Kajian Kumpulan 525

download Kajian Kumpulan 525

of 19

description

contoh plg 525

Transcript of Kajian Kumpulan 525

1

Sekapur SirihMasyarakat yang maju dan saintifik adalah hasrat wawasan 2020 . Masyarakat yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih baik. Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang lebih baik. Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif yang dikehendaki amat penting.Menurut Carnall ( 1991 ) perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap organisasi adalah perubahan. Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi pasti akan menghadapinya. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari serta persaingan antara kelompok.Pihak yang ingin membuat perubahan secara lansung akan berhadapan dengan pelbagai rintangan . Perubahan yang ingin dilakukan melibatkan pelbagai implikasi positif dan negatif yang dijangka dan yang tidak dapat diramalkan. Sekiranya perubahan yang ingin dilakukan tidak telus, penolakan dan sabotaj akan terjadi.Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd najib , 1997 )

Berikut ialah beberapa objektif perubahan pendidikan Mengurangkan konflik Meningkatkan daya pengeluaran Meningkatkan motivasiMichael Fullan (1998 ) menyatakan secara ringkas faktor yang menekan kepada perubahan dasar pendidikan iaitu: Pendidikan dilihat mampu menyelesaikan apa sahaja masalah. Masyarakat mahukan setiap anggotanya bijak menghadapi sebarang risiko dan tidak mahu ketinggalan. Pendidikan menjadi sasaran perubahan terpenting. Tekanan luar yang dibawa masuk seperti pengimportan teknologi baru dan nilai serta penghijrahan penduduk

1.0 Pengenalan Kumpulan Kajian PLG 525 Tahun 2010

Kumpulan kami terdiri daripada empat pelajar Sarjana Pentadbiran dan Pengurusan. Kami telah berbincang dan mengambil keputusan untuk melakukan satu kajian perubahan dalam organisasi pendidikan yang dikenali sebagai Sekolah Penanda Aras atau Benchmark School. Ahli kumpulan semuanya merupakan warga pendidik yang mempunyai latar belakang yang agak menarik dan berbeza. Berikut ialah pengenalan ringkas setiap ahli kumpulan :1. En Tan Eng Choung (ketua kumpulan) Bertugas di SMK Lunas dan merupakan seorang guru Bahasa Inggeris Tingkatan 5. ( add if you have more) 2. Pn Puvaneswari Vadivelloo Bertugas di SMK Alma Bukit Mertajam, merupakan guru Bahasa Inggeris PMR, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Ting 5. Guru Cemerlang Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan Jurulatih Utama negeri Pulau Pinang. Penulis buku dan ABM subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. 3. Pn Lee Pin Looi ( add about yourself)4. Cik Ong Ai Lean ( add about yourself)

2.0 Sejarah Kelahiran Sejarah Sekolah Penanda Aras

Pada tahun 1970, Irene W. Gaskins, Ed. D. telah menemui sekolah penanda aras. Pada masa itu, sekolah penanda aras dijalankan sebagai satu program kecil dan sambilan. Program ini dijalankan di dalam kelas. Di bawah pimpinan beliau, program ini bertukar menjadi sekolah yang beroperasi secara bersendirian dan sepenuh masa. Ia terletak di kampus yang berukuran 23 akra dan dikeliling oleh pokok-pokok. Irene Gaskins memegang jawatan sebagai pengetua sekolah tersebut.

Pada tahun 2007, beliau meletak jawatan sebagai Ketua sekolah tersebut tetapi beliau masih meneruskan usaha mengadakan dan mengendalikan kajian dalam bidang literasi dan kajian berasaskan arahan. Beliau juga selalu dijemput untuk menerbitkan hasil dapatan kajian beliau dalam jurnal ilmiah.

Usaha Dr Irene Gaskins turut dibantu oleh Dr Robb. Beliau turut memberi komitment terhadap kajian berasaskan arahan. Kajian berasaskan arahan ini telah akhirnya menjadi dasar pendidikan bagi Sekolah Penanda Aras atau Benchmark School.

