kajian tahap keselamatan perkhidmatan feri penumpang yang ...
Transcript of kajian tahap keselamatan perkhidmatan feri penumpang yang ...
KAJIAN TAHAP KESELAMATAN PERKHIDMATAN
FERI PENUMPANG YANG BEROPERASI
DI JETI KUKUP, JOHOR
FAHIMDIN BIN MOHD YUSOF @ KAMAL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
I dedicate to my loving wife
NOR SHAFINI BINTI MOHD YUSOFF
To my beloved sons
FARISH NAJMI BIN FAHIMDIN
FARIHAN SYAKIRIN BIN FAHIMDIN
To my beloved parent
HAJI MOHD YUSOF @ KAMAL BIN MOHAMED
HAJAH KHAZIMAH BINTI HASAN
AND
To all my family members
iv
PENGHARGAAN
BimillahirRahmanirRahim
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat kepada Allah S.W.T kerana
dengan limpah kurnia, rahmat dan hidayahnya memberi kekuatan untuk saya
menyempurnakan tesis ini sebagai memenuhi syarat bagi penganugerahan Sarjana
Sains Perancangan Pelancongan, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi Malaysia.
Saya merakamkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada pensyarah
penyelia dan pembimbing saya iaitu Dr. Hairul Nizam bin Ismail yang sentiasa sudi
memberi bimbingan dan nasihat bagi kepada saya sehingga terhasilnya kajian yang
telah sempurna ini. Ribuan terimakasih juga dirakamkan kepada para pensyarah
kursus Sarjana Sains Perancangan Pelancongan khasnya, Prof. Madya. Dr. Amran bin
Hamzah, Prof. Madya. Dr. Zainab binti Khalifah dan Encik Tajuddin bin Kechik.
Ucapan terima kasih yang teristimewa kepada isteri yang dikasihi Nor Shafini
binti Mohd Yusoff, anakanda Farish Najmi dan Farihan Syakirin, ahli keluarga dan
rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa memberi dorongan dan kekuatan semangat
kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
v
Akhir sekali, terima kasih tak terhingga kepada responden-respenden yang
sudi ditemuramah bagi pengumpulan maklumat bagi menyempurnakan kajian ini.
Tanpa bantuan responden ini, adalah mustahil kajian ini dapat disiapkan sedemikian
rupa. Mereka yang terlibat ialah:
Encik Fakhrul Anwar Bin Abu Hassan, Pegawai Keselamatan Pelayaran,
Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan, Gelang Patah, Johor.
Puan Raja Faudzah Binti Raja Rasdi, Pegawai Pelabuhan, Jabatan Laut
Malaysia, Jeti Kukup, Johor
Encik Zakaria Bin Abdul Manaf, Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Laut
Malaysia, Jeti Kukup, Johor
Mike Thein - Pengarah Urusan Syarikat Boat Explorer Malaysia.
Encik Ah Siong , Encik Ong Chin Sane (Mr. Thomas) - Pengusaha Bot Ke
Tanjung Balai, Indonesia
Encik Ramesh A/L Balakrishnan – Kapten / Kakitangan Bot Ke Tanjung Balai
Indonesia
Encik Ah Say , Mr. Apollo - Pengusaha Bot Pelancong Ke Pulau Kukup
Encik Hamdani Bin Ahmad (Am) – Kakitangan Boat Explorer
Wassalam
vi
ABSTRAK
Laporan ini merupakan kajian penilaian berhubung tahap keselamatan
perkhidmatan feri atau bot penumpang yang disediakan oleh pihak pengusaha terlibat
bagi perkhidmatan membawa penumpang untuk ke destinasi antarabangsa iaitu dari
Jeti Kukup ke Jeti Tanjung Balai, Indonesia dan aktiviti bot membawa penumpang ke
perairan dalam negara iaitu untuk melawat Taman Negara Kukup dan ke Kelong Ikan.
Melalui laporan yang dihasilkan ini, pengkaji cuba untuk membuat penilaian
berkenaan sejauhmanakah tahap keselamatan sesebuah feri atau bot penumpang itu
dititikberatkan oleh pihak pengusaha syarikat perkhdmatan feri sebagai jaminan
keselamatan kepada para penumpang yang mendapatkan perkhidmatan mereka,
apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak yang terlibat di dalam menangani
isu keselamatan penumpang serta sejauhmanakah sesebuah feri atau bot yang
membawa penumpang telah menepati tahap kepiawaian yang ditetapkan oleh
kerajaan Malaysia.
Kajian ini juga akan cuba untuk mendapatkan pandangan umum daripada pelbagai
sudut terutamanya yang berkaitan dengan tahap keselamatan perkhidmatan feri
penumpang selain isu-isu dan masalah yang mungkin wujud dalam usaha untuk
membuat pemantauan dan penilaian perkhidmatan feri yang terlibat di perairan Jeti
Kukup ini. Kajian ini juga dijalankan dengan bantuan daripada pelbagai sumber
maklumat serta data tersedia seperti dokumen rasmi berbentuk cetakan yang
diperolehi daripada agensi kerajaan serta swasta, sumber-sumber media elektronik,
visual dan sebagainya yang diterbitkan di laman internet serta lain-lain media
elektronik.
Memandangkan kurangnya kajian yang dilakukan oleh mana-mana pengkaji
berhubung dengan tahap keselamatan bagi perkhidmatan feri yang amat penting bagi
kegunaan pihak yang terlibat secara terus dengan industri ini, di harap kajian ini
dapat menjadi bahan rujukan kepada kajian-kajian seterusnya.
vii
ABSTRACT
This report is an assessment study about the safety level of ferries and boat passenger
services being offered by the ferry operator which involved completely in the business
for international passenger to their destination such as Tanjung Balai, Indonesia by
using ferries from Kukup Jetty and also boat activities to bring over passenger within
Kukup fisherman area as to Kukup National Park or to Farm Fish which is also known
as „Kelong”. From this report, a researcher will be assessing the safety level of every
ferries and passenger boat whether it is a guaranty and within the operator‟s
consideration about the safety aspects to whomever passenger who use and be getting
in their ferry services. Through this report also, the researcher tries to get the clear
view about the steps taken by the organization involved to encounter the safety issues
for passenger and also about the specifications of ferry and passenger boat whether it
follows the standard of Malaysian Shipping Acts.
This study would also try to get public overview in every aspect especially about the
safety level of passenger ferries services besides other issues and related problems
which occurs in the assessment or inspection being done by the organization involved
to those ferries operated in Kukup Jetty. This study is also conducted by using several
information from several of resources such as printed material from government,
private sectors, electronic media, visual and such information from internet, articles
and other information which is related to this study.
As there is lacking in terms of the number of this study related to this field, hopefully
this study can be use by future researcher as the main reference and supported
information for them.
viii
SENARAI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
Pengesahan Penyelia
Judul i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak vi
Abstract vii
Kandungan viii
Senarai Jadual xii
Senarai Rajah xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah Kajian 5
1.4 Kepentingan Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Objektif Kajian 7
1.7 Lokasi Kajian 7
1.8
1.9
Kaedah Kajian
Rangka Kerja Penyelidikan
9
11
1.9.1 Peringkat Pertama : Kajian Awal. 12
1.9.2 Peringkat Kedua : Sorotan Literatur dan Teori . 12
ix
1.9.3 Peringkat Ketiga : Kaedah dan Analisis Kajian . 13
1.9.4 Peringkat Keempat : Cadangan dan Kesimpulan
Kajian.
14
BAB 2 SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 16
Definisi dan Teori Keselamatan Secara Umum 16
2.3 Definisi Perkhidmatan Feri Atau Bot Yang Membawa
Penumpang dan Pelancong
18
2.3.1 Definisi Perkhidmatan Feri Atau Bot 18
2.3.2 Definisi Pengusaha Feri Atau Bot 19
2.3.3 Definisi Kakitangan 20
2.4 Tanggungjawab Keselamatan Feri Atau Bot. 21
2.5 Pemeriksaan Keselamatan Feri Atau Bot 23
2.6 Keperluan Pensijilan Terhadap Feri Atau Bot
Penumpang
26
2.7 Keselamatan Para Penumpang 28
2.8
2.9
Keperluan Kemudahan-Kemudahan dan Maklumat-
Maklumat Penting Sebagai Jaminan Keselamatan
Bagi Sesebuah Feri Atau Bot Penumpang
Spesifikasi Feri Atau Bot Yang Dibenarkan
Berdasarkan Undang-Undang Malaysia.
30
35
2.10 Contoh-Contoh Spesifikasi Bot Yang Dibuat Oleh
Syarikat Pembuat Bot Boat Explorer, Malaysia
38
BAB 3 KAEDAH DAN ANALISIS KAJIAN
3.1 Pengenalan. 44
3.2 Lokasi Kajian 44
3.3 Kaedah Kajian :Kualitatif 45
3.3.1 Teknik Temubual Semi-Struktur In-depth 45
i. Temubual Dengan Agensi Kerajaan 46
ii. Temubual Dengan Kumpulan Rujukan 46
3.3.2 Teknik Pemerhatian 47
3.3.3 Teknik Pengumpulan Maklumat Kedua 47
3.3.4 Kaedah Analisis Temubual kualitatif 48
x
3.4 Merekabentuk Soalan-soalan. 49
3.5 Justifikasi Pemilihan Kaedah Kajian 57
3.6
3.7
3.7.1
3.7.2
3.7.3
3.7.4
Justifikasi Pemilihan Sampel Kajian
Analisis Dan Penemuan Kajian
Analisis Tentang Tahap Keselamatan Perkhidmatan
Feri Yang Beroperasi Dari Jeti Kukup Dan langkah-
Langkah Yang Perlu Diambil Oleh Pihak-Pihak Yang
Terlibat Dengannya.
Rumusan Tahap Keselamatan Perkhidmatan Feri
Dan Langkah-Langkah Yang Diambil Menurut
Pemerhatian Pengkaji
Analisis Berhubung Spesifikasi Bot Penumpang Yang
Beroperasi Dari Jeti Kukup Berdasarkan Standard
Piawaian Yang Telah Ditetapkan Di Dalam
Perundangan Malaysia
Rumusan Berhubung Dengan Spesifikasi
Perkhidmatan Feri Atau Bot Penumpang Yang
Beroperasi Di Jeti Kukup Menurut Pemerhatian
Pengkaji
58
63
64
80
84
90
BAB 4 CADANGAN DAN KESIMPULAN
4.1 Pengenalan 94
4.2 Cadangan-Cadangan 95
4.2.1 Pelaksanaan Aktiviti Penguatkuasaan Oleh Pihak
Yang Terlibat
95
i. Memperketatkan Aspek Penilaian Terhadap Ciri-ciri
Keselamatan Bagi Sesebuah Feri Atau Bot
95
ii. Menambah Bilangan Kakitangan Untuk Tujuan
Penguatkuasaan
iii. Hubungan Yang Baik Antara Pihak-Pihak Yang
Terlibat
97
98
4.2.2 Menyediakan Kakitangan Yang Terlatih Dan
Berpengalaman
98
4.2.3 Tindakan Penumpang 100
4.2.4 Menetapkan Spesifikasi Bot Yang Sesuai Sebagai Bot
Penumpang
101
xi
i. Menggunakan Bahan Pembuatan Badan Bot
Daripada ‟Gentian Fibre‟ Berkualiti Tinggi dan Ciri-
Ciri Menepati Spesifikasi Kerajaan Malaysia
101
ii. Kemudahan Pinjaman Pembelian Bot Kepada Para
Pengusaha Kecil
102
4.2.5 Infrastruktur Dan Kemudahan-Kemudahan Lain
Yang Membantu Memberikan Jaminan Keselamatan
103
4.3 Kesimpulan 104
Rujukan 108
Lampiran
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
2.1 Senarai Semak Kawalan Kapal Atau Bot Penumpang
Di Seluruh Jeti Di Malaysia.
24
2.2 Beberapa Maklumat Penting Yang wajib Disediakan
Oleh Kakitangan Sesebuah Feri
Atau Bot.
26
2.3
2.4
Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Sesebuah
Perkhidmatan Feri Mengikut Piawaian NMMA
Certified Boat, US Coast Guard
Contoh Spesifikasi Pelan Keselamatan Bagi Feri
“Ruby Express”
27
36
3.1
3.2
3.3
Senarai Dan Justifikasi Pemilihan Responden Bagi
Kajian.
Matrik Rumusan Tahap Keselamatan Perkhidmatan
Feri Dan Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh
Organisasi Terlibat Menurut Pemerhatian Pengkaji
Matrik Berhubung Dengan Spesifikasi Perkhidmatan
Feri Atau Bot Penumpang Yang Beroperasi Di Jeti
Kukup Menurut Pemerhatian Pengkaji
59
83
93
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA
SURAT
1.1 Peta Lokasi Jeti Kukup Dan Kawasan Kajian 9
1.2 Rangka Kerja Kajian 15
2.1 Foto Perkhidmatan Feri Yang Diperbuat Daripada
‘Gentian Fibre’ Bagi Laluan Antarabangsa
20
2.2 Foto Perkhidmatan Bor Penumpang Yang Diperbuat
Daripada Kayu Untuk Ke Destinasi Seperti Taman
Negara Kukup Dan Kelong Ikan
20
2.3 Keperluan Kemudahan-Kemudahan Dan Maklumat-
Maklumat Penting Sebagai Jaminan Keselamatan
Bagi Sesebuah Feri Atau Bot Penumpang
31
2.4 Contoh Sebuah Feri Penumpang Iaitu Feri “Ruby
Express”
35
2.5 Pelan Keselamatan Fizikal Feri “Ruby Express” 37
2.6 Contoh Spesifikasi Bot Explorer 320 Open Deck Yang
Dibuat Oleh Syarikat Boat Explorer, Malaysia
38
2.7 Contoh Spesifikasi Bot Explorer 320 Quarter Cabin
Yang Dibuat Oleh Syarikat Boat Explorer, Malaysia
39
2.8
2.9
2.10
Contoh Spesifikasi Bot Explorer 270 Yang Dibuat
Oleh Syarikat Boat Explorer, Malaysia
Contoh Spesifikasi Bot Explorer 240 Yang Dibuat
Oleh Syarikat Boat Explorer, Malaysia
Contoh Spesifikasi Bot Explorer F221 Yang Dibuat
Oleh Syarikat Boat Explorer, Malaysia
40
41
42
3.1 Tema Penemuan Berhubung Tahap Keselamatan 79
xiv
Perkhidmatan Feri Yang Beroperasi Dari Jeti Kukup
dan Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil Oleh
Pihak Yang Terlibat
3.2 Tema Penemuan Berhubung Spesifikasi Feri Atau
Bot Penumpang Yang Beroperasi dari Jeti Kukup
Berdasarkan Piawaian Yang Ditetapkan Dalam
Perundangan Malaysia
90
like……………….Like the most
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sejak penghujung Perang Dunia Kedua (1945) sejumlah besar kapal
persiaran penumpang telah berada di dalam industri perkhidmatan air. Sejak 30
tahun yang lalu, perkembangan industri pengangkutan laut telah berkembang
dengan pesat dengan kelengkapan teknologi yang telah membawa kepada
perubahan dari struktur rekabentuk badan sesebuah kapal, penggunaan kuasa
enjin yang canggih serta perkhidmatan kepada para penumpang termasuk juga
pelancong.
Pembangunan pesat sistem pengangkutan di seluruh dunia menyaksikan
berlakunya persaingan sengit dalam penciptaan teknologi dan peralatan terkini
untuk keselesaan dan kemudahan manusia. Salah satu daripadanya ialah dalam
persaingan yang berlaku di dalam sektor pengangkutan air, sama ada melalui
jalan laut mahupun sungai yang menjadi antara kaedah pengangkutan yang
penting sejak zaman dahulu sehingga ke hari ini.
Perkhidmatan kapal persiaran (cruise) telah menunjukkan perkembangan
yang pesat dan pelayaran yang paling selamat jika dibandingkan dengan
perkembangan perkhidmatan air yang lain (Cartwright & Baird, 1999). Walaupun
banyak kritikan telah dilontarkan kepada perkhidmatan kapal persiaran, namun
rekod telah dicatatkan bahawa perkhidmatan ini lebih selamat berbanding
dengan perkhidmatan air yang lain di seluruh dunia dengan adanya langkah-
langkah keselamatan yang diberikan perhatian serta krew yang amat terlatih
2
telah dapat menyelamatkan nyawa para penumpang semasa berlaku
kemalangan(Gossard, 1995).
Bagi komuniti dan organisasi yang terlibat dengan aktiviti perkapalan
antarabangsa, aspek-aspek keselamatan sesebuah kapal amatlah dititikberatkan
dan menjadi keutamaan bagi memberi jaminan keselamatan yang tinggi kepada
para penumpang yang mendapatkan perkhidmatan apa jua jenis pengangkutan
air. Malapetaka seperti karamnya kapal wap penumpang yang terbesar dan
canggih iaitu “RMS Titanic” pada 4 April 1912 akibat terlanggar „Aisberg‟ yang
mengorbankan ribuan nyawa telah membuka mata banyak pihak mengenai
kepentingan penyediaan aspek keselamatan pada sesebuah kapal persiaran
sebelum ianya beroperasi.
Seterusnya, apabila berlakunya dua kemalangan yang amat dashyat yang
melibatkan kebakaran dua kapal persiaran laut iaitu kapal persiaran
‟Scandinavian Star‟ dan „Moby Prince‟ (Boisson, 1999] telah membuat banyak
perubahan besar dibuat terhadap peraturan dan undang-undang pelayaran
antarabangsa. Ia telah membawa kepada kajian semula ciri-ciri keselamatan
sesebuah kapal yang akan dibina dengan menitkberatkan unsur-unsur yang
boleh menyelamatkan nyawa jika sekiranya berlaku sebarang kemalangan seperti
kapal karam ataupun berlaku kebakaran. (kapal yang dibina selepas atau
sebelum 1hb October 1994)
Pada tahun 1980 seramai 1.4 juta pelancong telah menggunakan
perkhidmatan kapal persiaran untuk merasai pengalaman pelayaran dan
percutian yang berbeza daripada menggunakan mod pengangkutan lain seperti
penggunaan kapal terbang, ia kemudiannya bertambah secara mendadak pada
tahun 1990 iaitu seramai 4 juta pelancong telah melancong menggunakan
perkhidmatan kapal persiaran. (Canadian Travel Press, 1994) Manakala di Asia
Tenggara, bandaraya Hong Kong telah menunjukkan perkembangan
memberangsangkan bagi perkembangan industri kapal persiaran penumpang.
Dimana menurut kajian, kedatangan para pelancong yang menggunakan
perkhidmatan kapal persiaran bertambah dari jumlah 21,764 pada tahun 1992
kepada 44,051 pada tahun berikutnya. Ini adalah kerana Bandaraya Hong Kong
berpotensi bagi fly-cruise packege dan ianya membantu pertumbuhan
ekonominya (Hong Kong Tourist Association, 1994)
3
Jika difokuskan pula kepada sistem pengangkutan air di Malaysia. Ia
merupakan salah satu dari sistem perhubungan penting pada zaman dahulu dan
masih dikekalkan di sesetengah negeri di Malaysia seperti di Johor, Melaka,
Sarawak, Terengganu dan Kedah. Sistem pengangkutan air ini pada
kebiasaannya dijalankan bagi menghubungkan lokasi melalui laluan sungai
ataupun melalui laluan lautan yang menghubungkan tanah besar dan sesebuah
pulau. Diantara pengangkutan air yang digunakan adalah seperti kapal persiaran
(cruise), feri pengangkutan harian, feri penumpang, perahu serta bot ekspress
pelancong.
Pada dasarnya di Malaysia, penggunaan pengangkutan air bermula di
awal tahun 1930-an lagi, tetapi ketika itu ia hanya menggunakan perahu layar
sahaja. Ia digunakan sebagai alat perhubungan utama pada ketika itu
disebabkan ketiadaan jalan darat yang sesuai, lagipun kebanyakan penempatan
pada masa itu terletak berhampiran dengan muara sungai. Ia juga digunakan
untuk membawa hasil hasil pertanian, barangan perniagaan dan sebagai
pengangkutan awam utama yang membawa penduduk dari satu tempat ke satu
tempat yang lain (Dato Haji Mohd Salleh bin Haji Awang dan Mohd Yusof
Abdullah, 1985)
Bagi perkhidmatan feri membawa penumpang ianya berubah mengikut
peredaran masa dimana dari menggunakan perkhidmatan perahu layar ianya
sedikit demi sedikit bertukar kepada menggunakan bot berenjin yang mempunyai
kuasa tinggi bagi memberi perkhidmatan yang lebih cepat dan selesa kepada para
pengguna. (Shukri Abdul Jalil, 1997)
Di Sarawak, bentuk muka buminya yang di kelilingi oleh sungai-sungai
besar merupakan faktor utama menyebabkan kaedah pengangkutan air
khususnya melalui jalan sungai dan pesisir pantai amat penting dan terus
digunakan. Sistem pengangkutan bot ekspres merupakan salah satu sistem
pengangkutan awam terpenting di Sarawak bagi menghubungkan kawasan-
kawasan yang tidak dapat dihubungi melalui jalan darat dan tiada perkhidmatan
pengangkutan udara seperti beberapa kawasan seperti Song, Kapit dan Belaga.
Bahkan kaedah pengangkutan air ini masih menjadi alternatif perhubungan bagi
penduduk di kawasan-kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan
yang lain.
4
Penekanan terhadap tahap keselamatan pada sesebuah perkhidmatan feri
dan yang seumpama dengannya, ianya amatlah perlu dititikberatkan agar hak-
hak pengguna tidak di abaikan dan mereka boleh menikmati perkhidmatan
dengan selesa, selamat dan berkualiti, Pada masa kini, perkembangan teknologi
yang pesat telah memberi nafas kepada pengusaha perkhidmatan feri atau bot
membawa penumpang untuk diadaptasi dan memberikan impak yang positif
kepada pengusaha perkhidmatan itu sendiri maupun kepada kepuasan dan
kemudahan para penumpang yang mendapatkan perkhidmatan feri berkenaan.
Pihak pengusaha perkhidmatan feri atau bot membawa penumpang ini perlulah
memperlengkapkan lagi kemudahan yang disediakan dengan ciri-ciri keselamatan
yang tinggi dan canggih kepada para penumpang termasuk para pelancong dan
sebagai jaminan keselamatan, keselesaan dan layanan yang baik. Akhirnya
sebagai pulangannya para pelanggan akan memberikan kepercayaan dan
kesetiaan yang tinggi untuk menggunakan perkhidmatan yang diberikan oleh feri
yang terbabit.
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Berita Harian 28 September 2007, tahap keselamatan
perkhidmatan sesebuah feri atau bot yang disediakan kepada para penumpang
terutamanya syarikat perkhidmatan bot pelancong di Malaysia masih pada tahap
yang rendah dan masih banyak perlu diperbaiki terutamanya berkenaan dengan
ciri-ciri keselamatan dan kemudahan yang sepatutnya disediakan dan
diperlengkapkan di dalam sesebuah bot, sebagai contohnya bagi perkhidmatan
Bot Ekspres Sarawak yang beroperasi membawa penumpang agak kurang
menepati tahap spesifikasi yang perlu disediakan oleh sesebuah bot atau feri di
Malaysia dimana perkhidmatan feri tersebut hanya menggunakan feri yang
terpakai yang kurang menepati spesifikasi ditetapkan seperti fizikal bot yang agak
kecil dan tidak mengikut piawaian telah digunakan sejak tahun 1980-an lagi dan
ia mungkin boleh mengundang bahaya jika ianya membawa lebih muatan
penumpang.
Laporan Utusan Malaysia 17 Oktober 2007 pula menggambarkan tentang
kesesuaian penggunaan bahan untuk membina badan atau fizikal sesebuah deri
atau bot. Sebagai contoh pihak pengurusan Lembaga Pembangunan Langkawi
yang memonopoli perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi, menyediakan feri yang
5
dibina daripada bahan gentian fibre ( fibre glass) yang kurang berkualiti dan tidak
mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Laut Malaysia. Ia juga
boleh membahayakan keselamatan penumpang. Pada 26 November 2006 telah
berlaku pergeseran antara dua buah feri di Langkawi dan telah menyebabkan
kecederaan kepada beberapa orang penumpangnya, Seterusnya Di muara Kuala
Kedah telah juga berlaku satu pertembungan antara feri yang berlabuh di situ
sehingga menyebabkan salah satu feri yang diperbuat daripada gentian fibre
hangus terbakar.
Utusan Malaysia 15 Oktober 2007 melaporkan berkenaan dengan sikap
dan layanan yang diberikan oleh kakitangan perkhidmatan feri kepada para
penumpang. Sikap kurang bertanggungjawab pengusaha bot juga yang
menjalankan operasi tanpa permit, tiada insurans, dan tidak menitikberatkan
aspek keselamatan seperti tidak menyelenggara bot mengikut jadual, membawa
penumpang melebihi had tampungan sehingga 98 orang dengan kekurangan
jaket keselamatan, serta hanya menyediakan 2 orang kakitangan yang serta
seorang pemandu bot yang tidak berkemahiran asas menyelamat adalah sebagai
faktor pendorong kepada berlakunya kemalangan seperti contoh tragedi
kebakaran feri Seagull Ekspress di Mersing pada 13 Oktober 2007 yang telah
mengorbankan 7 nyawa, selain ramai lagi penumpang yang tercedera adalah
berkemungkinan besar daripada faktor-faktor diatas.
1.3 Pernyataan Masalah Kajian
Berdasarkan maklumat yang didapati daripada media elektronik dan juga
media cetak seperti suratkhabar dan berita di televisyen, pengkaji dapat
membuat andaian bahawa tahap keselamatan perkhidmatan feri atau bot di
seluruh Malaysia, pada masa kini masih berada pada tahap yang kurang
memuaskan terutamanya dari segi ciri-ciri fizikal sesebuah bot, penyediaan
kelengkapan bot bercirikan keselamatan yang tidak lengkap dan kakitangan yang
kurang mahir serta bertauliah. Maka, pernyataan masalah di dalam penyelidikan
ini ialah untuk mengkaji sejauhmanakah tahap keselamatan perkhidmatan
sesebuah feri atau bot membawa penumpang di Malaysia ini dititikberatkan oleh
pihak yang terlibat bagi memberi jaminan keselamatan kepada para penumpang
atau pelancong yang mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.
6
1.4 Kepentingan Kajian
Oleh yang demikian, Kajian kes terhadap “Tahap Keselamatan
Perkhidmatan Feri atau Bot yang membawa penumpang termasuk para
pelancong yang beroperasi di Jeti Kukup, Johor”, adalah suatu yang boleh
dianggap sebagai satu landasan dan asas yang mempunyai beberapa
kepentingan. Diantara kepentingan kajian ini ialah:
i. Menyediakan penilaian di peringkat pertama tentang ciri-ciri keselamatan
perkhidmatan feri atau bot penumpang yang dikendalikan oleh pihak
pengusaha perkhidmatan feri atau bot terhadap para pelanggan mereka
yang mendapatkan perkhidmatan mereka dari Jeti Kukup.
ii. Hasil kajian yang diperolehi boleh digunakan sebagai garis panduan dan
langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan perkhidmatan feri atau
bot oleh pihak pengusaha perkhidmatan feri yang terlibat.
iii. Langkah-langkah serta cadangan daripada kajian ini penting untuk
perhatian dan tindakan pihak-pihak yang mempunyai kaitan langsung
dengan industri pelancongan marina yang berasaskan perkhidmatan
pengangkutan penumpang.
iv. Sebagai rujukan kepada pengkaji-pengkaji seterusnya yang berminat
untuk mendalami bidang kajian ini pada masa akan datang.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan isu-isu yang dinyatakan diatas, persoalan yang ingin
diketengahkan dalam kajian ini ialah:
I. Sejauhmanakah tahap keselamatan perkhidmatan bot penumpang
yang dikendalikan oleh pihak pengusaha feri dititikberatkan sebagai
jaminan kepada para penumpang terutamanya kepada pelancong yang
menggunakan perkhidmatan ini untuk menuju destinasi pilihan
mereka dari Jeti Kukup?
7
II. Apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak yang terlibat
didalam menangani permasalahan keselamatan penumpang semasa
mereka menggunakan perkhidmatan sesebuah feri atau bot?
III. Sejauhmanakah spesifikasi sesebuah feri atau bot penumpang yang
dibina di Malaysia menepati standard piawaian yang telah ditetapkan?
1.6 Objektif Kajian
Berikut adalah antara objektif kajian ini.
I. Menilai sejauhmana tahap keselamatan sesebuah feri atau bot yang
dikendalikan oleh pihak pengusaha perkhidmatan feri terhadap para
penumpang termasuk para pelancong untuk ke destinasi pilihan
mereka.
II. Menilai langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak yang terlibat
didalam menangani permasalahan keselamatan penumpang yang
menggunakan perkhidmatan feri tau bot penumpang yang disediakan.
Contohnya seperti aspek penguatkuasaan undang-undang.
III. Menilai sejauhmana spesifikasi sesebuah feri atau bot penumpang
yang dibina di Malaysia menepati standard piawaian yang telah
ditetapkan.
1.7 Lokasi Kajian
Kajian ini akan dijalankan di daerah Pontian iaitu di Jeti Kukup bagi
perkhidmatan feri membawa penumpang yang beroperasi untuk berulang alik ke
destinasi pilihan mereka seperti Singapura, Pulau Batam dan Tanjung Balai
melalui jeti tersebut. Kebanyakkan penumpang bagi laluan antarabangsa adalah
dianggarkan terdiri daripada warganegara Indonesia dan penumpang tempatan
dan lain-lain penumpang yang akan menggunakan perkhidmatan feri yang
beroperasi dari Jeti Kukup itu samada untuk menziarahi ahli keluarga bagi
warganegara Indonesia dan untuk tujuan melancong ataupun urusan perniagaan
bagi lain-lain penumpang termasuk penumpang tempatan. Manakala
8
perkhidmatan bot pelancong pula ditawarkan kepada para penumpang atau
pelancong terutamanya pelancong berkumpulan (group tour) yang datang untuk
tujuan lawatan biasa atau membuat kajian pendidikan ilmiah ke destinasi seperti
Taman Negara Kukup dan Kelong Ikan.
