Junal Pembelajaran Motor
Transcript of Junal Pembelajaran Motor
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
1/21
PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASARKANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN
INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY FOR CHILDREN
(MABC)
ERNIE SULIANA BINTI MD. SHARIFF
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
2/21
PSZ 19 : 16 ( Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR
KASAR KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN
MENGGUNAKAN INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT
BATTERY FOR CHILDREN (MABC)
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya, ERNIE SULIANA BINTI MD.SHARIFF
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan tesis ( PSM/ Sarjana / Doktor Falsafah)* ini disimpan diperpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti
berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahanpertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972 )
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana
penyelidikan dijalankan)
TANDATANGAN PENULIS TANDATANGAN PENYELIA
Alamat Tetap
No 4580, Jln Sj 4/3, DR.MOHAD ANIZU BIN HJ MOHDNOR
Tmn Seremban Jaya,
70450 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tarikh : 30 APRIL 2008 Tarikh : 30 APRIL 2008
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /organisasi berkenaan
dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falafah dan Sarjana secara penyelidikan, ataudisertai bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
3/21
PRESTASI KEMAHIRAN MOTOR HALUS DAN MOTOR KASAR
KANAK-KANAK MASALAH PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN
INSTRUMEN MOVEMENT ASSESSMENT BATTERY FOR CHILDREN
(MABC)
ERNIE SULIANA BINTI MD.SHARIFF
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan ( Sains Sukan ).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
4/21
ii
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
5/21
iii
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
6/21
iv
DEDIKASI
Teristimewa Buat
Ayahanda dan Bonda Yang Sentiasa Dalam Ingatan
Allahyarham Md.Shariff Bin Shafiee
Allahyarhamah Aishah Binti Hamid
Kekanda dan Adinda Tersayang
Ramlee bin Md shariff
Ramlah bt Md.shariff
Azmi bin Md.shariff
S.Rohani bt Md.Shariff
Zamri Bin Md.shariffNorma bt Md.shariff
Emirul Hisyam bin Md.shariff
Mohd Ibrahim bin Md.shariff
Sahabat-sahabatku
SPS 05/09- Mas, umi,wawa,uming ,dan mereka yang tidak tercatat
namanya disini
Kalian pencetus Inspirasi
Pendorong Semangat
Terima Kasih Tak Terhingga
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
7/21
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan berkat dan kesabaran
akhirnya saya dapat menyempurnakan kajian ilmiah ini dalam tempoh yang telah di
tetapkan.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Dr. Mohad Anizu
Bin Haji Mohd Nor dan Puan Halijah Binti Ibrahim selaku pensyarah dan pembimbing
yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar yang berguna dalam proses
menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat terutamanya SK Taman Universiti 4, khususnya kepada guru-guru yang terlibat
iaitu Pn.Zulaiha Binti Md.Taher, Cik Azilah Binti Mohd Nor, Cik Rosnani Binti Latif
dan En.Hazeeli Bin Mohd Shariff serta pelajar-pelajar di atas kerjasama yang diberikan
sepanjang saya menjalankan kajian.
Akhir kata, semoga segala kerjasama, tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan
oleh semua pihak akan diberkati oleh Allah hendaknya. InsyaAllah
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
8/21
vi
ABSTRAK
Perkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanak-kanak
banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan peningkatan
koordinasi badan. Namun kanak-kanak pendidikan khas berbeza daripada kanak-kanak
biasa atupun sederhana dari segi mental, keupayaan deria, ciri-ciri saraf, otot, fizikal,
tingkahlaku sosial ataupun emosi, keupayaan komunikasi dan pelbagai kekurangan.
Oleh itu, objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui prestasi kemahiran
motor halus dan motor kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. Kajian ini penting
kerana pengukuran prestasi kemahiran motor halus dan motor kasar di kalangan kanak-
kanak masalah pembelajaran menggunakan instrumen ujian yang telah diterima pakai di
peringkat antarabangsa masih kurang dilaksanakan dan tiada hasil penyelidikan
didokumenkan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian eksperimental. Seramai 22
orang kanak-kanak bermasalah pembelajaran berumur 7 hingga 14 tahun daripada
pelbagai jenis kecacatan seperti autisme, ceberal palsi, sindrom down dan slow learner
di SK Taman Universiti 4, Skudai Johor terlibat dalam penyelidikan ini. Pengumpulan
data melalui ujian Movement Assessment Battery For Children yang telah dibangunkan
oleh Harcourt Assessment. Ujian ini mengandungi 3 bahagian iaitu Manual Dexterity,
Ball Skill serta Static and Dinamic Balance. Data yang dikumpul untuk dianalisis
dengan menggunakanMicrosoft Excel. Melalui ujian yang dilakukan, 56.25 % daripada
semua subjek telah menyelesaikan kesemua ujian. Daripada keputusan ujian, perbezaan
umur dan kecacatan mempengaruhi tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motor
kasar kanak-kanak masalah pembelajaran. Kesimpulannya, kajian seperti ini amat
diperlukan bagi membantu meningkatkan prestasi kanak-kanak masalah pembelajaran.
