kaedah pnp pekak
description
Transcript of kaedah pnp pekak
PERKEMBANGAN DAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MURID PEKAK DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH
AHMAD AIDIL B. ABU ZIDEN
MUHAMAD KASHFI B. MAHALI
MOHD KHAIRUL IKHSAN B. MOHD ABDUL RAZAK
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perkembangan bahasa murid bermasalah
pendengaran dan mengkaji teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan
oleh guru semasa di dalam kelas. Dapatan yang diperoleh dikaji secara kualitatif oleh
pengkaji. Seorang murid tahun 6 telah dipilih untuk dikaji tentang tahap bahasanya.
Responden adalah merupakan salah seorang murid tahun 6 di sekolah tersebut yang
mempunyai sisa pendengaran. Kajian dilaksanakan dengan meneliti rekod-rekod pencapaian
murid dan berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh guru yang mengajar bahasa
Melayu. Rasional memilih responden tahun 6 kerana pengkaji dapat melihat sejauh mana
perkembangan bahasa murid setelah 8 tahun bersekolah. Berdasarkan maklumat yang
diperoleh, guru mengamalkan pendekatan komunikasi seluruh dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di dalam kelas. Guru menggalakkan murid untuk bercakap atau bertutur
berbandig berisyarat. Guru tidak akan memberikan respon kepada murid sekiranya murid
berisyarat untuk bertanyakan atau menyampaikan sesuatu maklumat. Dapatan juga
menunjukkan bahawa murid perlu melakukan banyak latih tubi sebelum membuat sesuatu
tugasan bahasa yang akan diberikan guru.
PENGENALAN
Bahasa ialah penggunaan kod yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata
dengan aturan sintaks untuk membentuk perkataan yang bermakna. Bahasa mempunyai
beberapa definisi, antaranya ialah:
i. Satu sistem yang mewakili benda, tindakan, gagasan dan keadaan
ii. Satu alat yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain
iii. Satu kesatuan sistem makna
iv. Satu kod yang digunakan untuk membezakan antara bentuk dan makna
v. Satu ucapan yang menepati tatabahasa yang telah ditetapkan
vi. Satu sistem pertuturan yang dapat difahami oleh masyarakat
Daripada definisi bahasa di atas dapat disimpulkan bahawa tanpa bahasa sesuatu maklumat
tidak dapat disampaikan dengan tepat. Oleh yang demikian, setiap manusia perlu memahami
sekurang-kurang satu bahasa untuk berkomunikasi.
Masalah pendengaran merupakan satu masalah yang melibatkan keupayaan mendengar.
Menurut Cruickshank & Johnson (1975) menyatakan bahawa masalah pendengaran boleh
didefinisikan kepada kebolehan kanak-kanak menggunakan deria pendengarannya. Definisi
ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu pekak dan separa pekak. Pekak ialah apabila kanak-
kanak tersebut memiliki deria dengar yang tidak berfungsi langsung manakala, kategori
separa pekak pula merujuk kepada kanak-kanak yang deria pendengarannya yang rosak
masih boleh berfungsi dengan bantuan alat bantu pendengaran ataupun mana-mana kaedah
bantuan lain yang bersesuaian. Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh
dikatakan lebih tepat sebagai seorang yang rosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan,
contoh ia mempunyai pendengaran yang separa, adalah luar biasa kerana memang ia tidak
dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling.
Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan
kecacatan pada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa, tidak dapat
mendengar perbualan orang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan
budaya melalui bahasa. Manakala menurut Bee H. (1995), kanak-kanak bermasalah
pendengaran adalah mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan
pendengaran yang jelas. Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum
lahir,semasa lahir dan selepas lahir. Menurut Paul dan Quigley (1990); dan Wiliam
L.Heward (1996), kanak-kanak dalam kategori ini ialah kanak-kanak yang tidak boleh
menggunakan pendengaran untuk memahami pertuturan walaupun boleh mendengar bunyi
atau menggunakan alat bantu dengar.