Pemilihan lokasi kajian yang dipilih bertempat di Jeti Kukup dianggap
amat bersesuaian oleh pengkaji kerana lokasinya yang berada pada laluan
antarabangsa perairan Selat Melaka yang tidak terjejas oleh faktor persekitaran
iaitu selamat daripada ancaman ombak besar dan air yang berarus deras. Oleh
yang demikian pengkaji berpendapat bahawa para pengusaha perkhidmatan feri
atau bot membawa penumpang akan dapat menjalankan operasi perkhidmatan
feri dan bot mereka pada setiap hari di dalam satu tahun. Seterusnya pengkaji
dapat merealisasikan kajian berkenaan tahap keselamatan perkhidmatan feri
atau bot penumpang dengan bertemu dan menemubual pihak-pihak yang terlibat
pada tarikh temujanji yang akan dibuat dengan jayanya.
Pengkaji akan menyoalselidik kakitangan syarikat perkhidmatan feri atau
bot yang mengendalikan perkhidmatan mereka di Jeti Kukup serta mendapatkan
respons mengenai langkah yang diambil oleh pihak pengusaha perkhidmatan feri
dan bot sebagai jaminan keselamatan kepada penumpang mereka. Pengkaji juga
akan mendapatkan maklumbalas daripada pihak yang terlibat secara langsung
berkenaan dengan aspek penguatkuasaan undang-undang yang dijalankan
keatas setiap perkhidmatan feri atau bot yang beroperasi di jeti tersebut iaitu
dengan pihak Jabatan Laut Malaysia.
Akhir sekali pengkaji juga berharap dapat menemubual pihak yang
terlibat di dalam membina sesebuah feri atau bot sebagai usaha mendapatkan
penjelasan berkenaan dengan spesifikasi yang dibenarkan ataupun ditetapkan
oleh undang-undang bagi sesebuah feri atau bot yang dibina secara umumnya
dan khususnya yang melibatkan perkhidmatan sesebuah feri pengangkutan
penumpang. Dengan itu pengkaji berharap dapat mengetahui apakah ciri-ciri
yang sepatutnya perlu ada pada sesebuah feri atau bot yang akan dibina
terutamanya ciri-ciri berkenaan dengan feri membawa penumpang. Pihak yang
terlibat menurut pengkaji adalah pembuat bot daripada syarikat Boat Explorer
Malaysia.
9
Rajah1.1: Peta Lokasi Jeti Kukup dan Kawasan Kajian
1.8 Kaedah Kajian
Kaedah kajian akan dikumpul melalui dua sumber data iaitu sumber data
primer dan sekunder semasa kajian ini dijalankan. Data-data primer melibatkan
pengumpulan data daripada soalselidik kepada responden yang terdiri daripada
para kakitangan yang mengendalikan perkhidmatan feri atau bot penumpang
serta pihak penguatkuasa perkhidmatan bot iaitu pihak Jabatan Laut Malaysia.
Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temubual Semi- struktur
In-depth bagi mendapatkan maklumat pertama berhubung segala aspek yang
hendak diperolehi dan dikaji dalam kajian ini. Kaedah temubual kajian kualitatif
1) Bandar kukup
2) Restoran Seafood
3) Pejabat Agensi Feri
4) Feri ke Tg. Balai
5) Feri ke Pulau Kukup
10
adalah satu cara untuk mendapatkan apakah yang dirasakan dan difikirkan oleh
orang lain berdasarkan perspektif mereka sendiri. Menerusi temubual kualitatif,
pengkaji akan mendalami serta memahami pengalaman yang mana pengkaji
sendiri tidak terlibat (Rubin and Rubin, 1995). Penggunaan kaedah kajian
temubual Semi- struktur In-depth ini akan dijelaskan oleh pengkaji dalam Bab 3
nanti.
Melalui kaedah ini, pengkaji akan menggunakan teknik temuduga dengan
mengadakan sesi temubual dengan individu, pegawai daripada jabatan kerajaan
iaitu Jabatan Laut Malaysia, pengusaha syarikat perkhidmatan feri serta
kakitangan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kajian ini.
Pengkaji juga akan menjalankan tinjauan dan pemerhatian (survey and
observation) sepanjang berada di lokasi kajian (Jeti Kukup) bagi mengenalpasti
aspek-aspek yang boleh dijadikan maklumat tambahan dan sokongan sebagai
pengukuhan dapatan dan analisis data dalam kajian ini.
Seterusnya pengumpulan data-data dan maklumat sekunder pula akan
dibuat oleh pengkaji yang melibatkan pengumpulan maklumat-maklumat serta
menerusi laporan rasmi agensi kerajaan, terbitan, laporan-laporan mengenai
aspek dan prosedur keselamatan dari dalam dan luar negara, jurnal, artikel serta
rujukan daripada kajian-kajian terdahulu dari dalam dan luar negara yang
berkaitan dengan bidang kajian ini.
Laporan adalah berdasarkan jawapan dan kenyataan sebenar daripada
responden yang terlibat dengan menggunakan olahan ayat pengkaji tanpa
menjejaskan maklumat asal yang diperolehi semasa sesi temuramah dijalankan
serta pemerhatian di lokasi kajian. Maklumat dan data sekunder ini adalah
maklumat sokongan bagi mengukuhkan dapatan kajian selain membantu
pengkaji menghasilkan laporan yang baik dan tahap keesahan yang memenuhi
kriteria kajian ilmiah sebagaimana yang telah digariskan oleh pihak institusi
pengajian yang akan menilai hasil kajian oleh pengkaji.
Rumusan berhubung dapatan yang cuba diperolehi oleh pengkaji melalui
kajian Tahap keselamatan perkhidmatan feri penumpang yang disediakan oleh
pihak pengusaha perkhidmatan feri yang terlibat dari Jeti Kukup ke destinasi
pilihan para penumpang.
11
Antara maklumat penting yang cuba diperolehi menerusi kajian ini termasuklah:
i. Maklumat tentang tahap keselamatan feri atau bot yang disediakan
Mengetahui jenis feri atau bot yang digunakan, Kekerapan pergerakan feri
atau bot, kekerapan penyelenggaraan, peralatan keselamatan yang
gunakan, tahap kemahiran kakitangan feri atau bot.
ii. Maklumat tentang langkah-langkah yang diambil oleh Pihak terlibat bagi
memastikan Tahap Keselamatan Feri atau Bot
Pemantauan pergerakan bot, penilaian berkala struktur bot, penilaian
kelengkapan keselamatan pada sesebuah feri atau bot.
iii. Maklumat tentang spesifikasi sesebuah feri atau bot penumpang yang
dibina menepati standard piawaian yang telah ditetapkan.
Setiap model bot yang disiapkan mengikuti standard piawaian seperti
kapasiti engin digunakan, daya apungan feri atau bot , sistem elektronik
dan penggunaan minyak enjin.
1.9 Rangka Kerja Kajian
Rangka kerja penyelidikan ini sangat penting sebagai panduan kepada
pengkaji yang menunjukkan tahap-tahap yang akan dilalui oleh pengkaji dalam
menyiapkan laporan kajian ini.
Rangka kerja ini merupakan rumusan berhubung langkah-langkah dan
tindakan yang akan dilakukan oleh pengkaji sebagai memberi gambaran yang
jelas terhadap struktur penyelidikan yang disusun atur oleh pengkaji.
Secara amnya methodologi yang akan dilaksanakan dalam menghasilkan
kajian ini dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
i. Peringkat I : Kajian Awal
ii. Peringkat II : Sorotan Literatur dan Teori.
iii. Peringkat III : Kaedah dan Analisis Kajian.
iv. Peringkat IV : Cadangan dan Kesimpulan.
12
1.9.1 Peringkat Pertama: Kajian Awal.
Pada peringkat kajian melibatkan pengenalpastian isu dan
permasalahan yang ditimbulkan serta perlu dibuat penyelesaian melalui
kajian. Bagi memudahkan pengkaji membuat kupasan setiap maklumat
terhadap isu dan permasalahan yang ditimbulkan, sorotan literatur atau
kajian secara teori adalah diperlukan. Untuk tujuan ini, pengkaji akan
mengupas segala maklumat yang diperolehi daripada pelbagai media bagi
mendapatkan gambaran secara menyeluruh berhubung isu dan
permasalahan yang cuba untuk diselesaikan.
Setelah pernyataan permasalah dan isu telah dikenalpasti, pengkaji
seterusnya akan membentuk matlamat dan tujuan kajian bagi
menerangkan tentang apa yang ingin diperolehi (dapatan) oleh pengkaji
dalam kajian ini nanti.
Seterusnya, pengakaji akan mengemukakan beberapa persoalan
kajian yang mana jawapan untuk persoalan berhubung kajian akan
diperolehi pada akhir kajian setelah analisis berhubung maklumat yang
diperolehi dibuat oleh pengkaji.
1.9.2 Peringkat Kedua: Sorotan Literatur Dan Teori.
Sorotan literatur serta teori berhubung kajian amat penting buat
pengkaji sebagai asas dan pemberi gambaran secara menyeluruh tentang
aspek-aspek yang berkaitan dengan kajian ini. Kefahaman yang mendalam
berhubung kajian ini sangat bergantung kepada maklumat yang diperolehi
oleh pengkaji dalam sorotan literatur ini.
Pada peringkat kedua ini pengkaji akan mengupas dan mengulas
setiap maklumat berupa artikel, kajian ilmiah dari luar dan dalam negara,
laporan rasmi kerajaan atau badan bukan kerajaan, terbitan dari internet,
suratkhabar, majalah dan sebagainya yang berkaitan secara langsung
dengan kajian yang dijalankan.
Antara aspek yang akan diberi perhatian oleh pengkaji dalam
sorotan literatur dan teori ini ialah angkubah yang telah ditetapkan dalam
13
skop kajian iaitu kajian terhadap tahap keselamatan perkhidmatan feri atau
bot penumpang yang disediakan oleh pengusaha feri dan bot kepada para
penggunanya termasuklah para pelancong.
1.9.3 Peringkat Ketiga: Kaedah Dan Analisis Kajian.
Berbanding dengan dua peringkat di atas, peringkat ketiga ini
memerlukan pengkaji menjalankan kajian di luar untuk mendapatkan
maklumat daripada pihak-pihak yang telah dikenalpasti untuk
ditemuramah selain berada di lokasi kajian iaitu di Jeti Kukup untuk
menjalankan pemerhatian dan penelitian terhadap maklumat-maklumat
yang boleh membantu pengkaji dalam kajian ini nanti.
Bagi tujuan kajian ini, pengkaji akan menjalankan sesi temuduga
dengan individu, syarikat, badan kerajaan melalui soalan-soalan yang
berkaitan dengan aspek yang ingin dibuat kajian. Antara individu yang akan
ditemuramah ialah Pegawai Keselamatan Pelayaran, Jabatan Laut Malaysia
(Safety Aids of Navigation Officer] Ibupejabat Wilayah Selatan, Pegawai
Pelabuhan, Jeti Kukup (Kukup Port Officer), Kakitangan penguatkuasaan
Jabatan Laut Malaysia, Jeti Kukup, para pengusaha syarikat perkhidmatan
feri penumpang bagi laluan antarabangsa (Jeti Kukup), kakitangan syarikat
perkhidmatan feri laluan antarabangsa (Jeti Kukup), pihak pengusaha
syarikat perkhidmatan bot membawa pelancong ke Taman Negara Kukup
dan Kelong Ikan, Pengarah Urusan Boat Explorer dan individu lain yang
terlibat Jeti Kukup.
Peringkat ini amat penting dan memerlukan pelaksanaan yang rapi
kerana maklumat yang diperolehi pada peringkat ini digunakan untuk
analisis bagi mendapatkan hasil kajian atau dapatan kajian di peringkat
selanjutnya terusnya. Untuk itu jenis dan bentuk soalan yang akan
dikemukakan kepada respondan mestilah relevan dan mempunyai keesahan
yang tinggi bagi menghasilkan dapatan yang akan menjawab persoalan
kajian yang dikemukakan pada peringkat awal kajian ini.
Pada peringkat ini juga pengkaji akan menjalankan analisis terhadap
data dan maklumat yang diperolehi dalam kajian lapangan serta maklumat
sekunder daripada sorotan literatur. Memandangkan kaedah kajian yang
14
digunakan dalam kajian ini melalui temuramah dan juga pemerhatian oleh
pengkaji, analisis yang dibuat adalah bergantung sepenuhnya dengan
jawapan yang diperolehi semasa temuramah, pemerhatian serta maklumat
sekunder di peringkat kajian lapangan dan sorotan literatur sebelum ini.
Hasil analisis itu nanti akan menunjukkan sama ada tahap
keselamatan feri penumpang yang beroperasi adalah menepati ciri-ciri
piawaian Malaysia dan pada tahap yang selamat ataupun sebaliknya
sebagai aspek yang sepatutnya diberi perhatian bagi menjamin tahap
keselamatan pelancong yang maksima yang mendapatkan perkhidmatan di
Jeti Kukup. Analisis ini juga akan mengandungi rumusan penemuan kajian
yang menentukan strategi tindakan, langkah-langkah serta cadangan-
cadangan yang perlu dipertimbangkan bagi meningkatkan tahap
keselamatan perkhidmatan feri atau bot penumpang kepada para pelancong
dari jeti tersebut.
1.9.4 Peringkat Keempat: Cadangan dan Kesimpulan Kajian.
Merupakan peringkat terakhir dalam kajian ini. Pada peringkat ini
pengkaji akan mengemukakan cadangan-cadangan atau langkah-langkah
tertentu bagi meningkatkan tahap keselamatan perkhidmatan feri atau bot
penumpang bagi menjamin keselamatan maksimum para penumpang yang
menggunakan perkhidmatan feri atau bot berulang alik dari Jeti kukup ke
destinasi pilihan mereka. Cadangan-cadangan atau langkah-langkah
tersebut dibuat dengan berpandukan penemuan atau dapatan kajian
melalui hasil daripada analisis yang dilakukan pada peringkat keempat
sebelum ini.
Rajah 1.2, menunjukkan rangka kerja kajian sebagai rujukan
pengkaji dan pembaca kajian ini bagi memudahkan kefahaman terhadap
proses penghasilan kajian ini.
15
……………………………………………………………………………………………….PERINGKAT I
……………………………………………………………………………………………….. PERINGKAT III
….……………………………………………………………………………………………………..PERINGKAT II
……………………………………………………………………………………………… PERINGKAT IV
Rajah 1. 2. Rangka Kerja Kajian.
PERNYATAAN MASALAH KAJIAN
KEPENTINGAN KAJIAN
PERSOALAN DAN SKOP KAJIAN
MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN
LOKASI KAJIAN
SOROTAN LITERATUR
PENGUMPULAN MAKLUMAT
ANALISIS DATA
PENEMUAN KAJIAN
CADANGAN DAN KESIMPULAN
Tahap Keselamatan Perkhidmatan Pengangkutan Laut berdasarkan
kajian ilmiah dari luar dan dalam negara, laporan rasmi kerajaan
atau badan bukan kerajaan, terbitan dari artikel dan internet,
suratkhabar, majalah dll
Kajian terdahulu yang berkaitan dengan tahap
keselamatan perkhidmatan feri atau bot dari dalam
dari luar dan dalam negara.
Maklumat dari agensi-agensi kerajaan dan NGO
Artikel dan terbitan dari laman web.
Artikel serta terbitan bercetak.
Tahap Keselamatan Perkhidmatan Feri atau Bot – menggunakan maklumat yang diperolehi melalui
temuduga, pemerhatian dan data sekunder
Dapatan hasil kajian melalui analisis maklumat dan data-data primer dan sekunder
Tahap keselamatan perkhidmatan feri atau bot penumpang kepada para pengguna di Jeti Kukup.
data sekunder temuduga
Sesi temubual melalui soalan-soalan yang berkaitan
untuk mendapatkan maklumat tentang kajian daripada
individu,institusi dan kumpulan yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dengan kajian ini.
16
BAB II
SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Sorotan literatur serta teori berhubung kajian ini amat penting buat
pengkaji sebagai gambaran secara menyeluruh tentang aspek yang hendak dikaji
selain menyelesaikan persoalan-persoalan yang telah dibangkitkan melalui kajian
ini. Kefahaman yang mendalam berhubung idea, maklumat, serta dapatan
daripada kajian-kajian terdahulu, terbitan, artikel dan sebagainya akan dikupas
dan dihuraikan oleh pengkaji menerusi sorotan literatur ini.
Bab ini akan menfokuskan kepada kajian literatur yang akan menyentuh
berkenaan definisi dan teori keselamatan secara umum, definisi perkhidmatan
feri atau bot membawa penumpang dan pelancong, tanggungjawab terhadap
keselamatan feri atau bot, pemeriksaan keselamatan feri atau bot, keperluan
pensijilan terhadap feri atau bot penumpang, keselamatan para penumpang,
kemudahan-kemudahan dan maklumat-maklumat penting sebagai jaminan
keselamatan bagi sesebuah feri atau bot serta spesifikasi feri atau bot yang
dibenarkan berdasarkan undang-undang Malaysia.
2.2 Definisi & Teori Keselamatan Secara Umum
Keselamatan di dalam industri pelancongan mempunyai definisi yang
amat luas dan merangkumi pelbagai aspek termasuk aspek keselamatan di dalam
perkhidmatan berasaskan maritim. Aspek keselamatan ini perlu dititikberatkan
bukan sahaja kepada para penumpang termasuk para pelancong yang
mendapatkan perkhidmatan feri dan bot, tetapi juga kepada kakitangan yang
17
terlibat di dalam pengendalian sesebuah feri atau bot itu sendiri seperti pemandu
bot dan krew lain yang terlibat.
World Tourism Organization (WTO, 1991), menekankan kawalan dan
keselamatan (safety and security) adalah merujuk kepada perlindungan nyawa,
kesihatan, fizikal, psikologikal dan ekonomi para pelancong.
Parasuraman et.al (1985, 1988), beliau mendapati bahawa aspek
keselamatan juga memainkan peranan penting selain daripada penilaian aspek –
aspek lain seperti keadaan fizikal sesuatu barangan atau perkhidmatan,
kebolehpercayaan, daya respons dan memahami pelanggan oleh para pengguna.
Namun didalam kes ini, aspek keselamatan adalah amat penting dan diperlukan
kerana ia memberi satu jaminan kepada penumpang termasuk para pelancong
yang menggunakan perkhidmatan sesebuah feri atau bot untuk merasa selamat
ke sesuatu destinasi.
Cartwright and Baird (1999), menekankan bahawa keselamatan bot
penumpang atau feri, cruise serta kapal perlu menjadi keutamaan dengan
pernyataan berikut:
“The safety of ships has always been a priority. Disasters such as the
„Titanic‟ sinking in 1912 could cause international concern and more serious
attention has been focused on marine safety on board cruise ships”.
Jabatan Perkhidmatan Kesihatan, Kemalangan dan Keganasan, Los
Angeles, hasil kajian berkenaan keselamatan bot di Amerika Syarikat (April 2006)
mendapati bahawa kemalangan yang melibatkan perkhidmatan bot adalah
disebabkan oleh kecuaian pemandu, jika dibandingkan dengan rekabentuk bot,
peralatan kelengkapannya maupun keadaan cuaca.
Di dalam Ordinan Perkapalan Malaysia, tahun 1952, (Bahagian IV) amat
menekan aspek-aspek keselamatan terhadap sesebuah kapal yang membawa
penumpang termasuklah bagi sesebuah feri ataupun bot pelancong. Menurut
ordinan ini, setiap kapal penumpang perlu menitikberatkan ciri-ciri keselamatan
yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Laut dan badan-
badan penilaian yang telah dilantik oleh kerajaan Malaysia sebelum boleh
beroperasi untuk membawa para penumpang ke satu-satu destinasi.
18
Bagi rekabentuk sesebuah kapal penumpang itu, rekebentuk binaan
badan sesebuah kapal penumpang tersebut juga perlu diambil kira seperti kapal
mestilah mempunyai bumbung sebagai satu perlindungan keselamatan kepada
para penumpang, Selain itu yang paling utama adalah keperluan penyediaan
peralatan keselamatan yang sentiasa diselenggara yang ada di dalam sesebuah
kapal itu disediakan dengan mencukupi bagi kegunaan penumpang semasa
sesebuah kapal itu beroperasi. Jika pihak pengusaha perkhidmatan kapal atau
feri tersebut tidak menyediakan peralatan keselamatan dengan sempurna mereka
akan ditahan perjalanan dan dikenakan denda tidak melebihi $5000,00. (Ordinan
Keselamatan Kapal Malaysia, A792/91)
Namun buat masa kini, di Malaysia kelengkapan sesebuah feri atau bot
membawa penumpang masih belum dapat mencapai standard dari segi
kelengkapan kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang disediakan bagi
membolehkan para pengguna termasuk pelancong mendapat jaminan
keselamatan dan keselesaan yang optimal. Dengan itu ia menjadi tugas yang
amat berat dipertanggungjawabkan kepada pihak yang terlibat diantara
pengusaha syarikat feri penumpang, kakitangan bot atau feri yang memberikan
perkhidmatannya, pembuat bot dan pihak berkuasa seperti pihak Jabatan Laut
Malaysia untuk menanganinya.
2.3 Definisi Perkhidmatan Feri atau Bot Membawa Penumpang dan
Pelancong
2.3.1 Definisi Perkhidmatan Feri atau Bot
Di dalam perkhidmatan membawa penumpang, sesebuah bot dan feri
sebenarnya adalah sejenis pengangktan yang sama, Cuma jika dilihat sebuah bot
itu sebenarnya mempunyai saiz yang lebih kecil, ciri-ciri dan kemudahan
peralatan yang kurang sedikit disediakan kepada para penumpang jika hendak
diperbandingkan dengan sebuah feri. Namun bagi konteks Malaysia, kedua-dua
perkhidmatan ini memainkan peranan yang sama penting iaitu memberikan
perkhidmatan membawa penumpang dan kemungkinan kenderaan pada laluan
berkala jarak dekat bagi pengangkutan air di kepada orangramai.
19
Pada kebiasaannya perkhidmatan sesebuah feri atau bot digunakan
sebagai salah satu mod bagi sistem pengangkutan laut awam untuk perjalanan
ke pulau-pulau dan kebanyakan bandar pesisiran pantai dan ia adalah transit
langsung ke destinasi yang ingin ditujui oleh para penumpang. Di Malaysia, dua
pangkalan feri terletak di Pulau Pinang dan Butterworth yang dibuka secara
rasminya oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu pada 23 September 1959. Ia digunakan bagi menghubungkan tanah
besar semenanjung dengan Pulau Pinang sehingga kini bagi membawa kenderaan
dan penumpang. (Utusan Malaysia, 2005)
Perkhidmatan sesebuah feri atau bot bagi menghubungkan pulau-pulau
di seluruh Malaysia seperti perkhidmatan feri ke Pulau Langkawi, Pulau Pangkor
dan ke kepulauan di Terengganu dan kepulauan Johor mempunyai saiz yang
sederhana besar iaitu berukuran panjang maksimum 50 kaki dan berbentuk
yang lebih aerodinamik, kebiasaannya boleh memuatkan jumlah penumpang
sehingga 100 sehingga 150 orang muatan penumpang atau pelancong ke
destinasi pelancongan tersebut di dalam satu perjalanan.( Berita Harian, 2007)
2.3.2 Definisi Pengusaha Feri atau Bot
Pengusaha feri atau bot adalah individu atau kumpulan yang
menjalankan operasi perkhidmatan bot yang berlesen dan berdaftar dengan
Kementerian Pengangkutan Malaysia. Pihak pengusaha perkhidmatan feri atau
bot penumpang mestilah menyediakan serta memastikan segala kelengkapan
lengkap sesebuah feri atau bot yang beroperasi dengan dilengkapi ciri-ciri
keselamatan yang tinggi seperti pemeriksaan bot secara berkala terhadap fizikal
dan enjin yang digunakan, kedudukan peralatan keselamatan seperti jaket
keselamatan dan lain-lain yang betul dan mudah dicapai oleh para penumpang,
menyediakan petunjuk keselamatan serta menyediakan pemandu dan kakitangan
yang berkelayakan serta mahir di dalam pengoperasian sesebuah feri atau bot.
Rajah 2.1 dan 2.2 dibawah menunjukkan jenis bot yang beroperasi membawa
para penumpang untuk ke destinasi pilihan mereka dari Jeti Kukup.
20
Rajah 2.1: Perkhidmatan Feri yang diperbuat daripada gentian fibre untuk
laluan antarabangsa iaitu ke Tanjung Balai, Indonesia
Rajah 2.2: Perkhidmatan Bot Penumpang yang diperbuat daripada kayu
untuk ke destinasi seperti Taman Negara Kukup dan ke Kelong Sangkar Ikan
2.3.3 Definisi Kakitangan
Kakitangan feri atau bot terdiri daripada pemandu bot ataupun dipanggil
sebagai „master‟ yang mesti mempunyai lesen membawa penumpang yang sah
iaitu sekurang-kurangnya tahap 6 iaitu berkelayakan untuk mengendalikan
sebuah bot yang berat bersih seberat 500 ton dan berukuran 20 kaki panjang,
bagi seseorang „master‟ yang mempunyai kelayakan lesen pada tahap 1 pula,
beliau boleh mengendalikan bot atau feri yang mempunyai daya tampungan berat
seberat 3000 ton ataupun mempunyai ukuran panjang sehingga 70 kaki. Setiap
pemandu bot atau „master‟ ini diberi tanggungjawab yang besar oleh pihak
pengusaha bot atau feri untuk mengendalikan operasi pengangkutan feri
21
membawa penumpang dengan selamat ke destinasi yang menjadi pilihan para
pelancong.(guideline for non passanger bare boat charter parties)
Kakitangan feri atau bot juga terdiri daripada krew yang dipimpin oleh
pada kebiasaannya oleh seorang ketua iaitu „Kapten‟ yang bertanggungjawab
memberikan arahan dan „briefing‟ kepada kesemua kakitangan dibawahnya
termasuk pemandu bot untuk menjalankan tugas masing-masing dibahagian
tertentu dengan sempurna dan efisyen. Beliau juga bertanggungjawab membuat
pemantauan dan penyeliaan terhadap sesebuah feri dibawah penyeliaannya
bermula dari sebelum operasi, semasa perjalanan pelayaran dan selepas selesai
perjalanan dibuat oleh sesebuah feri atau bot yang terlibat.
Kakitangan lain dipanggil sebagai krew ataupun kelasi juga mempunyai
peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam setiap operasi perkhidmatan
sesebuah feri atau bot. Diantara tugas mereka adalah bertugas sebagai jurucakap
dengan memberikan perkhidmatan dan makluman mengenai perjalanan dan
langkah-langkah keselamatan kepada para pelancong sebelum bermulanya
perjalanan bot yang dinaiki pelancong. Krew yang terlibat juga mestilah
memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang berada di dalam sesebuah
feri itu ditahap yang paling optimum. Setiap krew mestilah mestilah mempunyai
lesen asas kemahiran menyelamat dan pengetahuan tentang rawatan awal jika
berlaku sebarang kecederaan kepada penumpang sebagai langkah awal proses
menyelamat penumpang jika sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini seperti bot terbakar, karam di lautan dan kecederaan. (Berita Harian,
September 2007)
2.4 Tanggungjawab Keselamatan Feri atau Bot
Di dalam pengoperasian sesebuah bot, tanggungjawab keselamatan
semasa perjalanan pergi dan balik dari jeti ke sesebuah destinasi yang ingin
dilawati terutamanya destinasi pelancongan agar berjalan di dalam keadaan yang
selamat adalah di bawah tanggungjawab semua pihak yang terlibat seperti pihak
Jabatan Laut Malaysia, pengusaha perkhidmatan feri dan bot penumpang
berserta kakitangannya selain tanggungjawab oleh para penumpang atau
pelancong itu sendiri.
22
Bagi pihak yang terlibat dengan penguatkuasaan marin seperti pihak
Jabatan Laut Malaysia, penetapan kedudukan setiap pegawai mereka dilokasi
yang telah ditetapkan di setiap jeti adalah sebagai pegawai yang yang bertugas
bagi memeriksa keseluruhan aspek keselamatan adalah amat perlu bagi
menjamin keselamatan bagi setiap operasi perkhidmatan feri dan bot yang
menjalankan operasi mereka di setiap perairan sesebuah negara seperti Malaysia.
(be safe_best practices for safe boating event,2006)
Sebelum sesebuah perkhidmatan feri atau bot dibenarkan menjalankan
operasinya, ia perlu di periksa dan dikawalselia oleh pegawai penguatkuasa
bertugas, bagi memastikan segala aspek keselamatan seperti feri ataupun bot itu
sendiri mestilah mempunyai permit yang sah dan tidak tamat tempoh untuk
menjalankan operasinya, pemandu bot mestilah mempunyai lesen yang sah
sepertimana tertakluk di dalam perundangan sesebuah negara, mempunyai
kakitangan yang mencukupi mengikut saiz feri atau bot yang akan menjalankan
operasi serta alatan keselamatan yang disediakan perlulah didalam bilangan yang
mencukupi dan boleh berfungsi dengan baik. (be safe_best practices for safe
boating event,2006)
Pihak pengusaha juga berperanan dan mempunyai tanggungjawab yang
besar di dalam proses penyediaan dan memastikan segala kelengkapan di dalam
sesebuah feri atau bot mereka yang akan menjalankan beroperasi sepatutnya
dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti penyelenggaraan dan
pemeriksaan secara berkala sentiasa dijalankan oleh pihak pengusaha terhadap
segala fizikal dan enjin feri mereka, kedudukan peralatan keselamatan di dalam
setiap bot atau feri seperti life jacket dan lain-lain berada pada kedudukan yang
sesuai, menyediakan petunjuk keselamatan yang lengkap serta menyediakan
kakitangan seperti pemandu dan kakitangan yang mahir di dalam menghadapi
sebarang kesulitan serta mempunyai kemahiran menyelamat.
Bagi para penumpang pula mereka bertanggungjawab memastikan segala
keperluan keselamatan yang sepatutnya mereka perolehi dapat disediakan oleh
pihak pengusaha perkhidmatan feri atau bot penumpang, mereka berhak
membuat laporan kepada pihak berkuasa dan media, jikalau mereka mendapati
sesebuah feri atau bot yang beroperasi itu tidak menepati aspek keselamatan
yang sepatutnya seperti tidak beroperasi jika sesebuah feri atau bot itu gagal
23
menyediakan keperluan yang diminta oleh penumpang seperti jaket keselamatan
yang tidak mencukupi atau tiada bot keselamatan dan banyak aspek lain lagi.
Maka dengan aduan para penumpang kepada pihak penguatkuasa, secara tidak
langsung ia dapat mengelak para penumpang terlibat di dalam situasi kecemasan
dan tidak diingini seperti bot karam atau terbakar.
