KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kajian tahap kognitif di kalangan pelajar...
Transcript of KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR … · kajian tahap kognitif di kalangan pelajar...
KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4
DI DAERAH ROMPIN, PAHANG DALAM MENGENALPASTI
PERMASALAHAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN
LUKISAN KEJURUTERAAN.
AHMAD SHAFIEE BIN SALAM
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAJIAN TAHAP KOGNITIF DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 4
DI DAERAH ROMPIN, PAHANG DALAM MENGENALPASTI
PERMASALAHAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN
LUKISAN KEJURUTERAAN.
AHMAD SHAFIEE BIN SALAM
Laporan projek ini dikemukakan
Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kejuruteraan Awam
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Teristimewa buat bonda yang tersayang,
Hajjah Sapiah binti Haji Mahat
Segala jasa dan pengorbananmu yang telah mendidikku
sehingga menjadi manusia berguna tiada ternilai. Doa restu dari
mu membuatkan aku berjaya.
Buat isteri tersayang,
Hasimah binti Haji Mohd Noh
Segala pengorbanan, kasih sayang, kesabaran, dorongan dan
galakan akan aku kenang sehingga akhir hayatku.
Buat puteri-puteri ku,
Aliah dan Athirah
Jadikan diri ayah sebagai pendorong untuk kalian berdua berjaya.
Insya Allah.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahnya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan bagi
memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam) dengan jayanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi
Muhammad S.A.W pesuruh Allah yang amat dikasihi.
Penulis dengan penuh ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada Encik Adnan bin Ahmad selaku penyelia di atas bimbingan,
sokongan, galakan, tunjuk ajar, nasihat, pandangan dan kritikan membina dalam usaha
untuk menyiapkan laporan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakam kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Pengetua-pengetua, guru-guru
serta pelajar yang terlibat kerana memberi kerjasama kepada penulis untuk menjalankan
kajian di sekolah-sekolah yang berkenaan.
Akhir sekali penulis ingin mengucapkan terima kasih atas penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga segala jasa
kalian diberi ganjaran dari Allah S.W.T, Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kognitif pelajar dalam mengatasi
masalah pembelajaran di dalam mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan. Seramai 161 orang
pelajar di kalangan pelajar tingkatan 4 di dalam Daerah Rompin, Pahang telah dipilih
sebagai responden kajian. Pelajar yang dipilih adalah berdasarkan sampel kelompok atas
kelompok. Tahap kognitif dalam kajian ini memfokuskan pada tiga aras utama kognitif
iaitu Aras Pengetahuan, Aras Kefahaman dan Aras Aplikasi. Kajian ini menggunakan
kaedah soal selidik yang mengandungi 32 item soalan di bawah tajuk Lukisan Unjuran
Ortografik dan Lukisan Isometri. Kajian ini juga melibatkan pengumpulan dan
penganalisaan data berbentuk kuantitatif. Bantuan dari pakar bidang mata pelajaran yang
berkaitan digunakan untuk tujuan pengesahan bagi menjamin kebolehpercayaan dan
keesahan soal selidik yang dibuat. Data yang diperolehi di analisis dengan menggunakan
perisian SPSS (Statistical Package For Social Science, Versi 11.0). Hasil analisis
diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan pelajar
berada tahap baik pada Aras Pengetahuan manakala tahap yang sederhana bagi Aras
Kefahaman dan Aras Aplikasi. Analisis terperinci yang terdapat di dalam kajian ini
secara langsung boleh mengenalpasti kelemahan-kelemahan tertentu pada setiap aras
yang dikaji. Secara keseluruhannya, dapatan di dalam kajian ini boleh membantu untuk
kajian lanjutan dan seterusnya mampu untuk meningkatkan pencapaian pelajar pada
masa akan datang.
vi
ABSTRACT
The purpose of this thesis is to detect on student’s study level in Engineering
Drawing subject. One hundreds and sixty one form 4 students from Rompin District,
Pahang were chosen as the respondent in this thesis based on group. This thesis focused
on three cognitive levels which are knowledge, understanding and applications. There is
32 items in the questionnaire for the Orthographic and Isometric Drawing. This data has
been analyzed by using SPSS (Statistical Package for Social Science, Versi 11.0) and is
presented in frequencies and percentage. The questionaire have been submit to the expert
teachers of the subjects to make a veriqication of it. The result showed that student’s
knowledge is good while student’s understands and applications are average. The
analysis can overcome certain aspects. The overall this analysis can be used as a
reference on up coming analysis and perhaps it can improve the student’s level in future.
vii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN
xii
BAB
PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENDAHULUAN.
