Kajian Reka Letak

download Kajian Reka Letak

of 7

description

j

Transcript of Kajian Reka Letak

Refleksi Individu Refleksi Individu Nama : Valarmathi a/p ValooKump : PISMP PSV/PJ/BI 2 SEM 6

Dalam semester ini, saya telah berjaya melaksanakan sebuah hasil karya yang amat saya kagumi membuat sebuah lukisan yang menggunakan media kering berdasarkan tajuk Kraf Tradisional. Saya telah bertungkus-lumus untuk membuat karya ini kerana dalam masa yang agak singkat saya terpaksa menghabiskan karya sebesar saiz A1 dalam tempoh yang ditetapkan. Huraian yang cukup mantap telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu En.Putra mengenai kerja kursus ini memudahkan saya memahami tentang kerja kursus ini dengan lebih jelas dan beliau juga memberi keterangan bahawa mengambil beberapa posisi gambar dengan menyusun beberapa hal benda di atas sebuah meja dan mengambil gambar dalam beberapa motion.Seterusnya memilih salah satu posisi gambar dan melukis mengikut posisi gambar tersebut. Semasa kami diberitahu tugasan ini perlu dilaksanakan kami berasa amat risau atas kesuntukan masa untuk membuat tugasan ini kerana semester ini memenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti terutama praktikum menyebabkan kami melengahkan kerja kursus. Dalam cuti yang seminggu ini sahaja kami mula untuk melukis karya dan membuat portfolio yang diberi.Saya telah menyusun beberapa alat muzik tradisional di atas sebuah meja dan terus mengambil gambar dalam pelbagai jenis posisi.Saya memilih posisi still life dengan melukis seluruh gambar secara holistik. Seterusnya saya mulalah untuk melukis dan mewarna dengan menggunakan media kering iaitu sofpastel,oilpastel, dan pensel warna. Saya bersyukur kerana kerja kursus seperti ini dapat memberi pengetahuan yang cukup bermakna dalam kehidupan saya dan mengukirkan saya sedikit demi sedikit sebagai guru yang mantap dan berdedikasi dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Karya ini lebih menekankan alat muzik tradisional kaum India yang diwarisi turun-temurun. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En.Putra, kedua-dua ibu bapa telah memberikan tunjuk ajar yang tidak terhingga serta rakan-rakan sekelas yang berkongsi idea-idea ataupun ilmu.Tidak terlupa rakan saya yang sudi berkongsi idean dan cadangan untuk melengkapkan kerja kursus ini sehingga akhir amat dihargai. Syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan menyumbang tenaga yang secukupnya.Sekian,terima kasih.

pengetahuan yang cukup bermakna dalam kehidupan saya dan mengukirkan saya sedikit demi sedikit sebagai guru yang mantap dan berdedikasi dari segi JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Karya ini lebih menekankan alat muzik tradisional kaum India yang diwarisi turun-temurun. Justeru itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu En.Putra, kedua-dua ibu bapa telah memberikan tunjuk ajar yang tidak terhingga serta rakan-rakan sekelas yang berkongsi idea-idea ataupun ilmu.Tidak terlupa rakan saya yang sudi berkongsi idean dan cadangan untuk melengkapkan kerja kursus ini sehingga akhir amat dihargai. Syukur saya kepada Ilahi dengan limpah kurnia dan keberkatannya dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dengan menyumbang tenaga yang secukupnya.Sekian,terima kasih.