialah mereka
kekurangan motivasi untuk belajar dan juga sokongan daripada guru. Hanya sebahagian
kecil pelajar sahaja yang mempunyai minat dan berpotensi untuk maju dalam mata
pelajaran yang diajarkan.
Sepanjang guru mengajar topik yang melibatkan penulisan karangan, murid-murid
tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Tambahan pula, mereka kurang
mengetahui makna sesuatu perkataan dan memerlukan penjelasan daripada guru. Selain
itu, keputusan pelajar dalam ujian juga agak tidak memuaskan guru.
Para pelajar gagal untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis yang diajar.
Hanya 28% pelajar sahaja yang mendapat markah yang agak tinggi iaitu sebanyak 15%.
Kaedah hafal dan tulis yang dipraktikkan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
adalah gagal untuk menarik perhatian pelajar dalam penulisan karangan.
Sekiranya perkara ini tidak dibendung dari awal sudah semestinya akan
mendatangkan masalah kepada para pelajar untuk meneruskan pembelajaran kepada
topik-topik lain yang melibatkan penulisan karangan. Sehubungan dengan itu, satu
tindakan sistematik dan terancang melalui kajian tindakan telah diambil bagi mengatasi
masalah ini.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Dalam kajian yang dijalankan ini, objektif umum adalah untuk mengenal pasti masalah
dalam kemahiran membaca dan menulis murid-murid tingkatan empat yang mempunyai
masalah pendengaran. Manakala objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut:
3.1 Objektif Am
a) Meningkatkan peratusan kelulusan dalam penulisan karangan.
b) Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran topik-topik lain yang berkaitan
dengan penulisan karangan.
c) Membentuk kaedah yang sesuai dengan keupayaan murid-murid.
3.2 Objektif Khusus
a) Murid-murid dapat meningkatkan penguasaan membaca dan menulis karangan
berdasarkan teknik sumbangsaran.
b) Pelajar dapat menyelesaikan semua soalan lembaran kerja yang diberikan mengikut masa
yang ditetapkan oleh guru
c) Pelajar dapat lulus ujian pos yang melibatkan penulisan karangan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelaksanaan kajian tindakan ini melibatkan tujuh orang murid tingkatan empat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah telah dibuat berdasarkan kepada
pemerhatian, ujian pra, dan ujian pos.
5.1.1 Pemerhatian
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku kumpulan sasaran
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, iaitu sebelum dan selepas kajian.
Sebelum kajian dijalankan, para pelajar kurang memberi perhatian kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Keadaan berubah setelah kajian
dilaksanakan dalam kalangan pelajar, iaitu pelajar lebih berminat, lebih yakin dan
berusaha menjawab soalan latihan yang diberikan oleh guru.
5.1.2 Ujian Pra dan Ujian Pos
Pengkaji juga menyediakan set Ujian Pra dan diberikan kepada kumpulan sasaran
pada awal kajian untuk mengesan sejauh mana penguasaan dan kefahaman mereka
terhadap kemahiran membaca dan menulis. Secara tidak langsung, pengkaji dapat
mengesan kelemahan kedua-dua kemahiran tersebut dalam kalangan murid. Item dalam
ujian pra terdiri daripada lima soalan yang berkaitan dengan proses pembinaan ayat dan
pemahaman teks bacaan. Selepas itu, pelajar diuji lagi dengan ujian pos dengan format
soalan yang sama.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
5.2.1 Analisis pemerhatian
Berdasarkan pemerhatian selepas kajian dijalankan didapati:
a) Pelajar lebih memahami petikan dan dapat menulis dengan baik.
b) Suasana pembelajaran dalam kelas lebih bermakna.
5.2.2 Analisis Ujian Pra
Setelah dianalisis keputusannya, hampir kesemua pelajar gagal menguasai
kemahiran memahami petikan dan menulis karangan.
Jadual 1 : Keputusan Ujian Pra
MARKAH (%) JUMLAH PELAJAR
5 3
10 3
15 2
20 0
25 0
30 0
JUMLAH 7
Dapatan daripada Ujian Pra di atas menunjukkan bahawa seramai 3 orang murid
mendapat markah sebanyak 5%, 3 orang murid mendapat markah sebanyak 10% dan 2
orang murid mendapat markah sebanyak 15%.
Hasil ujian ini menunjukkan bahawa tindakan segera perlu diambil bagi membantu
murid-murid meningkatkan penguasaan membaca dan menulis terhadap penulisan
karangan. Oleh itu, teknik bercerita digunakan untuk mengatasi masalah ini.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Pengkaji melakukan tindakan berikut dalam mendapatkan hasil kajian:
a) Pengkaji menjalankan Ujian Pra kepada para pelajar setelah selesai mengajar topik yang
berkaitan dengan karangan.
b) Pelajar-pelajar juga diberi latih tubi dalam membaca dan menulis karangan dengan
menggunakan teknik bercerita.
c) Selepas itu, pengkaji menjalankan Ujian Pos apabila semua pelajar telah menguasai
penggunaan teknik bercerita.
d) Kemudian, pengkaji membuat perbandingan antara hasil dapatan Ujian Pra dan Ujian
Pos.
5.4 Pelaksanaan Tindakan, Pemerhatian dan Penilaian
Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh tiga minggu. Setiap kali memasuki
waktu mata pelajaran Bahasa Melayu, pengkaji akan membimbing para pelajar untuk
meningkatkan penguasaan bacaan dan menulis karangan dengan menggunakan teknik
bercerita. Pelajar-pelajar telah menjalani Ujian Pra seminggu sebelum diperkenalkan
dengan teknik bercerita. Manakala Ujian Pos pula dijalankan sebulan selepas itu.
Berdasarkan kepada pemerhatian yang telah dijalankan, didapati pelajar lebih mudah
untuk membaca dan menulis karangan dengan menggunakan teknik bercerita.
Jadual 2 : Keputusan Ujian Pos
MARKAH (%) JUMLAH PELAJAR
5 0
10 0
15 2
20 3
25 2
30 0
JUMLAH 7
Dapatan daripada Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat dua orang pelajar yang
mendapat markah sebanyak 15%, tiga orang murid mendapat markah 20% dan dua
orang murid mendapat markah sebanyak 25%.