Sekolah penanda aras telah dipilih sebagai sebuah sekolah dasar yang menunjukkan keunggulan dalam pendidikan Amerika. Pada tahun 1988 dan 1991, Sekolah penanda aras telah menerima geran daripada James S. McDonnell Foundation. Tujuannya adalah untuk mengembangkan program-program berasaskan ilmu pengetahuan kognitif yang memberi penekanan pada cara belajar. Kemudiannya, sekolah itu bertukar nama menjadi Sekolah Aplikasi Kebangsaan Foundation.ListenRead phonetically3.0 Latar Belakang Sekolah Penanda Aras di MalaysiaDunia pendidikan mestilah peka dengan dunia luaran. Michael Fullan menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku di sekeliling dunia pendidikan menjadi tekanan lansung kepada pengurusan sekolah. Goodland mendapati sekolah selalu menjadi sasaran perubahan. Guru pula dilihat sebagai agen perubahan minda. Institusi pendidikan bukan sesuatu yang jumud dan tidak boleh berubah. Pendidikan bukanlah katak di bawah tempurung. Sebaliknya pendiidikanlah yang berperanan membawa manusia keluar daripada tempurung. Pengurusan institusi pendidikan mestilah berganjak kepada perspektif baru supaya dapat berperanan secara signifikan dan berkesan dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekelilingnya.Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Berdasarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sesebuah institusi harus memberi fokus untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan tersebut dengan membentuk kluster kecemerlangan sekolah berasaskan bidang khusus (niche area). Sekolah yang dikenalpasti daripada kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia..... Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia, (2009 ), Dengan adanya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, maka sekolah-sekolah penanda aras telah diwujudkan di seluruh Malaysia.

Program Sekolah Penanda Aras adalah salah satu kaedah yang boleh membantu melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Penanda aras merupakan satu proses berterusan atau istiqamah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai serta melaksanakan amalan terbaik sesebuah organisasi (sekolah). Sedia dimaklumi, beberapa sekolah yg dianggap tersohor di negara kita sering dilawati oleh pelawat dari kalangan orang pendidikan. Sekolah yang sering dilawati pastinya memiliki ciri-ciri kekuatan yg menjadi tarikan pengunjung ke sekolah tersebut. Menyedari hakikat tersebut Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang memulakan usaha-usaha perlu bagi mewujudkan SEKOLAH PENANDA ARAS ke arah mencapai matlamat & objektif dalam pembangunan pendidikan.

3.1. Senarai Sekolah Penanda Aras Di Malaysia

NegeriSekolah

Perlis1. Sekolah Kebangsaan Sena2. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra3. Sekolah Menengah Kebangsaan Derma

Kedah1. Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang2. Sekolah Menengah Kebangsaaan Kulim3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim5. Sekolah Menengah Sains Pokok Sena

Pulau Pinang1. Sekolah Menengah Kebangsaan Teluk Bahang2. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George3. Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin4. Sekolah Menengah Kebangsaan Abdullah Munsyi5. Sekolah Menengah Kebangsaan Alma, Bukit Mertajam.6. Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Jit Sin Bukit Mertajam7. Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir, Kepala Batas

Perak 1. Sekolah Kebangsaan Seri Bayu2. Kolej Melayu Kuala Kangsar3. Sekolah Convent Kota Taiping4. Sekolah Menengah Vokasional Seri Manjung5. Sekolah Menengah Clifford6. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak7. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Menteri8. Sekolah Tuanku Abdul Rahman9. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan

Selangor1. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman2. Kolej Islam Sultan Alam Shah3. Sekolah Seri Puteri4. Sekolah Sultan Alam Shah5. Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint6. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman7. Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu

Kuala Lumpur1. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki2. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara 3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 14. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara5. Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria6. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Selatan

Melaka1. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah2. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Dol Said

Negeri Sembilan1. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR)2. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)3. Sekolah Dato Abdul Razak

Pahang1. Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya2. Sekolah Kebangsaan Seri Biram3. Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib4. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan5. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan

Terengganu1. Sekolah Kebangsaan Kuala Besut2. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik3. Sekolah Menengah Kebangsaan Matang4. Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud5. Sekolah Menengah Sains Dungun

Johor1. Sekolah Kebangsaan Kangkar Pulai 22. Sekolah Tun Fatimah3. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 4. Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi5. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Segamat6. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat

