kaedah hafan rph

download kaedah hafan rph

of 14

Transcript of kaedah hafan rph

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    1/14

    Bidang hafazan ayat-ayat al Quran memang wajar di terapkan terutamanya diperingkat kanak-kanak agar ianya dapat menjadi amalan hidup yangberterusan.Ia juga penting terutamanya apabila ia menjadi satu amalan dalamsolat seharian.Dengan pengenalan dan perlaksanaan Bidang Tilawah Al Quran( Hafazan ) diharapkan murid khususnya di Tahun Dua dapat menguasai atau

    mengingati surah-surah yang telah ditetapkan oleh Sukatan Pelajaran PeringkatPersekutuan iaitu Surah Al Kafirun, Al Kausar, Al Maun dan Surah Quraisy.AdaSurah yang mempunyai 7 ayat dan yang terpendeknya ialah 3 ayat sahaja.

    Dari segi pembahagian masa dan tempoh pengajaran, guru perlu bijaksanadalam menentukan berdasarkan kebolehan murid dan panjang pendeknya surahtersebut supaya dapat mencapai objektif yang sempurna. Kaedah yang biasadigunakan ialah Talaqqi dan Musyafahah serta kaedah lain yang digabungkan

    bagi memastikan pengajaran berkesan dan dapat menjadi amalan harianpelajar.Guru juga memberi penekanan terhadap hukum Tajwid sukun dantasydid sesuai dengan tahap kebolehan dan latar belakang murid.

    Bidang hafazan juga merupakan satu amalan Rasullullah s.a.w apabilamenerima wahyu daripada Allah s.w.t. Allah Taala menganugerahkan pedadaNabi Muhammad daya ingatan dan kebijaksanaan yang tinggi walaupun bagindaseorang ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Ummi ini adalah

    merupakan satu mukjizat kepada nabi lantaran orang-orang kafir Quraish ketikaitu menuduh Al Quran adalah ciptaan Nabi, mana mungkin Nabi mampumenciptakan Al Quran sedangkan Nabi Ummi.Oleh itu, cara baginda memeliharawahyu Allah ialah dengan menghafaznya, Nabi juga menggalakkan para sahabatbaginda turut menghafaz ayat-ayat Allah itu.Perkembangan ilmu Al Quran ketikaiatu ialah melalui hafazan.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    2/14

    Seterusnya, apabila Rasullullah s a w wafat, kebimbangan terhadap terhapusnyaal Quran mulai timbul terutamanya selepas berlakunya peperangan demipeperangan yang mengakibatkan banyak penghafaz-penghafaz al Quran gugursyahid contohnya dalam Peperangan Arriddah iaitu peperangan yang berlakudalam zaman pemerintahan Syaidina Abu Bakar Assidik uang mengakibatkan 60

    huffaz terkorban syahid. Peristiwa inilah yang membawa kepada timbulnya erapenulisa ayat-ayat AlQuran.

    Berbalik kepada Kaedah mengajar hafazan surah al Quran bagi murid-muridtahun dua khususnya, empat surah yang ditetapkan itu diwajibkan bagi setiapmurid mengingatinya. Kebanyakan guru-guru mengaplikasikan kaedah Talaqqidan Musafahah malahan bolehlah dikatakan ianya merupakan kaedah wajib.Talaqqi bererti berjumpa atau berhadapan manakala musafahah bererti memberi

    erti melihat gerak bibir guru. Apabila mengajar hafazan, guru hendaklahberhadapan dengan murid samada seorang dengan seorang atau seorang gurudenganbeberapa murid.Ianya amat berkesan bagi menilai murid mana yangmempunyai daya ingatan yang kuat atau sebaliknya. Melalui cara ini, guru dapatmemperbaiki setiap kesilapan murid juga membantu mana-mana yang yangperlukan bimbingan. Ketika berhadapan itu, guru menyebut huruf dan kalimahdalam ayat alQuran dengan memberi penekanan kepada gerakan bibir., aktivitisedemikian bertujuan untuk mrnyrbut dengan fasih dan betul dihadapan muridsupaya murid dapat mencontohi sebutan guru itu berdasarkan pemerhatianmereka kepada gerak bibir guru. Guru juga akan mengulang-ulang sebutan hurufatau kalimah ayat-ayat al Quran dengan meminta murid memerhatikan gerak

    bibirnya kemudian meminta murid menyebutnya dengan guru membetulkansebutan tersebut. Pengulangan sedemikian amat berkesan kepada murid.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    3/14

    Modul Pengajaran Ayat-Ayat Hafazan.

