K2 Ebook 7 Strategi-1 - ajakrakan.comajakrakan.com/go/reviewAgensi.pdf · badan-badan bukan...
Transcript of K2 Ebook 7 Strategi-1 - ajakrakan.comajakrakan.com/go/reviewAgensi.pdf · badan-badan bukan...
Disclaimer
Untuk makluman anda, e-book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan
dan kajian Tim Infokerjaya. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-
mana bahagian e-book ini dengan apa cara sekalipun. E-book ini ditulis ebagai
rujukan tambahan bagi anda yang ingin memohon kerja.
Amaran!!!
• E-book ini adalah Hak Cipta Terpelihara Tim Infokerjaya
• Anda dilarang sama sekali sama ada Mengubah, Mengedar atau Menjual e-
book ini kepada Pihak Lain.
• Sebarang Kegiatan yang menyalahi etika penerbitan boleh dikenakan
tindakan undang-undang.
• Oleh itu, Anda hendaklah melaporkan kepada pihak admin Tim Infokerjaya di
email [email protected] jika menerima e-book ini tanpa melalui
laman web Tim Infokerjaya
• Tindakan Anda amatlah dihargai bagi membanteras kegiatan-kegiatan
sebegini. E-book ini hanya untuk mereka yang membelinya secara sah dari
Tim Infokerjaya sahaja.
• Jika Anda memilikinya secara tidak sah, kami tidak menghalalkan ilmu di
dalam e-book ini di Dunia mahupun Akhirat.
Ditulis Oleh
Tim Infokerjaya
2
Pengenalan
Ramai graduan yang bercita-cita menjawat jawatan dalam kerajaan.
Namun ramai juga yang kecewa kerana hingga kini tiada sebarang
panggilan untuk ke temuduga. Ada juga yang telah diterima ke
peperiksaan atau temuduga tetapi masih tidak berjaya walaupun
telah berkali-kali hadir.
Ini berita baik! Masih ada jalan lain untuk anda yang ingin memohon
kerja dengan kerajaan iaitu melalui badan berkanun, agensi-agensi
kerajaan. Ini peluang terbaik untuk anda terus berusaha mencuba.
Perbezaan badan berkanun, badan bukan berkanun dan
perbadanan awam negeri
• Badan Berkanun
Badan-badan berkanun merupakan agensi-agensi kerajaan yang
ditubuhkan oleh kerajaan mengikut akta-akta tertentu seperti Akta
Parlimen atau Enakmen Negeri bagi tujuan melaksanakan tugas-
tugas khusus sejajar dengan objektif dan matlamat negara.
• Badan Bukan Berkanun
Badan-badan bukan berkanun adalah badan-badan yang
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Badan-badan bukan berkanun
mempunyai kebebasan yang lebih luas sebab badan ini tidak
tertakluk kepada langkah-langkah pengawalan kerajaan seperti
yang dikenakan ke atas badan-badan berkanun. Tambahan lagi
badan-badan bukan berkanun bebas mengadakan skim
perjawatan masing-masing. Walau bagaimanapun, suatu aktiviti
perbadanan hendaklah selaras dengan peruntukan undang-
undang atau akta-akta penubuhannya.
• Perbadanan Awam Negeri
Perbadanan Awam Negeri Kerajaan-kerajaan negeri mempunyai
perbadanan-perbadanan awam yang merangkumi badan-badan
berkanun dan badan tidak berkanun yang merupakan syarikat
kepunyaan kerajaan negeri. Perhubungan badan-badan ini
dengan kerajaan negeri dan agensi-agensi utama negeri adalah
lebih kurang sama dengan perhubungan di antara perbadanan-
perbadanan awam persekutuan dengan kerajaan persekutuan
dan agensi-agensi pusat. Perbadanan-perbadanan awam yang
lain yang terdapat di peringkat negeri merupakan cawangan-
cawangan perbadanan awam persekutuan. Sama seperti
cawangan jabatan persekutuan, perbadanan ini
bertanggungjawab kepada kerajaan persekutuan tetapi tertakluk
kepada usaha penyelarasan pentadbiran negeri.
• Suruhanjaya Negeri
Sama seperti kerajaan persekutuan, kerajaan negeri juga boleh
menubuhkan suruhanjaya-suruhanjaya yang berbentuk tetap atau
khas. Pelantikan ahli-ahli suruhanjaya dilakukan oleh Raja atau
Yang Di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri Besar atau Ketua
Menteri. Semua negeri kecuali Negeri Sembilan, Perlis, Melaka dan
Pulau Pinang mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri
yang bertanggungjawab tentang pelantikan jawatan-jawatan
dalam Perkhidmatan Awam Negeri. Bagi negeri-negeri yang tidak
mempunyai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, pelantikan ke
jawatan-jawatan negeri dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Persekutuan.
• Perkhidmatan Awam Negeri
Setiap negeri mempunyai perkhidmatan awamnya sendiri. Bagi
negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu, perkhidmatan
awam negeri meliputi semua jawatan. Bagi negeri-negeri selainnya,
jawatan-jawatan tadbir diisi oleh Pegawai Tadbir dan Diplomatik
(PTD) atau Perkhidmatan Tadbir Am (PTA). Pegawai-pegawai ini
dipinjamkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.
• Makna Agensi Atau Agensi Awam
Agensi atau agensi awam bermaksud kementerian (Persekutuan
dan Negeri), jabatan (Persekutuan dan Negeri), Pihak Berkuasa
Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan,
sama ada keseluruhan organisasi agensi berkenaan ataupun
sebahagian daripadanya.
Action Plan – 7 Langkah Strategik
Berikut adalah cadangan untuk anda lakukan persediaan dengan
lebih rapi. Setiap matlamat perlukan perancangan yang strategik
supaya setiap tindakan anda lebih tersusun dan mengena target
anda.
STEP 1: Cari Peluang Kerja Kosong
• Daripada direktori yang ada bersama anda, explore laman web
dan cari ruangan/iklan kerja kosong.
o Alternatif 1: Hubungi menggunakan nombor telefon yang
tertera
o Alternatif 2: Terjah mengikut alamat pejabat untuk
bertanya tawaran kerja
# Nota: Nombor telefon dan alamat ada dalam direktori yang
diberikan
-Tamat REVIEW COPY -
Dapatkan VERSI PENUH yang mencakupi;
� 241 Senarai Agensi Seluruh Negara
� Action Plan: 7 Strategi yang menerangkan apa yang
perlu anda lakukan dengan senarai 241 agensi ini.
Bagaimana bertindak dengan bijak dan berkesan!
� Template Resume KHAS untuk anda mohon kerja
dengan agensi. Ianya tidak sama dengan resume
biasa graduan hantar ketika memohon pekerjaan
http://rujukankerjaya.com/agensi-kerajaan
-Hakcipta Terpelihara-
Tim Infokerjaya