Sarawak1. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah2. Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia

Sabah1. Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura2. Sekolah Menengah Sains Sabah Kota Kinabalu

Kelantan1. Sekolah Zainab (2) Kota Bharu2. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 23. Sekolah Menengah Pasir Puteh4. Sekolah Menengah Kam5. Sekolah Menengah Dato Ahmed Maher6. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhamad Faris Petra

(* Cuma sebahagian nama sekolah penanda aras ditulis di sini)

4.0 Kajian Kes.Sehubungan dengan itu satu kajian kes telah dilakukan oleh kumpulan kami terhadap perubahan yang berlaku dalam sekolah penanda aras.. Sekolah pilihan kami ialah : SMK Alma Bukit Mertajam yang telah mendapat taraf Sekolah Penanda Aras bagi subjek Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan Sekolah Menengah Pulau Pinang pada tahun 2009. Melalui kajian ini kami akan menumpukan perhatian pada aspek-aspek perubahan yang telah dilalui oleh sekolah tersebut sebagai Sekolah Penanda Aras. Kajian ini dilakukan berdasarkan perubahan dalam satu sekolah sahaja.

4.1 Profil Sekolah : Satu kajian perubahan dalam organisasiSekolah Penanda Aras pilihan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Alma. Sekolah ini terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Profil sekolah : Nama sekolah : SMK ALMA BUKIT MERTAJAMAlamat sekolah : SMK Alma, Jalan Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Tahun ditubuhkan: 1995Pengetua kini : Pn Manisha bt AhmadJumlah guru : 80Jumlah murid 1500 Subjek : PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan : Puvaneswari Vadivelloo

5.0 ABSTRAK

Kajian kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan terhadap 70 orang guru yang dipilih secara rawak di SMK Alma, Bukit Mertajam. Instrumen-instrumen kajian yang digunakan adalah melalui pemerhatian dan borang selidik berskala Likert. Item-item soal selidik ini direka sendiri oleh pengkaji. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian mendapati, guru di SMK Alma ini telah mengetahui kewujudan Sekolah Penanda Aras dan dapat menerima perubahan yang dilakukan dalam menghadapi persaingan dengan sekolah-sekolah Penanda Aras yang lain. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam menerima perubahan setelah mendapat penarafan sebagai Sekolah Penanda Aras di kalangan guru. Analisis ujian-t juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran guru setelah menerima perubahan.

Keberkesanan pengajaran banyak bergantung kepada sejauh mana guru berjayamencapai objektif pengajarannya dalam membantu murid-murid belajar apa yangdiajarkan. Justeru, guru merupakan penggerak dan pendorong utama kepadasemua proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.Kedua-dua peranan tersebut amat penting dalam usaha meningkatkan keinginanmurid untuk terus menerokai pengetahuan baru yang kadangkala menjangkauibatasan keupayaan murid untuk belajar. Oleh itu, guru harus menggunakan segalakemahiran yang ada untuk menarik minat murid, bukan sahaja untuk meneruskanproses pembelajaran, malah melangkah batasan keupayaan optima mereka untukbelajar. Selain dapat membantu murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajarandengan lebih mudah, guru juga perlu prihatin terhadap perkembangan dankeperluan semasa murid (Juliawati 2006; Ruslin et al. 2003).

6.0 Pernyataan MasalahMenurut Wan Mohd Zahid (1996), sistem pendidikan perlu bersifat dinamik. Maka, reformasi pendidikan terpaksa dilakukan untuk memenuhi kehendak semasa. Lantaran itu, pada tahun 2002, sistem pendidikan di Malaysia telah dirombak berikutan kepentingan serta keperluan dalam menghadapi arus globalisasi. Pada abad Ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan. Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai Wawasan 2020. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran. Dalam tempoh 10 tahun akan datang KPM berhasrat :- Membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia yang maju Memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada tahun 2020 Demi mencapai matlamat ini, sekolah penanda aras telah diwujudkan untuk memastikan sesebuah institusi pendidikan dapat melakukan perubahan untuk melonjak ke tahap kecemerlangan pendidikan.