    Pengenalan.

    Modul pengajaran ini adalah bagi kegunaan dua penggal persekolahan. Ianyabertujuan membahagikan atau memecahkan keempat-empat surah hafazantersebut bagi tempoh pengajaran selama setahun mengikut rangcangan tahunandan mingguan secara dasarnya.Kemudian, setiap perincian langkah itu akandiadaptasikan dalam rancangan pengajaran harian. Sebagai asas perlaksanaanmodul ini, maka diperturunkan rangka asas kepada pembinaan RPH sepanjangtahun bagi bidang hafazan ini.

    Asas Pembinaan Rancangan Pengajaran Tilawah Al Quran.

    Persediaan Sebelum Mengajar.

    Tahun Dua

    Masa 60 minit (berdasar agihan mingguan )

    Tajuk Hafazan Surah Al Kafirun,Al Kausar,Al Maun, Quraish

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    4/14

    Fokus Pemikiran: Murid boleh membaca dan menghafaz surah-surahtersebut.

    Amalan: Mengekalkan hafazan surah-surah yang telahdipelajari dengan betul dan fasih dalam solat.

    Penghayatan: Sentiasa mengamalkan surah-surah yangdihafaz dalam kehidupan seharian.

    Prinsip Asas Islam (penerapan nilai)

    1.Penguasaan Ilmu Pengetahuan.

    2.Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah.

    3.Kehidupan yang berkualiti.

    Kaedah 1-Latih tubi

    2.Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah.

    3.Tasmik hafazan murid

    Pengetahuansedia ada

    1.Murid telah belajar surah yang dihafaz

    2.Murid telah boleh membaca surah yang akan dihafaz.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    5/14

    Sumberpengajaran danpembelajaran

    Kad Imbasan/carta ayat 4. lembaran kerjaPita rakaman

    VCD Majlis tahfiz al Quran

    Persediaan Menyediakan kad/ carta ayat dalam kelasMenyediakan pita rakaman surah yang akan diajarMenyediakan VCD majlis tahfiz al Quran serta lembaran kerja

    Hasil Pengajarandan pembelajaran

    Aras 1;

    1.Menghafaz potongan ayat dari Surah AlKafirun dengan betul

    2.Menghafaz surah Al Kafirun dengan betul

    3.Bersungguh-sungguh dalam menghafaz ayat al Quran.

    4.Mengamalkan surah yang di hafaz.

    Aras 2:

    Menghafaz potongan ayat dari surah al Kausar dan al Maundengan betul.Menghafaz surah al Kausar dan al Maun dengan betul. Mengekalkan hafazan surah-surah yang telah dihafaz.

    Aras 3:

    Menghafaz potongan ayat dari surah Quraish.Menghafaz surah Quraish dengan betulMenghafaz surah al Kafirun, al Kausar, al Maun dan Quraishdengan fasih secara Tadwir.Mengamalkan surah-surah yang dihafaz.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    6/14

    Isi pengajaran Isi Gabungjalin Penyerapan KBKK

    1.Surah alKafirun

    2. Surah alKausar

    3.Surah alMaun

    4.SurahQuraih

    1. Ibadah

    Membacasurah yangdihafaz dalamsolat

    1.Kajiantempatan;

    Perubahanmusim

    2.Matematik;

    Bil. ayat

    Beza bacaanTadwir danTartil.

    Secara dasarnya, begitulah gambaran bagi pokok pengajaran ayat-ayat hafazanbagi pendidikan Islam Tahun Dua. Jadual di ataslah yang akan menjadi asaskepada pembinaan RPH dan perlaksanaannya dalam bilik darjah.Kaedahhafazan biasanya mempunyai langkah-langkah yang hamper sama iaitu muriddibiasan dengan kalimah, membacanya hingga ingat, kemudian kalimah-kalimah

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    7/14

    itu disambung agar menjadi ayat yang lengkap dan guru meminta muridmenghafaz pula ayat-ayat tersebut secara latih tubi hingga betul-betul ingat. Dibawah ini diperturunkan juga langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru didalam kelas secara umumnya sebagai penduan perlaksanaannya.

