Jogging - Otot Terlibat
-
Upload
syahirah-chiq -
Category
Documents
-
view
411 -
download
5
Transcript of Jogging - Otot Terlibat
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
1/17
PENERANGAN: TULANG YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING
Ketika sesorang melakukan aktiviti jogging, hanya tulang dan sendi di bahagian
tangan serta tulang dan sendi bahagian kaki yang terlibat secara langsung.
1) BAHAGIAN TANGAN
Lengkungan pektoral ( skapula dan klavikel)
- Terdiri daripada 2 tulang, iaitu klavikel di anterior dan skapula di
posterior.
- Klavikel berbentuk rod dan diletak secara mengufuk di bawah leher.
- Di satu hujung,tulang klavikel bersendi dengan sternum dan satu
hujung lagi bersendi dengan skapula.
- Skapula ialah tulang leper yang berbentuk segi tiga.
- Satu hujung skapula mempunyai lesung glenoid (ball and socket
joint) untuk bersendi dengan kepala humerus tulang lengan.
- Persendian yang terbentuk disebut sendi bahu.
tulang skapula dan klavikel
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
2/17
Tulang lengan (terdiri daripada humerus,ulna, radius, karpus,
metakarpus dan falanks).
- Humerus merupakan tulang lengan atas yang panjang. Di
hujung anterior, humerus bersendi dengan skapula melalui
sendi lesung. Di hujung posterior, alur yang disebut troklea pada
humerus bersendi dengan tulang radius-ulna melalui sendi
engsel(pivot joint).
- Radius-ulna merupakan dua batang tulang lengan bawah yang
tersusun hampir selari dan berpaut di kedua-dua hujungnya.
Bahagian atas ulna bersendi dengan troklea dan fosa
olekranon, manakala hujung bawah radius-ulna pula bersendi
dengan tulang karpus.
- Karpus merupakan tulang pergelangan tangan.
- Metakarpus atau tulang tapak tangan bersendi dengan falanks
(sendi gelongsor/ saddle joint), iaitu tulang jari dan karpus.
Metakarpus terdiri daripada 5 batang tulang jari.
- Falanks terdiri daripada 14 batang tulang. Ibu jari mempunyai 2
tulang falanks manakala jari-jari lain setiap satunya mempunyai
3 batang tulang falanks.
Tulang lengan dan tulang humerus
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
3/17
2) BAHAGIAN KAKI
Lengkungan Pelvis
- Terdiri daripada 2 tulang punggung ( pelvic girdle)serupa yang
bercantum dengan turus vertebra di bahagian posterior.
- Setiap tulang punggung terdiri daripada 3 bahagian iaitu illium, iskium
dan pubis.
- Obturator foramen merupakan satu bukaan yang dilingkungi iskium dan
pubis. Bukaan ini membenarkan salur darah, saraf dan ligamen
melaluinya.
- Pada kedua-dua sisi lengkungan pelvis, terdapat lesung asetabulum
yang membentuk sendi lesung dengan tulang femur.
Lengkungan pelvis
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
4/17
Tulang Kaki ( femur, tibia, fibula, tarsus, metatarsus, dan falanks)
- Femur merupakan tulang paha dan mempunyai satu kepala berbentuk
bebola yang bersendi dengan sendi asetabulum pada sisi lengkungan
pelvis.
- Hujung bawah femur bersendi dengan tulang tibia melalui sendi engsel/
Hinge joint (sendi lutut). Sendi ini ditutup oleh tulang tempurung lutut
yang disebut patela.
- Tibia-fibula merupakan tulang kaki bawah yang terdiri daripada
percantuman tulang tibia dan tulang fibula. Hujung bawah tibia-fibula
bersendi dengan tarsus. Sendi ini dikenali sebagai sendi pelana (plane
joint). Tibia mempunyai saiz yang lebih besar daripada fibula.
- Tarsus ialah 5 tulang pada pergelangan kaki yang bersendi dengan
metatarsus. Sendi ini dikenali sebagai sendi gelongsor. Tumit kaki
merupakan tarsus yang paling besar. Hanya satu tulang tarsus yang
bersendi dengan tibia-fibula melalui sendi pelana.
- Metatarsus ialah tulang pada tapak kaki dan bersendi dengan falanks,
iaitu tulang jari kaki melalui sendi ellipsoid.
