Jurnal Pengguna Malaysia - MACFEA – The Malaysian...

126
Faktor Penyumbang Kepada Amalan Beretika Dalam Kalangan Peniaga Kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Terhadap Tingkah Laku Berencana Pengguna Jalan Raya Dalam Kalangan Kanak-Kanak Penilaian Tahap Penerimaan Dan Persepsi Program Kad Diskaun 1 Malaysia (1MDC) Consumption And Expenditure Pattern Of Energy And Water Among Urban Consumers Kebaikan, Kelemahan Dan Isu Semasa E-Dagang Tahap Penerimaan Dan Pengaplikasian Pengetahuan Dan Kemahiran Peserta Terhadap Program Kepenggunaan KPDNKK Pola Perbelanjaan Dan Tabungan, Serta Status Pembiayaan Dalam Kalangan Pemiutang Kenderaan, Peribadi Dan Kad Kredit Di Selangor Implikasi Rumah Terbengkalai Terhadap Pengguna Yang Menggunakan Pembiayaan Perumahan Islam Musyarakah Mutanaqisah Endang Juliarti Muryono Afida Mastura Muhammad Arif Elistina Abu Bakar Mazlan Ismail Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim Ahmad Hariza Hashim, et.al Mohamad Fazli Sabri Ahmad Hariza Hashim Ismi Arif Ismail, et.al Zuroni Md Jusoh Syuhaily Osman Roslina Mat Salleh, et.al Zulfamy Mat Udi Mohamad Fazli Sabri Othman Che Jusoh Mohamad Fazli Sabri Ismi Arif Ismail, et.al Norain Mod Asri Fariza Ahmad Norlaila Abu Bakar, et.al Mohd Faisol Ibrahim Jilid 26 Jun 2016 Jurnal Pengguna Malaysia Jilid 26, Jun 2016 ISSN 1511 - 998x

Transcript of Jurnal Pengguna Malaysia - MACFEA – The Malaysian...

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Syuhaily binti Osman(Ketua Editor)

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Husniyah binti Abdul Rahim

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Elistina binti Abu Bakar

Pn. Leylawati binti Joremi Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Fakulti Pengurusan PerniagaanUniversiti Teknologi Mara

Prof. Madya Fauziah binti Abu Bakar

Dr. Norhasmah binti Sulaiman Fakulti Perubatan dan Sains KesihatanUniversiti Putra Malaysia

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Afida Mastura Muhammad Arif

Jurnal Pengguna Malaysia mengalu-alukan sumbangan manuskrip berkaitan isu ekonomi pengguna dan keluarga samada di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Manuskrip akan dinilai oleh Lembaga Pengarang. Sila kemukakan artikel anda berdasarkan garis panduan berikut kepada Ketua Pengarang Jurnal Pengguna Malaysia, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor. Email: [email protected] Penulisan dan Kertas Kerja Manuskrip perlu ditaip selang dua baris menggunakan kertas A4 dengan 1” margin untuk bahagian atas muka surat, 1.5” kiri dan 1” kanan. Bilangan muka surat tidak melebihi 15 muka surat. Semua teks mesti menggunakan saiz 12 dan Times New Roman. Tajuk Tajuk artikel, nama pengarang dan pengarang yang lain, alamat lengkap institusi dan email perlu dinyatakan. Tajuk atau sub-tajuk menggunakan fon 14. Sila kemukakan dua salinan kertas manuskrip dan satu salinan lembut untuk tujuan pengeditan. Kata kunci Berikan antara tiga hingga lima kata kunci dan letakkan di bahagian bawah abstrak.

Jadual Kesemua jadual perlu diletakkan di akhir manuskrip selepas rujukan dan menggunakan angka Arab. Setiap jadual perlu dinyatakan dan perlu diberi penjelasan dalam teks. Ilustrasi Ilustrasi termasuk gambarajah-gambarajah dan graf-graf perlu dinyatakan di dalam teks. Kesemua foto yang sesuai perlu dicetak hitam dan putih. Ilustri perlu dicetak pada kertas yang berasingan. Ejaan dan pengukuran Bagi merujuk ejaan, Kamus Bahasa Inggeris Oxford dan Kamus Dewan Bahasa yang terkini hendaklah digunakan.Unit - unit metrik mesti digunakan untuk ukuran empirikal. Rujukan Rujukan ditulis mengikut gaya penulisan APA.

,

PENYUMBANG ARTIKEL

Jurnal Pengguna Malaysia ii

Afida Mastura Muhammad Arif Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Ahmad Hariza Hashim Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Elistina Abu Bakar Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Endang Juliarti Muryono Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Fadhilah Hairol Zaman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Fariza Ahmad Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ismi Arif Ismail Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Mazlan Ismail Kementerian Pelajaran Malaysia

Mohamad Fazli Sabri Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Mohamad Ibrani Shahrimin Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Mohd Faisol Ibrahim Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia Norain Mod Asri Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Norlaila Abu Bakar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Nur Faizah Mohamad Sulaman Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Nuraini Abdullah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Nurul Faizah Shukor Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Othman Che Jusoh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Roslina Mat Salleh Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Rozarina Izura Tukiran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Soaib Asimiran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Syuhaily Osman Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Turiman Suandi Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Zulfamy Mat Udi Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Zuroni Md Jusoh Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Faktor Penyumbang Kepada Amalan Beretika Dalam Kalangan PeniagaEndang Juliarti Muryono, A�da Mastura Muhammad Arif dan Elistina Abu Bakar

Kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Terhadap Tingkah Laku Berencana Pengguna Jalan Raya Dalam Kalangan Kanak-Kanak Mazlan Ismail, Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim, Ahmad Hariza Hashim dan Mohamad Fazli Sabri

Penilaian Tahap Penerimaan Dan Persepsi Program Kad Diskaun 1 Malaysia (1MDC)Mohamad Fazli Sabri, Ahmad Hariza Hashim , Ismi Arif Ismail dan Nuraini Abdullah Consumption And Expenditure Pattern Of Energy And Water Among Urban ConsumersZuroni Md Jusoh, Syuhaily Osman, Roslina Mat Salleh, Nurul Faizah Shukor dan Nur Faizah Mohamad Sulaman

Kebaikan, Kelemahan Dan Isu Semasa E-DagangZulfamy Mat Udi dan Mohamad Fazli Sabri

Tahap Penerimaan Dan Pengaplikasian Pengetahuan Dan Kemahiran Peserta Terhadap Program Kepenggunaan KPDNKKOthman Che Jusoh, Mohamad Fazli Sabri, Ismi Arif Ismail, Turiman Suandi, Ahmad Hariza Hashim dan Soaib Asimiran

Pola Perbelanjaan Dan Tabungan, Serta Status Pembiayaan Dalam Kalangan Pemiutang Kenderaan, Peribadi Dan Kad Kredit Di Selangor Norain Mod Asri ,Fariza Ahmad, Norlaila Abu Bakar,Rozarina Izura Tukiran dan Fadhilah Hairol Zaman

Implikasi Rumah Terbengkalai Terhadap Pengguna Yang Menggunakan Pembiayaan Perumahan Islam Musyarakah MutanaqisahMohd Faisol Ibrahim

JurnalPengguna MalaysiaMalaysian Journal of ConsumerJilid 26 Jun 2016 ISSN 1511 - 998x Halaman

1

18

36

54

65

80

Jurnal Pengguna Malaysia i

125

94

112

Faktor Penyumbang Kepada Amalan Beretika Dalam Kalangan Peniaga

Kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Terhadap Tingkah Laku Berencana Pengguna Jalan Raya Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Penilaian Tahap Penerimaan Dan Persepsi Program Kad Diskaun 1 Malaysia (1MDC)

Consumption And Expenditure Pattern Of Energy And Water Among Urban Consumers

Kebaikan, Kelemahan Dan Isu Semasa E-Dagang

Tahap Penerimaan Dan Pengaplikasian Pengetahuan Dan Kemahiran Peserta Terhadap Program Kepenggunaan KPDNKK

Pola Perbelanjaan Dan Tabungan, Serta Status Pembiayaan Dalam Kalangan Pemiutang Kenderaan, Peribadi Dan Kad Kredit Di Selangor

Implikasi Rumah Terbengkalai Terhadap Pengguna Yang Menggunakan Pembiayaan Perumahan Islam Musyarakah Mutanaqisah

Endang Juliarti MuryonoA�da Mastura Muhammad Arif

Elistina Abu Bakar

Mazlan IsmailMohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim

Ahmad Hariza Hashim, et.al

Mohamad Fazli SabriAhmad Hariza Hashim

Ismi Arif Ismail, et.al

Zuroni Md JusohSyuhaily Osman

Roslina Mat Salleh, et.al

Zulfamy Mat UdiMohamad Fazli Sabri

Othman Che JusohMohamad Fazli Sabri

Ismi Arif Ismail, et.al

Norain Mod AsriFariza Ahmad

Norlaila Abu Bakar, et.al

Mohd Faisol Ibrahim

Jilid 26 Jun 2016

Jurnal Pengguna Malaysia

Jilid 26, Jun 2016

ISSN 1511 - 998x

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Syuhaily binti Osman(Ketua Editor)

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Husniyah binti Abdul Rahim

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Elistina binti Abu Bakar

Pn. Leylawati binti Joremi Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Fakulti Pengurusan PerniagaanUniversiti Teknologi Mara

Prof. Madya Fauziah binti Abu Bakar

Dr. Norhasmah binti Sulaiman Fakulti Perubatan dan Sains KesihatanUniversiti Putra Malaysia

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Afida Mastura Muhammad Arif

Jurnal Pengguna Malaysia mengalu-alukan sumbangan manuskrip berkaitan isu ekonomi pengguna dan keluarga samada di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Manuskrip akan dinilai oleh Lembaga Pengarang. Sila kemukakan artikel anda berdasarkan garis panduan berikut kepada Ketua Pengarang Jurnal Pengguna Malaysia, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor. Email: [email protected] Penulisan dan Kertas Kerja Manuskrip perlu ditaip selang dua baris menggunakan kertas A4 dengan 1” margin untuk bahagian atas muka surat, 1.5” kiri dan 1” kanan. Bilangan muka surat tidak melebihi 15 muka surat. Semua teks mesti menggunakan saiz 12 dan Times New Roman. Tajuk Tajuk artikel, nama pengarang dan pengarang yang lain, alamat lengkap institusi dan email perlu dinyatakan. Tajuk atau sub-tajuk menggunakan fon 14. Sila kemukakan dua salinan kertas manuskrip dan satu salinan lembut untuk tujuan pengeditan. Kata kunci Berikan antara tiga hingga lima kata kunci dan letakkan di bahagian bawah abstrak.

Jadual Kesemua jadual perlu diletakkan di akhir manuskrip selepas rujukan dan menggunakan angka Arab. Setiap jadual perlu dinyatakan dan perlu diberi penjelasan dalam teks. Ilustrasi Ilustrasi termasuk gambarajah-gambarajah dan graf-graf perlu dinyatakan di dalam teks. Kesemua foto yang sesuai perlu dicetak hitam dan putih. Ilustri perlu dicetak pada kertas yang berasingan. Ejaan dan pengukuran Bagi merujuk ejaan, Kamus Bahasa Inggeris Oxford dan Kamus Dewan Bahasa yang terkini hendaklah digunakan.Unit - unit metrik mesti digunakan untuk ukuran empirikal. Rujukan Rujukan ditulis mengikut gaya penulisan APA.

,

PENYUMBANG ARTIKEL

Jurnal Pengguna Malaysia ii

Afida Mastura Muhammad Arif Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Ahmad Hariza Hashim Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Elistina Abu Bakar Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Endang Juliarti Muryono Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Fadhilah Hairol Zaman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Fariza Ahmad Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ismi Arif Ismail Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Mazlan Ismail Kementerian Pelajaran Malaysia

Mohamad Fazli Sabri Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Mohamad Ibrani Shahrimin Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Mohd Faisol Ibrahim Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia Norain Mod Asri Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Norlaila Abu Bakar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Nur Faizah Mohamad Sulaman Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Nuraini Abdullah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Nurul Faizah Shukor Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Othman Che Jusoh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Roslina Mat Salleh Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Rozarina Izura Tukiran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Soaib Asimiran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Syuhaily Osman Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Turiman Suandi Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Zulfamy Mat Udi Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Zuroni Md Jusoh Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Faktor Penyumbang Kepada Amalan Beretika Dalam Kalangan PeniagaEndang Juliarti Muryono, A�da Mastura Muhammad Arif dan Elistina Abu Bakar

Kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Terhadap Tingkah Laku Berencana Pengguna Jalan Raya Dalam Kalangan Kanak-Kanak Mazlan Ismail, Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim, Ahmad Hariza Hashim dan Mohamad Fazli Sabri

Penilaian Tahap Penerimaan Dan Persepsi Program Kad Diskaun 1 Malaysia (1MDC)Mohamad Fazli Sabri, Ahmad Hariza Hashim , Ismi Arif Ismail dan Nuraini Abdullah Consumption And Expenditure Pattern Of Energy And Water Among Urban ConsumersZuroni Md Jusoh, Syuhaily Osman, Roslina Mat Salleh, Nurul Faizah Shukor dan Nur Faizah Mohamad Sulaman

Kebaikan, Kelemahan Dan Isu Semasa E-DagangZulfamy Mat Udi dan Mohamad Fazli Sabri

Tahap Penerimaan Dan Pengaplikasian Pengetahuan Dan Kemahiran Peserta Terhadap Program Kepenggunaan KPDNKKOthman Che Jusoh, Mohamad Fazli Sabri, Ismi Arif Ismail, Turiman Suandi, Ahmad Hariza Hashim dan Soaib Asimiran

Pola Perbelanjaan Dan Tabungan, Serta Status Pembiayaan Dalam Kalangan Pemiutang Kenderaan, Peribadi Dan Kad Kredit Di Selangor Norain Mod Asri ,Fariza Ahmad, Norlaila Abu Bakar,Rozarina Izura Tukiran dan Fadhilah Hairol Zaman

Implikasi Rumah Terbengkalai Terhadap Pengguna Yang Menggunakan Pembiayaan Perumahan Islam Musyarakah MutanaqisahMohd Faisol Ibrahim

JurnalPengguna MalaysiaMalaysian Journal of ConsumerJilid 26 Jun 2016 ISSN 1511 - 998x Halaman

1

18

36

54

65

80

Jurnal Pengguna Malaysia i

125

94

112

Faktor Penyumbang Kepada Amalan Beretika Dalam Kalangan Peniaga

Kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Terhadap Tingkah Laku Berencana Pengguna Jalan Raya Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Penilaian Tahap Penerimaan Dan Persepsi Program Kad Diskaun 1 Malaysia (1MDC)

Consumption And Expenditure Pattern Of Energy And Water Among Urban Consumers

Kebaikan, Kelemahan Dan Isu Semasa E-Dagang

Tahap Penerimaan Dan Pengaplikasian Pengetahuan Dan Kemahiran Peserta Terhadap Program Kepenggunaan KPDNKK

Pola Perbelanjaan Dan Tabungan, Serta Status Pembiayaan Dalam Kalangan Pemiutang Kenderaan, Peribadi Dan Kad Kredit Di Selangor

Implikasi Rumah Terbengkalai Terhadap Pengguna Yang Menggunakan Pembiayaan Perumahan Islam Musyarakah Mutanaqisah

Endang Juliarti MuryonoA�da Mastura Muhammad Arif

Elistina Abu Bakar

Mazlan IsmailMohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim

Ahmad Hariza Hashim, et.al

Mohamad Fazli SabriAhmad Hariza Hashim

Ismi Arif Ismail, et.al

Zuroni Md JusohSyuhaily Osman

Roslina Mat Salleh, et.al

Zulfamy Mat UdiMohamad Fazli Sabri

Othman Che JusohMohamad Fazli Sabri

Ismi Arif Ismail, et.al

Norain Mod AsriFariza Ahmad

Norlaila Abu Bakar, et.al

Mohd Faisol Ibrahim

Jilid 26 Jun 2016

Jurnal Pengguna Malaysia

Jilid 26, Jun 2016

ISSN 1511 - 998x

1Jurnal Pengguna Malaysia

FAKTOR PENYUMBANG KEPADA AMALAN BERETIKA DALAM KALANGAN PENIAGA

Endang Juliarti Muryono

Afida Mastura Muhammad Arif Elistina Abu Bakar

Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

Pengenalan Peniaga mempunyai peranan yang amat penting dalam sesuatu sistem pasaran. Hal ini kerana peniaga merupakan unit ekonomi yang menawarkan keperluan dan kehendak harian kepada setiap lapisan masyarakat (Mohd. Riduwan, 2003). Apa-apa juga tindakan yang diambil dalam perniagaan boleh memberi kesan kepada persekitaran perniagaan dan pihak berkepentingan seperti pelanggan, kakitangan dan komuniti. Justeru, amalan dan pencapaian standard etika yang tinggi bukan sahaja berfungsi sebagai kunci kejayaan sesebuah organisasi perniagaan dan juga individu yang ada dalam masyarakat (Wiley, 1995), malah ia turut memainkan fungsi pengimbang antara tanggungjawab mencari untung dengan tanggungjawab sosial yang menjadi amanah kepada peniaga (Ahmad, Mohd Yusof & Jailani, 2002). Perbuatan beretika bukan sahaja bermaksud menjalankan perniagaan secara jujur, telus atau berhemah tetapi juga bermakna menjual barangan yang diluluskan, mendapatkan kebenaran daripada pemilik barangan sebelum mengedarkan barangan tersebut dan mematuhi apa-apa jua undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. Hal ini kerana perniagaan yang beretika ialah perniagaan yang mematuhi undang-undang perniagaan (Singh, 2001). Dalam usaha menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif, kerajaan bukan sahaja menyediakan peruntukan undang-undang dan menguatkuasakan undang-undang tersebut, malah turut mewujudkan kod etika amalan perniagaan agar kepentingan setiap pemegang taruh dalam kalangan pemain industri sentiasa terjaga dan terpelihara. Namun demikian, segala usaha tersebut seakan-akan tidak memenuhi sasaran apabila masih ada peniaga yang menjalankan kegiatan tidak beretika, seperti menjual barangan tiruan atau barangan yang tidak menepati piawaian keselamatan, memberi sukatan dan timbangan yang kurang serta memberi rasuah kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan keistimewaan tertentu. Hal ini sudah pasti memberi

2 Jurnal Pengguna Malaysia

impak yang negatif kepada pelbagai pihak termasuklah industri, pengguna dan ekonomi negara. Malah menurut Mohd. Mizan (2012), sesetengah kepincangan etika dalam kalangan peniaga mampu menjejaskan kehidupan masyarakat, merosakan ketahanan masyarakat dan memperjudikan nasib generasi pada masa akan datang. Justeru, untuk memastikan segala tindak-tanduk yang tidak beretika dihindari, peniaga perlu turut serta memainkan peranannya dalam memberikan perkhidmatan berlandaskan undang-undang dan etika demi menjaga kesejahteraan pengguna dan pemain industri yang lain. Berdasarkan laporan kajian yang dikeluarkan oleh KPDNKK yang mengukur penilaian sistem integriti korporat dalam kalangan penjaja dan peniaga kecil di Malaysia, didapati peniaga hanya memahami sedikit kepentingan amalan beretika dalam perniagaan dan masih tidak mengamalkan etika sepenuhnya. Bahkan, lebih membimbangkan kajian ini mendapati amalan beretika responden di zon tengah, utara dan timur berada pada tahap paling rendah, iaitu pada tanda aras 0%–25%, yang dikategorikan sebagai tahap etika dan integriti masih belum wujud iaitu tidak dilaksanakan oleh peniaga (KPDNKK, 2014). Terdapat beberapa kajian yang dijalankan berhubung amalan beretika dalam bidang perniagaan. Antaranya ialah Ahmad, Mohd Yusof dan Jailani (2002) yang mengkaji pengetahuan, amalan dan sikap peniaga kecil terhadap etika perniagaan. Khalizani (2012) pula melihat faktor umur dan Muhamat Yawasi (2013) menggunakan faktor umur, pengetahuan, nilai dan persepsi. Sementara, Czupała (2013) dalam kajiannya memilih faktor ideologi moral sebagai faktor peramal dalam melihat perkaitanya dengan amalan beretika seseorang. Gou (2013) berpendapat bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi amalan beretika perlu dikenal pasti bagi mengurangkan tingklah laku tidak beretika. Berdasarkan dapatan kajian lepas tersebut, maka artikel ini ingin mengupas faktor-faktor individu yang berpotensi menjadi faktor penyumbang kepada amalan beretika dalam kalangan peniaga. Teori Pembuatan Keputusan yang Beretika Teori awal dalam menjelaskan bagaimana individu bertingkah laku secara beretika dalam dunia perniagaan tertumpu pada etika dalam bidang penyelidikan pemasaran, pengurusan pemasaran, jualan, pengiklanan dan pemasaran sosial. Terdapat beberapa model yang mengambil kira faktor individu sebagai faktor yang menyumbang dalam pembuatan keputusan beretika. Antaranya ialah Ferrell dan Gresham (1985) yang mengetengahkan pendekatan kontingensi. Melalui model ini, faktor individu seperti pengetahuan, nilai, kepercayaan, sikap dan niat menjadi komponen yang utama dalam mempertimbangkan tingkah laku beretika selain memasukkan

3Jurnal Pengguna Malaysia

komponen lain, seperti kepentingan orang lain dalam ketetapan organisasi dan peluang untuk bertindak. Trevino (1986) pula telah mengembangkan sebuah model, iaitu Interactionist Model. Dalam model ini, pembuatan keputusan beretika adalah berdasarkan interaksi antara individu dengan situasi. Keputusan untuk beretika amat bergantung pada faktor-faktor individu, seperti ego kekuatan, pergantungan bidang, lokus kawalan, faktor situasi, budaya organisasi dan ciri-ciri kerja. Namun demikian, menurut Trevino (1986), persepsi terhadap kewujudan dilema etika harus menjadi proses utama dan diikuti dengan memasuki peringkat kognitif, iaitu peringkat kesedaran dan kefahaman individu dalam membuat keputusan bermoral sebelum dia mempertimbangkan keputusannya. Selain itu, Model Pemasaran Umum yang diketengahkan oleh Hunt dan Vitell (1986) pula telah mengenal pasti beberapa ciri peribadi seperti agama, nilai, kepercayaan, kekuatan moral, perkembangan moral kognitif dan sensitiviti dalam mempengaruhi pembuatan keputusan seseorang. Melalui teori ini, Hunt dan Vitell (1986) menjelaskan bahawa seseorang yang ingin mempertimbangkan tingkah laku beretika akan melalui empat fasa. Fasa pertama ialah kepekaan terhadap hadirnya permasalahan, iaitu individu haruslah mempunyai kemampuan untuk menyedari kewujudan isu etika terlebih dahulu. Setelah keadaan tersebut dikenal pasti sebagai masalah etika, individu berkenaan akan melalui fasa kedua, iaitu menilai isu tersebut berdasarkan norma yang menjadi pegangannya. Fasa ini melibatkan penilaian teleogikal dan deontologikal, iaitu satu keadaan apabila seseorang individu bukan hanya menilai situasi yang seimbang antara betul dengan salah (penilaian deontologikal), bahkan membuat pemerhatian terhadap akibat yang akan berlaku (penilaian teleologikal). Dengan kata lain, individu akan mengambil kira apa-apa norma yang diterima pakai oleh masyarakat secara mutlak dan kemudian menimbangkan sama ada keputusan tersebut membawa lebih banyak kebaikan atau sebaliknya terhadap pemegang taruh. Setelah menggabungkan kedua-dua penilaian tersebut, barulah pertimbangan etika akan dibuat. Pertimbangan etika merupakan penilaian mengenai pilihan tindakan yang dibenarkan oleh moral (Thorne, 2000). Pertimbangan beretika tersebut akan membentuk niat, iaitu fasa ketiga dalam model ini. Niat ialah pemboleh ubah intervensi (interverning) antara penilaian yang dibuat dengan tingkah laku individu tersebut. Kemudiannya, niat berkenaan akan menentukan tingkah laku. Apabila ini berlaku maka akibat atau kesan sebenar sesuatu tingkah laku akan diketahui. Pada masa yang sama, akibat ini memberikan tindak balas terhadap pengalaman peribadi seseorang, iaitu akan mempengaruhinya dalam membuat keputusan sekiranya berada dalam permasalahan etika yang sama pada masa hadapan.

4 Jurnal Pengguna Malaysia

Rest (1986) pula dalam teorinya telah menetapkan seseorang individu yang ingin mempertimbangkan tingkah laku beretika harus terlibat dalam empat proses psikologi dasar, iaitu sensitiviti moral apabila dia mengenal pasti wujudnya permasalahan moral yang disebut, pertimbangan etika (moral judgment) iaitu membuat pertimbangan moral yang paling ideal untuk menyelesaikan masalah tersebut, moral intent iaitu mempunyai niat untuk patuh atau tidak dengan penyelesaian yang dipilih yang dinamakan sebagai motivasi etika, dan akhir sekali tindakan moral atau etika yang diambil oleh individu berkenaan. Model Rest (1986) juga turut mengambil kira faktor individu dalam menentukan perkembangan moral seseorang, seperti faktor umur dan pendidikan. Berdasarkan penelitian daripada model-model tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa faktor-faktor individu turut berpengaruh dalam menentukan tingkah laku seseorang individu dalam beretika. Justeru, artikel ini cuba untuk mengupas beberapa faktor individu yang boleh dikaitkan sebagai menyumbang dalam menentukan tingkah laku seseorang untuk beretika. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Amalan Beretika Faktor demografi Perbincangan mengenai faktor demografi dalam mempengaruhi keputusan beretika telah banyak dijalankan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Antara faktor demografi yang banyak dikaji ialah jantina (Ekin & Tezölmez, 1999; Collins, 2000). Hal ini kerana terdapat persepsi umum yang menyatakan perempuan lebih beretika daripada lelaki (Jackall, 1988). Walau bagaimanapun, dapatan kajian terhadap pengaruh jantina dalam etika perniagaan tidak memihak kepada satu keputusan yang sekata. Sesetengah kajian mendapati tiada perbezaan antara jantina. Sebagai contoh, kajian yang telah dijalankan oleh McCabe et al. (2006) terhadap pelajar jurusan perniagaan. Begitu juga dengan kajian yang dijalankan oleh Singhapakdi dan Vitell (1990), yang menunjukkan bahawa kesedaran terhadap isu etika antara pengurus lelaki dengan pengurus perempuan adalah serupa. Namun demikian, terdapat beberapa kajian menunjukkan wujudnya perbezaan antara lelaki dengan perempuan. Kajian yang dijalankan oleh Ibrahim et al. (2010) ke atas 289 orang pengurus di Amerika Syarikat misalnya, mendapati faktor jantina mempunyai kesan yang besar ke atas sikap pengurus terhadap etika perniagaan. Kajian Wang dan Calvano (2013) serta Gill (2010) juga turut mendapati bahawa pelajar perempuan secara umumnya lebih cenderung untuk bertindak secara beretika daripada pelajar lelaki. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Heinze dan Donoho (2011) dalam mengukur persepsi terhadap etika jurujual mendapati bahawa jurujual wanita kurang bertoleransi dengan pelanggaran etika. Malah, disebabkan oleh dapatan yang sama,

5Jurnal Pengguna Malaysia

Stevenson dan Bodkin (2015) menyimpulkan bahawa pengguna lebih gemar memilih jurujual wanita dalam berurus niaga kerana mereka lebih beretika. Beberapa kajian mengenai persepsi jantina terhadap etika perniagaan di Malaysia juga telah dilakukan sebelum ini. Antaranya ialah kajian yang telah dijalankan oleh Lung (2010) ke atas pekerja dan pelajar di sekitar Kuala Lumpur berkenaan sikap terhadap etika perniagaan. Hasil kajian yang diperoleh mendapati bahawa tidak wujud perbezaan yang signifikan antara lelaki dengan perempuan terhadap etika perniagaan. Selain itu, kajian ke atas pegawai farmasi terhadap tingkah laku beretika oleh Chelliah (2008) turut memperoleh dapatan yang sama. Namun demikian, keputusan yang berbeza pula diperoleh dalam kajian yang dijalankan oleh Khalizani, Omar dan Khalisanni (2011) ke atas pelajar di lima buah universiti tempatan. Keputusan kajian menunjukkan pelajar perempuan mempunyai lebih kesedaran terhadap etika perniagaan berbanding dengan pelajar lelaki. Selain itu, beberapa kajian juga turut melihat faktor umur sebagai faktor yang mengaruhi amalan beretika. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Peterson, Rhoads dan Vaught (2001) dalam melihat pengaruh faktor-faktor demografi termasuk umur golongan profesional dalam mempengaruhi kepercayaan terhadap etika. Kajian ini membahagikan umur kepada dua, iaitu bawah 30 tahun dan 30 tahun dan ke atas berdasarkan umur median dalam kajian ini. Keputusan kajian ini menunjukkan responden yang berada dalam kumpulan umur yang lebih muda mempamerkan kepercayaan terhadap etika yang lebih rendah; manakala responden yang berada dalam kumpulan lebih berusia mempunyai kepercayaan terhadap etika yang tinggi. Serwinek (1992) pula menggunakan umur sebagai pemboleh ubah dalam kajiannya terhadap persepsi terhadap etika dalam sektor insurans. Dapatan kajian ini menunjukkan umur merupakan faktor yang paling mempengaruhi standard etika seseorang. Kajian ini turut mendapati bahawa apabila usia bertambah, seseorang akan menunjukkan kecenderungan etika yang lebih konservatif, iaitu lebih tegas dalam tingkah laku beretika dan lebih mematuhi standard etika yang ditetapkan oleh industri. Pekerja yang lebih muda pula cenderung untuk mempunyai pandangan yang liberal terhadap situasi tidak beretika. Sementara itu, kajian oleh Ruegger dan King (1992) terhadap 2196 orang pelajar di Universiti Southern Mississippi turut mendapati umur sebagai faktor penting dalam menentukan kepercayaan terhadap etika. Dapatan kajian juga menunjukkan pelajar yang berumur 40 tahun dan ke atas merupakan kumpulan yang paling beretika, diikuti oleh kumpulan umur 31 hingga 40 tahun, 22 hingga 30 tahun, dan akhir sekali kumpulan pelajar yang berumur 21 tahun ke bawah.

6 Jurnal Pengguna Malaysia

Sungguhpun demikian, sesetengah kajian mendapati tiada perbezaan yang signifikan terhadap tingkah laku beretika antara individu yang muda dengan yang lebih berusia. Sebagai contoh, kajian yang telah dijalankan oleh Miesing dan Preble (1985) ke atas 487 orang responden dalam kalangan pelajar jurusan perniagaan. Keputusan kajian mendapati faktor umur mempunyai kesan yang besar ke atas sikap pengurus terhadap etika perniagaan, iaitu orang muda kurang beretika berbanding dengan orang yang lebih berusia. Kajian yang dijalankan oleh Perryer dan Jordan (2002) ke atas pelajar Australia dan Singapura juga turut mendapat keputusan yang selari. Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh Khalizani, Syed Omar dan Khalisanni (2011) ke atas 350 orang pelajar di beberapa buah universiti di Malaysia yang mendapati tiada perkaitan yang signifikan antara umur dengan kesedaran etika dalam perniagaan. Begitu juga dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Dawson (1997), Gupta, Swanson dan Cunningham (2010), Silanont (2012) dan Yawasi (2014), yang menunjukkan keputusan bahawa umur bukanlah faktor yang signifikan dengan tingkah laku beretika. Pengetahuan peniaga terhadap undang-undang dan peraturan Pengetahuan ialah informasi atau maklumat yang diketahui atau disedari oleh seseorang (Mohamad, 2010). Pengetahuan ditafsirkan sebagai informasi yang mengubah seseorang (Drucker, 1998). Hal ini kerana informasi tersebut bertindak sebagai asas seseorang untuk bertindak. Pengetahuan ialah asas paling penting yang perlu dimiliki oleh semua orang yang terlibat dalam bidang perniagaan (Mohammad Zaini, Mohd Sukki & Muhammad Adib, 2010). Hal ini kerana pengetahuan mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi keputusan yang berbeza atau tindakan yang lebih efektif berbanding dengan seseorang yang tidak memiliki pengetahuan (McEarchern & Warnaby, 2008). Malah kajian-kajian terdahulu, seperti Goles et al. (2007) dan Bagley et al. (2010) menunjukkan individu yang sedar akan kewujudan undang-undang akan mempunyai sikap yang berbeza berbanding dengan yang tidak mempunyai pengetahuan dan mampu menggesa individu tersebut untuk lebih mematuhi undang-undang serta lebih bertanggungjawab dari segi sosial. Walau bagaimanapun, menurut Cant et al. (2013), pengetahuan peniaga kecil terhadap undang-undang tidak sama kerana ia bergantung pada individu untuk memperoleh pengetahuan tersebut. Hal ini kerana perniagaan kecil biasanya memahami etika perniagaan secara tidak formal berbanding dengan perniagaan besar kerana syarikat besar dilengkapi dengan peraturan dan polisi organisasi yang membantu mencegah masalah etika. Malah, ada kalanya seseorang melanggar undang-undang bukanlah disebabkan mereka

7Jurnal Pengguna Malaysia

tidak beretika, tetapi kerana tidak tahu akan peraturan atau garis panduan tersebut (Bagley et al., 2010). Oleh yang demikian, dengan pengetahuan yang jelas terhadap undang-undang berkaitan, seseorang peniaga mempunyai sumber yang betul untuk mempertimbangkan keputusan beretika. Menurut Johannes, Michael dan Claudette (2014) pemahaman yang baik terhadap undang-undang penting kerana ia memandu individu untuk melindungi hak-hak pengguna dan juga industri. Saranan ini turut selari dengan dapatan kajian yang dijalankan oleh Goles, Jayatilaka, George, Parsons, Chamvers, Taylor dan Brune (2007) yang melihat kesan kesedaran terhadap undang-undang yang melindungi harta intelek dalam tingkah laku individu. Hasil kajian mereka mendapati individu yang mempunyai kesedaran tentang kewujudan undang-undang kurang berminat dan mempunyai sikap yang berbeza terhadap aktiviti cetak rompak. Hal ini bermakna individu yang sedar akan kewujudan undang-undang akan lebih beretika dalam tingkah lakunya. Persepsi peniaga terhadap penguatkuasaan Persepsi ialah pandangan atau tanggapan seseorang terhadap sesuatu yang dirasa, dilihat, didengar dan difahami, yang akan menentukan pendapat individu sama ada setuju atau tidak tentang sesuatu yang dialami (Rohana, 1996). Menurut Robinsons dan Judge (2013) pengalaman, sikap, persekitaran kerja dan sosial adalah antara faktor yang boleh mempengaruhi persepsi seseorang. Menurut Kamil (2006), sesuatu undang-undang atau penguatkuasaan bukan saja perlu mempunyai ciri-ciri adil, saksama dan komprehensif, tetapi ia juga perlu dipandang sebagai memenuhi ciri-ciri tersebut. Dengan kata lain, persepsi masyarakat terhadap undang-undang dan penguatkuasaan haruslah positif selaras dengan keperluan undang-undang tersebut diwujudkan. Hal ini berlaku kerana jika undang-undang dipandang positif, maka kepatuhan juga akan menjadi positif (Kamil, 2006). Kajian lepas rata-rata menunjukkan bahawa persepsi terhadap undang-undang dan penguatkuasaan sangat berkait rapat dengan etika dan berpengaruh dalam menentukan tingkah laku individu yang berada dalam dunia perniagaan. Misalnya, kajian yang dijalankan oleh Kamil (2006) berkaitan pembayaran zakat. Hasil kajian mendedahkan persepsi terhadap undang-undang zakat memainkan peranan dalam peningkatan aras kutipan zakat pendapatan dengan cara mempengaruhi gelagat kepatuhan seseorang terhadap pembayaran zakat. Menurut Kamil (2006), jika undang-undang dipandang positif maka kepatuhan juga akan menjadi positif. Malah, kajian yang dijalankan oleh Ram, Kamil dan Zainol (2009) terhadap peniaga dalam pembayaran zakat perniagaan turut mendapati keputusan yang sama. Dalam kajian ini juga pengkaji menyarankan agar persepsi positif masyarakat

8 Jurnal Pengguna Malaysia

terhadap undang-undang zakat diberi perhatian kerana mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kepatuhan pembayaran zakat perniagaan. Kajian yang dijalankan oleh Blumenthal, Christian dan Slemrod (2001) dalam bidang percukaian pula menunjukkan bahawa persepsi terhadap undang-undang cukai yang tidak jelas boleh mengurangkan kepatuhan membayar cukai secara sukarela. Ideologi moral Ideologi moral merupakan set kepercayaan, sikap dan nilai-nilai teras yang menjadi rangka dalam mempertimbang dilema etika (Barnett et al., 1994). Oleh yang demikian, perbezaan ideologi moral pada setiap orang akan menyebabkan cara penyelesaian isu etika tersebut juga akan turut berbeza-beza (Hunt & Vitell, 1986). Forsyth (1980) membahagikan ideologi moral kepada dua ideologi teras, iaitu idealisme dan relativisme. Individu idealisme menggunakan asas moral mutlak dalam membuat pertimbangan manakala relativisme menggangap peraturan yang wujud bukanlah peraturan yang mutlak (Forsyth, 1980; Vitel, Paolillo & Thomas, 2003). Individu idealisme percaya bahawa tindakan yang betul akan memberikan kesan yang baik. Malah, dia turut mempertimbangkan segala tindakannya berdasarkan akibat yang akan dihadapi oleh orang lain. Individu relativisme pula menggunakan prinsip etika, dasar penilaian ke atas kesangsian dan pertimbangan terhadap situasi dalam menentukan tingkahlaku (Forsyth, 1980). Dia merupakan individu yang bertindak mengikut keadaan tertentu. Kedua-dua konsep ini bukanlah dua perkara yang bertentangan tetapi lebih merupakan pemisahan skala ideologi seseorang. Secara keseluruhannya, skor yang tinggi pada subskala idealisme bermakna individu tersebut lebih mementingkan perkara-perkara asas demi kesejahteraan orang lain manakala mereka yang mempunyai skor tinggi pada subskala relativisme adalah cenderung untuk mendukung moral falsafah peribadi dan menolak moral sejagat (Forsyth, 1992). Justeru, perbezaan dalam ideologi moral pada setiap orang dipercayai akan menyebabkan cara penyelesaian isu etika tersebut juga akan turut berbeza-beza (Hunt & Vitell, 1986). Kedua-dua dimensi ideologi moral ini telah banyak digunakan dalam kajian etika perniagaan dan terbukti mempunyai perkaitan dalam menentukan amalan beretika (Hunt & Vitell, 1986, Singhapakdi et al., 1995, 1999, Sparks & Hunt, 1998). Berdasarkan keputusan beberapa kajian lepas, didapati individu idealisme adalah individu yang mempertimbangkan etika dalam bertingkah laku berbanding dengan individu relativisme (Vitell et al., 1993) dan faktor tersebut sememangnya memberi kesan pada kepercayaan terhadap etika (Dubinsky et al., 2004) serta individu idealisme percaya pada sifat universal