2.5 Pemeriksaan Keselamatan Feri atau Bot
Berita Harian, September 2007, melaporkan kebanyakan perkhidmatan
bot penumpang masih tidak menepati ciri–ciri piawaian untuk digunakan sebagai
feri membawa penumpang, dimana ianya tidak mempunyai pintu kecemasan
yang mencukupi, bot yang diperbuat daripada besi akan mudah tenggelam jika
berlaku kemalangan, jaket keselamatan yang tidak mencukupi dan berada pada
tempat yang tidak sesuai, barang-barang penumpang bot dilonggokkan pada
laluan keluar dan masuk bot sehingga menghalang laluan, fizikal kerusi
penumpang yang kecil dan ruang kaki yang sempit serta kelayakan pengendali
bot dan kakitangan yang kurang mahir dan tidak berkelayakan telah
memperlihatkan perkhidmatan yang berkualiti rendah seperti masa perjalanan
bot tidak mengikut jadual, kakitangan bot yang tidak mesra pelanggan serta
kurangnya keselesaan yang dirasai oleh para penumpang.
Pemeriksaan Keselamatan terhadap setiap bot yang akan memulakan
operasi mestilah dijalankan oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Laut Malaysia
dengan menempatkan para pegawainya di setiap jeti perkhidmatan feri. Bagi
memastikan undang-undang pengoperasian feri atau bot penumpang diikuti
dengan baik dan tepat, setiap bot atau feri yang berlabuh mestilah melepasi
„pemeriksaan bot‟ yang dijalankan oleh para pegawai Jabatan Laut Malaysia
secara menyeluruh termasuk pemeriksaan terhadap pemandu dan krew yang
bertugas.
Sumber Keselamatan Antarabangsa,(be safe_best practices for safe boating
event,2006), keperluan pemeriksaan terhadap sesebuah bot mestilah dijalankan
oleh pihak yang berkuasa dan ianya mestilah sah dan diluluskan berkenaan
perkara yang telah disenaraikan seperti yang berikut:
Bilangan dan maklumat para penumpang atau pelancong di dalam
sesebuah feri atau bot yang akan beroperasi adalah sama seperti jumlah
24
dan nama yang tertera di dalam salinan pendaftaran yang di serahkan
kepada pihak jabatan terlibat.
Memastikan peralatan keselamatan telah disediakan secukupnya,
berfungsi dengan baik dan berada pada keadaan yang sesuai seperti
piawaian yang ditetapkan oleh pihak jabatan terlibat.
Mengemukan dokumen yang membuktikan keadaan enjin bot telah
diselenggarakan secara berkala dan boleh beroperasi dengan kadar yang
selamat.
Perkhidmatan feri dan bot penumpang menjalankan operasi mengikut
jadual perjalanan harian dari jeti ke destinasi seperti yang telah
ditetapkan.
Manakala di Malaysia pula, pemeriksaan sesebuah bot yang dijalankan
oleh para pegawai Jabatan Laut Malaysia secara harian adalah tertakluk kepada
undang-udang yang telah akta pengangkutan laut negara seperti contoh Jadual
2.1 yang berikut:
Jadual 2.1: Senaraisemak Kawalan Kapal atau Bot Penumpang oleh Jabatan
Laut Malaysia di seluruh Jeti Di Malaysia
Nama Bot/ Feri Tarikh dan Masa Bot Berlepas
(Sebenar)
Bil Perkara Ya Tidak
1. Pelepasan belayar (port clearance) telah dikemukakan.
2. Sijil penumpang dan/ atau lesen bot masih sah.
3. Sijil penumpang dipamerkan kepada para penumpang.
4. Senarai penumpang (passanger manifest) dan bilangan
penumpang sebenar sama dan tidak melebihi jumlah
penumpang yang dibenarkan.
5. Kelayakan dan bilangan nakhoda dan krew mematuhi Sijil
Keanggotaan kapal / bot.
6. Peralatan radio VHF dan peralatan navigasi lain (seperti radar,
lampu navigasi, AIS) berfungsi dengan baik (ujian telah dibuat)
7. Tiada halangan pada laluan penumpang dan semua laluan
kecemasan.
25
8. Rakit keselamatan mencukupi atau masih dalam tempoh
berkeadaan baik dan dilengkapi dengan „hydrostatic relcase‟
(sila semak Pelan Keselamatan yang diluluskan)
9. Jaket keselamatan untuk penumpang dewasa dan kanak-
kanak mencukupi dan dalam keadaan baik dan diletak pada
tempat yang sepatutnya. (sila semak Pelan Keselamatan yang
diluluskan)
10. Alat pemadam api tersedia, didalam keadaan baik dan diletak
pada tempat yang sepatutnya. (sila semak Pelan Keselamatan
yang diluluskan)
11. Tayangan video keselamatan telah ditayangkan
(sumber: Jabatan Laut Malaysia)
Apabila pemeriksaan terhadap semua senaraisemak di atas tadi telah
selesai dijalankan oleh para pegawai Jabatan Laut Malaysia yang terlibat,
pegawai tersebut akan mengambil tandatangan nakhoda atau kapten kapal atau
bot yang diperiksa dan kemudiannya menandatangani borang penilaian tersebut
sebagai bukti pengesahan pemeriksaan telah pun dijalankan. Jika sekiranya
pegawai tersebut mendapati terdapat sebarang perlanggaran yang kecil dan tidak
menjejaskan perjalanan operasi bot atau kapal tersebut, beliau akan memberi
amaran pematuhan dan jika sekiranya terdapat kesalahan besar seperti lesen bot
atau kapal telah tamat tempoh dan tidak diperbaharui dengan serta merta kapal
itu akan „digantung‟ perjalanannya, tetapi layak untuk mendapatkan kapal
gantian.
Bagi pengusaha perkhidmatan feri atau bot pula, mereka juga mempunyai
tanggungjawab yang sama di dalam menyediakan perkhidmatan yang mempunyai
ciri-ciri keselamatan yang tinggi malahan mereka mempunyai bertanggungjawab
yang besar di dalam menyediakan segala peralatan dan keperluan yang
sepatutnya di dalam sesebuah feri ataupun bot yang dikendalikan sebagai
jaminan kepada para penumpang yang mendapatkan perkhidmatan mereka.
Segala peralatan yang disediakan perlulah menepati aspek-aspek keselamatan
yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jadual 2.2 berikut merupakan beberapa
maklumat penting yang perlu dan wajib disediakan ataupun dibuat oleh
kakitangan setiap bot atau feri yang dikendalikan oleh pengusaha perkhidmatan
feri penumpang :
26
Jadual 2.2: Beberapa maklumat penting yang wajib disediakan oleh
kakitangan sesebuah feri atau bot.
Labelkan petunjuk keselamatan.
Labelkan petunjuk laluan kecemasan.
Tidak boleh melebihi had penumpang.
Menyelenggara bot mengikut jadual ditetapkan.
Mendemonstrasikan cara–cara pemakaian alat keselamatan seperti jaket
keselamatan.
Memastikan penumpang dimaklumkan mengenai lokasi alat keselamatan.
Memastikan minyak di isi adalah mencukupi sebelum memulakan
perjalanan.
Semasa minyak di isi, elakkan dari berlaku kebocoran atau tumpahan
minyak.
Pemandu bot mestilah menumpukan sepenuh perhatian terhadap
pemanduan.
Kakitangan atau krew mestilah mempunyai asas kemahiran menyelamat.
Memastikan dan mengenalpasti keadaan cuaca sebelum memulakan
perjalanan, maklumat boleh didapati dari bilik kawalan kajicuaca setempat.
Memastikan bot mempunyai alat perhubungan yang berfungsi untuk
memaklumkan lokasi dan pergerakan bot kepada pihak yang terlibat.
Memastikan bot mempunyai kotak kecemasan (first aid kit) yang mencukupi
bagi kegunaan penumpang dan kakitangan.
(sumber oleh Shar Fillingham & Teresanne Cossetta)
2.6 Keperluan Pensijilan Terhadap Feri atau Bot Penumpang
Berdasarkan piawaian dari NMMA Certified Boats, U.S Coast Guard, Jadual
2.3 berikut memaparkan ciri-ciri sesebuah feri atau bot yang perlu dititikberatkan
dan boleh diaplikasikan oleh para pengusaha syarikat perkhidmatan feri atau bot
penumpang di seluruh Malaysia selain perlu mengikuti undang undang yang
telah ditetapkan oleh Jabatan Laut Malaysia:
27
Jadual 2.3: Ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah perkhidmatan feri
mengikut piawaian NMMA Certified Boat, US Coast Guard
Keperluan Item
Keperluan Pensijilan oleh pihak National
Marine Manufacturer Association (NMMA)
1. Penganugerahan pensijilan
piawaian
Pihak NMMA bertanggungjawab mengesahkan
bahawa setiap model bot yang disiapkan
mengikuti standard piawaian.
2. Pengetahuan piawaian oleh
pihak pembuat bot
Setiap pembuat bot mestilah mempunyai
kemahiran terlatih dan pengetahuan tentang
standard piawaian.
3. Keperluan membuat lawatan
penilaian
Penilaian terhadap spesifikasi bot dijalankan
oleh pegawai penilaian persendirian yang
mempunyai pengetahuan tentang pensijilan
NMMA.
4. Berat maksimum dan jumlah
daya tampung penumpang
Berdasarkan spesifikasi sesebuah bot yang
dibina.
5. Kapasiti enjin – horse power Berdasarkan spesifikasi sesebuah bot yang
dibina. Kesesuaian enjin akan diuji.
6. Daya apungan Perlu bagi bot yang berkuasa tinggi dan
mempunyai bilik kawalan.
7. Kegunaan minyak diesel dan
sistem elektronik
Perlu bagi bot yang berkuasa tinggi yang
beroperasi menggunakan diesel dan mempunyai
bilik kawalan.
8. Keperluan isyarat elektronik Perlu bagi bot yang berkuasa tinggi yang
mempunyai bilik kawalan bagi mengetahui tahap
penggunaan minyak diesel,tekanan suhu semasa
beroperasi dan kedudukan bahagian enjin.
9. Peredaran udara Perlu bagi bot berkuasa tinggi yang tertutup agar
dapat mengawal suhu di dalam bot semasa
beroperasi.
10. Stering Menurut piawaian, stering yang mempunyai
pemegang dan penarik kecemasan,stering yang
beroperasi secara hidrolik digunakan.
(Sumber: NMMA Certified Boats, U.S Coast Guard)
28
2.7 Keselamatan para Penumpang
Panduan daripada pihak Jabatan Laut Malaysia, para penumpang
mempunyai tanggungjawab yang besar bagi memastikan aspek keselamatan
dititikberatkan semasa mereka menggunakan perkhidmatan sesebuah feri atau
bot penumpang untuk ke sesebuah destinasi. Setiap individu penumpang perlu
menitikberatkan keselamatan mereka secara umum, keselamatan ketika mereka
berada di terminal, keselamatan semasa berada diatas bot atau kapal dan juga
memastikan mereka mematuhi segala larangan yang telah ditetapkan semasa bot
beroperasi. Berikut merupakan senarai pendek tanggungjawab keselamatan para
penumpang sebagai panduan telah disediakan oleh pihak Jabatan Laut Malaysia
kepada para penumpang sesebuah feri atau bot. Olehitu, pihak pengurusan
Jabatan Laut Malaysia mengharapkan dengan panduan yang diberikan, sebarang
perkara yang tidak diingini akan dapat dielakkan. Diantaranya menyentuh
berkenaan dengan aspek:
Keselamatan secara am
1. Membeli tiket di kaunter-kaunter tiket yang disediakan sahaja.
2. Menyemak jadual perjalanan feri.
3. Memberi laluan dan keutamaan kepada kanak-kanak, warga tua dan orang
kurang upaya.
4. Masuk/Berada di ruang menunggu selewat-lewatnya 15 minit sebelum
masa berlepas seperti yang tercatat pada tiket.
5. Laporkan sebarang aduan berkenaan perkhidmatan feri kepada Pejabat
Pelabuhan terdekat.
Keselamatan ketika berada di terminal
1. Menyemak nama feri dan bersedia di tempat menunggu yang disediakan
dan patuhi arahan daripada pegawai Jabatan Laut dan kakitangan feri.
2. Kenalpasti isyarat-isyarat kecemasan, tanda arah dan arahan-arahan
yang ada di sekitar terminal tersebut.
3. Jauhi kawasan-kawasan larangan dan tempat-tempat berbahaya.
4. Pastikan anak-anak dibawah jagaan anda sentiasa berada disamping
anda.
29
5. Apabila melihat kejadian kecemasan; kebakaran, orang jatuh laut, orang
cedera atau orang sakit dan kecemasan yang lain, dapatkan bantuan dan
maklumkan kepada kakitangan Jabatan Laut dengan serta merta.
6. Apabila mendengar arahan atau isyarat kecemasan, patuhi dan bergegas
ketempat berkumpul yang ditetapkan atau diarahkan.
7. Beratur semasa menaiki/meninggalkan feri.
Keselamatan ketika berada di atas bot /kapal
1. Masuk dan duduk ditempat duduk masing-masing.
2. Bertanya kepada kakitangan feri sekiranya anda tidak mendapat tempat
duduk.
3. Tinggalkan feri dan maklumkan kepada kakitangan Jabatan Laut
sekiranya kakitangan feri gagal mendapatkan tempat duduk anda.
4. Simpan bagasi anda di tempat yang disediakan atau minta kakitangan feri
menyimpan bagasi anda, jangan letak bagasi di laluan penumpang atau
depan pintu kecemasan.
5. Kenalpasti tempat jeket keselamatan disimpan dan baca risalah cara-cara
menggunakanya.
6. Baca risalah dan arahan-arahan keselamatan, isyarat-isyarat keselamatan
dan kenalpasti kedudukan pintu kecemasan.
7. Apabila melihat kejadian kecemasan; kebakaran, orang jatuh laut, orang
cedera atau orang sakit dan kecemasan yang lain, dapatkan bantuan dan
maklumkan kepada kakitangan Jabatan Laut dengan serta merta.
8. Apabila mendengar isyarat kecemasan, ‟JANGAN PANIK‟, beratur dan
keluar ke tempat berkumpul (Muster Station) dan tunggu arahan.
9. Penumpang bot tambang (jenis lesen 12 penumpang), pakai jeket
keselamatan sebelum menaiki sehinggalah anda meninggalkan bot, duduk
di tempat duduk masing-masing.
10. Sepanjang pelayaran patuhi arahan-arahan dan kenyataan-kenyataan
yang dipamerkan di atas feri.
11. Patuhi arahan-arahan yang diberikan oleh kakitangan feri.
Larangan
1. Melompat, memanjat atau menaiki feri dengan apa-apa cara selain
menggunakan tangga atau laluan yang disediakan
2. Membawa barang-barang berbahaya, petrolium dan barang-barang
larangan lain.
30
3. Membawa senjata, senjata api, bahan kimia berbahaya dan bahan
letupan.
4. Membawa masuk binatang peliharaan ke dalam feri.
5. Berada di atas bumbung feri, memasuki bilik kawalan navigasi dan bilik
injin.
6. Keluar berjalan-jalan di atas geladak sewaktu pelayaran.
7. Merokok, menyalakan api, bermain bunga api dan perbuatan lain yang
boleh menyebabkan kebakaran.
8. Mengusik, membunyikan, merosakan dan mengodam isyarat-isyarat
kecemasan dan alat-alat keselamatan.
2.8 Keperluan Kemudahan-Kemudahan dan Maklumat-Maklumat Penting
sebagai Jaminan Keselamatan bagi sesebuah Feri atau Bot Penumpang
Terdapat beberapa kemudahan yang perlu diberi perhatian dan
dititikberatkan dalam pembinaan sebuah feri atau bot penumpang yang
bertujuan untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai pada tahap
keselamatan yang paling maksimum. Pihak pengusaha perkhidmatan feri atau
bot penumpang perlu membuat perbincangan yang lebih khusus dengan pihak
penguatkuasa serta syarikat pembuat bot seperti syarikat “Boat Explorer”
terhadap penekanan aspek-aspek keselamatan bagi setiap kemudahan yang
diperlengkapkan pada sesebuah feri atau bot baru yang akan ditempah.
Penyediaan kemudahan-kemudahan yang mempunyai ciri–ciri keselamatan yang
tinggi ini amat penting terutamanya dalam memastikan faktor-faktor keselamatan
dan keselesaan setiap penumpang yang mendapatkan perkhidmatan sesebuah
feri atau bot ini sentiasa diutamakan. Rajah 2.3 memaparkan beberapa
kemudahan asas yang perlu ada dalam sesebuah feri atau bot bagi jaminan
keselamatan para penumpang sebelum sesebuah feri dan bot itu boleh
beroperasi.
31
Rajah 2.3 : Keperluan kemudahan-kemudahan dan Maklumat-maklumat
Penting sebagai Jaminan Keselamatan bagi Sesebuah Feri atau Bot
Penumpang
a) JAKET KESELAMATAN
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
j) PINTU KECEMASAN
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
b) FIRST AIDS KIT DAN ALAT
PEMADAM API
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
k) PETUNJUK LALUAN SUSUR KELUAR
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
32
c) PELAMPUNG KESELAMATAN
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
l) MAKLUMAT MENGENAI LOKASI
JAKET KESELAMATAN
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
d) BOT KESELAMATAN
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
m) PETUNJUK PELAN KESELAMATAN
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
e) RAKIT KESELAMATAN ‘Life Raft’
(Sumber: Feri Batam 5 - Tg Pinang ).
n) MAKLUMAT PENGGUNAAN ‘liferaft’
(Sumber: Feri Batam 5 - Tg Pinang ).
33
f) GELUNG & HOS PEMADAM API
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
o) MAKLUMAT LARANGAN MEROKOK
(Sumber: Feri Batam 5 - Tg Pinang ).
g) PETA PELAN KAWALAN
KESELAMATAN
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
p) MAKLUMAT PENGGUNAAN „Life Jacket‟
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
h) ALAT PENGGERA KESELAMATAN
(Sumber: Feri Batam 5 – Tg Pinang ).
q) MAKLUMAT PERATURAN PERLU
DIPATUHI OLEH PENUMPANG
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
34
i) ‘Pyrotechnic signal light’
(Sumber: Feri Batam 5 - Tg Pinang ).
r) PERALATAN KOMUNIKASI &
NAVIGASI
(Sumber: Langkawi Ferry Services Sdn Bhd).
h) ALAT PENGESAN ASAP
(Sumber: Feri Batam 5 - Tg Pinang ).
s) COCKPIT PEMANDU FERI
(Sumber: Feri Batam 5 - Tg Pinang ).
i) TAYANGAN VIDEO KESELAMATAN
(Sumber: Feri Batam 5 - Tg Pinang ).
t) TEMPAT SIMPAN BARANG
(Sumber: Feri Batam 5 - Tg Pinang ).
Peralatan komunikasi
Peralatan Navigasi
35
2.9 Spesifikasi Feri atau Bot yang dibenarkan berdasarkan Undang-undang
Malaysia
Rajah 2.4: Contoh sebuah feri penumpang iaitu Feri „Ruby Express‟
Spesifikasi terhadap sesebuah feri atau bot yang menjalankan perkhidmatan
samada untuk tujuan persiaran, kegunaan keluarga dan persendirian, kegunaan nelayan, membawa pengangkutan penumpang dan pelancong maupun untuk
berbagai-bagai tujuan lain adalah dilihat daripada beberapa aspek yang sama
iaitu seperti berikut:
i) Bahan pembuatan seperti aluminium dan gentian fibre ii) Panjang badan bot
iii) Kelebaran badan bot
iv) Ketinggian maksimum bot
v) Daya Apungan dan Berat
vi) Muatan penumpang vii) Kelajuan Bot – dalam knot viii) Jenis Enjin (Horse power)
ix) Alatan navigasi dan telekomunikasi
x) Peralatan dan kemudahan yang disediakan didalam bot
xi) Sistem keselamatan
36
Jadual 2.4: Contoh Spesifikasi Pelan Keselamatan bagi Feri Penumpang
‘Ruby Express’
37
Jadual diatas menunjukkan maklumat spesifikasi yang terdapat didalam
feri „Ruby Express‟ termasuk dengan maklumat keselamatan yang amat
dititikberatkan oleh pengusahanya sebagai kegunaan dan jaminan keselamatan
para pengguna yang menggunakan perkhidmatan feri tersebut.
Rajah 2.5 : Pelan Keselamatan fizikal Feri ‘Ruby Express’
Rajah 2.5 diatas adalah Pelan Keselamatan Fizikal Feri „Ruby Express‟
menunjukkan pandangan secara terperinci keadaan fizikal feri tersebut secara
gambaran „overlay‟ iaitu gambaran bahagian bawah yang menempatkan bahagian
enjin, kabin krew feri dan tempat penyimpanan air bersih iaitu pada bahagian
tanktop, bahagian tween deck pula menempatkan tempat duduk para penumpang
yang menempatkan kerusi penumpang, tandas penumpang, kaunter krew dan
dapur dan main deck pula adalah kawasan loading area bagi para penumpang
dan kemasukan barangan (baggage). Di samping pandangan secara keseluruhan
saiz dan bentuk kapal termasuk saiz kelebaran, kepanjangan dan ketinggian
kapal dan lain-lain lagi boleh dilihat pada paparan pelan keselamatan kapal ini.
38
2.10 Contoh-Contoh Spesifikasi Bot Yang Dibuat Oleh Syarikat Pembuat
Bot Boat Explorer Malaysia.
Rajah 2.6: Contoh Spesifikasi Bot Explorer 320 Open Deck yang dibuat oleh
syarikat Boat Explorer Malaysia
Spesifikasi: (EXPLORER 320 OPEN DECK)
Length: 9.8m
Width: 2.3m
Approx Weight: 960 kgs
Recommended Horse Power:
115Hp to 225Hp
Capacity: 16 persons
STANDARD FEATURES
Console Box c/w
Mechanical Steering System
1 set
Hand Railing and Windscreen at Console Box
1 set
Cushion Seat c/w Back Rest & Storage Underneath
1 set
U-Bolt 1 pc
Motorwell With Cover 1 set
Side Railing 1 set
Sticker Lining 1 set
Copper Drain Plugs 2 pcs
OPTIONAL FEATURES
Dive Tank Racks
(Sumber: Mike Thein, 2008)
(Sumber: Mike Thein, 2008)
39
Rajah 2.7: Contoh Spesifikasi Bot Explorer 320 Quarter Cabin yang dibuat
oleh syarikat Boat Explorer Malaysia
Spesifikasi: (EXPLORER 320 QUARTER CABIN)
Length: 9.8m
Width: 2.3m
Approx Weight: 1590 kgs
Recommended Horse Power:
150Hp to 225Hp
Capacity: 16 persons
STANDARD FEATURES
U-Bolt 1 pc
Deck Cleat 1 pc
Sticker Lining 1 set
Front Railing 1 set
Anchor Roller 1 pc
Copper Drain Plugs 2 pcs
Anchor Compartment 1 pc
Top Deck Windscreen 1 set
Pedestal Seat 1 set
Cushion Seat c/w Back
Rest and Storage Underneath
1 set
(Sumber: Mike Thein, 2008)
40
Rajah 2.8: Contoh Spesifikasi Bot Explorer 270 yang dibuat oleh syarikat
Boat Explorer Malaysia
Spesifikasi: (EXPLORER 270)
Length: 8.3m
Width: 2.0m
Approx Weight: 560 kgs
Recommended Horse Power:
40Hp to 85Hp
Capacity: 10
persons
STANDARD FEATURES
Anchor Compartment 1 set
Motorwell 1 set
U-Bolt 1 pc
Copper Drain Plug 1 pc
PVC Drain Plug 1 pc
Bench Seats 4 pcs
OPTIONAL FEATURES
Console Box c/w
Mechanical Steering System
Full Cover Canopy Cushion Seat with Storage Underneath
Front Railing
Built-in Fuel Tank
(Sumber: Mike Thein, 2008)
41
Rajah 2.9: Contoh Spesifikasi Bot Explorer 240 yang dibuat oleh syarikat
Boat Explorer Malaysia
Spesifikasi: (EXPLORER 240)
Length: 7.3m
Width: 1.8m
Approx Weight: 420 kgs
Recommended Horse Power:
40Hp to 85Hp
Capacity: 8 persons
STANDARD FEATURES
Anchor Compartment 1 set
Bench Seats 4 pcs
Laminate Fibreglass Seat at Stern
1 pc
Drain Plug 1 pc
OPTIONAL FEATURES
Cushion Seat with Storage Underneath
Console Box c/w Mechanical Steering System
Hand Railing & Windscreen at Console Box
Collapsible or Canopy Full Cover
(Sumber: Mike Thein, 2008)
42
Rajah 2.10: Contoh Spesifikasi Bot Explorer F 221 yang dibuat oleh syarikat
Boat Explorer Malaysia
Spesifikasi: (EXPLORER F 211)
Contoh-contoh spesifikasi bot diatas menunjukkan beberapa perbezaan
dari segi struktur buatan fizikal bot, saiz kelebaran dan panjang, daya
tampungan dan berat sesebuah bot, kapasiti muatan penumpang, penggunaan
enjin yang bersesuaian, peralatan yang disediakan semasa sesebuah bot atau feri
dibina oleh pembuat bot iaitu syarikat Boat Explorer Malaysia adalah berbeza dan
mengikut jenis dan keperluan serta spesifikasi yang ditetapkan mengikut ukuran
saiz dan spesifikasi tertentu bagi setiap jenis bot yang ditetapkan oleh undang-
undang Malaysia selain ianya dibina berdasarkan tempahan dan perbincangan
yang telah dipersetujui mengikut kesesuaian dan kehendak para pelanggannya.
Length: 7.3m
Width: 1.6m
Approx Weight: 260 kgs
Recommended Horse Power:
15Hp to 40Hp
Capacity: 7
persons
STANDARD FEATURES
Anchor Compartment 1 set
Stern Long Bench Seats
Laminate Fibreglass Seat at Stern
1 pc
Drain Plug 1 pc
OPTIONAL FEATURES
Varnished resk anchor rope choke & bull seat
Console Box c/w
Mechanical Steering System
Laminates Crossbar
Cooper Drain Plug
(Sumber: Mike Thein, 2008)
43
Menurut pengkaji, memandangkan pengangkutan air penting sebagai
penyumbang industri pelancongan terutamanya bagi tujuan kajian pengkaji
mengenai tahap keselamatan perkhidmatan feri atau bot membawa penumpang
ke destinasi pilihan pelancong dari Jeti Kukup, pengukuhan jaminan aspek
berkenaan dengan tahap keselamatan feri atau bot membawa penumpang ini
perlu diperincikan agar ianya dapat dijelaskan dan membangkitkan serta
memberikan kepercayaan yang tinggi kepada para penumpang terutamanya
kepada pelancong yang ingin menikmati keselesaan semasa bercuti disamping
perkhidmatan yang mesra oleh kakitangan sesebuah perkhidmatan feri atau bot
penumpang yang terbabit.
Justeru itu, kajian ini menumpukan kepada kajiselidik mengenai ciri-ciri
keselamatan yang ada pada sesebuah feri atau bot penumpang dimana ia
sepatutnya dititikberatkan oleh pihak pengusaha perkhidmatan feri dan bot
penumpang sebagai jaminan keselamatan kepada penumpang atau pelancong
sebelum ianya boleh digunakan untuk tujuan perniagaan pelancongan mereka.
44
BAB III
KAEDAH DAN ANALISIS KAJIAN
Pengenalan
Kaedah dan prosedur kajian merupakan bahagian yang amat penting
memandangkan maklumat yang diperolehi pada tahap ini sangat bernilai bagi
menguatkan dan menyokong hujah pengkaji dalam menjawab persoalan dan
objektif kajian yang telah dikemukakan pada bahagian pertama kajian ini.
Terdapat beberapa aspek penting yang akan dimuatkan dalam bahagian ini.
Aspek-aspek tersebut ialah:
Lokasi Kajian.
Pengkaji telah memilih daerah Pontian, Johor atau lebih tepatnya di
kawasan Jeti kukup sebagai lokasi kajian adalah kerana kesesuaian lokasi
tersebut yang berada pada laluan Selat Melaka yang tidak terjejas oleh faktor
persekitaran iaitu terlindung daripada ancaman ombak besar yang bergelora
serta air yang berarus deras. Dengan yang demikian pengkaji berpendapat
bahawa pihak pengusaha bot penumpang atau pelancong di kawasan Jeti Kukup
ini dapat menjalankan operasi mereka sepanjang masa di dalam setahun. Ini
membolehkan ianya menjadi pilihan para penumpang atau pelancong untuk
menggunakan operasi perkhidmatan bot pelancongan ke destinasi pada bila bila
masa. Status lokasi ini yang berada di dalam salah satu wilayah bagi Wilayah
Pembangunan Iskandar iaitu berada di daerah Pontian, Johor juga terlibat secara
menyeluruh bagi perancangan pembangunan destinasi pelancongan di sekitar
45
daerah tersebut telah mendorong pengkaji memilih Jeti Kukup, Pontian sebagai
lokasi kajian.
Kaedah Kajian : Kualitatif .
Kaedah temubual kajian kualitatif adalah satu cara untuk mendapatkan
apakah yang dirasakan dan difikirkan oleh orang lain dalam perspektif mereka
sendiri (dunia mereka sendiri). Menerusi temubual kualitatif, pengkaji akan dapat
memahami pengalaman yang mana pengkaji sendiri tidak terlibat (Rubin and
Rubin, 1995).
Teknik Temubual Semi- Struktur In-depth.
Teknik temubual semi-struktur akan membenarkan seseorang
individu itu menceritakan pengalamannya sendiri dan membentuk data
yang penuh dengan deskripsi dan penjelasan (Phillimore and Goodson,
2004). Kajian kualitatif adalah kajian interpretatif, yang mana pengkaji
bertindak sebagai penemubual dan menyampaikannya sebagai pemberita.
Semasa temubual, penemubual akan bertanya soalan dan orang yang
ditemubual akan menjawab dan menerangkan dan memberikan pandangan-
pandangan mereka. Mereka akan cuba memastikan penemubual memahami
dunia mereka (Rubin and Rubin, 1995). Temubual In-depth merujuk kepada
sesuatu proses yang tidak terarah, tidak berstruktur, tidak selaras dan
temubual terbuka (Taylor and Bogdan, 1984).
