KAITAN ETIKA GURU DAN PERSPEKTIF SOSIAL...
Transcript of KAITAN ETIKA GURU DAN PERSPEKTIF SOSIAL...
MOHD NAJIB BIN HALIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian syarat penganugerahan ijazah
Sarjana Pendidikan (Pengukuran dan Penilaian)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
JUN 2012
KAITAN ETIKA GURU DAN PERSPEKTIF SOSIAL PEPERIKSAAN
DEDIKASI
Untuk Kedua Ibu Bapa Tercinta
Kejayaan ini adalah untuk kalian
Untuk ibu Zalina Bt Mohd Zaman yang disanjung
Doronganmu sumber inspirasiku
Untuk bak Halil Bin Wasil @Wasir
Jasamu sumber kejayaanku
Untuk sahabat-sahabat seperjuangan yang sentiasa dikasihi
Teruskan Perjuangan
Membangunkan Ummah
Menjadi Insan Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Di dunia dan jua di akhirat
Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan
Segala jasa, doa dan sokongan kalian
Akan dikenang selamanya.
iii
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke
atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya , sahabat-sahabat
dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah kehari kiamat.
Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah
mengizinkan saya menyiapkan Laporan Projek Sarjana ini.
Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Prof. Dr.Mohamed
Najib Abdul Ghafar selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak
memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Juga
penghargaan dan terima kasih kepada pihak Hal Ehwal Pelajar yang sudi
memberi kerjasama yang sewajarnya untuk saya mendapatkan maklumat yang
diperlukan.
Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang telah
menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana ini.
Terima kasih yang tidak terhingga.
iv
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaitan antara etika guru dan perspektif
sosial peperiksaan. Seramai 145 orang guru di sekolah-sekolah sekitar zon Ulu Tiram
dipilih sebagai responden dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Data-data
yang dikumpul telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian computer
SPSS/Window Version 11.5. Penganalisaan dibuat berdasarkan kepada persoalan
kajian. Dapatan kajian memperlihatkan tahap etika guru berada pada tahap
sederhana dengan skor min 3.130. Hanya pembinaan item berada pada tahap tinggi
iaitu skor min 3.805. Pentadbiran ujian berada pada tahan rendah dan peringkat-
peringkat lain seperti perancangan ujian, penskoran, interprestasi skor dan pelaporan
ujian berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian , menunjukan bahawa perspektif
sosial peperiksaan berada pada tahap tinggi. Lima daripada enam konstruk
perspektif sosial peperiksaan yang diukur berada pada tahap tinggi iaitu peribadi,
masyarakat, negara, sekolah dan kerjaya. Hanya perspektif rakan sekerja yang berada
pada tahap sederhana. Min keseluruhan ialah 3.991 dan sisihan piawai 0.383. Secara
keseluruhannya , dapatan kajian menunjukkan, nilai korelasi Pearson , r = -0.238. Ini
menunjukkan terdapat hubungan yang lemah antara etika guru dengan perspektif
sosial peperiksaan manakala nilai p = 0.004 < 0.05. Maka , hipotesis nol ditolak dan
menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara etika guru dengan perspektif
sosial peperiksaan.
v
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the relationship between teacher’s ethic with
examination’s social perspective. The respondents for this study were 145 teachers
from Ulu Tiram who were randomly chosen as respondents through simple random
sampling. The data gathered were processed and analyzed by using software SPSS /
Window Version 11.5. The findings showed the ethic at moderate level with a mean
score were of 3.130. Construction of item was at high level with mean score were
3.805. Adminstration of tests were at a low level and other’s such as test planning,
scoring, interpretation of score and test reportage were at a moderate level. The
findings also showed that examination’s social perspective were at a high level. Five
from six constructs of examination’s social perspective measured were at high level
namely personal, society, country, school and career. Only the perspective of
colleague was at a moderate level. The mean value of examination’s social
perspective was 3.991. Overall , the research showed a correlation value of Pearson,
r = -0.238. There was a weak relationship between teacher’s ethic with
examination’s social perspective while the value of p = 0.004 < 0.05. There was a
significant relationship between ethic in classroom testing with examination’s social
perspective of teachers.