Dapatan ini juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam pemahaman
bacaan teks dan penulisan karangan berdasarkan teknik sumbangsaran. Berikut
merupakan perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos.
Jadual 3 : Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos
MARKAH (%) Bil Pelajar(Ujian Pra)
Bil Pelajar
(Ujian Pra)
5 3 0
10 3 0
15 2 2
20 0 3
25 0 2
30 0 0
JUMLAH 7 7
5.5 Refleksi Kajian
Dapatan dari kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa penggunaan
teknik sumbangsaran dapat meningkatkan penguasaan pelajar terhadap mata pelajaran
bahasa terutamanya pemahaman bacaan dan penulisan karangan. Hal ini dapat
dikukuhkan dan dibuktikan lagi dengan perbandingan keputusan yang telah dijalankan
iaitu melalui Ujian Pra dan Ujian Pos yang telah dijalankan dalam kalangan pelajar
tingkatan empat.
Pencapaian pelajar dalam kedua-dua ujian telah dilaksanakan ini menunjukkan
peningkatan yang baik dan memuaskan. Di samping itu, hasil dapatan kajian bukan
sahaja menunjukkan bahawa kaedah atau cara ini telah membantu para pelajar
meningkatkan kefahaman, tetapi juga membina keyakinan diri terhadap sesuatu yang
telah dipelajari oleh pelajar serta menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih
ceria dan bersemangat. Tambahan pula, para pelajar juga memberi respons yang
memuaskan kepada guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan guru.
Hasil kajian juga mendapati bahawa teknik sumbangsaran ini dapat membantu
murid-murid memahami apa yang dibaca oleh mereka dan sekali gus dapat menambah
perbendaharaan kata mereka. Penambahan perbendaharaan kata amat penting terutama
ketika melibatkan aktiviti penulisan terutamanya melibatkan penulisan karangan. Kaedah
latih tubi yang melibatkan bacaan juga dapat membantu murid-murid menguasai
kemahiran membaca dan ini sekali gus dapat membantu murid-murid dalam kelancaran
ketika membaca. Murid-murid ini juga percaya bahawa penguasaan kemahiran membaca
yang baik dapat menjadikan aktiviti membaca di dalam kelas sebagai suatu aktiviti yang
amat menarik jika dikendalikan dengan betul.
6.0 CADANGAN
Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan
potensi pembelajaran murid untuk meningkatkan pemahaman bacaan dan menulis murid-
murid tingkatan empat yang mempunyai masalah pendengaran. Hal ini supaya kemahiran
menulis dan membaca mereka selari dengan murid-murid normal sebaya dengan mereka.
Cadangan yang boleh dilakukan adalah antaranya iaitu pengajaran asas kemahiran
membaca dan menulis seharusnya diberikan penekanan yang serius agar murid-murid
dapat menguasai kedua-dua kemahiran tersebut. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya
disampaikan dalam pendekatan yang lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu
mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik dan mampu memperkembang lagi
keupayaan kemahiran membaca dan menulis murid. Kepelbagai kaedah yang digunakan
oleh guru bahasa dapat membentuk murid supaya tidak cepat bosan dan penat semasa
proses pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah terutama untuk aktiviti membaca.
Selain itu, teknik ini juga boleh digunakan oleh kelas-kelas yang lain untuk
meningkatkan pemahaman bacaan dan sekali gus dapat membantu murid-murid untuk
menulis karangan dengan baik. Bagi menangani masalah menulis pula dalam kalangan
murid-murid ini, satu kelas tambahan dilakukan untuk membantu murid-murid ini dalam
kemahiran menulis. Semasa melaksanakan kelas ini, lembaran-lembaran kerja disediakan
sebagai pengukuhan kepada murid-murid dalam aktiviti menulis. Selain itu, guru juga
boleh menggunakan bahan seperti buku-buku untuk memberi pendedahan kepada murid-
murid tentang penulisan terutamanya dalam penulisan karangan dan rumusan.
7.0 KESIMPULAN
Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca dan menulis menjejaskan potensi serta
motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini
memang perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu
mesti mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya
memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin.
Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin akauntabiliti
bahasa dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan saranan Menteri Pelajaran yang
mahu sistem pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan negara
berimpak tinggi.
Persepsi guru tentang imej murid bermasalah pendengaran yang memerlukan
bantuan seharusnya positif dan mempunyai kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan
secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama seperti rakan mereka yang beruntung.
Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah penting bagi membentuk amalan
membantu murid yang mengalami masalah ini untuk berjaya. Pihak berkaitan juga perlu
mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat dalam
permasalahan kemahiran membaca dan menulis terutama untuk mengajar murid-murid
yang mengalami masalah pendengaran.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa
faktor kebolehan dan kreativiti guru dapat mengubah persepsi serta kesedaran bahawa
mereka juga mempunyai potensi untuk berjaya dalam pembelajaran. Dalam kerjasama
yang melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim
persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang
murid bermotivasi untuk terus belajar. Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta
berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan aktiviti serta menstrukturkan tahap
pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif
dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Faktor ini sememangnya
dapat membina pembelajaran yang menggalakkan hala tuju pengajaran yang hendak
dicapai oleh guru.
BIBLIOGRAFI
Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjong Malim: Quantum
Books.
Yahya Othman. (2005). Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu. Bentong: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd.
Teknik pengajaran dan pembelajaran diperolehi pada November 20 2011
melalui http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
Kaedah dan teknik mengajar diperoleh pada Mac 10 2011
melaluihttp://www.scribd.com/doc/13259494/Kaedah-Dan-Teknik-Mengajar
http://moshi2-mycorner.blogspot.com/2012/09/contoh-kajian-tindakan_17.html
Kajian Tindakan Pengajaran Bahasa MelayuIni merupakan kajian tindakan yang perlu saya laksanakan untuk tugasan saya semester ini. Moga tugasan ini boleh kita kongsi bersama.
PENGHARGAAN
Saya berasa sangat bersyukur kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya dapatlah saya
menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT
DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN
4 dapat disempurnakan dengan sebaiknya.
Saya memilih tajuk ini kerana beberapa sebab . Antara sebab utamanya ialah ingin
membetulkan perlakuan dalam aspek penulisan . Ini kerana ada antara guru penyelidik yang
masih belum dapat memberi penekanan sepenuhnya berkaitan tentang pembentukan ayat yang
betul.