Panduan temubual selalunya digunakan sebagai panduan untuk
memastikan pengkaji akan menyusun isu-isu yang meliputi perbincangan
yang sama bagi setiap temubual untuk membandingbezakan data yang
dikumpul (Phillimore and Goodson, 2004) yang kebiasaannya ianya tidak
berstruktur. Panduan ini hanya memberi peringatan kepada penemubual
untuk bertanyakan soalan yang berkaitan dalam skop kajian (Taylor and
Bogdan, 1984) Panduan temubual seringkali dirangka dalam bentuk yang
berbeza-beza untuk mendapatkan sesetengah perkara atau isu secara
terperinci.
46
Bagi tujuan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk kajian
ini, pengkaji telah memilih beberapa responden yang akan ditemubual
dengan menggunakan Teknik Temubual Semi- Struktur In-depth iaitu.
i) Temubual dengan Agensi Kerajaan
Pengkaji akan menemubual pegawai-pegawai atau wakil pegawai
daripada agensi kerajaan yang terlibat di dalam penguatkuasaan feri yang
beroperasi di Jeti Kukup bagi tujuan mendapatkan maklumat, data serta
pandangan berhubung kajian ini. Antara pegawai yang akan ditemubual
ialah:
Encik Fakhrul Anwar bin Abu Hassan, Pegawai Keselamatan
Pelayaran, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Selatan, Gelang Patah,
Johor.
Puan Raja Faudzah binti Raja Rasdi, Pegawai Pelabuhan, Jabatan
Laut Malaysia, Jeti Kukup, Johor
Encik Zakaria bin Abdul Manaf, Pegawai Penguatkuasa, Jabatan
Laut Malaysia, Jeti Kukup, Johor
Jabatan Imigresen , Wilayah Selatan.(Jeti Kukup)
ii) Temubual Dengan Kumpulan Rujukan.
Salah satu kaedah pengumpulan maklumat bagi tujuan kajian ini
ialah pengkaji akan menemubual beberapa individu yang mempunyai
kepakaran dan pengetahuan luas dengan aspek keselamatan marin
berasaskan perkhidmatan feri yang telah terlibat secara langsung dengan
tersebut. Pemilihan untuk menemubual individu-individu ini sangat
penting terutamanya dalam membantu menjawab persoalan kajian.
Antara individu yang terlibat dengan soalselidik bagi kajian ini ialah:
Mike Thein - Pengarah Urusan Syarikat Boat Explorer Malaysia.
Encik Ah Siong , Encik Ong Chin Sane (Mr. Thomas) - Pengusaha
Bot ke Tanjung Balai, Indonesia
Encik Ramesh A/L Balakrishnan – Kapten/Kakitangan Bot ke
Tanjung Balai Indonesia
47
Encik Ah Say , Mr. Apollo - Pengusaha Bot Pelancong ke Pulau
Kukup
Encik Hamdani bin Ahmad (Am) – Kakitangan Boat Explorer
Teknik Tinjauan dan Pemerhatian
Selain teknik temubual kajian ini juga akan menggunakan Teknik
Tinjauan dan Pemerhatian. Teknik ini melibatkan pengumpulan maklumat
oleh pengkaji melalui pemerhatian berhubung aspek penyediaan
kemudahan dan perkhidmatan yang menekankan aspek keselamatan
kepada pelancong khususnya kepada para penumpang bot yang
menggunakan perkhidmatan bot yang beroperasi di Jeti Kukup. Antara
aspek yang akan dibuat tinjuan dan pemerhatian termasuklah:
Keadaan bentuk fizikal dan luaran sesebuah feri. (saiz dan ukuran)
Kemudahan di dalam feri yang disediakan kepada para penumpang
Aspek-aspek keselamatan yang dilengkapkan yang perlu ada di
dalam sesebuah feri
Kedudukan bahagian enjin feri serta bahagian „cockpit‟ pemandu
Laluan „Ferry Boarding‟(tempat menaik dan menurun penumpang).
Laluan jambatan penumpang (passenger bridge)
Lain-lain aspek keselamatan berkaitan
3.3.3 Teknik Pengumpulan Maklumat Kedua (maklumat sekunder )
Sebagai penambahan maklumat-maklumat penting untuk
menyokong hujah dan huraian fakta dalam kajian ini, pengkaji juga akan
menggunakan teknik pengumpulan maklumat daripada sumber kedua
menerusi terbitan, artikel, jurnal, keratan akhbar, serta kajian-kajian
terdahulu yang mengandungi pelbagai maklumat penting dan berguna bagi
membantu pengkaji membuat analisa dan kupasan berhubung aspek
keselamatan perkhidmatan bot yang merupakan topik kajian ini.
48
3.3.4 Kaedah Analisis Temubual Kualitatif
Kaedah temubual kualitatif dianalisis menggunakan rangka kerja
sebagaimana yang dikemukakan oleh Ritchie dan Spencer (1994, p.177).
Peranan utama analisis data kualitatif telah didefinisikan oleh Ritchie dan
Spencer sebagai mengesan (detection) dan mereka mencadangkan analisis
mestilah termasuk mentakrif (defining), mengkategori (categorizing),
menjelaskan (explaining), menghuraikan (exploring) dan melakukan
pemetaan (mapping). Melalui proses ini maka rumusan-rumusan secara
umum dapat dicapai.
Pengesanan grounded themes diambil daripada temubual yang
memerlukan kaedah analisis data yang memenuhi keperluan untuk
mentakrif konsep, mencari associations (gabungan/sekutu) dan penjelasan.
Pada akhir kajian rumusan isu dan strategi cadangan akan dikeluarkan.
Menurut Ritchie dan Spencer analisis data dibuat berasaskan 5 langkah
berikut:
i. Data mentah telah didengar, disalin dan dibaca untuk mencapai
persamaan. Idea-idea utama disenaraikan mengikut tema-tema.
ii. Rangka kerja berasaskan tema telah dikenalpasti menerusi bahan-
bahan yang boleh disusun. Ini terutamanya topik-topik yang mana
ianya belum boleh ditentukan dimana pengkaji memerlukan
maklumbalas terlebih dahulu.
iii. Data telah diindeks dengan mengaplikasikan rangka kerja teori.
Kaedah Veal untuk membuat nota dan flagging transkrip telah diambil
(Veal, 1992, p.99).
iv. Data telah diambil daripada transkrip dan disusun mengikut rujukan
tema.
v. Data dan tema-tema melalui peringkat interpretasi bagi memastikan
keseluruhan penemuan diperolehi. Pandangan-pandangan informants
telah di cross-reference bagi mendapatkan pemahaman ke atas
pelbagai sudut pandangan ke atas tema yang telah dikenalpasti.
49
Bagi tujuan kandungan analisis, data disusun mengikut rangka
kerja tema (thematic framework) dalam bentuk jadual. Informant by theme
matrices telah dilukis/dilakar, digabungkan dengan progresi logical
berdasarkan tajuk-tajuk tema. Tajuk-tajuk tema dinomborkan contohnya
dari 1 hingga 10 dan dibina (established) mengikut kategori tema dalam
temubual. Setiap sel diletakkan label tema contohnya “lokasi” dan
quotations yang berkaitan daripada transkrip, contohnya “strategik”. Dalam
setengah kes, terdapat lebih dari satu label tema yang mana tajuk tema
difikirkan meliputi lebih daripada satu isu.
3.4 Merekabentuk Soalan-Soalan.
Peringkat merekabentuk soalah-soalan ini begitu rumit kerana maklumat
yang diperolehi daripada soalan yang dikemukakan menentukan dapatan yang
akan digunakan oleh pengkaji semasa membuat analisis maklumat serta data
pada peringkat yang selanjutnya. Pada pandangan pengkaji adalah amat penting
untuk memastikan jawapan daripada setiap responden merangkumi semua aspek
yang hendak dikaji serta dapat menjawab persoalan dan objektif kajian.
Bagi tujuan ini, pengkaji telah mereka bentuk soalan-soalan yang
mencakupi pelbagai aspek kajian serta disesuaikan dengan latarbelakang serta
kategori responden yang akan ditemubual. Ini dilakukan supaya soalan tersebut
mempunyai keesahan yang tinggi serta memenuhi ciri-ciri kaedah kajian yang
digunakan iaitu Teknik Temubual Semi- Struktur In-depth.
Soalan-soalan yang dikemukakan mempunyai keseragaman daripada segi
bentuk walaupun disoal kepada responden yang berlainan latarbelakang. Bentuk
soalan yang sedemikian rupa penting bagi memastikan jawapan-jawapan yang
diberikan dapat memberi gambaran atau menjawab isu penting dan persoalan
yang dikemukakan selain memudahkan pengkaji membentuk dapatan bagi kajian
ini.
Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukakan kepada responden yang
terlibat dalam kajian ini.
50
a) Soalan-Soalan Yang Ditanya (Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Selatan).
Nama Pegawai : Encik Fakhrul Anwar Bin Abu Hasan
Jawatan : Pegawai Keselamatan Pelayaran, Ibupejabat Jabatan Laut
Malaysia, Gelang Patah
1) Apakah tugas dan tanggungjawab pihak Jabatan Laut terhadap perkhidmatan
bot atau feri penumpang?
2) Bagaimanakah cara yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan Laut di dalam
menjalankan proses pemantauan dan pemeriksaan terhadap sesebuah feri?
3) Bolehkan tuan jelaskan dengan lebih lanjut apakah perbezaan diantara
pemeriksaan harian dan pemeriksaan berkala?
4) Adakah aspek penguatkuasaan pihak Jabatan Laut berasaskan kepada
undang-undang tertentu?
5) Selain aspek-aspek penguatkuasaan yang dijalankan, apakah Jabatan Laut
mempunyai tugas tugas yang lain?
6) Sebagai seorang ketua adakah tuan merasa puashati dengan proses
pemantauan yang dijalankan oleh pegawai Jabatan Laut yang bertugas di Jeti
Kukup?
7) Sebenarnya apakah jenis bot atau feri yang dibenarkan beroperasi dan
berapakah muatan penumpang yang dibenarkan beroperasi kepada
penumpang?
8) Selain daripada pihak Jabatan Laut, adakah terdapat organisasi atau pihak
berkuasa lain yang terlibat sama dengan pihak jabatan Laut?
9) Sehingga kini, adakah pihak pengusaha bot/feri penumpang mengikuti segala
standard piawaian yang telah ditetapkan? Jika tidak adakah bukti yang
menunjukkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak tuan?
10) Selain daripada pemantauan yang dijalankan di Jeti kukup, adakah terdapat
pemantauan semasa perjalanan?
11) Secara peribadi, adakah puan berpuashati dengan ciri-ciri keselamatan yang
disediakan oleh pihak pengusaha bot penumpang /pelancong di Jeti Kukup?
b) Soalan-Soalan Yang Ditanya (Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Selatan).
Nama Pegawai : Puan Raja Faudzah Binti Raja Rasdi
Jawatan : Pegawai Pelabuhan, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
1) Apakah tugas dan tanggungjawab pihak Jabatan Laut terhadap perkhidmatan
bot atau feri penumpang?
51
2) Bolehkan puan jelaskan dengan lebih lanjut apakah perbezaan diantara
pemeriksaan harian dan pemeriksaan berkala?
3) Adakah hubungan pihak Jabatan Laut berjalan dengan baik dengan pihak
operator atau pengusaha bot?
4) Berapakah bilangan syarikat yang mengusahakan feri atau bot disini?
5) Bermakna terdapat 3 feri/bot berjalan serentak dari Jeti Kukup ke Jeti
Tanjung Balai?
6) Bagaimanakah pula pergerakan bot/feri ke destinasi Pulau Kukup dan
Kelong?
7) Benarkah bot/feri yang berada di Jeti Kukup ini menuju ke Jeti Batam dan
Singapura?
8) Apakah jenis bot/feri yang dibenarkan beroperasi dan berapakah muatan
penumpang yang dibenarkan naik dari Jeti Kukup?
9) Sejauhmanakah pemantauan telah dibuat dan apakah aspek-aspek yang
dititikberatkan oleh pihak Jabatan Laut bagi memastikan tahap keselamatan
penumpang/ pelancong di Jeti Kukup?
10) Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh pegawai Jabatan Laut yang
bertugas untuk membuat pemeriksaan harian sebelum sesebuah bot itu
dibenarkan beroperasi?
11) Selain daripada pihak Jabatan Laut, adakah terdapat organisasi atau pihak
berkuasa lain yang terlibat sama dengan pihak jabatan Laut?
12) Sehingga kini, adakah pihak pengusaha bot/feri penumpang mengikuti segala
standard piawaian yang telah ditetapkan? Jika tidak adakah bukti yang
menunjukkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak tuan?
13) Selain daripada pemantauan yang dijalankan di Jeti kukup, adakah terdapat
pemantauan semasa perjalanan?
14) Secara peribadi, adakah puan berpuashati dengan ciri-ciri keselamatan yang
disediakan oleh pihak pengusaha bot penumpang /pelancong di Jeti Kukup?
c) Soalan-Soalan Yang Ditanya (Jabatan Laut Malaysia, Wilayah Selatan-Pulau
Kukup).
Nama Pegawai : Encik Zakaria Bin Abd Manaf
Jawatan : Pegawai Penguatkuasa, Jabatan Laut Semenanjung Malaysia
1) Apakah jawatan tuan dan berapa lamakah telah berkhidmat di Jabatan Laut
Malaysia?
52
2) Berapa ramaikah pegawai yang ditempatkan di Jeti Kukup ini termasuk
dengan tuan?
3) Tuan ada menyatakan bahawa tuan dan beberapa pegawai lain bertugas
memantau setiap pergerakan feri dari jeti Kukup? Boleh jelaskan bagaimana
pemantauan itu dijalankan?
4) Bolehkah Tuan menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pemeriksaan
rutin harian sesebuah bot yang akan bertolak dari Jeti Kukup?
5) Bagaimanakah cara pemeriksaan harian tersebut dibuat semasa sesuatu
pemeriksaan dijalankan oleh pihak tuan?
6) Adakah hubungan tuan sebagai kakitangan pihak Jabatan Laut berjalan
dengan baik dengan kakitangan syarikat feri yang beroperasi di Jeti Kukup
ini?
7) Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh pegawai Jabatan Laut yang
bertugas untuk membuat pemeriksaan harian sebelum sesebuah bot itu
dibenarkan beroperasi?
8) Sehingga kini, adakah pihak pengusaha bot/feri penumpang mengikuti segala
standard piawaian yang telah ditetapkan? Jika tidak adakah bukti yang
menunjukkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak tuan?
9) Berapakah bilangan syarikat yang mengusahakan feri yang beroperasi dari
Jeti Kukup ini?
10) Apakah jenis bot/feri yang dibenarkan beroperasi dan berapakah muatan
penumpang yang dibenarkan naik dari Jeti Kukup?
11) Setakat ini pada pengamatan tuan atau mungkin daripada hasil pemeriksaan
yang telah dibuat berapa lamakah kemungkinan bot yang masih beroperasi
ini masih boleh digunakan?
12) Selain pemeriksaan terhadap aspek-aspek keselamatan didalam sesebuah feri
dijalankan oleh pihak Jabatan Laut Malaysia adakah pihak tuan jika
menitikberatkan soal bentuk fizikal sesebuah bot atau feri?
13) Bagaimana tuan mendapati aspek fizikal feri yang beroperasi di Jeti Kukup
buat masa kini? Adakah sesuai digunakan untuk tujuan membawa
penumpang?
14) Secara peribadi, adakah tuan berpuashati dengan ciri-ciri keselamatan yang
disediakan oleh pihak pengusaha bot penumpang /pelancong untuk ke Pulau
Kukup?
53
d) Soalan-Soalan Yang Ditanya (100 Percent Ferry Services Sdn. Bhd).
Nama Pegawai : Ah Siong
Jawatan : Pengarah Urusan, 100 Percent Ferry Services Sdn Bhd
1) Berapa lamakah pembabitan anda sebagai pengusaha /operator bot?
2) Siapakah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan bot?
3) Berapakah bilangan bot yang anda ada sekarang dan berapa ramaikah
bilangan kakitangan anda?
4) Adakah anda menekankan aspek kecekapan terhadap kakitangan anda
seperti keperluan lesen memandu bot dan asas menyelamat?
5) Berapa kerapkah pergerakan sesebuah bot dalam sehari?
6) Apakah anda menitikberatkan soal keselamatan kepada para pelancong?
7) Adakah perkhidmatan bot anda menepati ciri-ciri piawaian keselamatan
Malaysia?
8) Adakah pihak anda membuat penyelenggaraan berkala terhadap enjin dan
aspek-aspek keselamatan lain? Jika ada adakah terdapat bukti bertulis?
9) Sehingga kini adakah sebarang kemalangan membabitkan krew dan
penumpang berlaku kepada syarikat pengangkutan bot anda?
10) Secara peribadi, adakah anda yakin bahawa perkhidmatan bot yang anda
sediakan menepati ciri-ciri piawaian keselamatan Malaysia dan selamat
kepada para penumpang / pelancong yang menggunakannya?
e) Soalan-Soalan Yang Ditanya (Agensi Ferry Kukup Sdn. Bhd).
Nama Pegawai : Ong Chin Sane (Mr. Thomas)
Jawatan : Pengarah Urusan, Agensi Feri Kukup Sdn Bhd
1) Berapa lamakah pembabitan anda sebagai pengusaha /operator bot?
2) Siapakah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan bot?
3) Berapakah bilangan bot yang anda ada sekarang dan berapa ramaikah
bilangan kakitangan anda?
4) Berapakah muatan penumpang yang boleh dibawa oleh setiap bot/feri dalam
satu-satu perjalanan?
5) Adakah anda menekankan aspek kecekapan terhadap kakitangan anda
seperti keperluan lesen memandu bot dan asas menyelamat?
6) Berapa kerapkah pergerakan sesebuah bot dalam sehari?
7) Adakah perkhidmatan bot anda menepati ciri-ciri piawaian keselamatan
Malaysia?
54
8) Adakah pihak anda membuat penyelenggaraan berkala terhadap enjin dan
aspek-aspek keselamatan lain?
9) Sehingga kini adakah sebarang kemalangan membabitkan krew dan
penumpang berlaku kepada syarikat pengangkutan bot anda?
10) Secara peribadi, adakah anda yakin bahawa perkhidmatan bot yang anda
sediakan menepati ciri-ciri piawaian keselamatan Malaysia dan selamat
kepada para penumpang / pelancong yang menggunakannya?
f) Soalan-Soalan Yang Ditanya (Kakitangan Syarikat 100 Percent Ferry Services
Sdn. Bhd).
Nama Pegawai : Encik Ramesh A/L Balakrishnan
Jawatan : Kapten, Feri Syarikat 100 Percent Ferry Services Sdn. Bhd.
1) Berapa lamakah pembabitan anda sebagai kakitangan syarikat bot ini?
2) Apakah jawatan anda? Berapakah ramaikah kakitangan syarikat ini termasuk
anda yang ada sekarang?
3) Adakah majikan anda menekankan aspek kecekapan terhadap kakitangannya
seperti keperluan lesen memandu bot dan asas menyelamat?
4) Sebelum sesuatu perjalanan bot beroperasi, adakah anda menerangkan /
membuat demonstrasi keselamatan kepada para penumpang?
5) Berapa kerapkah pergerakan sesebuah bot dalam sehari?
6) Adakah perkhidmatan bot yang anda bawa menepati ciri-ciri piawaian
keselamatan Malaysia?
7) Adakah pihak syarikat anda membuat penyelenggaraan berkala terhadap
enjin dan aspek-aspek keselamatan lain? Jika ada adakah terdapat bukti
bertulis?
8) Adakah bot yang digunakan dilengkapi maklumat petunjuk/ arahan
keselamatan kepada para pelancong sekiranya berlaku sebarang kecemasan?
9) Sehingga kini adakah sebarang kemalangan membabitkan krew dan
penumpang berlaku kepada syarikat pengangkutan bot anda?
10) Jika berlaku sebarang kemalangan semasa bot sedang beroperasi, apakah
tindakan yang sepatutnya anda lakukan?
11) Secara peribadi, adakah anda yakin bahawa perkhidmatan bot yang anda
jalankan menepati ciri-ciri piawaian keselamatan Malaysia dan selamat
kepada para penumpang / pelancong yang menggunakannya?
55
g) Soalan-Soalan Yang Ditanya (Apollo Ferry Sdn. Bhd).
Nama Pegawai : Apollo
Jawatan : Pengarah Urusan, Syarikat Feri, Apollo Ferry
1) Berapa lamakah pembabitan anda sebagai pengusaha bot untuk ke Pulau
kukup ini?
2) Siapakah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan bot?
3) Apakah jenis bot yang dibenarkan beroperasi dan berapakah muatan
penumpang yang dibenarkan untuk ke Pulau Kukup?
4) Berapakah bilangan bot yang anda ada sekarang dan berapa ramaikah
bilangan kakitangan anda?
5) Adakah pihak anda mempunyai hubungan yang baik dengan pihak berkuasa?
6) Jika dilihat jeti bagi bot pelancong yang dikendalikan tidak berada di lokasi
yang sama dengan jeti Kukup iaitu bagi destinasi antarabangsa? Kenapa ia
berlaku demikian?
7) Jika dilihat bot yang beroperasi diperbuat daripada kayu, adakah sebab-
sebab tertentu bot jenis ini digunakan?
8) Adakah anda menekankan aspek kecekapan keselamatan seperti keperluan
lesen memandu bot dan asas menyelamat?
9) Selain jaket keselamatan penumpang dan alat pemadam api, apakah aspek
keselamatan lain yang dititikberatkan oleh pihak anda kepada para
pelancong?
10) Sehingga kini adakah sebarang kemalangan membabitkan krew dan
penumpang berlaku kepada syarikat pengangkutan bot anda?
11) Secara peribadi, adakah anda yakin bahawa perkhidmatan bot yang anda
sediakan menepati ciri-ciri piawaian keselamatan Malaysia dan selamat
kepada para penumpang / pelancong yang menggunakannya?
H) Soalan-Soalan Yang Ditanya (Kakitangan Syarikat Feri Apollo Sdn. Bhd).
Nama Pegawai : Ah Say
Jawatan : Pemandu Bot, Syarikat Feri Apollo Sdn. Bhd
1) Berapa lamakah pembabitan anda sebagai kakitangan syarikat bot ini?
2) Apakah jawatan anda? Berapakah ramaikah kakitangan syarikat ini termasuk
anda yang ada sekarang?
56
3) Adakah majikan anda menekankan aspek keselamatan kepada para
penumpang?
4) Sebelum sesuatu perjalanan bot beroperasi, adakah anda menerangkan /
membuat demonstrasi keselamatan kepada para penumpang?
5) Berapa kerapkah pergerakan sesebuah bot dalam sehari?
6) Adakah perkhidmatan bot yang anda bawa menepati ciri-ciri piawaian
keselamatan Malaysia?
7) Adakah bot yang digunakan dilengkapi maklumat petunjuk/ arahan
keselamatan kepada para pelancong sekiranya berlaku sebarang kecemasan?
8) Sehingga kini adakah sebarang kemalangan membabitkan krew dan
penumpang berlaku kepada syarikat pengangkutan bot anda?
9) Jika berlaku sebarang kemalangan semasa bot sedang beroperasi, apakah
tindakan yang sepatutnya anda lakukan?
10) Secara peribadi, adakah anda yakin bahawa perkhidmatan bot yang anda
jalankan menepati ciri-ciri piawaian keselamatan Malaysia dan selamat
kepada para penumpang / pelancong yang menggunakannya?
i) Soalan-Soalan Yang Ditanya (Pembuat dan pembekal bot, Boat Explorer Sdn.
Bhd)
Nama Pegawai : Mr Mike Thien
Jawatan : Pengarah Urusan Syarikat Boat Explorer, Melaka
1) Ceritakan sejarah pembabitan Boat Explorer dalam industri bot dan
pelancongan?
2) Siapakah pelanggan anda?
3) Apakah jenis-jenis bot yang anda bekalkan kepada pelanggan?
4) Sejak pembabitan Boat Explorer di dalam pembuatan bot, adakah ianya
diiktiraf oleh kerajaan Malaysian daripada aspek keselamatan?
5) Adakah terdapat standard piawaian antarabangsa tertentu digunapakai di
Malaysia?
6) Jika ya? Apakah ciri-ciri yang sepatutnya dititikberatkan di dalam pembinaan
sesebuah bot?
7) Adakah pihak syarikat anda diberi tanggunjawab di dalam penyeliaan
penyelenggaraan berkala enjin dan aspek-aspek keselamatan lain bot
pelanggan anda? Jika ada adakah terdapat bukti bertulis?
57
8) Apakah ciri-ciri atau maklumat keselamatan yang perlu dilengkapi pada
sesebuah bot pelancong sebagai langkah keselamatan sekira berlakunya
sebarang kecemasan?
9) Secara peribadi, adakah anda yakin bahawa perkhidmatan bot yang
dijalankan di Malaysia menepati ciri-ciri piawaian keselamatan Malaysia dan
selamat kepada para penumpang / pelancong yang menggunakannya?
J) Soalan-Soalan Yang Ditanya (Kakitangan Syarikat Boat Explorer Sdn. Bhd).
Nama Pegawai : Encik Hamdani Bin Ahmad (Am)
Jawatan : Kakitangan, Syarikat Boat Explorer Sdn.Bhd, Melaka
1) Berapa lamakah pembabitan anda sebagai kakitangan syarikat bot ini?
2) Apakah nama syarikat feri yang pernah anda bekerja sebelum ini?
3) Berapakah ramaikah kakitangan syarikat ini termasuk anda di dalam feri
tersebut?
4) Adakah majikan anda pada masa itu menekankan aspek kecekapan terhadap
kakitangannya seperti keperluan lesen memandu bot dan asas menyelamat?
5) Sebelum sesuatu perjalanan bot beroperasi, adakah anda menerangkan atau
membuat demonstrasi keselamatan kepada para penumpang?
6) Pernahkan berlaku sebarang kemalangan semasa anda bekerja dengan
syarikat feri Fuji Services tersebut?
7) Kemalangan yang macam mana berlaku pada masa itu? Apakah sebab yang
menyebabkan berlakunya kemalangan tersebut?
8) Bagaimanakah usaha menyelamat oleh anda serta krew-krew yang lain sebaik
sahaja mendapat makluman kecemasan dari feri tersebut?
9) Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak tuan sebagai
penyelamat pada masa tersebut?
10) Secara peribadi, adakah anda yakin bahawa perkhidmatan bot yang anda
jalankan menepati ciri-ciri piawaian keselamatan Malaysia dan selamat
kepada para penumpang / pelancong yang menggunakannya?
3.5 Justifikasi Pemilihan Kaedah Kajian
Pemilihan kaedah kualitatif oleh pengkaji bagi kajian ini adalah faktor
bentuk kajian yang lebih menjurus kepada penilaian tentang potensi. Walaupun
58
kebanyakan pengkaji lebih cenderung menggunakan kaedah kuantitatif, namun
penerimaan penilaian kajian menerusi kaedah kualitatif semakin popular sejak
kebelakangan ini. Menurut Bryman and Burgess (Phillimore dan Goodson, 2004),
kaedah kualitatif telah mula diperkenalkan dan diterima dalam kajian kehidupan
sosial sejak dua (2) dekad yang lalu.
Beliau turut menyatakan pada masa ini, pengkaji-pengkaji kajian sosial
adalah lebih cenderung memilih kajian berasaskan kualitatif sebagai strategi
kajian distinctive, yang mana membolehkan teori-teori dikemukakan dari kajian.
Oleh itu, keputusan memilih pengunaan kaedah kualitatif bagi kajian ini adalah
paling sesuai dan berkesan untuk mengkaji Tahap Keselamatan Perkhidmatan
Bot Penumpang yang disediakan kepada para penumpang atau pelancong di Jeti
Kukup.
Selain itu, faktor masa yang singkat iaitu empat (4) bulan begitu singkat
bagi penggunaan kaedah kuantitatif terutamanya untuk mendapatkan saiz
sampel kajian yang mencukupi bagi mendapatkan tahap signifikan yang
dikehendaki oleh kaedah kuantitatif bagi tempoh tersebut. Menurut Taylor dan
Bogdan (1984), menerusi temubual, pengkaji akan dapat menggunakan masa
dengan berkesan bagi tempoh kajian yang terhad.
3.6 Justifikasi Pemilihan Sampel Kajian
Pemilihan responden dalam Kajian Tahap Keselamatan Perkhidmatan
perkhidmatan Feri dan Bot yang beroperasi dari Jeti Kukup dan Jeti Persendirian
untuk ke Taman Negara Kukup dan Kelong Ikan, telah dibuat oleh pengkaji
setelah persetujuan oleh penyelia (Dr. Hairul Nizam bin Ismail) dibuat sebelum
proses pengumpulan maklumat dan sesi temuduga terhadap responden-
responden terpilih dijalankan.
Pemilihan responden ini mengambilkira faktor-faktor seperti pengalaman,
kepakaran, pengetahuan dan pelbagai aspek penting yang dimiliki oleh responden
bagi membolehkan pengkaji membuat analisis dan dapatan secara menyeluruh
untuk kajian ini. Jadual 3.1 menunjukkan senarai dan justifikasi pemilihan
responden bagi tujuan kajian ini.
59
Jadual 3.1: Senarai Dan Justifikasi Pemilihan Responden Bagi Kajian
Responden (R) Nama dan Jawatan Justifikasi pemilihan
R1 Encik Fakhrul Anwar
bin Abu Hasan
Pegawai Keselamatan
Pelayaran, Jabatan Laut Malaysia, Wilayah
Selatan.
Telah berkhidmat dengan Jabatan
Laut Malaysia selama 12 tahun
Pegawai yang bertanggungjawab bagi
mengawalselia undang-undang
pelayaran dan memeriksa keselamatan perkapalan terutamanya
di keseluruhan pelabuhan dan jeti
yang terdapat di wilayah selatan
Bertanggungjawab mengetuai
pemeriksaan kemalangan kecil ,
mengarah kakitangan bertugas didalam usaha mencari dan
menyelamat mangsa, keselamatan
maritim dan memeriksa kapal serta
menguruskan alat-alatan bantuan
pelayaran seperti rumah api. Bertanggungjawab menyampaikan
maklumat berkenaan keselamatan
pelayaran kepada orangramai seperti
terlibat di dalam konvensyen
keselamatan maritim. Pelbagai
maklumat penting diperlukan daripada responden ini amat penting
bagi meninjau aspek perundangan
dan peraturan keselamatan pelayaran
serta proses penguatkuasaan dan
pemantauan yang berada dibawah bidangkuasa jabatan ini.
R2 Puan Raja Faudzah
binti Raja Rasdi
Pegawai Pelabuhan,
Jabatan Laut Malaysia, Jeti Kukup.