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
9/21
vii
ABSTRACT
Development of children gross motor and fine motor depends on their brain
development, body balancing and the increase of body coordination. However, special
education childrens mental are different than normal or moderate childrens mental.
Beside that communication ability, sensory ability, characteristic of nerves, muscles,
physical, social behaviour or emotion and variety of deficiency also different.
Therefore, the objective of this research to know the performance of gross motor and
fine motor skill among learning disabilities children. This research is important because
the measurement of gross motor and fine motor skills performance among learning
disabilities children using the test instrument that had been use at the international level
are not fully implemented and there is no documented research output in Malaysia. This
research is experimental research. There are 22 learning disabilities students from 7 to
14 years old from Sek. Keb. Taman Universiti 4 were involved in this research.
Autisme, Ceberal Palsy, Down Syndrom and Slow Learner were categorised as learning
disabilities. Data were collected through MABC that were developed by Harcout
Assessment. This test consist of 3 part which are Manual Dexterity, Ball Skill and Static
and Dinamic Balance. The data collected were analysed using Microsof Excel. There
is 56.25% from 22 student did the test completely. From the data collected, In age
differentiation and learning disabilities influenced the development of gross and fine
motor. In conclusion, this particular research is needed to assist in increasing the
performance of learning disabilities students.
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
10/21
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
Halaman Judul i
Pengesahan Penyelia ii
Pengakuan iii
Dedikasi iv
Penghargaan v
Abstrak vi
Abstract vii
Senarai Kandungan viii
Senarai Jadual xii
Senarai Lampiran xiii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 11.2 Latar Belakang Masalah 41.3 Pernyataan Masalah 51.4 Objektif Kajian 61.5 Persoalan Kajian 71.6 Kepentingan Kajian 71.7 Batasan Kajian 81.8 Definisi Operasional 9
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
11/21
ix
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 112.2 Kajian-kajian Berkaitan 112.3 Kesimpulan 14
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 163.2 Reka Bentuk Kajian 163.3 Tempat Kajian 173.4 Sampel Kajian 173.5 Instrumen Kajian 173.6 Prosedur Kajian 203.7 Kajian Rintis 623.8 Analisis Data 623.9 Jangkamasa Kajian 633.10 Kesimpulan 63
BAB VI ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 644.2 Analisis Data Kuantitatif 65
4.2.1 Latar belakang Responden 654.2.2 Mata Senarai Semak 65
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
12/21
x
4.3 Ketangkasan Manual, Kemahiran Bola dan 69Keseimbangan Statik dan Dinamik
4.4 Perbandingan Pencapaian Sampel Dengan 75Rekod Asas Movement Assessment Battery
For Children
4.5 Kesimpulan 76
BAB V PERBINCANGAN,CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 775.2 Perbincangan 78
5.2.1 Tahap keupayaan / prestasi 78kemahiran motor halus dan motor
kasar bagi kanak-kanak masalah
pembelajaran.