9Jurnal Pengguna Malaysia

etika dan hanya bertindak balas mengikut sistem kawalan organisasi manakala individu relativisme bertindak sebaliknya (Park, 2005). Malah, hasil kajian yang dijalankan oleh Ahmad Taufik (2012) mendapati idealisme mempengaruhi secara positif tingkah laku beretika dalam organisasi manakala dapatan kajian oleh Chan (2012) menunjukkan individu yang mempunyai tahap idealisme yang tinggi sering mengelak membuat keputusan yang membawa kesan buruk kepada orang lain. Nilai peniaga terhadap matlamat organisasi Nilai ialah satu kepercayaan yang stabil dalam tingkah laku seseorang dan menjadi dasar untuk melakukan sesuatu (Rokeach, 1973). Menurut Schmidt dan Posner (1982), nilai terhadap matlamat organisasi dipercayai mempengaruhi setiap aspek keputusan eksekutif, iaitu orang yang membuat keputusan dalam perniagaan tersebut. Misalnya, keputusan yang diambil oleh pengurus, pemilik perniagaan dan pemegang saham. Pengaruh nilai organisasi terletak pada ahli-ahli organisasi yang berkongsi nilai-nilai organisasi mereka (Trevino, 1986). Akaah dan Lund (1994) menyatakan dalam konteks organisasi, nilai-nilai tersebut merupakan penekanan yang dimuatkan semasa membuat keputusan bagi mencapai hasil yang inginkan dalam organisasi. Hal ini kerana nilai-nilai tersebut mendasari keputusan yang mereka buat. Dengan kata lain, nilai organisasi dijadikan sebagai petunjuk kepada ahli-ahli organisasi apabila wujudnya percanggahan pendapat dan pandangan dalam membuat keputusan. Akaah dan Lund (1994) dalam kajian mereka telah mengupas nilai matlamat organisasi dengan lebih terperinci. Menurut mereka, dalam menjalankan aktiviti pemasaran yang profesional, seseorang peniaga itu mempunyai tanggungjawab untuk melayan pelanggan mereka dengan hormat dan memenuhi syarat-syarat jaminan sesuatu produk yang ditawarkan. Pada masa yang sama juga, mereka mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi matlamat keuntungan organisasi mereka. Dalam usaha memenuhi matlamat keuntungan organisasi ini, peniaga berkemungkinan akan mengingkari syarat-syarat jaminan produk yang sepatutnya diberikan kepada pelanggan. Hal ini akan mewujudkan masalah pelanggaran etika iaitu akan memudaratkan, merugikan dan menyusahkan pengguna. Dapatan kajian terdahulu menunjukkan nilai dinyatakan sebagai faktor yang turut mempengaruhi amalan beretika. Antaranya kajian yang dijalankan oleh Muhamat Yawasi (2013) dan Akaah dan Lund (1994). Berdasarkan keputusan kajian yang dijalankan oleh Akaah dan Lund (1994), pengaruh nilai terhadap matlamat organisasi merupakan nilai yang dikongsi oleh semua ahli dalam organisasi. Oleh yang demikian, perkongsian nilai tersebut

10 Jurnal Pengguna Malaysia

menyediakan hala tuju kepada semua ahli dalam organisasi dalam membuat pillihan atau tindakan. Selain itu, hasrat untuk meningkatkan pertumbuhan organisasi memberi pengaruh kepada nilai terhadap matlamat organisasi (Akaah & Lund, 1994). Sementara keputusan kajian yang dijalankan oleh Roozen, Pelsmacker dan Bostyn (2001) mendapati penerimaan terhadap keutamaan beberapa matlamat organisasi mempunyai kesan yang besar terhadap sikap beretika. Jika organisasi lebih mementingkan matlamat untuk memaksimumkan keuntungan maka sikap beretika pekerja dilihat lebih cenderung kepada negatif. Jika matlamat tersebut melibatkan kebajikan sosial pekerja pula maka sikap beretika pekerja lebih positif. Kesimpulan Artikel ini sedikit sebanyak memberikan maklumat yang berguna dalam memahami faktor-faktor individu yang mempengaruhi amalan beretika seseorang. Dalam usaha memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya dan terus kekal berada dalam industri, adalah penting untuk memastikan segala tindakan yang diambil perlu berlandaskan etika (Mohd. Mizan, 2012; Sharma, 2013). Hal ini kerana amalan beretika dalam kalangan peniaga merupakan tindakan yang memberi banyak faedah kepada pengguna. Ia juga menjaga kepentingan dan kebajikan pemegang taruh, pekerja dan pembekal yang seterusnya mampu mewujudkan persekitaran perniagaan yang adil dan sihat kepada semua pihak. Dari sudut holistik pula, ia turut memainkan fungsi pengimbang antara tanggungjawab mencari untung dengan tanggungjawab sosial yang menjadi amanah kepada peniaga (Ahmad, Mohd Yusof & Jailani, 2002). Hal ini dapat dilihat daripada hasil kajian Schwepker Jr. dan Good (2011) yang mendapati peniaga yang mempunyai etika yang tinggi mampu memberi impak yang positif dalam hubungan jangka masa panjang dengan pelanggan dan turut positif dalam peningkatan prestasi jualan. Malah, pengguna sanggup membayar harga lebih tinggi ke atas barangan yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan sekiranya syarikat tersebut mengamalkan etika (Creyer, 1997). Justeru, perniagaan yang beretika bukan sahaja menguntungkan pengguna, malah turut menguntungkan peniaga (Umi Naizirah & Elistina, 2013). Bagaimanapun, kajian terhadap amalan beretika dalam kalangan peniaga amatlah sedikit di Malaysia. Misalnya, Chan (2012) yang menjalankan kajian ke atas pekerja dalam industri perhotelan di Malaysia dengan melihat faktor ideologi moral. Begitu juga dengan Karande, Rao dan Singhapakdi (2000) yang telah menjalankan kajian dalam kalangan pengurus Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia dengan yang menggunakan faktor yang sama. Sementara, Ahmad Taufik (2012) menggunakan faktor ideologi moral dalam kajiannya ke atas pekerja dalam organisasi. Muhamat Yawasi (2013) pula

11Jurnal Pengguna Malaysia

menggunakan faktor nilai, jantina dan pengetahuan untuk mengukur amalan beretika dalam kalangan pekerja bengkel. Berdasarkan penelitian daripada kajian-kajian lepas, didapati kebanyakkan kajian dijalankan dengan melihat aspek pekerja mahupun pengurus di sesebuah organisasi perniagaan. Sehubungan itu, kajian pada masa hadapan perlu membuat penyelidikan dengan melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada amalan beretika dalam kalangan peniaga. Faktor-faktor yang dinyatakan akan membantu mengenal pasti kaedah yang lebih tepat untuk meningkatkan amalan beretika peniaga dalam menjaga dan melindungi hak serta kepentingan pengguna dan pemain industri yang lain. Malah, hasil penyelidikan ini juga akan dapat membantu agensi penguatkuasaan untuk memperbaiki kelemahan tindakan dan strategi yang diambil secara menyeluruh pada masa-masa akan datang serta dapat menyumbang kepada peningkatan amalan beretika dalam kalangan peniaga secara menyeluruh. Rujukan Ahmad, E., Mohd. Yusop, A.H., & Jailani, M.Y. (2002). Pengetahuan, Amalan dan Sikap Peniaga Kecil terhadap Etika Perniagaan: Satu Kajian Rintis. Prosiding Persidangan Kebangsaan Etika Gunaan dan Profesional. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Taufik, S. (2012). Pengaruh Faktor Individu dan Situasi terhadap Tingkah Laku Etika dalam Organisasi: Peranan Program Etika sebagai Konstruk Penyederhana. PhD Tesis. Universiti Utara Malaysia. Dimuat turun daripada http://etd.uum.edu.my/id/eprint/3405. Akaah. I.P. & Lund, D. (1994). The influence of personal and organizational values on marketing professionals' ethical behavior. Journal of Business Ethics, 13, 417–430. Bagley, C.E., Clarkson, G., & Power, R.M. (2010). Deep links: does knowledge of the law change managers’ perceptions of the role of law and ethics in business?. Law and ethics in business. Houston Law Review, 47(2). Barnett, T., Bass, K., & Brown, G. (1994). Ethical ideology and ethical judgment regarding ethical issues in business. Journal of Business Ethics, 13, 469–480. Blumenthal, M., Christian, C., & Slemrod, J. (2001). Do normative appeals affect tax compliance? Evidence from a controlled experiment in Minnesota. National Tax Journal, 54, 125–138.

12 Jurnal Pengguna Malaysia

Cant, M.C., Wild, J.A., & Kallier, S.M. (2013). Small business owners’ perceptions of moral behaviour and employee theft in the small business sector of Nigeria. Gender & Behaviour, 11(2), 5775–5787. Chan, L.M. (2012). Hubungan antara Prinsip Moral Peribadi dengan Cara Membuat Keputusan Secara Beretika di Kalangan Pengamal Sumber Manusia dalam Industri Perhotelan di Kawasan Lembah Klang. Master Thesis, Universiti Putra Malaysia. Chelliah, S.E. (2008). The Factors Impacting Ethical Behavior of Malaysian Pharmacists. Master Thesis, Faculty of Business and Accountancy, University of Malaya. Collins, D.M (2000). The quest to improve the human condition: the first 1500 articles published in Journal of Business Ethics. Journal of Business Ethics, 26, 1–73. Creyer, E.H. (1997). The influence of firm behavior on purchase intention: do consumers really care about business ethics?. Journal of Consumer Marketing, 14(6), 421–432. Czupała, A.C. (2013). Ethical ideology as a predictor of ethical decision making. The International Journal of Management and Business, 4(1), 82–111. Dubinsky, A. J., Nataraajan, R., & Huang, W.Y. (2004). The influence of moral philosophy on retail salespeople’s ethical perceptions. The Journal of Consumer Affairs, 38(2). Drucker, P. (1998). Peter Drucker on the Profession of Management. Boston, Mass: Harvard Business School Press. Dawson, L.M. (1997). Ethical differences between men and women in the sales profession. Journal of Business Ethics 16, 1143–1152. Ekin, M.G.S. & Tezölmez, S.H. (1999). Business ethics in Turkey: an empirical investigation with special emphasis on gender. Journal of Business Ethics, 18, 17–34. Ferrell, O.C. & Gresham, L.G. (1985). A contigency framework for understanding ethical decision making on marketing. Journal of Marketing, 49, 87–96.

13Jurnal Pengguna Malaysia

Forsyth, D.R. (1980). A taxonomy of ethical ideologies. Journal of Personality and Social Psychology, 39(1), 175–184. Forsyth, D.R. (1992). Judging the morality of business practices: the influence of personal moral philosophies. Journal of Business Ethics, 11, 461–470. Goles, T., Jayatilaka, B., George, B., Parsons, L., Chamvers, V., Taylor, D., & Brune, R. (2007). Softlifting: exploring determinants of attitude. Journal Business Ethics, 77(4), 481–499. Guo, H.S (2013). Study on salespeople’s ethical decision-making. Psychology Research, 10, 77–80. Gupta, S., Swanson, N.J & Cunningham, D.J (2010). A study of the effect of age, gender, & gpa on the ethical behavior of accounting students. Journal of Accounting, Ethics and Public Policy, 11(1), 65–93. Heinze, T. & Donoho, C. (2011). Sales ethics: the impact of situational factors on gender evaluation differences. Advances in Business Research, 2(1), 16–26. Hunt, S.D. & Vitell, S.J (1986). A general theory of marketing ethics. Journal of Macromarketing 6, 5–16. Ibrahim, N., Angelidis, J., & Tomic, I.M. (2010). Managers’ attitudes toward codes of ethics: are there gender differences?. Journal of Business Ethics, 90, 343–353. Jackall, R. (1988). Moral Mazes. New York, New York: Oxford University Press. Johannes, A.W., Michael, C.C., & Claudette, V.N. (2014). Measuring small business owners’ differences in moral thought: idealism versus relativism. International Business and Economics Research Journal, 13(5), 903–914. Kamil, M. I. (2006). Kesan persepsi undang-undang dan penguatkuasaan zakat terhadap gelagat kepatuhan zakat pendapatan gaji. Journal of Ethics, Legal and Governance, 2, 32–41. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (2014). Laporan Akhir Kajian Penilaian Sistem Integriti Penjaja dan Peniaga Kecil. (Tidak diterbitkan)

14 Jurnal Pengguna Malaysia

Khalizani, K., Syed Omar, S.A, & Khalisanni, K. (2011). Graduate students’ perceptions on business ethics and capitalism: a study in Malaysian universities. International Journal of Education Administration and Policy Studies, 3(6), 85–93. Khalizani, K. (2012). The ethical reasoning variations of personal characteristics. International Journal of Development and Sustainability, 1(1), 8–30. Karande, K., Rao. C.P, & Singhapakdi, A (2002). Moral philosophies of marketing managers: a comparison of American, Australian, and Malaysian cultures. European Journal of Marketing, 36(7/8), 768–791. McEachern, M. & Warnaby, G. (2008). Exploring the relationship between consumer knowledge and purchase behavior of value-based labels. International Journal of Consumer Studies, 32, 414–426. Miesing, P. & Preble, J. (1985). A comparison of five business philisophies. Journal Business Ethics, 4, 465–476. Mohd Riduwan, W. (2003). Perniagaan beretika: tanggungjawab peniaga. Buletin Pengguna, KPDNKK, 8, 1–8. Mohammad Zaini, Y., Mohd Sukki, O., & Muhammad Adib, S. (2010). Etika Perniagaan Dalam Islam: Mengaut Laba Menggandakan Pahala. Selangor: Soul Excellent Training & Consultancy. Mohd Mizan, A. (2012). Etika dalam perniagaan dan pencarian menuju intergriti. International Journal of Business and Technopreneurship, 2(2), 369–387. Muhamat Yawasi, S. (2013). Amalan Kawalselia Kendiri Pekerja Bengkel Dalam Industri Pembaikan Kenderaan Bermotor di Lembah Klang. Tesis Master (tidak diterbitkan) Sekolah Siswazah, Universiti Putra Malaysia. Mohamad, T. (2010). Asal-usul Pengetahuan dan Hakikat Pengetahuan. Tesis Master (tidak diterbitkan) Institut Pertanian Bogor Program Pasca Sarjana Manajemen dan Bisnis Bogor. Park, H. (2005). The role of idealism and relativism as dispositional characteristics in the socially responsible decision-making process. Journal of Business Ethics, 56, 81–98.

15Jurnal Pengguna Malaysia

Perryer, C. & Jordan, C. (2002). The influence of gender, age, culture and other factors on ethical beliefs: a comparative study in Australia and Singapore. Public Administration and Management, 7(4), 367–382. Peterson, D., Rhoads, D., & Vaught, B.C. (2001). Ethical beliefs of business professionals: a study of gender, age and external factors. Journal of Business Ethics, 31, 225–232. Ram Al Jaffri, S., Kamil, M.I., & Zainol, B. (2009). Peranan Sikap, Moral, Undang-Undang Dan Penguatkuasaan Zakat Terhadap Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan. International Conference on Corporate Law (ICCL). Surabaya, Indonesia. 1–3 Jun 2009. Rest, J. (1986). Moral Development: Advances in Research and Theory. New York: Praeger. Rokeach, M. (1973). The Nature of Human Values. New York: Free Press. Rohana, A.R. (1996). Persepsi Pelajar terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan Pertanian Sains di Fakulti Pengajian Pendidikan. Universiti Pertanian Malaysia. Dimuat turun daripada http://psasir.upm.edu.my/8922/1/FPP_1996_1_A.pdf. Roozen, I., Pelsmacker, P. D., & Bostyn, F. (2001). The ethical dimensions of decision processes of employees. Journal of Business Ethics, 33(2): 87–99. Robbins, S.P. & Judge, T.A. (2013). Organizational Behavior (15th ed). New Jersey: Pearson Education, Inc. Ruegger, D. & King, E.W. (1992). A study of the effect of age and gender upon student business ethics. Journal of Business Ethics, 11, 179–186. Schmidt, W.H. & Posner, B.Z. (1982). Managerial Values and Expectations: The Silent Power in Personal and Organizational Life. New York, N.Y: AMA Membership Publications Division, American Management Associations. Schwepker Jr., C.H. & Good, D.J. (2011). Moral judgment and its impact on business to business sales performance and customer relationships. Journal of Business Ethics, 98, 609–625.

16 Jurnal Pengguna Malaysia

Sharma, N. (2013). Ethical dilemma and marketing decisions: a case analysis of food products. International Journal of Business Ethics in Developing Economies, 2. Sparks, J.R. & Hunt, S.D. (1998). Marketing researcher ethical sensitivity: conceptualization, measurement, and exploratory investigation. Journal of Marketing, 62(2), 92–109. Singhapakdi, A., Rallapalli, K.C., Rao, C.P., & Vitell, S.J. (1995). Personal and professional values underlying ethical decisions. International Marketing Review, 12(4), 65–67. http://dx.doi.org/10.1108/02651339510097748. Singhapakdi, A., Vitell, S.J., Rao, C.P. & Kurtz, D.L. (1999). Ethics gap: comparing marketers with consumers on important determinants of ethical decision-Making. Journal of Business Ethics, 21, 317–328. Singhapakdi, A. & Vitell, S.J. (1990). Marketing ethics: factors influencing perceptions of ethical problems and alternatives. Journal of Macromarketing, 10, 14–18. Serwinek., P.J. (1992). Demographic and related differences in ethical views among small businesses. JournaI of Business Ethics, 1, 555–566. Singh, B. (2001). Pendidikan Pengguna untuk Hak-Hak dan Tanggungjawab Pengguna Kod Etika Amalan Perniagaan Kepentingan Penglabelan Barangan. Kuala Lumpur: Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). Silanont, S.P. (2012). Business Ethics Perception of Thai Workforce: A Study of Age, Gender, Education, Management Experience and Ethics Training. Master thesis, School of Business and Technology of Webster University. Stevenson, T.H. & Bodkin, C.D. (2015). Sales Ethics: Are there Gender-Related Differences in the Ranks of Potential Salespeople?. Proceedings of the 1994 Academy of Marketing Science (AMS) Annual Conference (pp. 20–24). Springer International Publishing. Trevino, L.K. (1986). Ethical decision marking in organizations: a person-situation interactionist model. The Academy of Management Review, 11(3), 601–617. Thorne, L. (2000). An analysis of the association of demographic variables with the cognitive moral development of Canadian accounting students: an examination of the applicability of american-based findings to the Canadian context. Journal of Accounting Education, 17, 157–174.

17Jurnal Pengguna Malaysia

Vitell, S.J., Paolillo, J.G.P., & Thomas, J.L. (2003). The perceived role of ethics and social responsibility: a study of marketing professionals. Business Ethics Quarterly, 13(1), 63–86. Vitell, S., Rallapalli, K., & Singhapakdi. A. (1993). Marketing norms: the influences of personal moral philosophies and organizational ethical culture. Journal of the Academy of Marketing Science 21, 331–337. Umi Naizirah, H. & Elistina, A.B. (2013). Kepekaan terhadap isu etika dan intensiti moral dalam kalangan pekerja bengkel di Lembah Kelang. Malaysian Journal of Consumer, 20, 70–85. Wang, L.C. & Calvano, L. (2013). Is business ethics education effective? an analysis of gender, personal ethical perspectives, and moral judgment. Journal Business Ethics, 126, 591–602. Wiley, C. (1995). The ABC's of business ethics: definitions, philosophies and implementation. Industrial Management, 37(1), 22–26.

18 Jurnal Pengguna Malaysia

KESAN PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA TERHADAP TINGKAH LAKU

BERENCANA PENGGUNA JALAN RAYA DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Mazlan Ismail1

Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim2 Ahmad Hariza Hashim3

Mohamad Fazli Sabri4

1Kementerian Pelajaran Malaysia 2Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

3,4Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Pengenalan Pertambahan kenderaan di jalan raya adalah satu petanda tentang kemampuan rakyat sebagai pengguna yang berbelanja demi keselesaan dan kepuasaan diri. Dalam memenuhi keperluan seseorang, pergerakan dari satu lokasi ke satu lokasi amat penting untuk memenuhi keperluan keselesaan tersebut. Jalan raya menjadi alat laluan perhubungan penting yang menggunakan apa-apa juga kenderaan darat. Jaringan jalan raya dan perkhidmatan pengangkutan untuk penumpang mahupun barangan merupakan syarat untuk ketinggian tamadun dan keselesaan hidup (Abd. Rahim & Mazdi, 2000). Namun begitu, dalam usaha menyediakan pelbagai kemudahan perhubungan kepada pengguna, khususnya pengguna jalan raya, kadangkala menimbulkan masalah berkaitan isu keselamatan jalan raya kepada sesebuah negara (Mazdi & Abd. Jalil, 2007). Isu keselamatan jalan raya menjadi isu yang tidak pernah sepi, terutama kepada pengguna jalan raya. Isu utama dalam keselamatan jalan raya ialah kemalangan jalan raya. Menurut Pheasant (1986), kemalangan boleh dikatakan sebagai suatu tindakan atau tingkah laku yang tidak dirancang atau dijangkakan seseorang. Terdapat empat kategori kemalangan jalan raya iaitu kemalangan yang menyebabkan kematian, kecederaan serius, kecederaan ringan dan tidak mengalami sebarang kecederaan (Polis Diraja Malaysia, 2004). Sebahagian besar isu kemalangan ini berlaku di negara-negara membangun, termasuk Malaysia. Hal ini menunjukkan bahawa pengguna yang menggunakan jalan raya untuk

19Jurnal Pengguna Malaysia

berhubung dari satu tempat ke satu tempat yang lain terdedah kepada bahaya di jalan raya (Peden et al., 2004). Paling membimbangkan isu kemalangan jalan raya ini melibatkan golongan muda (Pang et al., 2000), malah lebih buruk jika sesuatu kemalangan jalan raya tersebut melibatkan pengguna jalan raya dalam kalangan kanak-kanak. Menurut Radin Umar dan Aminuddin Adnan (1992), 23 peratus daripada pejalan kaki yang cedera ialah kanak-kanak berusia lingkungan 5–10 Tahun. UNICEF turut mengakui akan keterlibatan golongan kanak-kanak dan remaja yang menjadi mangsa utama dalam sesuatu kemalangan (UNICEF, 2001). Berdasarkan laporan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tahun 1996 hingga 2000, mendapati kadar kemalangan jalan raya di Malaysia mencecah 30,175 kematian dan 11,738 adalah golongan remaja. Pada tahun 2007, daripada 363,319 kemalangan jalan raya 6,282 daripadanya menyebabkan kematian. Pejalan kaki berada tempat ketiga berbanding dengan pengguna jalan raya yang lain (PDRM, 2009). Empat faktor yang menjadi punca utama kepada sesuatu kemalangan jalan raya ialah faktor manusia, faktor kenderaan, faktor fizikal jalan raya dan faktor alam sekitar (Kementerian Pengangkutan, 2006). Namun begitu, 95 peratus pengguna jalan raya terlibat dengan kemalangan jalan raya berpunca daripada faktor manusia. Faktor manusia dikaitkan dengan ketidakmahiran mengendalikan kenderaan, kelalaian, kecuaian dan sikap ketidaksabaran semasa mengendalikan kenderaan (Talib et al., 2003; Sabey & Staughton, 1975). Sehubungan itu, Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006–2010 yang dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan telah menetapkan aspek pendidikan menjadi salah satu mekanisme untuk membentuk sikap pengguna jalan raya bagi mengatasi dan mengurangkan kemalangan dalam kalangan pengguna jalan raya (Kementerian Pengangkutan, 2006). Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya pada tahun 2006 memutuskan dua kementerian, iaitu Kementerian Pengangkutan (KP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bekerjasama dalam melaksanakan pelaksanaan pendidikan keselamatan jalan raya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2006). Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) merupakan satu inisiatif jangka panjang kerajaan untuk menangani isu keselamatan jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya bermula dari peringkat seawal usia secara formal di sekolah rendah dan menengah (Radin Umar, 2005 ). Usaha ini bersesuaian dengan peribahasa “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Justeru, pengenalan PKJR dalam kurikulum sekolah (pendidikan) kendalian KPM bertujuan membantu kanak-kanak sekolah menjadi pengguna jalan raya yang selamat.

20 Jurnal Pengguna Malaysia

Pernyataan Masalah Setiap hari media memaparkan kejadian kemalangan yang penuh tragis. Menurut Strasser et al. (1973) isu kemalangan antara penyebab utama kepada kematian dalam kalangan pengguna jalan raya yang berumur antara 1 hingga 38 tahun. Di Malaysia daripada 298,651 kemalangan jalan raya yang dilaporkan pada tahun 2003, sebanyak 6,282 kejadian melibatkan kematian (PDRM, 2004). Sesuatu kejadian kemalangan tidak memilih dan tidak mengenal mangsa sama ada orang dewasa, remaja mahupun kanak-kanak yang masih bersekolah. Namun begitu, golongan yang berisiko terlibat dengan kemalangan jalan raya ialah bilangan pejalan kaki, penunggang motosikal dan penunggang basikal (Mazdi & Abdul Jalil, 2007; Rafidah, 2010). Statistik menujukkan 3,906 orang kanak-kanak bawah 15 tahun terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1994 dan 435 daripada itu telah menemui ajal di jalan raya (Khaidir et al., 2008). Berdasarkan statistik tersebut, hal ini memberi gambaran bahawa tahap keselamatan pengguna jalan raya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja amat terdedah kepada tragedi yang boleh memberi implikasi kepada golongan ini, sama ada cedera ringan, cedera parah mahupun kematian. Keterlibatan golongan kanak-kanak dalam kemalangan ini boleh dikaitkan dengan tahap ilmu pengetahuan berkaitan keselamatan di jalan raya sebagai pengguna jalan raya masih lemah. Bagi Vinje (1991), kesalahan keterlibatan kanak-kanak dalam kemalangan tidak boleh diletakkan pada kanak-kanak kerana golongan ini masih mempunyai kelemahan dan batasan kognitif yang belum matang yang menyebabkan kanak-kanak gagal mempersepsi sesuatu yang baik, malah kanak-kanak belum memahami maksud selamat dan kemalangan (Eiser et al., 1983; Ismail, 2008). Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan pelaksanaan program PKJR yang dilaksanakan di sekolah rendah. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan PKJR mempengaruhi tahap sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dipersepsi dalam kalangan kanak-kanak yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya. Objektif sekunder adalah untuk mengenal pasti sama ada niat mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak untuk bertingkah laku ketika di jalan raya.

21Jurnal Pengguna Malaysia

Kajian Literatur Statistik PDRM menunjukkan sejumlah 3,906 orang kanak-kanak bawah 15 tahun terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 1994 dan sejumlah 435 orang telah menemui ajal di jalan raya. Sepanjang tahun 1996 hingga 2000 pula, menunjukkan 30,175 kes kematian akibat kemalangan jalan raya, 38.8 peratus adalah dalam kalangan remaja termasuk kanak-kanak (PDRM, 2009). Statistik tersebut memberi gambaran bahawa golongan kanak-kanak dan remaja amat berisiko dalam sesuatu kemalangan hingga menyebabkan kematian dan kehilangan upaya kanak-kanak (Khaidir et al., 2008). Dalam kajian Mazdi Marzuki dan Abd. Jalil Ishak (2007) terhadap pengguna jalan raya di Majlis Daerah Tanjung Malim Perak, kemalangan jalan raya melibatkan 904 kes pada tahun 2002, 1 kes melibatkan kalangan pelajar. Hal ini menujukkan kes kemalangan jalan raya tidak mengenal mangsa sama ada orang awam mahupun kanak-kanak sekolah. Situasi yang hampir sama berlaku di Britain. Misalnya pada tahun 2,000, lebih kurang 5,000 orang pejalan kaki dalam kalangan kanak-kanak terlibat dengan kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian dan kecederaan yang serius (Road Accident Great Britain, 2001). Kemalangan jalan raya merupakan penyebab utama kematian atau kecederaan dalam kalangan kanak-kanak sama ada sebagai pejalan kaki, penumpang kenderaan mahupun penunggang atau pembonceng mostosikal atau pun basikal (Mohamad Ibrani, 2006; Rafidah Ibrahim, 2010). Global Road Safety Partneship (GRSP) menyatakan salah satu sebab berlakunya kemalangan atau terkorban di jalan raya adalah disebabkan kanak-kanak tidak ada pengetahuan dan kemahiran ketika berada di persekitaran jalan raya (GRSP, 2000). Oleh itu, pengenalan PKJR kepada kanak-kanak pada peringkat awal usia sebagai satu langkah proaktif kerajaan melalui KPM dan KP bagi memberikan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya kepada murid-murid sebagai pengguna jalan raya. Menurut Elliot (2002), pendedahan awal ilmu keselamatan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak lingkungan enam tahun atau lebih muda amat berkesan. Menurut Rafidah (2010), kajian telah dilakukan oleh Elvik dan Vaa (2004) terhadap kesan pendidikan keselamatan jalan raya dengan melakukan analisis meta bagi mengkaji dan meneliti impak PKJR terhadap kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah dengan bilangan kemalangan jalan raya yang melibatkan golongan kanak-kanak. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan murid prasekolah dan sekolah rendah telah berubah pengetahuan, sikap dan amalan ilmu keselamatan jalan raya. Selain ilmu pengetahuan yang diperoleh secara langsung atau secara formal, pengalaman yang dilalui kanak-kanak juga mempengaruhui mereka untuk bertingkah laku

22 Jurnal Pengguna Malaysia

di jalan raya, misalnya melalui pemerhatian terhadap tingkah laku ibu bapa mereka. Bandura (1965) turut mengakui kanak-kanak memperoleh pengetahuan melalui pemerhatian atau peniruan. Justeru, amalan ibu bapa bertingkah laku di jalan raya juga mempengaruhi kanak-kanak. Teori Tindakan Berencana (Theory Planned Action) yang mengaitkan pengaruh norma subjektif (merujuk kepada pengaruh ibu bapa) boleh mengubah niat seseorang (kanak-kanak) untuk bertingkah laku (Ajzen, 1991). Langkah kerajaan Malaysia memperkenalkan PKJR ini turut dilaksanakan di negara lain. Misalnya, North South Wales (NSW) yang menerapkan Rood Safety Educatioan (RSE) kepada kanak-kanak pada peringkat tadika (primary) seawal usia 6 tahun dan diteruskan keperingkat kedua (secondary) berumur lingkungan 7 hingga 10 tahun. Tumpuan pembelajaran kanak-kanak di NSW juga adalah pada cara melintas dengan selamat, terutama pejalan kaki. Selain NSW, Australia yang melaksanakan RSE, negara-negara lain seperti New Zealand, Belanda, Great Britain, Perancis dan Negara Scandinavia turut melaksanakan RSE (Catchpole & DiPietro, 2003). Di Malaysia, pelaksanaan Program PKJR dilaksanakan melalui pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak di sekolah melalui penyerapan ilmu keselamatan jalan raya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu mengikut waktu yang telah ditetapkan satu waktu seminggu (KPM, 2009). Penetapan waktu ini bertujuan mengingatkan guru perlunya melaksanakan pengajaran dan pembelajaran ilmu PKJR setiap minggu. Melalui pengajaran dan pembelajaran, perkembangan mental, bahasa dan sosial murid berlaku semasa interaksi sosial dalam kalangan kanak-kanak berlaku (Vygotsky, 1978). Atas tujuan itu, kreativiti guru amat penting dalam melaksanakan pengajaran sesuatu ilmu (Gardner, 1993), termasuk ilmu keselamatan jalan raya. Pengajaran dan pembelajaran akan mempengaruhi perubahan tingkah laku hasil daripada pengalaman dan pembelajaran berbanding situasi sebelumnya (Glenn et al., 1994). Perubahan tingkah laku menjadi salah satu proses pembelajaran yang dapat dilihat (Ma’rof & Haslinda, 2008). Oleh itu, menjadikan PKJR sebagai sebahagian kurikulum sekolah amat sesuai bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada kanak-kanak ketika berada di persekitaran jalan raya secara formal di dalam bilik darjah (KPM, 2006). Keberkesanan sesuatu pengajaran di dalam bilik darjah dapat dilihat melalui penilaian formatif dalam sesuatu pengajaran. Penilaian formatif merujuk kepada penilaian secara langsung dan berterusan terhadap sesuatu hasil pengajaran yang diajar pada sesuatu masa (BPK, 2014). Situasi yang sama berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran PKJR di dalam bilik darjah. Kefahaman dan pengetahuan kanak-kanak sekolah berkaitan ilmu keselamatan jalan raya dapat diukur melalui penilaian formatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran

23Jurnal Pengguna Malaysia

berlaku. Keberkesanan PKJR ini dapat dilihat dalam kajian lapangan yang pernah dibuat oleh beberapa orang pengkaji. Antaranya kajian yang dilakukan oleh Ahmad Hariza et al. (2008) dan Kulanthayan et al. (2011). Kajian 1 Kajian yang dilakukan oleh Ahmad Hariza et al. (2008) melibatkan beberapa buah sekolah di Daerah Sentul dan Keramat di Kuala Lumpur, Port Dickson dan Tampin di Negeri Sembilan, Kuantan dan Temerloh di Pahang, Kulim dan Kuala Muda di Kedah, Miri dan Bintulu di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah. Tumpuan kajian tersebut adalah untuk melihat keberkesanan pembelajaran PKJR menggunakan modul yang disediakan sebagai bahan bantu mengajar. Seramai 36,600 murid di 305 buah sekolah telah terlibat dalam kajian yang dilakukan oleh pasukan pengkaji tersebut. Dapatan kajian tersebut menunjukkan peningkatan pengetahuan responden tentang jalan raya, iaitu adalah tempat berbahaya. Terdapat pertambahan peratus pengetahuan responden yang mendapat skor tinggi iaitu 29.7 peratus semasa praujian kepada 32.1 peratus selepas pascaujian dijalankan, manakala skor rendah pula semakin berkurangan daripada 8.1 peratus (praujian) kepada 4.9 peratus (pascaujian). Begitu juga skor sederhana daripada 62.3 peratus (praujian) kepada 63 peratus (pascaujian). Dapatan kajian juga menunjukkan berlaku peningkatan pengetahuan 10 peratus selepas didedahkan dengan modul pembelajaran PKJR. Kajian 2 Kulanthayan et al. (2011) telah mengkaji tentang penilaian keberkesanan pelaksanaan PKJR dari tahun 2008 hingga 2010, melalui kaedah pemerhatian yang dilakukan terhadap murid Tahun 1 hingga murid Tahun 6. Tumpuan kajian tersebut adalah untuk melihat sama ada berlaku peningkatan ataupun tidak pengetahuan murid sebagai hasil pembelajaran menggunakan modul PKJR yang disediakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kajian tersebut, pembantu penyelidik melakukan pemerhatian di beberapa buah sekolah sebanyak dua kali. Pertama, pemerhatian dilakukan ketika murid datang ke sekolah iaitu ketika murid tersebut belum mengikuti pembelajaran PKJR. Kedua, pemerhatian dilakukan ketika murid balik dari sekolah. Pembantu penyelidik akan berada di tempat strategik, seperti di pintu pagar atau di pintu masuk dan keluar dari sekolah untuk merekodkan tingkah laku responden yang diperhatikan. Berdasarkan laporan kajian tersebut, mendapati (i) pelaksanaan intervensi awal melalui PKJR dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid sekolah

24 Jurnal Pengguna Malaysia

yang terlibat dengan pembelajaran PKJR; (ii) berlakunya peningkatan tingkah laku positif dalam kalangan murid-murid yang terdedah dengan pembelajaran PKJR di sekolah berkaitan keselamatan jalan raya; dan (iii) berlaku pengurangan kemalangan jalan raya dalam kalangan murid lingkungan usia 2 hingga 4 tahun yang terlibat dengan pendedahan pembelajaran PKJR. Malah, pada 2009 telah berlaku penurunan kadar kemalangan jalan raya dalam kalangan kanak-kanak berumur lingkungan 7 hingga 12 tahun. Dapatan kajian ini memberi petujuk bahawa pelaksanaan PKJR ini mampu meningkatkan pengetahuan dalam kalangan murid berkaitan keselamatan jalan raya setelah mengikuti pembelajaran PKJR secara formal di dalam bilik darjah. Metodologi Kajian Kajian ini berasaskan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan set soal selidik yang diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklumat. Populasi kajian terdiri daripada murid Tahun 5 di seluruh negara yang mengikuti PKJR. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan persampelan mudah dalam menentukan sampel kajian. Kaedah persampelan mudah adalah satu kaedah yang digunakan dalam penyelidikan psikologi (Evans & Roony, 2011). Terdapat tiga tahap pemilihan sampel dilakukan iaitu pemilihan sampel negeri, sekolah dan murid. Pemilihan sekolah dan murid dibuat berdasarkan kerjasama pentadbir dengan pengkaji dan guru yang mengajar PKJR. Sebanyak 557 responden terlibat dalam kajian ini. Kajian ini bersandarkan teori tingkah laku berencana (Ajzen, 1991). Menurut teori tingkah laku berencana, kecenderungan seseorang untuk bertingkah laku selari dengan sikap bergantung pada proses membuat sesuatu keputusan dengan mengambil kira beberapa faktor iaitu sikap tingkah laku, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dipersepsi mempengaruhi niat seseorang untuk bertingkah laku. Instrumen soal selidik dibina menjurus kepada keperluan mengukur niat, sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dipersepsi ke arah membentuk sikap positif dalam kalangan kanak-kanak yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya. Terdapat 37 item yang terdapat dalam soal selidik tersebut yang perlu dijawab oleh responden. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS. Statistik diskriptif digunakan untuk menginterprtasi terhadap data tersebut. Dapatan Kajian dan Perbincangan Dapatan kajian ini dikemukakan mengikut objektif kajian yang diketengahkan. Kesemua 557 soal selidik dikembalikan dengan 100%

25Jurnal Pengguna Malaysia

menjawab soal selidik tersebut. Dapatan kajian adalah seperti yang dihuraikan seterusnya. Latar belakang responden Responden terdiri daripada murid Tahun 5, yang merupakan kohort (kumpulan) murid yang pertama mengikuti pembelajaran PKJR. Sebanyak 205 orang responden terdiri daripada murid perempuan dan 352 murid lelaki. Namun begitu, dalam kajian ini pengkaji tidak melakukan pengukuran berasaskan jantina. Justeru, sama ada responden lelaki mahupun perempuan, tidak menjejaskan kajian yang dilakukan. Kesemua murid yang menjadi responden dalam kajian ini telah mengikuti PKJR pada tahun 2007 yang mengikuti PKJR secara formal di sekolah rendah. Kesan PKJR mempengaruhi tahap sikap dalam kalangan kanak-kanak yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya Dapatan kajian menunjukkan majoriti responden mempunyai tahap sederhana dalam pembentukan sikap, kesan daripada pelaksanaan PKJR di dalam bilik darjah, iaitu 280 orang (50.3%) responden menyatakan ia mempengaruhi tingkah laku. Kebanyakan responden yang memilih untuk mengatakan, jika mereka mematuhi peraturan jalan raya, secara tidak langsung mereka berpendapat mereka telah melakukan kebaikan kepada orang lain. Hal ini ditunjukkan dengan item soal selidik: Jika saya mematuhi panduan keselamatan jalan raya, saya merasakan saya melakukan sesuatu yang baik kepada orang lain. Jawapan tersebut memberi gambaran sikap responden untuk bertingkah laku ketika berada di jalan raya. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian Elvik dan Vaan (2004) yang menyatakan impak pelaksanaan PKJR terhadap kanak-kanak sekolah rendah telah mengubah pengetahuan dan amalan tingkah laku mereka (Rafidah, 2010). Hal ini menujukkan terdapat perubahan yang positif dalam kalangan kanak-kanak yang telah mengikut PKJR sebagai pengguna jalan raya. Dapatan ini ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Tahap Sikap dalam Kalangan Kanak-Kanak yang Telah

Melalui PKJR sebagai Pengguna Jalan Raya

Tahap Sikap Kekerapan Peratus (%) Tinggi 264 47.4%

Sederhana 280 50.3% Rendah 13 2.3%

Keseluruhan 557 100

26 Jurnal Pengguna Malaysia

Kesan PKJR mempengaruhi tahap norma subjektif dalam kalangan kanak-kanak yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya Dapatan menunjukkan kesan PKJR mempengaruhi tahap norma subjektif dalam kalangan kanak-kanak yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya. Norma subjektif menjadi fungsi kepercayaan untuk melakukan sesuatu tindakan yang dipengaruhi oleh orang lain atau persekitaran. Misalnya, pengaruh ibu bapa atau guru sekolah terhadap sikap responden. Item yang menguji responden berkaitan pengaruh persekitaran ialah: Kebenaran pihak sekolah untuk saya melakukan amalan ilmu PKJR. Hasil kajian mendapati majoriti responden mempunyai tahap norma subjekltif dalam pelaksanaan PKJR adalah tinggi, iaitu 505 orang (90.7%). Dapatan ini menunjukkan keberkesanan responden yang telah mengikuti PKJR, iaitu dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk bertingkah laku di jalan raya. Segala nasihat ibu bapa dan guru amat penting kepada kanak-kanak. Budaya pematuhan terhadap pesanan dan ingatan ahli masyarakat masih diikuti oleh kanak-kanak. Menurut Baron dan Byre (2004; Edwards 2000; Rozmi, 2011), pengaruh budaya berkait rapat dengan norma dan peraturan yang menentukan pengalaman dan tingkah laku individu dalam sesuatu situasi sosial. Hal ini dapat dijelaskan lagi dalam Jadual 2.

