Kaedah Asas Membaca Bahasa Melayu
-
Upload
norzahara-wahida -
Category
Documents
-
view
170 -
download
7
description
Transcript of Kaedah Asas Membaca Bahasa Melayu
KONSEP KESEDIAAN MEMBACA
Kesediaan membaca bermaksud kemampuan seseorang untuk menerima
pengajaran dari segi mental, emosi, dan fizikal. Secara luas, kesediaan membaca
melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada di
peringkat mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain yang
lebih tinggi.
Secara khusus iaitu kank-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang
aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi, dan
mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas. Dari segi sebutannya
menghasilkan bunyi-bunyi yang akan diajarkan, keupayaan matanya mengecam
bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi. Dari segi emosi,
kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi minatnya terhadap bahan bacaan,
membelek-belek bahan bacaan, melihat bahan bacaan, dan berminat melihat orang di
sekitarnya membaca dan minatnya untuk mendengar bacaan khususnya yang berupa
cerita. Dari segi mental, kemampuan kanak-kanak dapat dilihat dari segi keupayaannya
mengingat apa-apa yang diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa
yang telah diketahuinya.
Dari segi umur, ada kanak-kanak yang bersedia membaca seawal umur empat
tahun dan ada pula kanak-kanak hanya bersedia membaca setelah berumur enam
tahun. Selain faktor fizikal, emosi, dan mental, faktor persekitaran amat mempengaruhi
kesediaan kanak-kanak membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak terdedah dengan
kanak-kanak sebayanya yang tidak mendapat peluang yang sama.
Syed Abu Bakar (1994) menyatakan bahawa peringkat kesediaan membaca
sangat penting. Menurutnya, “Jika tahap ini tidak dicapai terlebih dahulu, usaha untuk
mengajarkan kemahiran membaca bukan sahaja sia-sia, malah boleh menimbulkan
kesan yang amat buruk kepada kanak-kanak, ibu bapa, dan guru.” Beliau berpendapat,
konsep kesediaan membaca ini samalah dengan keadaan semula jadi yang dialami
oleh kanak-kanak dalam perkembangan otot-otot tubuh mereka. Umpamanya sebelum
1
mereka boleh berjalan, mereka perlu meniarap, merangkak, dan berdiri terlebih dahulu.
Kebolehan menggerakkan otot-otot tertentu mengikut urutan sebelum berjalan dapat
dianggap sebagai pecahan kemahiran berjalan. Keadaan yang sama berlaku untuk
kemahiran membaca, Cuma bentuknya berbeza. Berdasarkan pandangan Syed Abu
Bakar ini dapat kita rumuskan perbandingan perkembangan kanak-kanak dengan
peringkat-peringat bacaan seperti yang dibawah;
Berlari = mahir membaca peringkat tinggi
Berjalan = mahir membaca peringkat rendah
Berdiri = aktiviti pengukuhan kemahiran asas membaca
Merangkak = aktiviti mendirikan kemahiran asas membaca
Meniarap = aktiviti kesediaan membaca
Peringkat membina asas bacaan ( Prabacaan )
Asas bererti satu permulaan atau tapak bagi satu-satu binaan. Dalam soal
mendirikan asas bacaan rumi bahasa Malaysia perkara-perkara seperti pemilihan ayat,
rangkai kata, perkataan, huruf-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian yang
mendalam dan teliti daripada pihak guru supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak
membosankan murid-murid. Hal-hal di atas ini berhubung rapat dengan alatan
mengajar dan buku-buku bacaan yang sesuai. Selain daripada papan tulis dan kapur
putih, guru juga mestilah menyediakan kapur berwarna, papan magnet, kad-kad
imbasan yang telah sedia bertulis, kad-kad perkataan suku kata dan ayat serta gambar-
gambar berwarna untuk menarik hati dan minat mereka.
Peringkat ini menekankan beberapa perkara penting :
Segala bahan yang hendak diajar hendaklah dipilih, dikawal, dan disusun
dengan baik. Ajarkan perkataan-perkataan dan rangkai kata yang sedang dan
sesuai diajar.2
Alat-alat mengajar hendaklah lengkap untuk menarik minat murid.
isu pengajaran mestilah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai pula
dengan perkembangan jiwa murid-murid.
Gunakanlah gambar dan warna-warna yang menarik hati untuk memberi
dorongan.
Guru hendaklah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak membunuh
semangat kanak-kanak untuk terus membaca.
Fikirkanlah teknik dan kaedah mengajar yang menarik dan berkesan.
Peringkat melatih membaca dan memahami
Bahan atau isi bacaan hendaklah sesuai dengan peringkat umur dan
kecenderungan kanak-kanak. Guru janganlah hanya mementingkan sebutan suara dan
kelancaran sahaja tetapi mestilah juga sekaligus menyediakan soalan-soalan yang
mudah untuk kefahaman. Ladi kita tidak boleh pisahkan pelajaran bacaan dengan
pelajaran bahasa malaysia pada keseluruhannya. Dalam hal ini, bacaan senyap
hendaklah juga digalakkan supaya murid-murid dapat melatih diri sendiri untuk
menangkap maksud isi pelajaran yang dibaca.
Sebagaimana yang telah ditegaskan, tidaklah ada gunanya kanakkanak
membaca kalau mereka tidak faham apa yang dibaca. Oleh itu guru hendaklah
memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:
Memulakan membaca setelah kanak-kanak dapat membaca ayat-ayat ringkas
dan boleh mengecam perkataan, suku kata dan huruf.
Banyakkan soalan-soalan yang munasabah untuk menguji kefahaman kanak-
kanak selepas membaca.