Sepanjang proses pelaksanaannya , saya ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada guru besar yang banyak memberi input yang sangat berguna berkaitan kajian tindakan
ini . Selain itu ribuan terima kasih juga saya hulurkan kepada guru panitia Bahasa Melayu yang
selalu membimbing saya memantapkan lagi proses menyediakan Laporan Kajian Tindakan ini.
Saya juga sangat terhutang budi dengan rakan-rakan sealiran saya yang membantu
saya membuat refleksi berkaitan pengajaran dan pembelajaran saya. Dengan adanya bantuan
mereka , saya dapat menyiapkan Kajian Tindakan ini dengan jayanya.
Saya berharap dengan adanya kajian tindakan ini , dapatlah saya jadikan ia sebagai
panduan dan rujukan . Selain itu , ia juga boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk rakan-
rakan seperjuangan saya.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT DI DALAM DISIPLIN PENULISAN BAHASA MELAYU DI KALANGAN MURID TAHUN 4
Oleh :Puan Nor Azila binti Md. Nor
Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji masalah membina ayat di kalangan murid di
Tahun 4 Bestari . Seramai 11 orang murid terlibat dalam kajian ini. Selain itu , saya juga ingin
meningkatkan pemahaman mereka dalam aspek membina ayat yang betul dan lengkap .
Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui aktiviti di dalam kelas dan semakan latihan di dalam
buku latihan . Saya dapati terdapat beberapa kesilapan dalam pembinaan ayat iaitu dari segi
morfologi dan sintaksis. Saya juga mendapati bahawa murid kurang peka tentang penggunaan
kata hubung , pengimbuhan dan tanda baca dalam pembinaan ayat . Untuk mengatasi masalah
ini , saya telah menyediakan formula yang mudah untuk murid ini memperbaiki kemahiran
membina ayat iaitu murid perlu hafal formula yang diberikan. Hasilnya saya dapati , terdapat
peningkatan dalam pembinaan ayat oleh anak-anak murid saya ini. Saya juga berasa teruja
untuk meneruskan aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
1.0 LATAR BELAKANG KAJIAN:
Bahasa Melayu Penulisan terdiri daripada tiga item iaitu Bahagian A , bahagian B dan
Bahagian C . Bahagian A membina ayat yang lengkap dan gramatis. Kajian saya berkaitan
dengan masalah Bahagian A .Masalah membina ayat yang lengkap dalam penulisan terutama
dalam penulisan bahagian A akan mengganggu murid mendapat markah yang baik dalam
penulisan Bahasa Melayu. Selain itu , jika murid tidak dapat membina ayat dengan baik ,
menyebabkan murid juga tidak mampu untuk membina sebuah karangan yang baik dalam
penulisan bahagian B dan C. Masalah membina bina ayat ini dikesan semasa saya menyemak
latihan murid di dalam buku latihan penulisan. Saya dapati murid gagal membina ayat dengan
baik. Struktur ayatnya tidak tersusun dengan betul. Murid gemar menggunakan bahasa pasar
semasa menulis ayat. Tanda bacan yang ditulis tidak menepati ciri-ciri penulisan yang
sebenar. Berdasarkan refleksi pengajaran saya , saya dapati murid belum boleh membina ayat
secara gramatis dengan hanya melalui aktiviti perbincangan dalam kelas dan perbincangan
melalui kumpulan. Melalui aktiviti pembentangan hasil kerja murid dalam pembinaan ayat juga
tidak banyak membantu murid saya . Jadi , melalui perbincangan saya dengan rakan sealiran
juga termasuk guru pemeriksa kertas Penulisan Bahasa Melayu , saya disarankan
menggunakan formula SPPA iaitu subjek + predikat + penerangan ayat ( siapa - buat - dimana -
apa / bagaimana ) bagi mengatasi kelemahan murid ini.
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN
Saya memilih isu ini kerana berdasarkan tinjauan awal saya, saya dapati bahawa 11 orang
murid ini tidak boleh menulis ayat dengan baik sedangkan bacaan dan lisan yang dijalankan di
dalam kelas tidak mempunyai banyak masalah. Cuma apabila mereka mula menulis , mereka
gagal menyusun struktur dengan baik selain penggunaan kata yang kurang tepat. Oleh yang
demikian , saya terpanggil untuk membantu 11 orang murid ini memperbaiki kemahiran dalam
pembinaan ayat agar murid-murid ini tidak terus tercicir dalam aspek penulisan.
3 .0 OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian tindakan ini dijalankan , diharapkan agar dapat mencapai objektif
tersebut:
3.1 ) Objektif Am
Meningkatkan kemahiran murid untuk membina ayat dengan lengkap dan gramatis.
3.2 ) Objektif Khusus
Murid dapat memilih penggunaan kata yang sesuai untuk membina ayat.
Murid boleh membezakan penggunaan tanda baca dalam ayat.
Murid boleh menulis ayat yang lengkap serta gramatis berdasarkan kata kerja / rangkaikata
yang diberikan dengan baik.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan murid yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 11 orang murid Tahun 4
Bestari . 7 orang murid India dan 4 orang murid Melayu. Kumpulan sasaran ini terdiri daripada
6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal Masalah
Sebelum langkah-langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian tindakan , tinjauan
awal terhadap masalah yang dikenalpasti, Langkah-langkah telah dilakukan berdasarkan
pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra.
i ) Pemerhatian :
Saya telah memerhatikan tingkahlaku murid melalui sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Saya mendapati murid mempunyai masalah membina ayat secara gramatis. Pada
awalnya, saya merasakan murid belum biasa membina ayat secara gramatis kerana mereka
baru berada di tahap 2. Tetapi selepas beberapa minggu , murid masih lagi belum menguasai
cara untuk membina ayat secara gramatis.
ii ) Pemeriksaan buku latihan.
Setiap kali selesai sesi pengajaran dan pembelajaran , murid akan menyerahkan buku latihan
kepada saya. Setelah disemak , saya dapati murid belum dapat menguasai cara untuk
membina ayat secara gramatis. Mereka membina ayat selapis dan kadangkala ayat yang dibina
tiada kaitan dengan gambar yang diberkan ,
iii) Ujian pra.