1.0 Pendahuluan. 1
1.1 Latar Belakang Masalah. 2
1.2 Penyataan Masalah. 5
1.3 Objektif Kajian. 6
1.4 Persoalan Kajian. 6
1.5 Kepentingan Kajian. 7
1.6 Batasan Kajian. 8
1.7 Definasi Terminologi . 9
viii
BAB II
SOROTAN PENULISAN.
2.0 Pendahuluan. 11
2.1 Matlamat dan Objektif Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan.
12
2.2 Sukatan Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan
13
2.3 Proses Pembelajaran 14
2.4 Teori Perkembangan Kognitif 15
2.5 Tahap Kemahiran 16
2.6 Taksonomi Domain Kognitif Bloom 17
2.7 Masalah-Masalah Pembelajaran 30
BAB III METODOLOGI KAJIAN.
3.0 Pengenalan. 31
3.1 Rekabentuk Kajian. 31
3.2 Populasi Kajian. 32
3.3 Sampel Kajian. 32
3.4 Instrumen Kajian. 33
3.5 Prosedur Kajian. 34
3.6 Perlaksanaan Pengumpulan Data 35
3.7 Kesahan Kandungan Soal Selidik 36
3.8 Kajian Rintis 36
3.9 Penganalisaan Data dan Penilaian 37
ix
BAB IV
ANALISIS KAJIAN.
4.0 Pengenalan. 38
4.1 Penganalisaan Data 38
4.2 Analisis Bahagian A
Maklumat Latar Belakang Pelajar
4.3 Analisis Bahagian Pengetahuan
4.3.1 Analisis Tahap Aras Pengetahuan
Unjuran Ortografik
39
44
4.3.2 Analisis Tahap Aras Pengetahuan
Lukisan Isometri
4.4 Analisis Bahagian Kefahaman
4.4.1 Analisis Tahap Aras Kefahaman
Unjuran Ortografik
45
48
4.4.2 Analisis Tahap Aras Kefahaman
Lukisan Isometri
50
4.5 Analisis Bahagian Aplikasi
4.5.1 Analisis Tahap Aras Aplikasi
Unjuran Ortografik
52
4.5.2 Analisis Tahap Aras Aplikasi
Lukisan Isometri
55
4.6 Rumusan Analisis Data 57
4.7 Penutup 58
x
BAB V
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN.
5.0 Pengenalan. 59
5.1 Perbincangan 60
5.2 Tahap Aras Pengetahuan di bawah tajuk
Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri.
61
5.3 Tahap Aras Kefahaman di bawah tajuk
Unjuran Ortografik dan Lukisan Isometri.
62
5.4 Tahap Aras Aplikasi di bawah tajuk Unjuran
Ortografik dan Lukisan Isometri.
64
5.5 Rumusan 66
5.6 Cadangan-Cadangan. 67
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan. 69
RUJUKAN 70
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Analisis Keputusan SPM Bagi Mata Pelajaran
Lukisan Kejuruteraan Peringkat Daerah Rompin,
Pahang ( 1999 – 2002 )
4
2.1 Jadual Senarai Tahap Kemahiran Tingkahlaku Pelajar 16
2.2 Jadual Taksonomi Domain Kognitif dan Aktiviti
Tingkahlaku (Alsagoff,1956)
17
3.1 Taburan Populasi Pelajar Di Daerah Rompin yang
mengambil mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan.
32
3.2 Taburan item soal selidik 33
3.3 Penilaian Berdasarkan Peratusan 37
4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 39
4.2 Taburan Responden Berdasarkan Jenis Sekolah 40
4.3 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 40
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Berdasarkan Markah
Lukisan Kejuruteraan Dalam Peperiksaan / Ujian Terkini.
