jenis makna

4
2.0 Jenis-Jenis Makna 2.1 Makna Konseptual Melihat pada makna konseptua, perkara yang paling utama perlu kita tahu adalah apa itu konsep dalam sesuatu makna. Makna konseptual itu merupakan makna konsep makna yang paling penting dalam bahasa. Kita tidak akan dapat memahami makna, mentafsir makna, memahami ujaran, ataupun membuat intterpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Hal ini bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya makan sebarang analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. Oleh hal demikian pemahaman konsep adalah mustahak. Makna konsep ini mencakup komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974), pula, di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Manakala Palmer (1992), pula menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan ‘kata’ dan ‘benda’ melalui perantaraan konsep pemikiran. Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu ‘Segitiga Semiotik’. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Oleh sebab itulah dalam formulasi tersebut meletakkan pemikiran itu pada tahap yang paling atas. Organisasi makna konseptual ini adalah rumit. (Kushartanti et. al., 2005). Cuba lihat contoh perkataan iaitu ‘wanita’ dan juga ‘perempuan’ . Sekiranya dilihat secara rasionalnya, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama iaitu seorang yang dewasa, bukan laki-laki. (Kamus Dewan, 2001). Leech (1974) pula mengaitkan konsep itu dengan berdasarkan dua prinsip iaitu prinsip konstrantif dan juga prinsip struktur konstituen.contohnya, konotasi antara wanita dan juga perempuan adalah berbeza. Buktinya wanita boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita sopan tetapi apabila kita tukar kata wanita itu kepada perempuan ianya akan menjadi perempuan dewasa, perempuan solehah, perempuan bekerjaya. Dapat dilihat apabila kata wanita itu digantikan dengan kataa perempuan ianya akan menjadi kurang sesuai untuk mengucapkannya.

description

d

Transcript of jenis makna

Page 1: jenis makna

2.0 Jenis-Jenis Makna

2.1 Makna Konseptual

Melihat pada makna konseptua, perkara yang paling utama perlu kita tahu adalah apa itu konsep dalam sesuatu makna. Makna konseptual itu merupakan makna konsep makna yang paling penting dalam bahasa. Kita tidak akan dapat memahami makna, mentafsir makna, memahami ujaran, ataupun membuat intterpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual itu. Hal ini bermakna, sekiranya makna sesuatu ayat itu tidak dapat difahami konsepnya makan sebarang analisis makna, maksud makna, ujaran tidak dapat dilakukan. Oleh hal demikian pemahaman konsep adalah mustahak. Makna konsep ini mencakup komponen seperti benda, tindakan, proses, keadaan atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech (1974), pula, di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam komunikasi linguistik. Manakala Palmer (1992), pula menyatakan bahawa konsep adalah sesuatu yang menghubungkan ‘kata’ dan ‘benda’ melalui perantaraan konsep pemikiran.

Interpretasi yang pelbagai wujud kerana manusia meluahkan buah fikiran yang berbeza seperti formulasi yang dibuat oleh Ogden dan Richards (1923), iaitu ‘Segitiga Semiotik’. Manusia akan berfikir dahulu sebelum mengujarkan sesuatu perkataan. Oleh sebab itulah dalam formulasi tersebut meletakkan pemikiran itu pada tahap yang paling atas. Organisasi makna konseptual ini adalah rumit. (Kushartanti et. al., 2005). Cuba lihat contoh perkataan iaitu ‘wanita’ dan juga ‘perempuan’. Sekiranya dilihat secara rasionalnya, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama iaitu seorang yang dewasa, bukan laki-laki. (Kamus Dewan, 2001).  Leech (1974) pula mengaitkan konsep itu dengan berdasarkan dua prinsip iaitu prinsip konstrantif dan juga prinsip struktur konstituen.contohnya, konotasi antara wanita dan juga perempuan adalah berbeza. Buktinya wanita boleh dispesifikasikan sebagai wanita solehah, wanita bekerjaya, wanita sopan tetapi apabila kita tukar kata wanita itu kepada perempuan ianya akan menjadi perempuan dewasa, perempuan solehah, perempuan bekerjaya. Dapat dilihat apabila kata wanita itu digantikan dengan kataa perempuan ianya akan menjadi kurang sesuai untuk mengucapkannya.

Selain itu, prinsip lain yang boleh diguna pakai dalam organisasi linguistik ialah melalui pembahagian menurut tahap struktur linguistik yang dapat memudahkan pemahaman pengembangan linguistik seseorang. Ujaran linguistik boleh difahami dengan mudah melalui pembahagian tiga tahap iaitu Fonologi, Sintaksis, dan Semantik. Bagi penutur, tindakan yang pertama ialah mengenkod makna apa yang hendak dilafazkan melalui ayat atau perkataan dan berakhir dengan bunyi. Bagi seorang pendengar pula, proses ini beralih, iaitu mendengar bunyi-bunyi ayat dan melakukan interpretasi. Dalam menganalisis ayat, peringkat pertama kita perlu lakukan ialah menetapkan reprentasi Fonologi dan juga reprentasi Sintaksis dan juga reprentasi Semantik.