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
TAJUK TESIS i
DEKLARASI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xvi
BAHAGIAN SATU
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN 1
1.1 LATAR BELAKANG MASALAH 5
1.2 PERNYATAAN MASALAH 8
1.3 OBJEKTIF 9
1.4 PERSOALAN 10
1.5 HIPOTESIS 10
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 10
1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN 11
1.8 DEFINISI OPERASI 13
vii
BAHAGIAN DUA
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 PENGENALAN 16
2.2 DEFINISI ETIKA 17
2.3 TEORI ETIKA 19
2.3.1 TEORI UTILITARIANISM 19
2.3.2 TEORI MORAL KANT 20
2.3.3 ETIKA KEPERIBADIAN MULIA 21
2.3.4 KERELATIFAN ETIKA 21
2.3.5 TEORI-TEORI LAIN,FAHAMAN DAN ALIRAN
BERKAITAN ETIKA 22
2.4 ETIKA DALAM PENGUJIAN:PEMBENTUKAN DAN
PENTADBIRAN UJIAN 27
2.4.1 GARIS PANDUAN DALAM PENGUJIAN
2.4.1.1 PERANAN GURU 30
2.4.2 SITUASI-SITUASI ETIKA DALAM PENGUJIAN 32
2.5 PERLANGGARAN ETIKA 33
2.6 PERSPEKTIF SOSIAL PEPERIKSAAN 39
BAHAGIAN TIGA
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 PENGENALAN 41
3.2 REKA BENTUK KAJIAN 42
3.3 PROSUDER KAJIAN 44
3.4 TEMPAT KAJIAN 45
3.5 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN 43
3.6 INSTRUMEN KAJIAN 45
3.6.1 BAHAGIAN A 46
3.6.2 BAHAGIAN B 46
3.6.3 BAHAGIAN C 48
3.6.4 BAHAGIAN D 50
3.7 KAJIAN RINTIS 51
3.8 KAJIAN SEBENAR 52
3.9 ANALISIS DATA
3.9.1 ANALISIS KAEDAH KUANTITATIF 53
3.9.2 ANALISIS INFERANSI 56
BAHAGIAN EMPAT
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.1 PENGENALAN 57
4.2 ANALISIS DESKRIPTIF LATAR BELAKANG 58
4.2.1 JANTINA 58
4.2.2 UMUR 59
4.2.3 TEMPOH PERKHIDMATAN 61
4.2.4 PENGALAMAN GUBAL SOALAN 62
4.2.6 KELAYAKAN AKADEMIK 65
4.3 ETIKA GURU DALAM PENGUJIAN BILIK DARJAH 66
4.3.1 PERANCANGAN UJIAN 67
4.3.2 PEMBINAAN ITEM 74
4.3.3 PENTADBIRAN 79
4.3.4 PENSKORAN UJIAN 86
4.3.5 INTERPRESTASI SKOR 90
4.3.6 PELAPORAN 94
4.4 PERSPEKTIF SOSIAL PEPERIKSAAN 100
4.4.1 PERIBADI 101
4.4.2 MASYARAKAT 103
4.4.3 RAKAN SEKERJA 104
4.4.4 NEGARA 106
4.4.5 SEKOLAH 107
4.4.6 KERJAYA 109
4.6 ANALISIS INFERENSI 112
BAHAGIAN LIMA
BAB 5 PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN 127
5.2 PERBINCANGAN HASIL KAJIAN 128
5.2.1 DEMOGRAFI RESPONDEN 128
5.2.2 PERSOALAN KAJIAN 1 131
5.2.3 PERSOALAN KAJIAN 2 135
5.2.4 PERSOALAN KAJIAN 3 139
5.3 RUMUSAN KAJIAN 141
5.4 CADANGAN 144
5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 147
5.6 PENUTUP 148
RUJUKAN
LAMPIRAN
NO.
JADUAL
TAJUK MUKA
SURAT
3.1 Pengkelasan Skala Likert Dengan Markah Skor 45
3.2 Taburan Item Mengikut Kes Berdasarkan Proses Pengujian
Bilik Darjah
46
3.3 Etika Guru Dalam Pengujian Bilik Darjah 47
3.4 Perspektif Sosial Peperiksaan 48
3.5 Analisis Pembahagian Item 48
3.6 Tahap penilaian responden berdasarkan min 51
3.7 Kaedah penganalisaan data 52
3.8 Pemeriksaan Skala Likert 53
3.9 Perubahan Markat dan Skala 53
3.10 Markat Skala Likert Tiga Mata 53
3.11 Garis Panduan Guilford 54
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut jantina 58
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut umur 59
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut tempoh
perkhidmatan
61
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut pengalaman
mengubal soalan
62
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut hadir kursus 64
4.6 Taburan kekerapan dan peratusan mengikut kelayakan
akademik
65
4.7 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai item 1
68
4.8 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai item 2
69
4.9 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai item 4
70
4.10 Analisis Keseluruhan Bahagian B (Simulasi Kes) 71
4.11 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai perancangan ujian
72
4.12 Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Etika Guru Dalam 74
SENARAI JADUAL
xiii
Perancangan ujian
4.13 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai item 7
75
4.14 Analisis Keseluruhan Bahagian B (Simulasi Kes) 76
4.15 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai pembinaan item
76
4.16 Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Etika Guru Dalam
Pembinaan
78
4.17 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai item 3
80
4.18 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai item 5
81
4.19 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai item 6
82
4.20 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai item 8
83
4.21 Analisis Keseluruhan Bahagian B (Simulasi Kes) 84
4.22 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai
85
4.23 Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Etika Guru Dalam
Pentadbiran
87
4.24 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai
88
4.25 Analisis Keseluruhan Bahagian B (Simulasi Kes) 89
4.25 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai
91
4.26 Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Etika Guru Dalam
Penskoran
92
4.27 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai
92
4.28 Analisis Keseluruhan Bahagian B (Simulasi Kes) 93
4.29 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai
94
4.30 Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Etika Guru Dalam
Interprestasi
95
4.31 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratus ,Min
Dan Sisihan
96
4.32 Analisis Keseluruhan Bahagian B (Simulasi Kes) 96
4.33 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai
98
4.34 Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Etika Guru Dalam