3
Beri kanak-kanak peluang membaca dan memaham di dalam lain-lain mata
pelajaran seperti sejarah, geografi, sains dan sebagainya.
Gunakan teknik soalan yang membina dan mengikut prinsip-prinsip yang betul.
Aktiviti bacaan intensif dan ekstensif boleh dijalankan untuk latihan kemahiran
membaca.
Peringkat membaca untuk hiburan dan mencari pengetahuan
Kanak-kanak yang mula membaca akan terdorong hatinya untuk menggunakan
kemahiran membacanya itu untuk menghiburkan hatinya. Oleh yang demikian
tersangatlah mustahak pada peringkat ini disediakan pelbagai buku cerita untuk
menyempurnakan kehendak ini. Buku-buku yang biasanya digemari oleh kanakkanak
ialah buku-buku yang mengandungi cerita-cerita dongeng, cerita-cerita bergambar,
cerita-cerita binatang, cerita-cerita jenaka, pengembaraan, cerita-cerita rekaan dan
sebagainya. Buku-buku cerita itu seharusnya janganlah terlalu panjang atau susah
hendak difahami. Kanak-kanak kurang tertarik dengan buku-buku yang bahasanya
terlalu tinggi dan susah dibaca.
Untuk mendapatkan pengetahuan pula, sekolah harus memperbanyakkan iagi
buku-buku yang seperti itu dan pemilihannya harus bersesuaian dengan minat dan
umur murid. Amatlah mustahak perkara-perkara ini dipertimbangkan kerana pemilihan
yang tepat akan menggalakkan minat murid untuk terus membaca.
Peringkat membina sikap gemar membaca
Sikap suka belajar patut ada pada murid-murid yang baharu datang ke sekolah
tetapi hidup matinya sikap itu adalah bergantung kepada pengajaran guru. Sikap ini
bukaniah dipelihara semasa muridmurid baharu belajar membaca tetapi sebenarnya
berjalan sepanjang masa, sama dengan peringkat-peringkat yang lain juga. Bahan-
bahan pelajaran yang baik dan disusun dengan cermat, teknik mengajar yang baik,
kaedah yang menarik adalah di antara rahsia bagi mendirikan sikap ini. Oleh itu,
tersangatlah mustahak guru-guru berhati-hati memilih bahan-bahan pelajarannya, buku-
4
buku bacaannya, kaedah mengajarnya dan lain-lain supaya terbina dan terpelihara
sikap 'sentiasa gemar membaca' itu.
Kaedah Asas Membaca Bahasa Melayu
Masalah murid-murid sekolah tidak dapat membaca, atau tidak dapat membaca
dengan cekap, sebenarnya telah lama dirasakan oleh guru-guru. Hanya sejak beberapa
tahun kebelakangan ini saja hal tersebut diberi perhatian yang lain, dan daripada
beberapa kajian yang dibuat nampaknya masalah ini masih agak serius.
Sudah wajarlah masalah pembelajaran membaca (termasuk menulis dan
mengira) diberi perhatian oleh semua pihak : Kementerian Pelajaran, guru-guru, dan ibu
bapa, kerana di dalam sistem pelajaran formal, ketiga-tiga kemahiran itu menjadi alat
yang asas untuk kanak-kanak mempelajari Ilmu Sains, Ilmu Alam, Sejarah,
Kesusasteraan, Sivik, Muzik, Perdagangan, Pertanian, Seni Perusahaan, mata
pelajaran Teknikal, Agama serta pengetahuan dan kemahiran lain.
Kemahiran 3M adalah ‘alat’ asas untuk seseorang meneroka ilmu, mencipta, dan
membuat komunikasi. Dalam konteks dunia hari ini, kecekapan dalam menguasai 3M
amat diperlukan, lebih-lebih lagi untuk urusan kehidupan sehari-hari. Maksudnya,
definisi had minimum dalam kemahiran membaca setakat ‘mengenal huruf’ sudah tidak
memadai lagi. Taraf minimum yang harus dianggap sebagai ‘functionally literate’ di
Malaysia hari ini harus didasarkan pada keupayaan seseorang itu membaca dan
memahami tulisan di dalam suratkhabar, dan menulis surat-surat urusan harian sendiri.
Taraf pencapaian minimum inilah yang harus dapat dicapai oleh 90% daripada murid-
murid sekolah apabila mereka sampai ke Tingkatan 3.
Untuk mencapai taraf kemahiran ini, asas-asas yang kukuh perlu dibina secara
progresif dari awal. Barangkali bagi 90% daripada kanak-kanak dalam negara kita, mula
mengenal huruf hanya apabila mereka menjejakkan kaki di bangku sekolah.
Kebanyakan kita juga mula belajar membaca apabila kita bersekolah. Hal ini sengaja
ditekankan kerana sudah diterima sebagai ‘biasa’ bahawa di antara tugas utama guru-5
guru di sekolah dasar ialah mengajar kanak-kanak supaya dapat membaca dan
menulis. Jika ini belum dicapai, apa pun sebab-sebab yang mungkin diberikan, tugas
guru belum dikira sempurna. Masyarakat kita sentiasa mengharapkan sistem
persekolahan kita memberikan kecekapan membaca, menulis dan mengira kepada
anak-anak, dan jika ramai yang tidak mendapat kemahiran tersebut, maka sistem
persekolahan itu dianggap gagal, dan harus dikaji semula serta dipulihkan.