5.2.2 Perbezaan tahap keupayaan/prestasi 80kemahiran motor halus dan motor
kasar kanak-kanak masalah
pembelajaran
5.2.3 Faktor umur kanak-kanak 81masalah pembelajaran mempengaruhi
tahap keupayaan kemahiran motor
halus dan motor kasar mereka
5.3 Kesimpulan 82
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
13/21
xi
5.4 Cadangan
5.4.1 Pemilihan subjek ( umur, latar belakang 84
keluarga, tahap kesihatan)
5.4.2 Kajian rintis terhadap sampel yang akan 84diuji mestilah kategori yang sama
5.4.3 Lebih memberi fokus kepada satu kecacatan 85dan kemahiran tertentu
5.4.4 Tempat Pengujian 855.4.5 Masa Pengujian 865.4.6 Latihan kepada penguji 865.4.7 Kemudahan catatan ( pencatat, video, foto) 87
5.5 Penutup 88
RUJUKAN 89-90
LAMPIRAN A-G 91-117
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
14/21
xii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKASURAT
3.5.1 Jenis ujian Kemahiran Motor Kasar mengikut 18Peringkat Umur
3.5.2 Jenis ujian Kemahiran Motor halus mengikut 18Peringkat Umur
4.1 Keputusan Senarai Semak dan Ujian Tugasan 66
4.2 Keputusan Senarai Semak dan Ujian Tugasan 68
4.3 Kemahiran Motor Kasar (7 hingga 8 tahun) 70
4.4 Kemahiran Motor Halus (7 hingga 8 tahun) 71
4.5 Kemahiran Motor Kasar (9 hingga 10 tahun) 72
4.6 Kemahiran Motor Halus (9 hingga 10 tahun) 72
4.7 Kemahiran Motor Kasar (11 hingga 14 tahun) 73
4.8 Kemahiran Motor Halus (11 hingga 14 tahun) 74
4.9 Frekuensi Keputusan Ujian 75
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
15/21
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Contoh Borang Ujian 91-108
B Surat Permohonan Kebenaran Sekolah 109-110
C Surat Kebenaran dari Pihak Sekolah 111
D Contoh Surat Kebenaran Ibu Bapa 112-113
E Contoh Surat Maklum balas Ibu Bapa 114
F Surat Pengesahan Pelajar 115
G Surat Kebenaran dari Kementerian Pendidikan 116Malaysia
H Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Johor 117
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
16/21
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembelajaran adalah bertujuan untuk memperolehi kemahiran, pengetahuan
dan membentuk sikap. Pembelajaran Kemahiran Motor melibatkan proses dalam
saraf deria dan proses motor. Pembelajaran ini adalah bertujuan untuk memperolehi
maklumat, menggunakan maklumat, belajar sesuatu dan membuat sesuatu.
Sebagai contoh kes mengdiagnosis dan merawat pesakit. Pegawai Perubatan
perlu kepada kemahiran persepsi untuk mengesan simptom atau masalah kesihatan
pesakit. Kemudian dengan menggunakan kemahiran motor, doktor cuba merawat
pesakit. Oleh itu pembelajaran kemahiran motor memerlukan penggunaan persepsi
mental sebelum bertindak. Antara contoh aktiviti lain yang memerlukan
pembelajaran kemahiran motor ialah seperti mengambil gambar foto, bermain alat
muzik, menggunakan komputer peribadi, memasukkan benang ke dalam jarum dan
memanjat tangga.
Menurut pendapat Schmidt (1982), pembelajaran motor merupakan satu
proses gabungan latihan dan pengalaman yang menjana perubahan tindakan atau
pergerakan yang kekal. Pembelajaran telah berlaku berdasarkan maklum balas
mengikut prestasi pengetahuan (knowledge of performance) dan pengetahuan
keputusan (knowledge of results).
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
17/21
2
Kemahiran adalah satu tindakan, tugas atau corak tindak balas tertentu serta
kebolehan dan kesanggupan yang diperkembangkan. Ini adalah satu sifat am yang
bergantung kepada faktor-faktor keturunan, persekitaran dan pembelajaran.
Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989), kemahiran motor ialah kebolehan
mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang berhubung dengan persekitaran
tertentu.
Kemahiran motor merupakan pergerakan yang melibatkan otot-otot pada
badan. Menurut Singer (1972), beliau telah menghuraikan domain psikomotor
mengikut kemampuan motor (motor abilities), ciri-ciri afektif dan kemampuan
kognitif. Domain psikomotor terbahagi kepada tiga komponen seperti Kemahiran
Motor (Motor Abilities), Tugasan Fizikal (Physical Tasks) dan Tingkahlaku
Persepsi Motor (Perceptual-Motor Behavior).
Kemahiran motor dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motor kasar dan
motor halus (Magill, 2001). Kemahiran motor kasar merupakan kemahiran yang
melibatkan kumpulan otot-otot kasar atau besar yang melibatkan banyak anggota.
Kemahiran motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan kumpulan otot-otot
kecil atau halus dan sukar dilihat. Walaubagaimanapun, terdapat kesukaran dalam
mengaplikasikan sesetengah kemahiran bagi menentukan penggunan kumpulan otot
kasar atau otot halus.
Menurut Model Simpson, E.J (1972) terdapat empat tahap cara penguasaan
kemahiran. Tahap pertama ialah memerhati (perception). Selain itu, ada juga
pengalaman kemahiran yang ditimba dengan membaca buku atau merujuk video.
Pada tahap kedua pula ialah peniruan (imitation). Kemahiran mengikut dan cuba
meniru apa yang dilakukan oleh orang lain dengan bimbingan. Mereka belajar
kemahiran dengan melihat individu lain yang berpengalaman dan tahap ini
merupakan tahap paling asas sekali. Tahap ketiga pula pada peringkat berlatih
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
18/21
3
(trainning) iaitu mengikut urutan dan masih cuba mencari penyelarasan antara
bahagian dalam sesuatu kemahiran. Tahap keempat ialah penyesuaian (adaptation)
dan ianya merupakan kemahiran yang dapat dikuasai dengan sempurna.