Telah berkhidmat dengan Jabatan
Laut Malaysia selama 19 tahun
Bertanggungjawab sebagai pegawai
pelabuhan, iaitu mengawal kesemua
aktiviti penguatkuasaan yang akan dijalankan oleh pegawai
penguatkuasa keselamatan secara
harian terhadap setiap feri yang
berlabuh dan beroperasi di Jeti
Kukup. Bertanggungjawab terhadap proses
pengurusan seperti pengesahan port clearance, pengesahan jadual
perjalanan, passenger list dan banyak
lagi.
Maklumat daripada responden ini
amat penting bagi mengetahui tentang aspek pelaksanaan
penguatkuasaan yang dijalankan
terhadap sesebuah feri atau bot yang
dilokasi kajian
60
R3 Encik Zakaria bin Abd
Manaf
Pegawai Penguatkuasa,
Jabatan Laut
Malaysia, Jeti Kukup
Telah berkhidmat dengan Jabatan
Laut Malaysia selama 14 tahun
Menerima arahan penguatkuasaan
daripada pegawai pelabuhan iaitu aktiviti pemantauan dan
penguatkuasaan harian terhadap
setiap feri yang akan beroperasi dari
Jeti Kukup seperti memeriksa senarai
penumpang, memastikan peralatan keselamatan berfungsi, terdapat bot keselamatan lifecraft, pemasangan
video demonstrasi keselamatan dan
lain-lain
Maklumat daripada responden ini
amat penting terutamanya bagi mendapatkan maklumat pada situasi
yang sebenarnya diperolehi
berkenaan dengan aspek penilaian
dan pemeriksaan yang dibuat oleh
pihak Jabatan Laut Malaysia
terhadap sesebuah bot atau feriyang diperiksa sebelum dibenarkan
beroperasi.
R4
Encik Ah Siong
Pengarah Urusan Syarikat 100 Percent
Ferry Services Sdn.
Bhd
Mempunyai pengalaman yang luas
(lebih 18 tahun) sebagai pengusaha
syarikat feri. Selain itu beliau terlibat dengan kelong ikan sangkar dan
mengusahakan resort
Mengusahakan salah sebuah syarikat
perkhidmatan feri untuk perjalanan
ke Tanjung Balai, Indonesia
Maklumat daripada pengusaha syarikat feri ini amat penting bagi
mengetahui secara terperinci
berhubung aspek-aspek keselamatan
yang disediakan kepada para
penumpang di dalam feri-feri yang menjalankan operasinya dari Jeti
Kukup.
R5 Encik Ong Chin Sane
(Mr. Thomas)
Pengarah Urusan,
Syarikat Ferry Kukup Sdn.Bhd
Berpengalaman lebih 14 tahun
sebagai pengusaha syarikat feri
membawa penumpang.
Mengusahakan salah sebuah syarikat
perkhidmatan feri untuk perjalanan ke Tanjung Balai, Indonesia selain 2
syarikat lain
Maklumat daripada pengusaha
syarikat feri ini amat penting bagi
mengetahui secara terperinci berhubung aspek-aspek keselamatan
yang dititikberatkan kepada para
penumpang di dalam feri-feri yang
menjalankan operasinya dari Jeti
Kukup.
61
R6 Encik Ramesh A/L
Balakrishnan
Kapten Feri, Syarikat 100 Percent Ferry
Services Sdn Bhd
Mempunyai pengalaman yang luas di
dalam pengoperasian kapal dan feri
penumpang lebih dari 20 tahun.
Telah berkhidmat sebagai Kapten feri Syarikat 100 percent ferry sudah
hampir 9 tahun.
Bertanggungjawab memastikan
segala persiapan didalam feri telah
disediakan terutamanya berkenaan aspek keselamatan seperti memeriksa
peralatan kecemasan, maklumat
keselamatan dipaparkan dan segala
prosedur pelayaran telah dilengkapi
sebelum mendapat pengesahan
pegawai Jabatan Laut. Maklumat daripada responden ini
amat penting sebagai mewakili
kakitangan syarikat feri berkenaan
persiapan yang telah dibuat oleh
syarikat feri terlibat bagi menjamin keselamatan penumpang untuk ke
destinasi antarabangsa (Indonesia).
R7
Encik Apollo
Pengarah Urusan
Syarikat Ferry Apollo
Berpengalaman selama 10 tahun
pembabitan didalam pengoperasian
bot pelancong untuk ke destinasi
Taman Negara Kukup dan ke Kelong Sangkar Ikan.
Mengendalikan syarikat bot
persendirian yang bernama syarikat
Apollo Ferry. Bot yang digunakan
dimodifikasikan daripada bot kayu nelayan yang menyediakan kerusi
penumpang.
Maklumat daripada pengusaha bot
pelancong ini amat diperlukan bagi
mengetahui aspek-aspek keselamatan
yang dititikberatkan kepada para penumpang yang menggunakan
perkhidmatan mereka.
R8 Encik Ah Say
Pemandu Bot Syarikat Ferry Apollo
Beliau mempunyai banyak
pengalaman berkaitan dengan aktiviti
laut kerena beliau adalah seorang nelayan pesisir yang telah 30 tahun
beroperasi disekitar perairan kukup.
Beliau sekarang adalah salah seorang
pemandu bot syarikat Apollo Ferry
yang beroperasi ke destinasi Taman
Negara Kukup dan ke Kelong Sangkar Ikan.
Maklumat daripada responden ini
juga amat diperlukan kerana
berdasarkan pengalaman beliau yang
telah lama berkecimpung dengan
62
aktiviti laut termasuk kemahiran
memandu bot yang membawa
penumpang untuk ke destinasi
pilihan pelancong.
R9 Encik Mike Thein
Pengarah Urusan
Syarikat Boat Explorer
Sdn Bhd.
Mempunyai pengalaman yang luas
(lebih 20 tahun) sebagai pengeluar
bot dan peralatan yang berkaitan
dengan aktiviti marin termasuk
pengeluaran bot seperti bot atau feri penumpang, bot nelayan dan bot
keluarga dan persendirian bagi bagi
pasaran dalam dan luar negara.
Beliau mempunyai kemahiran dan
pengalaman yang amat luas didalam
proses pembuatan badan bot atau feri yang diperbuat daripada bahan fibre glass berkualiti tinggi, pemasangan
enjin dan peralatan navigasi serta
peralatan yang bercirikan
keselamatan yang perlu ada pada
sesebuah bot berdasarkan spesifikasi yang diluluskan oleh kerajaan
Malaysia.
Beliau mendapat pengalaman tentang
pembuatan bot secara mendalam
dengan menimba pengalaman
daripada pakar-pakar pembuat bot di Australia dan New Zealand.
Maklumat daripada responden ini
juga amat penting dan diperlukan
kerana berdasarkan pengalaman
beliau yang telah lama berkecimpung dan berpengalaman luas di dalam
pembuatan bot, memahami kehendak
pasaran berdasarkan spesifikasi
pembuatan bot yang telah ditetapkan
oleh Kerajaan, serta berkemahiran di dalam maintenance badan maupun
enjin bot yang perlu diperbaiki
sepertimana yang diinginkan oleh
para pelanggan beliau.
R10 Encik Hamdani bin
Ahmad
Pengarah Urusan
Syarikat Boat Explorer
Sdn Bhd.
Beliau mempunyai banyak
pengalaman berkaitan dengan aktiviti
laut kerana sebelum bekerja dengan syarikat Boat Explorer ini, beliau
telah berkhidmat sebagai krew
sebuah syarikat feri yang bernama
feri Fuji dari Jeti Mersing membawa
penumpang untuk ke Pulau Tioman dan ke kepulauan Johor sekitar
tahun 1988 sehingga 1995
Kini beliau telah hampir 8 tahun
bekerja dengan anak syarikat Boat
63
Explorer dan tenaga serta
pengalaman beliau telah dapat
membantu majikannya selain beliau
bekerja tetap sebagai pelayan restoran.
Pengalaman responden ini amat
diperlukan kerana beliau dapat
memberikan keadaan sebenar situasi
kecemasan semasa proses menyelamat krew feri Fuji membantu
sebuah feri karam iaitu feri Pulau
Saga pada tahun 1995 diperairan
menuju Pulau Tioman.
3.7 Analisis Dan Penemuan Kajian
Analisis dan penemuan dalam kajian ini dibuat berdasarkan jawapan
daripada setiap soalan yang telah direka bentuk oleh pengkaji mengikut kategori
responden yang telah ditemuramah semasa kajian lapangan dilakukan. Selain
daripada analisis terhadap soalan-soalan daripada responden, pengkaji juga akan
membuat analisis berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pemerhatian
dan juga maklumat-maklumat yang diperolehi daripada sumber-sumber terbitan,
artikel, keratan akhbar, bahan-bahan daripada internet serta laporan-laporan
daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan sebagai sokongan dan pengukuhan
analisis serta penemuan kajian.
Berdasarkan temubual yang telah dijalankan oleh pengkaji dengan
mengunakan kaedah kualitatif iaitu Temubual Semi- Struktur In-depth pengkaji
telah mengenalpasti tema-tema yang penting dalam kajian Tahap Keselamatan
Perkhidmatan Bot yang disediakan kepada orangramai di Jeti Kukup. Terdapat
lapan (8) tema telah dikenal pasti bagi analisis tentang tahap keselamatan dan
langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak-pihak yang terlibat sementara
empat (4) tema dapat di kenalpasti bagi analisis tentang spesifikasi sesebuah bot
yang perlu ada pada sesebuah bot yang beroperasi dari jeti Kukup. Huraian
berhubung setiap tema yang dikenal pasti adalah menurut jawapan yang
diperolehi menerusi soalan-soalan yang dikemukakan kepada setiap responden
dalam kajian ini.
64
3.7.1 Analisis Tentang Tahap Keselamatan Perkhidmatan Feri Yang
Beroperasi Dari Jeti Kukup Dan Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil
Oleh Pihak-Pihak Yang Terlibat Dengannya.
3.7.1.1. TEMA 1: Peranan Dan Tanggungjawab Setiap Organisasi Yang
Terlibat
Berdasarkan temubual yang dijalankan oleh pengkaji dengan
responden 1 iaitu Encik Fakhrul Anwar bin Abu Hasan, beliau
menerangkan bahawa setiap aktiviti yang dijalankan di perairan Malaysia
secara amnya dan di Jeti Kukup khususnya adalah berada dibawah
tanggungjawab dan bidangkuasa Jabatan Laut Malaysia yang berkaitan
dengan aktiviti marina kepada semua proses pemantauan termasuk aktiviti
kapal-kapal perdagangan, bot-bot kecil, bot nelayan dan juga pemantauan
dan penguatkuasaan operasi perkhidmatan feri atau bot yang membawa
penumpang adalah berasaskan kepada undang-undang kerajaan Malaysia
iaitu Ordinan Perkapalan Malaysia tahun 1952.
Beliau menambah lagi, dengan memaklumkan bahawa pihak
Jabatan Laut Malaysia menjalankan aspek penguatkuasaan terutamanya
berkenaan aspek keselamatan adalah berdasarkan kepada Kod Keselamatan
Antarabangsa yang telah ditetapkan oleh organisasi Maritim Antarabangsa.
Bagi tujuan pemantauan aktiviti perkhidmatan feri atau bot, pihak Jabatan
Laut Malaysia menjalankan operasi pemantauan dan penguatkuasaannya
ke hampir 40 lokasi jeti perkhidmatan feri yang terdapat diseluruh
Malaysia.
Pendapat beliau juga di sokong oleh responden kedua iaitu Puan
Raja Faudzah binti Raja Rasdi yang memaklumkan bahawa pihak Jabatan
Laut Malaysia mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar di dalam
bidang maritim bermula dengan proses pendaftaran sesebuah bot, proses
pengakreditasian badan kapal atau feri yang dibenarkan beroperasi,
pengurusan keselamatan kapal seperti keperluan kepada penyediaan
peralatan yang bercirikan keselamatan, keselamatan semasa pelayaran iaitu
dengan pengawalan oleh unit keselamatan maritim dan kawalan trafik,
aspek kebajikan krew sehinggalah kepada proses penguatkuasaan dan
pemantauan yang dijalankan terhadap sesebuah perkhidmatan feri atau
65
kapal untuk ke setiap destinasi perkhidmatan mereka samada membawa
penumpang ataupun membawa barangan.
Bagi pengusaha syarikat perkhidmatan feri seperti Ah Siong, Mr
Thomas dan Mr Apollo pula, mereka berpendapat bahawa sebagai
pengusaha mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar
terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada para pengguna mereka di
dalam perkhidmatan feri dan bot membawa penumpang samada ke
destinasi untuk lokasi perairan antarabangsa maupun ke Taman Negara
Kukup, tanggungjawab mereka sebagai pengusaha adalah dengan
memberikan perkhidmatan yang terbaik dan sempurna kepada pelanggan
mereka.
Bagi Mr Mike Thein(responden 9) pula, sebagai seorang pembuat dan
pembekal bot beliau bertanggungjawab membuat dan menyediakan bot
sepertimana tempahan dan kehendak para pelanggannya, namun begitu
beliau masih menitikberatkan hasil pembuatan sesebuah bot tersebut
berdasarkan kepada undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti
standard piawaian antarabagsa safety standard of boat building, United
States dan Ordinan Perkapalan Malaysia, tahun 1952. Dengan yang
demikian, penghasilan bot-bot syarikat beliau iaitu syarikat Boat Explorer
telah mendapat pengiktirafan samada di peringkat antarabangsa maupun di
dalam negara.
3.7.1.2 TEMA 2: Aktiviti Penguatkuasaan Dan Pemeriksaan Harian
Menurut Puan Raja Faudzah iaitu responden kedua, beliau
menyatakan bahawa pihak Jabatan Laut Malaysia, terutamanya bagi
kawasan pelabuhan Kukup amat mementingkan aspek pemantauan dan
penguatkuasaan terhadap setiap aktiviti perkhidmatan feri yang beroperasi
melalui jeti tersebut. Ini kerana telah menjadi satu tanggungjawab yang
diberikan kepada pihak Jabatan Laut untuk memastikan segala aspek
keselamatan bagi perkhidmatan feri telah diperiksa dan dijalankan bagi
menjamin keselamatan pelayaran feri dan para penumpangnya.
Pemantauan yang dijalankan oleh para pegawai Jabatan Laut Malaysia
dibahagikan kepada 2 iaitu pemeriksaan harian dan pemeriksaan berkala.
66
Aspek-aspek pemantauan iaitu bagi pemeriksaan harian adalah
pemeriksaan satu senaraisemak yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan
Laut Malaysia berkenaan perkara-perkara seperti „port clearance‟ iaitu
pemeriksaan sijil pelepasan pelayaran, sijil penumpang dan mengemukakan
salinan, senarai bilangan penumpang yang berdaftar adalah sama bilangan
dengan bilangan penumpang yang berada di dalam sesebuah feri yang
diperiksa, mematuhi kelayakkan dan bilangan pengemudi dan krew,
kelengkapan peralatan navigasi seperti radar dan radio VHF, mempunyai
cukup bot penyelamat seperti „liferaft‟, bot mempunyai pelan keselamatan
yang lengkap, menyediakan jaket keselamatan yang mencukupi dan boleh
berfungsi, membuat tayangan video keselamatan dan beberapa peralatan
lain telah disediakan oleh pihak pengusaha. Pendapat yang sama juga telah
diberikan oleh responden 1 iaitu Encik Fakhrul Anwar berkenaan aspek
pemantauan dan ciri-ciri keselamatan yang akan diperiksa oleh para
pegawai Jabatan Laut sebelum sesebuah feri itu dibenarkan menjalankan
perkhidmatannya.
Manakala bagi responden 3 pula iaitu Encik Zakaria bin Abdul
Manaf beliau yang bertugas sebagai salah seorang Pegawai Penguatkuasa,
Jabatan Laut Malaysia beliau dan rakan-rakan setugas yang ditempatkan di
Jeti Kukup akan membuat pemeriksaan terperinci rutin harian pemeriksaan
terhadap setiap feri yang beroperasi dari jeti tersebut sebagaimana
senaraisemak penilaian yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Laut
Malaysia secara terus bermula dengan memeriksa para penumpang
besama-sama dengan pihak penguatkuasaan daripada beberapa jabatan
lain seperti Jabatan Haiwan, Jabatan Kesihatan dan pihak Kastam,
seterusnya beliau dan beberapa pegawai bertugas akan terus membuat
pemeriksaan terus segala aspek seperti yang dimaklumkan oleh responden
yang pertama dan kedua tadi sambil mengenalpasti keadaan semasa setiap
peralatan agar boleh berfungsi dengan baik dan segala prosedur telah
diikuti dengan baik oleh pihak pengusaha perkhidmatan feri yang sedang
diperiksa itu.
Menurutnya lagi, jika sekiranya pihak Jabatan Laut berpuashati
terhadap hasil pemeriksaan tersebut, beliau ataupun rakan yang lain akan
mendapatkan pengesahan daripada kapten feri tersebut dan kemudiannya
67
akan disahkan oleh oleh pihak Jabatan Laut bahawa feri tersebut telah
dibenarkan untuk menjalankan operasi. Pada kebiasaannya sesuatu
pemeriksaan lancar tanpa sebarang masalah mengambil masa kurang dari
30 minit, tetapi jika terdapat sebarang perlanggaran undang-undang dan
pemeriksaan lanjut akan dijalankan dengan masa yang diambil adalah
lebihkurang 1 jam. Jika berlaku perlanggaran besar seperti feri tidak
memperbaharui lesen beroperasi ataupun peralatan keselamatan seperti
„liferaft‟ telah tamat tempoh, pihak berkuasa akan menahan feri tersebut
tetapi pihak pengusaha boleh meneruskan operasi dengan feri gentian.
Oleh yang demikian, menurut ketiga-tiga responden, pemantauan
bagi perjalanan setiap perkhidmatan feri di seluruh jeti yang terdapat di
Malaysia dan terutamanya dari Jeti Kukup untuk ke Tanjung Balai,
Indonesia adalah amat penting dan wajib dijalankan bagi memastikan pihak
pengusaha perkhidmatan feri yang menjalankan operasi mereka mematuhi
segala undang-undang terutamanya yang berkaitan dengan aspek-aspek
keselamatan di dalam setiap feri mereka telah disediakan sebagai jaminan
keselamatan kepada para penumpang jika sekiranya berlaku sebarang
kemalangan.
3.7.1.3. TEMA 3: Ciri-Ciri Keselamatan Yang Perlu Disediakan Di Dalam
Sesebuah Feri Atau Bot
Menurut pengusaha-pengusaha syarikat perkhidmatan feri seperti
Encik Ah Siong (responden ke 4) dan Encik Thomas (responden ke 5) kedua-
duanya bersetuju menyatakan bahawa aspek keselamatan yang perlu
disediakan di dalam setiap perkhidmatan feri mereka disediakan sebagai
persiapan jika berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Bagi Encik
Ah Siong iaitu pengusaha kepada syarikat perkhidmatan 100 Percent Ferry
Services Sdn Bhd., berpendapat bahawa perlu menyediakan peralatan
kecemasan yang mencukupi seperti jaket keselamatan dan alat pemadam
api, maklumat keselamatan perlu di paparkan untuk memberi makluman
kepada para penumpang, sistem perhubungan radar dengan pihak
berkuasa disamping pengetahuan kakitangan di dalam usaha menyelamat
jika sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
68
Bagi pengusaha syarikat feri agensi Kukup Sdn Bhd iaitu Encik
Thomas pula, berpendapat bahawa selain keperluan maklumat keselamatan
dipaparkan dengan jelas, penyediaan alat pemadam api serta jaket
keselamatan yang mencukupi dan boleh berfungsi, demonstrasi cara-cara
pemakaian alat keselamatan seperti jaket keselamatan dan tindakan yang
perlu diambil semasa berlaku sebarang kecemasan perlu ditayangkan selain
mengambilkira jumpah maksimum penumpang yang boleh berada di dalam
sesebuah feri iaitu bergantung kepada kapasiti yang dibolehkan oleh pihak
Jabatan Laut Malaysia.
Bagi kakitangan feri (responden ke 6) pula iaitu Encik Ramesh a/l
Balakrishnan yang berjawatan sebagai seorang kapten bagi feri syarikat 100
Percent Ferry Services Sdn Bhd, berpendapat bahawa kecekapan para
kakitangan adalah lebih penting selain daripada kepentingan penyediaan
peralatan keselamatan di bagi sesebuah feri, ini kerana dengan adanya
kakitangan yang berkelayakkan dan cekap terutamanya di dalam usaha
menyelamat, mereka akan dapat meminimumkan angka korban disamping
dapat menenangkan para penumpang semasa situasi panik. Oleh yang
demikian, para kakitangan perlulah mempunyai kelayakan asas
menyelamat, selain itu bagi seorang pemandu individu tersebut perlu
mempunyai lesen memandu yang sah serta telah berpengalaman
mengoperasikan sebuah feri terutamanya semasa keadaan cemas dan
berbahaya.
Pendapat yang agak berbeza pula di dapati oleh pengkaji daripada
pengusaha yang menjalankan perkhidmatan bot membawa penumpang
untuk ke Taman Negara Kukup dan ke Kelong Sangkar Ikan iaitu pihak
pengusaha seperti Encik Apollo dan ayahnya, Ah Say sependapat
menyatakan bahawa aspek keselamatan adalah penting tetapi kurang
dititikberatkan semasa perkhidmatan mereka dijalankan. Ini kerana
disebabkan jarak untik ke destinasi yang dibawa samada untuk ke Kelong
maupun ke Taman Negara Kukup adalah amat dekat iaitu mengambil
kurang dari 10 minit perjalanan sahaja. Bot yang digunakan untik
beroperasi pula adalah bot kayu nelayan yang dimodifikasikan untuk
tujuan tempat duduk penumpang. Peralatan keselamatan yang disediakan
hanya peralatan jaket keselamatan sahaja.
69
Selain itu, Encik Mike Thein secara peribadi berpendapat bahawa
proses pembuatan sesebuah bot atau feri itu adalah satu perkara yang amat
penting iaitu cara pembuatan yang halus dan teliti akan memberikan
ketahanan kepada sesebuah feri ataupun bot, selain bahan yang digunakan
di dalam proses pembuatannya. Beliau menyarankan bahan untuk
membina badan atau fizikal sesebuah feri itu dibuat daripada bahan gentian
fibre yang bermutu tinggi, walaupun jika dilihat bahan daripada alumunium
dan besi mempunyai kemampatan yang tahan kekukuhan yang lebih tinggi,
tetapi memandangkan kos pembuatan yang agak sederhana bagi
penggunaan bahan gentian fibre dan senang dari segi pembaikpulihan
beliau akan memberikan cadangan penggunaan bahan tersebut kepada
para pelanggannya.
Encik Mike Thein juga menitikberatkan penekanan terhadap ciri-ciri
yang perlu ada pada sesebuah bot iaitu mestilah bersesuaian dengan saiz,
kuasa enjin yang digunakan, berat tampungan dan kapasiti penumpang,
serta dengan kelengkapa-kelengkapan peralatan yang bercirikan
keselamatan seperti alat navigasi dan komunikasi serta peralatan
keselamatan yang lain. Dengan menitikberatkan segala perkara yang beliau
maklumkan diatas, beliau menegaskan sesebuah bot itu akan sentiasa
beroperasi dengan selamat selain keperluan kepada penyelenggaraan
berkala terhadap enjin dan peralatan yang sepatutnya.
Pihak penguatkuasa Jabatan Laut Malaysia pula menekankan
aspek-aspek pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak
mereka terhadap setiap feri yang beroperasi samada ianya dijalankan secara
rutin harian di setiap jeti pengangkutan laut sepertimana senaraisemak
yang telah dibincangkan sebelum ini ataupun pemeriksaan berkala yang
dijalankan oleh para pegawai jurutera Jabatan Laut Malaysia bersama
beberapa badan yang telah dilantik oleh kerajaan seperti memeriksa fizikal
badan sesebuah bot atau feri, memeriksa kekerapan penyelenggaraan enjin
sesebuah feri atau bot maupun memeriksa tempoh tamat penggunaan
peralatan keselamatan yang disediakan oleh pihak pengusaha syarikat feri
seperti tarikh tamat penggunaan bagi „liferaft‟ dan banyak lagi. Pihak
Jabatan Laut Malaysia juga menyarankan agar pihak pengusaha mengikut
segala piawaian yang telah ditetapkan di dalam Ordinan Perkapalan
Malaysia 1952, terutamanya berkaitan dengan keselamatan penumpang
70
dimana setiap syarikat perlulah membuat kajian dan „revise‟ kembali
spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam perundangan perkapalan
antarabangsa seperti mengikut tahap kelebaran, ketinggian serta ukuran
panjang sesebuah feri sebelum ianya dibina. Sebaik-baiknya mereka
membuat tempahan dengan syarikat pembuat bot tempatan yang telah
menepati spesifikasi pembuatan bot seperti syarikat Boat Explorer.
3.7.1.4 TEMA 4: Penyelenggaraan Feri Atau Bot yang Berjadual
Berdasarkan temubual yang dijalankan, kesemua responden
bersetuju bahawa penyelenggaraan perlu dan wajib dijalankan terhadap
sesebuah feri ataupun bot walaupun pada sesebuah bot yang masih baru
digunakan maupun bot-bot yang telah lama beroperasi khususnya bagi
perkhidmatan feri atau bot yang membawa penumpang di Jeti Kukup ini.
Bagi pegawai Jabatan laut yang terlibat dengan temubual bersama
pengkaji, iaitu Encik Fakhrul Anwar (responden 1), Puan Raja Faudzah
(responden 2) berserta respnden ketiga iaitu Encik Zakaria bin Abdul Manaf
sependapat bersetuju bahawa aspek pemeriksaan dan pemantauan mereka
salah satunya adalah terlibat dengan jadual proses penyelenggaraan
terhadap sesebuah feri ataupun iaitu dari segi pemeriksaan aspek
penyelenggaraan bahagian enjin, membuat ujian ketahanan badan
sesebuah feri, pemeriksaan terhadap peralatan keselamatan yang
disediakan untuk tujuan sebarang kecemasan. Pemeriksaan akan
dijalankan oleh pegawai-pegawai jurutera Jabatan Laut Malaysia, dengan
kolaberasi badan-badan penilaian kapal seperti Ship Classification (M) Sdn
Bhd, Lloyd dan beberapa syarikat lain ke setiap kawasan jeti mengikut
pergerakan jadual yang telah dirancang bagi memastikan setiap bot di
setiap jeti yang ada diseluruh negara akan diperiksa mengikut tempoh yan
telah ditetapkan iaitu 3 bulan sekali.
Dalam masa yang sama pihak pengusaha perkhidmatan feri yang
beroperasi di Jeti Kukup ini iaitu Encik Ah Siong (responden ke 5) dan
kakitangannya iaitu Encik Ramesh (responden ke 7) serta Encik Thomas
iaitu responden ke 6, bersetuju bahawa espek penyelenggaraan adalah
sesuatu yang amat penting dan dijalankan oleh mereka secara berkala iaitu
71
mengikut penjadualan yang telah dibuat oleh syarikat masing-masing
sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Namun sebenarnya, pengusaha
syarikat feri ini jika dikira sebenarnya menjalankan pemeriksaan setiap hari
bagi setiap bot yang mereka ada sebelum menjalankan operasi, ini kerana
menurut mereka, sememangnya terdapat kakitangan yang terlibat secara
langsung dan berkemahiran untuk membuat penyelenggaraan terutamanya
di bahagian enjin iaitu yang dipanggil sebagai „Engine Man‟.
Bagi pengusaha syarikat bot untuk ke Taman Negara Kukup iaitu
Encik Apollo pula berpendapat aspek penyelenggaraan tidak diberikan
perhatian yang begitu besar sangat kerana beliau berpendapat bahawa
beliau adalah pengusaha bot secara kecil-kecilan dan tidak melibatkan
„volume‟ penumpang yang banyak dalam satu-satu masa. Dengan membawa
bot yang diperbuat daripada kayu yang dimodifikasikan daripada bot
nelayan dan memakai enjin sangkut sahaja untuk membawa penumpang ke
destinasi yang dekat dan memakan masa hanya 5 ke 10 minit sahaja, aspek
penyelenggaraan tidak perlulah dilakukan setiap masa walaupun beliau
sememangnya ada membuat penyelenggaraan terhadap enjin botnya.
Itupun berdasarkan kehendaknya sendiri, manakala bagi keadaan fizikal
bot dan peralatan seperti jaket keselamatan penyelenggaraan tidak ada
dibuat.
Bagi Encik Mike Thein (responden ke 9) berpendapat bahawa aspek
pemeriksaan enjin dan bahagian fizikal badan sesebuah bot atau feri perlu
diperiksa dan diselenggarakan, ini kerana menurut beliau untuk menjamin
kuasa enjin yang baik dan tidak berlaku kerosakan semasa sesebuah bot
atau feri sedang beroperasi Ia perlulah sentiasa di selanggara setiap masa
iaitu samada 3 bulan sekali ataupun 6 bulan sekalu dalam setahun, dengan
yang demikian maka prestasi enjin sesebuah feri atau bot itu dapat
dikenalpasti oleh mereka yang terlibat seperti „engine man‟. Begitu juga
dengan penyelenggaraan terhadap badan feri atau bot, ini kerana sesebuah
bot itu berada di atas air dan banyak kemungkinan boleh berlaku dalam
setiap perjalanan sesebuah bot itu seperti terlanggar batu karang, bot
bergesel dan sebagainya memungkinkan berlaku kerosakan kepada badan
bot tersebut dan ia perlu di baikpulih, contohnya bagi bot yang diperbuat
daripada bahan fiber glass, kerosakan pada badan bot boleh ditampal
dengan bahan fiber glass yang baru maupun dicat kembali bagi
72
mengembalikan seri sesebuah bot. untuk makluman syarikat Encik Mike
mempunyai kepakaran di dalam membaikpulih kembali badan bot
disamping menyelenggarakan enjin bot.
Pendapat yang sama juga telah diutarakan oleh Encik Hamdani bin
Ahmad (responden ke 10) iaitu pekerja Encik Mike Thein, iaitu berdasarkan
pengalamannya bekerja sebagai seorang kakitangan sebuah syarikat feri
yang beroperasi dari Jeti Mersing pada tahun 1980 an menceritakan
bahawa majikannya menitikberatkan soal keselamatan penumpang dan
aspek penyelenggaraan terdapat enjin setiap feri yang beroperasi iaitu
dengan membuat pemeriksaan berkala 3 kali setahun. Disamping itu
majikannya telah menugaskan 2 orang „engine man‟ bagi setiap feri yang
beroperasi sebagai langkah untuk membuat pemeriksaan semasa
perjalanan sesebuah feri untuk ke destinasinya.
