kajian replektif.docx

15
SU PELAJARAN JAWI DAN PERMASALAHANNYA ISU JAWI DAN PERMASALAHANNYA HURUF-HURUF JAWI YANG TIDAK BERSAMBUNG ABSTRAK Jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam yang wajib dipelajari oleh setiap murid muslim di peringkat rendah . Namun adalah menjadi masalah kepada murid dalam menguasai kemahiran penulisan dan pembacaan Jawi. Murid lemah dan keliru dalam mengesan huruf-huruf yang bersambung dalam membentuk perkataan. Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut . Saya telah jalankan kajian ini kepada kumpulan sasaran saya, iaitu murid tahun 2 Perdana dari SK Kota Aur, Sik, Kedah seramai 24 orang. Majoriti kumpulan ini adalah lemah dalam Jawi dan Al-Quran. Namun, merekalah pemberi semangat kepada saya untuk berinovatif. Guru telah memfokuskan kajian kepada huruf-huruf Jawi tidak bersambung selepasnya., Berfokuskan kepada masalah tersebut guru telah membentuk satu formula iaitu “ DAVA RAWAT A2Z : DAL-VA-RA’-WAU-TA MARBUTAH -ALIF-ZAL- ZAI( 2 Z). Guru telah menjelaskan kepada murid bahawa, apabila hendak menyambung sesuatu huruf, ingatlah DAVA RAWAT A2Z . Berdasarkan kepada formula tersebut, guru telah menjalankan tiga aktiviti untuk membolehkan murid mengingat formula dan dapat mengatasi masalah penguasaan Jawi, iaitu :

Transcript of kajian replektif.docx

Page 1: kajian replektif.docx

SU PELAJARAN JAWI DAN PERMASALAHANNYA

ISU JAWI DAN PERMASALAHANNYA

HURUF-HURUF JAWI YANG TIDAK BERSAMBUNG

ABSTRAK

Jawi adalah merupakan satu bidang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam

yang wajib dipelajari oleh setiap murid muslim di peringkat rendah . Namun

adalah menjadi masalah kepada murid dalam menguasai kemahiran

penulisan dan pembacaan Jawi. Murid lemah dan keliru dalam mengesan

huruf-huruf yang bersambung dalam membentuk perkataan. Oleh yang

demikian, satu kajian telah dijalankan untuk mengatasi masalah tersebut .

Saya telah jalankan kajian ini kepada kumpulan sasaran saya, iaitu murid

tahun 2 Perdana dari SK Kota Aur, Sik, Kedah seramai 24 orang. Majoriti

kumpulan ini adalah lemah dalam Jawi  dan Al-Quran. Namun, merekalah

pemberi semangat kepada saya untuk berinovatif.

Guru telah memfokuskan kajian kepada huruf-huruf Jawi tidak bersambung

selepasnya., Berfokuskan kepada masalah tersebut guru telah  membentuk

satu formula iaitu “ DAVA   RAWAT   A2Z   : DAL-VA-RA’-WAU-TA 

MARBUTAH -ALIF-ZAL-ZAI( 2 Z). Guru telah menjelaskan kepada murid

bahawa, apabila hendak menyambung  sesuatu huruf, ingatlah DAVA  

RAWAT   A2Z  .

Berdasarkan kepada formula tersebut, guru telah menjalankan tiga aktiviti

untuk membolehkan murid mengingat formula dan dapat mengatasi masalah

penguasaan Jawi, iaitu :

1.    Murid menyebut huruf - huruf yang ditunjukkan oleh guru berulangkali  secara

individu,kumpulan dan kelas berulang kali.

2.    Murid menghafal formula secara berintonasi , samaada intonasi ayat Tanya

atau intonasi ayat penyata.Mereka akan menyebut kepada guru setelah

diminta berbuat demikian.

Page 2: kajian replektif.docx

3.    Penilaian / Ujian bertulis . Penilaian dilakukan untuk menguji samaada mereka

dapat menyambung huruf atau sebaliknya dengan diberi sepuluh soalan

berbentuk subjektif yang pernah dijawab ketika ujian pra..

