Penggunaan Kaedah “ Side-Counting†bagi Membantu Murid ...
Kaedah Dan Strategi Membantu Mengatasi Masalah Pembelajaran Matematik
-
Upload
amoi-kawaii -
Category
Documents
-
view
90 -
download
5
description
Transcript of Kaedah Dan Strategi Membantu Mengatasi Masalah Pembelajaran Matematik
KAEDAH DAN STRATEGI
MEMBANTU MENGATASI MASALAH
PEMBELAJARAN
MATEMATIK DISLEKSIAOLEH:
FARAH SYAZWANI BINTI ISMAIL
AZNIE ANIEZAH BINTI AHMAD JAIS
NELLY ENGGAM
MODEL INKLUSIF• Dilaksanakan bagi murid yang mengalami masalah disleksia
yang ringan
• guru khas disleksia akan membantu guru kelas dari segi
melaksanakan kerja bertulis
• Kurikulum Matematik yang sedia ada akan digunakan dalam
pembelajaran dan pengajaran
• Huraian sukatan pelajaran semua mata pelajaran tersebut
jika perlu, akan diubahsuai pendekatannya bagi keperluan
murid-murid disleksia
MODEL KELAS KHAS• Model kelas khas dilaksanakan bagi pelajar bermasalah disleksia
yang teruk
• Huraian sukatan pelajaran bagi model kelas khas ini diubahsuai pendekatannnya
• Guru-guru perlu menggunakan strategi yang khusus dan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru perlu lebih kreatif dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan terhadap murid mereka
• Kita juga boleh mengenalpasti pola kesilapan atau masalah secara spesifik dalam bacaan, tulisan atau cara membuat jawapan bagi subjek matematik melalui beberapa ujian.
CONTOH:
Penggunaan animasi interaktif menerusi komputer untuk merangsang minat pelajar disleksia
• Selain alat bantuan belajar seperti komputer, barangan
permainan seperti permainan blok dan tanah liat juga
penting bagi golongan disleksia menjana kreativiti mereka.
• Kebiasaannya, pelajar bermasalah disleksia serius
mengalami masalah menggerakkan tangan ketika menulis
• Penggunaan tangan dengan cara menekan dan membentuk
ketika bermain permainan tersebut dikatakan dapat
membantu meningkatkan kemahiran motor halus yang
dialami mereka.
• Contoh: tanah liat dibentuk nombor. Murid dapat meniru dan
membentuk nombor seperti yang ditunjukkan oleh guru.
PENDEKATAN MULTI-SENSORY • Proses pembelajaran golongan disleksia perlu melengkapi
penggunaan deria-deria utama seperti sentuhan, bunyi serta
penglihatan kerana ia akan menjawab semua persoalan yang
bersarang dalam fikiran mereka.
• Pendekatan ini menggabungkan beberapa deria iaitu auditori,
visual, oral dan kinestetik.
• Bagi mengatasi kekeliruan tersebut, blok-blok nombor tersebut
akan diletakkan di hadapan mereka dan mereka akan diberi
penjelasan tentang perbezaan nombor tersebut.
• Proses pengajaran kanak-kanak disleksia perlu dilakukan secara
berperingkat dan tidak terlalu mendadak.
CONTOH:
Seorang guru mengajar pelajar yang bermasalah disleksia mengenal huruf. Tetapi ia juga boleh ditukar kepada bentuk angka/ nombor.
MELALUI PENCERITAAN• Konsep penceritaan dibuat bagi mendapatkan rangsangan
secara terus kepada pelajar disleksia dengan menggunakan
karakter murid pandai yang boleh bercakap, suara latar
belakang, ikon-ikon gambar yang memberi kefahaman
secara terus dan animasi yang menunjukkan proses
pendaraban tersebut.
• Di dalam cerita ini, pelajar digalakkan untuk turut serta
membuat persiapan majlis hari jadi, di mana mereka perlu
memasukkan dua buah gula-gula ke dalam beg plastik.
Kemudian jumlah gula-gula tersebut dikira dan konsep
tambah berulang boleh diperkenalkan
SKRIN ANIMASI UNTUK PENGENALAN KONSEP PENDARABAN
KIRAAN MELANGKAU (SKIP COUNTING)•Bagi memperkenalkan konsep kiraan melangkau
(skip counting), pelajar seterusnya dikehendaki untuk mengira jumlah sepasang kek cawan untuk sembilan orang kawan. Dengan cara bertahap, pelajar dikehendaki menghitung jumlah kawan dahulu, kemudian menghitung dua buah kek cawan tersebut sebanyak sembilan kali, dan membahagikannya kepada kesemua sembilan kawannya
MULTIMEDIA LEARNING OBJECT MODEL UNTUK PENDARABAN
LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA (UMUM)• Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran
atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
• Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
• Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi.
• Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
BAGAIMANA GURU MEMBANTU MURID DISLEKSIA DI DALAM KELAS?• Tempatkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan
kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak
SAMBUNGAN….
•Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah
melakukan sesuatu aktiviti tetapi bantulah dia.
•Konsep kedudukan dan orientasi huruf /
nombor.
•Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
TAMAT