isu dan cabaran guru.docx

4
PENGENALAN Sudah terang lagi bersuluh. Semakin hari, kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir telah mengesyorkan Wawasan 2020 bagi membolehkan negara Malaysia menjadi salah satu negara yang moden pada tahun 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 kepada guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, menwujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral etika, liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Dengan itu, guru memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat Wawasan 2020 dalam menghasilkan insan modal yang berakhlak mulia. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

Transcript of isu dan cabaran guru.docx

Page 1: isu dan cabaran guru.docx

PENGENALAN

Sudah terang lagi bersuluh. Semakin hari, kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan

ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Menurut

Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu

mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan

dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara lateralnya cabaran

membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan

seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan,

profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang

guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah

secara amnya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir telah mengesyorkan Wawasan 2020

bagi membolehkan negara Malaysia menjadi salah satu negara yang moden pada tahun 2020.

Antara cabaran Wawasan 2020 kepada guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa

bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, menwujudkan dan

membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mewujudkan masyarakat yang bermoral

etika, liberal dan bertolak ansur, saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi dan

memandang ke depan, masyarakat penyayang dan budaya menyayangi. Dengan itu, guru

memainkan peranan yang penting dalam mencapai hasrat Wawasan 2020 dalam menghasilkan

insan modal yang berakhlak mulia. Pelbagai kajian telah dilakukan untuk mengenalpasti

cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam profesion tersebut dan langkah-langkah untuk

mengatasi cabaran-cabaran tersebut.

CABARAN

Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan yang kian pesat kini ,

golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi pelbagai cabaran. Salah

satu daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru diberikan pelbagai jawatan yang

bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru atau mengajar subjek yang tidak berkaitan

dengan opsyen yang dibelajar. Hal ini mungkin menyebabkan kualiti pengajaran menurun jika

guru tidak mahir dalam subjek tersebut. Selain itu, tanggungjawab seseorang guru pada masa

kini bukan sahaja mengajar beberapa subjek yang tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa

memegang beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau memegang sesuatu jawatan

Page 2: isu dan cabaran guru.docx

yang tidak berkaitan aktiviti pengajaran dalam kelas. Para guru juga terpaksa membuat kerja-

kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan menyediakan minit mesyuarat.

Guru juga memegang jawatan seperti penyelaras papan notis, penasihat persatuan, kelab dan

sukan. Kerja-kerja ini telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan yang amat besar dan

ini akan menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru. Jelaslah bahawa guru pada era ini

menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan

pengajaran dalam kelas. Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam

menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan

yang semakin canggih dalam sesi pengajaran. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa

kini perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era

globalisasi yang dihadapi. Dahulu, teknologi dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat

seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakkan guru-guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri

kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir

dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap

penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang komplex dan

tidak mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya mengikut

perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar. Sebagai contohnya, guru

perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar dapat mendapatkan maklumat terkini

untuk mengajar pelajar dan memudahkan proses pengajaran. Dalam bidang pendidikan masa

kini,

interactive board

telah diperkenalkan di Intitusi Pendidikan Guru dan pada masa hadapan mungkin akan

diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah. Oleh itu, guru haruslah mempelajari teknologi

ini agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas pada masa hadapan. Tuntasnya,

guru perlu menghadapi cabaran dalam usaha memajukan diri agar dapat mengikut

perkembangan semasa. Selain itu, para guru juga harus menimbangkan tentang kelayakan

akademik mereka sendiri. Seorang guru yang berkualiti haruslah mementingkan

profesionalisme dan berusaha untuk mempertingkatkannya. Hal ini demikian kerana

profesionalisme guru adalah berpusatkan kepada ilmu pengetahuan. Memandangkan guru

memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus

memerlukan guru mempunyai kelayakan akademik minimum dan menghadiri program-program

Page 3: isu dan cabaran guru.docx

latihan sebelum dan semasa perkhidmatan. Guru perlulah sentiasa mengemaskini kemahiran

dan pengetahuan dalam aspek pendidikan serta berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah

pengajaran dan pendidikan terkini. Oleh itu, pihak berwajib telah menganjurkan kursus-kursus

pendidikan untuk mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani

cabaran yang semakin kompleks ini. Sebagai contohnya, langkah KPM dalam menggalakkan

guru untuk meningkatkan kelayakan akademik melalui pelbagai program untuk membangunkan

kerjaya guru. Tetapi program-program seperti ini telah mendatangkan kesan negatif kepada

guru. Hal ini demikian kerana para guru tidak dapat menumpuhkan segala perhatiannya atas

pengajarannya dan pembelajaran murid-muridnya. Guru yang belajar sambil mengajar

menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih berkesan kepada

pelajar. Beban para guru juga akan menjadi lebih besar dan menyebabkan para guru berasa

tertekan dengan keadaan hidup mereka. Mereka bukan sahaja perlu menyediakan aktiviti

pengajaran seharian malah mereka juga perlu menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan

sendiri. Nyatalah bahawa guru menghadapi cabaran dalam meningkatkan kelayakan akademik

sendiri. Para guru pada era ini juga menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang

telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebagai contoh, Dasar

Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dilaksanakan

mulai tahun 2002. PPSMI merupakan nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia

yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa

pengantar mata pelajaran Sains dan Matematik di semua peringkat pendidikan. PPSMI

dilaksanakan dengan