Kajian tindakan ladap
Transcript of Kajian tindakan ladap
1
KAJIAN TINDAKAN
ACTION RESEARCH
HANIZA MAHMOOD – JU KAJIAN TINDAKAN
BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
NG KIM CHOY – KETUA JABATAN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
MPSS
2
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN
Pelan Induk mempunyai 6 teras strategik bagi
memperkukuhkan sistem pendidikan negara iaitu:
Teras 1 – Membina Negara Bangsa
Teras 2 – Membangun Modal Insan
Teras 3 – Memperkasa Sekolah Kebangsaan
Teras 4 – Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 – Memartabatkan Profesion Guru
Teras 6 – Melonjakkan Kecemerlangan Insitusi Pendidikan
3
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN
Teras 5 – Memartabatkan Profesion Guru ada
kaitan dengan kajian tindakan: Menghasilkan guru yang berkualiti kekal dala
m sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan, dengan memenuhi sebahagian besar keperluan intelektual, rohani, fizikal dan emosional para guru
4
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN
PIPP menyarankan “…guru perlu memahami,
memberi komitmen dan mempunyai iltizam
yang tinggi dalam melaksanakan inisiatif dan
pendekatan baru ke arah usaha untuk
meningkatkan kualiti pendidikan” h.106
5
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN
Dahulunya peranan guru adalah sebagai “penyampai pengetahuan” (provider of knowledge); kini guru adalah sebagai “pemudah cara pengetahuan” (facilitator of knowledge)
Pendekatan konstruktivisme (constructivism)
6
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN (PIPP) DALAM KONTEKS KAJIAN TINDAKAN
Guru perlu kreatif dan efektif dalam penyampaian mereka
Guru boleh menjadi efektif dalam penyampaiannya dengan membuat adaptasi terhadap situasi setempat
Guru perlu sentiasa memikirkan pendekatan baru dan menyesuaikan amalan mereka kepada kehendak murid
7
PENGERTIAN KAJIAN TINDAKAN
Satu langkah berterusan oleh guru untuk menilai dan mengesan amalan sendiri dengan menggunakan data yang dikumpul untuk dijadikan panduan untuk mengubahsuai amalan lalu supaya keberkesanan amalan mengajar seterusnya dapat dipertingkatkan
8
PENGERTIAN KAJIAN TINDAKAN
Menyarankan supaya guru mengubah amalan mengajar dari segi mengubahsuai amalan secara berperingkat berasaskan data yang telah dikutip
Guru memainkan peranan sebagai penyelidik yang mengumpul dan menganalisis data, mencadangkan aktiviti P & P serta melaksanakan sendiri aktiviti tersebut
9
PENGERTIAN KAJIAN TINDAKAN
Berbentuk kualitatif yang menggunakan data dalam bentuk fakta asal seperti dilihat, didengar atau dibaca
Data boleh berbentuk statistik atau bukan statistik
10
PENGERTIAN KAJIAN TINDAKAN
Merangkumi empat langkah asas yang dilakukan secara berurutan dalam bentuk gelungan iaitu :
~ mereflek (reflect)
~ merancang (plan)
~ bertindak (action)
~ memerhati (observe)
11
KITARAN KAJIAN TINDAKANMODEL KEMMIS & MCTAGGART (1988)
Rancangan
Tindakan
Pemerhatian
Refleksi
Ulangkaji Rancangan
Refleksi Tindakan
Pemerhatian
1 2
12
TUJUAN MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN
a. Pembangunan profesionalisme guru
b. Meningkatkan keberkesanan amalan mengajar
c. Meningkatkan pencapaian murid
13
KELEBIHAN KAJIAN TINDAKAN
Mewujudkan satu rangka kajian yang sistematik dan progresif
Semua fenomena yang berlaku dalam konteks P & P dalam bilik darjah boleh ditinjau dan dibuat penambah-baikan
Guru berwibawa (teacher empowerment)
14
KELEMAHAN KAJIAN TINDAKAN
Bagi kelas yang lemah, gelungan
berulang-ulang (issue of finality) Model seolah-olah menunjukkan hanya guru
yang menentukan semua perkara yang berlaku dalam bilik darjah
15
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN
Maksudnya: penjelasan ringkas tentang beberapa perkar
a yang ingin dimaklumkan atau pelan tindakan penyelidik tentang projek kajian tindakan yang akan dilaksanakan
disediakan sebelum sesuatu kajian tindakan
dijanakan boleh disediakan untuk sepanjang tahun
16
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN
Menjawab persoalan seperti: Apakah tajuk kajian yang akan dilaksanakan? Apakah isu yang dikenal pasti? Apakah objektifnya? Bagaimanakah saya akan melaksanakan kajian? Berapa lamakah tempoh pelaksanaannya? Berapakah kos yang diperlukan?