Jadual 2: Tahap Norma Subjektif dalam Kalangan Kanak-Kanak yang

Telah Melalui PKJR Sebagai Pengguna Jalan Raya

Tahap Sikap Kekerapan Peratus (%) Tinggi 505 90.7%

Sederhana 45 8.1% Rendah 7 1.3%

Keseluruhan 557 100 Kesan PKJR mempengaruhi tahap kawalan tingkah laku yang dipersepsi dalam kalangan kanak-kanak yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya Dapatan kajian menunjukkan PKJR mempengaruhi tahap kawalan tingkah laku yang dipersepsi dalam kalangan kanak-kanak yang telah mengikuti PKJR sebagai pengguna jalan raya. Hasil kajian menunjukkan tahap kawalan tingkah laku yang dipersepsi adalah tinggi, iaitu sebanyak 361 atau 64.8% responden terhadap tingkah laku yang dipersepsi hasil daripada pelaksanaan PKJR, manakala sebanyak 186 atau 33.4% responden berada pada tahap sederhana dan 9 responden atau 6% berada pada tahap rendah.

27Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 3: Tahap Tingkah Laku yang Dipersepsi dalam Kalangan Kanak-Kanak yang Telah Melalui PKJR Sebagai Pengguna Jalan Raya

Tahap Sikap Kekerapan Peratus (%)

Tinggi 361 64.8% Sederhana 186 33.4%

Rendah 9 1.6% Keseluruhan 557 100

Bagi menjawab objektif kajian sekunder, tahap niat dalam pelaksanaan program PKJR adalah seperti dalam Jadual 4. Hasil kajian menunjukkan majoriti responden memiliki tahap niat dalam pelaksanaan program PKJR yang tinggi, iaitu sebanyak 360 orang (64.6%) dan mempunyai perbezaan yang signifikan dengan tahap sederhana, iaitu sebanyak 194 orang (34.8%) dan sebanyak 3 orang (0.5%) berada pada tahap rendah.

Jadual 4: Tahap Niat dalam Perlaksanaan Program PKJR

Tahap Pengamalan Kekerapan (n) Peratus (%) Tinggi 360 64.6%

Sederhana 194 34.8% Rendah 3 0.5%

557 100% Interpretasi analisis korelasi kajian Bahagian ini mempamerkan hasil kajian bagi ujian korelasi Pearson ke atas faktor TPB (Sikap, Norma Subjektif, Kawalan Tingkah Laku yang Dipersepsi). Korelasi Pearson ini menyatakan perhubungan antara pemboleh ubah yang menggunakan skala selang dan nisbah. Hasil dapatan kajian adalah seperti dalam Jadual 5.

28 Jurnal Pengguna Malaysia

Hubungan Faktor TPB dengan Niat dalam Pelaksanaan Program PKJR

Jadual 5: Hubungan Faktor TPB dengan Niat dalam Pelaksanaan Program PKJR

1 2 3 4 1. Sikap 2. Norma Subjektif .149**

.000

3. Persepsi .153** .000

.063

.395

4. Niat .480** .000

.262** .000

.249** .000

** Korelasi signifikan pada aras (p)≤0.01 Jadual 5 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan niat. Hubungan sikap dengan niat membuktikan bahawa niat positif akan mempengaruhi sikap atau tingkah laku yang positif. Dalam kajian ini niat membentuk sikap positif kesan daripada PKJR dalam kalangan pelajar yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya. Hubungan tersebut berada pada r=.480, p= ≤ 0.01. Semakin tinggi hubungan sikap semakin tinggi mempengaruhi niat kanak-kanak bertingkah laku dalam kalangan pelajar yang telah melalui PKJR ketika di jalan raya. Begitu juga dapatan menunjukkan hubungan antara norma subjektif dengan niat iaitu r=.262, p= ≤ 0.01. Hubungan yang signifikan ini membuktikan bahawa persekitaran mempengaruhi niat pelajar yang telah melalui PKJR untuk bertingkah laku ketika berada di jalan raya. Faktor kawalan tingkah laku yang dipersepsikan pula mempunyai hubungan yang siginfikan dengan niat terhadap tingkah laku dalam program PKJR dalam kalangan pelajar yang telah melalui PKJR iaitu r=.249, p= ≤ 0.01. Niat kanak-kanak untuk bertingkah laku ketika di jalan raya turut bergantung pada keputusan diri sendiri berdasarkan pengetahuan kanak-kanak tersebut berkaitan perbuatan melintas jalan raya. Secara keseluruhannya, analisis korelasi menunjukkan sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dipersepsi mempunyai hubungan yang signifikan dengan niat untuk kanak-kanak bertingkah laku dalam program PKJR pada tahap yang berbeza-beza antara faktor tersebut. Dapatan analisis korelasi ini turut menunjukkan pembentukan sikap yang positif dalam kalangan kanak-kanak di jalan raya kesan daripada pembelajaran ilmu PKJR.

29Jurnal Pengguna Malaysia

Interpretasi analisis regresi berganda Pemboleh ubah bersandar dalam analisis bahagian ini adalah niat dalam pelaksanaan program PKJR dan pemboleh ubah peramal dalam analisis ini ialah tahap faktor TPB. Bagi menentukan faktor penyumbang kepada tahap niat dalam pelaksanaan program PKJR, analisis regresi berganda (multiple regression) digunakan. Dalam analisis ini, kaedah stepwise digunakan untuk menentukan pemboleh ubah yang paling banyak menyumbang kepada niat dalam pelaksanaan program PKJR. Sebelum analisis regresi dilakukan, analisis ujian korelasi telah dilakukan, seperti yang dilaporkan di Jadual 4 sebelum ini. Ujian dilakukan terlebih dahulu untuk memastikan pemboleh ubah yang signifikan dengan pengamalan sahaja digunakan dalam ujian regresi. Komponen sikap yang menyumbang kepada tahap niat dalam pelaksanaan program PKJR terhadap kanak-kanak untuk bertingkah laku ketika di jalan raya Bahagian ini menerangkan hasil dapatan kajian bagi ujian regresi ke atas faktor yang menyumbang kepada tahap niat dalam pelaksanaan program PKJR untuk menjawab objektif sekunder ujian. Hasil kajian adalah seperti dalam Jadual 6. Melalui kaedah stepwise, ketiga-tiga pemboleh ubah merupakan penyumbang kepada niat dalam pelaksanaan program PKJR dan tidak ada pemboleh ubah yang terkeluar daripada ujian regresi. Walau bagaimanapun, ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut hanya menyumbang sebanyak 29.1 peratus sahaja dalam mempengaruhi tahap niat dalam pelaksanaan program PKJR terhadap kanak-kanak untuk bertingkah laku ketika di jalan raya dan 70.9 peratus lagi mungkin dipengaruhi oleh moderator yang tidak dikaji. Seperti yang dinyatakan oleh Rozmi (2011) dalam bukunya, menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang wujud sebagai moderator kepada hubungan sikap dan tingkah laku individu seperti kekangan persekitaran; beberapa aspek sikap, iaitu asal kewujudan sikap; kekuatan sikap; sikap yang spesifik atau khusus; dan sikap yang relevan.

Jadual 6: Faktor Penyumbang Tahap Sikap, Norma Subjektif dan

Tingkah Laku yang Dipersepsikan kepada Tahap Niat dalam Pelaksanaan Program PKJR terhadap Kanak-Kanak untuk Bertingkah

Laku Ketika di Jalan Raya

Pemboleh ubah Beta t P Sikap 0.428 11.69 0.0001

Persepsi 0.173 4.78 0.0001 Norma Subjektif 0.176 4.85 0.0001

Adjusted R Square = 0.791

30 Jurnal Pengguna Malaysia

Berdasarkan Jadual 6, didapati pemboleh ubah sikap (ß=0.428, p=<0.0001) menjadi penyumbang utama kepada tahap niat kesan daripada PKJR dalam membentuk sikap positif dalam kalangan pelajar yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya. Selain itu, pemboleh ubah norma subjektif (ß=0.176, p=<0.0001) dan pemboleh ubah kawalan tingkah laku yang dipersepsikan (ß=0.173, p=<0.0001). Secara perbandingan faktor sikap yang mempunyai nilai beta yang lebih tinggi daripada pemboleh ubah yang lain berbanding dengan sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dipersepsi. Hal ini menunjukkan pemboleh ubah sikap lebih mempengaruhi pemboleh ubah bersandar, iaitu niat berbanding dengan pemboleh ubah bebas yang lain. Didapati nilai R Square adalah 0.791 dan nilai ini adalah 79.1 peratus apabila ditukarkan kepada nilai peratus. Hal ini bermakna pemboleh ubah bebas iaitu sikap terhadap tingkah laku, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dipersepsi boleh menerangkan 79.1 peratus tentang niat untuk bertingkah laku dalam kalangan pelajar yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya. Dapatan menunjukkan ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut mempengaruhi niat untuk bertingkah laku di jalan raya. Rumusan dan Cadangan Berdasarkan dapatan kajian dalam Jadual 1 sehingga 6, ia memberi gambaran bahawa PKJR memberi kesan yang positif terhadap peningkatan pengetahuan. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian yang dilakukan oleh Ahmad Hariza et al. (2008) tentang keberkesanan pelaksanaan PKJR membolehkan berlakunya peningkatan pengetahuan dalam kalangan kanak-kanak yang telah mengikuti pembelajaran PKJR berdasarkan modul PKJR yang dibekalkan. Dapatan kajian tersebut menunjukkan berlaku pertambahan peratus pengetahuan responden yang mendapat skor yang tinggi, iaitu 29.7 peratus semasa pra-ujian kepada 32.1 peratus selepas menduduki pasca-ujian, manakala tahap skor rendah pula semakin berkurangan daripada 8.1 peratus (praujian) kepada 4.9 peratus (pascaujian). Dapatan ini memberi petunjuk bahawa pembelajaran PKJR dapat meningkatkan pengetahuan murid. Responden juga mengetahui dan sedar bahawa jalan raya ialah tempat yang berbahaya. Begitu juga dapatan kajian Kulanthayan et al. (2011) dan dapatan pengkaji. menunjukkan pembelajaran PKJR mampu meningkatkan pengetahuan kanak-kanak berkaitan ilmu keselamatan jalan raya. Dengan peningkatan pengetahuan itu, membolehkan kanak-kanak berpeluang mengamalkan ilmu keselamatan jalan raya dengan selamat. Penambahan pengetahuan mengenai keselamatan jalan raya kesan daripada pembelajaran PKJR mempengaruhi tahap sikap, norma subjektif dan kawalan tingkah laku yang dipersepsikan

31Jurnal Pengguna Malaysia

oleh kalangan kanak-kanak yang telah melalui PKJR sebagai pengguna jalan raya. Dapatan pengkaji juga menunjukkan berlakunya peningkatan positif kesan daripada pembelajaran PKJR dalam kalangan kanak-kanak sebagai pengguna jalan raya. Malah, melalui kajian ini juga dibuktikan bahawa faktor penyumbang tahap sikap, norma subjektif, kawalan tingkah laku yang dipersepsi kepada tahap niat dalam pelaksanaan PKJR terhadap kanak-kanak untuk bertingkah laku ketika di jalan raya. Dapatan pengkaji ini selaras dengan dapatan kedua-dua kajian sebelum ini yang dilakukan oleh Ahmad Hariza et al. (2008) dan Kulanthayan et al. (2011). Justeru, berdasarkan ketiga-tiga dapatan kajian ini dapatlah dijadikan bukti bahawa pelaksanaan PKJR oleh pihak KPM dan KP telah menunjukkan impak yang positif dan memberi petunjuk bahawa dasar ini boleh diteruskan. Pembelajaran PKJR juga boleh dijadikan salah satu mekanisme utama kepada pembentukan tingkah laku pengguna jalan raya, selaras dengan Pelan Keselamatan Jalan Raya Kementerian Pengangkutan. Penutup Dalam usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan dalam kalangan pengguna jalan raya, semua pihak seharusnya menyokong langkah proaktif KPM ini. Langkah memperkenalkan PKJR pada golongan awal kanak-kanak sebagai satu usaha membentuk generasi pengguna jalan raya yang mampu mengubah sikap generasi baharu, bersesuaian dengan matlamat Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Hal ini setanding dengan negara maju yang mementingkan keselamatan pengguna jalan raya. PKJR yang diperkenalkan diharapkan mampu membentuk modal insan yang berhemah di jalan raya. Perubahan sikap pengguna jalan raya bukanlah berlaku dalam sekelip mata, tetapi memerlukan masa untuk berubah. Namun begitu, kita juga harus menerima hakikat bahawa pendidikan semata-mata bukanlah satu jaminan kepada perubahan sikap, sebaliknya perlu disertai dengan tindakan penguatkuasaan terhadap pengguna jalan raya yang masih meneruskan amalan yang menyalahi undang-undang dan peraturan jalan raya. Sesungguhnya, pembelajaran ilmu keselamatan jalan raya melalui PKJR amat berguna dalam kalangan kanak-kanak sebagai pengguna jalan raya. Ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam pembelajaran PKJR akan menjadi amalan kepada golongan kanak-kanak, seterusnya menjadi generasi pengguna jalan raya yang berhemah dalam jangka masa panjang. Peningkatan amalan keselamatan jalan raya ini mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dalam kalangan pengguna jalan raya, sama ada

32 Jurnal Pengguna Malaysia

sebagai pejalan kaki, penunggang dan pembonceng motosikal, pemandu kenderaan mahupun penumpang kenderaan awam. Rujukan Abd. Rahim Md Nor & Mazdi Marzuki. (2000). Pengangkutan Awam dan Pelestarian Hidup di Bandar: Menilai Kemampuan LRT. Dlm. Prosiding Seminar Kebangasaan Alam, Manusia dan Pembangunan di Malaysia: Dasar, strategi dan kelestariannya. Jabatan Geografi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad Hariza, H., Mohd Ibrani, A.A., Ma’rof, R., Haslinda, A., & Eddy Azuan, S. (2008). Road Safety Education: The Effectiveness of Road Safety Educational Modul of Knowledge among Year 1, 2 4 Student 2008. Road Safety Research, Universiti Putra Malaysia. Ajzen, I. (1991). The Theory of Planned Behaviour. Organization Behaviour and Human Decision Processes, 50, 179–211. Bandura, A. (1965). Behavioral Modification Through Modeling Procedures. Dlm. Krasner, L. & Ullman, L. (pnyt). Research In Behaviour Modification. New York: Holt, Rinehart dan Winston. Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya: KPM. Catchpole. J. & DiPietro. G. (2003). Road Safety Education In Schools: What To Do, What Not To Do. http// www. Rscoference.com.pdf/RS030028.pdf. Elliot, B. (2002). Review of Good Practice: Children and Road Safety Education. Report Prepared For The Western Australia Departmen of Transport. Eiser, C., Patterson, D., & Eiser, J.R. (1983). Children knowledge of health and illness: implications for health education. Child: Care Health and Develompment, 9, 285–292. Evan, A. N. & Rooney, B.J. (2011). Methods in Psychological Research. Los Angeles: Sage Publication Inc.

33Jurnal Pengguna Malaysia

Fitria Lestari Saberi. (2010). Tahap Pengetahuan dan Amalan Keselamatana Jalan Raya Ibu Bapa dan Kanak-kanak Prasekolah di Bandar Baru Bangi Selangor. Kertas Projek Sarjana Muda. Fakulti Ekologi Manusia. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Gardner. H. (1993). Multiple Intelligent: The Theory in Practice. New York: Basic Books. Glenn M.Br, Stewart R., & Simpson. R.H. (1994). Psikologi Pendidikan (Ed. Terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Global Road Safety Partnership. (2000). Road Safety Education in Schools: Saving Young Lives and Limbs. Geneva, Switzerland. www.GRSProadsafety.org Global Road Safety Partnership. (2009). Annual Report. Ismail Maakip & Mohd. Sharani Ahmad. (2008). Kanak-kanak dan Kemalangan Jalan Raya. Dlm Khaidir Hj Ismail, Lukman Z.M, Hanina H.Hamsan. Pembangunan Kanak-kanak: Teori, Isu dan Cabaran. Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Shah Alam Selangor. Kementerian Pengangkutan Malaysia. (2006). Laporan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya. Tidak diterbitkan. Putrajaya. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2009). Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2009: Pelaksanaan Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah. Putrajaya. Khaidir I., Lukman Z.M., & Hanina H.H. (2008). Pembangunan Kanak-kanak: Teori, Isu dan Cabaran. Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. Kulanthayan K.C. Mani, Hussain Hamid, Ahmad Hariza Hashim, Mohd Ibrani Shahrimin, Law Teik Hwa, Sulistyo Arintono, Lye Munn Sann, Mohamad Hanafiah, Hajar Abd. Rahman, Marof Redzuan, Haslinda Abdullah & Salmiah Md. Said. (2011). Evaluation of Road Saftey Education Program in Primary School in Malaysia. Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor. Ma’rof Redzuan & Haslinda Abdullah. (2008). Psikologi. Kuala Lumpur: McGraw Hill (M) Ltd.

34 Jurnal Pengguna Malaysia

Mazdi Marzuki & Abdul Jalil Ishak. (2007). Penggunaan Pengangkutan Jalan Raya dan Keselamatan Pelajar Sekolah: Kajian Kes di Majlis Daerah Tanjung Malim. Dlm. Abu Bakar (pnyt). 2007) Penyelidikan Terpilih UPSR 2001-2006. Tanjung Malim. Penerbitan Universiti Perguruan Sultan Idris. Mazlan Ismail & Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim. (2016). Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Membentuk Pengguna Jalan Raya Berhemah. Petaling Jaya: Global Press. Pheasant, S.T. (1986). Bodyspace-Anthropometry, Ergonomics And Design. London: Taylor dan Francis. Polis Diraja Malaysia (2004). Statistical Report Accident Malaysia-2003. Kuala Lumpur (unpublished). Pang, T.Y., Umar., Azhar,A.A., Ahmad, M.M., Nasir, M.T. dan Harwant, S. (2000). Accident characteristics of injured motorcyclists in Malaysia. Medical Journal Malaysia, 55(1), 45–50. Peden M., Scurfield. R.D., Mohan, D., Hyder, A.A., Jalawan, E., & Mathers, C. (2004). World Report on Traffic and Injury Prevention. Geneva: World Health Organisation (WHO). Polis Diraja Malaysia (PDRM). (2009). Laporan Perangkaan Kemalangan Jalan Raya 2007. Cawangan Trafik Bukit Aman, Kuala Lumpur. Radin Umar Radin Sohadi & Aminuddin Adnan. (1992). Laporan Tahunan Projek Pilot Sistem Diadnosis Kemalangan Jalan Raya. Kuala Lumpur: MKJR. Radin Umar Radin Sohadi (2005). Updates of Road Safety Status in Malaysia. IATSS Research Vol. 29 No.1. Rafidah Ibrahim. (2010). Tahap Pengetahuan dan Amalan Keselamatan Jalan Raya Ibu Bapa dan Kanak-kanak Prasekolah di Kuala Langat Selangor. Kertas Projek Sarjana Muda. Fakulti Ekologi Manusia. Bangi: Universiti Putra Malaysia. Road Accidents Great Britain. (2001). Road Casualities in Great Britain: Annual Reports. Dimuat turun daripada http://www.dft.gov.uk/adobepdf/162469/221412/pdf. Rozmi Ismail. (2015). Rempit di Malaysia: Isu dan Cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

35Jurnal Pengguna Malaysia

Sabey, B.E. & Staughton. (1975). Interacing roles of road enviroment, vehical dan road user in accidents. IAATM 5th International Confrence. London, September. Talib Jaafar, Mohd Faizar Mustafa, Sutiman Kemin & Ramlan Kasiran. (2003). Kemalangan jalan raya: analisis data membabitkan pengguna motosikal. Jurnal Teknologi, 38(13), 1-14. UNICEF. (2001). Child Traffic Deaths in Developing Countries. 2001 [cited 20th June 2007]. www.unicef-icdc.org Vinje, M.P. (1991). Children and pedestarian: abilities and limitations. Accident, Analysis and Prevention, 13(3), 225-240. Vygotsky, L. (1978). Mind in Society: The Development Higher Psychological Processes. Cambridge, MA: Harvard University Press.

36 Jurnal Pengguna Malaysia

PENILAIAN TAHAP PENERIMAAN DAN PERSEPSI PROGRAM KAD DISKAUN 1

MALAYSIA (1MDC)

Mohamad Fazli Sabri1 Ahmad Hariza Hashim2

Ismi Arif Ismail3 Nuraini Abdullah4

1,2,4Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM

3Jabatan Pendidikan dan Pemajuan Profesional, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM

Pengenalan NBOS merujuk kepada National Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan iaitu ia membekalkan satu cara yang kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi dengan kos yang rendah (Kim & Mauborgne, 2005). Pendekatan baharu ini telah diambil oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak untuk diadaptasi dan dilaksanakan oleh kerajaan. Beliau yakin penerapan Strategi Lautan Biru dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mampu mengurangkan kos dan menghasilkan objektif pada tahap maksimum untuk manfaat rakyat dan negara. Melalui NBOS, lebih 80 kementerian dan agensi berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif yang kreatif dan lebih bersifat transformasi kepada negara. Sebagai contoh, prasarana luar bandar dibina dengan lebih pantas, sukarelawan belia digerakkan untuk usaha-usaha pembangunan bangsa dan negara, masyarakat bandar serta luar bandar mendapat manfaat daripada akses yang lebih luas kepada peluang ekonomi, sosial dan pendidikan. Kini, NBOS merupakan titik fokus kepada usaha-usaha tranformasi kerajaan dan berfungsi sebagai tunjang integrasi dan sintesis program-program lain, seperti Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Program Transformasi Ekonomi (ETP), dan Program Transformasi Kerajaan (GTP). Kejayaan NBOS membantu merangsang pertumbuhan yang pesat dan mampan di Malaysia serta mewujudkan masyarakat berpendapatan tinggi dan harmoni. Kerajaan Malaysia sentiasa peka dengan situasi semasa rakyat dan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan perbelanjaan dan

37Jurnal Pengguna Malaysia

kesan daripada peningkatan kos sara hidup dengan memperkenalkan kad-kad diskaun melalui pemberian diskaun oleh syarikat-syarikat yang prihatin melalui program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka. Program ini dikenali sebagai Integrasi Rakan Dagang. Program Integrasi Rakan Dagang Kad Diskaun ini ialah inisiatf bersama-sama antara agensi-agensi kerajaan yang mengeluarkan kad-kad berkaitan kepada kumpulan sasaran tertentu. Inisiatif ini bermula apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperkenalkan program sukarelawan Skuad Pengguna pada bulan Mac 2012. Setiap ahli Skuad Pengguna akan diberikan kad keahlian yang juga merupakan kad diskaun yang diberikan oleh Rakan Dagang yang menyertai program ini. Kemudian, pada bulan Julai 2012, KPDNKK turut memperkenalkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia atau lebih dikenali sebagai KADS1M untuk para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia dengan tujuan untuk mengurangkan kos sara hidup pelajar. Selepas itu pada 7 Ogos, Kementerian Kewangan pula telah melancarkan 1Malaysia Privilege Card (1MPC) iaitu kad diskaun yang diberikan kepada anggota polis dan tentera bagi mengurangkan beban kos sara hidup yang melayakkan mereka untuk menikmati diskaun bagi perkhidmatan dan barangan tertentu. Antara inisiatif pelaksanaan Strategi Lautan Biru oleh kerajaan adalah dengan menjalinkan kerjasama secara perkongsian pintar bersama-sama Rakan Dagang dengan mewujudkan kad-kad diskaun. Perkongsian pintar ini dijangka dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna dengan zero cost kepada pihak Kerajaan. Sehingga kini terdapat enam kad yang terlibat di bawah inisiatif NBOS iaitu Integrasi Rakan Dagang Kad Diskaun iaitu Kad Skuad Pengguna, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M), 1Malaysia Privilege Card (1MPC), Kad Orang Kurang Upaya, Kad Bekas Tentera, dan Kad Pesara Kerajaan. Rakan Dagang merupakan syarikat-syarikat swasta yang telah bersetuju untuk menyertai program ini dengan memberikan potongan harga dan diskaun ke atas barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemegang-pemegang kad diskaun serta kad pengenalan diri bagi golongan istimewa seperti Orang Kurang Upaya dan pesara. Sehingga kini, sebanyak 2,170 syarikat telah bersetuju untuk menjadi Rakan Dagang kepada program Integrasi Rakan Dagang Kad Diskaun ini. Kadar diskaun yang telah dipersetujui pula adalah antara 5 hingga 60 peratus mengikut terma dan syarat yang diberikan oleh Rakan Dagang yang menyertai inisiatif ini. Penyertaan Rakan Dagang ini telah dikategorikan kepada 13 segmen seperti buku/alat tulis, pakaian/kelengkapan sukan, klinik kesihatan, optometri/cermin mata, penginapan/pengangkutan, makanan/minuman, pusat

38 Jurnal Pengguna Malaysia

rawatan/kecantikan, produk IT, automotif, peruncitan, sukan dan rekreasi, pembelajaran /percetakan, cendera mata dan lain-lain. Antara Rakan Dagang yang telah menyertai program ini ialah syarikat penerbangan FireFly, kedai buku THE BORDERS, pusat rekreasi Lost World of Tambun, rangkaian klinik kesihatan Qualitas, Persatuan Kedai Gunting Rambut dan Malaysia Budget Hotel Association (MBHA). Pernyataan Masalah Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (2015) menunjukkan bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) telah mengalami peningkatan yang drastik pada tahun 2015 dengan nilai 110.6 pada bulan Januari kepada 113.6 pada bulan September. Hal ini secara tidak langsung menggambarkan bahawa telah berlaku peningkatan kos sara hidup dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara umumnya, statistik perbelanjaan penggunaan isi rumah Malaysia secara puratanya mengalami peningkatan sebanyak 9.8 peratus iaitu RM 2,190 (2009) kepada RM3,578 (2014). Hal ini selari dengan peningkatan perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata di bandar sebanyak 9.3 peratus setahun daripada RM2,465 kepada RM3,921, manakala di luar bandar pula meningkat pada kadar 8.4 peratus setahun daripada RM1,599 kepada RM2,431bagi tempoh 2009 hingga 2014 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015). Apabila dilihat dari aspek perbelanjaan, terdapat 13 komponen perbelanjaan isi rumah yang menjadi pengukuran keseluruhan perbelanjaan. Antaranya ialah makanan dan minuman, pakaian dan kasut, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api, hiasan, perkakasan dan penyelenggaran isi rumah, kesihatan, pengangkutan, komunikasi, pendidikan, hiburan, restoran dan hotel dan pelbagai barang dan perkhidmatan. Didapati bahawa komponen perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api merupakan penyumbang tertinggi keseluruhan perbelanjaan penggunaan isi rumah pada 2009 hingga 2014 yang menunjukkan peningkatan sebanyak 1.3 peratus (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2015). Di samping perbelanjaan bagi keperluan asas yang semakin meningkat, masyarakat turut membelanjakan sejumlah pendapatan untuk tujuan pembayaran hutang seperti ansuran pinjaman perumahan, pengangkutan, pendidikan dan pinjaman peribadi. Hal ini sekali gus menyebabkan rakyat tidak mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan, terutamanya bagi tujuan simpanan masa hadapan (Sastu, 2014). Menurut Bourne (2014), golongan kumpulan berpendapatan sederhana, terutamanya yang memiliki keluarga yang besar lebih merasai kesan dalam perbelanjaan akibat kenaikan kos sara hidup terutama yang tinggal di bandar. Menurut Ragayah (2002; 2004)

39Jurnal Pengguna Malaysia

mendapati bahawa warga bandar lebih terpengaruh dengan peningkatan beban harga komoditi berbanding dengan mereka dari kawasan luar bandar. Menurut Shulman (1999), ketidakmampuan masyarakat dalam menyediakan keperluan asas adalah berpunca daripada ketidakupayaan personel pembangunan melaksanakan peranan dengan berkesan dalam membantu masyarakat meningkatkan pendapatan. Dalam erti kata lain, personel pembangunan ialah komponen yang bertangungjawab melakukan perancangan dan melaksanankan rancangan tersebut sehingga masyarakat mendapat keuntungan daripada rancangan tersebut. Atas dasar keprihatinan personel pembangunan ini kerajaan telah memperkenalkan enam bidang keberhasilan Utama Nasional (NKRA) untuk menangani kos sara hidup iaitu mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana. Beberapa inisiatif telah diambil bagi merealisasikan objektif, antaranya penggunaan kad-kad diskaun bagi mengurangkan bebanan masyarakat terutama golongan sasaran. Namun begitu, terdapat beberapa keluhan daripada pihak pengguna apabila kad diskaun yang dilaksanakan didapati kurang berkesan dan ramai pemegang kad yang tidak begitu berpuas hati dengan pelaksanaan kad diskaun ini. Penilaian 1MDC penting dilaksanakan kerana semenjak kad diskaun ini diperkenalkan belum ada satu penilaian menyeluruh mengenai keberkesanan kad tersebut dalam membantu pengguna berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup. Dapatan penilaian ini amat penting kepada pihak pemegang taruh. Objektif Secara umumnya, penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumber maklumat, tujuan penggunaan Kad Diskaun 1 Malaysia (1MDC), tahap penerimaan program Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC), dan persepsi terhadap program Kad Diskaun 1Malaysia (1MDC). Metodologi Populasi dan sampel penilaian Populasi dalam penilaian ini ialah semua pemegang kad diskaun yang terdiri daripada Kad Skuad Pengguna, Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M), 1 Malaysia Privilege Card (1MPC), Kad Bekas Tentera, Kad Orang Kurang

40 Jurnal Pengguna Malaysia

Upaya, dan Kad Pesara Kerajaan Malaysia. Menurut sumber daripada pihak KPDNKK sehingga April 2014, seramai 3.5 juta pemegang kad telah menerima manfaat daripada Program 1MDC. Jumlah responden yang diambil bagi setiap negeri ialah sebanyak 300 orang dan setiap jenis kad diskaun mewakili 50 orang responen. Oleh itu, saiz sampel untuk penilaian ini ialah sebanyak 4,200 orang.

Kaedah persampelan Penilaian ini menggunakan teknik persampelan bertujuan (purposive convenience). Teknik persampelan ini telah dipilih kerana penilaian ini melibatkan jumlah responden yang ramai, iaitu meliputi semua negeri di Malaysia dan mewakili kumpulan tertentu iaitu melibatkan enam jenis pemegang kad diskaun (Teddlie & Tashakkori, 2003). Pengumpulan data Penilaian ini menggunakan data daripada penyelidikan “Mengenal Pasti Tahap Penerimaan, Penggunaan dan Persepsi Kad Diskaun 1 Malaysia (1MDC)” yang dijalankan oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM). Instrumen penilaian yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Responden dianggarkan memerlukan masa 20 minit untuk melengkapkan soal selidik. Pengumpulan data telah dilakukan bermula dari 1 November 2014 hingga 31 Mac 2015. Instrumen penilaian Soal selidik yang ditadbir sendiri (6 muka surat bercetak) telah digunakan sebagai instrumen penilaian. Terdapat lapan bahagian dalam penilaian yang terdiri daripada profil responden, tahap penerimaan terhadap 1MDC, tahap penggunaan 1MDC, persepsi Program 1MDC, persepsi terhadap produk dan perkhidmatan Rakan Dagang, persepsi terhadap kad dan penambahbaikan program. Soal selidik berbentuk tertutup telah digunakan untuk memudahkan proses menganalisis data dan menjimatkan masa, terutama dalam penilaian yang berskala besar. Pengukuran pemboleh ubah yang digunakan dalam penilaian adalah seperti berikut: Bahagian 1: Profil responden Responden ditanya mengenai ciri-ciri demografi seperti umur, jantina, pendidikan, taraf perkahwinan, etnik dan sumber maklumat berkaitan 1MDC.

41Jurnal Pengguna Malaysia

Bahagian 2: Tahap penerimaan terhadap 1MDC Tahap penerimaan terhadap 1MDC telah diukur menggunakan instrumen SERVQUAL yang telah dibangunkan oleh Parasuraman et al. (1985). Dalam penilaian ini, instrumen terdiri daripada 26 kenyataan yang menggunakan skala Likert lima mata dari sangat tidak setuju (1) hingga sangat setuju (5). Skala ini kemudian dikategorikan (recode) hanya kepada dua skala iaitu: (1) tidak memuaskan; dan (2) memuaskan. Lima dimensi oleh Parasuraman et al. (1985) kemudian diubah kepada tiga dimensi mengikut analisis faktor supaya bersesuaian dengan responden di Malaysia. Tiga dimensi itu adalah kredibiliti, perkhidmatan disediakan dan imej (a) dikenali; (b) nilai; dan (c) kualiti. Taburan penerimaan kemudian dijumlahkan dan dibahagikan dengan jumlah soalan bagi mendapat peratusan responden yang tidak setuju dan setuju. Jumlah keseluruhan purata turut diperoleh apabila menjumlahkan keseluruhan purata dan dibahagikan dengan jumlah soalan. Tahap penerimaan ditentukan menggunakan analisis cut off point. Skor yang lebih tinggi menunjukkan tahap penerimaan yang lebih baik. Bahagian 3: Tahap penggunaan 1MDC Terdapat 12 segmen perniagaan dengan skala lima mata dari tidak pernah (1) hingga sentiasa (5) telah digunakan untuk mengukur tahap penggunaan 1MDC. Responden diminta untuk menandakan kekerapan mereka menggunakan 1MDC bagi setiap segmen perniagaan yang disenaraikan, antaranya seperti peruncitan, makanan dan minuman, klinik kesihatan dan automotif. Bahagian 4: Persepsi terhadap Program 1MDC Dalam penilaian ini, instrumen terdiri daripada tujuh soalan yang memerlukan responden untuk menggambarkan persepsi mereka terhadap kebaikan program 1MDC dengan menggunakan skala sangat tidak memuaskan (1) hingga sangat memuaskan (5). Skala ini kemudian dikategori (recode) kepada dua skala, iaitu (1) tidak memuaskan dan (2) memuaskan. Analisis data Data dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan program Statistical Pacakage for Soscial Science (SPSS) untuk mendapatkan latar belakang dan maklumat bagi pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dinilai serta menjawab setiap objektif penilaian.

