Kajian Mengenai Taman Hoya

11
KAJIAN MENGENAI TAMAN HOYA 1.1 Populasi, Komuniti Dan Spesis Tumbuh-tumbuhan hoya ini berasal daripada keluarga Asclepadaceae iaitu nama saintifik khas bagi keluarga hoya. Nama Hoya ini diambil sempena nama Thomas Hoy yang meninggal dunia pada tahun 1810 yang merupakan seorang tukang kebun Duke of Northumberland di Sion House, Isleworth England. Tumbuhan ini berasal dari kawasan Asia Tenggara, New Guinea dan tropika Australia. Hoya mudah dikenali kerana mempunyai bunga berbentuk seperti bintang, iaitu bintang kecil terletak di atas bintang yang besar. Hoya bukan sahaja boleh tumbuh di atas tanah atau sebagai pemanjat tetapi juga ada yang tumbuh sebagai pokok yang renek. Hoya sangat popular sebagai tanaman dalam rumah panas di Barat sekitar kurun ke-19 kerana kecantikan bunganya yang berkilat. Ketika ini, Hoya mula popular semula di kalangan peminat tanaman hiasan. Daun hoya mempunyai pelbagai saiz, tekstur, warna dan system peruratan daun. Ada daun yang licin dan berkilat da nada pula yang dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Terdapat daun yang tidak mempunyai urat yang jelas, manakala ada pula yang mempunyai warna urat daun yang lebih terang berbanding dengan warna daun itu sendiri. Bunga hoya pula pada dasarnya berbentuk seperti bintang. Ia terkumpul dalam satu jambangan dan biasanya terdapat banyak bunga dalam satu jambangan. Saiz bunga adalah di antara 4mm hingga 7cm, berbeza mengikut spesies tertentu. Ia merupakan tumbuhan khusus yang didebungakan oleh serangga. Debunganya berkumpul membentuk polinia bagi memudahkan ia dipindahkan ke bunga Hoya yang lain. 1.1.1 Populasi, Komuniti dan Spesies Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama hidup dan membiak di kawasan yang sama. Contohnya populasi Hoya ini. Di

description

tmn, hoya,

Transcript of Kajian Mengenai Taman Hoya

KAJIAN MENGENAI TAMAN HOYA1.1 Populasi, Komuniti Dan SpesisTumbuh-tumbuhan hoya ini berasal daripada keluarga Asclepadaceae iaitu nama saintifik khas bagi keluarga hoya. Nama Hoya ini diambil sempena nama Thomas Hoy yang meninggal dunia pada tahun 1810 yang merupakan seorang tukang kebun Duke of Northumberland di Sion House, Isleworth England. Tumbuhan ini berasal dari kawasan Asia Tenggara, New Guinea dan tropika Australia. Hoya mudah dikenali kerana mempunyai bunga berbentuk seperti bintang, iaitu bintang kecil terletak di atas bintang yang besar. Hoya bukan sahaja boleh tumbuh di atas tanah atau sebagai pemanjat tetapi juga ada yang tumbuh sebagai pokok yang renek. Hoya sangat popular sebagai tanaman dalam rumah panas di Barat sekitar kurun ke-19 kerana kecantikan bunganya yang berkilat. Ketika ini, Hoya mula popular semula di kalangan peminat tanaman hiasan.Daun hoya mempunyai pelbagai saiz, tekstur, warna dan system peruratan daun. Ada daun yang licin dan berkilat da nada pula yang dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Terdapat daun yang tidak mempunyai urat yang jelas, manakala ada pula yang mempunyai warna urat daun yang lebih terang berbanding dengan warna daun itu sendiri. Bunga hoya pula pada dasarnya berbentuk seperti bintang. Ia terkumpul dalam satu jambangan dan biasanya terdapat banyak bunga dalam satu jambangan. Saiz bunga adalah di antara 4mm hingga 7cm, berbeza mengikut spesies tertentu. Ia merupakan tumbuhan khusus yang didebungakan oleh serangga. Debunganya berkumpul membentuk polinia bagi memudahkan ia dipindahkan ke bunga Hoya yang lain.

1.1.1 Populasi, Komuniti dan SpesiesPopulasi ialah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama hidup dan membiak di kawasan yang sama. Contohnya populasi Hoya ini. Di dalam taman Hoya yang telah kami lawati, kami dapati di sekitar kawasan tersebut terdiri daripada beeberapa spesies hoya, di mana ada tumbuhan hoya yang berwarna oren, merah dan putih. Nama saintifik bagi ketiga-tiga tumbuh-tumbuhan hoya ini ialah hoya multiflora, hoya sigillatis dan hoya imperiallis seperti yang terdapat di bahagian spesies hoya di bawah.