Hasil dari tiga aktiviti yang dijalankan, didapati ramai murid dapat menguasai

kemahiran Jawi. Mereka dapat menulis dan membaca Jawi dengan agak

baik.Perbandingan keputusan sebelum dan selepas aktiviti dijalankan amat

memberansangkan.Seramai 23/ 24 orang murid mempunyai peningkatan

selepas ujian Pasca dijalankan.

Walaupun pelbagai cabaran telah dihadapi oleh guru untuk membolehkan

murid mengingat  DAVA   RAWAT   A2Z   tetapi saya berasa cukup berpuas

hati kerana tindakan inovatif yang telah diambil oleh guru telah Berjaya

dengan peningkatan pencapaian murid.Hanya  seorang murid sahaja , iaitu

murid KIA yang  mampu menyebut dengan bantuan guru. 

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pelajaran Pendidikan Islam adalah merupakan salah satu matapelajaran yang

wajib dipelajari oleh setiap murid Muslim di peringkat sekolah

rendah.Manakala Pelajaran Jawi adalah salah satu bidang dalam Pendidikan

Islam,malah buku teks juga ditulis dengan tulisan jawi. Menyedari hakikat ini,

semestinya setiap murid  perlu menguasai pelajaran Jawi , iaitu mereka dapat

membaca dan menulis Jawi dengan baik.

Dalam menguasai pembacaan Jawi, murid-murid mempunyai masalah untuk

mengenal huruf apabila bersambung, manakala dalam penulisan Jawi pula

mereka bermasalah untuk menyambung huruf-huruf dalam membentuk

perkataan , Masalah ini mungkin wujud walaupun mereka mahir dalam

mengenal huruf tunggal Jawi mahupun huruf-huruf Hijaiyyah ( al-Quran ).

Keadaan ini akan menyebabkan mereka sukar untuk menjalankan aktiviti

pembelajaran dan mengikuti pengajaran di dalam bilik darjah serta

bermasalah untuk  menduduki peperiksaan dan ujian secara bertulis.

Masalah kurangnya penguasaan jawi di kalangan murid adalah berpunca dari

kurangnya penekanan dan kesedaran daripada pihak penjaga . Ibubapa dan

penjaga kurang  menghiraukan anak-anak sekiranya mereka gagal dalam

Page 3: kajian replektif.docx

mata pelajaran Pendidikan Islam dan Jawi.Keadaan ini menyebabkan murid

kurang memberi penekanan kepada Jawi.

Selain itu, sikap murid sendiri yang kurang berminat dengan matapelajaran

Jawi dan Pendidikan Islam. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap

bahawa pelajaran berkenaan tidak dinilai dalam peperiksaan –peperiksaan

dan mereka mengambil sikap sambil lewa dalam mengikuti pelajaran tersebut.

Justeru, saya telah mencuba mencari jalan penyelesaian demi memantapkan

penguasaan jawi di kalangan mereka, sekaligus menjadikan mereka murid

yang pintar dan cekap Jawi.

2. FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATINAN

Kajian ini adalah menjurus kepada kaedah menyambung huruf-huruf jawi dan

al-Quran di kalangan murid.Ini  disebabkan murid-murid saya adalah terdiri

daripada murid-murid tahun dua yang kebanyakannya tidak dapat

menyambung huruf-huruf dengan betul.Melalui kajian yang dijalankan ini telah

dapat menambahkan kemahiran serta kefahaman murid tentang cara

memindahkan maklumat yang betul . Aktiviti yang dijalankan dapat

menambahkan pencapaian kumpulan sasaran dalam ujian bulanan,

peperiksaan penggal dan peperiksaan akhir tahun.

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Umum:

i.              Dapat meningkatkan penguasaan Jawi di kalangan murid sebaiknya.

ii.             Dapat menambahkan minat dan pencapaian murid dalam pelajaran Jawi.

iii.            Dapat memperbaiki kualiti pengajaran guru.

