KADET POLIS.doc

download KADET POLIS.doc

of 5

Transcript of KADET POLIS.doc

Berdasarkan seksyen 68 Akta Polis 1967 , Ketua Polis Negara dengan persetujuan Menteri Dalam Negeri boleh menubuhkan Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara. Sehubungan itu , setakat ini lebih 600 platun Kadet Polis telah ditubuhkan yang terdiri daripada hampir 21,000 orang ahli Kadet Polis dan 600 orang pegawai kanan Pasukan Kadet Polis di seluruh Negara.

Tujuan penubuhan Kadet Polis adalah untuk member pendedahan kepada sebilangan pelajar dalam aspek peranan dan fungsi kepolisan dalam menangani masalah jenayah , dadah , moral dan gengsterisme di kalangan pelajar yang bakal menjadi pemimpin pada masa hadapan.

Atas arahan MAGERAN , Akta Polis 1967 telah dipinda bagi membolehkan penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) di bawah Seksyen 68. Akta tersebut. Berikutan itu sebanyak 56 platun Kadet Polis telah ditubuhkan pada 2 Mac 1970.Penubuhan PKP merupakan salah satu kegiatan kokurikulum sekolah menengah sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 ( Kuasa-Kuasa Perlu ) Darurat 1969,P.K.(A)487 bertarikh 20 November 1969 yang diselaraskan oleh PDRM.

Memandangkan keberkesanannya , maka PKP telah diperbesarkan kepada 204 platun pada tahun 1992 , 579 platun pada tahun 1996 dan melebihi 600 platun pada tahun 2010 hingga kini di seluruh Negara. Ini bertepatan dengan keperluan Kementerian Pelajaran yang berkehendakkan semua pelajar sekolah menjadi ahli badan beruniform.

OBJEKTIFMeningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan dan undang-undang.Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan negara dalam hal-hal keselamatan dan ketenteraman awam.Melahirkan insan yang mantap dalam aspek jasmani , emosi , rohani dan intelek.Membentuk masyarakat yang mempunyai hubungan erat antara PDRM dengan orang ramai yang saling memerlukan.MATLAMATMatlamat utama penubuhan Pasukan Kadet Polis ( PKP ) atau kini lebih dikenali sebagai Kor Kadet Polis ( KKP ) adalah untuk :

Membentuk masyarakat khususnya remaja semangat Patriotik terhadap negaranya.Meningkatkan disiplin diri dan menjadi model kepada pelajar lain.Menanamkan semangat kerjasama secara berpasukan.Menjalinkan hubungan yang erat dari berbagai bangsa , agama dengansemangat 1 Malaysia.Menjadi telinga dan mata kepada pihak sekolah dan PDRM dalam membendung salahlaku jenayah dikalangan remaja sekolah.Memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai tugas-tugas kepolisan dan penguatkuasaan undang-undangnya adalah untuk kepentingan masyarakat.

Dasar dan Organisasi 1.DASAR PENUBUHAN1.1Polis Diraja Malaysia telah menetapkan penubuhan platun KKP bagi setiap daerah berdasarkan pangkat Ketua Polis Daerah seperti berikut :Pangkat KPD: ACP Sekurang-kurangnya 5 buah sekolahPangkat KPD: Supt Sekurang-kurangnya 3 buah sekolah.Pangkat KPD: DSP/ASP Sekurang-kurangnya 2 buah sekolah.1.2Pengetua sekolah perlulah membuat satu permohonan bagi menubuhkan KKP dengan mengisi borang Jadual Pertama ( Kaedah 5 ) seperti di lampiran A kepada Jabatan Pelajaran Negeri ( JPN ) untuk mendapatkan sokongan dan seterusnya memanjangkan permohonan tersebut ke Ibupejabat Polis Kontijen ( IPK ) dan ke Ibupejabat Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan penubuhan dari Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN ).

2.ORGANISASI2.1Peringkat Platun.2.1.1Terdiri dari 1 Inspektor Kadet ( Insp/K ) , 1 Sarjan Kadet ( Sjn/Kadet ) , 3 Koperal Kadet ( Kpl/Kadet ) dan 30 anggota Kadet .( Jumlah keseluruhan 35 orang ).2.1.2Setiap sekolah boleh menubuhkan lebih dari satu platun . Sebaiknya satu platun lelaki dan satu platun perempuan sahaja .2.1.3Setiap platun mestilah terdiri dari anggota kadet lelaki sahaja atau anggota kadet perempuan sahaja. Tidak dibenarkan campuran antara kadet lelaki dan kadet perempuan dalam sesebuah platun.2.1.4Inspektor kadet mestilah pegawai perkhidmatan pendidikan ( guru ) yang telah disahkan di sekolah tersebut.2.1.5Ins/K bertindak sebagai Komander Platun , Sjn/K sebagai Sarjan Platun dan Kpl/K sebagai Ketua Seksyen.2.2Peringkat Kompeni2.2.1Terdiri dari 1 Penolong Penguasa Polis Kadet ( ASP/K ) , 5 Inspektor Kadet ( Insp/K ) , 1 Sub-Inpektor Kadet ( SI/K ) , 1 Sarjan Mejar Kadet ( SM/K ) , 4 Sarjan Kadet ( Sjn/K ) , 12 Koperal Kadet ( Kpl/K ) dan 120 anggota kadet . ( Jumlah keseluruhan 144 anggota )2.2.2ASP/K bertindak sebagai Komander Kompeni , 1 Insp/K sebagai Penolong Komander Kompeni , 4 Insp/K sebagai Komander Platun , 1 SI/K sebagai SI Kompeni , 1 SM/K sebagai SM Kompeni , 4 Sjn/K sebagai Sjn Platun dan 12 Kpl/K sebagai Ketua Seksyen.AKSESORI ASAS KADET POLIS

CARTA ORGANISASI

SEJARAH PENUBUHAN

LATARBELAKANG SEJARAH PENUBUHAN

PENGETUA

AHLI JAWATANKUASA

PENOLONG BENDAHARI

BENDAHARI

PENOLONG SETIAUSAHA

NAIB PENGERUSI

PENGERUSI

GURU PENASIHAT

EN FAUDZI HANAFI BIN AGEL

CIK YEONG CHAW LEE

PUAN HAIZURA

PUAN NADIAH

PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PUAN HALIS BINTI SUMALI