Walau bagaimanapun tidaklah dicadangkan apa-apa pemulihan yang besar di
dalam sistem pelajaran kita, hanya sekadar untuk meninjau beberapa kaedah mengajar
di peringkat awal : (beberapa definisi dan andaian asas)
Peringkat permulaan membaca di sini ditafsirkan sebagai peringkat permulaan
membaca yang dihadapi oleh sebahagian besar murid-murid Darjah 1, di sekolah-
sekolah dasar kita; Kebanyakan daripada murid-murid ini adalah ‘normal’ dari segi
keupayaan atau kebolehan mereka belajar;
Murid-murid ini telah pun mempunyai kemahiran bahasa Melayu lisan (walaupun
mungkin dalam bentuk dialek), menguasai perbendaharaan kata yang ‘mencukupi’
akibat daripada lahir di dalam keluarga Melayu, atau bercampur-gaul dengan orang-
orang Melayu. Dengan kata lain mereka belajar membaca bahasa Melayu sebagai
bahasa pertama.
6
Kaedah Pengajaran yang Biasa Dibuat.
Kaedah abjad
Merupakan kaedah yang paling tua digunakan oleh manusiabagi mengajarkan
bacaan kepada kanak-kanak. Dikenali juga dngan nama kaedah huruf dan kaedah
mengeja. Mengikut kaedah ini, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf yang ada
dalam sistem ejaan bahasa Malaysia iaitu :
a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y, z,
Murid-murid dikehendaki menghafal nama-nama huruf ini mengikut aturannya a,b,c,…
z. kadang-kadang ada nyanyian yang menggunakan huruf-huruf sebagai liriknya. Murid-
murid juga dikehendaki menghafal nama kedua-dua bentuk huruf iaitu huruf kecl dan
huruf besar.
Setelah murid mengenali nama-nama huruf, baharulah diperkenalkan huruf-huruf
vokal: a, e, i, o, u. Seterusnya, huruf-huruf itu dicantum dengan huruf-huruf konsanan
untuk membentuk perkataan.
ba bi bu bo be be
ca ci cu co ce ce
da di du do de de
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan-perkataan seperti baca, babu, cucu, dada,
budi dan sebagainya. Perkataan dibaca mengikut nama hurufnya dan kemudian
baharu disebut perkataannya,
Kaedah abjad yang begini hanyalah menegaskan hafalan-hafalan yang agak
kurang bermakna bagi kanak-kanak. Memulakan pengajaran membaca dengan
menegaskan pengenalan dan hafalan nama-nama huruf, sebenarnya menegaskan
sesuatu yang boleh membosankan murid-murid. Saya kira kaedah ini mengambil masa
yang agak panjang sebelum murid-murid itu dapat merasa gembira atau puas.
7
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH ABJAD
KEBAIKAN KELEMAHAN
Kemahiran mambaca diasaskan
pada pengenalan huruf dan suku
kata
Setiap huruf atau lambang
mewakili satu bunyi
Tercapai kecekapan dan
kemahiran membaca serta
memberi keyakinan kepada murid
Murid-murid terdorong untuk
membaca dengan mengeja satu
demi satu perkataan menyebabkan
bacaan kurang lancar
Member tumpuan kepada
penyebutan huruf dan suku kata
bukan kepada maksud yang dibaca
Kaedah ‘Pandang dan Sebut’ (look and say)
Kaedah Pandang dan Sebut ini atau juga pernah disebut dengan nama Kaedah
Seluruh Perkataan (whole word) ini bolehlah dianggap sebagai reaksi kepada
kelemahan-kelemahan yang terdapat pada Kaedah Abjad. Kaedah itu lebih bermakna
daripada Kaedah Menghafal ‘nama setiap huruf itu’. Misalnya batu, rumah, sekolah,
budak, pokok, meja, pensel dan sebagainya. Perkataan-perkataan yang ditulis penuh
adalah difikirkan lebih bermakna daripada pecahan tiap-tiap hurufnya. Jadi Kaedah
Pandang dan Sebut (atau Kaedah Seluruh Ayat) ini dijadikan asas untuk mengajar
murid-murid membaca. Kerap kali ditunjukkan seluruh perkataan-perkataan seiring
dengan gambar-gambar yang dilambangkannya. Perkataan rumah ditulis di tepi atau di
bawah gambar rumah, perkataan pensel, dan sebagainya. Kadang-kadang digunakan
kad-kad imbasan yang menunjukkan gambar dan perkataan.
Jadi dalam kaedah ini murid-murid cuba ‘mengenal’ keseluruhan lambang-
lambang itu untuk mendapat membaca. Mereka harus mengenal beberapa puluh
‘lambang perkataan’ sebelum boleh membaca ayat-ayat. Kemudian baru diajar
mengeja tiap-tiap perkataan, dan mengenal nama huruf-huruf yang mewakilinya.8
Pada ketika dahulu (bahkan bagi setengah-setengah ahli pendidik sekarang pun)
kaedah Pandang dan Sebut ini sangat ditegaskan. Mereka kuat dipengaruhi oleh ahli-
ahli pendidik mengajar membaca bahasa Inggeris. Di sebalik menggunakan kaedah ini
untuk mengajar, bahasa Inggeris ialah bahasa yang tidak mempunyai sistem ejaan
fonemik yang sempurna, bercelaru dari segi symbol-sound relationship. Kecelaruan ini
menyebabkan ahli-ahli pendidik bahasa menganggap kaedah Pandang dan Sebut itu
lebih sesuai dan bermakna untuk mengajar permulaan membaca. Tetapi, sejak
beberapa tahun kebelakangan ini kaedah ini dikritik semula, sebab didapati ramai murid
biasa (terutama di Amerika Syarikat) yang tidak boleh membaca. Kemahiran murid-
murid ‘mengenal’ perkataan-perkataan tidak dapat menjelma dengan cepat. Bahkan
ramai yang menghafal ‘perkataan-perkataan’ berdasarkan gambar daripada ‘mengenal’
perkataan-perkataan, dan murid-murid ini sukar mengenal perkataan-perkataan yang
‘baru’. Jadi, baru-baru ini timbul semula hujah-hujah dan kajian-kajian yang
membuktikan bahawa kaedah fonik mungkin lebih sesuai dan berkesan daripada
kaedah Pandang dan Sebut untuk mengajar permulaan membaca bahasa Inggaris.