Objektif Khusus:

i.              Murid-murid dapat menyebut huruf-huruf yang boleh disambung selepasnya

dengan baik.

ii.             Murid-murid dapat menyenaraikan huruf-huruf yang boleh disambung

selepasnya dengan baik.

iii.            Murid-murid dapat menyambung huruf-huruf Jawi menjadi perkataan dengan

betul.

iv.           Dapat membantu guru mengenalpasti masalah pembelajaran murid.

v.            Dapat membantu guru mengatasi masalah pembelajaran murid.

Page 4: kajian replektif.docx

4. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran adalah terdiri daripada murid-murid Tahun Dua Perdana.

Jumlah murid ialah seramai 24 orang sahaja. Mereka terdiri daripada  12

orang lelaki dan 12 orang perempuan.Walaupun bilangan murid agak kecil,

namun julat pencapaian murid sangat ketara. Kesemua mereka terpilih untuk

menjadi responden bagi membantu guru memperbaiki strategi pengajaran

dan membantu murid menguasai kemahiran jawi sepenuhnya. Terdapat

seorang murid KIA dalam kumpulan sasaran ini. Jadual 1 menunjukkan

jumlah responden yang terlibat.

Graf 1

Responden yang terlibat mengikut jantina dan kumpulan murid

Kumpulan murid mengikut jantina

Jantina Lemah Sederhana Cemerlang Jumlah

Lelaki 3 orang 6 orang 3 orang 12 orang

Perempuan 1 orang 7 orang 4 orang 12 orang

5. PELAKSANAAN  KAJIAN

Page 5: kajian replektif.docx

5.1Tinjauan Masalah

Masalah murid dapat dikenalpasti melalui beberapa kaedah:

a)    Soal jawab di dalam bilik darjah telah banyak membantu guru dalam

mengesan murid lemah dalam penguasaan jawi.

b)    Pemerhatian dari buku latihan dan buku aktiviti murid telah menampakkan

mereka lemah Jawi.

c)    Pertandingan membaca teks dan petikan Jawi di dalam bilik darjah.

Kegagalan murid membaca dengan lancar juga telah menguatkan lagi bukti

lemahnya murid dengan Jawi.

d)    Analisa Ujian PKBS 1 menunjukkan  Tulisan Jawi menjadi punca murid

mendapat markah rendah dalam Pendidikan Islam.