3.7.1.5 TEMA 5: Penyediaan Kakitangan Yang Terlatih Dan
Berkelayakan
Menurut responden keempat, beliau menyatakan bahawa pihak
syarikatnya amat mementingkan berkenaan dengan pemilihan para pekerja
terutamanya yang terlibat dengan perkhidmatan di dalam feri dan mereka
dipilih daripada yang berkelayakan. Terdapat hampir 14 orang kakitangan
yang terlibat sebagai krew bagi 2 buah feri yang beroperasi termasuk kapten
dan pemandu feri, hampir kesemua kakitangan daripada warga Indonesia
kecuali bagi jawatan kapten dan pemandu feri. Selain itu terdapat juga
kakitangan pekerja yang terdiri daripada wanita tempatan di bahagian
penjualan tiket feri di kaunter yang di buka di pekan Kukup.
Menurut beliau lagi, pihak syarikatnya amat menitikberatkan
pemilihan pemandu dan kapten feri dari orang tempatan kerana ingin
memberikan peluang pekerjaan dan penglibatan mereka di dalam bidang
pelancongan secara tidak langsungnya. Mereka ini dipilih daripada
kebanyakkan orang yang telah mendapatkan lesen yang berkaitan dengan
perkhidmatan feri seperti lesen kelas 1 sehingga 5 bagi pemandu feri, dan
lesen asas penyelamat bagi kapten dan kakitangan lain.
73
Pendapat ini disokong oleh Encik Thomas iaitu responden kelima
yang mengatakan bahawa pemilihan kakitangan untuk bekerja dengan
syarikatnya dimana kesemua kakitangan yang terlibat di dalam feri
mempunyai kemahiran dan pengalaman berdasarkan keperluan kepakaran
di bahagian masing-masing seperti kapten dan pemandu feri dipilih perlulah
mempunyai kemahiran asas menyelamat, krew enjin dipilih dari mereka
yang berkemahiran di dalam pengoperasian dan baikpulih enjin dan lain-
lain, ini kerana aspek keselamatan dan ilmu pengendalian bot semasa
perkhidmatan sesebuah feri itu berjalan adalah sesuatu aspek yang diberi
perhatian oleh syarikat pada setiap masa.
Bagi pengusaha perkhidmatan bot yang membawa penumpang ke
Taman Negara Kukup pula berpendapat bahawa pihak syarikat mereka
tidak memerlukan ramai kakitangan disebabkan mereka hanya
menjalankan perkhidmatan bot yang bersaiz kecil dan hanya memerlukan
tenaga kerja yang sedikit, Encik Apollo memaklumkan lagi bahawa
sebenarnya perkhidmatan membawa penumpang ke Taman Negara Kukup
dan Kelong ikan ini adalah perniagaan keluarga dan tenaga kerja yang
terlibat terdiri dari beliau sendiri dan ayahnya yang bekerja sebagai
pemandu bot. Namun yang demikian Encik Apollo memaklumkan bahawa
mereka mempunyai kelayakan sebagai seorang pemandu bot dan telah
mempunyai pengalaman yang banyak berkenaan dengan pengoperasian
sesebuah bot.
Bagi Encik Hamdani (responden ke 10) menceritakan bahawa betapa
pentingnya sesebuah syarikat itu mempunyai kemahiran dan pengalaman
di dalam menghadapi sebarang situasi sukar sepertimana beliau dan rakan-
rakannya yang bekerja sebagai krew sebuah syarikat feri iaitu syarikat feri
Fuji Ferry Services. Menurut responden ini, semasa beliau bekerja dengan
perkhidmatan feri ini yang membawa penumpang dari Jeti Mersing pada
sekitar tahun 1980 an sehingga tahun 1995, pihak syarikatnya begitu
menitikberatkan soal kemahiran kepada setiap pekerja dimana hampir
kesemua pekerja syarikat feri tersebut mempunyai sijil kemahiran
menyelamat selain kemahiran tertentu setiap staf di bahagian masing-
masing. Dengan kemahiran ini, beliau dan rakan-rakan telah dapat
menyelamatkan penumpang dan krew sebuah feri iaitu feri Pulau Saga yang
karam akibat terlanggar kayu balak semasa perjalanan feri tersebut ke
74
Pulau Tioman. Ini menunjukkan betapa pentingnya kemahiran asas
menyelamat perlu dipelajari oleh setiap krew feri sebagai jaminan
keselamatan semasa sesebuah feri itu menjalankan operasinya.
3.7.1.6 TEMA 6: Kekerapan Perjalanan Operasi Perkhidmatan
Sesebuah Feri Atau Bot
Menurut responden kedua, iaitu Puan Raja Faudzah sebagai seorang
pegawai pelabuhan beliau tidak sewenang-wenangnya menetapkan
berapakah perjalanan sesebuah feri boleh dibuat oleh pihaknya sebagai
pihak penguatkuasa, ini kerana menurut beliau ia melibatkan aktiviti yang
melibatkan perniagaan yang di jalankan oleh pengusaha syarikat feri yang
beroperasi dari jeti Kukup ini. Dengan yang demikian pihak Jabatan Laut
telah membuat perbincangan secara terperinci dengan 3 syarikat feri yang
mengusahakan perkhidmatan membawa para penumpang untuk ke
destinasi antarabangsa iaitu ke Tanjung Balai, dan Pulau Batam, Indonesia.
Hasil daripada perbincangan itu kesemua pihak telah mencapai kata
sepakat iaitu perjalanan feri akan berjalan secara penggiliran setiap 3 buah
syarikat yang terlibat dimana ia menjadikan sekurang-kurangnya 3 kali
perjalanan ulang-alik setiap feri bagi satu-satu syarikat dapat beroperasi
membawa penumpang mereka ke destinasi setiap hari sepertimana jadual
yang telah dipersetujui dan ditetapkan. Pada musim-musim perayaaan slot
perjalanan mungkin boleh ditambahkan bergantung kepada persetujuan
pihak Jabatan Laut Malaysia.
Manakala bagi pengusaha syarikat bot membawa penumpang ke
destinasi seperti ke Taman Negara Kukup dan ke kelong, Puan Raja
Faudzah memaklumkan bahawa pihak Jabatan Laut tidak ada menetapkan
sebarang penjadualan kepada setiap pengusaha memandangkan syarikat
yang menjalankan operasi mereka sebenarnya lebih kepada syarikat
persendirian dan syarikat keluarga dan aktivit membawa penumpang
adalah satu sumber pendapatan kepada pengusaha yang terlibat. Selain
daripada itu aktiviti membawa penumpang adalah di dalam peraiaran
Malaysia dan destinasi ditujui adalah begitu dekat, namun pihak Jabatn
Laut Malaysia masih bertanggungjawab di dalam membuat pemantauan
75
dan penguatkuasaan terutamanya berkenaan aspek-aspek keselamatan
bagi operasi perkhidmatan bot-bot tersebut.
Berdasarkan temubual dengan penhusaha perkhidmatan feri, iaitu
Encik Ah Siong menyatakan pihaknya bersetuju sepenuhnya pembahagian
penjaduallan yang telah dipersetujui dan disepakati oleh kesemua pihak
yang terlibat terutamanya para pengusaha perkhidmatan feri termasuk
syarikat beliau dengan penjadualan yang seimbang kepada kesemua
syarikat yang terlibat setiap hari, mereka sebenarnya dapat menjalankan
perkhidmatan dengan baik dan lancar disamping keingina untuk mendapat
keuntungan daripada perkhidmatan yang mereka berikan. Dengan yang
demikain menurut beliau ia sebenarnya memudahkan semua pihak
termasuk pihak Jabatan Laut Malaysia, dapat mengetahui jadual perjalanan
setiap feri dan membuat aktiviti penguatkuasaan dengan lebih lancar.
Sementara temubual dengan pegawai penguatkuasa Jabatan Laut di
Jeti Kukup iaitu Encik Zakaria pula, beliau berpendapat bahawa selain
operasi pemantauan dan penguatkuasaan daripada Jabatan Laut Malaysia
yang dijalankan oleh beliau dan beberapa rakan yang lain, sebenarnya ia
adalah bagi memberikan ruang kepada setiap pengusaha untuk membuat
baikpulih feri yang „direhatkan‟, dimana seperti jadual yang dipersetujui
sebenarnya hanya 2 feri sahaja bagi setiap syarikat yang akan menjalankan
operasi perkhidmatan membawa penumpang untuk ke destinasi yang tepah
ditetapkan, sebuah feri adalah untuk „standby‟ perjalanan jika terdapat
sebarang masalah seperti bot yang beroperasi ditahan perjalanan ataupun
berlaku sebarang kerosakan bot. maka feri tersebut akan digunakan
sebagai feri gentian disamping memudahkan pemantauan feri disebabkan
pegawai Jabatan Laut telah dapat mengenalpasti waktu dan feri yang akan
beroperasi pada jadual yang telah dilampirkan kepada mereka.
3.7.1.7 TEMA 7: Muatan Penumpang Yang Dibenarkan Bagi Setiap Feri
Berdasarkan temubual dengan responden kedua iaitu Puan Raja
Faudzah, beliau memaklumkan bahawa pihak Jabatan Laut memandang
serius berkenaan dengan muatan penumpang bagi setiap feri yang
menjalankan olerasi mereka khususnya dari Jeti Kukup ini kerana ia
76
adalah salah satu aspek yang ditekankan di dalam senaraisemak yang
diperiksa oleh para pegawai beliau yang bertugas membuat pemantauan
harian bagi setiap feri sebelum ianya boleh dibenarkan menjalankan
operasinya. Dan sebenarnya ianya termaktuk di dalam perundangan
pengangkutan laut Malaysia iaitu Ordinan Perkapalan Malaysia 1952, yang
ada menetapkan spesifikasi sesebuah kapal, feri atau bot dan sumpamanya
perlu mempunyai kapasiti maksimum berdasarkan saiz dan besar sesebuah
bot tersebut.
Bagi perkhidmatan feri yang beroperasi dari Jeti Kukup ini, Puan
Raja Faudzah memaklumkan bahawa bilangan maksimum yang boleh
dimuatkan berdasarkan saiz feri yang beroperasi di situ, ini kerana ketiga-
tiga syarikat feri mempunyai saiz panjang dan kelebaran yang tidak sama,
salah sebuah syarikat iaitu syarikat feri 100 percent Ferry mempunyai saiz
feri yang paling panjang iaitu 70 kaki dan anggaran muatan maksimum
penumpang feri tersebut adalah 200 orang penumpang. Tetapi pada
kebiasaannya pihak Jabatan Laut Malaysia menetapkan bilangan
maksimum penumpang feri adalah seramai 150 orang sahaja bagi kesemua
feri kerana mengambil kira aspek keselamatan dan keselesaaan penumpang
serta muatan barangan yang dibawa oleh para penumpang ke dalam
sesebuah feri.
Bagi perkhidmatan bot yang menjalankan operasi mereka seperti
syarikat Encik Apollo dan syarikat bot Hiking iaitu bagi perjalanan
membawa para penumpang untuk ke Taman Negara Kukup dan ke Kelong
Ikan yang memakan masa yang singkat, pihak Jabatan Laut Malaysia tidak
menyarankan bilangan yang paling maksimum boleh di bawa oleh setiap
pengusaha bot berkenaan, ini kerana pihak Jabatan Laut mengambilkira
aspek jenis bot yang beroperasi iaitu bot nelayan yang dimodifikasikan
dengan pengubahsuaian kepada tempat duduk penumpang, pihak Jabatan
Laut menetapkan bilangan penumpang maksimum boleh dibawa adalah
seramai 30 orang sahaja. Namun beliau maklum pada kebiasaannya para
pengusaha ini tidak membawa bilangan yang maksimum kerana tidak
menunggu lama penumpang untuk penuh dan akan membawa terus
penumpang yang ada disebabkan destinasi lawatan adalah begitu dekat
iaitu kira-kira 5 minit perjalanan.
77
3.7.1.8 TEMA 8: Hubungan Yang Baik Antara Pihak-Pihak Yang Terlibat
Menurut responden kedua iaitu Puan Raja Faudzah, beliau
menyatakan bahawa kolaberasi yang baik dan kerjasama erat telah berjalan
diantara pihak Jabatan Laut Malaysia yang bertempat di Jeti Kukup ini
dengan bebarapa organisasi penguatkuasaan yang lain seperti pihak
Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan,
pihak Polis dan Bomba serta beberapa agensi lain yang turut terlibat di
dalam penguatkuasaan aktiviti yang berkaitan dengan pemeriksaan para
penumpang, bagasi penumpang, passport, dan aspek keselamatan yang
disediakan bermula dari jeti sehinggalah ke dalam sesebuah feri. Bagi pihak
Jabatan laut Malaysia khususnya di Jeti Kukup tersebut bertanggungjawab
didalam memastikan aspek keselamatan telah disediakan oleh pihak
pengusaha perkhidmatan feri kepada para penumpang mereka sebelum
sesuatu perjalanan akan dibuat iaitu dengan membuat pemantauan secara
rutin harian.
Bagi pemantauan semasa perjalanan sesebuah feri ke destiansi
seperti ke Tanjung Balai, Indonesia pihak Jabatan Laut Malaysia
sebenarnya tidak terlibat secara langsung dimana bagi pemantauan ia
sebenarnya akan diambil alih dan akan dipantau oleh pihak lain seperti
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan juga pihak Angkatan
Tentera Laut Malaysia yang akan menjalankan pemantauan secara sistem
pengesanan radar „eye system‟ yang akan dapat mengesan sebarang
pergerakan setiap aktiviti kapal, feri ataupun bot-bot kecil yang berada di
perairan antarabangsa. Dengan yang demikian pihak mereka akan dapat
mengesan pergerakan setiap pengangkutan laut ini dengan berkesan. Selain
itu terdapat juga pemantauan secara terus pegawai APMM ataupun Tentera
Laut Malaysia dengan menggunakan feri atau bot peronda bagi mengesan
sebarang pergerakan feri atau bot yang mencurigakan ataupun melakukan
kesalahan serta membantu jika berlaku sebarang kemalangan semasa di
perairan antarabangsa.
Pendapat responden pertama ini dipersetujui oleh responden
pertama dan ketiga iaitu Encik Fakhrul Anwar dan Encik Zakaria yang
menyatakan bahawa hubungan pegawai penguatkuasa Jabatan Laut
Malaysia di seluruh Malaysia dan khususnya yang di tempatkan di Jeti
78
Kukup amat baik dengan pegawai penguatkuasaan dari jabatan-jabatan lain
yang terlibat. Begitu juga dengan penguatkuasaan semasa perjalanan
sesebuah feri yang melalui jalan perairan antarabangsa Selat Melaka, pihak
Angkatan Laut Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah
banyak membantu memantau secara terus pergerakan setiap feri untuk ke
Indonesia.
Bagi pengusaha syarikat perkhidmatan feri penumpang iaitu Encik
Thomas, bersetuju menyatakan bahawa pentingnya jalinan perhubungan
yang baik dijalankan antara sesama pengusaha perkhidmatan feri yang lain
agar tidak berlaku persaingan yang kurang sihat di dalam perniagaan.
Contoh yang jelas dapat dilihat daripada persefahaman di dalam
pengurusan jadual perjalanan harian setiap feri daripada ketiga-tiga
syarikat, dimana telah ditetapkan pergerakan secara penggiliran setiap feri
dari setiap pengusaha perkhidmatan feri yang terlibat, dengan ini setiap
pengusaha akan dapat sekurang-kurangnya 3 kali perjalanan di dalam
sehari.
Selain itu menurut responden ini lagi, ketiga-tiga pengusaha
perkhidmatan feri di Jeti Kukup ini termasuk beliau sendiri mempunyai
perhubungan yang baik dengan pihak penguatkuasaan yang terlibat
khususnya dengan pihak Jabatan Laut Malaysia dengan memberikan
kerjasama yang dikehendaki oleh mereka seperti menjalankan operasi
perkhidmatan feri seperti jadual yang telah ditetapkan, menyediakan segala
peralatan terutamanya penyediaan peralatan keselamatan yang sepatutnya
seperti terdapat di dalam senarai semak pemantauan yang dijalankan oleh
para kakitangan penguatkuasaan Jabatan Laut Malaysia. Dengan
kerjasama yang baik ini akan memudahkan lagi kelancaran perjalanan
setiap feri yang beroperasi disamping memudahkan juga aktiviti
pemantauan yang dijalankan oleh kakitangan Jabatan Laut itu sendiri.
Sementara itu pula, bagi pengusaha perkhidmatan bot iaitu Encik
Apollo pula, hubungan yang baik berjalan diantara pengusaha
perkhidmatan membawa penumpang dari syarikat Hiking yang sering
membantu antara sesama sendiri seperti memberikan penumpang kepada
syarikat lain jika sekiranya perjalanan bot mereka telah penuh. Bagi
hubungan dengan pihak penguatkuasaan pula, hanya terdapat
79
perhubungan yang erat diantara mereka dengan pihak penguatkuasa
Jabatan Laut Malaysia yang membuat pemantauan aspek keselamatan bot
sebelum mereka dibenarkan menjalankan perkhidmatan membawa
penumpang ke Taman Negara Kukup ataupun ke Kelong Sangkar Ikan.
tetapi Encik Apollo menyatakan bahawa aktiviti pemantauan tidak begitu
ketat dialankan oleh pihak Jabatan Laut disebabkan perjalanan
perkhidmatan bot beliau adalah untuk ke destinasi perairan dalam negara
dan pada jarak yang amat dekat.
Rajah 3.1: Tema Penemuan Berhubung Tahap Keselamatan Perkhidmatan
Feri yang beroperasi dari Jeti Kukup dan Langkah-Langkah yang perlu
diambil oleh pihak-pihak yang terlibat dengannya.
TEMA 1 TEMA 2
TEMA 3 TEMA 4
TEMA5 TEMA 6
TEMA 7 TEMA 8
Sumber: Olahan Pengkaji
AKTIVITI
PENGUATKUASAAN DAN
PEMERIKSAAN HARIAN
PENYELENGGARAAN BERJADUAL
FERI ATAU BOT
HUBUNGAN YANG BAIK ANTARA
PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT
CIRI-CIRI KESELAMATAN YANG
PERLU DISEDIAKAN DI DALAM
SESEBUAH FERI ATAU BOT
PENYEDIAAN KAKITANGAN
YANG TERLATIH DAN
BERKELAYAKAN
PERANAN DAN
TANGGUNGJAWAB SETIAP
ORGANISASI TERLIBAT
TAHAP KESELAMATAN PERKHIDMATAN FERI YANG
BEROPERASI DARI JETI KUKUP DAN LANGKAH-LANGKAH
YANG PERLU DI AMBIL OLEH PIHAK-PIHAK YANG
TERLIBAT DENGANNYA
KEKERAPAN PERJALANAN
OPERASI PERKHIDMATAN FERI
ATAU BOT
MUATAN PENUMPANG YANG
DIBENARKAN
80
3.7.2 Rumusan Tahap Keselamatan Perkhidmatan Feri Dan Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Organisasi Terlibat Menurut Pemerhatian
Pengkaji
Berdasarkan penelitian dan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji semasa
menjalankan kajian di lokasi iaitu di Jeti Kukup, pengkaji telah merumuskan
hasil penemuan kajian berkenaan dengan tahap keselamatan perkhidmatan feri
dan bot serta langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak yang terlibat
adalah seperti yang dimaklumkan pada jadual 3.2.
Menurut pengkaji, setiap pihak yang terlibat secara langsung dengan
aktiviti perkhidmatan feri penumpang mempunyai tanggungjawab dan peranan
masing-masing. Namun hasil daripada pemerhatian pengkaji, pihak
penguatkuasaan iaitu Jabatan Laut Malaysia serta pembuat bot yang
menjalankan peranan mereka dengan memuaskan. Pihak-pihak lain seperti
pengusaha perkhidmatan feri bagi laluan antarabangsa dan kakitangan mereka
memberikan perkhidmatan yang masih boleh dipertingkatkan, bagi pengusaha
perkhidmatan bot untuk ke Pulau Kukup perlulah memberikan tumpuan yang
lebih baik dan bertanggungjawab terhadap soal keselamatan para penumpang
yang dilihat tidak begitu dipentingkan menurut pengkaji.
Bagi pihak yang menjalankan operasi mereka dengan memuaskan
menurut pengkaji adalah pihak Jabatan Laut Malaysia dan pembuat bot. Pihak
Jabatan Laut menjalankan operasi penguatkuasaan mereka dengan lancar
dengan berlandaskan undang-undang maritim yang sepatutnya iaitu akta
pengangkutan laut Malaysia 1952, tetapi dari segi pelaksanaannya perlu ada
banya lagi penambahbaikan. Pihak pembuat bot pula iaitu syarikat „Boat
Explorer‟ juga membuat serta membina bot yang ditempah oleh para pelanggan
berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan di dalam perundangan Malaysia
disamping menerima pakai cadangan daripada para pelanggan.
Namun demikian pengkaji berpendapat dari aspek penguatkuasaan
keselamatan yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Laut Malaysia
iaitu berkenaan dengan pemeriksaan harian sesebuah feri adalah masih pada
tahap tidak memuaskan. Ini dibuktikan dengan pemerhatian pengkaji semasa
kajian berjalan operasi pemeriksaan harian tidak dijalankan dengan sempurna
seperti pegawai terlibat tidak membawa senaraisemak untuk memeriksa feri yang
akan beroperasi semasa proses pemerhatian dijalankan. Pengkaji juga mendapati
81
tiada sebarang pemeriksaan dijalankan semasa pemerhatian dijalankan dilokasi
bot membawa penumpang ke Pulau Kukup.
Bagi ciri-ciri keselamatan di dalam sesebuah perkhidmatan feri atau bot
membawa penumpang serta proses penyelenggaraan sesebuah feri itu dilihat
masih berada pada tahan yang sederhana bagi pengusaha perkhidmatan feri ke
laluan antarabangsa kerana terdapat ciri-ciri keselamatan yang dititikberatkan
tetapi ianya perlu diselenggarakan ataupun digantikan dengan komponen serta
alatan yang baru. Pengkaji merasa amat tidak nerpuashati kerana mendapati
pihak pengusaha perkhidmatan bot membawa penumpang ke Pulau Kukup tidak
langsung menitikberatkan soal keselamatan kepada penumpang seperti tidak ada
sebarang maklumat keselamatan dimaklumkan semasa pengkaji berada diatas
salah sebuah bot yang terlibat serta tidak ada sebarang peralatan keselamatan
kecuali jaket keselamatan dan itupun tidak dimaklumkan kepada para
penumpang untuk memakainya.
Dari aspek penyediaan kakitangan yang terlatih dan berkelayakan pula,
pengkaji dapat merumuskan bahawa daripada penemuan kajian yang dijalankan,
pembuat bot iaitu syarikat „Boat Explorer‟ begitu menitikberatkan soal pemilihan
pekerja iaitu mereka yang mahir di dalam proses membuat bot serta
penyelenggaraannya disamping pengusahanya sendiri iaitu Encik Mike Thein
yang amat berpengalaman di dalam aktiviti pembuatan bot. Seterusnya bagi
pihak penguatkuasa Jabatan Laut Malaysia, yang ditempatkan di Jeti Kukup
adalah terdiri daripada individu yang berpengalaman di dalam aspek
penguatkuasaan, Cuma disebabkan bilangan kakitangan di lokasi tersebut yang
kurang dan tidak mencukupi, operasi penguatkuasaan tidak dapat dijalankan
dengan lebih sempurna oleh pihak Jabatan Laut terutamanya bagi perjalanan di
perairan tempatan.
Bagi pengusaha perkhidmatan feri penumpang ke destinasi antarabangsa
pula, pengkaji merumuskan bahawa kakitangan mereka adalah terdiri daripada
individu yang mahir dan berkelayakkan bagi sesebuah feri yang beroperasi, tetapi
pengkaji mendapati bahawa tidak ramai kakitangan daripada orang tempatan
kerana kebanyakkan mereka adalah warga Indonesia.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji berkenaan aspek muatan penumpang
dan kekerapan perjalanan sesebuah feri atau bot yang beroperasi bagi laluan
82
antarabangsa dan tempatan adalah berada pada tahap memuaskan bagi
perkhidmatan feri membawa penumpang ke Jeti Tanjung Balai, Indonesia kerana
ianya dijalankan berdasarkan jadual perjalanan yang telah ditetapkan dan
dipersetujui oleh pengusaha-pengusaha syarikat feri bagi laluai antarabangsa
tersebut dan ianya berjalan lancar dan mengikut jadual, selain bilangan muatan
penumpang yang tidak melebihi had ditetapkan oleh pihak Jabatan Laut
Malaysia iaitu bilangan maksimum seramai 150 orang.
Bagi perkhidmatan bot ke Pulau Kukup dan ke Kelong Ikan ia berada
pada tahap sederhana menurut pengkaji kerana perjalanan diuruskan mengikut
penjadualan oleh pengusaha itu sendiri dan mereka akan hanya menjalankan
operasi apabila penumpang datang membuat tempahan ataupun membayar tiket
di kaunter mereka. Bagi bilangan penumpang maksimum sebenarnya syarikat
yang beroperasi membawa penumpang agak berlebihan dari bilangan yang
ditetapkan iaitu hanya 30 orang bagi satu-satu perjalanan, tetapi semasa
perjalanan yang diikuti oleh pengkaji muatan agak berlebihan dan mencapai
sehingga 42 penumpang.
Akhirnya secara keseluruhan, dari aspek perhubungan baik pihak-pihak
yang terlibat dengan operasi perkhidmatan feri dan bot di Jeti Kukup ini berada
pada tahap memuaskan dimana berlaku perhubungan baik diantara pihak
penguatkuasa Jabatan Laut Malaysia dengan beberapa organisasi
penguatkuasaan lain di dalam melicinkan lagi proses pemantauan keselamatan
sesebuah feri yang beroperasi di Jeti Kukup seperti pihak Imigresen, Polis,
Bomba, Jabatan Kesihatan dan lain-lain. Pihak Jabatan Laut juga mempunyai
kolaborasi yang baik dengan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) dan pihak Tentera Laut Malaysia bagi operasi pemantauan perjalanan
sesebuah feri ke laluan antarabangsa.
Hubungan yang baik juga dilihat berjalan diantara pengusaha dan
kakitangan mereka dengan pegawai penguatkuasaan yang bertugas di Jeti
Kukup. Selain itu perhubungan yang baik dilihat dijalankan oleh pihak pembuat
bot dengan pelanggan mereka samada pelanggan antarabangsa maupun
pelanggan tempatan yang datang membuat tempahan ataupun
menyelenggarakan bot mereka, ia berdasarkan pengalaman pengkaji yang melihat
layanan Encik Mike kepada pelanggannya yang datang bagi tujuan
meyelenggarakan botnya terus melalui jalan laut.
83
Jadual 3.2 : Matrik Rumusan Tahap Keselamatan Perkhidmatan Feri Dan
Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh Organisasi Terlibat Menurut Pemerhatian Pengkaji
PETUNJUK:
ARAS TAHAP KESELAMATAN
(1) – AMAT LEMAH
(2) – TIDAK MEMUASKAN
(3) – SEDERHANA
(4) – MEMUASKAN
(5) - CEMERLANG
BIL INDIKATOR-INDIKATOR KUMPULAN RESPONDEN
A B C D E 1. Peranan dan tanggungjawab setiap organisasi
terlibat. (3) (3) (1) (4) (4)
2. Aktiviti Penguatkuasaan dan pemeriksaan harian
(3)
3. Ciri-ciri Keselamatan yang perlu disediakan di dalam sesebuah feri atau bot
(3) (1)
4. Penyelenggaraan feri atau bot (4) (1)
5. Penyediaan kakitangan yang terlatih dan berkelayakan
(3) (4) (1) (4) (5)
6. Kekerapan perjalanan operasi perkhidmatan feri atau bot
(4) (3)
7. Muatan penumpang yang dibenarkan bagi setiap feri
(3) (2)
8. Hubungan yang baik di antara pihak-pihak terlibat
(4) (4) (2) (4) (5)
A - PENGUSAHA PERKHIDMATAN FERI
ANTARABANGSA
B - KAKITANGAN PERKHIDMATAN FERI
ANTARABANGSA
C - PENGUSAHA PERKHIDMATAN BOT TEMPATAN
D - JABATAN LAUT MALAYSIA
E - PEMBUAT BOT “BOAT EXPLORER‟
KUMPULAN RESPONDEN-RESPONDEN
84
3.7.3 Analisis Berhubung Spesifikasi Bot Penumpang Yang Beroperasi Dari
Jeti Kukup Berdasarkan Standard Piawaian Yang Telah Ditetapkan Di
Dalam Perundangan Malaysia
3.7.3.1 TEMA 1: Jenis–Jenis Bot Yang Digunakan Dan Kemudahan-
Kemudahan Yang Disediakan Pada Sesebuah Feri Atau Bot
Penumpang
Berdasarkan temubual dengan responden pertama, beliau
memaklumkan bahawa pihak Jabatan Laut Malaysia tidak menetapkan
penggunaan bot daripada jenis-jenis bahan tertentu seperti fibre glass,
pengusaha boleh menggunakan bot yang diperbuat oleh bahan seperti
aluminium, besi ataupun kayu. Di seluruh Malaysia penggunaan feri atau
bot yang diperbuat daripada bahan gentian fibre ini digunakan oleh para
pengusaha perkhidmatan feri penumpang termasuklah di Jeti Kukup.
Menurut beliau lagi, penggunaan bahan untuk badan feri daripada
gentian fibre adalah amat sesuai bagi kegunaan bot atau feri untuk
membawa penumpang selain kos penyelenggaraan dan baikpulihnya yang
rendah.
Pendapat beliau disokong oleh responden kedua iaitu Puan Raja
Faudzah dan responden ketiga iaitu Encik Zakaria tentang kegunaan fibre
glass sebagai bahan sesuai digunakan oleh sesebuah feri penumpang
selain saiz fizikal sesebuah feri seperti saiz kelebaran (maksimum 25
kaki), panjang (maksimum 70 kaki) dan tinggi (maksimum 20 kaki)
sesebuah feri yang beroperasi dengan penyediaan kemudahan dan
peralatan yang lengkap seperti tempat duduk penumpang yang selesa,
bahagian meletak bagasi yang sesuai, mempunyai penghawa dingin dan
peralatan keselamatan yang mencukupi dan berfungsi dengan seperti
jaket keselamatan, alat pemadam api, „boatcraft‟, pelampung keselamatan
dan banyak lagi.
