Kajian Tindakan Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Mengenal Pasti Penboleh Ubah
-
Upload
boboygatsu -
Category
Documents
-
view
4.703 -
download
4
description
Transcript of Kajian Tindakan Meningkatkan Pencapaian Pelajar Dalam Mengenal Pasti Penboleh Ubah
TAJUK
KAJIAN TINDAKAN UNTUK MENINGKATKAN KEBOLEHAN PELAJAR
TAHUN 4 ARIF UNTUK MENGENAL PASTI PEMBOLEH UBAH DENGAN
MENGGUNAKAN KAEDAH UJIKAJI “FAIR TEST”, DI SEKOLAH
KEBANGSAAN BUKIT MEWAH JOHOR BAHRU, JOHOR
1.0.PENDAHULUAN
1.1.Pengenalan
Pada fasa ke tiga praktikum, pengkaji telah melakukan latihan mengajar di
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah, Johor Bahru. Di sekolah ini pengkaji
telah diberi mandat untuk mengajar mata pelajaran sains tahun 4. Semua pelajar di
tempatkan berdasarkan pencapaian akedemik mereka pada peperiksaan akhir tahun
semasa mereka belajar di tahun 3. Sebagai seorang guru pelatih, pengkaji telah diberi
kepercayaan untuk mengajar kelas yang pertama iaitu kelas 4 Arif.
Berdasarkan perbincangan pengkaji bersama guru kelas empat Arif, beliau
menyatakan sebahagian besar pelajar berasal dari keluarga kelas pertengahan dan
kebanyakan dari mereka tidak menghadiri kelas tuisyen. Oleh itu, apa yang dapat
pengkaji simpulkan di sini adalah kebanyakan pelajar hanya bergantung pada
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 1
pengajaran dan pembelajaran sains di dalam kelas yang hanya berjumlah enam waktu
dalam seminggu.
1.1.Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Sebahagian besar pelajar di sekolah ini adalah penutur bahasa melayu yang
mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang agak sederhana. Hal ini kerana
mereka tidak bertutur menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian
mereka di luar waktu persekolahan. Dari segi pencapaian akedemik pelajar 4 Arif ini
dikatagorikan sebagai pelajar yang pandai kerana mereka belajar di kelas yang
pertama. Bagaimamapun dari segi pencapaian mereka dalam subjek sains tahun 4
boleh dikategorikan sebagai agak rendah kerana berdasarkan ujian PKSR (Penilaian
Tahap Kecekapan Sekolah Rendah) satu hanya empat pelajar (11%) yang mendapat
A dalam sains.
Sebelum ini pengkaji telah mengajar pelajar tentang definisi pemboleh ubah
dan beberapa kata kunci untuk mengenal pasti pemboleh ubah. Pengkaji juga telah
melaksanakan kelas ulang kaji dan mengajar kembali beberapa topik agak sukar
dengan menyediakan contoh soalan yang dikira dapat membantu mereka menjawab
soalan di dalam peperiksaan. Bagaimanapun sesuatu yang mengejutkan telah berlaku
semasa peperiksaan PKSR tahun 4, pengkaji telah dipanggil oleh guru yang
mengawasi ujian ini kerana sebahagian pelajar meninggalkan ruang jawapan tanpa
mengisi sebarang jawapan untuk soalan di bahagian B.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 2
Selepas proses penandaan kertas soalan siap, pengkaji agak terkejut kerana
pelajar masih gagal menjawab soalan di bahagian B walaupun pengkaji telah
memberi tunjuk ajar dan member panduan kepada mereka semasa ujian berlangsung,
mereka masih gagal untuk menjawab soalan yang berkaitan pemboleh ubah dan
masalah yang sama tetap juga berulang.
Hasil daripada pemerhatian yang telah dijalankan pengkaji mendapati bahawa
pelajar tidak didedahkan dengan teknik yang betul dalam menjawab soalan di
bahagian B. Sebahagian pelajar dapat menjawab soalan yang diajukan secara
langsung mengenai topik sains yang yang mereka telah pelajari bagaimanapun
mereka masih mempunyai masalah untuk menjawap soalan yang berkaitan dengan
konsep sains di soalan Bahagian B seperti tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah,
membina hipothesis dan membuat kesimpulan bagi ujikaji. Setelah diamati secara
mendalam punca kegagalan mereka dalam menjawab bahagian B adalah kerana
mereka tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah yang betul berdasarkan soalan.
Oleh itu pengkaji perlu memikirkan satu pendekatan baru atau mengubahsuai
gaya mengajar supaya dapat membantu pelajar untuk meningkatkan kompetensi
mereka dalam pembelajaran sains sekaligus meningkatkan pencapaian mereka dalam
ujian sains.
Graf pencapaian sains bagi pelajar tahun empat di Sekolah Taman Bukit
Mewah juga merosot kerana hanya empat daripada 37 orang pelajar yang mendapat
A untuk subjek sains dan ini juga menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang
mendapat A bagi subjek sains juga adalah empat orang dari jumlah keseluruhan 106
pelajar. Bahasa tidak menjadi masalah dalam penilaian ini kerana soalan ditulis dalam
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 3
dwibahasa. Berdasarkan pengalaman ini pengkaji telah mengenalpasti masalah
pelajar dan pengkaji perlu mencari strategi pengajaran baru untuk menolong pelajar
meningkatkan kemahiran mereka dalam mengenalpasti pemboleh ubah. Keputusan
PKSR nyata telah memberi kesedaran kepada pengkaji untuk menggunakan
pendekatan yang baru dalam meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengenalpasti
pemboleh ubah di dalam ujikaji.
Pada pendapat pengkaji, pelajar jarang didedahkan dengan ujikaji atau
eksperimen dan ini mungkin mengakibatkan mereka mempunyai masalah untuk
menjawab soalan di bahagian B terutamanya soalan yang berkaitan dengan
mengenalpasti pembolehubah. Sekiranya pengkaji tidak berusaha untuk membaiki
kelemahan pengkaji sudah pasti akan mengakitkan para pelajar tidak dapat untuk
meningkatkan markah mereka di dalam subjek sains dan akan merosakkan prestasi
pencapaian sekolah.
Disebabkan peristiwa ini pengkaji telah meneliti sukatan matapelajaran bagi
tahun 4 dan telah mendapati bahawa objektif dan hasil pembelajaran adalah berfokus
kepada menyatakan, mengenalpasti, menerangkan, memperihalkan dan meramal.
Banyak dari topik di dalam sukatan pelajaran ini boleh dikaitkan dengan ujikaji. Oleh
sebab itu pengkaji telah mengambil keputusan untuk menggunakan ujikaji (Fair
Test), sebagai kaedah untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran
mengenalpasti pembolehubah.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 4
1.2.Tinjauan Litaratur
Dalam sorotan litaratur ini pengkaji akan memaparkan sedutan dapatan dari
pembacaan yang telah dibuat.
1.2.1.Kemahiran Proses Sains
Perlaksanaan kurikulum baru telah bermula sepenuhnya pada tahun 2003
untuk tahun satu dan tahun empat (sekolah rendah), tingkatan satu, tingkatan empat
dan tingkatan enam rendah (sekolah menengah) dan matrikulasi. Perubahan dalam
sistem pendidikan ini telah membawa kepada perubahan di dalam sukatan
matapelajaran. Kurikulum baru sains ini menekankan tiga aspek major iaitu
pemerolehan ilmu pengetahuan, penguasaan proses sains dan penerapan nilai moral di
kalangan pelajar yang perlu diterapkan dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Kebolehan mengaplikasikan kemahiran proses sains amat ditekankan di dalam
kurikulum KBSR untuk subjek sains. Penguasaan kemahiran proses sains akan
membantu pelajar untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan proaktif dalam
menyelesaikan masalah. Oleh itu dapat dinyatakan bahawa kemahiran proses sains
merupakan asas dalam mempelajari sains. Dalam sains sebelum menyatakan inferens,
membuat hipothesis, melakukan ujikaji dan kesimpulan adalah penting untuk pelajar
mengenal pasti pemboleh ubah yang terlibat. Jadi adalah amat penting bagi guru
untuk mengajar pelajar bagaimana caranya untuk mengenal pasti dan mengawal
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 5
pemboleh ubah dengan betul semasa menjalankan ujikaji untuk mendapatkan
keputusan yang persis dan tepat.
Di sekolah rendah, kemahiran proses sains adalah selalu diabaikan. Hackling
dan Garnett (1991) menyatakan bahawa pelajar di semua peringkat sering
menunjukkan peningkatan kemahiran seperti analisis, merancang dan menjalankan
ujikaji. Beliau menyatakan bahawa membuat ujikaji bukan sekadar menggunakan
alatan sebaliknya ianya adalah proses untuk menjana maklumat. Disebabkan itu
kemahiran proses sains dan pembelajaran sains perlu diintergrasikan dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Sains boleh dianggap sebagai logik atau cara untuk menyelesaikan masalah
yang diperhatikan (Norris, S. P, 1984). Bagaimanapun sebelum menguasai kemahiran
proses sains, kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan oleh sains. Ahli
psikologi menyatakan sains ada satu proses atau cara untuk menghasilkan ilmu.