42 Jurnal Pengguna Malaysia

Hasil Kajian Latar belakang responden Jadual 1 menunjukkan latar belakang responden yang terlibat dalam penilaian ini, iaitu responden terdiri daripada pemegang Kad Siswa (18%), diikuti dengan 1 Malaysia Privilege Card(17.3%), Kad Skuad Pengguna (17.3%), Kad Bekas Tentera (16.5%), Kad Pesara (16.2%) dan Kad Orang Kurang Upaya (16.2%). Peratusan tertinggi terdiri daripada responden lelaki (72%) manakala selebihnya iaitu 28 peratus adalah perempuan. Hampir dua pertiga responden iaitu sebanyak 59.7 peratus merupakan Generasi Y (18 hingga 38 tahun) manakala 37.1 peratus merupakan Generasi Z(17 tahun ke bawah) dan 3.2 peratus merupakan Generasi X (39 tahun ke atas). Majoriti responden adalah daripada etnik Melayu (79.0%), diiikuti etnik Cina (10.8%) dan Bumiputra Sarawak (4.6%). Dari segi status perkahwinan, lebih daripada satu perdua responden telah berkahwin (55.4%), 39.6 peratus bujang dan 6.0 peratus bercerai atau balu/duda. Sebanyak 48.2 peratus responden mempunyai pendidikan sehingga peringkat SPM manakala 25.1 peratus mempunyai pendidikan di peringkat SRP/PMR dan hanya 8.6 peratus responden mempunyai pendidikan peringkat ijazah, sarjana dan Ph.D.

Jadual 1: Latar Belakang Responden 1MDC

Profil Responden Peratus (%) Jenis Kad 1 Malaysia Privilege Card (1MPC) 673(17.3) Kad Skuad Pengguna 675(17.3) Kad Siswa 700(18.0) Kad Bekas Tentera 641(16.5) Kad Orang Kurang Upaya 574(14.7) Kad Pesara 633(16.2) Lokasi Johor 300(7.7) Kedah 262(6.7) Kelantan 288(7.4) Terengganu 273(7.0) Kuala Lumpur 300(7.7) Selangor 300(7.7) Melaka 260(6.7) Negeri Sembilan 300(7.7) Pahang 252(6.5) Pulau Pinang 273(7.0) Perak 300(7.7) Perlis 257(6.6)

43Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 1 (sambungan)

Sabah 280(7.2) Sarawak 251(6.4) Jantina Lelaki 2,789(72.0) Perempuan 1,084(28.0) Umur Generasi X (39 tahun-40 tahun) 125(3.2) Generasi Y (18 tahun-38 tahun) 2,321(59.7) Generasi Z (<17 tahun) 1,443(37.1) Min Umur=39.12 Etnik Melayu 3,074(79.0) Cina 421(10.8) India 42(1.1) Orang Asli 13(0.3) Sikh 13(0.3) Bumiputera Sarawak 179(4.6) Profil Responden Peratus (%) Bumiputera Sabah 148(3.8) Status Perkahwinan Berkahwin 2,155(55.4) Bujang 1,538(39.6) Duda/Balu 102(2.6) Bercerai 93(2.4) Pendidikan Sekolah Rendah 319(8.3) PMR/SRP 963(25.1) SPM 1,852(48.2) STPM/Sijil/Diploma 376(9.8) Sarjana Muda 254(6.6) Sarjana 73(1.9) Ph.D 3(0.1)

Sumber maklumat berkaitan 1MDC Sumber maklumat berkaitan 1MDC ini melibatkan sembilan sumber utama iaitu media elektronik (TV, radio dan Internet), media cetak (surat khabar, majalah, buku dan risalah), masyarakat setempat, jiran tetangga, rakan, premis perniagaan, persatuan pengguna, majikan dan rumah ibadat. Responden boleh memilih lebih daripada satu sumber bagaimana mereka memperoleh maklumat berkaitan 1MDC. Hasil kajian menunjukkan 51.7 peratus daripada responden mengetahui mengenai 1MDC melalui media elektronik dan 46.3 peratus adalah melalui media cetak. Terdapat sebanyak

44 Jurnal Pengguna Malaysia

30.3 peratus daripada responden turut menyatakan mereka memperoleh maklumat mengenai 1MDC daripada rakan.

Rajah 1: Sumber Maklumat berkaitan1MDC Penerimaan pemegang kad terhadap program 1MDC Responden ditanya mengenai penerimaan mereka terhadap 1MDC. Terdapat 24 penyataan yang menggambarkan tahap penerimaan responden terhadap program ini telah digunakan untuk mengukur tahap penerimaan responden.

Jadual 2: Taburan Penerimaan Pemegang Kad Terhadap Program 1MDC

No. Penyataan Tidak Setuju n (%)

Setuju n (%) Purata

KREDIBILITI 1. 1MDC menyediakan perkhidmatan

seperti yang dijanjikan. 2327 (60.7)

1507 (39.3)

1.39

2. 1MDC menyediakan perkhidmatan pada masa yang dijanjikan.

2260 (58.5)

1601 (41.5)

1.41

3. 1MDC boleh dipercayai bagi mendapatkan potongan harga.

2132 (55.2)

1729 (44.8)

1.44

4. Saya yakin bahawa 1MDC akan berjaya membantu rakyat Malaysia menangani peningkatan kos sara hidup.

1912 (49.5)

1950 (50.5)

1.50

Rumah IbadatMajikan

Persatuan PenggunaPremis Perniagaan

RakanJiran Tetangga

Masyarakat SetempatMedai Cetak

Media Elektronik

2.1% 28.6%

15.0% 15.1%

30.3% 17.3% 18.0%

46.3% 51.7%

45Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 2 (sambungan)

5. Penggunaan 1MDC adalah satu langkah penjimatan dalam berbelanja.

1968 (51.0)

1892 (49.0)

1.49

6. Program 1MDC adalah satu inisiatif yang baik oleh pihak kerajaan.

1792 (46.4)

2068 (53.6)

1.53

7. Saya yakin kejayaan pelaksanaan 1MDC dapat memberi impak positif kepada kerajaan.

1812 (47.0)

2046 (53.0)

1.53

8. Saya berasa selamat dalam urusan jual beli apabila menggunakan 1MDC.

2137 (55.4)

1723 (44.6)

1.44

PERKHIDMATAN DISEDIAKAN 9. Peragaan logo yang ditunjukkan di

premis adalah jelas. 2691 (69.9)

1159 (30.1)

1.30

10. Pemegang 1MDC sentiasa didahulukan berbanding pelanggan lain.

2856 (74.2)

995 (25.8)

1.25

11. Barangan yang mendapat potongan melalui 1MDC adalah berkaitan dengan kehidupan seharian saya sebagai pengguna.

2206 (57.7)

1614 (42.3)

1.42

12. 1MDC digemari oleh pengguna untuk tujuan berbelanja.

2008 (52.2)

1839 (47.8)

1.47

13. 1MDC kini menjadi satu keperluan untuk berbelanja.

2168 (56.3)

1684 (43.7)

1.43

14. Perkhidmatan segera kepada pemegang kad

2533 (66.3)

1288 (33.7)

1.33

15. Bersedia membantu pelanggan yang menggunakan 1MDC.

2530 (65.8)

1316 (34.2)

1.34

16. Peniaga bersedia untuk mengubah permintaan tawaran yang disediakan.

2469 (64.2)

1376 (35.8)

1.35

17. Saya bersedia menggunakan 1MDC apabila berbelanja.

2272 (59.1)

1575 (40.9)

1.40

IMEJ a) DIKENALI

18. Pekerja kedai mempunyai pengetahuan berkaitan 1MDC untuk menjawab soalan pengguna.

2618 (67.8)

1242 (32.2)

1.32

19. Pemegang 1MDC diberikan perhatian secara individu.

2508 (65.3)

1332 (34.7)

1.34

46 Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 2 (sambungan)

b) NILAI 20. Diskaun 1MDC yang dinyatakan

di premis perniagaan sama dengan nilai yang ditawarkan.

2209 (57.3)

1649 (42.7)

1.42

21. 1MDC ada tempoh sah yang ditetapkan

2318 (61.2)

1470 (38.8)

1.38

c) KUALITI 22. Reka bentuk kad adalah menarik. 2265

(59.0) 1577 (41.0)

1.41

23. Material kad yang tahan lasak dan tidak mudah rosak.

2560 (66.5)

1287 (33.5)

1.33

24. Ciri-ciri 1MDC adalah berbeza mengikut kategori pengguna.

2513 (65.4)

1329 (34.6)

1.34

Berdasarkan purata yang diperoleh dalam Jadual 2, didapati bahawa penyataan: Program 1MDC adalah satu inisiatif yang baik oleh pihak kerajaan. dan Saya yakin kejayaan pelaksanaan 1MDC dapat memberi impak positif kepada kerajaan, mencatatkan min yang tinggi iaitu sebanyak 1.53. Hal ini menunjukkan bahawa responden kajian mempercayai bahawa kad diskaun (1MDC) yang diperkenalkan menjelaskan usaha kerajaan untuk membantu rakyat dengan inisiatif yang bermanfaat dan membantu masyarakat mengubah persepsi negatif terhadap kerajaan. Diikuti dengan penyataan: Saya yakin bahawa 1MDC akan berjaya membantu rakyat Malaysia menangani peningkatan kos sara hidup, dengan purata sebanyak 1.50, menunjukkan bahawa responden mempercayai bahawa 1MDC yang diperkenalkan kerajaan mampu mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi mereka, terutama dalam situasi ekonomi semasa yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, purata yang rendah dicatatkan bagi penyataan: Pemegang 1MDC sentiasa didahulukan berbanding pelanggan lain, dengan min sebanyak 1.25, menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaaan antara pengguna yang memiliki kad diskaun dengan tidak memiliki kad diskaun.

47Jurnal Pengguna Malaysia

Rajah 2: Taburan Penerimaan Pemegang Kad Terhadap Program 1MDC

Rajah 2 menunjukkan taburan purata penerimaan 1MDC. Taburan ini diperoleh setelah peratusan setiap penyataan tidak setuju dijumlahkan dan dibahagikan mengikut jumlah soalan. Didapati bahawa hampir 60 peratus responden atau pengguna sasaran tidak bersetuju dengan penerimaan 1MDC kerana tidak menganggap kad diskaun ini sebagai salah satu alat untuk membantu mengurangkan kenaikan barang dan perkhidmatan. Sementara, hanya 40.3 peratus yang bersetuju dengan penggunaan kad diskaun. Jumlah purata keseluruhan taburan penerimaan 1MDC ialah sebanyak 1.34, menunjukkan penerimaan responden terhadap kad diskaun atau 1MDC adalah pada tahap yang rendah. Tahap penerimaan pemegang kad terhadap program 1MDC Skor penerimaan dijumlahkan dan dibahagi sama rata bagi mendapatkan dua kategori tahap penerimaan seperti dalam Rajah 3. Skor purata kurang daripada 30 merupakan tahap penerimaan yang rendah manakala skor purata lebih daripada 31 adalah pada tahap tinggi. Didapati bahawa peratusan tertinggi responden mempunyai tahap penerimaan rendah (57.5%); manakala sebanyak 43 peratus responden menyambut baik kad diskauan yang telah diperkenalkan.

0%10%20%30%40%50%60%70%80%90%

100%

TIDAK SETUJU SETUJU PURATA KESELURUHAN

59.7% 40.3%

1.34

48 Jurnal Pengguna Malaysia

Rajah 3: Tahap Penerimaan Pemegang Kad Terhadap Program 1MDC Penggunaan 1MDC Responden ditanya mengenai tahap penggunaan 1MDC. Terdapat 12 segmen perniagaan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membolehkan para pemegang kad menikmati potongan harga. Responden boleh memilih lebih daripada satu segmen, iaitu mereka biasanya menggunakan kemudahan 1MDC. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden menggunakan 1MDC bagi tujuan pembelian makanan dan minuman (46.7%), peruncitan (34.5%) dan buku/alat tulis (29.5%).

Rajah 4: Peratusan Penggunaan 1MDC

57%

43%

Rendah (<30) Tinggi (>31)

PembelajaranOptometri

Sukan/rekreasiKesihatan

Makan/MinumKecantikan

Buku/Alat tulisPenginapan/pengangkutan

Produk ITAutomotif

Peruncitan

27.2% 23.0%

30.3% 26.2%

46.7% 18.5%

29.5% 20.4%

22.3% 25.8%

34.5%

49Jurnal Pengguna Malaysia

Persepsi pemegang kadterhadap program 1MDC Responden ditanya mengenai persepsi mereka terhadap Program 1MDC. Terdapat tujuh penyataan yang untuk mengenal pasti persepsi responden terhadap program 1MDC.

Jadual 3: Persepsi Pemegang Kad terhadap Program 1MDC

No. Kenyataan

Tidak Memuaskan

n(%)

Memuaskan n(%) Purata

1. Fungsi dan penggunaan 1MDC.

2106 (54.6) 1752 (45.5) 1.45

2. Proses agihan 1MDC oleh pihak kerajaan.

2306 (60.0) 1539 (40.0) 1.40

3. Mengurangkan beban kos sara hidup.

1990 (51.6) 1866 (48.4) 1.48

4.

Memperoleh kadar diskaun yang ditawarkan oleh 1MDC.

2007(52.1) 1884(47.9) 1.47

5.

Mempelbagaikan barang dan perkhidmatan yang boleh dibeli menggunakan 1MDC.

2203(57.1) 1652(42.9) 1.43

6.

Menyediakan maklumat tentang Rakan Dagang melalui laman sesawang.

2224(57.7) 1631(42.3) 1.42

7. Mudah membuat aduan. 2375(61.6) 1479(38.4) 1.38

Persepsi terhadap Program 1MDC ditunjukkan menerusi Jadual 3. Purata yang tinggi iaitu 1.48 daripada penyataan Mengurangkan beban kos sara hidup. Hal ini menggambarkan bahawa responden cenderung beranggapan bahawa program 1MDC ini mampu membantu mereka dalam mengurangkan bebanan yang dihadapi. Selain itu, penyataan Memperoleh kadar diskaun

50 Jurnal Pengguna Malaysia

yang ditawarkan oleh 1MDC. menunjukkan purata sebanyak 1.47 merupakan purata kedua tinggi dalam soalan ini. Purata yang rendah dicatatkan dalam penyataan Mudah membuat aduan dengan purata sebanyak 1.38. Hal ini menggambarkan bahawa responden merasakan program seperti ini tidak begitu mudah untuk melakukan aduan dan memerlukan platform yang lebih berkesan jika pengadu ingin melaporkan aduan. Purata kedua rendah adalah dicatatkan menerusi penyataan Proses agihan 1MDC dengan purata sebanyak 1.40 dan ini menunjukkan bahawa proses agihan 1MDC kurang berkesan dan tidak sampai kepada kumpulan sasaran. Secara keseluruhannya, didapati purata persepsi adalah kurang daripada 1.50 dan ini menunjukkan bahawa persepsi pemegang kad terhadap program 1MDC adalah kurang memuaskan.

Rajah 5: Taburan Persepsi Pemegang Kad terhadap Program 1MDC

Rajah 5 menunjukkan taburan persepsi terhadap program 1MDC oleh pengguna kad diskaun. Didapati bahawa 56.4 peratus responden mempunyai persepsi tidak memuaskan terhadap program 1MDC berbanding dengan hanya 43.6 peratus pengguna menyatakan program 1MDC adalah memuaskan berdasarkan persepsi mereka. Jumlah purata keseluruhan bagi soalan bahagian ini ialah 1.43 iaitu pada tahap yang sederhana dan ini bermakna penguna kurang berpuas hati terhadap progam 1MDC, terutama daripada segi aduan dan proses agihan. Tahap persepsi pemegang kad terhadap program 1MDC Tahap persepsi dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu positif dan negatif yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Jumlah skor persepsi yang kurang daripada 10 dikategorikan sebagai persepsi negatif manakala yang selebihnya dikategorikan sebagai persepsi positif. Lebih daripada satu perdua responden

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

TIDAK MEMUASKAN

MEMUASKAN PURATA KESELURUHAN

56.4%

43.6%

1.43

51Jurnal Pengguna Malaysia

(55%) mempunyai persepsi negatif terhadap program 1MDC manakala 45 peratus responden pula mempunyai persepsi positif terhadap program 1MDC. Hal ini memberi mesej kepada pihak kerajaan bahawa penambahbaikan terhadap pelaksanaan progam 1MDC perlu ditingkatkan agar benar-benar memberi manfaat kepada pengguna.

Rajah 6: Tahap Persepi Pemegang Kad terhadap Program 1MDC Kesimpulan dan Cadangan Secara keseluruhan kajian mendapati sumber utama responden mendapatkan maklumat tentang 1MDC adalah daripada media cetak dan elektronik dan peratusan tertinggi responden menggunakan 1MDC adalah ke atas item makanan/minuman, peruncitan dan sukan serta rekreasi. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penerimaan 1MDC dalam kalangan pemegang kad adalah rendah. Kajian juga mendapati responden mempunyai persepsi yang negatif terhadap program 1MDC. Berdasarkan dapatan kajian ini, pihak KPDNKK perlu mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan program 1MDC dalam usaha untuk membantu pengguna berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup. Sehubungan itu, berikut disenaraikan beberapa cadangan dan penambahbaikan untuk pertimbangan pihak KPDNKK, iaitu:

Meningkatkan pengetahuan para pemegang kad mengenai penggunaan kad diskaun dan ini boleh dilakukan melalui hebahan di media dan roadshow. Meluaskan promosi mahupun hebahan mengenai kad diskaun serta mengemas kini laman sesawang mengenai penyertaan Rakan Dagang yang terlibat.

55%

45%

NEGATIF (<10) POSITIF (>11)

52 Jurnal Pengguna Malaysia

Senarai barang dan perkhidmatan yang layak untuk diberi diskaun perlu disenaraikan atau dihebahkan serta dikemas kini dalam laman sesawang KPDNKK atau laman sesawang premis perniagaan yang terlibat agar pengguna mengetahui barangan yang layak untuk mendapat diskaun. Barang dan perkhidmatan yang layak diberi diskaun perlu dipelbagaikan dan dipertingkatkan supaya menepati cita rasa pemegang kad. Rakan Dagang seharusnya tidak meletakkan syarat minimum perbelanjaan sebelum kad diskaun dapat digunakan. Memperluaskan penyertaan Rakan Dagang kerana penyertaan yang sedikit menyebabkan para pemegang kad tidak dapat menggunakan kad diskaun sepenuhnya. Kempen atau promosi serta hebahan mengenai Rakan Dagang yang terlibat secara langsung dalam media dapat memberikan publisiti kepada Rakan Dagang sekali gus meningkatkan kadar penyertaan mereka. Diskaun pembayaran cukai diberikan kepada Rakan Dagang yang terlibat agar ramai Rakan Dagang yang akan terlibat secara aktif dalam program ini. Kad Diskaun pada masa ini dibahagikan kepada enam jenis kad yang berlainan. Hal ini hanya mendatangkan kekeliruan kepada para pemegang kad dan juga Rakan Dagang. Dicadangkan kesemua kad menggunakan hanya satu kad kecuali kad Orang Kurang Upaya dan Kad Pesara Kerajaan. Kesemua mahasiswa memiliki kad pengenalan pelajar dan kad ini dapat disatukan dengan kad diskaun agar kos pengeluaran kad dapat dikurangkan. Kesemua kad diskaun adalah disatukan di bawah satu logo atau lambang yang sama supaya memudahkan urusniaga dengan Rakan Dagang apabila melihat logo atau lambang pada kad tersebut. Pertandingan mereka bentuk logo boleh dilakukan untuk mendapatkan logo bersesuaian. Cip seperti MEPS disertakan sekali dengan kad diskaun dan sistem mata ganjaran diperkenalkan, seperti kad bonuslink agar mata ganjaran dapat diselaraskan dengan semua pemegang kad. Mata ganjaran ini dapat ditebus di semua agensi Rakan Dagang yang terlibat. Perbincangan dan lawatan secara berkala perlu dilakukan oleh pihak KPDNKK ke premis Rakan Dagang bagi mengetahui permasalahan dalam pelaksanaan dan penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar.

53Jurnal Pengguna Malaysia

Rujukan Bourne, R. (2014). Law Pay and the Cost of Living: A Supply-Side Approach. Institute of Economic Affairs. Jabatan Perangkaan Malaysia. (2015). Dimuat turun daripada https://www.statistics.gov.my/ pada 5 Januari 2016. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Dimuat turun daripada http://www.kpdnkk.gov.my/kpdnkkv3/index.php?lang=my Kim, C.W. & Mauborgne, R. (2005). Blue Ocean Strategy: How to Create Uncontested Market Space and Make the Competiton Irrelevent. Harvard Business School Publishing Corporation. ISBN: 1-59139-619-0 Parasuraman, A., Zeithaml, V.A., & Berry, L.L. (1985). A conceptual model of service quality and its implications for future research. The Journal of Marketing, 49(Fall), 41–50. Ragayah, H.M.Z. (2002). The Impact of the Financial Crisis on Poverty and Inequality in Malaysia’, in S.Khandker (ed.) Impact of the East Asian Financial Crisis Revisited, Manila: World Bank Institute and Philippine Institute for Development Studies. Ragayah, H.M.Z. (2004). The U-turn in Malaysia Income Inequalities: Some possible explanations? IKMAS Research Note. Sastu, K. (2014). Strengthening recovery in Central and Eastern Europe. Regular Economic Report. Dimuat turun daripada http://www.worldbank.org/content/dam/Worldbank/Feature%20Story/ECA/eu11-regular-economic-report-july-2014.pdf pada 10 Januari 2016 Shulman, L. (1999). The Skills of Helping Individual, Families Group and Communites. 4th edition. Illinois: Peacock Publisher. Teddlie, C. & Tashakkori, A. (2003). Major issues and controveries inthe use of mixed methods in the social and behavioral sciences. Handbook of Mixed Methods in Social and Behavioral Research, 3–50.

54 Jurnal Pengguna Malaysia

CONSUMPTION AND EXPENDITURE PATTERN OF ENERGY AND WATER AMONG

URBAN CONSUMERS

Zuroni Md Jusoh Syuhaily Osman

Roslina Mat Salleh Nurul Faizah Shukor

Nur Faizah Mohamad Sulaman Faculty of Human Ecology Universiti Putra Malaysia

Introduction Electricity and water is a basic need which is important in our life. The importance of electrical energy and water from the aspect of its usefulness is too many to be stated. For electrical energy, the consumption of electrical appliances improves the standard of living, besides increasing the well-being and quality of life. In this modern world, the consumption level of electrical appliances is increasing in which consumers are increasingly reliant on energy resources for carrying out daily activities. Air conditioners are found to be consuming 45 percent of the total annual electrical power consumption, followed by refrigerators (11%). Fans and water heaters respectively consume 10 percent and 9 percent of the total annual energy consumption. Appliances like television, rice cooker, and iron consume the least electricity. In the meantime, the total number of households which uses air conditioners in Malaysia has increased dramatically due to the increase in households income (Mahlia et al., 2004). For water resources, water pollution has become a serious problem in Malaysia and has negative impact on the sustainability of water resources. Besides that, it also effected plants and living organisms, the health of citizens and the national economy. This situation causes difficulty in obtaining supply of clean water. This is because the cost to treat polluted water is too high and in certain circumstances, the polluted water cannot be treated into water suitable for drinking. However, large quantities of water resources in water catchment cannot guarantee a sufficient supply for all consumers due to the pollution on the rivers (Ling, 2010). Urbanization in catchment area of the rivers has caused an increase in population and activities of urban life. The effect of urbanization usually changers the water

55Jurnal Pengguna Malaysia

quality in the catchment area. According to a study done by the Department of Environment (DOE) on 116 rivers nationwide, about 10 percent of these rivers in Malaysia are heavily polluted, 63 percent are polluted and only 27 percent are clean. (Afroz et al., 2014). United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) has predicted that by 2025, 1,800 million of the world population will be living in circumstance without water, in fact, almost two-thirds of the world population will be facing water shortage problem (Hamidah, 2013). Despite the difficulties in obtaining clean water, the Malaysian population is found to be consuming water imprudently, as proven by the United Nations (UN) international standard which recommended the rate of water consumption per individual to be at 165 litres per day (Hamidah, 2013). Based on Malaysian statistics, water consumption per individual per day is at 225 litres per day, as compared to Singapore (155 litres per day) and Thailand (90 litres per day). The objective of this study is to investigate the consumption and expenditure pattern of energy and water among urban consumers. Event hough there are many countries which have acknowledged the importance of the role of urban planning in energy and water savings, the framework of urban planning in Malaysia is still lacking in this aspect. It is proposed that the outcome of this study can contribute to becoming a foundation in which the relevant parties use to build up a prudent urban community on the consumption and expenditure of energy and water. Literature Review Electricity consumption and expenditure pattern Based on the statistic report by International Energy Agency (IEA) 2010, it is shown that Malaysia has recorded increases in electrical energy consumption in 2009 and 2010. In 2010, the electrical energy consumption was 109.82 billion KWH compared with only 102.78 billion KWH in 2009. The increase betweenthe year 2009 to 2010 was 7.04 billion KWH in one year. In Malaysia, the expenditure of electricity consumption is very high. The consumption of inefficient appliances is the main factor of expenditure increase in a houshold’s electricity bill payment. According to Engku Siti Zaharah, Azlina and Hashim (2013), the government has revised the Electricity Supply Regulations 1994 to ensure efficiency of electricity consumption. Among the measures that have been taken by the government is stopping the consumption of incandescent bulb which is not energy efficiency in 2013. Besides that, the Energy Commission has also launched upgraded systems for electrical appliances in Malaysia to help consumers in

56 Jurnal Pengguna Malaysia

choosing energy-efficient electrical appliances, where in this case it is not only limited to energy-efficient lamps but also other electrical appliances like refrigerators, air conditioners, televisions, fans, washing machines, water heaters and etc. Energy-efficient appliances can assist in lowering monthly electricity bills. Water consumption and expenditure pattern Based on Mahdy and Husam (2015) study findings, the average of domestic water consumption was 2.260 m3 monthly compared to the recommended consumption which is only 2.260 m3 monthly. Urban behavior consumption has a strong influence on the increase of water domestic consumption, where increases in water consumption percentage were recorded at 33 percent, 38 percent and 45 percent respectively in 2010, 2011 and 2012. Furthermore, clean water supply consumption is also very high in Malaysia. According to Tuan Pah Rokiah, Hamidi and Wahida (2004), the supply of clean water is convenient and easily obtained, as it is supplied directly to the home, causing consumers to consume the water easily and without feeling guilty in consuming it excessively thus resulting in water wastage. In the population of other countries, there are different issues related to clean water supply. Gbadegesin and Olorunfemi 2011, stated that there are still population which do not have clean water supply, which accounts to 43 percent of the population still not having access to safe and clean water. According to Akissa (2001), in developing countries, the increase of population are in the urban and suburbs area. The population for developing countries in urban areas is more than 1 million people. A significant increase since 1920 led to an increase in cost of living besides an increase in the consumption of natural resources, namely water resources. The increasing water consumption in urban areas is caused by water resources management and this in turn affects global water consumption. The management of water resources which includes the macro and micro water saving techniques can improve water consumption efficiency in every sectors which consume the water. On the other hand, data from the Annual Report Economic Growth (2010) on household consumption according to its purpose for 2000–2009 has shown that the expenditure of water consumption is the second highest in 2000–2009,where the expenditure accounts to 18.9 percent from the twelve listed expenditures during the same duration. This demonstrates that households always expend on water resouce consumption because it is a basic need for every human being.

57Jurnal Pengguna Malaysia

Methodology This study was conducted by using the survey method. This section discusses about the study instruments, sampling and data analysis. Instruments Instruments for this study are the questionnaires which consist of two parts, where Part 1 measures the demographic characteristics of the respondents. The characteristics measured are age, gender, occupation, ethnic, religion, education level, marital status, number of households and the estimation of total household income. In Part 2, closed ended questions are answered by the respondents. Instruments in this part is adapted from Teaching Green-The Middle Years which covers energy and water consumption. Sampling, data collection and data analysis This study involved 480 representatives of households and who are working in several public agencies in city metropolitan areas which represent the four main zones of Peninsular Malaysia, namely Alor Setar (North Zone), Kuala Terengganu (East Zone), Shah Alam (West Zone) and Johor Baharu (South Zone) using simple ramdom sampling technique. Through this method, the selected households were given a questionnaire to be completed. Descriptive analysis were used for the data analysis. Data Analysis and Discussion The background of sociodemographic, socioeconomic and the payment of electricity and water bills are important in understanding the nature, preferences and behavior in relation to the respondents’ excessive consumption. Descriptive statistical frequency distribution, percentage and mean were used to describe the respondents’ background and brief information about the energy and water consumption pattern. Respondent’s background information The general profile of sociodemographic characteristics consist of state (Zone), age and number of households. Meanwhile, the socioeconomic characteristics include education level, occupation and monthly household income. Based on statistics view, the respondents distribution for each state are almost equal, with the highest (29.0%) respondents percentage coming from Selangor, and followed by Kedah (24.8%), Terengganu (23.8%) and Johor (22.5%). In this study, the respondents’ age pattern ranges from 30 to

58 Jurnal Pengguna Malaysia

50 years old. A majority (69.0%) of the respondents stated that the number of people in their household is at least five people. Meanwhile, 30.2 percent respondent have 6 to 10 household members and only 0.8 percent have more than 10 household members. With regards to educational achievement of the respondents, almost half of the respondents (48.7%) have diploma as a minimum education qualification. Only a small portion attended up to primary school, while the rest of the respondent were found to have the following secondary education qualifications: PMR (3.6%), SPM (28.8) and STPM (17.3%). For occupation, this study involved those who are working in the public sector. There are two service groups involved, which are the management and professional group, and the executive group. This study is dominated (94.0%) by the executive group, with the rest (6.0%) coming from the management and professional group. Next, this study also found that there are two highest value in percentage, which account to almost to each other, if viewed from the aspect of monthly household income.The two values are 36.9 percent of households earning income below RM3,000 per month, and 38.3 percent of households earning income in average of RM3,000 to RM5,000. As for monthly household income, the majority (75.2%) can almost be categorized as middle-income household, since the average of monthly household income in this study is RM4,445.69. Electricity consumption pattern The energy consumption pattern was measured using seven questions that were adapted from Ecological Footprint measurement scale. Electricity consumption pattern involved in this measurement covered consumption of appliances that facilitate daily activities like dryers and washing machines,along with appliances which can be considered as a necessity in this modern era such as refrigerators, lamps, televisions, computers, and air conditioners. The analysis results of this pattern (Table 1) shown that almost a majority of the respondent did not consume electricity excessively, when they are found to be using the traditional or natural way for drying clothes (76.3%), own only one refrigerator (76.0%), and using energy efficiency refrigerators (74.2%). Next, a majority of the respondents (87.3%) will switch off the lamps, computers and televisions when these appliances are not in use.

59Jurnal Pengguna Malaysia

Table1: Electricity Consumption Pattern

Consumption Energy Answer Options/frequency

n (%)

1. I hang clothes outside or inside the house.

a) Always 366 (76.3) b) Sometimes 91 (19.0) c) Never 23 (4.8)

2. I use an energy efficiency refrigerator.

a) Yes 356 (74.2) b) No 104 (21.7)

3. I have two refrigerators. a) Yes 89 (18.5) b) No 365 (76.0)

4. I switch off the lamps, computers and tevisions when not in use.

a) Yes 419 (87.3) b) No 40 (8.3)

5. To cool the space, I used: a) Air-cond: indoor 114 (23.8) b) Electric fan 326 (67.9) c) None 22 (4.6)

6. My washing machine is: a) Top load 401 (83.5) b) Front load 18 (3.8) c) Send to laundry 29 (6.0)

However, in terms of electrical appliances consumption, the respondents are more likely to adopt the excessive consumption based on the analysis which shown that more than half of them (51.5%) are still using fluorescent lamps which consume more electricity compared to energy efficient lamps readily available in the market. This maybe due to the usage of energy efficient lamps require several modifications that need certain financial costs. Nevertheless, a majority of the respondents (67.9%) use fans to cool rooms, but there are still 23.8 percent of respondents who use air conditioners which surely consume a lot of electricity, thus increasing monthly bills. Other than that, the analysis has shown that a majority of the respondents (83.5%) chooses top load washing machines which has a higher electricity consumption compared to front load washing machine, which accounts to only a small portion of the respondents (3.8%). Water consumption pattern Table 2 shows the water consumption pattern which consists of five questions adapted from questions available in the Ecological Footprint measurement scale. With regards to water consumption when taking a bath, the analysis shown that almost half of the respondent (45.0%) practiced taking a short bath twice a day. Actually, taking a bath twice a day is a common practice in Malaysia which is suitable with the hot and humid weather and thus encouraging them to do so. Nonetheless, there are still some of the respondents who tend to adopt excessive consumption behavior by taking showers more than twice a day (23.8%) and even taking a long bath

60 Jurnal Pengguna Malaysia

twice a day (22.1%). Besides that, the findings shown that more than half of the respondents (54.0%) use a small flow of water tap when taking a shower. However, 40.8 percent of the respondents still do not practice the same, where this situation does show a tendency in practicing excessive consumption that may be done unconsciously. From the aspect of water consumption in the toilet, a majority of the respondents (85.4%) will flush the toilet when done using it and this is also a common practice for hygienic purpose. Meanwhile, only 55.4 percent of the respondents stated that they use water-saving toilets in their household. A majority of the respondents (73.3%) stated that they do not let the tap water running when brushing their teeth, and this is an encouraging behavior to be practiced.

Table 2: Water Consumption Pattern

Water Consumption Answer Options / frequency n (%) 1. Usually, the frequency

I taking a bath is: a) Taking a short bath, once a day 15 (3.1) b) Taking a long bath, once a day 7 (1.5) c) Taking a short bath, twice a day 216 (45.0) d) Taking a long bath, twice a day 106 (22.1) e) Taking bath more than twice a day

114 (23.8)

2. I flush the toilet. a) Everytime I use it 410 (85.4) b) Sometimes 48 (10.0)

3. When brushing my teeth.

a) I let the tap water run 96 (20.0) b) I do not let the tap water run 352 (73.3)

4. I use the water-saving toilet.

a) Yes 266 (55.4) b) No 190 (39.6)

5. When taking a shower, I using a small flow of water tap.

a) Yes 259 (54.0) b) No 196 (40.8)

Table 3 demonstrates the category of electricity and water consumption pattern that can be divided into three; good, moderate and excessive based on the distribution of total score obtained by overall study respondents. The findings shown that the electricity consumption pattern obtained by these three categories is almost the same with the highest percentage (34.8%) being good consumption. This is followed by excessive consumption (33.1%) and 32.1 percent being moderate consumption.

61Jurnal Pengguna Malaysia

Table3: Category of Electricity and WaterConsumption Pattern

Consumption Pattern n % Electricity Good Moderate Excessive

167 154 159

34.8 32.1 33.1

Water Good Moderate Excessive

216 99

149

46.6 21.3 32.1

Meanwhile, the water consumption pattern shows a similar trend as with the electricity consumption pattern. However, there is a difference in respondents percentage where the highest percentage for good water consumption (46.6%) as compared to percentage for electricity consumption (34.8%). This indicates that respondents tend to be more prudent in water consumption compared to electricity. Next, water consumption also categorized respondents whopractise excessive consumption to be at 32.1 percent and this percentage is higher than those shown to be in the moderate category (21.3%). Expenditure information for electricity and water consumption among household The results, as summarized in Table 4, shown that most households (60.6%) paid less than RM100 per month for their electricity bills. This indicates that the household electricity consumption studied is in a satisfactory condition as the electricity tariff is relatively high in Malaysia nowadays. However, there are still a minority of them (1.1%) having a monthly bill higher than RM1000. If they were asked as to how savings in bills can be done when sustainable consumption is adopted, 3.7 percent stated that there are no further savings that could be done. This may be due to some of them have done the savings which resulting them only paying bills less than RM100 per month has been discussed before. However, almost half of the respondents (42.6%) feel that they can still do a further savingsup to 20 percent and there is a small portion (7.1%) who feel than they can save up to more than 30 percent per month. This analysis shows that there is an excessive consumption practiced by the household before.

