Jenis ayat

13
JENIS AYAT Ayat Penyata Ayat Tanya Ayat Perintah Ayat Seruan

description

 

Transcript of Jenis ayat

Page 1: Jenis ayat

JENIS AYAT

Ayat PenyataAyat Tanya

Ayat PerintahAyat Seruan

Page 2: Jenis ayat

AYAT PENYATA

Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan.

Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal.

Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan.

Page 3: Jenis ayat

CONTOH AYAT PENYATA

Dia guru. Bunga ros itu wangi.

Ayu sedang tidur.

Page 4: Jenis ayat

AYAT TANYA

Ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal.

Berdasarkan nada suara dan penggunaan ayat tertentu boleh dibahagi kepada dua iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya.

Page 5: Jenis ayat

AYAT PERINTAH

Ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.

Terbahagi kepada empat.1.Ayat Suruhan2.Ayat Larangan3.Ayat Silaan4.Ayat Permintaan

Page 6: Jenis ayat

AYAT SURUHAN

Ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan.

Dalam ayat suruhan, subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu dan selainnya yang biasanya digugurkan.

Walau bagaimanapun, kerana tujuan penegasan subjek boleh juga dikekalkan.

Page 7: Jenis ayat

CONTOH AYAT SURUHAN

Keluar dari bilik ini!

• Menggunakan partikel -lah untuk melembutkannya di samping menegaskanpredikat.

•Contoh ayat:* Keluarlah dari bilik ini!

Page 8: Jenis ayat

AYAT LARANGAN

Ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu.

Contoh: Jangan ambil harta orang.

Page 9: Jenis ayat

Ayat di atas dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel –lah.

Contohnya: Janganlah ambil harta orang.

•Ada sejenis ayat larangan yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel –lah.

•Contoh ayat:• Dilarang merokok.

Page 10: Jenis ayat

AYAT SILAAN

Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.

Contoh: Jemput masuk Sila datang ke rumah saya.•Boleh dilembutkan dengan penggunaan partikel

penegas –lah

•Contoh: Jemputlah masuk Silalah datang ke rumah saya.

Page 11: Jenis ayat

AYAT PERMINTAAN

Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong.

Bertujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh:

Tolong tutup pintu itu. Minta anda semua bertenang.

Page 12: Jenis ayat

AYAT SERUAN

Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan bertujuan melahirkan perasaan takut, marah, takjub, geram dan sakit.

Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) biasanya di akhir ayat.

Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh dan syabas.

Page 13: Jenis ayat

Contoh: Wah, besarnya botol air dia! Aduh, sakitnya hati aku! Amboi, suka hati dia pilih warna merah!

Ada juga ayat seru tanpa kata seru.

Contoh: Mak! Comelnya!