Satu ujian diagnostik telah dijalankan kepada murid-murid tahun 4. Ia bertujuan menguji tahap
penulisan murid. Saya dapati hasil daripada ujian tersebut , murid tidak mahir untuk membina
ayat dengan baik. Kemudian , murid telah diberi uiian bulanan , namun 11 orang murid ini masih
gagal membina ayat secara gramatis.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil pemerhatian , pemeriksaan buku latihan dan ujian pra dapat dilihat melalui jadual data
yang di sediakan.
Senarai Rekod Pencapaian. (Jumlah markah = 10 M)BIL NAMA MURID Ujian
DiagnostikUjian
bulan Feb
1 Basker a/l Subramaniam 3 4
2 Danny Dave a/l Raman 4 4
3 Jaynishia a/p Bala 3 4
4 Justin a/l Fernendez 4 5
5 Kapil a/l Jaynesan 3 4
6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 4
7 Muhammad Isma bin Kamsan 4 5
8 Nurul Alina binti Yusof 4 4
9 Nurul Fatehah binti Fauzi 5 5
10 Sabrina a/p Ramandran 3 4
11 Zaidi bin Harun 3 4
Rajah 1 menunjukkan hasil ujian pra yang dijalankan kepada murid-murid. Data tersebut dibuat
sebelum pelaksanaan tindakan saya. Saya mendapati tahap penguasaan murid dalam
membina ayat gramatis masih lemah walau pun telah menjalani dua kali latihan.
5.3 Tindakan yang dijalankan.
Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah dilaksanakan dalam tempoh
tiga bulan melibatkan 11 orang murid khasnya dan 27 orang murid amnya. Pengajaran dan
pembelajaran ini dijalankan setiap hari Isnin kerana mempunyai 2 waktu bekembar.
Saya telah melaksanakan pengajaran kaedah bina pelan maklumat berdasarkan
gambar yang diberi dan kaedah kata tanya. Saya telah menggunakan kaedah ini semasa sesi
pengajaran selama 60 minit. . Saya menggunakan 1 waktu untuk murid memahami gambar ,
mencari maklumat atau kata kerja berkaitan gambar , bulatkan gambar dan catatkan kata kerja
yang sesuai dengan gambar. Kaedah ini saya panggil Kaedah Bulat dan Tarik . Dalam kaedah
ini ,murid perlu cari fahamkan situasi gambar , kemudian perlu cari aktiviti yang terdapatkan
dalam gambar. Kemudian , setelah kenalpasti maklumat , murid perlu bulatkan gambar dan
catat maklumat berkaitan gambar. Contoh : membajak , mengubah dan sebagainya. Pada
waktu yang kedua , guru , membimbing murid membina ayat menggunakan kata tanya ( siapa .
buat apa , di mana , bila / bagaimana )
Saya telah melaksanakan beberapa langkah pengajaran dan pembelajaran berkaitan
kaedah ini. Saya sediakan Rancangan Pengajaran bagi aktiviti ini.
Set Induksi : Beri penerangan tentang jenis gambar, kemudian bincang berkaitan gambar
yang ditunjukkan
Langkah 1 : Murid teliti keseluruhan gambar dan soal jawab berkaitan gambar
Langkah 2 : Murid mencari 5 kata kerja / aktiviti yang ada kaitan dengan kehendak soalan .
Kemudian bulatkan gambar tersebut serta catatkan pada gambar aktiviti yang telah
dikenalpasti.
Langkah 3 : Murid bina rangkaikata menggunakan kata tanya ( siapa , buat apa , di mana .
bila / bagaimana )
Langkah 4 : Latihan bina ayat gramatis perpandukan pelan maklumat yang telah dibina.
Penutup : Menyemak ejaan , struktur ayat dan kosa kata yang digunakan.
Berdasarkan rancangan harian , saya memulakan pengajaran dengan menyatakan
jenis gambar yang akan murid temui. Bincangkan secara ringkas sebagai pengenalan murid.
Seterusnya pada langkah yang pertama , saya meminta murid meneliti keseluruhan
gambar dan fahamkan situasi gambar. Kemudian, murid mencari 5 perbuatan / aktiviti yang ada
kaitan dalam gambar. Bulatkan gambar tersebut dan catatkan kata kerja yang sesuai dengan
gambar.
Langkah seterusnya , saya telah meminta murid membina rangkaikata berpandukan
kata kerja ( siapa - buat apa - di mana - bila /bagaimana )
Contoh: soalan : siapa di dalam gambar ?
jawapan : Pak Kassim
soalan : sedang buat apa ?
jawapan : membanting padi.
soalan : di mana ?
jawapan : di sawah padi / di bendang
soalan : bila ?
jawapan : di musim menuai.
Langkah yang terakhir , saya telah memberi latihan untuk menulis ayat secara gramatis kepada
murid-murid. Kami juga membimbing murid ini secara individu dari segi pemilihan kosa kata
yang sesuai dan tepat agar ayat yang dibina lebih gramatis.. Setelah siap membina 5 ayat ,
murid diminta menyemak ejaan , tanda baca dan sebagainya.
Contoh ayat gramatis : Pak Kasim sedang membanting padi yang sudah masak di
bendang semasa musim menuai.
Saya telah melaksanakan kaedah ini setiap kali menjalankan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan penulisan bahagian A mulai penghujung Julai 2012
sehinggalah penghujung bulan Oktober 2012. Sepanjang tempoh itu , saya telah mengadakan 3
kali siri ujian. Ujian ini dijalankan pada setiap penghujung bulan dalam tempoh pelaksanaan
kajian ini. Ia bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah yang digunakan bagi mencapai
objektif kajian dalam penulisan Bahasa Melayu.
5.4 Dapatan Kajian
Saya telah mengumpul pengskoran markah murid hasil daripada 3 siri ujian yang telah
dijalankan. Markah-markah tersebut telah dicatatkan dalam jadual yang disediakan. Jadual ini
merupakan borang Analisa berkaitan dengan hasil ujian murid.