Kaedah Pandang dan Sebut ini lebih sesuai digunakan untuk mengajar bahasa-
bahasa yang memakai sistem tulisan ideografik (atau lebih tepat lagi logografik) seperti
sistem ejaan bahasa Cina, yang melambangkan sesuatu benda, idea, dan sebagainya
(satu morfem) dengan satu perkataan.
Oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu rata-rata adalah fonemik (satu huruf
boleh dikatakan melambang satu ‘bunyi’ – lebih fonemik daripada misalnya sistem
ejaan bahasa Inggeris) maka agak tidak begitu munasabah bagi Kaedah Pandang dan
Sebut ini digunakan untuk mengajar permulaan membaca bahasa Melayu, terutama
mengajar murid-murid Melayu. Kaedah ini akan menyusahkan dan melambatkan lagi
murid-murid mencapai kemahiran membaca bahasa Melayu
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PANDANG SEBUT
KEBAIKAN KELEMAHAN
9
Perkataan yang diperkanal
bermakna
Murid-murid memahami apa yang
dibaca dan ini dapat mengelak
mereka daripada bosan
Murid-murid terdorong untuk
membaca dengan mengeja satu
demi satu perkataan menyebabkan
bacaan kurang lancar.
Kemahiran mengenal lambang
yang membentuk perkataan lambat
Murid-murid membaca bukan
berdasarkan perkataan tetapi
berdasarkan gambar
Kaedah suku kata
Kaedah ini merupakan kaedah mengeja dan membatangkan suku kata.
Contoh :
“b”, “a” = ba ; “tu”, “u” = tu
Kemudian suku-suku kata ini digabungkan menjadi perkataan.
Contoh :
“ba”, “tu” = batu
Murid-murid juga boleh terus mengeja sesuatu perkataan seperti “b”, “a” “t”,
“u”.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH SUKU KATA
KEBAIKAN KELEMAHAN
10
Murid-murid mahir mengeja. Ini
disebabkan mereka dilatih mengeja
setiap perkataan yang dibaca.
Kaedah ini memudahkan guru
menjalankan kerja-kerjanya. Guru
tidak memerlukan alat bantuan
mengajar yang banyak.
Murid-murid tidak mahir membaca.
Kaedah ini menjadikan murid sibuk
mengeja kerana tumpuan keada
huruf sahaja.
Murid-murid tidak faham apa yang
dibacanya.
Murid-murid akan membaca
dengan berlagu dan tidak
mempedulikan rangkai kata dan
tempat-tempat berhenti.
Kaedah Fonik
11
Pada asasnya kaedah ini adalah untuk mengajar murid-murid melihat hubungan
di antara simbol (huruf) dan ‘bunyi’ (grapheme phoneme relationship) supaya mereka
dapat membaca (membunyikan) perkataan-perkataan baru yang mereka hadapi.
Murid-murid tidak diajar nama-nama huruf. Namun, diajar ‘bunyi-bunyi’ huruf. Hal ini
bermaksud, lambang huruf terus dikaitkan dengan bunyinya. Misalnya
12
HURUF BUNYI
s seh
t teh
u u
v veh
w weh
HURUF BUNYI
a aaa
b beh
c ceh
d deh
e e
f feh
HURUF BUNYI
g geh
h heh
i i
j jeh
k keh
l leh
HURUF BUNYI
m meh
n neh
o o
p peh
q qeh
r reh
HURUF BUNYI
x -
y yeh
z zz
Setelah mereka tahu hubungan tiap-tiap huruf dengan bunyinya, suku kata pula
dibina. Misalnya, ‘ba’, ‘da’, ‘tu’, ‘ka’, ‘lu’, ‘mi’ dan sebagainya. Kemudian baru
digabungkan suku-suku kata ini menjadi perkataan-perkataan – ‘dada’, ‘batu’, ‘kata’,
‘lalu’, dan sebagainya. Seterusnya murid-murid diberi latihan membaca ayat-ayat yang
menggunakan perkataan-perkataan ini.
Nyata sekali, oleh sebab sistem ejaan bahasa Melayu kita adalah fonemik, (iaitu
ada hubungan yang agak teratur di antara ‘huruf’ dan ‘bunyinya’), dan oleh sebab suku
kata kebanyakan perkataan Melayu agak jelas, maka kaedah fonik ini sesuai sekali
digunakan untuk mengajar permulaan membaca perkataan-perkataan Melayu.
Sekurang-kurangnya kaedah ini adalah lebih munasabah dan mungkin lebih berkesan
dibandingkan dengan Kaedah Abjad dan Kaedah Pandang dan Sebut.
Kelemahannya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi
huruf yang kurang bermakna pada permulaannya. Dan biasanya masa yang agak
panjang diambil untuk mereka mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum
mereka membaca perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang bermakna.
KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH FONIK
KEBAIKAN KELEMAHAN
Sesuai dengan susuk bahasa
Melayu yang bersifat fonemik
Membolehkan kanak-kanak
membaca perkataan baru
Memudahkan murid-murid
menguasaia kemahiran bacaan
Bacaan murid tidak licin
Tidak menarik hati kerana suku
kata yang diajar tidak mempunyai
makna
Sukar untuk membunyikan fonemik
diftong dan digraf
13
Pendekatan Elektik
Kaedah ini adalah kaedah Campuran – campuran kaedah-kaedah mengikut
kesesuaian murid, situasi bilik darjah dan bahan-bahan bacaan yang digunakan. Ada
yang menggunakan penujuan sintetik, ada penujuan analitik dan ada pula penujuan
sintetik-analitik.
‘’The analytic-synthetic method… entails selection of carefully graded words, sentences
and simple passage which children analyse, compare and synthesize more or less
simultaneously right from the beginning, and in doing so become acquainted with the
elements of language, in the desired order, while learning the mechanics of reading.’’ 1
1 Twelfh International Conference on Public Education, Gena, 1949.
The Teaching of Reading. Geneva : International Bureau of Education 1949, m.s. 24.
Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa Melayu, kesan yang
didapati apabila seseorang menyebutkan Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-olah mereka
memikirkan Kaedah ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi
kanak-kanak Melayu kita. Kemudian jika diperhatikan betul-betul cara Kaedah ini
diterapkan, agak banyak yang mengajar kurang sistematik. Jadi kerap kali Kaedah ini
menjadi akedah cacamurba, kerana asas gabungan itu kurang diperhatikan.
Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar ‘eklektik’ tetapi
sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan sifat-sifat ejaan bahasa Melayu,
struktur suku-katanya, dan tatabahasanya di suatu pihak, dan keadaan pembelajaran
murid-murid Melayu di pihak lain. Maksudnya kita harus menciptakan Kaedah Eklektik
yang sesuai untuk mengajar membaca bahasa Melayu sebagai bahasa pertama; tetapi
kaedah itu haruslah sistematik.
14
Pendekatan cerakinan
Pendekatan ini dikenali juga dengan pendekatan cerakinan atau analisis.
Kaedah pengajarannya mendahulukan unsur yang lebih besar dan kemudian unsur itu
dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil. Pendekatan ini mengesyorkan pengajaran
bacaan dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid kemudian ayat itu do
cerakinkan kepada perkataan, suku kata dan huruf.
Contoh:
Perkenalkan ayat = Rumah saya besar
Perkenalkan perkataan = “ Rumah” “saya” “besar”
Perkenalkan suku kata = “ru” dan “mah”………….
Perkenalkan huruf = “r”, “u”, “m”, “a”, “h”
15
DEFINISI TULISAN
Tulisan adalah bahasa yang bertulis dengan lambang-lambang bunyi. Jika
tulisan itu dibunyikan semula ia dikatakan bahasa. Tulisan adalah alat untuk melahirkan
fikiran dan perasaan. Ia merupakan bahasa yang tersusun yang berupa rangkai-rangkai
kata dan ayat-ayat. Seseorang individu akan dapat menikmati hasil fikiran dan
perasaan orang lain melalui butiran-butiran tulisannya. Oleh itu pelajaran menulis
sangatlah penting kerana ia bertindak sebagai alat bagi menurunkan segala isi
pelajaran dan mempamerkan buah fikiran seseorang itu.
Tulisan berhubung rapat dengan membaca. Kedua-duanya mementingkan teknik
dan akal. Membaca tidak mungkin ada kalau tidak ada tulisan dan begitulah sebaliknya.
Seseorang itu menulis karangannya kerana ada yang membacanya dan seseorang itu
pula berpeluang membaca apabila ada hasil penulisan untuk dibaca.
Di sekolah-sekolah, pelajaran menulis dan membaca bukanlah sesuatu yang
terpisah sifatnya malah ia seharusnya dijalankan serentak atau dalam masa yang
selari. Walaupun pada dasarnya membaca seharusnya mendahului tulisan tetapi ada
kalanya kanak-kanak telahpun pandai menulis ketika masuk ke sekolah. Ini tidaklah
merisaukan, kerana sewaktu mereka menulis mereka juga membaca. Bagaimanapun
harus diingat, tidak elok kanak-kanak disuruh menulis sebelum dia tahu membaca.
PERINGKAT-PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada 3 :
1. Peringkat pramenulis ( persediaan )
2. Peringkat mendirikan asas ( peringkat mekanis )
3. Peringkat untuk pelahiran
16
KEMAHIRAN PRATULISAN
Kemahiran pratulis di kalangan kanak-kanak bermula dengan perkembangan
kemahiran motor halus. Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan
urat daging yang mengawal jari dan tangan. Menurut Allyn dan Bacon (1997)
kemahiran menulis kanak-kanak prasekolah adalah meliputi kebolehan kanak-kanak
menggunakan alat-alat tulis seperti pen, pensil, krayon, marker dan berus cat untuk
membuat sebarang bentuk contengan (scribble). Contengan yang dilakukan oleh
kanak-kanak adalah sebarang bentuk lakaran yang berulang dan sebarang perubahan-
perubahan pada contengan secara mendatar, dan contengan yang bercampur dengan
bentuk-bentuk huruf. Contengan yang dilakukan oleh kanak-kanak juga meliputi
percubaan kanak-kanak menggunakan lakaran gambar untuk membuat ilustrasi cerita.
Kanak-kanak pada peringkat prasekolah boleh menulis nama sendiri, mencipta huruf-
huruf yang mewakili makna tertentu atau mencipta huruf secara rawak (composed of
letters), mencipta ejaan perkataan (invented spelling), dan menulis perkataan yang
bermakna (distinguishable words).