62 Jurnal Pengguna Malaysia

Table4: Household Expenditure Information for Electricity and Water Consumption

Variables n %

Estimated Electricity Bills per Month Less than RM100 RM100–RM300 RM301–RM500 RM501–RM1,000 More than RM1,000 Average = RM148.32

275 141 15 18 5

60.6 31.1 3.3 4.0 1.1

Savings on Electricity Bills if they Adopt Sustainable Consumption 0% Less than 10% 10-20% 21-30% More than 30%

17 160 197 55 33

3.7 34.6 42.6 11.9 7.1

Estimated Water Bills per Month Less than RM100 RM100–RM300 RM301–RM500 RM501–RM1,000 More than RM1,000 Average = RM64.05

394 34 5 2 2

90.2 7.8 1.1 0.5 0.5

Savings on Water Bills if Adopting Sustainable Consumption 0% Less than 10% 10-20% 21-30% More than 30%

49 167 167 45 25

10.8 36.9 36.9 9.9 5.5

For expenditure on water consumption, the results found that the majority of the respondents (90.2%) pay water bills at less than RM100 per month. This is because the state government provides some subsidies, for example in Selangor, and also the rate payment for water bills is not very burdensome compared to the electricity bill. However, 1.0 percent of household still have water bills at more than RM500 per month. Besides that, 10.8 percent of the households stated that there are no savings which can be done if sustainable consumption is adopted. Nevertheless, over a third of them stated that they can still have further savings up to 10 percent and 20 percent with both accounting to 36.9 percent of the household respectively. There is also a small portion of respondents (5.5%) stating that they can save more than 30

63Jurnal Pengguna Malaysia

percent from their water billsevery month. This also illustrates that the possibility of excessive water consumption by the householdsas discussed above. Conclusion In overall, the findings has shown that the respondents mostly do not get involved with excessive consumption of electricity and water. However, there are consumers who consume excessive energy based on the payment billing information for both resources and this can be saved if households adopt sustainable practices. Besides that, the excessive factor of energy and water consumption can be determined from the consumption pattern. For example, consuming inefficient energy from electrical appliances, not switching off lamps, computers and televisions when not in use and the use of air conditioners, are the causes of excessive energy consumption. Meanwhile, taking bath more than twice a day, letting the tap water running when brushing teeth, using non water-saving toilets and using large flows when taking showers, are the factors contributing to excessive water consumption. The wastage on the consumption of these resources will cause increases in expenditure for both resources. Therefore, the results of this study suggest switching off the main switches for electrical appliances and improving the home ventilation system in Malaysia. Finally, prudent consumption of water is encouraged to reduce the consumption of water resources as well as saving tap water resources in order to ensure a sustainable supply of water resources in the future. References Afroz, R., Masud, M. M., Akhtar, R., & Duasa, J. (2014). Water pollution: challenges and future direction for water resource management policies in Malaysia. Environment and Urbanization Asia, 5(1), 63–81. Austin, C.O. (2011). A contingent valuation model for assessing electricity demand. Journal of Financial Management of Property and Construction, 16(2), 126–146. Akissa, B. (2001). Urban and pre-urban water-related relationships, closing the loops. Environmental Management and Health, 12(4), 364–376. Engku Siti Zaharah, E.A., Azlina, A.A., & Nik Hashim, N.M. (2013). Potensi Penjimatan Penggunaan Tenaga oleh Isirumah di Malaysia. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke-VIII. 2, 1004–1010.

64 Jurnal Pengguna Malaysia

Gbadegesin, A.S. & Olorunfemi, F.B. (2011). sustainable technological policy options for rural water supply management in selected rural areas of Oyo State, Nigeria. Management of Environmental Quality, 22(4), 486–501. Hamidah, S. (2013). Menangani Krisis Air : Penggunaan Air Secara Berhemah dan Bijaksana. Bahagian Perancangan Wilayah. Retrieved from http://smp.townplan.gov.my/?p=5608 pada 24 Julai 2015. Laporan Tahunan Perkembangan Ekonomi Malaysia (2010). Pertumbuhan dan Perkembangan Perbelanjaan Pengguna di Malaysia. Ling, J.K.B. (2010). Water Quality Study and its Relationship With High Tide and Low Tide at Kuantan River. Universiti Malaysia Pahang. Mahdy, J. & Husam, N. (2015). Climate change and its impact on domestic water consumption in sub-urban regions in the Gaza Strip. International Journal of Climate Change Strategies and Management, 7(1), 3–16. Mahlia, T.M.I., Masjuki, H.H., Saidur, R., & Amalina, M.A. (2004). Viewpoint mitigation of emissions through energy efficiency standards for room air conditioners in Malaysia. Energy Policy, 32, 1783–1787. Tuan Pah Rokiah, S.H., Hamidi, I., & Wahida, A. (2004). Sikap Masyarakat terhadap penggunaan bekalan Air Bersih pembaziran dan Penjimatan. Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia, 1–16.

65Jurnal Pengguna Malaysia

KEBAIKAN, KELEMAHAN DAN ISU SEMASA E-DAGANG

Zulfamy Mat Udi

Mohamad Fazli Sabri

Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Pengenalan Di Malaysia, perkembangan teknologi maklumat yang pesat turut mendorong kepada kemajuan ekonomi Malaysia secara tidak langsung. Pertambahan mendadak pengguna Internet di Malaysia merupakan fenomena besar terhadap dunia perdagangan. Internet terbukti memberikan kesan dan manfaat berskala besar kepada manusia di seluruh dunia termasuklah komuniti usahawan (Noordin, 2012). Ledakan perkembangan yang pesat dalam bidang teknologi maklumat, terutamanya dalam perkembangan Internet telah memberi kesan kepada penggunaan elektronik secara menyeluruh dalam pelbagai bidang. Antaranya ialah e-niaga, e-kerajaan dan e-dagang. Perdagangan Elektronik juga dikenali sebagai e-dagang (Electronic Commerce – e-Commerce) ialah sebuah sistem perniagaan yang menggunakan kemudahan teknologi maklumat, terutamanya telekomunikasi canggih dan talian Internet untuk berurusan dengan pelanggan. Ia merupakan kegiatan perniagaan menggunakan Internet sebagai instrumen pemasaran dengan jangkauan potensi jualan ke serata dunia tanpa sempadan geografi (Noordin, 2012). Pada asasnya e-dagang boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu e-dagang antara perniagaan dengan perniagaan dan e-dagang antara perniagaan dengan pengguna. E-dagang antara perniagaan dengan perniagaan melibatkan transaksi antara dua atau lebih syarikat, iaitu satu pihak merupakan syarikat pembekal kepada satu pihak yang lain. E-dagang antara perniagaan dengan pengguna pula melibatkan transaksi antara penjual produk akhir dengan pengguna. E-dagang menggunakan Internet sebagai medium untuk mewujudkan satu rangkaian yang menyatukan pelanggan, penjual dan pihak ketiga seperti bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya dalam satu persekitaran elektronik yang selamat untuk semua pihak. Internet ini pada asalnya direka untuk menjadi persekitaran menampung aliran bebas komunikasi (Paul, 1996). Dengan adanya e-dagang, sesebuah syarikat atau

66 Jurnal Pengguna Malaysia

individu boleh melakukan transaksi jual beli di mana-mana sahaja di dunia ini. Ia digunakan secara meluas, terutamanya di negara-negara Barat, malah diakui oleh syarikat antarabangsa dan pakar pasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan buktinya pertumbuhan yang pesat dan perkembangan lebih cepat dibandingkan dengan jualan secara runcit (Internet Retailer, 2011). Di Malaysia, dianggarkan hanya 28 peratus daripada keseluruhan syarikat perusahaan kecil sederhana menggunakan e-dagang berbanding dengan negara lain. Sektor e-dagang di Malaysia pada masa kini masih belum dimanfaatkan sepenuhnya walaupun telah mengalami perkembangan yang ketara (Bernama, 29 Jun 2015). Menurut Laporan Ekonomi 2013/2014, kadar penembusan jalur lebar isi rumah Malaysia ialah 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100% dengan 42.6 juta langganan. Malaysia dicatatkan sebagai negara dengan bilangan kedua terbesar yang mengakses Internet secara eksklusif melalui telefon pintar mereka. Terdapat 7 juta pengguna telefon pintar (smartphone) dan 7.7 pengguna Internet mudah alih di Malaysia (broadband). Angka ini menunjukkan Internet memainkan peranan yang amat penting dalam gaya hidup pengguna masa kini. Menurut kajian Barometer (2015), pengguna di Asia lebih cenderung untuk menggunakan telefon pintar untuk segala urusan. Malaysia mencatatkan kadar penggunaan telefon pintar yang agak tinggi, iaitu sebanyak 71 peratus berbanding dengan negara Taiwan (78%) dan Hong Kong (79%). Peratusan pengguna Asia (22%) dikatakan lebih tinggi menggunakan telefon pintar untuk membeli sesuatu berbanding dengan pengguna Amerika Syarikat/Eropah (5%). Dalam konteks urusan perniagaan, Internet membawa perubahan yang menciptakan paradigma baharu perniagaan berbentuk pemasaran digital (Chandra, 2001). Jika dahulu model interaksi perniagaan tradisional yang bersifat face to face, maka kini model interaksi itu telah berkembang ke arah interaksi moden berasaskan elektronik atau e-commerce yang faceless iaitu Business to Business (B2B), Business to Customer (B2C), dan Customer to Customer (C2C) (Arnott & Bridgewater, 2002). Membeli secara dalam talian sebagai medium akan bergantung pada kecekapan dan ketersediaan teknologi (Bell & Gemmell, 1996; Hoffman, Kalsbeek & Novak, 1998). Ciri laman web adalah salah satu daripada perkara penting yang boleh mempengaruhi pengguna untuk membeli produk dalam talian. Sebagai contoh, peniaga dalam talian boleh menggunakan teknologi tinggi untuk meningkatkan laman web mereka untuk mempengaruhi persepsi pengguna laman web (Prasad & Aryasri, 2009).

67Jurnal Pengguna Malaysia

E-dagang merupakan salah satu kaedah perniagaan yang membawa keuntungan jika dilakukan dengan cara yang betul. Walaupun pasaran saham dan komoditi menurun, namun e-dagang masih mampu bertahan dan menerima transaksi yang tinggi. Antara syarikat e-dagang yang telah berjaya dan menjadi pelopor di Malaysia ialah zalora.com, mudah.com, lazada.com dan lelong.com.my. Hal ini menunjukkan bahawa pendedahan kemajuan teknologi Internet di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia umumnya semakin meluas dan mendapat perhatian manusia sejagat. E-dagang merupakan penggunaan Internet dan juga laman web untuk menjalankan transaksi perniagaan dan tidak lagi terikat kepada masa dan tempat. Dengan kata lain, e-dagang ialah menjalankan aktiviti pembelian produk, perkhidmatan dan lain-lain transaksi dengan menggunakan Internet sebagai medium transaksi. E-dagang merupakan sebahagian daripada e-bisnes (Laudon, 2002). Secara umumnya objektif artikel ini adalah untuk membincangkan kebaikan, kelemahan dan isu semasa berkaitan dengan e-dagang. Kebaikan E-Dagang Kebaikan perniagaan e-dagang perlu dilihat dari dua sudut, iaitu sudut peniaga dan sudut pengguna. Kebaikan dari sudut peniaga 1. Kos rendah Pengedaran melalui Internet dinyatakan cukup berhasil kerana ia menghubungkan pengguna akhir (end-users) dengan pengeluar secara langsung. Hal ini akan mengurangkan peranan perantara secara tradisional, iaitu agen dan pengedar dalam pemasaran antarabangsa. Kebaikan yang diperoleh boleh dilihat dengan jelas iaitu ia dapat mengurangkan kos yang tidak diperlukan oleh pengeluar dalam memasarkan produk dan hasilnya harga yang sampai kepada pengguna lebih murah berbanding dengan melalui perantara (Peattie, 1997). Melalui e-dagang, ia dapat menghapuskan atau mengurangkan kos sewaan gudang atau premis perniagaan, insurans, sewaan perkhidmatan kawalan serta lain-lain kos yang berkait dengan kos penyimpanan dalam transaksi pemindahan barangan atau perkhidmatan. Selain itu, penjimatan ke atas kos buruh turut dinikmati iaitu tiada lagi peruntukan untuk membayar gaji pekerja, dan bil utiliti (elektrik dan air) turut dapat dijimatkan. Menurut

68 Jurnal Pengguna Malaysia

Hamill (1997) dengan kemudahan Internet juga ia dapat mengurangkan kos pengiklanan sehingga menjadi lebih murah. 2. Hubungan terus dengan pengguna Peniaga dapat berhubung terus dengan pengguna, bukan sekadar mendapat maklum balas secara terus tanpa melibatkan pihak ketiga tetapi juga cepat dan secara talian terus (online). Soal jawab yang timbul daripada pelanggan/pembeli akan terus dijawab dan diselesaikan oleh peniaga secara terus. Hal ini dapat membaiki segala kelemahan dengan segera. Peniaga dapat memastikan pengguna mempunyai pengalaman yang positif setiap kali mereka membeli dengan menggunakan perkhidmatan kedai dalam talian (Keen et al., 2004). Menurut Arnott dan Bridgewater (2002), Internet mewujudkan interaksi yang berpotensi dengan pengguna pada skala global. Interaksi dengan pengguna melalui Internet tersebut diharapkan dapat meningkatkan prestasi pemasaran. 3. Mudah melakukan perubahan Sesetengah perniagaan akan melakukan perubahan dari semasa ke semasa ke atas produk keluaran mereka dan ini semestinya melibatkan perubahan dari segi bentuk pengiklanan, harga dan perkara lain. Melalui penggunaan medium e-dagang ini, maklumat terkini berkaitan produk baharu akan dapat disalurkan kepada pengguna dengan cepat dan tepat dari semasa ke semasa. Peniaga juga mudah untuk kendalikan perniagaan ini walaupun hanya dari rumah kerana ia fleksibel untuk dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Christodoulides dan Michaelidou (2011) menyatakan bahawa peniaga yang menawarkan perkhidmatan jualan secara atas talian kemungkinan besar akan meningkatkan kepuasan pengguna dan menambah nilai kepada pengalaman membeli-belah mereka. Maka tidak keterlaluan dikatakan tindakan yang pantas untuk melakukan perubahan terhadap polisi dan strategi akan memberi kepuasan dan keyakinan kepada pengguna. 4. Prospek dan pemasaran luas Jika dahulu cakupan pemasaran produk hanya terhad di kawasan sekitar sahaja, namun melalui e-dagang, peluang untuk mengiklan dan memasarkan barangan atau perkhidmatan lebih luas tanpa sempadan dapat dilakukan. Selain itu, hasil boleh dilihat dengan cepat. Terdapat dalam kalangan penyelidik menyatakan bahawa kategori produk tertentu yang dijual menerusi atas talian adalah lebih baik daripada yang lain (Alba et al., 1997; Peterson,

69Jurnal Pengguna Malaysia

Balasubramanian & Bronnenberg, 1997; Klein, 1998; Vijayasarathy, 2002). Mostafa, Wheeler & Jones (2006) mendapati usahawan yang mempunyai orientasi Internet yang tinggi juga menunjukkan peningkatan dalam memperluaskan hasil perniagaan mereka. Justeru, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dilihat sebagai pemangkin kepada perluasan perniagaan, terutamanya dalam perniagaan atas talian. Kebaikan dari sudut pengguna 1. Banyak pilihan Pengguna dapat membuat perbandingan dan mempunyai banyak pilihan dari segi harga, kualiti dan juga perkhidmatan. Dengan itu, pelanggan dapat membuat pilihan yang tepat dan dapat memenuhi kehendak mereka. E-dagang, atau membeli-belah dalam talian, mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan perniagaan lain. Perniagaan dalam talian memberikan pengguna pilihan produk yang lebih luas, harga yang kompetitif dan yang paling penting, akses yang mudah kepada maklumat (Khristianto et al., 2012). Dengan kemudahan seperti e-dagang ini, para pembeli atau pengguna mempunyai lebih banyak pilihan dan boleh melakukan transaksi jual beli yang berlebihan tanpa had. 2. Menjimatkan masa Membeli-belah melalui Internet memenuhi beberapa keperluan pengguna dengan lebih cekap dan berkesan daripada membeli-belah secara konvensional (Grewaletal, 2002; Chen & Leteney, 2000). Melalui pembelian secara atas talian, pengguna boleh melayari keseluruhan produk dengan usaha minimum, tiada kesulitan dan menjimatkan masa serta dapat menganalisis barangan atau perkhidmatan dengan tidak perlu pergi ke kedai atau premis berkenaan. Pengguna hanya perlu membuat urusan tawar-menawar serta mendapatkan maklumat lanjut berkaitan barangan hanya daripada Internet dan seterusnya membuat pesanan jika perlu. Aplikasi ini memudahkan lagi aktiviti perniagaan dijalankan pada setiap masa tanpa mengira tempat seiring dengan perubahan kehidupan manusia kini yang mementingkan masa (Nik Rahim, 2009). Kenyataan ini menyokong pandangan Grewal et al. (2002) iaitu membeli-belah dalam talian menawarkan kemudahan bagi mereka yang mementingkan masa berbanding dengan urus niaga biasa secara konvensional.

70 Jurnal Pengguna Malaysia

3. Keselesaan membuat pilihan, pembelian dan perbandingan Kebaikan e-dagang yang ketara adalah dari sudut memberi keselesaan membeli-belah, iaitu pembeli boleh berbincang bersama-sama ahli keluarga sebelum pembelian dibuat. Belian yang menepati keperluan seisi keluarga adalah menjimatkan (Childers et al., 2001). Selain itu, e-dagang berupaya memberi maklumat yang mesra pelanggan dan terkini. Susun atur yang mudah untuk dilayari serta mempunyai penerangan untuk setiap barangan dalam laman sesawang memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan keselesaan kepada pembeli. Maklumat yang tepat dan terkini membolehkan pengguna membuat pilihan, pembelian dan perbandingan dengan betul (Davis, 1993). Monsuwe et al. (2004) menyatakan bahawa dengan membeli-belah dalam talian, pengguna boleh melayari keseluruhan produk dengan usaha yang minimum dan masa yang singkat, dan ini dapat membantu mereka dalam membuat keputusan yang tepat semasa membeli-belah. Kelemahan E-Dagang Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan berkaitan dengan sistem urusniaga menggunakan e-dagang. Sama seperti juga kebaikan, kelemahan boleh dilihat dari sudut peniaga dan juga sudut pengguna. Kelemahan dari sudut peniaga 1. Tidak berupaya mempamerkan produk sebenar Guoetal (2012) mendapati bahawa ciri barangan mempunyai kepentingan dalam menentukan kepuasan pengguna dan pengalaman membeli-belah dalam talian. Maka sudah pasti pengguna mengharapkan barangan yang dibeli melalui dalam talian ini adalah seperti yang dipamerkan semasa iklan. Lopes dan Galletta (2006) menyatakan bahawa kandungan maklumat yang baik mempengaruhi kesediaan pengguna untuk membeli produk. Peniaga dalam talian biasanya memberikan banyak maklumat produk yang boleh digunakan oleh pembeli apabila ingin membuat pembelian (Lim & Dubinsky, 2004), namun masih tidak dapat digambarkan secara terperinci dalam laman sesawang sehingga sesetengah orang berfikir maklumat produk yang disediakan tidak cukup untuk pengguna membuat keputusan. Maka sudah tentu kelebihan yang terdapat pada sesuatu produk tidak dapat difahami dengan baik oleh pengguna. Barangan atau perkhidmatan yang sepatutnya dapat memenuhi kehendak pengguna akan terpinggir dan ditolak oleh mereka disebabkan maklumat yang sepatutnya tidak jelas dipamerkan.

71Jurnal Pengguna Malaysia

Kesannya, pengguna akan kecewa kerana maklumat produk tidak memenuhi jangkaan mereka (Liu & Guo, 2008). 2. Maklum balas selepas jualan Pengguna kadang-kadang mempunyai masalah atau kebimbangan mengenai produk, atau mereka mungkin mahu menukar atau mengembalikan produk yang telah mereka beli. Oleh itu, mengembalikan produk dan perkhidmatan pertukaran menjadi perkara yang penting (Liang & Lai, 2002). Peniaga online perlu menyediakan nilai tambah dalam perkhidmatan kepada pengguna (Wang et al., 2005) dan salah satu daripadanya ialah mempunyai saluran maklum balas pengguna di laman web mereka (Yu & Wu, 2007). Maklum balas dan interaksi secara terus antara peniaga dengan pengguna adalah perlu, maka perkhidmatan tersebut hendaklah ada dalam laman web supaya pengguna boleh menghubungi peniaga di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa (Lim & Dubinsky, 2004). Muat turun perisian, e-borang pertanyaan, pengesanan status pesanan, komen pengguna dan maklum balas adalah beberapa contoh yang boleh digunakan oleh peniaga dalam talian untuk memenuhi perkhidmatan dalam talian mereka (Lim & Dubinsky, 2004). Dari sudut pengguna 1. Faktor kepercayaan Faktor kepercayaan juga merupakan salah satu faktor penting kepada penggunaan e-dagang. Faktor ini merupakan faktor asas dalam perniagaan atas talian. Kepercayaan pengguna terhadap sesebuah laman sesawang dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna untuk melakukan pembelian secara online. Melalui faktor ini kita mampu dan dapat mengetahui tahap keyakinan dan kepercayaan seseorang pengguna dalam menggunakan aplikasi sedia ada. Kajian yang dijalankan oleh Harn et al. (2006) mendapati bahawa pengguna di Malaysia masih kurang yakin dan percaya dalam menggunakan Internet untuk membeli barangan dan perkhidmatan. Penyebab utama mengapa pengguna tidak mahu berurus niaga secara atas talian adalah kerana kurangnya faktor “percaya” (trust) antara peniaga dengan pengguna (Hoffman, Novak & Peralta, 1999). 2. Barang pesanan tidak seperti diiklankan Membeli-belah dalam talian mempunyai risiko terhadap produk. Ia merujuk pada kualiti sebuah produk, prestasi, kepalsuan produk dan masalah lain yang

72 Jurnal Pengguna Malaysia

berkaitan dengan produk tersebut contohnya sama ada produk mempunyai kualiti yang sama seperti yang kelihatan pada skrin (Bhatnagar et al., 2000) sedangkan pengguna tidak boleh secara fizikal memeriksa kualiti produk atau memantau keselamatan produk (Lee & Turban, 2001). Kadangkala barang yang diterima tidak sama seperti yang telah diiklankan oleh peniaga. Ada antara mereka mendapat produk yang rendah kualiti serta produk yang tidak sepadan dengan apa yang digambarkan (Comegys et al., 2009). 3. Tempoh masa penerimaan barang yang dibeli Menurut Zeithaml et al. (2002), mempunyai produk dalam stok, menyampaikan produk dalam masa tempoh masa yang dijanjikan dan ketepatan janji perkhidmatan adalah sifat-sifat faktor memenuhi kepuasan pelanggan dan mereka menambah bahawa kelewatan penghantaran mungkin mempunyai kesan negatif ke atas kepuasan. Hal ini bermakna peniaga seharusnya menepati tempoh penghantaran barangan seperti yang telah dijanjikan semasa iklan dibuat. Penghantaran lambat atau lewat misalnya, membuat pelanggan menjauhkan diri daripada membeli-belah dalam talian (Comegys et al., 2009). Isu dan Cabaran berkaitan E-Dagang E-dagang merupakan teknologi baharu yang tidak terlepas daripada cabaran yang ditempuh dalam usaha untuk dikembangkan dan diguna pakai oleh orang ramai. Cabaran dan rintangan yang dihadapi ini berlaku di serata dunia, termasuk pengguna di Malaysia. 1. Keselamatan Walaupun perdagangan elektronik menjadi pilihan kebanyakan pengguna pada masa kini, namun faktor keselamatan semasa transaksi pembelian terus menjadi topik utama perbincangan dalam urusan tersebut (Elliot & Fowell, 2000; Szymanski & Hise, 2000; Liao & Cheung, 2001). Polisi keselamatan juga menjadi salah satu aspek penting untuk melakukan pembelian secara atas talian (Gefen, 2000). Menurut Lee dan Turban (2001) faktor keselamatan dan privasi memberi kesan terhadap kepercayaan pengguna dalam membeli-belah di Internet dan hal ini disokong oleh Pavlou dan Geffen (2002) yang menyatakan daripada beberapa faktor yang mempengaruhi transaksi melalui Internet, faktor kepercayaan menjadi faktor utama. Menurut Guo et al. (2012), keselamatan ditakrifkan sebagai keupayaan laman web untuk melindungi maklumat peribadi pelanggan daripada penggunaan tanpa kebenaran serta pendedahan semasa transaksi elektronik. Hal ini kerana

73Jurnal Pengguna Malaysia

isu keselamatan dan privasi memainkan peranan yang penting dalam membangunkan kepercayaan dalam urus niaga dalam talian atau laman web (Chellappa, 2002). Keselamatan dan privasi ialah kriteria utama yang dinilai dalam perkhidmatan dalam talian (Culnan 1999; Hoffman, Novak & Peralta 1999; Montoya-Weiss et al., 2000). Kesannya, pengguna yang berpotensi untuk membeli dan berurusan sering dihalang daripada melakukannya dalam talian oleh sebab kebimbangan mereka mengenai keselamatan (Han et al., 2001). 2. Penipuan Kaedah pembayaran urus niaga dalam talian telah bertapak di Malaysia sejak 1995 (Paynter & Lim, 2001). Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang digunakan dalam e-dagang, antaranya kad kredit, kad debit, e-wallet, kad prabayar, perbankan Internet, m-commerce, p-commerce dan MOTO. Namun, kad kredit adalah satu kaedah pembayaran yang lazimnya digunakan oleh pelanggan untuk menjalankan transaksi atas talian. Guo et al. (2012) menyatakan bahawa peniaga dalam talian biasanya menawarkan pelbagai jenis pembayaran dalam talian (contohnya kad kredit, pembayaran dengan wang tunai dan penghantaran wang telegraf atau telegraphic remittance) dan pengguna biasanya memilih jenis pilihan pembayaran mereka bukan sahaja berdasarkan kemudahan tetapi juga berdasarkan keselamatan. Kesediaan pengguna untuk membeli dan mengunjungi “kedai” online turut dipengaruhi oleh kepercayaan pengguna dalam memberikan maklumat peribadi dan keselamatan pembayaran melalui transaksi kad kredit (Whysall, 2000). Walaupun pembelian secara dalam talian ini mudah, namun pengguna juga bimbang mengenai keselamatan transaksi dan keselamatan data apabila pembelian dalam talian dibuat (Constantinides, 2004). Oleh itu, peniaga dalam talian perlu membuat prosedur pembayaran mudah dan selamat untuk meningkatkan tahap kepuasan pengguna (Grace & Chia-Chi, 2009) bagi mengelakkan penipuan berlaku. Menurut laporan akhbar terdapat bukti yang membabitkan penipuan urus niaga dalam Internet dunia bernilai AS$3.2 bilion (RM12.16 bilion) pada tahun 1999 (Berita Harian, 1 Ogos 2000). Untuk mengelakkan sebarang penipuan atau scam, pengguna dinasihatkan supaya sentiasa menggunakan khidmat Cash On Delivery (COD) iaitu membuat pembayaran semasa menerina barangan apabila berurusan dengan pembelian yang mahal dan kebiasaanya pengguna diminta untuk bertemu dengan peniaga di sesuatu tempat. Kelebihan sistem pembayaran ini ialah pengguna boleh memeriksa barang yang telah ditempah terlebih dahulu sama ada ia seperti yang diiklankan dalam laman web dan jika tidak berpuas hati boleh terus mengembalikan atau berunding untuk menukar barang tersebut.

74 Jurnal Pengguna Malaysia

Statistik kes dari Januari hingga Jun 2013 yang melibatkan penipuan dalam pembelian secara online menggunakan laman web Mudah.com dan Facebook.com ialah sebanyak 542 kes dan 211 kes. Jumlah kerugian yang terlibat masing-masing ialah sebanyak RM1,128,586 dan RM963,607.33. Laman e-dagang seperti E-bay, Lowyat dan Lelong pula dilaporkan lebih selamat setelah mencatat kurang daripada 5 kes penipuan sepanjang tempoh tersebut (Statistik Kes Penipuan Laman Web E-Dagang). Kesimpulan Perniagaan Internet melalui e-dagang ini bukan sahaja memberikan manafaat kepada pengguna, malah memberikan kemudahan dan kebaikan kepada peniaga. Dari semasa ke semasa, e-dagang akan memberikan peluang dan cabaran yang tidak terkira banyaknya kepada ekonomi dan masyarakat kita. Di samping itu, bukan sahaja rakyat yang menerima kebaikan dan faedahnya, malahan hal ini turut memberikan impak yang besar kepada negara. Keadaan ini menunjukkan bahawa Malaysia kini mampu bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Bagi peniaga, e-dagang boleh meningkatkan jualan dan mengurangkan kos pengeluaran serta dapat mengenal pasti pembekal baharu dan rakan kongsi perniagaan selain dapat berinteraksi terus dengan pengguna. Walau bagaimanapun, pengguna juga harus berhati-hati kerana terdapat beberapa risiko yang bakal dihadapi oleh mereka. Persediaan yang lebih teratur perlu jika konsep e-dagang ini hendak dilaksanakan. Justeru, langkah kawalan terutama aspek keselamatan perlu dititikberatkan dalam usaha meningkatkan skop perniagaan berasaskan Internet. Tindakan ini penting supaya keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap perniagaan Internet. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa dan kerajaan haruslah mengawal penggunaan Internet dalam bidang perniagaan, supaya kemudahan ini tidak disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Tegasnya, urus niaga secara dalam talian ini mempunyai kesan negatif dan positif yang tersendiri. Namun, jika dimanfaatkan dengan baik urus niaga ini dapat membawa produk dan imej negara ke persada antarabangsa serta mampu bersaing dalam ekonomi dunia tanpa sempadan. Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menggerakkan ekonomi negara agar lebih maju dan setanding dengan negara luar. Rujukan Alba, J., Lynch, J., Weitz, B., Janiszewski, C., Lutz, R., Sawyer, A., & Wood, S. (1997). Interactive home shopping: consumer, retailer, and

75Jurnal Pengguna Malaysia

manufacturer incentives to participate in electronic market place. Journal of Marketing, 61, 38–53. Arnott, D.C. & Bridgewater, S. (2002). Internet, Interaction and implications for marketing. Marketing Intelligence and Planning, 20(2), 86–95. Barometer. (2015). Dimuat turun daripada https://www.consumerbarometer.com/en/insights/?countryCode=MY pada 14 Julai 2016. Bell, G. & Gemmell, J. (1996). On ramp prospects for the information super highway dream. Communications of the ACM, 39(6), 37. Berita Harian, (1 Ogos 2000), Asean Belum Sedia Laksanakan e-dagang. www.bharian.com.my capaian pada 24 Julai 2016. Bernama. (29 Jun 2015). Potensi E-Dagang Belum Dimanfaatkan Sepenuhnya – Ahmad Shabery Chik, Menteri Komunikasi dan Multimedia. www.bernama.com capaian pada 23 Julai 2016. Bhatnagar, A., Misra, S., & Rao, H.R. (2000). On risk, convenience and internet shopping behavior. Communications of the ACM, 48(2), 98–105. http://dx.doi.org/10.1145/353360.353371 Chandra, G. (2001). Pemasaran Global Edisi 1. Yongyakarta: Penerbit Andi. Chellappa, R.K. (2002). Customer’s Trust in Electronic Commerce Transactions: The Role of Perceived Privacy and Perceived Security. Unpublished manuscript, Emory University, Atlanta, GA. Chen, S. & Leteney, F. (2000), Get real! managing the next stage of internet retail. European Management Journal,18(5), 519–28. Childers, T.L., Carr, C.L., Peck, J., & Carson, S. (2001). Hedonic and utilitarian motivations for online retail shopping behavior. Journal of Retailing, 77(4), 511–35. Christodoulides, G. & Michaelidou, N. (2011). Shopping motives as antecedents of e-satisfaction and e-loyalty. Journal of Marketing Management, 27(1-2), 181-197. Comegys, C., Hannula, M., & Váisánen, J. (2009). Effects of consumer trust and risk ononline purchase decision-making: a comparison of Finnish and

76 Jurnal Pengguna Malaysia

United States students. International Journal of Management, 26(2), 295–308. Culnan, M.J. (1999). Georgetown Internet Privacy Policy Study [On-line]. Dimuat turun daripada http://www.ftc.gov.opa/1999/9905/culnan.htm Davis, F.D. (1993). User acceptance of information technology: system characteristics, user perceptions and behavioral impacts. International Journal of Man-Machine Studies, 38(3), 475-487. Elliot, S. & Fowell, S. (2000). Expectations versus reality: a snapshot of consumer experiences with internet retailing. International Journal of Information Management, 20(5), 323–336. Gefen, D. (2000). E-commerce: the role of familiarity and trust. Omega, 28(6), 725–737. Grace, T.R. & Lin, Chia-C.S. (2009). Factors influencing satisfaction and loyalty in online shopping: an integrated model. Online Information Review, 33, 458– 475. Grewal, D., Iyer, G.R., & Levy, M. (2002). Internet retailing: enablers, limiters and market consequences. Journal of Business Research, 57(7), 703-713. Guo, X., Ling, K.C., & Liu, M. (2012). Evaluating factors influencing customer satisfaction towards online shopping in China. Asian Social Science, 8(13), 40-50. Hamill, J. (1997). The internet and international marketing. International Marketing Review, 14(5), 300–323. Han, H., Ocker, R., & Fjermestad, J. (2001). An investigation of university students’ on-line shopping behavior. Proceedings of the 7th Americas Conference on Information Systems, 930–933. Harn, A.C.P., Khatibi, A., & Ismail, H. (2006). E-Commerce: a study on online shopping in Malaysia. Journal of Social Science, 13(3), 231–242. Hoffman, D.L., Kalsbeek, L., & Novak, T.P. (1996). Internet and web use in the USA. Communications of the ACM, 39, 36–46. Internet Retailer (2011), [online] Dimuat turun daripada http://www.Internetretailer.com/2011/02/17/e-commerce-sales-rise-148-2010

77Jurnal Pengguna Malaysia

Keen, C., Wetzels, M., de Ruyter, K., & Feinberg, R. (2004). E-tailers versus retailers: which factors determine consumer preferences? Journal of Business Research, 57, 685-695. Khristianto,W., Kertahadi, I., & Suyadi, I. (2012). The influence of information, system and service on customer satisfaction and loyalty in online shopping. International Journal of Academic Research, 4(2), 28-32. Klein, L.R. (1998). Evaluating the potential of interactive media through a newlens: search versus experience goods. Journal of Business Research, 41, 195–203. Laporan Ekonomi (2013/2014). Kementerian Kewangan Malaysia. Statistik Sosial Media bagi Malaysia, 2012. Laudon, K.C. & Traver, C.G. (2002). E-Commerce: Business, Technology and Society. New York: Addison Wesley. Lee, M.K.O. & Turban, E. (2001). A trust model for consumer internet shopping. International Journal of Electronic Commerce, 6(1), 75–91. Liao, Z. & Cheung, M.T. (2001). Internet-based e-shopping and consumer attitudes: an empirical study. Information and Management, 38(5), 299–306. Liang, T.P. & Lai, H.J. (2002). Effect of store design on consumer purchases: an empirical study of on-line bookstores. Information and Management, 39(6), 431–444. Lim, H. & Dubinsky, A.J. (2004). Consumers’ perceptions of e-shopping characteristics: an expectancy-value approach. The Journal of Services Marketing, 18(6), 500–513. Liu, C. & Guo, Y. (2008). Validating the end-user computing satisfaction instrument for online shopping systems. Journal of Organizational and End User Computing, 20(4), 74–96. Lopes, A.B. & Galletta, D.F. (2006). Consumer perceptions and willingness to pay for intrinsically motivated online content. Journal of Management Information Systems, 23(2), 203–231. http://dx.doi.org/10.2753/ MIS0742-1222230209. Monsuwe, T.P.Y., Dellaert, B.G.C., & Ruyter, K.D. (2004). What drives consumers to shop online? A literature review. International Journal of Service Industry Management, 15(1), 102–121.

78 Jurnal Pengguna Malaysia

Montoya-Weiss, M., Voss, G.B., & Grewal, D. (2000). Bricks to clicks: what drives customer use of the internet in a multi-channel environment. Working Paper. Caroline State University. Mostafa, R., Wheeler, C., & Jones, M. (2005). Entrepreneurial orientation, commitment to the internet and export performance in small and medium sized exporting firms. Journal of International Enterprenuership, 3(4), 291–302. Nik Rahim Bin Nik Wajis. (2009). E-dagang Menurut Perspektif Islam. Jabatan Syariah, Institut Pengajian Islam, Universiti Brunei Darussalam. Noordin Zakaria. (2012). Perniagaan Internet patuh dengan syariah?. Dewan Ekonomi, 17–20. Paul, P. (1996). Marketing on the internet. Journal of Consumer Marketing, 13(4), 27–39. Pavlou, P.A. & Gefen, D. (2002). Building effective online market places with institution-based trust. Proceedings of the Twenty-Third International Conference on Information Systems (ICIS), Barcelona, pp. 667–675. Paynter, J. & Lim, J. (2001). Drivers and impediments to e-commerce in Malaysia. Malaysian Journal of Library and Information Science, 6(2), 1-19. Peattie, K. (1997). The marketing mix in the third age of computing. Marketing Intelligence and Planning, 15(3), 142–150. Peterson, R.A., Balasubramanian, S., & Bronnenberg, B.J. (1997). Exploring the implications of the internet for consumer marketing. Journal of Academy of Marketing Science, 24(4), 329–346. Prasad, C. & Aryasri, A. (2009). Determinants of shopper behavior in e-tailing: an empirical analysis. Paradigm, 13(1), 73–83. Szymanski, D.M. & Hise, R.T. (2000). E-satisfaction: An Initial Examination. Journal of Retailing, 76(3), 309–22. Vijayasarathy, L.R. (2002). Product characteristics and internet shopping intentions. Internet Research: Electronic Networking Applications and Policy, 12(2), 411–426.