BIL NAMA MURIDJENIS UJIAN
Ujian 1 Ujian 2 Ujian 3
1 Basker a/l Subramaniam 5 7 9
2 Danny Dave a/l Raman 6 6 9
3 Jaynishia a/p Bala 6 7 10
4 Justin a/l Fernendez 7 8 10
5 Kapil a/l Jaynesan 5 7 8
6 Kirthana a/p Vinod Kumar 4 5 7
7 Muhammad Isma bin Kamsan 7 8 10
8 Nurul Alina binti Yusof 6 7 9
9 Nurul Fatehah binti Fauzi 7 8 10
10 Sabrina a/p Ramandran 7 7 9
11 Zaidi bin Harun 7 8 10
Berdasarkan jadual pengskoran ini , saya dapati ada peningkatan markah bagi murid-murid
tersebut. Seramai 10 orang iaitu 91% murid berada ditahap cemerlang manakala hanya
seorang murid sahaja iaitu 9 % berada di tahap baik. Ini menunjukkan satu peningkatan yang
amat ketara,
Saya juga menemubual dua orang murid berkaitan hasil pengajaran -pembelajaran yang
telah dijalankan.
Cikgu : Fatehah , cikgu lihat , skor markah kamu sangat cemerlang dan
meningkat setelah belajari melalui kaedah dan teknik ini.
Fatehah : Ya cikgu . Saya semakin faham bagaimana hendak membina ayat
dengan baik. Kaedah ini sangat membantu saya , cikgu!
Cikgu : Kirthana , nampaknya skor awak pada tahap baik berbanding rakan-rakan
kamu yang berada di skor cemerlang. Awak masih ada masalah dengan
penggunaan kaedah ini ?
Kirthana : Tidak cikgu, Saya faham bagaimana untuk membina ayat dengan lebih baik.
Cuma kosa kata saya sahaja yang masih lagi kurang.
Cikgu : Tidak mengapa Kirthana , apa yang penting , kamu perlu banyak membaca
untuk menambahkan kosa kata kamu.
5.5 Refleksi Kajian.
Berdasarkan kajian yang dilakukan ke atas murid , kaedah yang telah dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu impak yang positif. Peningkatan skor
markah murid ketara meningkat. Ini menunjukkan kaedah yang dilaksanakan sangat
bersesuaian danberkesan. Murid semakin yakin untuk membina ayat yang gramatis. Daripada
tinjauan yang dibuat , murid telah mengikut kaedah yang dipelajari.Murid tidak lagi memerlukan
masa yang lama untuk mendapatkan maklumat dan membina ayat yang gramatis. Saya juga
melihat murid seronok apabila saya menyatakan bahawa hari ini saya akan membuat latihan
penulisan bahagian A. Tiada lagi rungutan yang kurang ebak didengari daripada nmurid-murid
saya.
Sebagai seorang guru , saya merasakan suatu kejayaan yang besar apabila saya
melihat peningkatan skor murid-murid saya yang lemah. Kajian dan strategi serta kaedah yang
diberikan sangat bersesuaian dengan murid . Pada pandangan saya , murid ini mampu
melakukan sesuatu perkara itu dengan baik asalkan mereka mendapat panduan dan cara yang
betul untuk membina ayat dengan baik. Saya juga telah dapat membaiki kelemahan saya
dalam pengajaran dan pembelajaran.
5.6 Cadangan Kajian Tindakan Seterusnya.
Secara keseluruhan , kajian ini berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Pencapaian murid
semakin baik walaupun bukan 100%. Namun begitu , usaha diteruskan agar murid mahir
sehingga mereka boleh membina ayat dengan gramatis semasa UPSR nanti. Saya juga akan
menggunakan pendekatan ini untuk membimbing murid dalam penulisan bahagian B. Ini
kerana langkah dan caranya sama iaitu untuk membina ayat dengan baik.
Sebagai kesimpulan , kajian tindakan yang saya lakukan ini sangat memberi manfaat kepada
murid untuk meningkatkan prestasi khususnya dan memberi kelebihan kepada guru untuk
memperbaiki pengajaran amnya. Saya berharap hasil kajian saya ini boleh diguna pakai oleh
rakan-rakan saya nanti.
Rujukan :
Abdul Rahman Abd Majid ( 2007 ) Guru Sebagai Penyelidik , Kuala Lumpur , PTS
Profesional Publishing Sdn Bhd.
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia , Modul Kajian
Tindakan Teknologi Pendidikan
Bahagian Perancangan , Penyelidikan Dasar Pendidikan : Panduan Asas Menulis
Laporan Kajian Tindakan , Kementerian Pelajaran Malaysia
Sulaiman Masri , Abdullah Yusof , Mohd Ra’in Shaari (2006), Bahasa Melayu : Dimens
Pengajaran dan Pembelajaran ,Kuala Lumpur , Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (2011) Pengajaran , Teknologi dn Penaksiran 2 KPD
3026.
http:// pengajaranbahasamelayu.blogspot.com
http:// mariasalamperpaduan .blogspot.com
http://eilahasnor.blogspot.com/p/kajian-tindakan.html
Kajian TindakanMENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEMBANGKAN ISI KARANGAN (BERBENTUK UMUM – LANGKAH – LANGKAH ) TINGKATAN 2 DENGAN KAEDAH RAJAH
1.0 REFLEKSI
Penulisan karangan menjadi sukar kerana pelajar –pelajar hari ini kurang mempunyai kemahiran mengembangkan isi karangan. Sebagai akibatnya, isi soalan karangan yang berbentuk umum ( langkah-langkah ) sukar di kembangkan/dihuraikan oleh para pelajar dalam masa yang cepat dengan baik. Hal ini merupakan dapatan pemerhatian saya terhadap pelajar 2KT1 hasil analisis ujian bulanan yang pertama.
Bagaimana pelajar saya boleh mengembangkan isi karangan? Semua ini telah menjadi dorongan kepada saya untuk menjalankan kajian tindakan ini.
2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN
Saya mendapati semua pelajar 2KT1 tidak dapat mengembangkan isi karangan dengan baik dalam ujian 1 yang lepas atau melepasi markah 50% Walaupun mereka mengetahui isi karangan. Masalah ini jika tidak diatasi akan menyebabkan pelajar tidak dapat menulis karangan dengan baik dalam masa yang ditetapkan.