Sebagai asas kepada tuntutan ini, guru yang mengajar disekolah rendah hendaklah
dilengkapkan dengan kemahiran proses sains dan menekankan aktiviti yang bersifat
berpusatkan alatan yang disesuaikan dengan keperluan murid. Salah satu daripadanya
adalah melalui ujikaji “Fair Test” yang mudah.
Dalam era globalisasi ini, masyarakat telah menuju ke arah kehidupan yang
lebih kompleks dan pelbagai persoalan baru yang timbul. Kebolehan untuk mengusai
kemahiran proses sains terutamanya mengawal pemboleh ubah, akan meningkatkan
keupayaan dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri pelajar itu sendiri. Ini
adalah kerana kemahiran proses sains bukan hanya bertindak sebagai sokongan untuk
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 6
inkuiri-penemuan (inquiry discovery) tetapi juga memainkan peranan untuk
mengkordinasi teori dan bukti (Kuhn 1993).
Terdapat banyak kajian yang menyatakan bahawa terdapat segelintir guru
yang tidak mengamalkan kurikulum KBSR secara berkesan seperti yang telah
dirancang. Sebagai contoh, kajian yang telah dijalankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia(2002) telah menunjukkan bahawa guru kerap kali terikat dengan kaedah
pengajaran yang lama iaitu berpusatkan guru tanpa memberi peluang kepada pelajar
menggunakan penglibatan domain pengetahuan, afektif dan juga psikomotor.
Kebanyakan guru masih menggunakan kaedah tradisi dan dalam pengajaran sains,
guru masih menggunakan papan tuli s dan mendengar syarahan yang diberikan guru
tanpa berpeluang mengaplikasikan apa yang mereka belajar didalam kelas.
Oleh itu adalah amat penting bagi guru untuk menguasai 12 kemahiran proses
sains seperti membuat pemerhatian, mengklasifikasikan, mengukur menggunakkan
nombor, membuat inferen, meramal, berkomunikasi, menggunakan hubungan
diantara masa dan ruang, menginterpretasi data, menyatakan operasi, mengawal
pemboleh ubah, menyatakan hipothesis dan membuat eksperimen.
1.3.2.Ujikaji “ Fair Test”
Pemerhatian memainkan peranan penting dalam pembentukan pengetahuan
saintifik terutamanya semasa melakukan ujikaji. Oleh itu membuat pemerhatian,
mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah dalam ujikaji merupakan asas dalam
mempelajari kemahiran proses sains (Harlen, 2000, Johnston, 2005). Pemerhatian
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 7
yang dilakukan semasa ujikaji boleh membantu kanak-kanak untuk mengingat
fanomena dengan lebih lama. Howes (2008) menyatakan bahawa bahawa kanak-
kanak akan berminat untuk mengikuti sesuatu fenomena yang menarik atau penting
bagi mereka. Namun, untuk menulis atau menggambarkan apa yang mereka lihat
bukanlah satu kemahiran yang datang dengan mudah. Oleh itu jika guru dapat
menggabungakan kemahiran pemerhatian dan aktiviti yang memerlukan pelajar
terlibat secara aktif dengan pengajaran akan membantu pelajar untuk membentuk
konsep. Smith and Raiser (2005) mencadangkan dalam usaha untuk menyokong
pemerhatian langsung, guru patut menyediakan pelajar dengan tugasan berstrukstur
(prosedur) yang akan membimbing pelajar untuk menganalis perkara kompleks dan
menyatakan kesan perkara yang diperhatikan.
Di dalam ujikaji untuk membuat kesimpulan, membina hipothesis dan
merangka inferen adalah amat penting untuk pelajar menyatakan pemerhatian,
fenomena, turutan dan objek (Abu Hassan 2001). Bagaimanapun tanpa kemahiran
mengenalpasti dan mengawal pemboleh ubah semua proses sains di atas menjadi
tidak bermakna. Oleh itu,adalah amat penting bagi pelajar di sekolah rendah untuk
menguasai kemahiran mengenalpasti dan mengawal pemboleh ubah sebagai asas
mempelajari sains.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 8
Rajah 1.3.2.1: Perkaitan antara kemahiran mengawal pemboleh ubah
dan kemahiran proses sains yang lain.
Berdasarkan rajah 1.3.2.1 di atas, kita boleh melihat bahawa ujikaji, membina
hipothesis, menyatakan definisi secara operasi dan menginpretasikan data
dipengaruhi oleh bagaimana pelajar mengawal pemboleh ubah. Sekiranya pelajar
gagal untuk menguasai kemahiran mengawal dan mengenal pasti pemboleh ubah,
sudah pasti mereka gagal untuk menguasai dua belas kemahiran proses sains
bersepadu yang lain.
Mengawal pemboleh ubah adalah tindakan memanipulasi hanya satu
pemboleh ubah dan membiarkan yang faktor lain kekal malar semasa menjalankan
ujikaji. Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah adalah penting untuk merangka
eksperimen atau ujikaji yang sah(Fair Test). Mengawal pemboleh ubah merujuk
kepada mengubah pemboleh ubah atau faktor penyumbang yang ditetapkan atau
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 9
Eksperimen/ujikaji
Membina hipothesisMengenal Pasti &
Mengawal Pemboleh Ubah
Menyatakan definisi secara operasi
Interpretasi data
Pemerhatian dengan lima deria
diubah dengan jelas untuk mencari perkaitan diantara pemboleh ubah bersandar dan
pemboleh ubah tidak bersandar.Setiap eksperimen yang dijalankan adalah penting
bagi kita untuk memastikan bahawa eksperimen ini mencapai tahap uji kaji yang
adil.Ujikaji “Fair Test” dapat dicapai dengan memastikan hanya satu faktor yang
diubah pada satu-satu masa dan faktor penyumbang lain kekal malar.
Ahli sains menggunakan sains untuk mencari hubungan diantara sebab dan
kesan terhadap alam sekitar. Dalam kata lain, mereka merangka eksperimen dengan
mengubah satu item yang menyebabkan satu perubahan yang boleh diramalkan.
Perubahan inilah yang digelar sebagai pemboleh ubah. Pemboleh ubah merupakan
apa-apa faktor, trait ataupun keadaan yang boleh wujud dalam keadaan berbeza
amaun ataupun jenis. Di dalam ujikaji selalunya mesti mempunyai tiga jenis
pemboleh ubah iaitu bersandar (responding variables), tidak bersandar (manipulative
variables) dan kawalan (constant variables).
Pemboleh ubah tidak bersandar merupakan item yang diubah oleh saintis.
Untuk menjadikan sesuatu ujikaji sebagai satu ujikaji Fair Test yang baik hanya satu
pemboleh ubah tidak bersandar sahaja yang terlibat. Apabila saintis sudah ,mengawal
pemboleh ubah mereka akan membuat pemerhatian ke atas kesan yang akan berlaku.
Saintis akan memfokuskan pemerhatiannya ke atas pemboleh ubah yang bersandar
untuk melihat kesan ataupun respon disebabkan pemboleh ubah yang dimanipulasi.
Nilai baru pemboleh ubah yang bergerak balas adalah bergantung kepada pemboleh
ubah yang dimanipulasi.
Selain itu ujikaji “Fair Test” juga memerlukan pemboleh ubah yang dikawal
(malar). Pemboleh ubah yang dikawal ini adalah kuantiti yang akan dikekalkan oleh
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 10
saintis sebagi malar atau tetap dan saintis juga hendaklah memerhatinya sama seperti
pemboleh ubah dimanipulasi.
2.0.FOKUS KAJIAN
2.1.Tinjauan Masalah
Meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengenal pasti pemboleh ubah
merupakan fokus utama kajian.Walaupun mungkin terdapat beberapa masalah lain
yang dihadapi oleh pelajar, pengkaji hanya memfokuskan kajian ini terhadap isu
meningkatkan kemahiran pelajar mengenal pasti pemboleh ubah sahaja. Pelajar
dilihat amat jarang didedahkan dengan ujikaji dan ini mungkin mempengaruhi
kebolehan mereka untuk menjawab soalan di bahagian B kertas sains.
Berdasarkan keputusan untuk PKSR satu, jelas sekali ianya menunjukkan
bahawa pencapaian pelajar adalah sederhana sahaja. Ini adalah disebabkan mereka
gagal mendapat markah yang tinggi bagi soalan bahagian B. Dari post mortem yang
telah dibuat pelajar tidak mempunyai banyak masalah dalam menjawab soalan
objektif di bahagian A, bagaimanapun kebanyakan pelajar mendapat markah yang
rendah dalam bahagian B menyebabkan mereka gagal untuk mencapai gred A dalam
PKSR.