Bagi responden ke 4 iaitu Encik Ah Siong, beliau memaklumkan
sebagai salah seorang pengusaha syarikat perkhidmatan feri membawa
penumpang ini, beliau telah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh
kerajaan Malaysia dengan menyediakan feri-feri yang mempunyai saiz
85
fizikal dan kelengkapan sepetimana spesifikasi yang ditetapkan tersebut.
Menurutnya lagi kesemua feri syarikat beliau ditempah dengan syarikat
pembuat feri tempatan yang sememangnya menepati ciri-ciri yang
dibenarkan seperti diperbuat daripada bahan fibre glass, saiz panjang feri
yang berukuran 70 kaki panjang serta berkelebaran 25 kaki serta
mempunyai bentuk yang aerodinamik. Kelengkapan setiap feri syarikat
beliau diperlengkapkan dengan bahagian meletak barangan yang luas,
berpenghawa dingin, mempunyai laluan pergerakan penumpang yang
selesa, peralatan navigasi seperti radar dan alat telekomunikasi radio
VHF, serta peralatan keselamatan seperti jaket keselamatan yang
mencukupi, alat pemadam api, „liferaft‟, laluan dan pintu kecemasan serta
maklumat pelan keselamatan yang mudah difahami.
Bagi pengusaha perkhidmatan feri iaitu Encik Thomas pula
menyatakan beliau amat mementingkan aspek keselamatan dan
keselesaan para penumpang yang mendapatkan perkhidmatan syarikat
ferinya. Oleh yang demikian pemilihan feri yang berbentuk aerodinamik
dan diperbuat daripada bahan fibre glass adalah pilihan terbaik bagi
memenuhi hasratnya itu, dimana keadaan didalam ferinya yang diperbuat
daripada bahan gentian fibre berkualiti tinggi memberikan keselesaan
yang maksimum kepada setiap penumpang selain penyediaan kemudahan
dan kelengkapan di dalamnya seperti tempat duduk penumpang daripada
kerusi berkualiti tinggi dan boleh dilaras, mempunyai penghawa dingin
yang sentiasa diselenggara, ruang menyimpan barang-barang dan bagasi
yang luas serta peralatan keselamatan yang cukup dan boleh berfungsi
seperti alat pemadam api dan jaket keselamatan. Saiz ukuran setiap feri
beliau yang beroperasi adalah berukuran panjang diantara 50 kaki dan
lebar 20 kaki dan muatan maksimum penumpang adalah seramai 150 ke
200 orang.
Manakala bagi pengusaha syarikat bot pelancong ke Taman Negara
Kukup pula memaklumkan bahawa perkhidmatan mereka dijalankan
dengan menggunakan jenis bot kayu nelayan yang telah diubahsuaikan
kepada membawa muatan penumpang, menurut beliau lagi kebiasaannya
muatan penduduk maksimum bagi satu-satu perjalanan adalah 30
sehingga 40 orang penumpang. Dari segi kemudahan tidak banyak
disediakan oleh pihak syarikat beliau disebabkan kerana perjalanan
86
adalah singkat iaitu memakan hanya 5 minit perjalanan. Dari segi
keselamatan pihaknya menyediakan jaket keselamatan untuk dipakai oleh
penumpang semasa perjalanan mereka.
Menurut pendapat Encik Mike Thein pula, sebagai seorang
pengusaha dan pembuat bot yang mahir dan berpengalaman, terdapat
beberapa bahan yang sesuai boleh digunakan sebagai komponen badan
ataupun fizikal sesebuah feri atau bot iaitu daripada besi, aluminium,
kayu dan gentian fibre. Daripada keempat-empat bahan tadi beliau
menyarankan agar menggunakan bahan fibre berkualiti tinggi sebagai
komponen asas pembuatan badan sesebuah feri atau bot bagi
perkhidmatan feri membawa penumpang, bot persendirian dan keluarga,
bot nelayan dan untuk kegunaan memancing laut dalam.
Oleh yang demikian beliau berpendapat perkhidmatan feri di Jeti
Kukup menggunakan feri penumpang yang sesuai untuk membawa
penumpang mereka ke destinasi antarabangsa, manakala bagi
perkhidmatan bot untuk ke Taman Negara Kukup, penggunaan bot
penumpang daripada kayu masih sesuai namun begitu pada masa akan
datang sebagai jaminan kepada penumpang sebaik-baiknya digunakan
bot daripada gentian fibre selain menitikberatkan ciri-ciri yang
bersesuaian dengan bot yang dibina seperti rekabentuk badan bot, kuasa
enjin yang digunakan, kapasiti dan daya apungan bot serta peralatan
keselamatan yang disediakan di dalam bot tersebut.
3.7.3.2 TEMA 2: Undang – Undang Dan Piawaian Yang Ditetapkan Bagi
Perkhidmatan Feri Atau Bot Penumpang
Menurut responden pertama, iaitu Encik Fakhrul Anwar beliau
memaklumkan bahawa pihak Jabatan Laut Malaysia di seluruh negara
sememangnya menggunapakai piawaian tertentu di dalam perundangan
Malaysia yang telah ditetapkan iaitu Ordinan Perkapalan Malaysia tahun
1952 bagi memudahkan pengurusan berkenaan dengan proses pendaftaran
semua jenis pengangkutan laut seperti kapal pengangkutan barangan, bot
nelayan, persendirian, perkhidmatan bot atau feri membawa penumpang,
proses pengakreditasian bagi sesebuah kapal, bot atau feri, pengurusan
87
kapal, dan kawalan maritim dan trafik. Menurut beliau lagi, ordinan yang
digunapakai tersebut telah banyak berlaku perubahan dan telah di
„upgrade‟ dari masa ke semasa mengikut kesesuaian dan bagi
mengenaplpasti berkenaan aspek keselamatan berkaitan perkhidmatan bot
atau feri membawa penumpang pula, pihak Jabatan Laut Malaysia
menjalankan operasinya berdasarkan kepada Kod Keselamatan
Antarabangsa yang telah ditetapkan oleh pihak Organisasi Maritim
Antarabangsa.
Manakala menurut Encik Mike Thein pula, pihak syarikatnya
menggunapakai standard piawaian yang telah ditetapkan oleh kerajaan
Malaysia iaitu Ordinan Perkapalan Malaysia tahun 1952 kerana segala
aspek berkenaan dengan spesifikasi sesebuah bot diperbincangkan dengan
terperinci di dalam ordinan tersebut dan dipecahkan kepada bahagian-
bahagian yang lebih khusus seperti bahagian perlesenan dan pendaftaran
bot, bahagian khusus memperincikan berkenaan bot penumpang dan
bahagian keselamatan penumpang. Namun yang demikian pihak beliau juga
ada mendapatkan maklumat daripada piawaian antarabangsa yang
dibenarkan oleh kerajaan Malaysia bagi pembuat bot iaitu „safety standard
of boat building‟, US Department of Transportation sebagai platform kepada
syarikat beliau di dalam pembuatan sesebuah bot yang ditempah oleh para
pelanggannya.
3.7.3.3 TEMA 3: Pemeriksaan Berkala Atau Berjadual
Menurut responden pertama iaitu Encik Fakhrul Anwar, beliau
menjelaskan dengan terperinci tentang apakah yang dikatakan sebagai
pemeriksaan berkala ataupun pemeriksaan berjadual iaitu pemeriksaan
yang dijalankan terhadap setiap pengangkutan laut termasuk juga
perkhidmatan feri penumpang dimana pihak Jabatan laut Malaysia akan
memberikan notis pemberitahuan kepada pihak terlibat agar dapat
membuat persediaan yang sebaiknya apabila prosedur asas penilaian
dijalankan. Menurutnya lagi pihak Jabatan Laut Malaysia akan
mendapatkan khidmat beberapa pihak yang dilantik oleh kerajaan Malaysia
yang bertindak sebagai badan penilai bersama-sama dengan para jurutera
Jabatan Laut Malaysia bagi membuat pemeriksaan terhadap aspek-aspek
88
fizikal sesebuah feri atau bot seperti ketahanan badan bot, pemeriksaan
enjin dan jadual penyelenggaraannya, kemudahan yang disediakan di dalam
setiap bot atau feri, peralatan keselamatan dan maklumat keselamatan yang
dipaparkan dan lain-lain lagi.
Antara badan-badan penilai yang telah dikenalpasti dan dilantik oleh
kerajaan Malaysia adalah seperti Ship Classification (M0 Sdn Bhd, Lloyd
Register of Shipping Sdn Bhd, American Shipping Bureau dan beberapa
organisasi lain. Pada kebiasaannya pihak Jabatan Laut Malaysia bersama
kolaborasi dengan badan–badan yang dilantik tadi akan menjalankan
pemeriksaan secara berjadual yang telah ditetapkan sekurang-kurangnya 2
kali setahun atau setiap 6 bulan, ataupun boleh dijalankan pemeriksaan
sebanyak 4 kali di dalam setahun ataupun setiap 3 bulan. Tempoh yang
ditetapkan tersebut berdasarkan tempoh tertentu perlu dijalankan bagi
setiap jenis penilaian ataupun ia berdasarkan rekod prestasi pemeriksaan
yang lalu dijalankan bagi satu-satu jenis pemeriksaan. Pendapat beliau
disokong penuh oleh responden kedua iaitu Puan Raja Faudzah.
Bagi pengusaha perkhidmatan feri penumpang pula memaklumkan
mereka sebenarnya menjalankan pemeriksaan secara berkala ataupun
berjadual kerana pihak syarikat sememangnya mempunyai tenaga kerja
yang berkepakaran di dalam membuat penyelenggaraan terutamanya
dibahagian enjin sesebuah feri. Mereka ataupun dikenali sebagai „engine
man‟ mempunyai tugas menyelenggara dan memeriksa bahagian enjin
secara berjadual dan pemeriksaan sepanjang masa ketika feri sedang
beroperasi membawa penumpangnya.
3.7.3.4 TEMA 4: Badan–Badan Penilaian Dan Akreditasi Yang Dilantik
Menurut responden pertama, memberitahu bahawa kerajaan
Malaysia telah melantik beberapa organisasi sekuriti bagi menjalankan
proses pengauditan kapal bagi maksud pengeluaran sijil „International Ship
Security Certificate‟ (ISSC), „Ship Management Certification (SMC)‟ dan
„International Management Code‟ bagi pihak Jabatan Laut Malaysia
khususnya dan Kerajaan Malaysia secara umumnya. Organisasi-organisasi
yang dipilih ini akan menjalankan tugas pemantauan serta pemeriksaan
89
bersama-sama dengan Jurutera Jabatan Laut Malaysia yang bertugas
terutamanya seperti meluluskan spesifikasi bagi sesebuah bot atau feri yang
baru dibina, membuat penilaian dan pemeriksaan terhadap fizikal sesebuah
bot atau feri secara pemeriksaan berjadual terhadap aspek-aspek seperti
ketahanan badan bot, pemeriksaan enjin dan jadual penyelenggaraannya,
kemudahan yang disediakan di dalam setiap bot atau feri, peralatan
keselamatan dan maklumat keselamatan yang dipaparkan dan perkara-
perkara yang berkaitan.
Menurut beliau pemeriksaan yang dijalankan oleh para Jurutera
Jabatan Laut Malaysia dengan kerjasama daripada badan-badan yang
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia ini adalah mengikut jadual yang ditetapkan
seperti 4 kali setahun, 3 kali setahun ataupun sekurang-kurangnya 2 kali
dalam setahun. Diantara badan-badan yang terlibat itu adalah seperti Ship
Classification (M) Sdn Bhd, Det Norske Veritas (M) Sdn Bhd, American Bureau
of Shipping (M) Sdn Bhd, Llyods Register of Shipping (M) Sdn Bhd, Bureau
Veritas (M) Sdn Bhd, Korean Register of Shipping dan Nippon Kaiji Kyokai (M)
Bhd.
90
Rajah 3.2: Tema Penemuan Berhubung Spesifikasi Feri atau Bot Penumpang
yang beroperasi dari Jeti Kukup berdasarkan Standard Piawaian yang telah
ditetapkan di dalam perundangan Malaysia
TEMA 1 TEMA 2
TEMA 3 TEMA 4
Sumber: Olahan Pengkaji
3.7.4 Rumusan Berhubung Dengan Spesifikasi Perkhidmatan Feri Atau Bot
Penumpang Yang Beroperasi Di Jeti Kukup Menurut Pemerhatian
Pengkaji
Berdasarkan penelitian dan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji
semasa menjalankan kajian di lokasi iaitu di Jeti Kukup, pengkaji juga dapat
merumuskan hasil penemuan kajian berkenaan dengan spesifikasi perkhidmatan
feri dan bot samada ianya menepati piawaian yang di tetapkan di dalam
JENIS – JENIS BOT YANG
DIGUNAKAN DAN
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN
YANG DISEDIAKAN
UNDANG – UNDANG DAN
PIAWAIAN YANG DITETAPKAN
BAGI PERKHIDMATAN FERI
ATAU BOT PENUMPANG
PEMERIKSAAN BERKALA
ATAU BERJADUAL
SPESIFIKASI BOT PENUMPANG YANG BEROPERASI
DARI JETI KUKUP BERDASARKAN STANDARD
PIAWAIAN YANG TELAH DITETAPKAN DI DALAM
PERUNDANGAN MALAYSIA
BADAN – BADAN PENILAIAN
DAN AKREDITASI YANG
DILANTIK
91
perundangan Malaysia ataupun sebaliknya seperti mana rumusan yang telah
dibuat di dalam jadual 3.3
Menurut pengkaji, hasil penemuan yang boleh dibuat setelah sesi
temubual dijalankan dan juga pemerhatian yang mendalam oleh pengkaji di
kawasan kajian, pengkaji dapat merumuskan bahawa jenis-jenis bot dan
kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh perkhidmatan feri bagi laluan
antarabangsa adalah pada tahap 4 ataupun memuaskan pada pendapat pengkaji
kerana ketiga-tiga syarikat perkhidmatan feri yang membawa penumpang bagi
laluan antarabangsa ini mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh
perundangan Malaysia. Cuma didapati terdapat 2 syarikat yang menggunakan
feri yang kurang menepati spesifikasi ditetapkan kerana menempah dengan
pembuat bot dari Indonesia yang agak kecil fizikalnya berbanding bot keluaran
pembuat bot tempatan.
Bagi perkhidmatan bot membawa penumpang ke destinasi tempatan iaitu
ke Taman Negara Kukup dan Kelong Ikan, pengkaji merumuskan bot-bot yang
beroperasi oleh dua syarikat yang terlibat berada pada tahap tang amat tidak
memuaskan kerana pihak pengusaha yang berkenaan hanya menggunakan bot
kayu nelayan yang diubahsuaikan kepada bot penumpang yang kurang
menitikberatkan aspek keselamatan kepada para penumpang dan ianya dilihat
kurang menepati kehendak di dalam perundangan Malaysia.
Pada pandangan pengkaji, pembuat bot dari syarikat “Boat Explorer,
Malaysia” dilihat memberikan perkhidmatan mereka yang amat cemerlang dan
menepati kehendak piawaan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Ini dapat
dibuktikan dengan peninjauan dan pemerhatian serta sesi temubual yang
dijalankan dengan pengarah urusan syarikat tersebut iaitu Encik Mike Thein.
Dimana hasil daripada penelitian pengkaji didapati bahawa bot bot yang dibina
menepati spesifikasi yang ditetapkan di Malaysia dan hasil maklumat temubual
didapati pelanggan syarikat tersebut telah berkembang ke seluruh pelusuk
Malaysia dan juga pelanggan antarabangsa seperti Singapura dan Australia.
Rumusan seterusnya dilihat terhadap aspek pemeriksaan berkala yang
dijalankan oleh pihak yang terlibat khususnya berkenaan dengan operasi
pemeriksaan berkala ataupun berjadual. Disini pengkaji merumuskan operasi
pemeriksaan tersebut dijalankan dengan lancar dan memuaskan oleh para
92
jurutera Jabatan Laut Malaysia diseluruh Malaysia disamping bantuan dan
usahasama dijalankan dengan pihak badan penilai telah dikenalpasti dan
dilantik oleh kerajaan Malaysia seperti Ship Classification (M) Sdn Bhd, Lloyd
Register of Shipping Sdn Bhd, American Shipping Bureau dan beberapa organisasi
lain.
Bagi pengusaha perkhidmatan feri dilihat mereka amat mementingkan
pemeriksaan berjadual yang dijalankan mengikut jadual ditetapkan ataupun
secara harian oleh kakitangan di bahagian enjin sebelum satu-satu perjalanan
feri beroperasi. Dengan adanya kepakaran kakitangan di bahagian enjin ini
pengkaji berpendapat bahawa ianya adalah salah satu daripada aspek yang dapat
membantu keselesaan perjalanan sesebuah feri ataupun mengelak dari berlaku
sebarang kemalangan semasa perkhidmatan sesebuah feri itu berjalan.
Menurut pemerhatian pengkaji terhadap perkidmatan bot membawa
penumpang ke destinasi tempatan seperti ke Pulau Kukup dan ke Sangkar Ikan
pula, pengkaji merumuskan ianya berada pada tahap amat tidak memuaskan
kerana pihak pengusaha terlibat tidak begitu menitikberatkan berkenaan dengan
pemeriksaan berkala yang sepatutnya dijalankan mengikut jadual, kerana hasil
temubual yang dibuat pemeriksaan dijalankan apabila perlu sahaja oleh pihak
pengusaha dan tidak difikirkan memberikan kesan yang besar kerana perjalanan
mereka ke destinasi adalah pada jarak yang dekat.
93
Jadual 3.3 : Matrik Berhubung Dengan Spesifikasi Perkhidmatan Feri Atau Bot Penumpang Yang Beroperasi Di Jeti Kukup Menurut Pemerhatian
Pengkaji
PETUNJUK:
ARAS TAHAP KESELAMATAN
(1) – AMAT LEMAH
(2) – TIDAK MEMUASKAN
(3) – SEDERHANA
(4) – MEMUASKAN
(5) – CEMERLANG
BIL INDIKATOR-INDIKATOR KUMPULAN RESPONDEN
A B C D E
1. Jenis-jenis bot yang digunakan dan
kemudahan-kemudahan yang disediakan
di dalamnya.
(4) (1) (5)
2. Undang-undang dan piawaian yang ditetapkan bagi sesebuah perkhidmatan
feri atau bot.
(3) (1) (4) (5)
3. Pemeriksaan berkala atau berjadual (3) (1) (4)
4. Badan-badan penilai dan akreditasi yang dilantik
(4)
A - PENGUSAHA PERKHIDMATAN FERI
ANTARABANGSA
B - KAKITANGAN PERKHIDMATAN FERI
ANTARABANGSA
C - PENGUSAHA PERKHIDMATAN BOT TEMPATAN
D - JABATAN LAUT MALAYSIA
E - PEMBUAT BOT “BOAT EXPLORER‟
KUMPULAN RESPONDEN-RESPONDEN
94
BAB IV
CADANGAN DAN KESIMPULAN
4.1 Pengenalan
Secara umumnya sspek keselamatan bagi perkhidmatan feri atau bot
membawa penumpang ke mana-mana destinasi ianya beroperasi di Malaysia
adalah sesuatu yang penting dan perlu ditekankan dan menjadi keutamaan oleh
pihak pengusaha perkhidmatan feri yang berkenaan. Ini kerana setiap
penumpang yang mendapatkan perkhidmatan sesebuah feri atau bot berhak
mendapatkan jaminan keselamatan yang tinggi selain keuntungan yang
diinginkan oleh setiap pengusaha perkhidmatan feri atau bot penumpang di
dalam menjalankan operasi perniagaan mereka ini. Oleh yang demikian banyak
isu-isu yang memerlukan penyelesaian seperi kualiti ciri-ciri keselamatan yang
disediakan di dalam sesebuah feri, kualiti kakitangan setiap feri atau bot, aspek
penguatkuasaan daripada pihak yang terlibat, tanggungjawab dan tindakan
setiap penumpang , penetapan spesifikasi bot yang dibenarkan, kemudahan dana
pinjaman kepada pengusaha dan kemudahan-kemudahan infrastruktur lain yang
perlu dititikberatkan.
Pihak-pihak yang terlibat di dalam industri ini secara langsung perlulah
menjalankan perancangan yang memberikan kebaikan kepada semua pihak
berdasarkan perancangan yang teliti, tersusun dan dilaksanakan dengan
jayanya. Ianya juga perlu diuruskan secara komunikasi yang erat dan
professional diantara pihak-pihak yang terlibat. Cadangan-cadangan yang
dikemukakan adalah berdasarkan penilaian daripada analisis maklumat,
pendapat responden berhubung permasalahan yang wujud berkenaan aspek
95
keselamatan perkhidmatan feri di Jeti Kukup serta aspek-aspek lain yang
berkaitan dengannya selain pemerhatian dan penilaian sendiri pengkaji tentang
keperluan-keperluan atau cadangan-cadangan bagi memperkukuhkan lagi ciri-
ciri keselamatan yang boleh diterapkan bagi industri perkhidmatan feri membawa
penumpang yang beroperasi di Jeti Kukup khasnya dan di Malaysia amnya.
Berikut merupakan cadangan-cadangan yang perlu dipertimbangkan dan
boleh dilaksanakan bagi memberi jaminan keselamatan para penumpang dan
kakitangan yang terlibat dengan operasi perkhidmatan membawa penumpang
samada bagi laluan antarabangsa maupun laluan perairan negara.
4.2 Cadangan-Cadangan
4.2.1 Pelaksanaan Aktiviti Penguatkuasaan Oleh Pihak Yang Terlibat
Menurut maklumat daripada pihak Jabatan Laut Malaysia, aspek
penguatkuasaan adala satu makanisma yang amat penting dan salah satu
unsur yang terdapat di dalam motto perkhidmatan iaitu menjalankan
aspek penguatkuasaan dengan cekap dan telus, dan bagi langkah tersebut
pihak Jabatan Laut Malaysia berharap proses tersebut dapat dijalankan
oleh mereka dengan jayanya. Diantara cadangan yang dikemukakan oleh
pihak Jabatan Laut adalah dengan melaksanakan langkah-langkah
seperti berikut iaitu:
i. Memperketatkan aspek penilaian terhadap ciri-ciri
keselamatan bagi sesebuah feri atau bot.
Pihak Jabatan Laut Malaysia khususnya yang berpangkalan di
Wilayah Selatan Malaysia akan memberikan penekanan yang lebih
terperinci terhadap semua perkhidmatan feri atau bot membawa
penumpang untuk ke destinasi pilihan mereka khususnya yang
melibatkan perkhidmatan feri yang beroperasi di Jeti Kukup dengan
memperketatkan aspek pemantauan dan pemeriksaan yang dijalankan
dengan mengenalpasti ciri-ciri keselamatan yang perlu ada pada setiap
feri atau bot yang akan beroperasi. Pemeriksaan harian akan
dijalankan dengan lebih fokus dengan menilai segala aspek
keselamatan yang disediakan samada dari fizikal luaran peralatan
96
tersebut, tempoh penggunaannya, kesesuaian penggunaan, nilai
keselamatan yang tinggi dan banyak aspek penilaian lagi.
Diantara pemeriksaan yang akan diberikan diteliti dan diberikan
tumpuan adalah seperti berikut:
Pemeriksaan sijil pelepasan pelayaran (port clearance‟)
Sijil penumpang dan mengemukakan salinan yang disahkan
Senarai bilangan penumpang yang berdaftar dan senarai bilangan
penumpang yang berada di dalam sesebuah feri
Mematuhi kelayakkan dan bilangan pengemudi dan krew
Kelengkapan peralatan navigasi seperti radar dan radio VHF
Mempunyai cukup bot penyelamat seperti „liferaft‟
Bot mempunyai pelan keselamatan yang lengkap
Menyediakan jaket keselamatan yang mencukupi dan boleh
berfungsi
Membuat tayangan video keselamatan dan beberapa aspek penting
lain
Pihak penguatkuasa Jabatan Laut Malaysia juga akan
memperketatkan jadual pemeriksaan pemeriksaan berkala yang
dijalankan oleh para pegawai jurutera Jabatan Laut Malaysia dengan
menjalankan pemeriksaan secara mengejut tanpa memberikan notis
pemberitahuan awal kepada pihak pengusaha perkhidmatan feri.
Aspek-aspek pemeriksaan adalah seperti memeriksa fizikal badan
sesebuah bot atau feri, memeriksa kekerapan penyelenggaraan enjin
sesebuah feri atau bot maupun memeriksa tempoh tamat penggunaan
peralatan keselamatan yang disediakan oleh pihak pengusaha syarikat
feri seperti tarikh luput penggunaan bagi „liferaft‟ dan banyak lagi.
Pemeriksaan akan dijalankan secara terus oleh para jurutera
Jabatan Laut yang bertauliah maupun pemeriksaan yang akan
dijalankan dengan kerjasana beberapa badan yang telah dilantik oleh
kerajaan iaitu seperti Ship Classification (M) Sdn Bhd, Lloyd Register of
Shipping Sdn Bhd, American Shipping Bureau dan beberapa organisasi
lain.
97
Pihak Jabatan Laut Malaysia juga menyarankan agar pihak
pengusaha mengikut segala piawaian yang telah ditetapkan di dalam
Ordinan Perkapalan Malaysia 1952, terutamanya berkaitan dengan
keselamatan penumpang dengan membuat kajian dan „revise‟ kembali
atau mendapatkan nasihat terus daripada pihak Jabatan Laut
Malaysia berkenaan dengan spesifikasi yang telah ditetapkan bagi
membina sesebuah feri sebelum ianya ditempah. Sebaik-baiknya
mereka membuat tempahan dengan syarikat pembuat bot tempatan
yang telah menepati spesifikasi pembuatan bot seperti syarikat Boat
Explorer.
ii. Menambah bilangan kakitangan untuk tujuan penguatkuasaan
Bagi tujuan memantapkan operasi penguatkuasaan, pihak
Jabatan Laut Malaysia bercadang untuk menambahkan
kakitangannya terutamanya yang akan bertugas sebagai pegawai
penguatkuasa di setiap jeti yang ada diseluruh negara. Responden
yang pertama menyarankan kepada anak-anak muda tempatan untuk
berkecimpung dan mendapatkan peluang kerjaya mereka sebagai
pegawai penguatkuasa khususnya sebagai penguatkuasa Jabatan
Laut Malaysia dengan memohon secara „online‟ permohonan melalui
borang SPA di internet.
Pihak Jabatan Laut sebenarnya masih kekurangan tenaga kerja
terutamanya di bahagian penguatkuasaan sepertimana contoh yang
jelas dapat dilihat bilangan pegawai yang beroperasi di Jeti Kukup
iaitu hanya seramai 5 orang kakitangan sahaja yang bertugas dan
tugas penguatkuasaan pula dikawalselia oleh 4 orang kakitangan
sahaja secara bergilir-gilir dengan kawasan pengawalan meliputi
pemantauan perjalanan antarabangsa di Jeti Kukup serta
pemeriksaan operasi di kawasan perairan iaitu bagi perkhidmatan bot
untuk ke Taman Negara Kukup. Begitu juga berlaku dikawasan jeti-
jeti lain seperti di Jeti Mersing, Jeti Stulang dan beberapa jeti lain.
98
iii. Hubungan yang baik antara pihak yang terlibat
Menurut responden kedua iaitu Puan Raja Faudzah, beliau
menyatakan bahawa berdasarkan operasi yang dijalankan
terutamanya berkenaan aspek keselamatan pihak Jabatan Laut
Malaysia telah mendapat kerjasama baik daripada bebarapa organisasi
penguatkuasaan yang lain seperti pihak Jabatan Kastam, Jabatan
Imigresen, pihak Polis dan Bomba serta beberapa agensi lain di dalam
operasi pemeriksaan harian di Jeti Kukup, Namun dimasa-masa akan
datang beliau berharap kerjasama ini akan dapat diteruskan dan
menghasilkan satu natijah yang lebih baik dan lebih sempurna di
dalam operasi mereka kelak.
Pihak Jabatan Laut Malaysia juga berharap akan dapat
menubuhkan Skuad Pengutkuasaan Marin sendiri iaitu yang akan
bertugas sebagai penguatkuasa di perairan bersama-sama dengan
kerjasama pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
serta pihak Angkatan Tentera Laut Malaysia yang akan memantau
pergerakan setiap feri membawa penumpang melalui laluan
antarabangsa Selat Melaka untuk ke Jeti Tanjung Balai, Indonesia.
Bagi pengusaha syarikat perkhidmatan feri penumpang khususnya
bagi syarikat perkhidmatan feri yang beroperasi di Jeti Kukup pula,
mereka disarankan agar mempunyai perhubungan yang baik diatara
sesama mereka dan menjalankan operasi perniagaan secara sihat
dengan saling membantu diantara sesama syarikat seperti contoh
pengurusan jadual perjalanan yang seimbang seperti yang telah
dipersetujui dengan pergerakan feri secara penggiliran serta
membantu feri yang lain jika sekirannya berlaku sebarang
kemalangan. Serta mempunyai perhubungan yang baik dengan pihak
penguatkuasaan termasuklah pihak Jabatan Laut Malaysia
4.2.2 Menyediakan Kakitangan Yang Terlatih Dan Berpengalaman
Menurut Encik Fakhrul Anwar, beliau mencadangkan bahawa
setiap pengusaha perkhidmatan feri membawa penumpang samada bagi
perjalanan ke laluan antarabangsa iaitu ke Indonesia maupun bagi laluan
99
di dalam perairan negara penyediaan kakitangan yang berkemahiran
tinggi dan terlatih serta berpengalaman amatlah perlu dititikberatkan. Ini
kerana dengan adannya tenaga kerja daripada kakitangan yang terlatih ini
kemungkinan untuk sebarang kemalangan yang melibatkan pergerakan
feri dapat dielakkan.
Dengan adanya pemandu atau pengemudi feri yang terlatih
ataupun jika sekiranya berlaku kemalangan, langkah-langkah dan usaha
menyelamat awal dapat dilakukan sebelum mendapat bantuan daripada
pihak lain, iaitu makluman awal yang diberikan oleh kakitangan sebagai
langkah keselamatan yang perlu diikuti oleh penumpang serta proses
menyelamat awal boleh terus juga dijalankan.