1.1.2 KomunitiKomuniti pula bermaksud beberapa populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan saling bersandaran antara satu sama lain. Contohnya disini, populasi Hoya hidup bersama-sama dengan populasi tumbuh-tumbuhan renek, tumbuh-tumbuhan, serangga dan burung-burung yang tinggal bersama di kawasan sekitarnya. Ada di kalangan tumbuhan hoya yang hidup di taman ini hidup menumpang di pohon yang telah mati seperti di dalam gambar sebelah. Hal ini kerana tumbuhan hoya ini dikenali sebagai tumbuhan pemanjat. Namun demikian tidak semua daripada tumbuhan hoya ini bersifat pemanjat, hal ini kerana ada juga di antara tumbuhan ini yang tumbuh di atas tanah dan tumbuh sebagai pokok renek.

1.1.3 SpesiesSpesies ialah sekumpulan organisma yang mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk yang sama. Organisma ini boleh saling membiak. Berdasarkan kajian tumbuhan Hoya ini mempunyai lebih kurang 200 spesies Hoya. Namun apa yang ada di taman Hoya hanya tiga spesies sahaja iaitu Hoya Multiflora, hoya jenis ini merupakan hoya yang suka menumpang pada pokok lain (epifit). Bunganya terletak pada hujung dahan dan berbeza dengan yang lain kerana corak pertumbuhan kumtumnya yang atypical.

Spesies hoya yang kedua ialah Hoya Sigillatis. Hbaitat semula jadi bagi hoya ini adalah daripada Sabah, Malaysia. Ia mula mula sekali dinamakan H.hasseltis. Kelihatan seolah-olah seperti tanaman yang agak rapuh tetapi sebenarnya lebih tegap. H.Sigillatis ini boleh tumbuh subur dan besar dalam campuran tanah yang poros .

Spesies hoya yang ketiga dikenali sebagai Hoya Imperiallis. Hoya jenis ini dikenali sebagai tumbuhan pemanjat yang cantik dengan daun yang besar dan tepi daunnya berombak . Bunganya merupakan di antara bunga Hoya yang terbesar, boleh mencapai 7 cm diameter. Bunga terletak dalam satu jambak di mana terdapat 6 hingga 10 bagi setiap jambak. Hoya ini memerlukan cahaya matahari penuh untuk tumbuh dan berbunga dengan lebih baik.

1.2 Pola Interaksi Antara Komponen Biotic Dan Abiotik1.2.1 DEFINISI BIOTIK DAN ABIOTIKA) BIOTIK Biotik dapat didefinisikan sebagai benda-benda hidup yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan dan manusia. Di dalam komponen biotik terdapat beberpa pengkategorian, iaitu pengeluar, pengguna dan juga pengurai. Tumbuhan di dalam komponen ini berperanan sebagai pengeluar yang membekalkan makanan yang utama khusunya kepada komponen biotik yang lain. Tumbuhan mempunyai kebolehan untuk menghasilkan makanan mereka endiri melalui proses fotosintesis. Namun begitu, tumbuh-tumbuhan sangat bergantung dengan cahaya matahari untuk melakukan proses penghasilan makanan. Selain daripada itu, tumbuhan juga memerlukan zat-zat galian dari tanah dan juga air untuk membolehkan proses fotosintesis berlaku. Oleh itu tumbuhan sangat bergantungan dengan peskitaran abiotiknya. Bagi kategori pengguna pula, haiwan dan manusia berada di dalam kategori ini. Terdapat tiga kumpulan utama yang berada di dalam kategori ini iaitu herbivor atau pengguna primer yang memakan tumbuhan seperti ulat, serangga dan kambing. Bagi pengguna sekunder pula ianya terdiri daripada binatang yang memakan daging sahaja atau lebih dikenali sebagai karnivor, haiwan yang memakan daging terdiri daripada harimau, ular, singadan buaya. Manusia pula dapat dikategorikan sebagai pengguna tertier ataupun dapat dikategorikan sebagai omnivor kerana manusia memakan daging dan juga tumbuhan. Kumpulan pengurai yang lebih dikenali sebagai saprolit terdiri daripada bacteria, kulat dan jenis hidupan protozoa. Organisme pengurai ini akan menghuraikan bahan-bahan organic dan dalam proses tersebut akan terbentuk nutrien-nutrien bukan organic seperti nitrogen, karbon dan potassium yang sangat berguna untuk pertumbuhan dan pembesaran tumbuhan yang beperanan sebagai pengeluar.