Bagi PKSR kali ini, soalan yang ditanya adalah berfokuskan kepada proses
mengenalpasti pemboleh ubah berdasarkan gambarajah eksperimen dan
menggunakan pemboleh ubah yang dikenalpasti untuk membina hipothesis atau
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 11
membuat kesimpulan. Bagaimanapun kesemua soalan yang di bahagian B adalah
berkait dengan pemboleh ubah. Jadi di sini jelaslah bahawa pemboleh ubah
merupakan masalah utama pelajar.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, pelajar mampu memahami setiap topik
yang telah diajar tetapi tidak dapat menyatakan atau menyalurkan pengetahuan
mereka terhadap soalan yang mempunyai perkaitan dengan pemboleh ubah dan
ujikaji. Oleh itu untuk kajian tindakkan ini, pengkaji memfokuskan terhadap
pengukuhan pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam mengenalpasti pemboleh
ubah. Ini kerana sekiranya pelajar mempunyai asas yang baik dalam mengenal pasti
pemboleh ubah, mereka tidak akan mempunyai masalah untuk menjawab soalan yang
berkaitan kemahiran proses sains bersepadu (Integrate science process skill) yang
lain.
2.2.Analisis Tinjauan Masalah
Kewujudan masalah ini dibuktikan dengan isu yang berkaitan seperti
dinyatakan dibawah:
2.2.1.Isu Peperiksaan
Berdasarkan keputusan PKSR 1, jelas menunjukkan bahawa seorang pelajar
telah gagal, 10 orang pelajar mendapat gred C, 23 orang pelajar mendapat B dan
hanya empat orang mendapat A. Skop soalan bagi PKSR ini adalah dalam linkungan
1.0 understanding living thing basic need (1.1Humans, 1.2 animals and 1.3 plants),
Living things undergo life processes 2.0 (2.1 and 2.2 humans, 2.3 animals and 2.4
plant). Dari kelas ulangkaji yang telah dijalan majoriti pelajar dilihat boleh
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 12
memahami kandungan dalam setiap sub topik bagi tema yang diajar. Bagaimanapun
mereka gagal untuk mengaplikasikan dalam soalan yang memerlukan mereka
mengenalpasti pemboleh ubah.
*Nota:(1.0, 2.0 sila rujuk sukatan pelajaran)
4
21
10
1
PKSR 1 Sains
Rajah 2.2.1.1: Graf Petunjuk Pencapaian PKSR
2.2.2.Isu berkaitan ujikaji
Apabila menyemak buku nota pelajar, pengkaji telah menyedari bahawa
pelajar tidak didedahkan dengan kemahiran membuat ujikaji “Fair Test”. Oleh itu
mereka tidak dapat menangkap dan mengingati cara untuk mengenal pasti pemboleh
ubah walaupun mereka sebenarnya telah mempelajari dan faham tentang sesuatu
topik. Mereka mungkin tidak dapat menjawabnya soalan di bahagian B yang
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 13
A = 4B =23C =10D =1
sememangnya berkisar tentang ujikaji kerana mereka jarang atau mungkin tidak
pernah membuat ujikaji.
Oleh itu sasaran pengkaji untuk mengukuhkan kemahiran pelajar mengenal
pasti pemboleh ubah adalah berasas kerana dengan kebolehan mengenalpasti
pemboleh ubah ianya akan meningkatkan lagi kompetensi pelajar untuk menjawab
soalan yang berkaitan ujikaji kerana yang berkait rapat dengan pemboleh ubah.
Berikut adalah dapatan dari pemerhatian awal berkaitan isu:
a) Terdapat terlalu banyak fakta dalam buku nota pelajar.
b) Kekurangan pengalaman membuat ujikaji membuatkan mereka tidak mahir
menjawab soalan berkaitan dengan ujikaji
c) Pelajar hanya menerima ilmu yang diberikan oleh guru tanpa telibat secara
aktif dengan P&P
2.2.3.Penilaian Guru
Berdasarkan perbincangan dengan guru pembimbing berkaitan dengan
pemerhatian pengkaji terhadap keputusan PKSR. Kami telah bersetuju bahawa
kelemahan utama pelajar adalah tidak dapat mengenal pasti pemboleh ubah yang
menyebabkan mereka tidak dapat menjawab soalan yang berkaitan dengan pemboleh
ubah. Berasaskan masalah ini, pengkaji telah membuat keputusan menggunakan
ujikaji “Fair Test” sebagai teknik untuk meningkatkan kemahiran pelajar
mengenalpasti pemboleh ubah.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 14
Berdasarkan isu ini, terdapat beberapa perkaitan penting tentang konsep
mengenalpasti pemboleh ubah dan kebolehan pelajar menjawab soalan yang
berkaitan dengan ujikaji. Pada pendapat pengkaji ianya adalah:
a) Mengenalpasti pemboleh ubah adalah asas dalam membina hipothesis.
b) Pemboleh ubah digunakan untuk menentukan tujuan sesuatu ujikaji.
c) Mengenal pemboleh ubah membantu pelajar untuk menulis kesimpulan yang
betul tentang sesuatu ujikaji.
d) Kebolehan mengenal pemboleh ubah membantu pelajar memahami perkaitan
di antara gambarajah, jadual dan graf.
e) Mengenalpasti pemboleh ubah boleh dianggap sebagai kata kunci untuk
menjawab soalan di bahagian B kertas sains.
Dari isu yang dibincangkan di atas, kajian ini memfokuskan tentang
bagaimana untuk meningkatkan kebolehan pelajar untuk mengenal pasti pemboleh
ubah dengan menggunakan teknik ujikaji “Fair Test”. Selain itu, rasional untuk
menjalankan kajian ini adalah berdasarkan beberapa aspek berikut:
a) Pelajar berada ditransisi dari tahun tiga ke tahun empat. Dalam sukatan
pelajaran tahun tiga kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah tidak
ditekankan
b) Mengenal pasti pemboleh ubah merupakan kata kunci untuk pelajar menjawab
soalan di bahagian B kertas sains.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 15
c) Pelajar perlu mempunyai asas yang kukuh dalam kemahiran mengenal pasti
pemboleh ubah dan kemahiran asas proses sains sebelum meneruskan untuk
topik yang lebih sukar.
d) Keputusan PKSR 1 dan pencapaian akademik sekolah boleh ditingkatkan
Berikut merupakan bingkisan daripada respon awal pelajar tentang kemahiran
mereka mengenal pasti pemboleh ubah.
a) “Cikgu dah ajar tapi dah lupa”, Intan
b) “Pengkaji tak tau cikgu susahlah”, Mohd Zikri
c) “Pengkaji tau keep the same perlu cari yang sama, what to change
cari yang berbeza tapi responding tu apa cikgu”, Dewi
d) “Cikgukan dah ajar. Kenapa kau (pelajar) orang boleh lupa”,
Rhubinee (pelajar)
2.3.Definisi secara operasi
Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah boleh diertikan sebagai
mengetahui faktor yang memberi kesan dan mengubah faktor penyumbang didalam
sesuatu ujikaji untuk melihat kesan atau fenomena manakala ujikaji “Fair Test”
merujuk kepada keadaan di mana hanya satu pemboleh ubah yang di manipulasi
dalam sesuatu eksperimen dan memberikan kesan atau keputusan dalam ujikaji.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 16
Dalam sesuatu ujikaji hanya terdapat satu pemboleh ubah dimanipulasi, satu
pemboleh ubah bergerak balas dan lebih dari satu pemboleh ubah yang dimalarkan.
Jadual 2.3.1: Ringkasan Tentang Mengenal Pasti Pemboleh Ubah
Pemboleh ubah dimanipulasi
(1):
Pemboleh ubah yang sengaja
di ubah oleh saintis
Kita boleh mengenal pasti
pemboleh ubah dengan
bertanya:
*apakah yang diubah oleh
saintis dalam ujikaji ini?
Pemboleh ubah bergerak
balas (1):
Pemboleh unah yang
bergerak balas akibat
daripada perubahan
pemboleh ubah
dimanipulasi.
Kita boleh mengenal pasti
pemboleh ubah bergerak
balas dengan bertanya
*apa yang dicari oleh saintis
atau sesuatu yang cuba
diukur?
Pemboleh ubah kawalan(3):
semua pemboleh ubah yang
kekal sama untuk untuk
membolehkan pemboleh ubah
dimalarkan adakah
disebabkan oleh hanya satu
pemboleh ubah yang
dimanipulasi
Kita boleh mengenalpasti
pemboleh ubah dengan
bertanya apa yang perlu
dikekalkan atau sama dalam
ujikaji?
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 17
3.0: OBJEKTIF KAJIAN
3.1.Objektif Kajian:
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian pelajar tahun 4 Arif di
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah, Johor Bahru dalam kebolehan mengenal
pasti pemboleh ubah yang merupakan sebahagian daripada kemahiran proses sains.
Secara khususnya pula kajian ini dijalankan adalah untuk:
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam peperiksaan terutamanya bahagian B
Memastikan bahawa pelajar boleh menjawab soalan yang memerlukan mereka
mengenal pasti pemboleh ubah dari gambar, jadual dan graf.