Pelaporan
99
4.35 Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Etika Guru Dalam
Pengujian Bilik
100
4.36 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai mengikut peribadi
101
4.37 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai mengikut masyarakat
103
4.38 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai mengikut rakan sekerja
104
4.39 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai negara
106
4.40 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai sekolah
107
4.41 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus ,min dan
sisihan piawai kerjaya
109
4.42 Min Keseluruhan dan Sisihan Piawai Perspektif Sosial
Peperiksaan
111
4.43 Analisis Korelasi Pearson Hubungan Etika Guru dalam
Perancangan
112
4.44 Analisis Korelasi Pearson Hubungan Etika Guru Semasa
Proses Pembinaan Item
114
4.45 Analisis Korelasi Pearson Hubungan Etika Guru Semasa
Proses Pentadbiran Ujian
115
4.46 Analisis Korelasi Pearson Hubungan Etika Guru Semasa
Proses Penskoran Ujian
117
4.47 Analisis Korelasi Pearson Hubungan Etika Guru Semasa
Proses Interprestasi Skor
119
4.48 Analisis Korelasi Pearson Hubungan Etika Guru Semasa
Proses Pelaporan
120
4.49 Analisis Korelasi Pearson Hubungan Etika Guru Dalam
Pengujian Bilik
121
4.50 Analisis Korelasi Pearson Hubungan Konstruk-konstruk
Etika Guru
124
4.51 Analisis Korelasi Pearson Hubungan Etika Guru Dalam
Pengujian Bilik
128
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK
MUKA
SURAT
4.1
Taburan peratusan mengikut jantina 58
4.2
Taburan peratusan mengikut umur 60
4.3
Taburan peratusan mengikut tempoh perkhidmatan 61
4.4
Taburan peratusan mengikut pengalaman mengubal soalan 63
4.5
Taburan peratusan mengikut hadir kursus 64
4.6
Taburan peratusan mengikut kelayakan akademik 65
xvi
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 PENGENALAN
Pendidikan Malaysia perlu berkembang dalam kapasiti yang mampu memenuhi
keperluan manusia yang semakain kritikal pada masa akan datang sejajar dengan
perubahan drastik dalam dasar-dasar kerajaan, politik dan ekonomi dunia (Halim
Marjunid, 2002). Tambahan pula masyarakat masih meletakkan kepercayaan terhadap
sekolah dan institusi pendidikan lain sebagai satu-satunya tempat paling asas dalam
melahirkan insan yang memiliki kemahiran berfikir seiring perubahan cabaran global
dan ledakan maklumat ( Fischer & King, 1995). Menurut Omar Mohd Hashim (1993),
di beberapa buah negara sekarang ini, penilaian kognitif lebih tertumpu kepada
pengukuran kemahiran berfikir dalam sesuatu ilmu atau mata pelajaran. Menyedari
keperluan itu, Kurikulum Baru Sekolah Menengah dalam sistem pendidikan di negara
ini juga tidak ketinggalan memberi penekanan kepada penilaian kognitif yang
berfokuskan kepada kemahiran berfikir di samping tidak mengabaikan domain-domain
yang lain. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pelajar perlulah
mendapatkan ilmu dan bukan diberikan ilmu. Strategi pengajaran dirangka supaya
2
boleh memupuk pemikiran kritis dan menyuburkan daya kreativiti pelajar. Ini kerana
tugas guru bukanlah hanya untuk menyampaikan ilmu tetapi menggalakan pelajar
berfikir mengenainya.
Peperiksaan merupakan salah satu proses utama dalam sesuatu sistem
pendidikan. Pengujian dan peperiksaan samaada diperingkat rendah, menengah atau
tinggi ditadbir untuk mengukur pencapaian akademik atau kecerdasan seseorang pelajar
dalam pembelajaran. Pihak-pihak berkepentingan termasuk guru, pensyarah mahu pun
Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuat penilaian pencapaian pelajar dan
prestasi akademik berdasarkan keputusan sesuatu peperiksaan (Halim Marjunid,2002).
Penilaian pula merupakan satu aktiviti yang besar ruang lingkupnya dan
mementingkan perkembangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Megawati, 1998). Oleh itu, penilaian dapat memberikan gambaran menyeluruh
mengenai pelajar yang meliputi kognitif, afektif dan psikomotor. Penilaian ialah
perkara yang tidak asing kepada guru-guru. Setiap pengal guru-guru memberikan ujian
kepada murid-murid. Daripada ujian-ujian ini, guru-guru dapat membuat beberapa
keputusan. Guru-guru dapat menyatakan murid yang mana yang mencapai perkara-
perkara yang diajarkan, murid yang mana tinggi sekali dari segi pencapaian, murid
yang mana yang masih menghendakkan latihan yang lebih banyak dan adakah cara
pelajaran itu disampaikan dengan memuaskan. Penilaian juga hanya juga berfokus
kepada ujian dan peperiksaan, para pendidik seperti guru boleh juga mendapatkan
maklumat tentang kemajuan para pelajarnya melalui cara menyoal dari masa ke masa,
latihan-latihan dan kerja rumah. Menurut Stiggins (1991), tinjauan-tinjauan yang
dilakukan terhadap amalan guru di dalam bilik darjah menunjukkan bahawa guru
menggunakan lebih kurang 50 peratus daripada masa bekerja untuk mengukur dan
menilai pencapaian pelajar. Guru terlibat secara langsung dalam memungut,
menganalisis dan menggunakan data yang diperolehi melalui pemerhatian, pengujian
3
dan peperiksaan untuk membuat pertimbangan atau keputusan demi kepetingan pelajar
(Sahari,1999). Jika dihalusi, penilaian ialah sebahagian besar daripada aktiviti
pengajaran yang dilakukan oleh guru-guru yang dilakukan secara kawal dan juga tidak
terkawal. Aktiviti penilaian terkawal seperti ujian dan peperiksaan dan aktiviti penilaian
tidak terkawal yang hanya dapat dilihat dalam aktiviti guru semasa mengajar ( Abu
Bakar Nordin, Bhasah Abu Bakar,2008).