17
FUNGSI KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN
Merupakan satu panduan yang menyatakan objektif kajian, langkah-langkah menjalankan kajian, peralatan yang akan digunakan dan tempoh pelaksanaan kajian semasa menjalankan kajian tindakan
Membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih terancang
18
KANDUNGAN DALAM KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN
1. Tajuk kajian
2. Ahli kumpulan penyelidik
3. Nama Sekolah / Jabatan / Bahagian
4. Latar belakang kajian / Refleksi P & P
5. Isu keprihatinan / Fokus kajian
6. Objektif kajian / Tujuan kajian
7. Kumpulan sasaran
8. Strategi tindakan yang dicadangkan
9. Jadual pelaksanaan kajian
10. Anggaran kos kajian
19
SYARAT UNTUK MENDAPATKAN PEMBIAYAAN KERTAS CADANGAN
Bergantung kepada penilaian terhadap perkara-perkaraberikut: Bilangan pelajar yang terlibat dalam kajian Objektif kajian Bilangan aktiviti yang akan dilaksanakan Bahan yang akan digunakan Kos yang terperinci dari segi:
~ jumlah bahan yang diperlukan~ harga untuk satu unit bahan~ jumlah kos secara keseluruhan untuk setiap jenis bahan
20
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
1. TAJUK KAJIAN
~ Menggambarkan fokus isu / masalah
yang akan diuji
~ Dinyatakan dalam bentuk orientasi
tindakan
~ Ringkas, tepat dan padat
21
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
1. TAJUK KAJIANContoh:~ Menangani masalah salah laku murid melalui kaunseling kelompok~ Meningkatkan dan memantapkan kemahiran mengira tempoh masa dengan menggunakan “Time Ruler”~ Meningkatkan kemahiran membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Inggeris dengan menggunakan “Little Book”
22
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
2. AHLI KUMPULAN PENYELIDIK
~ Catatkan nama penuh penyelidik atau
kumpulan
Contoh:
Nama Penyelidik : Pn Zalinawati bt Othman
23
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
3. NAMA SEKOLAH / JABATAN / BAHAGIAN
Contoh:
SEKOLAH KEBANGSAAN KAYAN,
32030 LEKIT,
SITIAWAN,
PERAK.
24
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI P & P ~ Dapat menerangkan konteks kajian secara umum (sekolah, pengalaman, situasi dan lain-lain) ~ Perasaan secara umum berkaitan perkara / topik pengajaran / masalah yang ingin diperbaiki ~ Tindakan / sikap pelajar yang membawa kepada masalah tersebut ~ Reflek tentang diri sendiri ~ Reflek amalan P & P yang lepas
25
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI P & P
~ Nyatakan secara umum dulu:
> Apa yang berlaku dalam kelas?
> Apa yang anda rasa sebagai seorang guru?
> Apa yang perlu diperbaiki / diubah?
26
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI P & P
Contoh:
Sewaktu mengajar Bahasa Inggeris di Kelas 2
Cendekiawan, saya dapati murid kurang berminat.
Apabila diajukan soalan, mereka sering menjawab tidak
faham malah menjawab sambil lewa. Saya dapati
kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja yang diberi
walaupun diminta untuk menulis satu ayat mudah seperti
“This is a pencil …”
27
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
4. LATAR BELAKANG KAJIAN / REFLEKSI P & P Contoh: Apabila melihat situasi seperti ini, saya merasa bersalah dan saya perlu memperbaiki kelemahan yang ada pada diri sendiri. Sehubungan itu, saya telah membuat keputusan untuk memperbaiki kelemahan diri serta mempertingkatkan pembelajaran murid-murid saya …
28
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
5. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN
~ Kenyataan atau keterangan yang
menjelaskan keadaan sebenar isu / masalah
~ Fokus kepada satu isu / tajuk kecil
~ Apa? Kenapa?
~ Jika isu / masalah tidak diatasi, apakah
perkara-perkara yang dijangka akan berlaku?
29
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
5. ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIANContoh: Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi olehmurid, saya akan fokuskan kajian ini kepada masalah dalam membina ayat mudah. Murid saya tidak menunjukkan minat dalam Bahasa Inggeris tidak boleh mengeja dengan betul serta meniru rakan untuk mendapat jawapan. Apabila amalan meniru menjadi kemestian, ini menyebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah. Kajian ini adalah penting untuk murid-murid 2 Cendiakawan dalam membina ayat dengan struktur yang betul kerana mereka memerlukan kemahiran berfikir, menulis serta berkeyakinan.
30
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
6. OBJEKTIF KAJIAN / TUJUAN KAJIAN
~ Objektif umum dan khusus
~ Sesuai dengan isu / masalah yang dikaji
~ Berkaitan dengan aktiviti / tindakan
~ Hendaklah boleh diukur
~ Semua objektif khas hendaklah diukur /
dinilai semasa menjalankan tindakan /
aktiviti
31
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
6. OBJEKTIF UMUM
Contoh:
Tujuan kajian ini adalah untuk
mempertingkatkan kemahiran menulis dalam
Bahasa Inggeris serta mempertingkatkan
keyakinan diri supaya menguasai Bahasa
Inggeris untuk murid-murid Tahap 1.