Memastikan pelajar mendapat pengalaman dari konsep eksperimen dan
pemboleh ubah.
Mendedahkan pelajar kepada pelbagai istilah yang berkaitan dengan
pemboleh ubah seperti:
o Constant: keep the same, dimalarkan
o Manipulative: what to change, independent, tidak bersandar
o Responding: what to observe, dependent variables, bersandar
Meningkatkan kemampuan pelajar untuk mengenal pasti pemboleh ubah
melalui ujikaji Fair Test.
Membimbing pelajar untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan
pemboleh ubah seperti “apakah keputusan ujikaji?” dan apakah tujuan ujikaji?
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 18
3.2.Soalan Kajian
Adakah dengan menggunakan ujikaji “Fair Test” dapat meningkatkan
kebolehan pelajar tahun 4 Arif SKTBM untuk mengenal pasti pemboleh ubah pelajar
tahun 4 Arif SKTBM?
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 19
4.0: KUMPULAN SASARAN (SAMPLE)
4.1.Sample Kajian
Kajian ini telah dijalankan dengan hanya melibatkan pelajar tahun empat.
Kajian ini dijalankan pada pelajar tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit
Mewah, Johor Darul Takzim sebagai kumpulan sasaran pengkaji. Seramai 36 orang
pelajar yang terdiri daripada 13 lelaki dan 23 perempuan. Secara amnya umur sample
ini berada dalam linkungan 10 tahun. Majoriti dari sample berbangsa Melayu, lima
berbangsa India dan seorang Iban.
Golongan pelajar ini merupakan pelajar dari kelas pertama.
Walaubagaimanapun dari segi pencapaian untuk subjek sains pencapaian mereka
adalah pada tahap sederhana. Kesemua sample mengikuti sesi persekolahan secara
normal iaitu enam waktu seminggu.
Jumlah sample telah berkurang dari 37 kepada 36 kerana seorang dari pelajar
telah berpindah kelas.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 20
5.0: TINDAKAN
5.1.Pengenalan
Tindakan segera perlu diambil untuk menyelesaikan masalah. Setelah
membuat pemerhatian dan mengenal pasti punca permasalahan pelajar, pengkaji telah
membuat keputusan untuk menggunakan ujikaji “Fair Test” sebagai cara
penyelesaian masalah. Dari segi istilah sains, “Fair Test” didefinisikan sebagai ujian
yang memerlukan hanya satu faktor yang berubah dalam satu masa dan faktor lain
yang juga memberi kesan ujikaji tersebu kekal malar.
Kaedah eksperimen atau ujikaji Fair Test dipilih kerana ia merangkumi proses
mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah. Dengan menjalankan ujikaji, pelajar
secara automatik akan menjana idea dan membina pengetahuan sendiri berdasarkan
pengalaman yang mereka lalui.
5.2.PERANCANGAN LANGKAH TINDAKAN
Pengkaji telah memilih tiga pendekatan khusus yang disesuaikan untuk
digunakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Selain itu
pendekatan ini juga dapat digunakan untuk meningkatkan kemahiran proses sains
pelajar. Ketiga-tiga langkah adalah seperti berikut :
1. Mengajar semula tentang konsep, maksud dan jenis pemboleh ubah kepada
pelajar.
2. Melakukan ujikaji sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membiasakan
pelajar mengenal pasti pemboleh ubah.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 21
3. Latih tubi yang berterusan sebagai aktiviti pengayaan selepas melakukan
ujikaji.
5.2.1.Pengajaran semula
Setiap hari pelajar akan belajar banyak perkara baru dan jika pengkaji mahu
membuat pengajaran semula bagi keseluruhan topik, ianya agak susah untuk
menghabiskan sukatan pelajaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jadi,
pengajaran semula disini bermaksud mengajar semula tentang cara mengenal pasti
pembolehubah. Selain pembolehubah, pengkaji juga dapat menerapkan kemahiran
proses sains yang lain secara tidak langsung. Dengan ini, pelajar bukan sahaja
mempertingkatkan kemahiran mereka dalam mengenal pasti pemboleh ubah tetapi
juga dalam kemahiran proses sains.
Langkah 1: Pengenalan kembali kepada definisi pemboleh ubah
Langkah 2: Menggunakan Power Point bergambar untuk mengajar tajuk pemboleh ubah tentang kata kunci tentang konsep pemboleh ubah
5.2.2.Perlaksanaan Ujikaji “Fair Test”
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 22
Sains adalah proses memahami prinsip atau konsep. Konsep dan prinsip boleh
dibuktikan kesahihannya dengan melakukan eksperimen atau ujikaji. Melalui ujikaji,
murid akan belajar menguasai kemahiran proses sains secara tidak langsung.
Ujikaji sangat berkait rapat dengan kebolehan untuk mengenal pasti pemboleh
ubah. Pelajar yang membuat ujikaji sendiri, boleh menguasai sesuatu pengetahuan itu
dan ianya dapat disimpan lebih lama dalam memori pelajar. Berdasarkan fakta ini,
pengkaji telah memastikan pelajar pengkaji melakukan eksperimen sekurang-
kurangnya satu ujikaji Fair Test dalam tempoh seminggu.
Semasa pelajar melakukan ujikaji Fair Test, pengkaji akan memastikan semua
pelajar membuat pemerhatian dan mengenal pasti pemboleh ubah di dalam ujikaji
tersebut dengan meminta mereka melihat apa yang sama, apa yang berbeza dan kesan
bagi perubahan perbezaan ini. Secara tidak langsung pelajar akan memahami bahawa
perkara yang sama adalah pemboleh ubah dimalarkan, perbezaan adalah pemboleh
ubah yang dimanipulasi dan kesan dari perbezaan ini adalah pemboleh ubah bergerak
balas. Selain itu, pengkaji juga memerhatikan kemajuan mereka secara berterusan
dengan menggunakan senarai semak yang telah disediakan. Dengan merujuk kepada
senarai semak ini, pengkaji dapat memastikan sama ada sasaran yang pengkaji
letakkan tercapai atau tidak.
*Rujuk prosedur ujikaji Fair Test di lampiran D.
5.2.3.Latih tubi yang berterusan
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 23
Latih tubi bertindak sebagai penguat dan pengukuhan kepada pemahaman dan
penguasaan pelajar tentang konsep mengenal pasti dan mengawal pembolehubah.
Latih tubi juga digunakan bagi tujuan menilai perkembangan pelajar.
Tambahan pula kepekaan pelajar bagi menyiapkan latihan juga membantu
mereka mengulangkaji sesuatu topik sekaligus menolong meningkatkan penguasaan
mereka berkenaan suatu konsep itu. Bagi memastikan pelajar dapat mencapai sasaran,
pengkaji telah mencuba untuk mengaitkan latih tubi ini dengan soalan berkaitan
ujikaji seperti di dalam buku teks.
5.3.Pengumpulan Data
Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji menggunakan tiga instrumen khusus
untuk mengumpul data dan maklumat. Tiga instrumen khusus yang telah dipilih
adalah: (rujuk lampiran F)
1. Survey
2. Ujian Pra dan Ujian Pos
3. Pemerhatian
5.3.1.Survey.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 24
Instrumen survey digunakan untuk mendapatkan maklum balas dari pelajar
tentang perasaan atau pandangan mereka terhadap kaedah tradisional yang digunakan
untuk mereka belajar mengenal pasti pemboleh ubah dan dibandingkan dengan cara
mereka belajar menggunakan ujikaji “Fair Test”. Survey ini akan dijalankan pada
dua peringkat. Pada asasnya soalan bagi kedua-dua tinjauan ini membawa maksud
yang sama, hanya berlaku perubahan dari segi susunan ayat untuk memberi
keselesaan kepada pelajar menjawabnya tanpa mempersoalkan mengapa perlu
membuat kerja sebanyak dua kali.
Pada peringkat pra survey ianya dilakukan sebelum tindakan penambahbaikan
dan yang peringkat pos survey dijalankan selepas tindakan penambahbaikan
diambil. Dapatan dari pra survey boleh dijadikan rujukan atau gambaran terhadap
tahap kemampuan dan kefahaman pelajar terhadap kemahiran proses sains yang
berkaitan dengan kemahiran mengenal pasti pembolehh ubah. Kemudian tindakan
rawatan yang dicadangkan akan diaplikasi kepada sample dengan mengikut jadual
perancangan yang telah diatur. Pada akhir selepas tindakan rawatan selesai sample
akan menjawab pos survey dan memberi maklum balas mengenai tindakan rawatan
yang mereka terima. Dengan menggunakan skala likert data ini dianalisis dan kedua-
dua survey ini kita membantu kita mengetahui kesan rawatan terhadap sample.
Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan analisis kuantitati mudah
min dan peratus perubahan peningkatan atau penurunan.
SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI EKSPERIMEN DALAM PEMBELAJARAN SAINS (1)Arahan: sila tandakan ( √) pada pilihan yang anda buat.
1. Tahun:
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 25
Jantina: lelaki ( ) Perempuan ( )
2. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan eksperimen (Fair Test) dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan pemboleh ubah.