Oleh itu, saya yakin sekiranya pelajar dapat mengingat akronim tertentu, maka pasti pelajar dapat menjawab soalan tentang “langkah - langkah” dan sinonim dengannya. Hal ini akan meningkatkan keyakinan dan keseronokkan pelajar menulis atau mengarang seterusnya meningkatkan prestasi mata pelajaran bahasa Melayu kertas penulisan.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menghurai isi karangan yang berbentuk umum ( langkah-langkah ) dan sinonim dengannya.
3.2 Objektif Khusus
Kajian ini bertujuan untuk membantu para pelajar mengembangkan isi / fakta tentang soalan karangan berbentuk umum ( langkah-langkah ) dan sinonim dengannya.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Satu kelas iaitu Tingkatan 2KT 1 yang terdiri daripada 15 orang pelajar telah diambil sebagai responden kajian. Pelajar yang terlibat dikategorikan kepada 3 kategori iaitu;
• 5 orang – pelajar yang boleh menulis karangan secara biasa tanpa bantuan guru.• 5 orang – pelajar yang boleh menulis karangan secara biasa dengan bantuan guru pada tahap minimum.
• 5 orang – pelajar yang boleh menulis karangan secara biasa dengan bantuan guru sepenuhnya.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
Kajian Tindakan ini melibatkan empat fasa iaitu fasa tinjauan masalah, fasa analisis tinjauan masalah, fasa tindakan dan fasa refleksi. Kajian ini akan dijalankan selama 4 minggu dengan pengawasan pengkaji. Antara instrument kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah :
5.1. Ujian Pre Kemahiran mengembangkan isi soalan berbentuk umum ( langkah-langkah )5.2. Kemahiran menggunakan Kaedah Rajah5.3. Ujian Post kemahiran mengembangkan isi soalan umum ( langkah-langkah )
6.0 TINJAUAN MASALAH
6.1 Pemerhatian
Saya akan menyemak latihan yang diberi kepada pelajar. Jika ada kesilapan, pelajar akan diminta membuat pembetulan dan hantar semula latihan tersebut kepada saya.
6.2 Ujian Pra Kemahiran Mengembagkan Isi Soalan Umum ( langkah – langkah )
Kemahiran mencari fakta karangan soalan umum ( langkah-langkah ) .
Soalan : Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah mengatasi masalah kemalangan jalan raya hari iniSampel diminta mencari dan mengembangkan isi soalan ini.
7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
7.1 Analisis Pemerhatian
Pelajar mengambil masa yang lama ( hampir 1jamt untuk mengembangkan sekurang-kurangnya 3 isi tajuk karangan yang di beri)
7.2 Analisis Ujian Pra
Semua sample yang terlibat mengambil masa yang lama (lebih kurang 1jam ) untuk mengembangkan isi karangan;
- 6 orang dapat mengembangkan 3 isi karangan pada tahap sederhana- 4 orang dapat mengembangkan 2 isi pada tahap sederhana- 4 orang dapat mengembangkan 1 isi pada tahap sederhana- Seorang tdapat mengembangkan 2 isi pada tahap lemah
8.0 TINDAKAN YANG DICADANGAKAN
8.1 Kaedah Rajah
Kaedah ini telah digunakan dan dipilih memandangkan ia dapat menarik perhatian dan minat pelajar. Justeru proses
memahami dan mengingat menjadi mudah Antara Langkah 8.1 Guru Menyebut akronim “KISMme” dan pelajar diminta mengikutnya
8.2 Guru memperkenalkan maksud setiap huruf ;
K – KERAJAANI - IBU BAPA S – SEKOLAHM – MASYARAKATme –MEDIA MASSA
8.3 Pelajar kemudian ditanya dengan soalan ;
Apakah yang dapat dibuat oleh (KISMme ) ?Bagaimana caranyaApakah contohnya ?
8.4 Guru dan pelajar berbincang kaitan rajah di bawah dengan soalan yang diajukan
K - K APA/ BAGAIMANA /CONTOH- U
I - A APA / BAGAIMANA / CONTOH- M
S - K APA / BAGAIMANA /CONTOH - K
M - KJ APA / BAGAIMANA /CONTOHKMe – PTI APA / BAGAIMANA /CONTOH
8.4 Pelajar dikehendaki menulis jawapan daripada soalan yang diberi
9.0 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 23 Mac 20082. Merancang tindakan 24 Mac 20083. Menulis proposal kajian 24 Mac 20084. Melaksanakan kajian tindakan (aktiviti 1 ) 3 April 20085. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 1 ( dalam panitia ) 3 April 20086. Melaksanakan tindakan ( aktiviti 2 ) 9 April 20087. Membincangkan masalah yang timbul dalam aktiviti 2 ( dalam panitia ) 9 April 20088. Ujian untuk mengesan pencapaian pelajar 17 April 20089. Refleksi kajian 17 April 200810. Menulis laporan kajian 21 April 200811. Pembentangan dapatan kajian 28 April 2008
10.0 KOS KAJIANKERTAS A 4 = 1 RIM ( RM 8.50 )
11.0 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN
Fasa pelaksanaan tindakan ini melibatkan dua kali perjumpaan bersama pelajar. Kaedah rajah dan penjelasan langkah – langkah pelaksanaannya digunakan untuk pertama kali. Selepas analisis dan refleksi dijalankan, Kaedah ini diulang semula untuk perjumpaan kali kedua.
Akhir sekali Ujian Post Kemahiran MENGEMBANGKAN isi karangan berbentuk umum ( langkah-langkah ) dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah ini.
12.0 REFLEKSI KESELURUHAN
Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah akronim dapat meningkatkan kemahiran mengembangkan isi karangan berbentuk umum ( langkah –langkah dan yang sinonimnya) dalam masa yang singkat. Hal ini kerana pelajar yang dapat mencari kata kunci mengembangkan isi karangan yang tepat dan cepat, akan membantu mereka mengarang dengan baik atau sekurang-kuranngnya menepati kehendak soalan.
13.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Untuk kajian seterusnya, saya berharap dapat mengembangkan kaedah rajah ini dalam tajuk karangan yang lain. Selain itu, saya akan memilih akronim yang mudah dingat dan sesuai dengan pelajar.