“ Measurement is the assigning of numbers to the results of a test or
other type of assessment according to a specific rule (e.g., counting correct
answers or awarding points for particular aspects of an essay).( M.David
Miller, Robert L.Lin dan Norman E. Gronlund,2009).
Pengukuran ialah satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan
nilai kuantitatif sesuatu perkara, benda atau keadaan. Nilai kuantitatif ini biasanya
dinyatakan dalam suatu unit angka yang tetap dengan menggunkan alat pengukuran
yang berkaitan.( Siti Rahayah Ariffin,2003). Dengan kata ringkas, pengukuran adalah
proses menentukan berapa banyak atau berapkah kuantiti sesuatu perkara, benda dan
keadaan. Skala pengukuran adalah alat yang digunakan untuk tujuan mengukur melalui
angka atau nombor yang mewakili maklumat secara ringkas. Nilai kuantitif atau angka
yang diberikan biasanya mempunyai sifat isomorpik iaitu angka itu bermakna. Sebagai
contoh, pengukuran merupakan satu proses memberi angka kepada atribut atau ciri
yang dikaji seperti penguasaan pelajar dalam sesuatu disiplin. Oleh itu, satu nilai atau
angka akan diberikan berdasarkan penguasaan terhadap disiplin tersebut.
“ Assessment is any system procedure for collecting information that can be
used to make inferences about the characteristics of people or object”(AERA et
al.,1999 in Airisan,2009)
4
Penaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.
Penaksiran boleh didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan
atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran,
merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan
tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam
bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada
pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.
Tujuan penaksiran secara umumnya adalah proses untuk mendapatkan
gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang
dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, mendapatkan maklumat secara
berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran, dan memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran ( Abu Bakar Nordin, Bhasah Abu Bakar,2008).
.
Penaksiran dalam bilik darjah bermaksud proses mengumpulkan dan
menafsirkan maklumat tentang pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat
meningkatkan pembelajaran dan pengajaran ( Abu Bakar Nordin, Bhasah Abu
Bakar,2008) . Tujuan umum penaksiran dalam bilik darjah adalah untuk
mengintegrasikan pengukuran dan penilaian dengan pengajaran. Tujuan ini adalah
berbeza daripada tujuan amalan pengukuran dan penilaian tradisional, di mana tujuan
ujian dan peperiksaan adalah sekadar untuk mengetahui apa yang berjaya dicapai oleh
pelajar dan menetapkan gred pencapaian. Akan tetapi, penaksiran dalam bilik darjah
adalah untuk mendapatkan maklumat bagi mengukuhkan pembelajaran dan pengajaran.
5
1.1 LATAR BELAKANG MASALAH
Peperiksaan ialah perkara yang tidak asing kepada para guru. Guru
menggunakan separuh daripada masanya untuk menyediakan dan menyempurnakan
ujian bilik darjah (Stiggins,1991). Setiap penggal guru-guru memberikan ujian kepada
murid-murid dan daripada ujian tersebut guru dapat membuat beberapa keputusan.
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru yang mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang lemah dalam pengujian dan pengukuran bilik darjah. Kegagalan
membuat pengujian yang baik akan mempengaruhi kualiti pencapaian para pelajar.
Kekurangan pengetahuan tentang pengujian dan etika pengujian juga menyebabkan
kebolehpercayaan dan kesahan ujian tersebut diragui.
Satu peperiksaan yang baik memerlukan penelitian yang khusus dari peringkat
pembentukan ujian sehingga peringkat terakhir iaitu pemberian gred kepada individu
yang mengambil peperiksaan tersebut.Setiap peringkat yang dilalui dalam satu proses
peperiksaan mestilah dilaksana dengan penuh intergriti oleh individu-individu yang
terlibat dalam pembinaan, pelaksanan, pentadbiran, dan pemberian skor bagi
memperolehi skor-skor yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi.
Disebabkan itu, terdapat banyak kajian yang berfokuskan kepada amalan
pengujian guru-guru pada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah . Kajian-
kajian ini bertujuan mengenalpasti samaada amalan pengujian yang dilakukan oleh para
guru mempunyai hubungan tahap prestasi akademik pelajar yang sebenar dan
mengenalpasti amalan pengujian para guru. Dapatan kajian yang diperolehi
menunjukkan guru sekolah rendah dan guru sekolah menengah secara am lemah dalam
penyediaan ujian yang sesuai dengan konsep, proses dan prosedur-prosuder sesuatu
ujian (Mohamad Sahari,1999).