79Jurnal Pengguna Malaysia

Wang, C.L., Ye, L.R., Zhang, Y., & Nguyen, D.D. (2005). Subscription to fee-based online services: what makes consumer pay for online content?”. Journal of Electronic Commerce Research, 6(4), 301–311. Whysall, P. (2000). Retailing and the internet: a review of ethical issues. International Journal of Retail and Distribution Management, 28(11), 481–489. Yu, T. & Wu, G. (2007). Determinants of internet shopping behavior: an application of Reasoned Behavior Theory. International Journal of Management, 24(4), 744–762, 823. Zeithaml, L., Berry,L., & Parasuraman, A. (2002). An empirical examination of the service quality-value-loyalty chain in an electronic channel. Working Paper. University of North Carolina. Sumber: Statistik Kes Penipuan Laman Web E-Dagang Jual Beli Online | melvister.com capaian pada 5 Julai 2016. Sumber: Statistik penggunaan “e-commerce” di Malaysia 2015 https://www.statista.com/outlook/243/122/e-commerce/malaysia capaian pada 1 Julai 2016.

80 Jurnal Pengguna Malaysia

TAHAP PENERIMAAN DAN PENGAPLIKASIAN PENGETAHUAN DAN

KEMAHIRAN PESERTA TERHADAP PROGRAM KEPENGGUNAAN KPDNKK

Othman Che Jusoh1

Mohamad Fazli Sabri2 Ismi Arif Ismail3 Turiman Suandi4

Ahmad Hariza Hashim5 Soaib Asimiran6

1,3,4,6Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia 2,5Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Pengenalan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah ditubuhkan pada 27 Oktober tahun 1990. Penubuhan KPDNKK bertujuan untuk menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang beretika sekali gus dapat melindungi kepentingan pengguna itu sendiri (KPDNKK, 2015). Pada tahun 2009, peranan dan fungsi kementerian ini telah diperluaskan lagi dengan merangkumi sektor francais dan koperasi yang ada di negara ini. Bagi melancarkan pelaksanaan pendidikan kepenggunaan secara menyeluruh kepada pengguna, pihak kementerian telah mewujudkan Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BGK) dan Majlis Gerakan Pengguna (MGP). KPDNKK terdiri daripada 17 bahagian utama dan salah satu daripada bahagian tersebut ialah Bahagian Gerakan Kepenggunaan (BGK) (KPDNKK, 2015). BGK merupakan satu bahagian teras di kementerian yang bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat dan melaksanakan aktiviti kesedaran kepenggunaan kepada setiap lapisan masyarakat. Objektif penubuhan BGK adalah untuk meningkatkan kesedaran dan perlindungan pengguna melalui latihan dan pendidikan kepenggunaan dan penyediaan sumber maklumat yang berkaitan. Selain itu, objektif BGK ialah membangunkan gerakan kepenggunaan yang lebih berkesan dan menguruskan aduan pengguna secara efisien (Bahagian Gerakan Kepenggunaan, 2015). Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPK) merupakan wakil persatuan yang telah dilantik oleh menteri KPDNKK. Objektif penubuhan MGPK adalah untuk membincangkan isu-isu kepenggunaan, menyelaraskan pelaksanaan program dan aktiviti

81Jurnal Pengguna Malaysia

kepenggunaan pada peringkat negeri dan daerah. Selain itu, MGPK berperanan sebagai badan perantaraan (liason) antara pihak kerajaan dengan kerajaan negeri berkenaan bidang kepenggunaan (Gerakan Kepenggunaan, 2015). Oleh itu, pelaksanaan program kepenggunaan adalah bertujuan untuk memberikan pendidikan dan kesedaran pengguna, perlindungan pengguna dan membangunkan gerakan kepenggunaan. Program kepenggunaan yang dijalankan ini merangkumi pelbagai peringkat umur dan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Program kepenggunaan dijalankan bertujuan untuk membantu KPDNKK dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepenggunaan terhadap pengguna (KPDNKK, 2015). Oleh yang demikian, penilaian sesuatu program kepenggunaan adalah amat penting kerana ia merupakan satu proses untuk mengukur tahap pencapaian sesuatu program kepenggunaan, sama ada telah berjaya atau gagal dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran serta keuntungan pelaburan sesuatu organisasi terhadap sesuatu program kepenggunaan yang dilaksanakan (Alvarez, Salas, & Garofano, 2004). Selain itu juga, penilaian sesuatu program kepenggunaan juga bertujuan untuk penambahbaikan program pendidikan kepenggunaan pada masa akan datang. Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tahap penerimaan pengetahuan dan kemahiran serta pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran peserta yang mengikuti program kepenggunaan anjuran pihak KPDNKK. Kajian Literatur Pengguna merangkumi semua indvidu, iaitu merupakan kumpulan ekonomi terbesar yang terasa akan kesan dan memberi kesan dalam pasaran (Kennedy, 1960). Dewasa ini, walaupun media massa sering memaparkan maklumat berkenaan kepenggunaan, namun pengguna masih kurang pendedahan dan tidak faham akan hak pengguna. Hal ini kerana pengguna sering beranggapan bahawa hak pengguna ini tidak begitu penting, justeru menyebabkan pengetahuan hak-hak pengguna tidak difahami dalam kalangan masyarakat. Selain itu, masyarakat sendiri tidak mengetahui siapa yang tergolong dalam kelompok pengguna. Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) mendefinisikan pengguna sebagai seorang yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau kepenggunaan diri sendiri, isi rumah dan tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan terutamanya bagi maksud membekal semula secara perdagangan menggunakannya dalam suatu proses pengilangan atau dalam hal barang, membaiki atau mengolah secara perdagangan, barang lain atau lekapan pada tanah. Secara ringkasnya,

82 Jurnal Pengguna Malaysia

pengguna merujuk kepada seseorang yang menggunakan sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dibeli sendiri atau tidak untuk kegunaan diri sendiri atau isi rumah. Sekiranya seseorang membeli dengan tujuan untuk menjual semula dan mendapatkan keuntungan ia tidak dikira sebagai pengguna. Vermeulen (2002) menyatakan konsep penerimaan latihan (program) didefinisikan sebagai pergerakan satu hala, iaitu daripada pembelajaran kepada pembelajaran dan pengalaman. Pengetahuan dan kemahiran merujuk kepada input yang diperoleh setelah menjalani program kepenggunaan yang dianjurkan oleh KPDNKK. Penerimaan pengetahuan dan kemahiran yang baik secara umumnya menjadikan peserta dapat mengaplikasikan segala pengetahuan kemahiran yang diperoleh daripada program di tempat kerja dan dapat diamalkan untuk satu tempoh yang lama. Oleh yang demikian, penerimaan latihan (program) yang positif menunjukkan tahap pelatih mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperoleh daripada program di tempat kerja sebenar adalah tinggi (Elangonvan & Karakowsky,1999). Program yang berkesan bukan sahaja menampakkan kesan luaran kepada individu tersebut seperti bertambah rajin dan sebagainya tetapi juga menambahkan pengetahuan serta kemahiran. Namun, jika sebaliknya yang berlaku, individu terbabit tidak menunjukkan kesan, malahan memberikan kesan yang tidak baik kepada organisasi, maka penyertaan individu tersebut dalam program kepenggunaan tidak memberi kesan positif kepada dirinya menurut Elliot et al.,(2009). Objektif asas KPDNKK mengadakan program kepenggunaan program adalah untuk menyebarkan pendidikan kepenggunaan dan dapat membantu memastikan keupayaan pengguna dalam menghadapi sebarang penindasan. Secara umumnya, penilaian program adalah satu proses mengubah tingkah laku kerja seseorang sama ada dalam bentuk perubahan sikap, pengetahuan dan juga kemahiran untuk menjadikan seseorang itu berasa lebih yakin, intelektual, efektif dan dapat mengamalkan apa-apa yang dipelajari untuk kepentingan diri dan organisasi (Apurata, Ahmad, & Ahmad,1998). Menurut Goldstein dan Ford (2002), penilaian program merupakan satu proses sistematik untuk mengumpul data dan maklumat bagi membentuk keberkesanan program. Penilaian program juga sering memberi tumpuan hanya kepada kuantiti program dan bukan kepada kualiti program (Huang, 2001). Oleh itu, program kepenggunaan tidak dianggap berkesan sekiranya program tersebut tidak mendatangkan hasil peningkatan produktiviti kepada individu yang menyertai program dan organisasi. Sehubungan itu, bagi memastikan keberkesanan program tersebut, penilaian program perlu dilakukan (Bramley & Kitson, 2002). Selain itu, Salas et al. (2005) juga turut menyokong bahawa penilaian program dapat membantu untuk menentukan

83Jurnal Pengguna Malaysia

sama ada kesan sesuatu program dapat diaplikasikan ke dalam amalan secara berkesan atau tidak berkesan. Metodologi Data kajian ini melibatkan seramai 4,716 responden, iaitu merangkumi 14 buah negeri yang terdapat di Malaysia. Peserta yang terlibat dalam kajian ini merupakan para peserta daripada lima buah program yang dianjurkan oleh KPDNKK iaitu Kelab Pengguna Sekolah, Gerakan Pengguna Siswa, Program Luar Bandar, Bulan Pengguna Kebangsaan dan Gerakan Pengguna Kebangsaan. Program-program yang dianjurkan ini diadakan di sekolah-sekolah, Institut Pengajian Tinggi, kampung-kampung yang terpilih dan program kepenggunaan semasa Bulan Pengguna Kebangsaan. Pengumpulan data kajian adalah dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi empat bahagian. Bahagian A berkisar tentang maklumat demografi peserta, Bahagian B berkenaan sumber-sumber kepenggunaan yang diukur menggunakan skala 1 (sumber paling sedikit/tiada) hingga skala 10 (sumber paling banyak). Seterusnya, Bahagian C berkenaan penerimaan pengetahuan dan kemahiran, dan Bahagian D berkenaan pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran. Dalam Bahagian C dan D, pengukuran dibuat menggunakan skala1= sangat tidak setuju, sehingga skala 5 = sangat setuju. Soalan yang digunakan dalam borang soal selidik ini merupakan adaptasi daripada instrumen yang dibentuk oleh Haslinda dan Muhyidin (2009) berdasarkan kajian mereka, iaitu kajian keberkesanan program dalam kalangan kakitangan awam di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa soalan yang telah diubah suai bagi memastikan ia selari dengan objektif kajian dan bersesuaian dengan golongan sasaran responden. Data dianalisis menggunakan Statistical Package of The Social Science For Windows (SPSS). Analisis yang digunakan ialah analisis deskriptif yang bertujuan untuk menerangkan latar belakang responden, tahap penerimaan pengetahuan, pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran peserta terhadap program kepenggunaan anjuran KPDNKK. Hasil Kajian dan Perbincangan Latar belakang responden Daripada 4,716 orang responden yang terlibat dalam kajian ini, sebanyak 26.7 peratus merupakan lelaki dan seramai 73.3 peratus merupakan perempuan. Dari segi kategori umur pula, sebanyak 51.9 peratus responden terdiri daripada kalangan berumur 15 tahun hingga berumur 24 tahun dan sebanyak 42.4 peratus berumur dalam lingkungan 25 tahun hingga 59 tahun. Selebihnya, responden yang berumur dalam lingkungan 14 tahun ke bawah

84 Jurnal Pengguna Malaysia

(4.4%) dan golongan yang berumur 60 tahun ke atas (1.3%). Majoriti peserta yang menyertai program kepenggunaan ini berstatus bujang iaitu sebanyak 80.0 peratus manakala sebanyak 20.0 peratus responden telah berkahwin. Dari segi pecahan etnik pula, sebanyak 92.8 peratus peserta ialah etnik Melayu, diikuti etnik Cina sebanyak 4.1 peratus dan 2.1 peratus terdiri daripada kalangan etnik India manakala sebanyak 1.0 peratus daripada kalangan lain-lain etnik. Bagi tahap pendidikan, sebanyak 56.9 peratus berkelulusan kolej/universiti manakala sebanyak 40.5 peratus berkelulusan sekolah menengah. Seterusnya, sebanyak 2.6 peratus responden tidak bersekolah. Berdasarkan latar belakang, menunjukkan responden yang terlibat dalam kajian ini merangkumi pelbagai peringkat umur, etnik dan tahap pendidikan. Walaupun majoriti responden yang terlibat berstatus bujang, namun impak yang diperoleh daripada program ini boleh diaplikasikan apabila responden berkahwin kelak. Jadual 1 menunjukkan latar belakang responden dalam kajian ini.

Jadual 1: Latar Belakang Responden (n=4716)

Angkubah n % Jantina Lelaki Perempuan

52

143

26.7 73.3

Umur Bawah 14 Tahun 15 Tahun – 24 Tahun 25 Tahun – 59 Tahun 60 Tahun dan ke atas Taraf Perkahwinan Bujang Berkahwin Bercerai Duda/Janda

208

2447 2001

60

156 39 0 0

4.4

51.9 42.4 1.3

80.0 20.0

0 0

Etnik Melayu Cina India Lain-lain

181

8 4 2

92.8 4.1 2.1 1.0

Tahap Pendidikan Tidak Bersekolah Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kolej/Universiti

5 0

79 111

2.6 0

40.5 56.9

85Jurnal Pengguna Malaysia

Sumber-sumber info kepenggunaan Bagi mengetahui sumber responden mendapatkan maklumat kepenggunaan, soalan berkenaan sumber-sumber kepenggunaan telah ditanya kepada responden. Hasil kajian sumber-sumber kepenggunaan ini diukur menggunakan purata bagi setiap item. Berdasarkan Jadual 2, sumber utama responden mendapat maklumat kepenggunaan ialah melalui media elektronik (TV, radio, Internet, buku, risalah, iaitu dengan purata=7.58) dan melalui media cetak (surat khabar, majalah iaitu dengan purata=6.92). Purata terendah iaitu 4.72 pula ialah melalui sumber NGO. Keadaan ini menunjukkan sumber media elektronik dan media cetak merupakan medium penting untuk pengguna memperoleh maklumat berkaitan kepenggunaan. Bagi sumber NGO pula, sekiranya peranan mereka diperluaskan, mereka juga boleh menjadi salah satu sumber penting dalam menyebarkan maklumat berkenaan kepenggunaan kepada pengguna.

Jadual 2: Sumber-sumber Kepenggunaan

Bil. Sumber Kepenggunaan Purata 1. Media Elektronik (TV, Radio, Internet, Buku, Risalah) 7.58 2. Media Cetak (Surat Khabar, Majalah) 6.92 3. Agama 6.50 4. Guru 6.35 5. Program Pendidikan 6.35 6. Ibu Bapa 6.15 7. Masyarakat Setempat 6.10 8. Pembelajaran Dalam Kelas 5.97 9. Rakan 5.93

10. Adik Beradik 5.82 11. Bulan Pengguna Kebangsaan 5.48 12. Jiran Tetangga 5.33 13. Program Luar Bandar 5.28 14. Gerakan Pengguna Siswa 5.25 15. Kelab Pengguna Sekolah 5.24 16. NGO Kepenggunaan 4.72

*Nota: Skala 1 = sumbar paling sedikit/tiada hingga 10 = sumber paling banyak Penerimaan pengetahuan dan kemahiran Penerimaan pengetahuan dan kemahiran peserta ini diukur dengan menggunakan 13 soalan. Analisis dijalankan bagi mengetahui dengan lebih terperinci taburan penerimaan pengetahuan dan kemahiran peserta.

86 Jurnal Pengguna Malaysia

Jadu

al 3

: Pen

erim

aan

Peng

etah

uan

dan

Kem

ahir

an P

eser

ta

Bil.

Pe

nyat

aan

1 n(

%)

2 n(

%)

3 n(

%)

4 n(

%)

5 n(

%)

Pura

ta

Sd

1.

Info

Kep

engg

unaa

n da

pat m

enin

gkat

kan

taha

p pe

nget

ahua

n sa

ya se

baga

i pen

ggun

a.

108

(2.3

) 14

3 (3

.0)

1080

(2

2.9)

20

76

(44.

0)

1309

(2

7.8)

3.

92

0.91

0

2.

Info

Kep

engg

unaa

n da

pat m

enin

gkat

kan

taha

p ke

mah

iran

kepe

nggu

naan

saya

. 72

(1

.5)

187

(4.0

) 11

55

(24.

5)

2167

(4

5.9)

11

35

(24.

1)

3.87

0.

875

3.

Info

Kep

engg

unaa

n ya

ng te

lah

dipe

role

h ad

alah

ber

kait

deng

an k

ehid

upan

seha

rian

saya

seba

gai p

engg

una.

74

(1.6

) 16

3 (3

.5)

1197

(2

5.4)

20

65

(43.

8)

1217

(2

5.8)

3.

89

0.88

3

4.

Saya

lebi

h m

emah

ami h

ak d

an

tang

gung

jaw

ab sa

ya se

baga

i pen

ggun

a.

75

(1.6

) 16

2 (3

.4)

1062

(2

2.5)

20

43

(43.

3)

1374

(2

9.1)

3.

95

0.89

1

5.

Saya

lebi

h m

emah

ami u

ndan

g-un

dang

pe

rlind

unga

n pe

nggu

na.

74

(1.6

) 17

9 (3

.8)

1218

(2

5.8)

21

24

(45.

0)

1121

(2

3.8)

3.

86

0.87

7

6.

Info

Kep

engg

unaa

n da

pat m

enin

gkat

kan

pote

nsi s

aya

seba

gai p

engg

una

yang

bija

k pa

da m

asa

hada

pan.

76

(1.6

) 15

7 (3

.3)

1071

(2

2.7)

20

89

(44.

3)

1323

(2

8.1)

3.

94

0.88

4

7.

Saya

tela

h m

empe

laja

ri ke

mah

iran

kepe

nggu

naan

yan

g ba

ru.

95

(2.0

) 18

1 (3

.8)

1188

(2

5.2)

21

08

(44.

7)

1144

(2

4.3)

3.

85

0.89

9

8.

Kem

ahira

n ke

peng

guna

an sa

ya m

enja

di

lebi

h ba

ik se

lepa

s say

a m

empe

role

h m

aklu

mat

kep

engg

unaa

n be

rkai

tan

bara

ngan

dan

per

khid

mat

an.

86

(1.8

) 19

3 (4

.1)

1294

(2

7.4)

20

87

(44.

3)

1056

(2

2.4)

3.

81

0.89

0

87Jurnal Pengguna Malaysia

Jadu

al 3

(sam

bung

an)

Bil.

Pe

nyat

aan

1 n(

%)

2 n(

%)

3 n(

%)

4 n(

%)

5 n(

%)

Pura

ta

Sd

9.

Info

Kep

engg

unaa

n ya

ng te

lah

dipe

role

h m

emba

ntu

saya

men

jadi

pen

ggun

a ya

ng

lebi

h be

rtang

gung

jaw

ab.

81

(1.7

) 18

1 (3

.8)

1119

(2

3.7)

20

89

(44.

3)

1246

(2

6.4)

3.

90

0.89

4

10.

Info

Kep

engg

unaa

n ya

ng te

lah

dipe

role

h m

emba

ntu

saya

unt

uk m

emah

ami

mak

lum

at ik

lan.

101

(2.1

) 17

8 (3

.8)

1279

(2

7.1)

20

76

(44.

0)

1082

(2

2.9)

3.

82

0.90

1

11.

Info

Kep

engg

unaa

n ya

ng te

lah

dipe

role

h m

emba

ntu

saya

unt

uk m

enen

tuka

n ku

aliti

pr

oduk

.

122

(2.6

) 18

5 (3

.9)

1274

(2

7.0)

20

79

(44.

1)

1056

(2

2.4)

3.

80

0.91

8

12.

Info

Kep

engg

unaa

n ya

ng te

lah

dipe

role

hi

mem

bant

u sa

ya u

ntuk

mem

aham

i lab

el

prod

uk m

akan

an.

84

(1.8

) 24

7 (5

.2)

1341

(2

8.4)

21

01

(44.

6)

943

(20.

0)

3.76

0.

892

13.

Info

Kep

engg

unaa

n ya

ng te

lah

dipe

role

h m

endi

dik

saya

men

jadi

pen

ggun

a le

star

i. 92

(2

.0)

168

(3.6

) 12

95

(27.

5)

2098

(4

4.5)

10

63

(22.

5)

3.82

0.

887

*Not

a: S

kala

1=

sang

at ti

dak

setu

ju, 2

=tid

ak se

tuju

, 3=a

gak

setu

ju, 4

=set

uju,

5=s

anga

t set

uju

88 Jurnal Pengguna Malaysia

Berdasarkan Jadual 3, hasil analisis menunjukkan sebanyak 44.0 peratus responden bersetuju bagi soalan: Info kepenggunaan dapat meningkatkan tahap pengetahuan. Bagi soalan kedua pula, sebanyak 45.9 peratus responden bersetuju dengan Info kepenggunaaan dapat meningkatkan tahap kemahiran kepenggunaan. Seterusnya, sebanyak 43.8 peratus repsonden bersetuju bahawa Info kepenggunaan yang telah diperoleh berkait dengan kehidupan seharian. Sebanyak 43.4 peratus responden bersetuju dengan Saya lebih memahami hak dan tanggungjawab saya sebagai pengguna. Bagi item Saya lebih memahami undang-undang perlindungan pengguna, sebanyak 45.0 peratus responden bersetuju dan begitu juga dengan item Info Kepenggunaan dapat meningkatkan potensi saya sebagai pengguna yang bijak pada masa hadapan, iaitu sebanyak 44.3 peratus. Seterusnya, item Saya telah mempelajari kemahiran kepenggunaan yang baru, iaitu sebanyak 44.7 peratus item Info Kepenggunaan yang telah diperoleh membantu saya menjadi pengguna yang lebih bertanggungjawab, sebanyak 44.3 peratus item Info Kepenggunaan yang telah diperoleh membantu saya untuk memahami maklumat iklan, sebanyak 44.0 peratus, item Info Kepenggunaan yang telah diperolehi membantu saya untuk menentukan kualiti produk, sebanyak 44.1 peratus, item Info Kepenggunaan yang telah diperoleh membantu saya untuk memahami label produk makanan, sebanyak 44.6 peratus dan item Info Kepenggunaan yang telah diperoleh mendidik saya menjadi pengguna lestari, sebanyak 44.5 peratus. Bagi nilai purata pula, semua item menunjukkan nilai purata melebihi nilai 3. Menurut Singhapakdi (1996), nilai purata yang melebihi skala neutral iaitu 4 daripada 7 dianggap tinggi. Sehubungan itu, Haines dan Leonard (2007) telah menggunakan pendekatan yang sama tetapi mereka menggunakan skala 3 daripada 5 sahaja dalam kajian mereka. Hasil analisis purata bagi kajian ini melebihi nilai neutral 3. Oleh itu, tahap penerimaan pengetahuan dan kemahiran peserta adalah pada tahap yang tinggi sepanjang penyertaan mereka dalam program ini. Berdasarkan Jadual 4, hasil analisis menunjukkan lebih separuh daripada kalangan responden mempunyai tahap penerimaan pengetahuan dan kemahiran yang tinggi, iaitu sebanyak 56.2 peratus. Sebanyak 42.3 peratus responden pula menunjukkan tahap penerimaan yang sederhana terhadap pengetahuan dan kemahiran. Bagi tahap penerimaan yang rendah pula, hanya 1.4 peratus responden sahaja. Bagi nilai purata pula menunjukkan sebanyak 2.54. Hal ini menunjukkan secara puratanya, tahap penerimaan pengetahuan dan kemahiran responden pada tahap yang sederhana sepanjang mereka menjalani program kepenggunaan. Kesimpulannya, walaupun tahap penerimaan dan kemahiran responden pada tahap yang tinggi, namun hasil nilai purata menunjukkan tahap penerimaan mereka berada pada tahap sederhana.

89Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 4: Tahap Penerimaan Pengetahuan dan Kemahiran

Tahap Frekuensi Peratus (%) Rendah 68 1.4 Sederhana 1997 42.3 Tinggi 2561 56.2

Pengalikasian pengetahuan dan kemahiran Pengukuran pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran peserta ini menggunakan 11 soalan. Tujuan analisis dilakukan adalah untuk mengetahui dengan lebih terperinci tahap aplikasi pengetahuan dan kemahiran peserta. Berdasarkan Jadual 5, tahap pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran, hasil analisis menunjukkan sebanyak 43.9 peratus responden bersetuju bagi soalan Saya berkongsi pengetahuan kepenggunaan yang telah diperoleh bersama rakan-rakan, keluarga dan orang yang lain. Bagi soalan kedua pula, Saya dapat menjadi pengguna yang lebih berhemah dan tidak membazir, sebanyak 45.6 peratus responden bersetuju. Seterusnya, sebanyak 47.1 peratus repsonden bersetuju bahawa Saya mengamalkan gaya hidup dan corak pembelian yang bersederhana. Seterusnya, item Saya dapat membuat keputusan berkaitan kepenggunaan dengan lebih baik, sebanyak 44.4 peratus responden bersetuju dan item Saya lebih bersedia untuk berkongsi pendapat tentang kepenggunaan dengan orang lain, sebanyak 44.7 peratus responden bersetuju. Bagi item Saya mengurangkan penggunaan beg plastik untuk amalan penggunaan lestari, sebanyak 40.8 peratus responden bersetuju manakala bagi item Saya mengumpul barang-barang terpakai untuk dikitar semula, sebanyak 34.2 peratus responden bersetuju. Seterusnya, item Saya mengamalkan penggunaan lestari (5R) – rethink, repair, reuse, recycle, reduce, sebanyak 36.7% responden bersetuju, bagi item Saya membuat pembelian yang mendorong ke arah pembangunan lestari, sebanyak 41.2 responden bersetuju, bagi item Saya membuat pembelian yang berbaloi untuk setiap ringgit yang dibelanjakan, sebanyak 42.9 peratus resonden bersetuju dan item Saya membuat pembelian yang menyokong perniagaan beretika, sebanyak 42.3 peratus responden bersetuju. Hasil analisis purata bagi kajian ini melebihi nilai neutral 3, oleh itu tahap pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran peserta adalah pada tahap yang tinggi.

90 Jurnal Pengguna Malaysia

Jadu

al 5

: Pen

erim

aan

Peng

etah

uan

dan

Kem

ahir

an P

eser

ta

Bil.

Pe

nyat

aan

1 n(

%)

2 n(

%)

3 n(

%)

4 n(

%)

5 n(

%)

Pura

ta

Sd

1.

Saya

ber

kong

si p

enge

tahu

an k

epen

ggun

aan

yang

te

lah

dipe

role

h be

rsam

a ra

kan-

raka

n, k

elua

rga

dan

oran

g ya

ng la

in.

84

(1.8

) 27

2 (5

.8)

1332

(2

8.2)

20

71

(43.

9)

957

(20.

3)

3.75

0.

903

2.

Saya

dap

at m

enja

di p

engg

una

yang

lebi

h be

rhem

ah

dan

tidak

mem

bazi

r. 68

(1

.4)

154

(3.3

) 10

97

(23.

3)

2150

(4

5.6)

12

47

(26.

4)

3.92

0.

867

3.

Saya

men

gam

alka

n ga

ya h

idup

dan

cor

ak p

embe

lian

yang

ber

sede

rhan

a.

72

(1.5

) 16

5 (3

.5)

1170

(2

4.8)

22

22

(47.

1)

1087

(2

3.0)

3.

87

0.85

9

4.

Saya

dap

at m

embu

at k

eput

usan

ber

kaita

n ke

peng

guna

an d

enga

n le

bih

baik

. 78

(1

.7)

152

(3.2

) 11

67

(24.

7)

2092

(4

4.4)

12

27

(26.

0)

3.90

0.

881

5.

Saya

lebi

h be

rsed

ia u

ntuk

ber

kong

si p

enda

pat

tent

ang

kepe

nggu

naan

den

gan

oran

g la

in.

74

(1.6

) 21

3 (4

.5)

1236

(2

6.2)

21

06

(44.

70

1087

(2

3.0)

3.

83

0.88

7

6.

Saya

men

gura

ngka

n pe

nggu

naan

beg

pla

stik

unt

uk

amal

an p

engg

unaa

n le

star

i. 10

5 (2

.2)

246

(5.2

) 13

32

(28.

2)

1924

(4

0.8)

11

09

(23.

5)

3.78

0.

938

7.

Saya

men

gum

pul b

aran

g-ba

rang

terp

akai

unt

uk

diki

tar s

emul

a.

247

(5.2

) 48

8 (1

0.3)

15

17

(32.

2)

1612

(3

4.2)

85

2 (1

8.1)

3.

49

1.06

4

8.

Saya

men

gam

alka

n pe

nggu

naan

lest

ari (

5R) –

re

thin

k, re

pair

, reu

se, r

ecyc

le, r

educ

e.

165

(3.5

) 41

2 (8

.7)

1509

(3

2.0)

17

33

(36.

7)

897

(19.

0)

3.59

1.

004

9.

Saya

mem

buat

pem

belia

n ya

ng m

endo

rong

ke

arah

pe

mba

ngun

an le

star

i. 11

9 (2

.5)

277

(5.9

) 14

68

(31.

1)

1945

(4

1.2)

90

7 (1

9.2)

3.

69

0.93

2

10.

Saya

mem

buat

pem

belia

n ya

ng b

erba

loi u

ntuk

setia

p rin

ggit

yang

dib

elan

jaka

n.

91

(1.9

) 19

8 (4

.2)

1209

(2

5.6)

20

24

(42.

9)

1194

(2

5.3)

3.

85

0.91

1

11.

Saya

mem

buat

pem

belia

n ya

ng m

enyo

kong

pe

rnia

gaan

ber

etik

a.

94

(2.0

) 17

6 (3

.7)

1192

(2

5.3)

19

93

(42.

3)

1260

(2

6.70

3.

88

0.91

4

*Not

a: S

kala

1=

sang

at ti

dak

setu

ju, 2

=tid

ak se

tuju

, 3=a

gak

setu

ju, 4

=set

uju,

5=s

anga

t set

uju.

91Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 6: Tahap Pengaplikasian Pengetahuan dan Kemahiran

Tahap Frekuensi Peratus (%) Rendah 105 2.2

Sederhana 4082 86.6 Tinggi 528 11.2

Hasil analisis Jadual 6 menunjukkan majoriti daripada kalangan responden mempunyai tahap pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran pada tahap yang sederhana, iaitu sebanyak 86.6 peratus. Sebanyak 11.2 peratus responden pula menunjukkan tahap pengaplikasian yang tinggi. Hanya 2.2 peratus sahaja responden berada pada tahap yang rendah. Berdasarkan analisis nilai purata, menunjukkan sebanyak 2.08. Nilai purata melebihi 3 daripada 5 menunjukkan nilai yang baik bagi kajian tersebut (Haines & Leonard, 2007). Oleh itu, hasil kajian ini menunjukkan tahap penerimaan pengetahuan dan kemahiran responden pada tahap yang sederhana sepanjang mereka menjalani program kepenggunaan. Walaupun tahap penerimaan pengetahuan dan kemhiran berada pada tahap yang tinggi, namun secara puratanya tahap penerimaan pengetahuan dan kemahiran responden berada pada tahap yang sederhana. Kesimpulan dan Implikasi Kesimpulannya, walaupun responden telah terdedah dengan sumber-sumber maklumat kepenggunaan melalui media elektronik (TV, radio, Internet, buku, risalah) sebelum menyertai program kepenggunaan ini, tahap penerimaan pengetahuan dan kemahiran responden terhadap program kepenggunaan adalah pada tahap yang sederhana. Begitu juga dengan tahap pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran responden. Namun begitu, penyertaan mereka dalam program kepenggunaan dilihat dapat membantu meningkatkan tahap penerimaan pengetahuan dan kemahiran serta tahap pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai pengguna dalam kehidupan seharian. Ia secara tidak langsung dapat memperluaskan apa-apa yang dipelajari dengan pengguna yang lain, sekali gus dapat meningkatkan jumlah pengguna bijak di negara ini. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan tahap penerimaan pengetahuan dan kemahiran serta tahap pengaplikasian pengetahuan dan kemahiran responden. Bagi memperluaskan ilmu kepenggunaan dan kemahiran kepada masyarakat dengan lebih menyeluruh, penganjuran program perlu dilakukan dengan lebih berfokus. Contohnya menganjurkan program kepenggunaan di sekolah-sekolah rendah bagi memberikan pendedahan berkenaan pengetahuan dan kemahiran kepenggunaan dari peringkat awal. Selain itu, sistem pendidikan pengguna juga boleh diadaptasikan ke dalam sistem pendidikan yang sedia ada bagi memastikan penghayatan dan pendedahan ilmu kepenggunaan diterapkan

92 Jurnal Pengguna Malaysia

sejak awal persekolahan. Sekiranya insiatif ini dilakukan, pengguna akan lebih berpengetahuan, sekali gus akan mempengaruhi tingkah laku meraka pada masa hadapan. Rujukan Alvarez, K., Salas, E., & Garofano, C.M. (2004). An integrated model of training evaluation and effectiveness. Human Resource Development Review, 3(4), 385–416. Apurata, M.C.I.M., Ahmad, N., Halib, N., & Ahmad, I. (2012). Synthesis and characterization of thermo-and ph-responsive bacterial cellulose/acrylic acid Hydrogels for drug delivery. Carbohydrate Polymers, 88(2), 465–473. Baldwin, T.T., Ford, J.K., Blume, B.D., & Huang, J.L. (2010). Transfer of training: a meta-analytic review. Journal of Management, 36(4), 1065–1105. Bramley, P. & Kitson, B. (1994). Evaluating training against business criteria. Journal of European Industrial Training, 18(1), 10–14. Cheng, E.W. & Hampson, I. (2008). Transfer of training: a review and new insights. International Journal of Management Reviews, 10(4), 327–341. Elangovan, A.R. & Karakowsky, L. (1999). The role of trainee and environmental factors in transfer of training: an exploratory framework. Leadership and Organization Development Journal, 20(5), 268–276. Goldstein, I.L. & Ford, J.K. (2002). Training In Organizations: Needs Assessment, Development, and Evaluation. Belmont, CA: Wadsworth. Haines, R. & Leonard, L.N. (2007). Individual characteristics and ethical decision-making in an IT context. Industrial Management and Data Systems, 107(1), 5–20. Huang, M.H., Mao, S., Feick, H., Yan, H., Wu, Y., Kind, H., & Yang, P. (2001). Room-temperature ultraviolet nanowire nanolasers. Science, 292(5523), 1897–1899. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). (2015). Latar belakang KPDNKK. Dimuat turun daripada http://www.kpdnkk.gov.my/index.php/my/kpdnkk/profil-kementerian/latar-belakang pada Jun 22, 2015.

93Jurnal Pengguna Malaysia

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). (2015). Bahagian gerakan kepenggunaan. Dimuat turun daripada http://www.kpdnkk.gov.my/index.php/my/kpdnkk/2013-01-31-07-00-50/bahagian-gerakan-kepenggunaan/maklumat-bahagian-gerakan-kepenggunaan pada Jun 22, 2015. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK). (2015). Program pembangunan gerakan kepenggunaan. Dimuat turun daripada http://www.kpdnkk.gov.my/index.php/my/pengguna/2013-01-31-06-54-40/program-pembangunan-gerakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan pada Jun 22, 2015. Kennedy, J.F., White, T.H., & Nixon, R.M.(1961). Making of the President, 1960. Lee, S.H. & Pershing, J.A. (2002). Dimensions and design criteria for developing training reaction evaluations. Human Resource Development International, 5(2), 175–197. Pekrun, R., Elliot, A.J., & Maier, M.A. (2009). Achievement goals and achievement emotions: testing a model of their joint relations with academic performance. Journal of educational Psychology, 101(1), 115. Saks, A.M., Haccoun, R. R., & Belcourt, M. (2010). Managing Performance Through Training and Development. Cengage Learning. Salas, E., Mathieu, J. E., Heffner, T.S., Goodwin, G.F., & Cannon-Bowers, J.A. (2005). Scaling the quality of teammates' mental models: equifinality and normative comparisons. Journal of Organizational Behavior, 26(1), 37–56. Singhapakdi, A. (1996). Problems, Theoretical Foundation and Empirical Evidende. South Western Marketing Association Conference. San Antonio, Texas. Velada, R., Caetano, A., Michel, J.W., Lyons, B.D., & Kavanagh, M.J. (2007). The effects of training design, individual characteristics and work environment on transfer of training. International Journal of Training and Development, 11(4), 282–294. Vermeulen, F. & Barkema, H. (2002). Pace, rhythm, and scope: process dependence in building a profitable multinational corporation. Strategic Management Journal, 23(7), 637–653.