Menurut Huttenlocher, (1990, 1994) kanak-kanak merupakan individu yang
mempunyai perkembangan kemahiran motor yang cepat sama ada kemahiran motor
kasar atau motor halus. Perkembangan kemahiran motor kasar dan kemahiran motor
halus seorang kanak-kanak banyak bergantung kepada perkembangan otak,
keseimbangan badan dan peningkatan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak
Berbeza pula dengan kanak-kanak pendidikan khas. Mengikut terjemahan
Kirk (1993), Murid Pendidikan Khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada
kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam ciri-ciri mental, keupayaan deria, ciri-
ciri saraf dan otot ataupun fizikal, tingkah laku sosial ataupun emosi, keupayaan
komunikasi dan pelbagai kekurangan. Antara kategori Murid Pendidikan Khas ialah
bermasalah pembelajaran. Di Malaysia Masalah Pembelajaran ini merangkumi
perkembangan yang lewat bagi kanak-kanak yang berusia bawah tiga tahun seperti
Sindrom Down, Autisme, ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder),
terencat akal (berusia lebih tiga tahun) dan masalah pembelajaran spesifik seperti
disleksia, disgrafia, diskakulia dan lain-lain.
Sebenarnya, kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran bukanlah
bermaksud bodoh, lembab, malas atau tahap kecerdasan yang rendah ataupun
berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi dan
pengaruh persekitaran tetapi masalah pembelajaran bermaksud masalah khusus di
dalam otak kanak-kanak seperti ini. Ianya boleh menjejaskan cara seseorang itu
memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Contohnya sesetengah
kanak-kanak mungkin mempunyai beberapa masalah kemahiran motor yang akan
memperlahankan kelajuan menulis mereka. Masalah ini selalunya disebabkan oleh
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
19/21
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
20/21
5
Tingkah laku manusia merupakan unsur yang penting bagi pergerakan.
Pergerakan ini berkait rapat dengan kemahiran motor. Pergerakan amat penting
untuk memenuhi keperluan hidup yang sempurna. Pergerakan melibatkan pelbagai
jenis otot badan dan menghasilkan lakuan motor. Kawalan motor mengkaji postur
dan pergerakan manusia serta mekanisme yang mengawal kedua-duanya. Kawalan
pergerakan yang dicapai menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu
dihasilkan oleh sistem biologi.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian yang lepas menunjukkan 50% kanak-kanak masalah pembelajaran
berhubung rapat dengan Developmental Coordination Disorder (DCD) Kaplan et.al
(1998), Sugden dan Wann (1987). Perkaitan antara koordinasi motor yang lemah
dan masalah pembelajaran menunjukkan peningkatan rangkaian saraf yang lemah
sedangkan ia bertanggungjawab untuk mengintegrasikan maklumat daripada deria
motor (Waber et .al, 2000).
Menurut Jongmanns et. al (2003), kanak-kanak dengan masalah DCD dan
Learning Disabilities (LD) adalah lemah dalam semua prestasi yang melibatkan
kognitif dan motor. Bahagian hadapan otak berfungsi untuk memproses maklumat
Namun kerosakkan di bahagian tersebut akan menyebabkan sebahagian persepsi
motor dan simptom kognitif menyumbang kepada masalah pembelajaran (Habib,
2000). Namun kanak-kanak dengan masalah DCD dan LD memerlukan masa untuk
memproses maklumat bagi menentukan pergerakan yang perlu dilakukan.
-
8/2/2019 Junal Pembelajaran Motor
21/21
6
Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengukur tahap keupayaan kemahiran
motor kasar dan motor halus kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut jenis
masalah dan perbezaan peringkat umur. Melalui kajian ini, pengkaji dapat melihat
sejauhmana masalah pembelajaran mempengaruhi prestasi kemahiran motor.
1.4 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah seperti berikut:-
1.4.1 Untuk mengetahui prestasi kemahiran motor halus kanak-kanak masalahpembelajaran.
1.4.2 Untuk mengetahui prestasi kemahiran motor kasar kanak-kanak masalahpembelajaran.
1.4.3 Untuk membandingkan tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motorkasar kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut jenis masalah kecacatan.
1.4.4 Untuk membandingkan tahap keupayaan kemahiran motor halus dan motorkasar kanak-kanak masalah pembelajaran mengikut peringkat umur.