Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

13
Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013 1.0 DEFINISI GAYA PEMBELAJARAN Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, gaya bermaksud cara atau kelakuan. Gaya bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau cara pembelajarannya. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memperoses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip. Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang degemari oleh sseorang pelajar. Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through Their Individual Leaning Style: A Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati sesuatu maklumat atau kemahiran baru. Di dalam buku mereka Leaning Style Inventory development dan Research (1982), Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana unsur-unsurndaripada lima ransangan, iaitu persekitaran, emosi, social, fisiologi dan psikologi, dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 1

Transcript of Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

Page 1: Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013

1.0 DEFINISI GAYA PEMBELAJARAN

Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, gaya bermaksud cara atau kelakuan. Gaya

bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau

cara pembelajarannya. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah

cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memperoses maklumat untuk

membentuk konsep dan prinsip.

Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang degemari

oleh sseorang pelajar. Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through

Their Individual Leaning Style: A Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai

cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati

sesuatu maklumat atau kemahiran baru.

Di dalam buku mereka Leaning Style Inventory development dan Research (1982),

Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana unsur-

unsurndaripada lima ransangan, iaitu persekitaran, emosi, social, fisiologi dan psikologi,

dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan

bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya.

Gregorc (1979) , mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang

dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya untuk

berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat

daripadanya.

Garger (1985), menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang

tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam

pembentukan gaya pembelajaran seseorang.

| Error! No text of specified style in document. 1

Page 2: Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013

Slavin (1994) mengaitkan personality dengan gaya pembelajaran dan menyatakan

“Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personality yang berbeza-beza, sama-sama juga

mereka mempunyai pelbagai cara belajar”.

Kesimpulannya gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seseorang

individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan

memperolehi maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diingini.

Gaya pembelajaran adalah hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti

jantina, umur dan personality, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka dan

persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan

sekolah.

1.2 GAYA PEMBELAJARAN KRITIS DAN KREATIF.

1.2.1 Definisi kreatif

Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud kemampuan mencipta.

Pengertian tentang kreativiti yang dikemukakan oleh pakar June King Mc Fee Kreativiti

bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan

perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada

dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea

yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi

makna baru.

E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian,

penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa

mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.

Donald W. Mac Kinnon.(1962) Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta

mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri

| Error! No text of specified style in document. 2

Page 3: Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013

dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan,

kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian.

Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek

penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kitakepada

satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusi rangsangan

tertentu.

Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan  dipupuk di

kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan

naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak

mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka

dalam bentuk dan tahap berbeza  seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.

Gaya pembelajaran kristis dan kreatif ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan

tindakan untuk memperoses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip yang perlu

diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan

hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa

mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan

memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian,

berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan

pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea

dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan

kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan

semula, pengunduran, membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi).

| Error! No text of specified style in document. 3

Page 4: Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013

2.0 GAYA PEMBELAJARAN KRISTIS DAN KREATIF DALAM DIRI.

Setiap individu mempunyai tahap motivasi yang berbeza, berbeza sikap terhadap

pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik

darjah dan amalan pengajaran. Individu belajar dalam berbagai cara dengan melihat dan

mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal,

mengingat dan menggambarkan.

Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan

mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep

dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam

kehidupan (Hargreaves, 1996). Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan

pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan

menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah

tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali

sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, individu

pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan

pengetahuan dan kemahiran. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu

seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses

pembelajaran. Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk

mengenalpasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn dan

Stevenson, 1997). Pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan

dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Klavas (1994) dalam kajiannya mendapati setelah pelajar diperkenalkan dengan gaya

pembelajaran dan menggunakannya telah mendapat keputusan lebih cemerlang. Kajian

berpanjangan (longitudinal) oleh Dunn dan Dunn (1978) menghasilkan satu model gaya

pembelajaran dan mengenalpasti 5 kategori gaya pembelajaran yang diamalkan oleh

individu.. Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh

seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke

arah pembelajaran seumur hidup.

| Error! No text of specified style in document. 4

Page 5: Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013

Perbezaan dalam diri individu boleh dikesan berkait dengan aspek perkembangan fizikal,

mental, emosi dan sosial. Akibatnya setiap individu pelajar mempunyai kepelbagaian dan

kecenderungan gaya belajar yang berbeza, strategi belajar yang berbeza dan kadar

pembelajaran yang berlainan. Ada di antara individu ini mempunyai gaya pembelajaran

yang dominan, dan ada pula yang menggunakan gaya belajar yang berbeza disesuaikan

mengikut persekitaran.

Kajian lepas menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu

didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang

ditekankan oleh guru atau pensyarah. Sarena Abdul Karim (2003) menyatakan sistem

pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal.

Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara

secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud

disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran

mereka. Sangatsedikit pelajar didedahkan dengan model gaya pembejaran dan kemahiran

belajar semasa diperingkat awal persekolahan. Siti Hawa Munji (1987) telah membuat satu

kajian mengkaji kemahiran belajar pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Hasil

kajiannya mendapati kesedaran pelajar UPM tentang penggunaan kemahiran belajar yang

berkesan di kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah.

