KAEDAH DAN PENDEKATAN MEMPELAJARI SENI · PDF fileKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti...
-
Upload
hoangxuyen -
Category
Documents
-
view
275 -
download
6
Transcript of KAEDAH DAN PENDEKATAN MEMPELAJARI SENI · PDF fileKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti...
KAEDAH DAN PENDEKATAN MEMPELAJARI SENI KHAT:
KAJIAN DI KELANTAN
HAZLIZA BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAEDAH DAN PENDEKATAN MEMPELAJARI SENI KHAT:
KAJIAN DI KELANTAN
HAZLIZA BINTI ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
iii
DEDIKASI
Ya Ar-RAhman… Aku bersyukur atas segala nikmat-Mu Betapa agongnya kekuasaanMu Terasa betapa kerdilnya diri ini disisiMu Moga taufik dan hidayahmu Berkekalan buat hambamu… Amin. Buat kekasih Allah
Nabi Muhammad sallahu alaihi wasallam Al-Qur’an dan As-sunnah Panduan dan amanah darimu…
Kemuliaanmu buat seluruh umat Syafaatmu kami nantikan Wahai kekasih Allah…
Ayahanda dan bonda yang disayangi Sesungguhnya terlalu besar pengorbananmu Memerah keringat dengan penuh kesabaran Mendidik, mengasuh dan membesarkan dengan penuh kasih sayang Tak terbalas pengorbananmu walau dengan segunung intan Ku pohon restu dari kalian… Iringi perjuangan anakanda dengan doa dan kemaafan Moga kejayaan sentiasa disisi…
Pensyarah dan para pendidikku Jasa dan bakti yang dicurahkan Akan kukenang selama-lamanya… Hanya kalimah “terima kasih” Yang mampu ku ucapkan… Moga Tuhan berkati pengorbanan kalian…
Teman…….. Terlalu indah kenangan bersamamu Kita bersama menyusuri onak dan cabaran Bersama menghadapi susah senang kehidupan Gelak tawa, senda gurau dan tangisan bersama masih terngiang Kita lalui bersama sambil menggenggam segunung harapan Semoga kita bersama-sama sampai ke puncak kejayaan Moga ukhuwah yang terbina berkekalan dan mendapat keredhaan Terima kasih ucapkan………..
iv
PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam
disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-
sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat
pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan
jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Jutaan penghargaan buat Dr. Abd Rahman Haji Hamzah selaku penyelia
Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan
dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh
menyiapkan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada ayah bonda tercinta, Ismail
Haji Yusuf dan Meriam Binti Said serta keluarga yang dikasihi lagi disayangi di atas
sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang tidak putus-putus buat
saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan cemerlang.
Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti
Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk
ilmu sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia. Ucapan jutaan
terima kasih juga dirakamkan kepada ketiga-tiga tokoh khat serta rakan-rakan
seperjuangan sekalian khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan dan tidak lupa kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak
bagi menjayakan projek penulisan ini. Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Seni khat merupakan salah satu khazanah Islam yang amat berharga dan mempunyai
kedudukan istimewa dalam masyarakat Islam. Untuk mempelajari seni khat ini, ia
mempunyai kaedah-kaedah dan teknik-tekniknya sendiri. . Kajian ini telah dilakukan
kepada tokoh seni khat di negeri Kelantan iaitu Nik Abdul Rahman Zaki Bin Nik
Abdul Kadir, Mahmood Haji Awang dan Nik Fatimah Azzahraa’ Binti Nik Abdul
Kadir. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaedah serta pendekatan yang
digunakan oleh tokoh seni khat dalam mempelajari penulisan khat. Di samping itu, ia
juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang tokoh khat yang dikaji. Penyelidik
telah menggunakan metode temubual dengan menemubual sendiri tokoh kajian.