Pendengaran merupakan asas kepada kebolehan manusia berkomunikasi. Keupayaan kanak-
kanak membentuk pertuturan dan bahasa terhasil daripada kebolehan mereka mendengar,
memahami pengertiannya dan seterusnya menuturkan apa yang didengarnya. Lazimnya
kanak-kanak yang lahir cacat pendengaran tidak akan dapat bertutur lalu diberi stigma
sebagai kanak-kanak pekak dan bisu. Maka kanak-kanak ini akan dikelompokkan sebagai
golongan yang perlu berbahasa isyarat tanpa mengendahkan potensi mereka menggunakan
sisa pendengaran yang ada atau dibantu supaya dapat meningkatkan kebolehan mereka
mendengar. Tanggapan dan cara pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran seperti ini
perlu diubah. Dengan adanya alat-alat bantu dengar yang menggunakan teknologi komputer
yang canggih serta keupayaan melakukan pembedahan mikrosurgeri telinga, objektif utama
dalam pengendalian kanak-kanak cacat pendengaran harus beranjak kepada usaha pemulihan
pendengaran dan seterusnya melakukan habilitasi untuk bertutur dan berbahasa.
Menurut Jamila K.A Mohammed (2005), tahap kehilangan pendengaran biasanya diukur
dalam unit desibel (dB) yang mengukur tahap intensiti bunyi. Asiah Ahmad (2012) pula
menyatakan bahawa tahap kehilangan pendengaran boleh dibahagi kepada empat peringkat
iaitu ringan, sederhana, sederhana teruk dan teruk.
Tahap Kehilangan Pendengaran
• Tahap pendengaran normal : 0 - 25 dB
• Rendah : (mild hearing loss 26 - 54 dB) atau Ringan 27-40 dB
• Sederhana : (partially deaf 55 - 69 dB) atau Sederhana 41-55 dB
• Teruk : (severely deaf 70 - 89 dB) atau Sederhana Teruk 56-70
dB
• Sangat Teruk : (profoundly deaf > 90dB) atau Teruk 71-90 dB
Tahap Kehilangan Pendengaran Penerangan
Ringan Boleh mendengar bunyi-bunyi pertuturan
dalam jarak yang dekat dan berupaya untuk
berkomunikasi dengan orang yang normal.
Sederhana Perlu diberi bantuan alat bantu pendengaran
dan terapi pertuturan
Teruk Sukar untuk mendengar bunyi dan
memperolehi pertuturan
Sangat teruk sukar untuk mendengar, bertutur dan
memerlukan alat bantuan pendengaran serta
terapi pertuturan. menggunakan bahasa
isyarat untuk tujuan berkomunikasi.
Jamila K.A Mohammed (2005)
PROFIL RESPONDEN
Responden yang dipilih oleh penyelidik merupakan seorang murid tahun 6 di sebuah sekolah
untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran di negeri Melaka. Responden bernama Foo
Chwan Yin dan berusia 14 tahun dan masih lagi bersekolah di sekolah rendah. Responden
dilahirkan pada 19 Mac 1999. Ahli keluarga responden yang lain tidak mempunyai masalah
pendengaran. Tetapi, ibubapa responden sangat memberi dorongan dan sokongan kepada
responden dalam pembelajarannya dan banyak membantu responden dalam menguasai
bahasa. Maklumat ini diperoleh penyelidik hasil daripada temubual yang telah dilaksanakan
penyelidik bersama ibu responden.
Menurut laporan kesihatan responden, responden masih mempunyai sisa pendengaran. Tahap
masalah pendengaran responden adalah teruk dan berdasarkan kepada laporan tersebut juga,
tahap kehilangan pendengaran murid ialah antara 70 – 90 desibel. Oleh itu, responden
menggunakan alat bantu dengar bagi membantunya mengoptimumkan kualiti bunyi yang
boleh diterimanya.
Jadi, responden masih lagi dapat mendengar bunyi pertuturan dan responden berkomunikasi
dengan ahli keluarga secara bertutur. Ibubapa dan guru sentiasa menyuruhnya bercakap
seperti kanak-kanak normal yang lain dan melarangnya menggunakan isyarat tangan jika
tidak perlu. Ini adalah bertujuan untuk membantu responden menguasai bahasa dengan lebih
baik. Responden juga merupakan salah seorang murid yang mempunyai nilai-nilai murni
yang tinggi di sekolah berbanding murid yang lain. Sikap responden sangat disenangi oleh
guru-guru di sekolah tersebut. Responden jarang menimbulkan masalah disiplin, sering
membantu guru dan sebagainya.