    5.2   Analisis Tinjauan Masalah

Jadual menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formula

 DAVA RAWAT A2Z diperkenalkan

BIL NAMA MARKAH

SEBELU

M

MARKAH

SELEPAS

1 M.RIEZMAN HAFIZ 5 7

2 M.IRFAN 4 8

3 M.EKHMAL 7 10

4 M.TARMIZI 7 8

5 M.QAYYUM 1 6

6 M.FAHIM AZIM 4 7

7 M.NUR NAJMI 2 4

8 M.FAIZ 10 10

9 M.AIMAN HAQEM 1 4

10 M.AMSYAR HASIF 1 9

11 M.AMIR 0 3

12 M.NAJMI 3 7

13 YASMIN BAITI 10 10

14 ZULAIKHA 5 10

15 SITI AISYAH 4 9

Page 6: kajian replektif.docx

16 NUR AISYAH SYAZWANI 7 9

17 NUR SYARAFINA 9 10

18 NUR DINI ZULAIKHA 2 5

19 SITI MARIAM 9 10

20 ATHIRAH 10 10

21 NURUL ANIS ADILLA 0 3

22 SITI NUR SYAZIRA 8 10

23 NUR NAJWA AFIQAH 7 10

*24 NURUL FASEHAH 0 0

         Murid KIA

Graf 2

Carta menunjukkan pencapaian murid sebelum dan selepas formula

DAVA RAWAT A2Z diperkenalkan

5.3 Tindakan yang dijalankan

Aktiviti 1:Menyebut Huruf : DAL VA  RA WAU TA  ALIF ZAL ZAI  -Kad

Huruf

Guru telah menunjukkan kad huruf setiap huruf-huruf yang tidak

bersambung .Guru telah menyuruh murid menyebut huruf dengan mengikut

sebutan guru mengikut kumpulan jantina setiap kumpulan berulang kali. Guru

juga  telah meminta beberapa orang murid mengetuai murid -murid yang lain

untuk menyebut huruf demi huruf yang ditunjukkan secara bergilir.Di samping

Page 7: kajian replektif.docx

itu, beberapa orang murid telah dipilih untuk mempamerkan kad

huruf ,manakala murid-murid yang lain akan menyebut huruf-huruf yang

dipamerkan berulang kali.Guru juga menerangkan bahawa huruf-huruf yang

disebutkan itu adalah merupakan huruf yang tidak boleh disambung

selepasnya.

Guru menunjukkan kad huruf untuk disebut oleh murid

Page 8: kajian replektif.docx

Murid-murid menyebut huruf-huruf  secara bergilir

Pemerhatian Aktiviti 1:

Murid-murid memberi respon yang sangat baik untuk menjadi ketua semasa

menyebut huruf-huruf. Mereka aktif mengangkat tangan untuk  mengambil

bahagian sebagai ketua dalam menyebut huruf yang dipamerkan.Manakala

murid lain turut menyebut huruf-huruf yang disebut oleh ketua dengan baik.

Refleksi Aktiviti 1:

Semua murid dapat menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan dengan baik.Guru

dapati kaedah ini amat menyeronokkan murid dan berkesan.

Aktiviti 2:        Menghafal Formula : DAVA  RAWAT  A2Z

Guru telah menyebut  DAVA  RAWAT  A2Z  secara berintonasi, seolah-olah

membaca satu ayat. Guru juga menerangkan maksud dan pengertian “DAVA 

RAWAT  A2Z  ”,iaitu Da mewakili huruf dal, masing-masing huruf Va,

Ra’,Wau,Ta’ marbutah, Alif dan dua( two ) Z membawa maksud Zal dan Zai.

Guru telah meminta setiap murid menghafal formula secara

berintonasi.Setelah murid bersedia ,mereka diuji untuk menyebut formula

seorang demi seorang.

Page 9: kajian replektif.docx

Pemerhatian Aktiviti 2:

Murid-murid bersungguh-sungguh menghafal  DAVA  RAWAT  A2Z  secara

berintonasi. Beberapa orang murid berdialog dengan rakan menggunakan

formula ini dengan pelbagai intonasi,iaitu intonasi ayat tanya dan ayat

penyata.Mereka begitu teruja dengan aktiviti ini.Keadaan agak riuh. Dengan

mudah mereka telah dapat mengingat formula ini.

Refleksi Aktiviti 2:

Seramai 23 orang murid dapat menghafal DAVA  RAWAT  A2Z dengan baik

dalam masa 2 minit sahaja,manakala seorang murid yang terdiri dari murid

KIA telah mencuba sedaya upaya untuk menyebut formula, namun ia perlu

dibantu oleh guru untuk menyebut  DAVA  RAWAT  A2Z .

Page 10: kajian replektif.docx

Guru sedang membimbing seorang murid KIA untuk menyebut DAVA

RAWAT A2Z

Aktiviti 3:        Penilaian / Ujian bertulis

Guru telah mengedarkan soalan bertulis yang mengandungi sepuluh soalan

subjektif kepada 24 orang murid responden. Mereka dikehendaki

menyambung huruf-huruf tunggal supaya menjadi perkataan yang ditulis

dengan betul. Soalan bertulis itu pernah dijawab oleh mereka sebelum

diperkenalkan formula.

Rujuk lampiran 1.