41
4.5 Taburan Responden Berdasarkan Kekerapan Mengulangkaji
Dalam Seminggu
42
4.6 (a) Pencapaian Pelajar Pada Aras Pengetahuan di bawah tajuk
Unjuran Ortografik
43
4.6 (b) Pencapaian Pelajar Pada Aras Pengetahuan di bawah tajuk
Lukisan Isometri
45
4.7 (a) Pencapaian Pelajar Pada Aras Kefahaman di bawah tajuk
Unjuran Ortografik
47
xii
4.7 (b) Pencapaian Pelajar Pada Aras Kefahaman di bawah tajuk
Lukisan Isometri
49
4.8 (a) Pencapaian Pelajar Pada Aras Aplikasi di bawah tajuk
Unjuran Ortografik
51
4.8 (b) Pencapaian Pelajar Pada Aras Aplikasi di bawah tajuk
Unjuran Ortografik (Lakaran Tanpa Skala) - Item 31
52
4.9 (a) Pencapaian Pelajar Pada Aras Aplikasi di bawah tajuk
Lukisan Isometri
54
4.9 (b) Pencapaian Pelajar Pada Aras Aplikasi di bawah tajuk
Lukisan Isometri (Skala Penuh) - Item 32
55
4.10 Jadual Rumusan Analisis Aras Pengetahuan 57
4.11 Jadual Rumusan Analisis Aras Kefahaman 57
4.12 Jadual Rumusan Analisis Aras Aplikasi 58
xiii
SENARAI SINGKATAN
PPD : Pejabat Pendidikan Daerah
PTV : Pendidikan Teknik dan Vokasional
BPTV : Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
LK : Lukisan Kejuruteran
MPE : Mata Pelajaran Elektif
IPT : Institusi Pengajian Tinggi
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS : Statistical Packages For Social Science
SMA : Sekolah Menengah Akademik
KBSM : Kurikulum Baru Sekolah Menengah
xiv
LAMPIRAN
A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM
B Surat Kebenaran EPRD
C Surat Kebenaran JPN Pahang
D Borang Soal selidik
E Surat Pengesahan Pakar Bidang
F Hasil Analisis Data (SPSS)
BAB 1
PENDAHULUAN.
1.0 Pengenalan.
Bagi umat Islam menuntut ilmu itu atau mempelajari sesuatu ilmu itu adalah fardu
ain dan wajib sama ada lelaki atau perempuan yang telah akil baligh. Sebenarnya terlalu
banyak darjat yang telah Allah janjikan kepada orang yang menuntut ilmu. Begitu maha
pengasih dan pemurahnya Allah untuk menggalakkan manusia berlumba-lumba menuntut
ilmu agar selamat di dunia dan akhirat.
Allah S.W.T mengangkat tinggi martabat para ilmuan disebabkan mereka berusaha
keras bagi mencungkil hakikat alam semesta sebagaimana Firman Allah:
Maksudnya: Dan Allah mengangkat martabat golongan yang beriman daripada
kalangan kamu dan juga golongan yang dikurniakan ilmu beberapa
darjat.
- Al Mujadalah: 11
2
Untuk menuntut ilmu seseorang itu perlulah belajar, tanpa mengalami proses
pembelajaran ilmu tidak akan diperolehi serta dimanafaatkan. Bagi memudahkan proses
pembelajaran kita perlu tahu teknik-teknik belajar yang betul agar ilmu yang hendak
dituntut mudah serta senang diingati.
Mengikut pandangan pakar-pakar teori di dalam mentakrifkan pembelajaran ianya
mempunyai pelbagai pengertian. Kebanyakan pakar-pakar teori berpendapat bahawa
pembelajaran itu merupakan satu perubahan tingkahlaku yang boleh dilihat dan diukur.
Pembelajaran juga merupakan satu proses yang yang berkait rapat dengan perkembagan
konsep diri yang baik.