7.0 OBJEKTIF KAJIAN

8.0 HIPOTESIS KAJIAN

Sebanyak dua hipotesis nol dibina bagi menjawab soalan-soalan kajian yangdicadangkan, iaitu:Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan guru dalam menerima perubahan setelah mendapat penarafan sebagai Sekolah Penanda Aras .Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya pengajaran guru setelah menerima perubahan

9.0 REKA BENTUK KAJIANPenyelidikan ini ialah satu kajian yang berbentuk tinjauan menggunakan soalselidik sebagai alat kajian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal perubahan yang telah dialami di SMK Alma Bukit Mertajam sejak menerima taraf sebagai Sekolah Penanda Aras Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Oleh itu, aspek demografiguru diambil kira dalam mengenal pasti perubahan yang diterima oleh mereka. Antara aspek demografinya ialah jantina, bangsa, umur, pengalaman mengajar dan jawatan. Alat kajian berbentuk soal selidik diedarkan kepada sampel kajian dan kemudiannya dikumpulkan untuk dianalisis.

10.0 SAMPEL KAJIANJadual 1 menunjukkan sampel kajian yang terdiri daripada para guru di SMK Alma Bukit Mertajam. Seramai 70 orang sampel kajian telah dipilih daripada 80 orang guru di SMK Alma Bukit Mertajam. (Data SMK Alma Bukit Mertajam, September 2010).

JADUAL 1. Jumlah guru di SMK Alma Bukit Mertajam.

Jantina/ Bangsa

MelayuCinaIndia

Lelaki180102

Perempuan480308

Jumlah 660410

BIBLIOGRAFI

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur. Mc Graw Hill. Grasha, A.F. & Hicks, N.Y. 2000. Intergrating teaching styles and learning styles with instructional technology. College Teaching 48(1): 2-15. Grasha, A.F. 1996. Teaching with styles: A practical guide to enhance learning by understanding learning and teaching styles. NewYork: Alliance Publisher. High performance schools benchmark of educational excellence (2009) dipetik pada September, 2, 2010 daripada http://www.mysinchew.com/node/31386 History-Benchmark School (n.d) dipetik pada September, 2, 2010 daripada http://www.benchmarkschool.org/history.html Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepimpinan dan Keberkesana Sekolah. DEB Kuala Lumpur. Jaafar Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala Lumpur. Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur. Mc Graw Hill. Prosiding Pendidikan Negara Abad ke-21, hlm. 10-23. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2010. (2010) dipetik pada September 2, 2010daripadahttp://www.jpnns.gov.my/utama/index.php?option=com_content&view=article&id=46:sekolah-berprestasi-tinggi-2010&catid=35:berita-pendidikan&Itemid=154 Wan Mohd. Zahid. 1996. Dasar pendidikan kebangsaan: Ke arah pemantapan dan pelaksanaan dasar pendidikan negara selaras dengan tuntutan Wawasan 2020.

Lampiran 1.

Antara perubahan dalaman yang dilalui oleh Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan di SMK Alma Bukit Mertajam ialah :

Mengukuhkan pengurusan Panitia Mata PelajaranMeningkatkan motivasi & keyakinan diri guru melalui aktiviti pembangunan profesional yg dirancang panitia tersebut sepanjang tahunMemantapkan keberkesanan P&P guru-guru melalui penyediaan perancangan strategik mata pelajaran

Puv. usm2010. Sumber manusia juga menjadi penentu kejayaan perubahan. Kemahiran tinggi beserta intelektual yang tinggi menjadikan seseorang itu menerima perubahan yang ingin dilakukan. Pembelajaran dalam perubahan akan mewujudkan sikap positif terhadap perubahan. Mengaplikasikan & menggunakan tenaga JU atau guru cemerlang dlm membawa perubahan kpd sekolah terpilih. Perubahan dilakukan utk memantapkan lagi keberkesanan P&P. Perubahan ini akan dilakukan peringkat demi peringkat utk dikembangkan sepenuhnya.

Puv. usm2010.Inovasi yg membawa perubahan dlm P&P perlu dilaksanakan utk perubahan sekolah tersebut. Inovasi yg direkacipta perlu diaplikasikan dlm organisasi yang seterusnya akan membawa perubahan di luar organisasi (persekitaran).

Puv. usm2010.