94 Jurnal Pengguna Malaysia

POLA PERBELANJAAN DAN TABUNGAN, SERTA STATUS PEMBIAYAAN DALAM

KALANGAN PEMIUTANG KENDERAAN, PERIBADI DAN KAD KREDIT DI SELANGOR

Norain Mod Asri

Fariza Ahmad Norlaila Abu Bakar

Rozarina Izura Tukiran Fadhilah Hairol Zaman

Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengenalan Peningkatan berterusan dalam nisbah hutang isi rumah berbanding dengan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan pertambahan jumlah individu yang diisytiharkan muflis setiap tahun sebenarnya boleh mengarah kepada masyarakat terperangkap dalam masalah kitaran defisit-hutang yang seterusnya akan merosakkan kelestarian ekonomi sesebuah negara. Perlu ditegaskan bahawa peningkatan hutang isi rumah yang pada awalnya membantu pertumbuhan penggunaan akan menyebabkan ekonomi yang sedang berkembang menjadi merudum dengan cepat (Azlina, Tamat, & Abu Hassan Shaari, 2013) terutama jika hutang tersebut tidak terkawal (Athanassiou, 2012). Jelas sekali hubungan antara hutang dengan output menjadi negatif akibat pengumpulan hutang berlebihan (Kim, 2013). Jika diperhalusi kes hutang isi rumah di Malaysia, laporan Bank Negara Malaysia (2015) menunjukkan nisbah paras hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mengalami peningkatan daripada 57% (2002) kepada 86.8% (2014) dan 89.1% (2015). Hal ini menjadikan Malaysia antara negara yang mempunyai paras hutang tertinggi antara negara membangun di Asia. Seperkara yang perlu diberi perhatian di sini ialah pertumbuhan hutang tersebut sebenarnya tidak selaras dengan peningkatan pendapatan yang lebih rendah dan dicerminkan oleh pertumbuhan KDNK. Hal ini kerana pinjaman isi rumah daripada bank dan bukan bank meningkat 7.3% pada tahun 2015 (Bank Negara Malaysia, 2015) berbanding dengan pertumbuhan sebenar KDNK sebanyak 5% pada tahun yang sama (Unit Perancang Ekonomi, 2015). Peningkatan hutang

95Jurnal Pengguna Malaysia

tersebut pula banyak disumbangkan oleh pertumbuhan pembiayaan untuk tujuan peribadi dan pembelian rumah. Di samping itu, menurut laporan Bank Negara Malaysia (2015) lagi, walaupun agregat nisbah aset kewangan isi rumah kepada hutang tetap kekal dua kali sejak lima tahun yang lalu (2011 hingga 2015), namun paras leveraj (yakni nisbah hutang terkumpul kepada pendapatan tahunan) pada tahun 2015 ternyata tinggi dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan (23.6%) dan lebih tinggi lagi bagi isi rumah dengan pendapatan melebihi RM5,000 (55.2%). Namun, trend bagi paras leveraj sektor isi rumah dengan pendapatan bulanan rendah (RM3,000) ini dilihat semakin menurun daripada 24.3% (2014) kepada 23.6% (2015). Hal ini mencerminkan kemampuan membayar balik pinjaman yang lebih baik walaupun pada kadar pembayaran yang rendah. Dalam masa yang sama, didapati juga 48.6% hutang isi rumah di Malaysia dicagarkan kepada pembiayaan hartanah, sewa beli (15.5%), pembiayaan peribadi (15%), harta bukan kediaman (7.6%), sekuriti (6.1%) dan kad kredit (3.5%). Kepelbagaian jenis hutang ini menunjukkan kemudahan kredit sememangnya membolehkan isi rumah membeli harta, kenderaan dan barangan pengguna serta membuat pelaburan (Cynamon & Fazzari, 2010). Pada peringkat mikro, pertambahan penggunaan kad kredit dan kemudahan kredit lain yang disediakan oleh institusi kewangan sedikit sebanyak dilihat turut menyumbang kepada pengguna untuk terjerumus dan terperangkap dalam kancah keberhutangan jika mereka berbelanja melebihi kemampuan kewangan mereka. Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (2014), sejak penubuhannya pada 2006 sehingga Julai 2014, seramai 280,428 orang telah mendapatkan perkhidmatan pengurusan kewangan, dan daripada jumlah itu, 121,188 orang telah dibantu oleh AKPK menerusi Program Pengurusan Kredit (Utusan Malaysia, 2014). Statistik ini jelas menggambarkan bahawa pengguna berhadapan dengan bebanan hutang yang semakin tinggi dan kebanyakannya tidak dapat menguruskan pembayaran balik hutang mereka dengan sebaik-baiknya. Berkaitan isu kemuflisan, statistik sejak tahun 2010 hingga April 2015 menunjukkan 107,000 individu telah diisytihar muflis. Individu berumur 35 hingga 44 tahun merupakan golongan tertinggi yang diisytiharkan bankrap, iaitu seramai 37,888 orang daripada jumlah keseluruhan (Utusan Malaysia, 2015). Namun, pada tahun 2014 dan 2015, isu kebankrapan paling tinggi dikaitkan dengan kegagalan membayar balik pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan; manakala kes kebankrapan akibat gagal membayar hutang kad kredit bukanlah merupakan kes tertinggi, iaitu hanya melibatkan 1,770 kes daripada 18,457 kes kebankrapan sepanjang tahun 2015 (Berita Harian, 2016).

96 Jurnal Pengguna Malaysia

Justeru, kajian ini akan mengupas isu berkaitan pola perbelanjaan, tabungan dan status pembiayaan dalam kalangan peminjam hutang kenderaan, peribadi dan kad kredit di Selangor. Pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan dipilih memandangkan kes kebankrapan akibat kegagalan membayar balik kedua-dua pinjaman ini adalah tinggi. Pinjaman kad kredit pula turut diambil kira disebabkan pinjaman ini yang mempunyai kriteria yang sama dengan pinjaman peribadi dan sewa beli kenderaan, iaitu ia biasanya berjangka masa pendek dan sederhana, mudah diperoleh dan kurang menyumbang dalam pemilikan aset tetap (jangka masa panjang) bagi isi rumah.

Sorotan Kajian Lepas Keadaan ekonomi yang baik telah meningkatkan pendapatan dan menggalakkan individu untuk meningkatkan perbelanjaan mereka secara mendadak berbanding dengan pendapatan boleh guna yang mereka peroleh (Cynamon & Fazzari, 2008). Lantas, dalam ekonomi yang sedang membangun, penggunaan juga biasanya akan bertumbuh bagi membolehkan individu meningkatkan taraf hidup mereka. Maka tidaklah menghairankan apabila pertumbuhan penggunaan dipacu oleh ledakan hutang isi rumah yang turut disertai oleh trend perbelanjaan yang melambung di Amerika Syarikat menjelang tahun 2008. Senario yang sama juga berlaku di Malaysia, Thailand, Singapura, Korea, Hong Kong dan China apabila negara tersebut dicatatkan sebagai antara negara yang mempunyai nisbah hutang isi rumah berbanding dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang tertinggi di rantau Asia (Standard and Poor’s Rating Services, 2015). Bagi kes Malaysia, peningkatan harga hartanah secara mendadak semenjak akhir tahun 2010 dilihat telah menyumbang kepada pemegangan pinjaman perumahan yang terbesar oleh isi rumah. Sebaliknya, Erich, Erik & Bernadette (2008) pula membuktikan lebih daripada 75% responden meminjam wang untuk membeli kereta dan membayar bil kesihatan di Amerika Syarikat. Selain itu, mereka turut menyimpulkan dua faktor yang menyebabkan golongan lelaki dilihat cenderung untuk meminjam berbanding dengan perempuan. Pertama, perempuan lebih gemar mengelakkan risiko dalam keputusan kewangan. Kedua, lelaki cenderung mengambil kredit kerana mereka bangga dengan kemampuan untuk membayar balik hutang. Seterusnya, berkaitan dengan pinjaman peribadi, menurut Sheilagh, Markus & Janine (2012), hampir semua golongan mampu untuk meminjam, membuat pelaburan kewangan dan mempelbagaikan risiko. Hal ini kerana pinjaman memudahkan individu membuat pelaburan yang menguntungkan, membolehkan petani membeli tanah dan haiwan ternakan, membantu

97Jurnal Pengguna Malaysia

majikan membayar upah pekerja dan buruh serta memudahkan tukang di luar bandar membiayai kelewatan antara membeli dengan menjual input barangan industri. Walaupun begitu, didapati golongan yang berpendapatan tinggi lebih cenderung untuk mempunyai pinjaman terkumpul yang lebih banyak. Bagi pinjaman menerusi kad kredit, Sule dan Gyongyi (2013) membuktikan pengurangan permintaan kad kredit bulanan sebagai tindak balas kepada peningkatan dalam kadar bunga. Selain itu, kebiasaannya hanya peminjam yang berisiko rendah sahaja yang menggunakan kad kredit mereka sepenuhnya, tetapi mereka juga bakal menurunkan permintaan terhadap kad kredit dengan ketara apabila berhadapan dengan peningkatan dalam kadar bunga. Sumit, Liu & Lawrence (2003) pula menegaskan salah laku dalam penggunaan kad kredit akhirnya bakal mengarah kepada masalah kebankrapan atau muflis. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, peratusan keseluruhan kad kredit yang belum dijelaskan menunjukkan peningkatan drastik sebanyak 1.75% pada tahun 1995 menjadi 2.75% pada tahun 1999. Lantas, pertambahan tunggakan pinjaman kad kredit tersebut yang wujud akibat kegagalan pengguna membayar semula pinjaman telah menyebabkan pihak bank memfailkan ke mahkamah kes muflis ke atas peminjam terbabit. Selanjutnya, perlu diingatkan bahawa kajian oleh The Consumer Credit Counselling Service (2010) terhadap 372 pelanggan mereka mendapati masalah hutang memberi kesan ke atas perhubungan individu dengan pasangan (37%) dan anak-anak (22%), serta hampir separuh individu turut menyatakan ia mempengaruhi tahap kesihatan mereka. Dapatan ini disokong oleh Azlina, Tamat & Abu Hassan Shaari, (2013) yang menegaskan pengambilan hutang bagi isi rumah merupakan satu amalan yang berleluasa pada masa kini dan ia memberi kesan kepada pelbagai perspektif termasuklah dari sudut sosial, psikologi, ekonomi dan agama. Dari jurus pandang makro, menurut Barba dan Pivetti (2009) wujud peningkatan ketara hutang isi rumah di kebanyakan negara maju. Hal ini terkesan daripada hutang isi rumah dan pengeluaran barangan yang mempunyai hubungan positif, iaitu apabila hutang isi rumah bertambah, perbelanjaan penggunaaan isi rumah juga akan bertambah dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Namun begitu, hubungan hutang dengan output tersebut boleh menjadi negatif akibat pengumpulan hutang yang berlebihan. Dalam kata lain, beban hutang kemudiannya boleh mengurangkan perbelanjaan isi rumah dan output (Mark & Yun, 2013). Keputusan Mark dan Yun (2013) tersebut turut selari dengan dapatan kajian Azlina et al. (2013) yang menjelaskan pertumbuhan penggunaan merupakan

98 Jurnal Pengguna Malaysia

sumber penting yang mempengaruhi peningkatan dalam permintaan agregat dan mampu membawa kepada pertumbuhan ekonomi. Namun, peningkatan hutang isi rumah yang berleluasa pada awalnya boleh menyebabkan ekonomi yang sedang berkembang menjadi merudum dengan cepat dan mengakibatkan kemerosotan atau krisis ekonomi yang teruk. Dalam masa yang sama, Azlina et al. (2013) juga mendapati kewujudan pengaruh penting pembangunan ekonomi sesebuah negara terhadap hutang isi rumah dan jurang pendapatan. Secara spesifiknya, bagi negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang tinggi, jurang pendapatan berhubungan secara positif dengan hutang isi rumah. Bagi negara yang mempunyai pembangunan ekonomi yang sederhana atau rendah pula, jurang pendapatan adalah berhubungan secara negatif dengan hutang isi rumah. Rentetan itu, mereka merumuskan bahawa hubungan jurang pendapatan dan hutang isi rumah tersebut wajar dijadikan input oleh kedua-dua kumpulan negara kerana dasar kawalan hutang isi rumah boleh mempengaruhi pertumbuhan dan kestabilan ekonomi negara masing-masing. Bagi isu penentu pinjaman pula, Moroke (2014) mendapati kadar faedah, kadar pertukaran dan kadar pengangguran mempengaruhi peningkatan mendadak hutang isi rumah di Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama, hutang isi rumah ini juga akan bertambah apabila isi rumah cukup optimis untuk meminjam dan pelabur pula yakin untuk memberikan pinjaman seperti yang berlaku dalam industri perumahan. Selain itu, Thomas dan Reza (2010) membuktikan isi rumah mengumpul pelbagai jenis hutang termasuklah gadai janji, pinjaman pendidikan, dan hutang pengguna pada sepanjang kitaran hayat mereka. Memandangkan kadar faedah yang tinggi dikenakan ke atas hutang isi rumah, maka persaraan atau pembayaran awal hutang bakal menawarkan penjimatan sebanyak kadar faedah tersebut. Seperkara yang menarik ialah mereka juga membuktikan isi rumah yang berhutang kurang cenderung untuk membuat pelaburan dalam bon dan saham berbanding dengan isi rumah yang tidak mempunyai hutang. Di samping itu, isi rumah yang berhutang juga kerap kali terpaksa melepaskan penyertaan mereka dalam pasaran ekuiti kerana mereka perlu membayar kadar faedah pinjaman yang tinggi. Metodologi Memandangkan kajian ini hanya mengkaji kes pinjaman kenderaan, peribadi dan kad kredit, maka seramai 200 responden telah dipilih dari kalangan individu yang masih mempunyai baki bagi sekurang-kurangnya dua daripada tiga jenis pinjaman tersebut. Pemilihan sampel dilakukan secara rawak mudah di sekitar Selangor. Data dikumpulkan menerusi pengedaran borang

99Jurnal Pengguna Malaysia

soal selidik dan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan program SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) versi 16. Borang soal selidik bagi kajian ini terdiri daripada tiga bahagian. Secara spesifik, bahagian pertama mengandungi soalan berkaitan latar belakang responden, termasuklah sama ada responden tinggal di kawasan bandar atau luar bandar. Definisi bagi kedua-dua kawasan tersebut adalah seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi Banci Penduduk dan Perumahan 2010, iaitu kawasan bandar terdiri daripada metropolitan dan bandar besar manakala kawasan luar bandar merangkumi bandar kecil dan luar bandar. Bahagian kedua pula terdiri daripada soalan berkaitan perbelanjaan dan tabungan individu. Bahagian kedua ini juga dipecahkan kepada dua bentuk soalan, iaitu soalan tentang anggaran perbelanjaan dan tabungan individu, serta soalan (kenyataan) berkaitan gelagat perbelanjaan dan tabungan yang memerlukan responden memberikan jawapan sama ada setuju atau tidak bersetuju. Seterusnya, bahagian ketiga menjurus kepada soalan mengenai status pembiayaan responden bagi pinjaman kenderaan, peribadi dan kad kredit. Bahagian ini turut mengajukan soalan sama ada responden pernah mempunyai pengalaman disenarai hitam bagi pinjaman tertentu secara umum tanpa merujuk kepada senarai hitam di CCRIS atau CTOS atau sebab responden disenarai hitamkan. Analisis Kajian Profil responden Bahagian ini bertujuan melihat secara keseluruhan profil responden di sekitar Selangor. Jadual 1 memaparkan analisis frekuensi (kekerapan) dan peratusan bagi responden. Daripada 200 orang responden, kebanyakan responden merupakan responden perempuan (51.5%), berumur dalam lingkungan 31 hingga 40 tahun (44%), berbangsa Melayu (84.0%), tinggal di bandar (74.2%), berkahwin (75%), mempunyai pendidikan tertinggi ijazah sarjana muda/sarjana/PhD (37.5%) dan mempunyai tingkat pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000 (42%).

100 Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 1: Profil Responden

Bil. Latar Belakang Responden Kekerapan (orang)

Peratusan (%)

1. Jantina Lelaki Perempuan

97

103

48.5 51.5

2. Umur 21 – 30 tahun 31 – 40 tahun 41 – 50 tahun 51 tahun ke atas

60 88 39 13

30.0 44.0 19.5 6.5

3. Kaum Melayu Cina India

168 19 13

84.0 9.5 6.5

4. Kawasan tempat tinggal Bandar Luar Bandar

148 52

74.2 25.8

5. Status perkahwinan Bujang Berkahwin Bercerai Ibu/bapa tunggal

40

150 6 4

20.0 75.0 3.0 2.0

6. Tahap pendidikan tertinggi Sekolah Rendah/Sekolah Menengah Diploma/STPM/STAM Ijazah Sarjanamuda/Sarjana/PhD Lain-lain

55 68 75 2

27.5 34

37.5 1.0

7. Pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah RM4,001 hingga RM8,000 RM8,001 hingga RM12,000 RM12,001 hingga RM16,000 RM16,001 dan ke atas

68 84 28 16 4

34.0 42.0 14.0 8.0 2.0

8. Adakah anda ketua keluarga? Ya Tidak

75

125

37.5 62.5

9. Jenis rumah yang diduduki Teres setingkat Teres dua tingkat Pangsapuri Kondominium Flat Banglo Semi D Lain-lain

89 60 14 4 7 7 5

14

44.5 30.0 7.0 2.0 3.5 3.5 2.5 7.0

Nota: N merujuk kepada bilangan responden iaitu 200 orang.

101Jurnal Pengguna Malaysia

Jika diperhalusi, didapati kebanyakan responden juga bukan ketua keluarga (62.5%), lantas uniknya dapatan kajian ini ialah ia lebih tertumpu pada beban hutang dalam kalangan individu atau ahli dalam sesebuah keluarga yang bukan merupakan pembuat keputusan utama dalam keluarga tersebut. Di samping itu, hampir separuh responden (44.5%) tinggal di rumah teres setingkat. Secara keseluruhannya, lebih 50 peratus responden kajian ini ialah golongan berumur pertengahan yang produktif, tinggal di bandar, berkahwin, merupakan golongan berpendapatan sederhana dan bukan ketua keluarga. Perbelanjaan dan tabungan bulanan individu Anggaran perbelanjaan mengikut item terpilih dan tabungan responden (individu) adalah seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2. Didapati lebih 80 peratus responden memperuntukkan perbelanjaan sekitar RM0 hingga RM1,000 terhadap makanan dan minuman, pengangkutan (seperti petrol dan tambang bas/teksi/komuter) dan bayaran ansuran (seperti insurans, potongan koperasi dan duit kutu). Dalam masa yang sama, lebih 80 peratus responden juga berbelanja sebanyak RM0 hingga RM500 untuk bil utiliti (yang merangkumi bil air, elektrik, Astro, telefon dan Internet), kesihatan (ubat-ubatan), pendidikan anak-anak (seperti kelas tambahan dan yuran sekolah), penjagaan anak-anak dan hiburan serta riadah. Secara keseluruhannya pula, 47 peratus responden berbelanja kurang daripada RM2,000 sebulan terhadap pelbagai item perbelanjaan. Hal ini mencerminkan kebanyakan responden yang berpendapatan sederhana ini tidak banyak berbelanja pada setiap bulan memandangkan mereka bukan ketua keluarga yang perlu menanggung keseluruhan perbelanjaan keluarga. Jika diperhalusi gelagat perbelanjaan reponden seperti dalam Jadual 3 pula, didapati secara relatifnya kebanyakan responden cenderung untuk tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan. Hal ini menggambarkan responden masih mengamalkan tingkah laku berbelanja secara berhemat walaupun kebanyakan responden tersebut merupakan golongan berpendapatan sederhana dan bukan ketua keluarga. Namun, responden cenderung berbelanja secara berlebihan sekiranya berlaku kecemasan dan pada musim perayaan untuk memastikan hiasan rumah mereka lebih cantik dan mewah daripada rakan/jiran. Dari aspek tabungan pula, natijah daripada peruntukan perbelanjaan terhadap pelbagai item (Jadual 2) telah menyebabkan 79.5 peratus responden hanya mampu membuat tabungan bulanan sekitar RM500 ke bawah sahaja seperti pada panel (a) dalam Jadual 4. Secara tidak langsung, hal ini mencerminkan bahawa walaupun kebanyakan responden berpendapatan sederhana dan bukan ketua keluarga, namun responden turut menyumbang dalam perbelanjaan keluarga; oleh itu responden tidak mampu menabung dengan

102 Jurnal Pengguna Malaysia

banyak. Seterusnya, gelagat tabungan individu pada panel (b) dalam Jadual 4 turut membuktikan bahawa individu membuat peruntukan awal sejumlah wang daripada gaji sebagai tabungan secara konsisten. Namun, perlu diingatkan bahawa walaupun individu tidak banyak menabung, tetapi individu cenderung untuk mengurangkan jumlah tabungan bulanan akibat peningkatan kos sara hidup dan akan mengeluarkan wang tabungan untuk membeli keperluan asas jika peruntukan perbelanjaan mereka tidak mencukupi.

Jadual 2: Anggaran Perbelanjaan Bulanan Individu

Bil. Item Kekerapan (orang)

Peratusan (%)

1. Perbelanjaan makanan dan minuman RM0–RM1,000 RM1,001–RM2,000 RM2,001 ke atas

174 24 2

87.0 12.0 1.0

2. Perbelanjaan pengangkutan RM0–RM1,000 RM1,001–RM2,000 RM2,001 ke atas

195

3 2

97.5 1.5 1.0

3. Perbelanjaan utiliti RM0–RM500 RM501–RM1,000 RM1,001–RM1,500

177 20 3

88.5 10.0 1.5

4. Anggaran perbelanjaan kesihatan RM0–RM500 RM501–RM1,000

199 1

99.5 0.5

5. Perbelanjaan pendidikan anak-anak RM0–RM500 RM501–RM1,000 RM1,001 ke atas

179 12 9

89.5 6.0 4.5

6. Perbelanjaan penjagaan anak-anak RM0–RM500 RM501–RM1,000

186 14

93.0 7.0

7. Perbelanjaan hiburan dan riadah RM0–RM500 RM501–RM1000

198 2

99.0 1.0

103Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 2 (sambungan)

Bil. Item Kekerapan (orang)

Peratusan (%)

8. Perbelanjaan bayaran ansuran RM0–RM1,000 RM1,001–RM2,000 RM2,001 ke atas

183 12 5

91.5 6.0 2.5

9. Jumlah perbelanjaan bulanan RM2,000 ke bawah RM2,001–RM4,000 RM4,001–RM6,000 RM6,001 ke atas

94 82 15 9

47.0 41.0 7.5 4.5

Nota: N merujuk kepada bilangan responden iaitu 200 orang.

Jadual 3: Gelagat Perbelanjaan Individu

Bil. Kenyataan Tidak

Bersetuju (%)

Setuju (%)

1. Saya pernah mengalami perbelanjaan berlebihan akibat masalah kecemasan. 29 71.0

2. Sentiasa mengutamakan barangan yang berkualiti walaupun barangan tersebut adalah mahal.

52.5 47.5

3. Membeli-belah atas talian meningkatkan penggunaan kad kredit sehingga maksimum.

56.0 44.0

4. Saya akan mengutamakan kepuasan dalam membeli barang berbanding kemampuan. 50.5 49.5

5. Sentiasa merasakan apa-apa yang saya miliki masih tidak mencukupi. 53.5 46.5

6. Saya tidak kisah untuk membeli barang walaupun saya terpaksa berhutang. 50.5 49.5

7. Saya akan cemburu apabila rakan sekerja atau jiran tetangga membeli aset baharu (contoh: emas, kereta).

51.5 48.5

8. Pengaruh media mendorong saya untuk berbelanja melebihi kemampuan kewangan saya.

50.5 49.5

9. Saya tidak dapat mengawal desakan untuk memiliki sesuatu yang di luar kemampuan saya.

54 46

10. Mudah terpengaruh dengan rakan/jiran dalam berbelanja.

52.5 47.5

104 Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 3 (sambungan)

Bil. Kenyataan Tidak

Bersetuju (%)

Setuju (%)

11. Pada musim perayaan, saya akan memastikan hiasan rumah saya lebih cantik dan mewah daripada rakan/jiran.

49.0 51.0

12. Saya pernah berbelanja besar walaupun barang tersebut bukan keperluan hidup pada waktu itu.

52.0 48.0

13. Sentiasa membeli-belah di tempat-tempat mewah (seperti butik) bagi menjaga status saya

53.5 46.5

15. Sekiranya duit gaji telah habis, saya akan menggunakan saluran kredit (pinjaman/kadkredit) untuk mendapatkan barang tersebut.

52.5 47.5

16. Saya menggunakan kad kredit untuk pembelian barang keperluan asas. 52.5 47.5

17. Kad kredi tmempengaruhi saya untuk membeli barang yang tidak perlu/membazir. 51.5 48.5

Jadual 4: Anggaran dan Gelagat Tabungan Bulanan Individu

a) ANGGARAN TABUNGAN BULANAN INDIVIDU

Bil. Item Kekerapan (orang)

Peratusan (%)

1. Tabungan responden RM500 ke bawah RM501–RM1,000 RM1,001 ke atas

159 34 7

79.5 17.0 3.5

b) GELAGAT TABUNGAN INDIVIDU

Bil. Kenyataan Tidak

Bersetuju (%)

Setuju (%)

1. Apabila saya mendapat gaji saya akan membuat peruntukan awal untuk sebahagian daripada wang gaji sebagai tabungan.

21.5 78.5

2. Secara purata, saya akan menabung minimum 5% daripada pendapatan bulanan saya. 28.5 71.5

3. Saya akan lebih banyak menabung jika kadar bunga dijangka meningkat. 43.0 57.0

4. Saya akan mengeluarkan wang tabungan untuk membeli barang keperluan asas jika wang yang diperuntukkan untuk perbelanjaan tidak mencukupi.

30.0 70.0

5. Peningkatan kos sara hidup kini menyebabkan saya mengurangkan jumlah tabungan bulanan. 36.0 64.0

105Jurnal Pengguna Malaysia

Pinjaman kenderaan Jadual 5 menunjukkan profil pembiayaan kenderaan bagi pembelian pelbagai jenis kereta iaitu sedan, kompak, hatchback, SUV dan MPV serta motosikal dan van. Didapati 74.5 peratus daripada responden masih membuat dan mempunyai pinjaman untuk membiayai pembelian kenderaan. Keputusan ini sebenarnya selari dengan dapatan kajian Erich et al. (2008) yang menyatakan kebanyakan individu membuat pinjaman untuk membeli kenderaan. Sementara, 25.5 peratus responden lagi memperoleh kenderaan melalui pembelian secara tunai, diterima sebagai hadiah daripada orang lain, pinjaman kenderaan telah habis dibayar dan kenderaan yang dimiliki dibiayai menerusi pinjaman oleh ahli keluarga atau orang lain.

Jadual 5: Status Pembiayaan Kenderaan

Bil. Kenyataan Kekerapan (orang)

Peratusan (%)

1.

Adakah anda membuat pinjaman untuk membiayai pembelian kenderaan? Ya Tidak

149 51

74.5 25.5

2.

Saya pernah sekali terlewat membayar pinjaman kenderaan. Ya Tidak

47 102

31.5 68.5

3.

Saya sering terlewat membayar pinjaman kenderaan. Ya Tidak

10 139

7.0 93.0

4.

Saya pernah mendapat surat amaran daripada pihak bank supaya menjelaskan pembayaran pinjaman kenderaan. Ya Tidak

16

133

11.0 89.0

5. Saya pernah disenarai hitam. Ya Tidak

4

145

3.0

97.0

6.

Aset terpaksa dilelong kerana tidak dapat membayar pinjaman kenderaan. Ya Tidak

4 145

3.0 97.0

Nota: N merujuk kepada bilangan responden iaitu 149 orang.

106 Jurnal Pengguna Malaysia

Dapatan juga menunjukkan 31.5 peratus daripada responden yang masih mempunyai pinjaman kenderaan pernah sekali terlewat membayar pinjaman, 7.0 peratus responden sering terlewat membayar pinjaman kenderaan, 11% responden pernah mendapat surat amaran daripada pihak bank, 3.0 peratus responden pernah disenarai hitam oleh pihak bank dan 3.0 peratus daripada responden mempunyai pengalaman kenderaan mereka terpaksa dilelong oleh pihak bank. Kelewatan pembayaran pinjaman ini bermungkinan disebabkan kaedah pembayaran yang memerlukan responden sendiri membuat bayaran bulanan kepada bank yang berkenaan dan bukannya secara bayaran automatik, seperti kaedah pembayaran melalui potongan gaji. Dalam masa yang sama, kadar kelewatan pembayaran pinjaman dan senarai hitam yang rendah ini juga sebenarnya menunjukkan reponden yang kebanyakannya merupakan golongan berpendapatan sederhana dan bukan ketua keluarga berupaya dan berdisiplin dalam menguruskan hutang kenderaan. Hal ini terkesan daripada responden tersebut kurang komitmen atau tidak perlu menanggung perbelanjaan keluarga secara keseluruhannya dan ditambah lagi dengan kebanyakan responden berbelanja secara berhemat (seperti dapatan dalam Jadual 3), oleh itu mereka sentiasa mempunyai lebihan pendapatan yang akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan bagi pinjaman kenderaan. Pinjaman peribadi Berdasarkan Jadual 6, didapati 46.0 peratus responden masih mempunyai pinjaman peribadi yang belum habis dibayar. Namun, hanya 13.0 peratus daripada responden yang masih mempunyai pinjaman peribadi tersebut pernah sekali terlewat membayar pinjaman, 5.0 peratus responden sering terlewat membayar pinjaman, 9.0 peratus responden pernah mendapat surat amaran daripada pihak bank dan 2.0 peratus responden pernah disenarai hitam. Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan 11.0 peratus responden pernah meminta bantuan kewangan daripada keluarga dan kawan-kawan, 3.0 peratus responden pernah meminta bantuan kewangan daripada organisasi masyarakat/kebajikan dan 3.0 peratus responden mempunyai pengalaman penjamin mereka terpaksa melunaskan baki pinjaman tersebut. Justeru, memandangkan kadar kelewatan dan kegagalan pembayaran balik pinjaman adalah rendah, maka dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan responden mampu menguruskan pembayaran balik pinjaman peribadi pada setiap bulan dengan baik. Keputusan ini tidaklah menghairankan memandangkan kebanyakan reponden ialah golongan berpendapatan sederhana dan bukan ketua bagi sesebuah keluarga.

107Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 6: Status Pembiayaan dan Permasalahan Pinjaman Peribadi

Bil. Kenyataan Kekerapan (orang)

Peratusan (%)

1. Adakah anda membuat pinjaman peribadi? Ya Tidak

92

108

46.0 54.0

2. Saya pernah sekali terlewat membayar pinjaman peribadi. Ya Tidak

12 80

13.0 87.0

3. Saya sering terlewat membayar pinjaman peribadi. Ya Tidak

5 87

1.

5.0 95.0

4. Saya pernah mendapat surat amaran daripada pihak bank supaya menjelaskan pembayaran pinjaman peribadi. Ya Tidak

8 84

9.0 91.0

5. Saya pernah disenarai hitam. Ya Tidak

2

90

2.0 98.0

6. Saya pernah meminta bantuan kewangan daripada keluarga dan kawan-kawan. Ya Tidak

10 82

11.0 89.0

7. Saya pernah meminta bantuan kewangan daripada organisasi masyarakat/kebajikan. Ya Tidak

3 89

3.0 97.0

8. Terdapat pinjaman saya yang penjamin terpaksa melunaskan baki pinjaman tersebut. Ya Tidak

3 89

3.0 97.0

Nota: N merujuk kepada bilangan responden iaitu 92 orang. Pinjaman kad kredit Jadual 7 menunjukkan hanya 30.5 peratus responden mempunyai pinjaman kad kredit. Peratusan yang rendah ini mencerminkan hanya responden yang berisiko rendah sahaja akan menggunakan kad kredit sepenuhnya (Sule & Gyongyi, 2013). Daripada jumlah responden yang mempunyai pinjaman kad kredit tersebut, 57.0 peratus responden membayar penuh bil kad kredit, 23.0 peratus responden hanya membuat bayaran minimum yang telah ditetapkan dan 13.0 peratus responden membayar separuh daripada jumlah bil kad

108 Jurnal Pengguna Malaysia

kredit. Namun, 7.0 peratus responden lagi didapati tidak mampu untuk melunaskan baki pinjaman kad kredit. Jadual 7: Status Pembiayaan dan Permasalahan Pinjaman Kad Kredit

Bil. Kenyataan Kekerapan

(orang) Peratusan

(%) 1. Adakah anda mempunyai kad kredit?

Ya Tidak

61

139

30.5 69.5

2. Gelagat pembayaran hutang kad kredit: Membayar penuh bil kad kredit. Membuat bayaran minimum yang dikenakan. Membayar separuh dari jumlah bil kad kredit. Terdapat baki kad kredit yang saya tidak mampu bayar.

35 14 8 4

57.0 23.0 13.0 7.0

3. Kemudahan kredit yang semakin berleluasa telah mendorong saya untuk menambah pembelian barang secara kad kredit. Ya Tidak

11 50

18.0 82.0

4. Saya pernah mendapat surat amaran daripada pihak bank supaya menjelaskan pembayaran kad kredit. Ya Tidak

7 54

11.5 88.5

5. Saya pernah disenarai hitam. Ya Tidak

3

58

5.0

95.0 6. Saya sering kali meminta bantuan kewangan

daripada keluarga dan kawan-kawan untuk membayar kad kredit. Ya Tidak

1 60

2.0

98.0 7. Amalan bayaran minimum menyebabkan

jumlah baki tertunggak meningkat. Ya Tidak

15 46

25.0 75.0

8. Saya selalu mencapai had kredit maksimum yang diberikan oleh pengeluar kad kredit. Ya Tidak

6 55

10.0 90.0

Nota: N merujuk kepada bilangan responden iaitu 61 orang. Selain itu, 18.0 peratus responden menegaskan mereka menambah pembelian barang secara kredit berikutan kemudahan kredit yang mudah diperoleh dalam pasaran. Dalam masa yang sama, 11.5 peratus responden pernah

109Jurnal Pengguna Malaysia

mendapat surat amaran daripada pihak bank, 5.0 peratus responden pernah disenarai hitam, 2.0 peratus responden sering kali meminta bantuan kewangan daripada keluarga dan kawan-kawan untuk membayar kad kredit, 25.0 peratus responden bersetuju bahawa amalan bayaran minimum menyebabkan jumlah baki kad kredit tertunggak meningkat, dan 10.0 peratus responden sering mencapai had kredit maksimum yang telah diberikan oleh pengeluar kad kredit. Rentetan itu, dapatlah disimpulkan bahawa kebanyakan responden yang merupakan golongan berpendapatan sederhana dan bukan ketua keluarga masih mampu menguruskan pembayaran balik hutang kad kredit dengan baik pada setiap bulan.

Rumusan dan Implikasi Dasar Secara keseluruhannya, terdapat tiga dapatan kajian yang diperoleh. Pertama, kebanyakan responden yang masih mempunyai pinjaman kenderaan, peribadi dan/atau kad kredit berbelanja secara berhemat. Namun, responden cenderung berbelanja secara berlebihan sekiranya berlaku kecemasan dan pada musim perayaan untuk memastikan hiasan rumah mereka lebih cantik dan mewah daripada rakan/jiran. Kedua, walaupun responden tidak banyak menabung, namun responden cenderung mengurangkan jumlah tabungan bulanan akibat peningkatan kos sara hidup dan akan mengeluarkan wang tabungan untuk membeli keperluan asas jika peruntukan perbelanjaan mereka tidak mencukupi. Ketiga, memandangkan kadar kelewatan pembayaran pinjaman dan senarai hitam adalah rendah bagi ketiga-tiga kes pinjaman kenderaan, peribadi dan kad kredit, maka secara langsung ini mencerminkan reponden berupaya dan berdisiplin dalam menguruskan pembayaran balik hutang-hutang tersebut pada setiap bulan. Hal ini terkesan daripada kebanyakan responden tersebut merupakan golongan berpendapatan sederhana dan bukan ketua keluarga, oleh itu mereka kurang komitmen atau tidak perlu menanggung perbelanjaan keluarga secara keseluruhannya. Hal ini ditambah lagi dengan kebanyakan mereka berbelanja secara berhemat, lantas mereka sentiasa mempunyai lebihan pendapatan yang akan digunakan untuk membayar ansuran bulanan bagi pinjaman tersebut. Rentetan itu, walaupun pengurusan hutang dalam kalangan responden dilihat agak baik, namun kesedaran masyarakat terhadap pengurusan hutang yang betul dalam situasi pasaran yang tidak menentu perlu diwujudkan. Dalam sistem pendidikan, pada semua peringkat harus diterapkan dengan kursus pengurusan kewangan secara lebih lengkap dan serius. Dengan tekanan dan cabaran hidup semasa, kita tidak boleh menegah masyarakat untuk berhutang, tetapi kesedaran peminjam yang sebenarnya perlu dipertingkatkan menerusi sistem pendidikan yang ada. Selain itu, galakan untuk individu menabung dan membuat pelaburan secara ansuran setiap bulan perlu dilakukan oleh pelbagai pihak, termasuk kerajaan dan institusi kewangan.