Petunjuk:5-Sangat setuju4- setuju3- Kurang pasti2- Tidak setuju1- Sangat tidak setuju
Jadual 5.3.1.1: Soal Selidik Mengkaji Keberkesanan Aktiviti
Item 1 2 3 4 5
Saya suka belajar dengan menggunakan eksperimenEksperimen membantu saya mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudahSaya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan eksperimen
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dan membuat hipotesis dengan pemboleh ubah yang dikenal pastiSaya dapat tahu apa cara menjawab soalan berkaitan tujuan eksperimen
Saya harap cikgu akan melakukan lebih banyak eksperimenSaya dapat menjawab bahagian B sains dengan mudah
SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI EKSPERIMEN DALAM PEMBELAJARAN SAINS (2) Arahan: sila tandakan ( √) pada pilihan yang anda buat.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 26
3. Tahun: Jantina: lelaki ( ) Perempuan ( )
4. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan eksperimen (Fair Test) dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan pemboleh ubah.
Petunjuk:5-Sangat setuju4- setuju3- Kurang pasti2- Tidak setuju2- Sangat tidak setuju
Jadual 5.31.2: Soal Selidik Mengkaji Keberkesanan Aktiviti
Item 1 2 3 4 5
Saya suka belajar dengan menggunakan eksperimenEksperimen membantu saya mengenalpasti pemboleh ubahSaya dapat mengenalpasti pembolehubah dengan mudah selepas belajar menggunakan eksperimen
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan eksperimen
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dan membuat hipotesis dengan pemboleh ubah yang dikenal pastiSaya dapat membuat perkaitan antara pemboleh ubah untuk mengenalpasti tujuan eksperimen
Saya harap cikgu akan melakukan lebih banyak eksperimenSaya dapat menjawab bahagian B sains dengan lebih mudah selepas mahir dalam kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah
5.3.2.Ujian Pra dan Ujian Pos
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 27
Ujian pra dan dan ujian pos merupakan satu rangkaian soalan bagi menguji
kesan tindakan rawatan ke atas sample menggunakan . Di antara ujian pra dan ujian
pos terdapat selang masa bagi perlaksanaan tindakan rawatan. Instrument ini dapat
digunakan untuk memberi gambaran kepada guru tentang keberkesanan proses
tindakan rawatan yang telah diambil. Kebolehpercayaan dan kesahihan menggunakan
“test-retest”.
Dapatan ujian pra, boleh dijadikan rujukan atau gambaran awal tentang
pengukuran penguasaan pelajar terhadap kebolehan pelajar untuk mengenal pasti
pemboleh ubah. Selepas itu tindakan rawatan akan dilaksanakan dan disusuli dengan
ujian pos. Daripada kedua-dua ujian ini kita dapat melihat sama ada akan berlaku
perubahan atau tidak ke atas sample selepas berlakunya tindakan rawatan. Analisis
akan dilakukan menggunakan analisis kuantitati mudah min dan peratus perubahan
peningkatan atau penurunan.
5.3.3.Pemerhatian
Pemerhatian merupakan satu lagi instrumen pengumpulan data yang telah
dijalankan sepanjang kajian ini. Satu senarai semak yang ringkas telah dibina bagi
memantau perkembangan pelajar sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Beberapa
aspek telah dinilai berdasarkan pemerhatian. Pemerhatian ini adalah pemerhatian
yang berstruktur kerana pemerhatian dibuat adalah berdasarkan senarai semak.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 28
Sepanjang tempoh kajian pengkaji telah melakukan pemerhatian secara terus dengan
memantau sample setiap kali pelajar melakukan ujikaji “Fair Test”.
Sekurang-kurangnya sepanjang tempoh kajian pengkaji telah membuat
pemerhatian secara langsung sebanyak tiga kali sepanjang tempoh tindakan rawatan
dijalankan. Berikut merupakan senarai semak yang telah dibina bagi tujuan
pemerhatian. Data yang dikumpul akan dianalisis menggunakan analisi kualitatif
berdasarkan senarai semak seperti dibawah.
Jadual 5.3.3: Senarai Semak Untuk Pemerhatian Kajian Tindakan
No
Aspek Eksperimen 1Tarikh:Masa :
Eksperimen 2Tarikh :Masa :
Eksperimen 3Tarikh :Masa :
1. Pelajar boleh mengenalpasti pembolehubah yang dimalarkan (constant variables)
2. Pelajar boleh mengenalpasti pembolehubah yang dimanipulasikan (manipulative variable)
3. Pelajar boleh mengenalpasti pembolehubah yang bergerak balas (responding variable)
4. Pelajar boleh mengenalpasti sasaran eksperimen dengan menggunakan pembolehubah.
5. Pelajar boleh menulis 3 pembolehubah dengan betul.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 29
6.0: ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI
Dalam analis dan interpretasi data pengkaji telah melakukan penganalisian
terhadap semua data mentah yang telah dikumpul sepanjang tempoh perlaksanaan
kajian.
6.1. Survey
Dengan menggunakan soal selidik yang telah dirangka, pengkaji telah
mengumpulkan maklumat dalam bentuk data mentah yang perlu dianalisis. Langkah
pertama adalah mengira bilangan jawapan sample terhadap setiap item yang telah
dijalankan semasa pra survey dan dan pos survey. Melalui data yang telah
dikumpul pengkaji telah membuat perbandingan di antara pra survey dan post survey
dalam bentuk jadual dan mengira analisis kuantitatif mudah mengunakan peratus, min
dan kekerapan.
Segala dapatan dan perbandingan adalah seperti dalam jadual di bawah:
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 30
Jadual 6.1.1: Perbandingan Dapatan Survey sebelum dan selepas tindakan
pengajaran menggunakan ujikaji Fair Test
Soalan Sebelum Tindakan
(Bil. orang)
Selepas Tindakan
(Bil. orang)
Skala Likert Skala Likert
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
S1 9 8 8 7 4 3 3 2 8 20
S2 15 8 5 5 3 4 5 5 9 13
S3 7 12 8 5 4 4 4 7 14 7
S4 15 8 6 4 3 0 4 4 9 19
S5 14 3 13 6 0 0 2 9 8 17
S6 15 9 6 3 3 0 1 5 10 20
S7 18 9 7 2 0 1 2 4 7 22
Jumlah (f) 93 57 53 32 17 12 21 36 65 118
Fx 93 114 159 128 85 12 42 108 260 590
Min (fx/n) 579/252=2.3 1012/252=4.02
Peratus (%) 36.9 22.6 21.0 12.7 6.8 4.8 8.3 14.3 25.8 46.8
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 31
Sangat Tidak Setuju
Tidak Setuju Tidak Pasti Setuju Sangat Setuju0
20
40
60
80
100
120
140
Pra SurveyPos Survey
Rajah 6.1.1: Graf Perbandingan Nilai Skor Pilihan Pelajar Untuk Pra Survey
dan Pos Survey
0
10
20
30
40
50
Pra(%)
Pos(%)
36.9
22.621
12.7
6.8
4.8 8.314.3
25.8
46.8
Pra(%)Pos(%)
Rajah 6.1.2:Graf Perbandingan Peratus Dapatan Pra Survey dan Pos Survey
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 32
Analisis penilaian dibuat berdasarkan jumlah penurunan dan peningkatan
sample yang memilih nilai skor di antara pra survey dan pos survey.Merujuk pada
jadual 6.1.1 dan rajah 6.11, satu peningkatan yang memberangsangkan telah
ditunjukkan dengan jelas di antara dapatan pra survey dan pos survey. Peningkatan
ini dibuktikan dengan bilangan sample yang telah menanda item 4 dan 5 di dalam
borang pos survey telah menunjukkan peningkat. Berdasarkan perbezaan dapatan
sebelum dan selepas tindakan diambil bilangan sample yang menjawab item satu
menurun dari 93 orang kepada 12 orang manakala bilangan sample yang menjawab
item dua pula berkurangan dari 57 orang kepada 21 orang. Manakala bagi sample
yang memilih item tiga juga telah menunjukkan penurunan daripada 53 orang
menjadi 36 orang. Sebaliknya bilangan sample yang menjawab item empat dan lima
meningkat dari 32 orang menjadi 65 orang yang menjawab item empat dan 17 orang
meningkat menjadi 118 orang bagi item lima.
Dengan merujuk rajah 6.1.2 pula, dapat dilihat aspek perbezaan peningkat dan
penurunan dalam bentuk peratusan yang jelas dan tepat. Melihat pada perbezaan
diantara selepas dan sebelum tindakan rawatan bagi sample yang memilih item 1
mencatatkan penurunan sebanyak 36.5% kepada 4.8 % manakala untuk sample yang
memilih menjawab item 2 pula berkurang dari 22.6 % kepada 8.30% dan untuk
sample yang menjawab itwm 3 juga berkurang dari 21.0% menjadi 14.3% sebaliknya
pula bagi sample yang memilih untuk menjawab 4 dan 5 meningkat dari 12.7%
menjadi 25.8% bagi yang memilih item 4 dan 6.8% meningkat menjadi 46.8% untuk
yang menjawab item 5.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 33
Manakala bagi nilai min juga menunjukkan peningkatan yang signifikan
apabila pada pra survey dapatan min pilihan pelajar adalah 2.3 dan pada dapatan pos
survey pula nilai min telah meningkat menjadi 4.02. Ini menunjukkan penerimaan
yang positif dari sample terhadap keberkesanan ujikaji Fair Test dalam pengajaran.