Reprentasi yang sering diperkatakan ini bermaksud  sesuatu yang melambangkan, menggambarkan atau menyatakan sesuatu yang lain, perlambangan, gambaran, atau penyataan. (Kamus Dewan, 2004). Konsep memainkan peranan penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami, memutuskan buah fikiran. Tanpa konsep, kita tidak mungkin berupaya mewujudkan makna denotatif atau makna sebenar. Makna sesebuah perkataan sering bergantung pada konteks ayat atau situasi penggunaannya, maka makna konseptual atau makna situasional sering juga

Page 2: jenis makna

disebut makna gramatikal (Kushartanti et. al., 2005). Makna gramatikal berbeza pula dengan makna leksikal. Sekiranya makna leksikal itu berkenaan dengan makna leksem yang sesuai dengan referennya, maka makna gramatikal ini merupakan makna yang hadir sebagi akibat berlakunya proses gramatikal. Contohnya seperti pengimbuhan, penggandaan, dan pemajmukan. Tetapi menurut Setiawati Dermojuwono, bentuk-bentuk yang berkaitan dengan gramatikal lebih tepat disebut memiliki fungsi gramatikal dan bukannya makna gramatikal. (Kushartanti et. al., 2005).

2.2 Makna Konotatif

Apa yang dimaksudkan dengan makna konotatif ialah makna yang ada kaitan dengan nilai rasa. Nilai rasa yang dimaksudkan tidak kira sama ada positif ataupun negatif. (Nik Safiah Karim, 2004). Sekiranya nilai rasa itu tidak wujud, maka sifat perkataan itu nanti mungkin tidak akan memihak mana-mana. Walaupun perkataan perempuan dan wanita mempunyai makna denotatif yang sama tetapi, kedua-dua perkataan ini mempunyai nilai rasa yang berbeza. Perempuan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala wanita mempunyai nilai rasa yang tinggi. Begitu juga perkataan-perkataan yang lain iaitu jantan dan juga lelaki. Jantan mempunyai nilai rasa yang rendah manakala lelaki mempunyai nilai rasa yang tinggi. Bagi masyarakat yang beragama islam pula, nilai rasa mereka berbeza dengan interprentasi masyarakat yang bukan beragama islam.

Bagi umat islam, babi itu haram, jijik, kotor, najis atau sesuatu yang negatif. Tetapi bagi mereka yang bukan beragama islam babi itu sejenis makanan yang paling sedap. Selain itu, makna konotatif ataupun makna tambahan ini juga boleh berubah merujuk kepada faktor-faktor tertentu. Contohnya perkataan khalwat. Perkataan ini pada asalnya membawa maksud ‘mendekati Allah’, duduk bersendirian mengasingkan atau memencilkan diri kerana menenagkan fikiran, bertafakur (Kamus Dewan, 2004). Tetapi pada hari ini, maksud perkataan tersebut telah mengalaami perubahan makna yang membawa maksud pengaingan diri berdua-duaan di tempat yang terpencil atau tersembunyi oleh lelaki dan juga perempuan yang bukan muhrim dan bukan pula suami isteri sehingga dianggap sabagai suatu perbuatan yang sumbang (Kamus Dewan, 2004).

Makna konotatif ini tidak begitu spesifik pada bahasa sahaja tetapi dikongsi bersama system konunikatif seperti seni visual dan juga muzik. Contohnya barangan atau produk yang diiklankan di televisyen tidak sama seperti produk yang diilustrasikan. Kedua ialah, makna konotatif bersifat peripheral. Makna konotatif tidak stabil, bervariasi menurut budaya, tempoh masa dan pengalaman individu. Orang yangv terpelajar atau orang yang meninba ilmu, dan berpengalaman menjadikannya berbeza pendapat yang timbul apabila melihat sesuatu ataupun memberikan pendapat. Ketiga, makna konotatif sukar dipastikan dan bersifat arbitrer dan keterbukaan. Penggunaan kata-kata halus, sedap didengar, tepat dan sesuai pada masanya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat Melayu. Sebagai contohnya perkataan kudapan digunakan untuk menggantikan minum dan makan pagi dengan mengambil kuih-muih sedikit iaitu kudap-kudap sahaja. Makna denotatif ini ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif.

3.0 Kesimpulan

Page 3: jenis makna

Secara kesimpulanya, konsep memainkan perana penting kepada manusia untuk mentakrif, memahami dan juga menyatakan buah fikiran. Sekiranya konsep tidak dapat difahami ianya tidak akan wujud. Tanpa konsep juga tidak akan wujud makna denotatif ataupun dalam erti kata lain makna sebenar. Harus diingat juga bahawa makna konotatif pula ditentukan oleh makna asosiatif dan juga makna afektif. Secara keseluruhan jelas menunjukkan bahawa beberapa tokoh bahasa cuba memperlihatkan satu perkara yang sama iaitu kepentingan makna dalam sesuatu bahasa. Makna memainkan peranan penting untuk mentafsir, mentakrif, membuat ujaran dan sebagainya. Tanpa makna, ia tidak lengkap. Tidak cukup sekiranya kita hanya tahu menulis, membaca sahaja tetapi tidak mampu mengetahui apa makna disebalik apa yang kita tulis dan juga apa yang kita baca.

Bibliografi

Abdullah Yusof et. al., 2009. Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Adn. Bhd.

Abdullah Hassan. 1992. Semantik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia.

Asmah Haji Omar (1995). Rekonstruksi Kata Dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka.

Kamus Dewan, 2004.