Untuk kajian ini, penyelidik melakukan temubual secara tersusun serta berpusat
kepada topik yang menjadi tumpuan kajian. Hasil dapatan kajian ke atas tokoh seni
khat, penyelidik dapati ketiga-tiga tokoh telah menggunakan kaedah yang tersendiri
dalam mempelajari seni khat dan kaedah yang terbaik ialah menulis huruf tunggal
sehingga mahir. Selain itu, penyelidik dapati bahawa pendekatan yang mereka
gunakan dalam mempelajari seni khat ini, adalah sesuai bagi sesiapa yang ingin serta
berminat untuk mempelajarinya. Pendekatan paling berkesan yang mereka gunakan
dalam menguasai seni khat ialah membuat latih tubi. Di akhir kajian, beberapa
cadangan turut dikemukakan kepada pihak-pihak tertentu supaya memartabatkan lagi
kesenian khat ini agar ia tidak pupus ditelan masa dan arus perubahan dan dapat
dipelihara untuk generasi akan datang.
vi
ABSTRACT
Calligraphy is one of the most valuable Islamic treasures and has a special
status in the Muslim community. To learn calligraphy, there are specific methods and
techniques. Previous study was conducted by Nik Abdul Rahman Zaki bin Nik
Abdul Kadir, Mahmood Haji Awang and Nik Fatimah Azzahraa’ Binti Nik Abdul
Kadir. The purpose of the study was to identify methods and approaches of learning
that were used by figure art calligraphy. In addition, it also seeks to recognize the
background of calligraphic characters in Kelantan. Method that was used was an
interview with research leaders. For this study, an interview session was
implemented with centralization to the topic of this study. Based on the study,
researcher had found that the three leaders had used their own method of learning
calligraphy and the best method is write the single latter until they can adapt. In
addition, researcher has also found that the approach they used in learning
calligraphy is suitable for those who want and interested to learn it. The most
effective approach to their use in mastering the art of calligraphy is a drill. At the end
of the study, some suggestions were forwarded to relevant party in order to promote
the art of calligraphy so that it can be preserve for the future generation and will not
vanished within time.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Kesimpulan 11
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Sejarah Dan Perkembangan Seni Khat 13
2.3 Jenis-jenis Khat 15
2.3.1 Khat Kufi 16
2.3.2 Khat Nasakh 17
2.3.3 Khat Thuluth 18
2.3.4 Khat Riq’ah 18
2.3.5 Khat Diwani 19
2.3.6 Khat Farisi 20
2.4 Seni Khat Di Malaysia 21
2.4.1 Persatuan Seni Khat Kebangsaan 23
2.5 Jenis-Jenis Khat Yang Digunakan Di Malaysia 24
2.6 Seni Khat Di Negeri Kelantan 25
2.6.1 Sejarah Negeri Kelantan 25
2.6.2 Perkembangan Seni Khat 26
Di Negeri Kelantan
2.7 Kaedah Penulisan Khat 29
2.8 Kaedah Penulisan Dan Pembelajaran Khat 30
Secara Umum
2.9 Kaedah Penulisan Dan Pembelajaran Khat 31
Secara Khusus
2.9.1 Sebelum Menulis 32
2.9.2 Semasa Menulis 33
2.10 Taqlid Dan Peniruan Dalam Seni Khat 33
2.11 Kajian-Kajian Lepas 35
2.12 Kesimpulan 36
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 38
ix
3.2 Metode Penentuan Subjek 40
3.3 Metode Pengumpulan Data 40
3.3.1 Metode Dokumentasi 41
3.3.2 Metode Historik 42
3.3.3 Metode Penyelidikan Perpustakaan 43
3.3.4 Metode Temubual 44
3.4 Metode Analisis Data 45
3.4.1 Metode Induktif 46
3.4.2 Metode Deduktif 46
3.4.3 Metode Komparatif 47
3.6 Kesimpulan 47
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Tokoh Khat Yang Pertama: Nik Abd Rahman 49