2.1 Pernyataan Masalah

Mempelajari kemahiran belajar yang sesuai merupakan masalah yang sering

dihadapi oleh pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar selalu

menghadapi masalah untuk mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk

belajar dan selalu tidak sempat habis membaca nota semasa peperiksaan.

Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik para mahasiswa ialah mereka

gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di universiti, di samping

tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul (Baharin Abu, 2000, 2003; Abdul Ghani

Awang, 1996).. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di

| Error! No text of specified style in document. 5

Page 6: Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013

antara satu sama lain. Justeru kajian ini dibuat untuk mengkaji gaya pembelajaran, kritis

dan kreatif dalam diri.

2.2 Objektif Kajian

Terdapat 2 objektif disediakan dalam kajian ini, iaitu

1. Mengenal pasti gaya pembelajaran kristis dan kreatif dalam diri sendiri .

2. Menentukan tahap kemahiran belajar .

2.3 Persoalan Kajian

Berikut adalah persoalan kajian yang dibina bagi menjawab objektif yang disediakan.

1. Apakah gaya pembelajaran kritis dan kreatif yang diamalkan .

2.4 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada peningkatan

pembelajaran seseorang.

2.5.1 Laporan

Gaya pembelajaran kritis dan kreatif yang dimiliki oleh saya ialah Gaya Pembelajaran Aktivis.

Gaya Aktivis di kategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman dan ’obses’

terhadap kaedah berpasukan. Mereka juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru Kehidupan

mereka adalah aktif dan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman

baru, yang mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci.

Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya. Mereka

kebiasaanya menyelesaikan masalah melalui kaedah sumbangsaran. Golongan aktivis adalah

golongan yang kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea serta jalan penyelesaian yang kreatif.

| Error! No text of specified style in document. 6

Page 7: Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013

3.0 REFLEKSI CIRI KRITIS DAN KREATIF DALAM GAYA PEMBELAJARAN

Menulis nota merupakan aktiviti yang sangat penting kepada saya . Kemahiran

mencatat nota yang efektif penting dalam proses pembelajaran di universiti kerana kuliah

yang disampaikan oleh pensyarah merupakan sumber maklumat paling utama bagi saya.

Teknik pengambilan nota boleh atau perlu dipelajari (Jabar Ibrahim, 1992). Kemahiran

menulis nota yang betul amat diperlukan bagi sistem pembelajaran di universiti yang

memerlukan daya usaha sendiri. Kemahiran menulis nota yang betul sambil mendengar

penerangan pensyarah. Selain itu, Siti Hawa Munji (1987) juga mengatakan nota pelajaran

di universiti tidak hanya terhad kepada nota kuliah yang diberi oleh pensyarah sahaja.

Maklumat tambahan juga boleh didapati daripada buku rujukan yang lain, jurnal ataupun

rencana suratkhabar. Oleh itu, saya perlu mengamalkan cara penyimpanan nota yang

bersistematik untuk memudahkan diri sendiri semasa mengulangkaji. Menurut Carmen dan

Adams (1984), menulis nota mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:

Nota yang tersusun memudahkan saya mengenalpasti idea utama. Pen merupakan alat yang

utama dalam menulis nota. Sebelum menulis nota perlu menyediakan ruang untuk mencatat

komen ketika ulangkaji. Mencatat nota dalam bentuk yang ringkas dan dapat difahami.

Menggunakan perkataan tertentu dengan simbol yang mudah difahami. Mencatat nota

untuk diri sendiri dan sebarang modifikasi, bentuk, lakaran dan sebagainya boleh digunakan

mengikut kefahaman individu.

Selain itu, penggunaan peta minda yang saya gunakan amat berkesan kepada saya

kerana penggunaan peta minda mempunyai pelbagai kebaikan kepada saya. Pertama sekali,

ianya dapat meningkatkan daya ingatan saya terhadap sesuatu topik dengan mudah dan

menjimatkan masa saya dalam mengulang kaji pelajaran. Penggunaan peta minda juga

memudahkan saya untuk memahami sesuatu konsep. Selain itu, penggunaan peta

mindatelah membantu saya dalam mendapatkan gambaran secara keseluruhan topik yang

saya pelajari.

Pada pendapat saya, teknik belajar secara berkumpulan mempunyai beberapa

refleksi terhadap diri saya terutama dalam meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Belajar

dalam kumpulan dapat meningkatkan semangat saya untuk belajar. Persaingan antara ahli

| Error! No text of specified style in document. 7

Page 8: Kajian gaya pembelajaran kreatif dan kritis

Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013

kumpulan telah memberi semangat kepada saya untuk terus meningkatkan prestasi saya

setanding dengan ahli kumpulan saya yangt lain. Gaya ini juga telah membantu saya dalam

meningkatkan daya ingatan saya kerana kadang-kadang semasa menduduki peperiksaan

saya sering terlupa maklumat penting dalam menjawab soalan. Masa inilah saya akan cuba

mengingat semula akan segala topik yang kami bincangkan di dalam kumpulan kami lantas

dapat menjawab soalan tersebut.

| Error! No text of specified style in document. 8