Asas untuk kemahiran bagi melatih murid menulis dengan betul.
Melatih murid menggunakan otot jari untuk memegang alatulis dan membentuk
huruf.
Kordinasi mata tangan.
Peringkat Mendirikan Asas ( Peringkat Tulisan Mekanis )
Setelah murid-murid menjalankan latihan pramenulis, faham dan tahu
memegang pensel serta boleh duduk dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih
membentuk lambang-lambang tulisan. Pada peringkat awal, dicadangkan murid
membentuk huruf di atas kertas kosong yang tidak mempunyai sebarang garisan.
Setelah didapati memuaskan, barulah dilatih membentuk huruf pada halaman yang
bergaris. Apabila murid mula membentuk huruf-huruf pada kertas bergaris, kawalan
17
tulisan perlu dilakukan. Ia harus bermula daripada garisan yang lebar hingga kepada
lembaran satu garis. Di bawah adalah latihan menulis terkawal dari mula hingga ke
lembaran satu garis itu.
I. Latihan membentuk bulatan dan garis lurus dalam keadaan terkawal.
II. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris dua.
III. Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris satu.
IV. Latihan membentuk lambang tulisan dengan cara yang betul untuk mendapat
keseragaman cara menulis bagi menghasilkan tulisan yang seragam dan mudah
dibaca.
PENYAMPAIAN KEMAHIRAN
Semasa menyampaikan kemahiran tersebut guru haruslah memberi perhatian kepada
beberapa perkara :
Kanak-kanak harus diperkenalkan kepada lambang-lambang huruf dengan
menggunakan gambar.
Sebelum dilatih menulis, baik juga diberi latihan bebas untuk membetulkan urat-
urat daging kanak-kanak.
Kanak-kanak menulis dengan mengeja dan menyebut nama-nama huruf.
Menggunakan kertas, mula-mula tidak bergaris dan selepas itu barulah
menggunakan buku yang bergaris.
Setelah kanak-kanak dapat menggunakan alat-alat dengan baik barulah dilatih
menggunakan buku dan alat-alat lain yang sesuai.
18
AKTIVITI MENULIS MEKANIS / MENDIRIKAN ASAS
Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
Memadam dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan yang
bermakna.
Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang atau petak yang dikosongkan.
Menyalin perkataan yang mudah.
Menyalin ayat-ayat yang mudah, dan sebagainya.
AKTIVITI - AKTIVITI PRATULISAN
Menyediakan Sudut Tulisan
Apabila matlamat guru prasekolah untuk menggalakkan kanak-kanak meneroka
sendiri kemahiran menulis, kita seharusnya menyediakan satu suasana untuk
memungkinkan perkara tersebut berlaku. Bagi kanak-kanak sudut bacaan mempunya
kesan menarik sama dengan sudut main blok. Alat-alat tulisan seperti meja, kertas,
sampul suarat, kad, pelekat, pita, pembaris, getah pemadam, pad stamp, klip kertas
dan sebagainya disediakan di sudut ini memang mempunyai daya tarikan pada diri
kanak-kanak. Selain dari itu papan tulis kecil atau stand-up chalk board dibekalkan
untuk menggalakkan aktiviti menconteng dan menulis menggunakan kapur. Minat dan
keinginan mereka untuk meniru tingkah laku menulis oleh orang dewasa dapat di
penuhi dengan melakukan cakaran, contengan dan lakaran tertentu di sudut ini.
Melengkapi Bilik Prasekolah Dengan Persekitaran Tulisan
Guru prasekolah bolehlah melengkapkan bilik prasekolahnya dengan bahan-
bahan yang menggambarkan persekitaran tulisan. Bahan-bahan yang perlu disediakan
dalam bilik prasekolah adalah seperti buku-buku, majalah-majalah, katalog, poster,
tanda nama jalan, isyarat-isyarat jalanraya, iklan-iklan, logo-logo restoran seperti KFC
19
dan sebagainya. Penyediaan persekitaran yang dilengkapi dengan bahan-bahan
tulisan(print) meningkatkan lagi kesedaran (awareness) mereka tentang tulisan dan
bacaan.
Menyediakan Sudut Bacaan
Pusat prasekolah perlu dilengkapi dengan sudut bacaan. Bahan-bahan seperti
buku-buku bergambar,buku-buku abjad, poster, majalah dan buku besar ditempatkan di
sudut ini.
Menggunakan Tray Pasir / Garam Untuk Menulis Dengan Jari
Kita boleh mempelbagaikan cara meningkatkan minat murid untuk menulis.
Dengan menyediakan di sudut tulisan dengan tray pasir / garam, kanak-kanak boleh
berlatih menulis menggunakan hujung jari di atas pasir atau garam. Cara ini mudah
bagi kanak-kanak untuk memadam dan menulis semula bentuk-bentuk yang
diminatinya. Kanak-kanak hanya perlu mengoyang (shake) tray jika ingin memadam
untuk menulis semula huruf dan sebaginya.
Menggalakkan Kanak-Kanak Menulis Pesanan
Kanak-kanak pada peringkat memaknakan contengan dalam penerokaan tulisan
mereka boleh menulis pesan dalam aktiviti menulis olok-olok (mock writing) kepada
rakan atau ibu bapa mereka. Galakkan kanak-kanak melakukan aktiviti menulis surat
olok-olok (mock letter writing) kepada ibu bapa mereka. Ketika kanak-kanak melakukan
aktiviti menulis surat olok-olok, guru akan menulis sebenar mesej surat tersebut dalam
mock letter writing tersebut. Apabila ibu bapa mereka bertindak balas terhadap surat
tersebut kanak-kanak akan merasakan bahawa tulisan mereka dapat dibaca oleh ibu
bapa. Dari detik inilah akan timbul motivasi mereka untuk terus belajar menulis huruf-
huruf yang sebenarnya.