110 Jurnal Pengguna Malaysia

Hal ini penting agar masyarakat tidak terlalu bergantung pada pinjaman, sebaliknya berubah kepada menggunakan pulangan daripada tabungan dan pelaburan untuk memenuhi keperluan serta kehendak mereka. Rujukan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit. ( 2014). Financial 1st Magazine. Malaysian Financial Planning Council. Athanassiou, E. (2012). Household debt and domestic demand: Greece versus other Euro zone economies. International Journal of Business and Social Science, 3(10), 157–167. Azlina, Z. A., Tamat, S. & Abu Hassan Shaari, M. N. (2013). Jurang Pendapatan dan Hutang Isi Rumah. Dalam Ishak, Y., Sanep, A., Nor Aini, I., Norlida Hanim, M.S., Mohd Azlan Shah, Z., Shahida, S. dan Tamat, S. (eds.), Dasar Awam dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Hala Tuju: Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke-VIII 2013 (pp. 445-459). Bangi: Penerbit UKM. Bank Negara Malaysia. ( 2015). http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsps/bm/2015/cp01.pdf Barba, A. & Pivetti, M. (2009). Rising household debt: Its causes and macroeconomic implications- a long-period analysis. Cambridge Journal of Economics, 33, 113–137. Berita Harian. (2016). http://www.insolvensi.gov.my/ms/gallery/press-statement/berita-harian/948-berita-harian-25-05-2016-pinjaman-peribadi-sewa-beli-kereta-galak-muflis Cynamon, B.Z. & Fazzari, S.M. (2008). Household debt in the consumer age: Source of growth-risk of collapse. Capitalism and Society, 3(2), 1–30. Cynamon, B.Z. & Fazzari, S.M. (2010). The End of the Consumer Age, 3. Erich, K., Erik, H., & Bernadette, K. (2008). Spending and credit use in the private household. The Journal of Socio-Economics, 37(2), 519–532. Jabatan Insolvensi Malaysia. (2013). Statistik Kebankrapan. Dimuat turun daripada http://www.insolvensi.gov.my/ms/about-us/resources/statistics/bankruptcy/217-statistik-bankrup

111Jurnal Pengguna Malaysia

Kim, Y.K. (2013). Household debt, financialization, and macroeconomic performance in the U.S., 1951–2009. Journal of Post Keynesian Economics, 35(4), 675–694. Mark, S. & Yun, K.K. (2013). Debt servicing, aggregate consumption, and growth. Structural Change and Economic Dynamics, 36, 22–33. Moroke, N.D. (2014). Household debts-and macroeconomic factors nexus in the United States: A cointegration and vector error correction approach. Journal of Economics and Behavioral Studies, 6(6), 452–465. Sheilagh, O., Markus, K., & Janine, M. ( 2012). Household debt in early modern Germany: Evidence from personal inventories. The Journal of Economic History, 72(1), 134–167. Standard and Poor’s Rating Services. (2015). Credit conditions: slowing China the new norm: balancing credit stability and continual tailwinds. Dimuat turun daripada http://www.standardandpoors.com/en_US/web/guest/article/-/view/sourceId/9104139 Sule, A. & Gyongyi, L. (2013). Subprime consumer credit demand: Evidence from a lender’s pricing experiment. Review of Financial Studies, 26(9), 2353–2374. Sumit, A., Liu, C., & Lawrence, M. (2003). Exemption laws and consumer delinquency and bankruptcy behavior: An empirical analysis of credit card data. The Quarterly Review of Economics and Finance, 43, 273–289. The Consumer Credit Counselling Service. (2010). Debt Problems Impact Negatively on People’s Health. Dimuat turun daripada http://www.theguardian.com/money/2010/jul/21/debtproblemsimpact-health Thomas, A.B. & Reza, S. (2010). Outstanding debt and the household portfolio. Review of Financial Studies, 23(7), 2900–2934. Unit Perancang Ekonomi. (2015). http://www.epu.gov.my/ms Utusan Malaysia. (2014). http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140828/dn_13/280428-dapat-khidmat-AKPK Utusan Malaysia. (2015). http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/23-484-golongan-belia-muflis-1.107133

112 Jurnal Pengguna Malaysia

IMPLIKASI RUMAH TERBENGKALAI TERHADAP PENGGUNA YANG

MENGGUNAKAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN ISLAM MUSYARAKAH

MUTANAQISAH

Mohd Faisol Ibrahim Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia

Pengenalan Sebelum kemunculan sistem perbankan Islam di Malaysia pada tahun 1983, seluruh pengguna Islam di Malaysia hanya berpaksikan sistem perbankan konvensional sahaja bagi memenuhi keperluan kewangan mereka. Melalui perbankan konvensional ini, bank akan mengenakan caj faedah kepada peminjam atas pinjaman yang dilakukan oleh peminjam dan juga membayar faedah kepada para pendeposit mereka di mana kedua-dua faedah ini dianggap sebagai riba ataupun usury (Abdul Gafoor, 2005). Pembiayaan perumahan secara Islam di Malaysia hanya bermula apabila munculnya Sistem Perbankan Islam (SPI) pada tahun 1983. Kewujudan SPI ini didokongi oleh kejayaan penubuhan bank-bank Islam di Timur Tengah, seperti penubuhan Bank Mit Gham Local Saving di kawasan pendalaman Mesir (Sudin, 1996). Persidangan Kongres Ekonomi Bumiputra pada tahun 1980 dan Seminar Kebangsaan Mengenai Konsep Pembangunan Dalam Islam di UKM pada tahun 1981 telah meluluskan satu resolusi bagi mendesak kerajaan membenarkan Lembaga Tabung Haji menubuhkan bank Islam di Malaysia serta resolusi agar kerajaan Malaysia menggubal akta yang membolehkan penubuhan perbankan Islam (Ab. Mumin,1999). Pembiayaan perumahan secara Islam di Malaysia lebih dikenali dengan perumahan-i iaitu kemudahan pembiayaan berdasarkan syariah bagi pembelian semua jenis harta kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium. Ia juga boleh digunakan untuk membiayai semula kemudahan sedia ada yang diambil sama ada secara pinjaman perumahan konvensional mahupun skim pembiayaan perumahan-i yang lain. Setelah hampir lebih 30 tahun sistem perbankan Islam dilaksanakan di Malaysia, pelbagai instrumen Islam telah diwujudkan dalam produk perbankan Islam bagi memberi pilihan terbaik kepada para pengguna. Antaranya produk pembiayaan perumahan secara Islam yang merupakan

113Jurnal Pengguna Malaysia

salah satu produk yang paling awal diperkenalkan oleh sistem perbankan Islam kepada masyarakat di Malaysia, iaitu sejak tahun 1993 lagi (Hanira & Nor Hasniah, 2006) apabila fasa pertama Sistem Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia. Produk yang dibenarkan bagi institusi ini tawarkan kepada pelanggan dihadkan antara tujuh hingga 10 produk sahaja, antaranya produk pembiayaan pembelian perumahan secara Islam berasaskan pembiayaan hutang menggunakan instrumen bay’ bithaman ajil. Secara umumnya pembiayaan perumahan secara Islam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu pembiayaan perumahan berasaskan hutang dan pembiayaan perumahan berasaskan ekuiti. Instrumen pembiayaan perumahan Islam berasaskan hutang yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam ialah bai’ bithaman ajil (bba), murabahah, istisna’ dan tawarruq. Instrumen pembiayaan perumahan Islam berasaskan ekuiti yang ditawarkan oleh institusi perbankan Islam pula ialah musyarakah mutanaqisah (mm). Kini, terdapat 16 buah institusi perbankan Islam yang menawarkan produk pembiayaan perumahan Islam menggunakan hutang dan juga ekuiti. Pembiayaan rumah menggunakan musyarakah mutanaqisah bukan sahaja sesuai untuk pembiayaan rumah yang masih dalam pembinaan tetapi juga pembiayaan bagi rumah yang telah siap dibina. Pada tahun tahun 1983, terdapat hanya sebuah bank Islam sahaja iaitu Bank Islam Malaysia Berhad yang menawarkan produk pembiayaan perumahan Islam menggunakan hutang iaitu bba. Namun pada tahun 2016, terdapat 16 buah institusi perbankan Islam yang menawarkan produk pembiayaan perumahan Islam yang melibatkan pembiayaan berasaskan ekuiti (musharakah mutanaqisah) dan pembiayaan berasaskan hutang (bba, murabahah, istisna’ dan tawarruq). Konsep pembiayaan perumahan secara Islam ini bukan sahaja ditawarkan kepada pengguna beragama Islam, bahkan pengguna bukan beragama Islam di Malaysia (Sudin, Norafifah, & Planisek, 1994). Di Malaysia kebanyakan pemaju memilih konsep perumahan yang masih dalam pembinaan ataupun bina dan jual sebagai pilihan terbaik bagi mereka menawarkan rumah kepada pelanggan (Hanira & Nor Hasniah, 2006). Konsep ini lebih memberi keselesaan kepada pemaju kerana risiko pembinaan rumah tadi dapat diminimumkan oleh pemaju seandainya perumahan mengalami masalah. Dengan kata lain, risiko perumahan yang masih dalam pembinaan oleh pemaju akan dipindahkan kepada pembeli, seperti risiko rumah terbengkalai iaitu pembeli terpaksa menanggung kerugian keseluruhan kerana terpaksa membayar harga rumah yang gagal disiapkan oleh pemaju (Hanira & Nor Hasniah, 2006).

114 Jurnal Pengguna Malaysia

Jadual 1: Projek Perumahan Swasta Terbengkalai Mengikut Negeri Tahun 2015

NEGERI DI

SEMENANJUNG MALAYSIA

BILANGAN PROJEK

BILANGAN UNIT RUMAH

BILANGAN PEMBELI

Johor 9 2868 2101 Kedah 2 765 169 Melaka 0 0 0 Negeri Sembilan 4 973 807 Pahang 6 812 634 Perak 9 962 600 Perlis 0 0 0 Pulau Pinang 2 1550 1337 Selangor 24 7856 5366 Terengganu 2 210 165 W.P. Kuala Lumpur 1 134 23 JUMLAH 63 16419 11465

Sumber: Laporan Perangkaan Perumahan 2015, KPBPKT. Berdasarkan Jadual 1, jelas menunjukkan jumlah projek perumahan terbengkalai di Negeri Selangor adalah tertinggi dicatatkan pada tahun 2015 iaitu sebanyak 24 projek. Jumlah ini melibatkan 7,856 unit rumah dan 5,366 pembeli. Seterusnya, diikuti oleh Negeri Johor dengan sebanyak sembilan projek yang melibatkan 2,868 unit rumah dan 2,101 pembeli. Negeri Melaka dan Negeri Perlis merupakan negeri yang tidak mempunyai projek perumahan terbengkai. Justeru, pembeli rumah perlu bijak memilih instrumen pembiayaan perumahan Islam yang mampu memberi jaminan keselamatan kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap rumah yang telah dibeli. Hal ini kerana membeli rumah, khususnya rumah dalam pembinaan merupakan satu risiko yang diambil oleh seseorang pembeli (Mohd. Faisol & Rosila, 2014) kerana risiko ini mampu mempengaruhi perbelanjaan kewangan pada masa hadapan jika tidak diuruskan dengan baik. Kajian Literatur Kewujudan beberapa prinsip syariah lain dalam pembiayaan perumahan Islam mula disanggah oleh pengguna berikutan wujudnya banyak projek terbengkalai, rumah yang dibina oleh pemaju yang tidak berlesen dan rumah yang gagal disiapkan oleh pemaju (KPKT, 2010). Instrumen pembiayaan hutang seperti bai’ bitahaman ajil tidak lagi popular dan dilihat tidak lagi sesuai berikutan wujudnya lompang-lompang kelemahan pada instrumen ini antaranya, kadar untung tetap pembiayaan perumahan Islam yang ditukar

115Jurnal Pengguna Malaysia

kepada kadar untung berubah-ubah tetapi mempunyai nilai siling, bayaran bulanan yang tinggi oleh pembeli kepada pihak bank, dan kegagalan pemaju menyerahkan rumah mengikut tarikh perjanjian jual dan beli (Hanira & Nor Hasniah (2006). Penjualan rumah oleh pemaju yang dibiayai oleh institusi perbankan Islam yang tidak mengambil kira rumah yang ingin dibeli itu terbengkalai atau disiapkan dari tarikh asal (Saiful Azhar, 2005) telah menyebabkan pengguna tertindas dan wujud elemen diskriminasi. Sejak tahun 1984 hingga sekarang terdapat pelbagai kes berkaitan pembiayaan perumahan menggunakan instrumen bai’ bithaman ajil (Zulkifli, 2009), antaranya kes Haji Nik Makmud lawan BIMB dan kes Affin Bank Berhad lawan Zulkili Abdullah telah membuktikan pembiayaan hutang ini masih mempunyai kepincangan sehingga bank-bank Islam asing yang baharu beroperasi di Malaysia tidak menawarkan pembiayaan hutang ini dalam pembiayaan perumahan secara Islam. Sebaliknya, bank-bank ini telah menawarkan pembiayaan ekuiti yang lebih signifikan dengan tuntutan Islam itu sendiri, seperti musyarakah mutanaqisah dan pembiayaan hutang lain seperti al-istisna’ kerana dalam pembiayaan perumahan Islam secara hutang masih menjadi isu dalam kalangan orang ramai dan cendiakawan Islam di Malaysia mahupun di Timur Tengah (Mohd. Sollehudin, 2010). Kajian oleh Mohd. Faisol (2010) yang mengkaji pelaksanaan pembiayaan perumahan Islam di Malaysia jelas memperlihatkan pembiayaan perumahan menggunakan instrumen bba masih mendominasi pembiayaan perumahan secara Islam walaupun terdapat beberapa instrumen baharu, seperti musharakah mutanaqisah dan al-istisna’ diketengahkan oleh bank-bank Islam di Malaysia. Pembiayaan perumahan Islam menggunakan musyarakah mutanaqisah dilihat sebagai alternatif kepada permasalahan yang wujud dalam pembiayaan perumahan Islam menggunakan instrumen hutang. Walaupun begitu, kajian oleh Ahamed Kameel dan Dzuljastri (2005) berpandangan bahawa dicadangkan agar pembiayaan perumahan secara Islam menggunakan bay’ bithaman ajil ditukar kepada pembiayaan musharakah mutanaqisah bagi mengelak unsur riba dan gharar serta juga pelaksanaan kadar apungan untuk BFR di bank Islam. Menurut kajian oleh Fauziah, Ramayah dan Dzuljastri (2008) yang mengkaji tentang faktor yang mempengaruhi penggunaan musyarakah mutanaqisah bagi pembiayaan perumahan mendapati pembiayaan perumahan musyarakah mutanaqisah ini mampu menangani kelemahan yang wujud pada pembiayaan perumahan secara hutang menggunakan instrumen bay’ bithaman ajil. Selain itu, konsep ini juga menurut perbincangan Saiful Azhar (2005) dalam isu-isu yang berkaitan perbankan dan kewangan Islam di Malaysia, menyatakan

116 Jurnal Pengguna Malaysia

bahawa pelaksanaan pembiayaan perumahan menggunakan musyarakah mutanaqisah yang pertama kali di Malaysia adalah oleh Koperasi Pemuda Islam untuk membantu ahlinya membeli rumah berasaskan pembiayaan Islam.

Pengkaji awal seperti Boualem dan Tariqullah (1995) telah membincangkan pelaksanaan musyarakah mutanaqisah dalam industri kecil sederhana, iaitu instrumen musyarakah mutanaqisah ini dilihat satu bentuk pembiayaan berasaskan perkongsian lebih adil serta mampu menangani masalah kekurangan modal yang dihadapi oleh para usahawan di Malaysia. Lantaran itu, kajian ini telah menyarankan agar menjadikan konsep musyarakah mutanaqisah sebagai salah satu mekanisma pembiayaan keusahawanan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dilakukan oleh Fauziah, Ramayah dan Dzuljastri (2008) juga menjelaskan bahawa konsep musyarakah mutanaqisah ini merupakan satu konsep baharu dalam pembiayaan perumahan secara Islam kerana ia lebih memenuhi tuntutan syariah, khususnya berkaitan harga bayaran yang dianggap begitu adil bagi pihak bank dan pelanggan. Ahamed Kameel dan Dzuljastri (2005) juga turut melakukan kajian perbandingan terhadap pembiayaan perumahan menggunakan kontrak musyarakah mutanaqisah dan bba. Menurut mereka pembiayaan bba ini amat popular di negara Malaysia, Brunei dan Indonesia serta telah menimbulkan isu dalam kalangan fuqaha tentang hukum keharusannya kerana kebanyak ulama di Timur Tengah tidak menerima pakai konsep bba ini, sedangkan pembiayaan musyarakah mutanaqisah telah lama diterima pakai di Timur Tengah. Metodologi Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Jenis penelitian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kajian perpustakaan, iaitu mengumpul data atau karya tulisan ilmiah yang bersesuaian dengan objek penelitian atau pengumpulan data yang bersifat keperpustakaan. Antara bahan yang terlibat dalam pencarian maklumat ini ialah jurnal, buku, akhbar, majalah dan internet. Kaedah penyelidikan ini memerlukan pengumpulan data yang berkaitan daripada dokumen tertentu dan menyusun data untuk menganalisis bahan dan memberi kefahaman yang lebih lengkap berkaitan dengan kesan projek perumahan yang tidak siap oleh pemaju kepada pelanggan institusi perbankan Islam di Malaysia.

117Jurnal Pengguna Malaysia

Pemaju Perumahan

Bank

4

5 2

3

1

6

Pelanggan

Produk pembiayaan perumahan Islam berasaskan musyarakah mutanaqisah Musyarakah mutanaqisah Musyarakah mutanaqisah ialah satu konsep di mana pihak pembiaya (bank) dan pihak pelanggan (pembeli) bersama-sama terlibat dalam perkongsian sesuatu aset (Maulana Taqi, 2009) dan juga rumah. Musyarakah mutanaqisah ini mempunyai dua prinsip syariah iaitu musyarakah dan ijarah yang berlaku dalam dua kontrak yang berlainan, iaitu pertama kontrak di mana pelanggan dan bank bergabung sebagai rakan kongsi di bawah konsep shirkah al-milk, manakala yang kedua ialah kontrak sewaan pemilikan oleh pihak bank kepada pelanggan dengan kadar sewaan tertentu (Ab. Mumin, 1999). Melalui kedua-dua kontrak ini pelanggan akan meningkatkan nisbah pemilikan sehingga 100% pemilikan terhadap aset hasil bayaran sewaan bulanan yang dibayar kepada pihak bank sepanjang tempoh berkontrak. Rajah 1 menunjukkan carta aliran proses pembiayaan perumahan secara Islam menggunakan musyarakah mutanaqisah di Malaysia.

Rajah 1: Carta Alir Proses Pembiayaan Perumahan Islam Menggunakan Musyarakah Mutanaqisah

1. Pelanggan memberitahu pemaju bahawa pelanggan telah mengenal

pasti rumah yang ingin dimiliki atau dibeli. Pelanggan akan membayar deposit sebanyak 10% daripada harga rumah kepada pihak pemaju.

118 Jurnal Pengguna Malaysia

2. Pihak pemaju akan menyediakan segala maklumat yang berkaitan rumah serta sebut harga yang diminta oleh pelanggan (Kamal, Lokesh, & Bala, 2008).

3. Pelanggan akan menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan kepada pihak bank bagi membiayai 90% pembelian rumah tadi dan setelah pihak bank melakukan proses penilaian terhadap kewangan pelanggan, pihak bank akan menyediakan satu kontrak perjanjian berasaskan instrumen musyarakah mutanaqisah yang merangkumi terma perkongsian untung rugi, tempoh masa, bayaran bulanan dan syarat lain yang berkaitan (Zaharuddin, 2009).

4. Bank tidak boleh membeli aset tersebut daripada pemaju kerana aset itu telah dibeli oleh pelanggan maka hasil kontrak musyarakah bank akan menyuntik 90% jumlah pembiayaan bagi pembelian rumah tadi kepada pelanggan tetapi dibayar terus kepada penjual. Jadi kesannya pihak bank dan pelanggan masing-masing menyumbang modal sebanyak 90:10 terhadap pemilikan rumah tersebut.

5. Rumah akan disewakan oleh pihak bank kepada pelanggan berdasarkan perjanjian terma-terma sewaan (ijarah) dalam tempoh yang telah dipersetujui bersama-sama.

6. Sebagai pembiaya, bank tidak memerlukan rumah tersebut, maka pihak bank akan memeterai kontrak jual bahagian miliknya secara beransur-ansur kepada pelanggan dalam tempoh yang dipersetujui bersama-sama dan pelanggan berjanji (wa’ad) akan membayar secara tetap sehingga selesai tempoh perjanjian. (Zaharuddin, 2009). Kadar nisbah pemilikan modal pelanggan terhadap rumah tadi akan meningkat setiap kali membayar sewaan secara tetap (Kamal et al., 2008).

Hasil dan Perbincangan Kewujudan barang yang ingin dijual beli begitu penting dalam Islam bagi mengelakkan wujudnya unsur gharar dalam kontrak jual beli (al-Sanhuri, 1954) kerana dalam kontrak jual beli rumah di Malaysia khususnya, terdapat banyak kes yang melibatkan rumah yang gagal disiapkan. Barang ataupun benda yang hendak dijual beli (dikontrakkan) disyaratkan mesti wujud dan boleh dimiliki (Wahbah, 1989). Ia dapat dimilki secara sah oleh penjual atau pihak yang berkontrak. Barang tersebut juga disyaratkan mampu untuk diserahkan kepada pembeli atau pihak yang berkontrak pada tempoh masa yang dipersetujui dan ditetapkan. Tempoh masa terbaik bagi pihak penjual menyerahkan barang kepada pembeli ialah selepas sahaja kontrak jual beli berlaku. Selain itu, barang yang hendak dijual beli ini juga mestilah barang yang halal, bersih di sisi syarak serta diketahui oleh kedua-dua pihak yang berkontrak. Walaupun dalam perjanjian jual beli rumah tidak

119Jurnal Pengguna Malaysia

terdapat terma yang membahaskan implikasi rumah terbengkalai terhadap pembeli, namun akad perjanjian jual beli musyarakah mutanaqisah itu sendiri pada asasnya berlandaskan prinsip syariah kerana ia memelihara keadilan bagi penjual dan pembeli. Maka sekiranya terdapat perubahan yang berlaku terhadap barang tadi, maka pembeli akan diberikan hak khiyar. Khiyar di sini ialah hak untuk meneruskan kontrak atau pembatalan kontrak yang diberikan oleh syarak kepada pembeli agar mereka tidak tertipu dan dianiyai tanpa ada pembelaan (Saiful, Mahmood, & Norhashimah 2000). Namun, dalam perjanjian jual beli rumah tidak wujud terma khiyar kepada pembeli. Menurut Saiful et al. (2000), dalam konteks kontrak pembiayaan perumahan secara Islam sudah pasti rumah yang dijual kepada pembeli mestilah mampu diserahkan mengikut masa yang telah dipersetujui dan seandainya rumah tersebut tidak dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang dijanjikan ataupun terbengkalai, maka pihak pembeli mempunyai kuasa mengikut syariah untuk membatalkan kontrak pembiayaan tersebut. Musyarakah mutanaqisah merupakan satu-satunya instrumen yang digunakan oleh institusi perbankan Islam di Malaysia masa kini bagi menawarkan pembiayaan perumahan secara ekuiti. Sebenarnya, prinsip musharakah itu sendiri adalah berasas daripada kontrak partisipasi ataupun al-istihrak (Zaharuddin, 2009), iaitu perkongsian untung dan rugi (Mohd. Ali, 1990) secara pengurangan hak milik pihak pembiaya yang akhirnya membawa kepada pemilikan modal sepenuhnya oleh pembeli dalam persyarikatan tersebut melalui bayaran ansuran atau bayaran tunai (partnership leading to ownership) (Mohd. Bashir, 2002). Pembiayaan perumahan secara ekuiti menggunakan instrumen musyarakah mutanaqisah melibatkan hubungan yang rapat antara pembeli dengan pihak bank di mana melalui kontrak jual beli musyarakah mutanaqisah ini rumah yang dibeli oleh pembeli dimiliki secara bersama-sama melalui konsep shirkah al milk. Dalam erti kata lain, pihak bank dan pembeli mempunyai hak yang sama terhadap pemilikan rumah tersebut. Namun, hak pemilikan bersama-sama ini akan mengalami proses perubahan peratusan pemilikan apabila pihak pembeli mula membeli dan membayar bahagian peratusan pemilikan bank terhadap rumah tersebut secara ansuran, sekali gus ini akan meningkatkan bahagian ekuiti pemilikan pembeli terhadap rumah tersebut, manakala peratusan pemilikan bank terhadap rumah tersebut mula mengalami penurunan. Bayaran pembelian ekuiti pemilikan bank oleh pembeli dilakukan dengan kontrak ijarah muntahia bithamleek. Dalam erti kata lain musyarakah mutanaqisah ini merupakan perkongsian menurun, mengurang dan mengecil serta berakhir dengan pemilikan tunggal.

120 Jurnal Pengguna Malaysia

Seandainya rumah yang dibeli gagal disiapkan mengikut tempoh ataupun gagal disiapkan sepenuhnya oleh pemaju, maka hak pemilikan penuh rumah tadi masih hak mutlak milik pembeli dan pihak bank. Hal ini kerana dalam perjanjian jual beli telah menyatakan bahawa kedua-dua pihak merupakan pemilik rumah tersebut sehingga pengguna berjaya sepenuhnya membeli kuota pemilikan rumah tersebut daripada pihak bank dengan membayar sejumlah bayaran bulanan dalam tempoh yang dipersetujui bersama-sama. Hal ini menunjukkan pihak pengguna dan pihak bank terikat dengan rumah yang dibangunkan oleh pemaju perumahan. Maka dengan faktor itu pihak bank sebagai penyumbang peratusan pemilikan tertinggi terhadap rumah tersebut mempunyai hak untuk membatalkan perjanjian dengan pemaju disebabkan pemaju gagal menepati janji menyiapkan rumah. Sekiranya rumah yang dibeli daripada pemaju perumahan terbengkalai akibat daripada kegagalan pemaju sendiri maka bayaran bulanan tidak lagi perlu dibayar kepada pihak bank oleh pengguna kerana rumah yang dibeli telah terbengkalai dan tidak mampu diserahkan kepada pengguna oleh pemaju. Wang bayaran bulanan yang telah dibayar oleh pengguna kepada pihak bank akan dikembalikan semula kepada pihak pengguna (pembeli rumah). Pihak bank akan mengira semula bayaran yang telah dibayar oleh pengguna dan akan memulangkan semula bayaran bulanan yang telah dibuat. Dalam erti kata lain, pihak bank tidak akan meneruskan kontrak musyarakah mutanaqisah terhadap pembiayaan yang telah diluluskan kepada pembeli disebabkan oleh projek rumah terbengkalai. Selain itu juga, akibat kegagalan pemaju menyiapkan rumah, maka nama pengguna tidak akan disenarai hitam oleh bank dalam CCRIS atau CTOS kerana perjanjian ini telah dibatalkan oleh pihak bank disebabkan rumah terbengkalai dan tidak mampu diserahkan oleh pemaju kepada pihak bank dan pengguna. Kesimpulan Pembiayaan perumahan Islam menggunakan instrumen musyarakah mutanaqisah dilihat sangat baik untuk pengguna yang bercadang ingin membeli rumah daripada pemaju. Hal ini kerana banyak projek perumahan yang dibangunkan gagal disiapkan oleh pemaju dan ada yang berjaya disiapkan tetapi tidak mendapat Sijil Layak Menduduki daripada pihak berkuasa tempatan kerana tidak memenuhi kriteria yang digariskan. Sebagai pengguna yang bijak, seseorang itu perlu mengetahui jenis instrumen yang mampu memberi keselamatan dan faedah sekiranya sesuatu terjadi terhadap rumah yang dibeli. Penggunaan instrumen syariah musyarakah mutanaqisah dalam pembiayaan perumahan Islam mampu menangani masalah bebanan kewangan sekiranya rumah yang dibeli terbengkalai. Melalui musyarakah mutanaqisah, pengguna akan dapat menebus kembali

121Jurnal Pengguna Malaysia

wang bulanan yang telah dibayar kepada pihak bank. Selain itu, nama pengguna juga dapat dibersihkan daripada CCRIS dan CTOS. Instrumen musyarakah mutanaqisah juga mempunyai kelebihan berbanding dengan pinjaman perumahan bank konvensional kerana melalui penjanjian jual beli rumah dengan bank konvensional akan menyebabkan pengguna terikat dengan pihak pemaju manakala pihak bank tidak terikat dengan sebarang kontrak dengan pemaju. Maka kegagalan pemaju menyiapkan rumah menyebabkan pengguna masih perlu membayar bayaran bulanan kepada pihak bank walaupun rumah tidak wujud. Selain itu, pengguna juga akan disenaraikan dalam CCRIS atau CTOS sekiranya gagal membayar bayaran bulanan kepada pihak bank. Sekiranya nama pengguna telah disenaraikan dalam CCRIS atau CTOS ini akan menyebabkan pengguna akan sukar mendapatkan pembiayaan atau pinjaman lain pada masa hadapan kerana mempunyai rekod bayaran yang buruk dalam sistem perbankan. Rujukan Ab. Mumin, A.G. (1999). Sistem Kewangan Islam dan Perlaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Ahamed Kameel, M.M. & Dzuljastri, A.R. (2005). Islamic home financing through musharakah mutanaqisah and al-bay’ bithaman ajil contracts: A comparative analysis. International Conference on A Universal Paradigm of Socio-Scientific Reasoning, Universiti Islam Antarabangsa, 1–19. Abdul Gafoor, A.L.M. (2005). Interest, Usury, Riba and the Operational Costs of a Bank. Kuala Lumpur: A.S. Noordeen Al-Sanhuri, A.A.R. (1954). Masadir al-Haq fi Fiqh al-Islami. Beirut: al-Majma’ al-Alami al-Arabi al-Aslami, 14. Boualem, B. & Tariqullah, K. (1995). Economics of Diminising Musharakah. Jeddah: Islamic Research and Training Institute (IRTI) IDB. Fauziah, M.T., Ramayah, T., & Dzuljastri, A.R. (2008). Factors influencing intention to use diminishing partnership home financing. International Journal of Islamic and Middle Eastern Finance and Management, 1(3), 235–248. Hanira, H. & Nor Hasniah, K. (2006). Islamic house financing: The viability of istisna’ compared to Bay’ Bithaman Ajil (BBA). Journal of Shariah, 14(1), 35–52.

122 Jurnal Pengguna Malaysia

Kamal, K., Lokesh, G., & Bala, S. (2008). Islamic Banking: A Practical Persective. Selangor: Pearson Longman. Maulana Taqi, U. (2009). Islamic finance: Diminishing musharakah. Journal of Islamic Banking and Finance, 29–36. Mohd. Ali, B. (1990). Masalah Perumahan Penyelesaian Menurut Perspektif Islam. Petaling Jaya: Dewan Pustaka Islam. Mohd. Bashir, O. (2002). Perjanjian Jual Beli Rumah mengikut Perspektif Undang-Undang Muamalah Islam. Disertasi Sarjana Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur . Mohd. Faisol, I. & Rosila, K. (2014). The Islamic home financing in Malaysia istisna’ base on debt: qualitative approach. Labuan e-Journal of Muamalat and Society, 8, 27–38. Mohd. Faisol, I. (2010). The application of Islamic home financing in Malaysia: Qualitative approach. The 2nd International Conference on Arab-Malaysian Islamic Global Business and Entreprenuership, Yarmouk Jordan and Damascus Syria. Mohd. Sollehudin, S. (2010). Musharakah Mutanaqisah dalam Amalan Perbankan Islam di Malaysia: Analisis terhadap Produk Pembiayaan Perumahan.Tesis Doktor Falsafah Syariah dan Ekonomi, Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Saiful Azhar, R. (2005). Critical Issues on Islamic Banking and Financial Market. Kuala Lumpur: Dinamas Publishing. Saiful Azhar, R., Mahmood, S., & Norhashimah, M.Y. (2000). The role of khiyar al-‘ayb in al-Bay’ Bithaman Ajil Financing. International Journal of Islamic Financial Services, 2(3), 3–11. Sudin, H., Norafifah, A., & Planisek, S.L. (1994). Bank patronage factors of Muslim and non-Muslim customers. International Journal of Bank Marketing, 12(1), 32–40. Sudin, H. (1996). Prinsip dan Operasi Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. Wahbah, Z. (1989). Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh,. Jld. 4. Syria: Dar al-Fikr

123Jurnal Pengguna Malaysia

Zaharuddin, A.R. (2009). Panduan Perbankan Islam: Kontrak dan Produk Asas. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Zulkifli, H. (2009). Shariah and Legal Issues in al-Bay’ Bithaman Ajil Facility in The Case of Arab-Malaysian Finance Bhd V Taman Ihsan Jaya Sdn Bhd 7 ORS (2008) 5 MLJ, Islamic Economics System Conference, Negeri Sembilan: USIM.

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Syuhaily binti Osman(Ketua Editor)

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Husniyah binti Abdul Rahim

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Elistina binti Abu Bakar

Pn. Leylawati binti Joremi Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Fakulti Pengurusan PerniagaanUniversiti Teknologi Mara

Prof. Madya Fauziah binti Abu Bakar

Dr. Norhasmah binti Sulaiman Fakulti Perubatan dan Sains KesihatanUniversiti Putra Malaysia

Fakulti Ekologi ManusiaUniversiti Putra Malaysia

Dr. Afida Mastura Muhammad Arif

Jurnal Pengguna Malaysia mengalu-alukan sumbangan manuskrip berkaitan isu ekonomi pengguna dan keluarga samada di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Manuskrip akan dinilai oleh Lembaga Pengarang. Sila kemukakan artikel anda berdasarkan garis panduan berikut kepada Ketua Pengarang Jurnal Pengguna Malaysia, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor. Email: [email protected] Penulisan dan Kertas Kerja Manuskrip perlu ditaip selang dua baris menggunakan kertas A4 dengan 1” margin untuk bahagian atas muka surat, 1.5” kiri dan 1” kanan. Bilangan muka surat tidak melebihi 15 muka surat. Semua teks mesti menggunakan saiz 12 dan Times New Roman. Tajuk Tajuk artikel, nama pengarang dan pengarang yang lain, alamat lengkap institusi dan email perlu dinyatakan. Tajuk atau sub-tajuk menggunakan fon 14. Sila kemukakan dua salinan kertas manuskrip dan satu salinan lembut untuk tujuan pengeditan. Kata kunci Berikan antara tiga hingga lima kata kunci dan letakkan di bahagian bawah abstrak.

Jadual Kesemua jadual perlu diletakkan di akhir manuskrip selepas rujukan dan menggunakan angka Arab. Setiap jadual perlu dinyatakan dan perlu diberi penjelasan dalam teks. Ilustrasi Ilustrasi termasuk gambarajah-gambarajah dan graf-graf perlu dinyatakan di dalam teks. Kesemua foto yang sesuai perlu dicetak hitam dan putih. Ilustrasi perlu dicetak pada kertas yang berasingan. Ejaan dan pengukuran Bagi merujuk ejaan, Kamus Bahasa Inggeris Oxford dan Kamus Dewan Bahasa yang terkini hendaklah digunakan.Unit - unit metrik mesti digunakan untuk ukuran empirikal. Rujukan Rujukan ditulis mengikut gaya penulisan APA.

Ketua Pengarang Jurnal Pengguna Malaysia Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang Email: [email protected]

PENYUMBANG ARTIKEL

Jurnal Pengguna Malaysia ii

Afida Mastura Muhammad Arif Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Ahmad Hariza Hashim Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Elistina Abu Bakar Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Endang Juliarti Muryono Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Fadhilah Hairol Zaman Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Fariza Ahmad Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Ismi Arif Ismail Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Mazlan Ismail Kementerian Pelajaran Malaysia

Mohamad Fazli Sabri Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Mohamad Ibrani Shahrimin Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Mohd Faisol Ibrahim Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia Norain Mod Asri Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Norlaila Abu Bakar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Nur Faizah Mohamad Sulaman Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Nuraini Abdullah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Nurul Faizah Shukor Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Othman Che Jusoh Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Roslina Mat Salleh Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Rozarina Izura Tukiran Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Soaib Asimiran Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Syuhaily Osman Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Turiman Suandi Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Zulfamy Mat Udi Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia Zuroni Md Jusoh Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Faktor Penyumbang Kepada Amalan Beretika Dalam Kalangan PeniagaEndang Juliarti Muryono, A�da Mastura Muhammad Arif dan Elistina Abu Bakar

Kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Terhadap Tingkah Laku Berencana Pengguna Jalan Raya Dalam Kalangan Kanak-Kanak Mazlan Ismail, Mohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim, Ahmad Hariza Hashim dan Mohamad Fazli Sabri

Penilaian Tahap Penerimaan Dan Persepsi Program Kad Diskaun 1 Malaysia (1MDC)Mohamad Fazli Sabri, Ahmad Hariza Hashim , Ismi Arif Ismail dan Nuraini Abdullah Consumption And Expenditure Pattern Of Energy And Water Among Urban ConsumersZuroni Md Jusoh, Syuhaily Osman, Roslina Mat Salleh, Nurul Faizah Shukor dan Nur Faizah Mohamad Sulaman

Kebaikan, Kelemahan Dan Isu Semasa E-DagangZulfamy Mat Udi dan Mohamad Fazli Sabri

Tahap Penerimaan Dan Pengaplikasian Pengetahuan Dan Kemahiran Peserta Terhadap Program Kepenggunaan KPDNKKOthman Che Jusoh, Mohamad Fazli Sabri, Ismi Arif Ismail, Turiman Suandi, Ahmad Hariza Hashim dan Soaib Asimiran

Pola Perbelanjaan Dan Tabungan, Serta Status Pembiayaan Dalam Kalangan Pemiutang Kenderaan, Peribadi Dan Kad Kredit Di Selangor Norain Mod Asri ,Fariza Ahmad, Norlaila Abu Bakar,Rozarina Izura Tukiran dan Fadhilah Hairol Zaman

Implikasi Rumah Terbengkalai Terhadap Pengguna Yang Menggunakan Pembiayaan Perumahan Islam Musyarakah MutanaqisahMohd Faisol Ibrahim

JurnalPengguna MalaysiaMalaysian Journal of ConsumerJilid 26 Jun 2016 ISSN 1511 - 998x Halaman

1

18

36

54

65

80

Jurnal Pengguna Malaysia i

125

94

112

Faktor Penyumbang Kepada Amalan Beretika Dalam Kalangan Peniaga

Kesan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Terhadap Tingkah Laku Berencana Pengguna Jalan Raya Dalam Kalangan Kanak-Kanak

Penilaian Tahap Penerimaan Dan Persepsi Program Kad Diskaun 1 Malaysia (1MDC)

Consumption And Expenditure Pattern Of Energy And Water Among Urban Consumers

Kebaikan, Kelemahan Dan Isu Semasa E-Dagang

Tahap Penerimaan Dan Pengaplikasian Pengetahuan Dan Kemahiran Peserta Terhadap Program Kepenggunaan KPDNKK

Pola Perbelanjaan Dan Tabungan, Serta Status Pembiayaan Dalam Kalangan Pemiutang Kenderaan, Peribadi Dan Kad Kredit Di Selangor

Implikasi Rumah Terbengkalai Terhadap Pengguna Yang Menggunakan Pembiayaan Perumahan Islam Musyarakah Mutanaqisah

Endang Juliarti MuryonoA�da Mastura Muhammad Arif

Elistina Abu Bakar

Mazlan IsmailMohamad Ibrani Shahrimin Adam Assim

Ahmad Hariza Hashim, et.al

Mohamad Fazli SabriAhmad Hariza Hashim

Ismi Arif Ismail, et.al

Zuroni Md JusohSyuhaily Osman

Roslina Mat Salleh, et.al

Zulfamy Mat UdiMohamad Fazli Sabri

Othman Che JusohMohamad Fazli Sabri

Ismi Arif Ismail, et.al

Norain Mod AsriFariza Ahmad

Norlaila Abu Bakar, et.al

Mohd Faisol Ibrahim

Jilid 26 Jun 2016

Jurnal Pengguna Malaysia

Jilid 26, Jun 2016

ISSN 1511 - 998x