Menurut (Skinner, 1957) berpendapat bahawa perubahan kelakuan itulah
pembelajaran. Pakar-pakar teori yang lain juga berpendapat bahawa pembelajaran
berlaku akibat pengalaman yang dilalui. Pembelajaran ini kemudiannya menyebabkan
perubahan kelakuan seseorang ( Hergenhann, 1988 )
Proses pembelajaran masa kini lebih tertumpu ke arah pembelajaran berbentuk
kognitif. Prosesnya lebih tertumpu kepada proses pembelajaran di dalam bilik darjah.
Dua jenis pembelajaran di dalam bilik darjah ialah pembelajaran isi kandungan mata
pelajaran dan proses pembelajaran. Proses pembelajaran berlaku apabila sesuatu
pengalaman belajar berubah kepada keseluruhannya termasuk pandangan pelajar itu
terhadap konsep dirinya ( Biggs, 1973 ).
1.1 Latarbelakang Masalah.
Sekolah Menengah Teknik adalah sekolah yang mengkhususkan bidang teknik
dan vokasional, iaitu seperti nama sekolah itu sendiri. Mereka yang memasuki aliran
teknik seharusnya bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di peringkat IPT dalam
bidang teknikal dan kejuruteraan. Mereka juga mempunyai peluang yang amat cerah
3
untuk menyambung pendidikan dalam bidang berkenaan sama ada di peringkat diploma
atau ijazah di IPTA seperti di UTM, UPM dan UITM selain beberapa buah politeknik
yang terdapat di Malaysia.
Bagi pelajar aliran teknik, mereka mempunyai dua mata pelajaran teknikal sekali
gus memberi kelebihan berbanding pelajar yang mana sekolahnya tidak menawarkan
mata pelajaran tersebut. Tambahan pula mata pelajaran elektif (MPE) ini memberi
banyak peluang untuk mereka memilih jurusan seperti seni bina. Oleh itu pelajar SMT
mempunyai kelebihan tersendiri di dalam bidangnya di samping tetap mempunyai
peluang yang sama di bidang sains dan teknologi lain ( Ibrahim Saad, 2003 )
Mata pelajaran yang dimaksudkan ialah Lukisan Kejuruteraan dan Kajian
Kejuruteraan. Secara tidak langsung ianya akan memberi saingan kepada pelajar yang
mengambilnya apabila ingin memasuki IPTA di bidang kejuruteraan. Ini adalah kerana
mata pelajaran seperti Lukisan Kejuruteraan bukan sahaja ditawarkan di Sekolah
Menengah Teknik (SMT) bahkan ia juga ada ditawarkan di sekolah menengah harian,
sekolah aliran agama malah Sekolah Menengah Sains (SMS).
Menurut Nor Fadila (1999), mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan telah mula
diperkenalkan di 9 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) pada tahun 1992, diikuti di 29
buah Sekolah Menengah Atas (SMA) pada tahun 1993 dan seterusnya di sebuah Sekolah
Menengah Sains (SMS) pada tahun 1995.
Memandangkan mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan begitu penting bagi pelajar
aliran teknik dan sekolah yang ada menawarkan mata pelajaran tersebut kepada pelajar
maka ianya telah menarik minat pengkaji untuk mengkaji serta menyelidik tahap kognitif
pelajar khasnya dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini lebih menumpukan kepada tiga
tahap kognitif iaitu tahap pengetahuan, kefahaman dan aplikasi pelajar dalam
menyelesaikan masalah semasa menjawab soalan-soalan Lukisan Kejuruteraan.
4
Ini bagi memastikan pelajar dapat menguasai mata pelajaran tersebut dalam
menyelesaikan masalah yang timbul apabila menjawab soalan di dalam peperiksaan yang
dihadiri.
Jadual 1.1 Analisis keputusan SPM bagi mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan
peringkat daerah Rompin, Pahang dari tahun 1999 hingga 2002. Analisis diperolehi
dari ( Unit Peperiksaan, Pejabat Pendidikan Daerah Rompin, Pahang ).