B) ABIOTIK Komponen abiotik pula merupakan komponen yang terdiri daripada benda-benda bukan hidup yang membentuk alam persekitaran di sekeliling. Komponen ini terdiri daripada cahaya matahari, air, udara, tanah dan mineral yang terdapat di dalam tanah. Kesemua unsur ini amat diperlukan oleh kumpulan biotik terutamanya di dalam meneruskan kelangsungan hidup.

C) INTERAKSI DI ANTARA BIOTIK DAN ABIOTIK. Secara umumnya, biotik sangat bergantung dengan ambiotik untuk meneruskan kelangsungan hidup. Keadaan ini telah mewujudkan interaksi secara langsung mahupun tidak langsung di antara kedua-dua komponen ini. Misalnya hidupan air ataupun hidupan marin memerlukan untuk hidup khusunya mendapatkan oksigen. Keadaan ini juga berlaku kepada manusia di mana kita memerlukan udara untuk bernafas. Manusia juga memerlukan air untuk digunakan di dalam kehidupan seharian. Bagi tumbuhan pula, cahaya matahari, sumber mineral dan juga air amat penting untuk melakukan proses fotosintesis. Selain daripada itu interaksi di antara kedua-dua komponen ini dapat dilihat di dalam fungsi matahari yang menjadi punca tenaga yang utama di dalam rantaian ataupun siratan makanan. Hal ini kerana, tumbuhan memerlukan matahari sebgai sumber tenaga untuk melakukan proses fotosintesis, jika tumbuhan tidak mendapat cahaya yang tidak cukup maka tumbuhan tersebut akan mati. Apabila tumbuhan yang bertindak sebagai pengeluar telah bekurangan maka sepsis seperti karnivor, herbivor mahupun manusia akan mengalami masalah di dalam mendapatkan sumber makanan. Oleh itu, interaksi di antara kedua-dua komponen ini adalah amat penting untuk dikekalkan dan distabilkan.

D) INTERAKSI BUNGA HOYA (BIOTIK) DENGAN KOMPONEN ABIOTIKNYA. Bagi kajian yang telah dijalankan, interaksi di antara bunga Hoya dan komponen abiotik dapat kita peratikan dengan jelas. Memandangkan bunga Hoya merupakan sepsis tumbuhan maka, ia amat memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis. Selain daripada itu, bunga Hoya juga memerlukan sumber air dan zat-zat mineral untuk terus membesar. Selain daripada itu, bunga Hoya juga merupakan tumbuhan yang menjadi penumpang kepada tumbuhan yang lain atau dapat kita klasifikasikan sebagai prasit.

1.3 Pendekatan Fungsiona: Pengguna, Pengurai, PengeluarTaman Hoya merupakan salah satu taman hiasan yang terdapat di Taman Pertania. Walaupun dikelompokkan dalam taman hiasan, namun masih wujud sebuah ekosistem taman yang dapat dilihat melalui pendekatan fungsional. Pendekatan ini mengambil kira fungsi pengeluar, pengguna dan pengurai dalam sesebuah ekosistemtaman tersebut. Berdasarkan kajian lapangan yang telah kami lakukan, kami mendapati pendekatan fungsional jelas dapat dilihat dalam ekosistem taman ini. Seperti mana yang kita ketahui, dalam sebuah ekosistem, wujud satu pola interaksi antara komponan abiotik dan biotik di dalamnya yang saling berkaitan antara satu sama lain. Dalam pendekatan fungsional, kedua-dua komponen tersebut memainkan peranan masing-masing dan saling memerlukan supaya ekosistem yang wujud di dalamnya tidak terjejas. Komponen biotik terdiri daripada organisma hidup iaitu pengeluar, pengguna dan pengurai. Manakala komponen biotik pula terdiri daripada benda yang bukan hidup seperti air, udara, tanah dan cahaya matahari. Melalui kedua-dua komponen ini, dapat dilihat pendekatan fungsional dalam ekosistem tersebut khususnya bagaimana pengeluar, pengguna dan pengurai memainkan peranan masing-masing dalam sesebuah ekosistem taman hoya tersebut.Pendekatan fungsional dapat dilihat dengan jelas melalui fungsi komponen pengeluar di kawasan Taman Hoya tersebut ialah cahaya matahari, tanah dan juga pokok di tempat bunga tersebut menumpang. Melalui pemerhatian yang kami lakukan, bunga ini memanjat ataupun menjalar di pokok-pokok lain untuk mendapatkan cahaya matahari iaitu salah satu komponen abiotik (Evelyn Lim Ai Lin, 2001). Malah, tanah juga merupakan salah satu pengeluar kepada bunga Hoya ini kerana ada spesies hoya yang memerlukan tanah. an oleh pengguna primer iaitu haiwan herbivor seperti tupai, rama-rama, ulat, dan labah-labah. Maka, dapat dilihat wujud pendekatan fungsional apabila bunga Hoya ini menjalar di pokok-pokok untuk mendapatkan cahaya matahari dan juga nutrien untuk terus hidup. Seterusnya, bunga Hoya menjadi pengeluar kepada pengguna primer seperti belalang, kumbang dan juga lebah. Akhir sekali ialah komponen pengurai atau pereput yang berperanan dalam mengurai dedaun. Antara agen yang terlibat ialah semut, serangga, dan bakteria. Berdasarkan kajian yang kami jalankan, kami tidak dapat melihat agen pengurai dengan jelas disebabkan ketiadaan bungan tersebut di Taman Hoya.1.4 Keseimbangan Dalam Ekosistem