BIBLIOGRAFIIshak Haron (1979), Panduan Pengajaran Mengajar Bahasa Malaysia di Sekolah Menegah : Satu “ conceptual Framework” dalam Penulisan Karangan : DBP
http://muhamadaliharun.blogspot.com/2010/09/kajian-tindakan.html
KAJIAN TINDAKAN
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN DAN LAPORAN KAJIAN
TINDAKAN
(PERINGKAT SEKOLAH UNTUK DISIMPAN DALAM FAIL PANITIA)
Nama pengkaji : TUMINAH BINTI BAHAROM
Tajuk Kajian:MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN
YANG
MENEPATI KEHENDAK SOALAN DENGAN MENGGUNAKAN KAAEDAH
JADUAL
4 AYAT.
MEREFLEK
Saya mengajar di kelas 5 INTELEK bagi mata pelajaran BAHASA MELAYU
Masalah utama bagi pelajar saya ialah MEREKA TIDAK DAPAT MENGHASILKAN PENDAHULUAN
KARANGAN YANG MENEPATI ARAHAN SOALAN.
Hal ini dapat dibuktikan daripada SEMAKAN HASIL KERJA MURID DAN KEPUTUSAN UJIAN ULANG
KAJI 1.
(pemerhatian tingkah laku murid / semakan latihan murid/ keputusan ujian/temubual ( sekurang-
kurangnya daripada dua sumber data) di dalam kelas semasa saya mengajar.
Analisis yang didapati daripada HASIL KERJA MURID adalah seperti berikut :
1.TIDAK MEMULAKAN AYAT DENGAN FRASA MENARIK-
2.PELAJAR TIDAK MENULIS AYAT UMUM YANG TEPAT BERKAITAN ISU YANG DIMINTA DALAM
SOALAN-
3.PELAJAR TIDAK MENULIS AYAT SOKONGAN YANG TEPAT DAN MENARIK-
4.PELAJAR TIDAK MENULIS AYAT ARAH YANG MENJURUS KEPADA KEHENDAK ARAHAN
SOALAN.-
Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menjawab soalan ujian-
UJIAN ULANG KAJI 1
ISU DALAM SOALAN-BULI
KEHENDAK SOALAN –PERANAN REMAJA
KESILAPAN PELAJAR-
1.TIDAK MEMULAKAN AYAT DENGAN FRASA MENARIK
2. TIDAK MENULIS AYAT UMUM YANG TEPAT BERKAITAN ISU YANG DIMINTA DALAM
SOALAN-
3. TIDAK MENULIS AYAT SOKONGAN YANG TEPAT DAN MENARIK-
4. TIDAK MENULIS AYAT ARAH YANG MENJURUS KEPADA KEHENDAK ARAHAN
SOALAN.-
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka
TIDAK MEMPUNYAI KEMAHIRAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN MENEPATI ARAHAN
SOALAN.
Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana MENGANGGAP PELAJAR TELAH
MENGUASAI KEMAHIRAN MENULIS PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI KEHENDAK
SOALAN DI TINGKATAN 4 DAN MENGABAIKAN PEMBELAJARAN MASTERI.
FOKUS KAJIAN
Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan /menguasai kemahiran
(a)MENULIS PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI ARAHAN
SOALAN.
(b) MENULIS PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YAG MENARIK DAN RELEVAN
DENGAN ISU YANG MENJADI FOKUS SOALAN.
Jika perkara ini tidak ditangani segera, masalah ini akan menjadi lebih serius, murid akan
terusMENGHASILKAN PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG TIDAK MENEPATI
ARAHAN SOALAN
Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah KARANGAN YANG
CEMERLANG keranaPENDAHULUAN KARANGAN MENJADI PENGENALAN KEPADA SESEBUAH
KARANGAN YANG DITULIS SAMA ADA MENEPATI ARAHAN SOALAN ATAU TIDAK DAN
PENDAHULUAN KARANGAN JUGA MENJADI PANDUAN KEPADA PENGHURAIAN ISI
KARANGAN.
Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba MEMBIMBING PELAJAR SAYA MENGHASILKAN
PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI ARAHAN SOALAN
Objektif kajian :-
Secara amnya akan dapat membantu pelajar MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG
MENEPATI ARAHAN SOALAN.
Secara khususnya :-
1. Pelajar akan dapat menggunakan frasa menarik yang sesuai untuk pendahuluan karangan
2. Pelajar akan dapat menulis ayat umum yang relevan dengan isu yang menjadi fokus dalam
soalan.
3. Pelajar akan dapat menggunakan ayat sokongan yang sesuai bagi menyokong ayat umum.
4. Pelajar akan dapat menulis ayat arah yang menepati kehendak arahan soalan
4. Guru akan dapat menggunakan kaedah pengajaran menulis pendahuluan karangan yang
mudah dan tepat.
Kajian ini melibatkan 31 ORANG PELAJAR 5 INTELEK
MERANCANG
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Bilangan aktiviti/intervensi adalah bergantung pada masalah
yang guru
hadapi dan cara guru menyelesaikannya. Apa yang penting di sini setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang akan
dijalankan
perlu dipejelaskan jenis dan pelaksanaannya dengan terperinci.
Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah :
1.PEMERHATIAN SIKAP PELAJAR KETIKA BELAJAR PENULISAN KARANGAN
2.PEMERHATIAN HASIL KERJA MURID
3.UJIAN PRA-MENULIS PEMERENGGANAN PENDAHULUAN KARANGAN
BERDASARKAN 10
SOALAN KARANGAN.
Analisis Tinjauan masalah:
(Jadual/statistik/peratus)
Tindakan yang akan saya dijalankan ialah :-
i. Aktiviti 1 : MENGENAL PASTI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN
ii. Aktiviti 2 : MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN
iii. Aktiviti 3 : MEMILIH DAN MENCANTUMKAN AYAT MENJADI PEMERENGGANAN
PENDAHULUAN KARANGAN DARI JADUAL 4A
iv. Aktiviti 4: Ujian Pos.
BERTINDAK
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini
(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)
Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut ……………………………………..