PENYATAAN MASALAH
Bahasa merupakan perkara asas yang perlu ada pada seseorang individu. Tanpa bahasa,
pertukaran atau penyampaian sesuatu maklumat tidak dapat dilakukan. Tidak kira peringkat
umur, bangsa, jantina dan keturunan, keperluan memiliki sekurang-kurangnya adalah sangat
penting untuk berkomunikasi. Ini kerana tidak ada manusia yang boleh hidup sendirian tanpa
berhubung atau berkomunikasi dengan individu lain. Cuma medium untuk berkomunikasi
sahaja yang berbeza. Pada zaman yang serba moden ini, manusia dapat berkomunikasi
melalui emel, telefon, surat dan sebagainya. Untuk menggunakan pelbagai medium ini,
memiliki bahasa adalah sangat penting. Ini tidak terkecuali pada golongan bermasalah
pendengaran. Selain daripada untuk berkomunikasi, bahasa adalah penting untuk
mengelakkan daripada tingkahlaku yang tidak diingini. Menurut J. Stevenson, D. McCan, P.
Watkin et al (2010) menyatakan bahawa kanak-kanak bermasalah pendengaran yang kurang
menguasai bahasa menunjukkan tingkahlaku yang tidak diingini berbanding dengan kanak-
kanak yang menguasai bahasa dan kanak-kanak normal. Oleh yang demikian, bahasa adalah
penting kepada setiap individu.
Bagi membantu kanak-kanak bermasalah pendengaran mempelajari bahasa dengan baik, guru
perlu mempelbagaikan teknik atau pendekatan pengajaran agar murid dapat menguasai
bahasa dengan baik agar dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian dan masa
hadapan.
HIPOTESIS
Sejajar dengan objektif kajian yang ingin dikaji terdapat beberapa hipotesis berikut
i. Terdapat perbezaan prestasi pada murid terhadap pembelajaran bahasa Melayu pada
ujian bulanan
ii. Terdapat hubungan antara sikap dengan prestasi pencapaian ujian bulanan bahasa
Melayu
iii. Tidak terdapat hubungan antara motivasi dan sikap dalam pencapaian ujian bulanan
iv. Terdapat perbezaan penguasaan bahasa dan prestasi pencapaian murid dalam ujian
bulanan
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji perkembangan bahasa murid bermasalah
pendengaran di sekolah rendah khusus kepada bahasa Melayu dan perhbungan antara sikap
dan motivasi terhadap pencapaian prestasi subjek Bahasa Melayu murid tersebut
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab persoalan “Adakah perkembangan bahasa
murid bermasalah pendengaran sama dengan murid normal?”. “Adakah murid bermasalah
pendengaran dapat menguasai bahasa dengan baik seperti murid normal?”.
KAEDAH KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan dijalankan dengan kajian kes. Ia dipilih
berdasarkan kepada keinginan untuk memahami secara mendalam (Yin, 2003) serta
mendapat gambaran jelas (Marohaini, 2004) berkaitan berkenaan perkembangan bahasa
murid bermasalah pendengaran. Dalam menjadikan kajian ini lebih bermakna, pemilihan
responden kajian dipilih secara rawak di sebuah sekolah rendah di negeri Melaka. Pemilihan
responden dibuat secara rawak kerana penyelidik ingin meneroka, meneliti dan memahami
perkembangan bahasa murid yang telah lama menjalani pembelajaran bahasa.
Data dikumpul melalui temubual yang dibuat oleh pengkaji terhadap tiga orang yang
mempunyai hubungan terhadap sampel iaitu guru yang mengajar bahasa Melayu kepada
murid ini,guru kelas dan juga ibu bapa murid itu. Disamping itu juga rekod-rekod pencapaian
bahasa murid serta hasil kerja murid dilihat untuk membandingbeza serta membuat analisis
serta melihat korelasi antara pencapaian dengan sikap murid hasil dari temubual.
DAPATAN KAJIAN
Hasil daripada penelitian yang telah dibuat oleh penyelidik daripada dokumen-dokumen dan
rekod-rekod akademik responden, didapati markah bulanan ujian bahasa Melayu responden
adalah 53.38% (daripada Februari hingga Oktober). Ini menunjukkan bahawa penguasaan
bahasa Melayu reponden berada pada tahap sederhana.