Pengesahan Setelah Mendapat Giliran
Kanak-kanak digalakkan menggunakan sebarang bentuk tulisan olok-olok (mock
writing) dalam buku catatan khas yang ditempatkan disetiap sudut pembelajaran 20
sebagai menunjukkan atau membukti bahawa mereka telah melaksanakan sesuatu
aktiviti. Sebatang pensil atau pen diikat pada buku tersebut supaya kanak-kanak tidak
perlu mengambil masa untuk mendapatkan pensil / pen bagi tujuan tersebut
Aktiviti-aktiviti lain yang boleh digunakan:
1. Latihan menggerakkan jari
2. Latihan memegang alatulis dengan betul
3. Latihan penggunaan otot seperti membentuk tanah liat atau tepung
4. Latihan pergerakkan mata ke kiri dan ke kanan dikordinasikan dengan gerakan
jari atau tangan:-
5. Menyambung titik
6. Mencari arah
7. Latihan penggunaan alatulis dan mata secara serta merta seperti memadankan
bahagian haiwan.
8. Latihan membuat rajah dan garisan melintang atau menegak di udara.
9. Latihan menampal dan menyesuaikan gambar melalui guntingan dan lekatkan
gambar.
10.Latihan membuat rajah, garisan atas kertas atau pasir melalui sungai dan lain-
lain.
11.Latihan melakar bentuk manusia atau haiwan dan mewarna.
21
AKTIVITI PENYERAPAN PEMULIHAN MEMBACA DAN MENULIS DALAM MATA
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MUZIK
Definisi dan Konsep Pendidikan Pemulihan
1. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Meiayu Tahun 2 10: 2003 Aktiviti pemulihan
disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum
dicapai. Aktiviti ini dllaksanakan mengikut kadar kemampuan murid.
2. KAMUS DEWAN EDISI 4:111: 1967 : "Pulih" bermaksud kembali seperti biasa,
sembuh atau baik semula. [keadaan semula] Merujuk kepada kanak- kanak yang
menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembeiajaran pemulihan biasanya
dikaitkan denqan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekuranqan atau
memperbetulkan sesuatu
3. BLAIR: 1956 Program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan
kanak-kanak yang menqhadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan
yang menghalangnya dapat diatasi. la tertumpu kepada penguasaan kemahiran.
4. O. C SiMPSON 1975 Merupakan tindakan khas - tindakan khusus yang diambil
untuk rnenqatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi
pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang
dihadiri oleh murid secara sambilan, dalarn kurnpulan biasa dan dalarn darjah
untuk penqajaran
5. SYARIFAH ALAWIAH AlSAGOF 1983 .... satu tindakan yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami keperluan pendidikan
murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di
sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan
dalam darjah untuk penqaiaran
6. ISHAK HAIRUN 8& KOH SOH BOON 1983 .... sebagai perkhidmatan khas untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah dan kesulitan
pembelajaran yang melibatkan murid-murid lambat (Iembap) dalam mencapai
22
pembelaiaran berbanding denqan murid-murid lain. Bertujuan untuk memperbaiki
kelemahan pembelajaran.
7. 1982, KPM ... Kementerian Pelajaran Malaysia (1982) menggunakan istilah
program pemulihan. Takrif Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap program
pemulihan pada masa itu ialah "suatu rancangan pembelajaran yang disediakan
untuk membantu murid-murid yang menqhadapi masalah atau kesukaran
pembelajaran dalam menquasai sesuatu kemahiran. Dalam usaha untuk
membantu murid-murid ini, kaedah, bahan dan aktiviti alternatif yang
bersesuaian dengan masalah yang dihadapi adalah digunakan."
8. 1984. KPM... Takrif ini diubahsuai kemudiannya. Kementerian Pelajaran
Malaysia (1984) meneqaskan "Dalam konteks KBSR, program pemulihan
merupakan lanqkah-lanqkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid
yang menqhadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas
membaca, menulis dan menqira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaia
masalah tersebut dapat dikesan dan ditentukan.Dalam konteks KBSR, murid
yang lemah ini terdapat semua peringkat persekolahan dan di mana-mana
sahaia, Masalah pembelajaran yanq mereka hadapi ini berbeza-beza.Oleh itu
langkah-Iangkah pemulihan perlu juga berbeza-beza berqantunq pada masalah
yang timbul. Guru digalakkan untuk mengekalkan murid-murid yang memerlukan
pemulihan ini belajar bersama-sama rakan sekelasnya."
9. 1986, Syarifah ... Syarifah Alwiah (1986) mentakrifkan pendidikan pemulihan
sebagai “…tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan
murid yang menqalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di
sekolah biasa di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dalam
kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa dan dalam darjah untuk
pengaiaran khusus oleh guru pemulihan .... " Takrif ini berasal daripada takrif
yang dibuat oleh National Association for Remedial Education, Great Britain.
Asas takrif ini ialah frasa yang berhuruf condong
23
10. 1999 KPM …Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah
murid yang menqhadapi kesulitan pembelaiaran khususnya dalam menquasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Kesemua definisi tersebut
mengutamakan sasaranya, iaitu murid yang menghadapi masalah pembelajaran.