Keseimbangan ekosistem dapat didefinisikan sebagai suatu keadaan interaksi antara komponen-komponen yang berada didalamnya. Biasanya keadaan yang seimbang berlangsung dalam keadaan yang harmonis. Keseimbangan ekosistem hutan sangat penting untuk memelihara, melindungi dan mengekalkan sumber tumbuh-tumbuhan dan hidupan.Menerusi kajian yang kami jalankan di Taman Hoya didapati ekosistem yang terdapat ditaman tersebut adalah ekosistem binaan atau buatan. Ekosistem binaan atau buatan adalah suatu keadaan ekosistem yang direka oleh manusia yang diciptakan bagi memenuhi berbagai keperluan. Dalam ekosistem binaan atau buatan ini didapati manusia dengan sengaja mengubah suatu ekosistem tersebut dengan menciptakan suatu ekosistem yang khusus dibuat untuk kepentingan pertanian. Disebabkan keadaan ini maka manusia harus mengambil tindakan yang berterusan bagi mengelolakan dan mengembangkan lingkungan agar sesuai dengan keperluan dalam erti kata lain manusia harus memastikan bahawa ekosistem ini sentiasa berada dalam keadaan yang harmonis agar tumbuh-tumbuhan ini dapat menyesuaikan dengan keadaan yang telah direka. Misalnya, kita dapat melihat peranan pekerja taman yang bertanggungjawab untuk memastikan kelansungan tumbuh-tumbuhan dengan menyiram tanaman sebanyak dua kali sehari. Seterusnya, apabila ditinjau didapati ekosistem binaan yang terdapat di taman Hoya adalah bersifat seimbang. Ini kerana terdapat serangga kecil seperti kumbang, belalang, dan lebah yang menjadikan bunga dan tumbuhan tersebut sebagai makanan mereka dan ini membuktikan bahawa interaksi antara tumbuhan dan serangga itu telah wujud. Secara ringkasnya, tahap kesimbangan bagi taman Hoya dapat dikategorikan pada tahap sederhana. Hal ini kerana pengurusan taman bungaan memerlukan tindakan dan perhatian yang berterusan bagi memastikan bunga-bunga Hoya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan yang telah direka manusia

1.5 Kejayaan Taman Pertanian Sabah Mengekalkan Kelestarian Flora Dan Fauna Sebagai Tatapan Umum.

Berdasarkan daripada pemerhatian kami, penjagaan taman ini adalah amat sukar dilaksanakan. Hal ini adalah kerana, Taman Pertanian diancam oleh serangan serangga perosak, dan ekoran daripada tindakan tidak bermoral pengunjung. Justeru itu, pihak Taman Pertanian Sabah telah mengambil inisiatif dengan menanam sampel tanaman di kawasan atas bukit bagi menggantikan tanaman yang telah rosak.Kejayaan Taman Pertanian Sabah dalam Persidangan Orkid Dunia 2011 membuktikan bahawa mereka sememangnya berusaha keras bagi memastikan Taman tersebut bukan setakat menjadi tatapan mahupun kunjungan semata-mata. Sebaliknya, mereka sememangnya mengambil berat tentang keseimbangan alam sekitar dengan menjaga dan memelihara setiap tumbuhan yang terdapat di sana.Pemeliharaan tersebut dapat pihak Taman Peritanian laksanakan ekoran daripada kos peyelengaraan yang dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Pertanian Negeri Sabahyang mana peruntukan sebanyak RM 1.8 juta setahun telah diberikan kepada Taman Pertanian Sabah. Secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan bahawa Taman Pertanian ini telah berjaya dalam mengekalkan kelestarian flora dan fauna.