6
Melihat kepada beberapa kajian, perhatian lebih diberikan kepada kepentingan
pengujian seseorang guru tersebut dijadikan sebagai penunjuk tahap keberkesanan
seseorang guru (Daniel & King,1998). Dan disebabkan itu, American National Board
for Profesional Teaching Standard telah mensyaratkan untuk menjadi seorang guru
perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam prosedur pengujian dan
pengukuran bilik darjah (Shapiro,1995). Syarat yang dikenakan ini sememang
diperlukan untuk menjadi seorang guru ; ini kerana pengujian bukan semata-mata mahu
melihat prestasi pelajar tetapi pengujian ini membolehkan guru mendiagnosis
kelemahan dan kekuatan para pelajarnya untuk sesuatu subjek, sebagai monitor kepada
perkembangan pelajar dan selain , mengenalpasti keberkesanan instruksional seseorang
guru tersebut.
Kursus pengujian, pengukuran dan penilaian adalah merupakan kursus asas
pendidikan yang wajib sebagai syarat graduasi untuk graduan-graduan
pendidikan.Pengetahuan yang selengkapnya telah diberikan kepada para bakal guru
oleh setiap institusi yang menawarkan program pendidikan sebagai bekalan ilmu
apabila menjejakkan kaki ke sekolah.Oleh itu, sebarang permasalah tentang kegagalan
guru dalam proses peyediaan sesuatu peperiksaan sepatutnya tidak harus berlaku.
Seharusnya, seorang guru wajib tahu bagaimana hendak membina item-item ujian,
mentadbir dan memberikan skor yang baik.Sikap tidak mengambil serius terhadap
kursus ini menyebabkan berlaku perkara yang melanggari etika dan profesionalisme
sebagai seorang guru dalam proses pengujian dan peperiksaan.
Popham(1995) menyatakan bahawa segelintir guru hanya memberi penekanan
kepada pembinaan item-item ujian tetapi gagal dalam membangun kesahan pengukuran
bilik darjah, mengamal pengskoran yang tepat dan keadilan dalam menterjemahkan
keputusan ujian. Terdapat kajian-kajian lepas, para guru memberikan ujian kepada para
pelajarnya walaupun pengajaran tidak lagi sempurna, menilai pelajar dengan keupayaan
7
menghafal, memberikan markah kosong untuk jawapan yang tidak lengkap, tidak
menggunakan ujian yang sesuai, tidak memberitahu kepada pelajar topik yang akan
diuji dan tidak mampu untuk menerangkan dengan baik mengenai keputusan kepada
pelajar (Hills,1991 dalam Mohammad Sahari,1999).
Kepentingan nilai kerja seperti amanah, kejujuran, tanggungjawab, rajin dan
ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat daripada diri sendiri, sanggup
berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik telah lama
ditekan oleh kerajaan Malaysia (INTAN,1991). Sehubungan itu, sebagai penjawat
awam amnya dan guru khususnya perlulah menghayati dan mengamalkan nilai-nilai
yang positif yang menjadi tonggak keperibadian untuk dijadikan contoh kepada
masyarakat. Sebagai seorang guru, kesemua nilai-nilai yang dinyatakan itu perlu
diamalkan dan jangan sesekali dicabuli disebabkan kepentingan individu. Difokuskan
dalam kontek pengujian dan pengukuran, guru perlulah mempunyai nilai kejujuran
dalam melaksanakan proses sesuatu peperiksaan dengan tidak membocor dan
memberikan jawapan kepada pelajar dengan harapan atas peratusan kelulusan yang
tinggi membolehkan beliau mendapat nama dan penilaian prestasi tahunan mereka
meningkat.
Oleh itu, penerapan etika yang sebenar dalam pengujian dan pengukuran bilik
darjah perlu dilaksanakan oleh setiap guru dari peringkat permulaan sehingaan
peringkat pelaporan keputusan.Dengan itu, sesuatu ujian yang dibina itu mampu untuk
memberikan nilai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi di samping dapat
memberikan makna tentang pencapaian pelajar berdasarkan keputusan mereka.
Davis et al(1992) di dalam cizek (2003), terdapat para guru dan pengetua
melakukan perkara tidak beretika dengan mengubah skor pelajar demi ingin mendapat
8
sanjungan di mata masyarakat dan kerjaan. Dengan memperolehi prestasi, sekolah
memperolehi nama, mendapat dana dari kerajaan dan ramai ibu bapa menghantar anak
mereka ke sekolah tersebut. Disebabkan keinginan memperolehi kecemerlangan,
banyak pihak tidak mempedulikan etika dan melakukan apa sahaja demi perkara yang
diingini.Perkara-perkara seperti ini memberi perspektif buruk kepada institusi
pendidikan, profesion perguruan dan yang berkaitan. Perspektif sosial peperiksaan yang
berbeza-beza dari setiap aspek menyebabkan guru tertekan dan akan membuat apa
sahaja agar sentiasa dipandang tinggi dan sebagainya.
1.2 PERNYATAAN MASALAH
Fenomena para guru mempunyai pengetahuan yang lemah dalam pengujian dan
pengukuran bilik darjah menyebabkan kualiti pencapaian penilaian pelajar menurun.
Kurangnya pengetahuan ini menyebabkan para guru gagal untuk membantu pelajar
yang mana guru gagal mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajarnya. Proses
pembinaan sesuatu peperiksaan memerlukan pengetahuan dan perlu memerlukan
pembina dan pentadbir ujian mengikuti prosedur dan etika yang telah ditetapkan.