32
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
6. OBJEKTIF KHUSUS Contoh: 1. Membantu murid membina ayat mudah dalam
penulisan Bahasa Inggeris. 2. Membantu murid supaya menghasilkan buku
mengikut kreativiti mereka sendiri. 3. Membantu meningkatkan pencapaian murid dalam
Bahasa Inggeris. 4. Mengubah sikap persepsi murid dengan mengatakan
Bahasa Inggeris adalah mata pelajaran yang mudah difahami.
33
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
7. KUMPULAN SASARAN
~ Bilangan murid yang hendak dikaji
~ Murid yang diajar oleh penyelidik
~ Nyatakan kelas murid tersebut
Contoh:
Kajian ini melibatkan 36 orang murid Tahun 2
Cendikiawan yang terdiri daripada 20 orang
murid lelaki dan 16 orang murid perempuan.
34
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
8. STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN
~ Intervensi (jenis dan cara melaksanakannya)
~ Instrumen (soal selidik, pemerhatian, temu
bual, ujian, dokumen dan lain-lain)
~ Pengumpulan maklumat
~ Analisis data
35
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
8. STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKAN
~ Nyatakan aktiviti-aktiviti yang akan
dilaksanakan
~ Nyatakan tindakan yang dicadangkan
36
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
8. STRATEGI TINDAKAN YANG DICADANGKANContoh:Aktiviti 1 : Memotong kertas A4 untuk menjadikan sebuah buku kecil yang dinamakan “Little Book”Aktiviti 2 : Membina 4 atau 6 ayat.Aktiviti 3 : Melukis atau menampal gambar-gambar berdasarkan ayat serta mewarna mengikut kreativiti.Aktiviti 4 : Tulis muka surat di setiap helaian.Aktiviti 5 : Membaca “Little Book” bersama kawan-kawan.
37
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN ~ Boleh dibuat dalam bentuk jadual atau Carta
Gantt ~ Masukkan aktiviti yang terkandung dalam pelan
tindakan ~ Masukkan tempoh pelaksanaan kajian yang akan
dijalankan
Contoh: Jadual Pelaksanaan Kajian
38
PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN
10. ANGGARAN KOS KAJIAN Jelaskan dengan terperinci segala bahan yang akan digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti seperti:~ Apa bahan-bahannya~ Bilangan~ Harga setiap bahan~ Harga keseluruhan
39
RUMUSAN
Kajian tindakan dikenal pasti sebagai satu langkah yang boleh memartabatkan profesion perguruan dan seterusnya melonjatkan sistem pendidikan ke tahap kecemerlangan
Kejayaan kajian tindakan memerlukan kerjasama daripada semua pihak yang berkaitan dengan “bisnes” pendidikan bukan sahaja di sekolah tetapi di KPM, JPN dan PPD – guru, pentadbir, murid, komuniti – semua ini seharusnya bersama-sama mencari penyelesaian terhadap isu P & P
40
GARIS PANDUAN DAN SKEMA PEMARKAHAN KAJIAN TINDAKAN
KRITERIA:-
1. Muka Hadapan
2. Isi Kandungan
3. Penghargaan
4. Abstrak
5. Refleksi P & P yang lalu
6. Fokus Kajian
7. Tinjauan Awal
41
GARIS PANDUAN DAN SKEMA PEMARKAHAN KAJIAN TINDAKAN
8. Objektif Umum 9. Objektif Khusus10. Pelaksanaan Kajian11. Kreativiti / Ciri-ciri Inovasi Intervensi12. Impak Kajian13. Pencapaian Objektif Kajian14. Gaya Bahasa dan Struktur ayat15. Format yang betul16. Pembentangan secara keseluruhan
42
KRITERIA GRED PEMILIHAN PROPOSAL & LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
KRITERIA:-1. Format Penulisan2. Refleksi P & P3. Fokus Kajian4. Objektif Kajian5. Kumpulan Sasaran6. Tindakan yang dicadangkan / Pelaksanaan Kajian7. Kos & Senarai Bahan8. Cadangan Kajian Akan Datang9. Bibliografi / Lampiran
43
KRITERIA GRED PEMILIHAN PROPOSAL & LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
~ tahun 2009
~ oleh Panel Pemilihan Kajian Tindakan JPN
Selangor
(semua kriteria gred pemilihan boleh berubah
dari masa ke semasa mengikut tahap kualiti)
~ disediakan oleh Madznah Bachok
~ Jurulatih Utama Kajian Tindakan 2009
44
CONTOH-CONTOH PROPOSAL & LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
1. Communicative Activities In Language Teaching Facilitate The Acquisition Of The English Language: A Case Study
1 32 4
45
CONTOH-CONTOH PROPOSAL & LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
2. Interaction In The Language Classroom (A Form Four Class)
4321
46
SEKIAN
TERIMA KASIH
SELAMAT MENYEDIAKAN
KERTAS CADANGAN & LAPORAN