- Falanks terdiri daripada 14 tulang kecil. Seperti falanks pada jari
tangan, ibu jari dibentuk oleh 2 tulang falanks manakala jari kaki yang
lain terdiri daripada 3 tulang falanks.
Tulang kaki
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
5/17
NAMA TULANG YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING
Skapula dan humerus
Humerus dan radius-ulna
Lengkungan pelvis dan femur
Femur,tarsus dan fibia-tibula
Metakarpus dan falanks
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
6/17
PENERANGAN: SENDI YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING
1) SENDI LESUNG DI SENDI BAHU DAN SENDI PINGGUL
Sendi bola dan soket (sendi lesung Glenoid) pada menghubungkan tulang
skapula dengan tulang humerus. Sendi bahu ini membantu dalam menggerakkan
tangan ke sisi dan ke atas ketika jogging. Sendi ini dinamakan sendi lesung kerana
Ia boleh menggerakkan tangan pada semua satah. Sendi lesung di bahagian
punggung pula membantu kaki untuk bergerak dengan pantas pada semua satah
ketika melakukan aktiviti jogging. Sendi lesung di punggung ini dikenali sebagai
sendi pinggul.
2) SENDI ENGSEL DI SENDI SIKU DAN SENDI LUTUT
Sendi engsel di sendi siku membantu dalam menggerakkan otot pada tulang
humerus dan tibia-fibula ke atas dan bawah secara antagonis. Ia juga mebenarkan
tangan dibengkokkan ke atas dan ke bawah pada pergerakan satu satah sahaja.
Sendi engsel di sendi siku ini dikenali sebagai sendi pivot kerana ia berupaya untuk
menggerakkan tangan secara rotasi ke kiri dan ke kanan apabila digerakkan. Fungsi
sendi engsel di siku sama dengan sendi engsel di lutut. Sendi ini dinamakan patella
di mana ia menghubungkan tulang femur dengan tibia-fibula. Sendi lutut ini juga
membantu dalam membengkokkan kaki ke atas dan ke bawah pada satu satahpergerakan.
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
7/17
3) SENDI JARI / SENDI ELIPSOID (BAHAGIAN JARI KAKI DAN TANGAN)
Dalam fasa larian ini juga, sendi ellipsoid atau sendi jari membantu pelari
menggerakkan jari secara rotasi pada sudut 90 darjah. Sendi jari merupakan salah
satu jenis sendi engsel kerana ia bergerak pada satu satah sahaja. Sendi ellipsoid ini
melibatkan sendi jari di bahagian tangan, metakarpus dengan falankas dan sendi jari
kaki iaitu metatarsus dengan falanks. Sendi-sendi jari ini membantu pelari dalam
mengurangkan rintangan ketika berlari, terutama sekali apbila jari tangan
digenggam.
4) SENDI PERGELANGAN KAKI ( SENDI PELANA)
Ketika berlari juga, sendi di pergelangan tangan yang menghubungkan tulang
tarsus dengan tibia dan fibula di kaki juga digunakan. Sendi pelana atau sendi di
pergelangan kaki ini membantu menggerakkan kaki ke atas dan ke bawah ketika
berlari. Ini menyebabkan tumit kaki dapat diangkat ketika berlari. Ia menggerakkan
anggota badan pada dua satah pergerakan.
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
8/17
5) SENDI PERGELANGAN TANGAN ( SENDI GELUNGSUR)
Seterusnya ialah sendi gelungsur. Sendi gelungsur terdapat di antara tulang
tarsus dengan metatarsus di bahagian pergelangan kaki dan tulang karpus dengan
metakarpus di bahagian pergelangan tangan. Sendi ini dapat membantu dalam
menggerakkan pergelangan tangan kaki atau tangan ke atas dan ke bawah ketika
berlari.
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
9/17
NAMA SENDI YANG TERLIBAT PADA FASA LARIAN
Sendi glenoid
Sendi siku/engsel-sendi
pivot
Sendi gelongsor/pergelangan
kaki
Sendi pelanaSendi lutut patela
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
10/17
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
11/17
4. Lengkungan
pelvis
(lengkungan
pelvis dengan
tulang femur)
Lesung
asetabulum
(ball and
socket joint)
- terdapat 2 tulang
punggung yang
menyambungkan
lengkungan pelvis
dengan tulang femur
5. Tulang kaki
(femur dengan
tulang tibia)
Sendi engsel
(hinge joint)
- 2 tulang pada tibia
dan fibula
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
12/17
OTOT YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING
Otot tangan pada sendi bahu iaitu deltoid akan membantu ketika pelari
menghayunkan tangan.