Kegagalan guru dalam mematuhi kod keadilan amalan pengujian dalam
pendidikan seperti gagal mempertimbangkan latar belakang pelajar dalam membina
ujian seperti umur, jantina,latar belakang lingustik dan lain-lain menyebabkan ujian
yang dilaksana itu tidak dapat membantu pelajar tersebut disamping guru sukar untuk
mencapai objektif yang diingini.
9
Kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian yang rendah juga dikaitkan
dengan kelemahan guru dalam mematuhi etika dan prosedur pembinaan ujian.Prosedur-
prosedur perlu dipatuhi oleh setiap penggubal soalan untuk membina suatu instrument
yang baik.
Penilaian prestasi tahunan , Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), intensif
dan sebagainya menyebabkan para guru bertungkus lumus menyediakan para pelajar
untuk menghadapi ujian dengan harapan memperolehi pencapaian yang cemerlang.
Disebabkan tekanan dan keinginan yang tinggi dari pelbagai persepktif sosial
peperiksaan ,terdapat sebilangan para guru melanggari etika dengan membocorkan
soalan dan sebagainya.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilaksanakan untuk memenuhi objektif-objektif tersebut:
1. Untuk mengenalpasti etika guru dalam pengujian dan pengukuran bilik darjah
2. Untuk mengenalpasti perspektif sosial peperiksaan terhadap pengujian
3. Untuk mengenalpasti kaitan antara etika guru dan perspektif sosial peperiksaan
10
1.4 PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah etika guru dalam pengujian dan pengukuran bilik darjah?
2. Apakah perspektif sosial peperiksaan terhadap pengujian?
3. Adakah terdapat hubungan antara etika guru dalam pengujian dan perspektif
sosial peperiksaan?
1.5 HIPOTESIS
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji dan menjawab persoalan kajian berkaitan etika
guru dalam pengujian dan pengukuran bilik darjah ada berhubungan secara positif
perspektif sosial peperiksaan.
H0 :Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara hubungan antara etika
guru dalam pengujian dan pengkuran bilik darjah dan perspektif sosial
peperiksaan.
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN
Para guru ; untuk melihat dimana akauntabiliti mereka sebagai seorang guru
dalam proses pengujian dan pengukuran di sekolah. Selain itu, para guru boleh menilai
tahap integriti pada diri mereka sendiri dalam pengujian di bilik darjah. Dengan
menyedari daripada hasil penyelidikan ini akan membantu para guru untuk
menjalankan tugas dengan penuh keikhlasan dan sentiasa berpegang kepada amanah
yang di berikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
11
Pihak sekolah; supaya dapat membina satu budaya kerja yang sihat supaya para
guru dapat memberi khidmat dengan penuh ikhlas. Pemberian insentif dan anugerah
tidaklah menjadi faktor utama dalam menjalankan tugasa harian sebagai seorang guru.
Selain itu, pentadbir mencari alternatif agar proses pengujian dan pengukuran di
sekolah berada dalam tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi seperti
mewujudkan satu organisasi yang mengawal dan menapis pengubalan soalan yang
dilakukan oleh para guru sebelum dicetak.
Pihak KPM; menekan lagi kursus pengujian, penilaian dan pengukuran
pendidikan yang wajib di ambil oleh pelajar ijazah sarjana muda pendidikan(ISMP),
diploma pendidikan(DPLI) dan KPLI di institusi pengajian. Selain itu, KPM boleh
menganjurkan kursus-kursus lanjutan yang boleh dilaksanakan kepada para guru bagi
memantapkan penguasaan dalam pengujian dan pengukuran bilik darjah.
1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya bertumpu kepada pengkajian etika guru terhadap pengujian dan
pengukuran di sekolah dan juga perspektif sosial peperiksaan. Fokus kajian ini ialah
kepada guru-guru di sekolah-sekolah sekitar zon Ulu Tiram dalam menentukan etika
guru dalam pengujian dan pengukuran di sekolah di kalangan mereka .
Etika guru dalam pengujian dan pengukuran menjadi elemen penting dalam
kajian ini. Penyelidik telah menyenaraikan peringkat-peringkat dalam proses pengujian
12
dan pengukuran di sekolah iaitu perancangan, pembinaan item, pentadbiran ujian,
penskoran, interprestasi skor dan pelaporan.
Skop kajian juga menjurus kepada perspektif sosial peperiksaan iaitu dari
perspektif peribadi, masyarakat, rakan sekerja, negara, sekolah dan kerjaya. Skop ini
menilai sejauhmana pengaruh perspektif sosial peperiksaan ini terhadap etika guru,
samada ianya mampu tegap bersama etika guru ataupun di sebaliknya.
Kajian ini melibatkan guru-guru di zon Ulu Tiram, Johor. Fokus kajian hanya
disasarkan kepada guru-guru di sekitar Ulu Tiram yang dipilih secara rawak.
Manakala responden juga merujuk kepada guru-guru dari sekolah yang tersebut
di atas. Sampel kajian dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak dengan
mengunakan rumus “ National Educational Association” (Morgan, 1970). Guru-guru
dipilih secara rawak dan terdiri dari pelbagai latar belakang dan pengalaman.
13
1.8 Definisi Istilah
Senarai berikut menunjukkan definisi yang kerap digunakan sepanjang kajian
ini dijalankan. Walaupun terdapat perbezaan dalam beberapa interprestasi istilah,
definisi istilah dinyatakan di bawah adalah yang digunakan untuk kajian ini.