    RANCANGAN PENGAJARAN TILAWAH ALQURAN

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIDALAM KELAS.

    Set Induksi Guru menayangkan VCD Majlis Tahfiz Al Quran

    Bersoal jawab mengenai tayangan VCDPenerangan guru dan kaitan dengan tajuk pelajaran.

    Perkembangan Langkah 1-semua murid boleh menguasai hasil pembelajaran

    aras satu.

    Ilmu:

    Memperdengankan

    bacaan surah al KafirunMenghafaz potongan ayat

    dari surah al Kafirun

    Dengan betul

    Amali;

    1.Menghafaz

    surah alKafirun

    Penghayatan/nilai

    Bersungguh

    menghafaz alQuran

    Amalan

    Membaja

    dalamsolah

    Pembudayaan

    Menghafaz al

    Quran sebagaiusaha

    meningkatkanketaqwaan.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    8/14

    Perkembangan Langkah 2- Untuk murid aras 2 dan 3.

    Pemulihan Aras 1;

    Suaikan potongan ayat dengan betul

    Nomborkan ayat yang diberu mengikut urutan.Latih tubi menghafaz potongan ayat surah Al Kafirun.

    Ilmu

    1. Talaqqi

    Musafahah potonganayat

    2. Memperdengarkan

    bacaan surah al

    Kafirun,al Kausar, almaun dan Quraish

    daripada pita

    rakaman.

    3.Menghafazpotongan ayat dari

    surah al kausar dan

    Amali

    1. Menghafaz

    surah alKausar dan Al

    maun.

    Penghayatan

    1. Bersungguh

    dalammenghafaz

    ayat al Quran

    Amalan

    Mengekalkan

    hafazan surahtersebut.

    Membaca dan

    mengamalkan

    dalam solat

    Pembudayaan

    Membentuk

    ketaqwaankepada Allah

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    9/14

    al Maun denganbetul dan fasih.

    Penilaian Menghafaz surah al Kausar dan al Maun dengan betul

    Perkembangan Langkah ke 3-untuk murid bagi hasil pembelajaran aras 3

    Pemulihan aras 2

    1.suaikan potongan ayat dengan betul. (lampiran)

    2.Nomborkan ayat-ayat berikut mengikut urutan (lampiran)

    3.Latih tubi menghafaz potongan ayat surah al Kausar dan al Maun.

    Ilmu Amali Nilai Amalan Penghayatan

    1.Gurumemperdengarkan

    bacaan surah alkafirin,al Kausar,

    alMaun dan

    Quraish melaluiCD.

    2.Talaqqi

    Musafahah surah

    tersebut.

    3.Potongankalimah dari

    surah.

    4.Menghafaz

    dengan bacaac

    1.Menghafazsurah al

    Kafirun,alKausar,al

    Maun dan

    Quraih.

    1.Bersyukurdengan

    kebolehanmenghafaz al

    Quran.

    2.Bersungguh-

    sungguhdalam

    menghafaz al

    Quran.

    Mengamalkanbacaan Tadwir

    ketikamenghafaz.

    Mengamalkannya

    dalam solat dan

    dalam kehidupan

    Sentiasamenghafaz dan

    memeliharahafazan.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    10/14

    Tadwir

    Penilaian 1.Menghafaz surah al Kafirun. Al Maun,al Kausar dan Quraish denganbetul dan fasih secara tadwir.

    Rumusan Orang yang menghafaz al Quran dikasihi Allah.Perbincangan kelebihan menghafaz al Quran

    Tugas Aras 1-Menyalin surah Quraish ke dalam buku latihan.

    -Nomborkan mengikut urutan yang betul.

    Aras 2.-Menyalin ke dalam buku latihan dan mengulang hafazan di

    rumah.

    Aras 3.-Buat senarai semak kekerapan menghafaz surah.