Namun begitu, pencapaian ujian bahasa Melayu responden pada bulan Julai dan Ogos
didapati merosot. Hasil daripada temubual yang telah dijalankan oleh penyelidik dengan guru
yang mengajar responden, guru memaklumkan kepada penyelidik bahawa responden mula
bersikap malas. Responden tidak menyiapkan latihan yang diberikan guru. Selain itu,
responden kurang memberi tumpuan semasa di dalam kelas pada bulan tersebut. Menurut
Gaudner dan Lambert, 1972; Harmer, 1983; Steinberg, 1982; Taylor, 1976 dan Walkins,
1972 menyatakan bahawa sikap seseorang memahami bahasa mempengaruhi motivasinya
untuk mempelajari bahasa tersebut.
Pada bulan September dan Oktober, pencapaian responden meningkat semula. Ini kerana
guru telah memberi sedikit motivasi kepada responden, mengubah teknik pengajaran dan
telah menggunakan teknik peneguhan semasa dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Hallahan dan Kauffman (1977) menyatakan bahawa pendidikan khas adalah pengajaran yang
direka khas bagi memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak ini. Ini menolak kenyataan
yang dibuat oleh Ysseldyke dan Alozzine,(1982) yang mengatakan sumber yang terhad, sikap
negatif dan kurangnya guru terlatih punca kepada program pendidikan khas tidak berkesan.
Ini kerana di sekolah tersebut dan di serata Malaysia, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
telah menyediakan guru-guru terlatih sebelum melepaskan guru-guru tersebut ke sekolah di
seluruh Malaysia.
CADANGAN
Hasil dari dapatan kajian kes yang telah dijalankan mendapati kekurangan motivasi dan
masalah sikpa menjadi dua elemen penting dan saling berkait rapat. Ibu bapa responden
menjadi resos utama dalam menambahbaik sikap murid bagi mengubah murid dalam
pembelajaran bahasa Melayu kerana murid adalah berbangsa Cina. Berikut adalah beberapa
cadangan untuk membantu menangani permasalahan ini ;
Guru perlu menambahbaik dan mempelbagai kaedah pengajaran terhadap murid
dalam subjek Bahasa Melayu kerana jelas motivasi murid ini adalah kurang terhadap
subjek ini.
Guru juga harus menggunakan kaedah komuikasi seluruh terhadap murid kerana
murid ini mempunyai sisa pendengaran dan dengan menggunakan kaedah komunikasi
seluruh murid dapat berkomunikasi dan memberikan respon yang baik semasa proses
PdP.
Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru dalam meningkatkan motivasi murid dan
mengubah sikap murid semasa dirumah dan sekolah khususnya di kelas
Guru harus mengambil inisietif dalam menjalankan kajian tindakan terhadap murid ini
bagi mengubah sikap dan memastikan murid ini konsisten dengan pencapaian prestasi
KESIMPULAN
Kajian ini telah memaparkan tahap penguasaan murid bermasalah pendengaran yang berada
pada tahap teruk serta menggunakan alat bantu dengar bagi membantunya mendengar bunyi
di sebuah sekolah bermasalah pendengaran di Melaka. Dapatan yang diperoleh bahawa murid
yang mempunyai sisa pendengaran dan menggunakan alat bantu dengar, dapat menguasai
bahasa dengan baik berbanding murid yang tidak mempunyai sisa pendengaran. Ini kerana
murid yang mempunyai sisa pendengaran dapat mendengar bunyi pertuturan. Selain itu,
dengan teknik pengajaran guru yang menggunakan suara dan isyarat tangan semasa proses
pembelajaran dan pengajaran turut membantu murid untuk menguasai bahasa dengan baik.
Namun begitu, analisis yang telah dibuat oleh penyelidik, sikap malas tetap wujud dalam diri
murid bermasalah pendengaran walaupun mereka tahu dan akui mereka mempunyai masalah
dan tidak seperti murid normal yang lain. Oleh itu, guru dan ibubapa murid perlu sentiasa dan
secara berterusan memberi semangat, dorongan dan sokongan kepada murid bermasalah
pendengaran untuk menguasai bahasa dan pembelajaran mereka dengan baik. Masyarakat
sekeliling murid bermasalah pendengaran atau golongan kelainan upaya perlu berterusan
memberi motivasi agar mereka tidak patah semangat untuk melakukan sesuatu yang baik
untuk kehidupan mereka.
BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz B. Awang, (1989). “Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Malaysia Di
Kalangan Pelajar Pekak : Satu Tinjauan Di Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah
Bangsar, KL”.Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaaan Malaysia.
Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa, 1992. Falsafah Dan Konsep Pendidikan. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Abdullah Yusoff, “Pembentukan Bahasa Isyarat di Kalangan Pelajar Pekak”. Disertasi
M.A. Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya.
Abdullah Yusoff, “ Orang Pekak–Bisu Bagaimana Mereka Berkomunikasi” dlm. Pelita
Bahasa, 7: 4, hlm 16-17, 1995.
Abdullah Yusoff, “ Fikiran, Persekitaran Dan Pembentukan Isyarat Orang Pekak” dlm.
Jurnal. Dewan Bahasa, 39 : 7, 1995.
Abdullah Yusoff, “Komunikasi Seluruh Bahasa Malaysia Kod Tangan (BMKT): Bahasa
Komunikasi Pelajar Pekak” dlm. Jurnal. Dewan Bahasa, 38:3, 1994.
Abdullah Yusoff, “Mengajarkan Bahasa Kepada Pelajar-Pelajar Pekak” dlm. Jurnal
Dewan Bahasa, 39: 6, 1995.
Abdullah Yusoff, “Kesalahan Struktur Ayat Di Kalangan Pelajar Pekak : Satu Kajian Kes”
dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 516, 1993.
Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah binti Mohamed, “Penguasaan Bahasa Melayu Dalam
Kalangan Murid Pekak: Suatu Sorotan Dari Perspektif Linguistik” dlm. Jurnal Bahasa,
4:4, hlm. 645-666, Disember 2004.
__________ “ Mengajarkan Bahasa Kepada Pelajar-pelajar Pekak” dlm. Jurnal Dewan
Bahasa, Jld. 39:6, hlm. 543-553, 1995.
Ahmad Damanhuri, 1992. “Satu Persepsi Keberkesanan Alat Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu- KBSR Di Kampar Perak”. Latihan Ilmiah Sarjana Muda
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Atan Long, 1982. Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
160
Atan Long, 1988. “Pedagogi Psikologi Pendidikan”. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar, 1986. Bahasa dan Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, “Bahasa dan Pemikiran Bagi Orang Pekak” dlm. Jurnal Dewan
Bahasa, 25:8, hlm. 5-10, 1981.
Azman Wan Chik, 1985. Mengajar Bahasa Malaysia Jil.II: Latihan Guru sdan Bahan
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Tee Tee dan Koh Bon Boon, 1992. Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Crow dan Crow, 1980 . Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Dr. R. Conrad, “Hasil Pendidikan Kanak-Kanak Pekak Di Kingdom : Kenyataan Dan
Khayalan Dalam Pendidikan Kebahasaan Mereka” dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 48-
61, Ogos 1981.
Ee Ah Meng, 1996. Pendidikan Di Malaysia. Murid Dan Proses Pembelajaran Asas
Pendidikan. Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti.
Fadzil Abdullah, 1997. “Satu Persepsi Keberkesanan Alat Bantu Mengajar Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu- KBSR Di Kampar Perak”. Latihan ILmiah Sarjana Muda
Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Gunasegaran A/L Karuppanan, 2003. “Persepsi Guru Besar dan Guru Terhadap
Pencapaian Objektif Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Di Kelantan.” Doktor
Falsafah. Universiti Putra Malaysia.
Habibah Elias Dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1990. Psikologi Pembelajaran. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Juriah Long Dan Noor Ein Mohd. Noor, 1990. Alat Dan Bahan Pengajaran Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jaiprakash Gupta dan Farid Ahmad, “Pendidikan Golongan Cacat Pendengaran Dan
Sistem Perkhidmatan Bahasa, Pertuturan Dan Audiologikal” dlm. Jurnal Dewan Bahasa,
hlm. 222-224, Mac 1995.
Kamarudin Husin, 1998. Pedagogi Bahasa.. Petaling Jaya : Longman Sdn. Bhd.
161
Kamarudin Husin, 1995. Panduan Latihan Mengajar. Kuala Lumpur: Heinemann Sdn.
Bhd.
Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 2003. Pedagogi:Asas Pendidikan.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981. Laporan Jawatan Kuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .
Khatijah bt. Hussin, 1989. “Perkembangan Bahasa, Masalah-Masalah Yang Dihadapi
Dan Pemulihan Bagi Kanak-Kanak Bermasalah Komunikasi. Kursus/Bengkel Pendidikan
Khas Peringkat Kebangsaan”. Kota Bharu: Pusat sumber Pendidikan Negeri Kelantan.