1.8.1 Etika
Etika merujuk kepada ajaran atau ilmu tentang adat kebiasaan yang berkaitan
dengan kebiasaan baik atau buruk yang diterima umum mengenai sikap, perbuatan,
kewajiban dan sebagainya. Etika adalah merupakan suatu cabang ilmu falsafah,
tujuannya adalah mempelajari perilaku, baik moral mahupun immoral dengan tujuan
membuat pertimbangan yang cukup beralasan dan akhirnya sampai pada rekomendasi
yang memadai yang dapat diterima oleh suatu golongan tertentu atau individu.
Merujuk kamus dewan (1994), etika boleh didefinisikan (étika) ilmu berkenaan
dengan prinsip-prinsip akhlak atau moral prinsip moral atau akhlak atau nilai-nilai
akhlak yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan persatuan,
pekerjaan, dan lain-lain. Sebagai contoh, etika perubatan nilai dan garis panduan yang
harus dipatuhi oleh para doktor dalam pengamalan perubatan masing-masing.
14
1.8.2 Guru
Guru merupakan seseorang yang terlibat dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran yang kebiasaanya melibatkan institusi pendidikan iaitu sekolah. Menurut
Kamus Dewan(1994), guru merujuk kepada pendidik, pengajar dan pengasuh.
Manakala keguruan pula ialah perkara yang berkaitan dengan guru, peranan iaitu tugas
dan kelayakan sebagai guru. Dalam Bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris, yang
bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam Islam guru itu bukan sahaja
bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai panggilan
yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara panggilan tersebut
ialah al-Mu’allim, al-Murabbi, al-Mu’addib, al-Mursyid. Al-mu’allim bermaksud
menyampaikan ilmu yang benar. Manakala al-murabbi pula merujuk kepada
menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-mu’addib pula bermaksud mengajarkan
adab dan budi pekerti. Dan yang akhir ialah al-mursyid yang bermaksud membentuk
kepimpinan insan. Dalam Bahasa Inggeris pula , guru dipanggil sebagai teacher.
Menurut Longman Dictionary of Contemporary English, ‘Teacher is someone whose
job is to teach, especially in school’. Selain penggunaan teacher, terdapat beberapa
panggilan lain yang merujuk kepada guru iaitu, professor, lecturer, tutor, instructor,
coach dan trainer.
1.8.3 Perspektif
Perspektif merujuk suatu kumpulan anggapan mahu pun keyakinan tentang
sesuatu hal, dengan perspektif orang akan memandang sesuatu hal berdasarkan cara-
cara tertentu, dan cara-cara tersebut berhubungan dengan anggapan dasar , unsur-unsur
pembentukannya dan ruang lingkup apa yang dipandangnya. Perspektif membimbing
setiap orang untuk menentukan bahagian yang relevan dengan fenomena yang terpilih
15
dari konsep-konsep tertentu untuk dipandang secara rasional. Secara ringkas dapat
disimpulkan bahawa perspektif adalah kerangka kerja konseptual, sekumpulan
aggapan, nilai, gagasan yang mempengaruhi perspektif manusia sehingga menghasilkan
tindakan dalam suatu konteks situasi tertentu.
1.8.4 Peperiksaan
Peperiksaan merujuk pentaksiran standard, berpusat, luaran, sumatif dan
dikendalikan oleh badan peperiksaan. Kekangan ini jugalah yang menyebabkan hal-hal
yang sebutkan di atas sukar atau tidak dapat dilakukan dengan kaedah peperiksaan.
Hal-hal tersebut lebih sesuai dilakukan melalui pentaksiran berasaskan sekolah,
pentaksiran dalaman, pentaksiran formatif, pentaksiran alternatif, pentaksiran prestasi
dan pentaksiran autentik.
149
RUJUKAN
Abu Bakar Nordin ; Bhasah Abu Bakar (2008). “ Penaksiran dalam Pendidikan
& Sains Sosial”.UPSI, Tg. Malim.
Ahmad Sarji (1991).Perkhidmatan Awam Yang Berkualiti .Institut Tadbir
Awam Negara(INTAN),Kuala Lumpur,Malaysia
Airisan,P. (2009). Classroom Assessment.New York: Mc. Graw-Hill.
Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor(2000).Pengurusan Mengikut
Islam Konsep dan Tuntutan.
Baker, T.L. (1994). “Doing Social Research”. 2nd
Edition. New York : Mc
Graw Hill Inc.
Cizek,G.J.(1999).Cheating on tests:How to do it,detect it,and prevent
it.Mahwah,NJ:Lawrence erlbaum Associates.
Cizek,G.J.(2003).Educational Testing Integrity:Why Educators And Students
Cheat And How To Prevent It.In J.Wall& G.R. Walz (eds.).Measuring
up:Assessment issues for teachers,counselors, and
administrators.(pp.363-386).Greensboro,NC:CAPS Press.
Childs R.A.. & Umezawa(2009).When the Teacher Is the Test
Proctor.Canadian Journal of Education 32,3:618-651
Daniel,L.G,&King,D.A.1998.Knowledge and use of esting and measurement
literacy of elementary and secondary teachers.The Journal of
Educational Research,91(6):331-334
Fischer, C.F. & King, R.M (1995). Aunthentic Assessment. A guide To
Implementation, Corwin Press, Inc. California, 1-18.