Zaki Datuk Paduka Nik Abdul Kadir
4.2.1 Latar Belakang Tokoh 49
4.2.2 Kaedah Yang Digunakan Dalam 52
Mempelajari Seni Khat
4.2.3 Perbezaan Belajar Khat Di Malaysia 62
Dan Mesir
4.2.4 Pendekatan Yang Digunakan Dalam 63
Menguasai Kemahiran Seni Khat
4.2.5 Pendekatan Belajar Seni Khat 65
Pada Masa Kini
4.3 Tokoh Khat Yang Kedua: Mahmood Haji Awang 66
4.3.1 Latar Belakang Tokoh 66
4.3.2 Kaedah Yang Digunakan Dalam 69
Mempelajari Seni Khat
4.3.3 Perbezaan Kaedah Belajar Khat 77
Di Malaysia Dan Mesir
x
4.3.4 Pendekatan Yang Digunakan Dalam 78
Menguasai Kemahiran Seni Khat
4.3.5 Pendekatan Belajar Seni Khat 80
Pada Masa Kini
4.4 Tokoh Khat Yang Ketiga: Nik Fatimah Azzahaa’ 81
Binti Nik Abdul Kadir
4.4.1 Latar Belakang Tokoh 82
4.4.2 Kaedah Yang Digunakan Dalam 84
Mempelajari Seni Khat
4.4.3 Pendekatan Yang Digunakan Dalam 87
Menguasai Seni Khat
4.4.4 Pendekatan Belajar Seni Khat 89
Pada Masa Kini
4.5 Kesimpulan 91
BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 92
5.2 Rumusan 93
5.3 Cadangan Dan Saranan 99
5.3.1 Saranan Kepada Individu 100
5.3.2 Saranan Kepada Pihak Sekolah 100
5.3.3 Saranan Kepada Media Massa, 101
Media Cetak Dan Penerbitan
5.3.4 Saranan Kepada Kementerian Pendidikan 102
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 102
5.5 Kesimpulan 103
RUJUKAN 104
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 1 Ahli Jawatankuasa Persatuan Seni Khat 23
Kebangsaan
Jadual II: Ahli Jawatankuasa Persatuan Seni Khat 27
Kebangsaan Cawangan Negeri Kelantan
Jadual III: Kegiatan Dan Aktiviti Seni Khat Di 28
Negeri Kelantan
xii
SENARAI GAMBARAJAH
GAMBARAJAH TAJUK HALAMAN
A Peralatan Dan Kelengkapan 53
B Membentuk Mata Pen 54
C Darjah Kecerunan Mata Pen 54
D Kedudukan Yang Selesa 55
E Cara Memegang Pen 55
F Cara Meletak Pen 56
G Ciri-Ciri Khat Nasakh Dan Raka’ah 57
H Panduan Titik 58
I Kedudukan Huruf Pada Garisan 59
J Menulis Huruf Bersambung 60
K Bilangan Gigi (Rumah) Huruf 61
L Kemahiran Membeza Huruf 61
M Membuat Pen Dari Buluh, Resam Dan
Rotan
72
N Menguji Mata Pen 73
O Menulis Titik 73
P Menulis Huruf-Huruf Tunggal 74
Q Menulis Huruf Bersambung 75
R Mereka atau mencipta tulisan khat 77
S Jarak Kedudukan 85
T Buku Panduan 88
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Surat Perakuan UTM
B Soalan Temubual
C Gambar
D Surat Maklum Balas Dari Mahmood Haji Awang
E Pamplet Galeri Keluarga Datuk Nik Abdul Kadir
xiv
SENARAI SINGKATAN
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
J-QAF - Jawi, Quran, Arab, Fardhu Ain
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
JAPIM - Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral
KDC - Kursus Dalam Cuti
KEKWA Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan
Warisan Malaysia
KIAS - Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
L - Lelaki
PSKK - Persatuan Seni Khat Kebangsaan
SAW - Sallallahu Alaihi Wasallam
SWT - Subhanahu Wa Taala
UM - Universiti Malaya
USM - Universiti Sains Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
o
- Darjah
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Seni khat atau seni kaligrafi Islam merupakan salah satu khazanah Islam yang
amat berharga dan mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat Islam. Ini
kerana, khat mempunyai kaitan secara langsung dengan kitab suci al-Quran (Abd
Rahman Hamzah, 2010: 1). Oleh itu, sesiapa yang arif dalam ilmu khat ini akan
mendapat tempat dan kedudukan tertentu dalam Islam (Mohd.Bakhir Hj. Abdullah,
2007: 116).