Aktiviti 1: MENGENAL PASTI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN
Langkah 1: SAYA MEMBERIKAN 10 SOALAN KARANGAN SPM
Langkah 2 : SAYA MEMINTA PELAJAR MEGGARISKAN ISU YANG MENJADI FOKUS SOALAN
Langkah 3: SAYA MEMBERIKAN RENCANA BERKAITAN ISU YANG MENJADI FOKUS SOALAN
Langkah 4: SAYA MEMINTA PELAJAR MENGGARISKAN AYAT-AYAT PENTING BERKAITAN ISU
YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN
Langkah 5: SAYA MEMINTA PELAJAR MENYALIN AYAT-AYAT YANG DIGARISKAN BERKAITAN
DENGAN ISU YANG TERDAPAT DALAM ARAHAN SOALAN
Pemerhatian menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:
-MEMBANTU PELAJAR MEMAHAMI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN
-MEMBANTU PELAJAR MEMBINA AYAT UMUM YANG BERKAITAN DENGAN ISU YANG MENJADI
FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN.
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa;
PELAJAR MUDAH MEMAHAMI ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN DAN
DAPAT MEMBINA AYAT UMUM YANG TEPAT DENGAN ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM
ARAHAN SOALAN.
Aktiviti 2 : MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN
Langkah 1 : SAYA MEMBERIKAN 10 SOALAN KARANGAN SPM
Langkah 2 : SAYA MEMINTA PELAJAR MENGGARISKAN AYAT ARAHAN YANG TERDAPAT
DALAM SOALAN
Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:
-MEMBANTU PELAJAR MENGENAL PASTI KEHENDAK SOALAN
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa:
PELAJAR AKAN DAPAT MENULIS AYAT ARAH YANG TEPAT BERDASARKAN KEHENDAK
SOALAN DAN DAPAT MENULIS KARANGAN YANG MENEPATI TUGASAN YANG DIBERIKAN.
Aktiviti 3 : MEMILIH DAN MENCANTUMKAN AYAT MENJADI PEMERENGGANAN
PENDAHULUAN KARANGAN DARI JADUAL 4A
Langkah 1 : SAYA MEMPAMERKAN JADUAL 4A SEBAGAI PANDUAN KEPADA PELAJAR
Langkah 2 : SAYA MEMINTA PELAJAR MEMILIH AYAT MENARIK YANG BOLEH DIJADIKAN
PENDAHULUAN DARIPADA JADUAL 4A
Langkah 3 :SAYA MEMINTA PELAJAR MEMASUKKAN AYAT UMUM YANG BERKAITAN DENGAN
ISU YANG MENJADI FOKUS DALAM ARAHAN SOALAN
Langkah 4: SAYA MEMINTA PELAJAR MEMILIH SEKURANG-KURANGNYA SATU AYAT
SOKONGAN YANG TERDAPAT DALAM JADUAL 4A
Langkah 5: SAYA MEMINTA PELAJAR MEMILIH AYAT ARAH YANG TERDAPAT DALAM JADUAL
4A
Langkah 6: SAYA MEMINTA PELAJAR MENCANTUMKAN SEMUA AYAT YANG DIPILIH DARIPADA
JADUAL 4A DAN MENJADIKAN SATU PEMERENGGANAN PENDAHULUAN
KARANGAN YANG GRAMATIS DAN MENEPATI ARAHAN SOALAN.
Pemerhatian menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:
-MENARIK MINAT PELAJAR TERHADAP PENULISAN KARANGAN
-MEMBANTU PELAJAR MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN DENGAN MUDAH DAN
TEPAT
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa:
PELAJAR AKAN DAPAT MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI
KEHENDAK DALAM ARAHAN SOALAN DENGAN MUDAH DAN PELAJAR LEBIH BERMINAT
DENGAN P& P YANG DIJALANKAN SEKIRANYA DIBERIKAN KAEDAH YANG MUDAH DIFAHAMI.
AKTIVITI 4: UJIAN POS
UJIAN INI DIJALANKAN BERTUJUAN UNTUK MELIHAT PENCAPAIAN MURID. KERTAS UJIAN
POS DISEDIAKAN, PELAJAR DIKEHENDAKI MENJAWAB SEMUA SOALAN. KERTAS UJIAN INI
MENGANDUNGI 5 SOALAN YANG MEMBAWA PEMBERIAN MARKAH SEBANYAK 50 MARKAH.
PELAJAR HANYA PERLU MENULIS PERENGGAN PENDAHULUAN KARANGAN SAHAJA. MASA
YANG DIBERIKAN KEPADA PELAJAR UNTUK MENJAWAB SOALAN SELAMA 30 MINIT.
Pemerhatian menunjukkan bahawa kaedah ini/ aktiviti ini:
Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila ujian pos dijalankan menunjukkan bahawa:
DAPATAN UJIAN POS MENUNJUKKAN TERDAPAT PENINGKATAN PENCAPAIAN PELAJAR. JIKA
DALAM UJIAN PRA ADA MURID YANG GAGAL TETAPI DALAM UJIAN POS SEMUA PELAJAR
LULUS MALAH PERATUS PENCAPAIAN SETIAP GRED JUGA MENINGKAT.
PELAJAR MEMULAKAN AYAT DENGAN FRASA MENARIK DAN PELAJAR DAPAT MENULIS AYAT
UMUM YANG TEPAT BERKAITAN ISU YANG DIMINTA DALAM SOALAN. AYAT SOKONGAN YANG
TEPAT DAN MENARIK JUGA DIGUNAKAN DAN PELAJAR DAPAT MENULIS AYAT ARAH YANG
MENJURUS KEPADA KEHENDAK ARAHAN SOALAN.
(Melaksanakan perubahan.(tindakan/rawatan)Sesi rawatan atau tindakan ini mungkin melibatkan beberapa masa
p&p biasa.
Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh guru sendiri. Catat segala
tindakan
dan buat refleksi bagi setiap aktiviti semasa pelasanaan)
MEMERHATI
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini
(Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/diari)
Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan,saya mendapati, KAEDAH 4A
yang diperkenalkan kepada pelajar 5 INTELEK .merupakan kaedah yang mudah, efektif dan menarik
minat pelajar.
Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan
yang SUNGGUH MENGGALAKKAN. PELAJAR SAYA DAPAT MENGHASILKAN PEMERENGGANAN
PENDAHULUAN KARANGAN YANG MENEPATI ARAHAN SOALAN DENGAN LEBIH MUDAH DAN
MEREKA LEBIH BERSEDIA UNTUK MENGHASILKAN KARANGAN.
CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.
Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa
masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya
dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian
yang seterusnya berkaitan bahagian penulisan karangan.
http://cikgutum.blogspot.com/2012/05/panduan-asas-menyediakan-kertas.html