6.2.Ujian Pra dan Ujian Pos
Bagi Ujian Pra dan Ujian Pos kesemua sample seramai 36 orang telah terlibat
dalam menjawab soalan bagi kedua-dua ujian ini. Ujian ini dilakukan sebanyak dua
kali iaitu sebelum dan selepas tindakan rawatan diambil. Soalan untuk Ujian Pra dan
Ujian Pos adalah sama cuma berlaku perubahan nombor soalan sahaja bagi
mengelakkan pelajar menjawab secara hafalan.
Segala dapatan yang dikumpul akan dikatagorikan mengikut bahagian dapatan
sebelum tindakan dan selepas tindakan. Jadual dibawah menunjukkan dapatan selepas
ujian dilaksanakan. (rujuk lampiran ). Data yang dikumpul telah dianalis
mengunakan kaedah analisis kuantitatif mudah dan peratus.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 34
Jadual 6.2.1:Perbandingan Dapatan Ujian Pra & Ujian Pos
Gred
pencapaian
pelajar
Ujian Pra
(Bil. orang)
Peratus
(%)
Ujian Pos
(Bil. orang)
Peratus
(%)
Peratus
Peningkatan/
penurunan
A (80 – 100) 2 5.6 12 33.3 27.7
B (60 – 79) 13 36.1 15 41.7 5.6
C (40 – 59) 16 44.4 8 22.2 - 22.2
Gagal (< 40) 5 13.9 1 2.8 - 20.1
*Tanda (–) menunjukkan penurunan
*Tanda (+) menunjukkan peningkatan
Jadual 6.2.2:Perbandingan Markah Purata Pra Ujian Dan Pos Ujian
Perkara Pra ujian Pos ujian
Jumlah 1998 2596
MIN (%) 1998÷36
55.5
2596 ÷36
= 72.1
*nota sila rujuk lampiran untuk melihat pencapaian individu di lampiran
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 35
Gred A Gred B Gred C Gagal0
2
4
6
8
10
12
14
16
Pra Ujian Pasca Ujian
Rajah 6.2.1: Graf Perbandingan Dapatan Gred Ujian Pra Dan Ujian Pos
Gred A Gred B Gred C Gred D0
5
10
15
20
25
30
35
40
45
Pra (%)Pos (%)
Rajah 6.2.2: Graf Perbandingan Peratus Pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pos
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 36
Dari jadual 6.2.1, jadual 6.2.2 ,rajah 6.2.1 dan rajah 6.2.2 di atas telah
menunjukkan perbandingan antara dapatan Ujian Pra dan Ujian Pos, kita dapat
melihat bahawa terdapat peningkatan yang positif terhadap pencapaian pelajar.
Perkara ini dibuktikan dengan peningkatan bilangan pelajar yang memperoleh gred A
(80-100) serta penurunan bilangan pelajar yang mendapat gagal (<40).
Pada ujian pra bilangan pelajar yang mendapat gred A hanya 2 orang (5.6%)
meningkat menjadi 12 orang (27.7% ). Ini adalah satu peningkatan yang postif kerana
peratus peningkatan telah meningkat sebanyak 22.1%. Manakala bagi bilangan
pelajar yang mendapat gred B (60-79) pula meningkat dari 13 orang pelajar kepada
15 orang pelajar dan peratus peningkatannya juga bertambah dari iaitu 36.1% kepada
41.7%. Bagi pelajar yang mendapat C (40-59) pula menurun dari 16 orang pelajar
(44.4%) kepada 8 orang pelajar (22.2%). Peratus penurunan yang agak baik kerana
jumlahnya berkurangan sebanyak 22.2 %. Bagi pelajar yang gagal pula jumlahnya
berkurang dari lima orang pelajar (13.8%) menjadi hanya seorang pelajar (2.8%).
Selain itu purata pencapaian pelajar juga meningkat dari 55.5% kepada
72.1%. Ini menunjukkan satu peningkatan yang amat baik kerana selain jumlah
pelajar yang mendapat A meningkat, jumlah pelajar yang gagal juga berkurang
menjadi hanya seorang selain pelajar juga telah mencatatkan peningkatan markah
yang baik.
6.3.Pemerhatian
Berpandukan senarai semak, pemerhatian telah dibuat ke atas pelajar untuk
memperolehi data yang akan dianalisis menggunakan analisis kualitatif mudah
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 37
dengan menggunakan senarai semak. Melalui senarai semak ini, segala maklumat
yang diperolehi ini dicatatkan untuk menunjukkan sebarang perubahan yang berlaku
sepanjang tempoh tindakan rawatan. Melalui dapatan ini pengkaji telah melakukan
analisis mudah dengan menggunakan kaedah analis kualitatif mudah menggunakan
senarai semak dan peratus. Pengkaji telah membandingkan antara dapatan pada awal
tindakan dan akhir tindakan selesai dijalankan.
Semua maklumat dan keputusan dicatatkan dalam bentuk jadual dan graf
untuk tujuan interpretsi. Jadual dibawah menunjukkan aspek senarai semak yang
diperhatikan
Jadual 6.3.1: Aspek Pemerhatian Kajian
Aspek Pemerhatian di buat berdasarkan kebolehan pelajar:
1 mengenalpasti pemboleh ubah yang dimalarkan (constant variables)
2 mengenalpasti pemboleh ubah yang dimanipulasikan (manipulative variable)
3 mengenalpasti pemboleh ubah yang bergerak balas (responding variable)
4 Mengenal pasti tujuan ujikaji dengan menggunakan pemboleh ubah.
5 Pelajar boleh menulis 3 pembolehubah dengan betul.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 38
Jadual 6.3.2: Perbandingan Setiap Pemerhatian Selepas Ujikaji Fair Test
Aspek
Pemerhatia
n
Fair Test
1
mendapat
Ya
(bil orang)
Peratus
mendapat
Ya
(%)
Fair Test
2
mendapat
Ya
(bil orang)
Peratus
mendapat
Ya
(%)
Fair Test
3
mendapat
Ya
(bil orang)
Peratus
mendapat
Ya
(%)
1 7 19.4 12 33.3 34 94.4
2 8 22.2 18 50 35 97.2
3 4 11.1 8 22.2 19 58.5
4 4 11.1 8 22.2 16 44.4
5 4 11.1 8 22.2 17 47.2
Pemerhatian 1Pemerhatian 2
Pemerhatian 3
0
5
10
15
20
25
30
35
712
34
8
18
35
48
19
48
16
48
17
Aspek 1Aspek 2Aspek 3Aspek 4Aspek 5
Rajah 6.3.1: Graf Perbandingan Pemerhatian Selepas Setiap Ujikaji “Fair Test”
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 39
Fair Test 1
Fair Test 2
Fair Test 3
0 20 40 60 80 100 120
Aspek 5 (%)Aspek 4 (%)Aspek 3 (%)Aspek 2 (%) Aspek 1 (%)
Rajah 6.3.2: Graf Perbandingan Peratus Perubahan Selepas Setiap Ujikaji “Fair
Test”
Setelah melakukan analisa terhadap dapatan daripada permerhatian yang telah
dijalankan, satu perbezaan telah dapat dikenal pasti antara sebelum tindakan
dilakukan dan selepas selesai tindakan diambil. Melalui tiga fasa pemerhatian yang
telah dijalankan, pengkaji telah melihat peningkatan yang positif yang telah
dicatatkan oleh sample kajian. Untuk senarai semak ini pengkaji telah menggariskan
lima perkara untuk dijadikan data yang perlu dikumpul (rujuk jadual 6.3.1 dan 6.3.2).
Bagi aspek yang pertama berjaya mengenalpasti pemboleh ubah dimalarkan,
peningkatan telah berlaku secara beransur-ansur iaitu bilangan pelajar telah
meningkat dari tujuh pelajar (19.4 %), naik kepada 12 pelajar dan pada pemerhatian
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 40
kali ke tiga jumlah pelajar meningkat menjadi 34 orang pelajar (94.4%). Ini jelas
menunjukkan majoriti pelajar tidak lagi mempunyai masalah untuk mengenalpasti
pemboleh ubah yang dimalarkan.
Bagi aspek kedua pula jumlah pelajar yang berjaya mengenal pasti pemboleh
ubah dimanipulasi juga meningkat dari lapan pelajar (22.2%) pada pemerhatian yang
pertama, meningkat kepada 18 (50%) pelajar pada pemerhatian yang kedua dan pada
pemerhatian yang ketiga jumlah pelajar yang berjaya mengenalpasti dengan betul
telah naik menjadi 35 orang pelajar( 97.2%).