Peranan seni khat yang teragung dapat dilihat apabila ia digunakan untuk
menulis wahyu Allah yang menjadi tatapan seluruh umat Islam yang menjadikannya
sebagai satu cabang seni serta ilmu yang tidak dapat dipisahkan dari al-Qur'an itu
sendiri (http://senikhat.ejawi.net). Kepentingan seni khat mula kelihatan sejak
turunnya wahyu yang pertama kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w iaitu
firman Allah SWT:
2
Maksudnya:
“Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang
menciptakan (sekalian makhluk)”
(Surah al-Alaq 96: 1)
Ayat di atas menyeru kepada manusia supaya menuntut ilmu kerana ilmu
merupakan bekalan dunia yang paling berharga. Ayat tersebut juga, memberikan
isyarat bahawa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah agama ilmu,
agama yang bertulangbelakangkan ilmu pengetahuan. Mereka dapat memperolehi
ilmu ini hanya dengan membaca (Abd Rahman Hamzah, 2010: 2). Seruan itu
diperkuatkan lagi oleh ayat yang seterusnya iaitu firman Allah SWT:
Maksudnya:
“Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan”
(Surah al-Alaq 96: 4)
Ayat di atas menjadi motivasi yang tinggi kepada umat Islam supaya
menggunakan pena dalam usaha mencari dan memperkembangkan ilmu kerana Allah
SWT mengajar manusia menggunakan pena dengan sifat-Nya yang Maha Mulia.
Kaitan antara penggunaan pena sudah tentu memberi peluang kepada umat Islam
supaya melihat aspek penulisan secara umum dan seni khat secara khusus sebagai
satu cabang ilmu yang harus dihormati dan disanjungi (Abd Rahman Hamzah, 2010:
2).
Manakala Mahmood Haji Awang (2009: 5) menyatakan bahawa, al-Qalam
atau pena adalah tunjang ilmu pengetahuan. Seni tulisan merupakan salah satu
cabang ilmu. Oleh itu, bagi orang Islam yang berminat dalam bidang ini, tidak akan
melepaskan peluang untuk menuntut ilmu mengenainya.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada zaman era serba maju dan canggih ini, seni khat semakin dilupakan.
Mempelajari seni khat amat penting bagi umat Islam. Ini kerana seni khat berkait
rapat dengan kitab suci agama Islam iaitu al-Quran. Di samping itu juga, kitab suci
al-Quran ditulis dalam bahasa Arab dan menggunakan kaedah penulisan seni khat.
Oleh itu, seni yang mengagungkan agama Islam ini harus diteruskan dan dituntut
serta tidak boleh dipersia-siakan (Suhaila Abdul Rahman, 2009: 9).
Oleh yang demikian, penekanan supaya mempelajari seni khat perlu diambil
kira. Ini kerana Nabi Muhammad s.a.w telah memberi penekanan terhadap seni khat,
sekalipun Baginda seorang yang Ummi. Menurut Syeikh Ali Abd Rahman al-
Kelantani, nabi s.a.w pernah bersabda, yang memberi maksud supaya memberi
penekanan ke arah tersebut berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w dalam
sabdanya:
:قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم: عن أنس بن مالك ، قال يمِب َم َموَّر َم مِب اهللِب اللَّر ْسَمنِب اللَّر ِب هللِب، غَمفَملَم اهلل لها ت َمعْسظِبيًما ُه مَمن َم َم َم بِب ْس
Maksudnya:
“Daripada Anas bin Malik berkata: berkata rasulullah s.a.w:
apabila kamu menulis Bismillah al-Rahman al-Rahim, maka
cantikkanlah tulisan kamu sebagai membesar keagungan Allah
SWT”.
(Abu Asbahani: 903 )
Menurut Muhammad Bin Abd Rahim Bin Shabib Abu Bakar (1990) dalam
bukunya yang bertajuk ”Thobaqat Al-Muhaddisin Bi Asbahani Li Abi Sheikh Al-
Asbahani Thoqat Al-Asyirah Wal Hadiyyat Asharah”, hadis tersebut telah
diriwayatkan oleh Abu Asbahani dan hadis tersebut bernombor 903.