Apabila tangan dalam keadaan fleksi, otot pada sendi bahu iaitu biceps akan
mengecut manakala otot triseps akan mengendur.
Apabila tangan dalam keadaan hyperektensi pula, otot biseps akan
mengendur dan otot triseps akan mengecut.
Otot triseps dan biseps ini bersifat antagonis ketika pergerakan tangan.
Otot pektoralis major pada sendi bahu terlibat apabila pelari menghayunkan
tangan
Pektoralis major
Otot-otot tangan:
Deltoid
Biceps
Triceps
Brachioradialis
flexorcarpiradialais
Gluteus maximus
Otot-otot kaki:
Kuadriceps
Hamstring
Gastrocnemius
anterior
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
13/17
Apabila kaki dalam keadaan flexi, otot pada sendi pinggul iaitu hamstring
akan mengecut untuk meluruskan kaki dan kuadriceps akan mengendur.
Apabila kaki dalam keadaan hyperektensi, otot hamstring akan
mengendur dan otot kuadriceps akan mengecut untuk meluruskan kaki.
Otot gluteus maximus yang terletak pada sendi pinggul pula akan
mengecut untuk menarik tulang femur.
Otot gastrocnimius pada sendi lutut akan mengecut untuk menarik tumit
manakala otot anterior iaitu tibialis akan mengendur
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
14/17
OTOT RANGKA
Otot rangka merupakan sejenis otot bersitra yang menghubungkan antara
satu tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan
postur badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui
pengecutan. Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf.
Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang.
Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan
bahagian tengah gentian otot untuk miofibril. Aturan unik ini membenarkan
pergerakan yang lebih berkesan. Otot ini biasanya mempunyai salah satu
hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi
melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti
humerus).
Bagi fasa jogging, otot yang
terlibat ialah:
Otot pada sendi bahu iaitu
deltoid, biceps dan triceps.
Otot pada sendi siku iaitu
brachioradialis dan Flexor
carpi radialis
Otot pada sendi bahu iaitu
pictoralis major.
Otot pada sendi pinggul iaitu
gluteus maximus, hamstring
dan Kuadriceps.
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Otot_berstria&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Dayahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tulang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sendi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Nukleushttp://ms.wikipedia.org/wiki/Membran_plasmahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Miofibril&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Skapula&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Humerus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Humerus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Skapula&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Miofibril&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Membran_plasmahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nukleushttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sendi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Tulang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Dayahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Otot_berstria&action=edit&redlink=1 -
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
15/17
OTOT YANG TERLIBAT KETIKA JOGGING
OTOT UTAMA OTOT YANG TERLIBAT PENERANGAN
Tangan Deltoid
Biseps Bersifat antagonis
Triseps Apabila tangan difleksikan,
otot biseps akan mengecut
dan otot triseps aka
mengendur.
Apabila tangan dalam
keadaan hyperekstensi,otot
biseps akan mengendur dan
otot triseps akan mengecut.
Badan Pektoralis major Terlibat ketika pelari
menghayunkan tangan
Punggung Gluteus maximus Akan mengecut untuk menarik
tulang femur
Kaki Kuadriseps Mengecut untuk meluruskan
kaki
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
16/17
Hamstring Mengecut untuk
membengkokkan kaki
Bersifat antagonis
gastrocnemuis Bersifat antagonis
Mengecut untuk menarik tumit
Otot anterior akan mengendur
Tumit Akan ada tolakan ke bawah
dan ke belakang
-
7/31/2019 Jogging - Otot Terlibat
17/17
ISTILAH NAMA PERGERAKAN
FLEXION:Membengkok pergerakan yang berkurangan sudut antara dua
bahagian. Contohnya: membengkok siku
EXTENSION:Lawan kelenturan; satu membetulkan pergerakan yang pertambahan
sudut antara bahagian badan.
HYPEREXTENSION:Awalan hyper- kadangkala ditambah untuk menegaskan pergerakan melebihi
kedudukan lumrah, ibarat dalam hyperflexion atau peluruslampauan (hyperextensi)