Untuk aspek ketiga pula, jumlah pelajar yang berjaya mengenal pasti
pemboleh ubah bergerak balas pada pemerhatian yang pertama adalah empat (11%)
orang pelajar meningkat menjadi lapan (22.2%) orang pelajar dan pada akhir
pemerhatian, jumlah pelajar yang berjaya mengenal pasti pemboleh ubah bergerak
balas telah meningkat menjadi 19 orang pelajar (58.6%).
Manakala untuk aspek keempat yang diperhatikan, bilangan pelajar yang
dapat mengenal pasti tujuan ujikaji juga menunjukkan peningkatan yang signifikan.
Sebagai contoh kata kunci lazim yang digunakan untuk menulis tujuan eksperimen
boleh di tulis dengan jawapan “to investigate the relationship between responding
variable and manipulative variable”. Bilangan pelajar yang berjaya mendapat
jawapan yang betul pada pemerhatian yang pertama adalah empat orang pelajar
(11.1%), telah meningkat menjadi lapan orang pelajar (22.2%) dan pada pemerhatian
yang ketiga jumlah pelajar yang berjaya mendapat jawapan yang betul meningkat
menjadi 16 orang pelajar (44.4%).
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 41
Untuk aspek 5 yang di perhatikan juga mengalami peningkatan. Jumlah
pelajar yang dapat mengenal pasti ketiga-tiga pemboleh ubah dengan tepat berserta
dengan penjodoh bilangan (quatation nouns) telah menunjukkan peningkatan, Pada
pemerhatian yang pertama jumlah pelajar yang berjaya telah meningkat dari empat
orang pelajar meningkat menjadi lapan orang pelajar pada pemerhatian yang kedua
dan pada akhir pemerhatian yang ketiga jumlah pelajar yang berjaya mengenalpasti
ketiga-tiga pemboleh ubah meningkat menjadi 17 orang pelajar.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 42
7.0: DAPATAN KAJIAN
Hasil kajian menunjukkan ini secara umumnya mendapati terdapat perbezaan
yang signifikan di antara sebelum tindakan dan selepas tindakan rawatan diambil.
Melalui dapatan survey yang telah dianalis, pengkaji telah mendapati bahawa terdapat
perubahan yang ketara bagi perbandingan di antara pra survey dan pos survey. Bagi
pra survey jumlah min bagi dapatan adalah 2.3 manakala untuk pos survey pula
jumlah dapatan adalah 4.02. ini menunjukkan bahawa perlaksanaan tindakan kajian
yang telah dijalankan memberi impak yang berkesan kepada tahap kebolehan mereka
untuk mengenal pasti pemboleh ubah seterusnya mengesahkan bahawa teknik ini
boleh digunakan bagi meningkatkan kebolehan pelajar dalam mengenal pasti
pemboleh ubah.
Melalui data yang diperoleh dalam ujian pra dan ujian pos yang telah dianalis,
juga mendapati bahawa terdapat perubahan yang ketara bagi perbandingan markah di
antara kedua-dua ujian tersebut. Dalam ujian pra bilangan pelajar yang mendapat gred
A adalah seramai dua orang telah meningkat menjadi 12 orang manakala bilangan
pelajar yang gagal juga telah berkurangan dari empat orang pelajar menjadi seorang
pelajar sahaja.
Dari pemerhatian yang telah dilakukan dengan menggunakan senarai semak
yang dibina. Pengkaji dapat melihat perubahan positif terhadap kebolehan pelajar di
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 43
dalam mengenal pasti pemboleh ubah. Ini di buktikan dengan penambahbaikan yang
telah dicapai di dalam setiap ujikaji “Fair Test” yang telah dijalankan. Apabila
semakin banyak ujikaji “Fair Test” dilakukan oleh pelajar bilangan pelajar yang
dapat mengenal pasti pemboleh ubah semakin meningkat.
Berdasarkan trangulasi diantara tiga instrumen ini, jelaslah menunjukkan
bahawa ujikaji “Fair Test” dapat digunakan untuk meningkatkan kebolehan pelajar
dalam mengenal pasti pemboleh ubah. Ini sekaligus telah menjawab soalan kajian
bahawa dengan menggunakan “Fair Test” ianya dapat meningkatkan keupayaan
pelajar untuk mengenal pasti pemboleh ubah. Selain itu pengkaji juga telah melihat
bahawa pelajar juga dilihat tertarik untuk mengikuti sesi pengajaran yang dijalankan
kerana mereka secara aktif terlibat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Rumusan daripada kajian ini telah menunjukkan bahawa ujikaji “Fair Test”
telah dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam mengenal pasti pemboleh ubah.
Diharapkan bahawa strategi pengajaran ini dapat dilaksanakan pada sesi pengajaran
dan pembelajaran sains supaya di samping sesi pengajaran menjadi berkesan, pelajar
juga berasa seronok untuk mempelajari sains.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 44
8.0: CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa penggunaan kaedah ujikaji “Fair
Test” dapat meningkatkan kebolehan pelajar dalam kemahiran mengenal pasti
pemboleh ubah. Antara cadangan yang boleh digunakan untuk memantapkan kajian
adalah:
1) Peruntukan masa untuk perlaksanaan kajian perlulah dipanjangkan
melebihi satu bulan.
2) Guru perlulah menyediakan garis panduan prosedur yang tepat bagi
perlaksanaan eksperimen.
3) Pihak sekolah perlulah menyediakan segala keperluan alatan dan radas
yang mencukupi di dalam makmal bagi tujuan eksperimen
Selain itu terdapat juga cadangan tentang kajian lanjutan yang boleh
dilaksanakan pada masa akan datang seperti “Kajian Tentang Bagaimana Untuk
Meningkatkan Kemahiran Saintifik Dan Manipulatif Dikalangan Pelajar Sekolah
Rendah” kerana semasa menjalankan kajian ini pengkaji menyedari bahawa
kebanyakan pelajar terutamanya sample yang digunakan oleh pengkaji tidak
mempunyai kemahiran saintifik dan manipulatif yang baik. Oleh itu mungkin dengan
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 45
melakukan kajian ini, ianya dapat meningkatkan lagi kemahiran saintifik dan
manipulatif pelajar.
Sebagai kesimpulan, diharapkan strategi pembelajaran menggunakan ujikaji
“Fair Test” dapat diaplikasikan oleh guru sains sekolah rendah bagi meningkatkan
kemahiran pelajar dalam mengenal pasti pemboleh ubah sekaligus meningkatkan
kemahiran proses sains secara keseluruhannya.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 46
SENARAI RUJUKAN
Abu Hassan bin Kasim (2001), Pendidikan Amali Sains, Kemahiran Sainstifik, UTM Skudai.
Denny.M (1986), “Science Practical: What do pupil think?” European Journal of Science Education.
F.William and John Rowe,(1996). The Enhancement Of Science Process Skills In Primary Teacher Education Students, Edith Cowan University. Retrieved Mac,24, 2010 from http://ajte.education.ecu.edu.au/ISSUES/PDF.pdf
Fusco,D. and Barton A.C (2001). “Representing students achievement in science,” Journal of Research in Science Teaching
H.Douglas Brown.(2001). Teaching by Priciples An Interactive Approach to Language Pedagogy. Longman International
Harlen, W. (2000). The teaching of science in primary schools. London: David Fulton.
Hodson, D. (1996). Rethinking the role and status of observation in science education. European Education,28(3), 37-58.
Howes, E. V. (2008). Educative experiences and early childhood science education: A Deweyan perspective on learning to observe. Teaching and Teacher Education, 24(3), 536-549.
Johnston, J. (2005). Early explorations in science. Maidenhead: Open University Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2002), Kurikulum BersepaduSekolah Rendah (KBSR), Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Kuhn,D.(1993),”Science as argument implication for teaching and learning scientific thinking” Science Education. 77(3) 319-337
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 47
M. W. Hacklinga; P. J. Garnetta(1991),Effect of context and gender on application of Science Investigation Skills journal International Journal of Science Education, retrived July 24,2010 http://www.springerlink.com/content/
Norris, S. P. (1984). Defining observational competence. Science Education, 68(2), 129-142.perspective on learning to observe. Teaching and Teacher Education, 24(3), 536-549.
Rohani Bt Tarmizi (1996), Pengukuran Kemahiran Sainstifik di Kalangan Pelajar Lepasan SPM. Kertas Kerja di Bentang dalam Seminar Kebangsaan Penilaian KBSM
Slavin, R.E. (2003). Educational Psychology: Theory and Practice (Seventh ed). Boston: Pearson Education, Inc.
Smith, B. K. & Reiser, B. J. (2005). Explaining behavior through observational investigation and Theory articulation. The Journal of the Learning Sciences, 14(3), 315-360
Tobin K.G dan Capie, W, (1980) Teaching process skills in the middle school.” Journal of School Science and Mathematics
University of California, (2005). Overview variables grades 5 and 6. Retrieved February, 28, 2010 from http://lhsfoss.org/scope/folio/pdfs/Variables_Matrix.