 

Guru sedang mengedarkan lembaran latihan untuk dijawab oleh murid

Page 11: kajian replektif.docx

 

Murid-murid sedang tekun menjawab latihan yang diberi

Pemerhatian Aktiviti 3:

Beberapa orang murid tersenyum melihat kertas soalan yang diberi kerana

soalan itu pernah dijawab oleh mereka. Namun pada murid yang sederhana

dan lemah, mereka tidak menyedari bahawa soalan tersebut pernah dijawab

oleh mereka. Pada keseluruhannya murid sangat tekun menjawab soalan-

soalan yang diberi.Terdapat juga murid yang cuba untuk bertanya dan

berbincang sesama mereka tentang soalan yang diberi.

Refleksi  Aktiviti 3:

Keseluruhan murid mempunyai kemajuan .Murid berasa bangga dengan

penguasaan yang diperolehi.Seramai 23 daripada 24 orang murid telah

menunjukkan perubahan berbanding sebelum didedahkan DAVA RAWAT

A2Z.

Graf 3 menunjukkan murid yang mempunyai peningkatan dan tiada

peningkatan

Page 12: kajian replektif.docx

5.4Penilaian

Berdasarkan maklumat ujian pra dan ujian pasca, didapati kajian tindakan

yang dijalankan ini telah memberikan impak yang agak baik dalam membantu

murid-murid meningkatkan penguasaan penulisan dan pembacaan jawi. Hasil

dapatan daripada kajian tindakan ini telah menunjukkan peningkatan murid-

murid dalam ujian PKBS 2.

Berikut adalah pencapaian dalam ujian sebelum dan selepas

pendedahan.

BIL NAMA MARKAH

SEBELU

M

MARKAH

SELEPAS

1 M.RIEZMAN HAFIZ 62 84

2 M.IRFAN 44 58

3 M.EKHMAL 48 59

4 M.TARMIZI 48 70

5 M.QAYYUM 44 50

6 M.FAHIM AZIM 78 90

7 M.NUR NAJMI 22 26

8 M.FAIZ 92 98

9 M.AIMAN HAQEM 56 61

10 M.AMSYAR HASIF 56 62

11 M.AMIR 76 80

12 M.NAJMI 85 94

13 YASMIN BAITI 87 92

14 ZULAIKHA 80 82

15 SITI AISYAH 78 84

16 NUR AISYAH SYAZWANI 54 80

17 NUR SYARAFINA 85 98

Page 13: kajian replektif.docx

18 NUR DINI ZULAIKHA 60 63

19 SITI MARIAM 52 78

20 ATHIRAH 84 88

21 NURUL ANIS ADILLA 46 56

22 SITI NUR SYAZIRA 84 92

23 NUR NAJWA AFIQAH 80 88

*24 NURUL FASEHAH 14 20

         Murid KIA

5.5Refleksi Kajian

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan , guru mendapati bahawa formula

DAVA RAWAT A2Z telah berjaya membantu meningkatkan keupayaan  murid

dalam kemahiran membaca dan menulis Jawi . Saya berasa puas hati apabila

usaha yang saya jalankan membuahkan hasil 100% terhadap sasaran saya.

Murid juga telah cekap membaca dan menulis jawi ketika pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas.

6. Cadangan untuk kajian seterusnya

Berdasarkan pencapaian murid setelah diperkenalkan formula DAVA RAWAT

A2Z kepada responden begitu memberangsangkan, saya telah berbincang

dengan guru-guru Pendidikan Agama Islam di sekolah saya untuk mengkaji

pula bagaimana cara yang sesuai untuk menjadikan murid lancar membaca

Jawi. Kami akan  merancang apakah pendekatan yang harus kami lakukan

untuk mencapai matlamat tersebut.

Page 14: kajian replektif.docx

7. Rujukan

Zarina Binti Mahyuddin,Rasimah Binti Idrus,(2005).Pelajaran Jawi Tahun

2,DBP,Kuala Lumpur.

Matlob,(2003),Modul Cekap Jawi :Pandai Jawi Pandai Khat,Penerbitan

Matlob,Kuala Lumpur.

Buku Tinta Dikara Masalah Pengajaran dan Pembelajaran oleh Jabatan

Pelajaran Kedah dan Majlis Guru Cemerlang Kedah,Kedah.