Bagi tujuan mendapatkan kecekapan dan kemahiran tentang
operasi perkhidmatan feri penumpang seseorang individu yang bekerja
sebagai kakitangan sesebuah feri itu perlu mendapatkan latihan-latihan
dan pengetahuan asas untuk menambah baik kemahiran yang sedia ada
iaitu dengan mengikut kursus-kursus dan latihan yang berkaitan seperti
berikut:
(1) Latihan kemahiran pelayaran
(2) Kemahiran mengendali bot. lesen pemandu feri adalah dari
lesen kelas 1 sehingga 5
(3) Kemahiran teknikal menyelenggara enjin dan bot.
(4) Kemahiran berkomunikasi dan perhubungan awam.
(5) Kemahiran asas dalam pertolongan cemas. (perlu mendapatkan
sijil yang diiktiraf)
(6) Kemahiran asas menyelamat. (perlu mendapatkan sijil yang
diiktiraf)
(7) Kemahiran berenang
(8) Pengetahuan tentang persekitaran laut.
(9) Pengetahuan tentang aspek keselamatan
(10) Pengetahuan dalam aspek perundangan dan peraturan
Berdasarkan pemerhatian pengkaji dan maklumbalas daripada
responden, bagi tujuan mendapatkan kemahiran dan latihan-latihan
seperti yang diatas, pengkaji berpendapat bahawa pihak pengusaha
100
perkhidmatan bot yang membawa penumpang ke Taman Negara Kukup
adalah yang amat perlu memperlengkapkan diri merek dengan
pengetahuan asas serta latihan yang telah cadangkan kerana mereka
adalah pengusaha secara persendirian dan perniagaan secara keluarga
yang menjalankan perniagaan membawa penumpang yang agak berisiko
tinggi kerana beroperasi dengan bot nelayan yang diubahsuaikan kepada
tempat duduk penumpang serta tenaga kerja yang kurang, walaupun
pengusaha itu sendiri yang bertugas sebagai pemandu bot dan
sememangnya mempunyai lesen memandu tetapi beliau perlulah
menambahkan beberapa kemahiran lain seperti yang telah dimaklumkan
seperti diatas tadi.
4.2.3 Tindakan Penumpang
Bagi memastikan perkhidmatan sesebuah feri ataupun bot yang
membawa penumpang beroperasi mengikut prosedur yang ditetapkan
terutamanya apabila ianya berkait rapat dengan soal keselamatan, setiap
individu penumpang juga berperanan penting pada pendapat beberapa
responden iaitu para pegawai Jabatan Laut Malaysia yang telah
ditemubual, mereka menyatakan bahawa para penumpang yang
mendapatkan sesuatu perkhidmatan feri itu mestilah berada di dalam
keadaan sentiasa bersedia dan peka dengan suasana di dalam feri yang
dinaiki maupun keadaan persekitaran luaran seperti keadaan ombak dan
cuaca buruk.
Para penumpang berhak memastikan segala keperluan mereka
yang menjamin keselamatan perjalanan mereka disediakan oleh pihak
pengusaha, sebagai contoh jika seseorang individu penumpang telah
mendapati jaket keselamatan yang dipakainya telah lusuh dan tidak boleh
berfungsi dengan baik beliau berhak memaklumkan kepada kakitangan
yang bertugas untuk mendapatkan jaket keselamatan gantian ataupun
mendapati sesuatu yang boleh menimbulkan keadaan bahaya dilakukan
oleh kakitangan terlibat seperti feri dipandu laju dan tidak mengikut
jadual perjalanan yang ditetapkan, mereka berhak membuat laporan
dengan kadar segera seperti menghubungi pihak berkuasa Jabatan Laut
atau agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.
101
Dengan adanya sensitiviti dan usaha membuat laporan ataupun
aduan-aduan dengan segera, individu yang membuat laporan itu mungkin
dapat menyelamatkan nyawa mereka sendiri, keluarga, para penumpang
lain serta kakitangan yang bertugas jika berlaku sebarang kemalangan
seperti kapal karam ataupun terbakar seperti contoh feri Seagull Ekspress
yang terbakar semasa perjalanan membawa penumpang ke Pulau Tioman
pada 11 Oktober 2007 yang telah mengakibatkan kehilangan 7 nyawa
akibat keadaan panik dan tidak bersedia para penumpang yang berada di
dalam feri tersebut.
4.2.4 Menetapkan Spesifikasi Bot Yang Sesuai Sebagai Feri
Penumpang
i. Menggunakan bahan pembuatan badan bot daripada ‘Gentian
Fibre’ berkualiti tinggi dan ciri-ciri yang menepati spesifikasi
kerajaan Malaysia
Berdasarkan hasil temuramah yang dibuat dengan responden ke 9
iaitu Encik Mike Thein, sebagai seorang pengusaha dan pembuat bot
yang mahir dan berpengalaman, beliau telah mencadangkan beberapa
bahan yang sesuai boleh digunakan sebagai komponen badan ataupun
fizikal sesebuah feri atau bot iaitu daripada besi, aluminium, kayu dan
gentian fibre. Menurut beliau lagi, daripada keempat-empat bahan tadi
beliau menyarankan agar menggunakan bahan fibre berkualiti tinggi
sebagai komponen asas pembuatan badan sesebuah feri atau bot bagi
perkhidmatan feri membawa penumpang, bot persendirian dan
keluarga, bot nelayan dan untuk kegunaan memancing laut dalam
kerana kosnya yang sederhana, tahan lasak dan mudah untuk proses
baikpulih.
Oleh yang demikian beliau berpendapat perkhidmatan feri di Jeti
Kukup menggunakan feri penumpang yang sesuai untuk membawa
penumpang mereka ke laluan antarabangsa sememangnya sesuai
menggunakan bahan daripada gentian fibre, begitu juga bagi
perkhidmatan bot untuk ke Taman Negara Kukup, penggunaan bot
penumpang daripada kayu nelayan yang diubahsuaikan dicadangkan
supaya digantikan dengan bot penumpang yang diperbuat daripada
102
gentian fibre yang berukuran lebih besar seperti 40 ke 50 kaki panjang
dan 15 ke 20 kaki lebar pada masa akan datang sebagai jaminan lebih
keselesaan dan keselamatan kepada penumpang.
Selain itu beberapa aspek penting telah dicadangkan perlu dilihat
dan dititikberatkan oleh pihak pengusaha perkhidmatan feri membawa
penumpang iaitu seperti ciri-ciri berikut:
a) Daya apungan sesebuah bot
b) Kapasiti muatan penumpang
c) Muatan barangan ataupun bagasi
d) Kelajuan bot – dalam knott
e) Jenis enjin digunakan (horse power)
f) Peralatan navigasi dan komunikasi
g) Peralatan keselamatan yang perlu disediakan
ii. Kemudahan Pinjaman Bot Kepada Para Pengusaha Kecil
Kemudahan bagi mendapatkan pinjaman bagi membeli bot baru
yang lebih sesuai adalah amat diperlukan oleh para pengusaha kecil
yang membawa penumpang diseluruh Malaysia, dan bagi pengusaha
yang beroperasi membawa para penumpang ke destinasi pelancongan
seperti Taman Negara Kukup dan ke Kelong Ikan. Oleh kerana pihak
pengusaha seperti Encik Apollo yang mengusahakan perkhidmatan
tersebut adalah berasal daripada keluarga nelayan beliau hanya
menjalankan operasinya berdasarkan perniagaan keluarga dan tidak
berkemampuan membeli bot baru yang lebih baik buatannya
disebabkan harganya yang mencecah jutaan ringgit. Denganyang
demikian dicadangkan pihak institusi perbankan dapat menyediakan
skim khas pinjaman yang mampu di diikuti oleh pengusaha bot untuk
membuat pinjaman tanpa melalui prosedur ketat dan tidak
munasabah.
Melalui kemudahan pinjaman atau skim khas ini, pihak
pengusaha khususnya di kawasan perairan Kukup ini akan dapat
beroperasi dengan bot yang baru dan lebih memenuhi ciri-ciri
piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dengan itu ia sama
103
sekali lebih memberikan jaminan keselamatan yang lebih tinggi serta
keselesaan kepada para penumpang yang mendapatkan perkhidmatan
yang dijalankan oleh perkhidmatan bot membawa penumpang seperti
Encik Apollo dan pengusaha lain yang kurang berkemanpuan.
4.2.1 Infrastruktur Dan Kemudahan-Kemudahan Lain Yang
Membantu Memberikan Jaminan Keselamatan
Pembangunan infrastruktur serta kemudahan lain adalah perlu
bagi memberi jaminan keselamatan selain kemudahan dan keselesaan
kepada para penumpang yang mendapatkan perkhidmatan sesebuah feri
samada ianya untuk ke destinasi antarabangsa seperti ke Indonesia
maupun ke destinasi tempat. Kemudahan-kemudahan ini amat
berkaitrapat dengan perkhidmatan sesebuah feri yang dijalankan
disesebuah destinasi seperti contohnya di Jeti Kukup. Antara jenis-jenis
kemudahan infrastruktur yang perlu dibina ialah:
Berdasarkan tinjauan pengkaji, bangunan jeti bagi operasi untuk
perkhidmatan antarabangsa iaitu ke Tanjung Balai, Indonesia telah dibina
dan dalam proses akhir untuk disiapkan, namun begitu masih terdapat
beberapa aspek yang perl ditekankan iaitu seperti:
a) Menyediakan laluan berasingan bagi laluan penumpang feri sahaja
dengan laluan bagi penumpang yang mengangkat dan memunggah
barangan.
b) Menyediakan laluan yang lebih lebar bagi tujuan pemunggahan
barangan, laluan bagi penumpang adalah berukuran 1.2 meter
lebar.
c) Menyediakan tangga yang lebih selamat dan tidak licin iaitu bagi
laluan sebelum ke tempat laluan naik turun penumpang.(ferry
boarding)
d) Pihak yang menguruskan jeti perlulah menjaga persekitaran air
dikawasan feri berlabuh supaya tidak mengganggu kelancaran feri
berlabuh dan beroperasi. Sebarang longgokan sampah sarap serta
kepingan kayu-kayu yang dihanyutkan perlulah segera
dibersihkan agar tidak mendatangkan sebarang kemalangan,
bahaya dan merosakkan kipas feri ekspress yang beroperasi.
104
Bagi perkhidmatan bot membawa penumpang selain telah
dicadangkan sebelum ini agar pihak pengusaha seperti syarikat Apollo
dan syarikat Hiking perlu menukarkan bot mereka yang sedia ada kepada
bot yang baru, mereka juga dilihat perlu jeti baru untuk digantikan
dengan jeti kayu yang begitu usang dan tidak sesuai untuk tujuan
membawa penumpang dan bagi aktiviti pelancongan. Ia adalah kerana
keadaan jeti yang begitu uzur dan tidak cantik itu sebenarnya boleh
mengundang bahaya terutamanya kepada kanak-kanak selain tidak
sesuai untuk kegunaan warga tua dan orang kurang upaya. (OKU)
4.3 Kesimpulan
Tahap keselamatan adalah suatu aspek yang perlu ditekankan dan perlu
dititkberatkan oleh pihak-pihak yang terlibat di dalam perkhidmatan sesebuah
feri atau bot yang membawa penumpang termasuklah para pelancong di seluruh
jeti yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan penumpang yang berteraskan
air khususnya yang beroperasi terus dari Jeti Kukup ini.
Pada keseluruhannya hasil penemuan kajian ini, pengkaji mendapati
bahawa aspek-aspek keselamatan perkhidmatan feri dititikberatkan oleh
kesemua kumpulan responden yang ditemubual dan hasil pemerhatian dan
penelitian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri. Cuma ianya berada pada tahap-
tahap yang berbeza samada iainya amat dititikberatkan ataupun hanya diberikan
sedikit penumpuan sahaja oleh pihak-pihak yang terlibat.
Pihak yang terlibat secara langsung dengan penguatkuasaan
perkhidmatan feri membawa penumpang seperti pihak Jabatan Laut Malaysia
adalah pihak yang bertanggungjawab menjalankan penguatkuasaan dan
pemantauan yang dijalankan secara harian dan pemeriksaan berjadual dilihat
menjalankan tugas mereka dengan baik tetapi perlu ada penambahbaikan dari
segi pemantauan dan pemeriksaan serta dijalankan dengan lebih telus terhadap
sesebuah feri yang diperiksa bagi mengelak amalan rasuah dan kelonggaran
penguatkuasaan.
Pihak Jabatan Laut Malaysia juga perlu menambah lagi bilangan
penguatkuasaan di setiap jeti kerana pengkaji mendapati bilangan tenaga kerja
105
pegawai yang bertugas masih tidak mencukupi terutamanya berkenaan dengan
pemeriksaan aspek keselamatan yang dititikberatkan dan berada dibawah
tanggungjawab Jabatan Laut adalah seperti proses pendaftaran sesebuah bot,
proses pengakreditasian badan kapal atau feri yang dibenarkan beroperasi,
pengurusan keselamatan kapal seperti keperluan kepada penyediaan peralatan
yang bercirikan keselamatan, keselamatan semasa pelayaran dan banyak lagi.
Bagi pengusaha syarikat perkhidmatan feri pula, mereka mempunyai
peranan dan tanggungjawab yang amat besar memandangkan mereka
menjalankan perkhidmatan yang melibatkan nyawa manusia, oleh yang
demikian, mereka mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar terhadap
perkhidmatan yang diberikan kepada para pengguna mereka bagi perkhidmatan
feri dan bot membawa penumpang iaitu menyediakan segala kemudahan dan
kelengkapan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi sebagai jaminan
keselamatan terhadap para penumpang mereka selain memberikan keselesaan
dan memberikan kepuasan hati yang tinggi dengan memberikan perkhidmatan
dan layanan yang baik, perjalanan feri yang bergerak dengan lancar serta
mengikut jadual.
Bagi pengusaha perkhidmatan feri bagi laluan antarabangsa iaitu untuk
perjalanan ke Tanjung Balai Indonesia dan destinasi-destinasi pilihan yang lain
dilihat telah menepati piawaian yang ditetapkan dan menyediakan aspek-aspek
keselamatan yang tingi didalam setiap feri yang beroperasi, namun pengkaji
berpendapat perlu ada penambahbaikan lagi terutamanya dari segi penyediaan
kakitangan yang berkemahiran tinggi dan berkelayakan seperti pengetahuan yang
tinggi berkenaan dengan langkah-langkah menyelamat jika sekirannya berlaku
sebarang kemalangan selain penyediaan peralatan keselamatan yang sentiasa
diselenggarakan serta faktor-faktor lain.
Bagi pengusaha perkhidmatan bot membawa penumpang ke destinasi
tempatan seperti ke Taman Negara Kukup dan ke Kelong Ikan, pengkaji
berpendapat pihak pengurusan syarikat berkenaan masih berada pada tahap
yang rendah dan kurang peka bekenaan usaha menitikberatkan aspek-aspek
keselamatan semasa perjalanan perkhidmatan bot mereka. Oleh yang demikian
perlu ada banyak perubahan perlu dibuat oleh pengusaha yang berkenaan
sepertimenukarkan bot kepada bot penumpang yang lebih sesuai dan menepati
ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh kerajaan malaysia.
106
Bagi pembuat dan pembekal bot pula dilihat amat mementingkan
penyediaan sebuah feri atau bot yang menepati citarasa penumpang di dalam
proses menyediakan dan menyiapkan sesebuah bot yang ditempah oleh para
pelanggan dan didalam usaha memberikan kepuasan kepada pelanggan hasil
pembuatan sesebuah feri atau bot itu dibuat berlandaskan dan berdasarkan
kepada undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan seperti standard piawaian
antarabagsa safety standard of boat building, United States dan Ordinan
Perkapalan Malaysia, tahun 1952. Dengan yang demikian, penghasilan bot-bot
yang akan beroperasi di Malaysia terutamanya yang dibuat oleh syarikat ‟Boat
Explorer‟, Malaysia sudah semestinya menepati citarasa pelanggan selain ianya
menepati ciri-ciri piawaian dan keperluan kepada penyediaan aspek keselamatan
yang tinggi seperti yang dikehendaki oleh pihak yang berwajib seperti pihak
Jabatan Laut Malaysia.
Secara keseluruhannya banyak pihak yang bertanggungjawab bagi
memastikan tahap keselamatan perkhidmatan sesebuah feri atau bot penumpang
berada pada tahap yang baik selain beberapa pemain utama yang
bertanggungjawab sepenuhnya memberikan jaminan keselamatan kepada para
penumpang yang mendapatkan perkhidmatan sesebuah feri penumpang seperti
pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) (APMM), Tentera Laut Malaysia,
Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertanian, Jabatan Haiwan, pihak
Polis dan Bomba dan Badan-Badan Penilai yang telah dikitiraf oleh kerajaan
Malaysia bagi membuat pemantauan dan pengakreditasian sesebuah feri atau
bot.
Dengan adanya usaha keras dan berterusan ini yang dijalankan oleh
semua pihak samada oleh organisasi kerajaan, badan bukan kerajaan, syarikat
swasta, dan individu penumpang itu sendiri secara pengawalan keseluruhan dan
mengikut peranan masing-masing, tahap keselamatan sesebuah perkhidmatan
feri akan dapat ditingkatkan lagi disamping mengurangkan berlakunya perkara
yang tidak diingini seperti berlakunya kemalangan bot, bot karam, bot terbakar
dan sebagainya pada masa-masa akan datang.
Di harap, kajian yang dilakukan ini akan dapat dimanfaatkan bersama
oleh semua bagi meningkatkan kesedaran, perubahan sikap dan persepsi
orangramai bahawa tanggungjawab dan peranan menjaga keselamatan semasa di
107
dalam sesebuah feri adalah bukan kepada beberapa pihak yang terlibat sahaja,
namun yang lebih penting juga adalah kepada para penumpang itu sendiri, para
penumpang feri perlu mempunyai kepekaan dan sentiasa di dalam langkah
berjaga-jaga dengan menjaga keselamatan diri masing-masing, adalah juga
suatu unsur yang penting yang menjadi faktor penyelamat kepada penumpang
tersebut sendiri samada pada keadaan sebelum perjalanan dibuat mahupun
semasa sesebuah feri itu sedang beroperasi selain tanggungjawab yang
sepatutnya dijalankan oleh pihak pengusaha syarikat pekhidmatan feri untuk
menyediakan segala peralatan yang mempunyai ciri keselamatan yang tinggi dan
menjalankan operasi perkhidmatan yang selamat oleh para kakitangan yang
bertugas maupun operasi penguatkuasaan yang ketat dijalankan oleh pihak
penguatkuasa terlibat seperti pihak Jabatan Laut Malaysia di dalam memantau
perkhidmatan syarikat feri yang terlibat.
Segala cadangan dan langkah-langkah yang dikemukan perlu dipandang
serius dan perlu dipertimbangkan oleh pihak-pihak yang berkaitan bagi
membolehkan kajian seumpama ini dapat memberi manfaat kepada industri yang
berkaitan dengan perkhidmatan feri penumpang ini dan bukan sebagai teori atau
hanya bagi memenuhi keperluan akademik semata-mata.
108
SENARAI RUJUKAN.
American Bureau of Shipping (ABS) Regulatory Affairs (2006). “Maritime Safety
Updates”, Vol. 15, No.2, pp 1-9
AMS Ship Particulars (2004), “Crew Boat Ruby Express Ship Particulars”. Pp.1-3
Boating Safety Association for Events (BeSAFE), “Best Practices for Safe
Boating Events. Experiencing Collected from Marine Industry Professionals
Coast to Coast”. Summer 2006 Preview
Canada Coast Guard, (2000), “The Guidelines on Non Passengers Bare Boat
Charter Parties.”
Chaang L. H. (2005), “Using Stated Preferred Data to Explore the Future Affecting
Tourists Cruise Vacation Preferences”. Asean Journal on Hospitality and
Tourism, Vol. 4, pp15-25
Department of Transport (1987), “The Merchant Shipping Act 1894), m/v Herald
of Free Enterprise.” Report court no 8074, Formal Investigation,
Department of Transport, HMSO, London, September
Goulielmos, A.M (2005), “The accident of m/v Herald of Free Enterprise: A failure
of the ship or of the management?” Disaster Prevention and Management,
vol. 14, No.4, pp479-492
Hall, J.A. and Braiwaite, R., Carrebian Cruise Tourism – A Business of
Transnational Partnerships, Tourism Management. 1990, 11(4), 339-347
Hong Kong Tourist Association. (1994). “The Cruise Industry Background.”
Hong Kong Tourist Organization.
Jose Rossello, S.O.S. Boat Safety-How to make the most of “being safe on/off the
water”. Http://1.josero .pay.clickbank.net
109
Maritime New Zealand Coast Guard (2007), “Safe Boating: An Essential Guide”.
pp. 3-33
Marti. B.E (1986). “Cruising: Small-Vessel Population Characteristics”. Journal of
Travel Research, 24 (4), 25-28
Mohd Idrus Shaari (2002), Safety of Navigation Division, Marine Department
Sarawak, “A Study on how to improved the Safety on Passenger Express
Boats in Sarawak.” 18 September 2002.
Mok, C. & Armstrong. R. (1995). “Leisure Travel Destination Choice of Hong Kong
Residents”, Journal of travel & Tourism Marketing. 4(1), 99-104
NMMA Certified (2007). “Safety: When It Comes To Safety, Make Sure Your Boat
Measures Up”. Pp 1-2
Panduan Menulis Tesis, Pusat Pengajian Sisiwazah, Universiti Teknologi
Malaysia, Johor. 1999.
Parasuraman, A Zeithaml, V.A., & Berry, L.L. (1988). SERVQUAL: A Multiple-
Item Scale for Measuring Consumer Perceptions of Service Quality. Journal
of retailing, 64 1), 12-40
P.Lois a, J.Wang a,*, A.Wall a, T.Ruxton b, Formal Safety Assessment of Cruise
Ships, Tourism Management 25 (2004) 93–109
PVA Risk Guide (2005), “A Guide to Improving the Safety of Passenger Vessel
Operations by Addressing Risk, pp 1-34
Qu H. and Elsa Ping (1999), „A Service Performance Model of Hong Kong Cruise
Travelers‟ Motivation Factors and Satisfaction.” Tourism Management 20 (2)
237-244
Richard C. Vlaun, P.E and Gregory B. Kirkbride, “Large Passanger Vessel
Safety Study, Report on the Analysis of Safety Influences.” Final Report
February 2001
110
Scantlebury M.G. (2007). “Cruise Ship Tourism”. Annals of Tourism Research,
Vol. 34, No.5. pp 817-818
Teye V.B. and Leclerc D.(1998), “Product and Service Delivery Satisfaction among
North American Cruise Passengers.” Tourism Management, Vol. 19 ( 2), pp.
153-160
U.S Coast Guard (USCG), U.S Department of Transport. (1993), “Safety
Standards for Backyard Boat Builder.pp 1-50
U.S Coast Guard Information Sheet. (1998), “Education Requirements, Operator
Profeciency Standards, and Licencing Requirements for Operators of
Recreational Boats.
Wang.J (2001). Current Status of Future Aspect of Formal Safety Assessment of
Ship. Safety Science, 38, 19-30
Wild & Dearing, Cruise Industry News 1999, (2000)
Berita Harian., 28/9/2007, Nahas 26 November Petanda Industri Feri Langkawi
Pincang.
Utusan Malaysia.,15/10/2007, Saat Cemas Tragedi Feri Terbakar di Mersing,
Tiada Permit, 3 Mangsa Masih Hilang
Utusan Malaysia.,17/10/2007, Dua Pegawai Jabatan Laut Malaysia Digantung,
Susulan Tragedi Feri Terbakar di Mersing
Hemu Gorde_Bahrain Seeks Answer After Boat Tragedy: Captain Is Being Probed.
02 April 2006
Hong Kong News. (1994) Cruise Line Begins Services to Hong Kong, Hong Kong
news, June 1994
http://www.efka.utm.my/thesis/images/3PSM/2004/3JGP/Part1/ROZIAHSX01
0477AWJ12D04TT3.doc. dicapai pada 01 Januari 2008
111
http://www.santaclarita.com/community/safety/quick_reponse/BOATING%20SA
FETY%20FACT%20SHEET-April2006.pdf dicapai pada 03 Januari 2008
http://www.boatingbasicsonline.com/course/safety/9_4.php dicapai pada 03
Januari 2008
http://www.boatinsurancequote.net/ dicapai pada 03 Januari 2008
http://www.lundboats.com/safety.html dicapai pada 03 Januari 2008
http://www.boatsafe.com/ dicapai pada 03 Januari 2008
Buyers' Guide to Outboard Boats", "Surveying Fiberglass Power Boats" and
"Marine Investigations". www.yachtsurvey.com dicapai pada 08 Februari
2008
Maib (2000). Statistic, Annual Report, http:// www.maib.detv.gov.uk. dicapai
pada 15 Februari 2008
World Wide Web: http://www.fcc.gov/wtb dicapai pada 18 Februari 2008
USCG-World Wide Web: http://www.navcen.uscg.gov/marcomms/ dicapai pada
18 Februari 2008
http://www.marine.gov.my/ dicapai pada 26 Februari 2008
http://boatingsailing.suite101.com/article.cfm/boat_passenger_safety dicapai
pada 17 Mac 2008
http://www.boatexplorer.com.my dicapai pada 24 Mac 2008
JADUAL MASA PERJALANAN DARI KUKUP KE TANJUNG BALAI, INDONESIA
HARI : ISNIN – KHAMIS
HARI : JUMAAT
BERLEPAS TIBA
08.30 09.30
09.00 10.00
09.30 10.30
10.00 11.00
11.00 11.30
12.00 15.30
15.30 16.00
16.00 16.30
17.30 18.00
HARI : SABTU – AHAD
BERLEPAS TIBA
08.30 09.30
09.00 10.00
09.30 10.30
10.00 11.30
10.30 12.30
11.00 13.30
12.00 14.00
13.00 15.00
14.00 15.30
15.00 16.00
16.00 16.30
17.00 17.50
BERLEPAS TIBA
08.30 09.30
09.30 10.30
10.30 11.30
11.30 12.30
12.30 13.30
13.30 15.30
14.30 15.30
15.30 16.30
17.30 18.30
LAMPIRAN 3
JUMLAH KEMASUKAN PELAWAT KE TAMAN NEGARA PULAU KUKUP 2007
Sumber: Perbadanan Taman Negara Kukup, Kukup, Johor
BULAN
WARGA
NEGARA BUKAN WARGA WARGA NEGARA
WARGA BUKAN
NEGARA PENYELIDIK KANAK TIDAK JUMLAH
(DEWASA) NEGARA BAWAH 18 TAHUN BAWAH 18 TAHUN (7-12 THN) BERBAYAR
TEMP L/N TEMP L/N
JANUARI 845 30 322 2 0 90 2 23 0 1314
FEBUARI 989 30 280 15 0 50 9 14 0 1387
MARCH 1112 77 669 19 0 200 18 35 19 2149
APRIL 1690 42 649 11 0 105 7 27 3 2534
MEI 1829 26 675 51 0 130 5 85 2 2803
JUN 1488 65 706 1 0 165 2 71 0 2498
JULAI 1511 249 450 21 0 64 22 77 26 2420
OGOS 1263 416 579 97 0 226 32 75 53 2741
SEPTEMBER 1035 196 607 89 0 111 24 76 14 2152
OKTOBER 1875 80 1125 8 1 236 10 67 11 3413
NOVEMBER 1526 234 1337 52 0 205 7 94 22 3477
DISEMBER 2146 200 1363 78 0 303 30 87 10 4217
JUMLAH 17309 1645 8762 444 1 1885 168 731 160 31105
LAMPIRAN 1
STATISTIK PENUMPANG MASUK MELALUI JETI KUKUP BAGI TAHUN 2007
BULAN M’SIA SAP INDONESIA S’PURA LAIN2 JUMLAH
PL (S) PL (KS)
JAN 4593 378 10002 1238 58 25 16294
FEB 5757 544 9220 1401 46 36 16294
MAC 6695 389 10768 970 55 41 18918
APR 5858 225 9957 761 25 29 16855
MAY 4594 348 19965 1246 35 25 16313
JUN 5704 227 9088 1046 36 32 16183
JUL 6279 98 11471 872 32 28 18780
AUG 6412 105 10120 1027 34 35 17733
SEP 5131 100 10310 877 23 14 16455
OCT 4311 59 10604 723 35 12 15744
NOV 6115 56 12953 916 42 31 20113
DEC 7117 56 12577 479 33 16 20278
JUMW/N 68556 2635 127135 11556 454 324 210660
Sumber: Jabatan Imigresen, Kukup, Johor PETUNJUK:
1) SAP – SIJIL AKUAN PEMASTAUTINAN 2) PL (S) - PAS LAWATAN SOSIAL 3) PL (KS)- PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA
STATISTIK PENUMPANG KELUAR MELALUI JETI KUKUP BAGI TAHUN 2007
BULAN M’SIA SAP INDONESIA S’PURA LAIN2 JUMLAH
PL (S) PL (KS)
JAN 4007 143 7082 406 41 53 11732
FEB 5496 326 8922 376 37 61 15218
MAC 6543 217 8415 486 41 47 15731
APR 5823 204 8477 526 63 38 15131
MAY 4398 150 8304 630 57 33 13572
JUN 5815 189 8371 612 61 40 15088
JUL 5639 143 9877 562 65 36 16322
AUG 6444 147 9538 603 60 38 16830
SEP 4532 141 9595 729 60 21 15078
OCT 3899 417 9102 1808 42 14 15282
NOV 5591 79 9007 511 63 18 15269
DEC 6958 222 11019 581 62 40 18882
JUMW/N 65145 2378 107709 7812 652 439 184135
Sumber: Jabatan Imigresen, Kukup, Johor
PETUNJUK: 1) SAP – SIJIL AKUAN PEMASTAUTINAN 2) PL (S) - PAS LAWATAN SOSIAL 3) PL (KS)- PAS LAWATAN KERJA SEMENTARA
LAMPIRAN 2
BOT DILESENKAN TAHUN 2005
(TOTAL OF BOAT LICENSING YEAR 2005)
JENIS JUMLAH
PENUMPANG 1165
KARGO 905
TUNDA 405
NELAYAN 108
PERSIARAN 42
LAIN-LAIN 57
KEMALANGAN KAPAL DAN BOT 2001 - 2005
(TOTAL OF ACCIDENT OF SHIP AND BOAT YEAR 2001 - 2005)
TAHUN LANGGAR KARAM KANDAS KEBAKARAN
2001 15 38 4 6
2002 11 28 7 10
2003 17 21 4 3
2004 7 4 1 2
2005 8 9 2 4
* SUMBER JABATAN LAUT MALAYSIA