    Ulasan kendiri 15% murid aras 2 tidak dapat menghafaz surah-surah tersebut

    Agihan waktu dalam setahun.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    11/14

    Berdasarkan Buku Agihan Mingguan keluaran Jabatan Pelajaran Negeri KedahDarul Aman yang menjadi rujukan agihan mingguan bagi tempoh setahun,

    terdapat 11 minggu bagi bidang hafazan surah. Ini bermakna, masa bagihafazan keempat-empat surah tersebut ialah selama 11 jam termasuk amaliyang perlu dilaksanakan.Mengukut urutannya Surah al Kafirun mendapat 3 jamatau 3 minggu iaitu minggu ke 7,8 dan 9. Surah al Kausar sebanyak 2 mingguatau 2 jam iaitu minggu ke 14 dan 15.Surah al Maun mendapat 3 minggu atau 3

    jam iaitu di minggu 24, 25 dan 26 manakala Surah Quraish pula juga mendapat 3minggu atau 3 jam iaitu minggu ke 30,31 dan 32 menjadikan jumlahkeseluruhannya ialah 11 minggu atau 11 jam kesemuanya. Pengajaran palingasas ialah dengan memberi penekanan terhadap hafazan seterusnya membuatpenilaian dan pemulihan berterusan bagi murid yang belum menguasai sesuatusurah yang ditetapkan.

    Susunan sebegini pasti memudahkan guru menjalankan aktiviti-aktiviti hafazandengan lebih terancang billamana susunan minggunya berada berjauhan antarasatu sama lain yang membolehkan latihan ulangan dapan dijalankan berterusanhingga tamat sesi persekolahan satu tahun.

    Surah al Kafirun dan surah al Kausar berada dalam penggal pertama manakalasurah al Maun dan Quraish berada dalam penggal persekolahan yang ke dua.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    12/14

    Perlaksanaan Kaedah Talaqqi dan Musafahah.

    Seperti yang telah difahami, tidak dinafikan bahawa kaedah Talaqqi Musahah iniamat penting dan menjadi asas kepada pengajaran al Quran samada bacaanatau hafazan. Berikut diperturunkan beberapa langkah yang biasanya amatberkesan dalam perlaksanaan kaedah ini.

    Langkah 1.

    Guru memperdengarkan bacaan surah al Quran samada dari bacaan gurusendiri atau melalui kaset rakaman. Cara bacaan perlulah bersesuaian dengantahap murid sekiranya guru menggunakan kaset. Jangan memilih kaset agak lajubacaannya, seelok-eloknya guru sendiri yang merakamkan suaranya di kasetagar sesuai dengan murid. Masa yang diperuntukkan untuk memperdengarakanayat al Quran ini ialah selama 7 ke lapan minit secara latih tubi berulang-ulangagar ianya tidak mengambil masa bagi langkah-langkah lain yang dirancangseterusnya menjejaskan keberkesanan pengajaran guru kerana gagal mengurusmasa dengan baik.

    Langkah 2.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    13/14

    Guru mempamerkan ayat-ayat tersebut dalam bentuk keseluruhan denganmenggunakan kad carta, LCD atau kad manila. Guru membaca pula danmeminta murid mengikut bacaan guru. Guru kemudiannya meminta muridmembaca secara kelas, kumpulan dan individu.

    Langkah 3.

    Guru menggunakan kaedah latih tubi dimana potongan kalimah-kalimah dariayat-ayat tertentu ditampal dihadapan kelas.Guru menyebut berulang kali danmurid juga mengikut bacaan guru berulang kali hingga dapat diingati.

    Sebutan secara hafazan digunakan iaitu guru menutup kalimah-kalimah yangdipamerkan dan meminta murid menyebut satu persatu tampamelihatnya.Kalimah-kalimah tersebut mestilah disusun mengukut urutan asalsurah yang hendak dihafaz.

    Langkah 4.

    Guru perlu mengukuhkan hafazan murid dengan kaedah kuiz ataupermainan.Guru perlu bijak memainkan peranan agar aktiviti hafazan tidakmembosankan murid.Permainan secara menyusun semula atau menampalsemula adalah antara aktiviti yang dapat merangsang minda danmenyeronokkan murid.Guru menyediakan kad-kad kalimah dan

    menyelerakkannya seterusnya meminta murid dari kumpulan-kumpulan berbezauntuk menyusunnya dan menampalkannya di hadapan kelas.Murid perlumenyusun kalimah-kalimah agar menjadi ayat yang lengkap dan sempurna.

  • 7/29/2019 kaedah hafan rph

    14/14

    Demikian adalah asas bagi perlaksanaan kaedah hafazan yang berkesan danmenarik minat murid.Langkah-langkah yang dinyatakan diatas adalah asaskepada pembinaan dan perlaksanaan modul ini.