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1985. Komunikasi Seluruh Bahasa Malaysia Kod
Tangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka .
Koh Boh Boon, 1981. Pengajaran Bahasa Malaysia.. Kuala Lumpur: Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.
Kursus Sijil Perguruan Khas. Julai 2005. Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
(Pengkhususan). Bahagian Perguruan : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mahani Abdul Kadir, 1998. “Kemahiran Membaca Di kalangan Murid-Murid Down
Sindrom Di Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran: Satu Tinjauan Kajian.” Latihan Ilmiah.
Universiti Pertanian Malaysia.
Mangantar Simanjuntak, 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Karya
Bistari Sdn. Bhd.
Mat Daud Bin Yusof, “Bagaimana Kanak-Kanak Cacat Menguasai Bahasa” dlm. Jurnal
Dewan Bahasa, hlm. 156-165, Mac 1990.
Maklumat Pendidikan Khas, 2004. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohammad Amin Ismail, 1982. Pendidikan Dan Psikologi Kanak-Kanak.. Kuala Lumpur:
Penerbitan Pustaka Antara.
Moores, Donald, F, 1978. Educating The Deaf . Boston: Houghton Mifflin Company.
Nik Safiah Karim, Farid M.Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood, 1996.
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
162
Nor Affizar Ibrahim, “90,000 Daripada 18 Juta Rakyat Cacat Pendengaran” dlm. Berita
Harian hlm. 7, 9 September 2005.
Noraini Mohd. Salleh, 1998. “Dasar Dan Isu Dalam Pendidikan Khas. Prosiding Seminar
Isu-Isu Pendidikan Negara” UKM, hlm. 26-27, November 1998.
Noraini Mohd. Salleh, 2000. “Kearah Menjayakan Program Pendidikan Khas Di
Malaysia. Seminar Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan Genting Highlands”. Jabatan
Pendidikan Khas: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Noraini Mohd. Salleh, Khalid Abdullah dan Nor Aisah Buang, 2000. “Carear
Opportunities For Special Needs Population In Malaysia”. UKM: Buletin Bil. 7 Mac
2000.
Osborne, A.G, Dimattia, P. & Francis, X.C, 1993. Effective Management Of Special
Education Programs. A Handbook For School Administrators. New York : Teachers
Colloge Press.
Panduan Guru, 1994. Pengurusan Bilik Darjah. Ampang : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Persekutuan Orang Pekak Malaysia, 2000. Bahasa Isyarat Malaysia. Kuala Lumpur:
Persekutuan Orang Pekak Malaysia.
Quigley, S.& Paul, 1990. Language And Deafness. San Diego: Singular Publishing.
Robiah Kulop bt. Hamzah, 1992. Guru Khas Pemulihan Fungsi Dan Masalah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Salleh B. Hassan, 2000. Perkembangan Dan Peningkatan Program Pendidikan Khas Di
Sekolah Biasa : Konsep, Dasar, Amalan Dan Cabaran. Seminar Pendidikan Khas
Peringkat Kebangsaan. Genting Highlands. Jabatan Pendidikan Khas: Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Steinberg D. Danny, 1990. Psikolinguistik Bahasa, Akal, Budi Dan Dunia. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sufean B. Hussin, 1993. Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem Dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Saleena Yahaya Isa, “Bahasa Malaysia Kod Tangan”dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 25:8,
Ogos 1981.
163
Sulaiman Masri, 1974. “Bahasa Kanak-kanak Biasa dan Kanak-kanak Pekak dari Sudut
Pengajaran-Pemelajaran”. dlm. Jurnal Dewan Bahasa, 18:11, November1974.
Tan Chin Guan, “Pendekatan Baru Bagi Pendidikan Orang Pekak Di Malaysia” dlm.
Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 27-31, Ogos 1981.
Tan Chin Guan, “Perspektif Sejarah Ringkas Aliran-Aliran Metodologi Yang Penting
Dalam Pendidikan Kebahasaan Kepada Orang-Orang Pekak” dlm. Jurnal Dewan Bahasa,
hlm. 11-19, Ogos 1981.
Liew Yoon Loy, “Masalah Pengajaran Bahasa Dan Komunikasi Kepada Kanak-Kanak
Pekak” dlm. Jurnal Dewan Bahasa, hlm. 21-25, Ogos 1981.