Zurida bt Ismail. (1998). Penguasaan Kemahiran Proses Sains Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.” Jurnal Kurikulum, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 48
Lampiran A
SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI EKSPERIMEN DALAM PEMBELAJARAN SAINS (1)Arahan: sila tandakan ( √) pada pilihan yang anda buat.
5. Tahun: Jantina: lelaki ( ) Perempuan ( )
6. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan eksperimen (Fair Test) dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan pemboleh ubah.
Petunjuk:5-Sangat setuju4- setuju3- Kurang pasti2- Tidak setuju3- Sangat tidak setuju
Item 1 2 3 4 5
Saya suka belajar dengan menggunakan eksperimenEksperimen membantu saya mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudahSaya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dengan mudah
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan eksperimen
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dan membuat hipotesis dengan pemboleh ubah yang dikenal pastiSaya dapat tahu apa cara menjawab soalan berkaitan tujuan eksperimen
Saya harap cikgu akan melakukan lebih banyak eksperimenSaya dapat menjawab bahagian B sains dengan mudah
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 49
Lampiran B
SOAL SELIDIK UNTUK MENGKAJI KEBERKESANAN AKTIVITI EKSPERIMEN DALAM PEMBELAJARAN SAINS (2) Arahan: sila tandakan ( √) pada pilihan yang anda buat.
7. Tahun: Jantina: lelaki ( ) Perempuan ( )
8. Soalan ini berkaitan dengan penerimaan murid terhadap penggunaan eksperimen (Fair Test) dalam menjawab soalan yang mempunyai perkaitan dengan penguasaan pemboleh ubah.
Petunjuk:5-Sangat setuju4- setuju3- Kurang pasti2- Tidak setuju4- Sangat tidak setuju
Item 1 2 3 4 5
Saya suka belajar dengan menggunakan eksperimenEksperimen membantu saya mengenalpasti pemboleh ubahSaya dapat mengenalpasti pembolehubah dengan mudah selepas belajar menggunakan eksperimen
Saya lebih mudah mengingat selepas melakukan eksperimen
Saya dapat mengenalpasti pemboleh ubah dan membuat hipotesis dengan pemboleh ubah yang dikenal pastiSaya dapat membuat perkaitan antara pemboleh ubah untuk mengenalpasti tujuan eksperimen
Saya harap cikgu akan melakukan lebih banyak eksperimenSaya dapat menjawab bahagian B sains dengan lebih mudah selepas mahir dalam kemahiran mengenalpasti pemboleh ubah
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 50
Lampiran C
Sekolah Kebangsaan Taman Bukit MewahName : Year 4 :Answer the following Question1. Khadijah carries out an experiment on the melting of ice cubes of different sizes. The ice cubes in beakers X, Y and Z are left to melt at room temperature and the volume of water in the beaker is measured
The results of the investigation are shown in Table 1Beaker Volume of water (ml)
X 10
Y 7
Z 4
a) State one observation from the results of the experiments ( 1 mark)_____________________________________________________________
b) Give a reason for your answer in (a) (1 mark)_____________________________________________________________
c) In the experimenta. What is changed? ______________________________( 1 mark)b. What is measured? ______________________________( 1 mark)
d) State the relationship between the things is changed and the things that is measured. (1 mark)______________________________________________________________
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 51
2.Figure 2 shows the apparatus set up in an experiment. Three rods that are
made from different materials are placed in a glass of hot water of the same
temperature. All of the rods are touched after 15 minutes.
a) State the aim of the experiment. (2 marks)
________________________________________________________
________________________________________________________
b) Which rod will be the hottest after 15 minutes? ( 1mark)
________________________________________________________
c) Give a reason for your answer in (b) (1 mark)
________________________________________________________
d) State what should be kept the same in the experiment (1 mark)
________________________________________________________
e) Based on the experiment, which rod is a good conductor of heat?
(1mark)
________________________________________________________
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 52
3. A group of pupils carries out an experiment using the apparatus as shown below. They prepare three glasses with the same amount of hot water. Each glass is wrapped with cotton wool, coconut husk and plastic sheet respectively. A thermometer is inserted into each glass and the thermometer is recorded after 30 minutes
Table 2 shows the results of the experimentGlass Thermometer reading
At the beginning of the experiment After 30 minutesP 85 80Q 85 75R 85 50
Table 2a) What is the aim of the experiment?(2 mark)
______________________________________________________________________________________________________________________________
b) State the following from the experimentI. What must be kept the same?
________________________________(1 mark)II. What must be changed?
___________________________________(1 mark)
c) Based on Table 2, which is the best material to keep the hot water warm for a longer time? (1mark)_______________________________________________________________
d) State one of the properties of material named in (c) (1mark)_______________________________________________________________
e) What conclusion can be made from the experiment (1 mark)_______________________________________________________________
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 53
Lampiran D
Experiment guideline
Fair test 1
1. Put 3 ices with different size into 3 beakers labeled X,Y and Z(refer diagram 1).
2. Leave the ices until all of the ice melts.3. The volume of the water in each beaker is measured by using measuring
cylinder.4. Record the result in table 1.
Task: identify all variables in the fair test
Fair test 21. Put metal spoon, plastic spoon and wooden spoon into beaker that containing
hot water.2. Leave the spoons in the hot water for 15 minutes. 3. Take out the spoons by using forceps.4. Feel the spoon with your hand.5. Record your observation table 2.
Task: identify all of the variables in the fair test
Fair test 31. Wrap three glasses with the cotton, plastic and paper.2. The glasses are labeled with P, Q and R.3. Pour hot water with the initial temperature 85 C into the beaker.⁰4. Cover the glasses P, Q and R with the lid.5. After 20 minutes, open the lid and measure the temperature of water in each
glass.6. Record your result in table 3.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 54
Lampiran E
Kumpulan :
No
Aspek Eksperimen 1Tarikh:Masa :
Eksperimen 2Tarikh :Masa :
Eksperimen 3Tarikh :Masa :
1. Pelajar boleh mengenalpasti pembolehubah yang dimalarkan (constant variables)
2. Pelajar boleh mengenalpasti pembolehubah yang dimanipulasikan (manipulative variable)
3. Pelajar boleh mengenalpasti pembolehubah yang bergerak balas (responding variable)
4. Pelajar boleh mengenalpasti sasaran eksperimen dengan menggunakan pembolehubah.
5. Pelajar boleh menulis 3 pembolehubah dengan betul.
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 55
Lampiran E
Data Pencapaian Individu Pra ujian dan Pos Ujian
BIL
Nombor Kod Responden
Ujian Pra Ujian PosMARKAH(%
)GRED MARKAH(%
)GRED
1. AEN 01 47 C 65 B
2. AEN 02 23 D 35 D
3. AEN 03 41 C 58 C
4. AEN 04 65 B 76 B
5. AEN 05 29 D 47 C
6. AEN 06 65 B 76 B
7. AEN 07 71 B 87 A
8. AEN 08 41 C 53 C
9. AEN 09 76 B 82 A
10.AEN 10 29 D 47 C
11.AEN 11 65 B 76 B
12.AEN 12 53 C 71 B
13.AEN 13 59 C 71 B
14.AEN 14 82 A 94 A
15.AEN 15 71 B 94 A
16.AEN 16 41 C 58 C
17.AEN 17 53 C 71 B
18.AEN 18 47 C 65 B
19.AEN 19 76 B 87 A
20.AEN 20 71 B 82 A
21.AEN 21 47 C 59 C
22.AEN 22 65 B 76 B
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 56
23.AEN 23 41 C 65 B
24.AEN 24 41 C 71 B
25.AEN 25 47 C 53 C
26.AEN 26 47 C 67 B
27.AEN 27 53 C 71 B
28.AEN 28 76 B 82 A
29.AEN 29 71 B 87 A
30.AEN 30 87 A 94 A
31.AEN 31 35 D 53 C
32.AEN 32 59 C 65 B
33.AEN 33 65 B 82 A
34.AEN 34 53 C 71 B
35.AEN 35 35 D 59 C
36.AEN 36 71 B 87 A
ANALISIS
KESELURUHAN
A 2 A 12
B 13 B 15
C 16 C 8
GAGAL 5 GAGAL 1
Jumlah 1998 Jumlah 2596
Min 1998/3
6
= 55.5
Min 2596/3
6
=72.1
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 57
Lampiran F
Rajah Pelaksanaan Tindakan Kajian
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 58
Kajian untuk meningkatkan keupayaan pelajar tahun 4 dalam
mengenalpasti pembolehubah dengan menggunakan ekperimen
berbantu di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Mewah, Johor
Bahru
Pra survey
Pra ujian
Rawatan menggunakan ujikaji/ pemerhatian
Pos ujian
Pos survey
Analisis data tentang keberkesanan eksperimen dalam menambahbaik keupayaan pelajar mengenalpasti pembolehubah.
Penulisan laporan
Azmil PISMP SAINS IPG-KTI 2010 Page 59