jurnal praktikum week7

3
MINGGU KETUJUH (7) TARIKH : 11 Mac 2011 HARI : Jumaat 1. Masalah Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Dan seperti yang telah dijangkakan, ketidakhadiran pelajar pada minggu lepas telah mendatangkan sedikit sebanyak masalah dalam pelajaran apabila mereka semua telah hadir pada beberapa hari pada minggu ini. Di mana apabila diminta untuk mengimbas semula pelajaran yang lepas, mereka telah sedikit sebanyak melupakan apa yang telah diajarkan. Murid yang tidak hadir pada minggu lepas tersebut juga tidak fokus kepada apa yang diajarkan seolah-olah masih cuti sekolah. Ini sedikit sebanyak menjejaskan akitiviti pengajaran yang ingin disampaikan. Saya terpaksa member tumpuan yang lebih kepada mereka untuk mengingati pelajaran yang lepas buat seketika dan menyelitkan sedikit sebanyak pengajaran yang lepas agar mereka tetap boleh mengikuti pelajaran seprti murid yang lain. Di samping boleh mengukuhkan lagi kemampuan dan kefahaman murid yang telah sedia faham. 2. Analisis Umumnya murid pendidikan khas memang mudah untuk mengingati dan melupakan sesuatu pelajaran sekiranya tidak diulang dan diajarkan secara berterusan. Ini kerana, biasanya tiadanya kesinamabungan pembelajaran di rumah oleh ibu bapa menyebabkan murid leka bermain dan seterusnya melupakan ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada mereka. Justeru, mahu atau tidak, guru harus mengulang pelajaran dan memberikan banyak aktiviti

Transcript of jurnal praktikum week7

Page 1: jurnal praktikum week7

MINGGU KETUJUH (7)

TARIKH : 11 Mac 2011

HARI : Jumaat

1. Masalah

Pada minggu ini, secara keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik. Dan seperti yang telah dijangkakan, ketidakhadiran pelajar pada minggu lepas telah mendatangkan sedikit sebanyak masalah dalam pelajaran apabila mereka semua telah hadir pada beberapa hari pada minggu ini. Di mana apabila diminta untuk mengimbas semula pelajaran yang lepas, mereka telah sedikit sebanyak melupakan apa yang telah diajarkan. Murid yang tidak hadir pada minggu lepas tersebut juga tidak fokus kepada apa yang diajarkan seolah-olah masih cuti sekolah. Ini sedikit sebanyak menjejaskan akitiviti pengajaran yang ingin disampaikan. Saya terpaksa member tumpuan yang lebih kepada mereka untuk mengingati pelajaran yang lepas buat seketika dan menyelitkan sedikit sebanyak pengajaran yang lepas agar mereka tetap boleh mengikuti pelajaran seprti murid yang lain. Di samping boleh mengukuhkan lagi kemampuan dan kefahaman murid yang telah sedia faham.

2. Analisis

Umumnya murid pendidikan khas memang mudah untuk mengingati dan melupakan sesuatu pelajaran sekiranya tidak diulang dan diajarkan secara berterusan. Ini kerana, biasanya tiadanya kesinamabungan pembelajaran di rumah oleh ibu bapa menyebabkan murid leka bermain dan seterusnya melupakan ilmu yang telah diajarkan oleh guru kepada mereka. Justeru, mahu atau tidak, guru harus mengulang pelajaran dan memberikan banyak aktiviti pengukuhan agar mereka dibiasakan mengingati dengan sesuatu pelajaran tersebut. Oleh sebab itu jugalah, sesuatu pelajaran dan topik kadang kala memakan masa selama 3bulan atau lebih untuk dihabiskan bergantung kepada keupayaan murid.

3. Cadangan untuk Memperbaiki

Semasa di dalam kelas, saya telah membuat keputusan drastik dengan menukarkan kedudukan murid yang saya rasakan kerap tidak memberikan tumpuan didalam kelas kepada kedudukan dihadapan sekali agar saya dapat memantau murid tersebut dengan

Page 2: jurnal praktikum week7

lebih jelas. Kesannya, murid tersebut lebih memberikan tumpuan dan sekiranya murid tersebut tidak fokus, saya akan cepat menyedarkannya dari berkhayal di dalam kelas dan sentiasa mengadakan perbincangan dua-hala antara murid dan guru. Disamping, saya akan memastikan setiap pengisian dalam setiap topik yang ingin disampaikan akan difahami secara mendalam terlebih dahulu. Saya juga akan membuat lebih banyak perbincangan bersama guru pembimbing agar setiap masalah yang timbul dapat di atasi demi melancarkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran kelak.

4. Tempoh Masa

Diharapkan dengan membuat ulangan ataupun menyelitkan pelajaran yang telah mereka tertinggal berserta aktiviti pengukuhan yang bersesuaian, murid yang tercicir akan dapat mengikuti pembelajaran dan pengajaran bersama-sama dengan murid. Biarpun agak lambat daripada perancangan yang asal, aktivtiti pengukuhan dan pengajaran ulangan ini penting bagi mengelakkan murid tercicir dalam pembelajaran.

5. Penilaian Kejayaan

Alhamdulillah, perkembangan murid dalam memahami apa yang di ajarkan kian membuahkan hasil. Ini semua berkat segala teguran membina dan pandangan dan idea yang diberikan dari rakan sekerja, guru pembimbing dan pensyarah yang tidak pernah henti. Pada masa akan datang, saya akan membuat ‘brainstorming’ yang lebih kerap dengan rakan dan guru pembimbing dalam mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan disamping boleh meningkatkan kemahiran saya untuk menjadi guru yang lebih berdedikasi dalam mendidik anak murid menjadi seorang insan yang berjaya.

6. Tindakan Susulan

Saya akan cuba menambahkan pembacaan untuk menjadi seorang guru yang serba boleh dalam merencanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah dan teknik. Biarpun sedar, semuanya memerlukan ‘try and error’, tetapi saya yakin, dalam percubaan ‘try n error’ itu jugalah akan memperbaiki, menambahkan dan mematangkan lagi pengalaman saya sebagai seorang guru. Itulah prinsip yang saya pegang, sekiranya tidak mencuba, masakan kita tahu. Berkat dari prinsip itu jugalah, saya semakin bertambah seronok dan yakin dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pembelajaran yang akan digunakan.