Pencapaian
1999 % 2000 % 2001 % 2002 %
1A– 2A
30 9.8 14 3.4 10 2.1 3 2.8
3C – 6C
156 51.1 151 36.2 183 38.5 169 39.1
7D – 8D
64 20.9 109 26.1 128 26.9 99 22.9
LULUS
250 82 274 65.7 321 67.6 280 64.8
Calon
305 471 475 432
Cemerlang : Meningkat 0.7 % Lulus : Menurun 2.8 %
Berdasarkan analisis yang telah diperolehi didapati bahawa peratusan lulus telah
menurun sebanyak 2.8 % iaitu perbandingan pada tahun 2002 dengan 2001 manakala
peratus kepujian hanya meningkat sebanyak 0.6 % iaitu pada pencapaian pelajar yang
memperolehi 3C – 6C. Penurunan yang ketara juga boleh dilihat apabila pencapaian
pelajar yang memperolehi 1A – 2A telah berkurangan dari 30 orang pelajar pada tahun
1999 ke 3 orang sahaja pada tahun 2002. Pada keseluruhan ianya menunjukkan
pencapaian pelajar kurang cemerlang bagi mata pelajaran ini jika dilihat dari sudut
peratusan pencapaian.
5
1.2 Pernyataan Masalah.
Menurut Mercer & Mercer (1998), bagi kriteria kognitif, masalah pembelajaran
adalah disebabkan oleh faktor seperti kekurangan aspek kognitif, pencapaian akademik
yang rendah, masalah penumpuan, hiperaktif dan kekeliruan. Dalam memahami sesuatu
tajuk pelajaran gabungan peringkat domain kognitif itu penting dalam meningkatkan
keupayaan pelajar untuk menguasai tajuk itu dengan lebih mendalam. Menurut Rozainal
(2002) setiap pelajar harus memahami dengan jelas peringkat awal setiap topik baru pada
sessi pengajaran dan pembelajaran kerana ianya menjadi teras kepada pembelajaran yang
lebih kompleks bagi setiap topik.
Kajian ini tertumpu kepada peringkat pengetahuan, kefahaman dan aplikasi
seperti mana yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran KBSM Lukisan Kejuruteraan,
Bahagian Kurikulum Teknikal Dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal,
Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah. Ini kerana jika pelajar tidak
mempunyai pengetahuan atau kefahaman yang mantap sudah pasti pelajar berkenaan
tidak mampu mengaplikasikan apa yang diterima semasa proses pengajaran pembelajaran
dijalankan.
Mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan memerlukan daya imaginasi pelajar baik
bagi menggambarkan objek yang akan dihasilkan. Penguasaan pada peringkat asas
adalah penting kepada pelajar dalam mempelajari sesuatu topik di dalam mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengkaji tahap kognitif
pelajar tingkatan 4 di Daerah Rompin, Pahang yang mengambil mata pelajaran Lukisan
Kejuruteraan dalam mengenalpasti masalah semasa menjawab soalan bagi mata pelajaran
berkenaan.
6
1.3 Objektif Kajian.
Pengkaji telah menetapkan tiga objektif penting di dalam kajian ini antaranya:
1.3.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar dalam menyelesaikan masalah bagi
menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk
a. Lukisan Ortografik
b. Lukisan Isometri
1.3.2 Mengenalpasti tahap kefahaman pelajar dalam menyelesaikan masalah bagi
menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk
a. Lukisan Ortografik
b. Lukisan Isometri
1.3.3 Mengenalpasti tahap aplikasi pelajar dalam menyelesaikan masalah bagi
menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk
a. Lukisan Ortografik
b. Lukisan Isometri
1.4 Persoalan Kajian.
Persoalan untuk kajian ini adalah seperti berikut:
1.4.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar di dalam membantu menyelesaikan masalah
semasa menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk
a. Lukisan Ortografik
b. Lukisan Isometri
7
1.4.2 Apakah tahap kefahaman pelajar di dalam membantu menyelesaikan masalah
semasa menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk
a. Lukisan Ortografik
b. Lukisan Isometri
1.4.3 Apakah tahap aplikasi pelajar di dalam membantu menyelesaikan masalah
semasa menjawab soalan Lukisan Kejuruteraan di bawah tajuk
a. Lukisan Ortografik
b. Lukisan Isometri