150
Gay,G.H.(1990).Standardized tests:Irregularities in administering of test affect
test result.Journal of Instrucional Psychology,17(2),93-103.
Green. S.K. et al.(2007).Ethics in Classroom Assessment Practices:Issues and
Attitudes.Teaching and Teacher Education 23(7) 999-1011.
Halim Marjunid. (2002). “ Persepsi Guru-Guru Terhadap Peperiksaan Bebas
Rujuk Di Sekolah-Sekolah Menengah Dalam Daerah Kluang, Johor.
UTM, Skudai.
Hill,J.R.1991.Apathy concerning grading and testing.Phi Delta Kappan 72:540-
545.
INTAN.(1991).Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam.Kuala
Lumpur.Institu Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Johnston,R.C., & Galley (1999).Austin district charged with test
tampering.Educational week,p.3.
Joint Committee on Testing Practices.(2004).Code of Fair Testing Practices in
Education.Washington,D.C.
Kleiner,C.(2000).Test case:Now the principal’s cheating.U.S.News and World
Report.
Krejcie,R.V&Moyer,D.W(1970).’Determining Sampel Size For
Research.”Educational and Psychological Measurement.30,hlm607-610.
Lembaga Peperiksaan Malaysia( 2000).Pentaksiran Berasaskan Sekolah.
151
Lembaga Peperiksaan Malaysia(2001).Panduan pengurusan Pusat Peperiksaan
Bertulis.
Ligon,G.(1985).Opporturnity Knocked Out:Reducing Cheating By Teachers On
Student Test.Americna Educational Research Association,Chicago,IL.
M.David Miller, Robert L.Lin dan Norman E. Gronlund,(2009). ‘Measurement
and Assessment in Teaching”. Pearson International Edition.
Megawati (1998), “Perspektif Pensyarah Terhadap Peperiksaan Bebas Rujuk
:Satu Tinjauan di Universiti Teknologi Malaysia”.UTM,
Skudai.
Mohd Majid Konting (1998). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan ”. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd.Najib Abdul Ghafar (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik ”. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Ghafar. (1995). Penggerak Minda dan Pendidikan. Jurnal
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 1, Bil. 1,16-21.
Nelson.J. et al.(2001).Ethical standards in testing: test Preparation and
Administration.Washingston Educational Research Association.WERA
Profesional Publication Volume 1.
Omar Mohd Hashim.(1993).” Pengujian dan Penilaian. Satu Tinjauan Tentang
Aliran Mutakhir.” Pendidikan, Persoalan, Penyelesaian dan Harapan,
Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka. 327-340.
Patrick.J.(2011).America’s Biggest Teacher and principal cheating scandal
unfolds in Atlanta .Diperolehi pada 24 Disember 2011 dari
152
http://www.csmonitor.com/USA/Education/2011/0705/America-s-
biggest-teacher-and-principal-cheating-scandal-unfolds-in-Atlant.
Pedulla,J.J.,Abrams,L.M.,Madaus,G.F.,Russell,M.K,Ramos,M.A,&Miao,J.(200
3).Preceived effects of state-mandated testing programs on
teaching:Finding from a national survey of teachers.Chestnut
Hill,MA:National Board on Educational testing and Public
Policy.Retrieved July 22,2009, from the Educational Resources
Information Center(ERIC).
Polit, D. F., Beck, C.T., & Hungler, B.P (2001). “Essential of Nursing Research
: Methods, Appraisal and Utilization”. 5th
Edition. Philadelphia :
Lippincott Williams & Wilkins.
Popham,W.J 1995.Classroom Assessment:What Teachers Need to
Know.Boston:Allyn-Bacon.
.
Sahari, M.(2000). “Pengujian Selaku Pemangkin Perubahan Pendidikan: Satu
Peluang atau Retorik”. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan,
Institut Aminuddin Baki, Jilid 11, Bil.02,23-26.
Sahari,M.(1999) “The perception of University Instructors on Their Practices: A
case study”. Buletin Universiti Putra Malaysia.Pertanika
J.Soc.Sci.&Hum.Vol 7 No.1.
Schulte,B.(2000).School allegedly cheated on test.Washington Post,A-1.
Shapiro,B.C.1995.The NBPTS sets standards for accomplished.Educational
Leadership 52(2):55-57.
153
Siti Rahayah Ariffin,(2003). Teori, Konsep dan Amalan Pengukuran dan
Penilaian.UKM, Bangi.
Stancik,E.F.,&Brenner,R.M.(1999).Cheating the children:Educator misconduct
on standardized tests.New York:Office of the Special Commissioner of
Investigation for the New York City School District.
Stiggins, R.J (1991). “ Relevant Classromm Assessment Training for Teachers.”
Educational Measurement : Issues and Practices, 11(2) 35-39.
Tuckman. (1978). Conducting educational research, 2nd Edition. New York :
Harcourt Brace Jovanovich, Inc.
Wellhousen,K.,&Martin,N.K.(1995).Preservice teachers and standardized test
administration:their behavioral predictions regarding cheating.Research
in the Schools,2(2),47-49.
Wodtake,K.H.,Harper,F.,Schommer,M.,&Brunelli,P.(1998).How standardized
is school testing?An exploratory observational study of standardized
group testing in kindergarten.Educational Evaluation And Policy
Analysia,11(3),223-235.