4
Daripada maksud hadis ini, terserlah bahawa kepentingan Bismillah dan seni
khat dalam Islam amat besar sekali, Nabi s.a.w telah memberi galakan supaya
menghidupkan khat tersebut (Mohd.Bakhir Hj. Abdullah, 2007: 124). Menurut laman
web (http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Id=35413&O
ption=FatwaId) pula, hadis ini telah difatwakan dan dikategorikan sebagai hadis
Dhoif. Nombor fatwanya ialah 35413. Tarikh fatwa ini dikeluarkan pada hari Ahad
29 Jamadil Awl 1424 Hijrah bersamaan 29 Julai 2003.
1.3 Pernyataan Masalah
Seni penulisan khat merupakan sebahagian daripada warisan seni dan budaya
bangsa Malaysia. Ia telah dipraktikkan dan digunakan sejak sejarah penggunaan
tulisan jawi bermula di negara ini. Budaya warisan seni khat ini semakin hari
semakin dilupakan oleh masyarakat hari ini khususnya yang beragama Islam. Ini
kerana masyarakat sekarang lebih suka dan gemar menggunakan komputer untuk
menyiapkan sesuatu kerja. Kualiti penulisannya adalah bergantung kepada latihan
tangan dan bukannya dengan menggunakan komputer sebagai cara yang mudah dan
singkat.
Mata pelajaran khat merupakan salah satu subjek yang perlu diajar oleh guru
di sekolah. Buku untuk mempelajari subjek ini telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Salah satunya ialah buku yang bertajuk “Modul Penulisan Khat
Nasakh Dan Rak’ah” untuk tahun enam sekolah rendah. Di samping itu, subjek khat
ini turut di ajar apabila terlaksananya program j-QAF di sekolah. Melalui program j-
QAF ini, guru dikehendaki mengajar subjek khat kepada pelajar yang berada di tahun
enam. Oleh itu, masih ada peluang untuk pelajar mempelajari seni khat, namun
tenaga pengajar yang berkemahiran dalam subjek ini amat berkurangan. Kekurangan
5
guru yang berkemahiran akan menimbulkan masalah kepada pelajar dan guru
tersebut.
Di samping itu, kurangnya pendedahan ataupun tidak ada liputan yang
meluas juga merupakan salah satu faktor mengapa seni khat dilupakan. Ini kerana
pendedahan mengenai kaedah dan pendekatan untuk memepelajari seni khat kurang
di beri perhatian. Di samping itu juga, ianya tidak disebarkan secara meluas seperti
seni-seni lain yang mendapat sambutan begitu menggalakkan di media cetak
mahupun media elektronik contohnya seperti seni hiburan. Walaupun ada siaran
yang menyiarkan tentang khat ini, tetapi terlalu sedikit.
Justeru itu, inisiatif segera perlu diambil untuk memartabatkan dan
mengekalkan kesenian Islam (khat) ini. Ilmu mempelajarinya perlu dituntut supaya
seni khat ini terus berkekalan seiring dengan perubahan masa. Kaedah dan
pendekatan untuk mempelajarinya perlu didedahkan agar seni khat ini dapat
dipelajari oleh semua masyarakat Islam khususnya. Oleh itu, atas dasar pentingnya
mempelajari seni khat dalam kehidupan masyarakat Islam hari ini, maka penyelidik
ingin mengkaji “Kaedah Dan Pendekatan Mempelajari Seni Khat.”
1.4 Objektif Kajian
Melalui kajian yang dijalankan ini, objektif yang diharapkan dapat dicapai
ialah :
1.4.1 Mengetahui latar belakang tokoh seni khat yang dikaji dari segi
pendidikan dan sumbangan mereka terhadap seni khat.
6
1.4.2 Mengenal pasti kaedah mempelajari seni khat daripada tokoh seni
khat.
1.4.3 Mengenal pasti pendekatan untuk menguasai kemahiran seni khat
daripada tokoh seni khat.
1.5 Persoalan Kajian
Penyelidik berharap agar kajian ini dapat memberikan jawapan kepada
beberapa persoalan seperti berikut:
1.5.1 Apakah latar belakang tokoh seni khat dari segi pendidikan dan
sumbangan beliau dalam bidang seni khat?
1.5.2 Apakah kaedah yang digunakan oleh tokoh seni khat dalam
mempelajari khat?
1.5.3 Apakah pendekatan yang digunakan oleh tokoh seni khat untuk
menguasai kemahiran khat?