JENIS KETAKSAAN MAKNA
description
Transcript of JENIS KETAKSAAN MAKNA
TAJUK PEMBENTANGAN :
1.JENIS KETAKSAAN MAKNA2.FAKTOR BERLAKUNYA KETAKSAAN MAKNA3.CARA MENGATASI KETAKSAAN MAKNA
KEKABURAN RUJUKAN
• Makna item leksikal sudah jelas tetapi sulit ditentukan sama ada item tersebut dapat digunakan pada benda-benda tertentu
• Contoh :i) Bandar dan bandaraya. ii) Curam dan jurang
KETIDAKPASTIAN MAKNA• Makna item itu sendiri kelihatan tidak pasti
tafsirannya : agak samar dan tidak jelas
• Contoh : Kekaburan frasa dari C.A. Mess (dalam Chaer, 2003: 289):
Lukisan Yusuf
• Struktur frasa tersebut memiliki interpretasi: (i) Lukisan itu milik Yusuf. (ii) Lukisan itu karya Yusuf. (iii) Lukisan itu menampilkan wajah Yusuf.
KURANG KETENTUAN PADA MAKNA ITEM
• Maknanya tidak jelas tetapi dijelaskan secara umum sahaja.
• Contoh :i) Jiran-tidak ditentukan jantina, bangsa, umur dan sebagainya
PENENTANGAN PADA PENENTUAN MAKNA ITEM
• Makna yang diberi terlibat dengan pernyataan atau yang mempunyai kemungkinan tafsiran yang berlainan kerana pemakaian kata hubung.
• Contoh :Anda suka kopi atau teh?Kata “atau” merujuk kepada pilihan terhadap salah satu item yang dihubungkan atau keseluruhan item yang dihubungkan iaitu kopi atau teh, atau kopi dan teh.
KETAKSAAN LEKSIKAL
• Ketaksaan leksikal melibatkan kata-kata tertentu disebabkan homonim dan polisemi
Contoh :Di sana banyak buaya - Buaya yang dikiaskan untuk lelaki atau maksudnya haiwan.
telurbuaya
KETAKSAAN STRUKTUR• Ketaksaan struktur wujud apabila dua atau lebih
struktur yang berlainan dihubungkan dengan satu urutan kata yang serupa. Setiap struktur mempunyai makna yang berlainan
Contoh :Pengusaha wanita itu kaya - boleh beerti pengusaha tersebut wanita atau pengusaha yang memperniagakan wanita.
3. CARA MENGATASI KETAKSAAN MAKNA
• Melihat konteks kata dalam ayat dengan lebih tepat
• Disokong :i) Leech (1974: 76) mengatakan dalam komunikasi , konteks merupakan satu faktor yang amat pentingii) Wittgenstein (1953) makna kata tidak akan diketahui kecuali melihat dalam penggunaannya atau konteks penggunaannyaiii) Ullman (1962 : 67) turut menyatakan bahawa perkataan hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannyaiv) Teori Konteks - J.R Firth (1995 : 190). Menurutnya, makna tidak akan terserlah kecuali dengan cantuman atau gabungan – menyusunnya dalam konteks gunaan yang pelbagai.
RUJUKAN : 1. Abdullah Yusof et. al (2009). Semantik dan Pragmatik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.
2. Hasan Alwi, Dendy Sugono (1999). Telaah Bahasa & Sastra (Foreign Language Study). Jakarta : Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa.
3. Soenjono Dardjowidjojo (2007). Psikolinguistik : Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
4. Zulkifley Hamid (2006). Aplikasi Psikolinguistik : dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu . Kuala Lumpur : PTS Profesional.
5. Muhammed Salehudin Aman (Munsyi Dewan DBP). Akhbar Tutor Utusan Malaysia.