Sinonim bagi frasa murid yang menghadapi masalah pembelajaran ini ialah:
murid kurang bernasib baik, murid pencapaian rendah, murid lambat atau murid
lembab. Murid lembab ialah murid yang gagal menqhadapi kerja normal sekolah
untuk kumpulan sebaya tetapi kegagalan mereka tidak dapat dianggap sebaqai
disebabkan oleh kecacatan. Kesemua definisi itu juga menyatakan pendekatan
pendidikan pemulihan yang disebut sebaqai langkah atau tindakan khusus.
Perkara ini merupakan sebahagian daripada ciri khas pendidikan pemulihan
berbanding dengan pendidikan biasa
Ideanya, proses pendidikan pemulihan dilaksanakan oleh guru khas pemulihan
(GKP) KBSR nampaknya tidak menegaskan perkara ini. Dari seqi tempat
melaksanakan pengajaran pemulihan, kenyataan yang terkandung dalam takrif
pertamaadalah lengkap. Bagaimanapun, KBSR menggalakkan murid- murid yang
memerlukan pemulihan itu belaiar bersama-sama rakan sekelasnya.
Perbezaan antara Pendidikan Khas dengan Pengajaran Pemulihan
Pendidlkan pemulihan berbeza denqan pendidikan khas. Misalnya dari segi
sasaran pendidikan pemulihan dituiukan kepada kanak-kanak biasa, sedanqkan
pendidikan khas ditujukan kepada kanak-kanak cacat seperti terencat akal, cacat
anggota, buta dan sebaqainya. Pengajaran pemulihan pula cuma sebahaqian daripada
proses pendidikan pemulihan, Kedua-dua istilah ini kerap digunakan secara bertukar
ganti hingga mengaburkan maksudnya. Perlu juga ditegaskan bahawa program
pemulihan merupakan sebahagian sahaja daripada proses ketika melaksanakan
pendidikan pemulihan. Selain ltu, pada masa dahulu pendidikan pemulihan adalah
sebahaqian daripada program pendidikan imbuhan.
24
Definisi dan Konsep Penyerapan Pemulihan
1. Penyerapan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu rnerupakan
satu proses penyebatian dan penyatupaduan pengetahuan daripada mata pelajaran
lain sebagai isi pelajaran
2. Penyerapan pemulihan mernbaca dan menulis dalam pengajaran merupakan
tindakan yang dilakukan untuk memantapkan lagi kemahiran rnembaca dan menulis.
Murid-murid yang lemah dan gagal menguasai kemahiran tersebut denqan baik dan
berkesan amat memerlukan penqajaran pemulihan.
3. Penqajaran pemulihan membaca dan menulis boleh merintis dalam pelbagai
mata pelaiaran. Guru boleh mengaplikasikan penqaiaran tersebut dalam mata pelaiaran
Pendidikan MuziK,Pendidikan Seni Visual dlan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Pelaksanaan Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis dalam Mata
Pelajaran
Latihan mengeja satu dan dua suku kata dalam lirik lagu.
- Mengeja dan menyebut secara berlaqu dan rnenyanyi
Membuat aksi mengikut bentuk huruf.
- Meniru dan membuat aksi bentuk huruf.
Menjalankan aktiviti kesediaan murid
- Mengenal dan menqecam bunyi alat-alat muzik.
Menyanyikan lagu-lagu yang diperkenalkan.
- Lagu-Iagu yang mengandungi satu dan dua suku kata, Contoh ayat
mudah yang dilagukan,
Menjalankan aktivlti pengukuhan terhadap perkataan-perkataan yang terdapat
dalam lirik lagu.
25
- Melengkapkan perkataan dengan suku kata atau huruf yang tepat.
Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Dalam Mata Pelajaran
Pendidikan Seni
Pemulihan bacaan dan tulisan boleh diserap ke dalam mata pelajaran Pendidikan Seni
Visual. Guru-guru bahasa Melayu mengaplikasikan kepelbagaian teknik seni visual
untuk meningkatkan penguasaan membaca dan menulis.
Antara teknik yang boleh diguna pakai ialah melukis gambar, menghasilkan kraf, kolaj
dan ukiran.
Cadangan Aktiviti:
- Melukis dan mewarnakan gambar huruf dan perkataan.
- Mengeja dan rnenyebut huruf danperkataan
- Menghasilkan kraf.
- Membentuk huruf menggunakan plastisin atau tanah liat.
- Membentuk huruf, mengguntingkannya dan menampalnya di dalam
- buku.
- Membentuk huruf dan menampalnya dengan cebisan kertas pelbagai warna.
- Membuat dan menghasilkan ukiran.
Aktiviti Penyerapan Pemulihan Membaca dan Menulis Dalam Mata Pelajaran
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan melibatkan pergerakan lokomotor. Oleh itu, guru-
guru bahasa Melayu boleh melaksanakan pengajaran pemulihan membaca dan
menulis denqan baik .
Aktiviti pendidikan jasmani dan kesihatan boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah atau
di luar bilik darjah sekiranya aktiviti tersebut memerlukan wang yang lebih luas dan
26
selesa. Guru-guru digalakkan menggunakan bahan bantu menqajar yang sesuai seperti
kad huruf, kad perkataan, permainan bahasa dan melenqkapkan perkataan (puzzle).
Cadanqan Aktiviti:
- Aktiviti bermain dengan huruf dan perkataan secara lokomotor.
Membuat aksi membentuk huruf.
- Aktiviti bernain dengan nuruf dan perkataan secara bukan lokomotor:
Menyusun huruf secara teratur
- Permainan menqeja.
Memiiih atau memadan huruf dan membina perkataan satu serta dua suku kata
- Permainan menbentuk ayat.
27
28